SlideShare a Scribd company logo
1
KONSERTO TERAKHIR
(Abdullah Hussain)
SINOPSIS
Novel Konserto Terakhir mengisahkan seorang anak kampung bernama Hilmi yang telah
datang ke rumah bapa saudaranya, Datuk Johari di Bandar untuk mencari pekerjaan.
Kedatangannya tidak disenangi oleh Datuk Johari sekeluarga terutamanya Datin Salmah. Oleh
sebab Hilmi hanya berkelulusan darjah empat sekolah Melayu. Datuk Johari tidak berjaya
mendapatkan sebarang pekerjaan untuknya dan akhirnya Hilmi diambil bekerja sebagai tukang
kebun di rumahnya. Walau bagaimanapun, Hilmi tetap tidak mendapat layanan yang baik
daripada keluarga Datuk Johari. Hilmi tetap seronok walaupun tidak mendapat layanan yang
baik. Dia dapat merasakan bahawa dirinya dan bunga-bunga serta kebun sayurnya itu seperti
mempunyai dunia sendiri. Datuk Johari mempunyai seorang anak gadis yang bernama Hayati
yang mempunyai tunang bernama Mohsin. Hilmi dalam diam-diam menaruh hati kepada adik
sepupunya itu sehinggakan dia cemburu dengan hubungan antara Hayati dan Mohsin. Di
samping itu, Hilmi juga terpikat dengan alunan piano yang dimainkan oleh Hayati. Hilmi secara
tidak sengaja telah merosakkan piano tersebut dan telah menyebabkan dia dimarahi Datin
Salmah dan dipotong gajinya.
Sepeninggalan Datuk Johari dan keluarganya ke laur negeri, Hilmi ditugaskan untuk
menjaga rumah. Sepanjang tempoh tersebut, Hilmi telah berkawan dengan Mamat iaitu drebar
Dr. Nathan jiran Datuk Johari. Mamat telah pulang ke kampung dan telah berkahwin dengan
Esah. Mamat juga telah membantu Hilmi berkenalan dengan seorang ahli muzik terkenal yang
bernama Encik Bakar. Melihatkan bakat yang dimiliki oleh Hilmi, Encik Bakar amat berminat
untuk melatih Hilmi menjadi ahli muzik yang terkenal tanpa sebarang bayaran. Kepulangan
Datuk Johari sekeluarga telah menimbulkan konflik antara Hilmi dengan Datin Salmah kerana
setibanya mereka di pekarangan rumah, mereka telah mendengar bunyi piano dimainkan. Lebih-
lebih lagi apabila Hayati memberi oleh-oleh kepada Hilmi. Datin Salmah telah menuduh Hilmi
menggunakan ubat guna-guna untuk memikat Hayati.
Akhirnya Hilmi terpaksa meninggalkan rumah Datuk Johari dengan alasan untuk balik ke
kampung. Hilmi tidak jadi balik ke kampung tetapi telah bekerja di sebuah stesen minyak di
Jalan Setapak. Hilmi kemudian meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pemuzik dan
terus belajar muzik dengan Encik Bakar. Akhirnya Hilmi sudah pandai bermain pelbagai jenis
alat muzik terutamanya trompet, seksofon, klarinet, dan biola. Hilmi juga telah berjaya
menggubah lagu pertama yang berjudul “Sebuah Intermeso”.
Kekecewaan Hilmi semakin parah apabila dia mendapat berita perkahwinan Hayati
dengan Mohsin. Untuk meneruskan cita-citanya Hilmi berhenti dari kios minyak petrol itu dan
Encik Bakar membawanya bermain di dalam quartet yang dipimpinnya. Akhirnya Hilmi telah
muncul sebagai “Pemain Biola Hikmat Malaysia”. Hayati pula telah mendapat biasiswa daripada
British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun dan akan
berangkat ke London. Dengan pertolongan Mamat, Hilmi sempat berjumpa dengan Hayati.
Hilmi telah menggubah sebuah lagu berjudul “Detik-detik Perpisahan” sempena perpisahannya
itu.
Sesuai dengan perkembangan muzik ketika itu Hilmi dan Azizah iaitu anak Encik Bakar
telah menubuhkan sebuah kugiran, yang diberi nama Kugiran Dahlia. “Kugiran Dahlia” dengan
cepat mendapat popularitinya. Akhirnya Hilmi dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri.
Rumah tangga yang dibina bersama Azizah tidak bahagia. Keretakan yang terjadi dalam rumah
2
tangganya itu telah tidak dapat diselamatkan. Perasaan Hilmi bertambah sedih apabila mendapat
berita Encik Bakar telah meninggal dunia. Kejayaan Hilmi sampai ke puncaknya. Tiga tahun
berturut-turut Orkestra Hilmi telah muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang
dianjurkan oleh RTM (Radio Televisyen Malaysia). Hilmi juga telah diminta untuk membuat
satu arrangement ( penyusunan) semua lagu yang telah digubahnya dalam satu pertunjukan
Orkestra Perdana setaraf dengan Royal Performance ( persembahan di-Raja ) yang akan dihadiri
oleh pembesar-pembesar negara. Dia memberi nama arrangement itu “Hilmi Potpouri”.
Hilmi telah bekerja siang dan malam selama dua bulan tanpa menghiraukan makan dan
minum. Tidurnya amat sedikit sehinggakan kesihatannya terganggu. Di saat-saat pertunjukan
Orkestra Perdana akan berlangsung, Hilmi telah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Hayati
telah muncul sebagai penyelamat keadaan dengan memimpin pertunjukan Orkestra Perdana itu.
Keadaan Hilmi kritikal. Ketika di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya
Karim. Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi bukanlah anaknya tetapi anak Datuk
Johari. Perkhabaran itu menyebabkan Datuk Johari dan Datin Salmah menyesal kerana
menganiayai Hilmi. Setelah diberitahu oleh doktor keadaan Hilmi semakin pulih, Datuk Johari
dan keluarganya balik ke rumah. Setiba sahaja di perkarangan rumah, Datuk Johari menerima
panggilan telefon menyatakan Hilmi telah meninggal dunia.
Sinopsis Mengikut Bab
Bab 1 – Keluarga
Hayati tidak ada mood ( keinginan ) untuk belajar piano pada hari itu kerana sering membuat
kesalahan. Keadaan ini menimbulkan salah faham antara Hayati dengan guru pianonya. Tiba-tiba
muncul Hilmi di saat-saat getir tersebut. Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai dua pupu Hayati
iaitu anak Pak Karim dari Kedah. Hayati berasa gusar melihat gerak-geri Hilmi yang serba
canggung. Dia tidak pernah mengetahui bahawa bapanya masih mempunyai saudara di
kampung. Datin Salmah juga tidak menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya. Sementara
menunggu kepulangan Datuk Johari, Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran dengan
bilik Pak Amat, pemandu mereka. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentang
kampung halamannya yang telah ditinggalkan selama tujuh belas tahun lalu. Hilmi menyatakan
hasratnya untuk mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun, kelulusannya yang hanya setakat
darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari pekerjaan untuknya.
Akhirnya Hilmi disuruh menjadi tukang kebun di rumahnya. Hilmi bekerja dengan tekun
membersihkan kebun itu. Dalam masa yang sama, perasaannya cemburu melihat kemesraan
antara Hayati dengan Mohsin.
Bab 2 – Kuli
Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah melakukan perubahan yang
besar di pekarangan rumah itu sehinggakan mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr.
Nathan iaitu jiran Datuk Johari. Hilmi berkawan baik dengan Pak Amat. Pak Amat pernah
menjadi penyelam mutiara di Darwin, Australia. Datuk Johari gelisah apabila Dr. Nathan
bertanyakan tentang tukang kebun barunya itu kerana dia tidak sampai hati menganggap Hilmi
sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari
juga sering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang berpangkat. Dalam pada itu, Datin
Salmah teringat akan kata-kata kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi kerana lambat-laun orang akan
mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk Johari. Hasutan Siti Hajar itu menimbulkan
3
rasa gelisah di hati Datin Salmah dan dia berusaha mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari
rumahnya.
Bab 3 – Piano
Hilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkan oleh kumbang. Dia telah
melepaskan geramnya dengan memijak-mijak kumbang-kumbang itu dengan tumitnya. Tindakan
Hilmi itu ditegur oleh Hayati dan menganggap dia seorang yang kejam. Akhirnya Hayati faham
kenapa Hilmi memusnahkan kumbang yang mengancam keselamatan tanamannya. Kadangkala
Hayati ikut bersama-samanya mencari kumbang dan ulat. Dua kali dalam seminggu iaitu hari
Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain piano di rumahnya. Pada hari-bari tersebut Hilmi
akan mencari kerja yang dapat dibuatnya di depan rumah berhampiran dengan ruang tamu. Pada
kedua-dua hari tersebut keletihannya terasa hilang, dan dia menunggu kedua-dua hari itu dengan
penuh harapan kerana dia dapat mendengar lagu-lagu merdu yang keluar dari hujung-hujung jari
Hayati yang diletakkan di atas pianonya. Lagu-lagu itu menjadi makanan rohaninya. Pada suatu
hari Khamis, Hilmi gelisah kerana Hayati belum pulang lagi. Rupa-rupanya Hayati dan Mohsin
pergi menonton wayang.
Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi menyebutnya sebagai tukang
kebun tetapi sebagai kaum keluarganya. Datuk Johari juga mulai bangga kerana tiap-tiap orang
yang datang memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Malah hasil tanaman seperti terung,
kacang, timun, dan petola telah berbuah dengan lebatnya dan menjadi satu kebanggaan pula
kepada Datin Salmah. Dia menghadiahkan hasil tanaman itu kepada teman-temannya apabila
pergi ke morning coffee dan juga ketika ada antara kawannya yang datang berkunjung ke
rumahnya, mereka pulang dengan membawa buah tangan. Datin Salmah gembira mendengar
pujian daripada kawan-kawannya.
Bab 4 – Hukuman
Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin
Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi amat senang hati menerimanya kerana dapat
datang berhampiran dengan piano. Suatu hari Hilmi keseorangan di rumah kerana Datin tidak
ada di rumah, manakala Hayati belum pulang dari sekolah, sementara Mak Minah keluar ke
rumah seorang kenalannya. Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak
menyedari kepulangan Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takut
dimarahi oleh Datin Salmah. Kebimbangan Hilmi jelas terlihat apabila Datin Salmah
memanggilnya. Rupa-rupanya Datin Salmah menyuruhnya mengambil bunga yang dibawa dari
rumah kawannya. Hilmi juga berasa lega kerana Mak Minah tidak memberitahu mak ciknya
tentang perlakuannya tadi. Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pak
cik dan mak ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Apabila dia meletakkan jari-jarinya
pada mata-mata piano dan membuat "intro"-nya dengan C minor, tiba-tiba pada mata yang
mengeluarkan nada “fa” nadanya begitu melenting. Peristiwa itu telah menimbulkan kegemparan
kecil. Datin Salmah mula mencari siapa yang mengganggu piano itu. Ketika dipanggil oleh Datin
Salmah, Mak Minah terpaksa memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah
ingin mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk
Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi memujuk
Hayati dan memohon maaf daripadanya. Sementara itu, Datin Salmah sekeluarga akan bercuti
selama satu bulan. Mak Minah dan Pak Amat juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta
untuk menjaga rumah tersebut sepanjang peninggalan mereka. Hilmi amat kesunyian sepanjang
4
ketiadaan mereka terutamanya rasa kehilangan terhadap Hayati kerana sebulan lamanya dia tidak
akan mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh Hayati. Kehidupan Hilmi sepanjang waktu
hanya bertemankan bunga-bunga dan tanamannya sahaja.
Bab 5 – Penunggu
Hilmi tidak ikut menghantar Datuk Johari dan keluarganya berangkat ke luar negeri. Dia
memuatkan barang-barang yang mahu dibawa ke dalam motokar. Datuk Johari berpesan supaya
menjaga rumah dengan baik. Datin Salmah pula tidak bercakap sepatah pun dengannya. Dia
sibuk bercakap dengan orang lain. Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat simpati jiran Datuk
Johari, iaitu Dr. Nathan. Mamat kawan baiknya iaitu pemandu Dr. Nathan juga balik ke
kampung. Hilmi sibuk mengemaskan rumah Datuk Johari. Hidupnya terasa bebas. Dia menjadi
tuan rumah dan dia juga menjadi raja. Setelah selesai mengemas, Hilmi masuk ke bilik mak
ciknya. Dia amat terkejut kerana bilik itu seperti sebuah syurga. Dari bilik mak ciknya, dia pergi
pula ke bilik Hayati. Seolah-olah perasaannya amat dekat dengan Hayati. Dia amat merindui
Hayati. Hilmi masuk pula ke bilik tamu. Di ruang tamu, matanya tertumpu pada piano.
Keinginannya untuk bermain piano begitu kuat dan meronta-ronta di dalam dirinya tetapi dia
tidak berani menyentuhnya. Akhirnya dia menuju ke biliknya. Tiba-tiba Hilmi teringat kucing
Siam kesayangan Hayati. Dia masuk ke dalam rumah mencari kucing itu. Dia membawa kucing
itu ke dapur dan diberi makan ikan.
Dalam pada itu, Mamat, pemandu Dr. Nathan telah balik dari kampung dan membawa bersama
isterinya Esah. Esah telah diperkenalkan oleh Mamat kepada Hilmi. Mamat mengajak Hilmi
makan bersama-samanya. Esah juga telah bekerja sebagai tukang masak di rumah D. Nathan.
Hilmi berasa kecewa. Dia mengharapkan apabila Mamat balik dari Kelantan dia mahu mengajak
Mamat tidur bersama-sama menemaninya. Mamat telah memperkenalkan Hilmi dengan Encik
Bakar, seorang ketua sebuah quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain organ dan Hilmi
telah mendapat pujian daripada Encik Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara
percuma. Hilmi amat gembira mendengar kata-kata Encik Bakar kerana pada sangkaannya Encik
Bakar akan mengenakan bayaran kepadanya.
Justeru, Hilmi pada mulanya kurang senang kerana setiap kali dia pergi ke rumah Encik Bakar,
dia akan meninggalkan rumah pak ciknya. Dia berasa bersalah kerana telah melanggar janji-
janjinya pada pak ciknya. Walau bagaimanapun kerana minat yang amat mendalam terhadap
muzik, Hilmi terpaksa melakukannya. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga
telah mengajarnya tentang not-not muzik.
Bab 6 – Muzik
Hilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik Bakar. Sebaik sahaja pulang dari
rumahEncik Bakar, Hilmi menjalankan tugas biasanya seperti menyiram pokok-pokok bunga.
Hilmi juga mendapat sokongan dan galakan yang kuat daripada Mamat dan isterinya. Setelah
kembali dari bilik Mamat kerana berbual-bual dengan mereka, Hilmi balik ke rumah. Hilmi terus
ke sudut di mana terletaknya piano dan memainkannya. Tanpa disedari Datuk Johari dan
keluarganya telah kembali dari luar negeri. Hayati terpesona melihat Hilmi bermain piano. Datin
Salmah terpegun. Datuk Johari tegak tidak bergerak. Akhirnya dia menyedari seperti
diperhatikan. Lantas terperanjat kerana tidak menyedari kepulangan pak ciknya sekeluarga.
Hilmi bergegas membawa masuk beg-beg yang banyak dan terus kembali ke dalam biliknya.
Hilmi dikejutkan dengan kedatangan Hayati yang membawa oleh-oleh untuknya yang berupa
sebuah patung wanita dengan pakaian gaun kembang zaman kuno. Patung itu juga boleh
5
mengeluarkan bunyi lagu “Blue Danube”. Hubungan mesra Hilmi dan Hayati tidak disenangi
oleh Datin Salmah. Lebih-lebih lagi apabila Hayati membeli oleh-oleh kepada Hilmi. Sedangkan
selama perjalanan mengelilingi England itu, tidak pernah sekalipun disebutnya nama Hilmi.
Hayati cuma menyebut nama Mohsin sahaja. Naluri keperempuanan Datin Salmah merasakan
ada sesuatu yang tidak kena kepada Hayati.
Bab 7 – Oleh-oleh
Mohsin terperanjat apabila mendengar kepulangan Hayati dan kesal kerana dia tidak dapat
menjemput Hayati di lapangan terbang. Sebelum ke pejabatnya Mohsin singgah dahulu ke rumah
Hayati. Ketika Datin pergi memanggil Hayati dia terlihat Hayati sedang berdiri amat dekat
dengan Hilmi memerhatikan sesuatu di pokok ros. Hayati tidak menghiraukan panggilan ibunya
kerana asyik bercerita kepada Hilmi tentang perjalanan mereka di England, tentang konsert
muzik yang disaksikannya di Vienna, tentang pemandangan yang indah di kebun tulip di negara
Belanda. Hayati juga senang mendengar cerita Hilmi tentang bunga-bunganya. Apabila
diberitahu tentang kedatangan Mohsin, Hayati tidak berminat untuk mengetahuinya. Hayati
hanya mencecah dengan hujung jarinya sahaja apabila Mohsin menghulurkan tangannya. Hayati
telah menghadiahkan neck tie ( tali leher ). Mohsin juga terasa ada sesuatu yang aneh pada
gerak-geri Hayati tetapi dia tidak berapa pasti. Hayati selalunya gembira menyambut
kedatangannya tetapi tidak sekarang ini. Sebaik sahaja Mohsin keluar dari rumah itu, Hayati
terus masuk berkurung di dalam biliknya. Datin Salmah semakin gelisah dan hatinya mulai
percaya bahawa perubahan perangai anaknya itu mesti ada sangkut paut dengan dukun. Mesti
ada anasir-anasir jahat memainkan peranannya. Suaminya tidak mudah percaya dengan cerita
karut serupa itu, lebih-lebih lagi apabila membabitkan anak saudaranya sendiri. Datin Salmah
memanggil Hayati untuk mendapat penjelasan daripadanya tetapi anaknya itu telah menjawab
dengan kasar menyebabkan Datin Salmah memberi amaran dan Hayati tidak dibenarkan
bercakap lagi dengan Hilmi. Datin Salmah juga sudah nekad untuk mencari jalan supaya Hilmi
keluar dari rumahnya.
Dalam pada itu, Mak Minah datang pada petang itu dari kampung setelah Datin Salmah
menelefon kepadanya melalui Balai Polis Lenggeng. Dia membawa oleh-oleh dari kampung
yang Hayati gemari. Hayati pula menghadiahkan Mak Minah jam tangan kecil buatan Swiss.
Mak Minah amat gugup mendapat jam baharu. Dia teringat setiap kali Hayati pulang dari
tempat-tempat yang jauh setiap kali itu pula ada oleh-oleh untuknya.
Bab 8 – Sengketa
Hilmi ke rumah Encik Bakar. Kedatangannya itu disambut oleh Azizah, anak Encik Bakar.
Sebaik sahaja Hilmi melangkah masuk, Azizah menutup pintu. Azizah cuba menggoda Hilmi.
Mula-mula Hilmi agak kekok tetapi lama-kelamaan sudah tidak terasa apa-apa baginya duduk
satu bangku dengan Azizah dan bersentuhan badan. Tiba-tiba Azizah tersentak apabila
mengetahui yang Hilmi hanya tukang kebun bapa saudaranya sahaja. Pada sangkaannya Hilmi
itu paling tidak seorang kerani kecil atau seorang guru. Hilmi kemudian terus meminta izin untuk
pulang. Apabila menghampiri rumah bapa saudaranya, perasaan Hilmi gementar kerana terdapat
tiga motokar asing di depan pekarangan rumah itu. Hilmi masuk dari pintu kecil di sebelah
belakang. Mak Minah datang memberitahunya bahawa Datin Salmah heboh mencarinya. Ketika
Hilmi sedang menyiram bunga-bunga yang terletak di bahagian anjung depan rumah itu, Datin
Salmah datang dengan marah bertanyakan ke manakah dia pergi. Hilmi meminta maaf daripada
6
mak ciknya dan berlalu pergi. Setelah selesai semuanya, Hilmi pun mandi dan terus masuk ke
dalam biliknya. Dia teringatkan peristiwa yang berlaku antara dia dengan Azizah.
Dalam pada itu, ketika Encik Bakar pulang, Azizah memberitahu kedatangan Hilmi. Encik Bakar
berpesan kepada Mamat supaya memberitahu Hilmi yang dia akan pergi ke rumah adik iparnya
di Klang. Dia meminta Mamat menyampaikan pesan supaya Hilmi datang besok. Azizah juga
cuba memberitahu bapanya tentang pekerjaan Hilmi sebagai tukang kebun tetapi bapanya tidak
mengendahkan berita itu. Dia tahu Azizah kecewa kerana pada anggapannya Hilmi tidak setaraf
dengannya. Azizah lulusan MCE dan sedang mencari kerja. Paling rendah pasangan yang ingin
dicarinya ialah kerani. Bagi Encik Bakar untuk menjadi ahli muzik bukan perlu persekolahan
tinggi. Ilmunya jika tidak diajarkan kepada orang, habislah reput dengan tulang-belulang di
dalam kubur nanti. Azizah terdiam dan berasa kesal akan sikapnya itu terhadap Hilmi. Namun
begitu, perkara lain berlaku di rumah Datuk Johari. Hilmi tidak mahu makan makanan yang
dibawa oleh Mak Minah kerana kecewa apabila diberitahu bahawa mak ciknya tidak
membenarkan Mak Minah memanggilnya makan. Mak Minah meletakkan makanan itu di atas
meja kecil dan balik ke dapur mengambil tudung saji dan air minum. Hayati muncul bersama-
sama Mak Minah untuk memujuk Hilmi makan. Hayati bangun dan duduk di sebelah Hilmi.
Hilmi memandang Hayati dengan perasaan pilu. Dia bingung dengan sikap yang diperlihatkan
oleh Hayati. Selama ini dia menyangka Hayati tidak pernah mempedulikannya, Hilmi akhirnya
menyuruh Hayati keluar. Mak Minah cuba menenangkan Hilmi dan menasihatinya supaya
jangan terlalu ambil hati terhadap sikap mak ciknya. Hilmi kemudiannya keluar untuk berjumpa
Mamat dan meminta pertolongannya mencari tempat untuknya berpindah dari rumah Datuk
Johari.
Bab 9 – Pertemuan
Setelah dua hari Hilmi tiada di rumah barulah Datin Salmah menyedari bahawa kehadiran Hilmi
selama ini mempunyai erti besar kerana adanya Hilmi di rumah itu, dia tidak perlu memikirkan
sedikit pun tentang tanaman bunganya. Sami yang dihubungi oleh Datuk Johari tidak dapat
datang bekerja, paling cepat akhir bulan. Dalam tempoh 12 hari itu, Datin Salmah mengerahkan
Mak Minah, Pak Amat, dan Hayati sendiri untuk menolongnya menyiram bunga-bunga itu pada
waktu petang. Hayati kini tidak mahu bercakap dengan ibunya sejak diketahui Hilmi telah pergi.
Dia asyik berkurung di dalam bilik sahaja. Hayati kecewa kerana pada hari itu setelah pulang
dari sekolah, dia mahu memberikan Hilmi tiket untuk menonton permainan piano seorang pianist
dunia yang terkemuka yang akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Hayati amat kecewa
apabila diberitahu oleh Mak Minah bahawa Hilmi telah pulang ke kampung. Tetapi Hayati tahu
itu merupakan helah ibunya yang sememangnya tidak suka Hilmi tinggal di situ. Datin Salmah
kemudian memujuk Hayati dan menyatakan bahawa Hilmi akan datang lagi selepas itu. Datin
