SlideShare a Scribd company logo
SUPIAH BT MAT YUSOF   1
            PGSRPK
SUPIAH BT MAT YUSOF   2
            PGSRPK
SUPIAH BT MAT YUSOF   3
                                    PGSRPK




Mengandungi 15
bahagian, 183 perkara
dan 13 jadual.
SUPIAH BT MAT YUSOF   4
            PGSRPK
SUPIAH BT MAT YUSOF   5
                                                                       PGSRPK


CARTA ALIRAN PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN DAN UNSUR-UNSUR TRADISI
SUPIAH BT MAT YUSOF   6
                               PGSRPK




SAMBUNGAN…………………
SUPIAH BT MAT YUSOF   7
                             PGSRPK


SAMBUNGAN……………
SUPIAH BT MAT YUSOF   8
                              PGSRPK




SAMBUNGAN…………..
SUPIAH BT MAT YUSOF   9
                           PGSRPK




SAMBUNGAN………
SUPIAH BT MAT YUSOF   10
                                                                                                               PGSRPK




BEBERAPA PERKARA ASAS PERLEMBAGAAN


Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)

Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu seorang raja yang dipilih daripada raja-raja
sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan.
Namun begitu Perkara 39 dan 40 menyatakan bahawa baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau
seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri.

Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan, sementara Perkara
42 pula meletakkan baginda mempunyai kusa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang
telah disabitkan oleh mahkamah tentera bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.

Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga komponen badan perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen.
Perkara 71 pula menyediakan peruntukan bagi menjamin hak sesorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang,
menikmati dan menjalankan hak-hak keistemewaan di sisi perlembagaan bagi sesorang raja di dalam negeri itu.

Perkara 153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab untuk memelihara kedudukan istemewa orang-orang Melayu
dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain.

Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah
ditangan baginda atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.
SUPIAH BT MAT YUSOF   11
                                                                                                                   PGSRPK


Kedudukan Agama Islam
Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama
lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh
dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika
pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).

Kedudukan Bahasa Melayu

Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara
automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh
Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri dan
termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
meliputi :
- perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4)
- ekonomi : Perkara 153 (6)
- pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)
- Kedudukan Istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah
rizab Melayu.
- Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).
SUPIAH BT MAT YUSOF   12
                                                                                                                PGSRPK


LAPORAN ISU.

   1. AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN

   2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA




   1. AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN


Perkara 3 dalam Perlembagaan menyatakan bahawa, “Islam ialah agama bagi Persekutuan” dan “Parlimen boleh melalui
undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam.” Perkara 160 dalam
Perlembagaan menakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam. Perlembagaan juga telah
menetapkan orang Islam tidak boleh keluar daripada agama Islam tetapi orang bukan Islam dibenarkan menganut agama
Islam tanpa paksaan. Dalam beberapa keputusan mahkamah telah menyerahkan bidang kuasa kepada mahkamah
Syariah dalam hal berkaitan pertukaran agama daripada agama Islam atau kepada agama Islam dan kes undang-undang
keluarga yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam. Dalam teks asal bahasa Inggerisnya disebut Islam is the religion-
ini bermakna hanya Islam agama Persekutuan bukannya Islam itu agama Persekutuan. Dengan yang demikian, segala
perkara yang dibuat mesti berteraskan kepada agama Islam.


 Isunya   ialah apakah    golongan mualaf di Malaysia akan terus terbela selepas memeluk agama Islam kerana
kebanyakkan ahli keluarga akan membuang mereka atau seolah mahu merampas mereka kembali kepada agama asal.
SUPIAH BT MAT YUSOF   13
                                                                                                                PGSRPK


Situasi ini menunjukkan seolah-olah mereka melakukan kesalahan besar dengan menukar agama. Apa yang lebih ketara
sekiranya ada perkahwinan yang berakhir dengan penceraian dan mualaf tersebut menjadi mangsa keadaan. Setiap
umat Islam lebih-lebih lagi mualaf perlu diberikan hak untuk beribadat, bantuan lain seperti tempat tinggal, perubatan,
perkahwinan dan sebagainya.Islam menuntut dalam persoalan akidah tidak boleh paksa pihak lain terima akidah Islam.
Ini juga ditegaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…(al-Baqarah:
256) Ini menunjukkan akidah adalah soal hati yang juga disebut sebagai tunjang keimanan. Sebab itulah penganut bukan
Islam di Malaysia boleh mengamalkan ajaran agama mereka dengan damai. Tetapi dalam bab kehidupan bernegara, kita
semua terikat dengan undang-undang. Bagi orang Islam kita terikat dengan syariat Allah. Orang bukan Islam yang hidup
di negara Islam, mereka bebas ada rumah ibadat masing-masing yang dibina mengikut undang-undang. Mengikut
statistik tahun 2004 di laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, jumlah saudara baru atau mualaf di Malaysia
adalah 7,377 orang. Sebagai negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, sudah pasti pelbagai program
dan tindakan susulan diatur untuk membantu golongan mualaf ini meneruskan kehidupan baru selepas bergelar Muslim.



Oleh yang demikian kenapa ada kaum-kaum lain yang cuba mencampuri urusan umat Islam dan kononnya
memperjuangkan nasib malang yang menimpa sebahagian umat Islam. Persoalannya dari saat kita merdeka semua
sudah bersetuju dengan mengamalkan ajaran agama masing-masing tetapi kenapa masih ada yang menganggap suara
azan itu satu gangguan kepada kelompok masyarakat. Sedangkan orang Islam tidak pernah mencampuri mengenai
aktiviti agama mereka. Ini adalah satu amaran bahawa sikap tolak ansur orang melayu selama ini bakal memakan orang
melayu sendiri. Apakah orang melayu akan dapat mempertahankan agama Islam di tanah airnya sendiri sedangkan
semakin ramai melayu sudah murtad.
SUPIAH BT MAT YUSOF   14
                                                                                                            PGSRPK


Sebuah akhbar pernah melaporkan, Gan Eng Gor, seorang lelaki berketurunan Cina, telah dikebumikan mengikutan
upacara pengebumian Islam selepas Mahkamah Syariah memutuskan bahawa beliau adalah seorang Islam. Polis telah
merampas mayat si mati selepas anak lelakinya, seorang mualaf, mendakwa bahawa bapanya yang asalnya beragama
Buddha telah memeluk agama Islam pada bulan Julai 2007. Ahli-ahli keluarga yang lain, kesemuanya beragama Buddha,
telah mendaftarkan petisyen di Mahkamah Tinggi dan mendakwa bahawa Gan tidak pernah menukar agama kerana
beliau telah dua kali mengalami strok dan oleh itu, tidak mampu bercakap pada masa ia didakwa masuk Islam. Akhirnya
mahkamah syariah mengumumkan si mati adalah seorang Islam. Begitulah sukarnya hidup seorang mualaf. Orang
melayu sendiri tidak dapat mempertahankan seorang yang murtad apatah lagi mereka yang mualaf. Kedudukan agama
Islam sekarang ini di ancam dengan pengaruh sekular ancaman agama lain terutama kristian. Bahkan sejauhmana
institusi yang bertanggungjawab berjaya membentuk mualaf ini sebagai muslim yang sejati dan mengamalkan ajaran
Islam dengan berpandukan Al Quran dan Hadis.


Hakikat inilah yang kononnya yang diperjuangkan oleh Majlis Peguam bagi mendapat pembelaan yang sewajarnya
sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam pada 9 Ogos tahun lalu. Namun malangnya Majlis Peguam tidak
menjemput golongan yang tidak bermasalah tersebut walaupun mereka memahami bahawa dalam prinsip undang-
undang, keadilan harus dilihat dilaksanakan. Majlis Peguam tidak pernah berusaha untuk menunjukkan kebaikan mereka
yang memeluk Islam. Kalau mereka mahu bertindak adil sepatutnya mereka jemput dua peserta yang berbeza iaitu
seorang ada masalah apabila memeluk Islam dan seorang lagi tidak ada masalah. Oleh itu maksud sebenar majlis
berkenaan mengadakan forum seumpama itu adalah untuk melakarkan bahawa memeluk Islam salah. Apabila perkara
seumpama itu ditimbulkan berkali-kali ia akan menimbulkan tafsiran bahawa tindakan memeluk Islam akan ada
masalahnya.
SUPIAH BT MAT YUSOF   15
                                                                                                             PGSRPK


Fenomena ini tidak sukar sekiranya semua pihak sama ada umat Islam atau bukan Islam saling memahami antara satu
sama lain. Jika tidak, mereka akan saling menyalahkan agama lain atas dasar melanggar prinsip hak asasi manusia.
Oleh itu, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menentukan bahawa Islam ialah agama bagi persekutuan,
disokong pula dengan Perkara 121(1A) yang menyebut, “Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) –
mahkamah Sivil- tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa
mahkamah Syariah”, haruslah dihormati dan difahami oleh semua pihak. Justeru itu amat menghairankan apabila masih
kelihatan individu atau pertubuhan yang mendesak supaya diberi kebebasan untuk keluar daripada Islam kononnya ia
diberi kebebasan oleh Perlembagaan Negara. Sedangkan mereka telah memahami bahawa ‘murtad’ adalah satu
kesalahan jenayah menurut syariat Islam. Menurut Perkara 18,     menetapkan bahawa manusia bebas memilih dan
menukar agamanya pada bila-bila masa. Bagaimanapun ini bercanggah dengan syariat Islam yang telah diberi
kedudukan istimewa oleh perlembagaan. Bagi Islam soal pemeliharaan agama amat penting bagi menjamin keharmonian
negara dan masyarakat.


