SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Soalan: Kamu telah bercuti di suatu tempat yang menarik bersama keluarga. Tulis
catatan tersebut selengkapnya.
Sabtu, 12 Mac 2012
5.00 pagi
Saya bangun awal hari ini kerana semalam ayah telah memberitahu bahawa kami
sekeluarga akan ke Melaka pada pagi ini. Kami semua sibuk menyiapkan persiapan.
Ibu di dapur menyediakan bekalan makanan untuk dibawa dalam perjalanan nanti.
Setelah mandi dan mengerjakan solat subuh, saya berdoa agar perjalanan kami
nanti tiada rintangan yang menimpa. Kereta Perdana yang dipandu ayah meluncur
laju menuju ke destinasi.
9.00 pagi
Saya begitu leka melihat pemandangan di sepanjang perjalanan sehingga tidak
menyedari kami telah pun sampai di sempadan Melaka Bandaraya Bersejarah. Ayah
telah menempah bilik hotel untuk kami bermalam. Setelah meletakkan beg, kami
merehatkan badan di atas katil. Disebabkan terlalu penat kami pun tertidur.
12.00 tengah hari
Ayah telah membawa kami ke Zoo Melaka. Kami melihat banyak binatang yang
belum pernah dilihat sebelum ini. Harimau, gajah, singa, zirafah, ular, badak dan
banyak lagi. Ada juga pertunjukan ular dan orang utan. Saya sempat juga
mengambil gambar dengan orang utan dan menaiki gajah.
2.00 petang
Kami singgah di masjid untuk solat zuhur. Setelah solat, kami pun menuju ke A
Famosa Resort. Di situ terdapat tempat mandi dan tempat membeli-belah yang
disebut Cowboy. Saya dan keluarga pergi membeli-belah. Selepas itu, saya dan
keluarga pergi mandi.
4.00 petang
Kakak telah mengajak ayah pergi ke bandar Melaka. Di situ kami sekeluarga telah
menaiki Menara Taming Sari. Dari puncak menara, kami dapat melihat seluruh
bandar Melaka. Selepas itu, kami juga pergi ke Kapal Portugis. Kapalnya amat
besar. Di dalamnya terdapat banyak barang bersejarah. Kami ingin menaiki feri
melungsuri Sungai Melaka tetapi sayang, tiket sudah kehabisan.
5.45 petang
Setelah solat asar, kami melawat Kota A Famosa. Ibu sempat menceritakan sejarah
Kota A Famosa dan serangan orang Portugis. Oleh sebab Bukit St Paul tidak jauh
dari situ, saya juga telah mendakinya. Oleh sebab hari telah petang, ayah mengajak
kami balik ke hotel untuk berehat dan menantikan waktu maghrib.
9.00 malam
Setelah solat maghrib dan isyak, kami makan malam bersama-sama. Selepas itu,
kami keluar untuk membeli-belah di Bandar Hilir. Saya membeli cenderamata untuk
cikgu dan kawan-kawan. Setelah lama berjalan, kami pun balik kerana esok kami
akan memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah.
11.00 malam
Kami pun sampai di hotel. Kami berasa sungguh letih. Tidak lama kemudian, kami
pun terlelap.
Ahad, 13 Mac 2007
9.00 pagi
Kami bersiap-siap untuk memulakan perjalanan balik ke Johor. Dalam perjalanan
balik, saya telah nampak Eye of Asia. Walaupun penat saya berasa sungguh
seronok kerana dapat melawat ke tempat yang menarik. Ayah berjanji akan
membawa kami ke tempat lain pada cuti yang akan datang.
1.30 petang
Kami tiba di rumah seperti yang telah dijangka. Saya dan keluarga bekerjasama
mengangkat barang-barang ke dalam rumah. Selepas itu kami berehat bersama-
sama setelah kepenatan berjalan jauh.