Salmah juga mulai risau tentang perubahan yang berlaku pada Hayati. Matanya sudah mulai
cengkung, makannya sudah tidak banyak lagi. Dia bercadang untuk menyatukan Hayati dan
Mohsin seberapa segera. Hayati boleh melanjutkan pelajarannya di England dan Mohsin pula
boleh menyambung pelajaran tetapi Hayati menolak. Apabila ditanya oleh Mohsin tentang
perubahan Hayati mereka membuat alasan keadaan Hayati yang murung dan susut tubuhnya itu
kerana teringatkan Mohsin.
Dalam pada itu, Mamat menghantar Hilmi ke tempat bas. Hilmi amat gelisah. Bapanya
sebenarnya tidak sakit. Surat yang diperlihatkan kepada pak ciknya itu ialah surat yang ditulis
oleh Mamat. Dia amat risaukan Hayati. Hilmi teragak-agak mahu naik atau tidak. Akhirnya dia
ikut naik. Waktu bas itu meninggalkan Tanjung Malim setelah berhenti rehat selama 30 minit,
7
salah satu kerusi bas itu telah kosong. Hilmi tidak dapat menahan tekanan perasaannya. Dengan
sebuah teksi dia pulang semula ke Kuala Lumpur. Hilmi terus berjalan mencari kerja. Dia
menuju ke kios tempat jualan minyak. Dia tahu sekurang-kurangnya dia dapat menjadi pekerja
sementara dengan gaji harian sebanyak dua ringgit setengah. Hilmi juga diberikan sebuah kanvas
dan dibenarkan tidur bersama-sama dengan seorang penjaga malam. Hilmi bekerja dengan rajin
dan berdoa supaya pak cik atau mak ciknya jangan datang mengisi minyak di situ. Walau
bagaimanapun, Hilmi telah terserempak dengan Mohsin. Mohsin telah menghasut tauke kedai
minyak itu supaya membuang Hilmi tetapi tauke itu tidak mempedulikannya. Minggu pertama di
bulan kedua bekerja di situ, Hilmi bertekad berjumpa semula dengan Encik Bakar. Dalam
perjalanannya dia telah bertemu Pak Amat di kedai kopi. Kesempatan itu digunakan oleh Hilmi
untuk bertanya khabar tentang Hayati. Dia amat sedih kerana Hayati kini sudah banyak berubah
perangai dan dia tidak segembira dan senang dahulu lagi. Sesampai Hilmi di rumah Encik Bakar,
rumah itu seperti tiada penghuni. Tingkap dan pintunya tertutup rapat. Ketika di mahu berpatah
balik, tiba-tiba sebuah jendelanya terbuka dan Azizah telah muncul dan terkejut dengan
kehadiran Hilmi. Kedatangannya itu disambut dengan Hilmi. Hilmi menceritakan kisahnya
kepada Encik Bakar dan hasratnya ingin menyambung belajar muzik dengannya. Encik Bakar
tidak keberatan. Hilmi meminta izin pulang awal kerana telah berjanji dengan Ah Kong akan
kembali sebelum pukul 7.00 malam untuk menggantikannya bekerja. Hilmi diajar oleh Encik
Bakar peringkat demi peringkat. Dia tidak sahaja belajar berbagai-bagai alat muzik tetapi juga
diajar untuk mengenal lebih dekat tiap-tiap jenis alat itu. Hilmi sering diingatkan oleh Encik
Bakar bahawa dia akan berjaya kerana mempunyai bakat. Hubungan Azizah dengan Hilmi juga
semakin rapat. Setiap kali dia ke rumah Encik Bakar, Azizah selalu menyambutnya dengan
mesra. Hilmi juga sudah mula kenal dengan not kerana menurut Encik Bakar untuk menjadi
pemain muzik yang baik seseorang itu mesti tahu membaca not. Selain itu Hilmi telah belajar
bermain trompet, seksofon, klarinet, dan biola.
Bab 10 – Bebas
Sejak Hilmi meninggalkan rumah pak ciknya, pokok-pokok bunga di taman Jepunnya yang
dulunya menjadi kebanggaan kepada Datin Salmah dan Datuk Johari telah mulai musnah sedikit
demi sedikit. Hayati pula seolah-olah ikut meratapi kehancuran taman bunga itu. Keadaan itu
menyebabkan atin Salmah mendesak suaminya menulis surat ke kampung bertanyakan Hilmi,
kalau benar Hilmi menggunakan sesuatu kuasa ghaib ke atas Hayati tetapi Datuk Johari menolak.
Dia tahu isterinya itu telah terpengaruh dengan cakap-cakap morning coffee. Datin Salmah serba
salah dengan keadaan Hayati. Hayati bukan lagi anak kecil yang dapat dipujuk dengan hadiah
atau janji apabila dia menangis. Hayati sekarang sudah menjadi gadis remaja malah sudah
bertunang. Ketika masuk ke bilik Hayati, dia terkejut kerana terjumpa buku agama dan lebih
memeranjatkan lagi ialah sejadah dan telekung yang terlipat dengan baik di sudut biliknya.
Anaknya itu sudah mula sembahyang. Dia keluar dari bilik itu dan menelefon suaminya.
Perasaan ngeri mulai menguasai dirinya apabila dia mengetahui anaknya sembahyang setiap
waktu sementara dia dan suaminya tidak sembahyang. Dia mula menyiasat dengan siapakah
Hayati berkawan. Ketika suaminya pulang makan tengah hari dia terburu-buru menunjukkan
buku-buku agama di bilik Hayati, tikar, dan telekung.
Hayati menyambut kepulangan Mohsin di lapangan terbang. Mohsin turut hairan melihat
perubahan diri Hayati. Mohsin mengumumkan berita gembira iaitu dia hanya pulang sebentar
sahaja dan akan berangkat lagi ke London kerana telah dilantik menjadi penolong pengurus di
cawangan banknya yang baru sahaja dibuka di kota metropolitan Inggeris itu. Datin Salmah
8
mencadangkan supaya perkahwinan antara Hayati dan Mohsin disegerakan. Cadangan itu tidak
dibantah oleh Hayati, malah Hayati kelihatan terlalu gembira. Berita perkahwinan Hayati dan
Mohsin tersiar dalam semua surat khabar Melayu dan Inggeris. Hilmi terpegun ketika Azizah
menunjukkan kepadanya berita perkahwinan itu. Hilmi memohon untuk beredar dan tidak ada
mood untuk belajar muzik pada hari itu. Mamat pula datang ke biliknya membawa berita bahawa
Hayati dan Mohsin akan berangkat ke England sebaik sahaja mereka pulang dan berbulan madu
di Cameron Highland. Seminggu lamanya Hilmi berkurung di rumah. Habis kerja dia terus balik
ke biliknya dan tidak keluar-keluar lagi. Penghuni di sebelah menyebelah biliknya itu hanya
sering mendengar gesekan biola ataupun petikan gitar. Hari kelapan Hilmi pergi semula ke
rumah Encik Bakar dengan memperlihatkan sebuah lagu yang telah dikarangkannya. Encik
Bakar mencuba lagu itu di piano sambil dipindanya sedikit-sedikit. Hilmi memberi judul lagu itu
“Sebuah Intermeso”. Hilmi berasa gembira kerana dia telah mengetahui bahawa dia mempunyai
bakat bukan sahaja sebagai pemain muzik, tetapi juga sebagai penggubah lagu.
Bab 11 – Intermeso
Hilmi telah berhenti dari kios minyak petrol kerana akan menjadi anggota salah sebuah quartet
yang terkenal di ibu kota. Encik Bakar telah mengambil Hilmi bermain di dalam quartetnya
sebagai menggantikan tempat pemain biolanya yang kebetulan telah berpindah ke Pulau Pinang.
Pertama kali berlatih Hilmi berasa gugup. Dia berasa mahu menarik diri sahaja daripada quartet
tersebut tetapi atas dorongan Encik Bakar semangatnya pulih kembali. Hilmi memainkan lagu
gubahannya “Sebuah Intermeso”. Seluruh hadirin terpesona dan terpegun. Hilmi telah
diinterview ( ditemu ramah ) oleh pemberita hiburan dari sebuah surat khabar Inggeris yang
terkemuka. Hasil interview itu telah disiarkan di dalam ruangan hiburan akbarnya pada hari yang
berikutnya. Datuk Johari juga terpegun ketika melihat gambar Hilmi terpampang di ruangan
hiburan surat khabar bertajuk “Penemuan Baru Abad ini Pemain Biola Hikmat Malaysia”. Hayati
tidur di rumah mak ciknya bersama Maimun. Maimun hairan dengan perubahan Hayati yang
sudah sembahyang. Perbualan mereka berdua berkisar kepada Hilmi. Maimun tidak menyangka
tukang kebun Hayati ada bakat muzik. Hati Hayati bergelodak kerana dia ingin menceritakan
perkara sebenar bahawa Hilmi bukan tukang kebun. Daripada akhbar itu Hayati mendapat tahu
Hilmi masih berada di Kuala Lumpur dan telah menjadi seorang pemain muzik dalam quartet
tetap di Hotel Titiwangsa. Cuma Hayati kesal kerana Mamat sering berdalih apabila ditanya
tentang Hilmi.
Pada malam kedua, Encik Bakar mendesak Hilmi memainkan lagunya “Sebuah Intermeso” tanpa
nyanyian. Seluruh hadirin terpesona. Kisah Hilmi mendapat perhatian Setiausaha Persatuan
Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar telah melanggar peraturan perlembagaan
persatuannya. Semua pemain muzik di hotel dan kelab-kelab malam hendaklah terdiri daripada
anggota-anggota persatuan itu yang sah. Encik Bakar telah menerima surat daripada Setiausaha
Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar menganggap itulah masa yang paling
malang sekali dalam hidupnya. Dia bukan tidak sedar tentang hal ini, tetapi keadaan terdesak.
Pemain biolanya tiba-tiba berhenti. Encik Bakar mengumpul semua ahli kumpulannya kecuali
Hilmi untuk berbincang. Akhirnya mereka sebulat suara menyokong kemasukan Hilmi dalam
kumpulan mereka. Hilmi kemudian diberitahu tentang krisis yang terjadi dan tentang keputusan
mesyuarat itu. Walaupun keputusan itu dicapai sebulat suara, tetapi meninggalkan kesan yang
parah dalam hati Hilmi. Dia berasa kesal kerana menjadi sebab Encik Bakar diancam oleh
persatuannya. Walau bagaimanapun pada malam itu mereka bermain seperti biasa. Seminggu
sesudah itu, Encik Bakar telah dipanggil oleh Jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain Muzik
9
Nasional untuk menghadapi tuduhan melanggar tatatertib persatuan dan melanggar arahan
setiausaha. Tiga jam lamanya ahli jawatankuasa persatuan itu membuat persidangan tertutup.
Encik Bakar disuruh menunggu di luar bilik persidangan. Keputusan mesyuarat akhirnya
memaafkan Encik Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan
menerima keahlian Hilmi.
Bab 12 – Krisis
Hilmi gelisah kerana Encik Bakar belum pulang dari Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional
dan dia tidak dibenarkan hadir sama dalam mesyuarat tersebut. Keyakinan Hilmi pulih setelah
ibu Azizah menasihatinya supaya bertenang kerana dia percaya suaminya tidak akan diapa-
apakan. Encik Bakar seorang yang jujur dan dia tidak akan dipecat. Kepulangan Azizah
membawa berita tentang Hayati mendapat biasiswa dari British Council untuk belajar muzik di
Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat esoknya. Hilmi tergesa-gesa
pulang. Semasa Hilmi keluar, Encik Bakar pun sampai bersama-sama dengan Rahmat dan Harry
Lam. Melihat Hilmi tidak ada di situ, Rahmat dan Harry Lam pun meminta diri pulang ke rumah.
Pada malam itu, ada dua penerbangan ke London. Satu kapal terbang British Airways dan satu
lagi Qantas yang datang dari Sydney. Sekiranya Hilmi pergi ke lapangan terbang pada waktu itu
bererti dia tidak dapat ikut bermain dalam orkestra Encik Bakar. Fikirannya terlalu runsing.
Akhirnya dia pulang ke bilik. Di pintu biliknya ada sekeping surat yang ditinggalkan oleh Mamat
menyatakan dia barangkali akan datang pada pukul tujuh malam dan ingin membawa Hilmi
berjumpa Hayati. Di dalam pertemuan itu Hayati menyatakan bahawa dia amat mencintai Hilmi
tetapi dia tidak mahu membantah kata orang tuanya dan terpaksa berkahwin dengan Mohsin.
Mohsin juga tahu akan pertemuannya dengan Hilmi. Hayati juga menyatakan bahawa lagu
“Sebuah Intermeso” itu menjadi ubat yang paling mujarab bila hatinya luka. Kaset lagu itu
dibawanya di dalam beg ke mana sahaja dia pergi. Hayati juga meminta Hilmi memaafkan ibu
dan bapanya kerana tindakan dan kelakuan mereka terhadapnya dahulu. Encik Bakar pula
gelisah kerana Hilmi belum muncul-muncul. Setelah kemunculan Hilmi, Encik Bakar
memberikan resit sebagai bukti dia telah menjadi pemain muzik profesional yang sah. Pada
malam itu, permainan yang luar biasa telah diperlihatkan oleh Hilmi. Ketika jam berdeting pukul
12.40 malam jantungnya ikut berdetak kuat kerana pada saat itu pesawat yang dinaiki oleh
Hayati terbang meninggalkannya. Pada malam perpisahan itu Hilmi telah berjaya menggubah
sebuah lagu yang lahir dari perpisahan dengan Hayati dan diberi judul “Perpisahan”. Encik
Bakar juga telah memberikan petua-petua bagaimana cara menggubah lagu yang baik dan
menasihati Hilmi supaya mengarang beberapa buah lagu lagi dan lagu-lagunya itu disimpan
dahulu. Apabila telah banyak dan sudah cukup barulah dirakamkan menjadi rekod. Pengaruh
gitar rancak dan Barat telah mulai melanda ke negara ini. Hilmi telah mendapat keizinan Encik
Bakar untuk menubuhkan kugiran yang diberi nama “Kugiran Dahlia” ringkasan nama Daniel,
Azizah, Hilmi, Tony Lim, Dan Arasu. “Kugiran Dahlia” dengan cepat mendapat popularitinya.
Hilmi banyak menggubah lagu untuk dinyanyikan oleh Azizah dan nama Azizah mulai terkenal.
Perhubungan mereka semakin erat. Apabila gelombang kugiran mulai merosot, Hilmi kembali
bergiat dalam orkestra yang bermain di kelab-kelab malam. Walaupun rekod dan kaset yang
mengandungi lagu-lagu gubahannya sudah banyak terjual tetapi sebagai penggubah lagu dia
tidak pernah mendapat hasil yang lumayan malah berdepan pula dengan masalah cetak rompak.
Setelah setahun lebih bergaul rapat, dia dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Pada
mulanya kehidupan mereka sebagai suami isteri amat harmoni tetapi kira-kira setahun setelah
anak lelaki mereka yang pertama lahir, Azizah mulai berubah dan Hilmi juga ikut berubah.
10
Rumah tangga mereka mula goyah. Kepedihan yang dirasai dari penghidupan itu menyebabkan
Hilmi banyak berfikir dan telah mendatangkan ilham untuknya menggubah lagu. Sebahagian
besar lagu-lagu yang digubahnya tidak ditunjukkan kepada orang lain, walaupun kepada Encik
Bakar.
Bab 13 – Perpecahan
Keretakan yang terjadi dalam rumah tangga Hilmi telah tidak dapat diselamatkan lagi. Encik
Bakar dan isterinya, walaupun pada mulanya tidak mahu campur tangan kerana itu urusan rumah
tangga mereka terpaksa memanggil kedua-duanya kerana keadaan semakin buruk. Tetapi
pertemuan itu tidak membawa apa-apa hasil. Persengketaan antara mereka tidak boleh diatasi
malah Azizah mengajar anaknya memanggil Hilmi dengan panggilan “bapa jahat”. Azizah
cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu yang telah digubah khas oleh Hilmi
adalah untuk Hayati. Sedangkan dia tidak mengetahui Hilmi juga pernah menggubah lagu
tentang cinta dan sayangnya kepada isteri dan anaknya dalam lagu “Balada Kasih”.Lagu itu ialah
curahan isi hatinya yang jujur. Kini hidupnya terasa kesunyian yang amat sangat. Dia sering
menyembunyikan kesedihannya daripada kawan-kawannya. Dia terus menghiburkan orang-
orang yang datang mencari hiburan di tempatnya bermain muzik. Dia juga tetap menggubah
lagu. Sekali sekala dia teringatkan Hayati. Tragedi yang menimpanya menyebabkan dia
mencipta sebuah lagu yang diberi tajuk “Cinta dan Tangis”. Lagu “Cinta dan Tangis” menjadi
inspirasi kepadanya untuk menggubah lagu-lagu lain dan menulis sendiri sari katanya. Dia mulai
terasa bahawa menggubah lagu-lagu itu sebagai satu misi yang telah ditugaskan oleh Tuhan
kepadanya biarpun terpaksa bekerja keras siang dan malam tetapi hatinya senang dan tenteram.
Harapan untuk kembali dengan Azizah telah pudar. Walau bagaimanapun dia belum berniat
untuk menceraikan Azizah kerana Azizah sendiri tidak pernah memintanya. Setiap malam sebaik
sahaja pulang dari tempatnya bekerja, Hilmi akan duduk di hadapan pianonya menggubah lagu-
lagu baru. Kalau ilhamnya tidak ada dia akan memainkan rekod. Lagu-lagu yang telah
digubahnya kini berjumlah ratusan buah.
Orkes Hilmi telah mendapat undangan untuk bermain dalam pertunjukan Hari Keputeraan Sultan
Kelantan di Kelantan. Hilmi mendapat sambutan yang luar biasa. Peminat-peminatnya telah
menyerbunya. Kira-kira jam empat pagi, Hilmi dikejutkan dengan panggilan telefon dari Rahmat
tentang kematian Encik Bakar. Hilmi menaiki kapal terbang MAS pulang ke Kuala Lumpur.
Dalam penerbangan tersebut dia telah selesai menyiapkan sebuah lagu yang diberi nama
“Seniman” yang dicipta khas untuk Encik Bakar iaitu guru, kawan, dan bapa mertuanya. Tiga
tahun berturut-turut Hilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang
dianjurkan oleh RTM. Hilmi telah diberi penghormatan untuk memimpin satu pertunjukan Orkes
Perdana yang dianjurkan oleh RTM. Pertunjukan itu sama tarafnya dengan Royal Performance (
persembahan di-Raja ) yang diadakan di England. Hilmi diminta untuk membuat arrangement
(penyusunan) semua lagunya dan diberi nama “Hilmi Potpouri”. Publisiti (berita) tentang
pertunjukan itu tersebar luas. Bukan sahaja melalui RTM, tetapi juga melalui media massa di
seluruh negara. Datin Salmah juga telah mendesak Datuk Johari mencari kad jemputan
pertunjukan Orkes Perdana itu kerana saudaranya iaitu Datin Mastura (kakak), dan Datuk Roslan
(abang ipar), Datin Mariam (kakak), dan seluruh geng morning coffee telah bercadang untuk
menontonnya.
11
Bab 14 – Seniman
Dewan Tunku Canselor telah penuh sesak. Keadaan kalut mulai terasa apabila Hilmi belum
kelihatan. Ketua Pengarah RTM mengarahkan Amat, seorang pengawal RTM pergi menjemput
Hilmi tetapi Hilmi tidak ada di rumahnya. Ketua Pengarah itu tidak puas hati lalu mengajak
Amat sekali lagi bersama-samanya pergi ke rumah Hilmi Dan akhirnya mereka mendapat tahu
daripada seorang pemuda Cina bahawa Hilmi sakit dan dimasukkan ke hospital. Ketua Pengarah
berkejar ke hospital dan dia mendapati keadaan Hilmi dalam bahaya dan telah dibawa ke unit
rawatan rapi ( ICU ). Doktor juga telah memberitahu bahawa nyawa Hilmi terancam dan dia
tidak mungkin dapat memimpin Orkes Perdana. Ketua Pengarah telah mengarahkan Borhan
supaya mencari pengganti Hilmi dan kembali ke universiti. Kebimbangannya itu dikongsi
bersama oleh Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha. Tiba-tiba muncul Hayati, wanita yang
ingin menonton pertunjukan tersebut. Keadaan menjadi semakin kelam kabut. Berbagai-bagai
spekulasi telah dibuat kerana ketiadaan Hilmi itu. Hayati mendapat tahu tentang kesakitan yang
dialami oleh Hilmi dan berminat untuk membantu Hilmi memimpin pertunjukan tersebut.
Setelah menunjukkan bukti kelulusan dan pengalamannya serta hubungan rapat dengan Hilmi,
akhirnya ketua pengarah membenarkan Hayati memimpin Orkes Perdana tersebut. Datuk Johari
dan Datin Salmah menyesali perbuatan mereka terhadap Hilmi, lebih-lebih lagi apabila
mendengar puji-pujian yang diberikan kepada Hilmi oleh penonton. Mereka juga menyedari
yang memimpin pertunjukan orkes itu ialah Hayati. Baginda Yang di-Pertuan Agong diiringi
oleh Perdana Menteri amat terhibur dengan persembahan itu dan dukacita di atas kemalangan
yang menimpa Hilmi. Setelah pertunjukan selesai Hayati bergegas ke hospital, begitu juga Datuk
Johari dan Datin Salmah apabila mengetahui perkhabaran tersebut. Di hospital, Datuk Johari
telah bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai dari kampung.
Suasana menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya serta Hakim, anak Hilmi.
Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa
Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu
Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Dia
sengaja menyimpan rahsia itu kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga mereka. Datuk
Johari dan Datin Salmah amat menyesal dan akan menebus dosa mereka sekiranya Hilmi pulih.
Setelah doktor yang merawat Hilmi membenarkan mereka melawat Hilmi, mereka pulang ke
rumah Datuk Johari. Karim bersyukur kerana Allah memanjangkan usianya dan dapat membuka
rahsia yang terpendam di hati selama ini. Sesampai sahaja di pekarangan rumah, mereka
dikejutkan dengan panggilan telefon dari hospital. Datuk Johari telah menerima khabar tentang
kematian Hilmi dan pada saat yang sama Datuk Johari jatuh terjelepok di atas lantai dan pergi
buat selama-lamanya.
TEMA
Tema untuk novel Konserto Terakhir ialah perjuangan hidup dan kegigihan seorang anak
muda yang berasal dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan
akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara.
Berikut ialah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa watak Hilmi adalah seorang yang gigih.
1. Gigih menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah ketika bekerja sebagai tukang
kebun di rumah Datuk Johari. Penghinaan ini berlaku disebabkan beliau hanya seorang
pemuda kampung dan berpendidikan rendah.
12
2. Gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar walaupun pada masa yang sama terpaksa
membahagikan masanya untuk bekerja di sebagai pembantu di stesen minyak sehingga
menjadi seorang pemuzik yang terkenal.
3. Gigih mencipta lagu pelbagai lagu sehingga lagu yang diciptanya terkenal di seluruh
tanah air.
4. Gigih menghadapi masalah rumah tangganya walaupun akhirnya terpaksa berpisah
dengan isterinya disebabkan sikap Azizah yang mementingkan kekayaan.
5. Gigih berusaha bagi memastikan kejayaan konsert perdananya walaupun terpaksa
Mengabaikan kesihatan dirinya sendiri.
PERSOALAN
1. Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis dalam novel ini ialah persoalan kegigihan
dalam berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan. Persoalan ini dapat
diperhatikan melalui watak utama iaitu Hilmi. Walaupun sering mendapat penghinaan
khususnya daripada Datin Salmah, Hilmi dengan dorongan daripada Pak Amat dan Encik
Bakar. Dia berusaha gigih dan akhirnya berjaya mencapai cita-citanya iaitu menjadi
seorang pemuzik yang terkenal.
2. Penulis juga mengungkapkan persoalan cinta dan kasih sayang sesama manusia.
Pembaca mendapat gambaran persoalan ini melalui perhubungan antara Helmi dengan
Hayati dan hubungan antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada
awalnya lebih kepada simpati. Kasih sayang Hayati kepada Helmi bermula daripada