Bagaimanapun, mutakhir ini terdapat pula kes-kes murtad yang berpunca daripada perceraian, kejahilan dan lain-lain
yang dikatakan bersifat peribadi. Antara yang menggemparkan negara iaitu apa yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi
Syariah Pulau Pinang pada 8 Mei 2008 yang membenarkan seorang mualaf iaitu Siti Fatimah Tan Abdullah keluar
daripada Islam. Siti Fatimah mendakwa dia memeluk Islam hanya untuk berkahwin dengan seorang rakyat Iran bernama
Ferdoun Ashanian. Namun dia tidak pernah sekali-kali mengamalkan ajaran Islam malah masih mengekalkan amalan
agama asalnya, Buddha. Peguam bela Siti Fatimah, Ustaz Ahmad Jailani menyifatkan permohonan yang dibuat oleh Siti
Fatimah itu, bukan permohonan keluar Islam, tetapi permohonan dalam menentukan status agamanya, adakah Islam
atau tidak. Walau apapun hujah yang diputuskan oleh mahkamah, kita tetap menghormati keputusan tersebut atas dasar
SUPIAH BT MAT YUSOF   16
                                                                                                              PGSRPK


menjunjung prinsip keadilan. Namun persoalan tetap timbul di kalangan bukan Islam, adakah Islam pada hari ini telah
mengiktiraf murtad sebagai satu kebebasan hak asasi manusia.


Tidak timbul soal mencabuli kebebasan beragama kerana Islam tidak pernah memaksa seseorang memeluk agama ini.
Oleh itu, kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang tidak boleh dijadikan asas kononnya Islam
membenarkan murtad. Atau Islam telah mengiktiraf murtad sebagai hak asasi bagi penganutnya. Ini sebagaimana yang
didakwa oleh beberapa pemimpin politik bukan Islam di negara ini sejurus keputusan dibuat oleh mahkamah.
Sedangkan alasan mahkamah membenarkan pemohon keluar Islam ialah kerana pemohon didapati tidak pernah
mengamalkan ajaran Islam sejak memeluknya pada tahun 1999. Bermakna, bukan atas alasan hak asasi pemohon.


Kesimpulannya, Islam ialah suatu agama yang amat realistik. Islam mengiktiraf kebebasan hak asasi manusia tetapi
Islam melihatnya dalam ruang lingkup manusia sebagai hamba kepada Yang Maha Pencipta, Allah SWT. Islam
mengenali apakah batas-batas kemanusiaan itu. Apa jua yang menepati sifat-sifat kemanusiaan, Islam tidak pernah
menafikannya bahkan diperintahkan oleh Islam walaupun tidak diperundangkan sebagai hak asasi. Manakala apa jua
yang diluar batas-batas kemanusiaan maka ianya ditegah bahkan diharamkan oleh Islam walaupun pejuang hak asasi
mendakwa ia suatu pencabulan terhadap kebebasan manusia.          Adapun agama Islam itu, ia adalah wahyu yang
diturunkan oleh Yang Maha Berkuasa bagi membimbing hidup manusia.


Cadangan:
1. Oleh yang demikian kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan untuk mewajibkan mualaf mengumumkan
kepada ahli-ahli keluarga tentang status agama barunya. Setiap mualaf perlu membuat perakuan bahawa dia telah
mengumumkan kepada keluarga tentang pertukaran agamanya. Pihak Kerajaan telah mengumumkan bahawa Jabatan
SUPIAH BT MAT YUSOF   17
                                                                                                            PGSRPK


Hal Ehwal Agama akan mengeluarkan kad kepada mualaf untuk menentukan pertukaran agama kepada Islam dan
mengelak masalah akan datang berkaitan kematian mualaf, perceraian, atau pengurusan wasiat juga melibatkan hak
penjagaan terhadap waris.( jakim)


2.Pihak kerajaan perlu menyatakan dengan jelas sejelasnya hukuman bagi orang Islam yang murtad yang orang lain
yang mempengaruhi sehingga murtad bagi memastikan kesucian agama Islam dan kedudukannya sebagai agama
persekutuan tidak dipertikaikan.


3.Mahkamah syariah diberi kuasa mutlak mengenai hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam tanpa campurtangan
daripada mahkamah sivil. Bahkan tidak ada satu pun yang berkaitan dengan hal ehwal agama boleh dibawa ke
mahkamah sivil. Semua negeri dan wilayah persekutuan mempunyai peraturan-peraturan dan undang-undang yang
sama dan seragam supaya tidak mengelirukan umat Islam.



4.Menyemak semula beberapa perkara dalam perlembagaan persekutuan yang lebih mirip kepada peraturan penjajah
dan dipinda mengikut keperluan umat Islam . Oleh sebab itu boleh terjadi pertentangan di antara undang-undang di
Malaysia dan hukum Islam, dan juga di antara keputusan kadi dan pendapat mufti dengan keputusan mahkamah awam.
Mengikut undang-undang yang berlaku di Malaysia pada masa dahulu apabila pertentangan itu terjadi keutamaan diberi
kepada undang-undang di Malaysia dan keputusan mahkamah awam untuk mengelakkan kejadian seperti itu dan
mengagungkan semula hukum Islam. (jakim). Satu langkah yang sangat berkesan telah diambil dengan pindaan kepada
Perlembagaan Persekutuan, Perkara 121, yang memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Bawahan
tidak boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah.
SUPIAH BT MAT YUSOF   18
                                                                                                            PGSRPK


5. Bagi memastikan undang-undang Islam dipandang tinggi kita harus berusaha memperbaiki cara pentadbiran undang-
undang keluarga di Mahkamah-mahkamah Syariah. Pada masa sekarang kita menghadapi kekurangan dalam banyak
perkara - taraf dan kelayakan kadi, tidak ada bangunan mahkamah yang sesuai dan kemudahan-kemudahan yang
mencukupi, kekurangan pegawai dan kakitangan dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan yang diadakan untuk
pentadbiran undang-undang Islam di Mahkamah Syariah hendaklah disamakan sekurang-kurangnya dengan apa yang
terdapat di Mahkamah Majistret. Mufti-mufti dan hakim-hakim hendaklah menjalankan tugas mereka supaya pentadbiran
undang-undang Islam mencapai mutu dan kepercayaan yang telahpun dicapai oleh mahkamah awam di Malaysia.

6.Semua pihak termasuk rakyat di Negara ini perlu menghormati dan mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui sejak
merdeka lagi , lebih-lebih lagi apa yang dicapai dalam kontrak sosial supaya kesaksamaan dan saling menghormati hak
orang lain yang tidak boleh dipersoalkan dan dipertikaikan lagi.




   2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA



Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak
keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel
mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota
kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai
sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu
kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.(Wikipedia Bahasa Melayu)
SUPIAH BT MAT YUSOF   19
                                                                                                             PGSRPK


Ini jelas dari Perkara 153 (3) yang antara lain memperuntukkan :


“ perezapan bagi orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak .......... mengenai
biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas, Yang
diPertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am sebagainya yang dikehendaki bagi maksud itu kepada
mana-mana Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian 10 atau kepada mana-mana pihakberkuasa yang
bertanggungjawab atas pemberian biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau
kemudahan-kemudahan khas itu ; dan Suruhanjaya atau pihakberkuasa itu hendaklah mematuhi arahan-arahan
itu dengan sempurna.” (perlembagaan persekutuan)




Daripada peruntukan di atas jelas bahwa orang Melayu secara otomatik mempunyai hak untuk mendapat biasiswa atau
bantuan dan lain-lain kemudahan istimewa pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas.

Senario politik kebelakangan ini banyak menyentuh dan mempersoalkan hak golongan minoriti . Pelbagai pihak termasuk
badan NGO dan parti politik telah semakin berani mempersoalkan keistimewaan orang melayu dan bumiputra perlu dikaji
semula semula demi mempertahan satu nama atas dasar bangsa Malaysia. Mereka menuntut supaya golongan minoriti
juga mendapat hak keistimewaan dan mendapat layanan yang sama seperti orang melayu dan bumiputera. Persoalannya
sekarang    jangan sampai orang melayu menjadi seperti “ayam di kepuk mati kelaparan dan itik di air mati
kehausan”(allahyarham Aminuddin Baki).Ini kerana ada setengah-setangah pemimpin di negara kita memberi layanan
mengenai isu tersebut. Sedangkan ramai orang melayu dan bumiputera yang masih jauh ketinggalan dan hidup
kemiskinan dengan hak asasi mereka yang belum terbela. Mereka masih memerlukan bantuan kerajaan untuk pendidikan
anak-anak dan keluar dari kelompok kemiskinan supaya dapat sama-sama menikmati kemewahan negara. Kegilaan
SUPIAH BT MAT YUSOF   20
                                                                                                            PGSRPK


politik melayu sekarang sanggup menunjukkan kebaikan dan murah hati yang tidak bertempat sehingga pembahagian
ekonomi sekarang menjadi tidak seimbang. Sepatutnya sudah tidak ada lagi orang melayu yang miskin dan bumiputera
yang hidup melarat , malangnya yang bukan bumiputera hidup senang lenang dan banyak tanah orang melayu bertukar
hak milik.

Pemimpin-pemimpin gah dengan perjuangan mereka tetapi kaum minoriti seperti kaum cina yang bertambah kaya dan
menguasai harta di tanah air kita. Orang Melayu hari ini berada di persimpangan dan di dalam satu dilema yang amat
menakutkan. Pastikah ramalan dan andaian bahawa kekuasaan dan ketuanan Melayu semakin terhakis. Atau benarkah
ada ramalan yang mengatakan dominan Melayu akan hancur dek gara-gara orang Melayu itu sendiri akibat krisis dan
perbalahan yang sedang melanda pada hari ini.

