SlideShare a Scribd company logo
9
PEMIKIRAN KRITIKAL
Shahrin Hashim
PENGENALAN
Pemikiran adalah aktiviti yang dilakukan oleh manusia hampir setiap masa. Pemikiran secara
mudah boleh difahami sebagai apa saja yang berlaku dalam minda kita. Kritis membawa banyak
pengertian yang sederhana seperti sangat mendalam, terperinci, mengamati dan sebagainya.Ia
juga dimaksudkan sebagai pemahaman secara mendalam dan kritikal bagi mempertingkatkan
pemahaman.Pemikiran ini membantu individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati dan
mencari bukti yang sah sebelum membuat keputusan.
Definisi Pemikiran Kritis
Pemahaman terhadap pengertian pemikiran kritis harus dilihat daripada pelbagai sudut..Hal ini
kerana, pengertian pemikiran kritis itu sesungguhnya amat luas dan dalam. Setiapa sarjana sains
pemikiran akan memberi pengertian pemikiran kritis berasaskan pengalaman dan kajian yang
dijalankan. Definisi yang dinyatakan di bawah dapat memahamkan kita apakah yang
dimaksudkan dengan pemikiran kritis?
Dewey (1933) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah berfikir secara serius(mendalam) dan
seterusnya membuat pertimbangan daripadanya. Bloom (1956) menghuraikan pemikiran kritis
melibatkan aktiviti mental secara analisis, sintesis dan penilaian. Menurut Nik Aziz (1994),
secara kasar pemikiran kritis ialah pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan
tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisis isu-isu, tetapi berfikir secara holistik dan melihat
masalah dari berbagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah dan bukan bergiat
mencetuskan pelbagai krisis baru. Manakala Jaafar (1995) berpendapat bahawa pemikiran kritis
adalah pemikiran secara sistematik, secara universal dan secara radikal adalam menganalisis
sesuatu secara mendalam.
Sintesis Pemikiran Kritis
Secara umum, berdasarkan definisi di atas maka dapatlah disatukan pemahaman tentang
pemikiran kritis, iaitu usaha berfikir yang dilakukan untuk diri sendiri (thinking of oneself)
(Eugene dan James,1991). Kefahaman ini boleh disatukan berdasarkan beberapa elemen teras
iaitu;
a) Berfikir dengan menggunakan dimensi otak kiri.
b) Berfikir menggunakan urutan dan hokum logic
c) Berfikir untuk membuat pertimbangan dan keputusan
d) Berfikir dengan sikap yang berhati-hati dan mengambil kira risiko dan kesan
Usaha berfikir yang dilakukan untuk diri sendiri(thinking oneself) bermaksud setiap individu
harus memikirkan sesuatu isu/masalah yang telah, sedang dan akan berlaku berdasarkan
pemikiran sendiri, tanpa dipengaruhi oleh pemikiran orang lain. Pemikiran kritis mengajak kita
agar berfikir dengan lebih bersistem dan terarah dalam membuat sesuatu keputusan. Dengan kata
lain, keputusan yang kita buat bukan berdasarkan pemikiran orang lain. Sebarang bentuk idea,
pendapat dan keputusan adalah atas pertimbangan yang tidak berbelah bahagi. Apa yang kita
fikirkan; itulah yang kita terima sebagai hakikatnya. Sebaliknya , menurut Nik Aziz(1994)
pemikir yang tidak kritis dikawal oleh emosi, prasangka dan kekurangan maklumat. Justeru itu
mereka cenderung untuk membuat keputusan secara gopoh-gapah, bertidak secara terburu-buru
dan mengemukakan jawapan yang simplisistik kepada masalah yang kompleks. Pemikir yang
kritis selalunya akan hanyut dalam arus kekeliruan antara realiti dan ideal. Pemikiran kritis
menurut Scriven dan Paul (1995) ialah bentuk pemikian yang sebaris dengan “modes of
thinking” yang lain seperti:
a) Pemikiran saintifik
b) Pemikiran matematikal
c) Pemikiran historical
d) Pemikiran ekonomikal
e) Pemikiran moral
f) Pemikiran kefalsafahan
Pemikiran Kritis Rendah
Pemikiriran kritis rendah hanya sekadar melibatkan proses kognitif (kemahiran mikro)yang
sederhana. Dengan memnggunakan kemahiran kritis mikro minda sekadar menerbitkan semula
maklumat/data/pernyataan dan sebagainya yang telah sedia ada. Minda hanya memilih,
mengasingkan, memastikan perbezaan dan kelainan yang wujud dalam satu-satu kategori atau
kumpulan dan antaranya seperti:
a) membanding dan membeza
b) membuat kategori
c) membuat bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan
d) menerangkan sebab
Pemikiran Kritis Tinggi
Pemikiran kritis tinggi melibatkan proses kognitif(kemahiran mikro) dan metakognitif (thinking
abaout thinking). Pemikiran ini,tidak hanya menggunakan kemahiran mikrokritis, ia ditambah
dengan kemahiran metakognitif menerusi daya taakulan (reasoning). Kita perlu mengupas,
memperinci dan mengesahkan sesuatu maklumat/penyataan atau apa jua perkara dengan spesifik
dan terarah. Agar daripadanya kita dapat menghindarkan pemikiran kita daripada sebarang idea
yang tidak konsisten dari segi logik, dan antaranya seperti;
a) membuat ramalan
b) mengusul periksa andaian
c) membuat inferens
d) mengesahkan sumber maklumat
e) membuat generalisasi dan
f) mencari sebab dan membuat kesimpulan
Kemahiran Pemikiran Kritis
Pemikiran kritis melaksanakan tanggungjawab yang sangat rapi, terarah dan bersistem. Apa jua
yang dicerap oleh pancaindera-maklumat,fenomena, isi,perkara,benda akan menjalani proses
saringan pada tahap sensasi dan persepsi. Pemikiran kritis akan memainkan peranan utama
sesuai dengan kehendak dan objektif kita.
Memahami dan Menilai Sesuatu Konsep dan Pengertian
Konsep dan pengertian dua elemen yang penting. Pengertian merupakan subset kepada konsep.
Sejak kecil hingga dewasa kita di keliling dengan pelbagai konsep. Kita belajar dan memahami
konsep-konsep mudah dan kompleks. Ada ketika, kita menggunakan konsep-konsep berkenaan
dalam kehidupan seharian seperti di kelas, tempat kerja, di kedai, di jalan raya dan sebagainya.
Konsep-konsep yang terdapat di sekeliling kita ada yang bersifat setempat dan global.
Ada juga yang penggunaannya amat sempit dan hanya difahami oleh kaum tertentu, misalnya
konsep ‘Feng-Shui’. Konsep ini hanya difahami oleh kaum Cina, itu pun tidak merata. Untuk
dapat memahami sesuatu konsep itu, seorang mestilah mampu mentafsirkannya dan membina
satu pengertian daripadanya. Konsep ‘Jati Diri’, misalnya satu konsep yang amat abstrak untuk
difahami. Kalau kita hendak mengetahui maksudnya kita bertanya kepada orang yang lebih
mengetahuinya atau terus sahaja merujuk kamus yang berkaitan dengan konsep berkenaan.
Akhirnya, kita akan dapat memahami dan mentafsirkan makna konsep berkenaan . Justeru
itu,menerusi pemikiran kritis seseorang itu akan memperoleh konsep yang benar.
Perbezaan antara pemikiran kreatif dan pemikiran kritis
Seperti yang dapat dilihat daripada jadual di atas, pemikiran kreatif dan kritis ditandai oleh ciri-
ciri yang berbeza dan menekankan aspek-aspek yang berbeza. Misalnya pemikiran kreatif
bersifat genaratif, iaitu berminat mengenal pasti sebanyak mungkin jalan penyelesaian sementara
pemikiran kritis bersifat selektif, iaitu menekankan pemilihan jalan penyelesaian yang terbaik.
Dalam proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan kedua-dua gaya pemikiran ini
diperlukan. Sesuatu masalah tidak akan berjaya diselesaikan jika hanya bergantung kapada
cadangan-cadangan kreatif. Cadangan-cadangan kreatif perlu dinilai, diteliti dan
dipertimbangkan dengan menggunakan pemikiran kritis sebelum ia dapat laksanakan. Penilaian,
penelitian dan pertimbangan yang dibuat boleh menghasilkan idea kreatif yang lebih bermutu.
Dalam usaha mereka bentuk sebuah bangunan komersial misalnya, pereka bentuk boleh
mengaplikasikan pemikiran kritis dengan meninjau aspek-aspek kelemahan, kecectan dan
kekurangan reka bentuk bangunan komersial yang sedia ada. Hasil tinjauan ini mungkin dapat
menunjukkan kelemahan dalam aspek reka bentuk bangunan terbabit secara keseluruhan, dalam
