SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
X PENGENALAN
Dalam mengurus aktiviti kokurikulum di sekolah, Pengetua/Guru Besar sebagai
Penolong Pendaftar hendaklah menubuhkan Organisasi Pengurusan
Kokurikulum Sekolah bagi membantu beliau memantau, menilai, memperbaiki,
mencemerlangkan aktiviti kokurikulum sekolah.
Beberapa perkara perlu di ambil kira semasa membentuk organisasi ini agar ia
dapat memberikan faedah kepada pelajar dan sekolah.
(a) Fungsi dan tanggungjawab setiap ahli;
(b) Kekerapan mengadakan mesyuarat;
(c) Pembentukan jawatankuasa kecil;
T
To
op
pi
ik
k
1
1
X Pengenalan
Pendidikan
Kokurikulum
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan definisi dan konsep kokurikulum yang sesuai dengan
tugas dan tanggungjawab mereka di sekolah;
2. Mengenal pasti matlamat dan objektif pendidikan kokurikulum di
sekolah;
3. Menyenaraikan strategi yang sesuai untuk melaksanakan kokurikulum
di sekolah;
4. Menerangkan sejarah perkembangan pendidikan kokurikulum; dan
5. Menjelaskan fungsi aktiviti pendidikan kokurikulum.
X TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM
2
(d) Pelaporan berkala; dan
(e) Dokumentasi.
KONSEP PENDIDIKAN KOKURIKULUM
„Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk
kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur, kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan‰
(Subperaturan 3(1) dalam peraturan-peraturan, 1997).
Huraian di atas bermaksud perlaksanaan kokurikulum adalah wajib
dilaksanakan di sekolah dan institut pendidikan guru. Sebarang kegagalan dan
keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum merupakan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali (Akta
Pendidikan, 1996.
1.1.1 Pengenalan Pendidikan Kokurikulum
Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan
sebahagian daripada aktiviti kurikulum. Aktiviti ini juga adalah aktiviti yang
harus diikuti oleh setiap pelajar sama ada ia dilaksanakan di dalam ataupun di
luar bilik darjah bergantung kepada keperluan dan kesesuaian sesuatu aktiviti.
Aktiviti ini penting diikuti pelajar untuk membolehkan mereka memperoleh
seberapa banyak pengalaman, kemahiran dan pengetahuan untuk
mengembangkan kredibiliti yang ada pada diri mereka. Ini juga berlandaskan
andaian bahawa setiap pelajar jika diberikan peluang akan berupaya
menyerlahkan ke arah perkembangan bakat, minat, mental, jasmani, sahsiah,
rohani dan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
FALSAFAH PENDIDIKAN KOKURIKULUM
Berikut adalah beberapa falsafah pendidikan kokurikulum:
(a) Setiap pelajar mempunyai minat dan kebolehan yang boleh
diperkembangkan dan diperkukuhkan.
1.2
1.1
TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM W 3
(b) Setiap orang pelajar boleh dididik dan diasuh berdasarkan kesesuaian dan
keupayaan mereka.
(c) Setiap orang pelajar perlu ada keseimbangan dari segi perkembangan
intelek, perkembangan fizikal, emosi dan rohani.
(d) Sekolah adalah institusi yang bertanggungjawab melahirkan pelajar yang
berkualiti untuk masyarakat dan negara.
(e) Masyarakat juga bertanggungjawab untuk mendidik pelajar supaya
menjadi warganegara yang berhemah dan berketerampilan.
(f) Setiap pelajar perlu dididik dan diasuh untuk menjadi masyarakat yang
sentiasa bertakwa dan berpegang kepada ajaran agama.
(g) Setiap pelajar perlu diasuh dan diperkembangkan keupayaan mereka
dalam aspek nilai murni, interpersonal dan intrapersonal.
1.2.1 Matlamat Pendidikan Kokurikulum
Matlamat kokurikulum adalah penglibatan maksimum semua murid, warga
guru/IPG serta anggota masyarakat untuk:
(a) Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan, integrasi nasional di kalangan
generasi muda dan peningkatan disiplin pelajar;
(b) Memperkenalkan pengalaman menyeluruh dan keseimbangan dengan
pendidikan formal;
(c) Menyemai nilai pendidikan;
(d) Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan,
sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar;
(e) Menyumbang usaha membina masyarakat 1 Malaysia, budaya dan tempat
belajar yang menarik dan menyeronokkan;
(f) Mewujudkan keseimbangan perkembangan jasmani, emosi, rohani intelek
dan sosial (JERIS); dan
(g) Mengisi masa lapang dengan berfaedah.
1.2.2 Objektif Pendidikan Kokurikulum
Berikut adalah objektif pendidikan kokurikulum:
(a) Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan kepada
tuhan;
(b) Menyumbang perkembangan JERIS;
X TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM
4
(c) Mengukuh perhubungan dan pergaulan antara murid;
(d) Membina dan meningkat disiplin, minat dan bakat murid dalam aktiviti
diceburi;
(e) Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan seronok;
(f) Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara
sekolah dan masyarakat;
(g) Mewujudkan sekolah berwatak; dan
(h) Menyediakan murid untuk program latihan khidmat negara (PLKN), Sila
rujuk Rajah 1.1, dan integrasi nasional.
Rajah 1.1: Antara aktiviti di dalam program PLKN
STRATEGI PELAKSANAAN PENDIDIKAN
KOKURIKULUM
Untuk mencapai matlamat serta objektif yang disenaraikan dalam kokurikulum
ini, beberapa strategi pelaksanaannya perlulah diambil perhatian. Antaranya
ialah:
 Memberikan keutamaan dan wajaran yang sesuai kepada pelaksanaan
aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling
melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.
 Menambah bilangan pasukan berunifom, persatuan atau kelab, sukan atau
permainan dan aktiviti lain yang memberikan faedah kepada perkembangan
sahsiah, keperibadian, dan kemahiran serta pengetahuan murid-murid.
 Mempelbagaikan lagi aktiviti yang berkaitan dengan unit berunifom,
persatuan atau kelab, sukan atau permainan agar semua murid dapat
melibatkan diri secara optimum dalam aktiviti yang diminati.