Dimanakah semangat setiakawan dan persefahaman yang telah sekian lama dipupuk selama ini sejak dari merdeka lagi
diantara semua parti-parti komponen Barisan Nasional. Apa lagi yang kaum bukan Melayu mahukan dari orang Melayu?
Tidak cukupkah apa yang mereka telah perolehi dan kecapi setelah keturunan datuk moyang mereka diterima sebagai
warganegara tanah air tercinta ini. Tidak cukupkah lagi dengan penguasaan ekonomi yang mereka dominasi sehingga
mampu mengurangkan tahap kemiskinan kaum-kaum mereka jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu?

Peringatan kepada kaum bukan Melayu,orang Melayu juga berhak menikmati hidup yang sempurna di tanah air mereka
sendiri. Orang Melayu tidak mahu hidup merempat ditanah air mereka. Orang Melayu tidak meminta apa-apa dari bukan
Melayu ,kerajaan telah berusaha merangka berbagai polisi untuk menaikan taraf hidup orang Melayu sejak merdeka
disamping tidak mengabaikan hak-hak kaum lain. Adakah orang Melayu meminta kaum bukan Melayu supaya
mengabaikan atau memansuhkan bahasa, adat resam dan sekolah-sekolah bukan Melayu? Malah kebanyakan sekolah-
sekolah mereka telah turut dibantu oleh kerajaan.
SUPIAH BT MAT YUSOF   21
                                                                                                            PGSRPK


Peringatan kepada kaum bukan Melayu, tidak ada didalam dunia ini manusia yang begitu baik bernama “ Melayu “ yang
sanggup menerima kaum-kaum pendatang ini sebagai warganegara setelah negara mencapai kemerdekaan. Tanah
Melayu tidak meletakkan apa-apa syarat kepada kaum bukan Melayu untuk menerima mereka sebagai warganegara
Tanah Melayu. Malah mereka bebas mengamalkan adat resam mereka selepas merdeka.



Beberapa perkara boleh dilihat yang begitu menghina ketuanan Melayu di buminya sendiri dan melanggar peraturan
perlembagaan yang termaktub:

   1. Desakan yang serius oleh masyarakat India supaya hak keistimewaan orang Melayu digugurkan dari
      perlembagaan. Mereka dengan berani telah mencabar perlembagaan dan menuntut hak yang sama rata
      sedangkan mereka lupa sejarah kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama dan pengorbanan orang-orang
      Melayu dengan memberikan hak kewarganegaraan kepada mereka. Siapakah yang perlu dipersalahkan sehingga
      mereka berani menuntut hak yang sedemikian. Mungkin disebabkan oleh dorongan politik dan rasa tidak puas hati
      atau kesilapan pemimpin yang gagal melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat secara keseluruhannya.
      Ketidakseimbangan dan jurang antara kaum semakin ketara sekarang ini. Masyarakat India merasakan mereka
      tertindas dan tercicir dari semua perkara termasuk pendidikan, sosial dan ekonomi. Isu-isu sensitif seperti
      memusnahkan kuil Hindu menyemarakkan lagi api kebencian antara kaum.




   2. Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya       Perdana Menteri telah mengumumkan yang kerajaan akan
      mewujudkan pemberian biasiswa khas dikenali sebagai Biasiswa Nasional yang berasaskan kepada merit
      sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tahun depan. Soal paling utama di sini ialah soal
SUPIAH BT MAT YUSOF   22
                                                                                                      PGSRPK


  bidang kuasa di sisi perlembagaan. Merujuk apa yang digariskan oleh Perkara 153 (2) tersebut, perkara
  berkaitan biasiswa dan danasiswa adalah di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong, bukan Perdana
  Menteri, apalagi Menteri Pelajaran atau Menteri Pengajian Tinggi. Secara jelas juga ia memperuntukkan
  yang dalam memastikan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera terjaga, mereka mestilah
  mempunyai rizab biasiswa atau danasiswa dengan kadar tertentu yang difikirkan munasabah.(my
  star.online) Selain memperuntukkan perizaban pada kadar tertentu untuk orang Melayu dan Bumiputera
  mendapat biasiswa atau danasiswa Kerajaan Persekutuan, perlembagaan juga dengan jelas menyatakan bahawa
  urusan hal-ehwal biasiswa dan danasiswa adalah di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.Oleh itu adakah orang
  melayu sendiri yang memusnahkan masa depan mereka sendiri hanya semata-mata mahu berkuasa dan
  mendapat sokongan sepenuhnya.




3. Cadangan Menteri Besar Selangor supaya membuka 10 peratus peluang kepada bukan bumiputera ke UITM
  dikatakan bertentangan dengan Perkara 153 (2) dan (3) bolehlah diklasifikasikan sebagai “keistimewaan
  pendidikan atau latihan” untuk Melayu dan Bumiputera, dan cadangan itu bermaksud Melayu serta Bumiputera
  masih dirizabkan kadar pengambilannya ke UiTM sebanyak 90 peratus. Ramai pihak telah menentang isu itu dan
  berpendapat boleh menyebabkan kemarahan orang Melayu dan sengaja menutup peluang orang Melayu dalam
  pendidikan awam.
SUPIAH BT MAT YUSOF   23
                                                                                                            PGSRPK


4. Karpal Singh pernah mengambil tindakan mempersoalkan siapa penulis titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dan
   keputusan Sultan Perak ada kaitan dengan kelemahan pada parti Melayu itu. Ia seolah-olah mengulangi senario
   pada 1946 apabila Inggeris merampas kuasa raja-raja dan hak Melayu dengan membentuk Malayan Union.
   Isunya bila orang bukan melayu semakin berani mempersoalkan sesuatu yang bukan menjadi hak mereka. Mereka
   seolah mahu kuasa bersuara dan seolah mahu membetulkan apa yang salah pada pandangan mata mereka.
   Namun begitu atas dasar apa mereka patut bersuara sedangkan dalam perlembagaan jelas menyatakan mereka
   tidak mencampuri urusan adat resam orang melayu. Orang Melayu bangkit membantah dan mendesak supaya
   Karpal Singh menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kapada Sultan dan Raja-raja Melayu.

5. Patutkah unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB) diliberalisasi dan digantikan? Sepatutnya dasar itu diteruskan
   dan kuota 30% untuk bumiputra harus meningkat dan terus meningkat bukan dikurangkan atau dihapuskan.
   Negara ini adalah hak kita. Kita telah sangat bermurah hati dengan memberikan hak kita 70% kepada orang lain.
   Wajarkah kuota itu dihapuskan dan dipertikaikan selamanya, sedangkan pada hakikatnya dasar itu sendiri belum
   lagi mencapai matlamatnya pada sekian lama. Benarkah DEB itu dasar pilih kasih apabila yang dikasih hanya
   dapat 30% sedangkan apa yang diagihkan itu adalah hak mereka sendiri. Patutkah yang 30% itu dirampas lagi
   seolah-olah memberi susu kepada kera di hutan sedangkan anak dibuaian mati kelaparan. Apa gunanya kalau
   projek-projek besar diberikan kepada bumiputra, tetapi yang kaya bukan bumiputra. Bahan-bahan mentah/material
   tetap daripada bukan bumiputra. Berapa banyak kedai atau syarikat “hardware” dimiliki oleh bumiputra dan begitu
   juga kedai-kedai aksesori yang lain.Sedarkah kita bahawa selama ini bumiputra terutama orang melayu sentiasa
   berhadapan dengan situasi “double-standard” apabila membeli barang di kedai orang cina. Pergilah ke kedai orang
   cina harga belian orang Melayu adalah lebih tinggi dari harga yang diberikan kepada bangsa mereka sendiri.
SUPIAH BT MAT YUSOF     24
                                                                                                         PGSRPK


6. Langkah dua bank terkemuka yang meletakkan syarat pembabitan Bumiputera dalam firma guaman yang
   menjalankan perkhidmatan dengan mereka perlu dipuji dan jangan dipersoalkan mana-mana pihak kerana ia
   mampu membantu melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera .(berita harian) Presiden
   Majlis Peguam telah menganggap dua bank terkemuka melakukan diskriminasi apabila meletakkan syarat
   pembabitan bumiputera menjalankan perkhidmatan dengan mereka.Peraturan yang dikenakan bank berkenaan
   memerlukan sekurang-kurangnya satu daripada tiga rakan kongsi firma guaman yang ingin menjalankan
   perkhidmatan dengan mereka, adalah bumiputera.Firma guaman bumiputera itu juga perlu memiliki sekurang-
   kurangnya    50   peratus   ekuiti   sebagai   syarat   untuk   menjalankan   perkhidmatan   dengan       bank.
   Majlis peguam telah membidas peraturan ini kerana menganggap ianya menyalahi semangat Perlembagaan
   Persekutuan dan meminta bank memilih firma guaman berdasarkan merit. Isu ini menyebabkan orang melayu
   sangat berkecil hati dan menganggap majlis peguam sangat kurang ajar kerana membangkitkan isu tersebut.



7. Pada 28 November 2008, Ketua Wanita MCA menyifatkan konsep ketuanan Melayu tidak relevan pada hari ini
   kerana semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara. Beliau menyokong kenyataan seorang
   Timbalan Presiden MCA mengenai perkara yang sama pada 27 November 2008 (Utusan Malaysia). Pada 30
   November 2008, Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menyatakan istilah ketuanan Melayu di negara ini tidak
   sesuai digunakan kerana ia menggambarkan seolah-olah seperti hubungan tuan dengan hamba (Utusan
   Malaysia).



