SlideShare a Scribd company logo
Unit Bahasa Malaysia
Prauniversiti SMK. Bandar
Mas, Kota Tinggi, Johor.
 Modul Pengajaran & Pembelajaran
    Bahasa Malaysia Kertas 2
Bahagian C : ALIH BENTUK TEKS
         Disediakan oleh :
       Mohd Fadil bin Talib
                …
                01-01-2012

           Hak Cipta Terpelihara
Panduan Menggunakan Masa

Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 20 minit. Bermula dari tahun ini calon
STPM hanya akan menjawab 1 soalan alih bahasa. Oleh itu manfaatkan masa yang
ada dengan sebaiknya.

            Membaca dan memahami petikan                 :   5 minit

            Membaca kali kedua                           :   3 minit

            Menulis alih bahasa                          :   10 minit

            Menyemak kesalahan ejaaan dan                :   2 minit
            Penyemakan akhir

      JUMLAH                                             :   20 minit




        ANALISIS SOALAN BAHAGIAN C : ALIH BAHASA STPM 2004-2011


        STPM      STPM     STPM        STPM       STPM       STPM         STPM         STPM
No.
        2004      2005     2006        2007       2008       2009         2010         2011

                                                                                      Dialog :
       Dialog :            Prosa    Dialog :    Undang-
 6                Dialog                                     Ikalan       Dialog      Wawan
       cerpen              Klasik   Cerpen      undang
                                                                                      cara
                                                                           Puisi
                                    Dialog :    Prosa
 7     Sajak      Puisi    Dialog                            Sajak        Melayu      Iklan
                                    Wawancara   Klasik
                                                                        Tradisional




                                           1
SOALAN-SOALAN STPM TAHUN-TAHUN LALU

STPM 2011

6. Alih bentuk bahasa petikan iklan di bawah ini kepada bentuk prosa bahasa Melayu
moden.

  KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
                 ANUGERAH KEGEMILANGAN INDUSTRI (AKI) 2011
                  (Terbuka kepada syarikat perindustrian tempatan)

Jenis Anugerah                                Hadiah

1 Anugerah Kecemerlangan Perdana Industri              Sebuah trofi dan sijil pengiktirafan
2 Anugerah Kecemerlangan Pengurusan                    Wang tunai RM20 000.00
3 Anugerah Kecemerlangan Kualiti
                                                       Layak     menggunakan           Logo
                                                       Anugerah sebagai bahan publisiti
                                                       bagi tempoh dua tahun dari tarikh
                                                       menerima anugerah




                                  ANUGERAH KHAS

                   ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN PRODUK
                  SYARIKAT PENGELUAR PRODUK POPULAR 2011
                    (Wang tunai RM10 000.00 dan sijil penghargaan)


                           KEPADA YANG BERMINAT
                   SILA SERTAKAN MAKLUMAT YANG BERIKUT :

       Dokumen strategi pemasaran produk
       Sijil / anugerah yang diterima
       Rekod prestasi jualan / eksport
       Bahan lain yang berkaitan


Catatan :
       Dokumen palsu – anugerah akan ditarik balik
       Keputusan panel penilai muktamad


                               Tarikh Tutup Penyertaan
                                    10 Ogos 2011



                                         2
7. Alih bentuk bahasa kolokial di bawah ini kepada bentuk prosa bahasa Melayu
moden.

Salim :Long !Long ! Masih awal lagi, Long !Singgahlah dulu minum.

Sulong : Eh, kau Salim ! Dah lama kau kat sini ?

Salim : Baru sekejap. Kau nak minum apa, Long ?

Sulong : Kopi sajalah.

Salim : Kopi, Pak Mat ! Awal betul kau keluar pagi ni, Long !
Sulong : Aku nak ke pekan. Junid apa khabar ? Aku dengar dia mintak kerja kat Kuala
Lumpur.

Salim : Ya, permohonan sudah dibuat, tapi belum lagi ditemu duga. Mungkin kau dah
tau pasal masalah aku. Aku memang mahu Junid berjaya dalam temu duga dia
dan pergi jauh dari kampung ni sekarang juga

Sulong : Eh, kenapa kau nak anak kau tinggalkan kampung ini cepat benar ?

Salim : Kau tahu, dia sudah rapat sangat dengan budak-budak nakal kat kampung ni.
Aku dah puas nasihatkan dia, tapi macam mencurah air ke daun keladi.




                                           3
STPM 2010

6. Alih bentuk puisi klasik di bawah ini kepada bentuk prosa Melayu moden.

Dulu kononnya ada suatu cetera
Seorang raja memerintah negara
Kerajaan besar tidak terkira
Menaklukkan negara jin dan dewa

Baginda bernama Gangga Sakti
Isterinya bernama Gemala Sakti
Kasih baginda tidak terperi
Akan adinda permaisuri

Baginda kononya sudah berputera
Kedua-dua laki-laki sama setara
Yang tua bernama Betara Indera
Yang muda bernama Betara Udara

Kasih baginda berdua tidak terperi
Akan anakanda bijak bestari
Masanya tiba kedua-duanya beristeri
Dirayakan seluruh pelosok negeri

Setelah beberapa lamanya hari
Sampailah bulan kedua-dua puteri
Betara Indera senang dihati
Puteranya lahir bawa panah sakti

Seketika menanti lahirlah lagi
Betara Udara punyai isteri
Membawa pedang Gemala Sakti
Putera disambut bidan yang pasti

Setelah sudah kedua-duanya dimandikan
Kain yang keemasan diselimutkan
Kepada Gangga sakti dipersembahkan
Disambut baginda dengan kesukaan

                               (Disesuaikan daripada Syair Agung oleh Zahir Ahmad,
                         Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991, halaman 4




                                          4
7. Alih bentuk bahasa dalam perbualan di bawah kepada bentuk prosa bahasa Melayu
moden.

Azam          : Hai, senang sekarang Pak Ngah !

Pak Ngah    : Senang ? Orang senang tak macam aku ni. Pagi, petang, siang,
malam, nak menyiapkan tempahan. Sampai terasa longgar lutut aku
menghayun mesin jahit tua ni.

Azam       : Ya…lah. Goyang kaki pun boleh dapat duit. Tapi saya tak tau lagi
macam mana nak cari duit.

Pak Ngah      : Hidup kita perlu berusaha Zam. Tak bolehlah asyik berpeluk tubuh.

Azam           : Saya bukan tak berusaha Pak Ngah. Hari-hari ke pejabat pos hantar
surat mohon pekerjaan. Pantang Nampak iklan jawatan kosong di suart
khabar. Naik turun pejabat tak dapat nak kira lagi. Tapi satu pun tak
berjaya. Belajar tinggi-tinggi pun tak boleh dapat kerja.

Pak Ngah      : Kamu silap Zam. Kejayaan seseorang bukan sahaja bergantung pada
ijazah. Daya usaha, kesabaran, dan kegigihan lebih banyak membantu
kita mencapai kejayaan dalam hidup




                                          5
STPM 2009

6. Alih bentuk sajak di bawah ini kepada bentuk prosa biasa.

   Kedidi

   Kawanan burung kedidi itu
   Tidak singgah lagi di pantai ini
   Bermain danmencari habuan
   Tidak seperti beberapa tahun lalu
   Tapak-tapak jarian memanjang pantai
   Yang putih halus bagai salji gunung.
       Pantai kita kini tercemar
   Warna aslinya telah bertukar
   Bersihnya telah ternoda
   Hitam dan minyak tumpah di mana-mana.
       Burung-burung laut yang singgahdi sini
   Telah terseksa
   Makanan dan tempat bermain telah dilumuri bau
   Minyak mentah yang keras memenuhi melata
   Kering berbau hanyir pantai
   Mencemari keaslian teluk persekitarannya.
       Burung-burung kedidi telah banyak
   Yang terkorban dan mati
   Oleh rimas dan bahang panas
   Keracunan dan lemas
   Bangkainya terkapar di kaki pasir
   Kaku di hujiung ombak yang getir.
      Burung-burung kedidi telah tiada lagi di pantai kita
   Bermain dan berlari berkejaran ketam-ketam angin
   Bernyanyi bersiul bersama angin yang berdesir
   Semua hanya impian lalu
   Yang kita kenangkan
   Kerana keangkuhan manusia
   Memperkosa laut semahunya.


   (disesuaikan daripada Marzuki Ali dalam Jeritan Satwa Luka,
   2000 Dewan Bahasa dan Pustaka , hal;aman 125-126)




                                           6
7. Alih bentuk bahasa iklan di bawah kepada bentuk prosa biasa.

                                     LARIAN
                         JAMBATAN PULAU PINANG
                                    1    JUN 2009
                               Anjuran Bersama :
                            Akhbar Tanjung Bungah
                        Kerajaan Negeri Pulau Pinang
                Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
Tujuan
Bersempena dengan sambutan Perayaan ulang Tahun ke-24 Perasmian
Jambatan Pulau Pinang
Peserta
      Umur : 13 tahun danke atas layak menyertai larian
      Terbahagi kepada tiga kumpulan

Kumpulan           Kategori                      Umur                Jarak larian
   A            Terbuka Lelaki                18-39 tahun               42 km
   B            Terbuka Wanita                18-35 tahun               42 km
   C             Veteran Lelaki          40 tahun dan ke atas           42 km

Tarikh, Masa dan Tempat Bermula

Kumpulan          Tempat bermula                  Tarikh                Masa
A, B dan C    Sek. Keb. Sungai Gelugor          8 Jun 2009            5:00 pagi

Laluan
      Bermula : Di hadapan Sek. Keb. Sungai Gelugor-Bulatan Tengku Kudin-balik ke
      garisan permulaan-merentas Jambatan Pulau Pianang-Plaza Tol Lebuh Raya
      Bayan Lepas.
      Tamat : Di Universiti Sains Malaysia

Borang Penyertaan
Dapatkan borang dan hantarkan kepada :
Akhbar Tanjung Bungah
Lot 1234, Kawasan Perindustrian Prai
13600 Prai, Pulau Pinang
Tel : 04-1234 567
Tarikh Tutup
Selasa, 5 Mei 2009, jam 5:30 petang


STPM 2008

                                          7
6. Alih bentuk bahasa di bawah ini kepada bentuk prosa biasa.