1.3
TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM W 5
 Melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan menyediakan aktiviti yang
bersesuaian untuk tujuan perpaduan.
 Memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan antara pihak sekolah, murid
dan masyarakat.
 Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Murid dan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) dalam perancangan aktiviti kokurikulum.
 Melaksanakan sistem pengurusan kokurikulum secara bersepadu dan
menyimpan rekod aktiviti kokurikulum murid sepanjang tahun dalam sesi
persekolahan mereka. Menggunakan Sistem Pengurusan Aktiviti
Kokurikulum Sekolah (SPAKS) secara berkomputer memudahkan
penyimpanan rekod murid.
 Merancang dan manganjurkan aktiviti pertandingan yang boleh melibatkan
semua murid di sekolah.
 Menyelia dan menilai penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum secara
berhemah dan berterusan serta adil.
 Merancang serta melaksanakan sesi pemberian penghargaan dan
pengiktirafan kepada mana-mana murid yang telah mencapai tahap
kecemerlangan dalam kegiatan kokurikulum.
 Memberikan penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni
dalam aktiviti kokurikulum.
 Merancang dan menyelia setiap aktiviti kokurikulum dengan sempurna dan
berkesan sesuai dengan objektif yang disarankan.
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
KOKURIKULUM
Sebenarnya kegiatan kokurikulum telah lama diperkenalkan di sekolah-sekolah
Melayu semasa era penjajahan Inggeris. Setiap murid akan diberikan kemahiran
menanam sayur-sayuran, mengait, membuat kraf tangan, menanam pokok
bunga dan lain-lain.
Pada tahun 1909, pergerakan pengakap pertama ditubuhkan di Singapura.
Penubuhan SITC (kini dikenali sebagai UPSI) pada tahun 1928, juga banyak
memberikan sumbangan kepada pelaksanaan kokurikulum. Setiap bakal guru,
selain mempelajari bidang akademik, mereka juga dilatih dengan pelbagai
kemahiran seperti berkebun, membuat kraf tangan, menjahit, permainan (rujuk
Rajah 1.2) dan termasuklah kegiatan unit berunifom (sila rujuk Rajah 1.3).
1.4
X TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM
6
Rajah 1.2: Contoh aktiviti kokurikulum permainan di SITC
Rajah 1.3: Contoh aktiviti kokurikulum unit beruniform di SITC
Laporan Razak 1956, menyebut bahawa kegiatan kokurikulum dijadikan sebagai
suatu kegiatan berkumpulan dan wajib dilaksanakan disekolah. Pada tahun
1960-an dan 1970-an, kegiatan kokurikulum dijadikan sebahagian daripada
aktiviti berasingan daripada proses perkembangan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah.
Laporan Kabinet 1978, menguatkan lagi kepentingan kokurikulum sebagai suatu
bidang selain akademik yang diharapkan akan dapat membentuk sahsiah serta
keperibadian pelajar secara lebih positif. Manakala pada tahun 1985, 60 minit
subjek kokurikulum telah dimasukkan ke dalam jadual waktu Kurikulum Baru
TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM W 7
Sekolah Rendah (KBSR). Konsep aktiviti dan pelaksanaan kokurikulum juga
telah berubah.
Dengan pendekatan terkini, kokurikulum menjadi semakin penting. Konsep
kegiatan kokurikulum pada asalnya hanya sebagai suatu aktiviti sampingan dan
tambahan telah menjadi semakin penting. Pendidikan kokurikulum menjadi
sama pentingnya dengan pendidikan akademik. Setiap sekolah sama ada swasta
ataupun kerajaan diwajibkan mengadakan pendidikan kokurikulum. Pendidikan
kokurikulum diharapkan akan dapat memperkembangkan sahsiah serta
keperibadian individu melalui aktiviti yang terancang.
Setiap sekolah, daerah, negeri dan kementerian telah mewujudkan
jabatan/bahagian/unit yang mengurus pendidikan kokurikulum. Malahan
jawatan yang berkaitan dengan kokurikulum seperti penyelia kokurikulum,
penolong kanan kokurikulum, pengarah dan pelbagai lagi jawatan yang
bersangkutan bertujuan menjadikan pendidikan kokurikulum lebih mapan dan
teratur.
Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pendidikan kokurikulum juga
menjadi sebahagian daripada kurikulum penting dan juga syarat untuk
bergraduat. Contohnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), setiap
pelajar diwajibkan mengambil 6 jam kredit untuk kursus kokurikulum. Begitu
juga dengan Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM)
dan lain-lain universiti.
FUNGSI AKTIVITI PENDIDIKAN
KOKURIKULUM
Aktiviti pendidikan kokurikulum sememangnya mempunyai fungsi tertentu
dalam membina serta memperkembangkan diri pelajar agar sedia bersaing dan
mapan dalam menempuh arus pembangunan terkini. Antara fungsi pendidikan
kokurikulum ialah:
(a) P
Pendidikan yang menyeluruh dan seimbang
Aktiviti kokurikulum yang terancang adalah berperanan untuk memugar
atau memperkembangkan potensi diri individu. Pembelajaran secara
formal di dalam bilik darjah hanya menumpukan kepada perkembanan
kognitif sahaja. Melalui aktiviti kokurikulum seperti berkhemah (sila rujuk
Rajah 1.4), bermain, bersantai dan bersukan akan dapat
memperkembangkan setiap keupayaan dan kebolehan pelajar sama ada
dari segi jasmaninya, rohaninya, emosinya atau keintelektualannya.
1.5
X TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM
8
Rajah 1.4: Contoh aktiviti berkhemah - belajar cara masak ala hutan
(b) M
Menggilap bakat pelajar
Aktiviti kokurikulum juga secara tidak langsung akan dapat menggilap
bakat serta kebolehan pelajar. Setiap pelajar mempunyai reputasi dan
potensi yang tersendiri. Dengan aktiviti yang berkaitan setiap bakat dapat
dilihat dan diperkembangkan. Rajah 1.5 menunjukkan aktiviti menari,
antara salah satu bakat yang berjaya dicungkil melalui aktiviti
kokurikulum.
Rajah 1.5: Aktiviti menari
(c) M
Menyemai dan memupuk aspek kepimpinan
Aktiviti kokurikulum juga dapat membina dan memupuk aspek
