1.0 PANDUAN MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
   1.1 PERSEDIAAN
       Persediaan ialah segala usaha persiapan dan kelengkapan yang dibuat oleh pelatih untuk
       mencapai objektif pengajarannya sebelum menghadapi pelajar di dalam kelas. Bahagian ini
       mengandungi dua aspek penting iaitu Objektif dan Perancangan.


   1.2 OBJEKTIF
      Objektif ialah matlamat yang dinyatakan oleh pelatih supaya pelajar dapat menunjukkan bukti
      bahawa mereka telah menguasai kemahiran, memiliki konsep atau memperolehi sikap yang
      diharapkan sebagai hasil daripada penyertaan mereka dalam pembelajaran yang dilaksanakan
      oleh guru.
      (a) Menyatakan objektif eksplisit dengan tepat.
      (b) Menulis objektif ekplisit dari perspektif perlakuan pelajar.
      (c) Memilih perlakuan yang boleh dilihat dan mudah disukat.
      (d) Memilih objektif yang mungkin boleh dicapai dalam satu waktu pengajaran.


2.0 PERANCANGAN
   Perancangan ialah segala usaha pemikiran, penyusunan dan tindakan yang akan diambil oleh
   guru untuk mencapai objektif pengajarannya.


   (a) Mengkaji dengan teliti sukatan pelajaran, buku teks dan lain-lain sumber rujukan yang
       berkenaan.
   (b) Mempertimbangkan kebolehan atau pencapaian kelas yang akan diajar.
   (c) Merancang untuk mendapatkan penyertaan pelajar secara maksimum.
   (d) Menyusun segala kemahiran atau konsep mengikut urutan yang sesuai.
   (e) Menggunakan segala kemudahan yang ada di dalam kelas.
   (f) Memilih dan menggunakan ABBM yang sesuai dengan objektif.
   (g) Menguji segala ABBM yang akan digunakan sebelum sesi pengajaran.
   (h) Menentukan kaedah untuk mengurus masa dengan berkesan.


3.0 PENYAMPAIAN
   Penyampaian meliputi segala langkah yang dilakukan oleh pelatih untuk mencapai objektif
   pengajaran. Antara aspek bimbingan ialah kemahiran guru penyertaan pelajar dan interaksi guru
   pelajar.

                                                    1
3.1.1   Memulakan pengajaran dengan secepat mungkin.
   3.1.2   Memulakan pengajaran dengan menggunakan set induksi yang menarik.
   3.1.3   Mengembangkan pengajaran dengan lancar.
   3.1.4   Bercakap dengan jelas, tidak terlalu cepat dan boleh diikuti oleh pelajar.
   3.1.5   Menggunakan ayat dengan betul dan sesuai dengan tahap pencapai kelas.
   3.1.6   Menggunakan ungkapan soalan yang mendorong pelajar berfikir.
   3.1.7   Menggunakan teknik soal-jawab yang dapat menghasilkan tindakan balas maksimum
           daripada pelajar.
   3.1.8   Mengemukakan soalan yang berkait rapat dengan objektif pengajaran.
   3.1.9   Membentuk konsep ansur maju misalnya dari yang mudah kepada yang susah.
   3.1.10 Menyampaikan isi pelajaran dengan betul dan tepat.
   3.1.11 Memahami dan membuat rujukan mengenai isi pelajaran yang belum dikuasai dengan
           baik.
   3.1.12 Mencuba terlebih dahulu soalan, contoh atau kerja amali yang akan dibincangkan dalam
           kelas, makmal atau bengkel.
   3.1.13 Melibatkan penyertaan pelajar secara aktif, di setiap peringkat pelajaran.
   3.1.14 Menggunakan masa dengan baik dan tidak meleret-leret atau terlalu cepat.
   3.1.15 Menggunakan ABBM dalam pengajaran dengan berkesan.
   3.1.16 Mengelak gerak geri yang mengganggu pencapaian objektif seperti terlalu banyak berjalan,
           melambung kapur dan membebel.
   3.1.17 Menggunakan teknik peneguhan yang berkesan.
   3.1.18 Membina disiplin yang baik di kalangan pelajar.
   3.1.19 Menggunakan kuasa guru secara bijak dan berkesan.
   3.1.20 Menutup pengajaran mengikut prinsip penyimpulan.


