Tugasan 2 , kupasan blog

240 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
240
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
11
Actions
Shares
0
Downloads
2
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan 2 , kupasan blog

  1. 1. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 2013 MUHAMMAD KHAIRULRIJAL BIN MOHAMAD SAAD M20121000520 KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB BLOG BAHASA JIWA BANGSA, http://kheirez.wordpress.com/ 1.0 PENGENALAN Blog Wordpress yang telah dibina oleh saya merupakan satu hasil cubaan pertama saya untuk projek tugasan bagi kursus KPT 6044 iaitu Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web. Meskipun saya merupakan pelajar yang kurang mahir dalam bidang IT , kursus ini sedikit sebanyak membuka satu lembaran ilmu baru saya untuk mencipta satu kaedah laman web dalam memberikan kurikulum yang lebih berkesan dalam pengajaran kelak. Blog Wordpress saya adalah berkaitan dengan subjek bahasa Melayu dengan nama blog saya ialah Bahasa Jiwa Bangsa dengan link http://kheirez.wordpress.com/. Di dalam blog saya terdapat pelbagai bahan yang telah dilaksanakan oleh saya untuk subjek bahasa Melayu bagi tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Kebanyakan bahan yang dimasukkan adalah berkaitan sejarah Melayu, tatabahasa dan ilmu Komponen Sastera bagi sekolah menengah. Beberapa latihan telah dimasukkan sebagai langkah persediaan pelajar di dalam peperiksaan dengan menggabungkan beberapa link web lain untuk menambahkan ilmu pengetahuan pelajar dalam aspek tatabahasa. Mengapa saya memilih subjek bahasa Melayu dalam pembinaan blog pendidikan saya. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diwujudkan kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa. Semua kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Kepelbagaian ini kalau tidak ditangani dengan berhati-hati akan menimbulkan pelbagai permasalahan. Satu mekanisme bahasa diwujudkan untuk penyatuan untuk mengeratkan hubungan kekitaan seluruh rakyat Malaysia. Maka, menurut Zulkifley. Ramli Md. Salleh& Rahim Aman, 2007, Bahasa Melayu yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan telah menjadi bahasa penyatu rakyat Malaysia. Jelaslah apabila pendidikan Bahasa Melayu amat penting dalam sesebuah masyarakat. oleh itu saya telah menggabungkan teknologi sekarang dalam pengajaran bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana Majlis Teknologi Pendidikan, United Kingdom mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai suatu pembentukan, penerapan, dan penilaian sistem, teknik dan bantuan untuk memperbaiki proses pembelajaran (CET, 1979). Pusat Kebangsaan Pembelajaran 1
  2. 2. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 2013 Terancang, United Kingdom pula mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai penerapan ilmu saintifik mengenai pembelajaran dan juga syarat pembelajaran untuk memperbaiki keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan latihan (Cowen, 1980).Manakala Suruhanjaya Teknologi Pengajaran, USA sebaliknya mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai suatu cara yang sistematik untuk merekabentuk, melaksana, dan menilai keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) dari segi objektif khusus, berdasarkan penyelidikan terhadap pembelajaran manusia dan komunikasi dengan menggunakan gabungan sumber manusia dan bukan manusia untuk membawa kepada pengajaran yang berkesan (Bjerstedt, 1972). Teknologi maklumat memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. Multimedia Super Corridor (MSC) ialah suatu projek teknologi maklumat yang sangat penting ke arah meningkatkan taraf ekonomi Negara, taraf pendidikan rakyat, peningkatan sains dan teknologi, peningkatan perdagangan antarabangsa dan pentadbiran yang lebih bersistematik. 2.0 HALAMAN UTAMA Pada halaman utama blog Bahasa Jiwa bangsa , saya telah meletakkan video berkaitan bahasa jiwa bangsa. Video yang menunjukkan bagaimana bahasa boleh mencerminkan bangsa Malaysia yang terdiri dari kepelbagaian kaum, hal ini menjelaskan kepentingan bahasa Melayu sekali gus berperanan sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu sebagai induksi blog juga menjelaskan bahawa video memainkan peranan penting dalam teknologi pendidikan sesebuah negara. Dengan lain perkataan elemen-elemen yang terdapat dalam video mampu memberi satu pengalaman baru melalui proses menghubung kait antara pembelajaran di bilik darjah dengan situasi sebenar di luar bilik darjah. Menyedari hakikat ini saya menyediakan bahan video yang sesuai digunakan dalam pengajaran. Sebagai contoh Astro telah melancarkan projek rintis ”Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah” yang memberi kemudahan peralatan untuk mengakses saluran terpilih untuk tujuan tersebut. Malah Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri melalui laman sesawangEduWebTV (www.eduwebtv.com) menyediakan pelbagai rancangan untuk dimuat turun oleh guru dan pelajar dalam sesi P&P. Brown J. W., Lewis R.B, Harcleroad F.F, (1985) menegaskan bahawa gambar bergerak adalah merupakan bahan yang mempunyai 2
