SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
BUKU PERATURAN SEKOLAH
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti
untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi
aspirasi negara.
TAGLINE SKPM
‘Reach For The Stars’
KANDUNGAN BUKU PERATURAN SEKOLAH
1. Pendahuluan
2. Definisi
3. Matlamat
4. Hari Persekolahan
5. Pakaian Seragam Sekolah
6. Rambut / Kuku
7. Tatatertib
8. Masa Rehat
9. Kebersihan
10. Sumbangan PIBG
11. Kehadiran
12. Surat Rawatan
13. Langkah Keselamatan
14. Aktiviti Kokurikulum
15. Lawatan Pelawat
16. Kebakaran / Kecemasan
17. Ketua Darjah / Pengawas
18. Surat Menyurat
19. Kegiatan Luar
20. Amalan Mulia
21. Jenis-Jenis Kesalahan
22. Hukuman
23. Khidmat Nasihat
24. Maklumat Umum
25. Borang Pengakuan
PENDAHULUAN
Sekolah adalah sebuah institusi masyarakat. Di sinilah disemai, dipupuk dan
disuburkan ciri-ciri baik bagi pembentukan sikap peribadi serta pertumbuhan fizikal
yang sempurna. Beberapa peraturan dan undang-undang perlu bagi kesejahteraan
individu masyarakat sekolah ini. Hayati dan patuhilah undang-undang dan
peraturan-peraturan berikut bagi kepentingan diri, kebaikan masyarakat sekolah
dan keharmonian hidup bangsa dan negara.
DEFINISI
Menurut Kamus Dewan Edisi 1989, disiplin ditakrifkan sebagai latihan terutamanya
pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri, tatatertib seseorang
supaya boleh berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan, hukuman atau denda kerana telah melanggar sesuatu peraturan yang
telah ditetapkan.
MATLAMAT
1. Berusaha meningkatkan mutu pencapaian akademik dan sahsiah semua
murid.
2. Penglibatan murid dalam semua bidang Kokurikulum supaya menjadi
warganegara yang aktif, kreatif, berdisiplin dan bertanggungjawab.
3. Merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara mengikut acuan Kementerian
Pendidikan.
4. Memastikan penguasaan murid dalam 4M iaitu Membaca, Mengira, Menulis
dan Menaakul.
5. Memberi tunjuk ajar dan bimbingan agar murid dapat membentuk sikap
berdikari dan mempunyai jati diri.
6. Menyediakan kemudahan fizikal dan mewujudkan suasana pembelajaran
sebagai motivasi kepada murid-murid.
7. Meningkatkan tahap disiplin, kebersihan dan keselamatan di sekolah.
8. Melahirkan murid yang berpotensi, berwibawa, berilmu, beriman, beramal
soleh dan berakhlak mulia.
9. Melahirkan insan yang penyayang, bertoleransi, bekerjasama serta berbakat
ke arah masyarakat penyayang.
HARI PERSEKOLAHAN
1. Hari persekolahan mengikutketetapan Kementerian Pendidikan ialah Hari Ahad
hingga Khamis.
2. Hari Sabtu boleh diisi dengan kelas tambahan, aktiviti Kokurikulum dan lain-lain
aktiviti yang difikirkan perlu.
3. Waktu persekolahan:
3.1 Semua murid mesti berada di sekolah selewat-lewatnya 5 minit sebelum
loceng pertama iaitu pukul 7.30 pagi.
3.2 Bagi murid yang menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan
(RMT), mereka mesti berada di sekolah seawal 7.00 pagi dan mesti
selesai makan makanan RMT sebelum loceng pertama dibunyikan.
3.3 Murid tidak boleh datang lewat daripada masa loceng pertama dibunyikan.
3.4 Waktu tamat persekolahan adalah seperti berikut:
 Tahap 1 – Ahad, Isnin dan Khamis (1.15 petang)
Selasa dan Rabu (12.45 tenghari)
 Tahap 2 – Ahad, Isnin dan Khamis (1.45 petang)
Selasa (1.15 petang), Rabu (2.15 petang)
4. Waktu perhimpunan:
4.1 Hari perhimpunan sekolah adalah acara rasmi sekolah. Semua guru dan
murid diwajibkan hadir.
4.2 Hari perhimpunan rasmi adalah pada setiap hari Ahad dan perhimpunan
tidak rasmi pula adalah bermula dari hari Isnin hingga Khamis.
4.3 Apabila loceng pertaman dibunyikan, murid-murid hendaklah segera ke
tempat perhimpunan dalam barisan, tenang dan terkawal.
4.4 Murid beratur mengikut kelas masing-masing. Murid yang rendah di
hadapan dan yang tinggi di belakang.
4.5 Semua murid diwajibkan menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah
dan lagu Sekolah dan dengan bersemangat sambil memandang bendera
sebagai tanda hormat.
4.6 Murid-murid tidak dibenarkan bercakap semasa acara perhimpunan
berlangsung.
4.7 Bagi murid Islam dikehendaki menadah tangan apabila doa dibacakan.
4.8 Setelah tamat perhimpunan, murid akan bergerak dalam barisan ke kelas
masing-masing.
PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
1. Murid Lelaki
1.1 Seluar panjang berwarna biru gelap. Sekiranya bertali pinggang, kepala
tali pinggang adalah tidak besar dan tidak berhias.
1.2 Baju putih lengan pendek yang dipakai sempurna dan mengikutperaturan
sekolah. Baju singlet / dalam putih sahaja yang dibenarkan.
1.3 Kasut putih atau kasut hitam tidak berjalur / berbelang warna, tidak
mempunyai hiasan / tulisan dan stoking putih atau hitam tanpa hiasan.
1.4 Murid-murid diwajibkan memakai tali leher di sekolah.
2. Murid Perempuan
2.1 Baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna biru gelap (murid
Islam) atau baju putih dan skirt biru gelap (murid bukan Islam).
2.2 Diwajibkan memakai anak tudung bersama telekung mini berwarna putih
segi tiga yang sesuai dengan murid (murid Islam).
2.3 Kasut putih atau kasut hitam tidak berjalur / berbelang warna, tidak
mempunyai hiasan / tulisan dan stoking putih atau hitam tanpa hiasan.
3. Lencana dan Tanda Nama
3.1 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama
sepanjang masa.
3.2 Lencana hendaklah dipakai dan dijahit pada bahagian atas poket dan
tanda nama pula berada di bawah lencana tersebut pada bahagian dada
sebelah kiri baju.
3.3 Lencana yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan
segera.
4. Pakaian Pendidikan Jasmani
4.1 Baju T sukan dan seluar trek yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Seluar
trek yang berwarna hitam atau biru gelap (blue black).
4.2 Semua murid diwajibkan memakai pakaian sukan ini lengkap berkasut
ketika mata pelajaran Pendidikan Jasmani diajar.
5. Pakaian Kokurikulum
5.1 Murid-murid yang terlibat (Tahun 4 – 6) hendaklah memakai pakaian unit
beruniform sebagaimana yang telah ditetapkan oleh guru penasihat
masing-masing.
5.2 Murid-murid hendaklah memakai pakaian tersebut pada hari Badan
Beruniform iaitu hari Rabu pada setiap minggu.
RAMBUT / KUKU
1. Murid tidak dibenarkan berambuttebal / panjang sehingga mencecah kolar baju
atau cuping telinga dan tidak dibenarkan sama sekali memotong rambut
mengikut sebarang fesyen terkini yang dilarang oleh pihak sekolah.
2. Murid-murid dilarang mewarnakan rambut dan warna rambut harus kekal
dengan warna asal. Rambut hendaklah bersih dan disikat kemas.
3. Murid juga dilarang menyimpan kuku panjang.
TATATERTIB
1. Di kelas
1.1 Semua murid yang berada di dalam kelas hendaklah sentiasa dalam
keadaan senyap dan bersopan santun.
1.2 Murid-murid dilarang meninggalkan kelas tanpa kebenaran guru atau
ketua kelas.
1.3 Sentiasa menjalankan tugasan yang dipertanggungjawabkan seperti
menjaga kebersihan dan kekemasan bilik darjah.
1.4 Dilarang makan atau minum, bermain dan berlari, bergurau dan lain-lain di
dalam kelas.
1.5 Sentiasa menjaga dan tidak merosakkan peralatan dan alat bantuan
mengajar yang terdapat di dalam kelas.
1.6 Tutup suis lampu dan kipas sebelum meninggalkan kelas dan hanya
menggunakannya bila perlu.
1.7 Murid-murid hendaklah sentiasa bersedia untuk belajar sebagaimana
jadual belajar yang telah ditetapkan walaupun semasa ketiadaan guru.
1.8 Murid-murid dibenarkan ke tandas tidak lebih 2 orang pada setiap masa
dengan kebenaran guru dan memakai pas kebenaran keluar kelas.
2. Dalam kawasan sekolah
2.1 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran
Guru Besar atau wakilnya.
2.2 Tidak dibenarkan berlari, membuat bising atau meronda di kawasan
bangunan sekolah.
2.3 Sentiasa membuat barisan dan berjalan dalam keadaan senyap ketika
masuk dan keluar kelas terutamanya pada masa ke tempat perhimpunan,
kantin, padang, makmal komputer, PSS, Bilik Sains, Bilik Kemahiran
Hidup dan waktu pulang.
2.4 Dilarang menghampiri atau masuk ke bilik Guru Besar, pejabat, bilik guru,
bilik cetak, bilik alatan, tandas guru, stor sukan dan lain-lain tanpa
keizinan guru.
3. Harta benda sekolah
3.1 Setiap murid bertanggungjawab menjaga harta benda sekolah seperti
kerusi, meja, papan kenyataan, peralatan dan lain-lain. Sekiranya berlaku
sebarang kecurian, kehilangan, kerosakan dan lain-lain, hendaklah
dilaporkan kepada guru kelas atau guru bertugas. Mereka yang terlibat
boleh dikenakan denda atau perlu memberi ganti rugi yang sepatutnya.
4. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
4.1 Buku teks yang dipinjamkan hendaklah dijaga dengan cermat dan
disampul dengan plastik supaya tidak rosak atau hilang. Setiap buku teks
yang hilang atau rosak perlulah diganti dengan buku yang baru atau
dibayar dengan harga buku tersebut.
4.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan buku teks di sekolah.