4.0 PENILAIAN
   Penilaian ialah usaha untuk menentukan sama ada segala strategi yang digunakan dalam
   penyampaian telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.
   4.1.1   Dapat melakukan penilaian di setiap peringkat perkembangan pengajaran.
   4.1.2   Bersikap sensitif terhadap penilaian yang dilakukan, iaitu member perhatian dan
           mengambil tindakan yang wajar jika penilaiannya itu menunjukkan pelajar belum
           menguasai pelajaran.
   4.1.3   Bersifat kreatif dalam usaha untuk memperbaiki pengajaran.




                                                   2
5.0 PANDUAN UNTUK MENILAI PELATIH
   PERSEDIAAN
   OBJEKTIF           1.   Pernyataan / Penulisan :   Objektifnya mestilah dinyatakan
                                                      dengan jelas dan tepat mengikut
                                                      tingkah laku pelajar yang
                                                      diharapkan. Perlakuan itu
                                                      seharusnya boleh dilihat dan
                                                      diukur.

                      2.   Kesesuaian :               Tidak begitu sukar dan tidak
                                                      begitu mudah dan dapat diterima
                                                      oleh pelajar. Objektif boleh
                                                      dicapai dalam waktu pengajaran
                                                      yang diperuntukkan.

   PERANCANGAN        1.   Isi Pelajaran :            Kandungan pelajaran sepatutnya
                                                      sesuai dengan objektif, kebolehan
                                                      pelajar dan kaedah pengajaran.


                      2.   Susunan :                  Setiap bahagian mestilah disusun
                                                      mengikut ketertiban dan saling
                                                      berhubung.


                      3.   Alat Bantu Bahan           Pemilihannya bersesuaian
                           Mengajar (ABBM)            dengan tajuk. Persediaan dan
                                                      pengurusannya baik serta
                                                      langkah-langkah keselematan
                                                      diawasi.

   PENYAMPAIAN        1.   Pengenalan :               Pelatih sepatutnya berusaha
   PELAKSANAAN                                        memastikan pelajar bersedia
                                                      untuk mengikuti pelajaran dan
                                                      seterusnya mengarah pemikiran
                                                      mereka kepada pelajaran dengan
                                                      menggunakan set induksi yang
                                                      menarik dan sesuai.

                                             3
2.   Persembahan dan              Isi pelajaran perlu disampaikan
     Penggunaan ABBM:             dengan kaedah yang sesuai dan
                                  mudah dipelajari oleh pelajar.
                                  Pertuturan pelatih mestilah jelas,
                                  teratur, tidak terlalu cepat,
                                  menggunakan bahasa yang
                                  sesuai dan tulisan yang kemas.
                                  Pelatih seharusnya dapat
                                  mengawal masa dengan baik,
                                  tidak meleret-leret atau terlalu
                                  cepat apabila menyampaikan isi
                                  pelajaran. Pelatih juga mestilah
                                  boleh menggunakan segala
                                  ABBM dengan baik dan
                                  berkesan.


3.   Interaksi guru - pelajar :   Pelatih mesti memberi perhatian
                                  kepada tingkah laku pelajar dan
                                  berusaha mendorong dan
                                  memberi peluang kepada pelajar
                                  untuk mengambil bahagian dalam
                                  pelajaran secara aktif.
                                  Mengadakan hubungan baik
                                  guru-pelajar dan mengekalkan
                                  disiplin.


4.   Perkembangan dan             Pelajaran dikembangkan tertakluk
     Penilaian :                  pada pencapaian pelajar. Usaha
                                  menilai dilakukan di setiap
                                  peringkat dengan menggunakan
                                  teknik soal-jawab yang sesuai.
                                  Mendorong pelajar berfikir serta
                                  menghasilkan tindak balas
                                  maksimum daripada mereka.


                    4
5.   Pengurusan kelas /         Pelatih sepatutnya menimbulkan
                    Makmal / bengkel           suasana aktiviti yang sesuai
                                               untuk pengajaran-pembelajaran.
                                               Pelatih juga perlu memastikan
                                               peraturan kerja amali dipatuhi,
                                               kawalan pelajar semasa
                                               menjalani amali baik dan
                                               menyimpan peralatan selepas
                                               kerja amali.


