SlideShare a Scribd company logo
Terbitan Januari 2020
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan
dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah,
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya, MALAYSIA.
Terbitan:
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Muka Surat
Rukun Negara v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi
Definisi Kurikulum Kebangsaan vii
Kata Alu-aluan ix
Pendahuluan x
Maklumat dalam Modul xi
BIDANG KEMAHIRAN
GIMNASTIK ASAS
Huraian Modul ………………………………………………………………………... 1
Standard Pembelajaran ……………………………………………………………... 1
Cadangan Aktiviti untuk Mencapai Standard Pembelajaran
 Flip-flop dan Kereta Sorong Berganda (Double Wheelbarrow) ………….. 3
 Imbangan Statik dengan Formasi Piramid Bertiga ………………………… 5
 Hambur …………………………………………………………………………. 8
 Putaran …………………………………………………………………………. 10
 Gayut dan Ayun ……………………………………………………………….. 12
 Kerja Projek …………………………………………………………………….. 19
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran …………………………………………… 20
Contoh Soalan Inkuiri ……………………………………………………………….. 20
Cadangan Pentaksiran Formatif ……………………………………………………. 22
Cadangan Pentaksiran Sumatif …………………………………………………….. 25
Penghargaan …………………………………………………………………………. 28
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
vi
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN
3. Kurikulum Kebangsaan
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk
kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norrma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.
Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)
1997
[PU(A)531/97]
vii
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian Pembangunan
Kurikulum telah berjaya menghasilkan Panduan Pengajaran Gimnastik Asas Tahun 5.
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) merupakan mata pelajaran
yang memperkembangkan potensi murid dari segi fizikal, mental, sosial dan emosi
menerusi penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti kemahiran dan kecergasan. Hasrat
tersebut dicapai melalui bidang-bidang pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum
PJPK. Salah satu bidang yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) PJPK adalah Gimnastik Asas. Guru perlu menguasai dan menggunakan
prinsip ansur maju, penerokaan, pendekatan inkuiri dan kerja projek yang sesuai
dengan umur dan kebolehan murid ketika melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran Gimnastik Asas.
Oleh yang demikian, Panduan Pengajaran Gimnastik Asas Tahun 5 dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) PJPK merupakan usaha Bahagian Pembangunan
Kurikulum membantu guru memahami, memilih dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran bagi mencapai Standard Pembelajaran yang dihasratkan secara
berkesan. Semua aktiviti dalam panduan pengajaran ini telah disusun mengikut ansur
maju berdasarkan kebolehan murid.
Dalam penghasilan Panduan Pengajaran Gimnastik Asas Tahun 5, Bahagian
Pembangunan Kurikulum telah mendapat bantuan kepakaran daripada Pensyarah
Institut Pendidikan Guru dan guru Pendidikan Jasmani. Bagi pihak Bahagian
Pembangunan Kurikulum, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak
yang telah berjaya menghasilkan panduan ini yang menjadi rujukan kepada guru
PJPK.
Sekian, terima kasih.
Dr. MOHAMED BIN ABU BAKAR
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2020
ix
Panduan Pengajaran Gimnastik Asas Tahun 5 bertujuan untuk membantu guru
Pendidikan Jasmani terutama sekali guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran
ini. Panduan Pengajaran ini menterjemah dan memperincikan kandungan bidang
Gimnastik Asas dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSR
Semakan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Aktiviti yang terdapat
dalam unit pengajaran adalah dihasilkan berdasarkan Standard Pembelajaran
menggunakan kaedah penerokaan dan ansur maju.
Guru perlu merangsang murid dengan mengemukakan soalan yang membolehkan
murid berfikir dan menaakul untuk membuat keputusan semasa mempelajari
sesuatu kemahiran. Guru juga perlu menerapkan elemen merentas kurikulum
(EMK) seperti kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru juga perlu
menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubahsuai serta menambah baik
aktiviti dalam panduan pengajaran mengikut kesesuaian situasi, tempat dan
kebolehan murid. Selain itu, guru juga perlu memastikan aktiviti yang dilaksanakan
secara berpasangan hendaklah dijalankan sesama jantina. PdP yang terancang
dapat membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat, berkemahiran dan
berpengetahuan serta mengamalkan nilai murni dalam melakukan aktiviti fizikal ke
arah mencapai kesejahteraan diri.
Justeru, adalah diharapkan Panduan Pengajaran Gimnastik Asas Tahun 5 ini dapat
dimanfaatkan oleh guru PJPK secara maksimum dalam proses PdP untuk
mencapai matlamat dan objektif KSSR Semakan Pendidikan Jasmani.
x
HURAIAN MODUL
Gimnastik Asas memberi fokus kepada kemahiran pengurusan tubuh
badan. Kemahiran Gimnastik Asas yang dilakukan oleh murid akan
meningkatkan fleksibiliti, ketangkasan, imbangan, kekuatan dan kawalan
badan. Kandungan dalam bidang ini memberi penekanan kepada
kemahiran motor yang spesifik untuk melakukan kemahiran imbangan,
hambur dan pendaratan, putaran serta gayut dan ayun.
IMBANGAN DINAMIK FLIP-FLOP DAN KERETA SORONG
BERGANDA
1.1.1 Melakukan imbangan dinamik flip-flop dan kereta sorong
berganda (double wheelbarrow)
STANDARD PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
UNTUK MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
STRATEGI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Soalan berdasarkan fakta
1. Anggota badan manakah yang digunakan ketika melakukan aktiviti
kereta sorong berganda (double wheelbarrow)?
Contoh Soalan Inkuiri
Guru mengendalikan sesi :
» Memanaskan badan.
» Penyampaian standard pembelajaran.
» Permainan kecil.
» Menyejukkan badan.
» Penilaian pengajaran dan pembelajaran.
Cadangan Pengendalian Sesi PdP
» Tilam Gimnastik
Alatan
Guru boleh mempelbagaikan
aktiviti yang bersesuaian
Tip Untuk Guru
Tajuk dan cadangan masa modul
Huraian secara keseluruhan
kemahiran yang hendak dicapai
dalam beberapa sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP)
Standard Pembelajaran yang
mencakupi aspek 1, 2 dan 5 dalam
DSKP
Contoh aktiviti setiap kemahiran
untuk mencapai
Standard Pembelajaran
Cadangan strategi yang sesuai
digunakan dalam PdP
Cadangan soalan yang merangsang
KBAT berbentuk inkuiri berdasarkan
fakta, konsep dan perbahasan
Cadangan pentaksiran formatif dan
sumatif dalam modul ini
Cadangan pengendalian sesi PdP
yang perlu dilaksanakan untuk
mencapai Standard Pembelajaran
Alatan yang boleh digunakan dalam
PdP
Tip tambahan untuk guru
Berikut merupakan maklumat-maklumat yang terdapat dalam modul.
1
xi
GIMNASTIK ASAS
HURAIAN MODUL
Gimnastik Asas memberi fokus kepada kemahiran pengurusan tubuh badan.