8. Pada 26 Februari 2009, ADUN DAP Skudai di Johor, Dr. Boo Cheng Hau menuduh kononnya dasar-dasar afirmatif
   untuk Melayu dan Bumiputra adalah serupa dengan dasar aparteid (The Malaysian Insider 26.2.2009).Pada 17 Mei
SUPIAH BT MAT YUSOF   25
                                                                                                               PGSRPK


        2009, Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Yong Khoon Seng juga mendesak supaya
        pemberian biasiswa JPA diberikan mengikut sistem meritokrasi tanpa mengira pelajar itu daripada kaum Bumiputra
        atau bukan Bumiputra (mysarawak.org 17.5.2009). Begitulah ghairahnya kaum minoriti menuntut kesaksamaan
        hak dengan bumiputera . Mereka seolah-olah mahu mengubah atau meminda perlembagaan persekutuan
        mengikut kehendak mereka.



Berikut adalah cadangan-cadangan bagi memelihara hubungan etnik di Malaysia:

   1. Semua media massa di Malaysia harus memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan kefahaman rakyat
        mengenai perlembagaan persekutuan dan membangunkan minda rakyat dengan kesedaran dan semangat juang
        bukannya menjadi dalang memecah belahkan hubungan antara kaum.

   2. Politik di Malaysia mestilah mengutamakan pencegahan apa jua tindakan dan keputusan yang boleh menghakis
        atau melenyapkan Islam sebagai Agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Raja-Raja
        Melayu sebagai payung rakyat, bangsa Melayu serta Bumiputra sebagai pribumi dan lain-lain etnik sebagai rakyat
        senegara.




   3.   Orang Melayu wajarlah melonjak dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa Melayu menerusi perpaduan
        supaya tanah air dan bangsa Melayu terselamat dan bersatu padu. Kita harus berani dan tidak gentar untuk
        memperjuangkan hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera dalam masyarakat yang berbilang kaum.
SUPIAH BT MAT YUSOF   26
                                                                                                                  PGSRPK




   4. Kerajaan    Malaysia perlu memperbanyakkan pengkisahan sejarah negara dan sejarah nasionalisma dan
      melipatgandakan penyampaian maklumat berhubung kisah-kisah penubuhan negara ini mulai dari hari ini dengan
      menzahirkan filem dan dokumentari semua bahasa dan penuh giat. Ini bertujuan generasi muda dan baru akan
      faham bagaimana perjanjian kontrak sosial dan Jus Soli itu terjadi dan tidak ada apa yang boleh dipertikaikan.




   5. Jabatan-jabatan kerajaan dan badan NGO perlu memainkan peranan meningkatkan kesedaran mengekalkan
      perpaduan dan kerjasama supaya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan atas kepincangan yang kita
      sendiri adakan.




PENUTUP

Keagungan sejarah bangsa Melayu sudah cukup membuktikan bahawa hak istimewa orang dan bumiputera tidak boleh
dipersoalkan lagi. Perlembagaan telah menetapkan hak tersebut dan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
Orang melayu perlu berani dan bangkit berjuang kerana soal ketuanan telah menjadi isu utama. Semua kaum menuntut
SUPIAH BT MAT YUSOF   27
                                                                                                                PGSRPK


hak sebagai rakyat Malaysia atas dasar satu bangsa Malaysia. Maruah kita sedang dicabar , kedudukan raja-raja sedang
dipersoalkan maka sampailah masanya semua orang melayu bersatu dan kukuhkan perpaduan demi keamanan negara.

Isu – isu ini sebenarnya tidak akan timbul kalau semua kaum memahami dengan mendalam mengenainya dan ada rasa
hormat menghormati terhadap peranan masingh-masing. Sampai bila segala keistimewaan yang termaktub dalam
perlembagaan hanya dinikmati oleh segelintir melayu sahaja, sedangkan melayu lain masih hidup merempat di Negara
sendiri . Melayu perlu bangun    mempertahankan hak keistimewaan itu supaya menjadi bangsa yang disegani dan
dihormati. Berjuang dengan kata-kata tidak mempunyai erti melainkan melayu perlu bangun dan buktikan bahawa kita
bangsa yang bukan boleh diperkecilkan. Golongan elit melayu perlu sedar hakikat ini dan tidak mementingkan diri sendiri
jangan sampai orang kata melayu sendiri yang menjahanamkan orang melayu.

More Related Content

Viewers also liked

Kepimpinan instruktional gb
Kepimpinan instruktional   gbKepimpinan instruktional   gb
Kepimpinan instruktional gb
cikgusuepkhas
 
Analisis perbandingan sukatan alternatif pendidikan khas bp
Analisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bpAnalisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bp
Analisis perbandingan sukatan alternatif pendidikan khas bp
cikgusuepkhas
 
Kepimpinan instruktional gb
Kepimpinan instruktional   gbKepimpinan instruktional   gb
Kepimpinan instruktional gbcikgusuepkhas
 
Bahan Bacaan Disleksia
Bahan Bacaan DisleksiaBahan Bacaan Disleksia
Bahan Bacaan Disleksiacikgusuepkhas
 
Masalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatan
Masalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatanMasalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatan
Masalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatancikgusuepkhas
 
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah lakuDisleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
cikgusuepkhas
 
Sistem kehakiman di malaysia.ppshow
Sistem kehakiman di malaysia.ppshowSistem kehakiman di malaysia.ppshow
Sistem kehakiman di malaysia.ppshow
Norzilah Mohamad Shahid
 
p0ligami
p0ligamip0ligami
p0ligami
Amiey Rosmainie
 
Contoh Laporan Pembudayaan Inklusif
Contoh Laporan Pembudayaan InklusifContoh Laporan Pembudayaan Inklusif
Contoh Laporan Pembudayaan Inklusifcikgusuepkhas
 
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]cikgusuepkhas
 
Tajuk 3 peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
Tajuk 3  peraturan pelaksanaan pendidikan inklusifTajuk 3  peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
Tajuk 3 peraturan pelaksanaan pendidikan inklusifcikgusuepkhas
 
Bermasalah pendengaran
Bermasalah pendengaranBermasalah pendengaran
Bermasalah pendengaran
cikgusuepkhas
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahcikgusuepkhas
 
Penulisan disleksia
Penulisan disleksiaPenulisan disleksia
Penulisan disleksia
cikgusuepkhas
 

Viewers also liked (20)

Kepimpinan instruktional gb
Kepimpinan instruktional   gbKepimpinan instruktional   gb
Kepimpinan instruktional gb
 
Analisis perbandingan sukatan alternatif pendidikan khas bp
Analisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bpAnalisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bp
Analisis perbandingan sukatan alternatif pendidikan khas bp
 
Kepimpinan instruktional gb
Kepimpinan instruktional   gbKepimpinan instruktional   gb
Kepimpinan instruktional gb
 
Bahan Bacaan Disleksia
Bahan Bacaan DisleksiaBahan Bacaan Disleksia
Bahan Bacaan Disleksia
 
Batu seremban.ppt
Batu seremban.pptBatu seremban.ppt
Batu seremban.ppt
 
pendidikan khas
 pendidikan khas pendidikan khas
pendidikan khas
 
Masalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatan
Masalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatanMasalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatan
Masalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatan
 
Pengenalan inklusif
Pengenalan inklusifPengenalan inklusif
Pengenalan inklusif
 
Program inklusif
Program inklusifProgram inklusif
Program inklusif
 
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah lakuDisleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
 
Sistem kehakiman di malaysia.ppshow
Sistem kehakiman di malaysia.ppshowSistem kehakiman di malaysia.ppshow
Sistem kehakiman di malaysia.ppshow
 
p0ligami
p0ligamip0ligami
p0ligami
 
Contoh Laporan Pembudayaan Inklusif
Contoh Laporan Pembudayaan InklusifContoh Laporan Pembudayaan Inklusif
Contoh Laporan Pembudayaan Inklusif
 
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
 
Tajuk 3 peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
Tajuk 3  peraturan pelaksanaan pendidikan inklusifTajuk 3  peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
Tajuk 3 peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
 
Peta minda KH
Peta minda KHPeta minda KH
Peta minda KH
 
Bermasalah pendengaran
Bermasalah pendengaranBermasalah pendengaran
Bermasalah pendengaran
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Isu isu etika guru
Isu isu etika guruIsu isu etika guru
Isu isu etika guru
 
Penulisan disleksia
Penulisan disleksiaPenulisan disleksia
Penulisan disleksia
 

Similar to perlembagaan

TOPIK 3
TOPIK 3 TOPIK 3
TOPIK 3
hambadah
 
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan   Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Mel Cassie
 
Peruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaanPeruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaan
Normurni Mohamad
 
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysiaAgama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysiafaizah12
 
Unsur tradisi
Unsur tradisiUnsur tradisi
Unsur tradisipeningla
 
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagiAntara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagiJulaiza Hisham
 
Konsep perlembagaan
Konsep perlembagaanKonsep perlembagaan
Konsep perlembagaanross
 
Pm bab 7 perlembagaan persekutuan
Pm bab 7 perlembagaan persekutuanPm bab 7 perlembagaan persekutuan
Pm bab 7 perlembagaan persekutuanazah narowi
 
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5 8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5  8 perlembagaan peruntukan-010713 065123Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5  8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5 8 perlembagaan peruntukan-010713 065123Brenda Rachel Marie
 
perlembagaan malaysia
perlembagaan malaysiaperlembagaan malaysia
perlembagaan malaysia
norazian omar
 