4.3 Murid-murid diwajibkan menulis nama di buku pinjaman (SPBT).
5. Alatan sukan
5.1 Mengambil dan menggunakan peralatan Pendidikan Jasmani / permainan
/ sukan dengan mendapat kebenaran guru yang terlibat terlebih dahulu.
5.2 Alatan sukan yang rosak atau hilang semasa digunakan adalah menjadi
tanggungjawab mereka yang berkenaan.
5.3 Menyimpan semula semua peralatan yang digunakan ke dalam stor
dengan keadaan baik.
5.4 Murid-murid yang uzur (kurang sihat) dan tidak boleh mengikuti
Pendidikan Jasmani juga dikehendaki berada di Lapangan Pendidikan
Jasmani (di padang).
6. Pusat Sumber Sekolah (PSS)
6.1 Pinjaman atau pemulangan buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan
mestilah mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
6.2 Murid-murid hendaklah sentiasa senyap ketika berada di dalam
perpustakaan.
MASA REHAT
1. Murid-murid dikehendaki membeli makanan di kantin sekolah dan dilarang
membeli makanan di kedai-kedai luar / penjaja.
2. Murid-murid dikehendaki membeli makanan di tempat yang disediakan dalam
keadaan beratur dan tidak berebut-rebut.
3. Mengamalkan doa sebelum dan selepas makan bagi murid-murid Islam.
4. Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat kecuali
dengan kebenaran guru.
5. Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan kantin dengan membuang
semua sampah sarap dan sisa makanan ke dalam tong sampah yang
disediakan.
6. Murid-murid dikehendaki berhenti makan / minum setelah loceng dibunyikan
dan perlu segera kembali ke kelas masing-masing.
7. Bekas-bekas makanan seperti piring, mangkuk dan gelas hendaklah
dikumpulkan di tempat yang telah disediakan.
8. Murid-murid hanya dibenarkan makan / minum di kantin dan duduk di tempat
yang disediakan. Dilarang makan di tepi longkang atau sebagainya.
9. Murid-murid hanya boleh makan di kantin sahaja sekiranya ada ibu bapa yang
menghantar makanan.
KEBERSIHAN
1. Kebersihan bilik darjah adalah menjadi tanggungjawab kelas masing-masing.
2. Buang sampah ke dalam tong sampah dan dilarang keras membuang sampah
di merata-rata tempat atau diselit pada celah-celah pokok dan sebagainya.
3. Tidak dibenarkan menconteng atau mengotori mana-mana bahagian pada
bangunan sekolah.
4. Gunakan tandas dengan sebaik-baiknya dan pam tandas setelah digunakan.
Jangan sesekali memasukkan kertas atau sebarang benda lain ke dalam lubang
tandas supaya lubang tandas tidak tersumbat.
5. Segera menutup paip selepas digunakan.
6. Tidak dibenarkan mencuci kaki dan memasukkan sampah atau lebihan
makanan ke dalam sinki.
7. Tidak dibenarkan meludah di merata-rata tempat.
8. Kelas perlulah dibersihkan pada waktu terakhir sesi pembelajaran setiap hari.
SUMBANGAN PIBG
1. Jumlah sumbangan yang telah dipersetujui bersama dalam Mesyuarat Agung
PIBG hendaklah dijelaskan dalam jangka masa yang ditetapkan.
2. Bayaran hendaklah dibuat melalui guru kelas masing-masing. Resit yang
dikeluarkan hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran.
KEHADIRAN
1. Murid-murid mesti hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan kecuali sakit.
Surat Akuan Doktor/ Ibu bapa/ Penjaga hendaklah dihantar kepada pihak
sekolah sebagai bukti ketidakhadiran ke sekolah.
2. Murid-murid dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya 5 minit
sebelum loceng pertama dibunyikan.
3. Murid-murid yang hadir lewat melebihi tiga kali, mengikut catatan rekod dalam
Buku Kehadiran Lewat oleh pengawas akan dihantar satu surat kepada penjaga
untuk memaklumkan perkara tersebut sebelum tindakan seterusnya diambil.
4. Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa alasan atau surat akuan dari doktor/ ibu
bapa/ penjaga dianggap ponteng. Jika tidak hadir lebih daripada tiga kali
berturut-turut, pihak sekolah akan mengeluarkan surat peringatan kepada
penjaga. Setelah tiga kali surat peringatan dihantar tetapi masih juga tidak hadir,
murid berkenaan boleh diambil tindakan tegas sehingga boleh digantung
sekolah atau dibuang sekolah.
5. Jika murid terpaksa pulang lebih awal daripada waktu persekolahan atas sebab-
sebab tertentu, hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Guru Besar
atau wakilnya dan direkodkan ke dalam buku yang disediakan di pejabat
sekolah.
SURAT RAWATAN
1. Murid-murid yang memerlukan rawatan doktor bolehlah mendapatkan surat
rawatan yang disediakan di sekolah.
2. Murid yang memerlukan rawatan kecemasan semasa sesi pembelajaran
berlangsung mesti mendapat kebenaran Guru Besar / GPK sebelum dirujuk
kepada pihak kesihatan dan memaklumkan kejadian tersebut kepada ibu bapa
murid seberapa segera.
LANGKAH KESELAMATAN
1. Murid-murid dilarang membawa buku komik / pisau / benda-benda berbahaya /
alat permainan / telefon bimbit / kamera ke sekolah.
2. Murid-murid dilarang berbasikal di kawasan sekolah. Basikal hendaklah
disorong semasa berada dalam kawasan sekolah. Letakkan basikal di tempat
yang telah disediakan dan dikunci.
3. Kawasan letak basikal adalah kawasan larangan. Murid-murid tidak boleh
berada atau bermain di kawasan tersebut.
4. Murid-murid yang menaiki kenderaan seperti bas sekolah / van / kereta /
motosikal hendaklah beratur dan mengikut peraturan.
5. Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah berhati-hati ketika di jalanraya.
6. Murid-murid mesti beratur semasa hendak pulang selepas loceng akhir. Murid-
murid tidak dibenarkan membuat bising seperti bersorak, menjerit, berlari,
bertolak-tolak, bergurau dan bermain ketika berjalan pulang.
7. Jika murid-murid ketinggalan bas / van atau ibu bapa / penjaga datang lambat,
mereka hendaklah menunggu di dalam kawasan sekolah atau memberitahu
kepada GPK atau guru bertugas atau ke pejabat sekolah.
8. Jika kehilangan sesuatu barang, segera beritahu guru dan jika terjumpa barang-
barang bukan milik sendiri hendaklah diserahkan kepada guru bertugas.
9. Semua murid tidak dibenarkan memakai sebarang jenis barang kemas atau
perhiasan yang berharga pada waktu persekolahan.
10. Murid juga dilarang membawa wang tunai yang berlebihan daripada keperluan
perbelanjaan harian mereka.
11. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan dompet, wang atau barang-barang
berharga di dalam kelas. Seeloknya disimpan dengan guru, jika perlu.
AKTIVITI KOKURIKULUM
1. Setiap murid Tahun 4, 5 dan 6 diwajibkan menyertai ketiga-tiga aktiviti tersebut:
 Pakaian Seragam
 Persatuan / Kelab
 Permainan
2. Setiap kali diadakan aktiviti, kehadiran adalah diwajibkan dengan berpakaian
lengkap dan kemas mengikut unit beruniform masing-masing serta membawa
bersama buku catatan / log aktiviti masing-masing.
3. Selipar dan baju T yang pelbagai tidak dibenarkan.
4. Sekiranya tidak hadir 3 kali berturut-turut tanpa sebab, tindakan disiplin akan
dikenakan.
5. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran guru sehingga
aktiviti selesai dijalankan.
LAWATAN PELAWAT
1. Murid-murid dikehendaki menghormati mana-mana pelawat yang hadir ke
sekolah ini dengan memberi ucapan bertatasusila.
2. Segera membuatlaporan kepada guru-guru jika disyaki atau melihat orang yang
mencurigakan masuk ke kawasan sekolah.
3. Jika pelawat atau ibu bapa / penjaga yang datang berhajat membawa keluar
murid kerana sesuatu sebab kecemasan / darurat, maka kebenaran Guru Besar
/ GPK hendaklah diperolehi terlebih dahulu.
KEBAKARAN / KECEMASAN
1. Murid-murid dikehendaki mematuhi segala arahan dan peraturan – peraturan
semasa berlaku kecemasan atau semasa latihan kebakaran yang dijalankan.
2. Murid-murid harus menyelamatkan diri sendiri terlebih dahulu.
3. Sekiranya murid terlibat dengan sebarang kemalangan yang serius dan perlu
dirujuk dengan segera ke klinik kesihatan, guru akan menghantar murid tersebut
ke klinik selepas mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau GPK dan ibu
bapa akan dimaklumkan untuk hadir ke klinik tersebut seberapa segera untuk
tindakan lanjut pihak kesihatan.
4. Sekiranya murid terlibat dengan kes yang tidak serius pula, ibu bapa akan
dihubungi untuk datang mengambil murid sama ada dibawa pulang atau dibawa
/dirujuk ke klinik kesihatan.
KETUA DARJAH / PENGAWAS
1. Memakai tali leher dan lencana jawatan pada setiap masa, berkeadaan kemas
dan rapi sepanjang masa.
2. Bertanggungjawab terhadap segala tugas yang diserahkan dan memahami
peranan masing-masing di sekolah.
3. Sentiasa memberi kerjasama kepada guru-guru dan membantu rakan-rakan
yang memerlukan bantuan.
4. Sentiasa peka dengan persekitaran dan bertanggungjawab agar dihormati dan
dipatuhi oleh murid-murid lain.
SURAT MENYURAT
1. Surat yang dikirim kepada murid sekolah ini menggunakan alamat sekolah akan
ditapis oleh Guru Besar atau wakilnya.
2. Sekiranya terdapat surat yang isi kandungannya menyeleweng dan tidak sesuai
dengan taraf sebagai murid, tindakan akan diambil.
KEGIATAN LUAR