  3. 3. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 2013 kekuatan yang tinggi jika dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Memandangkan betapa pentingnya peranan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka guru seharusnya merancang dengan menyusun strategi ke arah pengaplikasian dan pengintegrasian video dalam pengajaran mereka. Pengintegrasian ini harus diambil kira dari aspek ilmu, kemahiran, kepelbagaian gaya belajar, penjanaan minda kritis dan kreatif, dan penerapan nilai murni dalam usaha memupuk insan yang seimbang sepertimana yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru harus mampu membuat inovasi terhadap kaedah pengajaran agar penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan serta mampu menjadikan aktiviti pembelajaran itu menyeronokkan kepada pelajarpelajar. Beberapa contoh aktiviti akan dibincangkan dalam penulisan seterusnya nanti 3.0 ASPEK LAIN DI DALAM BLOG Selain itu saya juga menyelitkan berkaitan sejarah bahasa Melayu di samping beberapa data peribadi saya secara ringkas. Saya juga menyelitkan beberapa nota tatabahasa sebagai ilmu pengetahuan yang penting terhadap pelajar. Tujuan menggunakan web sebagai wadah nota kepada pelajar adalah kerana tujuan teknologi pengajaran ialah untuk mengubah dan memberi kesan terhadap pembelajaran. Pembelajaran adalah matlamat, manakala pengajaran adalah cara untuk mencapai matlamat ini. Guru harus memahami maksud pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju. pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju. Mengaplikasikan teknologi web sebagai kuiz tatabahasa dapat melahirkan pengajar yang kompeten, tumpuan utama teknologi pendidikan ialah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif. Web Bahasa Jiwa Bangsa menjelaskan telah menitik beratkan dalam penyampaian kandungan P&P oleh guru. Murid-murid telah dibawa keluar daripada kepompong ciri-ciri pembelajaran abad ke-19, antaranya, guru ibarat pelayan komputer yang meyimpan beribu-ribu maklumat dan murid ibarat cakera keras tanpa memori yang menunggu untuk diisi. Hal ini telah 3
  4. 4. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 2013 diaplikasikan oleh saya dengan menggunakan latihan melalui blog saya daya dengan gaya pembelajaran terkini, seperti yang ditegaskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), menyarankan penggunaan pelbagai pendekatan seperti pembelajaran secara hands-on, kontekstual, konstruktivisme dan masteri, melalui permainan dan inkuiri penemuan; dan berasaskan projek. Pendekatan yang digunakan haruslah memberi peluang yang tidak terhad kepada murid dan mengambil kira tahap kecerdasan murid. Ini adalah selaras dengan gaya pembelajaran abad ke-21 yang berpaksikan literasi era digital, murid berfikir secara kreatif dan inovatif, kemahiran komunikasi yang berkesan dan penghasilan kerja yang tinggi. Alvin Toffler, seorang penulis yang terkenal dalam bidang revolusi digital pernah mengatakan, “The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write, but those who cannot learn, unlearn and relearn.” (Buta huruf pada abad ke-21 bukanlah individu yang tidak boleh membaca dan menulis tetapi terdiri daripada individu yang tidak boleh belajar, belajar meninggalkan apa yang telah dipelajari dan belajar semula). Tuntutan kehidupan abad ke-21 memerlukan reaksi pantas manusia untuk berubah mengikut keadaan dan situasi agar tidak ditenggelami oleh tsunami teknologi. Gaya pengajaran guru perlu seiring dengan gaya pembelajaran murid agar tidak P&P dapat dilaksanakan dengan berkesan. Justeru, guru-guru perlu mengambil sikap yang terbuka dalam mengetahui dan mengenal pasti teknologi pendidikan berkesan yang menggabungjalinkan teori instruksional dan teori pembelajaran. Seperti seorang tukang rumah yang mempunyai peralatan seperti tukul, paku, tangga dan sebagainya, muridmurid perlu dibekalkan dengan pelbagai peralatan (teknologi) yang dapat membantu mereka belajar dengan cepat dan berkesan. Dengan wujudnya gabungan literasi maklumat dan teknologi pendidikan yang baik, pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan memberi impak yang besar dalam proses Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti yang menjadi misi Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara peranan dan kepentingan lain teknologi pendidikan ialah untuk mengubah peringkat membuat keputusan, mengubah sistem atau pendekatan pembelajaran, dan mengubah pengalaman pembelajaran. Selain itu saya juga menyediakan ruang untuk pelajar memberi komen dan bertanya soalan pengetahuan dan kefahaman terhadap subjek bahasa Melayu. Beberapa game dan video juga akan disertakan setiap minggu supaya pelajar tidak merasa boring. Di samping itu juga 4
  5. 5. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 2013 disediakan pautan laman web atau blog pendidikan yang lain berkaitan subjek –subjek yang memudahkan untuk pelajar membuat ulang kaji pengajaran mereka. 4.0 KESIMPULAN Sebagai konklusi nya untuk memperoleh manfaat mengguna BLOG dalam P&P, penggunaan ICT dalam P&P mesti dirancang dengan baik, bukan secara "bidan terjun" atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Penggunaan blog juga harus bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan P&P. Yang penting sekali ialah terdapat peralatan ICT yang mencukupi dan perisian yang sesuai yang boleh diguna dalam aktiviti pembelajaran. Matlamat utama mengintegrasikan ICT dan blog dalam kurikulum adalah untuk membantu murid memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami ICT. Adalah penting bagi murid untuk menguasai kebolehan-kebolehan ini semasa proses pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum . Peranan ICT dalam P & P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun begitu kehadiran ICT sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting dalam integrasi ICT ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P & P dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta memperoleh hasil yang bertepatan dengan isi kandungan 5

×