SlideShare a Scribd company logo
PEMBINAAN PASUKAN:

FAKTOR-FAKTOR MERANGSANG DAN MENGEKANG PEMBINAAN PASUKAN
        DALAM JABATAN MATEMATIK DI MRSM PENGKALAN CHEPA

1.0   PENGENALAN

      Perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang dalam sesebuah organisasi
sangat dituntut oleh pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) lebih-
lebih lagi dalam era globalisasi. Untuk mencapai tahap yang diharapkan ini modal
insan yang berkualiti dan produktif amat diperlukan kerana hanya modal insan
seperti ini sahajalah yang berupaya menyumbang kepada perkhidmatan yang
berkualiti dan mendorong kepada kecemerlangan organisasi.Setiap ahli dalam
organisasi tidak kira sama ada pengurus atau pekerja perlu membina perpaduan
dan persefahaman bagi menjamin perkhidmatan dan produk yang bermutu tinggi.
Bagi merealisasikan keadaan seperti ini pembinaan pasukan kerja yang mantap
perlu diwujudkan dalam organisasi tersebut .

       Kita perlu menerima hakikat yang membentuk sebuah pasukan yang hebat
bukanlah semudah kata. Pelbagai halangan atau kekangan pasti wujud yang akan
menyekat kelancaran kerja berpasukan ini. Oleh itu sebelum barah menjadi nanah,
setiap masalah yang wujud dalam sesebuah pasukan kerja itu perlu dikenalpasti
serta diatasi secepat mungkin agar masalah-masalah ini tidak menjadi penghalang
kepada pembentukan pasukan yang mantap           seterusnya akan memberi impak
kepada kualiti dan produktiviti yang dihasilkan.    Sebagai ahli organisasi yang
sentiasa berhadapan dengan tuntutan semasa, kita perlu sedar yang tidak ada jalan
pintas untuk membentuk pasukan kerja yang mantap.

       Tugasan ini akan memberi pendedahan tentang pembinaan pasukan serta
membincangkan faktor-faktor yang merangsang pembentukan pasukan kerja dalam
Unit Bahasa Melayu di Maktab Rendah MARA Pengkalan Chepa. Seterusnya
tugasan ini juga memberi fokus kepada halangan-halangan dalam proses
pembinaan pasukan dalam jabatan ini.




                                         1
2.0       OBJEKTIF

          Objektif tajuk tugasan ini adalah untuk memberi kefahaman tentang maksud
pembinaan pasukan kerana ramai antara ahli dalam sesebuah organisasi (unit
Matematik)        tidak    memahami         maksud        pembinaan         pasukan   dan   fungsinya.
Disebabkan ketidakjelasan maksud pembinaan pasukan inilah maka ada ahli
pasukan gagal memainkan peranan serta memberi komitmen yang sewajarnya
sehingga menjejaskan matlamat pembinan pasukan itu sendiri.

          Tajuk tugasan ini juga dipilih adalah untuk mengupas secara lebih terperinci
faktor-faktor yang mendorong pembinaan pasukan dalam Unit Matematik di MRSM
Pengkalan Chepa. Ekoran desakan-desakan daripada pihak pelanggan,                              MRSM
Pengkalan Chepa perlu membuat anjakan paradigm agar dapat menghasilkan
pelajar-pelajar yang cemerlang                 bukan sahaja dari segi akademik, malah
merangkumi sahsiah dan kokurikulum. Tempias daripada desakan ini turut dirasai
oleh ahli-ahli unit Matematik.

          Selain itu, tajuk ini juga adalah untuk mengenalpasti kekangan-kekangan
yang terpaksa dihadapi oleh ahli unit Matematik dalam proses pembinaan pasukan.
Apabila kekangan-kekangan ini dapat dikenalpasti, langkah yang sewajarnya perlu
diambil bagi mengatasi halangan ini agar sebuah jabatan yang produktif dan
berkualiti dapat diwujudkan.

3.0       DEFINISI PEMBINAAN PASUKAN

          Terdapat pelbagai definisi yang diberikan kepada pembinaan pasukan.
Antara definisi yang digunakan ialah suatu kumpulan manusia yang bekerja ke arah
suatu matlamat bersama.1

          Pembinaan pasukan juga didefinisikan sebagai proses di mana setiap individu
membantu, bekerjasama antara satu sama lain dalam usaha berkongsi maklumat
dan berkomunikasi secara terbuka sesama sendiri.

          Mengikut Harvey Robbins & Michael Finley, (1996) pasukan atau “team”
bermaksud         “… people doing something together…” Dalam konteks ini ia boleh
      1
          Dr. Suriyakhatun, Suasana Life Coaching Center, muka surat 27 m

                                                      2
merupai sama ada              situasi    dalam pekerjaan, permainan atau dalam institusi
kekeluargaan. Ia juga merupakan satu keadaan yang unggul ke arah mewujudkan
suasana yang harmoni serta semangat bekerjasama.2                        Berdasarkan     definisi-
definisi pembinaan pasukan ini, jelaslah bahawa pembinaan pasukan dalam
sesebuah organisasi amat penting kerana dunia pekerjaan pada hari telah
mengalami banyak perubahan terutama apabila berhadapan dengan ledakan
teknologi maklumat (IT). Perkembangan pesat IT serta globalisasi ini telah
mewujudkan pelbagai cabaran. Persaingan semasa juga semakin hebat untuk
dihadapi secara individu. Oleh itu setiap individu dalam sesebuah organisasi ini perlu
saling bergantungan untuk mengatasi semua cabaran serta memenuhi kehendak
pelanggan. Seperti yang dinyatakan oleh Ahmad Fazli Yusof dalam bukunya yang
bertajuk Mengurus Kerja Berpasukan, “Kemuncak kejayaan seseorang peribadi itu
bukanlah ‘berdikari dan tidak memerlukan orang lain’, tetapi seseorang itu dianggap
benar-benar cemerlang            jika dia boleh mencipta situasi ‘saling kebergantungan’
antara satu sama lain.”3

          Pembinaan         pasukan     dapat   membina       semangat       kekitaan,   memberi
pengurusan merancang strategi, memanfaatkan kekuatan daripada kepelbagaian
tenaga kerja seterusnya dapat meningkatkan prestasi organisasi.

4.0       FAKTOR-FAKTOR MERANGSANG PEMBINAAN PASUKAN DALAM UNIT
          BAHASA MELAYU DI MRSM PENGKALAN CHEPA

          Seorang guru yang profesional akan sentiasa sedar akan peranan dan
tanggungjawab mereka dalam melaksanakan tugas bukan sahaja sebagai tenaga
pengajar tetapi juga sebagai pendidik yang bertanggungjawab melahirkan modal
insan kelas pertama yang dapat menguasai pelbagai aspek. Tanggungjawab yang
sangat berat ini sudah pasti tidak dapat dipikul secara sendirian tetapi perlu digalas
secara bersama-sama. Oleh itu pembinaan pasukan kerja sangat diperlukan bagi
merealisasikan impian pelbagai pihak.Di sini kita cuba kupas secara terperinci
faktor-faktor yang merangang pembinaan pasukan dalam unit ini.

4.1       MATLAMAT YANG SAMA
      2
          Dr. Ismail Zain

      3
          http://www.bookcafe.com.my/product info.php?cPath=2 55&products id=87

                                                   3
Faktor utama yang merangsang pembinaan pasukan dalam unit Matematik
MRSM Pengkalan Chepa ialah matlamat yang sama.Seperti mana yang kita ketahui,
setiap guru yang bekerja di MRSM Pengkalan Chepa secara umumnya dan guru
yang mengganggotai unit Bahasa khususnya perlu faham dan jelas dengan
matlamat yang hendak dicapai serta perlu berusaha untuk mencapai matlamat ini.
Antara matlamat yang perlu dicapai oleh semua guru ialah:

          1. Memastikan semua pelajar memperoleh ‘A’ dalam subjek Matematik.

          2. Memastikan sahsiah semua pelajar baik, berhemah dan berbudi pekerti
              mulia.

          3. Merealisasikan penglibatan secara total dalam bidang kokurikulum dan
              memperoleh sekurang-kurangnya tempat pertama,                  kedua atau ketiga
              dalam setiap penyertaan.

          Tanggungjawab untuk merealisasikan matlamat ini perlu digalas oleh semua
      guru dalam unit Bahasa.Sebagai manusia biasa,adalah mustahil bagi kita untuk
      mencapai matlamat yang ditetapkan ini secara bersendirian. Keadaan ini
      diteguhkan lagi dengan kata-kata Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dalam
      bukunya yang bertajuk ‘55 Petua Kerja Berpasukan’ yang mengatakan bahawa
      “Anda sememangnya perlukan orang di sekeliling bagi meneruskan hidup ini.
      Tidak kira sama ada melakukan kerja sekolah, kerja rumah, bercedung di
      bendang, tugasan universiti, kertas kerja pejabat, projek korporat, jual beli
      saham, konsert amal dan hampir kebanyakan kerja; kita perlukan orang lain di
      sekeliling kita. Justeru, kita semua perlu memahirkan diri bekerja dengan orang
      lain. Salah satu kemahiran penting ialah kemahiran bekerjasama dalam satu
      pasukan.”4 Oleh itu sebagai anggota dalam unit Matematik kami perlu
      membentuk pasukan kerja yang mantap.

          Bagi merealisasikan matlamat semua pelajar memperoleh ‘A’ dalam subjek
Matematik yang          perlu dicapai     oleh        semua guru,guru-guru Matematik bukan
sahaja mengajar pada masa kelas formal malah setiap guru                     telah bekerjasama
mengadakan kelas tambahan mengikut kemahiran masing-masing.


