SlideShare a Scribd company logo
ISLB212 ISLAMIC STUDIES 2
   SLIDES PRESENTATION
BY:
1.    Adibah Hanusi           EP088687
2.    Maisarah Mazlan         ME088700
3.    Nooraini Ghazali        CE089350
4.    Nor Fasilah Baharudin   EP088714
5.    Nur Syazwani Mazli      ME088517
Nama sebenar :                                         Beliau merupakan
RABI’AH BINTI ISMAIL                                     seorang wali yang
                        Beliau di gelar Ummul-khayr.
                                                         mengabdikan diri
  AL-ADAWIYYAH.                                          kepada Allah SWT.

     Dilahirkan dalam
     keadaan keluarga
     yang miskin.
     Rabiatul                                               Tidak dapat tarikh
     Adawiyah tidak                                          yang tepat bagi
     mempunyai                                             kelahiran Rabiatul
     saudara lelaki                                        ini,hanya dapat di
     dan kesemua                                         simpulkan sekitar awal
     adik beradiknya                                       kurun ke 2 Hijjrah.
     adalah kakak.




                         “Rabiah” adalah nama yang         Rabiah telah
                           diberikan oleh ayahnya      dikebumikan di Baitul
Lahir di Basrah,Iraq
                         bersempena anaknya yang        Maqdis pada tahun
                                  keempat.                  135 Hijrah.
KELAHIRAN RABIATUL ADAWIYAH


Peristiwa yang boleh menunjukkan kemiskinan keluarga Rabiatul
Adawiyah ialah pada saat dia dilahirkan, ibunya meminta supaya
 ayahnya meminta pertolongan jiran untuk memberikan sehelai
                     kain dan setitik minyak.
  Walaupun ayahnya sedikit keberatan dengan permintaan itu,
   namun ayahnya tetap juga mengetuk pintu beberapa buah
      rumah jiran tetapi seorang pun tidak membuka pintu.

       Pulanglah ayahnya dan berkata kepada isterinya…
“ Isteriku, tetangga kita sedang tidur
   lena. Bersyukurlah kepada Allah
   kerana selama hayat kita belum
 pernah kita meminta-minta. Lebih
baik selimuti sahaja anak kita dengan
 sehelai kain yang masih basah itu.
   Percaya & tawakal kepada Allah.
  Tentu Dia akan memberikan jalan
    keluar yang terbaik untuk kita.
 Percayalah wahai isteriku tercinta.”
KEHIDUPAN RABIATUL ADAWIYAH