perasaan simpati. Setelah berkahwin dengan Mohsin, Hayati tetap cinta kepada Helmi.
3. Pengarang juga menyentuh tentang persoalan pegangan agama dalam masyarakat
bandar. Keluarga Datuk Johari tidak solat. Namun sejak kehadiran Helmi, sikap Hayati
telah berubah. Dia telah mula solat dan dapat mengembalikan ketenangan hidupnya.
Hayati ialah seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa
tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui
buku – buku agama.
4. Persoalan sikap segolongan masyarakat yang terlalu mementingkan pangkat dan
darjat juga dapat diperhatikan oleh pembaca melalui novel ini. Contohnya Datin Salmah
menghina Hilmi kerana menganggap Hilmi hanya seorang pemuda kampung dan tidak
berpendidikan tinggi. Demikian juga dengan Azizah yang berasa tawar hati setelah
mengetahui bahawa Helmi seorang tukang kebun di rumah Datuk Johari.
5. Berdasarkan hubungan antara Datuk Johari dengan Helmi, penulis ingin mengungkapkan
persoalan perpecahan keluarga sehingga membawa kepada penyesalan yang tidak
berkesudahan. Helmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Datuk Johari dan Datin
Salmah amat menyesal dengan perbuatannya terhadap Helmi sebelum itu sehingga Helmi
menderita setelah mengetahui perkara itu. Namun dia tidak sempat menebus
kesalahannya kerana Helmi telah meninggal dunia.
6. Selain itu, novel ini juga memaparkan persoalan gaya hidup segolongan masyarakat
bandar yang bersifat kebaratan. Contohnya dapat diperhatikan melalui keluarga Datuk
13
Johari sendiri. Datin Salmah sering menghadiri “morning coffee” bersama kawan-
kawannya. Manakala di rumah Datuk Johari juga terdapat sebuah “mini bar”. Datin
Salmah juga merancang agar Hayati melanjutkan pelajaran di London.
7. Sikap Datin Salmah juga mencerminkan persoalan kepercayaan karut dan khurafat
yang masih terdapat dalam kalangan masyarakat hari ini terutamanya masyarakat bandar.
Contohnya Datin Salmah percaya bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna terhadap
Hayati apabila mendapati Hayati semakin rapat dengan Helmi. Datin Salmah juga
menuduh Helmi berbuat demikian apabila melihat Hayati berubah sikap dan mula
bersembahyang.
WATAK DAN PERWATAKAN:
Hilmi
1. Helmi digambarkan sebagai seorang yang rajin. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah
Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan
Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya
berbuah lebat. Datin Salmah dapat bahagikan sayur itu kepada rakan-rakannya.
2. Hilmi juga seorang yang gigih dan tabah. Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup dalam
usahanya untuk berjaya. Dia tabah menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah yang
tidak menyukainya. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-
sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang
pemuzik terkenal.
3. Helmi juga digambarkan seorang yang bercita-cita tinggi. Bermula daripada minat
terhadap alat muzik iaitu piano, Helmi telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang
pemuzik yang berjaya. Hasil daripada dorongan dan galakan daripada Encik Bakar, Hilmi
berusaha mengejar impiannya dan akhirnya dia berjaya dalam bidang muzik.
4. Penulis menggambarkan Hilmi sebagai seorang yang kuat pegangan agama. Hilmi tidak
pernah meninggalkan sembahyang lima waktu walau di mana sekalipun dia berada. Sifat ini
telah mempengaruhi Hayati sehingga membuatkan Hayati berubah sikap dan mula
bersembahyang.
5. Hilmi amat berkebolehan dan kreatif dalam bidang muzik. Dia dapat memainkan piano
dan mengenal kod piano walaupun hanya dengan mendengar Hayati memetik pianonya.
Selain itu, dia juga boleh bermain banyak alat muzik dan mencipta banyak lagu sendiri
termasuk lagu yang dimainkan semasa persembahannya.
14
Hayati
1. Dari segi perwatakan, Hayati digambarkan sebagai seorang yang penyayang. Hayati amat
menyayangi Hilmi selepas berasa simpati terhadap nasib Hilmi. Beliau juga amat sedih
apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap.
Perubahan sikapnya membuatkan Datin Salmah menjadi resah.
2. Selain itu, Hayati juga digambarkan oleh pengarang sebagai seorang yang patuh kepada
arahan ibunya. Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak
mencintai Mohsin demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah. Hal ini dijelaskannya kepada
Hilmi semasa mereka bertemu sebelum berangkat ke London.
3. Sebelum bertemu Hilmi, Hayati seorang yang periang dan lincah serta hidup seperti
remaja lain. Apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari, beliau berubah menjadi seorang
yang mula mendekatkan diri kepada Tuhan dan mula bersembahyang.
Datin Salmah
1. Datin Salmah digambarkan sebagai seorang yang sombong dan mementingkan darjat.
Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta
berpelajaran hanya setakat darjah empat di sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi
dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya. Dia juga menghalang
Hayati daripada merapati Hilmi.
2. Datin Salmah juga digambarkan oleh pengarang sebagai seorang yang mengamalkan
budaya hidup secara kebaratan. Dia digambarkan selalu bertemu rakan yang setaraf di
„Morning Coffee”. Rakan-rakannya juga mengamalkan gaya hidup yang sama. Ekoran
daripada budaya hidup seumpama itu, dia menjadi seorang yang tidak beriman. Dia tidak
mengerjakan solat. Malah dia terkejut dengan Hayati yang telah mula bersembahyang.
3. Pengarang juga menggambarkan Datin Salmah sebagai seorang yang percaya kepada
kepercayaan tahyul. Contohnya dia mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-
guna kepada Hayati apabila Hayati semakin mesra dengan Hilmi dan telah berubah daripada
sikap asalnya serta mula bersembahyang.
4. Datin Salmah digambarkan sebagai seorang yang suka mengongkong. Contohnya Datin
Salmah ingin menentukan kehidupan anaknya Hayati. Dia mahu Hayati belajar di London.
Dia juga mahukan Hayati berkahwin dengan Mohsin sedangkan Hayati tidak mencintai
Mohsin.
Datuk Johari
1. Dari segi perwatakan, Datuk Johari digambarkan sebagai seorang yang baik hati. Datuk
Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau
turut memberi pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya.
15
2. Selain itu, dia juga seorang yang bijaksana. Dia dapat mengelakkan Hilmi daripada
dihalau dari rumah keluar dari rumahnya oleh Datin Salmah setelah merosakkan piano.
Datuk Johari mencadangkan supaya Hilmi dipotong gaji sahaja.
3. Datuk Johari juga seorang yang tiada pegangan agama. Dia hidup seperti masyarakat
barat. Sikap ini dapat diperhatikan oleh pembaca kerana di rumahnya terdapat sebuah „mini
bar‟. Beliau seorang peminum minuman keras. Dia juga sudah terlalu lama meninggalkan
sembahyang lima waktu.
4. Penulis juga menggambarkan Datuk Johari sebagai seorang yang tidak
bertanggungjawab. Dia meninggalkan isteri pertama sebaik dikahwininya iaitu ibu Hilmi.
Beliau juga tidak pernah mengetahui bahawa Hilmi ialah anaknya sehingga diberitahu oleh
Pak Karim. Datuk Johari telah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa.
LATAR
Latar Tempat
1. Peristiwa penting dalam novel ini berlaku di beberapa tempat utama di sekitar Kuala
Lumpur.
2. Banyak peristiwa yang berlaku berpusat di rumah Datuk Johari. Banyak peristiwa yang
berlaku di rumah ini. Antaranya termasuklah Hilmi bekerja sebagai tukang kebun. Dia telah
menjadikan halaman rumah lebih cantik. Helmi juga dimarahi oleh Datin Salmah kerana
menyebabkan piano rosak. Dia hampir dihalau keluar dari rumah itu. Di rumah itu juga
Hilmi semakin rapat dengan Hayati sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati Datin
Salmah. Hilmi dimarahi sekali lagi oleh Datin Salmah kerana meninggalkan rumah.
Akhirnya Hilmi meninggalkan rumah tersebut. Di rumah itu juga Datuk Johari menerima
panggilan telefon yang memberitahu Hilmi meninggal dan dia juga jatuh dan meninggal.
3. Beberapa peristiwa berlaku di Rumah Encik Bakar. Antara peristiwa penting ialah
kedatangan Hilmi untuk belajar muzik semasa dia masih tinggal di rumah Datuk Johari. Dia
dimarahi kerana meninggalkan rumah. Selepas keluar dari rumah Datuk Johari, Hilmi
meneruskan pelajaran muzik di rumah ini sehingga berjaya menjadi pemuzik terkenal. Di
rumah ini juga Hilmi pernah digoda oleh Azizah. Azizah kecewa apabila mengetahui Hilmi
hanya bekerja sebagai tukang kebun.
4. Satu lagi tempat penting dalam novel ini ialah Dewan Tunku Canselor. Ia menjadi tempat
diadakan Konsert Perdana yang dipimpin oleh Hilmi. Hilmi telah dimasukkan ke hospital
dan dalam keadaan kritikal. Keadaan kecoh terjadi. Namun Hayati telah menyelamatkan
keadaan. Dia yang pulang dari London untuk menyaksikan persembahan itu telah
menggantikan tempat Hilmi. Persembahan itu berjaya diteruskan dengan jayanya.
5. Selain itu, peristiwa penting juga berlaku di hospital. Hilmi telah dimasukkan ke Unit
Rawatan Rapi (ICU) dan keadaannya kritikal. Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah dan
Ketua Pengarah RTM datang selepas persembahan di Dewan Tunku Canselor. Di situ juga
16
Datuk Johari diberitahu oleh saudara sepupunya bahawa Hilmi merupakan anak
kandungnya.
Latar Masyarakat
1. Secara umumnya pengarang novel ini, menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu
melalui keluarga Datuk Johari selain daripada Hilmi sendiri, Encil Bakar Mamat dan juga
Pak Amat.
2. Masyarakat yang rajin dan tekun. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk
Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin
Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya
berbuah lebat. Hilmi juga tekun dalam usahanya mempelajari muzik daripada Encik Bakar
sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal.
3. Masyarakat yang tidak mengamalkan ajaran agama. Selain mengamalkan budaya hidup
secara kebaratan, Datin Salmah juga digambarkan tidak mengerjakan solat. Malah dia
terkejut dengan Hayati yang telah mula bersembahyang. Demikian juga dengan Datuk
Johari. Dia sudah lama benar meninggalkan solat. Malah dia sering minum minuman keras.
Hayati walau bagaimanapun telah berubah dan mula sembahyang setelah mengenali Hilmi.
4. Masyarakat yang sombong dan mementingkan darjat. Datin Salmah tidak dapat
menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah
empat di sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi
dapat keluar dari rumahnya. Dia juga menghalang Hayati daripada merapati Hilmi. Azizah
juga tidak mahu menerima Hilmi pada awalnya kerana Hilmi hanya seorang tukang kebun.
5. Masyarakat yang percaya kepada kepercayaan tahyul. Contohnya dia mempercayai
bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada Hayati apabila Hayati semakin mesra
dengan Hilmi. Sekali lagi Datin Salmah percaya kepada ubat guna-guna apabila melihat
perubahan sikap Hayati. Hayati telah berubah daripada sikap asalnya serta mula
bersembahyang. Datin Salmah sangsi dan terkejut dengan perubahan itu.
6. Masyarakat yang baik hati. Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di
rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut memberi pekerjaan kepada Hilmi sebagai
tukang kebun di rumahnya. Encik Bakar pula sanggup mengajar Hilmi bermain alat muzik
dan memberi dorongan kepada Hilmi sehingga Hilmi berjaya menjadi seorang pemuzik
yang terkenal.
PLOT
Secara umumnya plot novel Konserto Terakhir merupakan plot yang mudah kerana disusun
secara kronologi. Setiap peristiwa bergerak mengikut urutan masa dari bab ke bab.
Perkembangan perintiwa itu memudahkan pembaca mengesan perkembangan plot bermula dari
peringkat permulaan hinggalah peringkat peleraian.
17
1. Permulaan
Peringkat permulaan plot novel ini bermula pada bab pertama. Pengarang memperkenalkan
watak utama dalam novel iaitu Hilmi yang telah datang ke rumah Datuk Johari untuk mencari
kerja di Kuala Lumpur. Datin Salmah dan Hayati tidak senang hati dengan kedatangan Hilmi ke
rumah mereka. Namun Datuk Johari terpaksa menerimanya kerana Hilmi anak saudaranya.
Datuk Johari sukar mendapatkan pekerjaan untuk Hilmi. Akhirnya Datuk Johari menjadikan
Hilmi sebagai tukang kebun di rumah mereka.
2. Perkembangan
Plot bergerak ke peringkat perumitan dan perkembangan apabila terdapat konflik antara Hilmi
dengan Datin Salmah. Hilmi telah menyentuh dan bermain piano itu menyebabkan piano itu
rosak secara tidak sengaja. Hilmi dimarahi oleh Datin Salmah. Kemudian, Hilmi telah belajar
muzik daripada Encik Bakar.
Datin Salmah memarahi Hilmi kerana meninggalkan rumah dan dilarang makan. Hayati pula
semakin rapat dengan Hilmi menyebabkan Datin Salmah menuduh Hilmi menggunakan ubat
guna-guna. Datin Salmah mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya. Akhirnya, Hilmi
meninggalkan rumah itu dan mendapat pekerjaan di sebuah kios menjual minyak. Hilmi terus
belajar muzik daripada encik Bakar sehingga menjadi pemuzik terkenal. Hilmi telah berkahwin
dengan Azizah. Rumah tangga mereka goyah kerana tidak sehaluan dan Hilmi tinggal
bersendirian. Azizah pula balik ke rumah ibu bapanya bersama-sama anak sulung mereka. Hilmi
semakin kecewa dan tertekan. Namun dia tetap mengarang lagu.
3. Klimaks
Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini bermula apabila Hilmi telah diberi
peluang untuk memimpin pertunjukan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.
Hilmi terpaksa bekerja keras untuk menjayakan persembahan itu. Malangnya, Hilmi telah jatuh
sakit dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Keadaan Hilmi kritikal. Hayati yang baru
pulang dari London untuk menyaksikan pertunjukan itu telah mengambil alih peranan Hilmi
untuk memimpin Orkes Perdana. Setelah selesai persembahan, Hayati, Datuk Johari, Datin
Salmah dan Ketua Pengarah RTM telah berkejar ke hospital untuk melihat Hilmi. Mereka
bertemu dengan abang sepupu Datuk Johari, yang mendedahkan rahsia bahawa Hilmi ialah anak
kandung Datuk Johari.
4. Peleraian
Peringkat penyelesaian atau peleraian novel ini agak pendek. Ia dapat dikesan apabila Datuk
Johari tiba di rumah. Dia dan Datin Salmah berjanji untuk menebus kesilapannya melayan Hilmi
dengan buruk. Namun Datuk Johari telah menerima panggilan telefon yang mengatakan bahawa
Hilmi meninggal dunia. Setelah menerima berita itu, Datuk Johari terjatuh lalu meninggal dunia.
TEKNIK PLOT
Pengarang menggunakan beberapa teknik dalam novel ini untuk menyampaikan cerita dan
plotnya.
1. Pemerian
Antara teknik utama dalam novel ini ialah teknik pemerian. Teknik ini digunakan dengan meluas
18
termasuklah untuk menggambarkan perwatakan Hilmi. Kerja-kerja Hilmi ri rumah Datuk Johari
juga banyak menggunakan teknik pemerian. Demikian juga dengan peristiwa Hilmi belajar
muzik di rumah Encik Bakar banyak menggunakan teknik pemerian daripada pengarang.
Perasaan Hilmi terhadap perbuatan Datin Salmah juga diceritakan oleh pengarang secara
langsung.
2. Dialog
Teknik dialog juga ketara digunakan digunakan oleh pengarang. Contoh dialog atau perbualan
antara Hilmi dan Hayati. Hayati telah meluah perasaannya kepada Hilmi ketika mereka
berjumpa. Dialog Hilmi dengan Encik Bakar juga penting kepada Hilmi. Melalui dialog, Encik
Bakar telah memberikan dorongan kepada Hilmi untuk terus belajar dan akan berjaya menjadi
seorang pemuzik terkenal. Dialog-dialog Datin Salmah juga menggambarkan sikap dan
pandangan serongnya kepada Hilmi.
3. Imbas Kembali
Teknik imbas kembali juga terdapat dalam novel ini. Contoh teknik ini ialah apabila Datuk
Johari teringat kembali apa yang telah berlaku ketika beliau berada di kampungnya. Datuk Johari
imbas kembali peristiwa dia meninggalkan ibu Hilmi setelah berkahwin dan tidak mempedulikan
mereka lagi. Peristiwa itu berlaku tujuh belas tahun yang lalu. Dia hanya pulang pada hari
bapanya meninggal dunia selama beberapa jam saja dan kemudian setelah jenazah bapanya
dikuburkan, dia terus pulang ke Kuala Lumpur.
4. Monolog
Sedikit teknik monolog digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Contohnya monolog Hilmi
ketika hatinya sedih dan berhadapan dengan pokok-pokok bunga di taman. "Kalian saja yang
akan menghiburkan aku nanti, wahai bunga-bungaku " katanya dalam hati. Teknik monolog
dalaman digunakan untuk menceritakan emosi sesuatu watak. Selain itu, monolog juga terdapat
dalam diri Azizah tentang layanan mesra yang diberikannya kepada Hilmi.
5. Saspens
Teknik saspens terdapat juga dalam novel ini. Terdapat dua peristiwa yang mewujudkan suasana
suspens. Peristiwa pertama ialah peristiwa yang berlaku di Dewan Tunku Canselor. Suasana
suspens dirasa apabila Hilmi telah dimasukkan ke hospital sedangkan pertunjukkan perlu
diteruskan. Siapa yang akan memimpin orkestra itu telah menjadi tanda tanya kepada pembaca
dan pengelola. Manakala suasana suspens juga berlaku di hospital. Hayati, Datuk Johari, Datin
Salmah dan juga Ketua Pengarah RTM tertanya-tanya tentang keadaan Hilmi.
6. Teknik Kejutan
Manakala teknik terakhir ialah teknik kejutan. Kemunculan Hayati secara mengejut dari London
pada malam Pertunjukan Orkes Perdana pula menunjukkan pengarang telah berjaya dalam
menggunakan teknik kejutan. Hayati malah mengambil tempat Hilmi untuk memimpin orkestra
pada malam itu. Datuk Johari juga telah menerima panggilan yang mengejutkan. Dia
dimaklumkan tentang kematian Hilmi sehingga dia juga terkejut, jatuh dan meninggal dunia.
19
GAYA BAHASA
1. Peribahasa. Contohnya: hangat-hangat tahi ayam, biang keladi, Seperti menatang minyak
yang penuh.
2. Ayat yang pendek – “Dia tergamam” dan Hilmi kecewa.
3. Metafora : warna perlindungan, tasik matanya, Daun pintu, sebuah senyuman lebar
beriak.
4. Bahasa Inggeris. Contohnya: Morning coffee, westernise-kan
5. Bahasa Arab. Contohnya : Dakwah, insyaAllah
6. Simile. Contohnya : Bagai menggamit-gamit memanggilnya
7. Personifikasi. Contoh: Lembut wangi menerpa masuk ke hidungnya
NILAI
1. Nilai kerajinan. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman
itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga
rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat.
2. Nilai kegigihan dan ketabahan. Hilmi tabah menghadapi cabaran hidup dalam usahanya
untuk berjaya. Dia tabah menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah yang tidak
menyukainya. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-
sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi
seorang pemuzik terkenal.
3. Nilai bercita-cita tinggi. Bermula daripada minat terhadap alat muzik iaitu piano, Helmi
telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik yang berjaya. Hasil daripada
dorongan dan galakan daripada Encik Bakar, Hilmi berusaha mengejar impiannya dan
akhirnya dia berjaya dalam bidang muzik.
4. Nilai penyayang pula dapat diperhatikan melalui watak Hayati. Hayati amat menyayangi
Hilmi selepas berasa simpati terhadap nasib Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi
keluar dari rumah Datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap. Perubahan
sikapnya membuatkan Datin Salmah menjadi resah.
5. Nilai kepatuhan kepada arahan ibunya. Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin
walaupun beliau tidak mencintai Mohsin demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah. Hal
ini dijelaskannya kepada Hilmi semasa mereka bertemu sebelum berangkat ke London.
6. Nilai baik hati. Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada
masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di
rumahnya. Encil Bakar pula memberikan pertolongan dnegan mengajar muzik kepada
Hilmi tanpa bayaran.
7. Nilai keinsafan juga diselitkan oleh pengarang pada bahagian akhir novel ini. Datin
Salmah dan Azizah menyesal kerana telah memberikan layanan yang buruk kepada
Hilmi. Datin Salmah berjanji untuk menebus kesalahnya terhadap Hilmi namun tidak
kesampaian kerana Hilmi telah meninggal dunia.
20
PENGAJARAN
1. Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang diinginkan: Contohnya Hilmi
gigih mempelajari muzik sehingga Berjaya menjadi pemuzik dan pencipta lagu yang
terkenal.
2. Kita mestilah sentiasa mengamalkan kerjasama untuk memburu kejayaan: Contohnya
Hayati menggantikan tempat Hilmi semasa beliau dibawa ke hospital dan kerjasama itu
membolehkan konsert perdana tersebut berjaya.
3. Kita mestilah mengamalkan nilai kasih sayang sesama manusia: Contohnya pada
peringkat awal Hayati menyayangi Hilmi kerana rasa simpati dan kemudiannya bertukar
cinta kepada kekasih.
4. Kita mestilah sentiasa patuh kepada ibu bapa kita: Contohnya Hayati patuh akan perintah
ibunya supaya beliau berkahwin dengan Mohsin.
5. Sebagai seorang isteri, kita mestilah jujur kepada suami: Contohnya walaupun sudah
berkahwin dengan Mohsin tetapi Hayati tidak jujur kerana masih mencintai Hilmi.
6. Kita mestilah membantu orang yang memerlukan bantuan: Contohnya Encik Bakar
mengajar muzik kepada Hilmi tanpa sebarang bayaran kerana ingin membantu Hilmi
menjadi pemuzik terkenal.
7. Sebagai umat, kita mestilah patuh kepada perintah Tuhan : Contohnya Hayati sentiasa
mengerjakan solat setelah membaca buku “Hidup Sesudah Mati”.