  UNDANG-UNDANG PEMELIHARAAN HAIWAN
  Seksyen 9, Ordinan Kesalahan-kesalahan Kecil 1955

          Barang siapa, yang menjadi tuan punya atau bertanggungjawab ke atas
  mana-mana kuda, lembu, atau kambing, membiarkan haiwan tersebut merayau-
  rayau pada mana-mana jalan awam, boleh dikenakan denda tidak melebihi seratus
  ringgit bagi setiap haiwan, dan dikehendaki membayar semua kerosakan yang
  dilakukan oleh haiwan tersebut yang akan ditaksirkan oleh majistret.

  UNDANG-UNDANG JENAYAH DAN HAIWAN

  (a) Barang siapa, yang bermaksud mengambil apa-apa haiwan dengan curangnya
      daripada milik mana-mana orang tanpa kerelaan orang itu, mengalih haiwan itu
      debgan tujuan hendak mengambilnya, dikatakan melakukan kesalahan mencuri.

  (b) Barang siapa, yang melakukan khianat dengan membunuh, meracun,
      mencacatkan, atau menjadikan tidak berguna, seekor haiwan yang berharga
      lima ringgit atau lebih, hendaklah dihukum penjara selama tempoh sehingga
      dua tahun, atau didenda, atau kedua-duanya.




                                              (Dipetik dan diubahsuaikan daripada
                       Undang-undang Jenayah dan Haiwan, Abdul Aziz Hussin, 1990,
                       Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, halaman 5 dan 47)




7. Alih bentuk prosa klasik di bawah ini kepada bentuk prosa moden.

                                         8
Hatta pada suatu hari, Sultan Abdul Jalil Syah beradu siang hari. Maka
datang orang persembah nangka.Dan kepada itu waktu, bini Megat Seri Rama
masuk ke dalam, tengah bunting tujuh bulan.Serta dilihat nangka itu, terlalu
hendak makan nangka itu, tiada dapat ditahani rasanya. Maka bini Megat Seri
Rama pun datanglah, mendapat akan penghulu istana, mintak nangka barang
satu hulas. Maka, fikir penghulu istana, “Dari sebab ia buntinglah, maka sangat
berkehendakkan ini”. Maka lalu diambil akannya satu hulas dan dibagikan akan
bini Megat itu. Maka dimakannyalah akan nangka itu. Akan penghulu istana itu
tersenyum melihat akan perangai bini Megat itu. Maka, oleh bini Megat itu
diucapkannyalah akan terima kasihnya kepada penghulu. Setelah sudah maka
bini Megat pun segeralah beredar dari situ.Maka penghulu istana itu pun
menutupi tebuk pada nangka yang diambil itu sebelum disantap oleh Sultan
Abdul Jalil.

                                (Dipetik dan diubahsuaikan daripadaHikayat Siak,
                                dirawikan oleh Tengku Saiddan disenggarakan
                                oleh Muhammad Yusoff Hashim, 1992Dewan
                                Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, halaman 8)




STPM 2007

                                      9
6. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan
memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah.

“Parut ubi kayunya dah siap, mak!” kata Mek Jarah.

“Belah pula kelapa dekat luar sana sebiji…tadah airnya dalam bekas, nanti boleh bagi
minum biri-biri.”

“Belah yang mana, mak !?” Tanya Mek Jarah.

“Ambil yang kulitnya kurang perang.Rasanya ada dua biji…bawa ke jemuran…belah di
situ.Kalau tumpah airnya lantai tak basah.”

Mek Jarah mencabut parang yang diselit pada dinding lalu ke jemuran dan duduk
bertinggung depan besen besi kuning langsat.

“Dusuk biar rapat ke lantai. Anak muda tidak baik duduk bertinggung begitu !” kata
emak.

Puk !puk !Puuuuukkk !Emak dengar bunyi belakang parang berantukan dengan
tempurung kelapa.

“Orang belah kelapa tidak begitu.Pegang kelapa atas tapak tangan kiri, lepas itu ketuk
dengan belakang parang, baru senang dibelah.”

“Tengok begini !”

Emak angkat parang tinggi dan parangnya jatuh atas kelapa lalu pecah dan airnya
bercurahan masuk ke jelup besi kuning langsat atas lantai.Emak umpil sampai kelapa
terbelah dua.

                       (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kelapa Nan Sebatang,
oleh Ramli Isin dan Razak Mamat, 1993. Masa Enterprise, halaman 60-61)




                                         10
7. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk biasa dengan memindahkan
bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah.

Nadia           : Panasnya hari ni. Nasib baik kita dah habis tanam pokok ni. Kita
berhentilah, dik ! Esok kita sambung kerja kita. Sakit kepala kita
dibuatnya kalau terlalu panas.

Nadzrin       : Yalah, kak ! Adik pun dah rasa sakit kepala sikit-sikit ni.

Nadia         : Cikgu kakak kata, menjelang tahun 2030 suhu dunia kita dijangka naik
                2.50 C.

Nadzrin       : (Mengerutkan kening) Kenapa kak ?

Nadia         : Banyak puncanya. Adik tengok saja di Malaysia, jumlah kenderaan
telah bertambah banyak sangat.

Nadzrin       : Apa kena mengena suhu dunia dengan kenderaan, kak ?

Nadia          : Pembakaran petrol melalui kenderaan akan menyebabkan
pembebasan gas karbon dioksida, karbon monoksida, dan lain-lain di
atmosfera kita. Gas-gas ini akan memerangkap haba dalam lapisan
bawah atmosfera. Sebab itulah suhu jadi naik dan kita rasa panas

Nadzrin        : Cikgu adik pun ada kata, kalau kita banyak tebang pokok-pokok di
hutan, itu pun boleh menyebabkan suhu dunia jadi panas.




STPM 2006

                                            11
6. Alih bentuk bahasa dialog berikut kepada petikan moden yang biasa

Cik Tun       : Nampak subur pokok-pokok di luar tu, Nab.

Nab           : Kalau rajin taruh baja, suburlah dia.

Cik Tun       : Senyap saja. Si Sudin keluarkah?

Nab            : Tengah hari macam ni dia masih tidur. Kita orang perempuan ni, kerja
tak habis-habis. Menyapulah, mengemaslah, memasaklah…tak ada
rehat langsung.

Cik Tun       : Sebab itulah aku berjalan ke rumah orang. Kalau terperap saja dalam
rumah, abang haji engkau yang aku bebelkan. ( Sedang Cik Tun dan
Nab berbual, mereka terdengar suara tipah memberikan salam)

Cik Tun       : Suara macam kenal.

Tipah         : (Hairan) Cik Tun pun ada juga?

Cik Tun       : Naiklah tipah.

Tipah         : Sehari tak jumpa Cik Tun ni rindu rasanya.

Cik Tun       : Aku dengar , kau kata nak baiki dapur, Nab. Di mana yang engkau baiki
tu? (Nak berdehem)

Tipah         : Sayapun nak tahui juga, di mana yang dibaiki.

Cik Tun       : Itulah, aku pun tercari-cari ni.

Tipah         : Sebelah mana yang kau baiki, tengok sama saja.

Nab            : Baiki apanya? Dapur gas lama tu rosak, tak boleh baiki. Tu yang beli
dapur baru tu.

Cik Tun       : Aku ingat kau baiki dapur, rupanya beli dapur gas. (Mereka pun
ketawa)

                                       Dipetik dan diubah suai daripada “ Senyum
                                      Sejenak”, Anjung Seri, Oktober 2002, Halaman
                                      172-173)




7. Alih bentuk teks petikan iklan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa.

                                             12
BAHAGIAN PENDIDIKAN BERTERUSAN
   25 UAT            UNIVERSITI ANJUNG TIMUR
                     KURSUS PENGURUSAN DAN KURSUS
                     KOMUNIKASI PERSONAL SECARA
  1979-2004          JARAK JAUH
       Peserta : Lulusan Sijil SPM

       Pengambilan : 1 Februari , 1 Jun, 1 Oktober

       Sijil penyertaan diberikan kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus

 1 KURSUS PENGURUSAN
 Tujuan : Membekali peserta dengan pengetahuan asas yang berkaitan dengan
 bidang pengurusan.

     Pogram 1 ( 2 bulan)             Program 2 ( 3 Bulan)     Program 3 ( 4 bulan)
          Asas pengurusan                  Asas pemasaran           Penyelesaian
          Perakaunan &                     Asas Statistik &         Konflik Pekerja
          kewangan                         Pengeluaran              Perakaunan&
                                                                    kewangan
                                                                    Lanjutan

 2 KURSUS KOMUNIKASI PERSONAL
 Tujuan : Membantu peserta menguasai kemahiran berkomunikasi

     Program 1 (2 bulan)                      Program 2 ( 3 Bulan)
           Asas Komunikasi Lisan                    Pengucapan Awam
           Penulisan Surat& Laporan                 Penulisan Kertas Kerja



 Borang permohonan boleh diperoleh daripada;
 Bahagian Pendidikan Berterusan
 Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
 46400 Universiti Anjung Timur
 Selangor Darul Ehsan
 Kirimkan:
        Sampul surat berukuran 11cm x 22cm beralamat sendiri dan bersetem RM1

       Tulis KURSUS PENGURUSAN atau KURSUS KOMUNIKASI PERSONAL di
       sudut atas sebelah kiri sampul surat.

 Tarikh akhir permohonan: seminggu sebelum setiap sesi pengambilan
 Untuk pertanyaan, sila hubungi: Cik Asmaliyana ( 03-67822366 sambungan 2221)

STPM 2005

                                         13
6. Alih bahasa petikan di bawah ini kepada bahasa Melayu moden.

