SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
SEKOLAH KEBANGSAAN RUNGKUP
36200 SELEKOH
BUKU
PERATURAN SEKOLAH
NAMA
KELAS
PROFIL MURID
NAMA: …………………………………………………………………
N0. K.P / SIJIL LAHIR: ………………………………………………………………….
NO. PENDAFTARAN SEKOLAH:…………………………………………………….
NAMA IBU/BAPA / PENJAGA:…………………………………………………..
ALAMAT: ……………………………………………………………
NO. TELEFON: …………………………………………………………………..
Catatan: Buku Peraturan ini hendaklah dibawa pada setiap
hari persekolahan. Menghilangkannya, merosakkannya dan
mecontengnya adalah menjadi satu kesalahan.
KATA-KATA ALUAN GURU BESAR
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk
menyampaikan sepatah dua kata dalam buku peraturan sekolah ini.
Syukur kepada Allah kerana Unit Hal Ehwal Murid telah berjaya
menghasilkan Buku Peraturan Sekolah SK Rungkup. Saya mengucapkan
syabas dan tahniah atas usaha murni ini.
Disiplin berasal daripada perkataan bahasa latin iaitu Discere yang ber-
maksud belajar. Daripada perkataan ini muncul perkataan Disciplina
yang bermaksud pengajaran atau latihan. Disiplin boleh diartikan sebagai
kepatuhan terhadap peraturan atau tunduk pada pengawasan, dan
pengendalian. Disiplin juga bermaksud sebagai latihan yang bertujuan
mengembangkan diri agar dapat berperilaku tertib.
Undang-undang dan peraturan sekolah digubal untuk memastikan ke-
tenteraman dan keselamatan murid serta kelicinan dan keberkesanan
bagi mewujudkan keselesaan semasa pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Ini adalah bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang
dari aspek intelek, rohani emosi dan jasmani seperti yang telah dihasrat-
kan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Ketika murid berada di sekolah, semua murid hendaklah mematuhi
semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah selaras
dengan peraturan dan disiplin murid sekolah-sekolah rendah di Malaysia.
Semua murid hendaklah bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu
bapa untuk menjaga nama baik sekolah dan meningkatkan disiplin diri.
Buku peraturan ini mengandungi peraturan-peraturan asas
sebagai panduan dan makluman kepada murid-murid, ibu
bapa dan penjaga, guru-guru serta kakitangan sekolah. Saya
berharap agar semua pihak dapat memanfaatkan buku per-
aturan ini untuk kecemerlangan pengurusan disiplin di
sekolah ini.
Sekian, terima kasih.
Puan Hajah Rubaiah Adawiah binti Tahir
Guru Besar,
DEFINISI DISIPLIN SEKOLAH
Maksud displin
Menurut laporan jawatankuasa kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar
Pelajaran Kebangsaan disiplin ialah:
i.Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi un-
dang-undang , sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan
kerelaan sendiri.
ii.Kesanggupan menghormati hak individu lain.
iii.Kesanggupan mengamalkaan tingkah laku yag baik dan tidak
mengganggu kepentingan orang lain.
iii.Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha
yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.
Matlamat Disiplin
Matlamat utama disiplin ialah untuk melahirkan individu yang sedar
akan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat,
institusi-institusi pelajaran, sosial serta negara. Kita hendak
mewujudkan satu masyarakat yang bertatasusila, bersatupadu,
demokrasi, adil, liberal dan progresif.
Kepentingan Disiplin
Setiap sekolah mempunyai peraturan-perturan yang perlu
dipatuhi olehmurid-murid. Peraturan-peraturan tersebut digubal
dengan tujuan untuk mendidik murid-murid supaya berkelakuan baik
dan menghormati orang ramai. Mematuhi peraturan-peraturan
merupakan disiplin diri yang baik.
Kebanyakan perbuatan melanggar peraturan-peraturan
berlaku disebabkan murid-murid tidak diterangkan sebab-sebab
perturan-peratutran itu perlu diadakan.
Oleh hal yang demikian, segala peraturan di sekolah diterangkan
kepada murid-murid supaya mereka betul-betul memahami segala
peraturan itu dengan penuh tanggungjawab.
B. Salah laku disiplin dan tindakan/langkah-langkah yang diambil
Salah laku Tindakan pertama Tindakan kedua
Salah laku kali
pertama-diberi Borang
Disiplin Pertama.
Diberi nasihat/ ama-
ran.
Salah laku kali ke-2
-diberi Borang Disiplin
ke-2.
Diberi nasihat/
amaran.
Salah laku kali ke-3
-diberi Borang Disiplin
ke-3.
Diberi nasihat/
amaran.
Hantar untuk sesi
kaunseling pertama.
Salah laku kali ke- 4
-diberi Borang Disiplin
ke-4.
Diberi nasihat/
amaran.
Hantar untuk sesi
kaunseling kedua.
Salah laku kali ke-5
-diberi Borang Disiplin
ke-5.
HUKUMAN. 1.Hantar untuk sesi
kaunseling ketiga.
2.Ibu bapa dipanggil ke
sekolah.
Salah laku kali 6
-diberi Borang Disiplin
ke-6.
Mesyuarat Lembaga
Disiplin Sekolah.
1.Guru Besar memper-
timbangkan salah laku
murid.
2.Arahan gantung
sekolah daripada Guru
Besar.
3.Prosedur Gantung
Sekolah oleh PK HEM.
4.Kaunseling ke-4 apabi-
la kembali ke sekolah.
Salah laku kali ke-7
-diberi Borang Disiplin
ke-7.
1.Ibu bapa dipanggil
ke sekolah-amaran
terakhir diberi.
2.Murid dinasihat tukar
sekolah.
Salah laku kali ke-8
-diberi Borang Disiplin
ke-8.
Mesyuarat lembaga
disiplin sekolah.
1.Guru Besar memper-
timbangkan salah laku
murid.
2.Arahan buang sekolah
daripada Guru Besar.
3.Prosedur buang
sekolah oleh PK HEM.
Peringatan: Salah laku yang diambil kira dalam aliran B yang di atas adalah
atas budi bicara Penolong Kanan HEM. Semua guru boleh meminta untuk
berjumpa dengan ibu bapa/penjaga murid-murid yang bermasalah.
PERKARA 1: MASA PERSEKOLAHAN
1.1 Loceng Pertama
Ia akan dibunyikan pada pukul 7.30 pagi. Murid berkumpul di tapak perhimpunan
untuk aktiviti sinar pagi.
1.2 Loceng Rehat
1.2.1 Waktu rehat selama 20 minit.
1.2.2 Masa Rehat:
Pendidikan Khas : 10:10 pagi hingga 10:30 pagi
Perdana : 10:40 pagi hingga 11:00 pagi
1.2.3 Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan
dan pengawasan guru.
1.2.4 Murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas, di luar kelas dan di
tangga.
1.3 Waktu Balik
Apabila loceng waktu balik dibunyikan semua murid mesti keluar dari kelas
dengan teratur dan senyap dengan diawasi oleh guru / pengawas. Waktu balik
murid adalah seperti berikut:
Kelas
ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
Dtg. Balik Dtg. Balik Dtg. Balik Dtg. Balik Dtg. Balik
Pra 7:00-
7:30
pagi
12:00
tgh.
7:00-
7:30
pagi
12:00
tgh.
7:00-
7:30
pagi
12:00
tgh.
7:00-
7:30
pagi
12:00
tgh.
7:00-
7:30
pagi
12:00
tgh
T. 1 7:00-
7:30
pagi
1:00
tgh
7:00-
7:30
pagi
1:00
tgh
7:00-
7:30
pagi
1:00
tgh
7:00-
7:30
pagi
1:00
tgh
7:00-
7:30
pagi
12:00
tgh
T. 2 7:00-
7:30
pagi
1:00
tgh
7:00-
7:30
pagi
1:00
tgh
7:00-
7:30
pagi
1:00
tgh
7:00-
7:30
pagi
1:00
tgh
7:00-
7:30
pagi
12:00
tgh
T.3 7:00-
7:30
pagi
1:00
tgh
7:00-
7:30
pagi
1:00
tgh
7:00-
7:30
pagi
1:00
tgh
7:00-
7:30
pagi
1:00
tgh
7:00-
7:30
pagi
12:00
tgh
T. 4 7:00-
7:30
pagi
1:30
tgh
7:00-
7:30
pagi
1:30
tgh
7:00-
7:30
pagi
1:30
tgh.
7:00-
7:30
pagi
1:30
tgh.
7:00-
7:30
pagi
12:00
tgh
T. 5 7:00-
7:30
pagi
1:30
tgh
7:00-
7:30
pagi
1:30
tgh
7:00-
7:30
pagi
1:30
tgh.
7:00-
7:30
pagi
1:30
tgh.
7:00-
7:30
pagi
12:00
tgh
T. 6 7:00-
7:30
pagi
1:30
tgh
7:00-
7:30
pagi
1:30
tgh
7:00-
7:30
pagi
1:30
tgh.
7:00-
7:30
pagi
1:30
tgh.
7:00-
7:30
pagi
12:00
tgh
PERKARA 2: PERHIMPUNAN MINGGUAN
2.1 Perhimpunan sekolah adalah dianggap sebagai satu majlis rasmi
peringkat sekolah. Semua murid diwajibkan hadir dan dikira sebagai waktu
pembelajaran.
2.2 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing.
2.3 Semasa perhimpunan murid-murid wajib menyanyi lagu kebangsaan dan
lagu negeri , lagu sekolah dengan suara yang lantang sambil menghormati
bendera yang dinaikkan semasa itu.