 Dia telah dididik oleh ayahnya untuk menjadi muslimah
  yang berjiwa bersih.
 Pendidikan yang diberikan oleh bapanya kpd Rabiatul
  Adawiyah adalah bersumberkan Al-Quran semata-mata
  demi untuk menjaga jiwa anaknya agar menjadi
  muslimah yang berjiwa bersih.
 Kesannya dia sendiri begitu gemar membaca Al-Quran
  dan menghayati isi Al-Quran hingga berjaya menghafal
  dan menghayati makna-maknannya.
• Ayahnya seorang guru agama,namun
  ketika itu kejahilan menyelubungi
  masyarakat arab sehinggakan
  kebanyakan sekolah agama
  ditutup. Oleh itu,ayahnya terpaksa
  bekerja sebagai pendayung sampan.
• Bagi menarik minat orang ramai supaya
  menaiki sampan, ayah Rabiatul
  Adawiyah mendendangkan lagu dengan
  merdu sekali.
• Setelah ayahnya meninggal dunia, Rabiatul
  Adawiyah telah menggantikan tempat
  ayahnya mendayung sampan.
• Suaranya yg merdu itu menarik hati seorang
  lelaki untuk membawanya untuk
  dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa
  berkhidmat untuk raja.
• Raja itu menyiksa dia dengan kerja yang
  berat.
• Raja pernah mengintai dia ketika dia
  sedang bermunajad kepada Allah saat bilik
  gelap ada cahaya yang sedang meyuluh
  kearahnya.
• Raja juga pernah bermimpi didatangi
  seorang lelaki tua supaya melepaskan
  Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi
  meyiksaannya, kemudian raja melihat
  Rabiatul Adawiyah berpakaian putih naik
  ke atas langit.
• Segera raja melihat Rabiatul Adawiyah di bilik
  untuk memastikan Rabiatul Adawiyah masih
  ada biliknya atau sudah pergi.
• Namun kelihatan Rabiatul Adawiyah masih
  berzikir dan berdoa.
• Sesudah habis tempoh khidmat Rabiatul
  Adawiyah kepada raja, akhirnya Raja
  melepaskan Rabiatul Adawiyah tanpa dia
  meminta apa-apa daripada raja walaupun raja
  membenarkan dia meminta apa jua.
Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang
pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri
di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia
tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul
Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa
kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila
dia mengeluarkan pisau dan ingin menikam Rabiatul
Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya
terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul
mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia
inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin
membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu
mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada
Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat
dan meminta pada Allah agar mendapat rezeki yang
banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Pada masa yang sama, diluar kelihatan kereta kuda yang
membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok
Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi
Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu
datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin
menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia
tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang
disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah
harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu
gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah
mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki
menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat
harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun
menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu
menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu
adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana
tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke
pondok Rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Namun pada
ketika itu, Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya
Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai
telah datang ke rumah Rabiatul Adawiyah. Tujuan
mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji
beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah
bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka
menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini
Rabiatul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah
“Wahai Rabiatul Adawiyah, semua bentuk kebajikan
yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah
kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita.”
Ketua rombongan itu memulakan bicara.
“Buktinya?”    Balas Rabiatul Adawiyah. “Buktinya ialah,
mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada
kaum lelaki. Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan
kepada kaum lelaki. Paling penting, tidak ada seorang wanita
pun yang telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah
semuanya dari golongan lelaki.” Jawab mereka pula dengan
yakin. “Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan
tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada
pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri
sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai
Tuhan? Dan siapa pula yang berkata : “Bukankah aku ni
tuhanmu yang mulia?” Dengan tenang, Rabiatul Adawiyah
membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan
Namrud. Kemudian Rabiatul Adawiyah menambah lagi,
"Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari
mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada
kaum lelaki."
Suatu hari, Rabiatul Adawiyah terlihat seseorang
sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati
daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat
demikian, Rabiatul Adawiyah bertanya, “Wahai hamba Allah! Mengapa
engkau membalut kepalamu sebegini rupa?”
“Kepalaku sakit.” Jawab orang itu dengan ringkas.
“Sudah berapa lama?” Tanya Rabiatul Adawiyah lagi.
“Sudah sekian hari.” Jawabnya dengan tenang.
Lantas Rabiatul Adawiyah bertanya lagi, “Berapa
usiamu sekarang?”
Orang itu menjawab, “Sudah 30 tahun”
“Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?” Tanya
beliau lagi.
“Alhamdulillah, sihat-sihat saja.” Jawabnya.
“Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu
bahawa kamu sihat selama ini?” Tanya Rabiatul
Adawiyah.
"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.
"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan
tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang
sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai
tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti
manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira.
Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan
mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.

"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit
sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke
sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu
kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?"
Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi.
Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu
bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia
beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan
insaf.
• Demikianlah beberapa kisah untuk
  menunjukkan betapa Rabiatul Adawiyah
  sangat mencintai Allah s.w.t.
• Dia pernah dilamar beberapa lelaki
  tetapi cintanya pada Illahi telah
  mengatasi segala keinginan dunia.
• Kekasih Allah ini juga sering melihat-lihat
  kain kapannya yang sengaja dia letakkan
  berdekatan dengannya. Betapa ini
  menunjukan Rabiatul Adawiyah tidak
  sabar bertemu dengan Allah.
• Setiap malam selama 30tahun, dia
  bermunajat dan mengulangi kata-kata ini:

 “Jika aku menyembah-Mu
 kerana takut daripada api
 neraka-Mu maka bakarlah
 aku di dalamnya! Dan jika
aku menyembah-Mu kerana
 tamak kepada syurga-Mu
  maka haramkanlah aku
daripadanya! Tetapi jika aku
  menyembah-Mu kerana
  kecintaanku kepada-Mu
maka berikanlah aku balasan
   yang besar, berilah aku
  melihat wajah-Mu yang
Maha Besar dan Maha Mulia
            itu.”
Selain itu,