Bab3 perlembagaan
Bab3 perlembagaanBab3 perlembagaan
Bab3 perlembagaanDatoknye
 
pelembangaan 15.pdf
pelembangaan 15.pdfpelembangaan 15.pdf
pelembangaan 15.pdf
hambadah
 
pengajian malaysia_pelembangaan 11_15.pdf
pengajian malaysia_pelembangaan 11_15.pdfpengajian malaysia_pelembangaan 11_15.pdf
pengajian malaysia_pelembangaan 11_15.pdf
hambadah
 
Konsep Kebebasan Beragama Dalam Islam
Konsep Kebebasan Beragama Dalam IslamKonsep Kebebasan Beragama Dalam Islam
Konsep Kebebasan Beragama Dalam Islam
LyricojaeCassie
 
Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysiaross
 
Fiqh daulah al Qaradawi pt 2b
Fiqh daulah al Qaradawi pt 2bFiqh daulah al Qaradawi pt 2b
Fiqh daulah al Qaradawi pt 2b
Amiruddin Ahmad
 

Similar to perlembagaan (20)

TOPIK 3
TOPIK 3 TOPIK 3
TOPIK 3
 
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan   Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
 
Peruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaanPeruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaan
 
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysiaAgama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Unsur tradisi
Unsur tradisiUnsur tradisi
Unsur tradisi
 
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagiAntara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
 
Konsep perlembagaan
Konsep perlembagaanKonsep perlembagaan
Konsep perlembagaan
 
Pm bab 7 perlembagaan persekutuan
Pm bab 7 perlembagaan persekutuanPm bab 7 perlembagaan persekutuan
Pm bab 7 perlembagaan persekutuan
 
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5 8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5  8 perlembagaan peruntukan-010713 065123Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5  8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5 8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
 
Kuliah 7
Kuliah 7Kuliah 7
Kuliah 7
 
perlembagaan malaysia
perlembagaan malaysiaperlembagaan malaysia
perlembagaan malaysia
 
Bab3 perlembagaan
Bab3 perlembagaanBab3 perlembagaan
Bab3 perlembagaan
 
pelembangaan 15.pdf
pelembangaan 15.pdfpelembangaan 15.pdf
pelembangaan 15.pdf
 
pengajian malaysia_pelembangaan 11_15.pdf
pengajian malaysia_pelembangaan 11_15.pdfpengajian malaysia_pelembangaan 11_15.pdf
pengajian malaysia_pelembangaan 11_15.pdf
 
Konsep Kebebasan Beragama Dalam Islam
Konsep Kebebasan Beragama Dalam IslamKonsep Kebebasan Beragama Dalam Islam
Konsep Kebebasan Beragama Dalam Islam
 
Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia
 
Fiqh daulah al Qaradawi pt 2b
Fiqh daulah al Qaradawi pt 2bFiqh daulah al Qaradawi pt 2b
Fiqh daulah al Qaradawi pt 2b
 
BAB 2: HUKUM ADAT DAN UNDANG2.
BAB 2: HUKUM ADAT DAN UNDANG2.BAB 2: HUKUM ADAT DAN UNDANG2.
BAB 2: HUKUM ADAT DAN UNDANG2.
 
Tajuk 6 perlembagaan
Tajuk 6 perlembagaanTajuk 6 perlembagaan
Tajuk 6 perlembagaan
 

More from cikgusuepkhas

Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Instrumen pentaksiran sosial
Instrumen  pentaksiran sosialInstrumen  pentaksiran sosial
Instrumen pentaksiran sosialcikgusuepkhas
 
Instrument sensori
Instrument sensoriInstrument sensori
Instrument sensori
cikgusuepkhas
 
Instrument kepantasan maklumat
Instrument kepantasan maklumatInstrument kepantasan maklumat
Instrument kepantasan maklumatcikgusuepkhas
 
Instrumen pentaksiran penglihatan
Instrumen  pentaksiran penglihatanInstrumen  pentaksiran penglihatan
Instrumen pentaksiran penglihatancikgusuepkhas
 
CONTOH INSTRUMENT PENTAKSIARAN PENGAMATAN PENDENGARANs pentaksiran pengamatan...
CONTOH INSTRUMENT PENTAKSIARAN PENGAMATAN PENDENGARANs pentaksiran pengamatan...CONTOH INSTRUMENT PENTAKSIARAN PENGAMATAN PENDENGARANs pentaksiran pengamatan...
CONTOH INSTRUMENT PENTAKSIARAN PENGAMATAN PENDENGARANs pentaksiran pengamatan...cikgusuepkhas
 
4 BIDANG DALAM PSV
4 BIDANG DALAM PSV4 BIDANG DALAM PSV
4 BIDANG DALAM PSV
cikgusuepkhas
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUcikgusuepkhas
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khascikgusuepkhas
 
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatanLaporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatancikgusuepkhas
 
Tokoh Islam Astronomi
Tokoh Islam AstronomiTokoh Islam Astronomi
Tokoh Islam Astronomicikgusuepkhas
 

More from cikgusuepkhas (11)

Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Instrumen pentaksiran sosial
Instrumen  pentaksiran sosialInstrumen  pentaksiran sosial
Instrumen pentaksiran sosial
 
Instrument sensori
Instrument sensoriInstrument sensori
Instrument sensori
 
Instrument kepantasan maklumat
Instrument kepantasan maklumatInstrument kepantasan maklumat
Instrument kepantasan maklumat
 
Instrumen pentaksiran penglihatan
Instrumen  pentaksiran penglihatanInstrumen  pentaksiran penglihatan
Instrumen pentaksiran penglihatan
 
CONTOH INSTRUMENT PENTAKSIARAN PENGAMATAN PENDENGARANs pentaksiran pengamatan...
CONTOH INSTRUMENT PENTAKSIARAN PENGAMATAN PENDENGARANs pentaksiran pengamatan...CONTOH INSTRUMENT PENTAKSIARAN PENGAMATAN PENDENGARANs pentaksiran pengamatan...
CONTOH INSTRUMENT PENTAKSIARAN PENGAMATAN PENDENGARANs pentaksiran pengamatan...
 
4 BIDANG DALAM PSV
4 BIDANG DALAM PSV4 BIDANG DALAM PSV
4 BIDANG DALAM PSV
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatanLaporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
 
Tokoh Islam Astronomi
Tokoh Islam AstronomiTokoh Islam Astronomi
Tokoh Islam Astronomi
 

Recently uploaded

ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
FelaminaAlbert1
 
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIKFAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
RAJAFARAAZLINABINTIR1
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
lieekipli
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
MARINIDARWISHAHBINTI
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
SITIAMALINA17
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
g28423557
 
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
PamelaEstherAPPaulDe
 

Recently uploaded (9)

ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
 
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIKFAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
 