2.4 Semasa ucapan Guru Besar atau guru-guru bertugas, murid-murid harus
mengambil perhatian dengan sepenuhnya.
2.5 Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas.
2.6 Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing
dengan teratur dan senyap.
PERKARA 3: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana dipakai pada
hari-hari persekolahan, menghadiri upacara – upacara rasmi sekolah dan mem-
buat lawatan rasmi. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah
dari rumah ke sekolah sehingga balik semula ke rumah.
3.1 Pakaian Murid Lelaki
3.1.1 Baju kemeja putih berkolar dan berlengan pendek serta bertali leher biru
gelap.
3.1.2 Seluar panjang berwarna biru tua. Dikehendaki memasukkan baju
kemeja ke dalam seluar dan butang baju hendaklah dikenakan
sepanjang masa persekolahan.
3.1.3 Tali pinggang. Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari
jenis kepalanya tidak besar atau berhias. Lebar tali pinggang tidak
melebihi 1 ½ inci atau 3.75 cm. Warna tali pinggang : Samada hitam atau
biru.
3.1.3 Rambut murid lelaki mestilah dijaga supaya sentiasa kemas dan
pendek. Dilarang menyimpan ‘ekor’ dan berfesyen rambut ‘punk’.
Penggunaan jel atau mousse tidak dibenarkan.
Istilah pendek ialah :
- Di belakang : rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping telinga.
- Di depan : rambut tidak menutup garis tengah dahi.
- Di sisi : rambut tidak menyentuh telinga dan ‘sideburn’ tidak melebihi
garis tengah hidung.
- Pelajar lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut)
Seperti yang diarah oleh Kementerian Pelajaran KP(BS/HEP)
8543/061/606.
(Lihat Lampiran 1)
3.2 Pakaian Murid Perempuan
3.2.1 Baju Kurung dan Kain Sarung
Murid perempuan beragama Islam, baju kurung berpesak yang dipakai
mestilah berwarna putih dan kain sarungnya berwarna biru tua.
3.2.2 Tudung / Mini Telekung
Sekiranya bertudung, mini telekung hendaklah berwarna putih dengan
ukuran yang sesuai.
3.2.3 Alat-alat solek
Murid dilarang memakai sebarang alat ‘make-up’ walaupun nipis.
3.2.4 Barang-barang Kemas
Murid dilarang memakai atau membawa barang-barang kemas
seperti gelang, rantai leher, anting-anting, subang yang besar, cincin
dan lain- lain.
3.3 Kasut dan Sarung kaki
3.3.1 Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut kanvas yang
berwarna Putih. Sarung kaki hendaklah berwarna putih.
3.4 Pakaian Seragam Pengawas sekolah
3.4.1 Pakaian Pengawas Lelaki
a) Seluar panjang biru tua,kemeja lengan panjang berwarna biru dan
bertali leher berwarna biru tua.
3.4.2 Pakaian Pengawas Perempuan
a) Baju kemeja berlengan panjang berwarna biru / baju kurung berwarna
biru dan bertudung biru tua.
b) Gaun / blaus warna biru gelap.
3.5 Pakaian Semasa Sukan / Pendidikan Jasmani
3.5.1 Semua murid mesti memakai ‘T.Shirt’ sekolah dan digalakkan memakai
seluar panjang (track bottom ) / pendek (bola sepak).
PERKARA 4 : KEDATANGAN
4.1 Semua murid wajib hadir tepat pada waktunya.
a) Pada semua waktu persekolahan.
b) Kelas-kelas bimbingan atau pemulihan
c) Aktiviti kokurikulum.
4.2 Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor
atau surat keterangan daripada ibu bapa / penjaga.Tanpa maklumat
tersebut, murid dianggap ponteng.
4.3 Ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid tidak hadir
dan diminta memberi penjelasan.
4.4 Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari
kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru-guru Penolong
Kanan.
4.5 Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibu
bapa / penjaga, diwajibkan mencatat dalam buku kebenaran keluar
sekolah.
PERKARA 5 : KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH
5.1 Bilik Darjah
5.1.1 Setiap murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah.
5.1.2 Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas kelas.
5.1.3 Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran dan menghias kelas
dengan bahan-bahan akademik.
5.1.4 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi, meja, mesti disusun dengan
teratur.Tutup suis kipas dan lampu.
5.1.5 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi, meja, perabot antara
kelas.
5.2 Kawasan Sekolah
5.2.1 Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
5.2.2 Sampah yang dijumpai hendaklah dikutip dan dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan.
5.2.3 Semua murid dilarang berludah di merata-rata tempat.
5.2.4 Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan.
5.2.5 Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.
5.2.6 Murid tidak dibenarkan memijak rumput di kawasan taman.
5.2.7 Murid dilarang membawa / mengunyah gula-gula getah dalam
kawasan sekolah.
5.3 Tandas Sekolah
5.3.1 Semua murid dilarang menconteng dalam tandas dengan sebarang
alat.
5.3.2 Murid-murid hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan menutup
paip setelah digunakan.
5.3.3 Jangan buang atau memasukkan sebarang benda ke dalam saluran
air / najis.
5.4 Papan Kenyataan
5.4.1 Sebarang kenyataan yang ditampal / ditulis mesti mendapat kebenaran
guru.
5.4.2 Hanya gambar / maklumat yang sesuai sahaja ditampal.
5.4.3 Kenyataan yang lama dan tamat tempoh masa mesti ditanggalkan.
5.4.4 Semua murid mestilah menghargai maklumat di papan kenyataan dan
Tidak memindah atau merosakkannya.
5.5 Harta Benda Sekolah.
5.5.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta benda
sekolah yang terdapat dalam kelas, tandas, bengkel, kantin, pusat
sumber, bilik komputer dan di mana-mana sahaja kawasan sekolah.
5.5.2 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.
5.5.3 Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid
sendiri.
5.5.4 Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah dipulangkan /
diletakkan ke tempat asalnya dalam keadaan baik.
PERKARA 6 : KAWASAN LARANGAN
6.1 Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan :
a) Pejabat Sekolah,
b) bilik guru,
c) kawasan letak kereta, dan
d) tandas guru.
6.2 Semua murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum mestilah berada di
tempat yang ditetapkan.
PERKARA 7 : KANTIN
7.1 Setiap murid diwajibkan berbaris semasa membeli makanan / minuman.
7.2 Semua bekas makanan / minuman hak milik kantin mesti dimasukkan ke
dalam bekas- bekas yang disediakan selepas digunakan.
7.3 Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke tempat memasak atau
menyediakan makanan.
7.4 Semua murid dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah
7.5 Setiap murid mesti mengamalkan adab semasa makan dan minum.
PERKARA 8 : TATATERTIB DAN KESOPANAN
8.1 Setiap murid wajib mengenal semua guru dan kakitangan sekolah.
8.2 Setiap murid wajib menghormati guru / kakitangan sekolah / pelawat dan
sesama murid.
8.3 Ucapan salam hendaklah diberikan kepada sesama Islam.
8.4 Semua murid mestilah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang sopan dan
menjaga nama baik sekolah.
8.5 Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik
dengan sesiapa sahaja.
PERKARA 9: SENARAI SALAHLAKU YANG BERAT DI PERINGKAT SEKOLAH
Berikut adalah senarai salahlaku yang dianggap berat dan tindakan disiplin peng-
gantungan sekolah sementara atau dicadang buang sekolah boleh diambil.
9.1 Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.
9.2 Membawa senjata yang berbahaya dengan tujuan jahat.
9.3 Memukul guru-guru.
9.4 Mengancam guru-guru atau Guru Besar.
9.5 Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan
oleh sekolah dan Pejabat Pendidikan.
9.6 Menulis surat kepada Surat Khabar tanpa memberitahu pihak berkuasa
sekolah.
9.7 Sengaja merosakkan harta benda sekolah / kerajaan.
