MODUL 2
Keselamatan dan  Cara Pencegahan
Keselamatan dan pencegahan kemalangan di rumah
PENGENALAN Sepatutnya rumah menjadi sebuah tempat yang paling selamat untuk kanak-kanak dan orang-orang dewasa.  Rumah tidak lari dari mempunyai pelbagai risiko yang boleh mendatangkan kecederaan kepada penghuninya, sama ada di dalam atau di luar kawasan rumah.  Maklumat mengenai bagaimana dan kenapa kecederaan berlaku, boleh membantu mencegah kecelakaan ini.  .
Mencegah kecederaan biasanya memerlukan penglibatan pelbagai disiplin dan pendekatan  .  Kanak-kanak (kurang daripada 14 tahun) dan juga wargatua (yang melebihi 65 tahun) merupakan golongan yang paling ramai mengalami kecederaan di rumah .
Kecederaan di rumah yang melibatkan kanak-kanak ada kaitannya dengan umur, di mana kebanyakkan kejadian yang berlaku melibatkan kanak-kanak berusia dalam lingkungan 2 tahun Ini ada hubungannya dengan keupayaan dan kebolehan mereka untuk merangkak, berjalan dan juga memanjat ke tempat yang merbahaya. Juga disebabkan sifat berminat mereka untuk mengetahui sesuatu serta kecederongan mereka untuk memasukkan benda-benda ke dalam mulut.
SEBAB Kanak-kanak: Bucu dan juga bahagian tepi perabot, alat pertukangan, peralatan rumah dan juga alat permainan  Jatuh dari perabot, basikal dan tempat tinggi ke atas permukaan atau lantai yang keras.  Tercekik  Lemas  Keracunan
Api dan luka terbakar  Terkena kejutan elektrik dari peralatan rumah  Lemas di dalam kolam mandi dan dalam bilik mandi  wargatua,   Penyebab utama kecederaan yang berlaku adalah akibat terjatuh yang akan membawa kepada patah tulang; pada wanita yang berumur, diburukkan lagi oleh masalah osteoporosis.
Bagi kecederaan di dalam rumah peratusnya adalah lebih tinggi berbanding dengan kejadian di luar rumah.  Dapur merupakan kawasan yang paling kerap di mana berlakunya kecederaan .
Faktor risiko kejadian jatuh di kalangan warga tua Faktor luaran (extrinsic) termasuk  : Pencahayaan yang tidak baik  Permukaan/lantai yang licin  Terdapat halangan pada lorong/kawasan berjalan  Tangga  Kurang tempat memegang  Ubat-ubatan
Faktor dalaman (intrinsic) pula termasuk : Umur dan kekuatan  Kebolehgerakan dan juga daya imbangan  Masalah pendengaran dan juga penglihatan  Kemurungan  Sakit kronik
Bahaya di dalam rumah Bilik Tidur  Selalunya ia merupakan tempat yang paling selamat  Periksa benda-benda yang terdapat di atas katil seperti bantal dan selimut. Ini dapat mengurangkan kejadian lemas pada kanak-kanak.  Bilik tidur yang mempunyai peralatan elektrik seperti televisyen perlu diberi perhatian.
Bilik mandi  Awasi anak anda semasa mandi di dalam tab mandi atau menggunakan air dalam baldi. Mereka boleh lemas walaupun pada air yang hanya sedalam 5 sm  Pisau cukur (manual atau elektrik) dan juga bahan kimia yang boleh menyebabkan kecederaan sekiranya tidak digunakan dengan betul.  Lantai yang licin dan juga tab mandi boleh menyebabkan seseorang terjatuh
Tangga  Ini merupakan lubuk bahaya dalam rumah yang bertingkat  Bagi melindungi kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak yang kecil, pintu kecil perlu dipasang untuk keselamatan  Jangan tinggalkan barang-barang seperti alat permainan di atas tangga kerana ini boleh terpijak dan jatuh
Lantai  Bahaya yang datang dari barangan elektrik dan juga penggunaan pengalas lantai yang salah  Lantai licin dari tumpahan cecair adalah merbahaya
Bilik belajar  Di dalam bilik ini, ibubapa perlu lebih berhati-hati terhadap peralatan elektrik, hiasan yang digantung, bahan kimia dan juga alat perabot boleh mendatangkan bahaya seperti rak buku yang penuh dengan buku-buku yang boleh menyebabkan buku-buku itu jatuh dan menimpa kanak-kanak apabila mereka cuba mengambilnya.  Alat tulis yang tajam seperti gunting boleh menjadi sangat bahaya jika diambil main oleh kanak-kanak
Dapur  Bahagian ini yang selalu menyebabkan berlakunya kecederaan yang berpunca dari peralatan dalam dapur.  Minyak masak yang panas, air mendidih, kuali panas, rempah dan juga pisau boleh mewujudkan persekitaran yang sangat merbahaya bagi kanak-kanak.