               6.   Penutup :                  Merumuskan pengajaran
                                               bersesuaian dengan objektif.
                                               Berusaha mengukuhkan
                                               pelajaran dengan tugasan dan
                                               menghubungkannya           dengan
kerja
                                               akan datang.
KEPERIBADIAN   1.   Keperibadian :             Pelatih perlu menunjukkan
DAN IKTISAS                              kematangan dan keyakinan diri.
                                               Berusaha untuk memperbaiki
                                               kelemahan yang ada.


               2.   Iktisas :                  Sebagai guru, ia sepatutnya
                                               menggunakan bahasa yang
                                               sopan, menunjukkan minat,
                                               semangat, kemahuan dan sikap
                                               positif terhadap etika perguruan.




                                5

Panduan+melaksanakan+pn p

  • 1.
    1.0 PANDUAN MELAKSANAKANPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.1 PERSEDIAAN Persediaan ialah segala usaha persiapan dan kelengkapan yang dibuat oleh pelatih untuk mencapai objektif pengajarannya sebelum menghadapi pelajar di dalam kelas. Bahagian ini mengandungi dua aspek penting iaitu Objektif dan Perancangan. 1.2 OBJEKTIF Objektif ialah matlamat yang dinyatakan oleh pelatih supaya pelajar dapat menunjukkan bukti bahawa mereka telah menguasai kemahiran, memiliki konsep atau memperolehi sikap yang diharapkan sebagai hasil daripada penyertaan mereka dalam pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. (a) Menyatakan objektif eksplisit dengan tepat. (b) Menulis objektif ekplisit dari perspektif perlakuan pelajar. (c) Memilih perlakuan yang boleh dilihat dan mudah disukat. (d) Memilih objektif yang mungkin boleh dicapai dalam satu waktu pengajaran. 2.0 PERANCANGAN Perancangan ialah segala usaha pemikiran, penyusunan dan tindakan yang akan diambil oleh guru untuk mencapai objektif pengajarannya. (a) Mengkaji dengan teliti sukatan pelajaran, buku teks dan lain-lain sumber rujukan yang berkenaan. (b) Mempertimbangkan kebolehan atau pencapaian kelas yang akan diajar. (c) Merancang untuk mendapatkan penyertaan pelajar secara maksimum. (d) Menyusun segala kemahiran atau konsep mengikut urutan yang sesuai. (e) Menggunakan segala kemudahan yang ada di dalam kelas. (f) Memilih dan menggunakan ABBM yang sesuai dengan objektif. (g) Menguji segala ABBM yang akan digunakan sebelum sesi pengajaran. (h) Menentukan kaedah untuk mengurus masa dengan berkesan. 3.0 PENYAMPAIAN Penyampaian meliputi segala langkah yang dilakukan oleh pelatih untuk mencapai objektif pengajaran. Antara aspek bimbingan ialah kemahiran guru penyertaan pelajar dan interaksi guru pelajar. 1
  • 2.
    3.1.1 Memulakan pengajaran dengan secepat mungkin. 3.1.2 Memulakan pengajaran dengan menggunakan set induksi yang menarik. 3.1.3 Mengembangkan pengajaran dengan lancar. 3.1.4 Bercakap dengan jelas, tidak terlalu cepat dan boleh diikuti oleh pelajar. 3.1.5 Menggunakan ayat dengan betul dan sesuai dengan tahap pencapai kelas. 3.1.6 Menggunakan ungkapan soalan yang mendorong pelajar berfikir. 3.1.7 Menggunakan teknik soal-jawab yang dapat menghasilkan tindakan balas maksimum daripada pelajar. 3.1.8 Mengemukakan soalan yang berkait rapat dengan objektif pengajaran. 3.1.9 Membentuk konsep ansur maju misalnya dari yang mudah kepada yang susah. 3.1.10 Menyampaikan isi pelajaran dengan betul dan tepat. 3.1.11 Memahami dan membuat rujukan mengenai isi pelajaran yang belum dikuasai dengan baik. 3.1.12 Mencuba terlebih dahulu soalan, contoh atau kerja amali yang akan dibincangkan dalam kelas, makmal atau bengkel. 