9.8 Mengancam murid-murid lain dengan ancaman yang serius dan
berbahaya.
9.9 Menghisap rokok dan mengambil dadah.
9.10 Berjudi.
9.11 Meminum minuman keras atau yang memabukkan di dalam kawasan
sekolah.
9.12 Masih membantah hukuman guru sekalipun sudah tiga kali atau empat kali
amaran.
9.13 Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada guru atau
Guru Besar.
9.14 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan
menimbulkan kacau bilau.dan perpecahan kaum.
PERKARA 10 : TINDAKAN TATATERTIB
10.1 Nasihat / Kaunseling
10.2 Menghubungi ibu bapa / penjaga
10.3 Amaran
10.4 Rotan satu kali
10.5 Rotan dua kali
10.6 Rotan tiga kali
10.7 Rotan melebihi tiga kali
10.8 Digantung sekolah
10.9 Ditukar ke sekolah lain (dicadang)
10.10 Dibuang sekolah (dicadang)
10.11 Laporan kepada polis
Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas murid yang melanggar undang-
undang dan peraturan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.
PERKARA 11: KOKURIKULUM
11.1.1 Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam 3 aktiviti
Kokurikulum berikut :
a) Kelab / Persatuan Akademik
b) Pasukan beruniform / Pakaian Seragam
c) Sukan / Permainan
11.2 Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki menyertai
kegiatan yang diambil.
11.3 Murid-murid mesti memakai pakaian aktiviti yang disertai iaitu pakaian unit
beruniform / pakaian sekolah / pakaian sukan.
11.4 Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa guru
penasihat .
PERKARA 12 : PEPERIKSAAN
12.1 Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah.
12.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun
waktu peperiksaan berakhir lebih awal dari waktu sekolah kecuali
mendapat kebenaran Guru Besar.
PERKARA 13 : PERTUKARAN SEKOLAH
13.1 Dibenarkan hanya dengan kebenaran / kehendak ibu bapa atau
penjaga.
13.2 Sekiranya murid dari kelas peperiksaan PPSR, ibu / bapa / penjaga
hendaklah memastikan pertukaran pusat peperiksaan telah dibuat.
PERKARA 14 : BAYARAN PERSEKOLAHAN
14.1 Bayaran persekolahan mestilah dijelaskan dalam masa yang
ditetapkan.
PERKARA 15 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
15.1 Semua murid mesti menjaga buku-buku pinjaman dengan baik.
15.2 Semua buku pinjaman mesti dipulangkan dalam keadaan yang baik :
a) pada akhir tahun
b) apabila diberhentikan dari sekolah
c) sebelum bertukar sekolah
d) apabila diarah oleh pihak sekolah.
15.3 Buku-buku yang rosak / hilang mesti diganti dengan buku yang baru.
PERKARA 16 : PUSAT SUMBER SEKOLAH
16.1 Murid dikehendaki berbaris semasa pergi dan balik dan Pusat Sumber
Sekolah.
16.2 Tidak dibenarkan membuat bising, makan , minum atau mengganggu
murid lain di dalam pusat sumber.
16.3 Ikut arahan yang ditetapkan di dalam pusat sumber.
16.4 Pulangkan buku pada tarikh yang telah ditetapkan.
16.5 Susun buku dengan teratur, tutup semua suis dan pastikan alat-alat yang
digunakan tersusun.
16.6 Jaga kebersihan pusat sumber.
PERKARA 17 : PELAWAT
17.1 Semua orang luar termasuk ibu bapa / penjaga dikehendaki melaporkan
diri di pondok pengawal dan pejabat, dan meminta kebenaran daripada
Guru Besar / Guru Penolong Kanan sebelum berjumpa dengan sesiapa /
murid di sekolah.
PERKARA 18 : PERANAN IBU BAPA / PENJAGA
18.1 Ibu bapa / penjaga murid Tahun 1 dibenarkan di luar kelas pada hari
pertama, diikuti dengan satu minggu di kantin. Selepas itu, ibu bapa /
penjaga tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah lagi.
18.2 Kesakitan, kelemahan fizikal, kecacatan atau pembedahan yang baru
dijalankan dan apa sahaja kekurangan anak / jagaan mesti dimaklumkan
kepada guru kelas atau pejabat untuk diambil perhatian.
18.3 Pastikan anak sentiasa datang ke sekolah awal dan jangan lewat.
18.4 Meluangkan masa dengan anak untuk mengetahui masalah dan
keperluan anak serta semak dan bantu dalam pelajarannya.
18.5 Digalakkan datang ke sekolah dari semasa ke semasa untuk mengetahui
kedudukan pelajaran serta kelakuan anak di sekolah.
18.6 Apabila hendak mengatasi sesuatu perkara dengan guru atau murid lain,
mestilah mendapat kebenaran daripada pihak pentadbiran sekolah
dahulu. Ibu bapa tidak dibenarkan mengambil tindakan sendiri.
Masalah itu mesti diselesaikan di pejabat.
18.7 Harus bantu menjaga kebersihan kawasan sekolah.
18.8 Tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah pada bila-bila masa.
18.9 Tidak dibenarkan mengambil sesuatu, buku atau lain-lain barang daripada
beg murid lain.
18.10 Tidak dibenarkan menjual / berniaga di kawasan sekolah tanpa kebenaran
daripada pihak pentadbiran.
18.11 Tidak dibenarkan meronda serta memerhati guru mengajar di sebarang
kelas.
18.12 Tidak dibenarkan mencabar / mengancam guru / murid.
18.13 Tidak dibenarkanberbual-bual dengan suara kuat yang boleh
mengganggu pengajaran dan pembelajaran.
18.14 Pastikan nombor telefon rumah / tempat kerja / jiran diberikan kepada
guru supaya dapat dihubungi pada masa kecemasan.
18.15 Jangan berikan anak terlalu bnyak wang saku.
18.16 Jangan benarkan anak ke sekolah dengan memakai barang kemas dan
membawa barang yang tiada kaitan dengan pembelajaran.
18.17 Tidak dibenar merokok di kawasan sekolah.
19. GARIS PANDUAN SEMASA KECEMASAN DAN KEBENARAN
19.1 Latihan kecemasan dan kebakaran akan diadakan pada masa yang akan
ditetapkan.
19.2 Semasa loceng kecemasan dibunyikan murid hendaklah keluar dari kelas
dan beratur di kaki lima kelas.
19.3 Murid harus bertenang dan menenangkan murid lain. Jangan menjerit atau
membuat bising.
19.4 Berjalan dengan pantas dan beredar ke tempat yang ditetapkan
(Rujuk Pelan Kecemasan).
19.5 Jangan melengahkan masa dengan menyelamatkan harta benda/buku/
beg.
19.6 Ketua dan penolong membantu guru mengawasi murid-murid lain dalam
kelas anda.
19.7 Pengawas membantu kelas yang tiada guru kerana sebab-sebab tertentu,
membantu guru bertugas dan Guru Disiplin mengawal disiplin dan
keselamatan dan membantu mengambil alat
pemadan api jika berlaku kebakaran.
PERKARA 20 : HAL-HAL LAIN
20.1 Semua murid hendaklah bersembahyang Zohor mengikut masa yang
ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu pukul 1:30 hingga 1:50 tengah hari. Murid
tidak boleh bermain di surau serta melengahkan masa / waktu.
20.2 Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat permainan,
komik atau majalah hiburan ke sekolah.
20.3 Semua murid dilarang membawa / menggunakan benda-benda
tajam dalam kawasan sekolah.
20.4 Murid dilarang membawa serta menggunakan ‘liquid paper’.
20.5 Beg sekolah tidak dibenarkan ditampal dengan ‘sticker’
20.6 Murid MESTI berada di tempat duduk yang telah ditetapkan pada setiap
masa persekolahan. Pertukaran tempat duduk hanya boleh dilakukan oleh
Guru Kelas.
20.7 Murid dinasihati ke tandas sebelum bermulanya waktu persekolahan dan
pada waktu rehat. Dalam keadaan kecemasan ini ‘PAS KELUAR’hendaklah
diperolehi daripada guru dan hanya seorang murid dibenarkan keluar pada
satu masa.
20.8 Murid tidak dibenarkan merayau-rayau atau bermain-main di beranda atau
kelas lain semasa atau antara pertukaran masa.
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
PAKAIAN MURID LELAKI
Rambut bahagian
hadapan
Rambut Bahagian
hadapan tidak boleh
melebihi garisan ten-
gah dahi
Pandangan hadapan
Garisan
tengah
hidung
Pandangan belakang
Pandangan sisi
Rambut bahagian belakang
tidak melebihi garisan bawah
cuping dua telinga
Rambut tidak boleh menutup
kedua-dua telinga atau
sebahagian daripdanya dan
sideburn tidak melebihi gar-
isan tengah hidung
LAMPIRAN 3
PAKAIAN MURID PEREMPUAN
Memakai penafor
dan blaus
Berbaju kurung, berkain sarung
serta bertelekung mini
Berbaju kurung dan
berkain sarung

