SlideShare a Scribd company logo
PENGENALAN
PERTOLONGAN
CEMAS
Pengenalan Pertolongan Cemas 1
PENGENALAN
PERTOLONGAN CEMAS
Disusun oleh:
YUSNIZAM BIN
YUSOFF
PEMBANTU PERUBATAN
AMBULAN (UNIT KECEMASAN
BERMOTOSIKAL)
IBU PEJABAT KEBANGSAAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
ISI KANDUNGAN
Muka
Surat
Skop Pertolongan Cemas 2
Luka & Pendarahan 10
Patah 17
Kecederaan Sendi dan Otot-otot 23
Terbakar dan Melecur 27
Pitam dan Tidak Sedarkan Diri 33
Pengenalan Pertolongan Cemas 2
SKOP
PERTOLONGAN
CEMAS
Pengenalan Pertolongan Cemas 3
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa atau pesakit.
Konsep Pertolongan Cemas
Pertolongan Cemas ditakrifkan / diertikan sebagai Bantuan Permulaan / Bantu Mula / Rawatan Awal yang
diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara
mengejut / tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar
perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.
TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS
1. Selamatkan nyawa
Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti
pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi.
2. Mengelakkan dari bertambah buruk
Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau
keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.
3. Mengurangkan kesakitan
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit
DAPATKAN BANTUAN KECEMASAN ATAU LANJUTAN
• Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar yang segera
• Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba.
MENILAI SITUASI MANGSA (PRIMARY SURVEY)
Bertindak D R A B C
D = Danger (Bahaya)
R = Response (Tindak balas/Reaksi)
A = Airway (Saluran pernafasan)
B = Breathing (Pernafasan)
C = Circulation (Peredaran/Pengaliran Darah)
RESPONSE (TINDAKBALAS / REAKSI)
Dapatkan tindak balas atau reaksi dari mangsa.
Jika sedar :
• Tanya mangsa keadaannya
• Pastikan kecederaan atau kesan lain
• Berikan rawatan yang sewajarnya
• Dapatkan bantuan jika perlu
Jika tidak sedar :
• Pastikan saluran pernafasan terbuka dan
tiada halangan
• Periksa samada mangsa bernafas atau tidak.
• Periksa pengaliran darah dengan merasa
denyutan nadi di leher (karotid)
Tahap kesedaran mangsa boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu:
1) A - Alert (sedar sepenuhnya)
2) V - Verbal (respon terhadap suara)
3) P – Pain (respon terhadap kesakitan/sentuhan)
4) U – Unconcious (tiada apa-apa respon)
Pengenalan Pertolongan Cemas 4
SECONDARY SURVEY (MEMERIKSA MANGSA)
Pemeriksaan tubuh badan mangsa untuk membuat penilaian bolehlah diringkaskan seperti berikut:
Bahagian Tindakan
a) Kepala
Pemeriksa kesan-kesan kecederaan yang terdapat pada muka dan keseluruhan bahagian
kepala mangsa untuk melihat pendarahan, terbakar, bengkak dan sebagainya.
b) Leher Periksa belakang tengkuk dan nadi.
c) Belakang Periksa ruas-ruas tulang belakang.
d) Badan Periksa keseimbangan tulang rusuk, turun naik dada, patah dan sebagainya.
e) Tangan Periksa nadi, luka, terkehel dan sebagainya.
f) Kaki Periksa tempurung lutut, patah dan sebagainya.
S Sign / Symptom (Tanda dan gejala)
A Alergic (Alahan)
M Medication (Ubatan yang diambil)
P Past History (Penyakit yang sedia ada)
L Last Meal (Makanan terakhir)
E Event (Punca kejadian)
Untuk mangsa yang mengalami kecederaan bolehlah
diperiksa seperti berikut:
D - Deformity
C - Concussion
A - Abrasion wound
P - Punctured wound
B - Burn
T - Tenderness ( sakit bila disentuh)
L - Laceration wound
S - Swelling
VITAL ORGAN
Adalah organ-organ yang penting di dalam tubuh badan.
Keutamaan (Priority)
1. Otak
Respon, saiz anak mata
2. Jantung
Nadi (Pulse)
3. Paru-paru
Pernafasan (breathing)
4. Hati
Kulit Kelihatan Kekuningan
5. Buah Pinggang
5.1. Bengkak-bengkak pada kulit
5.2. Masalah kencing.
NADI
Nadi ialah tindakbalas pengepaman jantung yang boleh dikesan di seluruh
arteri yang selari dengan tulang
Tempat mudah untuk merasai nadi ialah:
1. Pergelangan Tangan - Radial
2. Pangkal Lengan - Brachial
3. Leher - Karotid
Pengenalan Pertolongan Cemas 5
Semasa merasa nadi perkara yang perlu diambil
perhatian adalah:
1. Bilangan denyutan nadi
Dewasa (60 – 80 kali seminit)
Kanak-kanak (80 - 120 seminit)
Bayi (120 -160 kali seminit)
2. Rentak nadi (rhythm)
3. Kekuatan (strength)
RENJATAN (SHOCK)
Suatu keadaan dimana peredaran darah terganggu disebabkan oleh penurunan tekanan saluran darah
menyebabkan organ – organ penting tidak dapat berfungsi dengan baik.
Sebab-Sebab renjatan
1. Kehilangan bendalir badan (hypovolumic
shock)
a) Kehilangan Darah (haemorrhagic shock)
Pendarahan yang banyak
b) Kehilangan Cecair (haemotegenic shock)
Terbakar – kehilangan plasma
Muntah-Muntah
Cirit-birit
2. Keadaan emosi (neurogenic shock)
Terlampau takut
Terkejut
Berita buruk
3. Saraf (Anaphylitic shock)
Terlampau sakit
Alahan / allergi
Tanda-Tanda & Gejala APA YANG HARUS DILAKUKAN
• Kulit kelihatan pucat
• Kulit sejuk dan berpeluh /
melekit
• Loya, lemah dan pening
• Nadi cepat dan lemah
• Nafas cepat dan sesak
• Tekanan darah rendah
• Dahaga
• Resah gelisah
• Pandangan kabur
• Tidak sedarkan diri
• Terlentangkan pesakit, tinggikan kedua-dua kaki untuk
menggalakkan pengaliran darah ke otak.
• Longgarkan pakaian yang ketat terutama di bahagian leher dan
pinggang.
• Tentukan keadaan sekeliling selesa dan dapatkan seberapa
banyak udara yang bersih.
• Selimutkan mangsa agar sentiasa panas, tetapi jangan biarkan
badannya terlalu panas.
• JANGAN beri sebarang makanan atau minuman kepada pesakit
kerana ini boleh menyebabkan muntah.
• Berikan keselesaan dan keyakinan kepada pesakit, kenal pasti
kecederaan-kecederaan yang ada dan berikan bantuan
kecemasan yang sewajarnya.
• Dapatkan bantuan lanjutan.
Pengenalan Pertolongan Cemas 6
• Perhatikan pernafasan dan denyutan jantung (nadi).
1. TIDAK BERNAFAS – Bantuan pernafasan.
2. TIADA DENYUTAN NADI – CPR
3. BERNAFAS – Baringan pemulihan (recovery
position).
• Dapatkan bantuan ambulans dengan segera.
TERCEKIK
Gejala utama menyebabkan asfiksia adalah apabila berlaku TERSEKAT SALURAN PERNAFASAN disebabkan
oleh benda-benda asing atau makanan. Ini akan menyebabkan kegagalan oksigen untuk sampai kepada sel-sel
badan.
Kaedah HEIMLICH MANUEVER (ABDOMINAL
THRUST) dan CHEST THRUST
HEIMLICH
MANUEVER /
ABDOMINAL
THRUST
Tekanan Abdomen
Rawatan
1. Mengeluarkan benda asing dengan
teknik `abdominal thrust’ atau
`Heimlich manuever’
2. Membuka saluran pernafasan
3. Periksa pernafasan dan denyutan
nadi
4. Lakukan CPR jika tiada pernafasan
dan denyutan nadi
5. Apabila denyutan nadi dan
pernafasan pulih, baringkan mangsa
dalam kedudukan pemulihan
6. Periksa pernafasan dan tahap
kesedaran.
CHEST THRUST
Tekanan Dada
Tercekik: Mangsa dewasa menjadi tidak sedar
Terlentangkan mangsa dengan mengawal kepala dan lehernya. Jerit “Tolong!” dan hubungi ambulan.
Pengenalan Pertolongan Cemas 7
Angkat dagu dan lidah dengan satu tangan sementara tangan yang lain digunakan untuk mengeluarkan objek
asing dalam mulut dan tekak dengan menggunakan jari.
Dongakkan kepala mangsa untuk membuka saluran pernafasan. Berikan bantuan pernafasan.
Sekiranya tersekat, lakukan tekanan abdomen (Abdominal Thrust).
Untuk melakukan tekanan abdomen, melutut dan
duduk pada paras lututnya serta mengadap mangsa.
Letak tumit tapak tangan di tengah abdomen dan
letakkan tapak tangan kedua di atas yang pertama.
Tekan sebanyak 6-10 kali dengan satu pergerakan
yang kemas dan cepat.
Sentiasa periksa sekiranya objek asing telah keluar.
Buka mulut, angkat dagu dan lidah dan periksa mulut.
Sekiranya terdapat gigi palsu bolehlah ditanggalkan
jika perlu untuk memudahkan pemeriksaan mulut.
Dongakkan kepala mangsa dan beri bantuan
pernafasan. Sekiranya masih tersekat, ulang semula
perkara-perkara di atas dengan cepat.
- Tekan abdomen
- Periksa mulut
- Beri bantuan pernafasan
Ulang sehingga bantuan pernafasan tidak tersekat.
Tercekik: Mangsa dewasa yang tidak sedar
Tentukan tahap kesedaran mangsa dengan menepuk bahu dan memanggil. Sekiranya tiada respon, jerit
“Tolong!” dan hubungi ambulan. Terlentangkan mangsa.
Pengenalan Pertolongan Cemas 8
Buka saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa dan periksa pernafasan (melihat, mendengar,
merasa).
- Melihat dada turun naik
- Mendengar pernafasan
- Merasa haba pernafasan dengan pipi
Sekiranya tiada tanda-tanda pernafasan, berikan bantuan pernafasan. Sekiranya tersekat, dongakkan kepala
sekali lagi dan beri bentuan pernafasan.
Sekiranya masih tersekat, mangsa mungkin tercekik. Lakukan tekanan abdomen sebanyak 6-10 kali. Periksa
mulut mangsa sekiranya ada objek asing yang terkeluar. Sekiranya ada, keluarkan objek tersebut dengan
membuka mulut serta mengangkat dagu dan lidah mangsa dan korek menggunakan jari.
Dongakkan semula kepala mangsa dan beri bantuan pernafasan. Sekiranya masih tersekat ulang semula tindakan
di atas dengan cepat.
Sekiranya mangsa terlalu gemuk atau mengandung, tekan di atas dada seperti kedudukan CPR.
Rawatan bayi tercekik
Pastikan tahap kesedaran bayi dengan menepuk bahunya perlahan-lahan. Jika tiada respon, jerit “Tolong!” dan
hubungi ambulan. Terlentangkan bayi dan buka saluran pernafasan. Pastikan jangan di dongak secara
berlebihan.
Periksa pernafasan dengan teknik melihat, mendengar dan merasa.
Pengenalan Pertolongan Cemas 9
Sekiranya tiada tanda-tanda pernafasan beri bantuan
pernafasan dengan cara melekapkan mulut anda di
sekeliling mulut dan hidung bayi. Jika tersekat,
dongakkan semula kepala bayi dan beri bantuan
pernafasan lagi. Jika masih tersekat lakukan Back
thrust dan Chest thrust.
Tiarapkan bayi dengan mengampunya menggunakan tapak tangan serta lengan.
Letakkan bayi di bahagian paha dengan kedudukan kepala bayi rendah dari paras badannya.
Tepuk 5 kali di antara tulang belikat bayi dengan menggunakan tumit tapak tangan.
Kemudian terlentangkan bayi dan ampu leher serta badan bayi dengan kedudukan kepala rendah dari badannya.
Tekan 5 kali di atas dadanya seperti melakukan CPR.
Kemudian buka mulut bayi dengan teknik angkat dagu
dan lidah serta periksa sekiranya ada objek asing.
Sekiranya ada, korek objek tersebut dengan
menggunakan jari kelingking.
Cuba buat hembusan semula. Jika masih tersekat ulang
semula teknik di atas sehingga objek dapat dikeluarkan
dan bantuan pernafasan berjaya.
Pengenalan Pertolongan Cemas 10
LUKA
&
PENDARAHAN
(Wounds & Bleeding)
Pengenalan Pertolongan Cemas 11
LUKA
Kecederaan kepada tisu disebabkan oleh benda-benda
tajam atau tumpul.
Luka boleh diklasifikasikan kepada dua sifat iaitu:
1. Luka Tertutup
2. Luka Terbuka
Contoh Luka Tertutup
Pendarahan di otak
1. Luka Tertutup
Kecederaan kepada tisu di bawah kulit dimana
kesinambungan kulit tidak terganggu dan luka tidak
dapat dilihat dari luar. Darah juga tidak keluar ke
permukaan kulit.
Contoh Luka Tertutup:
a. Kontuse
Akibat daripada terkena pukulan kuat.
Pendarahan berlaku di bawah kulit.
b. Haematoma
Pendarahan yang menjadi beku dan kelihatan
biru kehitaman.
2. Luka Terbuka
Kecederaan kepada tisu kulit dimana kesinambungan
kulit terganggu. Luka dapat dilihat dari luar dan
terdapat pendarahan yang keluar ke kulit.
Lebam
Contoh Luka Terbuka
Jenis Sebab Contoh
a. Luka Terhiris Benda-benda tajam & nipis Pisau
b. Luka Calar Balar Tersagat Permukaan yang kasar
c. Luka Tikaman Benda-benda tajam &runcing Paku / pisau
d. Luka Terkoyak Cakaran Cakaran kuku binatang / kawat duri
e. Luka Tembakan Tembakan Peluru pistol
f. Amputasi / kudung Kemalangan Putus Tangan / Kaki
Luka Geseran Luka Terhiris
Luka Terkoyak Luka Tikaman
Pengenalan Pertolongan Cemas 12
LAPISAN KULIT
LUKA TERTUTUP Luka calar-balar
Luka terhiris Luka terkoyak
Pengenalan Pertolongan Cemas 13
Luka tembakan Luka tikaman
Rawatan untuk luka
Luka terbuka
Untuk luka terbuka yang tidak banyak pendarahan, lakukan teknik 2 C iaitu:
1. Clean (bersihkan) Bersihkan luka dari sebarang kekotoran.
2. Cover (tutup) Tutup luka dengan gauze atau kain yang bersih.
Teknik 2 C ini dilakukan adalah untuk menghalang
1. Pencemaran luka
2. Jangkitan kuman
3. Pembiakan kuman
Untuk luka terbuka yang mempunyai banyak pendarahan lakukan teknik D.I.E. Teknik ini akan diterangkan
dengan lebih lanjut di dalam topik pendarahan.
Luka tertutup
Untuk luka tertutup, berikan tuaman sejuk untuk menghentikan pendarahan yang berlaku di bawah kulit.
Luka tertutup yang serius ialah yang menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman seperti di otak, paru-paru,
perut dan lain-lain lagi.
Pengenalan Pertolongan Cemas 14
KUDUNG (Amputasi)
(Putus Anggota badan)
Apa Perlu Dilakukan ?
Langkah Pertama
Jika ada balutkan anggota yang terpisah dengan
kain bebat yang bersih
Jika tiada lakukan Langkah Kedua
Langkah Kedua
Masukkan anggota yang terputus ke dalam sebuah beg
plastik atau bekas yang bersesuaian
Langkah Ketiga
i. Dapatkan sebuah lagi beg plastik atau bekas
yang bersesuaian
ii. Masukkan ais Jika ada atau air sejuk.
iii. Masukkan beg plastik yang berisi anggota
yang terputus ke dalam bekas yang
mengandungi ais/air sejuk
BAWA KE HOSPITAL DENGAN KADAR
SEGERA BERSAMA DENGAN MANGSA
PENDARAHAN
Pendarahan boleh didefinisikan sebagai:
Terkeluarnya darah daripada sistem peredarannya.
Atau
Tercederanya sistem edaran.
Pendarahan boleh berlaku melalui:
1. Pendarahan Arteri (salurnadi)
Darah keluar berwarna merah cerah / terang kerana mengandungi oksigen dan keluar memancut
mengikut denyutan jantung.
Pengenalan Pertolongan Cemas 15
2. Pendarahan Vena (Pembuluh)
Darahnya berwarna merah tua kerana kurang mengandungi oksigen dan mengalir keluar perlahan-
lahan.
3. Pendarahan Kapilari (Rerambut)
Darahnya keluar secara meleleh.
Pendarahan boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu:
1. Pendarahan Luaran (External)
Pendarahan yang boleh dilihat dengan mudah dan berlaku pada / melalui lapisan kulit.
2. Pendarahan Dalaman (Internal)
Pendarahan dalaman boleh dikenalpasti melalui tanda-tanda atau keadaan berikut:
a) Adanya tanda-tanda bengkak pada kulit
b) Kulit pucat dan berpeluh sejuk / melekit
c) Kebiruan (cynose) pada bibir dan kuku
d) Denyutan nadi cepat tetapi lemah.
e) Pernafasan cepat dan cetek
f) Darah mungkin keluar dari rongga yang terbuka
g) Muntah darah atau najis bercampur darah
h) Ada tanda-tanda renjatan
i) Tahap kesedaran semakin menurun
Rawatan pendarahan
D – DIRECT PRESSURE
(Tekanan Langsung)
I – INDIRECT PRESSURE
(Tekanan tak langsung)
E – ELEVATE
(Tinggikan)
Tindakan yang perlu diambil ialah:
1. Bersihkan luka dari kotoran.
2. Tekan di tempat luka supaya darah tidak mengalir keluar (tiada benda asing).
Jika ada benda asing, buat balutan cincin