aspek mesra pengguna, ancaman cuaca dan sebagainya. Mengenal pasti kelemahan-kelemahan
yang sedia ada secara kritis dapat membantu pereka bentuk menghasilkan reka bentuk yang lebih
baik.
Sesuatu masalah juga tidak akan berjaya diselesaikan jika kita hanya bergantung kepada
pemikiran kritis. Sikap kritis yang keterlaluan dapat membunuh kreativiti dan akibatnya
cadangan-cadangan baru yang bernas dan berpotensi bagi menyelesaikan masalah dengan
berkesan akaqn hilang begitu sahaja. Bayangkan suatu mesyuarat bagi menyelesaikan masalh
kutipan derma untuk tabung PIBG yang dihadiri oleh pemikir-pemikir yang bersifat terlalu kritis.
Besar kemungkinan kandungan mesyuarat ini hanya tertumpu kepada kritikan-kritikan negatif
berkenaan cara-cara kutipan derma yang sudah dibuat, dan bukannya memikirkan cara-cara baru
kutipan derma dapat dilakukan . Jika sesiapa ada memberi cadangan-cadangan baru , ia akan
dikritik dengan serta merta tanpa melihatnya daripada sudut positif.
Disebabkan sifat penilaian yang dikaitkan dengan pemikiran kritis, ramai yang menyalah
tafsirnya sebagai suatu aktiviti mengkritik semata-mata, iaitu mencari kesilapan, kesalahan dan
kelemahan. Mengkritik sebenarnya adalah suatu bahagian kecil pemikiran kritis. Oleh itu,
mendefinisikan pemikiran kritis sebagai suatu aktiviti mengkritik semata-mata adalah tidak tepat.
Bagi Ramai pakar pemikir, pemikiran kritis merangkumi aktiviti-aktiviti berfikir yang jauh lebih
luas. Pemikiran kritis melibatkan pemikiran yang mendalam dan memberi pertimbangan yang
serius kepada sesuatu. Bagi Bassham (2002), pemikiran kritis meliputi pelbagai kemahiran
kognitif dan intelektual yang diperlukan bagi mengenal pasti, menganalisis dan menilai sesuatu
idea dengan berkesan, bagi mencari dan mengelakkan prejudis peribadi dan bias, membuat
formulasi dan membentangkan sebab-sebab yang meyakinkan bagi menyokong sesuatu
kesimpulan, dan membuat keputusan yang wajar dan bernas pada apa yang harus dipercayai dan
ada yang harus dilakukan.
Kesimpulannya, pemikiran kritis bukannya suatu pemikiran yang bersifat negatif. Sebalikknya ia
adalah suatu pemikiran yang berdisiplin yang didasari oleh standard-standard intelektual yang
jelas.
KELEBIHAN PEMIKIRAN KRITIS
Pemikiran otak kiri, iaitu otak kritis banyak manfaat dan hikmahnya. Sayangnya masih ramai
yang kurang menyedari akan kelebihan pemikiran ini. Walaupun, setiap hari kita berhadapan
dengan masalah yang memerlukan penyelesaian secara kritis, tetapi skema kritis itu tidak
digunakan secara optimum (Jadual 4.1). Ramai sarjana seperti Jaafar (1995), Ainon dan
Abdullah (1996), Mohd Micheal (1995) yang memperkatakan tentang kelebihan pemikiran kritis
ini. Sesungguhnya banyak kelebihan memiliki pemikiran kritis.
Faedah Berfikir secara Kritis
Seperti kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran berfikir secara kritis membawa pelbagai
faedah. Ia bermanfaat bukan sahaja dalam kehidupan harian, tetapi juga dalam pekerjaan dan
pembelajaran. Ia membantu kita membuat penilaian, keputusan dan menyelesaikan masalah
dengan berkesan.
Faedah Berfikir Secara Kritis Dalam Kehidupan Harian
Dalam kehidupan harian, pemikiran kritis membantu kita mengelakkan melakukan kesilapan
semasa membuat keputusan. Semua orang harus membuat keputusan daripada yang kecil seperti
baju mana yang perlu dipakai kepada yang besar seperti rumah apa yang mesti dibeli. Lazimnya,
keputusan kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran. Contoh faktor dalaman
adalah sikap, persepsi, konsep diri, estim dan kepintaran. Contoh faktor luaran adalah orang-
orang di sekeliling kita, peraturan, undang-undang dan keadan persekitaran. Kadangkala factor-
faktor ini menyebabkan kita menerbitkan keputusan-keputusan yang salah. Estim diri yang
rendah contohnya mendorong kepada keputusan-keputusan yang merugikan. Seorang suri
rumah yang tidak yakin dengan penampilan dirinya mungkin lebih gemar mengurung diri di
rumah dan mengelakkan perjumpaan social seperti kenduri, makan malam bersama rakan-rakan
dan sebagainya. Akibatnya, beliau tidak berpeluang mengeratkan hubungan dengan orang lain
dan merasa tersisih.
Orang di sekeliling kita juga mempengaruhi keputusan yang kita buat. Ada yang
mempengaruhi keputusan kita secara sedar seperti pengutip derma dan jurujual. Ada juga yang
mempengaruhi pemikiran kita secara halus. Pengiklan dan ahli-ahli politik amat mahir dalam
menggunakan strategi-strategi yang begitu halus bagi mempengaruhi pemikiran kita. Jurujual
contohnya memberi pelbagai alasan kepada kita mengapa kita harus membeli produk yang
dijual. Pengilan pula menggunakan pelbagai strategi seperti menggunakan model-model yang
cantik dan seksi dalam iklan-iklan mereka ataupun dengan manakutkan kita dengan pelbagai
masalah sekiranya kita tidak membeli produk yang diiklankan. Semua ini mendorong kita
menghasilkan keputusan yang tidak ingini sekiranya kita tidak memiliki asas yang kuat dalam
berfikir secara kritis. Mengaplikasikan teknik-teknik berfikir secara kritis seperti menimbang
sesuatu secara menyeluruh dengan minda yang terbuka dan menilai kejituan sesuatu hujah dapat
membantu kita lebih yakin dengan apa yang kita lakukan dan membawa kepada keputusan yang
lebih berkesan berdasarkan bukti-bukti yang konkrit dan jelas.
KESIMPULAN
Pemikiran kritis dipunyai oleh setiap daripada kita. Cuma darjah kritis seseorang itu agak
berbeza. Pemikiran kritis penting kepada diri seseorang, agar ia sendiri dapat mengenal pasti
arah dan hala tuju ia berfikir dan kemudian dalam masa yang sama dapat memberi focus pada
yang sepatutnya difikirkan. Menerusinya, kita akan lebih defensive, ofensif dan provokatif dalam
menilai sesuatu. Kita tidak menerima bulat-bulat, hatta sesuatu yang dinyatakan itu datangnya
daripada sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Ini adalah kerana kesilapan logik boleh
berlaku pada mana-mana bahagian yang kita tidak jangka.
RUJUKAN
Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai:
Penerbit UTM
Alderfer, C. (1972). Existence, relatedness, & growth. New York: Free Press.
Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th
Edition. Englewood Cliffs, New Jersey :
Prentice-Hall, Inc.
Arkes, H.A. (1982). Psychological Theories of Motivation. Belmont, California: Wadworth.
Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya (2005). “Aplikasi Kognitif
dalam Pendidikan” Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.
Best J.B. (1999). “Cognitive Psychology (5th
Ed.)” United States of America : Brace.
Buzan, T (1989). Use your Head. London: BBC Books.
Connell ,W.F . (1981) . Asas Pendidikan . Kula Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
Darley, John M., Glucksberg, Sm., Kinchla. Ronald A.,(1986) Psychology. New Jersey:
Prentice-Hall, Inc
Derek Torrington, Jane Weighvman (1989). Effective Management:People and Organisation.
New York; Prentice- Hall, Inc.
Ee Ah Meng (1996), Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan, Kuala Lumpur : Fajar
Bakti.
Eggen, P. & Ksuchak, D. (2001). “Educational Psychology Windows On Classrooms”. 5th
Edition. Upper Saddle River, New Jersey : Merrill Prentice Hall.
Flavell J.H. (1977). “Cognitive Development” New Jersey : Prentice-Hall, Inc.
Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learning and Theory of Instruction. 4th
Edition. New
York : Holt, Rinehart & Winston.
Gross, R. (2001). “Psychology The Science Of Mind And Behaviour”. 4th Edition. London :
British Library Cathaloguing in Publication Data.
Hergenhahn, B.R. & Matthew Olson. (2001). An Introduction to Theories of Learning. 6th
Edition. Upper Saddle River, New Jersey : Prentice Hall.
Hergenhahn, B.R. (1980). An Introduction to theories of personality. New Jersey:

More Related Content

What's hot

4 usaha, mayriana, hapzi ali, berfikir kreativitas, universitas mercu buana, ...
4 usaha, mayriana, hapzi ali, berfikir kreativitas, universitas mercu buana, ...4 usaha, mayriana, hapzi ali, berfikir kreativitas, universitas mercu buana, ...
4 usaha, mayriana, hapzi ali, berfikir kreativitas, universitas mercu buana, ...
may riana
 
Presentation 6 hat & 6 shoes b6
Presentation 6 hat & 6 shoes b6Presentation 6 hat & 6 shoes b6
Presentation 6 hat & 6 shoes b6Mazmon Mahmud
 
Usaha, decha vinesha, prof. dr. hapzi ali. cma, berpikir kreativitas dan inov...
Usaha, decha vinesha, prof. dr. hapzi ali. cma, berpikir kreativitas dan inov...Usaha, decha vinesha, prof. dr. hapzi ali. cma, berpikir kreativitas dan inov...
Usaha, decha vinesha, prof. dr. hapzi ali. cma, berpikir kreativitas dan inov...
dechavns
 
4 kewirausahaan, asri lestari, hapzi ali, kreatifitas dan innovasi, mercu bua...
4 kewirausahaan, asri lestari, hapzi ali, kreatifitas dan innovasi, mercu bua...4 kewirausahaan, asri lestari, hapzi ali, kreatifitas dan innovasi, mercu bua...
4 kewirausahaan, asri lestari, hapzi ali, kreatifitas dan innovasi, mercu bua...
asri lestari
 
ETD 1242 PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF
ETD 1242 PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIFETD 1242 PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF
ETD 1242 PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF
University of Selangor
 
4 Kewirausahaan, Intan Fitria, Hapzi Ali, Berpikir Kreativitas dan Inovasi, U...
4 Kewirausahaan, Intan Fitria, Hapzi Ali, Berpikir Kreativitas dan Inovasi, U...4 Kewirausahaan, Intan Fitria, Hapzi Ali, Berpikir Kreativitas dan Inovasi, U...
4 Kewirausahaan, Intan Fitria, Hapzi Ali, Berpikir Kreativitas dan Inovasi, U...
Intan Fitria
 
