SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
KPT 6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN
                 ELEKTRONIK DAN WEB



                        TUGASAN 3:

 TINJAUAN PENGGUNAAN BLOG DIKALANGAN
     PELAJAR DALAM BIDANG PENDIDIKAN



DISEDIAKAN OLEH :


NAMA : SHARINA BINTI SOBRI
                CORPORATE GOVERNANCE :
MATRIK NO. : M 20102000969
               THE COLLAPSE    OF ENRON

DISEMAK OLEH : PM DR ABD LATIF HJ GAPOR

TARIKH HANTAR : 20NOVEMBER 2012
KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web




              TINJAUAN PENGGUNAAN BLOG DIKALANGAN PELAJAR

                            DALAM BIDANG PENDIDIKAN




PENGENALAN

       Dalam menempuh dunia globalisasi masa kini Malaysia juga tidak terkecuali dalam
perkembangan persekitaran digital global dalam semua bidang termasuklah bidang
pendidikan. Seiring dengan zaman teknologi, penggunaan media dan elektronik sebagai satu
usaha membangunkan negara yang berdaya saing. Kemajuan dalam Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT) yang semakin meningkat memberi kesan yang besar dalam bidang
pendidikan.    ICT merupakan satu penunjuk utama dalam proses membangunkan sistem
pendidikan bagi meningkatkan amalan penggunaan elektronik dan web dalam kalangan
semua guru dan pelajar.       Amalan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan perlu
diperluaskan    dan   dipertingkatkan   bagi    memastikan      semua       institusi      pendidikan
mengaplikasikan penggunaan elektronik dan web dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Osborne and Hennessy (2001), ICT telah berjaya meningkatkan keberkesanan di
dalam penyampaian maklumat dan merangsang minat pelajar untuk belajar.

       Elemen penggunaan teknologi yang dimasukkan dalam kurikulum sekolah adalah satu
usaha untuk mengembangkan teknologi dan untuk memastikan teknologi diaplikasikan di
sekolah. Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran semakin membantu
dan dapat meningkatkan kualiti pengajaran. Internet adalah singkatan bagi perkataan inter
network dan merupakan jalinan rangkaian dengan komputer lain di seluruh dunia. Melalui
penggunaan internet, seseorang boleh berinteraksi, berhubung, bertukar maklumat, berkongsi
ilmu dan pelbagai kemudahan diperoleh.         Begitu juga dengan weblog atau blog yang
merupakan laman jurnal peribadi atau laman yang mudah diguna dengan menggunakan
paparan antara muka grafik yang sudah disediakan dalam perisian blog. Blog ini boleh
digunakan tanpa dikenakan bayaran dan tidak memerlukan sebarang kemahiran teknikal
kerana pengguna boleh mempelajari sendiri dari semasa ke semasa.                      Dalam bidang
pendidikan kini, kebanyakan guru dan pelajar telah menggunakan alternatif ini untuk
berhubung antara satu sama lain. Penggunaan blog ini telah dapat membantu pelajar untuk



                                                  2
KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web




berhubung secara atas talian dengan guru dan rakan-rakan pada bila-bila masa. Mereka
menggunakan blog untuk mendapatkan nota dan menjawab soalan latihan yang disediakan
guru.   Selain itu, medium ini juga digunakan untuk mencari maklumat, mencari bahan
pembelajaran dan berkongsi pendapat atau idea dengan pengguna blog yang lain.




PERNYATAAN MASALAH




        Dalam mengamalkan penggunaan elektronik dan web dalam kalangan institusi
pendidikan, terdapat pelbagai persoalan yang ditimbulkan dari segi tahap pengetahuan, cara
penggunaan, kelebihan dan kelemahan penggunaan internetdalam kehidupan seharian. Pada
masa kini terdapat pelbagai perantara yang boleh digunakan seperti Facebook, twitter, Skype
blog, e-mel dan sebagainya. Istilah weblog telah dicipta oleh Jorn Barge pada 17 Disember
1997 dan singkatan blog telah dicipta oleh Peter Merholz yang memisahkan perkataan
weblog kepada blog.

        Menurut sebuah tinjauan yang dilakukan oleh PEW Internet dan American Life
Project, pada tahun 2004 sebanyak 58% pembaca blog meningkat dari 29,500 pada tahun
2005 menjadi 5,340,00 pada tahun 2005. Ini menunjukkan satu peningkatan yang tinggi dan
merupakan salah satu teknologi yang paling mudah dan cepat. Menurut Kennedy (2003),
blog merupakan dimensi baru untuk pengajar dan pelajar bagi membentuk satu alat
penerbitan yang interaktif dan segera. Ia boleh menjadi medium di mana pelajar dapat
mengutip, menyunting, menaksir dan menerbitkan untuk dibaca oleh pembaca maya.
Kebanyakan pelajar menggunakan blog untuk menyampaikan maklumat, berkongsi
idea,bertukar-tukar pendapat serta mendapatkan pelbagai maklumat lain antara pengguna
blog.

        Oleh itu, pengkaji ingin melihat sejauh mana tahap pengetahuan am pelajar mengenai
blog, kelebihan dan kelemahan blog serta mengenal pasti adakah blog dapat membantu
pelajar dalam mendapatkan maklumat.




                                                3
KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web




PERSOALAN KAJIAN




Terdapat beberapa persoalan kajian yang telah dikemukakan, iaitu :-

1. Apakah blog?
2. Mengapakah blog sangat digemari oleh pengguna elektronik masa kini?
3. Apakah faktor penggunaan blog secara meluas dalam bidang pendidikan?
4. Berikan kelebihan blog.
5. Berikan kelemahan blog.




REKA BENTUK KAJIAN




       Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Kaedah
tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden.




POPULASI DAN SAMPEL




       Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar sekolah tingkatan empat di negeri
Selangor. Seramai 9 orang sampel dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Instrumen yang
digunakan bagi mendapatkan data dari sampel ialah melalui soal selidik.




                                                 4
KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web




DAPATAN KAJIAN




Pengetahuan Am Mengenai Blog




       Blog adalah satu jenis laman web yang sedikit berbeza dari laman web biasa di mana
penggunanya perlu mengemas kini maklumat-maklumat terbaru dari semasa ke semasa.
Kebiasaannya, pengguna akan mengemas kini blog setiap minggu ada juga yang rajin
mengemas kini setiap hari. Blog juga lebih popular berbanding media yang lain kerana
tujuan blog dibangunkan adalah untuk dijadikan diari dan catatan harian, tempat berkongsi
ilmu pengetahuan, berbicara mengenai isu-isu semasa dan ada juga yang menambah sumber
pendapatan dengan menjual secara atas talian.