Kemahiran Gimnastik Asas yang dilakukan oleh murid akan meningkatkan kelenturan,
ketangkasan, imbangan, kekuatan dan kawalan badan. Kandungan dalam bidang ini
memberi penekanan kepada kemahiran motor yang spesifik untuk melakukan
kemahiran imbangan, hambur dan pendaratan, putaran serta gayut dan ayun. Melalui
modul ini, murid dapat meneroka dan melakukan pelbagai kemahiran Gimnastik Asas
dalam suasana yang seronok dan selamat.
IMBANGAN DINAMIK FLIP-FLOP DAN KERETA SORONG BERGANDA
1.1.1 Melakukan imbangan dinamik flip-flop dan kereta sorong berganda (double
wheelbarrow).
2.1.1 Menjelaskan anggota badan yang terlibat untuk mengekalkan keseimbangan.
5.4.1 Melibatkan diri secara aktif sebagai ahli kumpulan.
STANDARD PEMBELAJARAN
IMBANGAN STATIK DENGAN FORMASI PIRAMID BERTIGA
1.1.2 Melakukan imbangan statik dengan formasi piramid bertiga.
2.1.2 Menjelaskan perkaitan luas tapak sokongan dengan kestabilan.
5.1.4 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti fizikal.
IMBANGAN SONGSANG
1.1.3 Melakukan imbangan songsang dirian tangan.
2.1.2 Menjelaskan perkaitan luas tapak sokongan dengan kestabilan.
5.2.1 Mempamerkan keyakinan untuk melakukan pelbagai kemahiran pergerakan.
1
GIMNASTIK ASAS
HAMBUR
1.2.1 Melakukan Lombol Kangkang.
1.2.2 Melakukan Hambur Arab dengan sokongan.
2.2.1 Menjelaskan aplikasi daya semasa melakukan Lombol Kangkang dan Hambur
Arab.
5.2.3 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.
PUTARAN
1.3.1 Melakukan putaran menegak 180° dan 360° di atas trampolin dan mendarat di
atas trampolin.
2.3.1 Mengenal pasti aksi-aksi badan yang membantu putaran.
5.1.3 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti.
KOMBINASI GULING
1.3.2 Melakukan kombinasi guling depan dan guling belakang.
2.3.1 Mengenal pasti aksi-aksi badan yang membantu putaran.
5.3.2 Mengiktiraf kelebihan dan menerima kekurangan rakan sebaya.
STANDARD PEMBELAJARAN
BERGAYUT DAN MENGAYUN
1.4.1 Menyokong badan di atas palang dengan kedua-dua belah tangan dan
mengayun badan.
1.4.2 Bergayut songsang dengan sokongan.
2.4.1 Mengenal pasti posisi badan dan kaki yang sesuai semasa sokongan di atas
palang, bergayut songsang dan mengayun.
5.4.3 Membimbing ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti.
2
Aktiviti 1: Flip-flop
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Murid secara individu melakukan aksi flip-flop
dengan cara :
 Dari kedudukan tekan tubi, tolak badan ke
atas menggunakan tangan dan kaki,
kemudian pusingkan badan ke belakang.
3. Ulang lakuan flip-flop ke posisi asal.
CADANGAN AKTIVITI
UNTUK MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN
Guru mengendalikan sesi :
» Memanaskan badan.
» Penyampaian standard pembelajaran.
» Permainan kecil.
» Menyejukkan badan.
» Penilaian pengajaran dan pembelajaran.
Cadangan Pengendalian Sesi PdP
» Tilam Gimnastik
Alatan
FLIP-FLOP DAN KERETA SORONG BERGANDA (DOUBLE WHEELBARROW)
3
Pastikan permukaan lantai atau
padang adalah rata dan selamat.
Aktiviti 2 : Kereta Sorong Berganda (Double Wheelbarrow)
1. Murid dibahagikan kepada tiga orang dalam satu kumpulan.
2. Murid A dalam kedudukan duduk dekam. Murid B meletakkan kedua-dua belah
kaki dan meluruskanya di atas bahagian belakang badan Murid A serta menyokong
berat badan dengan kedua-dua belah tangan.
3. Murid C berdiri diantara dua kaki Murid A sambil memegang dan mengangkat kaki
Murid A dengan lurus sehingga selari dengan paha.
4. Kereta sorong berganda bergerak ke hadapan dengan kedua-dua tangan Murid A
dan B bergerak mengikut giliran kiri dan kanan bersama-sama.
5. Murid bergerak dari garisan mula ke garisan penamat mengikut jarak yang
ditetapkan.
6. Ulang aktiviti dengan setiap murid bertukar posisi.
Guru boleh mempelbagaikan
aktiviti yang bersesuaian.
Tip Untuk Guru
4
Murid A Murid B
Murid C
» Pastikan permukaan lantai atau
padang yang digunakan adalah
rata dan selamat.
» Pastikan pergerakan bagi
ketiga-tiga murid adalah seragam.
» Sentiasa berkomunikasi untuk
mengekalkan imbangan.
Permainan Kecil : Lumba Kereta Sorong Berganda (Double Wheelbarrow)
1. Murid dibahagikan kepada tiga orang dalam satu kumpulan.
2. Murid akan melakukan Kereta sorong berganda dari garisan mula hingga garisan
penamat.
3. Kumpulan yang paling awal tiba di garisan penamat dikira sebagai pemenang.
Mula Tamat
Aktiviti 1 : Piramid Bertiga
1. Murid dibahagikan kepada tiga orang dalam satu
kumpulan.
2. Dua orang murid dalam kedudukan
mencangkung dan seorang murid berdiri di atas
paha keduanya sambil mendepangkan tangan
seperti gambar 1.
3. Kekalkan imbangan selama 3 hingga 5 saat.
4. Ulang aktiviti piramid bertiga dengan pelbagai
variasi mengikut kreativiti murid.
IMBANGAN STATIK DENGAN FORMASI PIRAMID BERTIGA
5
Tilam gimnastik
Alatan
Contoh variasi piramid bertiga
Gambar 1
» Pastikan guru sentiasa berada
berhampiran murid dan
menyokong murid untuk
mengelakkan kemalangan.
» Murid perlu diingatkan agar
tidak bergurau dengan rakan
ketika melakukan aktiviti
piramid bertiga.
Permainan Kecil : Sorong dan Imbang
1. Murid dibahagikan kepada enam orang dalam satu kumpulan.
2. Tiga orang akan melakukan kereta sorong berganda dari garisan permulaan
bergerak ke garisan penamat dalam ruang yang ditetapkan.
3. Tiga lagi ahli kumpulan akan melakukan piramid bertiga sebaik sahaja ahli
kumpulan pertama sampai ke garisan penamat.
4. Kumpulan yang dapat melakukan piramid dengan mengekalkan imbangan paling
lama dikira sebagai pemenang.
Aktiviti 2 : Imbangan Songsang Dirian Tangan
1. Murid secara individu.
2. Murid melakukan dirian tangan (handstand).
3. Murid bertahan beberapa saat.
4. Guru akan membantu menyokong murid semasa mengimbang.
6
» Tilam gimnastik
» Skital
Alatan
Mula
Tamat
Aktiviti 1: Lombol Kangkang
1. Murid berpasangan.
2. Murid pertama pada kedudukan membongkok.
3. Murid kedua berlari beberapa langkah, kedua-dua
belah tapak tangan menyentuh belakang badan
(latissimus dorsi) murid pertama. Kaki kangkang dan hambur ke hadapan
melepasi murid pertama, mendarat dengan kaki rapat, lutut difleksi dan mata
memandang ke hadapan.
4. Ulang aktiviti melombol menggunakan peti lombol.
HAMBUR
Aktiviti 2: Hambur Arab dengan Sokongan
1. Murid melakukan Hambur Arab di atas
bangku gimnastik dan mendarat di tempat
yang rendah.
2. Tangan guru menyokong pinggang murid
semasa hambur.
7
» Tilam gimnastik
» Peti lombol
» Papan anjal
» Bangku gimnastik
Alatan
Lombol Kangkang berpasangan Lombol Kangkang menggunakan alatan
» Pastikan permukaan lantai atau
padang yang digunakan adalah rata
dan selamat.
» Guru sentiasa berada berhampiran
murid dan menyokong murid
melakukan Hambur Arab.
Permainan Kecil : Hambur dan Mendarat
1. Murid dibahagikan kepada lima orang dalam satu kumpulan.
2. Murid secara bergilir-gilir melakukan Lombol Kangkang dalam satu barisan.
3. Murid terakhir akan terus ke bangku gimnastik untuk melakukan Hambur Arab.
4. Kumpulan yang paling awal selesai melakukan semua aktiviti dikira sebagai
pemenang.
8
» Tilam gimnastik
» Tali gimnastik / tali skipping
» Skital
