3. Semakin berat kejahilan
serpikul di bahu
semakin jauh perjalanan
memburu nur-Mu.
Sewaktu berlari di padang hidup
kerap kakiku tersadung selirat akar
tubuhku tercalar duri pidana
pada samar kejauhan
ancala mulia makin kabur
dan menghilang.
Sekadar songsang aksara kata
tanpa kembali ke tunjang makna
“Apakah dalam saraf khilaf
masih terbuka ruang keinsafan?”
Rabb,
moga pintu taubat-Mu terbuka
sebelum api dari bara itu menyala.
4. • Rangkap Pertama
Semakin berat kejahilan
terpikul di bahu
semakin jauh perjalanan
memburu nur-Mu
Maksud :
Perjalanan untuk mencari keredaan Tuhan semakin
sukar akibat kekurangan ilmu.
MAKSUD SAJAK
5. MAKSUD SAJAK
• RANGKAP kedua
Sewaktu berlari di padang hidup
kerap kakiku tersadung selirat akar
tubuhku tercalar duri pidana
pada samar kejauhan
ancala mulia makin kabur
dan menghilang
Maksud:
Dalam menjalani kehidupan seharian, penyajak tidak
lepas daripada melakukan kesilapan. Akibatnya jalan
menuju kebenaran semakin sukar diperoleh.
6. MAKSUD SAJAK
• RANGKAP Ketiga
Sekadar songsang aksara kata
tanpa kembali ke tunjang makna
“Apakah dalam saraf khilaf
masih terbuka ruang keinsafan?”
Maksud:
Penyajak sangsi sama ada perasaan insaf akan
wujud dalam dirinya.
7. • RANGKAP keempat
Rabb,
moga pintu taubat-Mu terbuka
sebelum api dari bara itu menyala.
Maksud:
Penyajak berharap agar peluang menebus kesalahan
masih terbuka untuknya.
MAKSUD SAJAK
9. tema
Sajak “Mengintai Ruang Insaf”
bertemakan keinsafan seseorang yang
bermuhasabah diri atas kesilapan yang
dilakukan dan keinginan untuk
bertaubat.
10. persoalan
Manusia tidak terlepas daripada
melakukan kesilapan dan kesalahan.
Perlunya perasaan insaf dalam diri.
Perasaan kesal atas kesalahan yang
dilakukan.
Keinginan untuk bertaubat.
11. Bentuk sajak
Sajak “Mengintai Ruang Insaf” ini terdiri daripada empat
rangkap,iaitu
Rangkap pertama => 4 baris
Rangkap kedua => 6 baris
Rangkap ketiga => 5 baris
Rangkap keempat => 3 baris
Jumlah patak kata dan suku kata dalam setiap baris sajak ini juga
bersifat bebas.
Begitu juga rima akhir atau skema rima sajak ini juga bebas:
abab
abcdbe
aabcd
abb
Tegasnya, sajak “Mengintai Ruang Insaf” adalah berbentuk bebas.
12. Unsur keindahan
Pemilihan kata atau diksi indah (puitis).
Contohnya => ancala mulia makin kabur
Unsur gaya bahasa dalam sajak ini termasuklah :
Metafora :
• padang hidup – rangkap 2, baris 1
padang hidup bermaksud tempat kehidupan.
Hiperbola :
• Sebelum api dari bara itu menyala – rangkap 4, baris 3
Dalam sajak ini, api dari bara melambangkan api neraka dan
perbandingan ini suatu perbandingan melampau.
Perlambangan atau Imejan :
• ancala mulia – rangkap 2, baris 5
Ancala bermaksud gunung. Dalam sajak ini ancala mulia melambangkan
amalan yang baik atau prinsip yang benar.
Sinkope :
• kakiku – rangkap 2, baris 2
• tubuhku – rangkap 2, baris 3
13. Unsur bunyi dalam sajak ini termasuklah :
Asonansi :
• Contoh perulangan asonansi dalam sajak:
Perulangan bunyi vokal a:
- Apakah dalam saraf khilaf – rangkap 3, baris 3
- sebelum api dari bara itu menyala – rangkap 4, baris 3
Perulangan bunyi vokal u :
- memburu nur-Mu ruang untuk – rangkap 4, baris 2
- masih terbuka ruang untuk – rangkap 3, baris 4
Perulangan bunyi vokal i :
- Sewaktu berlari dipadang hidup – rangkap 2, baris 1
- ancala mulia semakin kabur – rangkap 2, baris 5
Aliterasi
• Contoh perulangan aliterasi dalam sajak :
Perulangan bunyi konsonan s:
- Sekadar songsang aksara kata – rangkap 3, baris 1
Perulangan bunyi konsonan t :
- Moga pintu taubat-Mu terbuka – rangkap 4, baris 1
Perulangan bunyi konsonan n :
- dianugerahkan keinsafan – rangkap 3, baris 6
- tanpa kembali ke tunjang makna – rangkap 3, baris 2
14. nada
Sajak “Mengintai Ruang Insaf” ini bernada
melankolik. Nada melankolik sesuai dengan sajak
tersebut yang menggambarkan perasaan penyajak
yang menginsafi diri dan mengharap peluang
bertaubat terbuka untuknya.
15. nilai
• Contohnya, perasaan insaf penyajak terhadap kesalahan masa
lampaunya.
Keinsafan
• Contohnya, penyajak mengakui kesilapan yang telah dilakukannya.
Rasional
• Contohnya, sifat jujur dan ikhlas ketika memohon keampunan dan
mengakui kesilapan.
Kejujuran
16. pengajaran
Kita hendaklah insaf
akan kesalahan yang
telah kita lakukan.
Kita hendaklah
ikhlas dalam
memohon keampunan
daripada Tuhan.
Kita hendaklah
segera bertaubat
selepas melakukan
kesalahan.