Laman rumah Di samping menghadapi bahaya-bahaya semula jadi seperi ular,lipan dan juga serangga berbisa, kanak-kanak juga terdedah kepada bahaya buatan manusia seperti bahan kimia (baja),racun serangga dan juga peralatan berkebun.
Bilik stor dan juga garaj Terdapat banyak barang-barang yang merbahaya disimpan di sini. Bahan kimia dan juga alatan pertukangan adalah barang yang paling kerap boleh mendatangkan kecederaan.
Pencegahan Pencegahan am dari kecederaan di rumah Terjatuh, bagi bayi dan kanak-kanak Memasang pagar keselamatan pada tangga  Elakkan penggunaan walker yang beroda  Awasi anak anda apabila ia mula belajar satu pergerakan baru seperti merangkak, memanjat dan lain-lain
Bayi sepatutnya tidurkan di katil bayi atau pun di atas lantai. Ini adalah kerana bayi lebih cenderung untuk berguling dan terjatuh daripada tempat dia tidur.  Pada peringkat umur tertentu, kanak-kanak cenderung untuk memanjat. Jadi jangan letakkan barang-barang yang boleh dipanjat berhampiran dengan tingkap. Awasi sepenuhnya aktiviti yang mereka lakukan.
Cepat bersihkan lantai sekiranya tertumpahkan sesuatu di atas lantai  Simpan semua hamparan atau permaidani yang dilipat. Pastikan benda-benda itu tidak bersepah di atas lantai.  Simpan pisau dan segala objek tajam di tempat yang selamat, yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
Untuk Warga tua Gunakan perabot yang sesuai yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, seperti pemegang di bilik air  Fahami dos-dos ubat, masa mengambilnya dan juga kesan tindakan, interaksi untuk mengurangkan kesan sampingan, penyalahgunaan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan ubat-ubatan yang boleh membawa kepada terjatuh dan cedera
Jika anda mempunyai keluarga yang terdiri dari warga tua adalah lebih sesuai tinggal di rumah yang tidak bertangga. Pastikan sentiasa ada orang yang tinggal bersama di dalam rumah
Racun dan juga ubat-ubatan Simpan ubat dan juga bahan-bahan beracun di dalam almari yang berkunci dan sukar dicapai.  Simpan ubat di dalam bekasnya yang asal.  Jangan beri ubat orang dewasa ataupun ubat untuk kanak-kanak lain kepada anak anda  Ubat yang tidak lagi digunakan haruslah dimusnahkan - buang di dalam sinki, ditanam ataupun dibakar
Simpan botol minyak tanah di dalam kabinet ataupun di tempat yang tinggi untuk mengelakkan kanak-kanak tersalah ambil dan terminum dari bekas tersebut  Detergen atau sabun basuh adalah bahan yang merbahaya sekiranya terminum ataupun terpercik pada kanak-kanak. Simpanlah di dalam tempat yang selamat .
Simpan dan ingat nombor-nombor kecemasan yang penting dan juga pusat rawatan keracunan yang berdekatan. Ini berguna sekiranya anak anda tertelan ubat dan juga bahan-bahan yang tidak diingini.  Racun serangga tidak sepatutnya dibiarkan terdedah. Ia perlu disimpan di tempat-tempat yang tersembunyi dan tidak mudah diambil oleh kanak-kanak.
Lemas Berhati-hatilah dan awasi dengan rapi apabila anak anda bermain dalam air, seperti di dalam tab mandi atau pun menggunakan air di dalam baldi. Mereka boleh lemas walaupun hanya dengan air yang sedalam 5 sm  Tutup semua bekas air  Didik dan ajar anak-anak anda cara berenang  Rumah yang mempunyai kolam renang seharusnya dipagar di kelilingnya bagi mengelakkan kanak-kanak menggunakannya tanpa pengawasan.