1. Murid-murid dilarang menyertai atau melibatkan diri dalam kegiatan luar yang
tiada kaitan dengan aktiviti sekolah kecuali telah mendapat kebenaran bertulis
daripada guru / ibu bapa / penjaga.
AMALAN MULIA
1. Murid-murid hendaklah sentiasa patuh pada arahan / pesanan / nasihat /
amanah yang diberikan oleh guru.
2. Murid-murid hendaklah sentiasa menunjukkan perilaku yang baik di sekolah
atau di luar sekolah.
3. Bersopan santun semasa bercakap / berbicara dengan guru, kakitangan
sekolah dan rakan-rakan seperti memulakan perbualan dengan ucapan salam
hormat.
4. Sentiasa menghormati lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah, lagu Sekolah dan
bendera-bendera Negara dan Negeri.
5. Sentiasa menjaga nama baik sekolah.
6. Sentiasa memberi ucapan salam kepada guru-guru atau orang-orang yang lebih
tua.
7. Sentiasa menyiapkan kerja-kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru.
JENIS-JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN
Bil Jenis Kesalahan Jenis Hukuman
1 * Kesalahan Berat
Rotan di punggung dengan dilapik pakaian
dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3
kali sebatan).
2 ** Kesalahan Sederhana Rotan di tapak tangan dengan menggunakan
rotan ringan (maksima 3 kali sebatan).
3 *** Kesalahan Ringan Diberi amaran dan sesi kaunseling.
1. * Kesalahan Berat
 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
 Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam
kegiatan dadah.
 Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
 Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau
sebarang benda yang memabukkan/mengkhayalkan.
 Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan.
 Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan
guru/pengawas/murid.
 Biadab terhadap guru/pengawas/murid.
 Memeras ugut guru/pengawas/murid.
 Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya.
 Melakukan buli ((pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
 Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan
larangan.
 Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
 Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana,
majalah atau rakaman dan multimedia terlarang.
 Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
 Mencabul kehormatan guru/murid.
 Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
 Melacur/menjadi bohsia/bohjan/pondan.
 Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
 Mengintai murid lelaki/perempuan.
 Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
 Merosakkan harta benda sekolah/guru.
 Membawa atau menggunakan bahan letupan.
 Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan
lucah.
 Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.
 Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau
mengganggu pengajaran dan pembelajaran/peperiksaan atau ujian.
 Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang
bertentangan dengan masyarakat Malaysia.
 Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa
kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
 Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau
berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari selama 1 tahun sesi
persekolahan.
 Mengganggu/menjejaskan kuasa Guru Besar/Pengetua atau guru yang
menjalankan tugas.
 Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
 Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
 Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
 Melakukan hubungan yang dicurigai.
 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
2. ** Kesalahan Sederhana
 Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
 Menyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik
sekolah tanpa kebenaran.
 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
 Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan.
 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
 Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/jata sekolah, negeri dan
kebangsaan.
 Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skin head atau berwarna.
 Menconteng pada harta benda sekolah.
 Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai
subang berlebihan pada satu cuping telinga.
 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
3. *** Kesalahan Ringan
 Menyimpan misai, janggut atau jambang.
 Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
 Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
 Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan
sekolah tanpa kebenaran.
 Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
 Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa
kebenaran.
 Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa
kebenaran.
 Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
 Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas.
 Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.
 Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
 Makan dan minum di bilik darjah.
 Melakukan pembaziran air/elektrik.
 Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
 Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku,
tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).
 Datang lewat ke sekolah.
 Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.
 Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.
 Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
 Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
 Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
 Mengganggu kawasan.
 Mengganggu guru.
 Lewat masuk kelas.
 Mengotorkan kelas.
 Tidak duduk setempat.
 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
KHIDMAT NASIHAT
1. Mana-mana murid yang mempunyai masalah boleh pada bila-bila masa
berjumpa dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapatkan bantuan
khidmat nasihat. Murid-murid tidak harus segan, malu atau takut untuk
menyuarakan masalah yang dihadapi walaupun agak peribadi.
MAKLUMAT UMUM
1. Segala peraturan di atas adalah tertakluk kepada masa/keadaan yang
diputuskan oleh Lembaga Tatatertib Sekolah atau atas nasihat Guru Besar.
2. Murid-murid sebagai manusia yang Allah S.W.T kurniakan akal fikiran
hendaklah memahami bahawa hidup ini penuh dengan peraturan walau di mana
kita berada. Oleh itu, setiap orang yang berakal mesti mengikuti dan
mematuhinya pada setiap masa demi keharmonian dan kesejahteraan hidup di
dunia mahupun akhirat.
3. Apabila manusia yang berakal tidak mematuhi peraturan maka jadilah manusia
itu tidak ubah seperti haiwan yang sememangnya ditakdirkan oleh Allah hidup
tanpa berperaturan.
4. Justeru itu, semua murid mestilah mematuhi dan menghormati peraturan
sekolah yang telah ditetapkan pada bila-bila masa, selagi mereka menjadi murid
Sekolah Kebangsaan Jambu Bongkok.
5. Sesungguhnya, kesempurnaan hidup tidak akan dapat dinikmati walaupun
memiliki ilmu yang tinggi melangit andainya iman, amal, akhlak dan disiplin
diabaikan.
BORANG PENGAKUAN
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat,
07100, Langkawi, Kedah.
Tarikh:............................
Melalui,
Guru Kelas
BUKU PERATURAN TATATERTIB / DISIPLIN MURID
1. Saya telah memiliki buku tersebut di atas untuk dijadikan bahan rujukan
dan panduan saya sendiri.
2. Saya faham segala isi kandungan dan berjanji akan mematuhi sepenuhnya
segala yang disuruh dan menjauhi segala yang dilarang.
3. Saya sedar bahawa saya akan dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh
pihak sekolah sekiranya saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela
menerima hukuman yang setimpal di atas setiap perbuatan saya.
Tandatangan :............................................................................................
Nama (Huruf Besar):............................................................................................
Kelas :............................................................................................
Saya, sebagai ibu/bapa/penjaga sedia maklum akan perkara yang tersebut di
atas.
Tandatangan :............................................................................................
Nama (Huruf Besar):............................................................................................
Alamat :............................................................................................
Pekerjaan :............................................................................................
No. Telefon :............................................................................................
CATATAN PENTING
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.........................................................................................................................
Pakaian Seragam Rasmi Murid / Pemakaian Lencana Sekolah
Potongan Rambut Yang Betul
Potongan Rambut Yang Dilarang