» Bangku gimnastik
Alatan
» Pastikan permukaan lantai atau
padang yang digunakan adalah
rata dan selamat.
» Guru menyokong murid melakukan
Hambur Arab.
Mula
Tamat
Aktiviti 1 : Putaran 180° dan 360°
1. Murid secara individu.
2. Murid melakukan lantunan secara menegak di atas
trampolin sebelum melakukan putaran 180° dan 360°
dan mendarat di atas trampolin.
3. Murid hendaklah mendarat dengan kaki rapat, lutut
difleksi dan mata pandang ke hadapan.
PUTARAN
Aktiviti 2 : Kombinasi Gulingan
1. Murid secara individu melakukan guling
hadapan dan diikuti guling belakang.
2. Ulang aktiviti beberapa kali.
9
» Tilam gimnastik
» Trampolin
Alatan
Guling hadapan Guling belakang
» Pastikan guru berada berhampiran
murid ketika murid melakukan
putaran 180° dan 360° di atas
trampolin.
» Elakkan kepala menyentuh lantai
semasa melakukan gulingan.
» Pastikan bahagian bahu
menyentuh tilam semasa
melakukan guling hadapan dan
guling belakang.
Aktiviti 1 : Aksi Gayut
1. Murid secara individu.
2. Murid menyokong badan pada palang dan
melakukan ayunan ke hadapan dan ke
belakang secara perlahan-lahan.
3. Guru sentiasa bersedia menyokong murid.
GAYUT DAN AYUN
Aktiviti 2 : Gayut Songsang
1. Murid secara individu.
2. Murid bergayut di atas palang dengan kedua
-dua kaki lurus ke atas.
3. Murid akan bergayut pada posisi tersebut
dengan disokong oleh guru.
10
» Tilam gimnastik
» Palang gayut
Alatan
» Pastikan tilam gimnastik diletakkan di
bawah palang gayut.
» Guru perlu sentiasa berada berhampiran
murid dan menyokong murid.
Permainan Kecil : Lumba Gayut Songsang
1. Murid secara berkumpulan.
2. Murid mengambil pundi kacang dan dikepit dengan kaki.
3. Murid mengimbang pada palang dengan kedua belah tangan untuk membuat
ayun depan gayut songsang.
4. Murid mendarat dan meletakkan pundi kacang ke dalam bakul di hadapan.
5. Ulang aktiviti sehingga semua ahli dalam kumpulan melakukan aktiviti.
6. Kumpulan yang menyelesaikan aktiviti terpantas dikira pemenang.
11
» Tilam gimnastik
» Palang gayut
» Bakul
» Pundi kacang
Alatan
» Pastikan tilam gimnastik
diletakkan di bawah palang.
» Guru sentiasa bersedia
menyokong murid.
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Murid merancang persembahan berdasarkan kemahiran gimnastik yang telah
dipelajari dari awal sesi pembelajaran.
3. Persembahan boleh menggunakan peralatan gimnastik.
4. Kumpulan bergilir-gilir melakukan persembahan.
5. Penilaian persembahan dibuat oleh guru atau kumpulan lain.
12
STRATEGI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
CADANGAN STRATEGI PENGAJARAN
1. Penyoalan soalan untuk merangsang murid meneroka imbangan, hambur putaran,
serta gayut dan ayun.
2. Penyoalan soalan untuk merangsang murid merancang projek persembahan
gimnastik asas.
3. Penyoalan soalan untuk meningkatkan tahap inkuiri dalam aspek kognitif murid dalam
setiap kemahiran gimnastik asas.
13
CADANGAN STRATEGI PEMBELAJARAN
1. Penerokaan imbangan imbangan dinamik flip-flop dan kereta sorong berganda
(double wheelbarrow).
2. Penerokaan imbangan statik dengan formasi piramid.
3. Penerokaan imbangan songsang dirian tangan.
4. Penerokaan Lombol Kangkang.
5. Penerokaan Hambur Arab dengan sokongan.
6. Penerokaan putaran menegak 180° dan 360° di atas trampolin.
7. Penerokaan gayut dan ayun menggunakan pelbagai genggaman.
8. Penerokaan kombinasi guling depan dan guling belakang.
9. Penerokaan sokongan badan di atas palang dengan kedua-dua belah tangan dan
mengayun badan.
10.Penerokaan gayut songsang dengan sokongan.
11.Penyoalan soalan untuk merangsang murid meneroka imbangan, hambur putaran,
serta gayut dan ayun.
12.Melakukan kemahiran imbangan, hambur, putaran serta gayut dan ayun dengan
yakin.
13.Merancang projek persembahan imbangan, hambur, putaran, gayut dan ayun
dengan bimbingan guru.
Soalan berdasarkan fakta
1. Anggota badan manakah yang digunakan ketika melakukan aktiviti kereta sorong
berganda (double wheelbarrow)?
2. Anggota badan manakah digunakan untuk menyokong badan semasa melakukan
imbangan songsang dirian tangan?
3. Adakah daya digunakan ketika melakukan Lombol Kangkang dan Hambur Arab?
Contoh Soalan Inkuiri
Soalan berdasarkan konsep
1. Bagaimanakah luas tapak sokongan dapat memberi kestabilan ketika melakukan
imbangan statik dengan formasi bertiga dan imbangan songsang dirian tangan?
2. Aksi badan yang manakah yang dapat membantu putaran?
3. Bagaimanakah kedudukan badan dan kaki semasa menyokong di atas palang,
bergayut songsang dan mengayun?
Soalan berdasarkan perbahasan
1. Bagaimanakah kamu mengekalkan imbangan semasa bergayut songsang di palang?
HAMBUR
NAMA : ……………………………………… KELAS : …………………
15
Lembaran Kerja Murid
ARAHAN : Tandakan (√) pada lakuan yang menghasilkan daya maksimum
ketika melakukan Lombol Kangkang.
ARAHAN : Bagaimanakah kamu mengekalkan imbangan semasa melakukan
aktiviti berikut? Nyatakan.
IMBANGAN
NAMA : ……………………………………… KELAS : …………………
16
Lembaran Kerja Murid
Aksi gayut
Kereta sorong berganda
Flip-flop
ARAHAN : Jawab soalan di bawah.
NAMA : ……………………………………… KELAS : …………………
Berapa lamakah formasi dapat
bertahan?
Adakah
formasi itu
stabil?
Kumpulan
1 hingga 5
saat
6 hingga 10
saat
Lebih dari
10 saat
Ya Tidak
17
Lembaran Kerja Murid
1. Bandingkan kestabilan piramid berdasarkan persembahan kumpulan
anda dan rakan-rakan serta tandakan (√) pada soalan dalam jadual di
bawah.
2. Mengapakah kumpulan tersebut dapat mencatatkan masa kestabilan
yang lama?
__________________________________________________________
__________________________________________________________
Penasihat
Dr. Mohamed bin Abu Bakar Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Penasihat Editor
En. Mohamed Salim bin Taufix Rashidi Timbalan Pengarah
Sektor Kesenian dan Kesihatan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Editor
Cik Kamariah binti Mohd Yassin Ketua Penolong Pengarah
Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Pn. Nur Haswani binti Mazlan Bahagian Pembangunan Kurikulum
Bidang Gimnastik Asas
En. Mohd Azizan bin Kaunsin SK Seri Bandar, Melaka
En. Mohd Riduan bin Hj Zakarea SK (F) Lui Muda, Negeri Sembilan
En. Muhammad Fauzi bin Narsri
Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail,
Johor Bahru
Tn. Syed Muhd Kamal bin S. A. Bakar IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru
Grafik dan Ilustrator
En. Mohd Hanif bin Mohd Mahpot SK Kanchong Darat, Banting, Selangor
Tn. Syed Muhd Kamal bin S. A. Bakar IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru
19
Bahagian Pembangunan Kurikulum juga merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
panel yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan Panduan
Pengajaran Gimnastik Asas Tahun 5.
 Panel Kawal Mutu Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5.
 Guru-guru Pendidikan Jasmani Tahun 5 di sekolah rintis KSSR Semakan Pendidikan
Jasmani Tahun 5 pada tahun 2019.
PPJ_Gimnastik_Asas_Tahun_5_(SEMAKAN).pdf
PPJ_Gimnastik_Asas_Tahun_5_(SEMAKAN).pdf
PPJ_Gimnastik_Asas_Tahun_5_(SEMAKAN).pdf