More Related Content

Similar to peraturan sekolah.pdf

Tata tertib siswa smpit yp ippi cakung
Tata tertib siswa smpit yp ippi cakungTata tertib siswa smpit yp ippi cakung
Tata tertib siswa smpit yp ippi cakungMarsono Tarmadi
 
TATA TERTIB SDN NGARE V.pptx
TATA TERTIB SDN NGARE V.pptxTATA TERTIB SDN NGARE V.pptx
TATA TERTIB SDN NGARE V.pptxssuserd3301d
 
441612747-taklimat-pengawas-pptx.pptx
441612747-taklimat-pengawas-pptx.pptx441612747-taklimat-pengawas-pptx.pptx
441612747-taklimat-pengawas-pptx.pptxZulhilme Mohamad
 
Peraturan Sekolah SMKN 3 Bandung
Peraturan Sekolah SMKN 3 BandungPeraturan Sekolah SMKN 3 Bandung
Peraturan Sekolah SMKN 3 Bandungpraktisip
 
TATA TERTIB SISWA SMK Mathan Warunggunung
TATA TERTIB SISWA SMK Mathan WarunggunungTATA TERTIB SISWA SMK Mathan Warunggunung
TATA TERTIB SISWA SMK Mathan WarunggunungVick Cipoetra Mathan
 
9 pengurusan disiplin
9 pengurusan disiplin9 pengurusan disiplin
9 pengurusan disiplinAsyikin4996
 
Format buku penghubung siswa
Format buku penghubung siswaFormat buku penghubung siswa
Format buku penghubung siswaGus Fendi
 
Bab9 pengurusan disiplin
Bab9 pengurusan disiplinBab9 pengurusan disiplin
Bab9 pengurusan disiplinzuraidanasri
 
membiasakan menaati peraturanaturan
membiasakan menaati peraturanaturanmembiasakan menaati peraturanaturan
membiasakan menaati peraturanaturanisty-alkhawarizmi
 
Pkn bab 2 kelas 3
Pkn bab 2 kelas 3Pkn bab 2 kelas 3
Pkn bab 2 kelas 3inayyah
 
Pkn bab 2 kelas 3
Pkn bab 2 kelas 3Pkn bab 2 kelas 3
Pkn bab 2 kelas 3Ana_Mazidah
 