Edward de bono six thinking hats dalam refleksi kecerdasan interpersonal rela...
Edward de bono six thinking hats dalam refleksi kecerdasan interpersonal rela...Edward de bono six thinking hats dalam refleksi kecerdasan interpersonal rela...
Edward de bono six thinking hats dalam refleksi kecerdasan interpersonal rela...
Dolfy Palit
 
idea
ideaidea
Usaha, Rorie Permony Suci, Hapzi Ali, Berfikir kreativitas dan inovasi, Univer...
Usaha, Rorie Permony Suci, Hapzi Ali, Berfikir kreativitas dan inovasi, Univer...Usaha, Rorie Permony Suci, Hapzi Ali, Berfikir kreativitas dan inovasi, Univer...
Usaha, Rorie Permony Suci, Hapzi Ali, Berfikir kreativitas dan inovasi, Univer...
roriepermony
 
4 kewirausahaan, yudhistira intan, hapzi ali.cma, berfikir kreatifitas dan in...
4 kewirausahaan, yudhistira intan, hapzi ali.cma, berfikir kreatifitas dan in...4 kewirausahaan, yudhistira intan, hapzi ali.cma, berfikir kreatifitas dan in...
4 kewirausahaan, yudhistira intan, hapzi ali.cma, berfikir kreatifitas dan in...
yudhistiraintanlesta
 
Usaha,indri agutiani,hapzi ali,Berfikir kreativitas dan inovasi,universitas me...
Usaha,indri agutiani,hapzi ali,Berfikir kreativitas dan inovasi,universitas me...Usaha,indri agutiani,hapzi ali,Berfikir kreativitas dan inovasi,universitas me...
Usaha,indri agutiani,hapzi ali,Berfikir kreativitas dan inovasi,universitas me...
indri agustiani
 
Topik 4 kemahiran berfikir
Topik 4  kemahiran berfikir Topik 4  kemahiran berfikir
Topik 4 kemahiran berfikir
norli fatin
 
Topik 4 kemahiran berfikir
Topik 4  kemahiran berfikirTopik 4  kemahiran berfikir
Topik 4 kemahiran berfikir
Norlifatinizzati
 
tahapan berfikir dan astetik pp 58 dalam kurikulum AUD
tahapan berfikir dan astetik pp 58 dalam kurikulum AUDtahapan berfikir dan astetik pp 58 dalam kurikulum AUD
tahapan berfikir dan astetik pp 58 dalam kurikulum AUD
Hafidzotul Millah
 
Usaha, masda alif araffi, hapzi ali, berfikir kreativitas dan inovasi , unive...
Usaha, masda alif araffi, hapzi ali, berfikir kreativitas dan inovasi , unive...Usaha, masda alif araffi, hapzi ali, berfikir kreativitas dan inovasi , unive...
Usaha, masda alif araffi, hapzi ali, berfikir kreativitas dan inovasi , unive...
masda araffi
 
Pemikiran kritis dan kreatif group
Pemikiran kritis dan kreatif groupPemikiran kritis dan kreatif group
Pemikiran kritis dan kreatif groupMazmon Mahmud
 
What's hot (19)

4 usaha, mayriana, hapzi ali, berfikir kreativitas, universitas mercu buana, ...
4 usaha, mayriana, hapzi ali, berfikir kreativitas, universitas mercu buana, ...4 usaha, mayriana, hapzi ali, berfikir kreativitas, universitas mercu buana, ...
4 usaha, mayriana, hapzi ali, berfikir kreativitas, universitas mercu buana, ...
 
Presentation 6 hat & 6 shoes b6
Presentation 6 hat & 6 shoes b6Presentation 6 hat & 6 shoes b6
Presentation 6 hat & 6 shoes b6
 
Usaha, decha vinesha, prof. dr. hapzi ali. cma, berpikir kreativitas dan inov...
Usaha, decha vinesha, prof. dr. hapzi ali. cma, berpikir kreativitas dan inov...Usaha, decha vinesha, prof. dr. hapzi ali. cma, berpikir kreativitas dan inov...
Usaha, decha vinesha, prof. dr. hapzi ali. cma, berpikir kreativitas dan inov...
 
Edward De Bono
 Edward De Bono Edward De Bono
Edward De Bono
 
4 kewirausahaan, asri lestari, hapzi ali, kreatifitas dan innovasi, mercu bua...
4 kewirausahaan, asri lestari, hapzi ali, kreatifitas dan innovasi, mercu bua...4 kewirausahaan, asri lestari, hapzi ali, kreatifitas dan innovasi, mercu bua...
4 kewirausahaan, asri lestari, hapzi ali, kreatifitas dan innovasi, mercu bua...
 
ETD 1242 PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF
ETD 1242 PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIFETD 1242 PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF
ETD 1242 PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF
 
Creative thinking
Creative thinkingCreative thinking
Creative thinking
 
4 Kewirausahaan, Intan Fitria, Hapzi Ali, Berpikir Kreativitas dan Inovasi, U...
4 Kewirausahaan, Intan Fitria, Hapzi Ali, Berpikir Kreativitas dan Inovasi, U...4 Kewirausahaan, Intan Fitria, Hapzi Ali, Berpikir Kreativitas dan Inovasi, U...
4 Kewirausahaan, Intan Fitria, Hapzi Ali, Berpikir Kreativitas dan Inovasi, U...
 
Edward de bono six thinking hats dalam refleksi kecerdasan interpersonal rela...
Edward de bono six thinking hats dalam refleksi kecerdasan interpersonal rela...Edward de bono six thinking hats dalam refleksi kecerdasan interpersonal rela...
Edward de bono six thinking hats dalam refleksi kecerdasan interpersonal rela...
 
Spe Bab7
Spe Bab7Spe Bab7
Spe Bab7
 
idea
ideaidea
idea
 
Usaha, Rorie Permony Suci, Hapzi Ali, Berfikir kreativitas dan inovasi, Univer...
Usaha, Rorie Permony Suci, Hapzi Ali, Berfikir kreativitas dan inovasi, Univer...Usaha, Rorie Permony Suci, Hapzi Ali, Berfikir kreativitas dan inovasi, Univer...
Usaha, Rorie Permony Suci, Hapzi Ali, Berfikir kreativitas dan inovasi, Univer...
 
4 kewirausahaan, yudhistira intan, hapzi ali.cma, berfikir kreatifitas dan in...
4 kewirausahaan, yudhistira intan, hapzi ali.cma, berfikir kreatifitas dan in...4 kewirausahaan, yudhistira intan, hapzi ali.cma, berfikir kreatifitas dan in...
4 kewirausahaan, yudhistira intan, hapzi ali.cma, berfikir kreatifitas dan in...
 