kepimpinan dalam kalangan pelajar. Aktiviti seperti perkhemahan, kawat
kaki, pertandingan adalah sebahagian daripada aktiviti yang dapat
membina sifat kepimpinan pada diri pelajar.
TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM W 9
(d) P
Peningkatan disiplin pelajar
Aktiviti kokurikulum juga akan dapat memupuk kesedaran tentang
kepentingan disiplin kepada pelajar (sila rujuk Rajah 1.6). Aktiviti yang
berkaitan dengan pakaian seragam seperti pengakap, Persatuan Bulan Sabit
Merah, St. John Ambulance dan lain-lain lagi adalah antara aktiviti yang
amat berkait rapat dengan pembinaan dan pemupukan disiplin dalam
kalangan diri pelajar.
Rajah 1.6: Kegiatan kokurikulum melatih pelajar berdisiplin
(e) M
Memupuk dan memperkukuhkan perasaan muhibah serta perpaduan
Aktiviti kokurikulum juga berfungsi untuk mewujudkan perasaan
muhibah dan perpaduan kalangan pelajar. Dalam setiap aktiviti yang
diikuti oleh pelajar, mereka akan bersama-sama melaksanakan setiap
aktiviti tanpa mengira warna kulit, kaum atau bangsa. Perasaan muhibah
yang terjalin akan membuahkan sifat keharmonian dan perpaduan serta
semangat kekitaan (espirit de corp).
(f) M
Menyemai dan memupuk nilai murni
Aktiviti kokurikulum juga banyak berkaitan dengan penerapan serta
penyemaian nilai murni. Contohnya dalam aktiviti berpengakap setiap
pelajar akan diajarkan tentang persetiaan pengakap yang berteraskan
kepada kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan, keluhuran dan kesopanan.
Kesemua ini adalah sebahagian daripada nilai murni yang patut disemai
dan dipupuk dalam diri pelajar.
(g) B
Bijak menggunakan masa lapang
Aktiviti kokurikulum juga banyak yang bersifat pengisian masa lapang
secara terarah dan tersusun. Aktiviti bersukan, perairan (sila rujuk Rajah 1.7),
bermain dan berpesatuan adalah antara contoh yang akan dapat
X TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM
10
memberikan impak positif kepada pelajar untuk mengisi masa lapang
mereka agar tidak terjerumus ke dalam aktiviti yang tidak bermoral.
(a) Berkayak (b) Rafting
Rajah 1.7: Contoh aktiviti kokurikulum perairan
(h) M
Menyumbang usaha membina iklim, budaya dan tempat yang menarik dan
menyeronokkan
Semakin banyak aktiviti kokurikulum di sesebuah institusi pendidikan,
semakin cerialah tempat berkenaan. Terbinalah suatu iklim atau budaya
pembelajaran yang menarik minat setiap pelajar. Keadaan ini akan
memungkinkan wujudnya suasana pembelajaran serta penguasaan ilmu
yang menyeronokkan.
(i) K
Khidmat masyarakat
Aktiviti kokurikulum juga akan dapat merapatkan lagi hubungan antara
murid, guru dan sekolah dengan masyarakat setempat. Aktiviti seperti
lawatan ke rumah orang tua, rumah anak yatim dan penduduk kampung
akan dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan masyarakat.
Sesuai dengan moto dalam pemasyarakatan pendidikan iaitu „Masyarakat
itu Sekolah dan Sekolah itu Masyarakat‰. Malahan, aktiviti gotong-royong
membersihkan kawasan masjid, kuil, tempat riadah dan lain-lain juga
adalah antara aktiviti khidmat masyarakat yang amat positif mewujudkan
permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat.
(j) H
Hobi dan rekreasi
Aktiviti kokurikulum juga berfungsi untuk menggalakkan pelajar memilih
dan menyempurnakan hobi atau kegemaran mereka secara teratur dan
berfaedah. Contohnya hobi seperti mengumpul setem, memancing,
berbasikal dan lain-lain jika disalurkan dengan cara yang baik sudah pasti
akan memberikan impak yang positif terhadap perkembangan sahsiah
pelajar.
TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM W 11
1.5.1 Impak Pendidikan Kokurikulum kepada Pelajar
Berikut adalah antara beberapa impak pendidikan kokurikulum kepada pelajar:
(a) Mengamalkan dan mengukuhkan lagi ilmu pengetahuan yang diperoleh
semasa belajar dalam bilik darjah.
(b) Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh
melalui pembelajaran formal dalam bilik darjah.
(c) Mengalami sendiri situasi dan proses yang menjana ilmu pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran yang telah dan akan dipelajari dan memupuk
sikap yakin akan kebolehan diri sendiri.
(d) Melatih diri hidup secara berdikari.
(e) Berinteraksi dan menghargai serta menanamkan sifat
kebertanggungjawaban terhadap kepentingan alam sekitar.
(f) Mengembangkan minat serta bakat dalam sesuatu bidang yang diceburi.
(g) Menghargai serta mengalami sendiri tentang kepentingan nilai-nilai murni
dalam kehidupan.
(h) Menghargai serta mengalami sendiri hakikat kepentingan perpaduan dan
bekerjasama dalam kehidupan bermasyarakat.
(i) Menguji serta mempertingkatkan ciri-ciri kepimpinan, ketabahan dan
kecekalan menghadapi cabaran serta masalah.
(j) Memanfaatkan peluang yang ada dan meneroka peluang-peluang baru
yang ada untuk kemajuan diri sendiri dan rakan.
(k) Memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru yang
berkemungkinan tidak diperoleh dalam bilik darjah.
(l) Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi dalam bidang yang diminati dan
diceburi.
(m) Memperluas persepsi dan pandangan hidup.
(n) Berkebolehan untuk berinteraksi bersama rakan dan masyarakat untuk
mewujudkan suasana yang harmoni, ceria, aman dan sejahtera.
(o) Mengisi masa lapang dengan kerja-kerja yang berfaedah.
(p) Memberikan sumbangan tenaga, idea dan buah fikiran secara bernas
melalui khidmat kepakaran yang sedia ada.
X TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM
12
(q) Menyuburkan sifat-sifat penyayang, bertimbang rasa, toleransi, menerima,
berbudi bahasa yang mulia,bersopan santun, empati dan kepimpinan.
(r) Memperkembangkan lagi kesejahteraan dan ketangkasan jasmani,
ketenangan dan kematangan emosi, keluhuran rohani dan kecemerlangan
serta keterampilan intelek.