More Related Content

What's hot

Arisan oh Arisan (Teks Drama)
Arisan oh Arisan (Teks Drama)Arisan oh Arisan (Teks Drama)
Arisan oh Arisan (Teks Drama)Azizahluthfi
 
Drama bahasa jawa
Drama bahasa jawa Drama bahasa jawa
Drama bahasa jawa Farid Rohman
 
KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN
KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMENKATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN
KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMENMohamed Naim Daipi
 
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatanSkrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatanandry_dwi
 
2.4 jelaskan sebab sebab kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
2.4  jelaskan sebab sebab  kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...2.4  jelaskan sebab sebab  kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
2.4 jelaskan sebab sebab kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...Nurul Atikah
 
Spesis kancil yang terancam
Spesis kancil yang terancamSpesis kancil yang terancam
Spesis kancil yang terancamNoor Anuar
 
Laporan reka bentuk magic drawing board
Laporan reka bentuk magic drawing boardLaporan reka bentuk magic drawing board
Laporan reka bentuk magic drawing boardSherren Khoo Khoo
 
DEAR MR.KILMER CHAPTER 7
DEAR MR.KILMER CHAPTER 7DEAR MR.KILMER CHAPTER 7
DEAR MR.KILMER CHAPTER 7Bae Shin Hyun
 
Naskah drama 5 orang tentang persahabatan
Naskah drama 5 orang tentang persahabatanNaskah drama 5 orang tentang persahabatan
Naskah drama 5 orang tentang persahabatanagung hanafi
 
Drama 6 orang kabayan
Drama 6 orang kabayanDrama 6 orang kabayan
Drama 6 orang kabayanYadhi Muqsith
 
Naskah drama arti sahabat
Naskah drama arti sahabatNaskah drama arti sahabat
Naskah drama arti sahabatFadhli Syar
 
Novel meniti-impian
Novel meniti-impianNovel meniti-impian
Novel meniti-impianMat Yee
 
Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)
Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)
Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)geografisatu
 

What's hot (20)

Drama Hadiah
Drama HadiahDrama Hadiah
Drama Hadiah
 
Arisan oh Arisan (Teks Drama)
Arisan oh Arisan (Teks Drama)Arisan oh Arisan (Teks Drama)
Arisan oh Arisan (Teks Drama)
 
Drama bahasa jawa
Drama bahasa jawa Drama bahasa jawa
Drama bahasa jawa
 
KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN
KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMENKATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN
KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN
 
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatanSkrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
 
2.4 jelaskan sebab sebab kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
2.4  jelaskan sebab sebab  kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...2.4  jelaskan sebab sebab  kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
2.4 jelaskan sebab sebab kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
 
Spesis kancil yang terancam
Spesis kancil yang terancamSpesis kancil yang terancam
Spesis kancil yang terancam
 
Laporan reka bentuk magic drawing board
Laporan reka bentuk magic drawing boardLaporan reka bentuk magic drawing board
Laporan reka bentuk magic drawing board
 
Bacaan sayang kementerian
Bacaan sayang kementerianBacaan sayang kementerian
Bacaan sayang kementerian
 
DEAR MR.KILMER CHAPTER 7
DEAR MR.KILMER CHAPTER 7DEAR MR.KILMER CHAPTER 7
DEAR MR.KILMER CHAPTER 7
 
tugas drama anekdot 5 orang
tugas drama anekdot 5 orangtugas drama anekdot 5 orang
tugas drama anekdot 5 orang
 
Drama tiang cengal dinding sayung
Drama tiang cengal dinding sayungDrama tiang cengal dinding sayung
Drama tiang cengal dinding sayung
 
Naskah drama 5 orang tentang persahabatan
Naskah drama 5 orang tentang persahabatanNaskah drama 5 orang tentang persahabatan
Naskah drama 5 orang tentang persahabatan
 
Drama 6 orang
Drama 6 orangDrama 6 orang
Drama 6 orang
 
Drama Bukan Gila
Drama Bukan GilaDrama Bukan Gila
Drama Bukan Gila
 
Drama 6 orang kabayan
Drama 6 orang kabayanDrama 6 orang kabayan
Drama 6 orang kabayan
 
Kata Berlawan
Kata BerlawanKata Berlawan
Kata Berlawan
 
Naskah drama arti sahabat
Naskah drama arti sahabatNaskah drama arti sahabat
Naskah drama arti sahabat
 
Novel meniti-impian
Novel meniti-impianNovel meniti-impian
Novel meniti-impian
 
Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)
Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)
Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia (1)
 