More Related Content

What's hot

Lari berganti ganti
Lari berganti gantiLari berganti ganti
Lari berganti ganti
Yusuf Uchem
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasMarina Masdar
 
Lari berpagar
Lari berpagarLari berpagar
Lari berpagar
dila teen
 
Mpu
Mpu   Mpu
Peraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMPeraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAM
mond niel
 
Program khas murid orang asli
Program khas murid orang asliProgram khas murid orang asli
Program khas murid orang asli
gemilangfaudzi
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Xiaoling Lew
 
DSKP BAHASA ARAB TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA ARAB TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017DSKP BAHASA ARAB TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA ARAB TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
Mohd Suhaimin Isnen
 
Gimnastik artistik
Gimnastik artistikGimnastik artistik
Gimnastik artistikAfzan Razali
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer Coaching
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer CoachingKomuniti Pembelajaran Profesional : Peer Coaching
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer Coaching
Mokhzani Fadir
 
Surat pekeliling ikhtisas bil.92000 panduan keselamatan diri pelajar
Surat pekeliling ikhtisas bil.92000 panduan keselamatan diri pelajarSurat pekeliling ikhtisas bil.92000 panduan keselamatan diri pelajar
Surat pekeliling ikhtisas bil.92000 panduan keselamatan diri pelajarJimmy Siow
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Hashimah68
 
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiModel pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiHELMIZAM
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
Tinagaran Magisparan
 
Rph pengurusan diri kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
Rph    pengurusan diri  kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamidRph    pengurusan diri  kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamid
Rph pengurusan diri kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
amuradhamid edidik edu my
 
contoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomcontoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomAutdrey Yna
 
PLC
PLCPLC
Lari Berganti-ganti
Lari Berganti-gantiLari Berganti-ganti
Lari Berganti-ganti
Azizi Ahmad
 
Pentaksiran autentik portfolio
Pentaksiran autentik portfolioPentaksiran autentik portfolio
Pentaksiran autentik portfolio
amira nurfahmida
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
Universiti selangor
 

What's hot (20)

Lari berganti ganti
Lari berganti gantiLari berganti ganti
Lari berganti ganti
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 
Lari berpagar
Lari berpagarLari berpagar
Lari berpagar
 
Mpu
Mpu   Mpu
Mpu
 
Peraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMPeraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAM
 
Program khas murid orang asli
Program khas murid orang asliProgram khas murid orang asli
Program khas murid orang asli
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
DSKP BAHASA ARAB TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA ARAB TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017DSKP BAHASA ARAB TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA ARAB TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
 
Gimnastik artistik
Gimnastik artistikGimnastik artistik
Gimnastik artistik
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer Coaching
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer CoachingKomuniti Pembelajaran Profesional : Peer Coaching
Komuniti Pembelajaran Profesional : Peer Coaching
 
Surat pekeliling ikhtisas bil.92000 panduan keselamatan diri pelajar
Surat pekeliling ikhtisas bil.92000 panduan keselamatan diri pelajarSurat pekeliling ikhtisas bil.92000 panduan keselamatan diri pelajar
Surat pekeliling ikhtisas bil.92000 panduan keselamatan diri pelajar
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
 
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiModel pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
 
Rph pengurusan diri kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
Rph    pengurusan diri  kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamidRph    pengurusan diri  kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamid
Rph pengurusan diri kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
 
contoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomcontoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloom
 
PLC
PLCPLC
PLC
 
Lari Berganti-ganti
Lari Berganti-gantiLari Berganti-ganti
Lari Berganti-ganti
 
Pentaksiran autentik portfolio
Pentaksiran autentik portfolioPentaksiran autentik portfolio
Pentaksiran autentik portfolio
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 

Similar to PPJ_Gimnastik_Asas_Tahun_5_(SEMAKAN).pdf

Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
ROSFARADILA MUSTAPHA
 
Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
ROSFARADILA MUSTAPHA
 
DSKP Pengurusan Kehidupan KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Semakan Tahun 1.pdf
DSKP Pengurusan Kehidupan KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Semakan Tahun 1.pdfDSKP Pengurusan Kehidupan KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Semakan Tahun 1.pdf
DSKP Pengurusan Kehidupan KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Semakan Tahun 1.pdf
PPKISKBRU
 