Luka terbakar dan melecur Biasakan dan pasang alat penggera untuk mengesan asap di tempat-tempat tertentu dalam rumah seperti dapur dan juga bilik tidur.  Jauhkan kanak-kanak daripada memasuki dapur  Jauhkan pemegang peralatan yang panas daripada jangkauan kanak-kanak  Sorokkan semua mancis dan juga pemetik api  Sentiasa merasa suhu air pada alat pemanas mandian sebelum memandikan anak anda
Jauhkan anak-anak sekiranya anda sedang menggosok pakaian dan jangan sekali-kali membiarkan seterika terpasang  Jangan tinggalkan atau biarkan api yang menyala (seperti lilin dan pelita) pada kanak-kanak
Keselamatan dan pencegahan kemalangan di tempat kerja.
PERATURAN AM KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA Sentiasa memberi perhatian yang munasabah kepada keselamatan diri sendiri dan rakan sekerja.  Sentiasa bekerjasama dengan penyelia dan pengurus anda dalam aspek keselamatan. Sentiasa menggunakan peralatan dengan cara yang betul dan selamat dan pastikan anda tidak mengusik/menganggu peralatan keselamatan (alat pengesan gas, kon dan sebagainya).
Sentiasa periksa peralatan sebelum memulakan kerja dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.  Jangan menggunakan mesin, peralatan atau bahan kimia kecuali anda telah dilatih menggunakannya dengan betul dan selamat. Sentiasa rujuk kepada penyelia ada sekiranya ada merasa ragu-ragu tentang penggunaannya. Sentiasa meneliti arahan yang terdapat di pelekat bahan kimia untuk memastikan apakah langkah-langkah keselamatan  yang perlu diikuti semasa penggunaan bahan tersebut. Contohnya cara perlindungan dan pengudaraan, rujuk kepada Data
Keselamatan Bahan Kimia (MSDS) sekiranya timbul keraguan.  Sentiasa memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPD) yang dibekalkan semasa anda menjalankan tugas berdasarkan  peraturan yang telah ditetapkan.  Pastikan kawasan kerja anda bersih, kemas dan tersusun serta bebas dari bahaya tersadung dan kelicinan dengan mengekalkan kekemasan di tempat kerja. Semua barangan hendaklah disusun di tempatnya. Bersihkan tumpahan, jika berlaku, dengan segera.
Sentiasa mengangkut, mengangkut, meletak, menarik dan menolak dengan cara yang selamat mengikut panduan dan tata amalan di dalam manual keselamatan. Jangan memaksa diri dan dapatkan pertolongan sekiranya perlu. Gunakan pisau secara betul dan selamat. Jangan tinggalkan pisau merata-rata jika tidak digunakan, letak di tempat yang selamat.   Berhati-hati mengendalikan peralatan elektrik. Jangan sesekali membuat kerja-kerja elektrik kecuali anda telah dilatih berbuat demikian. Elektrik boleh membunuh.
Pandu kenderaan dengan cermat di tempat kerja terutama apabila masuk dan keluar dari tempat tersebut. Jangan sesekali memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Sentiasa mengambilkira keselamatan pejalan kaki dan juga kenderaan lain.  Elakkan bahaya dengan menjaga keselamatan diri semasa bertugas. Apabila bertugas berhampiran kenderaan dan mesin bergerak, jangan sesekali menyalahgunakan keberanian, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Jangan sesekali menganggu mereka yang sedang memberi tumpuan kepada kerja. Tunggi sehingga waktu yang sesuai dan selamat untuk mereka memberi perhatian kepada anda.
Jangan datang ke tempat kerja sekiranya anda dipengaruhi oleh kesan dadah. Maklumkan kepada penyelia anda sekiranya ada masih berada di bawah pengawasan doktor.   Jangan berlari di tapak kerja atau di tempat kerja. Berjalanlah dengan pantas bila perlu. Berjalan dengan perlahan di permukaan lantai yang licin. Sentiasa melihat ke hadapan dan pastikan arah tuju anda. Sentiasa berwaspada terhadap apa-apa sahaja yang boleh menyebabkan kemalangan. Laporkan tentang bahaya, kerosakan atau kemalangan dengan segera kepada penyelia anda
Jangan melibatkan diri dengan gurauan kasar dan salah laku dalam apa jua bentuk. Apa yang dianggap sebagai gurauan kadangkala boleh menyebabkan kecederaan atau kemalangan.

Keselamatan & Pencegahan

  • 1.
  • 2.
    Keselamatan dan Cara Pencegahan
  • 3.
    Keselamatan dan pencegahankemalangan di rumah
  • 4.