Usaha,indri agutiani,hapzi ali,Berfikir kreativitas dan inovasi,universitas me...
Usaha,indri agutiani,hapzi ali,Berfikir kreativitas dan inovasi,universitas me...Usaha,indri agutiani,hapzi ali,Berfikir kreativitas dan inovasi,universitas me...
Usaha,indri agutiani,hapzi ali,Berfikir kreativitas dan inovasi,universitas me...
 
Topik 4 kemahiran berfikir
Topik 4  kemahiran berfikir Topik 4  kemahiran berfikir
Topik 4 kemahiran berfikir
 
Topik 4 kemahiran berfikir
Topik 4  kemahiran berfikirTopik 4  kemahiran berfikir
Topik 4 kemahiran berfikir
 
tahapan berfikir dan astetik pp 58 dalam kurikulum AUD
tahapan berfikir dan astetik pp 58 dalam kurikulum AUDtahapan berfikir dan astetik pp 58 dalam kurikulum AUD
tahapan berfikir dan astetik pp 58 dalam kurikulum AUD
 
Usaha, masda alif araffi, hapzi ali, berfikir kreativitas dan inovasi , unive...
Usaha, masda alif araffi, hapzi ali, berfikir kreativitas dan inovasi , unive...Usaha, masda alif araffi, hapzi ali, berfikir kreativitas dan inovasi , unive...
Usaha, masda alif araffi, hapzi ali, berfikir kreativitas dan inovasi , unive...
 
Pemikiran kritis dan kreatif group
Pemikiran kritis dan kreatif groupPemikiran kritis dan kreatif group
Pemikiran kritis dan kreatif group
 
Similar to PEMIKIRAN

Pemikiran kritis
Pemikiran kritisPemikiran kritis
Pemikiran kritisAliff Farid
 
Bab 2 Pemikiran Komunikasi
Bab 2 Pemikiran KomunikasiBab 2 Pemikiran Komunikasi
Bab 2 Pemikiran Komunikasiyewpohhuat01
 
berpikirkritis materi pra td hmj.ppt
berpikirkritis materi pra td hmj.pptberpikirkritis materi pra td hmj.ppt
berpikirkritis materi pra td hmj.ppt
YanuarAdiPrakoso2
 
Makalah berpikir Kritis
Makalah berpikir KritisMakalah berpikir Kritis
Makalah berpikir Kritis
Google
 
KONSEP DASAR BERFIKIR KRITIS DAN MASALAH DALAM KEBIDANAN
KONSEP DASAR BERFIKIR KRITIS DAN MASALAH DALAM KEBIDANANKONSEP DASAR BERFIKIR KRITIS DAN MASALAH DALAM KEBIDANAN
KONSEP DASAR BERFIKIR KRITIS DAN MASALAH DALAM KEBIDANAN
zenyusup
 
Berpikir kritis sitizubaidah-um
Berpikir kritis sitizubaidah-umBerpikir kritis sitizubaidah-um
Berpikir kritis sitizubaidah-um
Tha Matsuyama
 
materi LDKS SMKN 1 Ciomas 2022 - Berfikir Kritis.pdf
materi LDKS SMKN 1 Ciomas 2022 - Berfikir Kritis.pdfmateri LDKS SMKN 1 Ciomas 2022 - Berfikir Kritis.pdf
materi LDKS SMKN 1 Ciomas 2022 - Berfikir Kritis.pdf
januarashari
 
berpikir-kritis-critical-thinking.ppt
berpikir-kritis-critical-thinking.pptberpikir-kritis-critical-thinking.ppt
berpikir-kritis-critical-thinking.ppt
NopianGustariNN
 
Berfikir Kritis.ppt
Berfikir Kritis.pptBerfikir Kritis.ppt
Berfikir Kritis.ppt
RafliYunus
 
tugas husna-1.pdf
tugas husna-1.pdftugas husna-1.pdf
tugas husna-1.pdf
YuraKoenigs
 
CREATIVE THINKING - Creative Thinking (2)
CREATIVE THINKING - Creative Thinking (2)CREATIVE THINKING - Creative Thinking (2)
CREATIVE THINKING - Creative Thinking (2)
Diana Amelia Bagti
 
CRAETIVE THINKING - Creative Thinking (5)
CRAETIVE THINKING - Creative Thinking (5)CRAETIVE THINKING - Creative Thinking (5)
CRAETIVE THINKING - Creative Thinking (5)
Diana Amelia Bagti
 
PPT_Berpikir_Kritis.pptx
PPT_Berpikir_Kritis.pptxPPT_Berpikir_Kritis.pptx
PPT_Berpikir_Kritis.pptx
AdamSetiawan21
 
Berpikir Kritis atau Critical Thinking
Berpikir  Kritis  atau Critical ThinkingBerpikir  Kritis  atau Critical Thinking
Berpikir Kritis atau Critical Thinking
HariSupriyadi3
 
Tugas_ine riswanti_Berfikir secara Kefilsafatan.pdf
Tugas_ine riswanti_Berfikir secara Kefilsafatan.pdfTugas_ine riswanti_Berfikir secara Kefilsafatan.pdf
Tugas_ine riswanti_Berfikir secara Kefilsafatan.pdf
IneRiswanti
 
Hbml4303
Hbml4303Hbml4303
Hbml4303
muhammad
 
Pemikiran kritis
Pemikiran kritisPemikiran kritis
Pemikiran kritistonen91
 
Bab2 Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan
Bab2 Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan Bab2 Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan
Bab2 Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan Siti Nor BahijAh
 
Pemikiran kritis
Pemikiran kritisPemikiran kritis
Pemikiran kritisJia Ying
 
Similar to PEMIKIRAN (20)

Pemikiran kritis
Pemikiran kritisPemikiran kritis
Pemikiran kritis
 
Bab 2 Pemikiran Komunikasi
Bab 2 Pemikiran KomunikasiBab 2 Pemikiran Komunikasi
Bab 2 Pemikiran Komunikasi
 
berpikirkritis materi pra td hmj.ppt
berpikirkritis materi pra td hmj.pptberpikirkritis materi pra td hmj.ppt
berpikirkritis materi pra td hmj.ppt
 
Makalah berpikir Kritis
Makalah berpikir KritisMakalah berpikir Kritis
Makalah berpikir Kritis
 
KONSEP DASAR BERFIKIR KRITIS DAN MASALAH DALAM KEBIDANAN
KONSEP DASAR BERFIKIR KRITIS DAN MASALAH DALAM KEBIDANANKONSEP DASAR BERFIKIR KRITIS DAN MASALAH DALAM KEBIDANAN
KONSEP DASAR BERFIKIR KRITIS DAN MASALAH DALAM KEBIDANAN
 