DSKP Pengurusan Kehidupan KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Semakan Tahun 1.pdf
DSKP Pengurusan Kehidupan KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Semakan Tahun 1.pdfDSKP Pengurusan Kehidupan KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Semakan Tahun 1.pdf
DSKP Pengurusan Kehidupan KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Semakan Tahun 1.pdf
PPKISKBRU
 
Gimnastik
GimnastikGimnastik
Gimnastik
Jimmy Siow
 
Gimnastik
GimnastikGimnastik
Gimnastik
Jimmy Siow
 
DSKP Asas Jahitan Pendidikan Khas Tingkatan 1.pdf
DSKP  Asas Jahitan Pendidikan Khas Tingkatan 1.pdfDSKP  Asas Jahitan Pendidikan Khas Tingkatan 1.pdf
DSKP Asas Jahitan Pendidikan Khas Tingkatan 1.pdf
nurhayati882444
 
DSKP Asas Jahitan Pendidikan Khas Tingkatan 1.pdf
DSKP  Asas Jahitan Pendidikan Khas Tingkatan 1.pdfDSKP  Asas Jahitan Pendidikan Khas Tingkatan 1.pdf
DSKP Asas Jahitan Pendidikan Khas Tingkatan 1.pdf
nurhayati882444
 
Sukatan pelajaran-pjk1
Sukatan pelajaran-pjk1Sukatan pelajaran-pjk1
Sukatan pelajaran-pjk1
hamidah suparti
 
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaran
Nas Lin
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsm
Nas Lin
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsm
Ira Raji
 
Sukatan pelajaran-pjk1
Sukatan pelajaran-pjk1Sukatan pelajaran-pjk1
Sukatan pelajaran-pjk1
hamidah suparti
 
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaran
Nas Lin
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsm
Nas Lin
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsm
Ira Raji
 
1. dskp kssr p.moral th1 semakan
1. dskp kssr p.moral th1 semakan1. dskp kssr p.moral th1 semakan
1. dskp kssr p.moral th1 semakan
Majestic Azam
 
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )
Safiah Sulaiman
 
DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
Mohd Suhaimin Isnen
 
1. dskp kssr p.moral th1 semakan
1. dskp kssr p.moral th1 semakan1. dskp kssr p.moral th1 semakan
1. dskp kssr p.moral th1 semakan
Majestic Azam
 

Similar to PPJ_Gimnastik_Asas_Tahun_5_(SEMAKAN).pdf (20)

Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
 
Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
 
DSKP Pengurusan Kehidupan KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Semakan Tahun 1.pdf
DSKP Pengurusan Kehidupan KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Semakan Tahun 1.pdfDSKP Pengurusan Kehidupan KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Semakan Tahun 1.pdf
DSKP Pengurusan Kehidupan KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Semakan Tahun 1.pdf
 
DSKP Pengurusan Kehidupan KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Semakan Tahun 1.pdf
DSKP Pengurusan Kehidupan KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Semakan Tahun 1.pdfDSKP Pengurusan Kehidupan KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Semakan Tahun 1.pdf
DSKP Pengurusan Kehidupan KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Semakan Tahun 1.pdf
 
Gimnastik
GimnastikGimnastik
Gimnastik
 
Gimnastik
GimnastikGimnastik
Gimnastik
 
DSKP Asas Jahitan Pendidikan Khas Tingkatan 1.pdf
DSKP  Asas Jahitan Pendidikan Khas Tingkatan 1.pdfDSKP  Asas Jahitan Pendidikan Khas Tingkatan 1.pdf
DSKP Asas Jahitan Pendidikan Khas Tingkatan 1.pdf
 
DSKP Asas Jahitan Pendidikan Khas Tingkatan 1.pdf
DSKP  Asas Jahitan Pendidikan Khas Tingkatan 1.pdfDSKP  Asas Jahitan Pendidikan Khas Tingkatan 1.pdf
DSKP Asas Jahitan Pendidikan Khas Tingkatan 1.pdf
 
Sukatan pelajaran-pjk1
Sukatan pelajaran-pjk1Sukatan pelajaran-pjk1
Sukatan pelajaran-pjk1
 
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaran
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsm
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsm
 
Sukatan pelajaran-pjk1
Sukatan pelajaran-pjk1Sukatan pelajaran-pjk1
Sukatan pelajaran-pjk1
 
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaran
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsm
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsm
 
1. dskp kssr p.moral th1 semakan
1. dskp kssr p.moral th1 semakan1. dskp kssr p.moral th1 semakan
1. dskp kssr p.moral th1 semakan
 
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
 
1. dskp kssr p.moral th1 semakan
1. dskp kssr p.moral th1 semakan1. dskp kssr p.moral th1 semakan
1. dskp kssr p.moral th1 semakan
 