    PENGENALAN Sepatutnya rumahmenjadi sebuah tempat yang paling selamat untuk kanak-kanak dan orang-orang dewasa. Rumah tidak lari dari mempunyai pelbagai risiko yang boleh mendatangkan kecederaan kepada penghuninya, sama ada di dalam atau di luar kawasan rumah. Maklumat mengenai bagaimana dan kenapa kecederaan berlaku, boleh membantu mencegah kecelakaan ini. .
  • 5.
    Mencegah kecederaan biasanyamemerlukan penglibatan pelbagai disiplin dan pendekatan . Kanak-kanak (kurang daripada 14 tahun) dan juga wargatua (yang melebihi 65 tahun) merupakan golongan yang paling ramai mengalami kecederaan di rumah .
  • 6.
    Kecederaan di rumahyang melibatkan kanak-kanak ada kaitannya dengan umur, di mana kebanyakkan kejadian yang berlaku melibatkan kanak-kanak berusia dalam lingkungan 2 tahun Ini ada hubungannya dengan keupayaan dan kebolehan mereka untuk merangkak, berjalan dan juga memanjat ke tempat yang merbahaya. Juga disebabkan sifat berminat mereka untuk mengetahui sesuatu serta kecederongan mereka untuk memasukkan benda-benda ke dalam mulut.
  • 7.
    SEBAB Kanak-kanak: Bucudan juga bahagian tepi perabot, alat pertukangan, peralatan rumah dan juga alat permainan Jatuh dari perabot, basikal dan tempat tinggi ke atas permukaan atau lantai yang keras. Tercekik Lemas Keracunan
  • 8.
    Api dan lukaterbakar Terkena kejutan elektrik dari peralatan rumah Lemas di dalam kolam mandi dan dalam bilik mandi wargatua, Penyebab utama kecederaan yang berlaku adalah akibat terjatuh yang akan membawa kepada patah tulang; pada wanita yang berumur, diburukkan lagi oleh masalah osteoporosis.
  • 9.
    Bagi kecederaan didalam rumah peratusnya adalah lebih tinggi berbanding dengan kejadian di luar rumah. Dapur merupakan kawasan yang paling kerap di mana berlakunya kecederaan .
  • 10.
    Faktor risiko kejadianjatuh di kalangan warga tua Faktor luaran (extrinsic) termasuk : Pencahayaan yang tidak baik Permukaan/lantai yang licin Terdapat halangan pada lorong/kawasan berjalan Tangga Kurang tempat memegang Ubat-ubatan
  • 11.
    Faktor dalaman (intrinsic)pula termasuk : Umur dan kekuatan Kebolehgerakan dan juga daya imbangan Masalah pendengaran dan juga penglihatan Kemurungan Sakit kronik
  • 12.
    Bahaya di dalamrumah Bilik Tidur Selalunya ia merupakan tempat yang paling selamat Periksa benda-benda yang terdapat di atas katil seperti bantal dan selimut. Ini dapat mengurangkan kejadian lemas pada kanak-kanak. Bilik tidur yang mempunyai peralatan elektrik seperti televisyen perlu diberi perhatian.
  • 13.
    Bilik mandi Awasi anak anda semasa mandi di dalam tab mandi atau menggunakan air dalam baldi. Mereka boleh lemas walaupun pada air yang hanya sedalam 5 sm Pisau cukur (manual atau elektrik) dan juga bahan kimia yang boleh menyebabkan kecederaan sekiranya tidak digunakan dengan betul. Lantai yang licin dan juga tab mandi boleh menyebabkan seseorang terjatuh
  • 14.
    Tangga Inimerupakan lubuk bahaya dalam rumah yang bertingkat Bagi melindungi kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak yang kecil, pintu kecil perlu dipasang untuk keselamatan Jangan tinggalkan barang-barang seperti alat permainan di atas tangga kerana ini boleh terpijak dan jatuh
  • 15.
    Lantai Bahayayang datang dari barangan elektrik dan juga penggunaan pengalas lantai yang salah Lantai licin dari tumpahan cecair adalah merbahaya
  • 16.
    Bilik belajar Di dalam bilik ini, ibubapa perlu lebih berhati-hati terhadap peralatan elektrik, hiasan yang digantung, bahan kimia dan juga alat perabot boleh mendatangkan bahaya seperti rak buku yang penuh dengan buku-buku yang boleh menyebabkan buku-buku itu jatuh dan menimpa kanak-kanak apabila mereka cuba mengambilnya. Alat tulis yang tajam seperti gunting boleh menjadi sangat bahaya jika diambil main oleh kanak-kanak
  • 17.
