Pesakit pandemik adalah seseorang yang telah disahkan terkena jangkitan virus pandemik samaada ianya bergejala ataupun tidak bergelaja. Penyakit ini senang berjangkit jika tidak dibendung lebih awal.
Maqasid syariah hukum kehadiran pesakit pandemik ke solat jumaat
1. Maqasid Syariah:
HUKUM KEHADIRAN PESAKIT PANDEMIK
KE SOLAT JUMAAT, JEMAAH DAN IKTIKAF
NAMA NO. MATRIK
NUR HANUN BINTI MOHD ROPI 051135
NUR AIN SABARIAH BINTI DIN 051122
NOR ATIYYATUL HUSNA BINTI MASHADI 050773
3. PENGENALAN
Pesakit Pandemik
Seseorang yang telah disahkan terkena
jangkitan virus pandemik samaada ianya
bergejala ataupun tidak bergelaja.
Penyakit ini senang berjangkit jika tidak
dibendung lebih awal.
Persoalan:
Apakah hukum pesakit pandemik datang ke
masjid untuk solat jumaat, jemaah atau iktikaf?
4. OBJEKTIF
Menghuraikan hukum kehadiran pesakit pandemik
untuk Solat Jumaat, Jemaah dan iktikaf menurut
perspektif hukum syarak.
Mengetahui kaedah fiqh yang digunapakai sebagai
garis panduan dalam menentukan hukum pesakit
pandemik datang ke masjid untuk solat Jumaat,
Jemaah dan iktikaf.
Menjelaskan pendekatan maqasid syariah di dalam
hukum kehadiran pesakit pandemik untuk Solat
Jumaat, Jemaah dan iktikaf.
5. METODOLOGI KAJIAN
1) Kaedah Penyelidikan Kepustakaan
2) Pengumpulan Data
Bahan rujukan primer seperti
al-Quran dan as-Sunnah.
Bahan rujukan sekunder seperti
buku, jurnal, artikel, thesis.
3) Data-data dianalisis secara
deduktif dan induktif.
6. DAPATAN KAJIAN
1) Hukum
Hukum pesakit pandemik datang ke masjid untuk solat
Jumaat, Jemaah dan iktikaf ke atas adalah haram.
Majlis Fatwa Syar’i:
Haram hukumnya bagi sesiapa yang dijangkiti atau
disyaki dijangkiti virus tersebut untuk berada di
tempat yang umum atau pergi ke masjid untuk
menunaikan solat Jumaat, berjemaah mahupun iktikaf.
Wajib untuk mengambil segala langkah pencegahan.
7. DAPATAN KAJIAN
2) Maqasid Syariah
o Hifz nafsi iaitu menjaga nyawa merupakan perkara yang
dituntut kepada umat Islam.
o Tindakan yang membahayakan diri atau nyawa adalah
diharamkan dan akan dikenakan balasan setimpal
kepadanya.
o Membawa keburukan kepada diri sendiri.
o Mengundang kemudaratan kepada masyarakat yang
berada di sekitarnya dengan tersebarnya virus-virus yang
ada pada dirinya.
8. DAPATAN KAJIAN
3) Kaedah Fiqh
ُالَزُي ِرَرَّالض
Maksudnya: “Kemudaratan harus dihilangkan.”
o Dalam keadaan penularan wabak covid-19 ini, kemudaratan mesti
dihilangkan dengan cara berada di rumah.
o Kuarantin diri kerana bimbang akan membawa risiko jangkitan
kepada lebih ramai orang.
o Ia sebagai satu langkah proaktif, berjaga-jaga dan inisiatif bagi
menghalang wabak itu daripada terus merebak di dalam negara.
o Gugurlah kewajipan solat Jumaat, solat berjemaah, serta
hendaklah diganti dengan solat Zohor.
9. SOLAT BERJEMAAH BERTERUSAN DI RUMAH
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas,
Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang mendengar azan tetapi dia tidak
menjawabnya yakni datang menunaikannya, maka tidak ada
solat baginya melainkan kerana uzur. Mereka (para sahabat)
bertanya: Apakah keuzuran itu? Baginda menjawab: ketakutan
dan sakit.
Solat berjemaah di masjid ataupun di rumah akan mendapat
ganjaran pahala yang sama.
Kerana terhalang untuk solat di masjid disebabkan bimbang
dijangkiti penyakit berjangkit seperti wabak Covid-19 atau
dia sendiri mempunyai simptom tersebut.
10. KESIMPULAN
Hukum pesakit pandemik yang datang untuk Solat Jumaat, Jemaah
dan Iktikaf adalah haram sekiranya ia membawa kemudaratan yang
lebih besar berbanding manfaat.
Kerana melibatkan nyawa diri sendiri, orang lain juga dan akan
mejejaskan negara.
Kita hendaklah mematuhi apa yang telah diarahkan.
Bersandarkan kepada kaedah fiqh, kemudaratan mesti dihilangkan
dengan cara berada di rumah.
Maka, solatlah secara berjemaah di rumah bersama anak dan isteri
mengikut kadar dan keadaan yang sebaiknya.
Stay as far away as possible from others when coughing or sneezing; better yet, face away from them. Sneeze into the crook of your arm or into a paper handkerchief that you then throw away immediately. Avoid touching other persons when greeting them and wash your hands regularly and thoroughly for at least 20 seconds with soap and water.