Similar to Nota Rujukan - Konserto Terakhir

Similar to Nota Rujukan - Konserto Terakhir (7)

2015 Konserto Terakhir (sinopsis bab 1-5)
2015 Konserto Terakhir (sinopsis bab 1-5)2015 Konserto Terakhir (sinopsis bab 1-5)
2015 Konserto Terakhir (sinopsis bab 1-5)
 
2015 Konserto Terakhir (sinopsis bab 6-10)
2015 Konserto Terakhir (sinopsis bab 6-10)2015 Konserto Terakhir (sinopsis bab 6-10)
2015 Konserto Terakhir (sinopsis bab 6-10)
 
NOTA RUJUKAN - Novel Renyah
NOTA RUJUKAN - Novel RenyahNOTA RUJUKAN - Novel Renyah
NOTA RUJUKAN - Novel Renyah
 
2015 Konserto Terakhir (sinopsis bab 11 14)
2015 Konserto Terakhir (sinopsis bab 11 14)2015 Konserto Terakhir (sinopsis bab 11 14)
2015 Konserto Terakhir (sinopsis bab 11 14)
 
ANALISIS NOVEL RENYAH
ANALISIS NOVEL RENYAHANALISIS NOVEL RENYAH
ANALISIS NOVEL RENYAH
 
Komsas soniyah 2015
Komsas soniyah 2015Komsas soniyah 2015
Komsas soniyah 2015
 
2015 Konserto Terakhir (Tema & Persoalan)
2015 Konserto Terakhir (Tema & Persoalan)2015 Konserto Terakhir (Tema & Persoalan)
2015 Konserto Terakhir (Tema & Persoalan)
 

More from Idrus Aizat

Kegemilangan dan Kejatuhan Kerajaan Abbasiyyah
Kegemilangan dan Kejatuhan Kerajaan AbbasiyyahKegemilangan dan Kejatuhan Kerajaan Abbasiyyah
Kegemilangan dan Kejatuhan Kerajaan AbbasiyyahIdrus Aizat
 
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS Idrus Aizat
 
NOTA RUJUKAN - Sajak Harga Remaja
NOTA RUJUKAN - Sajak Harga RemajaNOTA RUJUKAN - Sajak Harga Remaja
NOTA RUJUKAN - Sajak Harga RemajaIdrus Aizat
 
NOTA RUJUKAN - Cerpen Mellisa
NOTA RUJUKAN - Cerpen MellisaNOTA RUJUKAN - Cerpen Mellisa
NOTA RUJUKAN - Cerpen MellisaIdrus Aizat
 
NOTA RUJUKAN - Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua
NOTA RUJUKAN - Novel Papa Akhirnya Kau Tewas JuaNOTA RUJUKAN - Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua
NOTA RUJUKAN - Novel Papa Akhirnya Kau Tewas JuaIdrus Aizat
 
Properties of ammonia
Properties of ammoniaProperties of ammonia
Properties of ammoniaIdrus Aizat
 
Covalent bonds - Chemistry
Covalent bonds - Chemistry Covalent bonds - Chemistry
Covalent bonds - Chemistry Idrus Aizat
 
Conservation of momentum - Physics
Conservation of momentum - Physics Conservation of momentum - Physics
Conservation of momentum - Physics Idrus Aizat
 
Carbohydrates - Monosaccharides
Carbohydrates - MonosaccharidesCarbohydrates - Monosaccharides
Carbohydrates - MonosaccharidesIdrus Aizat
 

More from Idrus Aizat (10)

Kegemilangan dan Kejatuhan Kerajaan Abbasiyyah
Kegemilangan dan Kejatuhan Kerajaan AbbasiyyahKegemilangan dan Kejatuhan Kerajaan Abbasiyyah
Kegemilangan dan Kejatuhan Kerajaan Abbasiyyah
 
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS
 
NOTA RUJUKAN - Sajak Harga Remaja
NOTA RUJUKAN - Sajak Harga RemajaNOTA RUJUKAN - Sajak Harga Remaja
NOTA RUJUKAN - Sajak Harga Remaja
 
NOTA RUJUKAN - Cerpen Mellisa
NOTA RUJUKAN - Cerpen MellisaNOTA RUJUKAN - Cerpen Mellisa
NOTA RUJUKAN - Cerpen Mellisa
 
NOTA RUJUKAN - Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua
NOTA RUJUKAN - Novel Papa Akhirnya Kau Tewas JuaNOTA RUJUKAN - Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua
NOTA RUJUKAN - Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua
 
Properties of ammonia
Properties of ammoniaProperties of ammonia
Properties of ammonia
 
Uses of ammonia
Uses of ammoniaUses of ammonia
Uses of ammonia
 
Covalent bonds - Chemistry
Covalent bonds - Chemistry Covalent bonds - Chemistry
Covalent bonds - Chemistry
 
Conservation of momentum - Physics
Conservation of momentum - Physics Conservation of momentum - Physics
Conservation of momentum - Physics
 
Carbohydrates - Monosaccharides
Carbohydrates - MonosaccharidesCarbohydrates - Monosaccharides
Carbohydrates - Monosaccharides
 

Recently uploaded

Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptxSejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptxGallantryW
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxKurnia Fajar
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxEkoPutuKromo
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptDedi Dwitagama
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfSEMUELSAMBOKARAENG
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfNurSriWidyastuti1
 
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docxCONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docxAhmadBarkah2
 
Repi jayanti_2021 B_Analsis Kritis Jurnal
Repi jayanti_2021 B_Analsis Kritis JurnalRepi jayanti_2021 B_Analsis Kritis Jurnal
Repi jayanti_2021 B_Analsis Kritis Jurnalrepyjayanti
 
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptxModul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptxSriayuAnisaToip
 
Naufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Naufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNaufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Naufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNaufalKhawariz
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxmuhammadyudiyanto55
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...AgusRahmat39
 
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptxBUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptxDWIHANDOYOPUTRO2
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfgloriosaesy
 
CONTOH DOKUMEN TINDAK LANJUT_PENERAPAN DISIPLIN POSITIF.pdf
CONTOH DOKUMEN TINDAK LANJUT_PENERAPAN DISIPLIN POSITIF.pdfCONTOH DOKUMEN TINDAK LANJUT_PENERAPAN DISIPLIN POSITIF.pdf
CONTOH DOKUMEN TINDAK LANJUT_PENERAPAN DISIPLIN POSITIF.pdfPangarso Yuliatmoko
 
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptx
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptxSolusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptx
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptxAgungRomadhon3
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIgloriosaesy
 
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptxPresentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptxDWIHANDOYOPUTRO2
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfyuniarmadyawati361
 
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)LabibAqilFawaizElB
 

Recently uploaded (20)

Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptxSejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
 
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docxCONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
 
Repi jayanti_2021 B_Analsis Kritis Jurnal
Repi jayanti_2021 B_Analsis Kritis JurnalRepi jayanti_2021 B_Analsis Kritis Jurnal
Repi jayanti_2021 B_Analsis Kritis Jurnal
 
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptxModul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
 
Naufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Naufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNaufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Naufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
 
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptxBUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
 
CONTOH DOKUMEN TINDAK LANJUT_PENERAPAN DISIPLIN POSITIF.pdf
CONTOH DOKUMEN TINDAK LANJUT_PENERAPAN DISIPLIN POSITIF.pdfCONTOH DOKUMEN TINDAK LANJUT_PENERAPAN DISIPLIN POSITIF.pdf
CONTOH DOKUMEN TINDAK LANJUT_PENERAPAN DISIPLIN POSITIF.pdf
 
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptx
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptxSolusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptx
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptx
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
 
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptxPresentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
 