More Related Content

Similar to pengenalan pendidikan kokurikulum

Tugas Power Point Linda
Tugas Power Point LindaTugas Power Point Linda
Tugas Power Point Lindamulyaparlinda
 
Tugas Power Point Linda
Tugas Power Point LindaTugas Power Point Linda
Tugas Power Point Lindamulyaparlinda
 
Tugas Power Point Linda
Tugas Power Point LindaTugas Power Point Linda
Tugas Power Point Lindamoelya
 
Makalah Telaah Kurikulum
Makalah Telaah KurikulumMakalah Telaah Kurikulum
Makalah Telaah KurikulumSri Damanik
 
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap iMaster modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap iThian Ngee
 
proker_2267_1622083786_Program Kerja Waka Kesiswaan.pdf
proker_2267_1622083786_Program Kerja Waka Kesiswaan.pdfproker_2267_1622083786_Program Kerja Waka Kesiswaan.pdf
proker_2267_1622083786_Program Kerja Waka Kesiswaan.pdfKhalisnurulhidayah
 
MATERI 1 PRADIGMA.pptxvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
MATERI 1 PRADIGMA.pptxvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvMATERI 1 PRADIGMA.pptxvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
MATERI 1 PRADIGMA.pptxvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvgualbertusmeo
 
25. pendidikan karakter_via_ekstra
25. pendidikan karakter_via_ekstra25. pendidikan karakter_via_ekstra
25. pendidikan karakter_via_ekstraAgus Gunawan
 
Beberapa definisi kurikulum
Beberapa definisi kurikulumBeberapa definisi kurikulum
Beberapa definisi kurikulumId Id Sabiq
 
Tugas kak lia
Tugas kak liaTugas kak lia
Tugas kak liasultanary
 
Tahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docx
Tahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docxTahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docx
Tahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docxWaddaHaruna
 
Makalah perkembangan kurikulum
Makalah perkembangan kurikulumMakalah perkembangan kurikulum
Makalah perkembangan kurikulumafrianarohmi1
 
Power Point.KK C Pedagogik SD.Kelas Tinggi
Power Point.KK C Pedagogik  SD.Kelas TinggiPower Point.KK C Pedagogik  SD.Kelas Tinggi
Power Point.KK C Pedagogik SD.Kelas TinggiHeru Supanji
 
Program kerja-kesiswaan1
Program kerja-kesiswaan1Program kerja-kesiswaan1
Program kerja-kesiswaan1Hilmi Halim
 
1. modul prasekolah (2)
1. modul prasekolah (2)1. modul prasekolah (2)
1. modul prasekolah (2)praba karan
 