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
 

perlembagaan

  • 1. SUPIAH BT MAT YUSOF 1 PGSRPK
  • 2. SUPIAH BT MAT YUSOF 2 PGSRPK
  • 3. SUPIAH BT MAT YUSOF 3 PGSRPK Mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual.
  • 4. SUPIAH BT MAT YUSOF 4 PGSRPK
  • 5. SUPIAH BT MAT YUSOF 5 PGSRPK CARTA ALIRAN PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN DAN UNSUR-UNSUR TRADISI
  • 6. SUPIAH BT MAT YUSOF 6 PGSRPK SAMBUNGAN…………………
  • 7. SUPIAH BT MAT YUSOF 7 PGSRPK SAMBUNGAN……………
  • 8. SUPIAH BT MAT YUSOF 8 PGSRPK SAMBUNGAN…………..
  • 9. SUPIAH BT MAT YUSOF 9 PGSRPK SAMBUNGAN………
  • 10. SUPIAH BT MAT YUSOF 10 PGSRPK BEBERAPA PERKARA ASAS PERLEMBAGAAN Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu seorang raja yang dipilih daripada raja-raja sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan. Namun begitu Perkara 39 dan 40 menyatakan bahawa baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri. Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan, sementara Perkara 42 pula meletakkan baginda mempunyai kusa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga komponen badan perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen. Perkara 71 pula menyediakan peruntukan bagi menjamin hak sesorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistemewaan di sisi perlembagaan bagi sesorang raja di dalam negeri itu. Perkara 153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab untuk memelihara kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain. Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah ditangan baginda atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.
  • 11. SUPIAH BT MAT YUSOF 11 PGSRPK Kedudukan Agama Islam Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4). Kedudukan Bahasa Melayu Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”. Kedudukan Istimewa Orang Melayu Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi : - perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4) - ekonomi : Perkara 153 (6) - pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4) - Kedudukan Istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah rizab Melayu. - Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).
  • 12. SUPIAH BT MAT YUSOF 12 PGSRPK LAPORAN ISU. 1. AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN 2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA 1. AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN Perkara 3 dalam Perlembagaan menyatakan bahawa, “Islam ialah agama bagi Persekutuan” dan “Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam.” Perkara 160 dalam Perlembagaan menakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam. Perlembagaan juga telah menetapkan orang Islam tidak boleh keluar daripada agama Islam tetapi orang bukan Islam dibenarkan menganut agama Islam tanpa paksaan. Dalam beberapa keputusan mahkamah telah menyerahkan bidang kuasa kepada mahkamah Syariah dalam hal berkaitan pertukaran agama daripada agama Islam atau kepada agama Islam dan kes undang-undang keluarga yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam. Dalam teks asal bahasa Inggerisnya disebut Islam is the religion- ini bermakna hanya Islam agama Persekutuan bukannya Islam itu agama Persekutuan. Dengan yang demikian, segala perkara yang dibuat mesti berteraskan kepada agama Islam. Isunya ialah apakah golongan mualaf di Malaysia akan terus terbela selepas memeluk agama Islam kerana kebanyakkan ahli keluarga akan membuang mereka atau seolah mahu merampas mereka kembali kepada agama asal.
  • 13. SUPIAH BT MAT YUSOF 13 PGSRPK Situasi ini menunjukkan seolah-olah mereka melakukan kesalahan besar dengan menukar agama. Apa yang lebih ketara sekiranya ada perkahwinan yang berakhir dengan penceraian dan mualaf tersebut menjadi mangsa keadaan. Setiap umat Islam lebih-lebih lagi mualaf perlu diberikan hak untuk beribadat, bantuan lain seperti tempat tinggal, perubatan, perkahwinan dan sebagainya.Islam menuntut dalam persoalan akidah tidak boleh paksa pihak lain terima akidah Islam. Ini juga ditegaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…(al-Baqarah: 256) Ini menunjukkan akidah adalah soal hati yang juga disebut sebagai tunjang keimanan. Sebab itulah penganut bukan Islam di Malaysia boleh mengamalkan ajaran agama mereka dengan damai. Tetapi dalam bab kehidupan bernegara, kita semua terikat dengan undang-undang. Bagi orang Islam kita terikat dengan syariat Allah. Orang bukan Islam yang hidup di negara Islam, mereka bebas ada rumah ibadat masing-masing yang dibina mengikut undang-undang. Mengikut statistik tahun 2004 di laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, jumlah saudara baru atau mualaf di Malaysia adalah 7,377 orang. Sebagai negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, sudah pasti pelbagai program dan tindakan susulan diatur untuk membantu golongan mualaf ini meneruskan kehidupan baru selepas bergelar Muslim. Oleh yang demikian kenapa ada kaum-kaum lain yang cuba mencampuri urusan umat Islam dan kononnya memperjuangkan nasib malang yang menimpa sebahagian umat Islam. Persoalannya dari saat kita merdeka semua sudah bersetuju dengan mengamalkan ajaran agama masing-masing tetapi kenapa masih ada yang menganggap suara azan itu satu gangguan kepada kelompok masyarakat. Sedangkan orang Islam tidak pernah mencampuri mengenai aktiviti agama mereka. Ini adalah satu amaran bahawa sikap tolak ansur orang melayu selama ini bakal memakan orang melayu sendiri. Apakah orang melayu akan dapat mempertahankan agama Islam di tanah airnya sendiri sedangkan semakin ramai melayu sudah murtad.
  • 14. SUPIAH BT MAT YUSOF 14 PGSRPK Sebuah akhbar pernah melaporkan, Gan Eng Gor, seorang lelaki berketurunan Cina, telah dikebumikan mengikutan upacara pengebumian Islam selepas Mahkamah Syariah memutuskan bahawa beliau adalah seorang Islam. Polis telah merampas mayat si mati selepas anak lelakinya, seorang mualaf, mendakwa bahawa bapanya yang asalnya beragama Buddha telah memeluk agama Islam pada bulan Julai 2007. Ahli-ahli keluarga yang lain, kesemuanya beragama Buddha, telah mendaftarkan petisyen di Mahkamah Tinggi dan mendakwa bahawa Gan tidak pernah menukar agama kerana beliau telah dua kali mengalami strok dan oleh itu, tidak mampu bercakap pada masa ia didakwa masuk Islam. Akhirnya mahkamah syariah mengumumkan si mati adalah seorang Islam. Begitulah sukarnya hidup seorang mualaf. Orang melayu sendiri tidak dapat mempertahankan seorang yang murtad apatah lagi mereka yang mualaf. Kedudukan agama Islam sekarang ini di ancam dengan pengaruh sekular ancaman agama lain terutama kristian. Bahkan sejauhmana institusi yang bertanggungjawab berjaya membentuk mualaf ini sebagai muslim yang sejati dan mengamalkan ajaran Islam dengan berpandukan Al Quran dan Hadis. Hakikat inilah yang kononnya yang diperjuangkan oleh Majlis Peguam bagi mendapat pembelaan yang sewajarnya sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam pada 9 Ogos tahun lalu. Namun malangnya Majlis Peguam tidak menjemput golongan yang tidak bermasalah tersebut walaupun mereka memahami bahawa dalam prinsip undang- undang, keadilan harus dilihat dilaksanakan. Majlis Peguam tidak pernah berusaha untuk menunjukkan kebaikan mereka yang memeluk Islam. Kalau mereka mahu bertindak adil sepatutnya mereka jemput dua peserta yang berbeza iaitu seorang ada masalah apabila memeluk Islam dan seorang lagi tidak ada masalah. Oleh itu maksud sebenar majlis berkenaan mengadakan forum seumpama itu adalah untuk melakarkan bahawa memeluk Islam salah. Apabila perkara seumpama itu ditimbulkan berkali-kali ia akan menimbulkan tafsiran bahawa tindakan memeluk Islam akan ada masalahnya.
  • 15. SUPIAH BT MAT YUSOF 15 PGSRPK Fenomena ini tidak sukar sekiranya semua pihak sama ada umat Islam atau bukan Islam saling memahami antara satu sama lain. Jika tidak, mereka akan saling menyalahkan agama lain atas dasar melanggar prinsip hak asasi manusia. Oleh itu, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menentukan bahawa Islam ialah agama bagi persekutuan, disokong pula dengan Perkara 121(1A) yang menyebut, “Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) – mahkamah Sivil- tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah”, haruslah dihormati dan difahami oleh semua pihak. Justeru itu amat menghairankan apabila masih kelihatan individu atau pertubuhan yang mendesak supaya diberi kebebasan untuk keluar daripada Islam kononnya ia diberi kebebasan oleh Perlembagaan Negara. Sedangkan mereka telah memahami bahawa ‘murtad’ adalah satu kesalahan jenayah menurut syariat Islam. Menurut Perkara 18, menetapkan bahawa manusia bebas memilih dan menukar agamanya pada bila-bila masa. Bagaimanapun ini bercanggah dengan syariat Islam yang telah diberi kedudukan istimewa oleh perlembagaan. Bagi Islam soal pemeliharaan agama amat penting bagi menjamin keharmonian negara dan masyarakat. Bagaimanapun, mutakhir ini terdapat pula kes-kes murtad yang berpunca daripada perceraian, kejahilan dan lain-lain yang dikatakan bersifat peribadi. Antara yang menggemparkan negara iaitu apa yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang pada 8 Mei 2008 yang membenarkan seorang mualaf iaitu Siti Fatimah Tan Abdullah keluar daripada Islam. Siti Fatimah mendakwa dia memeluk Islam hanya untuk berkahwin dengan seorang rakyat Iran bernama Ferdoun Ashanian. Namun dia tidak pernah sekali-kali mengamalkan ajaran Islam malah masih mengekalkan amalan agama asalnya, Buddha. Peguam bela Siti Fatimah, Ustaz Ahmad Jailani menyifatkan permohonan yang dibuat oleh Siti Fatimah itu, bukan permohonan keluar Islam, tetapi permohonan dalam menentukan status agamanya, adakah Islam atau tidak. Walau apapun hujah yang diputuskan oleh mahkamah, kita tetap menghormati keputusan tersebut atas dasar