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
 

Nota Rujukan - Konserto Terakhir

  • 1. 1 KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Hussain) SINOPSIS Novel Konserto Terakhir mengisahkan seorang anak kampung bernama Hilmi yang telah datang ke rumah bapa saudaranya, Datuk Johari di Bandar untuk mencari pekerjaan. Kedatangannya tidak disenangi oleh Datuk Johari sekeluarga terutamanya Datin Salmah. Oleh sebab Hilmi hanya berkelulusan darjah empat sekolah Melayu. Datuk Johari tidak berjaya mendapatkan sebarang pekerjaan untuknya dan akhirnya Hilmi diambil bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya. Walau bagaimanapun, Hilmi tetap tidak mendapat layanan yang baik daripada keluarga Datuk Johari. Hilmi tetap seronok walaupun tidak mendapat layanan yang baik. Dia dapat merasakan bahawa dirinya dan bunga-bunga serta kebun sayurnya itu seperti mempunyai dunia sendiri. Datuk Johari mempunyai seorang anak gadis yang bernama Hayati yang mempunyai tunang bernama Mohsin. Hilmi dalam diam-diam menaruh hati kepada adik sepupunya itu sehinggakan dia cemburu dengan hubungan antara Hayati dan Mohsin. Di samping itu, Hilmi juga terpikat dengan alunan piano yang dimainkan oleh Hayati. Hilmi secara tidak sengaja telah merosakkan piano tersebut dan telah menyebabkan dia dimarahi Datin Salmah dan dipotong gajinya. Sepeninggalan Datuk Johari dan keluarganya ke laur negeri, Hilmi ditugaskan untuk menjaga rumah. Sepanjang tempoh tersebut, Hilmi telah berkawan dengan Mamat iaitu drebar Dr. Nathan jiran Datuk Johari. Mamat telah pulang ke kampung dan telah berkahwin dengan Esah. Mamat juga telah membantu Hilmi berkenalan dengan seorang ahli muzik terkenal yang bernama Encik Bakar. Melihatkan bakat yang dimiliki oleh Hilmi, Encik Bakar amat berminat untuk melatih Hilmi menjadi ahli muzik yang terkenal tanpa sebarang bayaran. Kepulangan Datuk Johari sekeluarga telah menimbulkan konflik antara Hilmi dengan Datin Salmah kerana setibanya mereka di pekarangan rumah, mereka telah mendengar bunyi piano dimainkan. Lebih- lebih lagi apabila Hayati memberi oleh-oleh kepada Hilmi. Datin Salmah telah menuduh Hilmi menggunakan ubat guna-guna untuk memikat Hayati. Akhirnya Hilmi terpaksa meninggalkan rumah Datuk Johari dengan alasan untuk balik ke kampung. Hilmi tidak jadi balik ke kampung tetapi telah bekerja di sebuah stesen minyak di Jalan Setapak. Hilmi kemudian meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pemuzik dan terus belajar muzik dengan Encik Bakar. Akhirnya Hilmi sudah pandai bermain pelbagai jenis alat muzik terutamanya trompet, seksofon, klarinet, dan biola. Hilmi juga telah berjaya menggubah lagu pertama yang berjudul “Sebuah Intermeso”. Kekecewaan Hilmi semakin parah apabila dia mendapat berita perkahwinan Hayati dengan Mohsin. Untuk meneruskan cita-citanya Hilmi berhenti dari kios minyak petrol itu dan Encik Bakar membawanya bermain di dalam quartet yang dipimpinnya. Akhirnya Hilmi telah muncul sebagai “Pemain Biola Hikmat Malaysia”. Hayati pula telah mendapat biasiswa daripada British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat ke London. Dengan pertolongan Mamat, Hilmi sempat berjumpa dengan Hayati. Hilmi telah menggubah sebuah lagu berjudul “Detik-detik Perpisahan” sempena perpisahannya itu. Sesuai dengan perkembangan muzik ketika itu Hilmi dan Azizah iaitu anak Encik Bakar telah menubuhkan sebuah kugiran, yang diberi nama Kugiran Dahlia. “Kugiran Dahlia” dengan cepat mendapat popularitinya. Akhirnya Hilmi dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Rumah tangga yang dibina bersama Azizah tidak bahagia. Keretakan yang terjadi dalam rumah
  • 2. 2 tangganya itu telah tidak dapat diselamatkan. Perasaan Hilmi bertambah sedih apabila mendapat berita Encik Bakar telah meninggal dunia. Kejayaan Hilmi sampai ke puncaknya. Tiga tahun berturut-turut Orkestra Hilmi telah muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM (Radio Televisyen Malaysia). Hilmi juga telah diminta untuk membuat satu arrangement ( penyusunan) semua lagu yang telah digubahnya dalam satu pertunjukan Orkestra Perdana setaraf dengan Royal Performance ( persembahan di-Raja ) yang akan dihadiri oleh pembesar-pembesar negara. Dia memberi nama arrangement itu “Hilmi Potpouri”. Hilmi telah bekerja siang dan malam selama dua bulan tanpa menghiraukan makan dan minum. Tidurnya amat sedikit sehinggakan kesihatannya terganggu. Di saat-saat pertunjukan Orkestra Perdana akan berlangsung, Hilmi telah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Hayati telah muncul sebagai penyelamat keadaan dengan memimpin pertunjukan Orkestra Perdana itu. Keadaan Hilmi kritikal. Ketika di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya Karim. Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi bukanlah anaknya tetapi anak Datuk Johari. Perkhabaran itu menyebabkan Datuk Johari dan Datin Salmah menyesal kerana menganiayai Hilmi. Setelah diberitahu oleh doktor keadaan Hilmi semakin pulih, Datuk Johari dan keluarganya balik ke rumah. Setiba sahaja di perkarangan rumah, Datuk Johari menerima panggilan telefon menyatakan Hilmi telah meninggal dunia. Sinopsis Mengikut Bab Bab 1 – Keluarga Hayati tidak ada mood ( keinginan ) untuk belajar piano pada hari itu kerana sering membuat kesalahan. Keadaan ini menimbulkan salah faham antara Hayati dengan guru pianonya. Tiba-tiba muncul Hilmi di saat-saat getir tersebut. Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai dua pupu Hayati iaitu anak Pak Karim dari Kedah. Hayati berasa gusar melihat gerak-geri Hilmi yang serba canggung. Dia tidak pernah mengetahui bahawa bapanya masih mempunyai saudara di kampung. Datin Salmah juga tidak menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya. Sementara menunggu kepulangan Datuk Johari, Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran dengan bilik Pak Amat, pemandu mereka. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan selama tujuh belas tahun lalu. Hilmi menyatakan hasratnya untuk mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun, kelulusannya yang hanya setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi disuruh menjadi tukang kebun di rumahnya. Hilmi bekerja dengan tekun membersihkan kebun itu. Dalam masa yang sama, perasaannya cemburu melihat kemesraan antara Hayati dengan Mohsin. Bab 2 – Kuli Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah melakukan perubahan yang besar di pekarangan rumah itu sehinggakan mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr. Nathan iaitu jiran Datuk Johari. Hilmi berkawan baik dengan Pak Amat. Pak Amat pernah menjadi penyelam mutiara di Darwin, Australia. Datuk Johari gelisah apabila Dr. Nathan bertanyakan tentang tukang kebun barunya itu kerana dia tidak sampai hati menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari juga sering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang berpangkat. Dalam pada itu, Datin Salmah teringat akan kata-kata kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi kerana lambat-laun orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk Johari. Hasutan Siti Hajar itu menimbulkan
  • 3. 3 rasa gelisah di hati Datin Salmah dan dia berusaha mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya. Bab 3 – Piano Hilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkan oleh kumbang. Dia telah melepaskan geramnya dengan memijak-mijak kumbang-kumbang itu dengan tumitnya. Tindakan Hilmi itu ditegur oleh Hayati dan menganggap dia seorang yang kejam. Akhirnya Hayati faham kenapa Hilmi memusnahkan kumbang yang mengancam keselamatan tanamannya. Kadangkala Hayati ikut bersama-samanya mencari kumbang dan ulat. Dua kali dalam seminggu iaitu hari Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain piano di rumahnya. Pada hari-bari tersebut Hilmi akan mencari kerja yang dapat dibuatnya di depan rumah berhampiran dengan ruang tamu. Pada kedua-dua hari tersebut keletihannya terasa hilang, dan dia menunggu kedua-dua hari itu dengan penuh harapan kerana dia dapat mendengar lagu-lagu merdu yang keluar dari hujung-hujung jari Hayati yang diletakkan di atas pianonya. Lagu-lagu itu menjadi makanan rohaninya. Pada suatu hari Khamis, Hilmi gelisah kerana Hayati belum pulang lagi. Rupa-rupanya Hayati dan Mohsin pergi menonton wayang. Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi menyebutnya sebagai tukang kebun tetapi sebagai kaum keluarganya. Datuk Johari juga mulai bangga kerana tiap-tiap orang yang datang memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Malah hasil tanaman seperti terung, kacang, timun, dan petola telah berbuah dengan lebatnya dan menjadi satu kebanggaan pula kepada Datin Salmah. Dia menghadiahkan hasil tanaman itu kepada teman-temannya apabila pergi ke morning coffee dan juga ketika ada antara kawannya yang datang berkunjung ke rumahnya, mereka pulang dengan membawa buah tangan. Datin Salmah gembira mendengar pujian daripada kawan-kawannya. Bab 4 – Hukuman Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi amat senang hati menerimanya kerana dapat datang berhampiran dengan piano. Suatu hari Hilmi keseorangan di rumah kerana Datin tidak ada di rumah, manakala Hayati belum pulang dari sekolah, sementara Mak Minah keluar ke rumah seorang kenalannya. Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak menyedari kepulangan Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takut dimarahi oleh Datin Salmah. Kebimbangan Hilmi jelas terlihat apabila Datin Salmah memanggilnya. Rupa-rupanya Datin Salmah menyuruhnya mengambil bunga yang dibawa dari rumah kawannya. Hilmi juga berasa lega kerana Mak Minah tidak memberitahu mak ciknya tentang perlakuannya tadi. Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pak cik dan mak ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Apabila dia meletakkan jari-jarinya pada mata-mata piano dan membuat "intro"-nya dengan C minor, tiba-tiba pada mata yang mengeluarkan nada “fa” nadanya begitu melenting. Peristiwa itu telah menimbulkan kegemparan kecil. Datin Salmah mula mencari siapa yang mengganggu piano itu. Ketika dipanggil oleh Datin Salmah, Mak Minah terpaksa memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan memohon maaf daripadanya. Sementara itu, Datin Salmah sekeluarga akan bercuti selama satu bulan. Mak Minah dan Pak Amat juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta untuk menjaga rumah tersebut sepanjang peninggalan mereka. Hilmi amat kesunyian sepanjang
  • 4. 4 ketiadaan mereka terutamanya rasa kehilangan terhadap Hayati kerana sebulan lamanya dia tidak akan mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh Hayati. Kehidupan Hilmi sepanjang waktu hanya bertemankan bunga-bunga dan tanamannya sahaja. Bab 5 – Penunggu Hilmi tidak ikut menghantar Datuk Johari dan keluarganya berangkat ke luar negeri. Dia memuatkan barang-barang yang mahu dibawa ke dalam motokar. Datuk Johari berpesan supaya menjaga rumah dengan baik. Datin Salmah pula tidak bercakap sepatah pun dengannya. Dia sibuk bercakap dengan orang lain. Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat simpati jiran Datuk Johari, iaitu Dr. Nathan. Mamat kawan baiknya iaitu pemandu Dr. Nathan juga balik ke kampung. Hilmi sibuk mengemaskan rumah Datuk Johari. Hidupnya terasa bebas. Dia menjadi tuan rumah dan dia juga menjadi raja. Setelah selesai mengemas, Hilmi masuk ke bilik mak ciknya. Dia amat terkejut kerana bilik itu seperti sebuah syurga. Dari bilik mak ciknya, dia pergi pula ke bilik Hayati. Seolah-olah perasaannya amat dekat dengan Hayati. Dia amat merindui Hayati. Hilmi masuk pula ke bilik tamu. Di ruang tamu, matanya tertumpu pada piano. Keinginannya untuk bermain piano begitu kuat dan meronta-ronta di dalam dirinya tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Akhirnya dia menuju ke biliknya. Tiba-tiba Hilmi teringat kucing Siam kesayangan Hayati. Dia masuk ke dalam rumah mencari kucing itu. Dia membawa kucing itu ke dapur dan diberi makan ikan. Dalam pada itu, Mamat, pemandu Dr. Nathan telah balik dari kampung dan membawa bersama isterinya Esah. Esah telah diperkenalkan oleh Mamat kepada Hilmi. Mamat mengajak Hilmi makan bersama-samanya. Esah juga telah bekerja sebagai tukang masak di rumah D. Nathan. Hilmi berasa kecewa. Dia mengharapkan apabila Mamat balik dari Kelantan dia mahu mengajak Mamat tidur bersama-sama menemaninya. Mamat telah memperkenalkan Hilmi dengan Encik Bakar, seorang ketua sebuah quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain organ dan Hilmi telah mendapat pujian daripada Encik Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma. Hilmi amat gembira mendengar kata-kata Encik Bakar kerana pada sangkaannya Encik Bakar akan mengenakan bayaran kepadanya. Justeru, Hilmi pada mulanya kurang senang kerana setiap kali dia pergi ke rumah Encik Bakar, dia akan meninggalkan rumah pak ciknya. Dia berasa bersalah kerana telah melanggar janji- janjinya pada pak ciknya. Walau bagaimanapun kerana minat yang amat mendalam terhadap muzik, Hilmi terpaksa melakukannya. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga telah mengajarnya tentang not-not muzik. Bab 6 – Muzik Hilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik Bakar. Sebaik sahaja pulang dari rumahEncik Bakar, Hilmi menjalankan tugas biasanya seperti menyiram pokok-pokok bunga. Hilmi juga mendapat sokongan dan galakan yang kuat daripada Mamat dan isterinya. Setelah kembali dari bilik Mamat kerana berbual-bual dengan mereka, Hilmi balik ke rumah. Hilmi terus ke sudut di mana terletaknya piano dan memainkannya. Tanpa disedari Datuk Johari dan keluarganya telah kembali dari luar negeri. Hayati terpesona melihat Hilmi bermain piano. Datin Salmah terpegun. Datuk Johari tegak tidak bergerak. Akhirnya dia menyedari seperti diperhatikan. Lantas terperanjat kerana tidak menyedari kepulangan pak ciknya sekeluarga. Hilmi bergegas membawa masuk beg-beg yang banyak dan terus kembali ke dalam biliknya. Hilmi dikejutkan dengan kedatangan Hayati yang membawa oleh-oleh untuknya yang berupa sebuah patung wanita dengan pakaian gaun kembang zaman kuno. Patung itu juga boleh
  • 5. 5 mengeluarkan bunyi lagu “Blue Danube”. Hubungan mesra Hilmi dan Hayati tidak disenangi oleh Datin Salmah. Lebih-lebih lagi apabila Hayati membeli oleh-oleh kepada Hilmi. Sedangkan selama perjalanan mengelilingi England itu, tidak pernah sekalipun disebutnya nama Hilmi. Hayati cuma menyebut nama Mohsin sahaja. Naluri keperempuanan Datin Salmah merasakan ada sesuatu yang tidak kena kepada Hayati. Bab 7 – Oleh-oleh Mohsin terperanjat apabila mendengar kepulangan Hayati dan kesal kerana dia tidak dapat menjemput Hayati di lapangan terbang. Sebelum ke pejabatnya Mohsin singgah dahulu ke rumah Hayati. Ketika Datin pergi memanggil Hayati dia terlihat Hayati sedang berdiri amat dekat dengan Hilmi memerhatikan sesuatu di pokok ros. Hayati tidak menghiraukan panggilan ibunya kerana asyik bercerita kepada Hilmi tentang perjalanan mereka di England, tentang konsert muzik yang disaksikannya di Vienna, tentang pemandangan yang indah di kebun tulip di negara Belanda. Hayati juga senang mendengar cerita Hilmi tentang bunga-bunganya. Apabila diberitahu tentang kedatangan Mohsin, Hayati tidak berminat untuk mengetahuinya. Hayati hanya mencecah dengan hujung jarinya sahaja apabila Mohsin menghulurkan tangannya. Hayati telah menghadiahkan neck tie ( tali leher ). Mohsin juga terasa ada sesuatu yang aneh pada gerak-geri Hayati tetapi dia tidak berapa pasti. Hayati selalunya gembira menyambut kedatangannya tetapi tidak sekarang ini. Sebaik sahaja Mohsin keluar dari rumah itu, Hayati terus masuk berkurung di dalam biliknya. Datin Salmah semakin gelisah dan hatinya mulai percaya bahawa perubahan perangai anaknya itu mesti ada sangkut paut dengan dukun. Mesti ada anasir-anasir jahat memainkan peranannya. Suaminya tidak mudah percaya dengan cerita karut serupa itu, lebih-lebih lagi apabila membabitkan anak saudaranya sendiri. Datin Salmah memanggil Hayati untuk mendapat penjelasan daripadanya tetapi anaknya itu telah menjawab dengan kasar menyebabkan Datin Salmah memberi amaran dan Hayati tidak dibenarkan bercakap lagi dengan Hilmi. Datin Salmah juga sudah nekad untuk mencari jalan supaya Hilmi keluar dari rumahnya. Dalam pada itu, Mak Minah datang pada petang itu dari kampung setelah Datin Salmah menelefon kepadanya melalui Balai Polis Lenggeng. Dia membawa oleh-oleh dari kampung yang Hayati gemari. Hayati pula menghadiahkan Mak Minah jam tangan kecil buatan Swiss. Mak Minah amat gugup mendapat jam baharu. Dia teringat setiap kali Hayati pulang dari tempat-tempat yang jauh setiap kali itu pula ada oleh-oleh untuknya. Bab 8 – Sengketa Hilmi ke rumah Encik Bakar. Kedatangannya itu disambut oleh Azizah, anak Encik Bakar. Sebaik sahaja Hilmi melangkah masuk, Azizah menutup pintu. Azizah cuba menggoda Hilmi. Mula-mula Hilmi agak kekok tetapi lama-kelamaan sudah tidak terasa apa-apa baginya duduk satu bangku dengan Azizah dan bersentuhan badan. Tiba-tiba Azizah tersentak apabila mengetahui yang Hilmi hanya tukang kebun bapa saudaranya sahaja. Pada sangkaannya Hilmi itu paling tidak seorang kerani kecil atau seorang guru. Hilmi kemudian terus meminta izin untuk pulang. Apabila menghampiri rumah bapa saudaranya, perasaan Hilmi gementar kerana terdapat tiga motokar asing di depan pekarangan rumah itu. Hilmi masuk dari pintu kecil di sebelah belakang. Mak Minah datang memberitahunya bahawa Datin Salmah heboh mencarinya. Ketika Hilmi sedang menyiram bunga-bunga yang terletak di bahagian anjung depan rumah itu, Datin Salmah datang dengan marah bertanyakan ke manakah dia pergi. Hilmi meminta maaf daripada
  • 6. 6 mak ciknya dan berlalu pergi. Setelah selesai semuanya, Hilmi pun mandi dan terus masuk ke dalam biliknya. Dia teringatkan peristiwa yang berlaku antara dia dengan Azizah. Dalam pada itu, ketika Encik Bakar pulang, Azizah memberitahu kedatangan Hilmi. Encik Bakar berpesan kepada Mamat supaya memberitahu Hilmi yang dia akan pergi ke rumah adik iparnya di Klang. Dia meminta Mamat menyampaikan pesan supaya Hilmi datang besok. Azizah juga cuba memberitahu bapanya tentang pekerjaan Hilmi sebagai tukang kebun tetapi bapanya tidak mengendahkan berita itu. Dia tahu Azizah kecewa kerana pada anggapannya Hilmi tidak setaraf dengannya. Azizah lulusan MCE dan sedang mencari kerja. Paling rendah pasangan yang ingin dicarinya ialah kerani. Bagi Encik Bakar untuk menjadi ahli muzik bukan perlu persekolahan tinggi. Ilmunya jika tidak diajarkan kepada orang, habislah reput dengan tulang-belulang di dalam kubur nanti. Azizah terdiam dan berasa kesal akan sikapnya itu terhadap Hilmi. Namun begitu, perkara lain berlaku di rumah Datuk Johari. Hilmi tidak mahu makan makanan yang dibawa oleh Mak Minah kerana kecewa apabila diberitahu bahawa mak ciknya tidak membenarkan Mak Minah memanggilnya makan. Mak Minah meletakkan makanan itu di atas meja kecil dan balik ke dapur mengambil tudung saji dan air minum. Hayati muncul bersama- sama Mak Minah untuk memujuk Hilmi makan. Hayati bangun dan duduk di sebelah Hilmi. Hilmi memandang Hayati dengan perasaan pilu. Dia bingung dengan sikap yang diperlihatkan oleh Hayati. Selama ini dia menyangka Hayati tidak pernah mempedulikannya, Hilmi akhirnya menyuruh Hayati keluar. Mak Minah cuba menenangkan Hilmi dan menasihatinya supaya jangan terlalu ambil hati terhadap sikap mak ciknya. Hilmi kemudiannya keluar untuk berjumpa Mamat dan meminta pertolongannya mencari tempat untuknya berpindah dari rumah Datuk Johari. Bab 9 – Pertemuan Setelah dua hari Hilmi tiada di rumah barulah Datin Salmah menyedari bahawa kehadiran Hilmi selama ini mempunyai erti besar kerana adanya Hilmi di rumah itu, dia tidak perlu memikirkan sedikit pun tentang tanaman bunganya. Sami yang dihubungi oleh Datuk Johari tidak dapat datang bekerja, paling cepat akhir bulan. Dalam tempoh 12 hari itu, Datin Salmah mengerahkan Mak Minah, Pak Amat, dan Hayati sendiri untuk menolongnya menyiram bunga-bunga itu pada waktu petang. Hayati kini tidak mahu bercakap dengan ibunya sejak diketahui Hilmi telah pergi. Dia asyik berkurung di dalam bilik sahaja. Hayati kecewa kerana pada hari itu setelah pulang dari sekolah, dia mahu memberikan Hilmi tiket untuk menonton permainan piano seorang pianist dunia yang terkemuka yang akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Hayati amat kecewa apabila diberitahu oleh Mak Minah bahawa Hilmi telah pulang ke kampung. Tetapi Hayati tahu itu merupakan helah ibunya yang sememangnya tidak suka Hilmi tinggal di situ. Datin Salmah kemudian memujuk Hayati dan menyatakan bahawa Hilmi akan datang lagi selepas itu. Datin Salmah juga mulai risau tentang perubahan yang berlaku pada Hayati. Matanya sudah mulai cengkung, makannya sudah tidak banyak lagi. Dia bercadang untuk menyatukan Hayati dan Mohsin seberapa segera. Hayati boleh melanjutkan pelajarannya di England dan Mohsin pula boleh menyambung pelajaran tetapi Hayati menolak. Apabila ditanya oleh Mohsin tentang perubahan Hayati mereka membuat alasan keadaan Hayati yang murung dan susut tubuhnya itu kerana teringatkan Mohsin. Dalam pada itu, Mamat menghantar Hilmi ke tempat bas. Hilmi amat gelisah. Bapanya sebenarnya tidak sakit. Surat yang diperlihatkan kepada pak ciknya itu ialah surat yang ditulis oleh Mamat. Dia amat risaukan Hayati. Hilmi teragak-agak mahu naik atau tidak. Akhirnya dia ikut naik. Waktu bas itu meninggalkan Tanjung Malim setelah berhenti rehat selama 30 minit,