More Related Content

Similar to BUKU PERATURAN SEKOLAH.docx

Tata tertib sekolah
Tata tertib sekolahTata tertib sekolah
Tata tertib sekolahtholibibin
 
TATA TERTIB SDN NGARE V.pptx
TATA TERTIB SDN NGARE V.pptxTATA TERTIB SDN NGARE V.pptx
TATA TERTIB SDN NGARE V.pptxssuserd3301d
 
Senin tata tertib (i gusti bagus oka)
Senin tata tertib (i gusti bagus oka) Senin tata tertib (i gusti bagus oka)
Senin tata tertib (i gusti bagus oka) TIKSPENMA
 
TATA TERTIB SISWA SDIT AL.docx
TATA TERTIB SISWA SDIT AL.docxTATA TERTIB SISWA SDIT AL.docx
TATA TERTIB SISWA SDIT AL.docxIvanSuseno
 
Tugas mos henny & shinta
Tugas mos henny & shintaTugas mos henny & shinta
Tugas mos henny & shintaSmkbaha Anisa
 
Tata tertib smkn 1 bone baru
Tata tertib smkn 1 bone baruTata tertib smkn 1 bone baru
Tata tertib smkn 1 bone baruAndi Hermanto
 
Power point tatib 16
Power point tatib 16Power point tatib 16
Power point tatib 16YudiHariadi1
 
27. DOKUMEN REKOMENDASI DARI HASIL EVALUASI.docx
27. DOKUMEN REKOMENDASI DARI HASIL EVALUASI.docx27. DOKUMEN REKOMENDASI DARI HASIL EVALUASI.docx
27. DOKUMEN REKOMENDASI DARI HASIL EVALUASI.docxsetyabudykurniawan
 
taklimattahun12022sks.pdf
taklimattahun12022sks.pdftaklimattahun12022sks.pdf
taklimattahun12022sks.pdfguna63
 
Minggu orientasi sekolah
Minggu orientasi sekolahMinggu orientasi sekolah
Minggu orientasi sekolahNur Hayati
 
Tata tertib guru dan murid kb tk th 2013
Tata tertib guru  dan murid kb tk th 2013Tata tertib guru  dan murid kb tk th 2013
Tata tertib guru dan murid kb tk th 2013kbtkcorjesu
 
Tata tertib peserta didik sma jawa timur 2021
Tata tertib peserta didik sma jawa timur 2021Tata tertib peserta didik sma jawa timur 2021
Tata tertib peserta didik sma jawa timur 2021RahardikaPratama
 
membiasakan menaati peraturanaturan
membiasakan menaati peraturanaturanmembiasakan menaati peraturanaturan
membiasakan menaati peraturanaturanisty-alkhawarizmi
 