2 MODUL PRASEKOLAH.pdf
2 MODUL PRASEKOLAH.pdf2 MODUL PRASEKOLAH.pdf
2 MODUL PRASEKOLAH.pdfMalarVasantha1
 

Similar to pengenalan pendidikan kokurikulum (20)

Tugas Power Point Linda
Tugas Power Point LindaTugas Power Point Linda
Tugas Power Point Linda
 
Tugas Power Point Linda
Tugas Power Point LindaTugas Power Point Linda
Tugas Power Point Linda
 
Tugas Power Point Linda
Tugas Power Point LindaTugas Power Point Linda
Tugas Power Point Linda
 
Ktsp farmasi
Ktsp farmasiKtsp farmasi
Ktsp farmasi
 
Makalah Telaah Kurikulum
Makalah Telaah KurikulumMakalah Telaah Kurikulum
Makalah Telaah Kurikulum
 
Budaya sekolah 3
Budaya sekolah 3Budaya sekolah 3
Budaya sekolah 3
 
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap iMaster modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
 
proker_2267_1622083786_Program Kerja Waka Kesiswaan.pdf
proker_2267_1622083786_Program Kerja Waka Kesiswaan.pdfproker_2267_1622083786_Program Kerja Waka Kesiswaan.pdf
proker_2267_1622083786_Program Kerja Waka Kesiswaan.pdf
 
MATERI 1 PRADIGMA.pptxvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
MATERI 1 PRADIGMA.pptxvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvMATERI 1 PRADIGMA.pptxvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
MATERI 1 PRADIGMA.pptxvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
 
25. pendidikan karakter_via_ekstra
25. pendidikan karakter_via_ekstra25. pendidikan karakter_via_ekstra
25. pendidikan karakter_via_ekstra
 
Beberapa definisi kurikulum
Beberapa definisi kurikulumBeberapa definisi kurikulum
Beberapa definisi kurikulum
 
Tugas kak lia
Tugas kak liaTugas kak lia
Tugas kak lia
 
Bab iv
Bab ivBab iv
Bab iv
 
Tahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docx
Tahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docxTahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docx
Tahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docx
 
Makalah perkembangan kurikulum
Makalah perkembangan kurikulumMakalah perkembangan kurikulum
Makalah perkembangan kurikulum
 
Power Point.KK C Pedagogik SD.Kelas Tinggi
Power Point.KK C Pedagogik  SD.Kelas TinggiPower Point.KK C Pedagogik  SD.Kelas Tinggi
Power Point.KK C Pedagogik SD.Kelas Tinggi
 
Program kerja-kesiswaan1
Program kerja-kesiswaan1Program kerja-kesiswaan1
Program kerja-kesiswaan1
 
Program kerja-kesiswaan1
Program kerja-kesiswaan1Program kerja-kesiswaan1
Program kerja-kesiswaan1
 
1. modul prasekolah (2)
1. modul prasekolah (2)1. modul prasekolah (2)
1. modul prasekolah (2)
 
2 MODUL PRASEKOLAH.pdf
2 MODUL PRASEKOLAH.pdf2 MODUL PRASEKOLAH.pdf
2 MODUL PRASEKOLAH.pdf
 

Recently uploaded

Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024RahmadLalu1
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerakputus34
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxFitriaSarmida1
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMMPenyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMMRiniGela
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptxfurqanridha
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxsalmnor
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 

Recently uploaded (20)

Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMMPenyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 