PPJ_Gimnastik_Asas_Tahun_5_(SEMAKAN).pdf

  • 1.
  • 2.
  • 3.
  • 4. Terbitan Januari 2020 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA. Terbitan: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya
  • 5. Muka Surat Rukun Negara v Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi Definisi Kurikulum Kebangsaan vii Kata Alu-aluan ix Pendahuluan x Maklumat dalam Modul xi BIDANG KEMAHIRAN GIMNASTIK ASAS Huraian Modul ………………………………………………………………………... 1 Standard Pembelajaran ……………………………………………………………... 1 Cadangan Aktiviti untuk Mencapai Standard Pembelajaran  Flip-flop dan Kereta Sorong Berganda (Double Wheelbarrow) ………….. 3  Imbangan Statik dengan Formasi Piramid Bertiga ………………………… 5  Hambur …………………………………………………………………………. 8  Putaran …………………………………………………………………………. 10  Gayut dan Ayun ……………………………………………………………….. 12  Kerja Projek …………………………………………………………………….. 19 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran …………………………………………… 20 Contoh Soalan Inkuiri ……………………………………………………………….. 20 Cadangan Pentaksiran Formatif ……………………………………………………. 22 Cadangan Pentaksiran Sumatif …………………………………………………….. 25 Penghargaan …………………………………………………………………………. 28
  • 6.
  • 7. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN v
  • 8. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) vi
  • 9. DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN 3. Kurikulum Kebangsaan (1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norrma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97] vii
  • 10.
  • 11. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah berjaya menghasilkan Panduan Pengajaran Gimnastik Asas Tahun 5. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) merupakan mata pelajaran yang memperkembangkan potensi murid dari segi fizikal, mental, sosial dan emosi menerusi penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti kemahiran dan kecergasan. Hasrat tersebut dicapai melalui bidang-bidang pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum PJPK. Salah satu bidang yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) PJPK adalah Gimnastik Asas. Guru perlu menguasai dan menggunakan prinsip ansur maju, penerokaan, pendekatan inkuiri dan kerja projek yang sesuai dengan umur dan kebolehan murid ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Gimnastik Asas. Oleh yang demikian, Panduan Pengajaran Gimnastik Asas Tahun 5 dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) PJPK merupakan usaha Bahagian Pembangunan Kurikulum membantu guru memahami, memilih dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai Standard Pembelajaran yang dihasratkan secara berkesan. Semua aktiviti dalam panduan pengajaran ini telah disusun mengikut ansur maju berdasarkan kebolehan murid. Dalam penghasilan Panduan Pengajaran Gimnastik Asas Tahun 5, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah mendapat bantuan kepakaran daripada Pensyarah Institut Pendidikan Guru dan guru Pendidikan Jasmani. Bagi pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang telah berjaya menghasilkan panduan ini yang menjadi rujukan kepada guru PJPK. Sekian, terima kasih. Dr. MOHAMED BIN ABU BAKAR Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum 2020 ix
  • 12. Panduan Pengajaran Gimnastik Asas Tahun 5 bertujuan untuk membantu guru Pendidikan Jasmani terutama sekali guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran ini. Panduan Pengajaran ini menterjemah dan memperincikan kandungan bidang Gimnastik Asas dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSR Semakan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Aktiviti yang terdapat dalam unit pengajaran adalah dihasilkan berdasarkan Standard Pembelajaran menggunakan kaedah penerokaan dan ansur maju. Guru perlu merangsang murid dengan mengemukakan soalan yang membolehkan murid berfikir dan menaakul untuk membuat keputusan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Guru juga perlu menerapkan elemen merentas kurikulum (EMK) seperti kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru juga perlu menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubahsuai serta menambah baik aktiviti dalam panduan pengajaran mengikut kesesuaian situasi, tempat dan kebolehan murid. Selain itu, guru juga perlu memastikan aktiviti yang dilaksanakan secara berpasangan hendaklah dijalankan sesama jantina. PdP yang terancang dapat membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat, berkemahiran dan berpengetahuan serta mengamalkan nilai murni dalam melakukan aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan diri. Justeru, adalah diharapkan Panduan Pengajaran Gimnastik Asas Tahun 5 ini dapat dimanfaatkan oleh guru PJPK secara maksimum dalam proses PdP untuk mencapai matlamat dan objektif KSSR Semakan Pendidikan Jasmani. x
  • 13. HURAIAN MODUL Gimnastik Asas memberi fokus kepada kemahiran pengurusan tubuh badan. Kemahiran Gimnastik Asas yang dilakukan oleh murid akan meningkatkan fleksibiliti, ketangkasan, imbangan, kekuatan dan kawalan badan. Kandungan dalam bidang ini memberi penekanan kepada kemahiran motor yang spesifik untuk melakukan kemahiran imbangan, hambur dan pendaratan, putaran serta gayut dan ayun. IMBANGAN DINAMIK FLIP-FLOP DAN KERETA SORONG BERGANDA 1.1.1 Melakukan imbangan dinamik flip-flop dan kereta sorong berganda (double wheelbarrow) STANDARD PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI UNTUK MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Soalan berdasarkan fakta 1. Anggota badan manakah yang digunakan ketika melakukan aktiviti kereta sorong berganda (double wheelbarrow)? Contoh Soalan Inkuiri Guru mengendalikan sesi : » Memanaskan badan. » Penyampaian standard pembelajaran. » Permainan kecil. » Menyejukkan badan. » Penilaian pengajaran dan pembelajaran. Cadangan Pengendalian Sesi PdP » Tilam Gimnastik Alatan Guru boleh mempelbagaikan aktiviti yang bersesuaian Tip Untuk Guru Tajuk dan cadangan masa modul Huraian secara keseluruhan kemahiran yang hendak dicapai dalam beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) Standard Pembelajaran yang mencakupi aspek 1, 2 dan 5 dalam DSKP Contoh aktiviti setiap kemahiran untuk mencapai Standard Pembelajaran Cadangan strategi yang sesuai digunakan dalam PdP Cadangan soalan yang merangsang KBAT berbentuk inkuiri berdasarkan fakta, konsep dan perbahasan Cadangan pentaksiran formatif dan sumatif dalam modul ini Cadangan pengendalian sesi PdP yang perlu dilaksanakan untuk mencapai Standard Pembelajaran Alatan yang boleh digunakan dalam PdP Tip tambahan untuk guru Berikut merupakan maklumat-maklumat yang terdapat dalam modul. 1 xi
  • 14.