       Hasil tinjauan yang dibuat, para pelajar menyatakan blog adalah salah satu media
yang berasakan elektronik dan media di mana ia merujuk kepada satu halaman yang
membincangkan atau memperkatakan tentang sesuatu topik atau berperanan lebih sebagai
buku harian peribadi dalam talian. Blog juga adalah media perantaraan yang digunakan oleh
penggemar IT untuk menyampaikan maklumat, berkongsi cerita, menunjukkan kreativiti dan
sebagai tempat untuk menambah pendapatan.           Mereka juga berpendapat blog boleh
digunakan untuk mencari kenalan, memudahkan perhubungan, meluahkan perasaan, mengisi
masa lapang yang terluang dan mereka bersetuju bahawa blog merupakan trend zaman
sekarang.

       Selain itu, kebanyakan pelajar membina blog berdasarkan inspirasi diri dan minat
pelajar masing-masing seperti pelajar yang meminati bidang fesyen, muzik, seni, fotografi
dan sebagainya. Ini memberi ruang kepada pelajar untuk meneroka dan mencari maklumat
dan dimasukkan dalam blog mereka. Melalui blog juga, pelajar dapat membuat pautan pada
mana-mana laman web yang lain yang disukai mereka.




                                                5
KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web




Pendapat PelajarMengenai Blog

       Hasil kajian menunjukkan para pelajar ini menyatakan blog adalah medium
perantaraan yang dapat membantu pelajar berhubung secara atas talian dengan guru dan
rakan-rakan. Mereka juga menggunakan blog sebagai tempat untuk mencari maklumat dan
bertukar-tukar pendapat serta berkongsi idea dengan pengguna yang lain. Kesemua pelajar
menyatakan blog lebih mudah untuk dikendalikan berbanding dengan media lain yang
memerlukan banyak penggunaan wang untuk tujuan penyebaran maklumat.                       Selain itu,
mereka berpendapat blog turut digunakan sebagai buku harian peribadi untuk menceritakan
perjalanan dan pengalaman harian masing-masing. Penggunaan blog sangat wajar kerana
melalui blog dapat melahirkan generasi yang celik IT, kreatif dan berinovasi dalam
menyenggara komputer.

       Selain itu, mereka menyatakan penggunaan blog dapat membantu mencari data dan
maklumat yang diperlukan dengan segera, sebagai bahan rujukan pengajaran dan
pembelajaran serta dapatmembincangkan atau memperkatakan tentang sesuatu topikdengan
lebih mudah melalui ruang komen yang disediakan. Oleh itu, adalah wajar sesuatu blog yang
dibangunkan dapat memberikan maklumat yang betul dan tepat bagi membantu pengguna
mendapatkan pelbagai maklumat dan menurut Ahmad Muhaimin (2004), faktor yang
menentukan baik dan buruknya sesuatu laman web itu adalah dari aspek reka bentuk isi
kandungan, reka bentuk interaktiviti dan reka bentuk antara muka dan perkara ini perlu
dititikberatkan kerana penggunaan internet dalam bidang pendidikan perlu diberi perhatian
khususnya dari segi ketepatan maklumat.




Penggunaan Blog dalam Bidang Pendidikan

       Pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web ini dilihat sebagai salah satu
kaedah yang dapat menjamin keupayaan pelajar untuk berfikir dan meningkatkan daya
imaginasi pelajar untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran yang pelbagai. Ia juga
untuk mengubah corak pembelajaran tradisional kepada moden maka disebabkan itulah
wujudnya blog-blog pendidikan. Namun begitu, laman web berasaskan pendidikan perlulah
meliputi beberapa aspek penting seperti mengandungi mesra pengguna bagi memudahkan



                                               6
KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web




pelajar mengakses bahan, penggunaan bahan yang menarik dan sejajar dengan perkembangan
teknologi terkini. Cabrera (2002), perkongsian ilmu merupakan satu aktiviti di mana ilmu
(maklumat, kemahiran atau kepakaran) ditukar dalam kalangan pengguna, rakan-rakan, ahli
keluarga, komuniti atau sesebuah organisasi

       Hasil kajian mendapati blog sangat diminati kerana blog-blog pendidikan yang
dihasilkan dihiasi dengan pelbagai grafik seperti reka bentuk yang menarik, elemen muzik
yang dimasukkan, visual yang menarik dan sebagainya yang mampu menarik minat pelajar
untuk melayarinya. Pelajar teruja jika bahan yang dimasukkan dapat diakses dengan mudah.
Selain itu, blog juga boleh dikunjungi pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang
membolehkan pelajar tidak terikat dengan masa yang terhad. Melalui blog juga pelajar tidak
akan dikenakan bayaran di samping data dan maklumat yang dimasukkan dalam blog dapat
disunting, dikutip dan ditaksir oleh pelajar. Pelajar juga menyatakan pendapat bahan-bahan
pembelajaran yang dimasukkan banyak membantu pelajar untuk meningkatkan pemahaman
pada sesuatu topik. Ini kerana pelajar dapat meneroka pautan-pautan lain yang terdapat pada
blog tersebut dan ia memudahkan pelajar untuk mendapatkan bahan tambahan lain. Oleh itu,
penggunaan blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah perlu bagi
mentransformasikan pengajaran tradisional kepada moden yang menggunakan ICT seiring
dengan peredaran zaman.

       Dapatan juga mendapati pelajar lebih gemar menggunakan blog kerana pelajar dapat
mengumpul banyak maklumat berkaitan sesuatu topik di samping dapat memberi komen dan
berkongsi idea pada ruangan yang disediakan. Bagi pelajar yang menjadi pengikut sesuatu
blog mereka akan menerima maklumat-maklumat terbaru yang akan dihantar melalui e-mel.
Ini memudahkan pelajar mendapatkan maklumat-maklumat terbaru dari semasa ke semasa.
Menurut NurAzza (2009), penggunaan blog sebagai medium penghubung yang
membolehkan maklumat atau bertukar pendapat dengan pengguna yang lain tanpa sempada
atau kekangan masa.       Untuk memastikan penggunaan blog dalam bidang pendidikan
dilaksanakan maka guru perlu mengoptimumkan penggunaan blog sebagai perantara
komunikasi antara guru dan pelajar.Menurut Kuroptawa (2005), penggunaan blog di dalam
kelas mempunyai potensi yang tinggi untuk mempengaruhi pelajar dalam banyak cara positif
antaranya medium permulaan memperkenalkan konsep baharu, forum untuk perbincangan da




                                                7
KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web




menjawab kuiz di atas talian.Oleh itu, penggunaan blog pada masa kini sangat membantu
dalam sistem pendidikan di negara kita.