4
    .http://www.pts.co…/modules.php?name=Katalong Buku v2&op=ViewBookDetails&bid

                                                  4
Contohnya : Cikgu Zanariah berkebolehan dalam Trigonometri sementara Cikgu
Rohani berkebolehan dalam tajuk Persamaan Kuadratik. Oleh itu kelas tambahan
dijalankan berdasarkan kemahiran guru iaitu Cikgu Zanariah akan mengajar topik
mengenai Trigonometri sementara Cikgu Rohani mengajar mengenai Persamaan
Kuadratik yang mudah dan peringkat yang tinggi agar semua pelajar memperoleh
input yang sama daripada guru-guru tersebut. Pengendalian kelas tambahan ini turut
dibantu oleh guru-guru lain dalam unit agar pelajar tidak hilang tumpuan. Guru-guru
dalam unit ini juga telah bekerjasama mengadakan kelas pemulihan mengikut
kebolehan masing-masing kepada setiap pelajar yang telah dikenalpasti bermasalah
sama ada masalah dalam subjek Matematik atau masalah sahsiah.

      Bagi   merealisasikan   penglibatan    pelajar   secara   total   dalam   bidang
kokurikulum, kami guru-guru unit Matematik telah menggalakkan pelajar menyertai
setiap pertandingan yang dianjurkan sama ada oleh pihak MARA atau Kementerian
Pendidikan. Kami telah bekerjasama sebagai sebuah pasukan mengadakan latihan
mengikut kemahiran yang kami miliki dengan dibantu oleh guru-guru lain yang
kurang berkebolehan.

 Contohnya : Saya sebagai guru matematik dan komputer telah melatih peserta
maktab dengan dibantu oleh guru-guru lain yang mempunyai kemahiran dalam
bidang pengaturcaraan dan kalkulator. Hasil daripada pasukan kerja yang telah kami
bina ini, pelajar telah menghasilkan satu projek pengaturcaraan sehingga
memenangi tempat Pertama dalam Tunas Saintis Se-Malaysia dan telah terpilih
menyertai Intel ISEF 2007.

4.2   PERKONGSIAN ILMU DAN KEMAHIRAN

      Sejajar dengan ledakan teknologi maklumat, pelbagai ilmu baru tersebar
dengan cepat dan meluas. Tidak semua guru dalam unit Matematik dapat mengejar
ilmu dan kemahiran yang berkembang pesat ini. Oleh itu pembinaan pasukan kerja
ini perlu dibentuk supaya kemahiran dan ilmu yang berbeza-beza ini dapat dikongsi
bersama oleh semua ahli. Sekiranya ada dalam kalangan ahli kumpulan yang
berkemahiran dalam satu-satu bidang, maka guru ini boleh membantu guru-guru
lain yang perlu melaksanakan tugas menggunakan kemahiran tersebut iaitu
menampung kelemahan rakan guru dalam unit Matematik


                                         5
Contoh 1: Cikgu Abdullah Zamawi dalam unit Matematik mempunyai kemahiran
dalam menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Beliau telah
bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada guru-guru lain dalam menggunakan ICT
. Malah cikgu Abdullah juga telah berkongsi bahan pengajaran yang menggunakan
ICT dengan guru-guru lain. Tindakan Cikgu Abdullah ini telah dapat menampung
kelemahan guru-guru lain memandangkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran sangat ditekankan di MRSM Pengkalan Chepa.

Contoh 2: Cikgu Zulkifly mempunyai kelebihan kemahiran komunikasi.Beliau telah
banyak membantu guru-guru lain terutama guru-guru baru dalam menyelesaikan
masalah bukan sahaja dalam hal yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran,
tetapi masalah-masalah lain yang melibatkan pihak pentadbiran dan pelajar.

4.3       MENINGKATKAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI

          Sebagai       salah    seorang      ahli    organisasi,     saya     menyedari   bahawa
perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti sangat diperlukan oleh pelanggan
terutama pelajar dan ibu bapa. Menyedari hakikat ini ahli unit Matematik perlu
membina pasukan dan bekerja dalam pasukan kerana bekerja secara sendirian
tidak akan menghasilkan kualiti dan produktiviti yang optimum.

            Kualiti kerja serta produktiviti hanya dapat ditingkatkan apabila semua ahli
bersama-sama menyelesaikan masalah yang wujud dalam pasukan.Semua ahli
perlu bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisa
masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka dan mengemukakan
cadangan-cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan
dan keputusan, dan melaksanakan keputusan setelah dipersetujui oleh pihak
pengurusan.5 Dalam mesyuarat ini juga semua ahli dapat berkongsi kepakaran dan
kebolehan mereka dengan semua ahli.                      Perkongsian kepakaran ini akan dapat
menghasilkan kerja yang lebih baik.

Contoh 1 : Beberapa orang guru dalam unit Matematik tidak berkemahiran dalam
memeriksa kertas peperiksaan pelajar. Keadaan ini menyebabkan markah pelajar
yang diperiksa oleh guru-guru ini sangat berbeza dengan markah guru-guru yang
lebih berpengalaman. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan unit Matematik

5
    Rozita Abdul Mutalib.Fazilah Mohd Othman, Pengurusan Organisasi Awam,m.s 109

                                                     6
ini,Cikgu Zulkifly yang telah mengajar selama 25 tahun serta berpengalaman luas
dalam menanda kertas SPM telah berkongsi kemahirannya dengan guru-guru lain
dalam unit Matematik dengan membuat bengkel menanda kertas kepada guru.
Tindakan cikgu ini telah menjadikan guru-guru yang tidak berpengalaman ini dapat
meningkatkan kualiti kerja mereka dalam menanda kertas peperiksaan. Kesannya
jurang markah antara kelas dapat dikurangkan.Di sini jelaslah bahawa pembinaan
pasukan ini dapat meningkatkan kualiti sesebuah organisasi.

Contoh 2 : Pada pertengahan bulan Ogos 2008 Unit Matematik telah merancang
untuk    mengadakan kem Matematik bagi pelajar Tingkatan 5 yang lemah. Bagi
menjayakan program ini, semua guru Unit Matematik        yang diketuai oleh Tn Hj
Zulkifly telah   bermesyuarat bagi memahami objektif, merancang, meneliti serta
melaksanakan aktiviti yang perlu dijalankan. Hasil perkongsian idea daripada semua
ahli serta dipersetujui oleh pengetua MRSM Pengkalan Chepa, kem tersebut telah
dapat dilaksanakan di Perdana Resort dengan jayanya. Hasil daripada maklum
balas daripada peserta kem, pelajar-pelajar yang menyertai kem ini lebih berminat
dengan subjek Matematik, berkeyakinan untuk menghadapi peperiksaan dan
markah peperiksaan mereka juga turut meningkat.


4.4     PERKONGSIAN TANGGUNGJAWAB
        Pembinaan pasukan juga perlu dibentuk dalam unit Matematik adalah untuk
perkongsian tanggungjawab. Sebagai ahli organisasi, guru-guru unit Matematik
bukan sahaja     bertanggungjawab untuk mengajar, tetapi kami juga    dibebankan
dengan pelbagai tugas lain yang perlu disempurnakan dalam tempoh masa tertentu.
Dalam menghadapi situasi ini, kadangkala guru-guru ini tidak dapat untuk
menghadiri kelas kerana terpaksa menyelesaikan tugas mereka yang lain. Dengan
adanya pasukan kerja, kelas guru tersebut akan diganti oleh guru lain atas dasar
tanggungjawab bersama dan setiakawan.
        Selain itu pasukan kerja ini juga turut bertanggungjawab atas kejayaan dan
kegagalan setiap program yang dipertanggungjawabkan kepada unit Matematik
Apabila sesuatu program diberi kepada unit Matematik, tanggungjawab untuk
melaksanakan program ini bukan terletak kepada ketua unit sahaja tetapi perlu
melibatkan semua ahli. Sebelum melaksanakan program tersebut, ketua unit perlu
berkongsi idea dengan semua ahli untuk membuat perancangan dan menilai idea

                                         7
tersebut sebelum melaksanakan program. Ahli pasukan perlu ikhlas memberi idea
supaya program yang dilaksanakan menjadi program yang berkualiti serta
memuaskan hati pihak yang berkepentingan.


Contoh 1     : Cikgu Zanariah telah diberi tanggungjawab besar dalam organisasi
MRSM Pengkalan Chepa          iaitu penyelaras SEM dan Guru kanan Matematik
Tambahan selain mengajar subjek Matematik . Keadaan ini telah menyebabkan
beliau kerap kali tidak dapat hadiri kelas formal atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan. Untuk mengelakkan pelajar-pelajarnya ketinggalan dalam pelajaran, guru-
guru lain dalam pasukan dengan rela hati akan menggantikan kelas Cikgu Zanariah
kerana kepentingan pelanggan perlu diutamakan. Tindakan seperti ini perlu
dilakukan supaya kepentingan pelajar tidak diabaikan .


4.5   MENGURANGKAN STRES
      Dalam suasana kerancakan memperkenalkan dan melaksanakan refomasi
pendidikan serta hasrat kerajaan untuk menghasilkan guru bertaraf dunia, ramai
guru mula menghadapi stress. Stress ini timbul ekoran daripada kehendak-kehendak
atau tuntutan pelanggan seperti pelajar, ibu bapa serta pihak pentadbiran yang tidak
dapat dipenuhi oleh seseorang guru (ahli organisasi). Bagi mengatasi masalah
stress atau tekanan ini, pembentukan pasukan dalam unit bahasa Melayu perlu
dilakukan agar masalah yang lebih serius dapat dielakkan..
      Dengan pembentukan pasukan kerja ini, semua ahli dalam unit bahasa
Melayu termasuk ketua unit perlu faham matlamat unit dan sanggup berkongsi
tanggungjawab yang telah diberikan. Setiap tanggungjawab yang diberikan kepada
seseorang ahli tidak hanya dipikul dan dijalankan oleh individu itu sahaja tetapi
sebaliknya diagih-agihkan kepada ahli-ahli lain agar ahli yang bertanggungjawab
tidak rasa terlalu terbeban. Malah sekiranya wujud masalah semasa melaksanakan
tanggungjawab tersebut, masalah itu akan dibincangkan dan diselesaikan bersama-
sama dalam pasukan tanpa menyalahkan antara satu sama lain. Langkah ini akan
mewujudkan rasa tenang pada setiap ahli semasa menjalankan tugas mereka yang
akhirnya dapat mengurangkan rasa stress.
Contoh 1 : Semasa peperiksaan semester, kelas saya sentiasa mendapat
keputusan   yang   kurang    memuaskan       dan   tidak   mencapai   sasaran   yang


                                         8
ditetapkan.Keadaan ini menyebabkan saya sentiasa dipanggil oleh Timbalan
Pengetua Hal Ehwal      Akademik dan dihujani dengan pelbagai soalan. Ekoran
daripada itu saya berasa sangat tertekan kerana saya pada saya, saya sudah
berusaha sedaya upaya untuk perbaiki teknik pengajaran saya dan prestasi pelajar.
Keadaan ini menyebabkan saya berasa sangat tertakan dan mengalami masalah
kemurungan. Namun begitu, dengan wujudnya         pasukan kerja dalam Matematik
seperti yang diarahkan oleh Bahagian Pelajaran Menengah MARA (unit Matematik),
stress yang saya hadapi dapat dikurangkan. Ini kerana pelajar yang lemah dari kelas
saya telah dikenalpasti dan pelajar-pelajar ini dikehendaki menghadiri kelas
pemulihan. Kelas pemulihan ini bukan sahaja menjadi tanggungjawab saya, tetapi
semua guru dalam unit Bahasa Melayu telah bertanggungjawab dan bekerjasama
menjalankan kelas pemulihan untuk perbaiki prestasi subjek Matematik MRSM
Pengkalan Chepa keseluruhannya.