Berpikir kritis sitizubaidah-um
Berpikir kritis sitizubaidah-umBerpikir kritis sitizubaidah-um
Berpikir kritis sitizubaidah-um
 
materi LDKS SMKN 1 Ciomas 2022 - Berfikir Kritis.pdf
materi LDKS SMKN 1 Ciomas 2022 - Berfikir Kritis.pdfmateri LDKS SMKN 1 Ciomas 2022 - Berfikir Kritis.pdf
materi LDKS SMKN 1 Ciomas 2022 - Berfikir Kritis.pdf
 
Bab 2 new
Bab 2 newBab 2 new
Bab 2 new
 
berpikir-kritis-critical-thinking.ppt
berpikir-kritis-critical-thinking.pptberpikir-kritis-critical-thinking.ppt
berpikir-kritis-critical-thinking.ppt
 
Berfikir Kritis.ppt
Berfikir Kritis.pptBerfikir Kritis.ppt
Berfikir Kritis.ppt
 
tugas husna-1.pdf
tugas husna-1.pdftugas husna-1.pdf
tugas husna-1.pdf
 
CREATIVE THINKING - Creative Thinking (2)
CREATIVE THINKING - Creative Thinking (2)CREATIVE THINKING - Creative Thinking (2)
CREATIVE THINKING - Creative Thinking (2)
 
CRAETIVE THINKING - Creative Thinking (5)
CRAETIVE THINKING - Creative Thinking (5)CRAETIVE THINKING - Creative Thinking (5)
CRAETIVE THINKING - Creative Thinking (5)
 
PPT_Berpikir_Kritis.pptx
PPT_Berpikir_Kritis.pptxPPT_Berpikir_Kritis.pptx
PPT_Berpikir_Kritis.pptx
 
Berpikir Kritis atau Critical Thinking
Berpikir  Kritis  atau Critical ThinkingBerpikir  Kritis  atau Critical Thinking
Berpikir Kritis atau Critical Thinking
 
Tugas_ine riswanti_Berfikir secara Kefilsafatan.pdf
Tugas_ine riswanti_Berfikir secara Kefilsafatan.pdfTugas_ine riswanti_Berfikir secara Kefilsafatan.pdf
Tugas_ine riswanti_Berfikir secara Kefilsafatan.pdf
 
Hbml4303
Hbml4303Hbml4303
Hbml4303
 
Pemikiran kritis
Pemikiran kritisPemikiran kritis
Pemikiran kritis
 
Bab2 Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan
Bab2 Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan Bab2 Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan
Bab2 Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan
 
Pemikiran kritis
Pemikiran kritisPemikiran kritis
Pemikiran kritis
 
Recently uploaded

INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
NurSriWidyastuti1
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
SABDA
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Dedi Dwitagama
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdfPETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
Hernowo Subiantoro
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
lastri261
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
nawasenamerta
 
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogortugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
WILDANREYkun
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
bobobodo693
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
haryonospdsd011
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
asyi1
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
safitriana935
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
johan199969
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
suprihatin1885
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
d2spdpnd9185
 
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdfLaporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
heridawesty4
 
Recently uploaded (20)