Kelebihan dan KelemahanBlog

                KELEBIHAN                                         KELEMAHAN
 1) Satu alternatif untuk menyimpan idea atau   1) Bahan yang disimpan belum tentu
    tugasan untuk dijadikan rujukan pada masa       kesahihannya kerana ada maklumat yang
    akan datang.                                    dimasukkan belum di semak dan
                                                    dipantau.

 2) Dapat melatih kemahiran kreativiti dalam    2) Menyebabkan berlaku penyamaran
    mengubahsuai blog                               identiti kerana menggunakan blog yang
                                                    sedia ada dan biasanya pengguna akan
                                                    tertipu kerana sebenar tidak didedahkan.

 3) Melatih kemahiran menulis dalam pelbagai    3) Penulisan yang dimasukkan mungkin
    bahasa dan dapat meningkatkan                   menggunakan ayat-ayat atau perkataan
    pembelajaran kendiri.                           yang memburuk-burukkanbangsa, agama,
                                                    masyarakat atau negara.

 4) Dapat berkongsi maklumat dan idea           4) Blogger yang berniat jahat akan berlaku
    dengan rakan-rakan dan guru-guru                penyebaran maklumatyang negatif,
    mengenai bahan-bahan pengajaran dan             gambar lucah, videolucah atau bahan-
    pembelajaran seperti nota, gambar, video        bahan terlarang lain yang sangat mudah
    dan sebagainya.                                 didapati melalui internet.

 5) Proses pembelajaran lebih mudah dan         5) Proses pembelajaran agak sukar kerana
    fleksibel kerana pelajar boleh belajar di       ada segelintir pelajar lebih meminati
    mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.       pembelajaran di dalam bilik darjah
                                                    berbanding tempat lain kerana pelajar
                                                    mahu dipantau dan dibantu oleh guru.




                                                8
KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web




6) Komen yang terdapat pada ruang blog         6) Penggunaannya terhad kerana tidak
   membolehkan pengunjung memberi                  semua pelajar mempunyai talian internet
   komen sama ada dari segi pujian atau pun        di rumah dan peluang untuk mengakses
   kritikan untuk penambahbaikan.                  hanya di rumah. Oleh itu, terdapat
                                                   pelajar yang tidak dapat memberi komen
                                                   atau kritikan.

7) Dapat mentransformasikan pengajaran dan     7) Pembelajaran berorientasikan guru
   pembelajaran berpusatkan guru kepada            dimana guru mengedarkan nota dan
   berorientasikan pengalaman pelajar di           bahan daripada blog kepada pelajar
   mana pelajar mendapatkan sendiri semua          kerana pelajar tiada inisiatif untuk
   bahan di blog guru mereka.                      mendapatkan bahan dari blog guru.

8) Pelajar juga akan menjadi aktif kerana      8) Pelajar yang aktif akan sentiasa ke
   pembelajaran lebih menarik dan ia tidak         hadapan untuk mengambil bahagian
   terhad kepada penggunaan buku teks              manakala yang pasif akan mendengar
   sahaja. Pelajar akan meneroka bahan             sahaja jawapan atau pendapat yang
   dengan lebih banyak menerusi carian di          diberikan rakan.
   internet.
9) Membantu pelajar untuk memperbaiki          9) Kadangkala guru gagal memantau
   penulisan dan memudahkan pelajar melihat        jawapan yang diberikan pelajar
   hasil daripada guru dan rakan-rakan.            menyebabkan jawapan yang diberikan
                                                   kurang tepat dan tidak sesuai dikongsi
                                                   oleh pelajar lain.

10) Mencetuskan pemikiran secara kreatif dan   10) Boleh berlaku copy right di mana akan
   kritis.                                         berlaku peniruan maklumat, idea dan
                                                   pendapat kerana pelajar yang malas
                                                   berfikir akan menggunakan jawapan dan
                                                   maklumat yang ada sebagai jawapannya.

11) Menggalakkan guru dan pelajar              11) Semua idea, pendapat dan maklumat
   berkolaborasimelalui bertukar-tukar             menjadi kurang formal kerana ia dapat di
   pendapat, berkongsi idea dan komen-             akses oleh sesiapa sahaja pada bila-bila


                                               9
KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web




    komen yang positif.                               masa dan menyebabkan ada komen-
                                                      komen atau kritikan yang menggunakan
                                                      ayat-ayat yang tidak baik.

 12) Perkongsian pendapat antara guru dan        12) Kekangan guru yang tidak mengambil
    pelajar akan dapat meningkatkan profesion         tahu tentang teknologi, tidak mahu
    dan prestasi akademik pelajar.                    mempelajari perkara baharu dan
                                                      kesibukan dengan kelas dan aktiviti lain
                                                      menyebabkan pengajaran masih berada di
                                                      takuk lama dan profesion guru tidak
                                                      dapat ditingkatkan.




KESIMPULAN




          Zaman masa kini, bidang pendidikan adalah satu bidang yang sangat dititikberatkan
memandangkan pendidikan adalah aras penentu masa depan generasi akan datang. Semakin
jauh melangkah maka makin meningkat bilangan golongan cerdik pandai dalam pelbagai
bidang.     Maka, pada zaman teknologi maklumat ini adalah perlu untuk semua guru
meningkatkan pengetahuan dan ilmu dalam bidang teknologi.                   Ini untuk memastikan
pendidikan berasaskan teknologi ini diaplikasikan secara optimum dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.      Justeru, adalah perlu sistem pendidikan di transformasikan kepada
pendidikan moden di mana pengajaran berasaskan teknologi dirancang dengan baik.
Pembangunan penggunaan teknologi boleh dicapai menerusi penggunaan internet secara
menyeluruh dalam bidang pengajaran. Blog yang merupakan salah satu media sosial yang
berkembang secara meluas pada masa kini dan merupakan satu transformasi yang mampu
menarik perhatian untuk menyampaikan maklumat secara rasmi atau pun tidak rasmi.

          Penggunaan blog sebagai medium perantara antara guru dan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat memberi impak yang baik dalam perkembangan



                                                 10
KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web




ICT.Melalui blog pelajar lebih mudah berinteraksi, memberi komen dan bertanya soalan
berkaitan pembelajaran. Penggunaan blog dalam pengajaran telah dapat menimbulkan minat
di kalangan pelajar kerana selain ia memudahkan dan ia juga merupakan satu trend yang
diminati oleh para pelajar zaman sekarang yang lebih mahukan teknologi berbanding
tradisional yang lebih berpusatkan guru. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan pembelajaran
kendiri kerana pelajar akan meneroka dan mencari maklumat, menyunting, menaksir dan
menerbitkan sendiri maklumat yang diperoleh.