5.0    KEKANGAN-KEKANGAN PROSES PEMBINAAN PASUKAN DALAM UNIT
       BAHASA MELAYU


      Sesuatu program yang dirancang oleh sesebuah organisasi akan berjaya
dilaksanakan sekiranya ahli dalam organisasi tersebut bersedia untuk saling
bekerjasama dalam satu pasukan. Namun begitu, kita perlu menerima hakikat yang
penubuhan pasukan kerja tidak semudah yang disangkakan kerana banyak padang
banyak belalang.Terdapat pelbagai halangan atau kekangan yang wujud dalam
proses pembinaan pasukan yang mantap dan halangan ini perlu diatasi agar ia tidak
memberi kesan terhadap kualiti dan produktiviti organisasi. Antara halangan yang
terpaksa dihadapi oleh ahli pasukan ialah:
5.1    KEKELIRUAN MATLAMAT
       Ketidakjelasan dari segi misi, visi serta objektif dalam sesebuah organisasi
adalah penyebab utama semangat berpasukan tidak dapat dilaksana dan diterapkan
dalam anggotanya. Dalam hal ini tidak semua anggota memahami hala tuju
organisasi masing-masing.Ekoran daripada itu terdapat ahli pasukan yang tidak
memahami matlamat ini tidak memberikan kerjasama apabila sesuatu program
hendak dilaksanakan       menyebabkan program yang dijalankan tidak begitu
memuaskan.


                                         9
Ketidakjelasan matlamat ini berlaku juga dalam anggota kerja unit Bahasa
Matematik di MRSM Pengkalan Chepa. Mereka tidak cuba memahami matlamat
sesuatu aktiviti atau program secara jelas kerana menganggapprogram-program
tersebut bukan kerja hakikimereka. Apabila keadaan ini terjadi menyebabkan
mereka melakukan kerja yang ditugaskan secara sambil lewa dan tidak memberi
kerjasama yang sewajarnya.
Contoh 1 :    Guru-guru baru dalam unit Matematik    tidak diberi penjelasan dan
penekanan tentang visi, misi dan objektif MRSM Pengkalan. Oleh itu apabila
sesuatu program dilaksanakan oleh Unit ini yang melibatkan semua guru, guru-guru
ini tidak memberi kerjasama seperti yang diharapkan. Pada bulan Julai 2008,
program Seminar peperiksaan telah diadakan oleh Unit Matematik. Sepatutnya
program ini dihadiri oleh semua guru kerana ia bertujuan memberi pendedahan
kepada guru dan pelajar tentang teknik menjawab soalan peperiksaan dan menanda
kertas peperiksaan. Namun begitu, disebabkan ketidakjelasan matlamat kerja
pasukan ini, beberapa guru baru ini tidak hadir dalam seminar tersebut tanpa
sebarang sebab yang munasabah menyebabkan mereka tidak dapat apa-apa input
daripada seminar tersebut. Di sini jelas menunjukkan bahawa sekiranya ada ahli
yang tidak memahami matlamat sebenar kerja berpasukan, maka matlamat kerja
berpasukan sukar dicapai .
Contoh 2      :   Pada bulan April setiap tahun, MRSM akan mengadakan Karnival
Matematik bagi mencungkil dan mengembangkan bakat pelajar. Oleh itu semua
guru perlu bekerjasama untuk memilih dan melatih peserta bagi setiap pertandingan
yang dianjurkan. Namun begitu, disebabkan ketidakjelasan matlamat program ini
dilaksanakan maka ada guru yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka.
Mereka hanya membiarkan guru-guru tertentu sahaja yang menanggung beban
kerja tersebut.


5.2    PERBEZAAN PRINSIP
       Seperti yang kita ketahui, setiap individu mempunyai prinsip dan pandangan
hidup yang berbeza. Masing-masing cuba menegakkan prinsip mereka. Sekiranya
tidak ada tolak ansur antara ahli tentang prinsip hidup mereka, maka ia akan
memberi kesan yang negatif terhadap matlamat pembinaan pasukan. Mereka bukan
sahaja susah menerima pendapat orang lain kerana berbeza dengan prinsip mereka


                                       10
malah mereka        cuba menegakkan pendirian mereka tanpa memikirkan kesan
kepada pihak pelanggan. Mereka juga susah untuk menerima sesuatu pembaharuan
atau membuat anjakan paradigma semata-mata ingin mengekalkan prinsip masing-
masing. Keadaan ini menyebabkan sesuatu perancangan yang boleh beri manfaat
kepada pelajar tidak dapat dijalankan.
Contoh 1 : Semua ahli unit Matematik telah bersetuju mengadakan program cara
menggunakan kalkulator saintifik bagi meningkatkan pengetahuan am pelajar.
Langkah ini difikir wajar dilaksanakan memandangkan ramai dalam kalangan pelajar
yang cetek pengetahuan am disebabkan kurang membaca. Namun ada beberapa
guru yang menentang program tersebut kerana bagi mereka program hanya
membazir wang dan tidak pernah dilaksanakan di MRSM ini.                  Sehubungan
itu,walaupun program ini tetap juga dilaksanakan, guru ini tidak memberi kerjasama.
Beliau langsung tidak menjalankan program tersebut untuk kelasnya menyebabkan
pelajar-pelajar dari kelas guru ini tidak meminjam majalah-majalah yang disediakan
seterusnya tidak mendapat input yang sama seperti pelajar-pelajar lain.


5.3   KURANG KOMITED
      Ahli tidak memberi komitmen yang sepenuhnya kepada pasukan kerja
merupakan salah satu daripada kekangan proses pembentukan pasukan yang
mantap. Mereka tidak dapat member komitmen sepenuhnya kerana mempunyai
kepentingan peribadi di luar waktu kerja seperti mengajar tuisyen dan aktiviti jualan
langsung. Penglibatan ahli ini adalah sangat minimum malah seringkali tidak
menghadiri mesyuarat ahli pasukan apabila mesyuarat tersebut diadakan di luar
waktu kerja. Tugas yang diberikan kepadanya juga seringkali tidak siap pada masa
yang telah ditetapkan. Sikap ahli pasukan ini telah menyebabkan kelancaran kerja
pasukan terjejas.


Contoh 1 : Seorang guru Matematik di MRSM Pengkalan Chepa sentiasa mengelak
apabila kelas pemulihan secara berkelompok diadakan. Pelbagai alasan telah
diberikan apabila program ini diadakan di luar waktu pejabat .Hal ini berlaku
disebabkan guru ini mempunyai tanggungjawab untuk mengajar tuisyen di beberapa
buah pusat tuisyen di Kota Bharu. Terbukti guru ini lebih fokus untuk mencapai
impian peribadinya berbanding matlamat pasukan kerja.Sikap guru ini telah


                                         11
menyebabkan wujudnya rasa tidak puas hati guru-guru lain dalam pasukan kerana
kelas pemulihan yang efektif tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan tenaga
pengajar. Keadaan ini telah menjejaskan pembentukan pasukan dalam unit
Matematik di MRSM Pengkalan Chepa.


5.4   AHLI YANG BERADA DALAM ZON SELESA
      Kehadiran ahli yang berada dalam zon selesa juga       menjadi penghalang
kepada pembentukan pasukan yang mantap. Situasi ini berlaku dalam diri ahli yang
senior. Tempoh bekerja yang lama kadang kala membuatkan seseorang ahli berasa
‘tepu’ dan hilang semangat. Hal ini disebabkan guru ini sudah berada dalam zon
selesa yang mengakibatkan dia hilang motivasi untuk bekerja. Kebanyakan kerja
yang dilakukan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja dan penglibatannya
dalam pasukan hanya setakat ‘ala kadar’. Sikap yang ditunjukkan oleh guru ini akan
membantutkan proses pembentukan pasukan kerja.


Contoh 1: Cikgu Abdullah Ahmad dalam unit Matematik merupakan guru senior
yang tidak berminat untuk naik pangkat dan sudah berpuas hati dengan gaji yang
dia peroleh. Sikap yang ditunjukkan oleh guru ini tidak menyenangkan ramai ahli
pasukan kerana beliau sentiasa menolak kerja-kerja yang ditugaskan kepadanya
kepada guru-guru yang lebih muda dengan alasan dia sudah lama bekerja. Guru ini
juga seolah-olah tidak berminat dengan segala bentuk pembaharuan dalam
pendidikan yang menyebabkan dia tidak begitu memberi komitmen apabila ahli
pasukan mengadakan seminar untuk peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
Sikap Cikgu Abdullah Ahmad ini telah menunjukkan beliau kabur tentang matlamat
pembentukan pasukan dan peranannya sebagai ahli pasukan yang akan member
impak kepada pembentukan pasukan.