          "Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di
            dalam kecintaan-Mu supaya tiada
         suatu pun yang dapat memalingkan aku
                     daripada-Mu."
• Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di
  dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada
  Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan
  jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan
  menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah.
• Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati
  pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

  "Kekasihku tiada menyamai kekasih
  lain biar bagaimanapun,
  Tiada selain Dia di dalam hatiku
  mempunyai tempat manapun,
  Kekasihku ghaib daripada
  penglihatanku dan peribadiku
  sekalipun,
  Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di
  dalam hatiku walau sedetik pun."
YA ALLAH..
APA SAJA YANG AKAN KAU KURNIAKAN KEPADAKU
BERKENAAN DUNIA
BERIKANLAH KEPADA MEREKA YANG MEMBURUNYA
DAN APA SAJA KEBAIKAN YANG AKAN KAU
KURNIAKAN KEPADAKU
BERKENAAN AKHIRAT
BERIKANLAH KEPADA HAMBA MU YANG BERIMAN
KERANA AKU HANYA MAHUKAN KASIH MU TUHAN
YA ALLAH
JIKA AKU BERIBADAH
KERANA SYURGAMU..
JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN AKU KEDALAM
SYURGA
ANDAINYA AKU BERIBADAH
KERANA TAKUTKAN NERAKAMU
MAKA LEMPARKANLAH AKU KEDALAMNYA
TETAPI YA ALLAH..
JIKA AKU BERIBADAH
KERANA INGINKAN KEREDHAANMU
MAKA JANGANLAH ENGKAU SIA-SIAKAN DAKU
AMINN YA RABBAL ALAMIN...
Bagaimanakah Rabiatul Adawiyah, seorang
wanita, yang mempunyai 9 nafsu tidak langsung
melihat kepada dunia walaupun sekelip??

Bagaimanakah Rabiatul Adawiyah, seorang
wanita sebatang kara, yang tidak mempunyai
apa2, tidak langsung terlintas dihatinya
memerlukan rumah yang selesa, sedikit duit
untuk makanannya, hatta ingin diberi percuma
sekalipun, beliau menolak??

Bagaimanakah Rabiatul Adawiyah, seorang
wanita yang cantik lagi solehah, tidak langsung
terlintas dihatinya untuk berkahwin, walaupun
yang meminangnya seorang raja dan seorang
ulama'??
Jom!!! Perkemaskan iman seperti Rabiatul
              Adawiyah
• Cintanya yang amat kukuh kepada Allah
  membuatkannya tidak menghirau
  sesiapa..Rabiatul Adawiyah, serikandi yang
  tercipta.
• Dalam hatinya hanya terdapat satu cinta yang
  tiada bandingan kepada Allah swt sehingga
  menolak untuk berkahwin. Hidupnya
  berdasarkan cinta yang satu, iaitu cinta yang
  kekal.
SEKIAN…WALLAHU
A’LAM BIS-SHAWAB

More Related Content

What's hot

2. teks siti hajar ibu n ismail
2. teks siti hajar ibu n ismail2. teks siti hajar ibu n ismail
2. teks siti hajar ibu n ismail
Kamarudin Jaafar
 
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahKronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Fuad Ee
 
Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian
Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perianTeks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian
Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian
IPGM_KDRI
 
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarPel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Zuraihi Razali
 
Beriman kpd rasul
Beriman kpd rasulBeriman kpd rasul
Beriman kpd rasul
puyah87
 
Tafsir surah al-asr
Tafsir surah al-asrTafsir surah al-asr
Tafsir surah al-asr
Al-Maahadi
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quran
Wan Syafawati
 

What's hot (20)

Perjanjian Hudaibiyah
Perjanjian HudaibiyahPerjanjian Hudaibiyah
Perjanjian Hudaibiyah
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
 
3. Sejak Kenabian Hingga Hijrah Nabi saw
3. Sejak Kenabian Hingga Hijrah Nabi saw3. Sejak Kenabian Hingga Hijrah Nabi saw
3. Sejak Kenabian Hingga Hijrah Nabi saw
 
2. teks siti hajar ibu n ismail
2. teks siti hajar ibu n ismail2. teks siti hajar ibu n ismail
2. teks siti hajar ibu n ismail
 
