4. Pendidikan merupakan teras yang utama dalam kehidupan
masyarakat bermula zaman kebangkitan Rasulullah s.a.w sehingga era
globalisasi kini.
Justeru pendidikan yang berkesan adalah bermula dari didikan awal
kanak-kanak.
Dari sudut pandangan Islam, mencari ilmu dan mengajarkannya adalah
satu kewajipan yang sangat mulia, maka oleh yang demikian mencari ilmu
adalah satu kewajipan bagi setiap muslim. Lebih tegas lagi, Islam
mewajibkan bagi setiap umat Islam untuk menuntut ilmu
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w (Ibn Majah t. th. 1) yang bermaksud
“Menuntut ilmu itu adalah kewajipan keatas setiap orang Islam.”
5. Kaedah pendidikan awal kanak-kanak
Kaedah pendidikan awal kanak-kanak secara langsung dalam al-Qur’an di
dalam bahagian ini adalah melalui :
1) Contoh tauladan
Persoalan tentang insan yang perlu kanak-kanak contohi bukan
menjadi isu kerana insan utama yang mereka perlu contohi, tidak lain dan tidak
bukan
adalah nabi Muhammad s.a.w, seterusnya insan yang paling hampir dengan
mereka iaitu
ibu bapa mereka, barulah dituruti oleh para guru dan rakan taulan.
“Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang
amat mulia.”
(al-Qalam [68] : ayat 4)
6. Kaedah pendidikan awal kanak-kanak
2) Balasan baik dan buruk
Dalam usaha mengamalkan ajaran Islam mahupun menjalani kehidupan seharian,
setiap manusia dalam konteks ini adalah kanak-kanak memerlukan motivasi sama
ada dari sudut positif mahupun negatif. Motivasi ini amat penting dalam mendidik
emosi agar menjadi lebih teguh dan tidak goyah serta mudah terpengaruh dengan
godaan-godaan syaitan dan hawa nafsu.
3) Nasihat dan bimbingan
“Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi
dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta
berpesan-pesan
dengan kasih sayang”.
(al-Balad [90] : ayat 17)