Pkn bab 2 kelas 3
Pkn bab 2 kelas 3Pkn bab 2 kelas 3
Pkn bab 2 kelas 3inayyah
 

Similar to BUKU PERATURAN SEKOLAH.docx (20)

Tata tertib sekolah
Tata tertib sekolahTata tertib sekolah
Tata tertib sekolah
 
TATA TERTIB SDN NGARE V.pptx
TATA TERTIB SDN NGARE V.pptxTATA TERTIB SDN NGARE V.pptx
TATA TERTIB SDN NGARE V.pptx
 
DU-1 CONTOH TATA TERTIB.docx
DU-1 CONTOH TATA TERTIB.docxDU-1 CONTOH TATA TERTIB.docx
DU-1 CONTOH TATA TERTIB.docx
 
Senin tata tertib (i gusti bagus oka)
Senin tata tertib (i gusti bagus oka) Senin tata tertib (i gusti bagus oka)
Senin tata tertib (i gusti bagus oka)
 
TATA TERTIB SISWA SDIT AL.docx
TATA TERTIB SISWA SDIT AL.docxTATA TERTIB SISWA SDIT AL.docx
TATA TERTIB SISWA SDIT AL.docx
 
peraturan sekolah.pdf
peraturan sekolah.pdfperaturan sekolah.pdf
peraturan sekolah.pdf
 
Tugas mos henny & shinta
Tugas mos henny & shintaTugas mos henny & shinta
Tugas mos henny & shinta
 
Disiplin sekolah sksaa
Disiplin sekolah sksaaDisiplin sekolah sksaa
Disiplin sekolah sksaa
 
Tata tertib smkn 1 bone baru
Tata tertib smkn 1 bone baruTata tertib smkn 1 bone baru
Tata tertib smkn 1 bone baru
 
Power point tatib 16
Power point tatib 16Power point tatib 16
Power point tatib 16
 
27. DOKUMEN REKOMENDASI DARI HASIL EVALUASI.docx
27. DOKUMEN REKOMENDASI DARI HASIL EVALUASI.docx27. DOKUMEN REKOMENDASI DARI HASIL EVALUASI.docx
27. DOKUMEN REKOMENDASI DARI HASIL EVALUASI.docx
 
Peraturan sekolah guru guru
Peraturan sekolah guru guruPeraturan sekolah guru guru
Peraturan sekolah guru guru
 
Taklimat tahun 1 2022 SK Senawang
Taklimat tahun 1 2022 SK SenawangTaklimat tahun 1 2022 SK Senawang
Taklimat tahun 1 2022 SK Senawang
 
taklimattahun12022sks.pdf
taklimattahun12022sks.pdftaklimattahun12022sks.pdf
taklimattahun12022sks.pdf
 
Minggu orientasi sekolah
Minggu orientasi sekolahMinggu orientasi sekolah
Minggu orientasi sekolah
 
Tata tertib guru dan murid kb tk th 2013
Tata tertib guru  dan murid kb tk th 2013Tata tertib guru  dan murid kb tk th 2013
Tata tertib guru dan murid kb tk th 2013
 
Tata tertib peserta didik sma jawa timur 2021
Tata tertib peserta didik sma jawa timur 2021Tata tertib peserta didik sma jawa timur 2021
Tata tertib peserta didik sma jawa timur 2021
 
membiasakan menaati peraturanaturan
membiasakan menaati peraturanaturanmembiasakan menaati peraturanaturan
membiasakan menaati peraturanaturan
 
Pkn bab 2 kelas 3
Pkn bab 2 kelas 3Pkn bab 2 kelas 3
Pkn bab 2 kelas 3
 
Pkn kls 2
Pkn kls 2Pkn kls 2
Pkn kls 2
 

Recently uploaded

Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 

Recently uploaded (20)

Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 

BUKU PERATURAN SEKOLAH.docx

  • 1. BUKU PERATURAN SEKOLAH VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. TAGLINE SKPM ‘Reach For The Stars’ KANDUNGAN BUKU PERATURAN SEKOLAH 1. Pendahuluan 2. Definisi 3. Matlamat 4. Hari Persekolahan 5. Pakaian Seragam Sekolah 6. Rambut / Kuku 7. Tatatertib 8. Masa Rehat 9. Kebersihan 10. Sumbangan PIBG 11. Kehadiran 12. Surat Rawatan 13. Langkah Keselamatan 14. Aktiviti Kokurikulum 15. Lawatan Pelawat 16. Kebakaran / Kecemasan 17. Ketua Darjah / Pengawas 18. Surat Menyurat 19. Kegiatan Luar 20. Amalan Mulia 21. Jenis-Jenis Kesalahan 22. Hukuman 23. Khidmat Nasihat 24. Maklumat Umum 25. Borang Pengakuan
  • 2. PENDAHULUAN Sekolah adalah sebuah institusi masyarakat. Di sinilah disemai, dipupuk dan disuburkan ciri-ciri baik bagi pembentukan sikap peribadi serta pertumbuhan fizikal yang sempurna. Beberapa peraturan dan undang-undang perlu bagi kesejahteraan individu masyarakat sekolah ini. Hayati dan patuhilah undang-undang dan peraturan-peraturan berikut bagi kepentingan diri, kebaikan masyarakat sekolah dan keharmonian hidup bangsa dan negara. DEFINISI Menurut Kamus Dewan Edisi 1989, disiplin ditakrifkan sebagai latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri, tatatertib seseorang supaya boleh berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, hukuman atau denda kerana telah melanggar sesuatu peraturan yang telah ditetapkan. MATLAMAT 1. Berusaha meningkatkan mutu pencapaian akademik dan sahsiah semua murid. 2. Penglibatan murid dalam semua bidang Kokurikulum supaya menjadi warganegara yang aktif, kreatif, berdisiplin dan bertanggungjawab. 3. Merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara mengikut acuan Kementerian Pendidikan. 4. Memastikan penguasaan murid dalam 4M iaitu Membaca, Mengira, Menulis dan Menaakul. 5. Memberi tunjuk ajar dan bimbingan agar murid dapat membentuk sikap berdikari dan mempunyai jati diri. 6. Menyediakan kemudahan fizikal dan mewujudkan suasana pembelajaran sebagai motivasi kepada murid-murid. 7. Meningkatkan tahap disiplin, kebersihan dan keselamatan di sekolah. 8. Melahirkan murid yang berpotensi, berwibawa, berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia. 9. Melahirkan insan yang penyayang, bertoleransi, bekerjasama serta berbakat ke arah masyarakat penyayang. HARI PERSEKOLAHAN 1. Hari persekolahan mengikutketetapan Kementerian Pendidikan ialah Hari Ahad hingga Khamis. 2. Hari Sabtu boleh diisi dengan kelas tambahan, aktiviti Kokurikulum dan lain-lain aktiviti yang difikirkan perlu. 3. Waktu persekolahan: 3.1 Semua murid mesti berada di sekolah selewat-lewatnya 5 minit sebelum loceng pertama iaitu pukul 7.30 pagi. 3.2 Bagi murid yang menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT), mereka mesti berada di sekolah seawal 7.00 pagi dan mesti selesai makan makanan RMT sebelum loceng pertama dibunyikan. 3.3 Murid tidak boleh datang lewat daripada masa loceng pertama dibunyikan. 3.4 Waktu tamat persekolahan adalah seperti berikut:  Tahap 1 – Ahad, Isnin dan Khamis (1.15 petang) Selasa dan Rabu (12.45 tenghari)  Tahap 2 – Ahad, Isnin dan Khamis (1.45 petang) Selasa (1.15 petang), Rabu (2.15 petang) 4. Waktu perhimpunan: 4.1 Hari perhimpunan sekolah adalah acara rasmi sekolah. Semua guru dan murid diwajibkan hadir. 4.2 Hari perhimpunan rasmi adalah pada setiap hari Ahad dan perhimpunan tidak rasmi pula adalah bermula dari hari Isnin hingga Khamis. 4.3 Apabila loceng pertaman dibunyikan, murid-murid hendaklah segera ke tempat perhimpunan dalam barisan, tenang dan terkawal. 4.4 Murid beratur mengikut kelas masing-masing. Murid yang rendah di hadapan dan yang tinggi di belakang. 4.5 Semua murid diwajibkan menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah dan lagu Sekolah dan dengan bersemangat sambil memandang bendera sebagai tanda hormat.
  • 3. 4.6 Murid-murid tidak dibenarkan bercakap semasa acara perhimpunan berlangsung. 4.7 Bagi murid Islam dikehendaki menadah tangan apabila doa dibacakan. 4.8 Setelah tamat perhimpunan, murid akan bergerak dalam barisan ke kelas masing-masing. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 1. Murid Lelaki 1.1 Seluar panjang berwarna biru gelap. Sekiranya bertali pinggang, kepala tali pinggang adalah tidak besar dan tidak berhias. 1.2 Baju putih lengan pendek yang dipakai sempurna dan mengikutperaturan sekolah. Baju singlet / dalam putih sahaja yang dibenarkan. 1.3 Kasut putih atau kasut hitam tidak berjalur / berbelang warna, tidak mempunyai hiasan / tulisan dan stoking putih atau hitam tanpa hiasan. 1.4 Murid-murid diwajibkan memakai tali leher di sekolah. 2. Murid Perempuan 2.1 Baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna biru gelap (murid Islam) atau baju putih dan skirt biru gelap (murid bukan Islam). 2.2 Diwajibkan memakai anak tudung bersama telekung mini berwarna putih segi tiga yang sesuai dengan murid (murid Islam). 2.3 Kasut putih atau kasut hitam tidak berjalur / berbelang warna, tidak mempunyai hiasan / tulisan dan stoking putih atau hitam tanpa hiasan. 3. Lencana dan Tanda Nama 3.1 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang masa. 3.2 Lencana hendaklah dipakai dan dijahit pada bahagian atas poket dan tanda nama pula berada di bawah lencana tersebut pada bahagian dada sebelah kiri baju. 3.3 Lencana yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera. 4. Pakaian Pendidikan Jasmani 4.1 Baju T sukan dan seluar trek yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Seluar trek yang berwarna hitam atau biru gelap (blue black). 4.2 Semua murid diwajibkan memakai pakaian sukan ini lengkap berkasut ketika mata pelajaran Pendidikan Jasmani diajar. 5. Pakaian Kokurikulum 5.1 Murid-murid yang terlibat (Tahun 4 – 6) hendaklah memakai pakaian unit beruniform sebagaimana yang telah ditetapkan oleh guru penasihat masing-masing. 5.2 Murid-murid hendaklah memakai pakaian tersebut pada hari Badan Beruniform iaitu hari Rabu pada setiap minggu. RAMBUT / KUKU 1. Murid tidak dibenarkan berambuttebal / panjang sehingga mencecah kolar baju atau cuping telinga dan tidak dibenarkan sama sekali memotong rambut mengikut sebarang fesyen terkini yang dilarang oleh pihak sekolah. 2. Murid-murid dilarang mewarnakan rambut dan warna rambut harus kekal dengan warna asal. Rambut hendaklah bersih dan disikat kemas. 3. Murid juga dilarang menyimpan kuku panjang. TATATERTIB 1. Di kelas 1.1 Semua murid yang berada di dalam kelas hendaklah sentiasa dalam keadaan senyap dan bersopan santun. 1.2 Murid-murid dilarang meninggalkan kelas tanpa kebenaran guru atau ketua kelas. 1.3 Sentiasa menjalankan tugasan yang dipertanggungjawabkan seperti menjaga kebersihan dan kekemasan bilik darjah. 1.4 Dilarang makan atau minum, bermain dan berlari, bergurau dan lain-lain di dalam kelas. 1.5 Sentiasa menjaga dan tidak merosakkan peralatan dan alat bantuan mengajar yang terdapat di dalam kelas. 1.6 Tutup suis lampu dan kipas sebelum meninggalkan kelas dan hanya menggunakannya bila perlu.
  • 4. 1.7 Murid-murid hendaklah sentiasa bersedia untuk belajar sebagaimana jadual belajar yang telah ditetapkan walaupun semasa ketiadaan guru. 1.8 Murid-murid dibenarkan ke tandas tidak lebih 2 orang pada setiap masa dengan kebenaran guru dan memakai pas kebenaran keluar kelas. 2. Dalam kawasan sekolah 2.1 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 2.2 Tidak dibenarkan berlari, membuat bising atau meronda di kawasan bangunan sekolah. 2.3 Sentiasa membuat barisan dan berjalan dalam keadaan senyap ketika masuk dan keluar kelas terutamanya pada masa ke tempat perhimpunan, kantin, padang, makmal komputer, PSS, Bilik Sains, Bilik Kemahiran Hidup dan waktu pulang. 2.4 Dilarang menghampiri atau masuk ke bilik Guru Besar, pejabat, bilik guru, bilik cetak, bilik alatan, tandas guru, stor sukan dan lain-lain tanpa keizinan guru. 3. Harta benda sekolah 3.1 Setiap murid bertanggungjawab menjaga harta benda sekolah seperti kerusi, meja, papan kenyataan, peralatan dan lain-lain. Sekiranya berlaku sebarang kecurian, kehilangan, kerosakan dan lain-lain, hendaklah dilaporkan kepada guru kelas atau guru bertugas. Mereka yang terlibat boleh dikenakan denda atau perlu memberi ganti rugi yang sepatutnya. 4. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 4.1 Buku teks yang dipinjamkan hendaklah dijaga dengan cermat dan disampul dengan plastik supaya tidak rosak atau hilang. Setiap buku teks yang hilang atau rosak perlulah diganti dengan buku yang baru atau dibayar dengan harga buku tersebut. 