6.0   KOMEN
      Semangat kerja berpasukan adalah merupakan salah satu konsep serta
amalan yang penting dalam sesebuah organisasi. Ia juga merupakan etika dalam
budaya kerja ke arah mempertingkatkan produktiviti. Oleh itu, sebagai guru saya
berpandangan bahawa pembentukan pasukan sangat penting dalam usaha
menyahut seruan kerajaan untuk menghasilkan modal insan kelas pertama seperti


                                        12
yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara. Guru-guru perlu bekerja lebih
gigih untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan bagi menghasilkan pelajar
seperti yang diharapkan. Perkara ini tidak mungkin tercapai sekiranya seseorang
guru itu bekerja secara individu kerana beban kerja guru semakin bertambah dari
hari ke hari. Kita perlu yakin yang kita boleh bekerja dalam satu pasukan yang
mantap bagi mencapai satu matlamat yang telah ditetapkan.
      Mengikut Juran (1993), antara kebaikan dan manfaat kerja berpasukan
kepada pekerja termasuklah:
         •   Mempertingkatkan motivasi, perasaan girang dan minat terhadap kerja.
         •   Memberikan keyakinan diri pekerja tentang potensi dan kebolehan
             mereka.
         •   Menanam semangat dan sikap gigih serta tekun dalam kalangan
             pekerja untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan kualiti
             keluaran/barangan
         •   Menyemai perasaan kekitaan dan keupayaan dalam kalangan pekerja.
         •   Mendorong    dan    membantu     memperkembangkan       sikap   ingin
             bekerjasama dan saling membantu dalam kalangan pekerja.
         •   Melahirkan pekerja yang komited, bertanggungjawab, dinamik dan
             dedikasi.
Pendapat ini tidak dapat disangkal dan terbukti kebenarannya apabila pasukan kerja
dibentuk dalam unit Matematik, keputusan Matematik pelajar-pelajar MRSM
Pengkalan Chepa semasa peperiksaan SPM 2006 dan 2007 meningkat dengan
mencapai 99.7 untuk skor ‘A’
      Bagi menjadikan sesebuah pasukan kerja berkesan, sebagai individu dalam
organisasi kita perlu menguasai pelbagai kemahiran kerana tanpa kemahiran-
kemahiran ini kerja berpasukan tidak akan berjaya. Antara kemahiran yang perlu
ada ialah kemahiran komunikasi dalam pasukan, membuat keputusan beramai-
ramai, mengendalikan konflik, membina kreativiti, kepimpinan, memotivasikan,
membuat penilaian, memberi ganjaran dan banyak lagi.
      Namun begitu, sebagai manusia biasa kita perlu menerima kenyataan yang
kita tidak boleh mencapai sesuatu yang kita impi-impikan secara mudah. Kita pasti
akan berhadapan dengan pelbagai halangan yang boleh menggugat keberkesanan



                                        13
pembinaan pasukan. Oleh itu kita perlu jadikan halangan-halangan ini sebagai batu
loncatan bagi kita meneruskan perjuangan untuk mencapai matlamat pasukan.


7.0      KESIMPULAN
         Sebagai generasi era globalisasi, kita perlu menerima hakikat yang kita tidak
boleh melakukan sesuatu pekerjaan secara berdikari . Keadaan ini disebabkan kita
sentiasa berhadapan dengan pelbagai kehendak pelanggan yang tidak mampu
untuk kita tangani secara sendirian. Justeru, kita perlu memahirkan diri bekerjasama
dengan orang lain. Kajian telah membuktikan bahawa kerja berpasukan memainkan
peranan penting dalam menentukan kualiti, produktiviti dan matlamat organisasi.
Namun begitu, sebagai anggota pasukan kita perlu menerima hakikat bahawa dalam
proses pembinaan pasukan yang mantap ini, akan wujud halangan-halangannya .
Halangan-halangan ini perlu ditangani secara bijaksana agar ia tidak memberi kesan
negatif terhadap kualiti perkhidmatan dan produktiviti.Oleh itu pemimpin pasukan
perlu memainkan peranan mereka bagi menyedarkan anggota pasukan tentang
matlamat sebenar pembentukan pasukan dan matlamat organisasi yang perlu
digapai mereka. Agama Islam sendiri menggalakkan umatnya bersatu padu, saling
membantu dan bekerja dalam pasukan yang mantap agar dapat membina tali
silaturrahim. Kita perlu sama-sama menanam azam untuk membina dan bekerja
dalam pasukan agar matlamat Negara untuk melahirkan modal insane kelas
pertama dapat dicapai. Bak kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat’.




         BIBLIOGRAFI


      1. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,2008, Komunikasi di tempat Kerja, Kuala
         Lumpur, PTSProfessional Publishing Sdn.Bhd.


      2. Asma Fadilla Habib, Anda + Karier


      3. Rahmat Ismail, 2006, 12 Rukun Kerja Berpasukan, Kuala Lumpur, utusan
         Publishing & Distributors. Sdn. Bhd.


                                           14
4. Saadon     Awang    dan   Abd   Rahim   Romle,2007,   Isu-Isu   Kontemporari
     Pengurusan Awam,Penerbit Pearson Prentice Hall.


5.   Dr. Suriyakhatun, Suasana Life Coaching Center,



6. http://www.pts.co…/modules.php?name=KatalongBuku
   2&op=ViewBookDetails&bid



7.   http://www.bookcafe.com.my/product info.php?cPath=2 55&products id=87



8. http://www.sideroad.com/Team_Building/effective-teamwork.html.


9. http://stafweb.uum.edu.my/hartini/group.htm




                                     15

More Related Content

What's hot

Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
Nur Fazlin Mohd Naim
 
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendahPengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendahcikqil
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
University Tun Hussein Onn Malaysia
 
Teori motivasi pp penggal 2
Teori motivasi pp penggal 2Teori motivasi pp penggal 2
Teori motivasi pp penggal 2
SITI HAJAR
 
Asas pengurusan
Asas pengurusanAsas pengurusan
Asas pengurusanEmy Amiera
 
Contoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPGContoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPG
Sing Kiat Lee @IPGK Pulau Pinang
 
Kepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumKepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumAton Minaton
 
Penilaian program
Penilaian programPenilaian program
Penilaian program
Hemah Naidu
 
4 pembinaan-instrumen-penilaian-dalam-aspek-kognitif
4 pembinaan-instrumen-penilaian-dalam-aspek-kognitif4 pembinaan-instrumen-penilaian-dalam-aspek-kognitif
4 pembinaan-instrumen-penilaian-dalam-aspek-kognitifIla Ali
 
Contoh surat kebenaran ibu bapa
Contoh surat kebenaran ibu bapaContoh surat kebenaran ibu bapa
Contoh surat kebenaran ibu bapa
Photography on Facebook
 
Pelaksanaan atau perlaksanaan
Pelaksanaan atau perlaksanaanPelaksanaan atau perlaksanaan
Pelaksanaan atau perlaksanaan
Nordin Yusof
 
Rancangan pengajaran harian kokurikulum
Rancangan pengajaran harian kokurikulumRancangan pengajaran harian kokurikulum
Rancangan pengajaran harian kokurikulum
dizzna
 
Chapter 1 pengenalan pengurusan
Chapter 1 pengenalan pengurusanChapter 1 pengenalan pengurusan
Chapter 1 pengenalan pengurusanWafeeqa Wafiq
 
Kepimpinan Transformasi
Kepimpinan TransformasiKepimpinan Transformasi
Kepimpinan Transformasiguestd95e21
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
Tajuk 5 Penilaian Projek
Tajuk 5 Penilaian ProjekTajuk 5 Penilaian Projek
Tajuk 5 Penilaian Projek
Azizi Ahmad
 
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
etika dan profesion perguruan
etika dan profesion perguruanetika dan profesion perguruan
etika dan profesion perguruanNoor Dollah
 
Panduan aktiviti pelaksanaan guru penyayang
Panduan aktiviti  pelaksanaan guru penyayangPanduan aktiviti  pelaksanaan guru penyayang
Panduan aktiviti pelaksanaan guru penyayang
SLOOI
 

What's hot (20)

Pentaksiran holistik
Pentaksiran holistikPentaksiran holistik
Pentaksiran holistik
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendahPengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Teori motivasi pp penggal 2
Teori motivasi pp penggal 2Teori motivasi pp penggal 2
Teori motivasi pp penggal 2
 
Asas pengurusan
Asas pengurusanAsas pengurusan
Asas pengurusan
 
Contoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPGContoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPG
 
Kepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumKepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulum
 
Penilaian program
Penilaian programPenilaian program
Penilaian program
 
4 pembinaan-instrumen-penilaian-dalam-aspek-kognitif
4 pembinaan-instrumen-penilaian-dalam-aspek-kognitif4 pembinaan-instrumen-penilaian-dalam-aspek-kognitif
4 pembinaan-instrumen-penilaian-dalam-aspek-kognitif
 
Contoh surat kebenaran ibu bapa
Contoh surat kebenaran ibu bapaContoh surat kebenaran ibu bapa
Contoh surat kebenaran ibu bapa
 
Pelaksanaan atau perlaksanaan
Pelaksanaan atau perlaksanaanPelaksanaan atau perlaksanaan
Pelaksanaan atau perlaksanaan
 
Rancangan pengajaran harian kokurikulum
Rancangan pengajaran harian kokurikulumRancangan pengajaran harian kokurikulum
Rancangan pengajaran harian kokurikulum
 
Chapter 1 pengenalan pengurusan
Chapter 1 pengenalan pengurusanChapter 1 pengenalan pengurusan
Chapter 1 pengenalan pengurusan
 
Kepimpinan Transformasi
Kepimpinan TransformasiKepimpinan Transformasi
Kepimpinan Transformasi
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Tajuk 5 Penilaian Projek
Tajuk 5 Penilaian ProjekTajuk 5 Penilaian Projek
Tajuk 5 Penilaian Projek
 
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
 
etika dan profesion perguruan
etika dan profesion perguruanetika dan profesion perguruan
etika dan profesion perguruan
 
Panduan aktiviti pelaksanaan guru penyayang
Panduan aktiviti  pelaksanaan guru penyayangPanduan aktiviti  pelaksanaan guru penyayang
Panduan aktiviti pelaksanaan guru penyayang
 