  • 16. SUPIAH BT MAT YUSOF 16 PGSRPK menjunjung prinsip keadilan. Namun persoalan tetap timbul di kalangan bukan Islam, adakah Islam pada hari ini telah mengiktiraf murtad sebagai satu kebebasan hak asasi manusia. Tidak timbul soal mencabuli kebebasan beragama kerana Islam tidak pernah memaksa seseorang memeluk agama ini. Oleh itu, kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang tidak boleh dijadikan asas kononnya Islam membenarkan murtad. Atau Islam telah mengiktiraf murtad sebagai hak asasi bagi penganutnya. Ini sebagaimana yang didakwa oleh beberapa pemimpin politik bukan Islam di negara ini sejurus keputusan dibuat oleh mahkamah. Sedangkan alasan mahkamah membenarkan pemohon keluar Islam ialah kerana pemohon didapati tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak memeluknya pada tahun 1999. Bermakna, bukan atas alasan hak asasi pemohon. Kesimpulannya, Islam ialah suatu agama yang amat realistik. Islam mengiktiraf kebebasan hak asasi manusia tetapi Islam melihatnya dalam ruang lingkup manusia sebagai hamba kepada Yang Maha Pencipta, Allah SWT. Islam mengenali apakah batas-batas kemanusiaan itu. Apa jua yang menepati sifat-sifat kemanusiaan, Islam tidak pernah menafikannya bahkan diperintahkan oleh Islam walaupun tidak diperundangkan sebagai hak asasi. Manakala apa jua yang diluar batas-batas kemanusiaan maka ianya ditegah bahkan diharamkan oleh Islam walaupun pejuang hak asasi mendakwa ia suatu pencabulan terhadap kebebasan manusia. Adapun agama Islam itu, ia adalah wahyu yang diturunkan oleh Yang Maha Berkuasa bagi membimbing hidup manusia. Cadangan: 1. Oleh yang demikian kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan untuk mewajibkan mualaf mengumumkan kepada ahli-ahli keluarga tentang status agama barunya. Setiap mualaf perlu membuat perakuan bahawa dia telah mengumumkan kepada keluarga tentang pertukaran agamanya. Pihak Kerajaan telah mengumumkan bahawa Jabatan
  • 17. SUPIAH BT MAT YUSOF 17 PGSRPK Hal Ehwal Agama akan mengeluarkan kad kepada mualaf untuk menentukan pertukaran agama kepada Islam dan mengelak masalah akan datang berkaitan kematian mualaf, perceraian, atau pengurusan wasiat juga melibatkan hak penjagaan terhadap waris.( jakim) 2.Pihak kerajaan perlu menyatakan dengan jelas sejelasnya hukuman bagi orang Islam yang murtad yang orang lain yang mempengaruhi sehingga murtad bagi memastikan kesucian agama Islam dan kedudukannya sebagai agama persekutuan tidak dipertikaikan. 3.Mahkamah syariah diberi kuasa mutlak mengenai hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam tanpa campurtangan daripada mahkamah sivil. Bahkan tidak ada satu pun yang berkaitan dengan hal ehwal agama boleh dibawa ke mahkamah sivil. Semua negeri dan wilayah persekutuan mempunyai peraturan-peraturan dan undang-undang yang sama dan seragam supaya tidak mengelirukan umat Islam. 4.Menyemak semula beberapa perkara dalam perlembagaan persekutuan yang lebih mirip kepada peraturan penjajah dan dipinda mengikut keperluan umat Islam . Oleh sebab itu boleh terjadi pertentangan di antara undang-undang di Malaysia dan hukum Islam, dan juga di antara keputusan kadi dan pendapat mufti dengan keputusan mahkamah awam. Mengikut undang-undang yang berlaku di Malaysia pada masa dahulu apabila pertentangan itu terjadi keutamaan diberi kepada undang-undang di Malaysia dan keputusan mahkamah awam untuk mengelakkan kejadian seperti itu dan mengagungkan semula hukum Islam. (jakim). Satu langkah yang sangat berkesan telah diambil dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, Perkara 121, yang memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Bawahan tidak boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah.
  • 18. SUPIAH BT MAT YUSOF 18 PGSRPK 5. Bagi memastikan undang-undang Islam dipandang tinggi kita harus berusaha memperbaiki cara pentadbiran undang- undang keluarga di Mahkamah-mahkamah Syariah. Pada masa sekarang kita menghadapi kekurangan dalam banyak perkara - taraf dan kelayakan kadi, tidak ada bangunan mahkamah yang sesuai dan kemudahan-kemudahan yang mencukupi, kekurangan pegawai dan kakitangan dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan yang diadakan untuk pentadbiran undang-undang Islam di Mahkamah Syariah hendaklah disamakan sekurang-kurangnya dengan apa yang terdapat di Mahkamah Majistret. Mufti-mufti dan hakim-hakim hendaklah menjalankan tugas mereka supaya pentadbiran undang-undang Islam mencapai mutu dan kepercayaan yang telahpun dicapai oleh mahkamah awam di Malaysia. 6.Semua pihak termasuk rakyat di Negara ini perlu menghormati dan mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui sejak merdeka lagi , lebih-lebih lagi apa yang dicapai dalam kontrak sosial supaya kesaksamaan dan saling menghormati hak orang lain yang tidak boleh dipersoalkan dan dipertikaikan lagi. 2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.(Wikipedia Bahasa Melayu)
  • 19. SUPIAH BT MAT YUSOF 19 PGSRPK Ini jelas dari Perkara 153 (3) yang antara lain memperuntukkan : “ perezapan bagi orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak .......... mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas, Yang diPertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am sebagainya yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian 10 atau kepada mana-mana pihakberkuasa yang bertanggungjawab atas pemberian biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas itu ; dan Suruhanjaya atau pihakberkuasa itu hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna.” (perlembagaan persekutuan) Daripada peruntukan di atas jelas bahwa orang Melayu secara otomatik mempunyai hak untuk mendapat biasiswa atau bantuan dan lain-lain kemudahan istimewa pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas. Senario politik kebelakangan ini banyak menyentuh dan mempersoalkan hak golongan minoriti . Pelbagai pihak termasuk badan NGO dan parti politik telah semakin berani mempersoalkan keistimewaan orang melayu dan bumiputra perlu dikaji semula semula demi mempertahan satu nama atas dasar bangsa Malaysia. Mereka menuntut supaya golongan minoriti juga mendapat hak keistimewaan dan mendapat layanan yang sama seperti orang melayu dan bumiputera. Persoalannya sekarang jangan sampai orang melayu menjadi seperti “ayam di kepuk mati kelaparan dan itik di air mati kehausan”(allahyarham Aminuddin Baki).Ini kerana ada setengah-setangah pemimpin di negara kita memberi layanan mengenai isu tersebut. Sedangkan ramai orang melayu dan bumiputera yang masih jauh ketinggalan dan hidup kemiskinan dengan hak asasi mereka yang belum terbela. Mereka masih memerlukan bantuan kerajaan untuk pendidikan anak-anak dan keluar dari kelompok kemiskinan supaya dapat sama-sama menikmati kemewahan negara. Kegilaan
  • 20. SUPIAH BT MAT YUSOF 20 PGSRPK politik melayu sekarang sanggup menunjukkan kebaikan dan murah hati yang tidak bertempat sehingga pembahagian ekonomi sekarang menjadi tidak seimbang. Sepatutnya sudah tidak ada lagi orang melayu yang miskin dan bumiputera yang hidup melarat , malangnya yang bukan bumiputera hidup senang lenang dan banyak tanah orang melayu bertukar hak milik. Pemimpin-pemimpin gah dengan perjuangan mereka tetapi kaum minoriti seperti kaum cina yang bertambah kaya dan menguasai harta di tanah air kita. Orang Melayu hari ini berada di persimpangan dan di dalam satu dilema yang amat menakutkan. Pastikah ramalan dan andaian bahawa kekuasaan dan ketuanan Melayu semakin terhakis. Atau benarkah ada ramalan yang mengatakan dominan Melayu akan hancur dek gara-gara orang Melayu itu sendiri akibat krisis dan perbalahan yang sedang melanda pada hari ini. Dimanakah semangat setiakawan dan persefahaman yang telah sekian lama dipupuk selama ini sejak dari merdeka lagi diantara semua parti-parti komponen Barisan Nasional. Apa lagi yang kaum bukan Melayu mahukan dari orang Melayu? Tidak cukupkah apa yang mereka telah perolehi dan kecapi setelah keturunan datuk moyang mereka diterima sebagai warganegara tanah air tercinta ini. Tidak cukupkah lagi dengan penguasaan ekonomi yang mereka dominasi sehingga mampu mengurangkan tahap kemiskinan kaum-kaum mereka jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu? Peringatan kepada kaum bukan Melayu,orang Melayu juga berhak menikmati hidup yang sempurna di tanah air mereka sendiri. Orang Melayu tidak mahu hidup merempat ditanah air mereka. Orang Melayu tidak meminta apa-apa dari bukan Melayu ,kerajaan telah berusaha merangka berbagai polisi untuk menaikan taraf hidup orang Melayu sejak merdeka disamping tidak mengabaikan hak-hak kaum lain. Adakah orang Melayu meminta kaum bukan Melayu supaya mengabaikan atau memansuhkan bahasa, adat resam dan sekolah-sekolah bukan Melayu? Malah kebanyakan sekolah- sekolah mereka telah turut dibantu oleh kerajaan.
  • 21. SUPIAH BT MAT YUSOF 21 PGSRPK Peringatan kepada kaum bukan Melayu, tidak ada didalam dunia ini manusia yang begitu baik bernama “ Melayu “ yang sanggup menerima kaum-kaum pendatang ini sebagai warganegara setelah negara mencapai kemerdekaan. Tanah Melayu tidak meletakkan apa-apa syarat kepada kaum bukan Melayu untuk menerima mereka sebagai warganegara Tanah Melayu. Malah mereka bebas mengamalkan adat resam mereka selepas merdeka. Beberapa perkara boleh dilihat yang begitu menghina ketuanan Melayu di buminya sendiri dan melanggar peraturan perlembagaan yang termaktub: 1. Desakan yang serius oleh masyarakat India supaya hak keistimewaan orang Melayu digugurkan dari perlembagaan. Mereka dengan berani telah mencabar perlembagaan dan menuntut hak yang sama rata sedangkan mereka lupa sejarah kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama dan pengorbanan orang-orang Melayu dengan memberikan hak kewarganegaraan kepada mereka. Siapakah yang perlu dipersalahkan sehingga mereka berani menuntut hak yang sedemikian. Mungkin disebabkan oleh dorongan politik dan rasa tidak puas hati atau kesilapan pemimpin yang gagal melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat secara keseluruhannya. Ketidakseimbangan dan jurang antara kaum semakin ketara sekarang ini. Masyarakat India merasakan mereka tertindas dan tercicir dari semua perkara termasuk pendidikan, sosial dan ekonomi. Isu-isu sensitif seperti memusnahkan kuil Hindu menyemarakkan lagi api kebencian antara kaum. 2. Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Perdana Menteri telah mengumumkan yang kerajaan akan mewujudkan pemberian biasiswa khas dikenali sebagai Biasiswa Nasional yang berasaskan kepada merit sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tahun depan. Soal paling utama di sini ialah soal