       Guru juga perlu merancang dengan teliti untuk memastikan penggunaan blog di
aplikasikan sepenuhnya dalam pengajaran. Guru perlu menggunakan bahan dan sumber yang
betul untuk memastikan pelajar dapat menerima pembelajaran dengan baik. Guru perlu
mempunyai panduan atau menggunakan model pengajaran yang dapat membantu guru
membuat perancangan pengajaran dengan betul.         Terdapat beberapa model yang telah
diperkenalkan namun model ASSURE yang telah direkabentuk oleh R.                        Heinrich, M.
Molenda, J Rusell dan S. Smaldino telah diambil untuk dijadikan panduan oleh guru dalam
merancang pengajaran dan pembelajaran.         Model ini mambantu guru mengenalpasti
menggunakan alat dan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk memastikan objektif
pengajaran tercapai dan murid dapat menguasai kandungan mata pelajaran. Terdapat enem
elemen utama model ini iaitu A = Analyse Leaner (Analisis Pelajar), S = State objective
(Nyatakan objektif), S = Select, modify or make media (pilih kaedah, media dan bahan), U =
Utilise media and material (guna media dan bahan), R = Require Leaner Participation
(dorong penglibatan pelajar) dan E = Evaluate and Revise (menilai dan menyemak semula).



                                     S                                    R
                                                     U               Pengliba
     A               S              Pilih
                                                  Guna                  tan                     E
                                  kaedah,
  Analisis       Nyataka                          media               pelajar                Nilai
                                   media
  pelajar        n objektif                        dan                dalam                 bahan
                                    dan
                                                  bahan              pembela
                                   bahan
                                                                       jaran



                              RAJAH 1 : MODEL ASSURE




                                                11
KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web




Model ini membantu guru untuk merancang pengajaran dan memilih media, bahan dan
sumber yang betul dalam melaksanakan pengajaran berasaskan teknologi. Keberkesanan
penggunaan media dalam pengajaran adalah bergantung sepenuhnya ke atas guru sendiri.

       Oleh itu, adalah perlu guru mendalami ilmu teknologi bagi memastikan penggunaan
teknologi dapat dipelbagaikan sejajar dengan perkembangan pendidikan masa kini. Blog
salah satu cara mudah untuk memperoleh ilmu atau berkongsi maklumat dengan orang lain.
Penggunaan blog juga sebagai salah satu altenatif bahan bantu mengajar yang dapat
membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan pembelajaran. Aplikasi blog
dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan ruang interaksi sosial antara guru dan
pelajar untuk membuat refleksi dan mendapatkan maklum balas berkaitan sesuatu topik.Oleh
itu, adalah wajar guru-guru mengaplikasikan blog untuk tujuan pengajaran bagi
memastikanpelajar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran.




                                               12
KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web




RUJUKAN

Ahmad ZamzuriMohamad Ali (2012). Pembelajaran Berasaskan Web : Isu dan Trend,
       Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Noorfazlinda Binti Othman (2010). Kajian Penggunaan Blog Dalam Kalangan Pelajar Fakulti
       Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Tesis Universiti Teknologi Malaysia.

http://blogs.iium.edu.my/marzuki/files/2009/05/model-assure.pdf

http://cikguwanupsi.blogspot.com/2010/08/1.html

http://edu3105-amin.blogspot.com/2011/06/model-assure_28.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Blog

http://mohdruzzi.blogspot.com/2008/08/strategi-pengajaran-dan-pembelajaran.html

http://suhairi87.wordpress.com/kesan-ict-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran/

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/Noor%20Fazlinda%20Othman%20
MPP091028ttp.pdf




                                               13

More Related Content

What's hot

Tugas final media pembelajaran berbasis web
Tugas final media pembelajaran berbasis webTugas final media pembelajaran berbasis web
Tugas final media pembelajaran berbasis websriylimutasima
 
Makalah media pembelajaran berbasis web blog
Makalah media pembelajaran berbasis web blogMakalah media pembelajaran berbasis web blog
Makalah media pembelajaran berbasis web bloglailatusimrany
 
Pembelajaran berbasis web
Pembelajaran berbasis webPembelajaran berbasis web
Pembelajaran berbasis webambarlestari
 
Media pembelajaran berbasis web 1
Media pembelajaran berbasis web 1Media pembelajaran berbasis web 1
Media pembelajaran berbasis web 1sindisabriantiipa
 
Pembelajaran online dan evaluasi pembelajaran online
Pembelajaran online dan evaluasi pembelajaran onlinePembelajaran online dan evaluasi pembelajaran online
Pembelajaran online dan evaluasi pembelajaran onlinemiftaaulia5
 
Modul kelompok viii_-_copy_-_copy[1]
Modul kelompok viii_-_copy_-_copy[1]Modul kelompok viii_-_copy_-_copy[1]
Modul kelompok viii_-_copy_-_copy[1]rillafebrila
 
media pembelajaran berbasis web
media pembelajaran berbasis webmedia pembelajaran berbasis web
media pembelajaran berbasis webrubhang babo
 
Makalah blog dalam pendidikan
Makalah blog dalam pendidikanMakalah blog dalam pendidikan
Makalah blog dalam pendidikanasriyanti25
 
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEB
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEBMEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEB
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEBSapna Deviana
 
Modul media pembelajaran berbasis web
Modul media pembelajaran berbasis webModul media pembelajaran berbasis web
Modul media pembelajaran berbasis weblaodenurhamid1
 
Modul media kelompok 8
Modul media kelompok 8Modul media kelompok 8
Modul media kelompok 8AynulFatimah
 

What's hot (14)

Tugas final media pembelajaran berbasis web
Tugas final media pembelajaran berbasis webTugas final media pembelajaran berbasis web
Tugas final media pembelajaran berbasis web
 
Makalah media pembelajaran berbasis web blog
Makalah media pembelajaran berbasis web blogMakalah media pembelajaran berbasis web blog
Makalah media pembelajaran berbasis web blog
 
Pembelajaran berbasis web
Pembelajaran berbasis webPembelajaran berbasis web
Pembelajaran berbasis web
 
Modul i (jm)
Modul i (jm)Modul i (jm)
Modul i (jm)
 
Media pembelajaran berbasis web 1
Media pembelajaran berbasis web 1Media pembelajaran berbasis web 1
Media pembelajaran berbasis web 1
 
Web blog article
Web blog articleWeb blog article
Web blog article
 
Pembelajaran online dan evaluasi pembelajaran online
Pembelajaran online dan evaluasi pembelajaran onlinePembelajaran online dan evaluasi pembelajaran online
Pembelajaran online dan evaluasi pembelajaran online
 
Modul kelompok viii_-_copy_-_copy[1]
Modul kelompok viii_-_copy_-_copy[1]Modul kelompok viii_-_copy_-_copy[1]
Modul kelompok viii_-_copy_-_copy[1]
 
media pembelajaran berbasis web
media pembelajaran berbasis webmedia pembelajaran berbasis web
media pembelajaran berbasis web
 