    Dapur Bahagianini yang selalu menyebabkan berlakunya kecederaan yang berpunca dari peralatan dalam dapur. Minyak masak yang panas, air mendidih, kuali panas, rempah dan juga pisau boleh mewujudkan persekitaran yang sangat merbahaya bagi kanak-kanak.
  • 18.
    Laman rumah Disamping menghadapi bahaya-bahaya semula jadi seperi ular,lipan dan juga serangga berbisa, kanak-kanak juga terdedah kepada bahaya buatan manusia seperti bahan kimia (baja),racun serangga dan juga peralatan berkebun.
  • 19.
    Bilik stor danjuga garaj Terdapat banyak barang-barang yang merbahaya disimpan di sini. Bahan kimia dan juga alatan pertukangan adalah barang yang paling kerap boleh mendatangkan kecederaan.
  • 20.
    Pencegahan Pencegahan amdari kecederaan di rumah Terjatuh, bagi bayi dan kanak-kanak Memasang pagar keselamatan pada tangga Elakkan penggunaan walker yang beroda Awasi anak anda apabila ia mula belajar satu pergerakan baru seperti merangkak, memanjat dan lain-lain
  • 21.
    Bayi sepatutnya tidurkandi katil bayi atau pun di atas lantai. Ini adalah kerana bayi lebih cenderung untuk berguling dan terjatuh daripada tempat dia tidur. Pada peringkat umur tertentu, kanak-kanak cenderung untuk memanjat. Jadi jangan letakkan barang-barang yang boleh dipanjat berhampiran dengan tingkap. Awasi sepenuhnya aktiviti yang mereka lakukan.
  • 22.
    Cepat bersihkan lantaisekiranya tertumpahkan sesuatu di atas lantai Simpan semua hamparan atau permaidani yang dilipat. Pastikan benda-benda itu tidak bersepah di atas lantai. Simpan pisau dan segala objek tajam di tempat yang selamat, yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
  • 23.
    Untuk Warga tuaGunakan perabot yang sesuai yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, seperti pemegang di bilik air Fahami dos-dos ubat, masa mengambilnya dan juga kesan tindakan, interaksi untuk mengurangkan kesan sampingan, penyalahgunaan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan ubat-ubatan yang boleh membawa kepada terjatuh dan cedera
  • 24.
    Jika anda mempunyaikeluarga yang terdiri dari warga tua adalah lebih sesuai tinggal di rumah yang tidak bertangga. Pastikan sentiasa ada orang yang tinggal bersama di dalam rumah
  • 25.
    Racun dan jugaubat-ubatan Simpan ubat dan juga bahan-bahan beracun di dalam almari yang berkunci dan sukar dicapai. Simpan ubat di dalam bekasnya yang asal. Jangan beri ubat orang dewasa ataupun ubat untuk kanak-kanak lain kepada anak anda Ubat yang tidak lagi digunakan haruslah dimusnahkan - buang di dalam sinki, ditanam ataupun dibakar
  • 26.
    Simpan botol minyaktanah di dalam kabinet ataupun di tempat yang tinggi untuk mengelakkan kanak-kanak tersalah ambil dan terminum dari bekas tersebut Detergen atau sabun basuh adalah bahan yang merbahaya sekiranya terminum ataupun terpercik pada kanak-kanak. Simpanlah di dalam tempat yang selamat .
  • 27.
    Simpan dan ingatnombor-nombor kecemasan yang penting dan juga pusat rawatan keracunan yang berdekatan. Ini berguna sekiranya anak anda tertelan ubat dan juga bahan-bahan yang tidak diingini. Racun serangga tidak sepatutnya dibiarkan terdedah. Ia perlu disimpan di tempat-tempat yang tersembunyi dan tidak mudah diambil oleh kanak-kanak.
  • 28.
    Lemas Berhati-hatilah danawasi dengan rapi apabila anak anda bermain dalam air, seperti di dalam tab mandi atau pun menggunakan air di dalam baldi. Mereka boleh lemas walaupun hanya dengan air yang sedalam 5 sm Tutup semua bekas air Didik dan ajar anak-anak anda cara berenang Rumah yang mempunyai kolam renang seharusnya dipagar di kelilingnya bagi mengelakkan kanak-kanak menggunakannya tanpa pengawasan.
  • 29.
