PETA KONSEP SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
SUKATAN
PELAJARAN
BAHASA
MELAYU
SEKOLAH
RENDAH
OBJEKTIF
SISTEMBAHASA MATLAMAT
ORGANISASI
KANDUNGAN
FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
RUKUN
NEGARA
PENGISIAN
KURIKULUM
RUKUN NEGARA
 Kepercayaan kepada Tuhan
 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-undang
 Kesopanan dan Kesusilaan
FALSAFAH DAN MATLAMAT KURIKULUM
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
• FALSAFAH KURIKULUM
BAHASA MELAYU
BERTERASKAN FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
• Mengaplikasikanbidang
yang merangkumi JERI
menerusi pengajarandan
pembelajaranmenerusi
KurikulumBahasaMelayu
SekolahRendah.
• Melahirkaninsanyang
seimbangdan
harmonisdari segi
intelek,rohani,emosi
dan jasmani.
• Pendidikandi
Malaysiaialahsuatu
usaha berterusanke
arah
memperkembang
potensi individu
secara menyeluruh
dan bersepadu
Melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu
pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak
mulia dan
bertanggungjawab.
• Melengkapkan
pelajardengan
keterampilanbahasa
dan berkomunikasi
• Melahirkanpelajar
berpotensi secara
menyeluruhmenerusi
penggunaanbahasa
OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MALAYSIA
SEKOLAH RENDAH
• Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan
bukan sastera dengan menggunakan teknik
membaca yang sesuai dan berkesan untuk
memperoleh ilmu dan memproses maklumat
secara kritis
• Memupuk minat
membaca sebagai
satu amalan ke arah
membina budaya
pembelajaran
berterusan.
• Memperkembang
imaginasi , kreativiti ,
pemikiran kritis dan
penghayatan nilai murni
melalui aktiviti bertutur,
membacadan menulis.
• Menggunakan bahasa baku
yang meliputi ejaan ,
tatabahasa, kosa serta
sebutan dan itonansi yang
betul dalam aktiviti
mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.
• Menghargai dan
menghayati keindahan
bahasa melalui karya
sastera dan karya bukan
sastera.
ORGANISASI KANDUNGAN
KURIKULUM BAHASA
MELAYU SEKOLAH RENDAH
•
ORGANISASI
KANDUNGAN
KURIKULUM
BAHASA
MALAYSIA
SEKOLAH
RENDAH
Kemahiran
Bahasa
Hasil
Pembelajaran
Sistem
Bahasa
Pengisian
Kurikulum
•
KEMAHIRAN BAHASA
KEMAHIRAN BERTUTUR
merujuk kepada keupayaan
murid berbicara untuk
beriteraksidalam;
menyampaikan maklumat,
pendapat, perasaan serta
idea kritis dan kreatif
KemahiranMenulis
- Merujuk kepada keupayaan
murid menulis perkataan dan
ayatserta mengeluarkan idea
melalui penulisan.
- penggunaan ayatgramatis
,tanda baca dan ejaan yang
betul,tulisan yang jelas,cantik
dan kemas.
-Penulisan berunsur
pengetahuan dan imaginatif.
KemahiranMembaca
merujuk kepada keupayaan
murid membaca dengan;
sebutan,itonansi, jeda dan
kelancaran yang betul
berupaya menghayatiteks yang
dibaca
KEMAHIRAN MENDENGAR
merujuk kepada keupayaan
murid mendengar dengan; -
teliti,memahami dan menghayati
secara lisan
(menerusipengucapan dan
maklum balas.
HASIL
PEMBELAJ
ARAN
Membantu guru
memilih kandungan ,
kaedah , sumber dan
prosedur pengajaran
Ditafsirkan daripada
objektif kurikulum
bahasa melayu
sekolah rendah
Petunjuk tentang
kemahiran yang perlu
dikuasaioleh murid
Membantu guru membuat
pengukuran dan penilaian
pencapaian murid
Dapat dicapai dengan
menggabungjalinkan
kemahiran bahasa , sistem
bahasa dan pengisisan
kurikulum
 Kemahiran Berfikir
 Pembelajaran Kontekstual
 Kajian Masa Depan
 Kemahiran Teknologi Maklumat
Dan Komunikasi
 Kemahiran Belajar Cara Belajar
 Kecerdasan Pelbagai
 Pembelajaran Konsturktivisme
PENGISI
AN
KURIKU
LUM
Kemahiran
Bernilai
Tambah
Peribahasa Kesantunan Bahasa
Laras Bahasa
 Pengetahuan
merangkumi
pelbagai
bidang ;
- sains,geogr
afi,sejarah
dll.