Makalah blog dalam pendidikan
Makalah blog dalam pendidikanMakalah blog dalam pendidikan
Makalah blog dalam pendidikan
 
Pembelajaran berbasis web
Pembelajaran berbasis webPembelajaran berbasis web
Pembelajaran berbasis web
 
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEB
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEBMEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEB
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEB
 
Modul media pembelajaran berbasis web
Modul media pembelajaran berbasis webModul media pembelajaran berbasis web
Modul media pembelajaran berbasis web
 
Modul media kelompok 8
Modul media kelompok 8Modul media kelompok 8
Modul media kelompok 8
 

Similar to Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan

MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docxMAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docxManEdyMan2
 
Penjelasan blog surayakamaruddin.wordpress
Penjelasan blog surayakamaruddin.wordpressPenjelasan blog surayakamaruddin.wordpress
Penjelasan blog surayakamaruddin.wordpresssmk pengkalan aur
 
Makalah media pembelajaran berbasis web blog
Makalah media pembelajaran berbasis web blogMakalah media pembelajaran berbasis web blog
Makalah media pembelajaran berbasis web blogAmalia Sofitri
 
Modul media pembelajaran berbasis web
Modul media pembelajaran berbasis webModul media pembelajaran berbasis web
Modul media pembelajaran berbasis webambarlestari
 
Ppt_Manfaat Internet Bagi Dunia Pendidikan_Kelompok 2_20231009_222514_0000.pptx
Ppt_Manfaat Internet Bagi Dunia Pendidikan_Kelompok 2_20231009_222514_0000.pptxPpt_Manfaat Internet Bagi Dunia Pendidikan_Kelompok 2_20231009_222514_0000.pptx
Ppt_Manfaat Internet Bagi Dunia Pendidikan_Kelompok 2_20231009_222514_0000.pptxDedenHamdani6
 
Modul pembelajaran web
Modul pembelajaran webModul pembelajaran web
Modul pembelajaran webambarlestari
 
Modul Media pembelajaran berbasis WEB
Modul Media pembelajaran berbasis WEBModul Media pembelajaran berbasis WEB
Modul Media pembelajaran berbasis WEBRini biologi
 
Tugas final media pembelajaran berbasis web
Tugas final media pembelajaran berbasis webTugas final media pembelajaran berbasis web
Tugas final media pembelajaran berbasis websriylimutasima
 
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEB
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEBMEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEB
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEBIldayanti
 

Similar to Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan (20)

Pdf siti asrianti
Pdf siti asriantiPdf siti asrianti
Pdf siti asrianti
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docxMAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
 
Penjelasan blog surayakamaruddin.wordpress
Penjelasan blog surayakamaruddin.wordpressPenjelasan blog surayakamaruddin.wordpress
Penjelasan blog surayakamaruddin.wordpress
 
Jumarni.p
Jumarni.pJumarni.p
Jumarni.p
 
Ermawati
ErmawatiErmawati
Ermawati
 
Makalah media pembelajaran berbasis web blog
Makalah media pembelajaran berbasis web blogMakalah media pembelajaran berbasis web blog
Makalah media pembelajaran berbasis web blog
 
Modul media pembelajaran berbasis web
Modul media pembelajaran berbasis webModul media pembelajaran berbasis web
Modul media pembelajaran berbasis web
 
Ppt_Manfaat Internet Bagi Dunia Pendidikan_Kelompok 2_20231009_222514_0000.pptx
Ppt_Manfaat Internet Bagi Dunia Pendidikan_Kelompok 2_20231009_222514_0000.pptxPpt_Manfaat Internet Bagi Dunia Pendidikan_Kelompok 2_20231009_222514_0000.pptx
Ppt_Manfaat Internet Bagi Dunia Pendidikan_Kelompok 2_20231009_222514_0000.pptx
 
Web blog article
Web blog articleWeb blog article
Web blog article
 
Web blog article
Web blog articleWeb blog article
Web blog article
 
Modul pembelajaran web
Modul pembelajaran webModul pembelajaran web
Modul pembelajaran web
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
 
Modul Media pembelajaran berbasis WEB
Modul Media pembelajaran berbasis WEBModul Media pembelajaran berbasis WEB
Modul Media pembelajaran berbasis WEB
 
Tugasan 3 kpt6044
Tugasan 3 kpt6044Tugasan 3 kpt6044
Tugasan 3 kpt6044
 
Tugas final media pembelajaran berbasis web
Tugas final media pembelajaran berbasis webTugas final media pembelajaran berbasis web
Tugas final media pembelajaran berbasis web
 
Tugas makalah1
Tugas makalah1Tugas makalah1
Tugas makalah1
 
Tugas makalah1
Tugas makalah1Tugas makalah1
Tugas makalah1
 
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEB
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEBMEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEB
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS WEB
 