pengenalan pendidikan kokurikulum

  • 1. X PENGENALAN Dalam mengurus aktiviti kokurikulum di sekolah, Pengetua/Guru Besar sebagai Penolong Pendaftar hendaklah menubuhkan Organisasi Pengurusan Kokurikulum Sekolah bagi membantu beliau memantau, menilai, memperbaiki, mencemerlangkan aktiviti kokurikulum sekolah. Beberapa perkara perlu di ambil kira semasa membentuk organisasi ini agar ia dapat memberikan faedah kepada pelajar dan sekolah. (a) Fungsi dan tanggungjawab setiap ahli; (b) Kekerapan mengadakan mesyuarat; (c) Pembentukan jawatankuasa kecil; T To op pi ik k 1 1 X Pengenalan Pendidikan Kokurikulum HASIL PEMBELAJARAN Di akhir kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan definisi dan konsep kokurikulum yang sesuai dengan tugas dan tanggungjawab mereka di sekolah; 2. Mengenal pasti matlamat dan objektif pendidikan kokurikulum di sekolah; 3. Menyenaraikan strategi yang sesuai untuk melaksanakan kokurikulum di sekolah; 4. Menerangkan sejarah perkembangan pendidikan kokurikulum; dan 5. Menjelaskan fungsi aktiviti pendidikan kokurikulum.
  • 2. X TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM 2 (d) Pelaporan berkala; dan (e) Dokumentasi. KONSEP PENDIDIKAN KOKURIKULUM „Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur, kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan‰ (Subperaturan 3(1) dalam peraturan-peraturan, 1997). Huraian di atas bermaksud perlaksanaan kokurikulum adalah wajib dilaksanakan di sekolah dan institut pendidikan guru. Sebarang kegagalan dan keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali (Akta Pendidikan, 1996. 1.1.1 Pengenalan Pendidikan Kokurikulum Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti kurikulum. Aktiviti ini juga adalah aktiviti yang harus diikuti oleh setiap pelajar sama ada ia dilaksanakan di dalam ataupun di luar bilik darjah bergantung kepada keperluan dan kesesuaian sesuatu aktiviti. Aktiviti ini penting diikuti pelajar untuk membolehkan mereka memperoleh seberapa banyak pengalaman, kemahiran dan pengetahuan untuk mengembangkan kredibiliti yang ada pada diri mereka. Ini juga berlandaskan andaian bahawa setiap pelajar jika diberikan peluang akan berupaya menyerlahkan ke arah perkembangan bakat, minat, mental, jasmani, sahsiah, rohani dan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif. FALSAFAH PENDIDIKAN KOKURIKULUM Berikut adalah beberapa falsafah pendidikan kokurikulum: (a) Setiap pelajar mempunyai minat dan kebolehan yang boleh diperkembangkan dan diperkukuhkan. 1.2 1.1
  • 3. TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM W 3 (b) Setiap orang pelajar boleh dididik dan diasuh berdasarkan kesesuaian dan keupayaan mereka. (c) Setiap orang pelajar perlu ada keseimbangan dari segi perkembangan intelek, perkembangan fizikal, emosi dan rohani. (d) Sekolah adalah institusi yang bertanggungjawab melahirkan pelajar yang berkualiti untuk masyarakat dan negara. (e) Masyarakat juga bertanggungjawab untuk mendidik pelajar supaya menjadi warganegara yang berhemah dan berketerampilan. (f) Setiap pelajar perlu dididik dan diasuh untuk menjadi masyarakat yang sentiasa bertakwa dan berpegang kepada ajaran agama. (g) Setiap pelajar perlu diasuh dan diperkembangkan keupayaan mereka dalam aspek nilai murni, interpersonal dan intrapersonal. 1.2.1 Matlamat Pendidikan Kokurikulum Matlamat kokurikulum adalah penglibatan maksimum semua murid, warga guru/IPG serta anggota masyarakat untuk: (a) Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan, integrasi nasional di kalangan generasi muda dan peningkatan disiplin pelajar; (b) Memperkenalkan pengalaman menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal; (c) Menyemai nilai pendidikan; (d) Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar; (e) Menyumbang usaha membina masyarakat 1 Malaysia, budaya dan tempat belajar yang menarik dan menyeronokkan; (f) Mewujudkan keseimbangan perkembangan jasmani, emosi, rohani intelek dan sosial (JERIS); dan (g) Mengisi masa lapang dengan berfaedah. 1.2.2 Objektif Pendidikan Kokurikulum Berikut adalah objektif pendidikan kokurikulum: (a) Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan kepada tuhan; (b) Menyumbang perkembangan JERIS;
  • 4. X TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM 4 (c) Mengukuh perhubungan dan pergaulan antara murid; (d) Membina dan meningkat disiplin, minat dan bakat murid dalam aktiviti diceburi; (e) Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan seronok; (f) Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dan masyarakat; (g) Mewujudkan sekolah berwatak; dan (h) Menyediakan murid untuk program latihan khidmat negara (PLKN), Sila rujuk Rajah 1.1, dan integrasi nasional. Rajah 1.1: Antara aktiviti di dalam program PLKN STRATEGI PELAKSANAAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM Untuk mencapai matlamat serta objektif yang disenaraikan dalam kokurikulum ini, beberapa strategi pelaksanaannya perlulah diambil perhatian. Antaranya ialah: Memberikan keutamaan dan wajaran yang sesuai kepada pelaksanaan aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah. Menambah bilangan pasukan berunifom, persatuan atau kelab, sukan atau permainan dan aktiviti lain yang memberikan faedah kepada perkembangan sahsiah, keperibadian, dan kemahiran serta pengetahuan murid-murid. Mempelbagaikan lagi aktiviti yang berkaitan dengan unit berunifom, persatuan atau kelab, sukan atau permainan agar semua murid dapat melibatkan diri secara optimum dalam aktiviti yang diminati. 1.3