Pkn bab 2 kelas 3
Pkn bab 2 kelas 3Pkn bab 2 kelas 3
Pkn bab 2 kelas 3Lia Farda
 

Similar to peraturan sekolah.pdf (20)

Tata tertib siswa smpit yp ippi cakung
Tata tertib siswa smpit yp ippi cakungTata tertib siswa smpit yp ippi cakung
Tata tertib siswa smpit yp ippi cakung
 
TATA TERTIB SDN NGARE V.pptx
TATA TERTIB SDN NGARE V.pptxTATA TERTIB SDN NGARE V.pptx
TATA TERTIB SDN NGARE V.pptx
 
441612747-taklimat-pengawas-pptx.pptx
441612747-taklimat-pengawas-pptx.pptx441612747-taklimat-pengawas-pptx.pptx
441612747-taklimat-pengawas-pptx.pptx
 
Peraturan Sekolah SMKN 3 Bandung
Peraturan Sekolah SMKN 3 BandungPeraturan Sekolah SMKN 3 Bandung
Peraturan Sekolah SMKN 3 Bandung
 
Tata Tertib SMK Mathan
Tata Tertib SMK MathanTata Tertib SMK Mathan
Tata Tertib SMK Mathan
 
TATA TERTIB SISWA SMK Mathan Warunggunung
TATA TERTIB SISWA SMK Mathan WarunggunungTATA TERTIB SISWA SMK Mathan Warunggunung
TATA TERTIB SISWA SMK Mathan Warunggunung
 
9 pengurusan disiplin
9 pengurusan disiplin9 pengurusan disiplin
9 pengurusan disiplin
 
Format buku penghubung siswa
Format buku penghubung siswaFormat buku penghubung siswa
Format buku penghubung siswa
 
Bab9 pengurusan disiplin
Bab9 pengurusan disiplinBab9 pengurusan disiplin
Bab9 pengurusan disiplin
 
membiasakan menaati peraturanaturan
membiasakan menaati peraturanaturanmembiasakan menaati peraturanaturan
membiasakan menaati peraturanaturan
 
Pkn bab 2 kelas 3
Pkn bab 2 kelas 3Pkn bab 2 kelas 3
Pkn bab 2 kelas 3
 
Pkn kls 2
Pkn kls 2Pkn kls 2
Pkn kls 2
 
Pkn 2
Pkn 2Pkn 2
Pkn 2
 
Pkn bab 2 kelas 3
Pkn bab 2 kelas 3Pkn bab 2 kelas 3
Pkn bab 2 kelas 3
 
Pkn Kelas 2
Pkn Kelas 2Pkn Kelas 2
Pkn Kelas 2
 
Pkn bab 2 kelas 3
Pkn bab 2 kelas 3Pkn bab 2 kelas 3
Pkn bab 2 kelas 3
 
Pkn mi ii
Pkn mi iiPkn mi ii
Pkn mi ii
 
Pkn bab 2 kelas 3
Pkn bab 2 kelas 3Pkn bab 2 kelas 3
Pkn bab 2 kelas 3
 
Pkn 2
Pkn 2Pkn 2
Pkn 2
 
Pkn mi ii
Pkn mi iiPkn mi ii
Pkn mi ii
 

Recently uploaded

AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 

Recently uploaded (20)

AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 

peraturan sekolah.pdf

  • 1. SEKOLAH KEBANGSAAN RUNGKUP 36200 SELEKOH BUKU PERATURAN SEKOLAH NAMA KELAS PROFIL MURID NAMA: ………………………………………………………………… N0. K.P / SIJIL LAHIR: …………………………………………………………………. NO. PENDAFTARAN SEKOLAH:……………………………………………………. NAMA IBU/BAPA / PENJAGA:………………………………………………….. ALAMAT: …………………………………………………………… NO. TELEFON: ………………………………………………………………….. Catatan: Buku Peraturan ini hendaklah dibawa pada setiap hari persekolahan. Menghilangkannya, merosakkannya dan mecontengnya adalah menjadi satu kesalahan.
  • 2. KATA-KATA ALUAN GURU BESAR Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam buku peraturan sekolah ini. Syukur kepada Allah kerana Unit Hal Ehwal Murid telah berjaya menghasilkan Buku Peraturan Sekolah SK Rungkup. Saya mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha murni ini. Disiplin berasal daripada perkataan bahasa latin iaitu Discere yang ber- maksud belajar. Daripada perkataan ini muncul perkataan Disciplina yang bermaksud pengajaran atau latihan. Disiplin boleh diartikan sebagai kepatuhan terhadap peraturan atau tunduk pada pengawasan, dan pengendalian. Disiplin juga bermaksud sebagai latihan yang bertujuan mengembangkan diri agar dapat berperilaku tertib. Undang-undang dan peraturan sekolah digubal untuk memastikan ke- tenteraman dan keselamatan murid serta kelicinan dan keberkesanan bagi mewujudkan keselesaan semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini adalah bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang dari aspek intelek, rohani emosi dan jasmani seperti yang telah dihasrat- kan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ketika murid berada di sekolah, semua murid hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah selaras dengan peraturan dan disiplin murid sekolah-sekolah rendah di Malaysia. Semua murid hendaklah bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa untuk menjaga nama baik sekolah dan meningkatkan disiplin diri. Buku peraturan ini mengandungi peraturan-peraturan asas sebagai panduan dan makluman kepada murid-murid, ibu bapa dan penjaga, guru-guru serta kakitangan sekolah. Saya berharap agar semua pihak dapat memanfaatkan buku per- aturan ini untuk kecemerlangan pengurusan disiplin di sekolah ini. Sekian, terima kasih. Puan Hajah Rubaiah Adawiah binti Tahir Guru Besar, DEFINISI DISIPLIN SEKOLAH Maksud displin Menurut laporan jawatankuasa kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan disiplin ialah: i.Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi un- dang-undang , sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. ii.Kesanggupan menghormati hak individu lain. iii.Kesanggupan mengamalkaan tingkah laku yag baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. iii.Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat. Matlamat Disiplin Matlamat utama disiplin ialah untuk melahirkan individu yang sedar akan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, institusi-institusi pelajaran, sosial serta negara. Kita hendak mewujudkan satu masyarakat yang bertatasusila, bersatupadu, demokrasi, adil, liberal dan progresif. Kepentingan Disiplin Setiap sekolah mempunyai peraturan-perturan yang perlu dipatuhi olehmurid-murid. Peraturan-peraturan tersebut digubal dengan tujuan untuk mendidik murid-murid supaya berkelakuan baik dan menghormati orang ramai. Mematuhi peraturan-peraturan merupakan disiplin diri yang baik. Kebanyakan perbuatan melanggar peraturan-peraturan berlaku disebabkan murid-murid tidak diterangkan sebab-sebab perturan-peratutran itu perlu diadakan. Oleh hal yang demikian, segala peraturan di sekolah diterangkan kepada murid-murid supaya mereka betul-betul memahami segala peraturan itu dengan penuh tanggungjawab.
  • 3. B. Salah laku disiplin dan tindakan/langkah-langkah yang diambil Salah laku Tindakan pertama Tindakan kedua Salah laku kali pertama-diberi Borang Disiplin Pertama. Diberi nasihat/ ama- ran. Salah laku kali ke-2 -diberi Borang Disiplin ke-2. Diberi nasihat/ amaran. Salah laku kali ke-3 -diberi Borang Disiplin ke-3. Diberi nasihat/ amaran. Hantar untuk sesi kaunseling pertama. Salah laku kali ke- 4 -diberi Borang Disiplin ke-4. Diberi nasihat/ amaran. Hantar untuk sesi kaunseling kedua. Salah laku kali ke-5 -diberi Borang Disiplin ke-5. HUKUMAN. 1.Hantar untuk sesi kaunseling ketiga. 2.Ibu bapa dipanggil ke sekolah. Salah laku kali 6 -diberi Borang Disiplin ke-6. Mesyuarat Lembaga Disiplin Sekolah. 1.Guru Besar memper- timbangkan salah laku murid. 2.Arahan gantung sekolah daripada Guru Besar. 3.Prosedur Gantung Sekolah oleh PK HEM. 4.Kaunseling ke-4 apabi- la kembali ke sekolah. Salah laku kali ke-7 -diberi Borang Disiplin ke-7. 1.Ibu bapa dipanggil ke sekolah-amaran terakhir diberi. 2.Murid dinasihat tukar sekolah. Salah laku kali ke-8 -diberi Borang Disiplin ke-8. Mesyuarat lembaga disiplin sekolah. 1.Guru Besar memper- timbangkan salah laku murid. 2.Arahan buang sekolah daripada Guru Besar. 3.Prosedur buang sekolah oleh PK HEM. Peringatan: Salah laku yang diambil kira dalam aliran B yang di atas adalah atas budi bicara Penolong Kanan HEM. Semua guru boleh meminta untuk berjumpa dengan ibu bapa/penjaga murid-murid yang bermasalah. PERKARA 1: MASA PERSEKOLAHAN 1.1 Loceng Pertama Ia akan dibunyikan pada pukul 7.30 pagi. Murid berkumpul di tapak perhimpunan untuk aktiviti sinar pagi. 1.2 Loceng Rehat 1.2.1 Waktu rehat selama 20 minit. 1.2.2 Masa Rehat: Pendidikan Khas : 10:10 pagi hingga 10:30 pagi Perdana : 10:40 pagi hingga 11:00 pagi 1.2.3 Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan dan pengawasan guru. 1.2.4 Murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas, di luar kelas dan di tangga. 1.3 Waktu Balik Apabila loceng waktu balik dibunyikan semua murid mesti keluar dari kelas dengan teratur dan senyap dengan diawasi oleh guru / pengawas. Waktu balik murid adalah seperti berikut: Kelas ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT Dtg. Balik Dtg. Balik Dtg. Balik Dtg. Balik Dtg. Balik Pra 7:00- 7:30 pagi 12:00 tgh. 7:00- 7:30 pagi 12:00 tgh. 7:00- 7:30 pagi 12:00 tgh. 7:00- 7:30 pagi 12:00 tgh. 7:00- 7:30 pagi 12:00 tgh T. 1 7:00- 7:30 pagi 1:00 tgh 7:00- 7:30 pagi 1:00 tgh 7:00- 7:30 pagi 1:00 tgh 7:00- 7:30 pagi 1:00 tgh 7:00- 7:30 pagi 12:00 tgh T. 2 7:00- 7:30 pagi 1:00 tgh 7:00- 7:30 pagi 1:00 tgh 7:00- 7:30 pagi 1:00 tgh 7:00- 7:30 pagi 1:00 tgh 7:00- 7:30 pagi 12:00 tgh T.3 7:00- 7:30 pagi 1:00 tgh 7:00- 7:30 pagi 1:00 tgh 7:00- 7:30 pagi 1:00 tgh 7:00- 7:30 pagi 1:00 tgh 7:00- 7:30 pagi 12:00 tgh T. 4 7:00- 7:30 pagi 1:30 tgh 7:00- 7:30 pagi 1:30 tgh 7:00- 7:30 pagi 1:30 tgh. 7:00- 7:30 pagi 1:30 tgh. 7:00- 7:30 pagi 12:00 tgh T. 5 7:00- 7:30 pagi 1:30 tgh 7:00- 7:30 pagi 1:30 tgh 7:00- 7:30 pagi 1:30 tgh. 7:00- 7:30 pagi 1:30 tgh. 7:00- 7:30 pagi 12:00 tgh T. 6 7:00- 7:30 pagi 1:30 tgh 7:00- 7:30 pagi 1:30 tgh 7:00- 7:30 pagi 1:30 tgh. 7:00- 7:30 pagi 1:30 tgh. 7:00- 7:30 pagi 12:00 tgh