Viewers also liked

Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanCkg Nizam
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
Atiqah Wan
 
PKn - Pengertian Dasar Negara & Konstitusi Negara
PKn - Pengertian Dasar Negara & Konstitusi NegaraPKn - Pengertian Dasar Negara & Konstitusi Negara
PKn - Pengertian Dasar Negara & Konstitusi Negara
Adam Hars
 
Tugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan Pasukan
Tugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan PasukanTugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan Pasukan
Tugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan Pasukan
Nor Azharuddin Shaharuddin
 
Dasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan PerumahanDasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan Perumahan
UNie ONie
 
Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Kerja berpasukan
Kerja berpasukanKerja berpasukan
Kerja berpasukankaizen2012
 
Peranan dan tanggungjawab ibubapa dalam kecemerlangan anak
Peranan dan tanggungjawab ibubapa dalam kecemerlangan anakPeranan dan tanggungjawab ibubapa dalam kecemerlangan anak
Peranan dan tanggungjawab ibubapa dalam kecemerlangan anakabdullah nurul faizin
 
Motivasi keibubapaan
Motivasi keibubapaanMotivasi keibubapaan
Motivasi keibubapaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Komunikasi stpm sem 2
Komunikasi stpm sem 2Komunikasi stpm sem 2
Komunikasi stpm sem 2Norazul89
 
Modul 1 pengurusan projek
Modul 1 pengurusan projekModul 1 pengurusan projek
Modul 1 pengurusan projek
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
 
Pengajian perniagaan bab 1 (penggal 2)
Pengajian perniagaan bab 1 (penggal 2)Pengajian perniagaan bab 1 (penggal 2)
Pengajian perniagaan bab 1 (penggal 2)
fazrul
 
Rancangan Perniagaan
Rancangan PerniagaanRancangan Perniagaan
Rancangan Perniagaan
Zulkifli Hamzah
 
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
Ckg Nizam
 

Viewers also liked (17)

Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
 
PKn - Pengertian Dasar Negara & Konstitusi Negara
PKn - Pengertian Dasar Negara & Konstitusi NegaraPKn - Pengertian Dasar Negara & Konstitusi Negara
PKn - Pengertian Dasar Negara & Konstitusi Negara
 
Tugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan Pasukan
Tugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan PasukanTugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan Pasukan
Tugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan Pasukan
 
Dasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan PerumahanDasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan Perumahan
 
Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Dasar negara
 
Unit11 : penstafan
Unit11 : penstafanUnit11 : penstafan
Unit11 : penstafan
 
Kerja berpasukan
Kerja berpasukanKerja berpasukan
Kerja berpasukan
 
Budaya kerja berpasukan
Budaya kerja berpasukanBudaya kerja berpasukan
Budaya kerja berpasukan
 
Peranan dan tanggungjawab ibubapa dalam kecemerlangan anak
Peranan dan tanggungjawab ibubapa dalam kecemerlangan anakPeranan dan tanggungjawab ibubapa dalam kecemerlangan anak
Peranan dan tanggungjawab ibubapa dalam kecemerlangan anak
 
Motivasi keibubapaan
Motivasi keibubapaanMotivasi keibubapaan
Motivasi keibubapaan
 
Komunikasi stpm sem 2
Komunikasi stpm sem 2Komunikasi stpm sem 2
Komunikasi stpm sem 2
 
Modul 1 pengurusan projek
Modul 1 pengurusan projekModul 1 pengurusan projek
Modul 1 pengurusan projek
 
Pengajian perniagaan bab 1 (penggal 2)
Pengajian perniagaan bab 1 (penggal 2)Pengajian perniagaan bab 1 (penggal 2)
Pengajian perniagaan bab 1 (penggal 2)
 
Rancangan Perniagaan
Rancangan PerniagaanRancangan Perniagaan
Rancangan Perniagaan
 
perancangan strategik
perancangan  strategikperancangan  strategik
perancangan strategik
 
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
BAB 1 -PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
 

Similar to Pembinaan Pasukan

Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di SekolahKepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Hamidah Budi
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
MOHDZAINUDINJENAL
 
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
doojoonis
 
SUKATAN PELAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAAN.pdf
SUKATAN PELAJARAN  PENGAJIAN PERNIAGAAN.pdfSUKATAN PELAJARAN  PENGAJIAN PERNIAGAAN.pdf
SUKATAN PELAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAAN.pdf
kartiniambomai
 
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
JoeyRevell
 
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
eimmie82
 
Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2
Amie Joan Juanis
 
DrafToolkitMakmur_050723 (1).pdf
DrafToolkitMakmur_050723 (1).pdfDrafToolkitMakmur_050723 (1).pdf
DrafToolkitMakmur_050723 (1).pdf
SanthiyaNadarajan
 
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiHubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
Krishna Veeni
 
Assignment EDU3083
Assignment EDU3083Assignment EDU3083
Assignment EDU3083
Sherly Jewinly
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
ssuserd0ceaf
 
Anugerah guru pembimbing
Anugerah  guru pembimbingAnugerah  guru pembimbing
Anugerah guru pembimbingaynNUR
 
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHMKokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHMRosdi Ramli
 
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Pei Wen Tan
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahBentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahali ahmad
 
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besarHubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besar
AnysPiNky
 

Similar to Pembinaan Pasukan (20)

Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di SekolahKepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
 
Http
HttpHttp
Http
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
 
SUKATAN PELAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAAN.pdf
SUKATAN PELAJARAN  PENGAJIAN PERNIAGAAN.pdfSUKATAN PELAJARAN  PENGAJIAN PERNIAGAAN.pdf
SUKATAN PELAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAAN.pdf
 
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
 
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
 
Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2
 
Laporan cpe
Laporan cpeLaporan cpe
Laporan cpe
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
DrafToolkitMakmur_050723 (1).pdf
DrafToolkitMakmur_050723 (1).pdfDrafToolkitMakmur_050723 (1).pdf
DrafToolkitMakmur_050723 (1).pdf
 
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiHubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
 
Assignment EDU3083
Assignment EDU3083Assignment EDU3083
Assignment EDU3083
 
Keusahawanan
KeusahawananKeusahawanan
Keusahawanan
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
 
Anugerah guru pembimbing
Anugerah  guru pembimbingAnugerah  guru pembimbing
Anugerah guru pembimbing
 
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHMKokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
 
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahBentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
 
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besarHubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besar
 