Al-kisah maka tersebutlah perkataan Hang Kamar orang Melaka. Adapun Hang Kamar
itu orang Temenggung Seri Seroja, maka ia pergi berniaga ke Inderapura. Setela
didengarnya Bendahara mati dan Sang Setu dilantik dibunuh oleh raja Inderapura itu
tiada berdosa, sahaja Temenggung dengan segala pegwai dengki akan dia, maka
fikirnya “jika demikian baiklah aku khabarkan ke Melaka Bendahara dan Sang Setu mati
dibunuh kerna dikhianati oleh Temenggung.” Setelah sudah ia fakir demikian, maka
Hang Kamar pun segera kembali ke Melaka. Maka ia naik mengadap Temenggung lalu
duduk menyembah. Maka kata Temenggung, “Dari mana *mika datang ini?” Maka
sembah Hang Kamar, “Adapun sahaya datuk di Inderapua itu Bendahara Seri Buana
dengan Hang Kadim anak Hang Jebat itu mati dibunuh oleh raja Inderapura dengan
sebab fitnah Temenggung hendak menjadi Bendahara.”

                        (Dipetik dan diubahsuikan daripada Hikayat Hang Tuah, 1981,
                       Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, halaman 158-159)
Nota:
*mika = engkau




7. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini ke dalam bentuk prosa biasa dengan
memindahkan bentuk dialog ke dalam cakap pindah.

                                         14
“Kaunampak Pawang Kri?” tanya Alwi dengan kuat.
      “Mungkin bergelut dengan buaya itu.Tapi aku ak nampak jelas!” jawab Muslim
dengan kuat juga.
      Tali alai naik lagi. Tidak lama kemudian permukaan air terelah lagi.Buaya
itumuncul semula, menghempaskan badannya.
      “Tembak!” jerit Alwi.
      “Ada Pawang Kri?”
      “Apa?”
      “Ada Pawang Kri!”
      “Aku tak fikir Pawang Kri boleh menyelam begini lama,” kata Muslim menurunkan
senapang dari bahunya.
      “Siapa tahu?Mungkin dia boleh menyelam sampai tiga puluh minit,” jawab Alwi.
      “Kita nanti lagi?”
      “Ya, apa yang kita boleh buat?” ujar Alwi sambil ketawa. “Kau mahu terjun dan
mencarinya dalam Sungai Usar ini?”
      “Apa? Kaujangan perli aku! Kauingat aku ni apa?” balas Muslim.
      “Aku sebenarnya risau, kenapa Pawang Kri tak timbul-timbul lagi.”Alwi merungut.
      “Aku pun macam kau juga. Kenapa lama sangat ni?”
      Mereka menanti lagi.Tetapi penantian kali ini menyebabkan mereka berpeluh.

                           (Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen Sasaran oleh
                Anwar Ridhwan dalam Hari Kemerdekaan, selenggaraan Ramli Isin dan
                Sahlan Mohd. Saman, 1987. Marwilis Publisher Sdn. Bhd. halaman 99)




STPM 2004




                                        15
16
17
STPM 2003

6. Alih bentuk bahasa puisi yang berikut kepada bentuk biasa.

Gadis Kecil

Tubuh itu mengingatkan daku
sebatang pinang di desa sepi
kurus dan tinggi.
Ketika rebut besar
pohon sekitarnya rebah terkapar
dan pohon pinang tegak menanti
sinar matari pagi.


Demikian gadis kecil itu
kurus dan tinggi seperti sebatang pinang
bertahun berulang- alik melalui
penjara kawat duri , menemui
ayahnya yang bertahun pula sendiri
menentang tiap penderitaan
tabah dan beriman.


Gadis kecil itu mengagumkan daku
tenang dan senyuman yang agung,
dengan sopan menolak pemberianku
“saya tak perlu wang, pakcik,
cukuplah kertas dan buku.”

usianya terlalu muda
jiwanya didewasakan oleh pengalaman
tidak semua orang mencapai kekuatan demikian
ketabahan yang unik dan mempersonakan.
Apabila aku menyatakan simpati dan dukaku
rasa pilu terhadapnya
sekali lagi dia tersenyum dan berkata:
“jangan sedih pakcik, tabahkan hati
banyak anak seperti saya di dunia ini.”

                         ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Cinta Pena, Antologi
Karya Sastera Anggota Persatuan Nasional Malaysia , halaman 60)




                                           18
7. Alih bentuk bahasa iklan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa



                     Dewan Pendeta Sdn Bhd
                         JULUNG-JULUNG KALI!
                            SUDAH TERBIT!
        ENSIKLOPEDIA SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU (ESKM)
                         Suntikan Ilmu Untuk Membina Masyarakat Cemerlang
                                  Mampu Merangsang Minda Rakyat




                                                                 Harga: RM 1110 satu set
    Terbit dalam 4 jilid
            Sumber maklumat tentang semua aspek tamadun Melayu
            Mendedahkan keunggulan masyarakat Melayu sebagai bangsa yang:
            - mempunyai tradisi ilmu yang tinggi
            -bermaruah
            -dihormati
            ESKM menjelaskan;
            - konsep dan kefahaman      - adat dan kepercayaan
            -institusi dan organisasi   - bahasa dan kesusasteraan
            -kebudayaan dan kesenian - tokoh dan personaliti dalam pelbagai bidang
    Komen seorang tokoh akademik:
    “Menarik! Mantap dengan ilmu tentang tamadun Melayu”

    Komen seorang sejarawan negara:
    “Bahan bacaan yang dapat membantu mencerminkan jati diri masyarakat Melayu”

    PESAN SEKARANG! Belanja Pos Percuma untuk negeri di Semenanjung, Sabah , dan
    Sarawak. Belanja Pos untuk Brunai Darussalam dan Singapura: RM 15.
    Untuk keterangan lanjut, telefon 03-61302619 atau e-mel ESKM@pendeta.com.my.




                                         19
STPM 2002

6. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa.

Yam : Apa yang kau menungkan malam-malam ni, Idah? Angan-angan nak balik
beraya di kampung tahun ni?

Idah : Entahlah, Yam. Malam-malam lepas berbuka puasa begini, aku terbayang
mukaadik-adikku di kampung.

Yam    : Habis tu, kau nak balik kampunglah raya ni? Kau tak jadi merambu dengan
aku?

Idah :Aku tak tahu, Yam. Ikut hati, sekarang ini juga aku nak balik kampung. Nak
balikrasanya. Kau tau bukan, kami dah lama tak ada emak. Bila aku ke
bandar, adik-adik tinggal dengan ayah saja. Siapalah yang melayan mereka
berbuka, bersahur.

Yam    : Bukan ada adik kau yang nama Milah tu?

Idah : Baru dua belas tahun umurnya. Kasihan dia kena jadi emak, jadi kakak, sejak
setahun aku di bandar ni. Teruk. Nak sekolah lagi; nak tolong ayah
memotong getah lagi.

                               (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Adibah Amin,
                               1977, Kumpulan Drama Radio: Pulang Gadisku
Pulang, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka)




                                         20
7. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini ke dalam bentuk prosa biasa dengan
memindahkan bentuk dialog ke dalam cakap pindah. Petikan yang terhasil mestilah
memperlihatkan ciri-ciri keutuhan satu wacana.

        “Hasimah, engkau tak tau macam mana akrabnya mak engkau dengan pantun-
pantun lama itu.Kau tak tau yang pesta bergendanglah membawa ayah dan makkau ke
jinjang pelamin.Kau tak tau macam mana makkau menidurkan kau masa kecil dulu.Atas
ribanya kau tak betah, dalam buaian kau tak senang, kau meraung sampai dinihari.Lagi-
lagu dan pantun itulah yang menenangkan kau, yang menyenyakkan kau tidur sampai
ke pagi.Kau tak tau tu, hashimah.Wa tau kerana Wa selalu ke sini.”Wa Siot melepaskan
segala yang terbuku dalam hatinya.

       Hasimah tergamam seketika.

       “Betul ke tu Wa? Mak tak pernah cerita pun!”

       “Orang tua memang macam tu Simah.Yang elok tu untuk semua orang, yang tak
elok dan menyakitkan ditelannya sendiri.Engkau bersalah pada makkau!”

       Hasimah tunduk.Rasa risau berbaur di hatinya.Dia baru sedar yang dia tidak
harus menghampakan permintaan emaknya.

       “Betul Wa, Simah bersalah pada mak.”

       “Pergilah minta maaf pada emakkau, Simah!” Kata Wa Siot.


 (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Ratnawati Jamil,
“Bergendang” dalam DewanSastera, November 1992)”




                                         21
STPM 2001

Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini ke dalam bentuk prosa biasa dengan
memindahkan bentuk dialog ke dalam cakap pindah. Petikan yang terhasil mestilah
memperlihatkan ciri-ciri keutuhan satu wacana

       ”Eh Yati, kenapa kautunggu di sini ?” tanya Natrah apabila melihat Hayati berada
di pondok menunggu bas di hadapan sekolah .

       ”Aku nak naik bas hari ini, Natrah, ” jawabnya agak kesugulan.

       ”Ayahkau tak dapat datang ?”

       Hayati mengangguk. ”Dia banyak kerja,” katanya.

      ”Eloklah kita naik bas sama-sama.” Begitu riang rakannya dapat pulang
bersama-sama Hayati hari itu.

       ”Aku lihat kautermenung saja, Yati. Kenapa?” tanya rakannya itu.

       ”Kauikuti ajaran guru kita tadi ?” tanya Hayati.

      ”Ya, tentang tanggungjawab ibu bapa dan keimanan. Kenapa?” tanya Natrah
kembali.

       ”Aku percaya kalau ibu bapa benar-benar bertanggungjawab kepada anak-anak,
tentu anak-anak akan hidup bahagia, bukan begitu Natrah?”

      ”Hm! Tentulah. Rumah tangga akan aman, tenteram, macam hidupkau.
Kausenang, rumah besar, ada kereta besar.”

       ”Kaukata hidupku tenteram? Bahagia ?”

       ”Eh! Hidupkau tak bahagia? Mustahil, Yati !”

