PSK3104
PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN

Menurut Eyler &Giles (1999) dalam karya beliau Where’s the Learning in
Service-Learning?, ciri-ciri pembelajaran berkhidmat adalah positif dan bermakna
kepada peserta di mana seseorang dapat melibatkan diri secara koperatif.
Pembelajaran Berkhidmat yang juga dikenali sebagai Projek Kewarganegaraan
merupakan

komponen

amali

Pendidikan

Sivik

dan

Kewarganegaraan

yangmemerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolahdan
komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajianyang boleh membantu
dan meningkatkan imej diri, sekolah dankomuniti.Melalui Projek Kewarganegaraan
ini guru dan murid dapat mengaplikasikanpengetahuan, kemahiran dan nilai sivik
dan kewarganegaraan yangdipelajari dalam bilik darjah. Mereka juga dapat
merasakan

diri

sebagai

sebahagian

daripada

anggota

masyarakat

yangbertanggungjawab.
Pembelajaran berkhidmat sesungguhnya mempunyai objektif pelaksanaan
seperti berikut iaitu mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik
dankewarganegaraan di luar bilik darjah. Seterusnya, memberi sumbangan kepada
masyarakat dan negara dan bertujuan untuk menjadi warganegara yang patriotik,
prihatin danbertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Seterusnya, nilai
patriotisme pula ditakrifkan sebagai sikap cinta akan negara, bangga akan negara,
sanggup berkorban demi negara, senantiasa ingin menjaga dan mengharumkan
nama negara dan sikap-sikap positif yang lain. Oleh yang demikian, terdapat
pelbagai cara bagaimana pelaksanaan pembelajaran berkhidmat ini dapat membina
dan meningkatkan nilai patriotisme dalam diri seorang individu yang bergelar
pendidik.
Cara pertama bagaimana pelaksanaan pembelajaran berkhidmat ini dapat
membina dan meningkatkan nilai patriotisme dalam diri seorang individu yang
bergelar pendidik ialah melalui penglibatan individu iaitu guru tersebut dalam
melaksanakan pembelajaran berkidmat ini. Sesungguhnya, apabila seseorang guru
tersebut terlibat aktif dalam melaksanakan pembelajaran berkhidmat di sekolah,
guru tersebut secara langsung akan dapat menambahkan pengetahuan, kefahaman
dan pengalaman mengenai sesuatu bidang khususnya mengenai bidang sivik dan
PSK3104
PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN

kewarganegaraan. Sebagai contoh, satu daripada aktiviti pembelajaran berkhidmat
iaitu projek kewarganegaraan yang telah dijalankan oleh guru mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah projek melekatkan bendera-bendera
negeri-negeri

di

Malaysia

di

dewan

perhimpunan

sekolah.

Sepanjang

berlangsungnya projek kewarganegaraan ini, semua murid yang terlibat secara aktif
dapat mengenali gambar setiap bendera bagi semua negeri-negeri dalam Malaysia
disamping dapat menanamkan semangat cinta akan negara yang terdiri daripada
pelbagai negeri.
Seterusnya, pembelajaran berkhidmat dapat membina dan meningkatkan nilai
patriotisme dalam diri seorang individu yang bergelar pendidik melalui pelaksanaan
projek kewarganegaraan apabila guru menggunakan tajuk-tajuk yang berkaitan
dengan tema Malaysia Negaraku dalam projek kewarganegaraan di sekolah.
Sebagai contoh, apabila guru melaksanakan satu projek melakar portrait tokohtokoh pemimpin negara di sekolah sempena menyambut hari kemerdekaan. Melalui
projek ini, murid sememangnya terlibat secara aktif dalam mengenali pemimpinpemimpin terdahulu yang banyak menyumbang jasa membentuk dan menjaga
keharmonian negara bahkan guru juga sememangnya akan dapat membina dan
meningkatkan nilai patriotisme dalam diri mereka dengan mengimbau kembali jasajasa pemimpin terdahulu dan menghargai mereka.
Bukan itu sahaja, pembelajaran berkhidmat juga dapat membina dan
meningkatkan nilai patriotisme dalam diri seorang individu yang bergelar pendidik
melalui pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sivik dan
Kewarganegaraan yang telah dikuasai dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh,
guru akan senantiasa membimbing murid-murid di sekolah khususnya dalam sesi
pengajaran

dan

pembelajaran

mata

pelajaran

Pendidikan

Sivik

dan

Kewarganegaraan untuk mencintai dan menjaga nama negara dengan cara tidak
melakukan

perkara-perkara

yang

boleh

memburukkan

nama

negara.