 Unsur patriotisme
diserapkan dalam pnp
dalam mengutamakan
pemupukan semangat cinta
dan taat kepada tanah air.
 Melahirkan warganegara
yang ada komitmen
terhadap bangsa dan negara
 Penyerapan nilai murni dalam
pendidikan Bahasa Melayu bagi
melahirkan insan yang baik dan
berakhlak mulia.
Kosa Kata
 umum
 istlah
HURAIAN RINGKAS PERKAITAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
DENGAN SUKATAN PELAJARAN KBSR BAHASA MELAYU (2003)
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) merupakan satu dokumen yang menjadi panduan guru
bagi melaksanakan pengajarannya. Dalamnya terdapat beberapa aspek yang berkaitan dengan isi
kandungan bahasa Melayu dan hala tuju yang hendak dicapai. Aspek itu merangkumi matlamat dan
objektif pengajaran bahasa Melayu, pengisian kurikulum, kandungan bahasa, sistem bahasa dan
Kemahiran Bernilai Tambah. Aspek-aspek ini menjadi panduan kepada guru dalam pengajarannya.
Tujuannya agar pengajaran bahasa Melayu antara sekolah adalah seragam, terkawal dan
bersistem.
Menurut Kamus Dewan, maksud falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap
sebagai ilmu tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Falsafah juga didefinisikan sebagai
kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki.
Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu falsafah
pendidikan. Falsafah menjadi teras kepadasistem pendidikan kerana terkandung pendidikan yang
digunakan, ciri yang hendak dicapai, kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan, cirri
yang hendak dibentuk dalam diri individu yang menerima pendidikan dan liputan yang terangkum
dalam sistem pendidikan. Menurut Abdul Fatah Hasan, falsafah pendidikan merupakan suatu
sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal tentang
pendidikan dan pengajaran yang patut dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik darjah.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak membangun.
Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di
dalam atau di luar institusi pendidik.
Penggubalan semula Falsafah Pendidikan Negara yang dahulunya hanya dikenali sebagai Falsafah
Pendidikan, menyebabkan berlakunya keperluan untuk mengkaji semula keseluruhan system dalam
pendidikan kebangsaan. Kesinambungan daripada perubahan ini, maka terhasilnya Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Kurikulum ini
digubal bagi memastikan setiap murid diberi peluang untuk mendapatkan kemahiran, pengetahuan,
nilai, sikap dan amalan kehidupan yang diperlukan.
Falsafah KBSR ialah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan
terhadap kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. KBSR turut memberi penekanan
terhadap perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari aspek JERIS serta
pemupukan dan perkembangan bakat seseorang individu itu.
Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai pula ialah:
I. Murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai
alat perpaduan dengan baik dan memuaskan.
II. Murid dapat menguasai kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran bertutur, membaca dan menulis
dalam bahasa pengantar sekolah rendah iaitu Bahasa Melayu.
III. Melalui KBSR, pembinaan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai – nilai kemanusiaan
dan kerohanian yang berlandaskan RUKUN NEGARA dapat dipupuk dikalangan murid. Yang
keempat, murid dapat bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain serta mempunyai semangat
kerjasama dan toleransi. Dan yang kelima, murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan,
kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.
KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan
persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri
daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa
Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta matapelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan Alam
Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen
Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah matapelajaran
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri
individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Reakreasi yang mengandungi matapelajaran
Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas,
maka Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan
KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek
intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai – nilai estetika dan sosial selaras dengan
falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan
kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan
bersistematik. Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan
yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu
diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi
membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah
Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
I. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas
berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca,
dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. ( Abdullah
Hasan,1996).
II. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian,
penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan
Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur,
membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang
sesuai bagi peringkat persekolahan murid (Roselan Baki,2003).
III. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C)
dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di
SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak
berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-
contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.
IV. Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya
terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-
cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan
menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid.
Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitkan dengan Falsafah Pendidikan
Negara, adalah terlebih elok bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia. Dengan ini barulah kita
dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini mempunyai kaitan atau menjiwai
‘roh’ dan semangat Falsafah Pendidikan Negara. Jika ia mempunyai kaitan, kita telah pun berada di
jalan yang betul dalam usaha untuk memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu yang di ajar di sekolah rendah di Malaysia. Cuma beberapa pendekatan
yang terbaik perlu diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk memantapkan pengakaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
Menurut kandungan Sukatan Pelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat:
a. Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari;
b. Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa
yang sesuai dan bertatasusila; Membaca
c. untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;
d. Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan
hiburan
e. Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;
Dengan merujuk kepada definisi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), matlamat serta ciri-
ciri KBSR itu sendiri, saya dapati KBSR akan mampu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Negara. Falsafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa Pendidikan itu suatu proses yang
berterusan. Sebagai saluran Pendidikan pada peringkat awal, KBSR sememangnya menggalas
tugas yang amat berat. Ini kerana pada peringkat permulaanlah segalanya bermula. KBSR akan
memastikan Pendidikan yang diberikan kepada pelajar memuaskan dan menepati ciri-ciri yang
diinginkan. Pendidikan awal adalah penting kerana ia membentuk asas sahsiah yang akan terus
berkembang hingga ke akhir hayat nanti. Oleh itu, KBSR menekankan kemahiran asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira. Dengan kemahiran-kemahiran asas yang teguh dan mampat,
segala proses Pendidikan yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi mudah (Abdullah Hasan, 1996).
KBSR menitikberatkan soal nilai-nilai murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya. Dengan ini, Falsafah Pendidikan Negara yang menginginkan insan yang harmoni
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani akan tercapai. Dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, KBSR bukan sahaja menekankan soal penyampaian ilmu pengetahuan bahkan
setiap guru dikehendaki menyelitkan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, dalam seminggu hari persekolahan
akan terdapat 2 masa untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ini melambangkan
KBSR amat menitikberatkan soal kesihatan para pelajar supaya pelajar tidak hanya memerah otak
dalam sesi pembelajaran matapelajaran lain tetapi mereka juga boleh berekreasi dan menenangkan
fikiran dengan bersenam dan bersukan.
Seterusnya, unsur Falsafah Pendidikan Negara ingin melahirkan rakyat yang memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Sehubungan dengan itu, KBSR
menekankan kemahiran berfikir dalam sistem penddidikan pada peringkat awal. Melalui ciri ini pelajar
bebas meluahkan pendapat dan mencipta sesuatu yang baru. Secara tidak langsung hasil kretiviti
pelajar akan terus digilap dan dihargai. Oleh itu, maka lahirlah generasi yang mampu memberi
sumbangan dalam pelbagai bidang.
KESIMPULAN
Dalam era globalisasi yang kian mencabar dan melalui arus-arus modenisasi, konsep
pembangunan modal insan amat ditekankan sebagai satu usaha menjadikan negara kita,
Malaysia maju, yakni setaraf dengan negara-negara luar. Ini termasuklah demi pembangunan
sejagat dalam bidang sains dan teknologi berdasarkan acuan sendiri serta selari dengan
hasrat Wawasan 2020 yang pernah diwar-warkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr.
Mahathir Mohamad satu masa dahulu. Kita amat bertuah kerana tidak lama dahulu iaitu pada
tahun 1988, tergubalnya sebuah garis panduan yang diberi nama Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ini kerana oleh sebab falsafah inilah yang membentuk sistem pendidikan
Negara seterusnya melahirkan anak-anak Malaysia yang berjaya.
Sesebuah falsafah yang digubal dalam sistem pendidikan sesebuah negara memainkan
peranan yang amat penting. Falsafah pendidikan menjadi satu pedoman, arah tuju dan
pandangan terhadap perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Di dalamnya terkandung
pelbagai hasrat untuk dilaksanakan yang menjadikan sistem pendidikan sebagai modus
operandinya. Maka dengan itu, sistem pendidikan adalah dibina berdasarkan falsafah
pendidikan. Oleh yang demikian, dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan terkandungnya
garis panduan yang menjelaskan arah tujuan sistem pendidikan negara kita. Ia menjadi
panduan setiap aktiviti pendidikan. Ia tidak lepas dari menjadi cerminan pemikiran dan hasrat
negara kita dalam melahirkan ciri-ciri individu yang dikehendaki oleh negara.
Sistem pendidikan negara kita mengalami anjakan paradigma dengan wujudnya Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Perubahan demi perubahan berlaku dari tahun ke tahun sebagai
tujuan untuk menghasilkan peningkatan kuantiti produk-produk generasi baru yang berkualiti.
Ini juga adalah kerana kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri yang bersifat
menyeluruh, sejagat dan bermotivasi. Pada pendapat saya, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bersifat menyeluruh kerana melibatkan keempat-empat unsur dalam kehidupan
kita. Unsur-unsur tersebut ialah rohani, jasmani, intelek dan sosial. Unsur-unsur inilah yang
memantapkan kehidupan harmonis, seimbang dan cemerlang. Individu yang seimbang inilah
dijamin dapat memaju ke arah kemajuan negara yang tiada taranya.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 6 Intelek
Tema : Alam Sekitar
Tajuk : Pencemaran Udara
Tarikh : 20.8.2014
Masa : 60 minit
Bilangan murid : 30 orang
Objektif pengajaran dan pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
i.Menyatakan tentang pengalaman mereka melihat berlakunya pencemaran udara ini
secara lisan.
ii.Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai pencemaran udara yang
berlaku .
iii. Menulis karangan pendek mengenai gejala pencemaran dengan menggunakan ayat
majmuk yang betul.
Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama :
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan
Menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 1
(i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar menggunakan
bahasa yang sesuai.
Fokus Sampingan :
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami petikan yang dibaca.
Aras 2
(i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi
berdasarkan tanda baca.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3
(i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat Kemahiran Bahasa : Kemahiran
bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan
dan intonasi.
Ilmu : Bahasa Melayu, Alam sekitar
Nilai : Kebersihan, menghayati, menghormati dan menghargai.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, membuat inferens, dan kemahiran
mengkategori.
Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman
mereka mengenai gejala pencemaran alam sekitar dengan cara
berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.
BBM : Power point, Lembaran kerja,buku latihan, kad manila dan alat tulis.
Langkah/mas
a ISI PELAJARAN
Aktiviti CATATAN
SET INDUKSI
(5 MINIT)
Murid
ditayangkan
power point yang
berkaitan dengan
jenis-jenis
pencemaran.
i) Murid diminta untuk melihat
paparan power point dan
menghayatinya.
ii) Murid diminta untuk
membezakan jenis-jenis
KB : menghubungkait,
Inferens
BCB: menonton dengan
Aktif
BBM : power point
Guru bersoal jawab
dengan murid
berkaitan dengan
Pencemaran
Udara
pencemaran dan menyatakan
pengalaman mereka sendiri.
iii) Guru menjelaskan tujuan
aktiviti dan tajuk pengajaran
yang akan diajari pada hari itu.
LANGKAH 1
(20 MINIT)
Perbincangan
kumpulan. Mencari
isi penting tentang
pencemaran udara.
(i)Murid dikehendaki membaca
petikan secara senyap.
(ii)Murid diminta membaca
petikan itu secara individu
dengan kuat dan mengikut
intonasi serta gaya yang betul.
(ii)Murid-murid yang lain
dikehendaki mendengar dan
meneliti teks sambil memahami
petikan tersebut.
(iii)Guru menanyakan soalan
kepada murid berkaitan dengan
petikan.
(iv)Murid dikehendaki memberi
lima makna perkataan
berdasarkan petikan yang
dibaca.
(v)Murid dikehendaki menjawab
lima soalan pemahaman
dengan ayat yang lengkap
berdasarkan petikan yang
diberi.
KB : menghubungkaitkan,
menjana idea
BCB : memproses
maklumat dan melaporkan
maklumat.
KP : verbal linguistik,
Kemahiran intrapersonal dan
interpersonal
Nilai : kerjasama, hormat
menghormati
LANGKAH 2
(15 MINIT)
Murid
membentangkan
hasil perbincangan.
(i)Murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan.
(ii)Murid diminta untuk berada
dalam kumpulan dan membuat
perbincangan.
BCB : melaporkan
maklumat.
KP : verbal linguistik,
interpersonal
(iii)Murid dikehendaki
membentangkan perbezaan
antara pencemaran sungai dan
pencemaran udara yang
terdapat di Malaysia dan
bandingkan dengan
pengetahuan dan pengalaman
mereka.
(iv)Guru meminta kumpulan
membentangkan hasil
perbincangan.
(v)Guru menanyakan soalan
yang berkaitan dengan isi
pembentangan dan meminta
percambahan pendapat
mereka.
(vi)Guru berbincang dan
membuat kesimpulan hasil
pembentangan murid..
LANGKAH 3
(15 MINIT)
Guru memberi
latihan kepada
murid-murid.
Aktiviti
Pengayaan:
Menulis nilai murni
berdasarkan
tajuk yang diberi.
Aktiviti
Pemulihan:
Menyudahkan
petikan yang
diberikan dengan
mengisi tempat
kosong.
i) Guru memberi latihan kepada
murid iaitu menulis nilai-nilai
murni mengenai pencemaran
udara dari rangka karangan
yang telah disediakan.
ii) Guru membimbing kumpulan
murid yang memerlukan
pemulihan dengan
menyediakan latihan yang perlu
dilengkapkan dengan mengisi
tempat kosong.
KB : menjana idea,
menghubungkaitkan,
membuat inferens.
BCB : mengumpul,
memproses, mencatat dan
melaporkan maklumat.
KP :
intrapersonal;interpersonal,
visual, verbal-linguistik.
Nilai : bekerjasama,
menghargai,
BBM : petikan pencemaran
udara, kertas latihan.
PENUTUP (5
MINIT)
Guru membuat
rumusan
mengenai
pengajaran yang
telah diajar dan
menanyakan
soalan kepada
murid tentang apa
yang mereka
telah pelajari.
Guru juga
menanyakan nilai-
nilai
murni yang
terdapat semasa
sesi pengajaran
dan
pembelajaran.
i) Murid digalakkan supaya
mengumpul maklumat
tambahan daripada bahan-
bahan
yang lain bagi menambahkan
pengetahuan mereka.
ii) murid juga menyatakan nilai-
nilai murni yang telah dipelajari
pada hari tersebut.
Nilai-nilai murni :
-Menghargai
-Bersyukur
-Menghormati
-bekerjasama
Teks : Pencemaran Alam
Lembaran Kerja pemulihan:
Dewasa ini,isu pencemaran semakin menjadi-jadi.Banyak sebab yang
mendorong berlakunya pencemaran alam sekitar.Pembakaran bahan api enjin kenderaan
telah menghasilkan asap yang mengandungi gas seperti karbon monoksida dan plumbum
yang mencemarkan udara.Ekoran pertambahan kenderaan di jalan raya,asap yang
dibebaskan merupakan bahan pencemar alam sekitar yang paling ketara.
Pencemaran juga boleh berlaku akibat daripada pembuangan sisa toksik ke
dalam sungai atau tasik seperti pembuangan bahan sisa dari kilang kelapa sawit.Selain
toksik,penggunaan racun makhlul perosak,baja kimia, dan sebagainya dalam sektor
pertanaian turut mencemarkan alam sekitar.
Pencemaran hendaklah ditangani segera sebelum mengancam kehidupan
manusia.Pengusaha kilang hendaklah mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab
sosial.Janganlah bersikap melempar batu sembunyi tangan.Mereka seharusnya
meletakkan keuntungan sebagai sasaran kedua sebaliknya kesejahteraan alam sekitar
haruslah dijadikan sebagai fokus utama.
Selain itu ,masyarakat perlulah mempunyai kesedaran juga.Kesedaran dapat
dipupuk melalui pendidikan.Melalui pendidikan alam sekitar,sikap positif diri terhadap
alam sekitar dapat dibentuk.Masyarakat akan lebih sedar tentang pentingnya
mengekalkan kualiti alam sekitar.
Kerajaan pula hendaklah menggubal serta mengenakan tindakan yang lebih
tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan aktiviti yang mencemarkan alam
sekitar, terutamanya terhadap pekilang-pekilang.Tujuannya adalah untuk menginsafkan
mereka agar lebih menghargai alam sekitar.
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran perlulah
ditambahbaikkan dan diperbanyakkan.Tanpa teknologi moden , tidak mungkin kerja-kerja
pembersihan tumpahan minyak di laut dapaf dilakukan dengan cekap.Dengan teknologi
moden juga , sisa pepejal seperti surat khabar dan kaca dapat dikitar semula.
Oleh itu , bersama-samalah kita memelihara alam sekitar.Ingatlah bahawa
kemusnahan alam sekitar akan mengancam kehidupan generasi masa hadapan.
Beri maksud perkataan berikut:
a) Ketara : ---------------------------------
b) Makhlul perosak : ----------------------------
c) Sasaran : -------------------------------
d) Menginsafkan : -----------------------------
e) Generasi : ------------------------------
Soalan Pemahaman (lisan )
1.Kenapakah pembebasan asap kenderaan ke udara menjadi semakin ketara ?
2.Apakah akibat yang terpaksa ditanggung jika kita tidak menangani segera pencemaran ini ?
3.Mengapakah tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pihak-pihak yang menyebabkan
pencemaran alam ?
4.Apakah maksud rangkai kata semakin menjadi-jadi dalam petikan tersebut ?
AKTIVITI PENGAYAAN
Baca petikan di bawah .Tulis lima nilai yang dapat kamu perolehi daripada petikan.Gunakan
perkataan yang diberi sebagai rujukan.
1._____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
2._____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
3._____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
4._____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
5._____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
Keputusan kerajaan hendak memajukan kawasan air terjun di Kampung Setia amat
menggembirakan semua pihak.Khususnya penduduk kampung itu sendiri.Cadangan untuk
membina beberapa gerai menjual cenderamata, peralatan mandi-manda, dan gerai makanan timbul
ekoran kampung tersebut sering dikunjungi para pelancong termasuklah pelancong dari luar
negara.
Dengan wujudnya gerai itu nanti,sedikit sebanyak dapat menyalur masuk
mata wang asing ke negara kita.Selain itu , dengan adanya pelbagai jenis gerai tersebut, penduduk
kampung juga akan memperoleh pekerjaan sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup mereka.
Untuk menggalakkan kedatangan para pelancong ke kawasan air terjun , jalan
tanah akan diturapkan.Kemudahan surau , tandas , dan telefon awam akan duwujudkan
juga.Kemudahan tersebut akan disediakan demi kemudahan dan keselesaan para pengunjung.
Sebenarnya , usaha untuk memajukan air terjun Kampung Setia amat dialu-alukan
kerana usaha tersebut merupakan suatu penghargaan terhadap alam sekitar .Alam sekitar dihargai
dan dipelihara demi kesejahteraan kehidupan manusia.Selain itu , pembangunan yang dilaksanakan
di kawasan Air terjun Kampung Setia pasti akan membuka mata pelancong asing juga.Mereka pasti
kagum akan negara kita kerana destinasi pelancongan alam semulajadi di Malaysia memang tiada
tolok bandingnya.
Pendapatan ekonomi peluang pekerjaan kemudahan infrastruktur
alam sekitar dihargai negara akan terkenal
AKTIVITI PEMULIHAN
Lengkapkan petikan yang berikut berdasarkan jawapan yang sesuai
Salah satu punca berlakunya pencemaran alam sekitar disebabkan oleh aktiviti __________ untuk
tujuan pertanian.__________________ yang dilakukan itu telah menyebabkan ________________
dengan banyak sekali gus mencemarkan alam sekitar.keadaan tersebut akan_________________
seandainya aktiviti pembakaran tersebut dilakukan pada ________________________.Sebagai
akibatnya ________________ akan berlaku.Lantaran itu _______________________ .Manusia
akan ditimpa pelbagai penyakit seperti penyakit ________________________. ______________
segera hendaklah dilakukan agar penyakit tersebut tidak akan menjadi bertambah mudarat.
Pembakaran hutan
Menjadi lebih serius
jerebu
Musim kemarau
Kesihatan manusia akan terancam
Pembakaran terbuka
Asap dilepaskan ke
udara
Mata dan batuk
rawatan
Subtopik 2
Jelaskan perkaitan aktiviti yang dirancang dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang cepat dan lambat namun mereka
dapat menyiapkan latihan dengan bimbingan guru.
Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan
sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan.
Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yang
dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua murid
tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting
bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran
membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas
biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini.
Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai
dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan
seberapa segera yang boleh.

Kerja kursus bm sem.6

  • 1.
    PETA KONSEP SUKATANPELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH OBJEKTIF SISTEMBAHASA MATLAMAT ORGANISASI KANDUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN RUKUN NEGARA PENGISIAN KURIKULUM
  • 2.
    RUKUN NEGARA  Kepercayaankepada Tuhan  Kesetiaan kepada Raja dan Negara  Keluhuran Perlembagaan  Kedaulatan Undang-undang  Kesopanan dan Kesusilaan FALSAFAH DAN MATLAMAT KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
  • 3.
    • FALSAFAH KURIKULUM BAHASAMELAYU BERTERASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN • Mengaplikasikanbidang yang merangkumi JERI menerusi pengajarandan pembelajaranmenerusi KurikulumBahasaMelayu SekolahRendah. • Melahirkaninsanyang seimbangdan harmonisdari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. • Pendidikandi Malaysiaialahsuatu usaha berterusanke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu Melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. • Melengkapkan pelajardengan keterampilanbahasa dan berkomunikasi • Melahirkanpelajar berpotensi secara menyeluruhmenerusi penggunaanbahasa OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH
  • 4.
    • Membaca pelbagaibahan sastera dan bahan bukan sastera dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis • Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan. • Memperkembang imaginasi , kreativiti , pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membacadan menulis. • Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan , tatabahasa, kosa serta sebutan dan itonansi yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. • Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya bukan sastera. ORGANISASI KANDUNGAN KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
  • 5.
  • 6.
    • KEMAHIRAN BAHASA KEMAHIRAN BERTUTUR merujukkepada keupayaan murid berbicara untuk beriteraksidalam; menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea kritis dan kreatif KemahiranMenulis - Merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayatserta mengeluarkan idea melalui penulisan. - penggunaan ayatgramatis ,tanda baca dan ejaan yang betul,tulisan yang jelas,cantik dan kemas. -Penulisan berunsur pengetahuan dan imaginatif. KemahiranMembaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan; sebutan,itonansi, jeda dan kelancaran yang betul berupaya menghayatiteks yang dibaca KEMAHIRAN MENDENGAR merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan; - teliti,memahami dan menghayati secara lisan (menerusipengucapan dan maklum balas.
  • 7.
    HASIL PEMBELAJ ARAN Membantu guru memilih kandungan, kaedah , sumber dan prosedur pengajaran Ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa melayu sekolah rendah Petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasaioleh murid Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid Dapat dicapai dengan menggabungjalinkan kemahiran bahasa , sistem bahasa dan pengisisan kurikulum
  • 8.
     Kemahiran Berfikir Pembelajaran Kontekstual  Kajian Masa Depan  Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi  Kemahiran Belajar Cara Belajar  Kecerdasan Pelbagai  Pembelajaran Konsturktivisme PENGISI AN KURIKU LUM Kemahiran Bernilai Tambah Peribahasa Kesantunan Bahasa Laras Bahasa  Pengetahuan merangkumi pelbagai bidang ; - sains,geogr afi,sejarah dll.  Unsur patriotisme diserapkan dalam pnp dalam mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat kepada tanah air.  Melahirkan warganegara yang ada komitmen terhadap bangsa dan negara  Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu bagi melahirkan insan yang baik dan berakhlak mulia. Kosa Kata  umum  istlah
  • 9.