Pembinaan Pasukan

  • 1. PEMBINAAN PASUKAN: FAKTOR-FAKTOR MERANGSANG DAN MENGEKANG PEMBINAAN PASUKAN DALAM JABATAN MATEMATIK DI MRSM PENGKALAN CHEPA 1.0 PENGENALAN Perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang dalam sesebuah organisasi sangat dituntut oleh pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) lebih- lebih lagi dalam era globalisasi. Untuk mencapai tahap yang diharapkan ini modal insan yang berkualiti dan produktif amat diperlukan kerana hanya modal insan seperti ini sahajalah yang berupaya menyumbang kepada perkhidmatan yang berkualiti dan mendorong kepada kecemerlangan organisasi.Setiap ahli dalam organisasi tidak kira sama ada pengurus atau pekerja perlu membina perpaduan dan persefahaman bagi menjamin perkhidmatan dan produk yang bermutu tinggi. Bagi merealisasikan keadaan seperti ini pembinaan pasukan kerja yang mantap perlu diwujudkan dalam organisasi tersebut . Kita perlu menerima hakikat yang membentuk sebuah pasukan yang hebat bukanlah semudah kata. Pelbagai halangan atau kekangan pasti wujud yang akan menyekat kelancaran kerja berpasukan ini. Oleh itu sebelum barah menjadi nanah, setiap masalah yang wujud dalam sesebuah pasukan kerja itu perlu dikenalpasti serta diatasi secepat mungkin agar masalah-masalah ini tidak menjadi penghalang kepada pembentukan pasukan yang mantap seterusnya akan memberi impak kepada kualiti dan produktiviti yang dihasilkan. Sebagai ahli organisasi yang sentiasa berhadapan dengan tuntutan semasa, kita perlu sedar yang tidak ada jalan pintas untuk membentuk pasukan kerja yang mantap. Tugasan ini akan memberi pendedahan tentang pembinaan pasukan serta membincangkan faktor-faktor yang merangsang pembentukan pasukan kerja dalam Unit Bahasa Melayu di Maktab Rendah MARA Pengkalan Chepa. Seterusnya tugasan ini juga memberi fokus kepada halangan-halangan dalam proses pembinaan pasukan dalam jabatan ini. 1
  • 2. 2.0 OBJEKTIF Objektif tajuk tugasan ini adalah untuk memberi kefahaman tentang maksud pembinaan pasukan kerana ramai antara ahli dalam sesebuah organisasi (unit Matematik) tidak memahami maksud pembinaan pasukan dan fungsinya. Disebabkan ketidakjelasan maksud pembinaan pasukan inilah maka ada ahli pasukan gagal memainkan peranan serta memberi komitmen yang sewajarnya sehingga menjejaskan matlamat pembinan pasukan itu sendiri. Tajuk tugasan ini juga dipilih adalah untuk mengupas secara lebih terperinci faktor-faktor yang mendorong pembinaan pasukan dalam Unit Matematik di MRSM Pengkalan Chepa. Ekoran desakan-desakan daripada pihak pelanggan, MRSM Pengkalan Chepa perlu membuat anjakan paradigm agar dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, malah merangkumi sahsiah dan kokurikulum. Tempias daripada desakan ini turut dirasai oleh ahli-ahli unit Matematik. Selain itu, tajuk ini juga adalah untuk mengenalpasti kekangan-kekangan yang terpaksa dihadapi oleh ahli unit Matematik dalam proses pembinaan pasukan. Apabila kekangan-kekangan ini dapat dikenalpasti, langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi mengatasi halangan ini agar sebuah jabatan yang produktif dan berkualiti dapat diwujudkan. 3.0 DEFINISI PEMBINAAN PASUKAN Terdapat pelbagai definisi yang diberikan kepada pembinaan pasukan. Antara definisi yang digunakan ialah suatu kumpulan manusia yang bekerja ke arah suatu matlamat bersama.1 Pembinaan pasukan juga didefinisikan sebagai proses di mana setiap individu membantu, bekerjasama antara satu sama lain dalam usaha berkongsi maklumat dan berkomunikasi secara terbuka sesama sendiri. Mengikut Harvey Robbins & Michael Finley, (1996) pasukan atau “team” bermaksud “… people doing something together…” Dalam konteks ini ia boleh 1 Dr. Suriyakhatun, Suasana Life Coaching Center, muka surat 27 m 2
  • 3. merupai sama ada situasi dalam pekerjaan, permainan atau dalam institusi kekeluargaan. Ia juga merupakan satu keadaan yang unggul ke arah mewujudkan suasana yang harmoni serta semangat bekerjasama.2 Berdasarkan definisi- definisi pembinaan pasukan ini, jelaslah bahawa pembinaan pasukan dalam sesebuah organisasi amat penting kerana dunia pekerjaan pada hari telah mengalami banyak perubahan terutama apabila berhadapan dengan ledakan teknologi maklumat (IT). Perkembangan pesat IT serta globalisasi ini telah mewujudkan pelbagai cabaran. Persaingan semasa juga semakin hebat untuk dihadapi secara individu. Oleh itu setiap individu dalam sesebuah organisasi ini perlu saling bergantungan untuk mengatasi semua cabaran serta memenuhi kehendak pelanggan. Seperti yang dinyatakan oleh Ahmad Fazli Yusof dalam bukunya yang bertajuk Mengurus Kerja Berpasukan, “Kemuncak kejayaan seseorang peribadi itu bukanlah ‘berdikari dan tidak memerlukan orang lain’, tetapi seseorang itu dianggap benar-benar cemerlang jika dia boleh mencipta situasi ‘saling kebergantungan’ antara satu sama lain.”3 Pembinaan pasukan dapat membina semangat kekitaan, memberi pengurusan merancang strategi, memanfaatkan kekuatan daripada kepelbagaian tenaga kerja seterusnya dapat meningkatkan prestasi organisasi. 4.0 FAKTOR-FAKTOR MERANGSANG PEMBINAAN PASUKAN DALAM UNIT BAHASA MELAYU DI MRSM PENGKALAN CHEPA Seorang guru yang profesional akan sentiasa sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka dalam melaksanakan tugas bukan sahaja sebagai tenaga pengajar tetapi juga sebagai pendidik yang bertanggungjawab melahirkan modal insan kelas pertama yang dapat menguasai pelbagai aspek. Tanggungjawab yang sangat berat ini sudah pasti tidak dapat dipikul secara sendirian tetapi perlu digalas secara bersama-sama. Oleh itu pembinaan pasukan kerja sangat diperlukan bagi merealisasikan impian pelbagai pihak.Di sini kita cuba kupas secara terperinci faktor-faktor yang merangang pembinaan pasukan dalam unit ini. 4.1 MATLAMAT YANG SAMA 2 Dr. Ismail Zain 3 http://www.bookcafe.com.my/product info.php?cPath=2 55&products id=87 3
  • 4. Faktor utama yang merangsang pembinaan pasukan dalam unit Matematik MRSM Pengkalan Chepa ialah matlamat yang sama.Seperti mana yang kita ketahui, setiap guru yang bekerja di MRSM Pengkalan Chepa secara umumnya dan guru yang mengganggotai unit Bahasa khususnya perlu faham dan jelas dengan matlamat yang hendak dicapai serta perlu berusaha untuk mencapai matlamat ini. Antara matlamat yang perlu dicapai oleh semua guru ialah: 1. Memastikan semua pelajar memperoleh ‘A’ dalam subjek Matematik. 2. Memastikan sahsiah semua pelajar baik, berhemah dan berbudi pekerti mulia. 3. Merealisasikan penglibatan secara total dalam bidang kokurikulum dan memperoleh sekurang-kurangnya tempat pertama, kedua atau ketiga dalam setiap penyertaan. Tanggungjawab untuk merealisasikan matlamat ini perlu digalas oleh semua guru dalam unit Bahasa.Sebagai manusia biasa,adalah mustahil bagi kita untuk mencapai matlamat yang ditetapkan ini secara bersendirian. Keadaan ini diteguhkan lagi dengan kata-kata Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya yang bertajuk ‘55 Petua Kerja Berpasukan’ yang mengatakan bahawa “Anda sememangnya perlukan orang di sekeliling bagi meneruskan hidup ini. Tidak kira sama ada melakukan kerja sekolah, kerja rumah, bercedung di bendang, tugasan universiti, kertas kerja pejabat, projek korporat, jual beli saham, konsert amal dan hampir kebanyakan kerja; kita perlukan orang lain di sekeliling kita. Justeru, kita semua perlu memahirkan diri bekerja dengan orang lain. Salah satu kemahiran penting ialah kemahiran bekerjasama dalam satu pasukan.”4 Oleh itu sebagai anggota dalam unit Matematik kami perlu membentuk pasukan kerja yang mantap. Bagi merealisasikan matlamat semua pelajar memperoleh ‘A’ dalam subjek Matematik yang perlu dicapai oleh semua guru,guru-guru Matematik bukan sahaja mengajar pada masa kelas formal malah setiap guru telah bekerjasama mengadakan kelas tambahan mengikut kemahiran masing-masing. 4 .http://www.pts.co…/modules.php?name=Katalong Buku v2&op=ViewBookDetails&bid 4
  • 5. Contohnya : Cikgu Zanariah berkebolehan dalam Trigonometri sementara Cikgu Rohani berkebolehan dalam tajuk Persamaan Kuadratik. Oleh itu kelas tambahan dijalankan berdasarkan kemahiran guru iaitu Cikgu Zanariah akan mengajar topik mengenai Trigonometri sementara Cikgu Rohani mengajar mengenai Persamaan Kuadratik yang mudah dan peringkat yang tinggi agar semua pelajar memperoleh input yang sama daripada guru-guru tersebut. Pengendalian kelas tambahan ini turut dibantu oleh guru-guru lain dalam unit agar pelajar tidak hilang tumpuan. Guru-guru dalam unit ini juga telah bekerjasama mengadakan kelas pemulihan mengikut kebolehan masing-masing kepada setiap pelajar yang telah dikenalpasti bermasalah sama ada masalah dalam subjek Matematik atau masalah sahsiah. Bagi merealisasikan penglibatan pelajar secara total dalam bidang kokurikulum, kami guru-guru unit Matematik telah menggalakkan pelajar menyertai setiap pertandingan yang dianjurkan sama ada oleh pihak MARA atau Kementerian Pendidikan. Kami telah bekerjasama sebagai sebuah pasukan mengadakan latihan mengikut kemahiran yang kami miliki dengan dibantu oleh guru-guru lain yang kurang berkebolehan. Contohnya : Saya sebagai guru matematik dan komputer telah melatih peserta maktab dengan dibantu oleh guru-guru lain yang mempunyai kemahiran dalam bidang pengaturcaraan dan kalkulator. Hasil daripada pasukan kerja yang telah kami bina ini, pelajar telah menghasilkan satu projek pengaturcaraan sehingga memenangi tempat Pertama dalam Tunas Saintis Se-Malaysia dan telah terpilih menyertai Intel ISEF 2007. 4.2 PERKONGSIAN ILMU DAN KEMAHIRAN Sejajar dengan ledakan teknologi maklumat, pelbagai ilmu baru tersebar dengan cepat dan meluas. Tidak semua guru dalam unit Matematik dapat mengejar ilmu dan kemahiran yang berkembang pesat ini. Oleh itu pembinaan pasukan kerja ini perlu dibentuk supaya kemahiran dan ilmu yang berbeza-beza ini dapat dikongsi bersama oleh semua ahli. Sekiranya ada dalam kalangan ahli kumpulan yang berkemahiran dalam satu-satu bidang, maka guru ini boleh membantu guru-guru lain yang perlu melaksanakan tugas menggunakan kemahiran tersebut iaitu menampung kelemahan rakan guru dalam unit Matematik 5