3. Tahan darah secara tidak langsung – tahan pada urat nadi.
4. Tinggikan anggota yang luka untuk mengurangkan darah mengalir keluar.
Pengenalan Pertolongan Cemas 16
5. Periksa Nadi/Pernafasan untuk menentukan tanda-tanda renjatan.
6. Jika ada tanda-tanda renjatan, beri rawatan renjatan.
7. Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital dengan kadar segera.
Merasa nadi karotid (leher)
Pengenalan Pertolongan Cemas 17
PATAH
(Fracture)
Pengenalan Pertolongan Cemas 18
PATAH
PATAH bermaksud terputusnya kesinambungan tulang.
Rangka tubuh adalah terdiri dari susunan tulang yang memberikan bentuk dan sokongan kepada tubuh. Terdapat
206 ruas tulang pada anggota badan kita dan dibahagian kepad 4 jenis:
1. Tulang Panjang - lengan / paha
2. Tulang Pendek - pergelangan tangan
3. Tulang Leper - bahu/punggung
4. Tulang Berbagai Bentuk - tulang belakang
Anda akan mempelajari lebih mendalam mengenai struktur tuland dalam pelajaran Pertolongan Cemas Asas.
Patah berlaku pada tulang. Oleh kerana tulang terletak di dalam tubuh badan, adalah amat sukar untuk kita
kenalpasti secara tepat.
Patah disebabkan oleh:
1. Hentaman langsung
Tulang patah / retak di bahagian di mana tekanan berlaku.
2. Hentaman tidak langsung
Tulang patah / retak di bahagian tempat yang jauh dari tempat ekanan berlaku.
Sebab-sebab lain
3. Penyakit tibi tulang di mana tulang menjadi rapuh.
4. Tarikan otot yang kuat seperti patah pada tempurung lutut disebabkan oleh tarikan mengejut
otot-otot.
5. Usia
Patah terbahagi kepada 2 iaitu:
Patah Terbuka
Tulang yang patah keluar menembusi kulit dan
menyebabkan luka dan pendarahan.
Patah Tertutup
Tulang yang patah tidak keluar dan boleh
menyebabkan pendarahan dalaman.
Pengenalan Pertolongan Cemas 19
Patah terbuka (tibia dan fibula)
Patah melarat
TANDA-TANDA PATAH TINDAKAN YANG HARUS ANDA LAKUKAN
Patah tulang hanya dapat disahkan dengan tepat
melalui x-ray tetapi di dalam pertolongan cemas
patah tulang boleh disyaki sekiranya terdapat tanda-
tanda berikut:
1. Rasa sakit pada bahagian yang cedera.
2. Bengkak hanya pada tempat yang cedera.
3. Lebam.
4. Berubah bentuk.
5. Hilang upaya.
6. Penggeseran tulang apabila digerakkan
(crepitus).
7. Nampak tulang jika patah terbuka.
8. Ada tanda renjatan.
Tindakan Utama ( D – R – I )
1. D – Don’t move – Kurangkan pergerakan
anggota yang patah
2. R – Rest – Mangsa hendaklah dipastikan tidak
membuat banyak pergerakan ( berehat)
3. I – Immobilize – Mencegah pergerakan anggota
yang patah dengan menggunakan tuap (splint)
Tindakan Lain
1. Buat penilaian keadaan mangsa dan pastikan
tahap kecederaan yang dialami.
2. Pulihkan pernafasan mangsa jika perlu.
3. Hentikan pendarahan jika terdapat luka atau
patah terbuka.
4. Pastikan pergerakan yang paling MINIMA
sahaja kepada bahagian anggota yang cedera.
5. Tenangkan mangsa.
6. Jika pesakit mengalami renjatan, beri rawatan
renjatan.
7. Hantar mangsa ke hospital dengan kadar segera.
Patah tulang tibia / fibula Patah tulang femur
XX
Pengenalan Pertolongan Cemas 20
TUAP (SPLINT) & ANDUH
Anduh Besar
Anduh Tigasegi
Anduh Kecil
Anduh Tigasegi Anduh Tigasegi dan Pengikat Anduh Kecil
Pengenalan Pertolongan Cemas 21
Patah tulang belakang (back bone)
Kecederaan pada tulang belakang boleh mengakibatkan saraf tunjang (spinal cord) yang terdapat di dalamnya
tercedera. Kecederaan ini adalah serius dan perlu diberikan perhatian dan rawatan yang teliti untuk mengelakkan
kecederaan menjadi bertambah buruk yang boleh mengakibatkan lumpuh atau mati.
Kecederaan tulang belakang biasanya berlaku disebabkan oleh trauma (kemalangan) samada kemalangan
jalanraya, jatuh dari tempat tinggi dan sebagainya.
Tanda-tanda.
1. Pergerakan anggota badan tertentu akan menjadi lemah atau langsung tidak dapat digerakkan.
2. Deria rasa pada kulit berkurangan atau langsung tiada.
3. Tidak dapat mengawal kencing dan berak.
4. Sesak nafas dan sakit di bahagian dada
5. Tidak sedarkan diri.
Pengenalan Pertolongan Cemas 22
LOG ROLL Mengusung pesakit di atas “ spine board”
CONTOH-CONTOH PATAH
Pengenalan Pertolongan Cemas 23
KECEDERAAN
SENDI
DAN
OTOT-OTOT
Pengenalan Pertolongan Cemas 24
KECEDERAAN SENDI DAN OTOT
Sendi adalah tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi
boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan antara tulang). Ligamen samada boleh
meregang dengan berlebihan, terkoyak atau terputus.
Terdapat 4 jenis sendi:
1. Sendi Lesung (Ball and socket)
2. Sendi Engsel (Hinge joint)
3. Sendi Gelungsur (Slightly movable joint)
4. Sendi Tetap (Fixed joint)
Pada sendi terdapat tulang rawan (cartilage) yang bertindak sebagai kusyen atau penyerap gegaran dan terdapat
juga sendi yang mempunyai cecair ‘synovial’. Sendi ini juga disebut sebagai ‘Hidro suspension joint’.
Sendi Gelungsur Sendi Lesung
Sendi Engsel Otot-otot Bisep dan Trisep
Jenis Kecederaan sendi.
1. Terkehel (Dislocation)
Pergerakan sendi yang melebihi had menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur
ligamen.
Tanda-tanda
1. Sakit (bergantung pada tahap kecederaan).
2. Bengkak
3. Sendi berubah rupa.
4. Bertambah sakit bila bergerak atau hilang upaya.
5. Kemungkinan berasa kebas.
Pengenalan Pertolongan Cemas 25
2. Terseliuh (Sprain)
Pergerakan sendi yang melebihi had dan menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal.
Tanda-tanda
1. Sakit
2. Bengkak
3. Bertambah sakit bila bergerak
4. Pergerakan yang terhad
Terkehel
Gambarajah sendi lutut Terseliuh
Otot-otot adalah tisu yang membantu dalam melakukan pergerakan tubuh badan. Tindakbalas luarbiasa otot-
otot atau penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan berlaku kecederaan.
Jenis kecederaan otot.
1.Kekejangan (cramp)
Kesakitan yang mendadak disebabkan oleh pengecutan otot-otot secara tiba-tiba.
Tanda-tanda.
• Sakit
• Hilang upaya
• Otot menjadi kejang dan keras
2.Keregangan (strain)
Kecederaan kepada otot-otot disebabkan bebanan atau regangan yang berlebihan.
Tanda-tanda
• Sakit
• Bengkak
• Bertambah sakit bila bergerak
Pengenalan Pertolongan Cemas 26
RAWATAN
R. I. C. E.
1. REST - Rehatkan mangsa
2. ICE - Tuaman ais
3. COMPRESSION - Balutan tekanan
4. ELEVATE - Tinggikan anggota yang cedera
Tindakan untuk Kekejangan Otot
1. Rehatkan mangsa.
2. Beri tuaman sejuk (ais) pada bahagian tersebut.
3. Jika kejang berlaku pada betis atau paha, ampu kaki, tolak
hujung jari-jari kaki ke arah mukanya secara perlahan.
R - Rest injured area
I - Ice area for 15 min @ 2-3 hrs for first 24-48 hrs
C - Compress area for 24-48 hrs
E - Elevate area for first 24-48 hrs
Pengenalan Pertolongan Cemas 27
TERBAKAR
DAN
MELECUR
KECEDERAAN TISU KERANA HABA
PANAS, TERLALU SEJUK, BAHAN
KIMIA DAN RADIASI
Pengenalan Pertolongan Cemas 28
Terbakar ialah kecederaan kepada kulit dan lain-lain tisu badan, disebabkan terkena haba kering. Terbakar boleh
disebabkan oleh api yang menyala, bahan api (flame), objek-objek panas, bahan kimia atau arus elektrik.
Melecur ialah kecederaan disebabkan oleh haba lembab, seperti air mendidih, wap atau minyak panas.
Terbakar dan melecur biasanya adalah serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius selepas
kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.
Ketenatan mangsa bergantung kepada:
1. Luas permukaan yang cedera
2. Tempat yang terbakar atau melecur
3. Tahap terbakar
4. Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa
Jenis terbakar
Luar - Terbakar pada bahagian kulit
Dalam - Terbakar dalam rongga atau perut
SEBAB-SEBAB TERBAKAR
JENIS SEBAB-SEBAB
Panas
kering
Bahan api / api.
Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur atau puntung rokok.
Geseran.
Panas
lembab
Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak panas.
Bahan
Kimia
Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.
Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput, asid atau alkali.
Radiasi
Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra violet).
Terdedah kepada punca-punca radioaktif.
Elektrik
Arus elektrik yang rendah seperti dari perkakas rumah.
Kilat dan petir.
*TERBAKAR DISEBABKAN ARUS ELEKTRIK AKAN MELIBATKAN DUA TEMPAT
LUKA SAHAJA.
Terbakar dan melecur
berlaku pada kulit tubuh.
Tubuh badan kita
mempunyai tiga lapisan
kulit iaitu:
1. Epidermis
2. Dermis
3. Subcutaneous /
Hypodermis
Lapisan Kulit
Pengenalan Pertolongan Cemas 29
TAHAP KECEDERAAN
Tahap Pertama (Superficial Burn)
Kecederaan Terbakar / Melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ianya
melibatkan bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan
kemerahan.
Tahap Kedua (Intermidiate Burn)
Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit
kelihatan kemerahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.
Tahap Ketiga (Deep Burn)
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih
kering.Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.
Pengenalan Pertolongan Cemas 30
TANDA-TANDA
• Sakit yang amat sangat bagi tahap
pertama dan kedua.
• Bahagian anggota yang terlibat bewarna
kemerahan pada tahap awal, merah gelap,
lepuh dan mengelembung pada tahap
kedua, kehitaman seperti arang atau putih
pada tahap ketiga.
• Pengaliran keluar plasma
• Renjatan
Tindakan
Adult – rule of nines 3B
1. Burning Stop
Padamkan
2. Breathing
Maintain
Periksa
Pernafasan
3. Body
Examine
Periksa tahap
terbakar
3C
1. Cool
Sejukkan
2. Cover
Tutup
bahagian yang
terbakar
3. Carry
Bawa ke
tempat selamat.
Hantar ke
hospital.
Pengendalian Am
1. Hentikan kebakaran – air.
2. Alihkan punca dari mangsa atau mangsa
dari punca (mengikut keadaan).
3. Tentukan ia bernafas.
4. Alirkan air bagi terbakar tahap pertama
dan ke dua selama 20 minit atau sehingga
kesakitan berkurangan.
5. Periksa A,B,C dan tentukan tahap
terbakar.
6. Tenangkan mangsa dan pastikan
kecederaan tidak merebak supaya tidak
berlaku renjatan.
7. Selimutkan dengan kain yang telah
dibasahkan.
8. Beri rawatan renjatan jika perlu dan
hantar ke hospital dengan segera.
Pengenalan Pertolongan Cemas 31
LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
PERLU JANGAN
Basuh tangan sebelum memberi rawatan dan pakai
sarung tangan jika ada.
Tanggalkan pakaian yang terlekat pada kulit.
Baringkan mangsa dalam kedudukan yang selesa. Pecahkan gelembong.
Tanggalkan jam tangan, tali pinggang, pakaian ketat
dan barang kemas sebelum bahagian yang tercedera
membengkak.
Guntingkan kulit yang terkoyak.
Guna dressing bersih dan basah untuk menutup
bahagian yang tercedera.
Beri makanan / minuman.
Periksa pernafasan / nadi setiap 5 minit. Letak atau sapu marjerin, kicap, ubat gigi dan lain-lain.
CPR jika perlu. Membuang masa untuk memberi rawatan.
TERBAKAR KIMIA / ASID
PENGENDALIAN TERBAKAR KIMIA
• Gunakan air mengalir untuk mencuci bahan-
bahan kimia dari kulit.
• Tanggalkan kain dan barang kemas semasa
mencuci dengan air yang mengalir.
• Buang bahan kimia (pepejal) yang terlekat
pada kulit sebelum mengalirkan air.
• Hubungi hospital / hantar dengan segera.
Ingat
• Jika bahagian mata terbakar oleh bahan
kimia, perlu dibawa pada cucuran air selama
15 minit atau sehingga bantuan tiba.
KEJUTAN ELEKTRIK TERBAKAR ELEKTRIK
Pengenalan Pertolongan Cemas 32
Terbakar / kejutan elektrik
(Electrocution)
Boleh berlaku melalui dua cara, iaitu secara pancaran (arcing) dan sentuhan (contact).
Pancaran berlaku dalam kemalangan arus voltan tinggi (melebihi 1000 voltan). Arus elektrik memancar
daripada punca elektrik dan menyambar mangsa menyebabkan pakaian dan kulit terbakar.
Kemalangan Pancaran
Tindakan anda adalah:
1. JANGAN bantu mangsa selagi kawasan kemalangan belum disahkan selamat.
2. Hubungi penguasa elektrik tempatan supaya bekalan elektrik diputuskan.
3. Bila kawasan selamat, tentukan mangsa ada nadi dan nafas. Jika tiada, lakukan CPR.
4. Rawat mangsa untuk terbakar dan juga renjatan.
5. Bawa mangsa kehospital dengan segera.
Sentuhan biasanya berlaku dalam kemalangan elektrik dalam bangunan (220-240 voltan). Mangsa tersentuh
punca elektrik menyebabkan elektrik mengalir dalam badan mangsa dan menyebabkan banyak kecederaan
organ dalaman.
Kemalangan Sentuhan
Tindakan anda adalah:
1. Matikan suis utama.
2. Jika ini tidak boleh dilakukan, lepaskan mangsa dari sentuhan punca elektrik dengan menggunakan
bahan bukan pengalir seperti kayu, kerusi plastik dan sebagainya.
3. Tentukan mangsa ada nadi dan nafas, kalau tiada lakukan CPR.
4. Rawat kecederaan luka terbakar di dua tempat iaitu bahagian arus masuk dan keluar.
5. Rawat untuk renjatan.
6. Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
Pengenalan Pertolongan Cemas 33
PITAM
DAN
TIDAK SEDARKAN
DIRI
Pengenalan Pertolongan Cemas 34
PITAM
DEFINISI : Kekurangan bekalan darah ke otak untuk seketika waktu
SEBAB-SEBAB
1. Berdiri tegak terlalu lama
dalam cuaca panas
2. Terlalu letih, kelaparan
3. Tindakbalas saraf
terhadap kesakitan
4. Persekitaran yang sesak
5. Emosi
TANDA-TANDA
1. Muka pucat
2. Berpeluh sejuk
3. Denyutan nadi cepat
tetapi lemah
4. Rasa loya
5. Pening
6. Pandangan kabur
PENGURUSAN
1. Baringkan di tempat teduh
dan berudara bersih
2. Longgarkan pakaian yang
ketat
3. Tinggikan bahagian kaki
4. Tenangkan dan beri
keselesaan
5. Galakkan tarik nafas
6. Rawat semua kecederaan
TIDAK SEDARKAN DIRI
Penerangan
- Tidak sedarkan diri adalah
satu keadaan dimana
tindakbalas saraf daripada
otak ke badan dan sebaliknya
tidak sampai.
- Seseorang yang akan tidak
sedar diri nampak resah
seperti orang mabuk. Dia
akan mengantuk dan tidak
boleh disedarkan walaupun
dicubit. Pesakit mungkin
boleh pulih atau terus tidak
sedar diri.
Antara sebab-sebab
A - Alkohol
E - Epilepsi
I - Injury / insulin
O - Opium - candu
U - Uranium - buah
pinggang
D - Diabetis
M - Malaria
H - Hysteria
Pengurusan untuk pesakit yang tidak
sedarkan diri
a. TIDAK BERNAFAS
- pemulihan pernafasan
(12 kali hembusan seminit)
b. TIADA DENYUTAN NADI
- CPR
(15 kali tekanan dan 2 kali
hembusan)
c. BERNAFAS & ADA NADI
- Kedudukan pemulihan
Periksa kecederaan-kecederaan lain dan
beri rawatan pertolongan cemas yang
sewajarnya.
Serangan Sakit Jantung
• Penyakit ini melibatkan kerosakan saluran darah arteri
koronari yang membekalkan darah ke otot jantung.
• Kerosakan biasanya berlaku disebabkan oleh proses
‘arterosklerosis’.
• Akibat proses ini, jantung akan mengalami kekurangan
oksigen.
Arterosklerosis
• Proses penimbunan beransur-ansur bahan lemak
kebanyakkannya kolestrol di bahagian dinding dalam
pembuluh darah.
• Bermula daripada umur muda.
• Lemak, kalsium dan bahan-bahan lain turut bergabung
membentuk timbunan yang menyempitkan dan megeraskan
pembuluh darah.
Pengenalan Pertolongan Cemas 35