  • 5. TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM W 5 Melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan menyediakan aktiviti yang bersesuaian untuk tujuan perpaduan. Memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan antara pihak sekolah, murid dan masyarakat. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Murid dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam perancangan aktiviti kokurikulum. Melaksanakan sistem pengurusan kokurikulum secara bersepadu dan menyimpan rekod aktiviti kokurikulum murid sepanjang tahun dalam sesi persekolahan mereka. Menggunakan Sistem Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah (SPAKS) secara berkomputer memudahkan penyimpanan rekod murid. Merancang dan manganjurkan aktiviti pertandingan yang boleh melibatkan semua murid di sekolah. Menyelia dan menilai penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum secara berhemah dan berterusan serta adil. Merancang serta melaksanakan sesi pemberian penghargaan dan pengiktirafan kepada mana-mana murid yang telah mencapai tahap kecemerlangan dalam kegiatan kokurikulum. Memberikan penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum. Merancang dan menyelia setiap aktiviti kokurikulum dengan sempurna dan berkesan sesuai dengan objektif yang disarankan. SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM Sebenarnya kegiatan kokurikulum telah lama diperkenalkan di sekolah-sekolah Melayu semasa era penjajahan Inggeris. Setiap murid akan diberikan kemahiran menanam sayur-sayuran, mengait, membuat kraf tangan, menanam pokok bunga dan lain-lain. Pada tahun 1909, pergerakan pengakap pertama ditubuhkan di Singapura. Penubuhan SITC (kini dikenali sebagai UPSI) pada tahun 1928, juga banyak memberikan sumbangan kepada pelaksanaan kokurikulum. Setiap bakal guru, selain mempelajari bidang akademik, mereka juga dilatih dengan pelbagai kemahiran seperti berkebun, membuat kraf tangan, menjahit, permainan (rujuk Rajah 1.2) dan termasuklah kegiatan unit berunifom (sila rujuk Rajah 1.3). 1.4
  • 6. X TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM 6 Rajah 1.2: Contoh aktiviti kokurikulum permainan di SITC Rajah 1.3: Contoh aktiviti kokurikulum unit beruniform di SITC Laporan Razak 1956, menyebut bahawa kegiatan kokurikulum dijadikan sebagai suatu kegiatan berkumpulan dan wajib dilaksanakan disekolah. Pada tahun 1960-an dan 1970-an, kegiatan kokurikulum dijadikan sebahagian daripada aktiviti berasingan daripada proses perkembangan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Laporan Kabinet 1978, menguatkan lagi kepentingan kokurikulum sebagai suatu bidang selain akademik yang diharapkan akan dapat membentuk sahsiah serta keperibadian pelajar secara lebih positif. Manakala pada tahun 1985, 60 minit subjek kokurikulum telah dimasukkan ke dalam jadual waktu Kurikulum Baru
  • 7. TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM W 7 Sekolah Rendah (KBSR). Konsep aktiviti dan pelaksanaan kokurikulum juga telah berubah. Dengan pendekatan terkini, kokurikulum menjadi semakin penting. Konsep kegiatan kokurikulum pada asalnya hanya sebagai suatu aktiviti sampingan dan tambahan telah menjadi semakin penting. Pendidikan kokurikulum menjadi sama pentingnya dengan pendidikan akademik. Setiap sekolah sama ada swasta ataupun kerajaan diwajibkan mengadakan pendidikan kokurikulum. Pendidikan kokurikulum diharapkan akan dapat memperkembangkan sahsiah serta keperibadian individu melalui aktiviti yang terancang. Setiap sekolah, daerah, negeri dan kementerian telah mewujudkan jabatan/bahagian/unit yang mengurus pendidikan kokurikulum. Malahan jawatan yang berkaitan dengan kokurikulum seperti penyelia kokurikulum, penolong kanan kokurikulum, pengarah dan pelbagai lagi jawatan yang bersangkutan bertujuan menjadikan pendidikan kokurikulum lebih mapan dan teratur. Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pendidikan kokurikulum juga menjadi sebahagian daripada kurikulum penting dan juga syarat untuk bergraduat. Contohnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), setiap pelajar diwajibkan mengambil 6 jam kredit untuk kursus kokurikulum. Begitu juga dengan Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan lain-lain universiti. FUNGSI AKTIVITI PENDIDIKAN KOKURIKULUM Aktiviti pendidikan kokurikulum sememangnya mempunyai fungsi tertentu dalam membina serta memperkembangkan diri pelajar agar sedia bersaing dan mapan dalam menempuh arus pembangunan terkini. Antara fungsi pendidikan kokurikulum ialah: (a) P Pendidikan yang menyeluruh dan seimbang Aktiviti kokurikulum yang terancang adalah berperanan untuk memugar atau memperkembangkan potensi diri individu. Pembelajaran secara formal di dalam bilik darjah hanya menumpukan kepada perkembanan kognitif sahaja. Melalui aktiviti kokurikulum seperti berkhemah (sila rujuk Rajah 1.4), bermain, bersantai dan bersukan akan dapat memperkembangkan setiap keupayaan dan kebolehan pelajar sama ada dari segi jasmaninya, rohaninya, emosinya atau keintelektualannya. 1.5
  • 8. X TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM 8 Rajah 1.4: Contoh aktiviti berkhemah - belajar cara masak ala hutan (b) M Menggilap bakat pelajar Aktiviti kokurikulum juga secara tidak langsung akan dapat menggilap bakat serta kebolehan pelajar. Setiap pelajar mempunyai reputasi dan potensi yang tersendiri. Dengan aktiviti yang berkaitan setiap bakat dapat dilihat dan diperkembangkan. Rajah 1.5 menunjukkan aktiviti menari, antara salah satu bakat yang berjaya dicungkil melalui aktiviti kokurikulum. Rajah 1.5: Aktiviti menari (c) M Menyemai dan memupuk aspek kepimpinan Aktiviti kokurikulum juga dapat membina dan memupuk aspek kepimpinan dalam kalangan pelajar. Aktiviti seperti perkhemahan, kawat kaki, pertandingan adalah sebahagian daripada aktiviti yang dapat membina sifat kepimpinan pada diri pelajar.