  • 22. SUPIAH BT MAT YUSOF 22 PGSRPK bidang kuasa di sisi perlembagaan. Merujuk apa yang digariskan oleh Perkara 153 (2) tersebut, perkara berkaitan biasiswa dan danasiswa adalah di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong, bukan Perdana Menteri, apalagi Menteri Pelajaran atau Menteri Pengajian Tinggi. Secara jelas juga ia memperuntukkan yang dalam memastikan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera terjaga, mereka mestilah mempunyai rizab biasiswa atau danasiswa dengan kadar tertentu yang difikirkan munasabah.(my star.online) Selain memperuntukkan perizaban pada kadar tertentu untuk orang Melayu dan Bumiputera mendapat biasiswa atau danasiswa Kerajaan Persekutuan, perlembagaan juga dengan jelas menyatakan bahawa urusan hal-ehwal biasiswa dan danasiswa adalah di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.Oleh itu adakah orang melayu sendiri yang memusnahkan masa depan mereka sendiri hanya semata-mata mahu berkuasa dan mendapat sokongan sepenuhnya. 3. Cadangan Menteri Besar Selangor supaya membuka 10 peratus peluang kepada bukan bumiputera ke UITM dikatakan bertentangan dengan Perkara 153 (2) dan (3) bolehlah diklasifikasikan sebagai “keistimewaan pendidikan atau latihan” untuk Melayu dan Bumiputera, dan cadangan itu bermaksud Melayu serta Bumiputera masih dirizabkan kadar pengambilannya ke UiTM sebanyak 90 peratus. Ramai pihak telah menentang isu itu dan berpendapat boleh menyebabkan kemarahan orang Melayu dan sengaja menutup peluang orang Melayu dalam pendidikan awam.
  • 23. SUPIAH BT MAT YUSOF 23 PGSRPK 4. Karpal Singh pernah mengambil tindakan mempersoalkan siapa penulis titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dan keputusan Sultan Perak ada kaitan dengan kelemahan pada parti Melayu itu. Ia seolah-olah mengulangi senario pada 1946 apabila Inggeris merampas kuasa raja-raja dan hak Melayu dengan membentuk Malayan Union. Isunya bila orang bukan melayu semakin berani mempersoalkan sesuatu yang bukan menjadi hak mereka. Mereka seolah mahu kuasa bersuara dan seolah mahu membetulkan apa yang salah pada pandangan mata mereka. Namun begitu atas dasar apa mereka patut bersuara sedangkan dalam perlembagaan jelas menyatakan mereka tidak mencampuri urusan adat resam orang melayu. Orang Melayu bangkit membantah dan mendesak supaya Karpal Singh menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kapada Sultan dan Raja-raja Melayu. 5. Patutkah unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB) diliberalisasi dan digantikan? Sepatutnya dasar itu diteruskan dan kuota 30% untuk bumiputra harus meningkat dan terus meningkat bukan dikurangkan atau dihapuskan. Negara ini adalah hak kita. Kita telah sangat bermurah hati dengan memberikan hak kita 70% kepada orang lain. Wajarkah kuota itu dihapuskan dan dipertikaikan selamanya, sedangkan pada hakikatnya dasar itu sendiri belum lagi mencapai matlamatnya pada sekian lama. Benarkah DEB itu dasar pilih kasih apabila yang dikasih hanya dapat 30% sedangkan apa yang diagihkan itu adalah hak mereka sendiri. Patutkah yang 30% itu dirampas lagi seolah-olah memberi susu kepada kera di hutan sedangkan anak dibuaian mati kelaparan. Apa gunanya kalau projek-projek besar diberikan kepada bumiputra, tetapi yang kaya bukan bumiputra. Bahan-bahan mentah/material tetap daripada bukan bumiputra. Berapa banyak kedai atau syarikat “hardware” dimiliki oleh bumiputra dan begitu juga kedai-kedai aksesori yang lain.Sedarkah kita bahawa selama ini bumiputra terutama orang melayu sentiasa berhadapan dengan situasi “double-standard” apabila membeli barang di kedai orang cina. Pergilah ke kedai orang cina harga belian orang Melayu adalah lebih tinggi dari harga yang diberikan kepada bangsa mereka sendiri.
  • 24. SUPIAH BT MAT YUSOF 24 PGSRPK 6. Langkah dua bank terkemuka yang meletakkan syarat pembabitan Bumiputera dalam firma guaman yang menjalankan perkhidmatan dengan mereka perlu dipuji dan jangan dipersoalkan mana-mana pihak kerana ia mampu membantu melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera .(berita harian) Presiden Majlis Peguam telah menganggap dua bank terkemuka melakukan diskriminasi apabila meletakkan syarat pembabitan bumiputera menjalankan perkhidmatan dengan mereka.Peraturan yang dikenakan bank berkenaan memerlukan sekurang-kurangnya satu daripada tiga rakan kongsi firma guaman yang ingin menjalankan perkhidmatan dengan mereka, adalah bumiputera.Firma guaman bumiputera itu juga perlu memiliki sekurang- kurangnya 50 peratus ekuiti sebagai syarat untuk menjalankan perkhidmatan dengan bank. Majlis peguam telah membidas peraturan ini kerana menganggap ianya menyalahi semangat Perlembagaan Persekutuan dan meminta bank memilih firma guaman berdasarkan merit. Isu ini menyebabkan orang melayu sangat berkecil hati dan menganggap majlis peguam sangat kurang ajar kerana membangkitkan isu tersebut. 7. Pada 28 November 2008, Ketua Wanita MCA menyifatkan konsep ketuanan Melayu tidak relevan pada hari ini kerana semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara. Beliau menyokong kenyataan seorang Timbalan Presiden MCA mengenai perkara yang sama pada 27 November 2008 (Utusan Malaysia). Pada 30 November 2008, Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menyatakan istilah ketuanan Melayu di negara ini tidak sesuai digunakan kerana ia menggambarkan seolah-olah seperti hubungan tuan dengan hamba (Utusan Malaysia). 8. Pada 26 Februari 2009, ADUN DAP Skudai di Johor, Dr. Boo Cheng Hau menuduh kononnya dasar-dasar afirmatif untuk Melayu dan Bumiputra adalah serupa dengan dasar aparteid (The Malaysian Insider 26.2.2009).Pada 17 Mei
  • 25. SUPIAH BT MAT YUSOF 25 PGSRPK 2009, Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Yong Khoon Seng juga mendesak supaya pemberian biasiswa JPA diberikan mengikut sistem meritokrasi tanpa mengira pelajar itu daripada kaum Bumiputra atau bukan Bumiputra (mysarawak.org 17.5.2009). Begitulah ghairahnya kaum minoriti menuntut kesaksamaan hak dengan bumiputera . Mereka seolah-olah mahu mengubah atau meminda perlembagaan persekutuan mengikut kehendak mereka. Berikut adalah cadangan-cadangan bagi memelihara hubungan etnik di Malaysia: 1. Semua media massa di Malaysia harus memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan kefahaman rakyat mengenai perlembagaan persekutuan dan membangunkan minda rakyat dengan kesedaran dan semangat juang bukannya menjadi dalang memecah belahkan hubungan antara kaum. 2. Politik di Malaysia mestilah mengutamakan pencegahan apa jua tindakan dan keputusan yang boleh menghakis atau melenyapkan Islam sebagai Agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Raja-Raja Melayu sebagai payung rakyat, bangsa Melayu serta Bumiputra sebagai pribumi dan lain-lain etnik sebagai rakyat senegara. 3. Orang Melayu wajarlah melonjak dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa Melayu menerusi perpaduan supaya tanah air dan bangsa Melayu terselamat dan bersatu padu. Kita harus berani dan tidak gentar untuk memperjuangkan hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera dalam masyarakat yang berbilang kaum.
  • 26. SUPIAH BT MAT YUSOF 26 PGSRPK 4. Kerajaan Malaysia perlu memperbanyakkan pengkisahan sejarah negara dan sejarah nasionalisma dan melipatgandakan penyampaian maklumat berhubung kisah-kisah penubuhan negara ini mulai dari hari ini dengan menzahirkan filem dan dokumentari semua bahasa dan penuh giat. Ini bertujuan generasi muda dan baru akan faham bagaimana perjanjian kontrak sosial dan Jus Soli itu terjadi dan tidak ada apa yang boleh dipertikaikan. 5. Jabatan-jabatan kerajaan dan badan NGO perlu memainkan peranan meningkatkan kesedaran mengekalkan perpaduan dan kerjasama supaya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan atas kepincangan yang kita sendiri adakan. PENUTUP Keagungan sejarah bangsa Melayu sudah cukup membuktikan bahawa hak istimewa orang dan bumiputera tidak boleh dipersoalkan lagi. Perlembagaan telah menetapkan hak tersebut dan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Orang melayu perlu berani dan bangkit berjuang kerana soal ketuanan telah menjadi isu utama. Semua kaum menuntut
  • 27. SUPIAH BT MAT YUSOF 27 PGSRPK hak sebagai rakyat Malaysia atas dasar satu bangsa Malaysia. Maruah kita sedang dicabar , kedudukan raja-raja sedang dipersoalkan maka sampailah masanya semua orang melayu bersatu dan kukuhkan perpaduan demi keamanan negara. Isu – isu ini sebenarnya tidak akan timbul kalau semua kaum memahami dengan mendalam mengenainya dan ada rasa hormat menghormati terhadap peranan masingh-masing. Sampai bila segala keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan hanya dinikmati oleh segelintir melayu sahaja, sedangkan melayu lain masih hidup merempat di Negara sendiri . Melayu perlu bangun mempertahankan hak keistimewaan itu supaya menjadi bangsa yang disegani dan dihormati. Berjuang dengan kata-kata tidak mempunyai erti melainkan melayu perlu bangun dan buktikan bahawa kita bangsa yang bukan boleh diperkecilkan. Golongan elit melayu perlu sedar hakikat ini dan tidak mementingkan diri sendiri jangan sampai orang kata melayu sendiri yang menjahanamkan orang melayu.