More Related Content

What's hot

Bab 3 jenis luka
Bab 3 jenis lukaBab 3 jenis luka
Bab 3 jenis luka
Iqa Syafiqah
 
Bebatan Dan Balutan
Bebatan Dan BalutanBebatan Dan Balutan
Bebatan Dan BalutannorazanePBSM
 
Pembalut & Balutan
Pembalut & BalutanPembalut & Balutan
Pembalut & BalutanTuan Haroun
 
1.kaedah teknik D.R.A.B.C
1.kaedah teknik D.R.A.B.C1.kaedah teknik D.R.A.B.C
1.kaedah teknik D.R.A.B.C
hiddayathul hayyat
 
PERTOLONGAN CEMAS-SISPA
PERTOLONGAN CEMAS-SISPAPERTOLONGAN CEMAS-SISPA
PERTOLONGAN CEMAS-SISPA
ieraminy
 
Bab 4 proses penilaian kecederaan sukan
Bab 4  proses penilaian kecederaan sukanBab 4  proses penilaian kecederaan sukan
Bab 4 proses penilaian kecederaan sukankhairul azlan taib
 
2.kaedah teknik T.O.T.A.P.S
2.kaedah teknik T.O.T.A.P.S2.kaedah teknik T.O.T.A.P.S
2.kaedah teknik T.O.T.A.P.S
hiddayathul hayyat
 
Sengatan serangga dan gigitan binatang
Sengatan serangga dan gigitan binatangSengatan serangga dan gigitan binatang
Sengatan serangga dan gigitan binatangVivien II
 
Unit 2: Pertolongan Cemas
Unit 2: Pertolongan CemasUnit 2: Pertolongan Cemas
Unit 2: Pertolongan Cemasmokhtar
 
Pertolongan Cemas (First Aid)
Pertolongan Cemas (First Aid)Pertolongan Cemas (First Aid)
Pertolongan Cemas (First Aid)
asfaasyari
 
asas pertolongan cemas
asas pertolongan cemasasas pertolongan cemas
asas pertolongan cemas
siaw ong
 