  • 7. 7 salah satu kerusi bas itu telah kosong. Hilmi tidak dapat menahan tekanan perasaannya. Dengan sebuah teksi dia pulang semula ke Kuala Lumpur. Hilmi terus berjalan mencari kerja. Dia menuju ke kios tempat jualan minyak. Dia tahu sekurang-kurangnya dia dapat menjadi pekerja sementara dengan gaji harian sebanyak dua ringgit setengah. Hilmi juga diberikan sebuah kanvas dan dibenarkan tidur bersama-sama dengan seorang penjaga malam. Hilmi bekerja dengan rajin dan berdoa supaya pak cik atau mak ciknya jangan datang mengisi minyak di situ. Walau bagaimanapun, Hilmi telah terserempak dengan Mohsin. Mohsin telah menghasut tauke kedai minyak itu supaya membuang Hilmi tetapi tauke itu tidak mempedulikannya. Minggu pertama di bulan kedua bekerja di situ, Hilmi bertekad berjumpa semula dengan Encik Bakar. Dalam perjalanannya dia telah bertemu Pak Amat di kedai kopi. Kesempatan itu digunakan oleh Hilmi untuk bertanya khabar tentang Hayati. Dia amat sedih kerana Hayati kini sudah banyak berubah perangai dan dia tidak segembira dan senang dahulu lagi. Sesampai Hilmi di rumah Encik Bakar, rumah itu seperti tiada penghuni. Tingkap dan pintunya tertutup rapat. Ketika di mahu berpatah balik, tiba-tiba sebuah jendelanya terbuka dan Azizah telah muncul dan terkejut dengan kehadiran Hilmi. Kedatangannya itu disambut dengan Hilmi. Hilmi menceritakan kisahnya kepada Encik Bakar dan hasratnya ingin menyambung belajar muzik dengannya. Encik Bakar tidak keberatan. Hilmi meminta izin pulang awal kerana telah berjanji dengan Ah Kong akan kembali sebelum pukul 7.00 malam untuk menggantikannya bekerja. Hilmi diajar oleh Encik Bakar peringkat demi peringkat. Dia tidak sahaja belajar berbagai-bagai alat muzik tetapi juga diajar untuk mengenal lebih dekat tiap-tiap jenis alat itu. Hilmi sering diingatkan oleh Encik Bakar bahawa dia akan berjaya kerana mempunyai bakat. Hubungan Azizah dengan Hilmi juga semakin rapat. Setiap kali dia ke rumah Encik Bakar, Azizah selalu menyambutnya dengan mesra. Hilmi juga sudah mula kenal dengan not kerana menurut Encik Bakar untuk menjadi pemain muzik yang baik seseorang itu mesti tahu membaca not. Selain itu Hilmi telah belajar bermain trompet, seksofon, klarinet, dan biola. Bab 10 – Bebas Sejak Hilmi meninggalkan rumah pak ciknya, pokok-pokok bunga di taman Jepunnya yang dulunya menjadi kebanggaan kepada Datin Salmah dan Datuk Johari telah mulai musnah sedikit demi sedikit. Hayati pula seolah-olah ikut meratapi kehancuran taman bunga itu. Keadaan itu menyebabkan atin Salmah mendesak suaminya menulis surat ke kampung bertanyakan Hilmi, kalau benar Hilmi menggunakan sesuatu kuasa ghaib ke atas Hayati tetapi Datuk Johari menolak. Dia tahu isterinya itu telah terpengaruh dengan cakap-cakap morning coffee. Datin Salmah serba salah dengan keadaan Hayati. Hayati bukan lagi anak kecil yang dapat dipujuk dengan hadiah atau janji apabila dia menangis. Hayati sekarang sudah menjadi gadis remaja malah sudah bertunang. Ketika masuk ke bilik Hayati, dia terkejut kerana terjumpa buku agama dan lebih memeranjatkan lagi ialah sejadah dan telekung yang terlipat dengan baik di sudut biliknya. Anaknya itu sudah mula sembahyang. Dia keluar dari bilik itu dan menelefon suaminya. Perasaan ngeri mulai menguasai dirinya apabila dia mengetahui anaknya sembahyang setiap waktu sementara dia dan suaminya tidak sembahyang. Dia mula menyiasat dengan siapakah Hayati berkawan. Ketika suaminya pulang makan tengah hari dia terburu-buru menunjukkan buku-buku agama di bilik Hayati, tikar, dan telekung. Hayati menyambut kepulangan Mohsin di lapangan terbang. Mohsin turut hairan melihat perubahan diri Hayati. Mohsin mengumumkan berita gembira iaitu dia hanya pulang sebentar sahaja dan akan berangkat lagi ke London kerana telah dilantik menjadi penolong pengurus di cawangan banknya yang baru sahaja dibuka di kota metropolitan Inggeris itu. Datin Salmah
  • 8. 8 mencadangkan supaya perkahwinan antara Hayati dan Mohsin disegerakan. Cadangan itu tidak dibantah oleh Hayati, malah Hayati kelihatan terlalu gembira. Berita perkahwinan Hayati dan Mohsin tersiar dalam semua surat khabar Melayu dan Inggeris. Hilmi terpegun ketika Azizah menunjukkan kepadanya berita perkahwinan itu. Hilmi memohon untuk beredar dan tidak ada mood untuk belajar muzik pada hari itu. Mamat pula datang ke biliknya membawa berita bahawa Hayati dan Mohsin akan berangkat ke England sebaik sahaja mereka pulang dan berbulan madu di Cameron Highland. Seminggu lamanya Hilmi berkurung di rumah. Habis kerja dia terus balik ke biliknya dan tidak keluar-keluar lagi. Penghuni di sebelah menyebelah biliknya itu hanya sering mendengar gesekan biola ataupun petikan gitar. Hari kelapan Hilmi pergi semula ke rumah Encik Bakar dengan memperlihatkan sebuah lagu yang telah dikarangkannya. Encik Bakar mencuba lagu itu di piano sambil dipindanya sedikit-sedikit. Hilmi memberi judul lagu itu “Sebuah Intermeso”. Hilmi berasa gembira kerana dia telah mengetahui bahawa dia mempunyai bakat bukan sahaja sebagai pemain muzik, tetapi juga sebagai penggubah lagu. Bab 11 – Intermeso Hilmi telah berhenti dari kios minyak petrol kerana akan menjadi anggota salah sebuah quartet yang terkenal di ibu kota. Encik Bakar telah mengambil Hilmi bermain di dalam quartetnya sebagai menggantikan tempat pemain biolanya yang kebetulan telah berpindah ke Pulau Pinang. Pertama kali berlatih Hilmi berasa gugup. Dia berasa mahu menarik diri sahaja daripada quartet tersebut tetapi atas dorongan Encik Bakar semangatnya pulih kembali. Hilmi memainkan lagu gubahannya “Sebuah Intermeso”. Seluruh hadirin terpesona dan terpegun. Hilmi telah diinterview ( ditemu ramah ) oleh pemberita hiburan dari sebuah surat khabar Inggeris yang terkemuka. Hasil interview itu telah disiarkan di dalam ruangan hiburan akbarnya pada hari yang berikutnya. Datuk Johari juga terpegun ketika melihat gambar Hilmi terpampang di ruangan hiburan surat khabar bertajuk “Penemuan Baru Abad ini Pemain Biola Hikmat Malaysia”. Hayati tidur di rumah mak ciknya bersama Maimun. Maimun hairan dengan perubahan Hayati yang sudah sembahyang. Perbualan mereka berdua berkisar kepada Hilmi. Maimun tidak menyangka tukang kebun Hayati ada bakat muzik. Hati Hayati bergelodak kerana dia ingin menceritakan perkara sebenar bahawa Hilmi bukan tukang kebun. Daripada akhbar itu Hayati mendapat tahu Hilmi masih berada di Kuala Lumpur dan telah menjadi seorang pemain muzik dalam quartet tetap di Hotel Titiwangsa. Cuma Hayati kesal kerana Mamat sering berdalih apabila ditanya tentang Hilmi. Pada malam kedua, Encik Bakar mendesak Hilmi memainkan lagunya “Sebuah Intermeso” tanpa nyanyian. Seluruh hadirin terpesona. Kisah Hilmi mendapat perhatian Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar telah melanggar peraturan perlembagaan persatuannya. Semua pemain muzik di hotel dan kelab-kelab malam hendaklah terdiri daripada anggota-anggota persatuan itu yang sah. Encik Bakar telah menerima surat daripada Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar menganggap itulah masa yang paling malang sekali dalam hidupnya. Dia bukan tidak sedar tentang hal ini, tetapi keadaan terdesak. Pemain biolanya tiba-tiba berhenti. Encik Bakar mengumpul semua ahli kumpulannya kecuali Hilmi untuk berbincang. Akhirnya mereka sebulat suara menyokong kemasukan Hilmi dalam kumpulan mereka. Hilmi kemudian diberitahu tentang krisis yang terjadi dan tentang keputusan mesyuarat itu. Walaupun keputusan itu dicapai sebulat suara, tetapi meninggalkan kesan yang parah dalam hati Hilmi. Dia berasa kesal kerana menjadi sebab Encik Bakar diancam oleh persatuannya. Walau bagaimanapun pada malam itu mereka bermain seperti biasa. Seminggu sesudah itu, Encik Bakar telah dipanggil oleh Jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain Muzik
  • 9. 9 Nasional untuk menghadapi tuduhan melanggar tatatertib persatuan dan melanggar arahan setiausaha. Tiga jam lamanya ahli jawatankuasa persatuan itu membuat persidangan tertutup. Encik Bakar disuruh menunggu di luar bilik persidangan. Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan Encik Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan menerima keahlian Hilmi. Bab 12 – Krisis Hilmi gelisah kerana Encik Bakar belum pulang dari Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional dan dia tidak dibenarkan hadir sama dalam mesyuarat tersebut. Keyakinan Hilmi pulih setelah ibu Azizah menasihatinya supaya bertenang kerana dia percaya suaminya tidak akan diapa- apakan. Encik Bakar seorang yang jujur dan dia tidak akan dipecat. Kepulangan Azizah membawa berita tentang Hayati mendapat biasiswa dari British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat esoknya. Hilmi tergesa-gesa pulang. Semasa Hilmi keluar, Encik Bakar pun sampai bersama-sama dengan Rahmat dan Harry Lam. Melihat Hilmi tidak ada di situ, Rahmat dan Harry Lam pun meminta diri pulang ke rumah. Pada malam itu, ada dua penerbangan ke London. Satu kapal terbang British Airways dan satu lagi Qantas yang datang dari Sydney. Sekiranya Hilmi pergi ke lapangan terbang pada waktu itu bererti dia tidak dapat ikut bermain dalam orkestra Encik Bakar. Fikirannya terlalu runsing. Akhirnya dia pulang ke bilik. Di pintu biliknya ada sekeping surat yang ditinggalkan oleh Mamat menyatakan dia barangkali akan datang pada pukul tujuh malam dan ingin membawa Hilmi berjumpa Hayati. Di dalam pertemuan itu Hayati menyatakan bahawa dia amat mencintai Hilmi tetapi dia tidak mahu membantah kata orang tuanya dan terpaksa berkahwin dengan Mohsin. Mohsin juga tahu akan pertemuannya dengan Hilmi. Hayati juga menyatakan bahawa lagu “Sebuah Intermeso” itu menjadi ubat yang paling mujarab bila hatinya luka. Kaset lagu itu dibawanya di dalam beg ke mana sahaja dia pergi. Hayati juga meminta Hilmi memaafkan ibu dan bapanya kerana tindakan dan kelakuan mereka terhadapnya dahulu. Encik Bakar pula gelisah kerana Hilmi belum muncul-muncul. Setelah kemunculan Hilmi, Encik Bakar memberikan resit sebagai bukti dia telah menjadi pemain muzik profesional yang sah. Pada malam itu, permainan yang luar biasa telah diperlihatkan oleh Hilmi. Ketika jam berdeting pukul 12.40 malam jantungnya ikut berdetak kuat kerana pada saat itu pesawat yang dinaiki oleh Hayati terbang meninggalkannya. Pada malam perpisahan itu Hilmi telah berjaya menggubah sebuah lagu yang lahir dari perpisahan dengan Hayati dan diberi judul “Perpisahan”. Encik Bakar juga telah memberikan petua-petua bagaimana cara menggubah lagu yang baik dan menasihati Hilmi supaya mengarang beberapa buah lagu lagi dan lagu-lagunya itu disimpan dahulu. Apabila telah banyak dan sudah cukup barulah dirakamkan menjadi rekod. Pengaruh gitar rancak dan Barat telah mulai melanda ke negara ini. Hilmi telah mendapat keizinan Encik Bakar untuk menubuhkan kugiran yang diberi nama “Kugiran Dahlia” ringkasan nama Daniel, Azizah, Hilmi, Tony Lim, Dan Arasu. “Kugiran Dahlia” dengan cepat mendapat popularitinya. Hilmi banyak menggubah lagu untuk dinyanyikan oleh Azizah dan nama Azizah mulai terkenal. Perhubungan mereka semakin erat. Apabila gelombang kugiran mulai merosot, Hilmi kembali bergiat dalam orkestra yang bermain di kelab-kelab malam. Walaupun rekod dan kaset yang mengandungi lagu-lagu gubahannya sudah banyak terjual tetapi sebagai penggubah lagu dia tidak pernah mendapat hasil yang lumayan malah berdepan pula dengan masalah cetak rompak. Setelah setahun lebih bergaul rapat, dia dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Pada mulanya kehidupan mereka sebagai suami isteri amat harmoni tetapi kira-kira setahun setelah anak lelaki mereka yang pertama lahir, Azizah mulai berubah dan Hilmi juga ikut berubah.
  • 10. 10 Rumah tangga mereka mula goyah. Kepedihan yang dirasai dari penghidupan itu menyebabkan Hilmi banyak berfikir dan telah mendatangkan ilham untuknya menggubah lagu. Sebahagian besar lagu-lagu yang digubahnya tidak ditunjukkan kepada orang lain, walaupun kepada Encik Bakar. Bab 13 – Perpecahan Keretakan yang terjadi dalam rumah tangga Hilmi telah tidak dapat diselamatkan lagi. Encik Bakar dan isterinya, walaupun pada mulanya tidak mahu campur tangan kerana itu urusan rumah tangga mereka terpaksa memanggil kedua-duanya kerana keadaan semakin buruk. Tetapi pertemuan itu tidak membawa apa-apa hasil. Persengketaan antara mereka tidak boleh diatasi malah Azizah mengajar anaknya memanggil Hilmi dengan panggilan “bapa jahat”. Azizah cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu yang telah digubah khas oleh Hilmi adalah untuk Hayati. Sedangkan dia tidak mengetahui Hilmi juga pernah menggubah lagu tentang cinta dan sayangnya kepada isteri dan anaknya dalam lagu “Balada Kasih”.Lagu itu ialah curahan isi hatinya yang jujur. Kini hidupnya terasa kesunyian yang amat sangat. Dia sering menyembunyikan kesedihannya daripada kawan-kawannya. Dia terus menghiburkan orang- orang yang datang mencari hiburan di tempatnya bermain muzik. Dia juga tetap menggubah lagu. Sekali sekala dia teringatkan Hayati. Tragedi yang menimpanya menyebabkan dia mencipta sebuah lagu yang diberi tajuk “Cinta dan Tangis”. Lagu “Cinta dan Tangis” menjadi inspirasi kepadanya untuk menggubah lagu-lagu lain dan menulis sendiri sari katanya. Dia mulai terasa bahawa menggubah lagu-lagu itu sebagai satu misi yang telah ditugaskan oleh Tuhan kepadanya biarpun terpaksa bekerja keras siang dan malam tetapi hatinya senang dan tenteram. Harapan untuk kembali dengan Azizah telah pudar. Walau bagaimanapun dia belum berniat untuk menceraikan Azizah kerana Azizah sendiri tidak pernah memintanya. Setiap malam sebaik sahaja pulang dari tempatnya bekerja, Hilmi akan duduk di hadapan pianonya menggubah lagu- lagu baru. Kalau ilhamnya tidak ada dia akan memainkan rekod. Lagu-lagu yang telah digubahnya kini berjumlah ratusan buah. Orkes Hilmi telah mendapat undangan untuk bermain dalam pertunjukan Hari Keputeraan Sultan Kelantan di Kelantan. Hilmi mendapat sambutan yang luar biasa. Peminat-peminatnya telah menyerbunya. Kira-kira jam empat pagi, Hilmi dikejutkan dengan panggilan telefon dari Rahmat tentang kematian Encik Bakar. Hilmi menaiki kapal terbang MAS pulang ke Kuala Lumpur. Dalam penerbangan tersebut dia telah selesai menyiapkan sebuah lagu yang diberi nama “Seniman” yang dicipta khas untuk Encik Bakar iaitu guru, kawan, dan bapa mertuanya. Tiga tahun berturut-turut Hilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM. Hilmi telah diberi penghormatan untuk memimpin satu pertunjukan Orkes Perdana yang dianjurkan oleh RTM. Pertunjukan itu sama tarafnya dengan Royal Performance ( persembahan di-Raja ) yang diadakan di England. Hilmi diminta untuk membuat arrangement (penyusunan) semua lagunya dan diberi nama “Hilmi Potpouri”. Publisiti (berita) tentang pertunjukan itu tersebar luas. Bukan sahaja melalui RTM, tetapi juga melalui media massa di seluruh negara. Datin Salmah juga telah mendesak Datuk Johari mencari kad jemputan pertunjukan Orkes Perdana itu kerana saudaranya iaitu Datin Mastura (kakak), dan Datuk Roslan (abang ipar), Datin Mariam (kakak), dan seluruh geng morning coffee telah bercadang untuk menontonnya.
  • 11. 11 Bab 14 – Seniman Dewan Tunku Canselor telah penuh sesak. Keadaan kalut mulai terasa apabila Hilmi belum kelihatan. Ketua Pengarah RTM mengarahkan Amat, seorang pengawal RTM pergi menjemput Hilmi tetapi Hilmi tidak ada di rumahnya. Ketua Pengarah itu tidak puas hati lalu mengajak Amat sekali lagi bersama-samanya pergi ke rumah Hilmi Dan akhirnya mereka mendapat tahu daripada seorang pemuda Cina bahawa Hilmi sakit dan dimasukkan ke hospital. Ketua Pengarah berkejar ke hospital dan dia mendapati keadaan Hilmi dalam bahaya dan telah dibawa ke unit rawatan rapi ( ICU ). Doktor juga telah memberitahu bahawa nyawa Hilmi terancam dan dia tidak mungkin dapat memimpin Orkes Perdana. Ketua Pengarah telah mengarahkan Borhan supaya mencari pengganti Hilmi dan kembali ke universiti. Kebimbangannya itu dikongsi bersama oleh Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha. Tiba-tiba muncul Hayati, wanita yang ingin menonton pertunjukan tersebut. Keadaan menjadi semakin kelam kabut. Berbagai-bagai spekulasi telah dibuat kerana ketiadaan Hilmi itu. Hayati mendapat tahu tentang kesakitan yang dialami oleh Hilmi dan berminat untuk membantu Hilmi memimpin pertunjukan tersebut. Setelah menunjukkan bukti kelulusan dan pengalamannya serta hubungan rapat dengan Hilmi, akhirnya ketua pengarah membenarkan Hayati memimpin Orkes Perdana tersebut. Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali perbuatan mereka terhadap Hilmi, lebih-lebih lagi apabila mendengar puji-pujian yang diberikan kepada Hilmi oleh penonton. Mereka juga menyedari yang memimpin pertunjukan orkes itu ialah Hayati. Baginda Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Perdana Menteri amat terhibur dengan persembahan itu dan dukacita di atas kemalangan yang menimpa Hilmi. Setelah pertunjukan selesai Hayati bergegas ke hospital, begitu juga Datuk Johari dan Datin Salmah apabila mengetahui perkhabaran tersebut. Di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai dari kampung. Suasana menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya serta Hakim, anak Hilmi. Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Dia sengaja menyimpan rahsia itu kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga mereka. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dan akan menebus dosa mereka sekiranya Hilmi pulih. Setelah doktor yang merawat Hilmi membenarkan mereka melawat Hilmi, mereka pulang ke rumah Datuk Johari. Karim bersyukur kerana Allah memanjangkan usianya dan dapat membuka rahsia yang terpendam di hati selama ini. Sesampai sahaja di pekarangan rumah, mereka dikejutkan dengan panggilan telefon dari hospital. Datuk Johari telah menerima khabar tentang kematian Hilmi dan pada saat yang sama Datuk Johari jatuh terjelepok di atas lantai dan pergi buat selama-lamanya. TEMA Tema untuk novel Konserto Terakhir ialah perjuangan hidup dan kegigihan seorang anak muda yang berasal dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara. Berikut ialah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa watak Hilmi adalah seorang yang gigih. 1. Gigih menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah ketika bekerja sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari. Penghinaan ini berlaku disebabkan beliau hanya seorang pemuda kampung dan berpendidikan rendah.