More Related Content

Similar to Catatan

Similar to Catatan (12)

Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2
 
Indonesia
IndonesiaIndonesia
Indonesia
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatan
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatan
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatan
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatan
 
Slot Bahasa Melayu
Slot Bahasa MelayuSlot Bahasa Melayu
Slot Bahasa Melayu
 
Petikan catatan
Petikan catatanPetikan catatan
Petikan catatan
 
Petikan catatan
Petikan catatanPetikan catatan
Petikan catatan
 
Tentatif program melaka
Tentatif program melakaTentatif program melaka
Tentatif program melaka
 
Karangan Berkelah.pptx
Karangan Berkelah.pptxKarangan Berkelah.pptx
Karangan Berkelah.pptx
 
Refleksi harian
Refleksi harianRefleksi harian
Refleksi harian
 

Catatan

  • 1. Soalan: Kamu telah bercuti di suatu tempat yang menarik bersama keluarga. Tulis catatan tersebut selengkapnya. Sabtu, 12 Mac 2012 5.00 pagi Saya bangun awal hari ini kerana semalam ayah telah memberitahu bahawa kami sekeluarga akan ke Melaka pada pagi ini. Kami semua sibuk menyiapkan persiapan. Ibu di dapur menyediakan bekalan makanan untuk dibawa dalam perjalanan nanti. Setelah mandi dan mengerjakan solat subuh, saya berdoa agar perjalanan kami nanti tiada rintangan yang menimpa. Kereta Perdana yang dipandu ayah meluncur laju menuju ke destinasi. 9.00 pagi Saya begitu leka melihat pemandangan di sepanjang perjalanan sehingga tidak menyedari kami telah pun sampai di sempadan Melaka Bandaraya Bersejarah. Ayah telah menempah bilik hotel untuk kami bermalam. Setelah meletakkan beg, kami merehatkan badan di atas katil. Disebabkan terlalu penat kami pun tertidur. 12.00 tengah hari Ayah telah membawa kami ke Zoo Melaka. Kami melihat banyak binatang yang belum pernah dilihat sebelum ini. Harimau, gajah, singa, zirafah, ular, badak dan banyak lagi. Ada juga pertunjukan ular dan orang utan. Saya sempat juga mengambil gambar dengan orang utan dan menaiki gajah. 2.00 petang Kami singgah di masjid untuk solat zuhur. Setelah solat, kami pun menuju ke A Famosa Resort. Di situ terdapat tempat mandi dan tempat membeli-belah yang disebut Cowboy. Saya dan keluarga pergi membeli-belah. Selepas itu, saya dan keluarga pergi mandi. 4.00 petang Kakak telah mengajak ayah pergi ke bandar Melaka. Di situ kami sekeluarga telah menaiki Menara Taming Sari. Dari puncak menara, kami dapat melihat seluruh bandar Melaka. Selepas itu, kami juga pergi ke Kapal Portugis. Kapalnya amat besar. Di dalamnya terdapat banyak barang bersejarah. Kami ingin menaiki feri melungsuri Sungai Melaka tetapi sayang, tiket sudah kehabisan.
  • 2. 5.45 petang Setelah solat asar, kami melawat Kota A Famosa. Ibu sempat menceritakan sejarah Kota A Famosa dan serangan orang Portugis. Oleh sebab Bukit St Paul tidak jauh dari situ, saya juga telah mendakinya. Oleh sebab hari telah petang, ayah mengajak kami balik ke hotel untuk berehat dan menantikan waktu maghrib. 9.00 malam Setelah solat maghrib dan isyak, kami makan malam bersama-sama. Selepas itu, kami keluar untuk membeli-belah di Bandar Hilir. Saya membeli cenderamata untuk cikgu dan kawan-kawan. Setelah lama berjalan, kami pun balik kerana esok kami akan memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah. 11.00 malam Kami pun sampai di hotel. Kami berasa sungguh letih. Tidak lama kemudian, kami pun terlelap. Ahad, 13 Mac 2007 9.00 pagi Kami bersiap-siap untuk memulakan perjalanan balik ke Johor. Dalam perjalanan balik, saya telah nampak Eye of Asia. Walaupun penat saya berasa sungguh seronok kerana dapat melawat ke tempat yang menarik. Ayah berjanji akan membawa kami ke tempat lain pada cuti yang akan datang. 1.30 petang Kami tiba di rumah seperti yang telah dijangka. Saya dan keluarga bekerjasama mengangkat barang-barang ke dalam rumah. Selepas itu kami berehat bersama- sama setelah kepenatan berjalan jauh.