Kementerian Kesihatan Malaysia mengenal pasti 10 jenama serbuk teh yang mengandungi bahan pewarna dan digunakan oleh peniaga makanan. Jumlah syarikat yang menggunakan pewarna dalam produk teh meningkat daripada 32 kepada 51 syarikat tahun lepas. Jenama-jenama tersebut termasuk Teh Wangi, Teh Cap Masjid, Serbuk Teh 3 Bintang dan lain-lain.