PEMIKIRAN

  • 1. 9 PEMIKIRAN KRITIKAL Shahrin Hashim PENGENALAN Pemikiran adalah aktiviti yang dilakukan oleh manusia hampir setiap masa. Pemikiran secara mudah boleh difahami sebagai apa saja yang berlaku dalam minda kita. Kritis membawa banyak pengertian yang sederhana seperti sangat mendalam, terperinci, mengamati dan sebagainya.Ia juga dimaksudkan sebagai pemahaman secara mendalam dan kritikal bagi mempertingkatkan pemahaman.Pemikiran ini membantu individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati dan mencari bukti yang sah sebelum membuat keputusan. Definisi Pemikiran Kritis Pemahaman terhadap pengertian pemikiran kritis harus dilihat daripada pelbagai sudut..Hal ini kerana, pengertian pemikiran kritis itu sesungguhnya amat luas dan dalam. Setiapa sarjana sains pemikiran akan memberi pengertian pemikiran kritis berasaskan pengalaman dan kajian yang dijalankan. Definisi yang dinyatakan di bawah dapat memahamkan kita apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran kritis? Dewey (1933) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah berfikir secara serius(mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya. Bloom (1956) menghuraikan pemikiran kritis melibatkan aktiviti mental secara analisis, sintesis dan penilaian. Menurut Nik Aziz (1994), secara kasar pemikiran kritis ialah pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisis isu-isu, tetapi berfikir secara holistik dan melihat
  • 2. masalah dari berbagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah dan bukan bergiat mencetuskan pelbagai krisis baru. Manakala Jaafar (1995) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah pemikiran secara sistematik, secara universal dan secara radikal adalam menganalisis sesuatu secara mendalam. Sintesis Pemikiran Kritis Secara umum, berdasarkan definisi di atas maka dapatlah disatukan pemahaman tentang pemikiran kritis, iaitu usaha berfikir yang dilakukan untuk diri sendiri (thinking of oneself) (Eugene dan James,1991). Kefahaman ini boleh disatukan berdasarkan beberapa elemen teras iaitu; a) Berfikir dengan menggunakan dimensi otak kiri. b) Berfikir menggunakan urutan dan hokum logic c) Berfikir untuk membuat pertimbangan dan keputusan d) Berfikir dengan sikap yang berhati-hati dan mengambil kira risiko dan kesan Usaha berfikir yang dilakukan untuk diri sendiri(thinking oneself) bermaksud setiap individu harus memikirkan sesuatu isu/masalah yang telah, sedang dan akan berlaku berdasarkan pemikiran sendiri, tanpa dipengaruhi oleh pemikiran orang lain. Pemikiran kritis mengajak kita agar berfikir dengan lebih bersistem dan terarah dalam membuat sesuatu keputusan. Dengan kata lain, keputusan yang kita buat bukan berdasarkan pemikiran orang lain. Sebarang bentuk idea, pendapat dan keputusan adalah atas pertimbangan yang tidak berbelah bahagi. Apa yang kita fikirkan; itulah yang kita terima sebagai hakikatnya. Sebaliknya , menurut Nik Aziz(1994) pemikir yang tidak kritis dikawal oleh emosi, prasangka dan kekurangan maklumat. Justeru itu mereka cenderung untuk membuat keputusan secara gopoh-gapah, bertidak secara terburu-buru dan mengemukakan jawapan yang simplisistik kepada masalah yang kompleks. Pemikir yang kritis selalunya akan hanyut dalam arus kekeliruan antara realiti dan ideal. Pemikiran kritis menurut Scriven dan Paul (1995) ialah bentuk pemikian yang sebaris dengan “modes of thinking” yang lain seperti: a) Pemikiran saintifik b) Pemikiran matematikal
  • 3. c) Pemikiran historical d) Pemikiran ekonomikal e) Pemikiran moral f) Pemikiran kefalsafahan Pemikiran Kritis Rendah Pemikiriran kritis rendah hanya sekadar melibatkan proses kognitif (kemahiran mikro)yang sederhana. Dengan memnggunakan kemahiran kritis mikro minda sekadar menerbitkan semula maklumat/data/pernyataan dan sebagainya yang telah sedia ada. Minda hanya memilih, mengasingkan, memastikan perbezaan dan kelainan yang wujud dalam satu-satu kategori atau kumpulan dan antaranya seperti: a) membanding dan membeza b) membuat kategori c) membuat bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan d) menerangkan sebab Pemikiran Kritis Tinggi Pemikiran kritis tinggi melibatkan proses kognitif(kemahiran mikro) dan metakognitif (thinking abaout thinking). Pemikiran ini,tidak hanya menggunakan kemahiran mikrokritis, ia ditambah dengan kemahiran metakognitif menerusi daya taakulan (reasoning). Kita perlu mengupas, memperinci dan mengesahkan sesuatu maklumat/penyataan atau apa jua perkara dengan spesifik dan terarah. Agar daripadanya kita dapat menghindarkan pemikiran kita daripada sebarang idea yang tidak konsisten dari segi logik, dan antaranya seperti; a) membuat ramalan b) mengusul periksa andaian c) membuat inferens d) mengesahkan sumber maklumat e) membuat generalisasi dan f) mencari sebab dan membuat kesimpulan
  • 4. Kemahiran Pemikiran Kritis Pemikiran kritis melaksanakan tanggungjawab yang sangat rapi, terarah dan bersistem. Apa jua yang dicerap oleh pancaindera-maklumat,fenomena, isi,perkara,benda akan menjalani proses saringan pada tahap sensasi dan persepsi. Pemikiran kritis akan memainkan peranan utama sesuai dengan kehendak dan objektif kita. Memahami dan Menilai Sesuatu Konsep dan Pengertian Konsep dan pengertian dua elemen yang penting. Pengertian merupakan subset kepada konsep. Sejak kecil hingga dewasa kita di keliling dengan pelbagai konsep. Kita belajar dan memahami konsep-konsep mudah dan kompleks. Ada ketika, kita menggunakan konsep-konsep berkenaan dalam kehidupan seharian seperti di kelas, tempat kerja, di kedai, di jalan raya dan sebagainya. Konsep-konsep yang terdapat di sekeliling kita ada yang bersifat setempat dan global. Ada juga yang penggunaannya amat sempit dan hanya difahami oleh kaum tertentu, misalnya konsep ‘Feng-Shui’. Konsep ini hanya difahami oleh kaum Cina, itu pun tidak merata. Untuk dapat memahami sesuatu konsep itu, seorang mestilah mampu mentafsirkannya dan membina satu pengertian daripadanya. Konsep ‘Jati Diri’, misalnya satu konsep yang amat abstrak untuk difahami. Kalau kita hendak mengetahui maksudnya kita bertanya kepada orang yang lebih mengetahuinya atau terus sahaja merujuk kamus yang berkaitan dengan konsep berkenaan. Akhirnya, kita akan dapat memahami dan mentafsirkan makna konsep berkenaan . Justeru itu,menerusi pemikiran kritis seseorang itu akan memperoleh konsep yang benar. Perbezaan antara pemikiran kreatif dan pemikiran kritis Seperti yang dapat dilihat daripada jadual di atas, pemikiran kreatif dan kritis ditandai oleh ciri- ciri yang berbeza dan menekankan aspek-aspek yang berbeza. Misalnya pemikiran kreatif bersifat genaratif, iaitu berminat mengenal pasti sebanyak mungkin jalan penyelesaian sementara pemikiran kritis bersifat selektif, iaitu menekankan pemilihan jalan penyelesaian yang terbaik. Dalam proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan kedua-dua gaya pemikiran ini