Pembalut dan Balutan (PBSM)
Pembalut dan Balutan (PBSM)Pembalut dan Balutan (PBSM)
Pembalut dan Balutan (PBSM)Zaty Suhaimi
 
PAKK3373 / 4 penilaian asas pesakit
PAKK3373 / 4 penilaian asas pesakitPAKK3373 / 4 penilaian asas pesakit
PAKK3373 / 4 penilaian asas pesakit
Elize Lee
 
Rawatan perdarahan
Rawatan perdarahanRawatan perdarahan
Rawatan perdarahanLee Oi Wah
 
Pemindahan pesakit lecture 6
Pemindahan pesakit  lecture 6Pemindahan pesakit  lecture 6
Pemindahan pesakit lecture 6Lee Oi Wah
 
Kecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembutKecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembut
tokey_sport
 
Terbakar Dan Melecur
Terbakar Dan MelecurTerbakar Dan Melecur
Terbakar Dan MelecurnorazanePBSM
 
Asas pertolongan cemas
Asas pertolongan cemasAsas pertolongan cemas
Asas pertolongan cemas
zul_A
 

What's hot (20)

Bab 3 jenis luka
Bab 3 jenis lukaBab 3 jenis luka
Bab 3 jenis luka
 
Bebatan Dan Balutan
Bebatan Dan BalutanBebatan Dan Balutan
Bebatan Dan Balutan
 
Pembalut & Balutan
Pembalut & BalutanPembalut & Balutan
Pembalut & Balutan
 
PBSM 2012 patah dan terseliuh
PBSM 2012 patah dan terseliuhPBSM 2012 patah dan terseliuh
PBSM 2012 patah dan terseliuh
 
1.kaedah teknik D.R.A.B.C
1.kaedah teknik D.R.A.B.C1.kaedah teknik D.R.A.B.C
1.kaedah teknik D.R.A.B.C
 
PERTOLONGAN CEMAS-SISPA
PERTOLONGAN CEMAS-SISPAPERTOLONGAN CEMAS-SISPA
PERTOLONGAN CEMAS-SISPA
 
Bab 4 proses penilaian kecederaan sukan
Bab 4  proses penilaian kecederaan sukanBab 4  proses penilaian kecederaan sukan
Bab 4 proses penilaian kecederaan sukan
 
2.kaedah teknik T.O.T.A.P.S
2.kaedah teknik T.O.T.A.P.S2.kaedah teknik T.O.T.A.P.S
2.kaedah teknik T.O.T.A.P.S
 
Sengatan serangga dan gigitan binatang
Sengatan serangga dan gigitan binatangSengatan serangga dan gigitan binatang
Sengatan serangga dan gigitan binatang
 
Unit 2: Pertolongan Cemas
Unit 2: Pertolongan CemasUnit 2: Pertolongan Cemas
Unit 2: Pertolongan Cemas
 
Pertolongan Cemas (First Aid)
Pertolongan Cemas (First Aid)Pertolongan Cemas (First Aid)
Pertolongan Cemas (First Aid)
 
asas pertolongan cemas
asas pertolongan cemasasas pertolongan cemas
asas pertolongan cemas
 
Pembalut dan Balutan (PBSM)
Pembalut dan Balutan (PBSM)Pembalut dan Balutan (PBSM)
Pembalut dan Balutan (PBSM)
 
PAKK3373 / 4 penilaian asas pesakit
PAKK3373 / 4 penilaian asas pesakitPAKK3373 / 4 penilaian asas pesakit
PAKK3373 / 4 penilaian asas pesakit
 
Rawatan perdarahan
Rawatan perdarahanRawatan perdarahan
Rawatan perdarahan
 
Pemindahan pesakit lecture 6
Pemindahan pesakit  lecture 6Pemindahan pesakit  lecture 6
Pemindahan pesakit lecture 6
 
Kepatahan
KepatahanKepatahan
Kepatahan
 
Kecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembutKecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembut
 
Terbakar Dan Melecur
Terbakar Dan MelecurTerbakar Dan Melecur
Terbakar Dan Melecur
 
Asas pertolongan cemas
Asas pertolongan cemasAsas pertolongan cemas
Asas pertolongan cemas
 

Viewers also liked

Pertolongan cemas 2
Pertolongan cemas 2Pertolongan cemas 2
Pertolongan cemas 2falissa625
 
Keselamatan & Pencegahan
Keselamatan & PencegahanKeselamatan & Pencegahan
Keselamatan & PencegahanTuan Haroun
 
Cardio Pulmonari Resuscitation (CPR) - Kaedah Permulihan Keatas Jantung dan P...
Cardio Pulmonari Resuscitation (CPR) - Kaedah Permulihan Keatas Jantung dan P...Cardio Pulmonari Resuscitation (CPR) - Kaedah Permulihan Keatas Jantung dan P...
Cardio Pulmonari Resuscitation (CPR) - Kaedah Permulihan Keatas Jantung dan P...
Muhammad Nasrullah
 
Pertolongan cemas pendidikan jasmani dan kesihatan
Pertolongan cemas pendidikan jasmani dan kesihatanPertolongan cemas pendidikan jasmani dan kesihatan
Pertolongan cemas pendidikan jasmani dan kesihatan
preciousafiqah
 
ALATAN PETI KECEMASAN
ALATAN PETI KECEMASANALATAN PETI KECEMASAN
ALATAN PETI KECEMASAN
ipgm kampus tengku ampuan afzan
 
Keselamatan di padang
Keselamatan di padangKeselamatan di padang
Keselamatan di padang
Izzat Najmi
 
Nota Pertolongan Cemas
Nota Pertolongan CemasNota Pertolongan Cemas
Nota Pertolongan Cemas
D'sya Famili
 
Keselamatan di tempat kerja
Keselamatan di tempat kerjaKeselamatan di tempat kerja
Keselamatan di tempat kerjaanakmazlan
 

Viewers also liked (10)

Pertolongan cemas 2
Pertolongan cemas 2Pertolongan cemas 2
Pertolongan cemas 2
 
Keselamatan & Pencegahan
Keselamatan & PencegahanKeselamatan & Pencegahan
Keselamatan & Pencegahan
 
Cardio Pulmonari Resuscitation (CPR) - Kaedah Permulihan Keatas Jantung dan P...
Cardio Pulmonari Resuscitation (CPR) - Kaedah Permulihan Keatas Jantung dan P...Cardio Pulmonari Resuscitation (CPR) - Kaedah Permulihan Keatas Jantung dan P...
Cardio Pulmonari Resuscitation (CPR) - Kaedah Permulihan Keatas Jantung dan P...
 
Rice
RiceRice
Rice
 
Pertolongan cemas pendidikan jasmani dan kesihatan
Pertolongan cemas pendidikan jasmani dan kesihatanPertolongan cemas pendidikan jasmani dan kesihatan
Pertolongan cemas pendidikan jasmani dan kesihatan
 
ALATAN PETI KECEMASAN
ALATAN PETI KECEMASANALATAN PETI KECEMASAN
ALATAN PETI KECEMASAN
 
Patah
PatahPatah
Patah
 
Keselamatan di padang
Keselamatan di padangKeselamatan di padang
Keselamatan di padang
 
Nota Pertolongan Cemas
Nota Pertolongan CemasNota Pertolongan Cemas
Nota Pertolongan Cemas
 
Keselamatan di tempat kerja
Keselamatan di tempat kerjaKeselamatan di tempat kerja
Keselamatan di tempat kerja
 

Similar to 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

9.keracunan seliuh cpr
9.keracunan seliuh cpr9.keracunan seliuh cpr
9.keracunan seliuh cpr
siaw ong
 
Notaringkasp 131026205220-phpapp02
Notaringkasp 131026205220-phpapp02Notaringkasp 131026205220-phpapp02
Notaringkasp 131026205220-phpapp02
leena leena
 
Materi Edukasi K3 Internal_TW2_Pertolongan Pertama.pptx
Materi Edukasi K3 Internal_TW2_Pertolongan Pertama.pptxMateri Edukasi K3 Internal_TW2_Pertolongan Pertama.pptx
Materi Edukasi K3 Internal_TW2_Pertolongan Pertama.pptx
IkmalKhairiansa1
 
BASIC LIFE SUPPORT.pptx
BASIC LIFE SUPPORT.pptxBASIC LIFE SUPPORT.pptx
BASIC LIFE SUPPORT.pptx
Likisn
 
BHD_bantuan_hidup_dasar_keperawatan.pptx
BHD_bantuan_hidup_dasar_keperawatan.pptxBHD_bantuan_hidup_dasar_keperawatan.pptx
BHD_bantuan_hidup_dasar_keperawatan.pptx
ReginaClaudia10
 
PERTOLONGAN PERTAMA 3 (penilaian korban).pptx
PERTOLONGAN PERTAMA 3 (penilaian korban).pptxPERTOLONGAN PERTAMA 3 (penilaian korban).pptx
PERTOLONGAN PERTAMA 3 (penilaian korban).pptx
AndrikIrfani
 
Nota pertolongan cemas
Nota pertolongan cemasNota pertolongan cemas
Nota pertolongan cemasBritney Sim
 
Lembar pendahuluan bls
Lembar pendahuluan blsLembar pendahuluan bls
Lembar pendahuluan blsconesti08com
 
Resusitasi jantung paru
Resusitasi jantung paruResusitasi jantung paru
Resusitasi jantung paru
Yasirecin Yasir
 
Materi_First_Aid_Training.pptx
Materi_First_Aid_Training.pptxMateri_First_Aid_Training.pptx
Materi_First_Aid_Training.pptx
FikriDwi7
 
Materi First Aid Training.pptx
Materi First Aid Training.pptxMateri First Aid Training.pptx
Materi First Aid Training.pptx
JuliaAndina1
 
3. BHD DAN RJP ok.pptx
3. BHD DAN RJP ok.pptx3. BHD DAN RJP ok.pptx
3. BHD DAN RJP ok.pptx
RafaKhan7
 
Prosedur Resusitasi jantung-paru
Prosedur Resusitasi jantung-paruProsedur Resusitasi jantung-paru
Prosedur Resusitasi jantung-paru
reni rohaniah
 
Resusitasi jantung-paru-psik1
Resusitasi jantung-paru-psik1Resusitasi jantung-paru-psik1
Resusitasi jantung-paru-psik1
rizkyanapuspita
 
BASIC LIFE SUPPOR REKOGNISI PEMBELAJARAN LAMPAU.ppt
BASIC LIFE SUPPOR REKOGNISI PEMBELAJARAN LAMPAU.pptBASIC LIFE SUPPOR REKOGNISI PEMBELAJARAN LAMPAU.ppt
BASIC LIFE SUPPOR REKOGNISI PEMBELAJARAN LAMPAU.ppt
EvaRosdiana19
 
P3K.ppt
P3K.pptP3K.ppt
P3K.ppt
WahyuSiswoyo2
 
7. pertolongan pertama pada kecelakaan [p3 k]
7. pertolongan pertama pada kecelakaan [p3 k]7. pertolongan pertama pada kecelakaan [p3 k]
7. pertolongan pertama pada kecelakaan [p3 k]Winarso Arso
 

Similar to 27994363 pengenalan-pertolongan-cemas (20)

Bhd awam
Bhd awamBhd awam
Bhd awam
 
Pengsan
PengsanPengsan
Pengsan
 
9.keracunan seliuh cpr
9.keracunan seliuh cpr9.keracunan seliuh cpr
9.keracunan seliuh cpr
 
Notaringkasp 131026205220-phpapp02
Notaringkasp 131026205220-phpapp02Notaringkasp 131026205220-phpapp02
Notaringkasp 131026205220-phpapp02
 
Pbsm ;(
Pbsm ;(Pbsm ;(
Pbsm ;(
 
Materi Edukasi K3 Internal_TW2_Pertolongan Pertama.pptx
Materi Edukasi K3 Internal_TW2_Pertolongan Pertama.pptxMateri Edukasi K3 Internal_TW2_Pertolongan Pertama.pptx
Materi Edukasi K3 Internal_TW2_Pertolongan Pertama.pptx
 
BASIC LIFE SUPPORT.pptx
BASIC LIFE SUPPORT.pptxBASIC LIFE SUPPORT.pptx
BASIC LIFE SUPPORT.pptx
 
BHD_bantuan_hidup_dasar_keperawatan.pptx
BHD_bantuan_hidup_dasar_keperawatan.pptxBHD_bantuan_hidup_dasar_keperawatan.pptx
BHD_bantuan_hidup_dasar_keperawatan.pptx
 
PERTOLONGAN PERTAMA 3 (penilaian korban).pptx
PERTOLONGAN PERTAMA 3 (penilaian korban).pptxPERTOLONGAN PERTAMA 3 (penilaian korban).pptx
PERTOLONGAN PERTAMA 3 (penilaian korban).pptx
 
