Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Puisi Erti hidup bererti

6,619 views

Published on

Nota Komsas

Published in: Education
  • Be the first to comment

Puisi Erti hidup bererti

  1. 1. ERTI HIDUP BERERTI (TEO WEI SING)
  2. 2.  Rangkap 1 : Penyajak berasa kesunyian kerana malam yang dilaluinya begitu sepi . Walau bagaimanapun, keadaan itu tetap tidak berubah pada keesokan harinya kerana tiada sesiapa yang datang untuk menziarahinya .  Rangkap 2 : Keheningan tasik dan kehijauan rumput hanya sebagai bayangan lalu . Kini, cinta yang tersemai sejak di dalam rahim telah dilupakan oleh anak-anaknya, iaitu daripada anak yang sulung hingga anak yang bongsu . Lantas, penyajak mencari erti hidup sewaktu dirinya menderita sakit dan keseorangan .  Rangkap 3 : Penyajak berasa bahawa dirinya tidak bermakna kepada anak-anaknya . Namun demikian, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan supaya duka di hatinya terubat . Penyajak sedar bahwa tiada yang kekal kecuali Tuhan .
  3. 3.  Kesunyian hidup yang dilalui oleh golongan warga tua .
  4. 4.  Persoalan tentang kesunyian hidup yang dirasai oleh seorang tua .  Persoalan tentang kasih sayang orang tua yang tidak dihargai oleh anak-anak .  Persoalan tentang sikap anak-anak yang saling menolak tanggungjawab untuk menjaga orang tua .
  5. 5.  Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat  Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap  Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama . Rangkap pertama mengandungi tujuh baris, rangkap kedua mengandungi sepuluh baris, dan rangkap ketiga mengandungi sebelas baris  Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah kata dalam satu baris  Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada empat hingga tiga belas suku kata  Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama : aabcaca, rangkap kedua : abccdeafgh, dan rangkap ketiga : aabacdefdgc
  6. 6. • Pemilihan kata atau diksi dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu indah dan berkesan . Contohnya : i. Dari sulung ditendang ke bongsu – rangkap 2, baris 6 ii. Dari angah ditendang ke sulung balik – rangkap 2, baris 7 iii. Berdiri tanpa ruang – rangkap 2, baris 10 • Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak “Erti Hidup Bererti” termasuklah : a) Simile . Contohnya : Bagai kalung rangkap 1, baris 3 b) Metafora . Contohnya : Benih keinsafan – rangkap 3, baris 5 c) Hiperbola . Contohnya : Cinta dalam rahim dilupai – rangkap 2, baris 5
  7. 7. • Antara unsur bunyi yang digunakan dalam sajak “Erti Hidup Bererti” termasuklah a) Asonansi . Contohnya : i) perulangan bunyi vokal a - Aku selalu didatangi – rangkap 1, baris 1 ii)perulangan bunyi vokal i - Semoga disirami benih keinsafan – rangkap 3, baris 5 iii)Perulangan bunyi vokal u -anakku bakaku – rangkap 3, baris 3
  8. 8. a) Aliterasi . Contohnya : i)Perulangan bunyi konsonan k - Tiada yang kekal kecuali Tuhan – rangkap 3, baris 11 ii)Perulangan bunyi konsosnan m -menderita mengerang sakit – rangkap 2, baris 9
  9. 9.  Nilai kasih sayang . Contohnya, kasih sayang seorang tua terhadap anaknya tetap utuh walaupun anaknya itu setia atau derhaka .  Nilai ketabahan . Contohnya, ketabahan dalam mengharungi kehidupan seorang diri dan kesunyian tanpa dihiraukan oleh anak- anak .  Nilai bertanggungjawab . Contohnya, sikap tanggungjawab ibu bapa terhadapa anak- anaknya dengan mendoakan mereka agar dikurniakan keinsafan .
  10. 10.  Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dan menjaga ibu bapa sehingga hari tua mereka.  Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri, terutamanya menghadapi usia yang tua.  Kita haruslah menjadi anak yang bertanggungjawab dengan menjaga kebajikan ibu bapa dan menyejahterakan serta membahagiakan mereka

×