Modul abbbas
Modul abbbasModul abbbas
Modul abbbas
 

Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan

  • 1. KPT 6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 3: TINJAUAN PENGGUNAAN BLOG DIKALANGAN PELAJAR DALAM BIDANG PENDIDIKAN DISEDIAKAN OLEH : NAMA : SHARINA BINTI SOBRI CORPORATE GOVERNANCE : MATRIK NO. : M 20102000969 THE COLLAPSE OF ENRON DISEMAK OLEH : PM DR ABD LATIF HJ GAPOR TARIKH HANTAR : 20NOVEMBER 2012
  • 2. KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web TINJAUAN PENGGUNAAN BLOG DIKALANGAN PELAJAR DALAM BIDANG PENDIDIKAN PENGENALAN Dalam menempuh dunia globalisasi masa kini Malaysia juga tidak terkecuali dalam perkembangan persekitaran digital global dalam semua bidang termasuklah bidang pendidikan. Seiring dengan zaman teknologi, penggunaan media dan elektronik sebagai satu usaha membangunkan negara yang berdaya saing. Kemajuan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang semakin meningkat memberi kesan yang besar dalam bidang pendidikan. ICT merupakan satu penunjuk utama dalam proses membangunkan sistem pendidikan bagi meningkatkan amalan penggunaan elektronik dan web dalam kalangan semua guru dan pelajar. Amalan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan perlu diperluaskan dan dipertingkatkan bagi memastikan semua institusi pendidikan mengaplikasikan penggunaan elektronik dan web dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Osborne and Hennessy (2001), ICT telah berjaya meningkatkan keberkesanan di dalam penyampaian maklumat dan merangsang minat pelajar untuk belajar. Elemen penggunaan teknologi yang dimasukkan dalam kurikulum sekolah adalah satu usaha untuk mengembangkan teknologi dan untuk memastikan teknologi diaplikasikan di sekolah. Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran semakin membantu dan dapat meningkatkan kualiti pengajaran. Internet adalah singkatan bagi perkataan inter network dan merupakan jalinan rangkaian dengan komputer lain di seluruh dunia. Melalui penggunaan internet, seseorang boleh berinteraksi, berhubung, bertukar maklumat, berkongsi ilmu dan pelbagai kemudahan diperoleh. Begitu juga dengan weblog atau blog yang merupakan laman jurnal peribadi atau laman yang mudah diguna dengan menggunakan paparan antara muka grafik yang sudah disediakan dalam perisian blog. Blog ini boleh digunakan tanpa dikenakan bayaran dan tidak memerlukan sebarang kemahiran teknikal kerana pengguna boleh mempelajari sendiri dari semasa ke semasa. Dalam bidang pendidikan kini, kebanyakan guru dan pelajar telah menggunakan alternatif ini untuk berhubung antara satu sama lain. Penggunaan blog ini telah dapat membantu pelajar untuk 2
  • 3. KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web berhubung secara atas talian dengan guru dan rakan-rakan pada bila-bila masa. Mereka menggunakan blog untuk mendapatkan nota dan menjawab soalan latihan yang disediakan guru. Selain itu, medium ini juga digunakan untuk mencari maklumat, mencari bahan pembelajaran dan berkongsi pendapat atau idea dengan pengguna blog yang lain. PERNYATAAN MASALAH Dalam mengamalkan penggunaan elektronik dan web dalam kalangan institusi pendidikan, terdapat pelbagai persoalan yang ditimbulkan dari segi tahap pengetahuan, cara penggunaan, kelebihan dan kelemahan penggunaan internetdalam kehidupan seharian. Pada masa kini terdapat pelbagai perantara yang boleh digunakan seperti Facebook, twitter, Skype blog, e-mel dan sebagainya. Istilah weblog telah dicipta oleh Jorn Barge pada 17 Disember 1997 dan singkatan blog telah dicipta oleh Peter Merholz yang memisahkan perkataan weblog kepada blog. Menurut sebuah tinjauan yang dilakukan oleh PEW Internet dan American Life Project, pada tahun 2004 sebanyak 58% pembaca blog meningkat dari 29,500 pada tahun 2005 menjadi 5,340,00 pada tahun 2005. Ini menunjukkan satu peningkatan yang tinggi dan merupakan salah satu teknologi yang paling mudah dan cepat. Menurut Kennedy (2003), blog merupakan dimensi baru untuk pengajar dan pelajar bagi membentuk satu alat penerbitan yang interaktif dan segera. Ia boleh menjadi medium di mana pelajar dapat mengutip, menyunting, menaksir dan menerbitkan untuk dibaca oleh pembaca maya. Kebanyakan pelajar menggunakan blog untuk menyampaikan maklumat, berkongsi idea,bertukar-tukar pendapat serta mendapatkan pelbagai maklumat lain antara pengguna blog. Oleh itu, pengkaji ingin melihat sejauh mana tahap pengetahuan am pelajar mengenai blog, kelebihan dan kelemahan blog serta mengenal pasti adakah blog dapat membantu pelajar dalam mendapatkan maklumat. 3
  • 4. KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web PERSOALAN KAJIAN Terdapat beberapa persoalan kajian yang telah dikemukakan, iaitu :- 1. Apakah blog? 2. Mengapakah blog sangat digemari oleh pengguna elektronik masa kini? 3. Apakah faktor penggunaan blog secara meluas dalam bidang pendidikan? 4. Berikan kelebihan blog. 5. Berikan kelemahan blog. REKA BENTUK KAJIAN Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden. POPULASI DAN SAMPEL Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar sekolah tingkatan empat di negeri Selangor. Seramai 9 orang sampel dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan bagi mendapatkan data dari sampel ialah melalui soal selidik. 4
  • 5. KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web DAPATAN KAJIAN Pengetahuan Am Mengenai Blog Blog adalah satu jenis laman web yang sedikit berbeza dari laman web biasa di mana penggunanya perlu mengemas kini maklumat-maklumat terbaru dari semasa ke semasa. Kebiasaannya, pengguna akan mengemas kini blog setiap minggu ada juga yang rajin mengemas kini setiap hari. Blog juga lebih popular berbanding media yang lain kerana tujuan blog dibangunkan adalah untuk dijadikan diari dan catatan harian, tempat berkongsi ilmu pengetahuan, berbicara mengenai isu-isu semasa dan ada juga yang menambah sumber pendapatan dengan menjual secara atas talian. Hasil tinjauan yang dibuat, para pelajar menyatakan blog adalah salah satu media yang berasakan elektronik dan media di mana ia merujuk kepada satu halaman yang membincangkan atau memperkatakan tentang sesuatu topik atau berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog juga adalah media perantaraan yang digunakan oleh penggemar IT untuk menyampaikan maklumat, berkongsi cerita, menunjukkan kreativiti dan sebagai tempat untuk menambah pendapatan. Mereka juga berpendapat blog boleh digunakan untuk mencari kenalan, memudahkan perhubungan, meluahkan perasaan, mengisi masa lapang yang terluang dan mereka bersetuju bahawa blog merupakan trend zaman sekarang. Selain itu, kebanyakan pelajar membina blog berdasarkan inspirasi diri dan minat pelajar masing-masing seperti pelajar yang meminati bidang fesyen, muzik, seni, fotografi dan sebagainya. Ini memberi ruang kepada pelajar untuk meneroka dan mencari maklumat dan dimasukkan dalam blog mereka. Melalui blog juga, pelajar dapat membuat pautan pada mana-mana laman web yang lain yang disukai mereka. 5