Nota pertolongan cemas
Nota pertolongan cemasNota pertolongan cemas
Nota pertolongan cemas
 
Lembar pendahuluan bls
Lembar pendahuluan blsLembar pendahuluan bls
Lembar pendahuluan bls
 
Resusitasi jantung paru
Resusitasi jantung paruResusitasi jantung paru
Resusitasi jantung paru
 
Materi_First_Aid_Training.pptx
Materi_First_Aid_Training.pptxMateri_First_Aid_Training.pptx
Materi_First_Aid_Training.pptx
 
Materi First Aid Training.pptx
Materi First Aid Training.pptxMateri First Aid Training.pptx
Materi First Aid Training.pptx
 
3. BHD DAN RJP ok.pptx
3. BHD DAN RJP ok.pptx3. BHD DAN RJP ok.pptx
3. BHD DAN RJP ok.pptx
 
Prosedur Resusitasi jantung-paru
Prosedur Resusitasi jantung-paruProsedur Resusitasi jantung-paru
Prosedur Resusitasi jantung-paru
 
Resusitasi jantung-paru-psik1
Resusitasi jantung-paru-psik1Resusitasi jantung-paru-psik1
Resusitasi jantung-paru-psik1
 
BASIC LIFE SUPPOR REKOGNISI PEMBELAJARAN LAMPAU.ppt
BASIC LIFE SUPPOR REKOGNISI PEMBELAJARAN LAMPAU.pptBASIC LIFE SUPPOR REKOGNISI PEMBELAJARAN LAMPAU.ppt
BASIC LIFE SUPPOR REKOGNISI PEMBELAJARAN LAMPAU.ppt
 
P3K.ppt
P3K.pptP3K.ppt
P3K.ppt
 
7. pertolongan pertama pada kecelakaan [p3 k]
7. pertolongan pertama pada kecelakaan [p3 k]7. pertolongan pertama pada kecelakaan [p3 k]
7. pertolongan pertama pada kecelakaan [p3 k]
 

More from Auroral Flame

Electronic components
Electronic componentsElectronic components
Electronic components
Auroral Flame
 
Bab 131130215629-phpapp02
Bab 131130215629-phpapp02Bab 131130215629-phpapp02
Bab 131130215629-phpapp02
Auroral Flame
 
Kertas kerja kpca__kpcl
Kertas kerja kpca__kpclKertas kerja kpca__kpcl
Kertas kerja kpca__kpcl
Auroral Flame
 
Usm 130903023620-phpapp01
Usm 130903023620-phpapp01Usm 130903023620-phpapp01
Usm 130903023620-phpapp01
Auroral Flame
 
23813929 balutan
23813929 balutan23813929 balutan
23813929 balutan
Auroral Flame
 
Ac meters-part-1
Ac meters-part-1Ac meters-part-1
Ac meters-part-1
Auroral Flame
 
Peraturan keselamatan
Peraturan keselamatanPeraturan keselamatan
Peraturan keselamatan
Auroral Flame
 

More from Auroral Flame (8)

Week 5
Week 5Week 5
Week 5
 
Electronic components
Electronic componentsElectronic components
Electronic components
 
Bab 131130215629-phpapp02
Bab 131130215629-phpapp02Bab 131130215629-phpapp02
Bab 131130215629-phpapp02
 
Kertas kerja kpca__kpcl
Kertas kerja kpca__kpclKertas kerja kpca__kpcl
Kertas kerja kpca__kpcl
 
Usm 130903023620-phpapp01
Usm 130903023620-phpapp01Usm 130903023620-phpapp01
Usm 130903023620-phpapp01
 
23813929 balutan
23813929 balutan23813929 balutan
23813929 balutan
 
Ac meters-part-1
Ac meters-part-1Ac meters-part-1
Ac meters-part-1
 
Peraturan keselamatan
Peraturan keselamatanPeraturan keselamatan
Peraturan keselamatan
 

Recently uploaded

TM 2-4 Perubahan Fisiologis Kehamilan.pptx
TM 2-4 Perubahan Fisiologis Kehamilan.pptxTM 2-4 Perubahan Fisiologis Kehamilan.pptx
TM 2-4 Perubahan Fisiologis Kehamilan.pptx
rifdahatikah1
 
BAHAN AJAR 25 KETRAMPILAN KADER POSYANDU.pptx
BAHAN AJAR 25 KETRAMPILAN KADER POSYANDU.pptxBAHAN AJAR 25 KETRAMPILAN KADER POSYANDU.pptx
BAHAN AJAR 25 KETRAMPILAN KADER POSYANDU.pptx
lansiapola
 
Askep-Anak-dengan-gangguan malnutris.ppt
Askep-Anak-dengan-gangguan malnutris.pptAskep-Anak-dengan-gangguan malnutris.ppt
Askep-Anak-dengan-gangguan malnutris.ppt
fitrianakartikasari5
 
Definisi dan Ruang Lingkup Farmakovigilans.pptx
Definisi dan Ruang Lingkup Farmakovigilans.pptxDefinisi dan Ruang Lingkup Farmakovigilans.pptx
Definisi dan Ruang Lingkup Farmakovigilans.pptx
meta emilia surya dharma
 
Aplikasi Teori/Model pada Praktik, Penelitian, dan Pendidikan Keperawatan
Aplikasi Teori/Model pada Praktik, Penelitian, dan Pendidikan KeperawatanAplikasi Teori/Model pada Praktik, Penelitian, dan Pendidikan Keperawatan
Aplikasi Teori/Model pada Praktik, Penelitian, dan Pendidikan Keperawatan
BayuEkaKurniawan1
 
0838-4800-7379Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Garut
0838-4800-7379Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Garut0838-4800-7379Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Garut
0838-4800-7379Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Garut
jualobat34
 
KEBIJK_Jaminan_kesehatan_Indonesia _014.ppt
KEBIJK_Jaminan_kesehatan_Indonesia _014.pptKEBIJK_Jaminan_kesehatan_Indonesia _014.ppt
KEBIJK_Jaminan_kesehatan_Indonesia _014.ppt
gerald rundengan
 
Manajemen Keperawatan pada pasien gangguan jiwa
Manajemen Keperawatan pada pasien gangguan jiwaManajemen Keperawatan pada pasien gangguan jiwa
Manajemen Keperawatan pada pasien gangguan jiwa
iskandar186656
 
Volumetri Redoks, Iodometri, Iodimetri, reduksi Oksidasi, titrasi
Volumetri Redoks, Iodometri, Iodimetri, reduksi Oksidasi, titrasiVolumetri Redoks, Iodometri, Iodimetri, reduksi Oksidasi, titrasi
Volumetri Redoks, Iodometri, Iodimetri, reduksi Oksidasi, titrasi
hannanbmq1
 
Jamu Penggugur obat penggugur herbal penggugur kandungan (087776558899)
Jamu Penggugur obat penggugur herbal penggugur kandungan (087776558899)Jamu Penggugur obat penggugur herbal penggugur kandungan (087776558899)
Jamu Penggugur obat penggugur herbal penggugur kandungan (087776558899)
Cara Menggugurkan Kandungan 087776558899
 
CBT BOARD INTERNAL Medicine chapter xxxx
CBT BOARD INTERNAL Medicine chapter xxxxCBT BOARD INTERNAL Medicine chapter xxxx
CBT BOARD INTERNAL Medicine chapter xxxx
MuhammadAlFarizi88
 
Herbal penggugur kandungan Makassar obat aborsi janin makassar jamu penggugur...
Herbal penggugur kandungan Makassar obat aborsi janin makassar jamu penggugur...Herbal penggugur kandungan Makassar obat aborsi janin makassar jamu penggugur...
Herbal penggugur kandungan Makassar obat aborsi janin makassar jamu penggugur...
Cara Menggugurkan Kandungan 087776558899
 
audit stunting Desa Bengkak Kecamatan wongsorejo
audit stunting Desa Bengkak Kecamatan wongsorejoaudit stunting Desa Bengkak Kecamatan wongsorejo
audit stunting Desa Bengkak Kecamatan wongsorejo
ReniAnjarwati
 
RUU KESEHATAN (apt. Guntur Satrio Pratomo).pptx
RUU KESEHATAN (apt. Guntur Satrio Pratomo).pptxRUU KESEHATAN (apt. Guntur Satrio Pratomo).pptx
RUU KESEHATAN (apt. Guntur Satrio Pratomo).pptx
nadyahermawan
 
Presentasi Pleno Kelompok 5 Modul 4 Kejang.pdf
Presentasi Pleno Kelompok 5 Modul 4 Kejang.pdfPresentasi Pleno Kelompok 5 Modul 4 Kejang.pdf
Presentasi Pleno Kelompok 5 Modul 4 Kejang.pdf
AFMLS
 
Malpraktek & Kelalaian dalam kesehatan.pptx
Malpraktek & Kelalaian dalam kesehatan.pptxMalpraktek & Kelalaian dalam kesehatan.pptx
Malpraktek & Kelalaian dalam kesehatan.pptx
LyanNurse1
 
PERHITUNGAN DOSIS OBAT Cara pemberian , Melakukan perhitungan dosis.ppt
PERHITUNGAN DOSIS OBAT Cara pemberian , Melakukan perhitungan dosis.pptPERHITUNGAN DOSIS OBAT Cara pemberian , Melakukan perhitungan dosis.ppt
PERHITUNGAN DOSIS OBAT Cara pemberian , Melakukan perhitungan dosis.ppt
Jumainmain1
 
Kelainan Genitalia Pria Bedah Urologi FK
Kelainan Genitalia Pria Bedah Urologi FKKelainan Genitalia Pria Bedah Urologi FK
Kelainan Genitalia Pria Bedah Urologi FK
pinkhocun
 
PPT PENGKAJIAN SISTEM MUSKULOSKELETAL 2.pptx
PPT PENGKAJIAN SISTEM MUSKULOSKELETAL 2.pptxPPT PENGKAJIAN SISTEM MUSKULOSKELETAL 2.pptx
PPT PENGKAJIAN SISTEM MUSKULOSKELETAL 2.pptx
EmohAsJohn
 
FIN_Kebijakan Skrining Bayi Baru Lahir.pdf
FIN_Kebijakan Skrining Bayi Baru Lahir.pdfFIN_Kebijakan Skrining Bayi Baru Lahir.pdf
FIN_Kebijakan Skrining Bayi Baru Lahir.pdf
helixyap92
 

Recently uploaded (20)

TM 2-4 Perubahan Fisiologis Kehamilan.pptx
TM 2-4 Perubahan Fisiologis Kehamilan.pptxTM 2-4 Perubahan Fisiologis Kehamilan.pptx
TM 2-4 Perubahan Fisiologis Kehamilan.pptx
 
BAHAN AJAR 25 KETRAMPILAN KADER POSYANDU.pptx
BAHAN AJAR 25 KETRAMPILAN KADER POSYANDU.pptxBAHAN AJAR 25 KETRAMPILAN KADER POSYANDU.pptx
BAHAN AJAR 25 KETRAMPILAN KADER POSYANDU.pptx
 
Askep-Anak-dengan-gangguan malnutris.ppt
Askep-Anak-dengan-gangguan malnutris.pptAskep-Anak-dengan-gangguan malnutris.ppt
Askep-Anak-dengan-gangguan malnutris.ppt
 
Definisi dan Ruang Lingkup Farmakovigilans.pptx
Definisi dan Ruang Lingkup Farmakovigilans.pptxDefinisi dan Ruang Lingkup Farmakovigilans.pptx
Definisi dan Ruang Lingkup Farmakovigilans.pptx
 
Aplikasi Teori/Model pada Praktik, Penelitian, dan Pendidikan Keperawatan
Aplikasi Teori/Model pada Praktik, Penelitian, dan Pendidikan KeperawatanAplikasi Teori/Model pada Praktik, Penelitian, dan Pendidikan Keperawatan
Aplikasi Teori/Model pada Praktik, Penelitian, dan Pendidikan Keperawatan
 
0838-4800-7379Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Garut
0838-4800-7379Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Garut0838-4800-7379Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Garut
0838-4800-7379Jual Obat Aborsi Cytotec Asli Garut
 
KEBIJK_Jaminan_kesehatan_Indonesia _014.ppt
KEBIJK_Jaminan_kesehatan_Indonesia _014.pptKEBIJK_Jaminan_kesehatan_Indonesia _014.ppt
KEBIJK_Jaminan_kesehatan_Indonesia _014.ppt
 
Manajemen Keperawatan pada pasien gangguan jiwa
Manajemen Keperawatan pada pasien gangguan jiwaManajemen Keperawatan pada pasien gangguan jiwa
Manajemen Keperawatan pada pasien gangguan jiwa
 
