Nilai, Etika, Integriti 
PENJELASAN 
Nilai, Etika dan Integriti adalah tiga kata kunci terpenting yang mendasari PIN perlu 
diperjelaskan. 
NILAI 
Satu set pegangan yang menjadi asas bagi pembentukan sikap dan kelakuan 
individu. Set pegangan ini menentukan kriteria perlakuan yang baik atau sebaliknya, 
yang diingini atau tidak dan positif atau negatif. 
 
ETIKA 
Etika ialah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, 
organisasi dan profesyen. 
1. Etika Individu 
Etika individu ialah himpunan nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam 
membezakan antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang 
patut dan boleh dilakukan, serta yang tidak patut dan tidak boleh dilakukan. 
Pemilihan antara perkara-perkara ini sentiasa berlaku semasa menjalankan tugas, 
dalam kehidupan sehari-hari, ataupun apabila berinteraksi dengan pihak lain. 
2. Etika Organisasi 
Bagi yang bekerja dalam sesebuah organisasi, etika organisasi menjadi garis 
panduan baginya menjalankan tugas, seperti perlu berpegang pada nilai bersih, 
cekap, amanah, jujur, benar, telus, bertanggungjawab dan adil. Oleh sebab 
organisasi berurusan dengan orang ramai, maka etika organisasi juga menuntut 
penjawat itu mematuhi Piagam Pelanggan. 
3. Etika Profesyen 
Etika profesyen ialah kod yang menggariskan apa yang harus dibuat dan tidak harus 
dibuat oleh pengamal profesyen berkenaan. Antara profesyen yang mempunyai kod 
etikanya termasuk kedoktoran, kehakiman, undang-undang, perakaunan, 
kewartawanan dan perguruan. Misalnya, seorang doktor atau hakim terikat dengan 
etika profesyen yang dipraktikkannya. Seorang editor, pengarang atau wartawan
pula perlu berpegang pada etika kewartawanan dalam penyebaran maklumat melalui 
media. Begitu juga seorang guru mesti mematuhi etika perguruan. 
INTEGRITI 
Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan 
padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah 
berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. 
1. Integriti Individu 
Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu 
dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip 
moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri 
dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan 
bermutu. Apabila dia bertindak atau bertingkah lalu demikian secara konsisten dalam 
pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia 
dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya. 
2. Integriti Organisasi 
Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi 
tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau 
sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika 
organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan 
sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi. 
3. Integriti Penjawat Awam 
Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan 
awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang 
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak 
boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara 
atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan 
dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat 
itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, 
orang di bawahnya dan kepada pihak lain.
Kesimpulan 
Pembudayaan etika dan integriti individu harus melalui satu proses seumur hidup. Ia 
melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan dan 
media massa. Pembudayaan etika dan integriti dalam organisasi pula, menuntut 
kepimpinan bertindak sebagai teladan (role model) manakala anggota lain 
menzahirkan kod itu dalam tindakan mereka. Organisasi juga perlu mempunyai 
matlamat yang jelas dan realistik yang dikongsi bersama oleh anggota organisasi. Ia 
perlu mempunyai sistem dan prosedur yang baik bagi melicinkan pelaksanaan 
tugasnya secara cekap, teratur, dan tepat, di samping mempunyai sistem kawalan 
kualiti, pemantauan, ganjaran dan penghukuman. Etika dan integriti yang digariskan 
itu perlu dipatuhi kerana akhirnya seseorang itu bertanggungjawab kepada 
Tuhannya.

Nilai

  • 1.
    Nilai, Etika, Integriti PENJELASAN Nilai, Etika dan Integriti adalah tiga kata kunci terpenting yang mendasari PIN perlu diperjelaskan. NILAI Satu set pegangan yang menjadi asas bagi pembentukan sikap dan kelakuan individu. Set pegangan ini menentukan kriteria perlakuan yang baik atau sebaliknya, yang diingini atau tidak dan positif atau negatif. ETIKA Etika ialah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesyen. 1. Etika Individu Etika individu ialah himpunan nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam membezakan antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang patut dan boleh dilakukan, serta yang tidak patut dan tidak boleh dilakukan. Pemilihan antara perkara-perkara ini sentiasa berlaku semasa menjalankan tugas, dalam kehidupan sehari-hari, ataupun apabila berinteraksi dengan pihak lain. 2. Etika Organisasi Bagi yang bekerja dalam sesebuah organisasi, etika organisasi menjadi garis panduan baginya menjalankan tugas, seperti perlu berpegang pada nilai bersih, cekap, amanah, jujur, benar, telus, bertanggungjawab dan adil. Oleh sebab organisasi berurusan dengan orang ramai, maka etika organisasi juga menuntut penjawat itu mematuhi Piagam Pelanggan. 3. Etika Profesyen Etika profesyen ialah kod yang menggariskan apa yang harus dibuat dan tidak harus dibuat oleh pengamal profesyen berkenaan. Antara profesyen yang mempunyai kod etikanya termasuk kedoktoran, kehakiman, undang-undang, perakaunan, kewartawanan dan perguruan. Misalnya, seorang doktor atau hakim terikat dengan etika profesyen yang dipraktikkannya. Seorang editor, pengarang atau wartawan
  • 2.
    pula perlu berpegangpada etika kewartawanan dalam penyebaran maklumat melalui media. Begitu juga seorang guru mesti mematuhi etika perguruan. INTEGRITI Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. 1. Integriti Individu Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia bertindak atau bertingkah lalu demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya. 2. Integriti Organisasi Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi. 3. Integriti Penjawat Awam Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.
  • 3.
    Kesimpulan Pembudayaan etikadan integriti individu harus melalui satu proses seumur hidup. Ia melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan dan media massa. Pembudayaan etika dan integriti dalam organisasi pula, menuntut kepimpinan bertindak sebagai teladan (role model) manakala anggota lain menzahirkan kod itu dalam tindakan mereka. Organisasi juga perlu mempunyai matlamat yang jelas dan realistik yang dikongsi bersama oleh anggota organisasi. Ia perlu mempunyai sistem dan prosedur yang baik bagi melicinkan pelaksanaan tugasnya secara cekap, teratur, dan tepat, di samping mempunyai sistem kawalan kualiti, pemantauan, ganjaran dan penghukuman. Etika dan integriti yang digariskan itu perlu dipatuhi kerana akhirnya seseorang itu bertanggungjawab kepada Tuhannya.