4.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan buku teks di sekolah. 4.3 Murid-murid diwajibkan menulis nama di buku pinjaman (SPBT). 5. Alatan sukan 5.1 Mengambil dan menggunakan peralatan Pendidikan Jasmani / permainan / sukan dengan mendapat kebenaran guru yang terlibat terlebih dahulu. 5.2 Alatan sukan yang rosak atau hilang semasa digunakan adalah menjadi tanggungjawab mereka yang berkenaan. 5.3 Menyimpan semula semua peralatan yang digunakan ke dalam stor dengan keadaan baik. 5.4 Murid-murid yang uzur (kurang sihat) dan tidak boleh mengikuti Pendidikan Jasmani juga dikehendaki berada di Lapangan Pendidikan Jasmani (di padang). 6. Pusat Sumber Sekolah (PSS) 6.1 Pinjaman atau pemulangan buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan mestilah mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. 6.2 Murid-murid hendaklah sentiasa senyap ketika berada di dalam perpustakaan. MASA REHAT 1. Murid-murid dikehendaki membeli makanan di kantin sekolah dan dilarang membeli makanan di kedai-kedai luar / penjaja. 2. Murid-murid dikehendaki membeli makanan di tempat yang disediakan dalam keadaan beratur dan tidak berebut-rebut. 3. Mengamalkan doa sebelum dan selepas makan bagi murid-murid Islam. 4. Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat kecuali dengan kebenaran guru. 5. Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan kantin dengan membuang semua sampah sarap dan sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. 6. Murid-murid dikehendaki berhenti makan / minum setelah loceng dibunyikan dan perlu segera kembali ke kelas masing-masing. 7. Bekas-bekas makanan seperti piring, mangkuk dan gelas hendaklah dikumpulkan di tempat yang telah disediakan. 8. Murid-murid hanya dibenarkan makan / minum di kantin dan duduk di tempat yang disediakan. Dilarang makan di tepi longkang atau sebagainya.
  • 5. 9. Murid-murid hanya boleh makan di kantin sahaja sekiranya ada ibu bapa yang menghantar makanan. KEBERSIHAN 1. Kebersihan bilik darjah adalah menjadi tanggungjawab kelas masing-masing. 2. Buang sampah ke dalam tong sampah dan dilarang keras membuang sampah di merata-rata tempat atau diselit pada celah-celah pokok dan sebagainya. 3. Tidak dibenarkan menconteng atau mengotori mana-mana bahagian pada bangunan sekolah. 4. Gunakan tandas dengan sebaik-baiknya dan pam tandas setelah digunakan. Jangan sesekali memasukkan kertas atau sebarang benda lain ke dalam lubang tandas supaya lubang tandas tidak tersumbat. 5. Segera menutup paip selepas digunakan. 6. Tidak dibenarkan mencuci kaki dan memasukkan sampah atau lebihan makanan ke dalam sinki. 7. Tidak dibenarkan meludah di merata-rata tempat. 8. Kelas perlulah dibersihkan pada waktu terakhir sesi pembelajaran setiap hari. SUMBANGAN PIBG 1. Jumlah sumbangan yang telah dipersetujui bersama dalam Mesyuarat Agung PIBG hendaklah dijelaskan dalam jangka masa yang ditetapkan. 2. Bayaran hendaklah dibuat melalui guru kelas masing-masing. Resit yang dikeluarkan hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran. KEHADIRAN 1. Murid-murid mesti hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan kecuali sakit. Surat Akuan Doktor/ Ibu bapa/ Penjaga hendaklah dihantar kepada pihak sekolah sebagai bukti ketidakhadiran ke sekolah. 2. Murid-murid dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum loceng pertama dibunyikan. 3. Murid-murid yang hadir lewat melebihi tiga kali, mengikut catatan rekod dalam Buku Kehadiran Lewat oleh pengawas akan dihantar satu surat kepada penjaga untuk memaklumkan perkara tersebut sebelum tindakan seterusnya diambil. 4. Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa alasan atau surat akuan dari doktor/ ibu bapa/ penjaga dianggap ponteng. Jika tidak hadir lebih daripada tiga kali berturut-turut, pihak sekolah akan mengeluarkan surat peringatan kepada penjaga. Setelah tiga kali surat peringatan dihantar tetapi masih juga tidak hadir, murid berkenaan boleh diambil tindakan tegas sehingga boleh digantung sekolah atau dibuang sekolah. 5. Jika murid terpaksa pulang lebih awal daripada waktu persekolahan atas sebab- sebab tertentu, hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Guru Besar atau wakilnya dan direkodkan ke dalam buku yang disediakan di pejabat sekolah. SURAT RAWATAN 1. Murid-murid yang memerlukan rawatan doktor bolehlah mendapatkan surat rawatan yang disediakan di sekolah. 2. Murid yang memerlukan rawatan kecemasan semasa sesi pembelajaran berlangsung mesti mendapat kebenaran Guru Besar / GPK sebelum dirujuk kepada pihak kesihatan dan memaklumkan kejadian tersebut kepada ibu bapa murid seberapa segera. LANGKAH KESELAMATAN 1. Murid-murid dilarang membawa buku komik / pisau / benda-benda berbahaya / alat permainan / telefon bimbit / kamera ke sekolah. 2. Murid-murid dilarang berbasikal di kawasan sekolah. Basikal hendaklah disorong semasa berada dalam kawasan sekolah. Letakkan basikal di tempat yang telah disediakan dan dikunci. 3. Kawasan letak basikal adalah kawasan larangan. Murid-murid tidak boleh berada atau bermain di kawasan tersebut. 4. Murid-murid yang menaiki kenderaan seperti bas sekolah / van / kereta / motosikal hendaklah beratur dan mengikut peraturan. 5. Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah berhati-hati ketika di jalanraya. 6. Murid-murid mesti beratur semasa hendak pulang selepas loceng akhir. Murid- murid tidak dibenarkan membuat bising seperti bersorak, menjerit, berlari, bertolak-tolak, bergurau dan bermain ketika berjalan pulang.
  • 6. 7. Jika murid-murid ketinggalan bas / van atau ibu bapa / penjaga datang lambat, mereka hendaklah menunggu di dalam kawasan sekolah atau memberitahu kepada GPK atau guru bertugas atau ke pejabat sekolah. 8. Jika kehilangan sesuatu barang, segera beritahu guru dan jika terjumpa barang- barang bukan milik sendiri hendaklah diserahkan kepada guru bertugas. 9. Semua murid tidak dibenarkan memakai sebarang jenis barang kemas atau perhiasan yang berharga pada waktu persekolahan. 10. Murid juga dilarang membawa wang tunai yang berlebihan daripada keperluan perbelanjaan harian mereka. 11. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan dompet, wang atau barang-barang berharga di dalam kelas. Seeloknya disimpan dengan guru, jika perlu. AKTIVITI KOKURIKULUM 1. Setiap murid Tahun 4, 5 dan 6 diwajibkan menyertai ketiga-tiga aktiviti tersebut:  Pakaian Seragam  Persatuan / Kelab  Permainan 2. Setiap kali diadakan aktiviti, kehadiran adalah diwajibkan dengan berpakaian lengkap dan kemas mengikut unit beruniform masing-masing serta membawa bersama buku catatan / log aktiviti masing-masing. 3. Selipar dan baju T yang pelbagai tidak dibenarkan. 4. Sekiranya tidak hadir 3 kali berturut-turut tanpa sebab, tindakan disiplin akan dikenakan. 5. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran guru sehingga aktiviti selesai dijalankan. LAWATAN PELAWAT 1. Murid-murid dikehendaki menghormati mana-mana pelawat yang hadir ke sekolah ini dengan memberi ucapan bertatasusila. 2. Segera membuatlaporan kepada guru-guru jika disyaki atau melihat orang yang mencurigakan masuk ke kawasan sekolah. 3. Jika pelawat atau ibu bapa / penjaga yang datang berhajat membawa keluar murid kerana sesuatu sebab kecemasan / darurat, maka kebenaran Guru Besar / GPK hendaklah diperolehi terlebih dahulu. KEBAKARAN / KECEMASAN 1. Murid-murid dikehendaki mematuhi segala arahan dan peraturan – peraturan semasa berlaku kecemasan atau semasa latihan kebakaran yang dijalankan. 2. Murid-murid harus menyelamatkan diri sendiri terlebih dahulu. 3. Sekiranya murid terlibat dengan sebarang kemalangan yang serius dan perlu dirujuk dengan segera ke klinik kesihatan, guru akan menghantar murid tersebut ke klinik selepas mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau GPK dan ibu bapa akan dimaklumkan untuk hadir ke klinik tersebut seberapa segera untuk tindakan lanjut pihak kesihatan. 4. Sekiranya murid terlibat dengan kes yang tidak serius pula, ibu bapa akan dihubungi untuk datang mengambil murid sama ada dibawa pulang atau dibawa /dirujuk ke klinik kesihatan. KETUA DARJAH / PENGAWAS 1. Memakai tali leher dan lencana jawatan pada setiap masa, berkeadaan kemas dan rapi sepanjang masa. 2. Bertanggungjawab terhadap segala tugas yang diserahkan dan memahami peranan masing-masing di sekolah. 3. Sentiasa memberi kerjasama kepada guru-guru dan membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan. 4. Sentiasa peka dengan persekitaran dan bertanggungjawab agar dihormati dan dipatuhi oleh murid-murid lain. SURAT MENYURAT 1. Surat yang dikirim kepada murid sekolah ini menggunakan alamat sekolah akan ditapis oleh Guru Besar atau wakilnya. 2. Sekiranya terdapat surat yang isi kandungannya menyeleweng dan tidak sesuai dengan taraf sebagai murid, tindakan akan diambil.