Volumetri Redoks, Iodometri, Iodimetri, reduksi Oksidasi, titrasi
Volumetri Redoks, Iodometri, Iodimetri, reduksi Oksidasi, titrasiVolumetri Redoks, Iodometri, Iodimetri, reduksi Oksidasi, titrasi
Volumetri Redoks, Iodometri, Iodimetri, reduksi Oksidasi, titrasi
 
Jamu Penggugur obat penggugur herbal penggugur kandungan (087776558899)
Jamu Penggugur obat penggugur herbal penggugur kandungan (087776558899)Jamu Penggugur obat penggugur herbal penggugur kandungan (087776558899)
Jamu Penggugur obat penggugur herbal penggugur kandungan (087776558899)
 
CBT BOARD INTERNAL Medicine chapter xxxx
CBT BOARD INTERNAL Medicine chapter xxxxCBT BOARD INTERNAL Medicine chapter xxxx
CBT BOARD INTERNAL Medicine chapter xxxx
 
Herbal penggugur kandungan Makassar obat aborsi janin makassar jamu penggugur...
Herbal penggugur kandungan Makassar obat aborsi janin makassar jamu penggugur...Herbal penggugur kandungan Makassar obat aborsi janin makassar jamu penggugur...
Herbal penggugur kandungan Makassar obat aborsi janin makassar jamu penggugur...
 
audit stunting Desa Bengkak Kecamatan wongsorejo
audit stunting Desa Bengkak Kecamatan wongsorejoaudit stunting Desa Bengkak Kecamatan wongsorejo
audit stunting Desa Bengkak Kecamatan wongsorejo
 
RUU KESEHATAN (apt. Guntur Satrio Pratomo).pptx
RUU KESEHATAN (apt. Guntur Satrio Pratomo).pptxRUU KESEHATAN (apt. Guntur Satrio Pratomo).pptx
RUU KESEHATAN (apt. Guntur Satrio Pratomo).pptx
 
Presentasi Pleno Kelompok 5 Modul 4 Kejang.pdf
Presentasi Pleno Kelompok 5 Modul 4 Kejang.pdfPresentasi Pleno Kelompok 5 Modul 4 Kejang.pdf
Presentasi Pleno Kelompok 5 Modul 4 Kejang.pdf
 
Malpraktek & Kelalaian dalam kesehatan.pptx
Malpraktek & Kelalaian dalam kesehatan.pptxMalpraktek & Kelalaian dalam kesehatan.pptx
Malpraktek & Kelalaian dalam kesehatan.pptx
 
PERHITUNGAN DOSIS OBAT Cara pemberian , Melakukan perhitungan dosis.ppt
PERHITUNGAN DOSIS OBAT Cara pemberian , Melakukan perhitungan dosis.pptPERHITUNGAN DOSIS OBAT Cara pemberian , Melakukan perhitungan dosis.ppt
PERHITUNGAN DOSIS OBAT Cara pemberian , Melakukan perhitungan dosis.ppt
 
Kelainan Genitalia Pria Bedah Urologi FK
Kelainan Genitalia Pria Bedah Urologi FKKelainan Genitalia Pria Bedah Urologi FK
Kelainan Genitalia Pria Bedah Urologi FK
 
PPT PENGKAJIAN SISTEM MUSKULOSKELETAL 2.pptx
PPT PENGKAJIAN SISTEM MUSKULOSKELETAL 2.pptxPPT PENGKAJIAN SISTEM MUSKULOSKELETAL 2.pptx
PPT PENGKAJIAN SISTEM MUSKULOSKELETAL 2.pptx
 
FIN_Kebijakan Skrining Bayi Baru Lahir.pdf
FIN_Kebijakan Skrining Bayi Baru Lahir.pdfFIN_Kebijakan Skrining Bayi Baru Lahir.pdf
FIN_Kebijakan Skrining Bayi Baru Lahir.pdf
 