  • 6. KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web Pendapat PelajarMengenai Blog Hasil kajian menunjukkan para pelajar ini menyatakan blog adalah medium perantaraan yang dapat membantu pelajar berhubung secara atas talian dengan guru dan rakan-rakan. Mereka juga menggunakan blog sebagai tempat untuk mencari maklumat dan bertukar-tukar pendapat serta berkongsi idea dengan pengguna yang lain. Kesemua pelajar menyatakan blog lebih mudah untuk dikendalikan berbanding dengan media lain yang memerlukan banyak penggunaan wang untuk tujuan penyebaran maklumat. Selain itu, mereka berpendapat blog turut digunakan sebagai buku harian peribadi untuk menceritakan perjalanan dan pengalaman harian masing-masing. Penggunaan blog sangat wajar kerana melalui blog dapat melahirkan generasi yang celik IT, kreatif dan berinovasi dalam menyenggara komputer. Selain itu, mereka menyatakan penggunaan blog dapat membantu mencari data dan maklumat yang diperlukan dengan segera, sebagai bahan rujukan pengajaran dan pembelajaran serta dapatmembincangkan atau memperkatakan tentang sesuatu topikdengan lebih mudah melalui ruang komen yang disediakan. Oleh itu, adalah wajar sesuatu blog yang dibangunkan dapat memberikan maklumat yang betul dan tepat bagi membantu pengguna mendapatkan pelbagai maklumat dan menurut Ahmad Muhaimin (2004), faktor yang menentukan baik dan buruknya sesuatu laman web itu adalah dari aspek reka bentuk isi kandungan, reka bentuk interaktiviti dan reka bentuk antara muka dan perkara ini perlu dititikberatkan kerana penggunaan internet dalam bidang pendidikan perlu diberi perhatian khususnya dari segi ketepatan maklumat. Penggunaan Blog dalam Bidang Pendidikan Pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web ini dilihat sebagai salah satu kaedah yang dapat menjamin keupayaan pelajar untuk berfikir dan meningkatkan daya imaginasi pelajar untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran yang pelbagai. Ia juga untuk mengubah corak pembelajaran tradisional kepada moden maka disebabkan itulah wujudnya blog-blog pendidikan. Namun begitu, laman web berasaskan pendidikan perlulah meliputi beberapa aspek penting seperti mengandungi mesra pengguna bagi memudahkan 6
  • 7. KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web pelajar mengakses bahan, penggunaan bahan yang menarik dan sejajar dengan perkembangan teknologi terkini. Cabrera (2002), perkongsian ilmu merupakan satu aktiviti di mana ilmu (maklumat, kemahiran atau kepakaran) ditukar dalam kalangan pengguna, rakan-rakan, ahli keluarga, komuniti atau sesebuah organisasi Hasil kajian mendapati blog sangat diminati kerana blog-blog pendidikan yang dihasilkan dihiasi dengan pelbagai grafik seperti reka bentuk yang menarik, elemen muzik yang dimasukkan, visual yang menarik dan sebagainya yang mampu menarik minat pelajar untuk melayarinya. Pelajar teruja jika bahan yang dimasukkan dapat diakses dengan mudah. Selain itu, blog juga boleh dikunjungi pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang membolehkan pelajar tidak terikat dengan masa yang terhad. Melalui blog juga pelajar tidak akan dikenakan bayaran di samping data dan maklumat yang dimasukkan dalam blog dapat disunting, dikutip dan ditaksir oleh pelajar. Pelajar juga menyatakan pendapat bahan-bahan pembelajaran yang dimasukkan banyak membantu pelajar untuk meningkatkan pemahaman pada sesuatu topik. Ini kerana pelajar dapat meneroka pautan-pautan lain yang terdapat pada blog tersebut dan ia memudahkan pelajar untuk mendapatkan bahan tambahan lain. Oleh itu, penggunaan blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah perlu bagi mentransformasikan pengajaran tradisional kepada moden yang menggunakan ICT seiring dengan peredaran zaman. Dapatan juga mendapati pelajar lebih gemar menggunakan blog kerana pelajar dapat mengumpul banyak maklumat berkaitan sesuatu topik di samping dapat memberi komen dan berkongsi idea pada ruangan yang disediakan. Bagi pelajar yang menjadi pengikut sesuatu blog mereka akan menerima maklumat-maklumat terbaru yang akan dihantar melalui e-mel. Ini memudahkan pelajar mendapatkan maklumat-maklumat terbaru dari semasa ke semasa. Menurut NurAzza (2009), penggunaan blog sebagai medium penghubung yang membolehkan maklumat atau bertukar pendapat dengan pengguna yang lain tanpa sempada atau kekangan masa. Untuk memastikan penggunaan blog dalam bidang pendidikan dilaksanakan maka guru perlu mengoptimumkan penggunaan blog sebagai perantara komunikasi antara guru dan pelajar.Menurut Kuroptawa (2005), penggunaan blog di dalam kelas mempunyai potensi yang tinggi untuk mempengaruhi pelajar dalam banyak cara positif antaranya medium permulaan memperkenalkan konsep baharu, forum untuk perbincangan da 7
  • 8. KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web menjawab kuiz di atas talian.Oleh itu, penggunaan blog pada masa kini sangat membantu dalam sistem pendidikan di negara kita. Kelebihan dan KelemahanBlog KELEBIHAN KELEMAHAN 1) Satu alternatif untuk menyimpan idea atau 1) Bahan yang disimpan belum tentu tugasan untuk dijadikan rujukan pada masa kesahihannya kerana ada maklumat yang akan datang. dimasukkan belum di semak dan dipantau. 2) Dapat melatih kemahiran kreativiti dalam 2) Menyebabkan berlaku penyamaran mengubahsuai blog identiti kerana menggunakan blog yang sedia ada dan biasanya pengguna akan tertipu kerana sebenar tidak didedahkan. 3) Melatih kemahiran menulis dalam pelbagai 3) Penulisan yang dimasukkan mungkin bahasa dan dapat meningkatkan menggunakan ayat-ayat atau perkataan pembelajaran kendiri. yang memburuk-burukkanbangsa, agama, masyarakat atau negara. 4) Dapat berkongsi maklumat dan idea 4) Blogger yang berniat jahat akan berlaku dengan rakan-rakan dan guru-guru penyebaran maklumatyang negatif, mengenai bahan-bahan pengajaran dan gambar lucah, videolucah atau bahan- pembelajaran seperti nota, gambar, video bahan terlarang lain yang sangat mudah dan sebagainya. didapati melalui internet. 5) Proses pembelajaran lebih mudah dan 5) Proses pembelajaran agak sukar kerana fleksibel kerana pelajar boleh belajar di ada segelintir pelajar lebih meminati mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. pembelajaran di dalam bilik darjah berbanding tempat lain kerana pelajar mahu dipantau dan dibantu oleh guru. 8