Klasifikasi Hadis
Klasifikasi HadisKlasifikasi Hadis
Klasifikasi Hadis
 
Mad asli
Mad asliMad asli
Mad asli
 
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahKronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
 
Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian
Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perianTeks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian
Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian
 
Maf’ul Mutlak
Maf’ul MutlakMaf’ul Mutlak
Maf’ul Mutlak
 
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman RasulullahPenurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
 
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarPel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
 
Biodata nabi Muhammad Saw
Biodata nabi Muhammad SawBiodata nabi Muhammad Saw
Biodata nabi Muhammad Saw
 
Beriman kpd rasul
Beriman kpd rasulBeriman kpd rasul
Beriman kpd rasul
 
Tafsir surah al-asr
Tafsir surah al-asrTafsir surah al-asr
Tafsir surah al-asr
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quran
 
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNATOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
 
Kepentingan Sifat-Sifat Terpuji (Mahmudah) Dalam Diri Seseorang
Kepentingan Sifat-Sifat Terpuji (Mahmudah) Dalam Diri SeseorangKepentingan Sifat-Sifat Terpuji (Mahmudah) Dalam Diri Seseorang
Kepentingan Sifat-Sifat Terpuji (Mahmudah) Dalam Diri Seseorang
 
Bidang Sirah 5.1 Pendidikan Islam T1
Bidang Sirah 5.1 Pendidikan Islam T1Bidang Sirah 5.1 Pendidikan Islam T1
Bidang Sirah 5.1 Pendidikan Islam T1
 
HUkum Mim Mati Tahun 4
HUkum Mim Mati Tahun 4HUkum Mim Mati Tahun 4
HUkum Mim Mati Tahun 4
 
mukjizat al quran
mukjizat al quranmukjizat al quran
mukjizat al quran
 

Similar to Rabiatul adawiyah (7)

Kisah teladan islami
Kisah teladan islamiKisah teladan islami
Kisah teladan islami
 
Rabi'ah Al-Adawiyah Suara Lirih Sang Pecinta Sejati
Rabi'ah Al-Adawiyah  Suara Lirih Sang Pecinta SejatiRabi'ah Al-Adawiyah  Suara Lirih Sang Pecinta Sejati
Rabi'ah Al-Adawiyah Suara Lirih Sang Pecinta Sejati
 
Cinta di Atas Cinta - Kisah Inspiratif Pembangun Jiwa by Jumadi Subur 0815 13...
Cinta di Atas Cinta - Kisah Inspiratif Pembangun Jiwa by Jumadi Subur 0815 13...Cinta di Atas Cinta - Kisah Inspiratif Pembangun Jiwa by Jumadi Subur 0815 13...
Cinta di Atas Cinta - Kisah Inspiratif Pembangun Jiwa by Jumadi Subur 0815 13...
 
Pra hijrah (nuraisyah, najlaa)
Pra hijrah (nuraisyah, najlaa)Pra hijrah (nuraisyah, najlaa)
Pra hijrah (nuraisyah, najlaa)
 
izyan
izyanizyan
izyan
 
Hak dan kewajiban suami
Hak dan kewajiban suamiHak dan kewajiban suami
Hak dan kewajiban suami
 
Robohnya Surau Kami
Robohnya Surau KamiRobohnya Surau Kami
Robohnya Surau Kami
 

Recently uploaded

Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 

Recently uploaded (20)

Solusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptx
Solusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptxSolusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptx
Solusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptx
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
 
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptxSejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
 
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisaiKonflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
RENCANA + Link2 MATERI  Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...RENCANA + Link2 MATERI  Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
RENCANA + Link2 MATERI Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
 
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNajwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
 
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
 
Modul Pembentukan Disiplin Rohani (PDR) 2024
Modul Pembentukan Disiplin Rohani (PDR) 2024Modul Pembentukan Disiplin Rohani (PDR) 2024
Modul Pembentukan Disiplin Rohani (PDR) 2024
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
 
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANGKERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
 