  • 9. TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM W 9 (d) P Peningkatan disiplin pelajar Aktiviti kokurikulum juga akan dapat memupuk kesedaran tentang kepentingan disiplin kepada pelajar (sila rujuk Rajah 1.6). Aktiviti yang berkaitan dengan pakaian seragam seperti pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, St. John Ambulance dan lain-lain lagi adalah antara aktiviti yang amat berkait rapat dengan pembinaan dan pemupukan disiplin dalam kalangan diri pelajar. Rajah 1.6: Kegiatan kokurikulum melatih pelajar berdisiplin (e) M Memupuk dan memperkukuhkan perasaan muhibah serta perpaduan Aktiviti kokurikulum juga berfungsi untuk mewujudkan perasaan muhibah dan perpaduan kalangan pelajar. Dalam setiap aktiviti yang diikuti oleh pelajar, mereka akan bersama-sama melaksanakan setiap aktiviti tanpa mengira warna kulit, kaum atau bangsa. Perasaan muhibah yang terjalin akan membuahkan sifat keharmonian dan perpaduan serta semangat kekitaan (espirit de corp). (f) M Menyemai dan memupuk nilai murni Aktiviti kokurikulum juga banyak berkaitan dengan penerapan serta penyemaian nilai murni. Contohnya dalam aktiviti berpengakap setiap pelajar akan diajarkan tentang persetiaan pengakap yang berteraskan kepada kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan, keluhuran dan kesopanan. Kesemua ini adalah sebahagian daripada nilai murni yang patut disemai dan dipupuk dalam diri pelajar. (g) B Bijak menggunakan masa lapang Aktiviti kokurikulum juga banyak yang bersifat pengisian masa lapang secara terarah dan tersusun. Aktiviti bersukan, perairan (sila rujuk Rajah 1.7), bermain dan berpesatuan adalah antara contoh yang akan dapat
  • 10. X TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM 10 memberikan impak positif kepada pelajar untuk mengisi masa lapang mereka agar tidak terjerumus ke dalam aktiviti yang tidak bermoral. (a) Berkayak (b) Rafting Rajah 1.7: Contoh aktiviti kokurikulum perairan (h) M Menyumbang usaha membina iklim, budaya dan tempat yang menarik dan menyeronokkan Semakin banyak aktiviti kokurikulum di sesebuah institusi pendidikan, semakin cerialah tempat berkenaan. Terbinalah suatu iklim atau budaya pembelajaran yang menarik minat setiap pelajar. Keadaan ini akan memungkinkan wujudnya suasana pembelajaran serta penguasaan ilmu yang menyeronokkan. (i) K Khidmat masyarakat Aktiviti kokurikulum juga akan dapat merapatkan lagi hubungan antara murid, guru dan sekolah dengan masyarakat setempat. Aktiviti seperti lawatan ke rumah orang tua, rumah anak yatim dan penduduk kampung akan dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan masyarakat. Sesuai dengan moto dalam pemasyarakatan pendidikan iaitu „Masyarakat itu Sekolah dan Sekolah itu Masyarakat‰. Malahan, aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid, kuil, tempat riadah dan lain-lain juga adalah antara aktiviti khidmat masyarakat yang amat positif mewujudkan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat. (j) H Hobi dan rekreasi Aktiviti kokurikulum juga berfungsi untuk menggalakkan pelajar memilih dan menyempurnakan hobi atau kegemaran mereka secara teratur dan berfaedah. Contohnya hobi seperti mengumpul setem, memancing, berbasikal dan lain-lain jika disalurkan dengan cara yang baik sudah pasti akan memberikan impak yang positif terhadap perkembangan sahsiah pelajar.
  • 11. TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM W 11 1.5.1 Impak Pendidikan Kokurikulum kepada Pelajar Berikut adalah antara beberapa impak pendidikan kokurikulum kepada pelajar: (a) Mengamalkan dan mengukuhkan lagi ilmu pengetahuan yang diperoleh semasa belajar dalam bilik darjah. (b) Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui pembelajaran formal dalam bilik darjah. (c) Mengalami sendiri situasi dan proses yang menjana ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang telah dan akan dipelajari dan memupuk sikap yakin akan kebolehan diri sendiri. (d) Melatih diri hidup secara berdikari. (e) Berinteraksi dan menghargai serta menanamkan sifat kebertanggungjawaban terhadap kepentingan alam sekitar. (f) Mengembangkan minat serta bakat dalam sesuatu bidang yang diceburi. (g) Menghargai serta mengalami sendiri tentang kepentingan nilai-nilai murni dalam kehidupan. (h) Menghargai serta mengalami sendiri hakikat kepentingan perpaduan dan bekerjasama dalam kehidupan bermasyarakat. (i) Menguji serta mempertingkatkan ciri-ciri kepimpinan, ketabahan dan kecekalan menghadapi cabaran serta masalah. (j) Memanfaatkan peluang yang ada dan meneroka peluang-peluang baru yang ada untuk kemajuan diri sendiri dan rakan. (k) Memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru yang berkemungkinan tidak diperoleh dalam bilik darjah. (l) Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi dalam bidang yang diminati dan diceburi. (m) Memperluas persepsi dan pandangan hidup. (n) Berkebolehan untuk berinteraksi bersama rakan dan masyarakat untuk mewujudkan suasana yang harmoni, ceria, aman dan sejahtera. (o) Mengisi masa lapang dengan kerja-kerja yang berfaedah. (p) Memberikan sumbangan tenaga, idea dan buah fikiran secara bernas melalui khidmat kepakaran yang sedia ada.
  • 12. X TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM 12 (q) Menyuburkan sifat-sifat penyayang, bertimbang rasa, toleransi, menerima, berbudi bahasa yang mulia,bersopan santun, empati dan kepimpinan. (r) Memperkembangkan lagi kesejahteraan dan ketangkasan jasmani, ketenangan dan kematangan emosi, keluhuran rohani dan kecemerlangan serta keterampilan intelek.