  • 9. KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web 6) Komen yang terdapat pada ruang blog 6) Penggunaannya terhad kerana tidak membolehkan pengunjung memberi semua pelajar mempunyai talian internet komen sama ada dari segi pujian atau pun di rumah dan peluang untuk mengakses kritikan untuk penambahbaikan. hanya di rumah. Oleh itu, terdapat pelajar yang tidak dapat memberi komen atau kritikan. 7) Dapat mentransformasikan pengajaran dan 7) Pembelajaran berorientasikan guru pembelajaran berpusatkan guru kepada dimana guru mengedarkan nota dan berorientasikan pengalaman pelajar di bahan daripada blog kepada pelajar mana pelajar mendapatkan sendiri semua kerana pelajar tiada inisiatif untuk bahan di blog guru mereka. mendapatkan bahan dari blog guru. 8) Pelajar juga akan menjadi aktif kerana 8) Pelajar yang aktif akan sentiasa ke pembelajaran lebih menarik dan ia tidak hadapan untuk mengambil bahagian terhad kepada penggunaan buku teks manakala yang pasif akan mendengar sahaja. Pelajar akan meneroka bahan sahaja jawapan atau pendapat yang dengan lebih banyak menerusi carian di diberikan rakan. internet. 9) Membantu pelajar untuk memperbaiki 9) Kadangkala guru gagal memantau penulisan dan memudahkan pelajar melihat jawapan yang diberikan pelajar hasil daripada guru dan rakan-rakan. menyebabkan jawapan yang diberikan kurang tepat dan tidak sesuai dikongsi oleh pelajar lain. 10) Mencetuskan pemikiran secara kreatif dan 10) Boleh berlaku copy right di mana akan kritis. berlaku peniruan maklumat, idea dan pendapat kerana pelajar yang malas berfikir akan menggunakan jawapan dan maklumat yang ada sebagai jawapannya. 11) Menggalakkan guru dan pelajar 11) Semua idea, pendapat dan maklumat berkolaborasimelalui bertukar-tukar menjadi kurang formal kerana ia dapat di pendapat, berkongsi idea dan komen- akses oleh sesiapa sahaja pada bila-bila 9
  • 10. KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web komen yang positif. masa dan menyebabkan ada komen- komen atau kritikan yang menggunakan ayat-ayat yang tidak baik. 12) Perkongsian pendapat antara guru dan 12) Kekangan guru yang tidak mengambil pelajar akan dapat meningkatkan profesion tahu tentang teknologi, tidak mahu dan prestasi akademik pelajar. mempelajari perkara baharu dan kesibukan dengan kelas dan aktiviti lain menyebabkan pengajaran masih berada di takuk lama dan profesion guru tidak dapat ditingkatkan. KESIMPULAN Zaman masa kini, bidang pendidikan adalah satu bidang yang sangat dititikberatkan memandangkan pendidikan adalah aras penentu masa depan generasi akan datang. Semakin jauh melangkah maka makin meningkat bilangan golongan cerdik pandai dalam pelbagai bidang. Maka, pada zaman teknologi maklumat ini adalah perlu untuk semua guru meningkatkan pengetahuan dan ilmu dalam bidang teknologi. Ini untuk memastikan pendidikan berasaskan teknologi ini diaplikasikan secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, adalah perlu sistem pendidikan di transformasikan kepada pendidikan moden di mana pengajaran berasaskan teknologi dirancang dengan baik. Pembangunan penggunaan teknologi boleh dicapai menerusi penggunaan internet secara menyeluruh dalam bidang pengajaran. Blog yang merupakan salah satu media sosial yang berkembang secara meluas pada masa kini dan merupakan satu transformasi yang mampu menarik perhatian untuk menyampaikan maklumat secara rasmi atau pun tidak rasmi. Penggunaan blog sebagai medium perantara antara guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memberi impak yang baik dalam perkembangan 10
  • 11. KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web ICT.Melalui blog pelajar lebih mudah berinteraksi, memberi komen dan bertanya soalan berkaitan pembelajaran. Penggunaan blog dalam pengajaran telah dapat menimbulkan minat di kalangan pelajar kerana selain ia memudahkan dan ia juga merupakan satu trend yang diminati oleh para pelajar zaman sekarang yang lebih mahukan teknologi berbanding tradisional yang lebih berpusatkan guru. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan pembelajaran kendiri kerana pelajar akan meneroka dan mencari maklumat, menyunting, menaksir dan menerbitkan sendiri maklumat yang diperoleh. Guru juga perlu merancang dengan teliti untuk memastikan penggunaan blog di aplikasikan sepenuhnya dalam pengajaran. Guru perlu menggunakan bahan dan sumber yang betul untuk memastikan pelajar dapat menerima pembelajaran dengan baik. Guru perlu mempunyai panduan atau menggunakan model pengajaran yang dapat membantu guru membuat perancangan pengajaran dengan betul. Terdapat beberapa model yang telah diperkenalkan namun model ASSURE yang telah direkabentuk oleh R. Heinrich, M. Molenda, J Rusell dan S. Smaldino telah diambil untuk dijadikan panduan oleh guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran. Model ini mambantu guru mengenalpasti menggunakan alat dan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dan murid dapat menguasai kandungan mata pelajaran. Terdapat enem elemen utama model ini iaitu A = Analyse Leaner (Analisis Pelajar), S = State objective (Nyatakan objektif), S = Select, modify or make media (pilih kaedah, media dan bahan), U = Utilise media and material (guna media dan bahan), R = Require Leaner Participation (dorong penglibatan pelajar) dan E = Evaluate and Revise (menilai dan menyemak semula). S R U Pengliba A S Pilih Guna tan E kaedah, Analisis Nyataka media pelajar Nilai media pelajar n objektif dan dalam bahan dan bahan pembela bahan jaran RAJAH 1 : MODEL ASSURE 11
  • 12. KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web Model ini membantu guru untuk merancang pengajaran dan memilih media, bahan dan sumber yang betul dalam melaksanakan pengajaran berasaskan teknologi. Keberkesanan penggunaan media dalam pengajaran adalah bergantung sepenuhnya ke atas guru sendiri. Oleh itu, adalah perlu guru mendalami ilmu teknologi bagi memastikan penggunaan teknologi dapat dipelbagaikan sejajar dengan perkembangan pendidikan masa kini. Blog salah satu cara mudah untuk memperoleh ilmu atau berkongsi maklumat dengan orang lain. Penggunaan blog juga sebagai salah satu altenatif bahan bantu mengajar yang dapat membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan pembelajaran. Aplikasi blog dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan ruang interaksi sosial antara guru dan pelajar untuk membuat refleksi dan mendapatkan maklum balas berkaitan sesuatu topik.Oleh itu, adalah wajar guru-guru mengaplikasikan blog untuk tujuan pengajaran bagi memastikanpelajar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran. 12
  • 13. KPT 6044 : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web RUJUKAN Ahmad ZamzuriMohamad Ali (2012). Pembelajaran Berasaskan Web : Isu dan Trend, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Noorfazlinda Binti Othman (2010). Kajian Penggunaan Blog Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Tesis Universiti Teknologi Malaysia. http://blogs.iium.edu.my/marzuki/files/2009/05/model-assure.pdf http://cikguwanupsi.blogspot.com/2010/08/1.html http://edu3105-amin.blogspot.com/2011/06/model-assure_28.html http://en.wikipedia.org/wiki/Blog http://mohdruzzi.blogspot.com/2008/08/strategi-pengajaran-dan-pembelajaran.html http://suhairi87.wordpress.com/kesan-ict-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran/ http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/Noor%20Fazlinda%20Othman%20 MPP091028ttp.pdf 13