    Luka terbakar danmelecur Biasakan dan pasang alat penggera untuk mengesan asap di tempat-tempat tertentu dalam rumah seperti dapur dan juga bilik tidur. Jauhkan kanak-kanak daripada memasuki dapur Jauhkan pemegang peralatan yang panas daripada jangkauan kanak-kanak Sorokkan semua mancis dan juga pemetik api Sentiasa merasa suhu air pada alat pemanas mandian sebelum memandikan anak anda
  • 30.
    Jauhkan anak-anak sekiranyaanda sedang menggosok pakaian dan jangan sekali-kali membiarkan seterika terpasang Jangan tinggalkan atau biarkan api yang menyala (seperti lilin dan pelita) pada kanak-kanak
  • 31.
    Keselamatan dan pencegahankemalangan di tempat kerja.
  • 32.
    PERATURAN AM KESELAMATANDI TEMPAT KERJA Sentiasa memberi perhatian yang munasabah kepada keselamatan diri sendiri dan rakan sekerja. Sentiasa bekerjasama dengan penyelia dan pengurus anda dalam aspek keselamatan. Sentiasa menggunakan peralatan dengan cara yang betul dan selamat dan pastikan anda tidak mengusik/menganggu peralatan keselamatan (alat pengesan gas, kon dan sebagainya).
  • 33.
    Sentiasa periksa peralatansebelum memulakan kerja dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan. Jangan menggunakan mesin, peralatan atau bahan kimia kecuali anda telah dilatih menggunakannya dengan betul dan selamat. Sentiasa rujuk kepada penyelia ada sekiranya ada merasa ragu-ragu tentang penggunaannya. Sentiasa meneliti arahan yang terdapat di pelekat bahan kimia untuk memastikan apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diikuti semasa penggunaan bahan tersebut. Contohnya cara perlindungan dan pengudaraan, rujuk kepada Data
  • 34.
    Keselamatan Bahan Kimia(MSDS) sekiranya timbul keraguan. Sentiasa memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPD) yang dibekalkan semasa anda menjalankan tugas berdasarkan  peraturan yang telah ditetapkan.  Pastikan kawasan kerja anda bersih, kemas dan tersusun serta bebas dari bahaya tersadung dan kelicinan dengan mengekalkan kekemasan di tempat kerja. Semua barangan hendaklah disusun di tempatnya. Bersihkan tumpahan, jika berlaku, dengan segera.
  • 35.
    Sentiasa mengangkut, mengangkut,meletak, menarik dan menolak dengan cara yang selamat mengikut panduan dan tata amalan di dalam manual keselamatan. Jangan memaksa diri dan dapatkan pertolongan sekiranya perlu. Gunakan pisau secara betul dan selamat. Jangan tinggalkan pisau merata-rata jika tidak digunakan, letak di tempat yang selamat.  Berhati-hati mengendalikan peralatan elektrik. Jangan sesekali membuat kerja-kerja elektrik kecuali anda telah dilatih berbuat demikian. Elektrik boleh membunuh.
  • 36.
    Pandu kenderaan dengancermat di tempat kerja terutama apabila masuk dan keluar dari tempat tersebut. Jangan sesekali memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Sentiasa mengambilkira keselamatan pejalan kaki dan juga kenderaan lain.  Elakkan bahaya dengan menjaga keselamatan diri semasa bertugas. Apabila bertugas berhampiran kenderaan dan mesin bergerak, jangan sesekali menyalahgunakan keberanian, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Jangan sesekali menganggu mereka yang sedang memberi tumpuan kepada kerja. Tunggi sehingga waktu yang sesuai dan selamat untuk mereka memberi perhatian kepada anda.
  • 37.
    Jangan datang ketempat kerja sekiranya anda dipengaruhi oleh kesan dadah. Maklumkan kepada penyelia anda sekiranya ada masih berada di bawah pengawasan doktor.  Jangan berlari di tapak kerja atau di tempat kerja. Berjalanlah dengan pantas bila perlu. Berjalan dengan perlahan di permukaan lantai yang licin. Sentiasa melihat ke hadapan dan pastikan arah tuju anda. Sentiasa berwaspada terhadap apa-apa sahaja yang boleh menyebabkan kemalangan. Laporkan tentang bahaya, kerosakan atau kemalangan dengan segera kepada penyelia anda
  • 38.
    Jangan melibatkan diridengan gurauan kasar dan salah laku dalam apa jua bentuk. Apa yang dianggap sebagai gurauan kadangkala boleh menyebabkan kecederaan atau kemalangan.