  • 5. diperlukan. Sesuatu masalah tidak akan berjaya diselesaikan jika hanya bergantung kapada cadangan-cadangan kreatif. Cadangan-cadangan kreatif perlu dinilai, diteliti dan dipertimbangkan dengan menggunakan pemikiran kritis sebelum ia dapat laksanakan. Penilaian, penelitian dan pertimbangan yang dibuat boleh menghasilkan idea kreatif yang lebih bermutu. Dalam usaha mereka bentuk sebuah bangunan komersial misalnya, pereka bentuk boleh mengaplikasikan pemikiran kritis dengan meninjau aspek-aspek kelemahan, kecectan dan kekurangan reka bentuk bangunan komersial yang sedia ada. Hasil tinjauan ini mungkin dapat menunjukkan kelemahan dalam aspek reka bentuk bangunan terbabit secara keseluruhan, dalam aspek mesra pengguna, ancaman cuaca dan sebagainya. Mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang sedia ada secara kritis dapat membantu pereka bentuk menghasilkan reka bentuk yang lebih baik. Sesuatu masalah juga tidak akan berjaya diselesaikan jika kita hanya bergantung kepada pemikiran kritis. Sikap kritis yang keterlaluan dapat membunuh kreativiti dan akibatnya cadangan-cadangan baru yang bernas dan berpotensi bagi menyelesaikan masalah dengan berkesan akaqn hilang begitu sahaja. Bayangkan suatu mesyuarat bagi menyelesaikan masalh kutipan derma untuk tabung PIBG yang dihadiri oleh pemikir-pemikir yang bersifat terlalu kritis. Besar kemungkinan kandungan mesyuarat ini hanya tertumpu kepada kritikan-kritikan negatif berkenaan cara-cara kutipan derma yang sudah dibuat, dan bukannya memikirkan cara-cara baru kutipan derma dapat dilakukan . Jika sesiapa ada memberi cadangan-cadangan baru , ia akan dikritik dengan serta merta tanpa melihatnya daripada sudut positif. Disebabkan sifat penilaian yang dikaitkan dengan pemikiran kritis, ramai yang menyalah tafsirnya sebagai suatu aktiviti mengkritik semata-mata, iaitu mencari kesilapan, kesalahan dan kelemahan. Mengkritik sebenarnya adalah suatu bahagian kecil pemikiran kritis. Oleh itu, mendefinisikan pemikiran kritis sebagai suatu aktiviti mengkritik semata-mata adalah tidak tepat. Bagi Ramai pakar pemikir, pemikiran kritis merangkumi aktiviti-aktiviti berfikir yang jauh lebih luas. Pemikiran kritis melibatkan pemikiran yang mendalam dan memberi pertimbangan yang serius kepada sesuatu. Bagi Bassham (2002), pemikiran kritis meliputi pelbagai kemahiran kognitif dan intelektual yang diperlukan bagi mengenal pasti, menganalisis dan menilai sesuatu idea dengan berkesan, bagi mencari dan mengelakkan prejudis peribadi dan bias, membuat formulasi dan membentangkan sebab-sebab yang meyakinkan bagi menyokong sesuatu
  • 6. kesimpulan, dan membuat keputusan yang wajar dan bernas pada apa yang harus dipercayai dan ada yang harus dilakukan. Kesimpulannya, pemikiran kritis bukannya suatu pemikiran yang bersifat negatif. Sebalikknya ia adalah suatu pemikiran yang berdisiplin yang didasari oleh standard-standard intelektual yang jelas. KELEBIHAN PEMIKIRAN KRITIS Pemikiran otak kiri, iaitu otak kritis banyak manfaat dan hikmahnya. Sayangnya masih ramai yang kurang menyedari akan kelebihan pemikiran ini. Walaupun, setiap hari kita berhadapan dengan masalah yang memerlukan penyelesaian secara kritis, tetapi skema kritis itu tidak digunakan secara optimum (Jadual 4.1). Ramai sarjana seperti Jaafar (1995), Ainon dan Abdullah (1996), Mohd Micheal (1995) yang memperkatakan tentang kelebihan pemikiran kritis ini. Sesungguhnya banyak kelebihan memiliki pemikiran kritis. Faedah Berfikir secara Kritis Seperti kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran berfikir secara kritis membawa pelbagai faedah. Ia bermanfaat bukan sahaja dalam kehidupan harian, tetapi juga dalam pekerjaan dan pembelajaran. Ia membantu kita membuat penilaian, keputusan dan menyelesaikan masalah dengan berkesan. Faedah Berfikir Secara Kritis Dalam Kehidupan Harian Dalam kehidupan harian, pemikiran kritis membantu kita mengelakkan melakukan kesilapan semasa membuat keputusan. Semua orang harus membuat keputusan daripada yang kecil seperti baju mana yang perlu dipakai kepada yang besar seperti rumah apa yang mesti dibeli. Lazimnya, keputusan kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran. Contoh faktor dalaman adalah sikap, persepsi, konsep diri, estim dan kepintaran. Contoh faktor luaran adalah orang- orang di sekeliling kita, peraturan, undang-undang dan keadan persekitaran. Kadangkala factor- faktor ini menyebabkan kita menerbitkan keputusan-keputusan yang salah. Estim diri yang
  • 7. rendah contohnya mendorong kepada keputusan-keputusan yang merugikan. Seorang suri rumah yang tidak yakin dengan penampilan dirinya mungkin lebih gemar mengurung diri di rumah dan mengelakkan perjumpaan social seperti kenduri, makan malam bersama rakan-rakan dan sebagainya. Akibatnya, beliau tidak berpeluang mengeratkan hubungan dengan orang lain dan merasa tersisih. Orang di sekeliling kita juga mempengaruhi keputusan yang kita buat. Ada yang mempengaruhi keputusan kita secara sedar seperti pengutip derma dan jurujual. Ada juga yang mempengaruhi pemikiran kita secara halus. Pengiklan dan ahli-ahli politik amat mahir dalam menggunakan strategi-strategi yang begitu halus bagi mempengaruhi pemikiran kita. Jurujual contohnya memberi pelbagai alasan kepada kita mengapa kita harus membeli produk yang dijual. Pengilan pula menggunakan pelbagai strategi seperti menggunakan model-model yang cantik dan seksi dalam iklan-iklan mereka ataupun dengan manakutkan kita dengan pelbagai masalah sekiranya kita tidak membeli produk yang diiklankan. Semua ini mendorong kita menghasilkan keputusan yang tidak ingini sekiranya kita tidak memiliki asas yang kuat dalam berfikir secara kritis. Mengaplikasikan teknik-teknik berfikir secara kritis seperti menimbang sesuatu secara menyeluruh dengan minda yang terbuka dan menilai kejituan sesuatu hujah dapat membantu kita lebih yakin dengan apa yang kita lakukan dan membawa kepada keputusan yang lebih berkesan berdasarkan bukti-bukti yang konkrit dan jelas. KESIMPULAN Pemikiran kritis dipunyai oleh setiap daripada kita. Cuma darjah kritis seseorang itu agak berbeza. Pemikiran kritis penting kepada diri seseorang, agar ia sendiri dapat mengenal pasti arah dan hala tuju ia berfikir dan kemudian dalam masa yang sama dapat memberi focus pada yang sepatutnya difikirkan. Menerusinya, kita akan lebih defensive, ofensif dan provokatif dalam menilai sesuatu. Kita tidak menerima bulat-bulat, hatta sesuatu yang dinyatakan itu datangnya daripada sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Ini adalah kerana kesilapan logik boleh berlaku pada mana-mana bahagian yang kita tidak jangka. RUJUKAN
  • 8. Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM Alderfer, C. (1972). Existence, relatedness, & growth. New York: Free Press. Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition. Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc. Arkes, H.A. (1982). Psychological Theories of Motivation. Belmont, California: Wadworth. Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya (2005). “Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan” Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur. Best J.B. (1999). “Cognitive Psychology (5th Ed.)” United States of America : Brace. Buzan, T (1989). Use your Head. London: BBC Books. Connell ,W.F . (1981) . Asas Pendidikan . Kula Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Darley, John M., Glucksberg, Sm., Kinchla. Ronald A.,(1986) Psychology. New Jersey: Prentice-Hall, Inc Derek Torrington, Jane Weighvman (1989). Effective Management:People and Organisation. New York; Prentice- Hall, Inc. Ee Ah Meng (1996), Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan, Kuala Lumpur : Fajar Bakti. Eggen, P. & Ksuchak, D. (2001). “Educational Psychology Windows On Classrooms”. 5th Edition. Upper Saddle River, New Jersey : Merrill Prentice Hall. Flavell J.H. (1977). “Cognitive Development” New Jersey : Prentice-Hall, Inc. Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learning and Theory of Instruction. 4th Edition. New York : Holt, Rinehart & Winston. Gross, R. (2001). “Psychology The Science Of Mind And Behaviour”. 4th Edition. London : British Library Cathaloguing in Publication Data. Hergenhahn, B.R. & Matthew Olson. (2001). An Introduction to Theories of Learning. 6th Edition. Upper Saddle River, New Jersey : Prentice Hall. Hergenhahn, B.R. (1980). An Introduction to theories of personality. New Jersey: