SlideShare a Scribd company logo
1
1.0 Pengenalan
Akidah merupakan asas kepada pembinaan sahsiah Islamiah dalam diri
seseorang. Penerapan pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap
insan Muslim, agar mereka dapat mempertahankan iman dan agama Islam
terutamanya pada zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam
segenap penjuru.
Matlamat utama pendidikan akidah Islamiah ialah mendidik manusia
supaya patuh dan mengakui keesaan serta keunggulan Allah sebagaimana
firman Allah S.W.T dalam surah al-Anbiya’ ayat 25:




Maksudnya : Dan kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad)
seseorang rasul pun melainkan kami wahyukan kepadanya : “Bahawa
sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku. Oleh itu,
beribadatlah kamu kepadaku.”
Pada hari ini timbul pelbagai persoalan-persoalan akidah, gejala ajaran
sesat dan kepincangan akidah yang berlaku dalam kalangan umat Islam
khususnya golongan muda. Dalam kalangan umat Islam itu sendiri terdapat
perbahasan dan perselisihan pendapat berkenaan soal keislaman, iman,
tauhid, khurafat, bid’ah dan sebagainya sehingga dijadikan sebagai isu
perdebatan oleh golongan orientalis dan non-Muslim
Tugasan ini memfokuskan pada penyediaan ulasan bagi buku akidah
Sunnah vs Bid’ah karya Dr. Yusof Al-Qaradhawi dan hubungannya dengan
isu-isu semasa yang timbul serta persepsi non-Muslim terhadap Islam.
2
2.0 Ulasan Buku
2.1 Pengenalan
Buku Sunnah vs Bid’ah adalah karya terjemahan hasil tulisan Dr. Yusof
Al-Qaradhawi telah dicetak sebanyak tiga kali selepas terbitan pertama
kalinya pada tahun 2013. Buku ini adalah terjemahan yang sah
daripada buku Sunnah wa Bid’ah terbitan Maktabah Wahbah, Kaherah,
Mesir. Hasil karya Dr. Yusof Al-Qaradharawi ini telah diterjemahkan
oleh Fauwaz Fadzil Noor setebal 100 muka surat dan diterbitkan oleh
PTS Islamika Sdn.Bhd.
Buku Sunnah vs Bid’ah ini adalah perbincangan berkaitan sunnah dan
bid’ah bagi menjawab penyelewengan dalam sebuah artikel yang
bertajuk ‘Ingkar Terhadap Bid’ah, Benci kepada Perkara Baru (tajdid),
Adakah Ianya Pendirian Islam ataupun Jahiliyah?’. Syeikh Dr. Yusuf Al-
Qaradhawi menjawab perselisihan berkenaan bid’ah ini dengan
membahagikannya kepada beberapa topik iaitu :
Definisi sunnah dan bid’ah menurut perspektif Al-Quran daan
sunnah.
Ruang lingkup permasalahan bid’ah.
Adakah perkara baru hanya dalam urusan dunia sahaja?.
Benarkah bid’ah itu bermaksud berlebih-lebihan dalam ibadah.
Mengapa Islam tegas dalam isu bid’ah.
2.2 Latar belakang penulis buku
Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi seorang tokoh ulama yang terkenal
dalam abad ini. Beliau merupakan seorang pemikir, sarjana dan intelek
kontemporari yang tidak asing lagi di dunia Islam. Beliau merupakan
ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for
Fatwa and Research) dan presiden Persatuan Ilmuwan Islam
Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars). Beliau
adalah Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan dipilih sebagai Tokoh
3
Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah
1431/2009 Malaysia.
Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dilahirkan pada 9 September 1926 di
sebuah daerah kecil di mesir bernama Shafth Turab. Beliau
menamatkan pendidikan awal hingga peringkat tertinggi di Maahad
Thantha. Beliau kemudiannya berjaya melanjutkan pengajian ke Fakulti
Usuluddin di Universiti Al-Azhar dan menamatkan pengajiannya pada
tahun 1952 dan memperoleh gelaran doctor pada tahun 1972.
Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menubuhkan sebuah Fakulti Syariah di
Universiti Qatar dan mendirikan pusat kajian sejarah dan sunnah nabi
Muhammad s.a.w. Beliau menjawat jawatan sebagai seorang khatib,
guru dan penulis di al-Awqaf dan al-Azhar. Beliau telah menerbitkan
lebih 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam,
kesusasteraan dan puisi. Antaranya bukunya yang terkenal ialah Halal
dan Haram di dalam Islam dan Keutamaan Gerakan Islam pada Fasa
Akan Datang.
Banyak ilmuwan menyifatkan beliau sebagai seorang mujtahid pada
Era Moden. Beliau aktif dalam bidang dakwah dan Gerakan Islam untuk
tempoh lebih daripada separuh abad. Yusuf sangat terpengaruh
dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim.
Dalam kebanyakan tulisannya, beliau sering mengambil pendapat tiga
tokoh ini.
Pemikiran dan dakwah Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi relevan dengan
pergerakan Islam masa kini. Beliau banyak membincang dan
merungkaikan pelbagai permasalahan umat Islam di pelbagai negara.
Beliau mudah diterima dalam kalangan dunia barat sebagai seorang
pemikir yang selalu menampilkan Islam secara hikmah, santun dan
seimbang. Kredibiliti beliau yang hebat menyebabkan Syeikh Dr. Yusuf
Al-Qaradhawi sering dijemput menghadiri pertemuan antarabangsa
bersama pemimpin agama Eropah mahupun di Amerika sebagai wakil
daripada kelompok umat Islam.
4
2.3 Tema-tema penting buku
Buku Sunnah vs Bid’ah karya Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
mengandungi beberapa pecahan tajuk-tajuk kecil sebanyak sepuluh
bab yang menjelaskan isu berkenaan sunnah dan bid’ah.
Antara tema-tema penting yang terdapat dalam buku Sunnah vs
Bid’ah pertamanya adalah berkenaan definisi sunnah dan bid’ah.
Sunnah menurut ahli fiqh adalah sunat ataupun perkara yang
digalakkan, iaitu perkara yang dituntut oleh syarak contohnya hukum
solat dua rakaat sebelum solat subuh adalah sunat. Menurut ulama
usul fiqh, sunnah adalah ungkapan, perbuatan ataupun pengakuan
Nabi Muhammad s.a.w. dan ia adalah sumber pensyariatan hukum.
Pandangan ahli hadis pula adalah menyandarkan sunnah kepada
ungkapan, perbuatan, pengakuan ataupun sifat dari segi ciptaan
ataupun akhlak dan perjalanan sirah Nabi Muhammad s.a.w.
Pemahaman berkenaan definisi sunnah daripada pelbagai
pandangan adalah penting untuk memahami apa yang dimaksudkan
dengan bid’ah. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memberi definisi bid’ah
berdasarkan pandangan Imam Asy-Syatibi iaitu ; bid’ah adalah suatu
rekaan dalam agama yang menyerupai syarak dan diniatkan bagi
berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah s.w.t.
Saya amat tertarik dengan kisah Ibnu Umar yang dinukilkan
dalam buku ini. Ibnu Umar adalah seorang yang begitu terkesan
dengan perbuatan Rasulullah s.a.w. dan sering melakukan segala
perbuatan baginda tanpa mengetahui sama ada ia adalah perkara yang
mendatangkan taqarrub ataupun dituntut bagi dijadikan sebagai ikutan.
Contohnya, Ibnu Umar suka meletakkan untanya seperti Nabi
Muhammad s.a.w. meletakkan untanya supaya berehat.
Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berpendapat bahawa perbuatan
ini tidak dituntut dan ia adalah perbuatan yang menzahirkan rasa cinta
yang mendalam kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kita sewajarnya
mengetahui tidak semua perbuatan dan sikap Nabi Muhammad s.a.w.
5
dilakukan oleh kebanyakan masyarakat dan bukan suatu kefardhuan ke
atas diri mereka.
Antara topik penting yang diperkatakan selepas definisi sunnah
dan bid’ah adalah berkaitan bid’ah dan skopnya terhadap Islam.
Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan skop bid’ah hanya terbatas
menurut definisinya, iaitu skop bid’ah dari sudut agama bukannya
dilihat dari sudut dunia iaitu mereka-reka dengan menggunakan
pendekatan agama. Ini bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad
s.a.w. mafhumnya :
“Sesiapa yang mengada-adakan dalam agama kami perkara yang tidak
ada perintah daripadanya, maka perkara itu tertolak”.
Maka menurut beliau, sebelum menerima sesuatu perbuatan, ia
perlu memenuhi dua perkara berikut :
1. Ia perlu diniatkan semata-mata kerana Allah s.w.t.
2. Perbuatan itu mesti mengikut kehendak syarak.
Perbuatan yang direka perlu berteraskan agama. Ia menjadi
suatu kesilapan apabila ramai yang beranggapan perbuatan bid’ah
termasuk dalam perkara yang berteraskan adat dan tradisi. Perkara
yang bersangkutan dengan adat dan tradisi tidak termasuk dalam
perkara yang diada-adakan.
Apakah yang dimaksudkan bid’ah disisi Islam? Sebahagian
ulama membahagikan bid’ah kepada dua iaitu :
1. Bid’ah hasanah (baik)
2. Bid’ah sayyi’ah (buruk)
Sebahagian ulama yang lain membahagikan bid’ah kepada lima
bahagian selari dengan lima cabang hukum iaitu :
1. Bid’ah wajibah (wajib)
2. Bid’ah mustabahah (sunat)
6
3. Bid’ah makruhah (makruh)
4. Bid’ah muharramah (haram)
5. Bid’ah mubahah (harus)
Kesimpulannya, para ulama menggabungkan penulisan Al-
Quran dan pengumpulannya dalam satu mashaf, penyusunan ilmu
nahu, ilmu usul fiqh dan ilmu Islam yang lain termasuk dalam kategori
bid’ah berbentuk wajib dan fardhu kifayah.
Namun menurut Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi pentingnya kita
berpegang dengan pengertian bid’ah yang digunakan dalam hadis
syarif kerana ia dating dengan lafaz yang jelas dan nyata iaitu :
“Setiap bid’ah adalah sesat”.
Sekiranya hadis ini tidak menghalang daripada menyatakan
sesungguhnya bid’ah ada yang baik dan ada yang buruk serta
seumpamanya, maka ini tidak menjadi permasalahan kerana maksud
bid’ah yang ditekankan adalah seperti yang didefinisikan oleh Imam
Asy-Syatibi iaitu, ia suatu perkara yang dicipta selari dengan
pendekatan agama tetapi tidak bertunjangkan syarak, tidak mempunyai
asas daripada sumber Al-Quran, sunnah, ijmak, qiyas dan dalil
terhadap perkara bid’ah sebagaimana yang dinyatakan oleh para
fuqaha kepada umat Islam.
Buku Sunnah vs Bid’ah karya Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini
turut membincangkan sebab Islam berkeras terhadap isu Bid’ah.
Berikut adalah sebab-sebab yang dinyatakan dalam buku ini antaranya:
1. Pembuat bid’ah melihat dirinya sebagai orang yang meletakkan
syariat setanding Allah s.w.t.
2. Pembuat bid’ah melihat undang-undang agama mempunyai
kekurangan dan perlu disempurnakan
3. Perkara yang direka menyukarkan agama dan terkeluar daripada
tabiat agama yang bersifat toleransi
4. Bid’ah dalam agama menghapuskan perkara sunnah.
7
5. Bid’ah dalam agama mengundang manusia meninggalkan reka
cipta dalam urusan duniawi.
6. Bid’ah dalam urusan agama memecahbelahkan dan
menghancurkan kesatuan umat
Buku Sunnah vs Bid’ah ini dinukilkan oleh Syeikh Dr. Yusuf Al-
Qaradhawi khusus bagi menjawab penyelewengan dalam sebuah
artikel yang bertajuk ‘Ingkar Terhadap Bid’ah, Benci kepada Perkara
Baru (tajdid), Adakah Ianya Pendirian Islam ataupun Jahiliyah?’.
Menurut Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi penulis artikel
mempunyai agenda tersembunyi apabila menisbahkan larangan
melakukan perkara bid’ah sebagai benci kepada pembaharuan. Ada
manusia yang mengikut sunnah, tetapi masih menaiki kenderaan,
menggunakan telefon dan menaiki kapal terbang. Tidak ada seorang
pun menyatakan menaiki kapal terbang adalah bid’ah dan kita
sewajarnya menunggang unta sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi
Muhammad s.a.w.
Beliau berpendapat individu yang menulis ungkapan ‘Ingkar
Terhadap Bid’ah, Benci kepada Perkara Baru (tajdid), Adakah Ianya
Pendirian Islam ataupun Jahiliyah?’ menyatakan, Islam sendiri adalah
satu perkara bid’ah yang dinisbahkan kepada jahiliah,iaitu Islam adalah
perkara baru. Apabila diperhatikan kenyataan artikel tersebut, ingkar
kepada perkara bid’ah, nescaya kita pasti ingkar terhadap Islam
sebagaimana golongan jahiliah ingkar terhadap Islam. Hal ini kerana,
Islam adalah perkara baru.
Jahiliah sendiri adalah perkara bid’ah, iaitu yang dicipta oleh
masyarakat jahiliah. Mereka terpesong jauh daripada agama Nabi
Ibrahim a.s kerana menambah perkara bid’ah ke dalam agama Hanif.
Tujuannya adalah menjadikan ia sebagai tanda mereka kuat beribadah,
dengan cara menyembah berhala. Mengapakah mereka menyembah
berhala? Mereka mengatakan seperti dalam surah Az-Zumar ayat 3 :
8

........
Maksudnya : Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan
supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sehampir-
hampirnya.
Menurut Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi urusan duniawi boleh ditambah
dan dikembangkan. Namun dalam urusan agama tidak seharusnya
berlaku penambahan ataupun pengurangan. Ini kerana, membetulkan
undang-undang Allah s.w.t. dan mengkritik agam Islam itu bermakna
kita mengkritik Allah s.w.t. serta menganggap agama Islam tidak
lengkap.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 3 :







Maksudnya : pada hari ini, Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu,
dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan aku redhakan Islam itu
menjadi agama kamu.
9
2.4 Kesimpulan buku
Secara keseluruhannya buku Sunnah vz Bid’ah ini merupakan jawapan
Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi terhadap penyelewengan dalam sebuah
artikel yang bertajuk ‘Ingkar Terhadap Bid’ah, Benci kepada Perkara
Baru (tajdid), Adakah Ianya Pendirian Islam ataupun Jahiliyah?’.
Buku ini memberi penjelasan yang jelas berkenaan bid’ah dan
skopnya terhadap agama Islam. Melalui buku ini tidak dapat dinafikan
bahawa pandangan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi adalah mudah dan
dapat dipraktikkan oleh semua golongan kerana menurutnya, segala
amalan yang termaktub dalam sunnah boleh diamalkan manakala
segala amalan yang tidak termaktub dalam sunnah dikategorikan
sebagai bid’ah.
Sekiranya umat Islam dibiarkan melakukan perkara bid’ah
nescaya mereka tidak akan berupaya bersatu dalam satu barisan.
Namun sekiranya mereka bersatu, ia adalah hasil daripada teladan
Rasulullah s.a.w. dan mengikut hukum yang ditetapkan daripada Al-
Quran dan sunnah rasul-Nya.
Oleh yang demikian, penting bagi kita membezakan kedudukan
dan martabat sesuatu perbuatan sama ada ia perkara sunnah yang
sebenar atau ia adalah perkara bid’ah. Kita wajar mengetahui maksud
sunnah, bid’ah dan pendirian Islam berkenaan isu bid’ah.
10
2.5 Pandangan terhadap buku
Buku Sunnah vs Bid’ah karya Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
merupakan sebuah buku yang bagus dalam menerangkan tentang
permasalahan bid’ah. Buku ini amat membantu umat Islam yang tidak
dinafikan terdapat kekeliruan dalam memahami konsep bid’ah dan
skopnya dalam Islam.
Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memberi penerangan yang
mudah dan ringkas dengan menjelaskan bid’ah itu berdasarkan
pandangan Imam Asy-Syatibi Syatibi iaitu ; bid’ah adalah suatu rekaan
dalam agama yang menyerupai syarak dan diniatkan bagi berlebih-
lebihan dalam beribadah kepada Allah s.w.t.
Definisi sunnah dan bid’ah daripada pelbagai pandangan
memudahkan pembaca untuk membezakan kedudukan dan martabat
sesuatu perbuatan sama ada ia perkara sunnah yang sebenar atau ia
adalah perkara bid’ah dengan berpandukan definisi tersebut.
Selain itu, terdapat beberapa contoh dan kisah seperti kisah Ibnu
Umar yang dikongsikan dalam buku ini menjadikan isi-isi penting
berkenaan sunnah dan bid’ah dapat disampaikan dengan menarik dan
ada gaya penyampaian yang bervariasi serta dapat difahami oleh
pembaca dengan mudah.
Seperti yang dinyatakan di atas, buku ini adalah maklum balas
terhadap penyelewengan dalam sebuah artikel yang bertajuk ‘Ingkar
Terhadap Bid’ah, Benci kepada Perkara Baru (tajdid), Adakah Ianya
Pendirian Islam ataupun Jahiliyah?’.
Tindakan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini menunjukkan
pentingnya kita cakna dengan hasil penulisan berbentuk artikel, berita
dan sebagainya menyampaikan sesuatu dengan benar serta
sumbernya boleh dipercayai terutamanya dalam isu agama.
11
Namun begitu, terdapat kekurangan yang saya dapati dalam
buku ini antaranya artikel yang bertajuk ‘Ingkar Terhadap Bid’ah, Benci
kepada Perkara Baru (tajdid), Adakah Ianya Pendirian Islam ataupun
Jahiliyah?’ yang dibincangkan dalam buku ini tidak dilampirkan
artikelnya dalam buku ini. Hal ini menyebabkan pembaca menjadi
tertanya-tanya apakah penyelewengan yang dilakukan oleh penulis
dalam artikel tersebut dan boleh membuatkan pembaca sukar untuk
memahami bab yang membincangkan artikel ini.
Terdapat bab yang membicarakan tentang pembahagian bid’ah
menurut pandangan ulama. Saya mendapat pengetahuan baru apabila
membaca terdapat ulama membahagikan bid’ah kepada lima bahagian
berdasarkan cabang hukum. Ia merupakan suatu perkongsian yang
menarik namun begitu penulis tidak menjelaskan pembahagian tersebut
dengan penerangan yang lebih terperinci.
Hal ini menyebabkan pembaca tertanya-tanya apakah yang
dimaksudkan dengan bid’ah wajibah, bid’ah mustabahah dan
seterusnya dengan jelas di samping tiadanya contoh yang dinyatakan
bagi menjelaskan setiap bahagian bid’ah yang lima itu.
Oleh kerana buku Sunnah vz Bid’ah ini merupakan karya
terjemahan maka, saya berpendapat buku ini kurang menekankan nilai
budaya pelbagai negara. Contoh-contoh yang diberikan adalah
berkisar budaya masyarakat Arab khususnya semasa zaman Nabi
Muhammad s.a.w. dan tidak banyak contoh perbuatan bid’ah yang
dinyatakan oleh penulis.
12
3.0 Persepsi Non-Muslim Terhadap Islam
Bagi tugasan ‘Persepsi Non-Muslim Terhadap Islam’, saya mendapat 4 orang
responden iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan. Kesemua
responden adalah berbangsa Cina dan menganut agama Buddha.
Responden pertama saya adalah saudara Woo Chee Yoong
merupakan seorang penuntut diploma yang berusia 20 tahun. Responden
kedua saya adalah seorang sales associate yang bernama Nancy Wong
berusia 23 tahun. Responden ketiga adalah pekerja sambilan bernama Tan
Wai Yi berusia 20 tahun dan responden yang terakhir merupakan seorang ‘pt
retail associate’ bernama Ng Kah Mun berusia 20 tahun.
Antara soalan yang ditanyakan kepada responden adalah berkaitan
kefahaman mereka tentang Islam di Malaysia. Responden pertama
berpendapat Islam adalah satu agama dan ia merupakan agama Malaysia
yang majoriti rakyat Malaysia menganut agama tersebut. Responden kedua
pula menyatakan Islam adalah agama yang mementingkan moral dan sifat
ihsan. Responden ketiga mengkhususkan pemahaman Islam di Malaysia
dengan kaum Melayu. Menurutnya, kaum Melayu akan menjadi Muslim sejak
lahir dan tidak boleh memeluk agama lain sepanjang hidup serta mesti
mematuhi ajaran yang diberi. Responden keempat menyatakan bahawa dia
memahami Islam di Malaysia melalui mata pelajaran Sejarah SPM yang mana
Islam adalah agama yang diamalkan oleh orang Melayu.
Soalan seterusnya adalah berkaitan perkara positif yang disukai
tentang Islam. Responden pertama menyatakan Islam medidik individu
menjadi seorang yang berakhlak mulia. Responden kedua pula menyatakan
beliau menyukai Islam kerana mementingkan moral. Pandangan responden
ketiga tentang apa yang disukai dalam Islam adalah kepercayaan yang positif
seperti melarang merokok, minum alcohol dan kepercayaan berpuasa yang
mana ia menunjukkan kepentingan makanan terhadap individu serta
menghargainya bukan sahaja untuk golongan Muslim bahkan untuk golongan
non Muslim juga. Responden terakhir memberi pendapat yang sama dengan
13
responden yang kedua iaitubeliau menyukai sikap dan nilai yang diajarkan
dalam Islam.
Saya turut menanyakan soalan tentang perkara negatif yang mereka
tidak suka terhadap Islam. Responden pertama menjawab beliau tidak suka
dengan peperangan dan pergaduhan yang sering berlaku di negara Islam
seperti Palestin, Iraq dan sebagainya. Beliau berpendapat Islam
menggunakan keganasan sebagai cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.
Responden kedua pula tidak menyukai tentang isu poligami. Responden
ketiga hanya memberi pendapat bahawa setiap agama mesti ada kebaikan
dan keburukan dan beliau mengatakan pentingnya menjauhkan tanggapan
buruk daripada menganggu pemikiran. Responden keempat menyatakan
Islam mempunyai peraturan-peraturan yang ketat.
Bagi soalan terakhir adalah berkaitan respon mereka sekiranya diajak
memeluk agama Islam. Kesemua responden memberi jawapan menolak untuk
menerima ajakan memeluk agama Islam tetapi responden keempat
menyatakan bahawa beliau akan mendapatkan pendapat daripada ibu bapa
dan ahli keluarga terlebih dahulu.
Hasil daripada temubual yang saya lakukan kesemua responden
adalah berbangsa Cina dan mereka boleh saya kategorikan sebagai golongan
belia. Kesemua responden ini memberikan jawapan yang menurut saya
adalah berbentuk jawapan selamat dan mereka berusaha memberi jawapan
yang menunjukkan mereka menghormati agama Islam.
Berdasarkan soalan-soalan yang saya tanyakan, saya mendapati
kesemua responden mempunyai pemahaman yang kurang tentang agama
Islam dan terdapat pendapat yang sama diberikan oleh mereka. Kesemua
responden memahami Islam sebagai agama yang mementingkan nilai, sikap,
dan moral. Namun begitu, saya berpendapat bahawa responden ketiga
mempunyai pengetahuan berkenaan Islam lebih daripada responden lain. Ini
adalah berdasarkan jawapan yang diberikan olehnya.
Apabila disoal tentang perkara negatif yang tidak disukai oleh
responden tentang Islam saya mendapat jawapan yang sering diberikan oleh
14
golongan non Muslim iaitu isu poligami dan Islam sebagai satu agama yang
suka pada peperangan dan keganasan. Kedua-dua isu ini sering dibahaskan
oleh golongan non Muslim dan ia memberi persepsi buruk bahawa Islam
adalah sebuah agama yang menindas wanita dan mencabuli hak asasi
manusia.
15
Refleksi
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana dengan izin-Nya saya dapat
menyiapkan tugasan projek PIM 3123 Pengajian Aqidah mengikut masa yang
telah ditetapkan.
Bagi tugasan projek ini saya perlu menyediakan ulasan bagi buku
Aqidah pilihan dan menghubungkait dengan isu-isu semasa serta mengumpul
maklumat tentang persepsi non Muslim terhadap Islam menggunakan kaedah
temubual.
Buku Aqidah yang saya pilih untuk disediakan ulasan adalah buku
Sunnah vs Bid’ah karya Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Saya menghadapi
masalah untuk memperolehi buku ini sebagai rujukan tugasan. Saya perlu
pergi ke beberapa buah kedai buku untuk mencari buku Sunnah vs Bid’ah
yang mana akhirnya saya berjaya menemui buku ini di MPH Bookstore, Shah
Alam.
Saya menghadapi kesukaran untuk mengulas buku yang dipilih. Bagi
mengatasi masalah ini, saya membaca buku ini sebanyak 5 kali dan
menggariskan isi-isi penting yang saya fikirkan perlu untuk diulas. Selain itu,
saya turut merujuk beberapa buku lain dan berbincang dengan rakan-rakan
semasa menyiapkan tugasan ini.
Daripada pembacaan buku ini saya amat tertarik dengan kata-kata
Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi iaitu “menjadi satu kesalahan sekiranya kita
mahu orang lain turut melakukannya serta memarahi dan menghina sesiapa
yang tidak melakukannya. Mempercayai perbuatan tersebuat adalah tunjang
agama dan sesiapa yang meninggalkannya seumpama meninggalkan perkara
sunnah”.
Jika kita lihat fenomena masyarakat Islam di Malaysia terdapat banyak
perkara bid’ah yang diamalkan antaranya kenduri tahlil arwah, membaca
surah Yaasin pada malam Jumaat dan sebagainya sehingga menjadi suatu
tuntutan kepada masyarakat Islam malah, jika tidak dilakukan ia akan
memberi persepsi negatif terhadap individu terbabit.
16
Terdapat banyak perselisihan pandangan yang mana ada pendapat
membenarkan amalan bid’ah dengan alasan untuk mendekatkan diri kepada
Allah s.w.t dan larangan melakukan perkara bid’ah.
Di Malaysia, masyarakat Islam akan mengadakan majlis cukur jambul
bagi bayi yang baru lahir. Ia biasanya dilakukan pada hari ke-40 selepas
kelahiran bayi tersebut dan amalan ini bercanggah dengan sunnah Nabi SAW
yang mana amalan yang bertepatan dengan sunnah baginda adalah
melakukan aqiqah pada hari yang ke-7. Apatah lagi terdapat sedikit sebanyak
upacara yang boleh membawa kepada syirik jika salah iqtiqad seperti upacara
memasukkan rambut ke dalam kelapa. Jika seseorang itu beriqtiqad
perbuatan tersebut boleh membawa berkat dan seumpamanya, dikhuatiri ia
akan membawa kepada perbuatan mensyirikkan Allah s.w.t.
Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan
dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur
jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat
segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti
ini. Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan
kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan
buah kelapa. Ini menimbulkan persoalan apakah relevan amalan sebegini
dengan masyarakat Islam. Mengambil kata-kata daripada Dr. ‘Abd al-Karim
Zaidan iaitu :
“Amalan soleh ialah apa yang sahih dan ikhlas kepada Allah. Apa yang sahih
itu ialah yang menepati syarak, maka membuat bid‘ah dalam agama dengan
menambah atau mengurangkannya adalah sesuatu yang tidak dibolehkan dan
tiada pahala bagi pengamalnya sekalipun dengan niat beribadah kepada
Allah.”
Selain itu, bagi mengumpul maklumat tentang persepsi non Muslim
tindakan pertama yang saya lakukan adalah menyediakan borang temubual
terlebih dahulu. Saya perlu mencari empat orang responden bagi memenuhi
syarat tugasan ini dan sekalung penghargaan buat bapa saudara saya yang
17
sudi membantu saya bersama-sama mencari responden untuk ditemubual
oleh saya.
Tugasan untuk menemubual non Muslim tentang persepsi mereka
terhadap Islam di Malaysia merupakan satu pengalaman yang berharga bagi
diri saya. Bukan mudah untuk saya bertanyakan golongan non Muslim tentang
persepsi mereka terhadap Islam terutamanya soalan terakhir yang
menanyakan pendapat mereka sekiranya diajak memeluk agama Islam.
Hal ini bukan mudah dilakukan dan saya perlu mengubah bentuk
soalan yang hendak ditanyakan kepada responden supaya mereka tidak
berasa tersinggung. Tugasan ini banyak membantu saya memperbaiki
kemahiran komunikasi saya dengan orang awam terutamanya golongan non
Muslim.
Akhir kata, tugasan ini amat membantu saya dalam melatih diri
memperkukuhkan lagi ilmu dalam membentuk jiwa saya sebagai seorang
murabbi. Saya berharap semoga tugasan ini dapat memberi manfaat kepada
diri saya dan sebagai pendedahan awal untuk saya menghadapai dunia
keguruan yang sebenar nanti.
18
Bibliografi
Al- Quran.
Ahmad Amri Zainal Adnan dan Nurasyikin Ahmad. (2009). 50 Tokoh Islam Yang
Mengubah Dunia. Batu Caves. PTS Millennia.
Nik Abdul Rahim (2008). Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Akidah. Kuala Lumpur.
Telaga Biru.
Yusuf Al-Qaradhawi (2013). Sunnah vs Bid’ah. Batu Caves. PTS Islamika.
. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0911&sec=Bicara_Agama&
g=ba_02.htm. Diakses pada 4 Ogos 2014.

More Related Content

What's hot

Hadas kecil dan hadas besar
Hadas kecil dan hadas besarHadas kecil dan hadas besar
Hadas kecil dan hadas besarE wan
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daifdr2200s
 
Ulum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanUlum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - Pengenalan
Najid Jamal
 
Tafsir ibnu kathir
Tafsir ibnu kathirTafsir ibnu kathir
Tafsir ibnu kathir
Amirul Afif
 
Terima Tolak Hadith
Terima Tolak HadithTerima Tolak Hadith
Terima Tolak Hadithdr2200s
 
Faktor kemunculan ilmu kalam
Faktor kemunculan ilmu kalamFaktor kemunculan ilmu kalam
Faktor kemunculan ilmu kalam
Yusri Mohamad Ramli
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadith
wmkfirdaus
 
Profesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islamProfesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islamUstajah ILa AzieLa
 
Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3
Rashidah Abd Wahab
 
HAJI DAN UMRAH
HAJI DAN UMRAHHAJI DAN UMRAH
HAJI DAN UMRAHradzimr
 
AJARAN SESAT AL-ARQAM
AJARAN SESAT AL-ARQAM AJARAN SESAT AL-ARQAM
AJARAN SESAT AL-ARQAM
Hamizah Mohamad Chabar
 
Ayat dan hadis mutasyabihat
Ayat dan hadis mutasyabihatAyat dan hadis mutasyabihat
Ayat dan hadis mutasyabihat
Izzati Zainal
 
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumudSejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Zafirah Abdullah
 
Hadis sumber hukum tingkatan 1
Hadis sumber hukum tingkatan 1Hadis sumber hukum tingkatan 1
Hadis sumber hukum tingkatan 1
Mohd Shukri
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Noor Aziah Mamat
 
Bahan bantu mengajar ibadah tayamum
Bahan bantu mengajar ibadah  tayamumBahan bantu mengajar ibadah  tayamum
Bahan bantu mengajar ibadah tayamumNor Najihah Zainudin
 
Slide sunnah dan bid ah
Slide sunnah dan bid ahSlide sunnah dan bid ah
Slide sunnah dan bid ah
Kesuma Wahida
 
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAWPandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Halim Sallehuddin
 

What's hot (20)

Hadas kecil dan hadas besar
Hadas kecil dan hadas besarHadas kecil dan hadas besar
Hadas kecil dan hadas besar
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daif
 
Ulum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanUlum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - Pengenalan
 
Qiraat
QiraatQiraat
Qiraat
 
Tafsir ibnu kathir
Tafsir ibnu kathirTafsir ibnu kathir
Tafsir ibnu kathir
 
Terima Tolak Hadith
Terima Tolak HadithTerima Tolak Hadith
Terima Tolak Hadith
 
Faktor kemunculan ilmu kalam
Faktor kemunculan ilmu kalamFaktor kemunculan ilmu kalam
Faktor kemunculan ilmu kalam
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadith
 
Profesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islamProfesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islam
 
Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3
 
HAJI DAN UMRAH
HAJI DAN UMRAHHAJI DAN UMRAH
HAJI DAN UMRAH
 
AJARAN SESAT AL-ARQAM
AJARAN SESAT AL-ARQAM AJARAN SESAT AL-ARQAM
AJARAN SESAT AL-ARQAM
 
Ayat dan hadis mutasyabihat
Ayat dan hadis mutasyabihatAyat dan hadis mutasyabihat
Ayat dan hadis mutasyabihat
 
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumudSejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
 
Hadis sumber hukum tingkatan 1
Hadis sumber hukum tingkatan 1Hadis sumber hukum tingkatan 1
Hadis sumber hukum tingkatan 1
 
Imam abu hanifah
Imam abu hanifahImam abu hanifah
Imam abu hanifah
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
 
Bahan bantu mengajar ibadah tayamum
Bahan bantu mengajar ibadah  tayamumBahan bantu mengajar ibadah  tayamum
Bahan bantu mengajar ibadah tayamum
 
Slide sunnah dan bid ah
Slide sunnah dan bid ahSlide sunnah dan bid ah
Slide sunnah dan bid ah
 
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAWPandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
 

Viewers also liked

Daftar saluran tv lengkap dengan kode kodenya
Daftar saluran tv lengkap dengan kode kodenyaDaftar saluran tv lengkap dengan kode kodenya
Daftar saluran tv lengkap dengan kode kodenya
Taufik Rahman
 
Amaliyah nu
Amaliyah nuAmaliyah nu
Amaliyah nu
Visnu Candra
 
Panduan islam dalam mencari rejeki
Panduan islam dalam mencari rejekiPanduan islam dalam mencari rejeki
Panduan islam dalam mencari rejekiBahRum Subagia
 
Memahami bidah dalam islam
Memahami bidah dalam islamMemahami bidah dalam islam
Memahami bidah dalam islam
Iswardy Morni
 
Ulasan Buku-Contoh Ulasan Jurnal
Ulasan Buku-Contoh Ulasan JurnalUlasan Buku-Contoh Ulasan Jurnal
Ulasan Buku-Contoh Ulasan JurnalAwatif Atif
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikelrambai7
 

Viewers also liked (7)

Daftar saluran tv lengkap dengan kode kodenya
Daftar saluran tv lengkap dengan kode kodenyaDaftar saluran tv lengkap dengan kode kodenya
Daftar saluran tv lengkap dengan kode kodenya
 
Amaliyah nu
Amaliyah nuAmaliyah nu
Amaliyah nu
 
Panduan islam dalam mencari rejeki
Panduan islam dalam mencari rejekiPanduan islam dalam mencari rejeki
Panduan islam dalam mencari rejeki
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Memahami bidah dalam islam
Memahami bidah dalam islamMemahami bidah dalam islam
Memahami bidah dalam islam
 
Ulasan Buku-Contoh Ulasan Jurnal
Ulasan Buku-Contoh Ulasan JurnalUlasan Buku-Contoh Ulasan Jurnal
Ulasan Buku-Contoh Ulasan Jurnal
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikel
 

Similar to ulasan sunnah vs bid'ah

Tantangan Aswaja.pdf
Tantangan Aswaja.pdfTantangan Aswaja.pdf
Tantangan Aswaja.pdf
AqshonBudhairi
 
sejaran perkembangan islam di masa modern
sejaran perkembangan islam di masa modernsejaran perkembangan islam di masa modern
sejaran perkembangan islam di masa modernMJM Networks
 
perkembangan ajaran islam di masa modren
perkembangan ajaran islam  di masa modrenperkembangan ajaran islam  di masa modren
perkembangan ajaran islam di masa modrenMJM Networks
 
Pergerakan Wahabi Dan Kesannya Di Malaysia
Pergerakan Wahabi Dan Kesannya Di MalaysiaPergerakan Wahabi Dan Kesannya Di Malaysia
Pergerakan Wahabi Dan Kesannya Di Malaysia
Kolej Universiti Islam Melaka
 
MAKALAH MODERASI BERAGAMA MUI.pdf
MAKALAH MODERASI BERAGAMA MUI.pdfMAKALAH MODERASI BERAGAMA MUI.pdf
MAKALAH MODERASI BERAGAMA MUI.pdf
DMI
 
Perkembangan Ilmu dan 3 Tokoh Pelopor Pembaharuan Pada Periode Modern
Perkembangan Ilmu dan 3 Tokoh Pelopor Pembaharuan Pada Periode ModernPerkembangan Ilmu dan 3 Tokoh Pelopor Pembaharuan Pada Periode Modern
Perkembangan Ilmu dan 3 Tokoh Pelopor Pembaharuan Pada Periode Modern
Nindia Ayu P
 
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
Bahagie Putra
 
Kritik & solusi syiah di indonesia
Kritik & solusi syiah di indonesiaKritik & solusi syiah di indonesia
Kritik & solusi syiah di indonesiaEdi Awaludin
 
Makalah Hukum Shalat Jumat
Makalah Hukum Shalat JumatMakalah Hukum Shalat Jumat
Makalah Hukum Shalat Jumatmujibzunari
 
Makalah ilmu kalam
Makalah ilmu kalamMakalah ilmu kalam
Makalah ilmu kalam
elmaryam
 
MATA KULIAH AL ISLAM pertemuan 4.pptx
MATA KULIAH AL ISLAM pertemuan 4.pptxMATA KULIAH AL ISLAM pertemuan 4.pptx
MATA KULIAH AL ISLAM pertemuan 4.pptx
AsepRiandi2
 
Aswaja Lakmud 2022 revisi.pptx
Aswaja Lakmud 2022 revisi.pptxAswaja Lakmud 2022 revisi.pptx
Aswaja Lakmud 2022 revisi.pptx
AnnurAsyarihinTajina
 
WAHABI.docx
WAHABI.docxWAHABI.docx
WAHABI.docx
SelaershintaSinaga
 
Sumber dan Karakteristik Islam
Sumber dan Karakteristik IslamSumber dan Karakteristik Islam
Sumber dan Karakteristik Islam
hepiayunita
 
Studi Kritis Aliran-Aliran Tarekat Yang Berkembang Masa Kini.docx
Studi Kritis Aliran-Aliran Tarekat Yang Berkembang Masa Kini.docxStudi Kritis Aliran-Aliran Tarekat Yang Berkembang Masa Kini.docx
Studi Kritis Aliran-Aliran Tarekat Yang Berkembang Masa Kini.docx
Zukét Printing
 
Studi Kritis Aliran-Aliran Tarekat Yang Berkembang Masa Kini.pdf
Studi Kritis Aliran-Aliran Tarekat Yang Berkembang Masa Kini.pdfStudi Kritis Aliran-Aliran Tarekat Yang Berkembang Masa Kini.pdf
Studi Kritis Aliran-Aliran Tarekat Yang Berkembang Masa Kini.pdf
Zukét Printing
 

Similar to ulasan sunnah vs bid'ah (20)

Tantangan Aswaja.pdf
Tantangan Aswaja.pdfTantangan Aswaja.pdf
Tantangan Aswaja.pdf
 
Spe Bab3
Spe Bab3Spe Bab3
Spe Bab3
 
sejaran perkembangan islam di masa modern
sejaran perkembangan islam di masa modernsejaran perkembangan islam di masa modern
sejaran perkembangan islam di masa modern
 
perkembangan ajaran islam di masa modren
perkembangan ajaran islam  di masa modrenperkembangan ajaran islam  di masa modren
perkembangan ajaran islam di masa modren
 
Pergerakan Wahabi Dan Kesannya Di Malaysia
Pergerakan Wahabi Dan Kesannya Di MalaysiaPergerakan Wahabi Dan Kesannya Di Malaysia
Pergerakan Wahabi Dan Kesannya Di Malaysia
 
MAKALAH MODERASI BERAGAMA MUI.pdf
MAKALAH MODERASI BERAGAMA MUI.pdfMAKALAH MODERASI BERAGAMA MUI.pdf
MAKALAH MODERASI BERAGAMA MUI.pdf
 
Perkembangan Ilmu dan 3 Tokoh Pelopor Pembaharuan Pada Periode Modern
Perkembangan Ilmu dan 3 Tokoh Pelopor Pembaharuan Pada Periode ModernPerkembangan Ilmu dan 3 Tokoh Pelopor Pembaharuan Pada Periode Modern
Perkembangan Ilmu dan 3 Tokoh Pelopor Pembaharuan Pada Periode Modern
 
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
 
Ebook syiah
Ebook syiahEbook syiah
Ebook syiah
 
Kritik & solusi syiah di indonesia
Kritik & solusi syiah di indonesiaKritik & solusi syiah di indonesia
Kritik & solusi syiah di indonesia
 
Makalah Hukum Shalat Jumat
Makalah Hukum Shalat JumatMakalah Hukum Shalat Jumat
Makalah Hukum Shalat Jumat
 
Makalah ilmu kalam
Makalah ilmu kalamMakalah ilmu kalam
Makalah ilmu kalam
 
MATA KULIAH AL ISLAM pertemuan 4.pptx
MATA KULIAH AL ISLAM pertemuan 4.pptxMATA KULIAH AL ISLAM pertemuan 4.pptx
MATA KULIAH AL ISLAM pertemuan 4.pptx
 
Kelompok 4
Kelompok 4Kelompok 4
Kelompok 4
 
I) Takrif&Konsep Ilmu Kalam
I) Takrif&Konsep Ilmu KalamI) Takrif&Konsep Ilmu Kalam
I) Takrif&Konsep Ilmu Kalam
 
Aswaja Lakmud 2022 revisi.pptx
Aswaja Lakmud 2022 revisi.pptxAswaja Lakmud 2022 revisi.pptx
Aswaja Lakmud 2022 revisi.pptx
 
WAHABI.docx
WAHABI.docxWAHABI.docx
WAHABI.docx
 
Sumber dan Karakteristik Islam
Sumber dan Karakteristik IslamSumber dan Karakteristik Islam
Sumber dan Karakteristik Islam
 
Studi Kritis Aliran-Aliran Tarekat Yang Berkembang Masa Kini.docx
Studi Kritis Aliran-Aliran Tarekat Yang Berkembang Masa Kini.docxStudi Kritis Aliran-Aliran Tarekat Yang Berkembang Masa Kini.docx
Studi Kritis Aliran-Aliran Tarekat Yang Berkembang Masa Kini.docx
 
Studi Kritis Aliran-Aliran Tarekat Yang Berkembang Masa Kini.pdf
Studi Kritis Aliran-Aliran Tarekat Yang Berkembang Masa Kini.pdfStudi Kritis Aliran-Aliran Tarekat Yang Berkembang Masa Kini.pdf
Studi Kritis Aliran-Aliran Tarekat Yang Berkembang Masa Kini.pdf
 

More from Wan Syafawati

Kkp fiqh-rokok elektronik
Kkp fiqh-rokok elektronikKkp fiqh-rokok elektronik
Kkp fiqh-rokok elektronik
Wan Syafawati
 
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulumWan Syafawati
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quranWan Syafawati
 
اساس علوم شريعة
اساس علوم شريعةاساس علوم شريعة
اساس علوم شريعةWan Syafawati
 
Prinsip islam hadhari
Prinsip islam hadhariPrinsip islam hadhari
Prinsip islam hadhariWan Syafawati
 
Bahasa melayu kontekstual
Bahasa melayu kontekstualBahasa melayu kontekstual
Bahasa melayu kontekstualWan Syafawati
 

More from Wan Syafawati (8)

Kkp fiqh-rokok elektronik
Kkp fiqh-rokok elektronikKkp fiqh-rokok elektronik
Kkp fiqh-rokok elektronik
 
Tayamum
TayamumTayamum
Tayamum
 
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
 
Kit0rg
Kit0rgKit0rg
Kit0rg
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quran
 
اساس علوم شريعة
اساس علوم شريعةاساس علوم شريعة
اساس علوم شريعة
 
Prinsip islam hadhari
Prinsip islam hadhariPrinsip islam hadhari
Prinsip islam hadhari
 
Bahasa melayu kontekstual
Bahasa melayu kontekstualBahasa melayu kontekstual
Bahasa melayu kontekstual
 

Recently uploaded

Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
DEVI390643
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
nawasenamerta
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
d2spdpnd9185
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
yuniarmadyawati361
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
Kurnia Fajar
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Dedi Dwitagama
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
suprihatin1885
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
SABDA
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
haryonospdsd011
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
 
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdfPETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
Hernowo Subiantoro
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
NurSriWidyastuti1
 

Recently uploaded (20)

Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
 
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdfPETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
 

ulasan sunnah vs bid'ah

  • 1. 1 1.0 Pengenalan Akidah merupakan asas kepada pembinaan sahsiah Islamiah dalam diri seseorang. Penerapan pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan Muslim, agar mereka dapat mempertahankan iman dan agama Islam terutamanya pada zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru. Matlamat utama pendidikan akidah Islamiah ialah mendidik manusia supaya patuh dan mengakui keesaan serta keunggulan Allah sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Anbiya’ ayat 25:     Maksudnya : Dan kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang rasul pun melainkan kami wahyukan kepadanya : “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku. Oleh itu, beribadatlah kamu kepadaku.” Pada hari ini timbul pelbagai persoalan-persoalan akidah, gejala ajaran sesat dan kepincangan akidah yang berlaku dalam kalangan umat Islam khususnya golongan muda. Dalam kalangan umat Islam itu sendiri terdapat perbahasan dan perselisihan pendapat berkenaan soal keislaman, iman, tauhid, khurafat, bid’ah dan sebagainya sehingga dijadikan sebagai isu perdebatan oleh golongan orientalis dan non-Muslim Tugasan ini memfokuskan pada penyediaan ulasan bagi buku akidah Sunnah vs Bid’ah karya Dr. Yusof Al-Qaradhawi dan hubungannya dengan isu-isu semasa yang timbul serta persepsi non-Muslim terhadap Islam.
  • 2. 2 2.0 Ulasan Buku 2.1 Pengenalan Buku Sunnah vs Bid’ah adalah karya terjemahan hasil tulisan Dr. Yusof Al-Qaradhawi telah dicetak sebanyak tiga kali selepas terbitan pertama kalinya pada tahun 2013. Buku ini adalah terjemahan yang sah daripada buku Sunnah wa Bid’ah terbitan Maktabah Wahbah, Kaherah, Mesir. Hasil karya Dr. Yusof Al-Qaradharawi ini telah diterjemahkan oleh Fauwaz Fadzil Noor setebal 100 muka surat dan diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn.Bhd. Buku Sunnah vs Bid’ah ini adalah perbincangan berkaitan sunnah dan bid’ah bagi menjawab penyelewengan dalam sebuah artikel yang bertajuk ‘Ingkar Terhadap Bid’ah, Benci kepada Perkara Baru (tajdid), Adakah Ianya Pendirian Islam ataupun Jahiliyah?’. Syeikh Dr. Yusuf Al- Qaradhawi menjawab perselisihan berkenaan bid’ah ini dengan membahagikannya kepada beberapa topik iaitu : Definisi sunnah dan bid’ah menurut perspektif Al-Quran daan sunnah. Ruang lingkup permasalahan bid’ah. Adakah perkara baru hanya dalam urusan dunia sahaja?. Benarkah bid’ah itu bermaksud berlebih-lebihan dalam ibadah. Mengapa Islam tegas dalam isu bid’ah. 2.2 Latar belakang penulis buku Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi seorang tokoh ulama yang terkenal dalam abad ini. Beliau merupakan seorang pemikir, sarjana dan intelek kontemporari yang tidak asing lagi di dunia Islam. Beliau merupakan ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research) dan presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars). Beliau adalah Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan dipilih sebagai Tokoh
  • 3. 3 Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 Malaysia. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dilahirkan pada 9 September 1926 di sebuah daerah kecil di mesir bernama Shafth Turab. Beliau menamatkan pendidikan awal hingga peringkat tertinggi di Maahad Thantha. Beliau kemudiannya berjaya melanjutkan pengajian ke Fakulti Usuluddin di Universiti Al-Azhar dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1952 dan memperoleh gelaran doctor pada tahun 1972. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menubuhkan sebuah Fakulti Syariah di Universiti Qatar dan mendirikan pusat kajian sejarah dan sunnah nabi Muhammad s.a.w. Beliau menjawat jawatan sebagai seorang khatib, guru dan penulis di al-Awqaf dan al-Azhar. Beliau telah menerbitkan lebih 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam, kesusasteraan dan puisi. Antaranya bukunya yang terkenal ialah Halal dan Haram di dalam Islam dan Keutamaan Gerakan Islam pada Fasa Akan Datang. Banyak ilmuwan menyifatkan beliau sebagai seorang mujtahid pada Era Moden. Beliau aktif dalam bidang dakwah dan Gerakan Islam untuk tempoh lebih daripada separuh abad. Yusuf sangat terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Dalam kebanyakan tulisannya, beliau sering mengambil pendapat tiga tokoh ini. Pemikiran dan dakwah Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi relevan dengan pergerakan Islam masa kini. Beliau banyak membincang dan merungkaikan pelbagai permasalahan umat Islam di pelbagai negara. Beliau mudah diterima dalam kalangan dunia barat sebagai seorang pemikir yang selalu menampilkan Islam secara hikmah, santun dan seimbang. Kredibiliti beliau yang hebat menyebabkan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi sering dijemput menghadiri pertemuan antarabangsa bersama pemimpin agama Eropah mahupun di Amerika sebagai wakil daripada kelompok umat Islam.
  • 4. 4 2.3 Tema-tema penting buku Buku Sunnah vs Bid’ah karya Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengandungi beberapa pecahan tajuk-tajuk kecil sebanyak sepuluh bab yang menjelaskan isu berkenaan sunnah dan bid’ah. Antara tema-tema penting yang terdapat dalam buku Sunnah vs Bid’ah pertamanya adalah berkenaan definisi sunnah dan bid’ah. Sunnah menurut ahli fiqh adalah sunat ataupun perkara yang digalakkan, iaitu perkara yang dituntut oleh syarak contohnya hukum solat dua rakaat sebelum solat subuh adalah sunat. Menurut ulama usul fiqh, sunnah adalah ungkapan, perbuatan ataupun pengakuan Nabi Muhammad s.a.w. dan ia adalah sumber pensyariatan hukum. Pandangan ahli hadis pula adalah menyandarkan sunnah kepada ungkapan, perbuatan, pengakuan ataupun sifat dari segi ciptaan ataupun akhlak dan perjalanan sirah Nabi Muhammad s.a.w. Pemahaman berkenaan definisi sunnah daripada pelbagai pandangan adalah penting untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan bid’ah. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memberi definisi bid’ah berdasarkan pandangan Imam Asy-Syatibi iaitu ; bid’ah adalah suatu rekaan dalam agama yang menyerupai syarak dan diniatkan bagi berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah s.w.t. Saya amat tertarik dengan kisah Ibnu Umar yang dinukilkan dalam buku ini. Ibnu Umar adalah seorang yang begitu terkesan dengan perbuatan Rasulullah s.a.w. dan sering melakukan segala perbuatan baginda tanpa mengetahui sama ada ia adalah perkara yang mendatangkan taqarrub ataupun dituntut bagi dijadikan sebagai ikutan. Contohnya, Ibnu Umar suka meletakkan untanya seperti Nabi Muhammad s.a.w. meletakkan untanya supaya berehat. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berpendapat bahawa perbuatan ini tidak dituntut dan ia adalah perbuatan yang menzahirkan rasa cinta yang mendalam kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kita sewajarnya mengetahui tidak semua perbuatan dan sikap Nabi Muhammad s.a.w.
  • 5. 5 dilakukan oleh kebanyakan masyarakat dan bukan suatu kefardhuan ke atas diri mereka. Antara topik penting yang diperkatakan selepas definisi sunnah dan bid’ah adalah berkaitan bid’ah dan skopnya terhadap Islam. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan skop bid’ah hanya terbatas menurut definisinya, iaitu skop bid’ah dari sudut agama bukannya dilihat dari sudut dunia iaitu mereka-reka dengan menggunakan pendekatan agama. Ini bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. mafhumnya : “Sesiapa yang mengada-adakan dalam agama kami perkara yang tidak ada perintah daripadanya, maka perkara itu tertolak”. Maka menurut beliau, sebelum menerima sesuatu perbuatan, ia perlu memenuhi dua perkara berikut : 1. Ia perlu diniatkan semata-mata kerana Allah s.w.t. 2. Perbuatan itu mesti mengikut kehendak syarak. Perbuatan yang direka perlu berteraskan agama. Ia menjadi suatu kesilapan apabila ramai yang beranggapan perbuatan bid’ah termasuk dalam perkara yang berteraskan adat dan tradisi. Perkara yang bersangkutan dengan adat dan tradisi tidak termasuk dalam perkara yang diada-adakan. Apakah yang dimaksudkan bid’ah disisi Islam? Sebahagian ulama membahagikan bid’ah kepada dua iaitu : 1. Bid’ah hasanah (baik) 2. Bid’ah sayyi’ah (buruk) Sebahagian ulama yang lain membahagikan bid’ah kepada lima bahagian selari dengan lima cabang hukum iaitu : 1. Bid’ah wajibah (wajib) 2. Bid’ah mustabahah (sunat)
  • 6. 6 3. Bid’ah makruhah (makruh) 4. Bid’ah muharramah (haram) 5. Bid’ah mubahah (harus) Kesimpulannya, para ulama menggabungkan penulisan Al- Quran dan pengumpulannya dalam satu mashaf, penyusunan ilmu nahu, ilmu usul fiqh dan ilmu Islam yang lain termasuk dalam kategori bid’ah berbentuk wajib dan fardhu kifayah. Namun menurut Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi pentingnya kita berpegang dengan pengertian bid’ah yang digunakan dalam hadis syarif kerana ia dating dengan lafaz yang jelas dan nyata iaitu : “Setiap bid’ah adalah sesat”. Sekiranya hadis ini tidak menghalang daripada menyatakan sesungguhnya bid’ah ada yang baik dan ada yang buruk serta seumpamanya, maka ini tidak menjadi permasalahan kerana maksud bid’ah yang ditekankan adalah seperti yang didefinisikan oleh Imam Asy-Syatibi iaitu, ia suatu perkara yang dicipta selari dengan pendekatan agama tetapi tidak bertunjangkan syarak, tidak mempunyai asas daripada sumber Al-Quran, sunnah, ijmak, qiyas dan dalil terhadap perkara bid’ah sebagaimana yang dinyatakan oleh para fuqaha kepada umat Islam. Buku Sunnah vs Bid’ah karya Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini turut membincangkan sebab Islam berkeras terhadap isu Bid’ah. Berikut adalah sebab-sebab yang dinyatakan dalam buku ini antaranya: 1. Pembuat bid’ah melihat dirinya sebagai orang yang meletakkan syariat setanding Allah s.w.t. 2. Pembuat bid’ah melihat undang-undang agama mempunyai kekurangan dan perlu disempurnakan 3. Perkara yang direka menyukarkan agama dan terkeluar daripada tabiat agama yang bersifat toleransi 4. Bid’ah dalam agama menghapuskan perkara sunnah.
  • 7. 7 5. Bid’ah dalam agama mengundang manusia meninggalkan reka cipta dalam urusan duniawi. 6. Bid’ah dalam urusan agama memecahbelahkan dan menghancurkan kesatuan umat Buku Sunnah vs Bid’ah ini dinukilkan oleh Syeikh Dr. Yusuf Al- Qaradhawi khusus bagi menjawab penyelewengan dalam sebuah artikel yang bertajuk ‘Ingkar Terhadap Bid’ah, Benci kepada Perkara Baru (tajdid), Adakah Ianya Pendirian Islam ataupun Jahiliyah?’. Menurut Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi penulis artikel mempunyai agenda tersembunyi apabila menisbahkan larangan melakukan perkara bid’ah sebagai benci kepada pembaharuan. Ada manusia yang mengikut sunnah, tetapi masih menaiki kenderaan, menggunakan telefon dan menaiki kapal terbang. Tidak ada seorang pun menyatakan menaiki kapal terbang adalah bid’ah dan kita sewajarnya menunggang unta sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Beliau berpendapat individu yang menulis ungkapan ‘Ingkar Terhadap Bid’ah, Benci kepada Perkara Baru (tajdid), Adakah Ianya Pendirian Islam ataupun Jahiliyah?’ menyatakan, Islam sendiri adalah satu perkara bid’ah yang dinisbahkan kepada jahiliah,iaitu Islam adalah perkara baru. Apabila diperhatikan kenyataan artikel tersebut, ingkar kepada perkara bid’ah, nescaya kita pasti ingkar terhadap Islam sebagaimana golongan jahiliah ingkar terhadap Islam. Hal ini kerana, Islam adalah perkara baru. Jahiliah sendiri adalah perkara bid’ah, iaitu yang dicipta oleh masyarakat jahiliah. Mereka terpesong jauh daripada agama Nabi Ibrahim a.s kerana menambah perkara bid’ah ke dalam agama Hanif. Tujuannya adalah menjadikan ia sebagai tanda mereka kuat beribadah, dengan cara menyembah berhala. Mengapakah mereka menyembah berhala? Mereka mengatakan seperti dalam surah Az-Zumar ayat 3 :
  • 8. 8  ........ Maksudnya : Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sehampir- hampirnya. Menurut Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi urusan duniawi boleh ditambah dan dikembangkan. Namun dalam urusan agama tidak seharusnya berlaku penambahan ataupun pengurangan. Ini kerana, membetulkan undang-undang Allah s.w.t. dan mengkritik agam Islam itu bermakna kita mengkritik Allah s.w.t. serta menganggap agama Islam tidak lengkap. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 3 :        Maksudnya : pada hari ini, Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan aku redhakan Islam itu menjadi agama kamu.
  • 9. 9 2.4 Kesimpulan buku Secara keseluruhannya buku Sunnah vz Bid’ah ini merupakan jawapan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi terhadap penyelewengan dalam sebuah artikel yang bertajuk ‘Ingkar Terhadap Bid’ah, Benci kepada Perkara Baru (tajdid), Adakah Ianya Pendirian Islam ataupun Jahiliyah?’. Buku ini memberi penjelasan yang jelas berkenaan bid’ah dan skopnya terhadap agama Islam. Melalui buku ini tidak dapat dinafikan bahawa pandangan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi adalah mudah dan dapat dipraktikkan oleh semua golongan kerana menurutnya, segala amalan yang termaktub dalam sunnah boleh diamalkan manakala segala amalan yang tidak termaktub dalam sunnah dikategorikan sebagai bid’ah. Sekiranya umat Islam dibiarkan melakukan perkara bid’ah nescaya mereka tidak akan berupaya bersatu dalam satu barisan. Namun sekiranya mereka bersatu, ia adalah hasil daripada teladan Rasulullah s.a.w. dan mengikut hukum yang ditetapkan daripada Al- Quran dan sunnah rasul-Nya. Oleh yang demikian, penting bagi kita membezakan kedudukan dan martabat sesuatu perbuatan sama ada ia perkara sunnah yang sebenar atau ia adalah perkara bid’ah. Kita wajar mengetahui maksud sunnah, bid’ah dan pendirian Islam berkenaan isu bid’ah.
  • 10. 10 2.5 Pandangan terhadap buku Buku Sunnah vs Bid’ah karya Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi merupakan sebuah buku yang bagus dalam menerangkan tentang permasalahan bid’ah. Buku ini amat membantu umat Islam yang tidak dinafikan terdapat kekeliruan dalam memahami konsep bid’ah dan skopnya dalam Islam. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memberi penerangan yang mudah dan ringkas dengan menjelaskan bid’ah itu berdasarkan pandangan Imam Asy-Syatibi Syatibi iaitu ; bid’ah adalah suatu rekaan dalam agama yang menyerupai syarak dan diniatkan bagi berlebih- lebihan dalam beribadah kepada Allah s.w.t. Definisi sunnah dan bid’ah daripada pelbagai pandangan memudahkan pembaca untuk membezakan kedudukan dan martabat sesuatu perbuatan sama ada ia perkara sunnah yang sebenar atau ia adalah perkara bid’ah dengan berpandukan definisi tersebut. Selain itu, terdapat beberapa contoh dan kisah seperti kisah Ibnu Umar yang dikongsikan dalam buku ini menjadikan isi-isi penting berkenaan sunnah dan bid’ah dapat disampaikan dengan menarik dan ada gaya penyampaian yang bervariasi serta dapat difahami oleh pembaca dengan mudah. Seperti yang dinyatakan di atas, buku ini adalah maklum balas terhadap penyelewengan dalam sebuah artikel yang bertajuk ‘Ingkar Terhadap Bid’ah, Benci kepada Perkara Baru (tajdid), Adakah Ianya Pendirian Islam ataupun Jahiliyah?’. Tindakan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini menunjukkan pentingnya kita cakna dengan hasil penulisan berbentuk artikel, berita dan sebagainya menyampaikan sesuatu dengan benar serta sumbernya boleh dipercayai terutamanya dalam isu agama.
  • 11. 11 Namun begitu, terdapat kekurangan yang saya dapati dalam buku ini antaranya artikel yang bertajuk ‘Ingkar Terhadap Bid’ah, Benci kepada Perkara Baru (tajdid), Adakah Ianya Pendirian Islam ataupun Jahiliyah?’ yang dibincangkan dalam buku ini tidak dilampirkan artikelnya dalam buku ini. Hal ini menyebabkan pembaca menjadi tertanya-tanya apakah penyelewengan yang dilakukan oleh penulis dalam artikel tersebut dan boleh membuatkan pembaca sukar untuk memahami bab yang membincangkan artikel ini. Terdapat bab yang membicarakan tentang pembahagian bid’ah menurut pandangan ulama. Saya mendapat pengetahuan baru apabila membaca terdapat ulama membahagikan bid’ah kepada lima bahagian berdasarkan cabang hukum. Ia merupakan suatu perkongsian yang menarik namun begitu penulis tidak menjelaskan pembahagian tersebut dengan penerangan yang lebih terperinci. Hal ini menyebabkan pembaca tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan bid’ah wajibah, bid’ah mustabahah dan seterusnya dengan jelas di samping tiadanya contoh yang dinyatakan bagi menjelaskan setiap bahagian bid’ah yang lima itu. Oleh kerana buku Sunnah vz Bid’ah ini merupakan karya terjemahan maka, saya berpendapat buku ini kurang menekankan nilai budaya pelbagai negara. Contoh-contoh yang diberikan adalah berkisar budaya masyarakat Arab khususnya semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan tidak banyak contoh perbuatan bid’ah yang dinyatakan oleh penulis.
  • 12. 12 3.0 Persepsi Non-Muslim Terhadap Islam Bagi tugasan ‘Persepsi Non-Muslim Terhadap Islam’, saya mendapat 4 orang responden iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan. Kesemua responden adalah berbangsa Cina dan menganut agama Buddha. Responden pertama saya adalah saudara Woo Chee Yoong merupakan seorang penuntut diploma yang berusia 20 tahun. Responden kedua saya adalah seorang sales associate yang bernama Nancy Wong berusia 23 tahun. Responden ketiga adalah pekerja sambilan bernama Tan Wai Yi berusia 20 tahun dan responden yang terakhir merupakan seorang ‘pt retail associate’ bernama Ng Kah Mun berusia 20 tahun. Antara soalan yang ditanyakan kepada responden adalah berkaitan kefahaman mereka tentang Islam di Malaysia. Responden pertama berpendapat Islam adalah satu agama dan ia merupakan agama Malaysia yang majoriti rakyat Malaysia menganut agama tersebut. Responden kedua pula menyatakan Islam adalah agama yang mementingkan moral dan sifat ihsan. Responden ketiga mengkhususkan pemahaman Islam di Malaysia dengan kaum Melayu. Menurutnya, kaum Melayu akan menjadi Muslim sejak lahir dan tidak boleh memeluk agama lain sepanjang hidup serta mesti mematuhi ajaran yang diberi. Responden keempat menyatakan bahawa dia memahami Islam di Malaysia melalui mata pelajaran Sejarah SPM yang mana Islam adalah agama yang diamalkan oleh orang Melayu. Soalan seterusnya adalah berkaitan perkara positif yang disukai tentang Islam. Responden pertama menyatakan Islam medidik individu menjadi seorang yang berakhlak mulia. Responden kedua pula menyatakan beliau menyukai Islam kerana mementingkan moral. Pandangan responden ketiga tentang apa yang disukai dalam Islam adalah kepercayaan yang positif seperti melarang merokok, minum alcohol dan kepercayaan berpuasa yang mana ia menunjukkan kepentingan makanan terhadap individu serta menghargainya bukan sahaja untuk golongan Muslim bahkan untuk golongan non Muslim juga. Responden terakhir memberi pendapat yang sama dengan
  • 13. 13 responden yang kedua iaitubeliau menyukai sikap dan nilai yang diajarkan dalam Islam. Saya turut menanyakan soalan tentang perkara negatif yang mereka tidak suka terhadap Islam. Responden pertama menjawab beliau tidak suka dengan peperangan dan pergaduhan yang sering berlaku di negara Islam seperti Palestin, Iraq dan sebagainya. Beliau berpendapat Islam menggunakan keganasan sebagai cara terbaik untuk menyelesaikan masalah. Responden kedua pula tidak menyukai tentang isu poligami. Responden ketiga hanya memberi pendapat bahawa setiap agama mesti ada kebaikan dan keburukan dan beliau mengatakan pentingnya menjauhkan tanggapan buruk daripada menganggu pemikiran. Responden keempat menyatakan Islam mempunyai peraturan-peraturan yang ketat. Bagi soalan terakhir adalah berkaitan respon mereka sekiranya diajak memeluk agama Islam. Kesemua responden memberi jawapan menolak untuk menerima ajakan memeluk agama Islam tetapi responden keempat menyatakan bahawa beliau akan mendapatkan pendapat daripada ibu bapa dan ahli keluarga terlebih dahulu. Hasil daripada temubual yang saya lakukan kesemua responden adalah berbangsa Cina dan mereka boleh saya kategorikan sebagai golongan belia. Kesemua responden ini memberikan jawapan yang menurut saya adalah berbentuk jawapan selamat dan mereka berusaha memberi jawapan yang menunjukkan mereka menghormati agama Islam. Berdasarkan soalan-soalan yang saya tanyakan, saya mendapati kesemua responden mempunyai pemahaman yang kurang tentang agama Islam dan terdapat pendapat yang sama diberikan oleh mereka. Kesemua responden memahami Islam sebagai agama yang mementingkan nilai, sikap, dan moral. Namun begitu, saya berpendapat bahawa responden ketiga mempunyai pengetahuan berkenaan Islam lebih daripada responden lain. Ini adalah berdasarkan jawapan yang diberikan olehnya. Apabila disoal tentang perkara negatif yang tidak disukai oleh responden tentang Islam saya mendapat jawapan yang sering diberikan oleh
  • 14. 14 golongan non Muslim iaitu isu poligami dan Islam sebagai satu agama yang suka pada peperangan dan keganasan. Kedua-dua isu ini sering dibahaskan oleh golongan non Muslim dan ia memberi persepsi buruk bahawa Islam adalah sebuah agama yang menindas wanita dan mencabuli hak asasi manusia.
  • 15. 15 Refleksi Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan projek PIM 3123 Pengajian Aqidah mengikut masa yang telah ditetapkan. Bagi tugasan projek ini saya perlu menyediakan ulasan bagi buku Aqidah pilihan dan menghubungkait dengan isu-isu semasa serta mengumpul maklumat tentang persepsi non Muslim terhadap Islam menggunakan kaedah temubual. Buku Aqidah yang saya pilih untuk disediakan ulasan adalah buku Sunnah vs Bid’ah karya Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Saya menghadapi masalah untuk memperolehi buku ini sebagai rujukan tugasan. Saya perlu pergi ke beberapa buah kedai buku untuk mencari buku Sunnah vs Bid’ah yang mana akhirnya saya berjaya menemui buku ini di MPH Bookstore, Shah Alam. Saya menghadapi kesukaran untuk mengulas buku yang dipilih. Bagi mengatasi masalah ini, saya membaca buku ini sebanyak 5 kali dan menggariskan isi-isi penting yang saya fikirkan perlu untuk diulas. Selain itu, saya turut merujuk beberapa buku lain dan berbincang dengan rakan-rakan semasa menyiapkan tugasan ini. Daripada pembacaan buku ini saya amat tertarik dengan kata-kata Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi iaitu “menjadi satu kesalahan sekiranya kita mahu orang lain turut melakukannya serta memarahi dan menghina sesiapa yang tidak melakukannya. Mempercayai perbuatan tersebuat adalah tunjang agama dan sesiapa yang meninggalkannya seumpama meninggalkan perkara sunnah”. Jika kita lihat fenomena masyarakat Islam di Malaysia terdapat banyak perkara bid’ah yang diamalkan antaranya kenduri tahlil arwah, membaca surah Yaasin pada malam Jumaat dan sebagainya sehingga menjadi suatu tuntutan kepada masyarakat Islam malah, jika tidak dilakukan ia akan memberi persepsi negatif terhadap individu terbabit.
  • 16. 16 Terdapat banyak perselisihan pandangan yang mana ada pendapat membenarkan amalan bid’ah dengan alasan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan larangan melakukan perkara bid’ah. Di Malaysia, masyarakat Islam akan mengadakan majlis cukur jambul bagi bayi yang baru lahir. Ia biasanya dilakukan pada hari ke-40 selepas kelahiran bayi tersebut dan amalan ini bercanggah dengan sunnah Nabi SAW yang mana amalan yang bertepatan dengan sunnah baginda adalah melakukan aqiqah pada hari yang ke-7. Apatah lagi terdapat sedikit sebanyak upacara yang boleh membawa kepada syirik jika salah iqtiqad seperti upacara memasukkan rambut ke dalam kelapa. Jika seseorang itu beriqtiqad perbuatan tersebut boleh membawa berkat dan seumpamanya, dikhuatiri ia akan membawa kepada perbuatan mensyirikkan Allah s.w.t. Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini. Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. Ini menimbulkan persoalan apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam. Mengambil kata-kata daripada Dr. ‘Abd al-Karim Zaidan iaitu : “Amalan soleh ialah apa yang sahih dan ikhlas kepada Allah. Apa yang sahih itu ialah yang menepati syarak, maka membuat bid‘ah dalam agama dengan menambah atau mengurangkannya adalah sesuatu yang tidak dibolehkan dan tiada pahala bagi pengamalnya sekalipun dengan niat beribadah kepada Allah.” Selain itu, bagi mengumpul maklumat tentang persepsi non Muslim tindakan pertama yang saya lakukan adalah menyediakan borang temubual terlebih dahulu. Saya perlu mencari empat orang responden bagi memenuhi syarat tugasan ini dan sekalung penghargaan buat bapa saudara saya yang
  • 17. 17 sudi membantu saya bersama-sama mencari responden untuk ditemubual oleh saya. Tugasan untuk menemubual non Muslim tentang persepsi mereka terhadap Islam di Malaysia merupakan satu pengalaman yang berharga bagi diri saya. Bukan mudah untuk saya bertanyakan golongan non Muslim tentang persepsi mereka terhadap Islam terutamanya soalan terakhir yang menanyakan pendapat mereka sekiranya diajak memeluk agama Islam. Hal ini bukan mudah dilakukan dan saya perlu mengubah bentuk soalan yang hendak ditanyakan kepada responden supaya mereka tidak berasa tersinggung. Tugasan ini banyak membantu saya memperbaiki kemahiran komunikasi saya dengan orang awam terutamanya golongan non Muslim. Akhir kata, tugasan ini amat membantu saya dalam melatih diri memperkukuhkan lagi ilmu dalam membentuk jiwa saya sebagai seorang murabbi. Saya berharap semoga tugasan ini dapat memberi manfaat kepada diri saya dan sebagai pendedahan awal untuk saya menghadapai dunia keguruan yang sebenar nanti.
  • 18. 18 Bibliografi Al- Quran. Ahmad Amri Zainal Adnan dan Nurasyikin Ahmad. (2009). 50 Tokoh Islam Yang Mengubah Dunia. Batu Caves. PTS Millennia. Nik Abdul Rahim (2008). Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Akidah. Kuala Lumpur. Telaga Biru. Yusuf Al-Qaradhawi (2013). Sunnah vs Bid’ah. Batu Caves. PTS Islamika. . http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0911&sec=Bicara_Agama& g=ba_02.htm. Diakses pada 4 Ogos 2014.