  • 6. Contoh 1: Cikgu Abdullah Zamawi dalam unit Matematik mempunyai kemahiran dalam menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Beliau telah bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada guru-guru lain dalam menggunakan ICT . Malah cikgu Abdullah juga telah berkongsi bahan pengajaran yang menggunakan ICT dengan guru-guru lain. Tindakan Cikgu Abdullah ini telah dapat menampung kelemahan guru-guru lain memandangkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sangat ditekankan di MRSM Pengkalan Chepa. Contoh 2: Cikgu Zulkifly mempunyai kelebihan kemahiran komunikasi.Beliau telah banyak membantu guru-guru lain terutama guru-guru baru dalam menyelesaikan masalah bukan sahaja dalam hal yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran, tetapi masalah-masalah lain yang melibatkan pihak pentadbiran dan pelajar. 4.3 MENINGKATKAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI Sebagai salah seorang ahli organisasi, saya menyedari bahawa perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti sangat diperlukan oleh pelanggan terutama pelajar dan ibu bapa. Menyedari hakikat ini ahli unit Matematik perlu membina pasukan dan bekerja dalam pasukan kerana bekerja secara sendirian tidak akan menghasilkan kualiti dan produktiviti yang optimum. Kualiti kerja serta produktiviti hanya dapat ditingkatkan apabila semua ahli bersama-sama menyelesaikan masalah yang wujud dalam pasukan.Semua ahli perlu bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisa masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka dan mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan, dan melaksanakan keputusan setelah dipersetujui oleh pihak pengurusan.5 Dalam mesyuarat ini juga semua ahli dapat berkongsi kepakaran dan kebolehan mereka dengan semua ahli. Perkongsian kepakaran ini akan dapat menghasilkan kerja yang lebih baik. Contoh 1 : Beberapa orang guru dalam unit Matematik tidak berkemahiran dalam memeriksa kertas peperiksaan pelajar. Keadaan ini menyebabkan markah pelajar yang diperiksa oleh guru-guru ini sangat berbeza dengan markah guru-guru yang lebih berpengalaman. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan unit Matematik 5 Rozita Abdul Mutalib.Fazilah Mohd Othman, Pengurusan Organisasi Awam,m.s 109 6
  • 7. ini,Cikgu Zulkifly yang telah mengajar selama 25 tahun serta berpengalaman luas dalam menanda kertas SPM telah berkongsi kemahirannya dengan guru-guru lain dalam unit Matematik dengan membuat bengkel menanda kertas kepada guru. Tindakan cikgu ini telah menjadikan guru-guru yang tidak berpengalaman ini dapat meningkatkan kualiti kerja mereka dalam menanda kertas peperiksaan. Kesannya jurang markah antara kelas dapat dikurangkan.Di sini jelaslah bahawa pembinaan pasukan ini dapat meningkatkan kualiti sesebuah organisasi. Contoh 2 : Pada pertengahan bulan Ogos 2008 Unit Matematik telah merancang untuk mengadakan kem Matematik bagi pelajar Tingkatan 5 yang lemah. Bagi menjayakan program ini, semua guru Unit Matematik yang diketuai oleh Tn Hj Zulkifly telah bermesyuarat bagi memahami objektif, merancang, meneliti serta melaksanakan aktiviti yang perlu dijalankan. Hasil perkongsian idea daripada semua ahli serta dipersetujui oleh pengetua MRSM Pengkalan Chepa, kem tersebut telah dapat dilaksanakan di Perdana Resort dengan jayanya. Hasil daripada maklum balas daripada peserta kem, pelajar-pelajar yang menyertai kem ini lebih berminat dengan subjek Matematik, berkeyakinan untuk menghadapi peperiksaan dan markah peperiksaan mereka juga turut meningkat. 4.4 PERKONGSIAN TANGGUNGJAWAB Pembinaan pasukan juga perlu dibentuk dalam unit Matematik adalah untuk perkongsian tanggungjawab. Sebagai ahli organisasi, guru-guru unit Matematik bukan sahaja bertanggungjawab untuk mengajar, tetapi kami juga dibebankan dengan pelbagai tugas lain yang perlu disempurnakan dalam tempoh masa tertentu. Dalam menghadapi situasi ini, kadangkala guru-guru ini tidak dapat untuk menghadiri kelas kerana terpaksa menyelesaikan tugas mereka yang lain. Dengan adanya pasukan kerja, kelas guru tersebut akan diganti oleh guru lain atas dasar tanggungjawab bersama dan setiakawan. Selain itu pasukan kerja ini juga turut bertanggungjawab atas kejayaan dan kegagalan setiap program yang dipertanggungjawabkan kepada unit Matematik Apabila sesuatu program diberi kepada unit Matematik, tanggungjawab untuk melaksanakan program ini bukan terletak kepada ketua unit sahaja tetapi perlu melibatkan semua ahli. Sebelum melaksanakan program tersebut, ketua unit perlu berkongsi idea dengan semua ahli untuk membuat perancangan dan menilai idea 7
  • 8. tersebut sebelum melaksanakan program. Ahli pasukan perlu ikhlas memberi idea supaya program yang dilaksanakan menjadi program yang berkualiti serta memuaskan hati pihak yang berkepentingan. Contoh 1 : Cikgu Zanariah telah diberi tanggungjawab besar dalam organisasi MRSM Pengkalan Chepa iaitu penyelaras SEM dan Guru kanan Matematik Tambahan selain mengajar subjek Matematik . Keadaan ini telah menyebabkan beliau kerap kali tidak dapat hadiri kelas formal atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Untuk mengelakkan pelajar-pelajarnya ketinggalan dalam pelajaran, guru- guru lain dalam pasukan dengan rela hati akan menggantikan kelas Cikgu Zanariah kerana kepentingan pelanggan perlu diutamakan. Tindakan seperti ini perlu dilakukan supaya kepentingan pelajar tidak diabaikan . 4.5 MENGURANGKAN STRES Dalam suasana kerancakan memperkenalkan dan melaksanakan refomasi pendidikan serta hasrat kerajaan untuk menghasilkan guru bertaraf dunia, ramai guru mula menghadapi stress. Stress ini timbul ekoran daripada kehendak-kehendak atau tuntutan pelanggan seperti pelajar, ibu bapa serta pihak pentadbiran yang tidak dapat dipenuhi oleh seseorang guru (ahli organisasi). Bagi mengatasi masalah stress atau tekanan ini, pembentukan pasukan dalam unit bahasa Melayu perlu dilakukan agar masalah yang lebih serius dapat dielakkan.. Dengan pembentukan pasukan kerja ini, semua ahli dalam unit bahasa Melayu termasuk ketua unit perlu faham matlamat unit dan sanggup berkongsi tanggungjawab yang telah diberikan. Setiap tanggungjawab yang diberikan kepada seseorang ahli tidak hanya dipikul dan dijalankan oleh individu itu sahaja tetapi sebaliknya diagih-agihkan kepada ahli-ahli lain agar ahli yang bertanggungjawab tidak rasa terlalu terbeban. Malah sekiranya wujud masalah semasa melaksanakan tanggungjawab tersebut, masalah itu akan dibincangkan dan diselesaikan bersama- sama dalam pasukan tanpa menyalahkan antara satu sama lain. Langkah ini akan mewujudkan rasa tenang pada setiap ahli semasa menjalankan tugas mereka yang akhirnya dapat mengurangkan rasa stress. Contoh 1 : Semasa peperiksaan semester, kelas saya sentiasa mendapat keputusan yang kurang memuaskan dan tidak mencapai sasaran yang 8
  • 9. ditetapkan.Keadaan ini menyebabkan saya sentiasa dipanggil oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik dan dihujani dengan pelbagai soalan. Ekoran daripada itu saya berasa sangat tertekan kerana saya pada saya, saya sudah berusaha sedaya upaya untuk perbaiki teknik pengajaran saya dan prestasi pelajar. Keadaan ini menyebabkan saya berasa sangat tertakan dan mengalami masalah kemurungan. Namun begitu, dengan wujudnya pasukan kerja dalam Matematik seperti yang diarahkan oleh Bahagian Pelajaran Menengah MARA (unit Matematik), stress yang saya hadapi dapat dikurangkan. Ini kerana pelajar yang lemah dari kelas saya telah dikenalpasti dan pelajar-pelajar ini dikehendaki menghadiri kelas pemulihan. Kelas pemulihan ini bukan sahaja menjadi tanggungjawab saya, tetapi semua guru dalam unit Bahasa Melayu telah bertanggungjawab dan bekerjasama menjalankan kelas pemulihan untuk perbaiki prestasi subjek Matematik MRSM Pengkalan Chepa keseluruhannya. 5.0 KEKANGAN-KEKANGAN PROSES PEMBINAAN PASUKAN DALAM UNIT BAHASA MELAYU Sesuatu program yang dirancang oleh sesebuah organisasi akan berjaya dilaksanakan sekiranya ahli dalam organisasi tersebut bersedia untuk saling bekerjasama dalam satu pasukan. Namun begitu, kita perlu menerima hakikat yang penubuhan pasukan kerja tidak semudah yang disangkakan kerana banyak padang banyak belalang.Terdapat pelbagai halangan atau kekangan yang wujud dalam proses pembinaan pasukan yang mantap dan halangan ini perlu diatasi agar ia tidak memberi kesan terhadap kualiti dan produktiviti organisasi. Antara halangan yang terpaksa dihadapi oleh ahli pasukan ialah: 5.1 KEKELIRUAN MATLAMAT Ketidakjelasan dari segi misi, visi serta objektif dalam sesebuah organisasi adalah penyebab utama semangat berpasukan tidak dapat dilaksana dan diterapkan dalam anggotanya. Dalam hal ini tidak semua anggota memahami hala tuju organisasi masing-masing.Ekoran daripada itu terdapat ahli pasukan yang tidak memahami matlamat ini tidak memberikan kerjasama apabila sesuatu program hendak dilaksanakan menyebabkan program yang dijalankan tidak begitu memuaskan. 9