       “Siapa pun tak akan percaya, termasuk kau. Tapi itulah yang aku rasai Natrah ! “

       “Begitu ! …..”

      Natrah seperti tidak percaya pengakuan rakannya itu. Akan tetapi dia
mendiamkan diri. Dia ingin mententeramkan perasaan rakannya itu.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Othman Puteh, Norhale, dan Rahim Syam, 1985.
Ke Mana hati Hendak Dibawa . Petaling Jaya:
 Fajar Bakti Sdn. Bhd, halaman 200-201 )




                                            22
7. Alih bentuk bahasa iklan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa.


                        SEMUA DALAM SATU AKAUN

                                   Ali nak duit cepat
                     Mudah saja! Melody menawarkan kemudahan
                 ATM MEPS dari lebih 3,000 rangkaian di seluruh Negara.

                          Meena nak lebih banyak duit.
                 Boleh! Melody menawarkan kadar pulangan yang tinggi.

                      Ali sukakan kewangan yang fleksibel
                 Beres! Dengan kemudahan overdraf automatik Melody.

                           Meena mahu lebih perhatian.
     Jangan risau! Melody menawarkan perkhidmatan perunding kewangan peribadi.

               Kawan-kawan Meena dan Ali semuanya kagum !
                    Apa tidaknya! Kini, Melody menawarkan
                        Telefon AKIRA PERCUMA *
                          (* Tertakluk kepada syarat dan peraturan.
                            Tawaran sah dari 1 April – 30 Jun 2000
                              atau sementara stok masih ada. )

                               Adakah anda juga seperti
                              Ali dan Meena ? Anda hanya
                              perlukan satu akaun sahaja

                                         Melody
                           Daripada BAHAGIA Bank
                        Hubungi 03-12345678 Sekarang !
                             Isnin-Jumaat : 9 pagi – 5 petang
                                 Sabtu : 9 pagi – 1 petang

                                    BAHAGIA Bank
                           Ahli Kumpulan BAHAGIA Malaysia

                                    Sentiasa di sisi anda

                           PILIHAN YANG TERUNGGUL


( Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Utusan Malaysia, 5 April 2000 )


                                           23
STPM 2000

6. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan
memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah.

                “Parut ubi kayunya dah siap, mak” kata Mek Jarah.
                “Belah pula kelapa dekat luar sana sebiji …. tadah airnya dalam bekas,
         nanti boleh bagi minum biri-biri.”
                “Belah yang mana, mak? Tanya Mek Jarah.
                “Ambil yang kulitnya kurang perang. Rasanya ada dua biji … bawa ke
                jemuran
         … belah di situ. Kalau tumpah airnya lantai tidak basah.”
                Mek Jarah mencabut parang yang diselit pada dinding, lalu ke jemuran
                dan duduk
         bertinggung depan besen besi kuning langsat.
                “Duduk biar rapat ke lantai.Anak muda tidak baik duduk bertinggung
                begitu!”
         kata emak.
                Puk! Puk! Puuuuuukkk! Emak dengar belakang parang berantukan
                dengan
         tempurung kelapa.
                “Orang belah kelapa tidak begitu. Pegang kelapa atas tapak tangan kiri,
                lepas itu
         ketuk dengan belakang parang, baru senang dibelah.”
                “Tengok, begini!”
                Emak angkat parang tinggi dan parang jatuh atas kelapa lalu pecah dan
                airnya
         bercurahan masuk ke jelup besi kuning langsat atas lantai. Emak umpil sampai
kelapa
         terbelah dua.
                                                  (Dipetik dan diubahsuaikan daripada
                         Kelapa Nan Sebatang, oleh Ramli Isin dan Razak Mamat, 1993.
                                                     Masa Enterprise, halaman 60-61)




                                           24
7. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan
memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah.

Nadia         :        Panasnya hari ni. Nasib baik kita dah habis tanam pokok ni. Kita
                       berhentilah, dik! Esok kita sambung kerja kita. Sakit kelapa kita
dibuatnya kalau terlalu panas.

Nadzrin       :       Yalah, kak! Adik pun dah rasa sakit kepala sikit-sikit ni.

Nadia         :       Cikgu kakak kata, menjelang tahun 2030 suhu dunia kita dijangka
naik 2.50C

Nadzrin       :       (Mengerutkan kening) Kenapa kak?

Nadia         :      Banyak puncanya. Adik tengok saja di Malaysia, jumlah
kenderaan telah bertambah banyak sangat.

Nadzrin       :       Apa kena-mengena suhu dunia dengan kenderaan, kak?

Nadia         :     Pembakaran petrol melalui kenderaan akan menyebabkan
                    pembebasan gas karbon dioksida, karbon monoksida dan lain-lain
                    di atmosfera kita. Gas-gas ini akan memerangkap haba dalam
lapisan bawah atmosfera. Sebab itulah suhu jadi naik dan kita
rasa panas.

Nadzrin        :     Cikgu adik pun ada kata, kalau kita banyak tebang pokok-pokok di
hutan, itu pun menyebabkan suhu dunia jadi panas.




                                            25

More Related Content

What's hot

Materi pengayaan un bahasa indonesia smp m ts 2014
Materi pengayaan un bahasa indonesia smp m ts 2014Materi pengayaan un bahasa indonesia smp m ts 2014
Materi pengayaan un bahasa indonesia smp m ts 2014
Wayan Sudiarta
 
Teknik Menjawab Bahasa Malaysia STPM Kertas 1
Teknik Menjawab Bahasa Malaysia STPM Kertas 1Teknik Menjawab Bahasa Malaysia STPM Kertas 1
Teknik Menjawab Bahasa Malaysia STPM Kertas 1
Mohd Fadil Talib
 
Solusi latihan-un-sma-2011-b-indo-ipa
Solusi latihan-un-sma-2011-b-indo-ipaSolusi latihan-un-sma-2011-b-indo-ipa
Solusi latihan-un-sma-2011-b-indo-ipa
soaluansma
 
UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)
UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)
UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)
Normarjana Ibrahim
 
BM KERTAS 2 - SBP 2013
BM KERTAS 2 - SBP 2013BM KERTAS 2 - SBP 2013
BM KERTAS 2 - SBP 2013
ammarmeek
 
Kesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasaKesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasa
zeknasir
 
Assignment hbml1103 bm rashid hantar 21.3.2009 ke 2
Assignment hbml1103 bm   rashid hantar 21.3.2009 ke 2Assignment hbml1103 bm   rashid hantar 21.3.2009 ke 2
Assignment hbml1103 bm rashid hantar 21.3.2009 ke 2
Rosnah Bahari
 
C:\Documents And Settings\S7536396f\Desktop\4e 2010\Kata Majmuk Presentation[1]
C:\Documents And Settings\S7536396f\Desktop\4e 2010\Kata Majmuk Presentation[1]C:\Documents And Settings\S7536396f\Desktop\4e 2010\Kata Majmuk Presentation[1]
C:\Documents And Settings\S7536396f\Desktop\4e 2010\Kata Majmuk Presentation[1]
adarwisy
 
Contoh kalimat deduktif dan induktif
Contoh kalimat deduktif dan induktifContoh kalimat deduktif dan induktif
Contoh kalimat deduktif dan induktif
Ibal Fisika
 
Kisi-kisi UN B.indonesia kelas 9 SMP
Kisi-kisi UN B.indonesia kelas 9 SMPKisi-kisi UN B.indonesia kelas 9 SMP
Kisi-kisi UN B.indonesia kelas 9 SMP
Nisriinaaf
 
Assngment powerpoint brm 3013 tatabahasa bm sek ren
Assngment powerpoint brm 3013 tatabahasa bm sek renAssngment powerpoint brm 3013 tatabahasa bm sek ren
Assngment powerpoint brm 3013 tatabahasa bm sek ren
mahanizie
 

What's hot (18)

Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8
Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8
Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8
 
Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2
 
Materi pengayaan un bahasa indonesia smp m ts 2014
Materi pengayaan un bahasa indonesia smp m ts 2014Materi pengayaan un bahasa indonesia smp m ts 2014
Materi pengayaan un bahasa indonesia smp m ts 2014
 
Teknik Menjawab Bahasa Malaysia STPM Kertas 1
Teknik Menjawab Bahasa Malaysia STPM Kertas 1Teknik Menjawab Bahasa Malaysia STPM Kertas 1
Teknik Menjawab Bahasa Malaysia STPM Kertas 1
 
Makalah kalimat efektiff
Makalah kalimat efektiffMakalah kalimat efektiff
Makalah kalimat efektiff
 
Solusi latihan-un-sma-2011-b-indo-ipa
Solusi latihan-un-sma-2011-b-indo-ipaSolusi latihan-un-sma-2011-b-indo-ipa
Solusi latihan-un-sma-2011-b-indo-ipa
 
UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)
UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)
UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)
 
Bahasa melayu kertas 2
Bahasa melayu kertas 2Bahasa melayu kertas 2
Bahasa melayu kertas 2
 
Rangka karangan spm 2018 kemaskini
Rangka karangan spm 2018 kemaskiniRangka karangan spm 2018 kemaskini
Rangka karangan spm 2018 kemaskini
 
BM KERTAS 2 - SBP 2013
BM KERTAS 2 - SBP 2013BM KERTAS 2 - SBP 2013
BM KERTAS 2 - SBP 2013
 
Kesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasaKesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasa
 
Assignment hbml1103 bm rashid hantar 21.3.2009 ke 2
Assignment hbml1103 bm   rashid hantar 21.3.2009 ke 2Assignment hbml1103 bm   rashid hantar 21.3.2009 ke 2
Assignment hbml1103 bm rashid hantar 21.3.2009 ke 2
 
Adjective and Adverb
Adjective and AdverbAdjective and Adverb
Adjective and Adverb
 
C:\Documents And Settings\S7536396f\Desktop\4e 2010\Kata Majmuk Presentation[1]
C:\Documents And Settings\S7536396f\Desktop\4e 2010\Kata Majmuk Presentation[1]C:\Documents And Settings\S7536396f\Desktop\4e 2010\Kata Majmuk Presentation[1]
C:\Documents And Settings\S7536396f\Desktop\4e 2010\Kata Majmuk Presentation[1]
 
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan TatabahasaTeknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
 
Contoh kalimat deduktif dan induktif
Contoh kalimat deduktif dan induktifContoh kalimat deduktif dan induktif
Contoh kalimat deduktif dan induktif
 
Kisi-kisi UN B.indonesia kelas 9 SMP
Kisi-kisi UN B.indonesia kelas 9 SMPKisi-kisi UN B.indonesia kelas 9 SMP
Kisi-kisi UN B.indonesia kelas 9 SMP
 
Assngment powerpoint brm 3013 tatabahasa bm sek ren
Assngment powerpoint brm 3013 tatabahasa bm sek renAssngment powerpoint brm 3013 tatabahasa bm sek ren
Assngment powerpoint brm 3013 tatabahasa bm sek ren
 

Viewers also liked (6)

Bab 12 : Frasa Kerja
Bab 12  : Frasa KerjaBab 12  : Frasa Kerja
Bab 12 : Frasa Kerja
 
Modul PdP Bahagian D BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.
Modul PdP Bahagian D BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.Modul PdP Bahagian D BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.
Modul PdP Bahagian D BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.
 
Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Penggal 3 STPM Baharu
Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Penggal 3 STPM BaharuRancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Penggal 3 STPM Baharu
Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Penggal 3 STPM Baharu
 
Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Penggal 2 STPM Baharu
Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Penggal 2 STPM Baharu Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Penggal 2 STPM Baharu
Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Penggal 2 STPM Baharu
 
Latihan Topikal STPM Baharu : Soalan Fonologi
Latihan Topikal STPM Baharu  : Soalan Fonologi  Latihan Topikal STPM Baharu  : Soalan Fonologi
Latihan Topikal STPM Baharu : Soalan Fonologi
 
Latihan Topikal BM STPM Baharu : Sejarah & Perkembangan Bahasa Melayu.
Latihan Topikal BM STPM Baharu : Sejarah & Perkembangan Bahasa Melayu.Latihan Topikal BM STPM Baharu : Sejarah & Perkembangan Bahasa Melayu.
Latihan Topikal BM STPM Baharu : Sejarah & Perkembangan Bahasa Melayu.
 

More from Mohd Fadil Talib

HSP BM1 : untuk analisis soalan
HSP BM1 : untuk analisis soalanHSP BM1 : untuk analisis soalan
HSP BM1 : untuk analisis soalan
Mohd Fadil Talib
 
Taklimat PBS BM umum : 3/4
Taklimat PBS BM umum : 3/4Taklimat PBS BM umum : 3/4
Taklimat PBS BM umum : 3/4
Mohd Fadil Talib
 
Taklimat PBS BM umum : 1/4
Taklimat PBS BM umum : 1/4Taklimat PBS BM umum : 1/4
Taklimat PBS BM umum : 1/4
Mohd Fadil Talib
 
Taklimat Pengenalan Sistem Baharu STPM - 3/3
Taklimat Pengenalan Sistem Baharu STPM - 3/3Taklimat Pengenalan Sistem Baharu STPM - 3/3
Taklimat Pengenalan Sistem Baharu STPM - 3/3
Mohd Fadil Talib
 
Taklimat Pengenalan Sistem Baharu STPM - 2/3
Taklimat Pengenalan Sistem Baharu STPM - 2/3Taklimat Pengenalan Sistem Baharu STPM - 2/3
Taklimat Pengenalan Sistem Baharu STPM - 2/3
Mohd Fadil Talib
 
Modul PdP Bhg. B : Rumusan 2012
Modul PdP Bhg. B : Rumusan 2012Modul PdP Bhg. B : Rumusan 2012
Modul PdP Bhg. B : Rumusan 2012
Mohd Fadil Talib
 
Cara Menjawab Bhg B BM 2 : Rumusan STPM
Cara Menjawab Bhg B BM 2 : Rumusan STPMCara Menjawab Bhg B BM 2 : Rumusan STPM
Cara Menjawab Bhg B BM 2 : Rumusan STPM
Mohd Fadil Talib
 

More from Mohd Fadil Talib (18)

HSP BM1 : untuk analisis soalan
HSP BM1 : untuk analisis soalanHSP BM1 : untuk analisis soalan
HSP BM1 : untuk analisis soalan
 
Taklimat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM Baharu : Penggal 3
Taklimat Sukatan Pelajaran  Bahasa Melayu STPM Baharu : Penggal 3Taklimat Sukatan Pelajaran  Bahasa Melayu STPM Baharu : Penggal 3
Taklimat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM Baharu : Penggal 3
 
Taklimat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM Baharu : Penggal 2
Taklimat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM Baharu : Penggal 2Taklimat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM Baharu : Penggal 2
Taklimat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM Baharu : Penggal 2
 
Taklimat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM Baharu : Penggal 1
Taklimat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM Baharu : Penggal 1Taklimat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM Baharu : Penggal 1
Taklimat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM Baharu : Penggal 1
 
Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Baharu
Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Baharu Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Baharu
Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Baharu
 
Taklimat Mata Pelajaran Bahasa Melayu STPM : Minggu Orientasi Pelajar 6 Bawah...
Taklimat Mata Pelajaran Bahasa Melayu STPM : Minggu Orientasi Pelajar 6 Bawah...Taklimat Mata Pelajaran Bahasa Melayu STPM : Minggu Orientasi Pelajar 6 Bawah...
Taklimat Mata Pelajaran Bahasa Melayu STPM : Minggu Orientasi Pelajar 6 Bawah...
 
Taklimat PBS BM umum : 3/4
Taklimat PBS BM umum : 3/4Taklimat PBS BM umum : 3/4
Taklimat PBS BM umum : 3/4
 
Taklimat PBS umum : 2/4
Taklimat PBS umum : 2/4Taklimat PBS umum : 2/4
Taklimat PBS umum : 2/4
 
Taklimat PBS BM umum : 1/4
Taklimat PBS BM umum : 1/4Taklimat PBS BM umum : 1/4
Taklimat PBS BM umum : 1/4
 
Taklimat Pengenalan Sistem Baharu STPM - 3/3
Taklimat Pengenalan Sistem Baharu STPM - 3/3Taklimat Pengenalan Sistem Baharu STPM - 3/3
Taklimat Pengenalan Sistem Baharu STPM - 3/3
 
Taklimat Pengenalan Sistem Baharu STPM - 2/3
Taklimat Pengenalan Sistem Baharu STPM - 2/3Taklimat Pengenalan Sistem Baharu STPM - 2/3
Taklimat Pengenalan Sistem Baharu STPM - 2/3
 
Fonologi
Fonologi Fonologi
Fonologi
 
Asal usul Bahasa Melayu
Asal usul Bahasa MelayuAsal usul Bahasa Melayu
Asal usul Bahasa Melayu
 
BM Klasik
BM KlasikBM Klasik
BM Klasik
 
1.2 : BM Kuno
1.2 : BM Kuno    1.2 : BM Kuno
1.2 : BM Kuno
 
Modul PdP Bhg. B : Rumusan 2012
Modul PdP Bhg. B : Rumusan 2012Modul PdP Bhg. B : Rumusan 2012
Modul PdP Bhg. B : Rumusan 2012
 
Cara Menjawab Bhg B BM 2 : Rumusan STPM
Cara Menjawab Bhg B BM 2 : Rumusan STPMCara Menjawab Bhg B BM 2 : Rumusan STPM
Cara Menjawab Bhg B BM 2 : Rumusan STPM
 
Proses Jawab Bhg. A : Karangan STPM
Proses Jawab Bhg. A : Karangan STPMProses Jawab Bhg. A : Karangan STPM
Proses Jawab Bhg. A : Karangan STPM
 

Recently uploaded

PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
muhammadyudiyanto55
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdfPETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
Hernowo Subiantoro
 

Recently uploaded (20)

MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
 
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANGKERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
 
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptxModul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
 
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisaiKonflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
 
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdfPETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
 
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptx
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptxSolusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptx
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptx
 
Naufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Naufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNaufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Naufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
 
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptxBUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
 
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
 
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptxPresentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
 
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptxSejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
 
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdfALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
 