Rabiatul adawiyah

  • 1. ISLB212 ISLAMIC STUDIES 2 SLIDES PRESENTATION BY: 1. Adibah Hanusi EP088687 2. Maisarah Mazlan ME088700 3. Nooraini Ghazali CE089350 4. Nor Fasilah Baharudin EP088714 5. Nur Syazwani Mazli ME088517
  • 2.
  • 3.
  • 4. Nama sebenar : Beliau merupakan RABI’AH BINTI ISMAIL seorang wali yang Beliau di gelar Ummul-khayr. mengabdikan diri AL-ADAWIYYAH. kepada Allah SWT. Dilahirkan dalam keadaan keluarga yang miskin. Rabiatul Tidak dapat tarikh Adawiyah tidak yang tepat bagi mempunyai kelahiran Rabiatul saudara lelaki ini,hanya dapat di dan kesemua simpulkan sekitar awal adik beradiknya kurun ke 2 Hijjrah. adalah kakak. “Rabiah” adalah nama yang Rabiah telah diberikan oleh ayahnya dikebumikan di Baitul Lahir di Basrah,Iraq bersempena anaknya yang Maqdis pada tahun keempat. 135 Hijrah.
  • 5. KELAHIRAN RABIATUL ADAWIYAH Peristiwa yang boleh menunjukkan kemiskinan keluarga Rabiatul Adawiyah ialah pada saat dia dilahirkan, ibunya meminta supaya ayahnya meminta pertolongan jiran untuk memberikan sehelai kain dan setitik minyak. Walaupun ayahnya sedikit keberatan dengan permintaan itu, namun ayahnya tetap juga mengetuk pintu beberapa buah rumah jiran tetapi seorang pun tidak membuka pintu. Pulanglah ayahnya dan berkata kepada isterinya…
  • 6. “ Isteriku, tetangga kita sedang tidur lena. Bersyukurlah kepada Allah kerana selama hayat kita belum pernah kita meminta-minta. Lebih baik selimuti sahaja anak kita dengan sehelai kain yang masih basah itu. Percaya & tawakal kepada Allah. Tentu Dia akan memberikan jalan keluar yang terbaik untuk kita. Percayalah wahai isteriku tercinta.”
  • 7. KEHIDUPAN RABIATUL ADAWIYAH  Dia telah dididik oleh ayahnya untuk menjadi muslimah yang berjiwa bersih.  Pendidikan yang diberikan oleh bapanya kpd Rabiatul Adawiyah adalah bersumberkan Al-Quran semata-mata demi untuk menjaga jiwa anaknya agar menjadi muslimah yang berjiwa bersih.  Kesannya dia sendiri begitu gemar membaca Al-Quran dan menghayati isi Al-Quran hingga berjaya menghafal dan menghayati makna-maknannya.
  • 8. • Ayahnya seorang guru agama,namun ketika itu kejahilan menyelubungi masyarakat arab sehinggakan kebanyakan sekolah agama ditutup. Oleh itu,ayahnya terpaksa bekerja sebagai pendayung sampan. • Bagi menarik minat orang ramai supaya menaiki sampan, ayah Rabiatul Adawiyah mendendangkan lagu dengan merdu sekali.
  • 9. • Setelah ayahnya meninggal dunia, Rabiatul Adawiyah telah menggantikan tempat ayahnya mendayung sampan. • Suaranya yg merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja.
  • 10.
  • 11.
  • 12. • Raja itu menyiksa dia dengan kerja yang berat. • Raja pernah mengintai dia ketika dia sedang bermunajad kepada Allah saat bilik gelap ada cahaya yang sedang meyuluh kearahnya. • Raja juga pernah bermimpi didatangi seorang lelaki tua supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi meyiksaannya, kemudian raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian putih naik ke atas langit.
  • 13. • Segera raja melihat Rabiatul Adawiyah di bilik untuk memastikan Rabiatul Adawiyah masih ada biliknya atau sudah pergi. • Namun kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa. • Sesudah habis tempoh khidmat Rabiatul Adawiyah kepada raja, akhirnya Raja melepaskan Rabiatul Adawiyah tanpa dia meminta apa-apa daripada raja walaupun raja membenarkan dia meminta apa jua.
  • 14.
  • 15.
  • 16. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisau dan ingin menikam Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meminta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
  • 17. Pada masa yang sama, diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok Rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Namun pada ketika itu, Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
  • 18.
  • 19. Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai telah datang ke rumah Rabiatul Adawiyah. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini Rabiatul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah “Wahai Rabiatul Adawiyah, semua bentuk kebajikan yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita.” Ketua rombongan itu memulakan bicara.