  • 4. PERKARA 2: PERHIMPUNAN MINGGUAN 2.1 Perhimpunan sekolah adalah dianggap sebagai satu majlis rasmi peringkat sekolah. Semua murid diwajibkan hadir dan dikira sebagai waktu pembelajaran. 2.2 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing. 2.3 Semasa perhimpunan murid-murid wajib menyanyi lagu kebangsaan dan lagu negeri , lagu sekolah dengan suara yang lantang sambil menghormati bendera yang dinaikkan semasa itu. 2.4 Semasa ucapan Guru Besar atau guru-guru bertugas, murid-murid harus mengambil perhatian dengan sepenuhnya. 2.5 Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas. 2.6 Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dengan teratur dan senyap. PERKARA 3: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana dipakai pada hari-hari persekolahan, menghadiri upacara – upacara rasmi sekolah dan mem- buat lawatan rasmi. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dari rumah ke sekolah sehingga balik semula ke rumah. 3.1 Pakaian Murid Lelaki 3.1.1 Baju kemeja putih berkolar dan berlengan pendek serta bertali leher biru gelap. 3.1.2 Seluar panjang berwarna biru tua. Dikehendaki memasukkan baju kemeja ke dalam seluar dan butang baju hendaklah dikenakan sepanjang masa persekolahan. 3.1.3 Tali pinggang. Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis kepalanya tidak besar atau berhias. Lebar tali pinggang tidak melebihi 1 ½ inci atau 3.75 cm. Warna tali pinggang : Samada hitam atau biru. 3.1.3 Rambut murid lelaki mestilah dijaga supaya sentiasa kemas dan pendek. Dilarang menyimpan ‘ekor’ dan berfesyen rambut ‘punk’. Penggunaan jel atau mousse tidak dibenarkan. Istilah pendek ialah : - Di belakang : rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping telinga. - Di depan : rambut tidak menutup garis tengah dahi. - Di sisi : rambut tidak menyentuh telinga dan ‘sideburn’ tidak melebihi garis tengah hidung. - Pelajar lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut) Seperti yang diarah oleh Kementerian Pelajaran KP(BS/HEP) 8543/061/606. (Lihat Lampiran 1) 3.2 Pakaian Murid Perempuan 3.2.1 Baju Kurung dan Kain Sarung Murid perempuan beragama Islam, baju kurung berpesak yang dipakai mestilah berwarna putih dan kain sarungnya berwarna biru tua. 3.2.2 Tudung / Mini Telekung Sekiranya bertudung, mini telekung hendaklah berwarna putih dengan ukuran yang sesuai. 3.2.3 Alat-alat solek Murid dilarang memakai sebarang alat ‘make-up’ walaupun nipis. 3.2.4 Barang-barang Kemas Murid dilarang memakai atau membawa barang-barang kemas seperti gelang, rantai leher, anting-anting, subang yang besar, cincin dan lain- lain. 3.3 Kasut dan Sarung kaki 3.3.1 Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut kanvas yang berwarna Putih. Sarung kaki hendaklah berwarna putih. 3.4 Pakaian Seragam Pengawas sekolah 3.4.1 Pakaian Pengawas Lelaki a) Seluar panjang biru tua,kemeja lengan panjang berwarna biru dan bertali leher berwarna biru tua.
  • 5. 3.4.2 Pakaian Pengawas Perempuan a) Baju kemeja berlengan panjang berwarna biru / baju kurung berwarna biru dan bertudung biru tua. b) Gaun / blaus warna biru gelap. 3.5 Pakaian Semasa Sukan / Pendidikan Jasmani 3.5.1 Semua murid mesti memakai ‘T.Shirt’ sekolah dan digalakkan memakai seluar panjang (track bottom ) / pendek (bola sepak). PERKARA 4 : KEDATANGAN 4.1 Semua murid wajib hadir tepat pada waktunya. a) Pada semua waktu persekolahan. b) Kelas-kelas bimbingan atau pemulihan c) Aktiviti kokurikulum. 4.2 Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor atau surat keterangan daripada ibu bapa / penjaga.Tanpa maklumat tersebut, murid dianggap ponteng. 4.3 Ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid tidak hadir dan diminta memberi penjelasan. 4.4 Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan. 4.5 Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibu bapa / penjaga, diwajibkan mencatat dalam buku kebenaran keluar sekolah. PERKARA 5 : KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH 5.1 Bilik Darjah 5.1.1 Setiap murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah. 5.1.2 Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas kelas. 5.1.3 Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran dan menghias kelas dengan bahan-bahan akademik. 5.1.4 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi, meja, mesti disusun dengan teratur.Tutup suis kipas dan lampu. 5.1.5 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi, meja, perabot antara kelas. 5.2 Kawasan Sekolah 5.2.1 Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. 5.2.2 Sampah yang dijumpai hendaklah dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. 5.2.3 Semua murid dilarang berludah di merata-rata tempat. 5.2.4 Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan. 5.2.5 Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah. 5.2.6 Murid tidak dibenarkan memijak rumput di kawasan taman. 5.2.7 Murid dilarang membawa / mengunyah gula-gula getah dalam kawasan sekolah. 5.3 Tandas Sekolah 5.3.1 Semua murid dilarang menconteng dalam tandas dengan sebarang alat. 5.3.2 Murid-murid hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan menutup paip setelah digunakan. 5.3.3 Jangan buang atau memasukkan sebarang benda ke dalam saluran air / najis. 5.4 Papan Kenyataan 5.4.1 Sebarang kenyataan yang ditampal / ditulis mesti mendapat kebenaran guru. 5.4.2 Hanya gambar / maklumat yang sesuai sahaja ditampal. 5.4.3 Kenyataan yang lama dan tamat tempoh masa mesti ditanggalkan. 5.4.4 Semua murid mestilah menghargai maklumat di papan kenyataan dan Tidak memindah atau merosakkannya.
  • 6. 5.5 Harta Benda Sekolah. 5.5.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta benda sekolah yang terdapat dalam kelas, tandas, bengkel, kantin, pusat sumber, bilik komputer dan di mana-mana sahaja kawasan sekolah. 5.5.2 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru. 5.5.3 Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid sendiri. 5.5.4 Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah dipulangkan / diletakkan ke tempat asalnya dalam keadaan baik. PERKARA 6 : KAWASAN LARANGAN 6.1 Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan : a) Pejabat Sekolah, b) bilik guru, c) kawasan letak kereta, dan d) tandas guru. 6.2 Semua murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum mestilah berada di tempat yang ditetapkan. PERKARA 7 : KANTIN 7.1 Setiap murid diwajibkan berbaris semasa membeli makanan / minuman. 7.2 Semua bekas makanan / minuman hak milik kantin mesti dimasukkan ke dalam bekas- bekas yang disediakan selepas digunakan. 7.3 Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke tempat memasak atau menyediakan makanan. 7.4 Semua murid dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah 7.5 Setiap murid mesti mengamalkan adab semasa makan dan minum. PERKARA 8 : TATATERTIB DAN KESOPANAN 8.1 Setiap murid wajib mengenal semua guru dan kakitangan sekolah. 8.2 Setiap murid wajib menghormati guru / kakitangan sekolah / pelawat dan sesama murid. 8.3 Ucapan salam hendaklah diberikan kepada sesama Islam. 8.4 Semua murid mestilah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang sopan dan menjaga nama baik sekolah. 8.5 Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan sesiapa sahaja. PERKARA 9: SENARAI SALAHLAKU YANG BERAT DI PERINGKAT SEKOLAH Berikut adalah senarai salahlaku yang dianggap berat dan tindakan disiplin peng- gantungan sekolah sementara atau dicadang buang sekolah boleh diambil. 9.1 Menjadi ahli dalam pertubuhan haram. 9.2 Membawa senjata yang berbahaya dengan tujuan jahat. 9.3 Memukul guru-guru. 9.4 Mengancam guru-guru atau Guru Besar. 9.5 Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan Pejabat Pendidikan. 9.6 Menulis surat kepada Surat Khabar tanpa memberitahu pihak berkuasa sekolah. 9.7 Sengaja merosakkan harta benda sekolah / kerajaan. 9.8 Mengancam murid-murid lain dengan ancaman yang serius dan berbahaya. 9.9 Menghisap rokok dan mengambil dadah. 9.10 Berjudi. 9.11 Meminum minuman keras atau yang memabukkan di dalam kawasan sekolah. 9.12 Masih membantah hukuman guru sekalipun sudah tiga kali atau empat kali amaran. 9.13 Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada guru atau Guru Besar. 9.14 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau.dan perpecahan kaum.