Modul PdPSTPM Bhg. C : Alih Bentuk Teks 2012

  • 1. Unit Bahasa Malaysia Prauniversiti SMK. Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor. Modul Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Malaysia Kertas 2 Bahagian C : ALIH BENTUK TEKS Disediakan oleh : Mohd Fadil bin Talib … 01-01-2012 Hak Cipta Terpelihara
  • 2. Panduan Menggunakan Masa Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 20 minit. Bermula dari tahun ini calon STPM hanya akan menjawab 1 soalan alih bahasa. Oleh itu manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya. Membaca dan memahami petikan : 5 minit Membaca kali kedua : 3 minit Menulis alih bahasa : 10 minit Menyemak kesalahan ejaaan dan : 2 minit Penyemakan akhir JUMLAH : 20 minit ANALISIS SOALAN BAHAGIAN C : ALIH BAHASA STPM 2004-2011 STPM STPM STPM STPM STPM STPM STPM STPM No. 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 Dialog : Dialog : Prosa Dialog : Undang- 6 Dialog Ikalan Dialog Wawan cerpen Klasik Cerpen undang cara Puisi Dialog : Prosa 7 Sajak Puisi Dialog Sajak Melayu Iklan Wawancara Klasik Tradisional 1
  • 3. SOALAN-SOALAN STPM TAHUN-TAHUN LALU STPM 2011 6. Alih bentuk bahasa petikan iklan di bawah ini kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden. KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI ANUGERAH KEGEMILANGAN INDUSTRI (AKI) 2011 (Terbuka kepada syarikat perindustrian tempatan) Jenis Anugerah Hadiah 1 Anugerah Kecemerlangan Perdana Industri Sebuah trofi dan sijil pengiktirafan 2 Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Wang tunai RM20 000.00 3 Anugerah Kecemerlangan Kualiti Layak menggunakan Logo Anugerah sebagai bahan publisiti bagi tempoh dua tahun dari tarikh menerima anugerah ANUGERAH KHAS ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN PRODUK SYARIKAT PENGELUAR PRODUK POPULAR 2011 (Wang tunai RM10 000.00 dan sijil penghargaan) KEPADA YANG BERMINAT SILA SERTAKAN MAKLUMAT YANG BERIKUT : Dokumen strategi pemasaran produk Sijil / anugerah yang diterima Rekod prestasi jualan / eksport Bahan lain yang berkaitan Catatan : Dokumen palsu – anugerah akan ditarik balik Keputusan panel penilai muktamad Tarikh Tutup Penyertaan 10 Ogos 2011 2
  • 4. 7. Alih bentuk bahasa kolokial di bawah ini kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden. Salim :Long !Long ! Masih awal lagi, Long !Singgahlah dulu minum. Sulong : Eh, kau Salim ! Dah lama kau kat sini ? Salim : Baru sekejap. Kau nak minum apa, Long ? Sulong : Kopi sajalah. Salim : Kopi, Pak Mat ! Awal betul kau keluar pagi ni, Long ! Sulong : Aku nak ke pekan. Junid apa khabar ? Aku dengar dia mintak kerja kat Kuala Lumpur. Salim : Ya, permohonan sudah dibuat, tapi belum lagi ditemu duga. Mungkin kau dah tau pasal masalah aku. Aku memang mahu Junid berjaya dalam temu duga dia dan pergi jauh dari kampung ni sekarang juga Sulong : Eh, kenapa kau nak anak kau tinggalkan kampung ini cepat benar ? Salim : Kau tahu, dia sudah rapat sangat dengan budak-budak nakal kat kampung ni. Aku dah puas nasihatkan dia, tapi macam mencurah air ke daun keladi. 3
  • 5. STPM 2010 6. Alih bentuk puisi klasik di bawah ini kepada bentuk prosa Melayu moden. Dulu kononnya ada suatu cetera Seorang raja memerintah negara Kerajaan besar tidak terkira Menaklukkan negara jin dan dewa Baginda bernama Gangga Sakti Isterinya bernama Gemala Sakti Kasih baginda tidak terperi Akan adinda permaisuri Baginda kononya sudah berputera Kedua-dua laki-laki sama setara Yang tua bernama Betara Indera Yang muda bernama Betara Udara Kasih baginda berdua tidak terperi Akan anakanda bijak bestari Masanya tiba kedua-duanya beristeri Dirayakan seluruh pelosok negeri Setelah beberapa lamanya hari Sampailah bulan kedua-dua puteri Betara Indera senang dihati Puteranya lahir bawa panah sakti Seketika menanti lahirlah lagi Betara Udara punyai isteri Membawa pedang Gemala Sakti Putera disambut bidan yang pasti Setelah sudah kedua-duanya dimandikan Kain yang keemasan diselimutkan Kepada Gangga sakti dipersembahkan Disambut baginda dengan kesukaan (Disesuaikan daripada Syair Agung oleh Zahir Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991, halaman 4 4
  • 6. 7. Alih bentuk bahasa dalam perbualan di bawah kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden. Azam : Hai, senang sekarang Pak Ngah ! Pak Ngah : Senang ? Orang senang tak macam aku ni. Pagi, petang, siang, malam, nak menyiapkan tempahan. Sampai terasa longgar lutut aku menghayun mesin jahit tua ni. Azam : Ya…lah. Goyang kaki pun boleh dapat duit. Tapi saya tak tau lagi macam mana nak cari duit. Pak Ngah : Hidup kita perlu berusaha Zam. Tak bolehlah asyik berpeluk tubuh. Azam : Saya bukan tak berusaha Pak Ngah. Hari-hari ke pejabat pos hantar surat mohon pekerjaan. Pantang Nampak iklan jawatan kosong di suart khabar. Naik turun pejabat tak dapat nak kira lagi. Tapi satu pun tak berjaya. Belajar tinggi-tinggi pun tak boleh dapat kerja. Pak Ngah : Kamu silap Zam. Kejayaan seseorang bukan sahaja bergantung pada ijazah. Daya usaha, kesabaran, dan kegigihan lebih banyak membantu kita mencapai kejayaan dalam hidup 5
  • 7. STPM 2009 6. Alih bentuk sajak di bawah ini kepada bentuk prosa biasa. Kedidi Kawanan burung kedidi itu Tidak singgah lagi di pantai ini Bermain danmencari habuan Tidak seperti beberapa tahun lalu Tapak-tapak jarian memanjang pantai Yang putih halus bagai salji gunung. Pantai kita kini tercemar Warna aslinya telah bertukar Bersihnya telah ternoda Hitam dan minyak tumpah di mana-mana. Burung-burung laut yang singgahdi sini Telah terseksa Makanan dan tempat bermain telah dilumuri bau Minyak mentah yang keras memenuhi melata Kering berbau hanyir pantai Mencemari keaslian teluk persekitarannya. Burung-burung kedidi telah banyak Yang terkorban dan mati Oleh rimas dan bahang panas Keracunan dan lemas Bangkainya terkapar di kaki pasir Kaku di hujiung ombak yang getir. Burung-burung kedidi telah tiada lagi di pantai kita Bermain dan berlari berkejaran ketam-ketam angin Bernyanyi bersiul bersama angin yang berdesir Semua hanya impian lalu Yang kita kenangkan Kerana keangkuhan manusia Memperkosa laut semahunya. (disesuaikan daripada Marzuki Ali dalam Jeritan Satwa Luka, 2000 Dewan Bahasa dan Pustaka , hal;aman 125-126) 6
  • 8. 7. Alih bentuk bahasa iklan di bawah kepada bentuk prosa biasa. LARIAN JAMBATAN PULAU PINANG 1 JUN 2009 Anjuran Bersama : Akhbar Tanjung Bungah Kerajaan Negeri Pulau Pinang Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang Tujuan Bersempena dengan sambutan Perayaan ulang Tahun ke-24 Perasmian Jambatan Pulau Pinang Peserta Umur : 13 tahun danke atas layak menyertai larian Terbahagi kepada tiga kumpulan Kumpulan Kategori Umur Jarak larian A Terbuka Lelaki 18-39 tahun 42 km B Terbuka Wanita 18-35 tahun 42 km C Veteran Lelaki 40 tahun dan ke atas 42 km Tarikh, Masa dan Tempat Bermula Kumpulan Tempat bermula Tarikh Masa A, B dan C Sek. Keb. Sungai Gelugor 8 Jun 2009 5:00 pagi Laluan Bermula : Di hadapan Sek. Keb. Sungai Gelugor-Bulatan Tengku Kudin-balik ke garisan permulaan-merentas Jambatan Pulau Pianang-Plaza Tol Lebuh Raya Bayan Lepas. Tamat : Di Universiti Sains Malaysia Borang Penyertaan Dapatkan borang dan hantarkan kepada : Akhbar Tanjung Bungah Lot 1234, Kawasan Perindustrian Prai 13600 Prai, Pulau Pinang Tel : 04-1234 567 Tarikh Tutup Selasa, 5 Mei 2009, jam 5:30 petang STPM 2008 7
  • 9. 6. Alih bentuk bahasa di bawah ini kepada bentuk prosa biasa. UNDANG-UNDANG PEMELIHARAAN HAIWAN Seksyen 9, Ordinan Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 Barang siapa, yang menjadi tuan punya atau bertanggungjawab ke atas mana-mana kuda, lembu, atau kambing, membiarkan haiwan tersebut merayau- rayau pada mana-mana jalan awam, boleh dikenakan denda tidak melebihi seratus ringgit bagi setiap haiwan, dan dikehendaki membayar semua kerosakan yang dilakukan oleh haiwan tersebut yang akan ditaksirkan oleh majistret. UNDANG-UNDANG JENAYAH DAN HAIWAN (a) Barang siapa, yang bermaksud mengambil apa-apa haiwan dengan curangnya daripada milik mana-mana orang tanpa kerelaan orang itu, mengalih haiwan itu debgan tujuan hendak mengambilnya, dikatakan melakukan kesalahan mencuri. (b) Barang siapa, yang melakukan khianat dengan membunuh, meracun, mencacatkan, atau menjadikan tidak berguna, seekor haiwan yang berharga lima ringgit atau lebih, hendaklah dihukum penjara selama tempoh sehingga dua tahun, atau didenda, atau kedua-duanya. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Undang-undang Jenayah dan Haiwan, Abdul Aziz Hussin, 1990, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, halaman 5 dan 47) 7. Alih bentuk prosa klasik di bawah ini kepada bentuk prosa moden. 8