  • 10. Ketidakjelasan matlamat ini berlaku juga dalam anggota kerja unit Bahasa Matematik di MRSM Pengkalan Chepa. Mereka tidak cuba memahami matlamat sesuatu aktiviti atau program secara jelas kerana menganggapprogram-program tersebut bukan kerja hakikimereka. Apabila keadaan ini terjadi menyebabkan mereka melakukan kerja yang ditugaskan secara sambil lewa dan tidak memberi kerjasama yang sewajarnya. Contoh 1 : Guru-guru baru dalam unit Matematik tidak diberi penjelasan dan penekanan tentang visi, misi dan objektif MRSM Pengkalan. Oleh itu apabila sesuatu program dilaksanakan oleh Unit ini yang melibatkan semua guru, guru-guru ini tidak memberi kerjasama seperti yang diharapkan. Pada bulan Julai 2008, program Seminar peperiksaan telah diadakan oleh Unit Matematik. Sepatutnya program ini dihadiri oleh semua guru kerana ia bertujuan memberi pendedahan kepada guru dan pelajar tentang teknik menjawab soalan peperiksaan dan menanda kertas peperiksaan. Namun begitu, disebabkan ketidakjelasan matlamat kerja pasukan ini, beberapa guru baru ini tidak hadir dalam seminar tersebut tanpa sebarang sebab yang munasabah menyebabkan mereka tidak dapat apa-apa input daripada seminar tersebut. Di sini jelas menunjukkan bahawa sekiranya ada ahli yang tidak memahami matlamat sebenar kerja berpasukan, maka matlamat kerja berpasukan sukar dicapai . Contoh 2 : Pada bulan April setiap tahun, MRSM akan mengadakan Karnival Matematik bagi mencungkil dan mengembangkan bakat pelajar. Oleh itu semua guru perlu bekerjasama untuk memilih dan melatih peserta bagi setiap pertandingan yang dianjurkan. Namun begitu, disebabkan ketidakjelasan matlamat program ini dilaksanakan maka ada guru yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Mereka hanya membiarkan guru-guru tertentu sahaja yang menanggung beban kerja tersebut. 5.2 PERBEZAAN PRINSIP Seperti yang kita ketahui, setiap individu mempunyai prinsip dan pandangan hidup yang berbeza. Masing-masing cuba menegakkan prinsip mereka. Sekiranya tidak ada tolak ansur antara ahli tentang prinsip hidup mereka, maka ia akan memberi kesan yang negatif terhadap matlamat pembinaan pasukan. Mereka bukan sahaja susah menerima pendapat orang lain kerana berbeza dengan prinsip mereka 10
  • 11. malah mereka cuba menegakkan pendirian mereka tanpa memikirkan kesan kepada pihak pelanggan. Mereka juga susah untuk menerima sesuatu pembaharuan atau membuat anjakan paradigma semata-mata ingin mengekalkan prinsip masing- masing. Keadaan ini menyebabkan sesuatu perancangan yang boleh beri manfaat kepada pelajar tidak dapat dijalankan. Contoh 1 : Semua ahli unit Matematik telah bersetuju mengadakan program cara menggunakan kalkulator saintifik bagi meningkatkan pengetahuan am pelajar. Langkah ini difikir wajar dilaksanakan memandangkan ramai dalam kalangan pelajar yang cetek pengetahuan am disebabkan kurang membaca. Namun ada beberapa guru yang menentang program tersebut kerana bagi mereka program hanya membazir wang dan tidak pernah dilaksanakan di MRSM ini. Sehubungan itu,walaupun program ini tetap juga dilaksanakan, guru ini tidak memberi kerjasama. Beliau langsung tidak menjalankan program tersebut untuk kelasnya menyebabkan pelajar-pelajar dari kelas guru ini tidak meminjam majalah-majalah yang disediakan seterusnya tidak mendapat input yang sama seperti pelajar-pelajar lain. 5.3 KURANG KOMITED Ahli tidak memberi komitmen yang sepenuhnya kepada pasukan kerja merupakan salah satu daripada kekangan proses pembentukan pasukan yang mantap. Mereka tidak dapat member komitmen sepenuhnya kerana mempunyai kepentingan peribadi di luar waktu kerja seperti mengajar tuisyen dan aktiviti jualan langsung. Penglibatan ahli ini adalah sangat minimum malah seringkali tidak menghadiri mesyuarat ahli pasukan apabila mesyuarat tersebut diadakan di luar waktu kerja. Tugas yang diberikan kepadanya juga seringkali tidak siap pada masa yang telah ditetapkan. Sikap ahli pasukan ini telah menyebabkan kelancaran kerja pasukan terjejas. Contoh 1 : Seorang guru Matematik di MRSM Pengkalan Chepa sentiasa mengelak apabila kelas pemulihan secara berkelompok diadakan. Pelbagai alasan telah diberikan apabila program ini diadakan di luar waktu pejabat .Hal ini berlaku disebabkan guru ini mempunyai tanggungjawab untuk mengajar tuisyen di beberapa buah pusat tuisyen di Kota Bharu. Terbukti guru ini lebih fokus untuk mencapai impian peribadinya berbanding matlamat pasukan kerja.Sikap guru ini telah 11
  • 12. menyebabkan wujudnya rasa tidak puas hati guru-guru lain dalam pasukan kerana kelas pemulihan yang efektif tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan tenaga pengajar. Keadaan ini telah menjejaskan pembentukan pasukan dalam unit Matematik di MRSM Pengkalan Chepa. 5.4 AHLI YANG BERADA DALAM ZON SELESA Kehadiran ahli yang berada dalam zon selesa juga menjadi penghalang kepada pembentukan pasukan yang mantap. Situasi ini berlaku dalam diri ahli yang senior. Tempoh bekerja yang lama kadang kala membuatkan seseorang ahli berasa ‘tepu’ dan hilang semangat. Hal ini disebabkan guru ini sudah berada dalam zon selesa yang mengakibatkan dia hilang motivasi untuk bekerja. Kebanyakan kerja yang dilakukan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja dan penglibatannya dalam pasukan hanya setakat ‘ala kadar’. Sikap yang ditunjukkan oleh guru ini akan membantutkan proses pembentukan pasukan kerja. Contoh 1: Cikgu Abdullah Ahmad dalam unit Matematik merupakan guru senior yang tidak berminat untuk naik pangkat dan sudah berpuas hati dengan gaji yang dia peroleh. Sikap yang ditunjukkan oleh guru ini tidak menyenangkan ramai ahli pasukan kerana beliau sentiasa menolak kerja-kerja yang ditugaskan kepadanya kepada guru-guru yang lebih muda dengan alasan dia sudah lama bekerja. Guru ini juga seolah-olah tidak berminat dengan segala bentuk pembaharuan dalam pendidikan yang menyebabkan dia tidak begitu memberi komitmen apabila ahli pasukan mengadakan seminar untuk peningkatan pengajaran dan pembelajaran. Sikap Cikgu Abdullah Ahmad ini telah menunjukkan beliau kabur tentang matlamat pembentukan pasukan dan peranannya sebagai ahli pasukan yang akan member impak kepada pembentukan pasukan. 6.0 KOMEN Semangat kerja berpasukan adalah merupakan salah satu konsep serta amalan yang penting dalam sesebuah organisasi. Ia juga merupakan etika dalam budaya kerja ke arah mempertingkatkan produktiviti. Oleh itu, sebagai guru saya berpandangan bahawa pembentukan pasukan sangat penting dalam usaha menyahut seruan kerajaan untuk menghasilkan modal insan kelas pertama seperti 12
  • 13. yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara. Guru-guru perlu bekerja lebih gigih untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan bagi menghasilkan pelajar seperti yang diharapkan. Perkara ini tidak mungkin tercapai sekiranya seseorang guru itu bekerja secara individu kerana beban kerja guru semakin bertambah dari hari ke hari. Kita perlu yakin yang kita boleh bekerja dalam satu pasukan yang mantap bagi mencapai satu matlamat yang telah ditetapkan. Mengikut Juran (1993), antara kebaikan dan manfaat kerja berpasukan kepada pekerja termasuklah: • Mempertingkatkan motivasi, perasaan girang dan minat terhadap kerja. • Memberikan keyakinan diri pekerja tentang potensi dan kebolehan mereka. • Menanam semangat dan sikap gigih serta tekun dalam kalangan pekerja untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan kualiti keluaran/barangan • Menyemai perasaan kekitaan dan keupayaan dalam kalangan pekerja. • Mendorong dan membantu memperkembangkan sikap ingin bekerjasama dan saling membantu dalam kalangan pekerja. • Melahirkan pekerja yang komited, bertanggungjawab, dinamik dan dedikasi. Pendapat ini tidak dapat disangkal dan terbukti kebenarannya apabila pasukan kerja dibentuk dalam unit Matematik, keputusan Matematik pelajar-pelajar MRSM Pengkalan Chepa semasa peperiksaan SPM 2006 dan 2007 meningkat dengan mencapai 99.7 untuk skor ‘A’ Bagi menjadikan sesebuah pasukan kerja berkesan, sebagai individu dalam organisasi kita perlu menguasai pelbagai kemahiran kerana tanpa kemahiran- kemahiran ini kerja berpasukan tidak akan berjaya. Antara kemahiran yang perlu ada ialah kemahiran komunikasi dalam pasukan, membuat keputusan beramai- ramai, mengendalikan konflik, membina kreativiti, kepimpinan, memotivasikan, membuat penilaian, memberi ganjaran dan banyak lagi. Namun begitu, sebagai manusia biasa kita perlu menerima kenyataan yang kita tidak boleh mencapai sesuatu yang kita impi-impikan secara mudah. Kita pasti akan berhadapan dengan pelbagai halangan yang boleh menggugat keberkesanan 13
  • 14. pembinaan pasukan. Oleh itu kita perlu jadikan halangan-halangan ini sebagai batu loncatan bagi kita meneruskan perjuangan untuk mencapai matlamat pasukan. 7.0 KESIMPULAN Sebagai generasi era globalisasi, kita perlu menerima hakikat yang kita tidak boleh melakukan sesuatu pekerjaan secara berdikari . Keadaan ini disebabkan kita sentiasa berhadapan dengan pelbagai kehendak pelanggan yang tidak mampu untuk kita tangani secara sendirian. Justeru, kita perlu memahirkan diri bekerjasama dengan orang lain. Kajian telah membuktikan bahawa kerja berpasukan memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti, produktiviti dan matlamat organisasi. Namun begitu, sebagai anggota pasukan kita perlu menerima hakikat bahawa dalam proses pembinaan pasukan yang mantap ini, akan wujud halangan-halangannya . Halangan-halangan ini perlu ditangani secara bijaksana agar ia tidak memberi kesan negatif terhadap kualiti perkhidmatan dan produktiviti.Oleh itu pemimpin pasukan perlu memainkan peranan mereka bagi menyedarkan anggota pasukan tentang matlamat sebenar pembentukan pasukan dan matlamat organisasi yang perlu digapai mereka. Agama Islam sendiri menggalakkan umatnya bersatu padu, saling membantu dan bekerja dalam pasukan yang mantap agar dapat membina tali silaturrahim. Kita perlu sama-sama menanam azam untuk membina dan bekerja dalam pasukan agar matlamat Negara untuk melahirkan modal insane kelas pertama dapat dicapai. Bak kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’. BIBLIOGRAFI 1. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,2008, Komunikasi di tempat Kerja, Kuala Lumpur, PTSProfessional Publishing Sdn.Bhd. 2. Asma Fadilla Habib, Anda + Karier 3. Rahmat Ismail, 2006, 12 Rukun Kerja Berpasukan, Kuala Lumpur, utusan Publishing & Distributors. Sdn. Bhd. 14
  • 15. 4. Saadon Awang dan Abd Rahim Romle,2007, Isu-Isu Kontemporari Pengurusan Awam,Penerbit Pearson Prentice Hall. 5. Dr. Suriyakhatun, Suasana Life Coaching Center, 6. http://www.pts.co…/modules.php?name=KatalongBuku 2&op=ViewBookDetails&bid 7. http://www.bookcafe.com.my/product info.php?cPath=2 55&products id=87 8. http://www.sideroad.com/Team_Building/effective-teamwork.html. 9. http://stafweb.uum.edu.my/hartini/group.htm 15