27994363 pengenalan-pertolongan-cemas

  • 2. Pengenalan Pertolongan Cemas 1 PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS Disusun oleh: YUSNIZAM BIN YUSOFF PEMBANTU PERUBATAN AMBULAN (UNIT KECEMASAN BERMOTOSIKAL) IBU PEJABAT KEBANGSAAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA ISI KANDUNGAN Muka Surat Skop Pertolongan Cemas 2 Luka & Pendarahan 10 Patah 17 Kecederaan Sendi dan Otot-otot 23 Terbakar dan Melecur 27 Pitam dan Tidak Sedarkan Diri 33
  • 3. Pengenalan Pertolongan Cemas 2 SKOP PERTOLONGAN CEMAS
  • 4. Pengenalan Pertolongan Cemas 3 Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pertolongan Cemas Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa atau pesakit. Konsep Pertolongan Cemas Pertolongan Cemas ditakrifkan / diertikan sebagai Bantuan Permulaan / Bantu Mula / Rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut / tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital. TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS 1. Selamatkan nyawa Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi. 2. Mengelakkan dari bertambah buruk Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk. 3. Mengurangkan kesakitan Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit DAPATKAN BANTUAN KECEMASAN ATAU LANJUTAN • Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar yang segera • Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba. MENILAI SITUASI MANGSA (PRIMARY SURVEY) Bertindak D R A B C D = Danger (Bahaya) R = Response (Tindak balas/Reaksi) A = Airway (Saluran pernafasan) B = Breathing (Pernafasan) C = Circulation (Peredaran/Pengaliran Darah) RESPONSE (TINDAKBALAS / REAKSI) Dapatkan tindak balas atau reaksi dari mangsa. Jika sedar : • Tanya mangsa keadaannya • Pastikan kecederaan atau kesan lain • Berikan rawatan yang sewajarnya • Dapatkan bantuan jika perlu Jika tidak sedar : • Pastikan saluran pernafasan terbuka dan tiada halangan • Periksa samada mangsa bernafas atau tidak. • Periksa pengaliran darah dengan merasa denyutan nadi di leher (karotid) Tahap kesedaran mangsa boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu: 1) A - Alert (sedar sepenuhnya) 2) V - Verbal (respon terhadap suara) 3) P – Pain (respon terhadap kesakitan/sentuhan) 4) U – Unconcious (tiada apa-apa respon)
  • 5. Pengenalan Pertolongan Cemas 4 SECONDARY SURVEY (MEMERIKSA MANGSA) Pemeriksaan tubuh badan mangsa untuk membuat penilaian bolehlah diringkaskan seperti berikut: Bahagian Tindakan a) Kepala Pemeriksa kesan-kesan kecederaan yang terdapat pada muka dan keseluruhan bahagian kepala mangsa untuk melihat pendarahan, terbakar, bengkak dan sebagainya. b) Leher Periksa belakang tengkuk dan nadi. c) Belakang Periksa ruas-ruas tulang belakang. d) Badan Periksa keseimbangan tulang rusuk, turun naik dada, patah dan sebagainya. e) Tangan Periksa nadi, luka, terkehel dan sebagainya. f) Kaki Periksa tempurung lutut, patah dan sebagainya. S Sign / Symptom (Tanda dan gejala) A Alergic (Alahan) M Medication (Ubatan yang diambil) P Past History (Penyakit yang sedia ada) L Last Meal (Makanan terakhir) E Event (Punca kejadian) Untuk mangsa yang mengalami kecederaan bolehlah diperiksa seperti berikut: D - Deformity C - Concussion A - Abrasion wound P - Punctured wound B - Burn T - Tenderness ( sakit bila disentuh) L - Laceration wound S - Swelling VITAL ORGAN Adalah organ-organ yang penting di dalam tubuh badan. Keutamaan (Priority) 1. Otak Respon, saiz anak mata 2. Jantung Nadi (Pulse) 3. Paru-paru Pernafasan (breathing) 4. Hati Kulit Kelihatan Kekuningan 5. Buah Pinggang 5.1. Bengkak-bengkak pada kulit 5.2. Masalah kencing. NADI Nadi ialah tindakbalas pengepaman jantung yang boleh dikesan di seluruh arteri yang selari dengan tulang Tempat mudah untuk merasai nadi ialah: 1. Pergelangan Tangan - Radial 2. Pangkal Lengan - Brachial 3. Leher - Karotid
  • 6. Pengenalan Pertolongan Cemas 5 Semasa merasa nadi perkara yang perlu diambil perhatian adalah: 1. Bilangan denyutan nadi Dewasa (60 – 80 kali seminit) Kanak-kanak (80 - 120 seminit) Bayi (120 -160 kali seminit) 2. Rentak nadi (rhythm) 3. Kekuatan (strength) RENJATAN (SHOCK) Suatu keadaan dimana peredaran darah terganggu disebabkan oleh penurunan tekanan saluran darah menyebabkan organ – organ penting tidak dapat berfungsi dengan baik. Sebab-Sebab renjatan 1. Kehilangan bendalir badan (hypovolumic shock) a) Kehilangan Darah (haemorrhagic shock) Pendarahan yang banyak b) Kehilangan Cecair (haemotegenic shock) Terbakar – kehilangan plasma Muntah-Muntah Cirit-birit 2. Keadaan emosi (neurogenic shock) Terlampau takut Terkejut Berita buruk 3. Saraf (Anaphylitic shock) Terlampau sakit Alahan / allergi Tanda-Tanda & Gejala APA YANG HARUS DILAKUKAN • Kulit kelihatan pucat • Kulit sejuk dan berpeluh / melekit • Loya, lemah dan pening • Nadi cepat dan lemah • Nafas cepat dan sesak • Tekanan darah rendah • Dahaga • Resah gelisah • Pandangan kabur • Tidak sedarkan diri • Terlentangkan pesakit, tinggikan kedua-dua kaki untuk menggalakkan pengaliran darah ke otak. • Longgarkan pakaian yang ketat terutama di bahagian leher dan pinggang. • Tentukan keadaan sekeliling selesa dan dapatkan seberapa banyak udara yang bersih. • Selimutkan mangsa agar sentiasa panas, tetapi jangan biarkan badannya terlalu panas. • JANGAN beri sebarang makanan atau minuman kepada pesakit kerana ini boleh menyebabkan muntah. • Berikan keselesaan dan keyakinan kepada pesakit, kenal pasti kecederaan-kecederaan yang ada dan berikan bantuan kecemasan yang sewajarnya. • Dapatkan bantuan lanjutan.
  • 7. Pengenalan Pertolongan Cemas 6 • Perhatikan pernafasan dan denyutan jantung (nadi). 1. TIDAK BERNAFAS – Bantuan pernafasan. 2. TIADA DENYUTAN NADI – CPR 3. BERNAFAS – Baringan pemulihan (recovery position). • Dapatkan bantuan ambulans dengan segera. TERCEKIK Gejala utama menyebabkan asfiksia adalah apabila berlaku TERSEKAT SALURAN PERNAFASAN disebabkan oleh benda-benda asing atau makanan. Ini akan menyebabkan kegagalan oksigen untuk sampai kepada sel-sel badan. Kaedah HEIMLICH MANUEVER (ABDOMINAL THRUST) dan CHEST THRUST HEIMLICH MANUEVER / ABDOMINAL THRUST Tekanan Abdomen Rawatan 1. Mengeluarkan benda asing dengan teknik `abdominal thrust’ atau `Heimlich manuever’ 2. Membuka saluran pernafasan 3. Periksa pernafasan dan denyutan nadi 4. Lakukan CPR jika tiada pernafasan dan denyutan nadi 5. Apabila denyutan nadi dan pernafasan pulih, baringkan mangsa dalam kedudukan pemulihan 6. Periksa pernafasan dan tahap kesedaran. CHEST THRUST Tekanan Dada Tercekik: Mangsa dewasa menjadi tidak sedar Terlentangkan mangsa dengan mengawal kepala dan lehernya. Jerit “Tolong!” dan hubungi ambulan.
  • 8. Pengenalan Pertolongan Cemas 7 Angkat dagu dan lidah dengan satu tangan sementara tangan yang lain digunakan untuk mengeluarkan objek asing dalam mulut dan tekak dengan menggunakan jari. Dongakkan kepala mangsa untuk membuka saluran pernafasan. Berikan bantuan pernafasan. Sekiranya tersekat, lakukan tekanan abdomen (Abdominal Thrust). Untuk melakukan tekanan abdomen, melutut dan duduk pada paras lututnya serta mengadap mangsa. Letak tumit tapak tangan di tengah abdomen dan letakkan tapak tangan kedua di atas yang pertama. Tekan sebanyak 6-10 kali dengan satu pergerakan yang kemas dan cepat. Sentiasa periksa sekiranya objek asing telah keluar. Buka mulut, angkat dagu dan lidah dan periksa mulut. Sekiranya terdapat gigi palsu bolehlah ditanggalkan jika perlu untuk memudahkan pemeriksaan mulut. Dongakkan kepala mangsa dan beri bantuan pernafasan. Sekiranya masih tersekat, ulang semula perkara-perkara di atas dengan cepat. - Tekan abdomen - Periksa mulut - Beri bantuan pernafasan Ulang sehingga bantuan pernafasan tidak tersekat. Tercekik: Mangsa dewasa yang tidak sedar Tentukan tahap kesedaran mangsa dengan menepuk bahu dan memanggil. Sekiranya tiada respon, jerit “Tolong!” dan hubungi ambulan. Terlentangkan mangsa.
  • 9. Pengenalan Pertolongan Cemas 8 Buka saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa dan periksa pernafasan (melihat, mendengar, merasa). - Melihat dada turun naik - Mendengar pernafasan - Merasa haba pernafasan dengan pipi Sekiranya tiada tanda-tanda pernafasan, berikan bantuan pernafasan. Sekiranya tersekat, dongakkan kepala sekali lagi dan beri bentuan pernafasan. Sekiranya masih tersekat, mangsa mungkin tercekik. Lakukan tekanan abdomen sebanyak 6-10 kali. Periksa mulut mangsa sekiranya ada objek asing yang terkeluar. Sekiranya ada, keluarkan objek tersebut dengan membuka mulut serta mengangkat dagu dan lidah mangsa dan korek menggunakan jari. Dongakkan semula kepala mangsa dan beri bantuan pernafasan. Sekiranya masih tersekat ulang semula tindakan di atas dengan cepat. Sekiranya mangsa terlalu gemuk atau mengandung, tekan di atas dada seperti kedudukan CPR. Rawatan bayi tercekik Pastikan tahap kesedaran bayi dengan menepuk bahunya perlahan-lahan. Jika tiada respon, jerit “Tolong!” dan hubungi ambulan. Terlentangkan bayi dan buka saluran pernafasan. Pastikan jangan di dongak secara berlebihan. Periksa pernafasan dengan teknik melihat, mendengar dan merasa.
  • 10. Pengenalan Pertolongan Cemas 9 Sekiranya tiada tanda-tanda pernafasan beri bantuan pernafasan dengan cara melekapkan mulut anda di sekeliling mulut dan hidung bayi. Jika tersekat, dongakkan semula kepala bayi dan beri bantuan pernafasan lagi. Jika masih tersekat lakukan Back thrust dan Chest thrust. Tiarapkan bayi dengan mengampunya menggunakan tapak tangan serta lengan. Letakkan bayi di bahagian paha dengan kedudukan kepala bayi rendah dari paras badannya. Tepuk 5 kali di antara tulang belikat bayi dengan menggunakan tumit tapak tangan. Kemudian terlentangkan bayi dan ampu leher serta badan bayi dengan kedudukan kepala rendah dari badannya. Tekan 5 kali di atas dadanya seperti melakukan CPR. Kemudian buka mulut bayi dengan teknik angkat dagu dan lidah serta periksa sekiranya ada objek asing. Sekiranya ada, korek objek tersebut dengan menggunakan jari kelingking. Cuba buat hembusan semula. Jika masih tersekat ulang semula teknik di atas sehingga objek dapat dikeluarkan dan bantuan pernafasan berjaya.
  • 11. Pengenalan Pertolongan Cemas 10 LUKA & PENDARAHAN (Wounds & Bleeding)
  • 12. Pengenalan Pertolongan Cemas 11 LUKA Kecederaan kepada tisu disebabkan oleh benda-benda tajam atau tumpul. Luka boleh diklasifikasikan kepada dua sifat iaitu: 1. Luka Tertutup 2. Luka Terbuka Contoh Luka Tertutup Pendarahan di otak 1. Luka Tertutup Kecederaan kepada tisu di bawah kulit dimana kesinambungan kulit tidak terganggu dan luka tidak dapat dilihat dari luar. Darah juga tidak keluar ke permukaan kulit. Contoh Luka Tertutup: a. Kontuse Akibat daripada terkena pukulan kuat. Pendarahan berlaku di bawah kulit. b. Haematoma Pendarahan yang menjadi beku dan kelihatan biru kehitaman. 2. Luka Terbuka Kecederaan kepada tisu kulit dimana kesinambungan kulit terganggu. Luka dapat dilihat dari luar dan terdapat pendarahan yang keluar ke kulit. Lebam Contoh Luka Terbuka Jenis Sebab Contoh a. Luka Terhiris Benda-benda tajam & nipis Pisau b. Luka Calar Balar Tersagat Permukaan yang kasar c. Luka Tikaman Benda-benda tajam &runcing Paku / pisau d. Luka Terkoyak Cakaran Cakaran kuku binatang / kawat duri e. Luka Tembakan Tembakan Peluru pistol f. Amputasi / kudung Kemalangan Putus Tangan / Kaki Luka Geseran Luka Terhiris Luka Terkoyak Luka Tikaman
  • 13. Pengenalan Pertolongan Cemas 12 LAPISAN KULIT LUKA TERTUTUP Luka calar-balar Luka terhiris Luka terkoyak
  • 14. Pengenalan Pertolongan Cemas 13 Luka tembakan Luka tikaman Rawatan untuk luka Luka terbuka Untuk luka terbuka yang tidak banyak pendarahan, lakukan teknik 2 C iaitu: 1. Clean (bersihkan) Bersihkan luka dari sebarang kekotoran. 2. Cover (tutup) Tutup luka dengan gauze atau kain yang bersih. Teknik 2 C ini dilakukan adalah untuk menghalang 1. Pencemaran luka 2. Jangkitan kuman 3. Pembiakan kuman Untuk luka terbuka yang mempunyai banyak pendarahan lakukan teknik D.I.E. Teknik ini akan diterangkan dengan lebih lanjut di dalam topik pendarahan. Luka tertutup Untuk luka tertutup, berikan tuaman sejuk untuk menghentikan pendarahan yang berlaku di bawah kulit. Luka tertutup yang serius ialah yang menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman seperti di otak, paru-paru, perut dan lain-lain lagi.
  • 15. Pengenalan Pertolongan Cemas 14 KUDUNG (Amputasi) (Putus Anggota badan) Apa Perlu Dilakukan ? Langkah Pertama Jika ada balutkan anggota yang terpisah dengan kain bebat yang bersih Jika tiada lakukan Langkah Kedua Langkah Kedua Masukkan anggota yang terputus ke dalam sebuah beg plastik atau bekas yang bersesuaian Langkah Ketiga i. Dapatkan sebuah lagi beg plastik atau bekas yang bersesuaian ii. Masukkan ais Jika ada atau air sejuk. iii. Masukkan beg plastik yang berisi anggota yang terputus ke dalam bekas yang mengandungi ais/air sejuk BAWA KE HOSPITAL DENGAN KADAR SEGERA BERSAMA DENGAN MANGSA PENDARAHAN Pendarahan boleh didefinisikan sebagai: Terkeluarnya darah daripada sistem peredarannya. Atau Tercederanya sistem edaran. Pendarahan boleh berlaku melalui: 1. Pendarahan Arteri (salurnadi) Darah keluar berwarna merah cerah / terang kerana mengandungi oksigen dan keluar memancut mengikut denyutan jantung.
  • 16. Pengenalan Pertolongan Cemas 15 2. Pendarahan Vena (Pembuluh) Darahnya berwarna merah tua kerana kurang mengandungi oksigen dan mengalir keluar perlahan- lahan. 3. Pendarahan Kapilari (Rerambut) Darahnya keluar secara meleleh. Pendarahan boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu: 1. Pendarahan Luaran (External) Pendarahan yang boleh dilihat dengan mudah dan berlaku pada / melalui lapisan kulit. 2. Pendarahan Dalaman (Internal) Pendarahan dalaman boleh dikenalpasti melalui tanda-tanda atau keadaan berikut: a) Adanya tanda-tanda bengkak pada kulit b) Kulit pucat dan berpeluh sejuk / melekit c) Kebiruan (cynose) pada bibir dan kuku d) Denyutan nadi cepat tetapi lemah. e) Pernafasan cepat dan cetek f) Darah mungkin keluar dari rongga yang terbuka g) Muntah darah atau najis bercampur darah h) Ada tanda-tanda renjatan i) Tahap kesedaran semakin menurun Rawatan pendarahan D – DIRECT PRESSURE (Tekanan Langsung) I – INDIRECT PRESSURE (Tekanan tak langsung) E – ELEVATE (Tinggikan) Tindakan yang perlu diambil ialah: 1. Bersihkan luka dari kotoran. 2. Tekan di tempat luka supaya darah tidak mengalir keluar (tiada benda asing). Jika ada benda asing, buat balutan cincin 3. Tahan darah secara tidak langsung – tahan pada urat nadi. 4. Tinggikan anggota yang luka untuk mengurangkan darah mengalir keluar.
