Sajak ini menggambarkan suasana perpustakaan yang sunyi dan dipenuhi buku-buku ilmu. Penyair merasa dirinya kecil di hadapan lautan ilmu di perpustakaan, namun tetap berusaha mencari ilmu meskipun tak akan pernah habis. Sajak ini mendorong pembaca untuk tekun menuntut ilmu dengan rajin ke perpustakaan.
1. Sajak Di Perpustakaan oleh Shafie Abu Bakar
MAKSUD RANGKAP
Rangkap Pertama : Suasana di dalam perpustakaan berbeza
daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya
dengan ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah.
Rangkap Kedua : Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu
kerdil apabila berada di rak buku yang mengandungi
pelbagai jenis buku. Penyajak berasakan ilmu yang
dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan
ilmu yang terdapat di perpustakaan dan dirinya tidak
mungkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia.
Rangkap Ketiga : Penyajak berusaha mencari ilmu, tetapi ilmu
tidak akan habis dipelajari.
TEMA
Tema sajak ini ialah perpustakaan merupakan gedung ilmu yang
menjadi kunjungan pencinta ilmu.
PERSOALAN
Isi perpustakaan.
Contoh : Pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di
perpustakaan dan perlu dimanfaatkan.
Suasana di perpustakaan.
Contoh : Suasana perpustakaan yang senyap di mana-mana
sahaja dan dipenuhi dengan buku-buku.
2. Perpustakaan merupakan gedung ilmu.
Contoh : Berada di perpustakaan seperti berada di lautan ilmu
yang kedalamannya tidak terselam.
Penerokaan ilmu di perpustakaan tidak akan berakhir.
Contoh : Bagi yang dahagakan ilmu tidak sama sekali berasa
puas apabila berada di perpustakaan.
BENTUK SAJAK
Sajak “Di Perpustakaan” adalah berbentuk bebas.
Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap, iaitu rangkap
pertama ada sepuluh baris, rangkap kedua ada lima belas
baris, manakala rangkap ketiga ada enam baris.
Jumlah patah kata dan suku kata dalam setiap baris sajak
ini bersifat bebas. Misalnya, pada rangkap ketiga baris kedua
ada lima patah kata dengan dua belas suku kata. Sebaliknya,
pada rangkap kedua baris kelapan ada dua patah kata sahaja
dengan lima suku kata.
Rima akhir atau skema rima sajak ini juga bebas.
Contoh : abccdddddd, abacdbbefegehcc, abbaba.
NADA
Sajak ini berbentuk sinis. Nada sinis ini sesuai dengan sajak
tersebut yang menggambarkan sikap masyarakat yang kurang
mengunjungi perpustakaan dan kurang berminat menimba
pelbagai ilmu yang terdapat di situ.
3. UNSUR KEINDAHAN
Pemilihan kata atau diksinya indah ( puitis ).
Contoh : Gua pendeta bersemadi.
Unsur gaya bahasa dalam sajak ini ialah :
~ anafora :
i) Di puncak sepi
Di sana sini ( rangkap 1, baris 7 – 8 )
ii) Hanya setitik dari tinta
Hanya sebiji dari mutiara ( rangkap 2, baris
10 – 12 )
~ metafora
i) di dada samudera – rangkap 3, baris 3.
Di dada samudera bermaksud tempat yang
luas.
~ personifikasi
i) Ke kedinginan yang menerpa – rangkap 1,
baris 4.
Kedinginan telah diberikan sifat manusia, iaitu
menerpa.
~ perlambangan atau imejan
i) Gua pendeta bersemadi – rangkap 1, baris 6.
Gua pendeta bersemadi bermaksud tempat
tersimpannya ilmu dan fikiran para cendiakawan.
4. Unsur bunyi dalam sajak ini termasuklah :
~ asonansi
i) pengulangan bunyi vokal a :
- Dari kehangatan merata – rangkap 1, baris 3.
- Dahaga tak pernah langsai – rangkap 3, baris
6.
ii) pengulangan bunyi vokal u :
- Terapung di laut ilmu - rangkap 2, baris 2.
- Betapapun kuteguk darinya – rangkap 3,
baris 5.
~ aliterasi
i) pengulangan bunyi konsonan n :
- Ke kedinginan yang menerpa – rangkap 1,
baris 4
- Gedung peradaban insan – rangkap 2, baris
14
NILAI
Kerajinan
Contoh : Rajin menuntut ilmu pengetahuan.
Dedikasi
Contoh : Berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan.
Ketekunan
Contoh : Tekun dalam mempelajari ilmu.
5. PENGAJARAN
Kita hendaklah tekun menuntut ilmu.
Kita hendaklah memiliki minat untuk mendalami sesuatu
disiplin ilmu.
Kita perlulah memiliki kegigihan dalam mencari ilmu.
Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.