  • 12. 12 2. Gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar walaupun pada masa yang sama terpaksa membahagikan masanya untuk bekerja di sebagai pembantu di stesen minyak sehingga menjadi seorang pemuzik yang terkenal. 3. Gigih mencipta lagu pelbagai lagu sehingga lagu yang diciptanya terkenal di seluruh tanah air. 4. Gigih menghadapi masalah rumah tangganya walaupun akhirnya terpaksa berpisah dengan isterinya disebabkan sikap Azizah yang mementingkan kekayaan. 5. Gigih berusaha bagi memastikan kejayaan konsert perdananya walaupun terpaksa Mengabaikan kesihatan dirinya sendiri. PERSOALAN 1. Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis dalam novel ini ialah persoalan kegigihan dalam berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan. Persoalan ini dapat diperhatikan melalui watak utama iaitu Hilmi. Walaupun sering mendapat penghinaan khususnya daripada Datin Salmah, Hilmi dengan dorongan daripada Pak Amat dan Encik Bakar. Dia berusaha gigih dan akhirnya berjaya mencapai cita-citanya iaitu menjadi seorang pemuzik yang terkenal. 2. Penulis juga mengungkapkan persoalan cinta dan kasih sayang sesama manusia. Pembaca mendapat gambaran persoalan ini melalui perhubungan antara Helmi dengan Hayati dan hubungan antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati. Kasih sayang Hayati kepada Helmi bermula daripada perasaan simpati. Setelah berkahwin dengan Mohsin, Hayati tetap cinta kepada Helmi. 3. Pengarang juga menyentuh tentang persoalan pegangan agama dalam masyarakat bandar. Keluarga Datuk Johari tidak solat. Namun sejak kehadiran Helmi, sikap Hayati telah berubah. Dia telah mula solat dan dapat mengembalikan ketenangan hidupnya. Hayati ialah seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku – buku agama. 4. Persoalan sikap segolongan masyarakat yang terlalu mementingkan pangkat dan darjat juga dapat diperhatikan oleh pembaca melalui novel ini. Contohnya Datin Salmah menghina Hilmi kerana menganggap Hilmi hanya seorang pemuda kampung dan tidak berpendidikan tinggi. Demikian juga dengan Azizah yang berasa tawar hati setelah mengetahui bahawa Helmi seorang tukang kebun di rumah Datuk Johari. 5. Berdasarkan hubungan antara Datuk Johari dengan Helmi, penulis ingin mengungkapkan persoalan perpecahan keluarga sehingga membawa kepada penyesalan yang tidak berkesudahan. Helmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dengan perbuatannya terhadap Helmi sebelum itu sehingga Helmi menderita setelah mengetahui perkara itu. Namun dia tidak sempat menebus kesalahannya kerana Helmi telah meninggal dunia. 6. Selain itu, novel ini juga memaparkan persoalan gaya hidup segolongan masyarakat bandar yang bersifat kebaratan. Contohnya dapat diperhatikan melalui keluarga Datuk
  • 13. 13 Johari sendiri. Datin Salmah sering menghadiri “morning coffee” bersama kawan- kawannya. Manakala di rumah Datuk Johari juga terdapat sebuah “mini bar”. Datin Salmah juga merancang agar Hayati melanjutkan pelajaran di London. 7. Sikap Datin Salmah juga mencerminkan persoalan kepercayaan karut dan khurafat yang masih terdapat dalam kalangan masyarakat hari ini terutamanya masyarakat bandar. Contohnya Datin Salmah percaya bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna terhadap Hayati apabila mendapati Hayati semakin rapat dengan Helmi. Datin Salmah juga menuduh Helmi berbuat demikian apabila melihat Hayati berubah sikap dan mula bersembahyang. WATAK DAN PERWATAKAN: Hilmi 1. Helmi digambarkan sebagai seorang yang rajin. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Datin Salmah dapat bahagikan sayur itu kepada rakan-rakannya. 2. Hilmi juga seorang yang gigih dan tabah. Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup dalam usahanya untuk berjaya. Dia tabah menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah yang tidak menyukainya. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh- sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal. 3. Helmi juga digambarkan seorang yang bercita-cita tinggi. Bermula daripada minat terhadap alat muzik iaitu piano, Helmi telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik yang berjaya. Hasil daripada dorongan dan galakan daripada Encik Bakar, Hilmi berusaha mengejar impiannya dan akhirnya dia berjaya dalam bidang muzik. 4. Penulis menggambarkan Hilmi sebagai seorang yang kuat pegangan agama. Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu walau di mana sekalipun dia berada. Sifat ini telah mempengaruhi Hayati sehingga membuatkan Hayati berubah sikap dan mula bersembahyang. 5. Hilmi amat berkebolehan dan kreatif dalam bidang muzik. Dia dapat memainkan piano dan mengenal kod piano walaupun hanya dengan mendengar Hayati memetik pianonya. Selain itu, dia juga boleh bermain banyak alat muzik dan mencipta banyak lagu sendiri termasuk lagu yang dimainkan semasa persembahannya.
  • 14. 14 Hayati 1. Dari segi perwatakan, Hayati digambarkan sebagai seorang yang penyayang. Hayati amat menyayangi Hilmi selepas berasa simpati terhadap nasib Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap. Perubahan sikapnya membuatkan Datin Salmah menjadi resah. 2. Selain itu, Hayati juga digambarkan oleh pengarang sebagai seorang yang patuh kepada arahan ibunya. Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai Mohsin demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah. Hal ini dijelaskannya kepada Hilmi semasa mereka bertemu sebelum berangkat ke London. 3. Sebelum bertemu Hilmi, Hayati seorang yang periang dan lincah serta hidup seperti remaja lain. Apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari, beliau berubah menjadi seorang yang mula mendekatkan diri kepada Tuhan dan mula bersembahyang. Datin Salmah 1. Datin Salmah digambarkan sebagai seorang yang sombong dan mementingkan darjat. Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat di sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya. Dia juga menghalang Hayati daripada merapati Hilmi. 2. Datin Salmah juga digambarkan oleh pengarang sebagai seorang yang mengamalkan budaya hidup secara kebaratan. Dia digambarkan selalu bertemu rakan yang setaraf di „Morning Coffee”. Rakan-rakannya juga mengamalkan gaya hidup yang sama. Ekoran daripada budaya hidup seumpama itu, dia menjadi seorang yang tidak beriman. Dia tidak mengerjakan solat. Malah dia terkejut dengan Hayati yang telah mula bersembahyang. 3. Pengarang juga menggambarkan Datin Salmah sebagai seorang yang percaya kepada kepercayaan tahyul. Contohnya dia mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna- guna kepada Hayati apabila Hayati semakin mesra dengan Hilmi dan telah berubah daripada sikap asalnya serta mula bersembahyang. 4. Datin Salmah digambarkan sebagai seorang yang suka mengongkong. Contohnya Datin Salmah ingin menentukan kehidupan anaknya Hayati. Dia mahu Hayati belajar di London. Dia juga mahukan Hayati berkahwin dengan Mohsin sedangkan Hayati tidak mencintai Mohsin. Datuk Johari 1. Dari segi perwatakan, Datuk Johari digambarkan sebagai seorang yang baik hati. Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut memberi pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya.
  • 15. 15 2. Selain itu, dia juga seorang yang bijaksana. Dia dapat mengelakkan Hilmi daripada dihalau dari rumah keluar dari rumahnya oleh Datin Salmah setelah merosakkan piano. Datuk Johari mencadangkan supaya Hilmi dipotong gaji sahaja. 3. Datuk Johari juga seorang yang tiada pegangan agama. Dia hidup seperti masyarakat barat. Sikap ini dapat diperhatikan oleh pembaca kerana di rumahnya terdapat sebuah „mini bar‟. Beliau seorang peminum minuman keras. Dia juga sudah terlalu lama meninggalkan sembahyang lima waktu. 4. Penulis juga menggambarkan Datuk Johari sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab. Dia meninggalkan isteri pertama sebaik dikahwininya iaitu ibu Hilmi. Beliau juga tidak pernah mengetahui bahawa Hilmi ialah anaknya sehingga diberitahu oleh Pak Karim. Datuk Johari telah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa. LATAR Latar Tempat 1. Peristiwa penting dalam novel ini berlaku di beberapa tempat utama di sekitar Kuala Lumpur. 2. Banyak peristiwa yang berlaku berpusat di rumah Datuk Johari. Banyak peristiwa yang berlaku di rumah ini. Antaranya termasuklah Hilmi bekerja sebagai tukang kebun. Dia telah menjadikan halaman rumah lebih cantik. Helmi juga dimarahi oleh Datin Salmah kerana menyebabkan piano rosak. Dia hampir dihalau keluar dari rumah itu. Di rumah itu juga Hilmi semakin rapat dengan Hayati sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati Datin Salmah. Hilmi dimarahi sekali lagi oleh Datin Salmah kerana meninggalkan rumah. Akhirnya Hilmi meninggalkan rumah tersebut. Di rumah itu juga Datuk Johari menerima panggilan telefon yang memberitahu Hilmi meninggal dan dia juga jatuh dan meninggal. 3. Beberapa peristiwa berlaku di Rumah Encik Bakar. Antara peristiwa penting ialah kedatangan Hilmi untuk belajar muzik semasa dia masih tinggal di rumah Datuk Johari. Dia dimarahi kerana meninggalkan rumah. Selepas keluar dari rumah Datuk Johari, Hilmi meneruskan pelajaran muzik di rumah ini sehingga berjaya menjadi pemuzik terkenal. Di rumah ini juga Hilmi pernah digoda oleh Azizah. Azizah kecewa apabila mengetahui Hilmi hanya bekerja sebagai tukang kebun. 4. Satu lagi tempat penting dalam novel ini ialah Dewan Tunku Canselor. Ia menjadi tempat diadakan Konsert Perdana yang dipimpin oleh Hilmi. Hilmi telah dimasukkan ke hospital dan dalam keadaan kritikal. Keadaan kecoh terjadi. Namun Hayati telah menyelamatkan keadaan. Dia yang pulang dari London untuk menyaksikan persembahan itu telah menggantikan tempat Hilmi. Persembahan itu berjaya diteruskan dengan jayanya. 5. Selain itu, peristiwa penting juga berlaku di hospital. Hilmi telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan keadaannya kritikal. Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah dan Ketua Pengarah RTM datang selepas persembahan di Dewan Tunku Canselor. Di situ juga
  • 16. 16 Datuk Johari diberitahu oleh saudara sepupunya bahawa Hilmi merupakan anak kandungnya. Latar Masyarakat 1. Secara umumnya pengarang novel ini, menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu melalui keluarga Datuk Johari selain daripada Hilmi sendiri, Encil Bakar Mamat dan juga Pak Amat. 2. Masyarakat yang rajin dan tekun. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Hilmi juga tekun dalam usahanya mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal. 3. Masyarakat yang tidak mengamalkan ajaran agama. Selain mengamalkan budaya hidup secara kebaratan, Datin Salmah juga digambarkan tidak mengerjakan solat. Malah dia terkejut dengan Hayati yang telah mula bersembahyang. Demikian juga dengan Datuk Johari. Dia sudah lama benar meninggalkan solat. Malah dia sering minum minuman keras. Hayati walau bagaimanapun telah berubah dan mula sembahyang setelah mengenali Hilmi. 4. Masyarakat yang sombong dan mementingkan darjat. Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat di sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya. Dia juga menghalang Hayati daripada merapati Hilmi. Azizah juga tidak mahu menerima Hilmi pada awalnya kerana Hilmi hanya seorang tukang kebun. 5. Masyarakat yang percaya kepada kepercayaan tahyul. Contohnya dia mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada Hayati apabila Hayati semakin mesra dengan Hilmi. Sekali lagi Datin Salmah percaya kepada ubat guna-guna apabila melihat perubahan sikap Hayati. Hayati telah berubah daripada sikap asalnya serta mula bersembahyang. Datin Salmah sangsi dan terkejut dengan perubahan itu. 6. Masyarakat yang baik hati. Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut memberi pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya. Encik Bakar pula sanggup mengajar Hilmi bermain alat muzik dan memberi dorongan kepada Hilmi sehingga Hilmi berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal. PLOT Secara umumnya plot novel Konserto Terakhir merupakan plot yang mudah kerana disusun secara kronologi. Setiap peristiwa bergerak mengikut urutan masa dari bab ke bab. Perkembangan perintiwa itu memudahkan pembaca mengesan perkembangan plot bermula dari peringkat permulaan hinggalah peringkat peleraian.
  • 17. 17 1. Permulaan Peringkat permulaan plot novel ini bermula pada bab pertama. Pengarang memperkenalkan watak utama dalam novel iaitu Hilmi yang telah datang ke rumah Datuk Johari untuk mencari kerja di Kuala Lumpur. Datin Salmah dan Hayati tidak senang hati dengan kedatangan Hilmi ke rumah mereka. Namun Datuk Johari terpaksa menerimanya kerana Hilmi anak saudaranya. Datuk Johari sukar mendapatkan pekerjaan untuk Hilmi. Akhirnya Datuk Johari menjadikan Hilmi sebagai tukang kebun di rumah mereka. 2. Perkembangan Plot bergerak ke peringkat perumitan dan perkembangan apabila terdapat konflik antara Hilmi dengan Datin Salmah. Hilmi telah menyentuh dan bermain piano itu menyebabkan piano itu rosak secara tidak sengaja. Hilmi dimarahi oleh Datin Salmah. Kemudian, Hilmi telah belajar muzik daripada Encik Bakar. Datin Salmah memarahi Hilmi kerana meninggalkan rumah dan dilarang makan. Hayati pula semakin rapat dengan Hilmi menyebabkan Datin Salmah menuduh Hilmi menggunakan ubat guna-guna. Datin Salmah mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya. Akhirnya, Hilmi meninggalkan rumah itu dan mendapat pekerjaan di sebuah kios menjual minyak. Hilmi terus belajar muzik daripada encik Bakar sehingga menjadi pemuzik terkenal. Hilmi telah berkahwin dengan Azizah. Rumah tangga mereka goyah kerana tidak sehaluan dan Hilmi tinggal bersendirian. Azizah pula balik ke rumah ibu bapanya bersama-sama anak sulung mereka. Hilmi semakin kecewa dan tertekan. Namun dia tetap mengarang lagu. 3. Klimaks Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini bermula apabila Hilmi telah diberi peluang untuk memimpin pertunjukan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Hilmi terpaksa bekerja keras untuk menjayakan persembahan itu. Malangnya, Hilmi telah jatuh sakit dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Keadaan Hilmi kritikal. Hayati yang baru pulang dari London untuk menyaksikan pertunjukan itu telah mengambil alih peranan Hilmi untuk memimpin Orkes Perdana. Setelah selesai persembahan, Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah dan Ketua Pengarah RTM telah berkejar ke hospital untuk melihat Hilmi. Mereka bertemu dengan abang sepupu Datuk Johari, yang mendedahkan rahsia bahawa Hilmi ialah anak kandung Datuk Johari. 4. Peleraian Peringkat penyelesaian atau peleraian novel ini agak pendek. Ia dapat dikesan apabila Datuk Johari tiba di rumah. Dia dan Datin Salmah berjanji untuk menebus kesilapannya melayan Hilmi dengan buruk. Namun Datuk Johari telah menerima panggilan telefon yang mengatakan bahawa Hilmi meninggal dunia. Setelah menerima berita itu, Datuk Johari terjatuh lalu meninggal dunia. TEKNIK PLOT Pengarang menggunakan beberapa teknik dalam novel ini untuk menyampaikan cerita dan plotnya. 1. Pemerian Antara teknik utama dalam novel ini ialah teknik pemerian. Teknik ini digunakan dengan meluas
  • 18. 18 termasuklah untuk menggambarkan perwatakan Hilmi. Kerja-kerja Hilmi ri rumah Datuk Johari juga banyak menggunakan teknik pemerian. Demikian juga dengan peristiwa Hilmi belajar muzik di rumah Encik Bakar banyak menggunakan teknik pemerian daripada pengarang. Perasaan Hilmi terhadap perbuatan Datin Salmah juga diceritakan oleh pengarang secara langsung. 2. Dialog Teknik dialog juga ketara digunakan digunakan oleh pengarang. Contoh dialog atau perbualan antara Hilmi dan Hayati. Hayati telah meluah perasaannya kepada Hilmi ketika mereka berjumpa. Dialog Hilmi dengan Encik Bakar juga penting kepada Hilmi. Melalui dialog, Encik Bakar telah memberikan dorongan kepada Hilmi untuk terus belajar dan akan berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal. Dialog-dialog Datin Salmah juga menggambarkan sikap dan pandangan serongnya kepada Hilmi. 3. Imbas Kembali Teknik imbas kembali juga terdapat dalam novel ini. Contoh teknik ini ialah apabila Datuk Johari teringat kembali apa yang telah berlaku ketika beliau berada di kampungnya. Datuk Johari imbas kembali peristiwa dia meninggalkan ibu Hilmi setelah berkahwin dan tidak mempedulikan mereka lagi. Peristiwa itu berlaku tujuh belas tahun yang lalu. Dia hanya pulang pada hari bapanya meninggal dunia selama beberapa jam saja dan kemudian setelah jenazah bapanya dikuburkan, dia terus pulang ke Kuala Lumpur. 4. Monolog Sedikit teknik monolog digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Contohnya monolog Hilmi ketika hatinya sedih dan berhadapan dengan pokok-pokok bunga di taman. "Kalian saja yang akan menghiburkan aku nanti, wahai bunga-bungaku " katanya dalam hati. Teknik monolog dalaman digunakan untuk menceritakan emosi sesuatu watak. Selain itu, monolog juga terdapat dalam diri Azizah tentang layanan mesra yang diberikannya kepada Hilmi. 5. Saspens Teknik saspens terdapat juga dalam novel ini. Terdapat dua peristiwa yang mewujudkan suasana suspens. Peristiwa pertama ialah peristiwa yang berlaku di Dewan Tunku Canselor. Suasana suspens dirasa apabila Hilmi telah dimasukkan ke hospital sedangkan pertunjukkan perlu diteruskan. Siapa yang akan memimpin orkestra itu telah menjadi tanda tanya kepada pembaca dan pengelola. Manakala suasana suspens juga berlaku di hospital. Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah dan juga Ketua Pengarah RTM tertanya-tanya tentang keadaan Hilmi. 6. Teknik Kejutan Manakala teknik terakhir ialah teknik kejutan. Kemunculan Hayati secara mengejut dari London pada malam Pertunjukan Orkes Perdana pula menunjukkan pengarang telah berjaya dalam menggunakan teknik kejutan. Hayati malah mengambil tempat Hilmi untuk memimpin orkestra pada malam itu. Datuk Johari juga telah menerima panggilan yang mengejutkan. Dia dimaklumkan tentang kematian Hilmi sehingga dia juga terkejut, jatuh dan meninggal dunia.
  • 19. 19 GAYA BAHASA 1. Peribahasa. Contohnya: hangat-hangat tahi ayam, biang keladi, Seperti menatang minyak yang penuh. 2. Ayat yang pendek – “Dia tergamam” dan Hilmi kecewa. 3. Metafora : warna perlindungan, tasik matanya, Daun pintu, sebuah senyuman lebar beriak. 4. Bahasa Inggeris. Contohnya: Morning coffee, westernise-kan 5. Bahasa Arab. Contohnya : Dakwah, insyaAllah 6. Simile. Contohnya : Bagai menggamit-gamit memanggilnya 7. Personifikasi. Contoh: Lembut wangi menerpa masuk ke hidungnya NILAI 1. Nilai kerajinan. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. 2. Nilai kegigihan dan ketabahan. Hilmi tabah menghadapi cabaran hidup dalam usahanya untuk berjaya. Dia tabah menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah yang tidak menyukainya. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh- sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal. 3. Nilai bercita-cita tinggi. Bermula daripada minat terhadap alat muzik iaitu piano, Helmi telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik yang berjaya. Hasil daripada dorongan dan galakan daripada Encik Bakar, Hilmi berusaha mengejar impiannya dan akhirnya dia berjaya dalam bidang muzik. 4. Nilai penyayang pula dapat diperhatikan melalui watak Hayati. Hayati amat menyayangi Hilmi selepas berasa simpati terhadap nasib Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap. Perubahan sikapnya membuatkan Datin Salmah menjadi resah. 5. Nilai kepatuhan kepada arahan ibunya. Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai Mohsin demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah. Hal ini dijelaskannya kepada Hilmi semasa mereka bertemu sebelum berangkat ke London. 6. Nilai baik hati. Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya. Encil Bakar pula memberikan pertolongan dnegan mengajar muzik kepada Hilmi tanpa bayaran. 7. Nilai keinsafan juga diselitkan oleh pengarang pada bahagian akhir novel ini. Datin Salmah dan Azizah menyesal kerana telah memberikan layanan yang buruk kepada Hilmi. Datin Salmah berjanji untuk menebus kesalahnya terhadap Hilmi namun tidak kesampaian kerana Hilmi telah meninggal dunia.
  • 20. 20 PENGAJARAN 1. Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang diinginkan: Contohnya Hilmi gigih mempelajari muzik sehingga Berjaya menjadi pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal. 2. Kita mestilah sentiasa mengamalkan kerjasama untuk memburu kejayaan: Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi semasa beliau dibawa ke hospital dan kerjasama itu membolehkan konsert perdana tersebut berjaya. 3. Kita mestilah mengamalkan nilai kasih sayang sesama manusia: Contohnya pada peringkat awal Hayati menyayangi Hilmi kerana rasa simpati dan kemudiannya bertukar cinta kepada kekasih. 4. Kita mestilah sentiasa patuh kepada ibu bapa kita: Contohnya Hayati patuh akan perintah ibunya supaya beliau berkahwin dengan Mohsin. 5. Sebagai seorang isteri, kita mestilah jujur kepada suami: Contohnya walaupun sudah berkahwin dengan Mohsin tetapi Hayati tidak jujur kerana masih mencintai Hilmi. 6. Kita mestilah membantu orang yang memerlukan bantuan: Contohnya Encik Bakar mengajar muzik kepada Hilmi tanpa sebarang bayaran kerana ingin membantu Hilmi menjadi pemuzik terkenal. 7. Sebagai umat, kita mestilah patuh kepada perintah Tuhan : Contohnya Hayati sentiasa mengerjakan solat setelah membaca buku “Hidup Sesudah Mati”.