  • 20. “Buktinya?” Balas Rabiatul Adawiyah. “Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada kaum lelaki. Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki. Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki.” Jawab mereka pula dengan yakin. “Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata : “Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?” Dengan tenang, Rabiatul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud. Kemudian Rabiatul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."
  • 21.
  • 22. Suatu hari, Rabiatul Adawiyah terlihat seseorang sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabiatul Adawiyah bertanya, “Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?” “Kepalaku sakit.” Jawab orang itu dengan ringkas. “Sudah berapa lama?” Tanya Rabiatul Adawiyah lagi. “Sudah sekian hari.” Jawabnya dengan tenang. Lantas Rabiatul Adawiyah bertanya lagi, “Berapa usiamu sekarang?” Orang itu menjawab, “Sudah 30 tahun” “Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?” Tanya beliau lagi. “Alhamdulillah, sihat-sihat saja.” Jawabnya. “Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu bahawa kamu sihat selama ini?” Tanya Rabiatul Adawiyah.
  • 23. "Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu. "Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah. "Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi. Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.
  • 24.
  • 25.
  • 26. • Demikianlah beberapa kisah untuk menunjukkan betapa Rabiatul Adawiyah sangat mencintai Allah s.w.t. • Dia pernah dilamar beberapa lelaki tetapi cintanya pada Illahi telah mengatasi segala keinginan dunia. • Kekasih Allah ini juga sering melihat-lihat kain kapannya yang sengaja dia letakkan berdekatan dengannya. Betapa ini menunjukan Rabiatul Adawiyah tidak sabar bertemu dengan Allah.
  • 27.
  • 28. • Setiap malam selama 30tahun, dia bermunajat dan mengulangi kata-kata ini: “Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
  • 29. Selain itu, "Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatu pun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu." • Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah. • Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
  • 30.
  • 31. Antara syairnya yang masyhur berbunyi: "Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun."
  • 32.
  • 33. YA ALLAH.. APA SAJA YANG AKAN KAU KURNIAKAN KEPADAKU BERKENAAN DUNIA BERIKANLAH KEPADA MEREKA YANG MEMBURUNYA DAN APA SAJA KEBAIKAN YANG AKAN KAU KURNIAKAN KEPADAKU BERKENAAN AKHIRAT BERIKANLAH KEPADA HAMBA MU YANG BERIMAN KERANA AKU HANYA MAHUKAN KASIH MU TUHAN YA ALLAH JIKA AKU BERIBADAH KERANA SYURGAMU.. JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN AKU KEDALAM SYURGA ANDAINYA AKU BERIBADAH KERANA TAKUTKAN NERAKAMU MAKA LEMPARKANLAH AKU KEDALAMNYA TETAPI YA ALLAH.. JIKA AKU BERIBADAH KERANA INGINKAN KEREDHAANMU MAKA JANGANLAH ENGKAU SIA-SIAKAN DAKU AMINN YA RABBAL ALAMIN...
  • 34.
  • 35. Bagaimanakah Rabiatul Adawiyah, seorang wanita, yang mempunyai 9 nafsu tidak langsung melihat kepada dunia walaupun sekelip?? Bagaimanakah Rabiatul Adawiyah, seorang wanita sebatang kara, yang tidak mempunyai apa2, tidak langsung terlintas dihatinya memerlukan rumah yang selesa, sedikit duit untuk makanannya, hatta ingin diberi percuma sekalipun, beliau menolak?? Bagaimanakah Rabiatul Adawiyah, seorang wanita yang cantik lagi solehah, tidak langsung terlintas dihatinya untuk berkahwin, walaupun yang meminangnya seorang raja dan seorang ulama'??
  • 36. Jom!!! Perkemaskan iman seperti Rabiatul Adawiyah • Cintanya yang amat kukuh kepada Allah membuatkannya tidak menghirau sesiapa..Rabiatul Adawiyah, serikandi yang tercipta. • Dalam hatinya hanya terdapat satu cinta yang tiada bandingan kepada Allah swt sehingga menolak untuk berkahwin. Hidupnya berdasarkan cinta yang satu, iaitu cinta yang kekal.