Sesungguhnya, melalui penerapan dan bimbingan sikap cinta akan negara ini, guru
dan murid akan dapat bersama-sama membina dan meningkatkan nilai patriotisme
dalam diri mereka.
PSK3104
PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN

Di samping itu, pembelajaran berkhidmat melalui penghasilan kerja projek
Kewarganegaraan juga dapat membina dan meningkatkan nilai patriotisme dalam
diri seseorang individu yang bergelar pendidik melalui pemberian sumbangan
kepada sekolah, masyarakat dan negara. Hal ini boleh dilihat melalui sumbangansumbangan yang dapat diberikan secara tidak langsung dengan berlakunya satu
projek kewarganegaraan. Sebagai contoh, projek kewarganegaraan seperti
memberikan motivasi kepada masyarakat kampung mengenai hal-hal yang
berkaitan

dengan

kemerdekaan

negara

menerusi

aktiviti

sambutan

hari

kemerdekaan di sekolah. Projek gotong-royong menceriakan kawasan sekolah yang
berfokus kepada tema Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat dalam mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Sesungguhnya, nilai patriotisme
akan dapat dibina dan ditingkatkan dalam diri seorang guru atau pendidik apabila
mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti projek kewarganegaraan sebegini.
Oleh yang demikian, terdapat dua jenis aktiviti pembelajaran berkhidmat yang
telah saya lakukan di sekolah tempat saya menjalani praktikum iaitu di SK
Keronggu, Inanam. Pembelajaran berkhidmat tersebut ialah melukis mural berkaitan
dengan visi dan misi sekolah dan mengadakan aktiviti motivasi berbentuk permainan
kepada murid UPSR sepanjang 10 hari berkhemah di sekolah. Sesungguhnya,
sepanjang waktu menjalankan pembelajaran berkhidmat ini, saya secara langsung
telah belajar nilai cinta akan sekolah saya dengan memberi sumbangan kepada
sekolah tersebut. Hal ini adalah berkaitan dengan tema dalam mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dalam tema yang ketiga iaitu Hidup
Bersama di Sekolah dan Masyarakat melalui topik kebersihan dan keceriaan
persekitaran sekolah. Manakala, projek kewarganegaraan yang telah saya dan
rakan sekelas iaitu PISMP Semester 6 laksanakan juga merupakan projek melukis
mural yang bertempat di blok kuliah D.
PSK3104
PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN

Nilai patriotisme dalam diri seorang pendidik sangat penting untuk mereka
membimbing murid memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara.
Dengan wujudnya semangat cinta akan negara dikalangan rakyat, pasti negara akan
terus aman dan damai. Sesungguhnya, anasir luar atau musuh negara amat
menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila
keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin
menjajah lagi negara kita sama seperti isu pencerobohan tentera Sulu yag berasal
daripada Selatan Filipina awal tahun ini yang mana tidak dapat dinafikan punca
utama mereka berjaya menyeludup masuk ke negeri Sabah adalah disebabkan oleh
adanya tali barut yang tidak sayang akan negara dengan menyokong terjadinya
pencerohohan di tanah air sendiri. Berikutan itu, dengan adanya penerapan dan
pemupukan nilai cinta akan negara dalam diri masyarakat Malaysia bermula di
bangku sekolah lagi, nescaya perkara sebegini tidak akan berlaku.
Seterusnya, isu semasa mengenai murid sekolah atau rakyat Malaysia secara
pemerhatian rambang yang tidak kenal pemimpin negara sendiri apatah lagi tokohtokoh pemimpin negara yang lalu.Sehinggakan terdapat segelintir pihak yang
mencaci, mengutuk malah menghina pejuang yang sudah tiada. Isu-isu sebegini
banyak dilihat dalam diri anak-anak muda rakyat Malaysia, mereka seoleh-oleh
hidup dalam dunia ciptaan mereka sendiri. Oleh yang demikian, dalam hal ini guru
sebagai pendidik memikul tanggungjawab yang besar dalam membentuk jati diri
anak-anak muda agar mereka menjadi warganegara yang berilmu dan berakhlak
yang boleh menyumbang kepada negara dari segi keamanan, kemakmuran dan
kemajuan.
Kesimpulannya, projek pembelajaran berkhidmat sememangnya dapat
memberi banyak manfaat melalui pembinaan dan peningkatan nilai-nilai patriotisme
dalam diri warga pendidik yakni guru kerana melalui penglibatan diri dalam
pembelajaran berkhidmat atau akttiviti kewarganegaraan sebagai bekalan kepada
mereka untuk seterusnya membentuk dan mendidik murid-murid di sekolah agar
turut mempunyai nilai dan sifat patrotisme yang baik.
Pembelajaran Berkhidmat membina dan meningkatkan nilai patriotisme
dalam diri seorang individu yang bergelar pendidik.

PSK3104
PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN

Penglibatan guru secara aktif tersebut dalam
melaksanakan pembelajaran berkidmat.

- Timbul rasa cinta akan negara
- Tingkat rasa ingin pertahankan negara

Menggunakan tajuk-tajuk yang berkaitan
dengan tema Malaysia Negaraku dalam
projek kewarganegaraan di sekolah.
-Membina sifat sayang akan negara
-Hidup bersama secara aman

Pengaplikasian pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang Sivik dan
Kewarganegaraan yang telah dikuasai
dalam kehidupan seharian.

Melalui pemberian sumbangan kepada
sekolah, masyarakat dan negara.
- Membimbing murid nilai hidup baik
-bimbing murid sayang akan negara
- Memberikan khidmat motivasi

Rajah 1 : Cara bagaimana pembelajaran berkhidmat dapat membina dan
meningkatkan nilai patriotisma dalam diri pendidik.
PSK3104
PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN

Aktiviti Pembelajaran
Berkhidmat yang
dijalankan

Melukis mural visi dan
misi SKk. Keronggu
Inanam

Melukis mural di blok
akademik IPG Kampus
Gaya

Kidmat
Motivasi
melalui
permainan
bagi murid UPSR
Rajah 2 : Antara aktiviti pembelajaran berkhidmat yang dijalankan oleh guru
pelatih.