  • 17. Pengenalan Pertolongan Cemas 16 5. Periksa Nadi/Pernafasan untuk menentukan tanda-tanda renjatan. 6. Jika ada tanda-tanda renjatan, beri rawatan renjatan. 7. Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital dengan kadar segera. Merasa nadi karotid (leher)
  • 18. Pengenalan Pertolongan Cemas 17 PATAH (Fracture)
  • 19. Pengenalan Pertolongan Cemas 18 PATAH PATAH bermaksud terputusnya kesinambungan tulang. Rangka tubuh adalah terdiri dari susunan tulang yang memberikan bentuk dan sokongan kepada tubuh. Terdapat 206 ruas tulang pada anggota badan kita dan dibahagian kepad 4 jenis: 1. Tulang Panjang - lengan / paha 2. Tulang Pendek - pergelangan tangan 3. Tulang Leper - bahu/punggung 4. Tulang Berbagai Bentuk - tulang belakang Anda akan mempelajari lebih mendalam mengenai struktur tuland dalam pelajaran Pertolongan Cemas Asas. Patah berlaku pada tulang. Oleh kerana tulang terletak di dalam tubuh badan, adalah amat sukar untuk kita kenalpasti secara tepat. Patah disebabkan oleh: 1. Hentaman langsung Tulang patah / retak di bahagian di mana tekanan berlaku. 2. Hentaman tidak langsung Tulang patah / retak di bahagian tempat yang jauh dari tempat ekanan berlaku. Sebab-sebab lain 3. Penyakit tibi tulang di mana tulang menjadi rapuh. 4. Tarikan otot yang kuat seperti patah pada tempurung lutut disebabkan oleh tarikan mengejut otot-otot. 5. Usia Patah terbahagi kepada 2 iaitu: Patah Terbuka Tulang yang patah keluar menembusi kulit dan menyebabkan luka dan pendarahan. Patah Tertutup Tulang yang patah tidak keluar dan boleh menyebabkan pendarahan dalaman.
  • 20. Pengenalan Pertolongan Cemas 19 Patah terbuka (tibia dan fibula) Patah melarat TANDA-TANDA PATAH TINDAKAN YANG HARUS ANDA LAKUKAN Patah tulang hanya dapat disahkan dengan tepat melalui x-ray tetapi di dalam pertolongan cemas patah tulang boleh disyaki sekiranya terdapat tanda- tanda berikut: 1. Rasa sakit pada bahagian yang cedera. 2. Bengkak hanya pada tempat yang cedera. 3. Lebam. 4. Berubah bentuk. 5. Hilang upaya. 6. Penggeseran tulang apabila digerakkan (crepitus). 7. Nampak tulang jika patah terbuka. 8. Ada tanda renjatan. Tindakan Utama ( D – R – I ) 1. D – Don’t move – Kurangkan pergerakan anggota yang patah 2. R – Rest – Mangsa hendaklah dipastikan tidak membuat banyak pergerakan ( berehat) 3. I – Immobilize – Mencegah pergerakan anggota yang patah dengan menggunakan tuap (splint) Tindakan Lain 1. Buat penilaian keadaan mangsa dan pastikan tahap kecederaan yang dialami. 2. Pulihkan pernafasan mangsa jika perlu. 3. Hentikan pendarahan jika terdapat luka atau patah terbuka. 4. Pastikan pergerakan yang paling MINIMA sahaja kepada bahagian anggota yang cedera. 5. Tenangkan mangsa. 6. Jika pesakit mengalami renjatan, beri rawatan renjatan. 7. Hantar mangsa ke hospital dengan kadar segera. Patah tulang tibia / fibula Patah tulang femur XX
  • 21. Pengenalan Pertolongan Cemas 20 TUAP (SPLINT) & ANDUH Anduh Besar Anduh Tigasegi Anduh Kecil Anduh Tigasegi Anduh Tigasegi dan Pengikat Anduh Kecil
  • 22. Pengenalan Pertolongan Cemas 21 Patah tulang belakang (back bone) Kecederaan pada tulang belakang boleh mengakibatkan saraf tunjang (spinal cord) yang terdapat di dalamnya tercedera. Kecederaan ini adalah serius dan perlu diberikan perhatian dan rawatan yang teliti untuk mengelakkan kecederaan menjadi bertambah buruk yang boleh mengakibatkan lumpuh atau mati. Kecederaan tulang belakang biasanya berlaku disebabkan oleh trauma (kemalangan) samada kemalangan jalanraya, jatuh dari tempat tinggi dan sebagainya. Tanda-tanda. 1. Pergerakan anggota badan tertentu akan menjadi lemah atau langsung tidak dapat digerakkan. 2. Deria rasa pada kulit berkurangan atau langsung tiada. 3. Tidak dapat mengawal kencing dan berak. 4. Sesak nafas dan sakit di bahagian dada 5. Tidak sedarkan diri.
  • 23. Pengenalan Pertolongan Cemas 22 LOG ROLL Mengusung pesakit di atas “ spine board” CONTOH-CONTOH PATAH
  • 24. Pengenalan Pertolongan Cemas 23 KECEDERAAN SENDI DAN OTOT-OTOT
  • 25. Pengenalan Pertolongan Cemas 24 KECEDERAAN SENDI DAN OTOT Sendi adalah tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan antara tulang). Ligamen samada boleh meregang dengan berlebihan, terkoyak atau terputus. Terdapat 4 jenis sendi: 1. Sendi Lesung (Ball and socket) 2. Sendi Engsel (Hinge joint) 3. Sendi Gelungsur (Slightly movable joint) 4. Sendi Tetap (Fixed joint) Pada sendi terdapat tulang rawan (cartilage) yang bertindak sebagai kusyen atau penyerap gegaran dan terdapat juga sendi yang mempunyai cecair ‘synovial’. Sendi ini juga disebut sebagai ‘Hidro suspension joint’. Sendi Gelungsur Sendi Lesung Sendi Engsel Otot-otot Bisep dan Trisep Jenis Kecederaan sendi. 1. Terkehel (Dislocation) Pergerakan sendi yang melebihi had menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen. Tanda-tanda 1. Sakit (bergantung pada tahap kecederaan). 2. Bengkak 3. Sendi berubah rupa. 4. Bertambah sakit bila bergerak atau hilang upaya. 5. Kemungkinan berasa kebas.
  • 26. Pengenalan Pertolongan Cemas 25 2. Terseliuh (Sprain) Pergerakan sendi yang melebihi had dan menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal. Tanda-tanda 1. Sakit 2. Bengkak 3. Bertambah sakit bila bergerak 4. Pergerakan yang terhad Terkehel Gambarajah sendi lutut Terseliuh Otot-otot adalah tisu yang membantu dalam melakukan pergerakan tubuh badan. Tindakbalas luarbiasa otot- otot atau penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan berlaku kecederaan. Jenis kecederaan otot. 1.Kekejangan (cramp) Kesakitan yang mendadak disebabkan oleh pengecutan otot-otot secara tiba-tiba. Tanda-tanda. • Sakit • Hilang upaya • Otot menjadi kejang dan keras 2.Keregangan (strain) Kecederaan kepada otot-otot disebabkan bebanan atau regangan yang berlebihan. Tanda-tanda • Sakit • Bengkak • Bertambah sakit bila bergerak
  • 27. Pengenalan Pertolongan Cemas 26 RAWATAN R. I. C. E. 1. REST - Rehatkan mangsa 2. ICE - Tuaman ais 3. COMPRESSION - Balutan tekanan 4. ELEVATE - Tinggikan anggota yang cedera Tindakan untuk Kekejangan Otot 1. Rehatkan mangsa. 2. Beri tuaman sejuk (ais) pada bahagian tersebut. 3. Jika kejang berlaku pada betis atau paha, ampu kaki, tolak hujung jari-jari kaki ke arah mukanya secara perlahan. R - Rest injured area I - Ice area for 15 min @ 2-3 hrs for first 24-48 hrs C - Compress area for 24-48 hrs E - Elevate area for first 24-48 hrs
  • 28. Pengenalan Pertolongan Cemas 27 TERBAKAR DAN MELECUR KECEDERAAN TISU KERANA HABA PANAS, TERLALU SEJUK, BAHAN KIMIA DAN RADIASI
  • 29. Pengenalan Pertolongan Cemas 28 Terbakar ialah kecederaan kepada kulit dan lain-lain tisu badan, disebabkan terkena haba kering. Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api (flame), objek-objek panas, bahan kimia atau arus elektrik. Melecur ialah kecederaan disebabkan oleh haba lembab, seperti air mendidih, wap atau minyak panas. Terbakar dan melecur biasanya adalah serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut. Ketenatan mangsa bergantung kepada: 1. Luas permukaan yang cedera 2. Tempat yang terbakar atau melecur 3. Tahap terbakar 4. Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa Jenis terbakar Luar - Terbakar pada bahagian kulit Dalam - Terbakar dalam rongga atau perut SEBAB-SEBAB TERBAKAR JENIS SEBAB-SEBAB Panas kering Bahan api / api. Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur atau puntung rokok. Geseran. Panas lembab Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak panas. Bahan Kimia Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif. Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput, asid atau alkali. Radiasi Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra violet). Terdedah kepada punca-punca radioaktif. Elektrik Arus elektrik yang rendah seperti dari perkakas rumah. Kilat dan petir. *TERBAKAR DISEBABKAN ARUS ELEKTRIK AKAN MELIBATKAN DUA TEMPAT LUKA SAHAJA. Terbakar dan melecur berlaku pada kulit tubuh. Tubuh badan kita mempunyai tiga lapisan kulit iaitu: 1. Epidermis 2. Dermis 3. Subcutaneous / Hypodermis Lapisan Kulit
  • 30. Pengenalan Pertolongan Cemas 29 TAHAP KECEDERAAN Tahap Pertama (Superficial Burn) Kecederaan Terbakar / Melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ianya melibatkan bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemerahan. Tahap Kedua (Intermidiate Burn) Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit kelihatan kemerahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit. Tahap Ketiga (Deep Burn) Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih kering.Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.
  • 31. Pengenalan Pertolongan Cemas 30 TANDA-TANDA • Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan kedua. • Bahagian anggota yang terlibat bewarna kemerahan pada tahap awal, merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap kedua, kehitaman seperti arang atau putih pada tahap ketiga. • Pengaliran keluar plasma • Renjatan Tindakan Adult – rule of nines 3B 1. Burning Stop Padamkan 2. Breathing Maintain Periksa Pernafasan 3. Body Examine Periksa tahap terbakar 3C 1. Cool Sejukkan 2. Cover Tutup bahagian yang terbakar 3. Carry Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital. Pengendalian Am 1. Hentikan kebakaran – air. 2. Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan). 3. Tentukan ia bernafas. 4. Alirkan air bagi terbakar tahap pertama dan ke dua selama 20 minit atau sehingga kesakitan berkurangan. 5. Periksa A,B,C dan tentukan tahap terbakar. 6. Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak berlaku renjatan. 7. Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan. 8. Beri rawatan renjatan jika perlu dan hantar ke hospital dengan segera.
  • 32. Pengenalan Pertolongan Cemas 31 LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL PERLU JANGAN Basuh tangan sebelum memberi rawatan dan pakai sarung tangan jika ada. Tanggalkan pakaian yang terlekat pada kulit. Baringkan mangsa dalam kedudukan yang selesa. Pecahkan gelembong. Tanggalkan jam tangan, tali pinggang, pakaian ketat dan barang kemas sebelum bahagian yang tercedera membengkak. Guntingkan kulit yang terkoyak. Guna dressing bersih dan basah untuk menutup bahagian yang tercedera. Beri makanan / minuman. Periksa pernafasan / nadi setiap 5 minit. Letak atau sapu marjerin, kicap, ubat gigi dan lain-lain. CPR jika perlu. Membuang masa untuk memberi rawatan. TERBAKAR KIMIA / ASID PENGENDALIAN TERBAKAR KIMIA • Gunakan air mengalir untuk mencuci bahan- bahan kimia dari kulit. • Tanggalkan kain dan barang kemas semasa mencuci dengan air yang mengalir. • Buang bahan kimia (pepejal) yang terlekat pada kulit sebelum mengalirkan air. • Hubungi hospital / hantar dengan segera. Ingat • Jika bahagian mata terbakar oleh bahan kimia, perlu dibawa pada cucuran air selama 15 minit atau sehingga bantuan tiba. KEJUTAN ELEKTRIK TERBAKAR ELEKTRIK
  • 33. Pengenalan Pertolongan Cemas 32 Terbakar / kejutan elektrik (Electrocution) Boleh berlaku melalui dua cara, iaitu secara pancaran (arcing) dan sentuhan (contact). Pancaran berlaku dalam kemalangan arus voltan tinggi (melebihi 1000 voltan). Arus elektrik memancar daripada punca elektrik dan menyambar mangsa menyebabkan pakaian dan kulit terbakar. Kemalangan Pancaran Tindakan anda adalah: 1. JANGAN bantu mangsa selagi kawasan kemalangan belum disahkan selamat. 2. Hubungi penguasa elektrik tempatan supaya bekalan elektrik diputuskan. 3. Bila kawasan selamat, tentukan mangsa ada nadi dan nafas. Jika tiada, lakukan CPR. 4. Rawat mangsa untuk terbakar dan juga renjatan. 5. Bawa mangsa kehospital dengan segera. Sentuhan biasanya berlaku dalam kemalangan elektrik dalam bangunan (220-240 voltan). Mangsa tersentuh punca elektrik menyebabkan elektrik mengalir dalam badan mangsa dan menyebabkan banyak kecederaan organ dalaman. Kemalangan Sentuhan Tindakan anda adalah: 1. Matikan suis utama. 2. Jika ini tidak boleh dilakukan, lepaskan mangsa dari sentuhan punca elektrik dengan menggunakan bahan bukan pengalir seperti kayu, kerusi plastik dan sebagainya. 3. Tentukan mangsa ada nadi dan nafas, kalau tiada lakukan CPR. 4. Rawat kecederaan luka terbakar di dua tempat iaitu bahagian arus masuk dan keluar. 5. Rawat untuk renjatan. 6. Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
  • 34. Pengenalan Pertolongan Cemas 33 PITAM DAN TIDAK SEDARKAN DIRI
  • 35. Pengenalan Pertolongan Cemas 34 PITAM DEFINISI : Kekurangan bekalan darah ke otak untuk seketika waktu SEBAB-SEBAB 1. Berdiri tegak terlalu lama dalam cuaca panas 2. Terlalu letih, kelaparan 3. Tindakbalas saraf terhadap kesakitan 4. Persekitaran yang sesak 5. Emosi TANDA-TANDA 1. Muka pucat 2. Berpeluh sejuk 3. Denyutan nadi cepat tetapi lemah 4. Rasa loya 5. Pening 6. Pandangan kabur PENGURUSAN 1. Baringkan di tempat teduh dan berudara bersih 2. Longgarkan pakaian yang ketat 3. Tinggikan bahagian kaki 4. Tenangkan dan beri keselesaan 5. Galakkan tarik nafas 6. Rawat semua kecederaan TIDAK SEDARKAN DIRI Penerangan - Tidak sedarkan diri adalah satu keadaan dimana tindakbalas saraf daripada otak ke badan dan sebaliknya tidak sampai. - Seseorang yang akan tidak sedar diri nampak resah seperti orang mabuk. Dia akan mengantuk dan tidak boleh disedarkan walaupun dicubit. Pesakit mungkin boleh pulih atau terus tidak sedar diri. Antara sebab-sebab A - Alkohol E - Epilepsi I - Injury / insulin O - Opium - candu U - Uranium - buah pinggang D - Diabetis M - Malaria H - Hysteria Pengurusan untuk pesakit yang tidak sedarkan diri a. TIDAK BERNAFAS - pemulihan pernafasan (12 kali hembusan seminit) b. TIADA DENYUTAN NADI - CPR (15 kali tekanan dan 2 kali hembusan) c. BERNAFAS & ADA NADI - Kedudukan pemulihan Periksa kecederaan-kecederaan lain dan beri rawatan pertolongan cemas yang sewajarnya. Serangan Sakit Jantung • Penyakit ini melibatkan kerosakan saluran darah arteri koronari yang membekalkan darah ke otot jantung. • Kerosakan biasanya berlaku disebabkan oleh proses ‘arterosklerosis’. • Akibat proses ini, jantung akan mengalami kekurangan oksigen. Arterosklerosis • Proses penimbunan beransur-ansur bahan lemak kebanyakkannya kolestrol di bahagian dinding dalam pembuluh darah. • Bermula daripada umur muda. • Lemak, kalsium dan bahan-bahan lain turut bergabung membentuk timbunan yang menyempitkan dan megeraskan pembuluh darah.