  • 10. Hatta pada suatu hari, Sultan Abdul Jalil Syah beradu siang hari. Maka datang orang persembah nangka.Dan kepada itu waktu, bini Megat Seri Rama masuk ke dalam, tengah bunting tujuh bulan.Serta dilihat nangka itu, terlalu hendak makan nangka itu, tiada dapat ditahani rasanya. Maka bini Megat Seri Rama pun datanglah, mendapat akan penghulu istana, mintak nangka barang satu hulas. Maka, fikir penghulu istana, “Dari sebab ia buntinglah, maka sangat berkehendakkan ini”. Maka lalu diambil akannya satu hulas dan dibagikan akan bini Megat itu. Maka dimakannyalah akan nangka itu. Akan penghulu istana itu tersenyum melihat akan perangai bini Megat itu. Maka, oleh bini Megat itu diucapkannyalah akan terima kasihnya kepada penghulu. Setelah sudah maka bini Megat pun segeralah beredar dari situ.Maka penghulu istana itu pun menutupi tebuk pada nangka yang diambil itu sebelum disantap oleh Sultan Abdul Jalil. (Dipetik dan diubahsuaikan daripadaHikayat Siak, dirawikan oleh Tengku Saiddan disenggarakan oleh Muhammad Yusoff Hashim, 1992Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, halaman 8) STPM 2007 9
  • 11. 6. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah. “Parut ubi kayunya dah siap, mak!” kata Mek Jarah. “Belah pula kelapa dekat luar sana sebiji…tadah airnya dalam bekas, nanti boleh bagi minum biri-biri.” “Belah yang mana, mak !?” Tanya Mek Jarah. “Ambil yang kulitnya kurang perang.Rasanya ada dua biji…bawa ke jemuran…belah di situ.Kalau tumpah airnya lantai tak basah.” Mek Jarah mencabut parang yang diselit pada dinding lalu ke jemuran dan duduk bertinggung depan besen besi kuning langsat. “Dusuk biar rapat ke lantai. Anak muda tidak baik duduk bertinggung begitu !” kata emak. Puk !puk !Puuuuukkk !Emak dengar bunyi belakang parang berantukan dengan tempurung kelapa. “Orang belah kelapa tidak begitu.Pegang kelapa atas tapak tangan kiri, lepas itu ketuk dengan belakang parang, baru senang dibelah.” “Tengok begini !” Emak angkat parang tinggi dan parangnya jatuh atas kelapa lalu pecah dan airnya bercurahan masuk ke jelup besi kuning langsat atas lantai.Emak umpil sampai kelapa terbelah dua. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kelapa Nan Sebatang, oleh Ramli Isin dan Razak Mamat, 1993. Masa Enterprise, halaman 60-61) 10
  • 12. 7. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk biasa dengan memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah. Nadia : Panasnya hari ni. Nasib baik kita dah habis tanam pokok ni. Kita berhentilah, dik ! Esok kita sambung kerja kita. Sakit kepala kita dibuatnya kalau terlalu panas. Nadzrin : Yalah, kak ! Adik pun dah rasa sakit kepala sikit-sikit ni. Nadia : Cikgu kakak kata, menjelang tahun 2030 suhu dunia kita dijangka naik 2.50 C. Nadzrin : (Mengerutkan kening) Kenapa kak ? Nadia : Banyak puncanya. Adik tengok saja di Malaysia, jumlah kenderaan telah bertambah banyak sangat. Nadzrin : Apa kena mengena suhu dunia dengan kenderaan, kak ? Nadia : Pembakaran petrol melalui kenderaan akan menyebabkan pembebasan gas karbon dioksida, karbon monoksida, dan lain-lain di atmosfera kita. Gas-gas ini akan memerangkap haba dalam lapisan bawah atmosfera. Sebab itulah suhu jadi naik dan kita rasa panas Nadzrin : Cikgu adik pun ada kata, kalau kita banyak tebang pokok-pokok di hutan, itu pun boleh menyebabkan suhu dunia jadi panas. STPM 2006 11
  • 13. 6. Alih bentuk bahasa dialog berikut kepada petikan moden yang biasa Cik Tun : Nampak subur pokok-pokok di luar tu, Nab. Nab : Kalau rajin taruh baja, suburlah dia. Cik Tun : Senyap saja. Si Sudin keluarkah? Nab : Tengah hari macam ni dia masih tidur. Kita orang perempuan ni, kerja tak habis-habis. Menyapulah, mengemaslah, memasaklah…tak ada rehat langsung. Cik Tun : Sebab itulah aku berjalan ke rumah orang. Kalau terperap saja dalam rumah, abang haji engkau yang aku bebelkan. ( Sedang Cik Tun dan Nab berbual, mereka terdengar suara tipah memberikan salam) Cik Tun : Suara macam kenal. Tipah : (Hairan) Cik Tun pun ada juga? Cik Tun : Naiklah tipah. Tipah : Sehari tak jumpa Cik Tun ni rindu rasanya. Cik Tun : Aku dengar , kau kata nak baiki dapur, Nab. Di mana yang engkau baiki tu? (Nak berdehem) Tipah : Sayapun nak tahui juga, di mana yang dibaiki. Cik Tun : Itulah, aku pun tercari-cari ni. Tipah : Sebelah mana yang kau baiki, tengok sama saja. Nab : Baiki apanya? Dapur gas lama tu rosak, tak boleh baiki. Tu yang beli dapur baru tu. Cik Tun : Aku ingat kau baiki dapur, rupanya beli dapur gas. (Mereka pun ketawa) Dipetik dan diubah suai daripada “ Senyum Sejenak”, Anjung Seri, Oktober 2002, Halaman 172-173) 7. Alih bentuk teks petikan iklan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa. 12
  • 14. BAHAGIAN PENDIDIKAN BERTERUSAN 25 UAT UNIVERSITI ANJUNG TIMUR KURSUS PENGURUSAN DAN KURSUS KOMUNIKASI PERSONAL SECARA 1979-2004 JARAK JAUH Peserta : Lulusan Sijil SPM Pengambilan : 1 Februari , 1 Jun, 1 Oktober Sijil penyertaan diberikan kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus 1 KURSUS PENGURUSAN Tujuan : Membekali peserta dengan pengetahuan asas yang berkaitan dengan bidang pengurusan. Pogram 1 ( 2 bulan) Program 2 ( 3 Bulan) Program 3 ( 4 bulan) Asas pengurusan Asas pemasaran Penyelesaian Perakaunan & Asas Statistik & Konflik Pekerja kewangan Pengeluaran Perakaunan& kewangan Lanjutan 2 KURSUS KOMUNIKASI PERSONAL Tujuan : Membantu peserta menguasai kemahiran berkomunikasi Program 1 (2 bulan) Program 2 ( 3 Bulan) Asas Komunikasi Lisan Pengucapan Awam Penulisan Surat& Laporan Penulisan Kertas Kerja Borang permohonan boleh diperoleh daripada; Bahagian Pendidikan Berterusan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh 46400 Universiti Anjung Timur Selangor Darul Ehsan Kirimkan: Sampul surat berukuran 11cm x 22cm beralamat sendiri dan bersetem RM1 Tulis KURSUS PENGURUSAN atau KURSUS KOMUNIKASI PERSONAL di sudut atas sebelah kiri sampul surat. Tarikh akhir permohonan: seminggu sebelum setiap sesi pengambilan Untuk pertanyaan, sila hubungi: Cik Asmaliyana ( 03-67822366 sambungan 2221) STPM 2005 13
  • 15. 6. Alih bahasa petikan di bawah ini kepada bahasa Melayu moden. Al-kisah maka tersebutlah perkataan Hang Kamar orang Melaka. Adapun Hang Kamar itu orang Temenggung Seri Seroja, maka ia pergi berniaga ke Inderapura. Setela didengarnya Bendahara mati dan Sang Setu dilantik dibunuh oleh raja Inderapura itu tiada berdosa, sahaja Temenggung dengan segala pegwai dengki akan dia, maka fikirnya “jika demikian baiklah aku khabarkan ke Melaka Bendahara dan Sang Setu mati dibunuh kerna dikhianati oleh Temenggung.” Setelah sudah ia fakir demikian, maka Hang Kamar pun segera kembali ke Melaka. Maka ia naik mengadap Temenggung lalu duduk menyembah. Maka kata Temenggung, “Dari mana *mika datang ini?” Maka sembah Hang Kamar, “Adapun sahaya datuk di Inderapua itu Bendahara Seri Buana dengan Hang Kadim anak Hang Jebat itu mati dibunuh oleh raja Inderapura dengan sebab fitnah Temenggung hendak menjadi Bendahara.” (Dipetik dan diubahsuikan daripada Hikayat Hang Tuah, 1981, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, halaman 158-159) Nota: *mika = engkau 7. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini ke dalam bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog ke dalam cakap pindah. 14
  • 16. “Kaunampak Pawang Kri?” tanya Alwi dengan kuat. “Mungkin bergelut dengan buaya itu.Tapi aku ak nampak jelas!” jawab Muslim dengan kuat juga. Tali alai naik lagi. Tidak lama kemudian permukaan air terelah lagi.Buaya itumuncul semula, menghempaskan badannya. “Tembak!” jerit Alwi. “Ada Pawang Kri?” “Apa?” “Ada Pawang Kri!” “Aku tak fikir Pawang Kri boleh menyelam begini lama,” kata Muslim menurunkan senapang dari bahunya. “Siapa tahu?Mungkin dia boleh menyelam sampai tiga puluh minit,” jawab Alwi. “Kita nanti lagi?” “Ya, apa yang kita boleh buat?” ujar Alwi sambil ketawa. “Kau mahu terjun dan mencarinya dalam Sungai Usar ini?” “Apa? Kaujangan perli aku! Kauingat aku ni apa?” balas Muslim. “Aku sebenarnya risau, kenapa Pawang Kri tak timbul-timbul lagi.”Alwi merungut. “Aku pun macam kau juga. Kenapa lama sangat ni?” Mereka menanti lagi.Tetapi penantian kali ini menyebabkan mereka berpeluh. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen Sasaran oleh Anwar Ridhwan dalam Hari Kemerdekaan, selenggaraan Ramli Isin dan Sahlan Mohd. Saman, 1987. Marwilis Publisher Sdn. Bhd. halaman 99) STPM 2004 15
  • 17. 16
  • 18. 17