  • 7. PERKARA 10 : TINDAKAN TATATERTIB 10.1 Nasihat / Kaunseling 10.2 Menghubungi ibu bapa / penjaga 10.3 Amaran 10.4 Rotan satu kali 10.5 Rotan dua kali 10.6 Rotan tiga kali 10.7 Rotan melebihi tiga kali 10.8 Digantung sekolah 10.9 Ditukar ke sekolah lain (dicadang) 10.10 Dibuang sekolah (dicadang) 10.11 Laporan kepada polis Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas murid yang melanggar undang- undang dan peraturan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan. PERKARA 11: KOKURIKULUM 11.1.1 Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam 3 aktiviti Kokurikulum berikut : a) Kelab / Persatuan Akademik b) Pasukan beruniform / Pakaian Seragam c) Sukan / Permainan 11.2 Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki menyertai kegiatan yang diambil. 11.3 Murid-murid mesti memakai pakaian aktiviti yang disertai iaitu pakaian unit beruniform / pakaian sekolah / pakaian sukan. 11.4 Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa guru penasihat . PERKARA 12 : PEPERIKSAAN 12.1 Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah. 12.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun waktu peperiksaan berakhir lebih awal dari waktu sekolah kecuali mendapat kebenaran Guru Besar. PERKARA 13 : PERTUKARAN SEKOLAH 13.1 Dibenarkan hanya dengan kebenaran / kehendak ibu bapa atau penjaga. 13.2 Sekiranya murid dari kelas peperiksaan PPSR, ibu / bapa / penjaga hendaklah memastikan pertukaran pusat peperiksaan telah dibuat. PERKARA 14 : BAYARAN PERSEKOLAHAN 14.1 Bayaran persekolahan mestilah dijelaskan dalam masa yang ditetapkan. PERKARA 15 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 15.1 Semua murid mesti menjaga buku-buku pinjaman dengan baik. 15.2 Semua buku pinjaman mesti dipulangkan dalam keadaan yang baik : a) pada akhir tahun b) apabila diberhentikan dari sekolah c) sebelum bertukar sekolah d) apabila diarah oleh pihak sekolah. 15.3 Buku-buku yang rosak / hilang mesti diganti dengan buku yang baru. PERKARA 16 : PUSAT SUMBER SEKOLAH 16.1 Murid dikehendaki berbaris semasa pergi dan balik dan Pusat Sumber Sekolah. 16.2 Tidak dibenarkan membuat bising, makan , minum atau mengganggu murid lain di dalam pusat sumber. 16.3 Ikut arahan yang ditetapkan di dalam pusat sumber. 16.4 Pulangkan buku pada tarikh yang telah ditetapkan. 16.5 Susun buku dengan teratur, tutup semua suis dan pastikan alat-alat yang digunakan tersusun. 16.6 Jaga kebersihan pusat sumber. PERKARA 17 : PELAWAT 17.1 Semua orang luar termasuk ibu bapa / penjaga dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal dan pejabat, dan meminta kebenaran daripada Guru Besar / Guru Penolong Kanan sebelum berjumpa dengan sesiapa / murid di sekolah.
  • 8. PERKARA 18 : PERANAN IBU BAPA / PENJAGA 18.1 Ibu bapa / penjaga murid Tahun 1 dibenarkan di luar kelas pada hari pertama, diikuti dengan satu minggu di kantin. Selepas itu, ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah lagi. 18.2 Kesakitan, kelemahan fizikal, kecacatan atau pembedahan yang baru dijalankan dan apa sahaja kekurangan anak / jagaan mesti dimaklumkan kepada guru kelas atau pejabat untuk diambil perhatian. 18.3 Pastikan anak sentiasa datang ke sekolah awal dan jangan lewat. 18.4 Meluangkan masa dengan anak untuk mengetahui masalah dan keperluan anak serta semak dan bantu dalam pelajarannya. 18.5 Digalakkan datang ke sekolah dari semasa ke semasa untuk mengetahui kedudukan pelajaran serta kelakuan anak di sekolah. 18.6 Apabila hendak mengatasi sesuatu perkara dengan guru atau murid lain, mestilah mendapat kebenaran daripada pihak pentadbiran sekolah dahulu. Ibu bapa tidak dibenarkan mengambil tindakan sendiri. Masalah itu mesti diselesaikan di pejabat. 18.7 Harus bantu menjaga kebersihan kawasan sekolah. 18.8 Tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah pada bila-bila masa. 18.9 Tidak dibenarkan mengambil sesuatu, buku atau lain-lain barang daripada beg murid lain. 18.10 Tidak dibenarkan menjual / berniaga di kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada pihak pentadbiran. 18.11 Tidak dibenarkan meronda serta memerhati guru mengajar di sebarang kelas. 18.12 Tidak dibenarkan mencabar / mengancam guru / murid. 18.13 Tidak dibenarkanberbual-bual dengan suara kuat yang boleh mengganggu pengajaran dan pembelajaran. 18.14 Pastikan nombor telefon rumah / tempat kerja / jiran diberikan kepada guru supaya dapat dihubungi pada masa kecemasan. 18.15 Jangan berikan anak terlalu bnyak wang saku. 18.16 Jangan benarkan anak ke sekolah dengan memakai barang kemas dan membawa barang yang tiada kaitan dengan pembelajaran. 18.17 Tidak dibenar merokok di kawasan sekolah. 19. GARIS PANDUAN SEMASA KECEMASAN DAN KEBENARAN 19.1 Latihan kecemasan dan kebakaran akan diadakan pada masa yang akan ditetapkan. 19.2 Semasa loceng kecemasan dibunyikan murid hendaklah keluar dari kelas dan beratur di kaki lima kelas. 19.3 Murid harus bertenang dan menenangkan murid lain. Jangan menjerit atau membuat bising. 19.4 Berjalan dengan pantas dan beredar ke tempat yang ditetapkan (Rujuk Pelan Kecemasan). 19.5 Jangan melengahkan masa dengan menyelamatkan harta benda/buku/ beg. 19.6 Ketua dan penolong membantu guru mengawasi murid-murid lain dalam kelas anda. 19.7 Pengawas membantu kelas yang tiada guru kerana sebab-sebab tertentu, membantu guru bertugas dan Guru Disiplin mengawal disiplin dan keselamatan dan membantu mengambil alat pemadan api jika berlaku kebakaran. PERKARA 20 : HAL-HAL LAIN 20.1 Semua murid hendaklah bersembahyang Zohor mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu pukul 1:30 hingga 1:50 tengah hari. Murid tidak boleh bermain di surau serta melengahkan masa / waktu. 20.2 Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat permainan, komik atau majalah hiburan ke sekolah. 20.3 Semua murid dilarang membawa / menggunakan benda-benda tajam dalam kawasan sekolah. 20.4 Murid dilarang membawa serta menggunakan ‘liquid paper’. 20.5 Beg sekolah tidak dibenarkan ditampal dengan ‘sticker’ 20.6 Murid MESTI berada di tempat duduk yang telah ditetapkan pada setiap masa persekolahan. Pertukaran tempat duduk hanya boleh dilakukan oleh Guru Kelas. 20.7 Murid dinasihati ke tandas sebelum bermulanya waktu persekolahan dan pada waktu rehat. Dalam keadaan kecemasan ini ‘PAS KELUAR’hendaklah diperolehi daripada guru dan hanya seorang murid dibenarkan keluar pada satu masa. 20.8 Murid tidak dibenarkan merayau-rayau atau bermain-main di beranda atau kelas lain semasa atau antara pertukaran masa.
  • 9. LAMPIRAN 1 LAMPIRAN 2 PAKAIAN MURID LELAKI Rambut bahagian hadapan Rambut Bahagian hadapan tidak boleh melebihi garisan ten- gah dahi Pandangan hadapan Garisan tengah hidung Pandangan belakang Pandangan sisi Rambut bahagian belakang tidak melebihi garisan bawah cuping dua telinga Rambut tidak boleh menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripdanya dan sideburn tidak melebihi gar- isan tengah hidung
  • 10. LAMPIRAN 3 PAKAIAN MURID PEREMPUAN Memakai penafor dan blaus Berbaju kurung, berkain sarung serta bertelekung mini Berbaju kurung dan berkain sarung