3.1.13 Melibatkan penyertaan pelajar secara aktif, di setiap peringkat pelajaran. 3.1.14 Menggunakan masa dengan baik dan tidak meleret-leret atau terlalu cepat. 3.1.15 Menggunakan ABBM dalam pengajaran dengan berkesan. 3.1.16 Mengelak gerak geri yang mengganggu pencapaian objektif seperti terlalu banyak berjalan, melambung kapur dan membebel. 3.1.17 Menggunakan teknik peneguhan yang berkesan. 3.1.18 Membina disiplin yang baik di kalangan pelajar. 3.1.19 Menggunakan kuasa guru secara bijak dan berkesan. 3.1.20 Menutup pengajaran mengikut prinsip penyimpulan. 4.0 PENILAIAN Penilaian ialah usaha untuk menentukan sama ada segala strategi yang digunakan dalam penyampaian telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. 4.1.1 Dapat melakukan penilaian di setiap peringkat perkembangan pengajaran. 4.1.2 Bersikap sensitif terhadap penilaian yang dilakukan, iaitu member perhatian dan mengambil tindakan yang wajar jika penilaiannya itu menunjukkan pelajar belum menguasai pelajaran. 4.1.3 Bersifat kreatif dalam usaha untuk memperbaiki pengajaran. 2
  • 3.
    5.0 PANDUAN UNTUKMENILAI PELATIH PERSEDIAAN OBJEKTIF 1. Pernyataan / Penulisan : Objektifnya mestilah dinyatakan dengan jelas dan tepat mengikut tingkah laku pelajar yang diharapkan. Perlakuan itu seharusnya boleh dilihat dan diukur. 2. Kesesuaian : Tidak begitu sukar dan tidak begitu mudah dan dapat diterima oleh pelajar. Objektif boleh dicapai dalam waktu pengajaran yang diperuntukkan. PERANCANGAN 1. Isi Pelajaran : Kandungan pelajaran sepatutnya sesuai dengan objektif, kebolehan pelajar dan kaedah pengajaran. 2. Susunan : Setiap bahagian mestilah disusun mengikut ketertiban dan saling berhubung. 3. Alat Bantu Bahan Pemilihannya bersesuaian Mengajar (ABBM) dengan tajuk. Persediaan dan pengurusannya baik serta langkah-langkah keselematan diawasi. PENYAMPAIAN 1. Pengenalan : Pelatih sepatutnya berusaha PELAKSANAAN memastikan pelajar bersedia untuk mengikuti pelajaran dan seterusnya mengarah pemikiran mereka kepada pelajaran dengan menggunakan set induksi yang menarik dan sesuai. 3
  • 4.
    2. Persembahan dan Isi pelajaran perlu disampaikan Penggunaan ABBM: dengan kaedah yang sesuai dan mudah dipelajari oleh pelajar. Pertuturan pelatih mestilah jelas, teratur, tidak terlalu cepat, menggunakan bahasa yang sesuai dan tulisan yang kemas. Pelatih seharusnya dapat mengawal masa dengan baik, tidak meleret-leret atau terlalu cepat apabila menyampaikan isi pelajaran. Pelatih juga mestilah boleh menggunakan segala ABBM dengan baik dan berkesan. 3. Interaksi guru - pelajar : Pelatih mesti memberi perhatian kepada tingkah laku pelajar dan berusaha mendorong dan memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian dalam pelajaran secara aktif. Mengadakan hubungan baik guru-pelajar dan mengekalkan disiplin. 4. Perkembangan dan Pelajaran dikembangkan tertakluk Penilaian : pada pencapaian pelajar. Usaha menilai dilakukan di setiap peringkat dengan menggunakan teknik soal-jawab yang sesuai. Mendorong pelajar berfikir serta menghasilkan tindak balas maksimum daripada mereka. 4
  • 5.
    5. Pengurusan kelas / Pelatih sepatutnya menimbulkan Makmal / bengkel suasana aktiviti yang sesuai untuk pengajaran-pembelajaran. Pelatih juga perlu memastikan peraturan kerja amali dipatuhi, kawalan pelajar semasa menjalani amali baik dan menyimpan peralatan selepas kerja amali. 6. Penutup : Merumuskan pengajaran bersesuaian dengan objektif. Berusaha mengukuhkan pelajaran dengan tugasan dan menghubungkannya dengan kerja akan datang. KEPERIBADIAN 1. Keperibadian : Pelatih perlu menunjukkan DAN IKTISAS kematangan dan keyakinan diri. Berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada. 2. Iktisas : Sebagai guru, ia sepatutnya menggunakan bahasa yang sopan, menunjukkan minat, semangat, kemahuan dan sikap positif terhadap etika perguruan. 5