  • 7. KEGIATAN LUAR 1. Murid-murid dilarang menyertai atau melibatkan diri dalam kegiatan luar yang tiada kaitan dengan aktiviti sekolah kecuali telah mendapat kebenaran bertulis daripada guru / ibu bapa / penjaga. AMALAN MULIA 1. Murid-murid hendaklah sentiasa patuh pada arahan / pesanan / nasihat / amanah yang diberikan oleh guru. 2. Murid-murid hendaklah sentiasa menunjukkan perilaku yang baik di sekolah atau di luar sekolah. 3. Bersopan santun semasa bercakap / berbicara dengan guru, kakitangan sekolah dan rakan-rakan seperti memulakan perbualan dengan ucapan salam hormat. 4. Sentiasa menghormati lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah, lagu Sekolah dan bendera-bendera Negara dan Negeri. 5. Sentiasa menjaga nama baik sekolah. 6. Sentiasa memberi ucapan salam kepada guru-guru atau orang-orang yang lebih tua. 7. Sentiasa menyiapkan kerja-kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru. JENIS-JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN Bil Jenis Kesalahan Jenis Hukuman 1 * Kesalahan Berat Rotan di punggung dengan dilapik pakaian dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan). 2 ** Kesalahan Sederhana Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan). 3 *** Kesalahan Ringan Diberi amaran dan sesi kaunseling. 1. * Kesalahan Berat  Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.  Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.  Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.  Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan/mengkhayalkan.  Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan.  Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/pengawas/murid.  Biadab terhadap guru/pengawas/murid.  Memeras ugut guru/pengawas/murid.  Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya.  Melakukan buli ((pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.  Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.  Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.  Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau rakaman dan multimedia terlarang.  Membabitkan diri dalam kumpulan haram.  Mencabul kehormatan guru/murid.  Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.  Melacur/menjadi bohsia/bohjan/pondan.  Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.  Mengintai murid lelaki/perempuan.  Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.  Merosakkan harta benda sekolah/guru.  Membawa atau menggunakan bahan letupan.  Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.  Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.  Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran dan pembelajaran/peperiksaan atau ujian.  Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia.  Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • 8.  Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari selama 1 tahun sesi persekolahan.  Mengganggu/menjejaskan kuasa Guru Besar/Pengetua atau guru yang menjalankan tugas.  Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.  Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.  Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.  Melakukan hubungan yang dicurigai.  Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini. 2. ** Kesalahan Sederhana  Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.  Menyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.  Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.  Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan.  Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.  Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/jata sekolah, negeri dan kebangsaan.  Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skin head atau berwarna.  Menconteng pada harta benda sekolah.  Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan pada satu cuping telinga.  Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini. 3. *** Kesalahan Ringan  Menyimpan misai, janggut atau jambang.  Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.  Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.  Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran.  Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.  Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.  Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.  Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.  Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas.  Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.  Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.  Makan dan minum di bilik darjah.  Melakukan pembaziran air/elektrik.  Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.  Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).  Datang lewat ke sekolah.  Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.  Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.  Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.  Berjalan-jalan tanpa kebenaran.  Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.  Mengganggu kawasan.  Mengganggu guru.  Lewat masuk kelas.  Mengotorkan kelas.  Tidak duduk setempat.  Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini. KHIDMAT NASIHAT 1. Mana-mana murid yang mempunyai masalah boleh pada bila-bila masa berjumpa dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapatkan bantuan khidmat nasihat. Murid-murid tidak harus segan, malu atau takut untuk menyuarakan masalah yang dihadapi walaupun agak peribadi. MAKLUMAT UMUM 1. Segala peraturan di atas adalah tertakluk kepada masa/keadaan yang diputuskan oleh Lembaga Tatatertib Sekolah atau atas nasihat Guru Besar. 2. Murid-murid sebagai manusia yang Allah S.W.T kurniakan akal fikiran hendaklah memahami bahawa hidup ini penuh dengan peraturan walau di mana
  • 9. kita berada. Oleh itu, setiap orang yang berakal mesti mengikuti dan mematuhinya pada setiap masa demi keharmonian dan kesejahteraan hidup di dunia mahupun akhirat. 3. Apabila manusia yang berakal tidak mematuhi peraturan maka jadilah manusia itu tidak ubah seperti haiwan yang sememangnya ditakdirkan oleh Allah hidup tanpa berperaturan. 4. Justeru itu, semua murid mestilah mematuhi dan menghormati peraturan sekolah yang telah ditetapkan pada bila-bila masa, selagi mereka menjadi murid Sekolah Kebangsaan Jambu Bongkok. 5. Sesungguhnya, kesempurnaan hidup tidak akan dapat dinikmati walaupun memiliki ilmu yang tinggi melangit andainya iman, amal, akhlak dan disiplin diabaikan. BORANG PENGAKUAN Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat, 07100, Langkawi, Kedah. Tarikh:............................ Melalui, Guru Kelas BUKU PERATURAN TATATERTIB / DISIPLIN MURID 1. Saya telah memiliki buku tersebut di atas untuk dijadikan bahan rujukan dan panduan saya sendiri. 2. Saya faham segala isi kandungan dan berjanji akan mematuhi sepenuhnya segala yang disuruh dan menjauhi segala yang dilarang. 3. Saya sedar bahawa saya akan dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh pihak sekolah sekiranya saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman yang setimpal di atas setiap perbuatan saya. Tandatangan :............................................................................................ Nama (Huruf Besar):............................................................................................ Kelas :............................................................................................ Saya, sebagai ibu/bapa/penjaga sedia maklum akan perkara yang tersebut di atas. Tandatangan :............................................................................................ Nama (Huruf Besar):............................................................................................ Alamat :............................................................................................ Pekerjaan :............................................................................................ No. Telefon :............................................................................................ CATATAN PENTING ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... .....................................................................................................................................