Laporan Pembelajaran Berkhidmat

  • 1.
    PSK3104 PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAMPENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Menurut Eyler &Giles (1999) dalam karya beliau Where’s the Learning in Service-Learning?, ciri-ciri pembelajaran berkhidmat adalah positif dan bermakna kepada peserta di mana seseorang dapat melibatkan diri secara koperatif. Pembelajaran Berkhidmat yang juga dikenali sebagai Projek Kewarganegaraan merupakan komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yangmemerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolahdan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajianyang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dankomuniti.Melalui Projek Kewarganegaraan ini guru dan murid dapat mengaplikasikanpengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yangdipelajari dalam bilik darjah. Mereka juga dapat merasakan diri sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yangbertanggungjawab. Pembelajaran berkhidmat sesungguhnya mempunyai objektif pelaksanaan seperti berikut iaitu mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dankewarganegaraan di luar bilik darjah. Seterusnya, memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara dan bertujuan untuk menjadi warganegara yang patriotik, prihatin danbertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Seterusnya, nilai patriotisme pula ditakrifkan sebagai sikap cinta akan negara, bangga akan negara, sanggup berkorban demi negara, senantiasa ingin menjaga dan mengharumkan nama negara dan sikap-sikap positif yang lain. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai cara bagaimana pelaksanaan pembelajaran berkhidmat ini dapat membina dan meningkatkan nilai patriotisme dalam diri seorang individu yang bergelar pendidik. Cara pertama bagaimana pelaksanaan pembelajaran berkhidmat ini dapat membina dan meningkatkan nilai patriotisme dalam diri seorang individu yang bergelar pendidik ialah melalui penglibatan individu iaitu guru tersebut dalam melaksanakan pembelajaran berkidmat ini. Sesungguhnya, apabila seseorang guru tersebut terlibat aktif dalam melaksanakan pembelajaran berkhidmat di sekolah, guru tersebut secara langsung akan dapat menambahkan pengetahuan, kefahaman dan pengalaman mengenai sesuatu bidang khususnya mengenai bidang sivik dan
  • 2.
    PSK3104 PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAMPENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN kewarganegaraan. Sebagai contoh, satu daripada aktiviti pembelajaran berkhidmat iaitu projek kewarganegaraan yang telah dijalankan oleh guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah projek melekatkan bendera-bendera negeri-negeri di Malaysia di dewan perhimpunan sekolah. Sepanjang berlangsungnya projek kewarganegaraan ini, semua murid yang terlibat secara aktif dapat mengenali gambar setiap bendera bagi semua negeri-negeri dalam Malaysia disamping dapat menanamkan semangat cinta akan negara yang terdiri daripada pelbagai negeri. Seterusnya, pembelajaran berkhidmat dapat membina dan meningkatkan nilai patriotisme dalam diri seorang individu yang bergelar pendidik melalui pelaksanaan projek kewarganegaraan apabila guru menggunakan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan tema Malaysia Negaraku dalam projek kewarganegaraan di sekolah. Sebagai contoh, apabila guru melaksanakan satu projek melakar portrait tokohtokoh pemimpin negara di sekolah sempena menyambut hari kemerdekaan. Melalui projek ini, murid sememangnya terlibat secara aktif dalam mengenali pemimpinpemimpin terdahulu yang banyak menyumbang jasa membentuk dan menjaga keharmonian negara bahkan guru juga sememangnya akan dapat membina dan meningkatkan nilai patriotisme dalam diri mereka dengan mengimbau kembali jasajasa pemimpin terdahulu dan menghargai mereka. Bukan itu sahaja, pembelajaran berkhidmat juga dapat membina dan meningkatkan nilai patriotisme dalam diri seorang individu yang bergelar pendidik melalui pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sivik dan Kewarganegaraan yang telah dikuasai dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, guru akan senantiasa membimbing murid-murid di sekolah khususnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk mencintai dan menjaga nama negara dengan cara tidak melakukan perkara-perkara yang boleh memburukkan nama negara. Sesungguhnya, melalui penerapan dan bimbingan sikap cinta akan negara ini, guru dan murid akan dapat bersama-sama membina dan meningkatkan nilai patriotisme dalam diri mereka.
  • 3.
    PSK3104 PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAMPENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Di samping itu, pembelajaran berkhidmat melalui penghasilan kerja projek Kewarganegaraan juga dapat membina dan meningkatkan nilai patriotisme dalam diri seseorang individu yang bergelar pendidik melalui pemberian sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan negara. Hal ini boleh dilihat melalui sumbangansumbangan yang dapat diberikan secara tidak langsung dengan berlakunya satu projek kewarganegaraan. Sebagai contoh, projek kewarganegaraan seperti memberikan motivasi kepada masyarakat kampung mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kemerdekaan negara menerusi aktiviti sambutan hari kemerdekaan di sekolah. Projek gotong-royong menceriakan kawasan sekolah yang berfokus kepada tema Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Sesungguhnya, nilai patriotisme akan dapat dibina dan ditingkatkan dalam diri seorang guru atau pendidik apabila mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti projek kewarganegaraan sebegini. Oleh yang demikian, terdapat dua jenis aktiviti pembelajaran berkhidmat yang telah saya lakukan di sekolah tempat saya menjalani praktikum iaitu di SK Keronggu, Inanam. Pembelajaran berkhidmat tersebut ialah melukis mural berkaitan dengan visi dan misi sekolah dan mengadakan aktiviti motivasi berbentuk permainan kepada murid UPSR sepanjang 10 hari berkhemah di sekolah. Sesungguhnya, sepanjang waktu menjalankan pembelajaran berkhidmat ini, saya secara langsung telah belajar nilai cinta akan sekolah saya dengan memberi sumbangan kepada sekolah tersebut. Hal ini adalah berkaitan dengan tema dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dalam tema yang ketiga iaitu Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat melalui topik kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah. Manakala, projek kewarganegaraan yang telah saya dan rakan sekelas iaitu PISMP Semester 6 laksanakan juga merupakan projek melukis mural yang bertempat di blok kuliah D.
  • 4.
    PSK3104 PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAMPENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Nilai patriotisme dalam diri seorang pendidik sangat penting untuk mereka membimbing murid memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara dikalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya, anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita sama seperti isu pencerobohan tentera Sulu yag berasal daripada Selatan Filipina awal tahun ini yang mana tidak dapat dinafikan punca utama mereka berjaya menyeludup masuk ke negeri Sabah adalah disebabkan oleh adanya tali barut yang tidak sayang akan negara dengan menyokong terjadinya pencerohohan di tanah air sendiri. Berikutan itu, dengan adanya penerapan dan pemupukan nilai cinta akan negara dalam diri masyarakat Malaysia bermula di bangku sekolah lagi, nescaya perkara sebegini tidak akan berlaku. Seterusnya, isu semasa mengenai murid sekolah atau rakyat Malaysia secara pemerhatian rambang yang tidak kenal pemimpin negara sendiri apatah lagi tokohtokoh pemimpin negara yang lalu.Sehinggakan terdapat segelintir pihak yang mencaci, mengutuk malah menghina pejuang yang sudah tiada. Isu-isu sebegini banyak dilihat dalam diri anak-anak muda rakyat Malaysia, mereka seoleh-oleh hidup dalam dunia ciptaan mereka sendiri. Oleh yang demikian, dalam hal ini guru sebagai pendidik memikul tanggungjawab yang besar dalam membentuk jati diri anak-anak muda agar mereka menjadi warganegara yang berilmu dan berakhlak yang boleh menyumbang kepada negara dari segi keamanan, kemakmuran dan kemajuan. Kesimpulannya, projek pembelajaran berkhidmat sememangnya dapat memberi banyak manfaat melalui pembinaan dan peningkatan nilai-nilai patriotisme dalam diri warga pendidik yakni guru kerana melalui penglibatan diri dalam pembelajaran berkhidmat atau akttiviti kewarganegaraan sebagai bekalan kepada mereka untuk seterusnya membentuk dan mendidik murid-murid di sekolah agar turut mempunyai nilai dan sifat patrotisme yang baik.
  • 5.
    Pembelajaran Berkhidmat membinadan meningkatkan nilai patriotisme dalam diri seorang individu yang bergelar pendidik. PSK3104 PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Penglibatan guru secara aktif tersebut dalam melaksanakan pembelajaran berkidmat. - Timbul rasa cinta akan negara - Tingkat rasa ingin pertahankan negara Menggunakan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan tema Malaysia Negaraku dalam projek kewarganegaraan di sekolah. -Membina sifat sayang akan negara -Hidup bersama secara aman Pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sivik dan Kewarganegaraan yang telah dikuasai dalam kehidupan seharian. Melalui pemberian sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan negara. - Membimbing murid nilai hidup baik -bimbing murid sayang akan negara - Memberikan khidmat motivasi Rajah 1 : Cara bagaimana pembelajaran berkhidmat dapat membina dan meningkatkan nilai patriotisma dalam diri pendidik.
  • 6.
    PSK3104 PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAMPENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Aktiviti Pembelajaran Berkhidmat yang dijalankan Melukis mural visi dan misi SKk. Keronggu Inanam Melukis mural di blok akademik IPG Kampus Gaya Kidmat Motivasi melalui permainan bagi murid UPSR Rajah 2 : Antara aktiviti pembelajaran berkhidmat yang dijalankan oleh guru pelatih.