Blog ini memberikan bahan pembelajaran pendidikan muzik untuk tingkatan 1 hingga 3 di SMK Pengkalaan Aur. Ia menyediakan nota muzik, soalan latihan interaktif, video alat muzik, dan galeri prestasi pelajar. Blog ini memudahkan interaksi antara guru dan pelajar, serta meningkatkan pembelajaran luar kelas melalui ulasan dan komen. Pendekatan pembelajaran berasaskan teknologi seperti video dipandang berkesan dalam menyampaikan
Artikel azizil alim, s.pd., 199512142019021001, smpn16 malang compressed
BLOG PENDIDIKAN MUSIK
1. KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
TUGASAN 2( INDIVIDU)
Penjelasan Mengenai Laman Blog
http://surayakamaruddin.wordpress.com/
NAMA
: Suraya bt Kamaruddin (M20121000495)
SEMESTER
: 3 SESI 2013/2014
PROGRAM
: SARJANA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
FAKULTI
: PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
PENSYARAH
: PROF. MADYA DATO’ DR. ABD LATIF HJ GHAPOR
2. PENGENALAN
Usia bukan alasan untuk menghalang seseorang daripada berusaha meningkatkan kemahiran
dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Langkah memilih Kertas KPT 6044
iaitu Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web merupakan satu titik permulaan
baagi penulis mempelajari sesuatu yang baru dan menarik. Tajuk tugasan mencipta laman
blog/web pembelajaran yang berinformasi telah mendorong penulis untuk berusaha
mendapatkan cara bagaimana hendak memulakan tugasan mencipta blog dari sumber
percuma iaitu Wordpress.com .Setelah hampir dua hari membuat persediaan mengenali
wordpress melalui pembacaan di internet dan tunjuk ajar dari teman sekuliah, akhirnya
terbina lah satu laman blog http://surayakamaruddin.wordpress.com/ hasil usaha buah tangan
penulis sendiri.
Blog adalah satu jenis web yang dikategorikan sebagai online journal atau pun online
diary (Doctorow et al., 2002) Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi
atau bersiri. Dalam bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post
yang terbaru dan begitulah seterusnya. “Blogs are powerful communication tools. Blogging
as in reading and thinking and reflecting and then writing is connecting and
learning”.(Richardson, 2006).
Menurut Richardson (2006) dalam Rafidah (2010) kepentingan web blog kepada
pelajar ialah pelajar boleh berkomunikasi tentang isu semasa atau maklumat yang terbaru
secara terus, menyediakan portal untuk kegunaan pelajar, memudahkan pelajar untuk
menghantar tugasan, dan juga memudahkan pelajar melihat ulasan terhadap tugasan
atau subjek yang dibincangkan.
1
3. Selain itu, ruangan post forum yang disediakan juga bertujuan untuk memberikan
peluang kepada pelajar membuat refleksi setiap topik yang diajar di dalam kelas, memberi
komen kepada setiap maklumat terbaru, mengadakan aktiviti perbincangan tentang
pembelajaran, bengkel, atau kerja kursus.
HALAMAN UTAMA
Penulis memilih Bahan Pembelajaran Pendidikan Muzik sekolah menengah kerana
ianya bersangkutan dengan profesion penulis sebagai guru muzik di SMK Pengkalaan Aur,
Taiping. Bermula tahun 2014 , pihak pentadbir meminta semua guru melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT lebih-lebih lagi sekolah telah menerima 80
buah chrome book untuk digunakan oleh pelajar dalam PdP.
Penulis membahagikan pendidikan muzik kepada tiga tingkatan iaitu Tingkatan 1, 2
dan 3 . Selain nota mengikut silibus yang telah ditetapkan dalam huraian sukatan pelajaran
pendidikan muzik menengah rendah, blog ini juga menyediakan soalan latihan teori muzik
secara interaktif dengan adanya link dengan laman web yang ada . Pelajar juga boleh melihat
cara bagaimana bermain gitar, gamelan, kompang, rekoder dan alat-alat muzik moden dan
tradisional yang lain.
Web blog ini juga adalah salah satu cara untuk membenarkan pelajar berinteraksi
dengan pelajar lain tentang apa jua aktiviti pembelajaran dan juga salah satu cara untuk
memberi pelajar ruang melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Penggunaan
blog dengan menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan situasi dan disokong lagi
2
4. dengan kaedah simulasi iaitu video interaktif amat sesuai ini kerana memberi galakan
dan kepercayaan kepada pelajar dan guru bahawa web blog memberi banyak manfaat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran contohnya pelajar boleh berkongsi sebarang maklumat,
bertukar-tukar pendapat, memberikan komen, boleh mendapatkan info terkini dengan cepat
dan sebagainya.
ASPEK LAIN DI DALAM BLOG
Selain pembelajaran berkaitan Pendidikan Muzik, blog ini juga mempamerkan rakaman
peristiwa semasa melalui Galeri yang melibatkan persembahan muzik contohnya
persembahan di Hari Anugerah PERMATA, Hari Guru, Hari Anugerah Cemerlang dan
kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pelajar Muzik sama ada dalam bidang akademik
dan ko kurikulum.
Selain boleh memuat naik nota, blog ini memudahkan pelajar untuk membuat ulangkaji
pelajaran. Interaksi antara guru dan pelajar meningkat walaupun pembelajaran luar kelas.
Setiap kes atau situasi yang ditunjukkan akan memberi impak lagi mendalam tentang
keberkesanan web blog dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi adalah pengajaran dan pembelajaran
yang menggunakan teknologi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala video pula
merupakan elemen atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan
sesuatu maklumat dan ia sebagai satu sumber penyimpanan maklumat dan sumber rujukan
yang berkesan.
3
5. Amatlah diharapkan agar semua guru memanfaatkan kemajuan teknologi yang
semakin mendapat tempat di hati pelajar khasnya remaja dalam memajukan diri mereka
bukan sahaja dalam bidang akademik malahan kegiatan ko kurikulum dan sahsiah diri yang
terpuji.
4