  • 15. GIMNASTIK ASAS HURAIAN MODUL Gimnastik Asas memberi fokus kepada kemahiran pengurusan tubuh badan. Kemahiran Gimnastik Asas yang dilakukan oleh murid akan meningkatkan kelenturan, ketangkasan, imbangan, kekuatan dan kawalan badan. Kandungan dalam bidang ini memberi penekanan kepada kemahiran motor yang spesifik untuk melakukan kemahiran imbangan, hambur dan pendaratan, putaran serta gayut dan ayun. Melalui modul ini, murid dapat meneroka dan melakukan pelbagai kemahiran Gimnastik Asas dalam suasana yang seronok dan selamat. IMBANGAN DINAMIK FLIP-FLOP DAN KERETA SORONG BERGANDA 1.1.1 Melakukan imbangan dinamik flip-flop dan kereta sorong berganda (double wheelbarrow). 2.1.1 Menjelaskan anggota badan yang terlibat untuk mengekalkan keseimbangan. 5.4.1 Melibatkan diri secara aktif sebagai ahli kumpulan. STANDARD PEMBELAJARAN IMBANGAN STATIK DENGAN FORMASI PIRAMID BERTIGA 1.1.2 Melakukan imbangan statik dengan formasi piramid bertiga. 2.1.2 Menjelaskan perkaitan luas tapak sokongan dengan kestabilan. 5.1.4 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti fizikal. IMBANGAN SONGSANG 1.1.3 Melakukan imbangan songsang dirian tangan. 2.1.2 Menjelaskan perkaitan luas tapak sokongan dengan kestabilan. 5.2.1 Mempamerkan keyakinan untuk melakukan pelbagai kemahiran pergerakan. 1
  • 16. GIMNASTIK ASAS HAMBUR 1.2.1 Melakukan Lombol Kangkang. 1.2.2 Melakukan Hambur Arab dengan sokongan. 2.2.1 Menjelaskan aplikasi daya semasa melakukan Lombol Kangkang dan Hambur Arab. 5.2.3 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti. PUTARAN 1.3.1 Melakukan putaran menegak 180° dan 360° di atas trampolin dan mendarat di atas trampolin. 2.3.1 Mengenal pasti aksi-aksi badan yang membantu putaran. 5.1.3 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti. KOMBINASI GULING 1.3.2 Melakukan kombinasi guling depan dan guling belakang. 2.3.1 Mengenal pasti aksi-aksi badan yang membantu putaran. 5.3.2 Mengiktiraf kelebihan dan menerima kekurangan rakan sebaya. STANDARD PEMBELAJARAN BERGAYUT DAN MENGAYUN 1.4.1 Menyokong badan di atas palang dengan kedua-dua belah tangan dan mengayun badan. 1.4.2 Bergayut songsang dengan sokongan. 2.4.1 Mengenal pasti posisi badan dan kaki yang sesuai semasa sokongan di atas palang, bergayut songsang dan mengayun. 5.4.3 Membimbing ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti. 2
  • 17. Aktiviti 1: Flip-flop 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid secara individu melakukan aksi flip-flop dengan cara :  Dari kedudukan tekan tubi, tolak badan ke atas menggunakan tangan dan kaki, kemudian pusingkan badan ke belakang. 3. Ulang lakuan flip-flop ke posisi asal. CADANGAN AKTIVITI UNTUK MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN Guru mengendalikan sesi : » Memanaskan badan. » Penyampaian standard pembelajaran. » Permainan kecil. » Menyejukkan badan. » Penilaian pengajaran dan pembelajaran. Cadangan Pengendalian Sesi PdP » Tilam Gimnastik Alatan FLIP-FLOP DAN KERETA SORONG BERGANDA (DOUBLE WHEELBARROW) 3 Pastikan permukaan lantai atau padang adalah rata dan selamat.
  • 18. Aktiviti 2 : Kereta Sorong Berganda (Double Wheelbarrow) 1. Murid dibahagikan kepada tiga orang dalam satu kumpulan. 2. Murid A dalam kedudukan duduk dekam. Murid B meletakkan kedua-dua belah kaki dan meluruskanya di atas bahagian belakang badan Murid A serta menyokong berat badan dengan kedua-dua belah tangan. 3. Murid C berdiri diantara dua kaki Murid A sambil memegang dan mengangkat kaki Murid A dengan lurus sehingga selari dengan paha. 4. Kereta sorong berganda bergerak ke hadapan dengan kedua-dua tangan Murid A dan B bergerak mengikut giliran kiri dan kanan bersama-sama. 5. Murid bergerak dari garisan mula ke garisan penamat mengikut jarak yang ditetapkan. 6. Ulang aktiviti dengan setiap murid bertukar posisi. Guru boleh mempelbagaikan aktiviti yang bersesuaian. Tip Untuk Guru 4 Murid A Murid B Murid C » Pastikan permukaan lantai atau padang yang digunakan adalah rata dan selamat. » Pastikan pergerakan bagi ketiga-tiga murid adalah seragam. » Sentiasa berkomunikasi untuk mengekalkan imbangan. Permainan Kecil : Lumba Kereta Sorong Berganda (Double Wheelbarrow) 1. Murid dibahagikan kepada tiga orang dalam satu kumpulan. 2. Murid akan melakukan Kereta sorong berganda dari garisan mula hingga garisan penamat. 3. Kumpulan yang paling awal tiba di garisan penamat dikira sebagai pemenang. Mula Tamat
  • 19. Aktiviti 1 : Piramid Bertiga 1. Murid dibahagikan kepada tiga orang dalam satu kumpulan. 2. Dua orang murid dalam kedudukan mencangkung dan seorang murid berdiri di atas paha keduanya sambil mendepangkan tangan seperti gambar 1. 3. Kekalkan imbangan selama 3 hingga 5 saat. 4. Ulang aktiviti piramid bertiga dengan pelbagai variasi mengikut kreativiti murid. IMBANGAN STATIK DENGAN FORMASI PIRAMID BERTIGA 5 Tilam gimnastik Alatan Contoh variasi piramid bertiga Gambar 1 » Pastikan guru sentiasa berada berhampiran murid dan menyokong murid untuk mengelakkan kemalangan. » Murid perlu diingatkan agar tidak bergurau dengan rakan ketika melakukan aktiviti piramid bertiga.
  • 20. Permainan Kecil : Sorong dan Imbang 1. Murid dibahagikan kepada enam orang dalam satu kumpulan. 2. Tiga orang akan melakukan kereta sorong berganda dari garisan permulaan bergerak ke garisan penamat dalam ruang yang ditetapkan. 3. Tiga lagi ahli kumpulan akan melakukan piramid bertiga sebaik sahaja ahli kumpulan pertama sampai ke garisan penamat. 4. Kumpulan yang dapat melakukan piramid dengan mengekalkan imbangan paling lama dikira sebagai pemenang. Aktiviti 2 : Imbangan Songsang Dirian Tangan 1. Murid secara individu. 2. Murid melakukan dirian tangan (handstand). 3. Murid bertahan beberapa saat. 4. Guru akan membantu menyokong murid semasa mengimbang. 6 » Tilam gimnastik » Skital Alatan Mula Tamat
  • 21. Aktiviti 1: Lombol Kangkang 1. Murid berpasangan. 2. Murid pertama pada kedudukan membongkok. 3. Murid kedua berlari beberapa langkah, kedua-dua belah tapak tangan menyentuh belakang badan (latissimus dorsi) murid pertama. Kaki kangkang dan hambur ke hadapan melepasi murid pertama, mendarat dengan kaki rapat, lutut difleksi dan mata memandang ke hadapan. 4. Ulang aktiviti melombol menggunakan peti lombol. HAMBUR Aktiviti 2: Hambur Arab dengan Sokongan 1. Murid melakukan Hambur Arab di atas bangku gimnastik dan mendarat di tempat yang rendah. 2. Tangan guru menyokong pinggang murid semasa hambur. 7 » Tilam gimnastik » Peti lombol » Papan anjal » Bangku gimnastik Alatan Lombol Kangkang berpasangan Lombol Kangkang menggunakan alatan » Pastikan permukaan lantai atau padang yang digunakan adalah rata dan selamat. » Guru sentiasa berada berhampiran murid dan menyokong murid melakukan Hambur Arab.
  • 22. Permainan Kecil : Hambur dan Mendarat 1. Murid dibahagikan kepada lima orang dalam satu kumpulan. 2. Murid secara bergilir-gilir melakukan Lombol Kangkang dalam satu barisan. 3. Murid terakhir akan terus ke bangku gimnastik untuk melakukan Hambur Arab. 4. Kumpulan yang paling awal selesai melakukan semua aktiviti dikira sebagai pemenang. 8 » Tilam gimnastik » Tali gimnastik / tali skipping » Skital » Bangku gimnastik Alatan » Pastikan permukaan lantai atau padang yang digunakan adalah rata dan selamat. » Guru menyokong murid melakukan Hambur Arab. Mula Tamat