  • 19. STPM 2003 6. Alih bentuk bahasa puisi yang berikut kepada bentuk biasa. Gadis Kecil Tubuh itu mengingatkan daku sebatang pinang di desa sepi kurus dan tinggi. Ketika rebut besar pohon sekitarnya rebah terkapar dan pohon pinang tegak menanti sinar matari pagi. Demikian gadis kecil itu kurus dan tinggi seperti sebatang pinang bertahun berulang- alik melalui penjara kawat duri , menemui ayahnya yang bertahun pula sendiri menentang tiap penderitaan tabah dan beriman. Gadis kecil itu mengagumkan daku tenang dan senyuman yang agung, dengan sopan menolak pemberianku “saya tak perlu wang, pakcik, cukuplah kertas dan buku.” usianya terlalu muda jiwanya didewasakan oleh pengalaman tidak semua orang mencapai kekuatan demikian ketabahan yang unik dan mempersonakan. Apabila aku menyatakan simpati dan dukaku rasa pilu terhadapnya sekali lagi dia tersenyum dan berkata: “jangan sedih pakcik, tabahkan hati banyak anak seperti saya di dunia ini.” ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Cinta Pena, Antologi Karya Sastera Anggota Persatuan Nasional Malaysia , halaman 60) 18
  • 20. 7. Alih bentuk bahasa iklan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa Dewan Pendeta Sdn Bhd JULUNG-JULUNG KALI! SUDAH TERBIT! ENSIKLOPEDIA SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU (ESKM) Suntikan Ilmu Untuk Membina Masyarakat Cemerlang Mampu Merangsang Minda Rakyat Harga: RM 1110 satu set Terbit dalam 4 jilid Sumber maklumat tentang semua aspek tamadun Melayu Mendedahkan keunggulan masyarakat Melayu sebagai bangsa yang: - mempunyai tradisi ilmu yang tinggi -bermaruah -dihormati ESKM menjelaskan; - konsep dan kefahaman - adat dan kepercayaan -institusi dan organisasi - bahasa dan kesusasteraan -kebudayaan dan kesenian - tokoh dan personaliti dalam pelbagai bidang Komen seorang tokoh akademik: “Menarik! Mantap dengan ilmu tentang tamadun Melayu” Komen seorang sejarawan negara: “Bahan bacaan yang dapat membantu mencerminkan jati diri masyarakat Melayu” PESAN SEKARANG! Belanja Pos Percuma untuk negeri di Semenanjung, Sabah , dan Sarawak. Belanja Pos untuk Brunai Darussalam dan Singapura: RM 15. Untuk keterangan lanjut, telefon 03-61302619 atau e-mel ESKM@pendeta.com.my. 19
  • 21. STPM 2002 6. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa. Yam : Apa yang kau menungkan malam-malam ni, Idah? Angan-angan nak balik beraya di kampung tahun ni? Idah : Entahlah, Yam. Malam-malam lepas berbuka puasa begini, aku terbayang mukaadik-adikku di kampung. Yam : Habis tu, kau nak balik kampunglah raya ni? Kau tak jadi merambu dengan aku? Idah :Aku tak tahu, Yam. Ikut hati, sekarang ini juga aku nak balik kampung. Nak balikrasanya. Kau tau bukan, kami dah lama tak ada emak. Bila aku ke bandar, adik-adik tinggal dengan ayah saja. Siapalah yang melayan mereka berbuka, bersahur. Yam : Bukan ada adik kau yang nama Milah tu? Idah : Baru dua belas tahun umurnya. Kasihan dia kena jadi emak, jadi kakak, sejak setahun aku di bandar ni. Teruk. Nak sekolah lagi; nak tolong ayah memotong getah lagi. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Adibah Amin, 1977, Kumpulan Drama Radio: Pulang Gadisku Pulang, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka) 20
  • 22. 7. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini ke dalam bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog ke dalam cakap pindah. Petikan yang terhasil mestilah memperlihatkan ciri-ciri keutuhan satu wacana. “Hasimah, engkau tak tau macam mana akrabnya mak engkau dengan pantun- pantun lama itu.Kau tak tau yang pesta bergendanglah membawa ayah dan makkau ke jinjang pelamin.Kau tak tau macam mana makkau menidurkan kau masa kecil dulu.Atas ribanya kau tak betah, dalam buaian kau tak senang, kau meraung sampai dinihari.Lagi- lagu dan pantun itulah yang menenangkan kau, yang menyenyakkan kau tidur sampai ke pagi.Kau tak tau tu, hashimah.Wa tau kerana Wa selalu ke sini.”Wa Siot melepaskan segala yang terbuku dalam hatinya. Hasimah tergamam seketika. “Betul ke tu Wa? Mak tak pernah cerita pun!” “Orang tua memang macam tu Simah.Yang elok tu untuk semua orang, yang tak elok dan menyakitkan ditelannya sendiri.Engkau bersalah pada makkau!” Hasimah tunduk.Rasa risau berbaur di hatinya.Dia baru sedar yang dia tidak harus menghampakan permintaan emaknya. “Betul Wa, Simah bersalah pada mak.” “Pergilah minta maaf pada emakkau, Simah!” Kata Wa Siot. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Ratnawati Jamil, “Bergendang” dalam DewanSastera, November 1992)” 21
  • 23. STPM 2001 Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini ke dalam bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog ke dalam cakap pindah. Petikan yang terhasil mestilah memperlihatkan ciri-ciri keutuhan satu wacana ”Eh Yati, kenapa kautunggu di sini ?” tanya Natrah apabila melihat Hayati berada di pondok menunggu bas di hadapan sekolah . ”Aku nak naik bas hari ini, Natrah, ” jawabnya agak kesugulan. ”Ayahkau tak dapat datang ?” Hayati mengangguk. ”Dia banyak kerja,” katanya. ”Eloklah kita naik bas sama-sama.” Begitu riang rakannya dapat pulang bersama-sama Hayati hari itu. ”Aku lihat kautermenung saja, Yati. Kenapa?” tanya rakannya itu. ”Kauikuti ajaran guru kita tadi ?” tanya Hayati. ”Ya, tentang tanggungjawab ibu bapa dan keimanan. Kenapa?” tanya Natrah kembali. ”Aku percaya kalau ibu bapa benar-benar bertanggungjawab kepada anak-anak, tentu anak-anak akan hidup bahagia, bukan begitu Natrah?” ”Hm! Tentulah. Rumah tangga akan aman, tenteram, macam hidupkau. Kausenang, rumah besar, ada kereta besar.” ”Kaukata hidupku tenteram? Bahagia ?” ”Eh! Hidupkau tak bahagia? Mustahil, Yati !” “Siapa pun tak akan percaya, termasuk kau. Tapi itulah yang aku rasai Natrah ! “ “Begitu ! …..” Natrah seperti tidak percaya pengakuan rakannya itu. Akan tetapi dia mendiamkan diri. Dia ingin mententeramkan perasaan rakannya itu. ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Othman Puteh, Norhale, dan Rahim Syam, 1985. Ke Mana hati Hendak Dibawa . Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd, halaman 200-201 ) 22
  • 24. 7. Alih bentuk bahasa iklan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa. SEMUA DALAM SATU AKAUN Ali nak duit cepat Mudah saja! Melody menawarkan kemudahan ATM MEPS dari lebih 3,000 rangkaian di seluruh Negara. Meena nak lebih banyak duit. Boleh! Melody menawarkan kadar pulangan yang tinggi. Ali sukakan kewangan yang fleksibel Beres! Dengan kemudahan overdraf automatik Melody. Meena mahu lebih perhatian. Jangan risau! Melody menawarkan perkhidmatan perunding kewangan peribadi. Kawan-kawan Meena dan Ali semuanya kagum ! Apa tidaknya! Kini, Melody menawarkan Telefon AKIRA PERCUMA * (* Tertakluk kepada syarat dan peraturan. Tawaran sah dari 1 April – 30 Jun 2000 atau sementara stok masih ada. ) Adakah anda juga seperti Ali dan Meena ? Anda hanya perlukan satu akaun sahaja Melody Daripada BAHAGIA Bank Hubungi 03-12345678 Sekarang ! Isnin-Jumaat : 9 pagi – 5 petang Sabtu : 9 pagi – 1 petang BAHAGIA Bank Ahli Kumpulan BAHAGIA Malaysia Sentiasa di sisi anda PILIHAN YANG TERUNGGUL ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia, 5 April 2000 ) 23
  • 25. STPM 2000 6. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah. “Parut ubi kayunya dah siap, mak” kata Mek Jarah. “Belah pula kelapa dekat luar sana sebiji …. tadah airnya dalam bekas, nanti boleh bagi minum biri-biri.” “Belah yang mana, mak? Tanya Mek Jarah. “Ambil yang kulitnya kurang perang. Rasanya ada dua biji … bawa ke jemuran … belah di situ. Kalau tumpah airnya lantai tidak basah.” Mek Jarah mencabut parang yang diselit pada dinding, lalu ke jemuran dan duduk bertinggung depan besen besi kuning langsat. “Duduk biar rapat ke lantai.Anak muda tidak baik duduk bertinggung begitu!” kata emak. Puk! Puk! Puuuuuukkk! Emak dengar belakang parang berantukan dengan tempurung kelapa. “Orang belah kelapa tidak begitu. Pegang kelapa atas tapak tangan kiri, lepas itu ketuk dengan belakang parang, baru senang dibelah.” “Tengok, begini!” Emak angkat parang tinggi dan parang jatuh atas kelapa lalu pecah dan airnya bercurahan masuk ke jelup besi kuning langsat atas lantai. Emak umpil sampai kelapa terbelah dua. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kelapa Nan Sebatang, oleh Ramli Isin dan Razak Mamat, 1993. Masa Enterprise, halaman 60-61) 24
  • 26. 7. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah. Nadia : Panasnya hari ni. Nasib baik kita dah habis tanam pokok ni. Kita berhentilah, dik! Esok kita sambung kerja kita. Sakit kelapa kita dibuatnya kalau terlalu panas. Nadzrin : Yalah, kak! Adik pun dah rasa sakit kepala sikit-sikit ni. Nadia : Cikgu kakak kata, menjelang tahun 2030 suhu dunia kita dijangka naik 2.50C Nadzrin : (Mengerutkan kening) Kenapa kak? Nadia : Banyak puncanya. Adik tengok saja di Malaysia, jumlah kenderaan telah bertambah banyak sangat. Nadzrin : Apa kena-mengena suhu dunia dengan kenderaan, kak? Nadia : Pembakaran petrol melalui kenderaan akan menyebabkan pembebasan gas karbon dioksida, karbon monoksida dan lain-lain di atmosfera kita. Gas-gas ini akan memerangkap haba dalam lapisan bawah atmosfera. Sebab itulah suhu jadi naik dan kita rasa panas. Nadzrin : Cikgu adik pun ada kata, kalau kita banyak tebang pokok-pokok di hutan, itu pun menyebabkan suhu dunia jadi panas. 25