  • 23. Aktiviti 1 : Putaran 180° dan 360° 1. Murid secara individu. 2. Murid melakukan lantunan secara menegak di atas trampolin sebelum melakukan putaran 180° dan 360° dan mendarat di atas trampolin. 3. Murid hendaklah mendarat dengan kaki rapat, lutut difleksi dan mata pandang ke hadapan. PUTARAN Aktiviti 2 : Kombinasi Gulingan 1. Murid secara individu melakukan guling hadapan dan diikuti guling belakang. 2. Ulang aktiviti beberapa kali. 9 » Tilam gimnastik » Trampolin Alatan Guling hadapan Guling belakang » Pastikan guru berada berhampiran murid ketika murid melakukan putaran 180° dan 360° di atas trampolin. » Elakkan kepala menyentuh lantai semasa melakukan gulingan. » Pastikan bahagian bahu menyentuh tilam semasa melakukan guling hadapan dan guling belakang.
  • 24. Aktiviti 1 : Aksi Gayut 1. Murid secara individu. 2. Murid menyokong badan pada palang dan melakukan ayunan ke hadapan dan ke belakang secara perlahan-lahan. 3. Guru sentiasa bersedia menyokong murid. GAYUT DAN AYUN Aktiviti 2 : Gayut Songsang 1. Murid secara individu. 2. Murid bergayut di atas palang dengan kedua -dua kaki lurus ke atas. 3. Murid akan bergayut pada posisi tersebut dengan disokong oleh guru. 10 » Tilam gimnastik » Palang gayut Alatan » Pastikan tilam gimnastik diletakkan di bawah palang gayut. » Guru perlu sentiasa berada berhampiran murid dan menyokong murid.
  • 25. Permainan Kecil : Lumba Gayut Songsang 1. Murid secara berkumpulan. 2. Murid mengambil pundi kacang dan dikepit dengan kaki. 3. Murid mengimbang pada palang dengan kedua belah tangan untuk membuat ayun depan gayut songsang. 4. Murid mendarat dan meletakkan pundi kacang ke dalam bakul di hadapan. 5. Ulang aktiviti sehingga semua ahli dalam kumpulan melakukan aktiviti. 6. Kumpulan yang menyelesaikan aktiviti terpantas dikira pemenang. 11 » Tilam gimnastik » Palang gayut » Bakul » Pundi kacang Alatan » Pastikan tilam gimnastik diletakkan di bawah palang. » Guru sentiasa bersedia menyokong murid.
  • 26. 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Murid merancang persembahan berdasarkan kemahiran gimnastik yang telah dipelajari dari awal sesi pembelajaran. 3. Persembahan boleh menggunakan peralatan gimnastik. 4. Kumpulan bergilir-gilir melakukan persembahan. 5. Penilaian persembahan dibuat oleh guru atau kumpulan lain. 12
  • 27. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CADANGAN STRATEGI PENGAJARAN 1. Penyoalan soalan untuk merangsang murid meneroka imbangan, hambur putaran, serta gayut dan ayun. 2. Penyoalan soalan untuk merangsang murid merancang projek persembahan gimnastik asas. 3. Penyoalan soalan untuk meningkatkan tahap inkuiri dalam aspek kognitif murid dalam setiap kemahiran gimnastik asas. 13 CADANGAN STRATEGI PEMBELAJARAN 1. Penerokaan imbangan imbangan dinamik flip-flop dan kereta sorong berganda (double wheelbarrow). 2. Penerokaan imbangan statik dengan formasi piramid. 3. Penerokaan imbangan songsang dirian tangan. 4. Penerokaan Lombol Kangkang. 5. Penerokaan Hambur Arab dengan sokongan. 6. Penerokaan putaran menegak 180° dan 360° di atas trampolin. 7. Penerokaan gayut dan ayun menggunakan pelbagai genggaman. 8. Penerokaan kombinasi guling depan dan guling belakang. 9. Penerokaan sokongan badan di atas palang dengan kedua-dua belah tangan dan mengayun badan. 10.Penerokaan gayut songsang dengan sokongan. 11.Penyoalan soalan untuk merangsang murid meneroka imbangan, hambur putaran, serta gayut dan ayun. 12.Melakukan kemahiran imbangan, hambur, putaran serta gayut dan ayun dengan yakin. 13.Merancang projek persembahan imbangan, hambur, putaran, gayut dan ayun dengan bimbingan guru.
  • 28. Soalan berdasarkan fakta 1. Anggota badan manakah yang digunakan ketika melakukan aktiviti kereta sorong berganda (double wheelbarrow)? 2. Anggota badan manakah digunakan untuk menyokong badan semasa melakukan imbangan songsang dirian tangan? 3. Adakah daya digunakan ketika melakukan Lombol Kangkang dan Hambur Arab? Contoh Soalan Inkuiri Soalan berdasarkan konsep 1. Bagaimanakah luas tapak sokongan dapat memberi kestabilan ketika melakukan imbangan statik dengan formasi bertiga dan imbangan songsang dirian tangan? 2. Aksi badan yang manakah yang dapat membantu putaran? 3. Bagaimanakah kedudukan badan dan kaki semasa menyokong di atas palang, bergayut songsang dan mengayun? Soalan berdasarkan perbahasan 1. Bagaimanakah kamu mengekalkan imbangan semasa bergayut songsang di palang?
  • 29. HAMBUR NAMA : ……………………………………… KELAS : ………………… 15 Lembaran Kerja Murid ARAHAN : Tandakan (√) pada lakuan yang menghasilkan daya maksimum ketika melakukan Lombol Kangkang.
  • 30. ARAHAN : Bagaimanakah kamu mengekalkan imbangan semasa melakukan aktiviti berikut? Nyatakan. IMBANGAN NAMA : ……………………………………… KELAS : ………………… 16 Lembaran Kerja Murid Aksi gayut Kereta sorong berganda Flip-flop
  • 31. ARAHAN : Jawab soalan di bawah. NAMA : ……………………………………… KELAS : ………………… Berapa lamakah formasi dapat bertahan? Adakah formasi itu stabil? Kumpulan 1 hingga 5 saat 6 hingga 10 saat Lebih dari 10 saat Ya Tidak 17 Lembaran Kerja Murid 1. Bandingkan kestabilan piramid berdasarkan persembahan kumpulan anda dan rakan-rakan serta tandakan (√) pada soalan dalam jadual di bawah. 2. Mengapakah kumpulan tersebut dapat mencatatkan masa kestabilan yang lama? __________________________________________________________ __________________________________________________________
  • 32.
  • 33. Penasihat Dr. Mohamed bin Abu Bakar Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Penasihat Editor En. Mohamed Salim bin Taufix Rashidi Timbalan Pengarah Sektor Kesenian dan Kesihatan Bahagian Pembangunan Kurikulum Editor Cik Kamariah binti Mohd Yassin Ketua Penolong Pengarah Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan Bahagian Pembangunan Kurikulum Pn. Nur Haswani binti Mazlan Bahagian Pembangunan Kurikulum Bidang Gimnastik Asas En. Mohd Azizan bin Kaunsin SK Seri Bandar, Melaka En. Mohd Riduan bin Hj Zakarea SK (F) Lui Muda, Negeri Sembilan En. Muhammad Fauzi bin Narsri Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor Bahru Tn. Syed Muhd Kamal bin S. A. Bakar IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru Grafik dan Ilustrator En. Mohd Hanif bin Mohd Mahpot SK Kanchong Darat, Banting, Selangor Tn. Syed Muhd Kamal bin S. A. Bakar IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru 19 Bahagian Pembangunan Kurikulum juga merakamkan ribuan terima kasih kepada semua panel yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan Panduan Pengajaran Gimnastik Asas Tahun 5.  Panel Kawal Mutu Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5.  Guru-guru Pendidikan Jasmani Tahun 5 di sekolah rintis KSSR Semakan Pendidikan Jasmani Tahun 5 pada tahun 2019.