    HURAIAN RINGKAS PERKAITANANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN SUKATAN PELAJARAN KBSR BAHASA MELAYU (2003) Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) merupakan satu dokumen yang menjadi panduan guru bagi melaksanakan pengajarannya. Dalamnya terdapat beberapa aspek yang berkaitan dengan isi kandungan bahasa Melayu dan hala tuju yang hendak dicapai. Aspek itu merangkumi matlamat dan objektif pengajaran bahasa Melayu, pengisian kurikulum, kandungan bahasa, sistem bahasa dan Kemahiran Bernilai Tambah. Aspek-aspek ini menjadi panduan kepada guru dalam pengajarannya.
  • 10.
    Tujuannya agar pengajaranbahasa Melayu antara sekolah adalah seragam, terkawal dan bersistem. Menurut Kamus Dewan, maksud falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Falsafah juga didefinisikan sebagai kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki. Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras kepadasistem pendidikan kerana terkandung pendidikan yang digunakan, ciri yang hendak dicapai, kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan, cirri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang menerima pendidikan dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan. Menurut Abdul Fatah Hasan, falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal tentang pendidikan dan pengajaran yang patut dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik darjah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidik. Penggubalan semula Falsafah Pendidikan Negara yang dahulunya hanya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan, menyebabkan berlakunya keperluan untuk mengkaji semula keseluruhan system dalam pendidikan kebangsaan. Kesinambungan daripada perubahan ini, maka terhasilnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Kurikulum ini digubal bagi memastikan setiap murid diberi peluang untuk mendapatkan kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan kehidupan yang diperlukan. Falsafah KBSR ialah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan terhadap kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. KBSR turut memberi penekanan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari aspek JERIS serta pemupukan dan perkembangan bakat seseorang individu itu. Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai pula ialah: I. Murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. II. Murid dapat menguasai kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah rendah iaitu Bahasa Melayu.
  • 11.
    III. Melalui KBSR,pembinaan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai – nilai kemanusiaan dan kerohanian yang berlandaskan RUKUN NEGARA dapat dipupuk dikalangan murid. Yang keempat, murid dapat bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain serta mempunyai semangat kerjasama dan toleransi. Dan yang kelima, murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta matapelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah matapelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Reakreasi yang mengandungi matapelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai – nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik. Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. I. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. ( Abdullah Hasan,1996).
  • 12.
    II. Huraian SukatanPelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid (Roselan Baki,2003). III. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh- contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan. IV. Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan- cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitkan dengan Falsafah Pendidikan Negara, adalah terlebih elok bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia. Dengan ini barulah kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini mempunyai kaitan atau menjiwai ‘roh’ dan semangat Falsafah Pendidikan Negara. Jika ia mempunyai kaitan, kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang di ajar di sekolah rendah di Malaysia. Cuma beberapa pendekatan yang terbaik perlu diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk memantapkan pengakaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Menurut kandungan Sukatan Pelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat: a. Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari; b. Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila; Membaca c. untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan; d. Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan
  • 13.
    e. Menulis pelbagaijenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul; Dengan merujuk kepada definisi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), matlamat serta ciri- ciri KBSR itu sendiri, saya dapati KBSR akan mampu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa Pendidikan itu suatu proses yang berterusan. Sebagai saluran Pendidikan pada peringkat awal, KBSR sememangnya menggalas tugas yang amat berat. Ini kerana pada peringkat permulaanlah segalanya bermula. KBSR akan memastikan Pendidikan yang diberikan kepada pelajar memuaskan dan menepati ciri-ciri yang diinginkan. Pendidikan awal adalah penting kerana ia membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke akhir hayat nanti. Oleh itu, KBSR menekankan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan kemahiran-kemahiran asas yang teguh dan mampat, segala proses Pendidikan yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi mudah (Abdullah Hasan, 1996). KBSR menitikberatkan soal nilai-nilai murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Dengan ini, Falsafah Pendidikan Negara yang menginginkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani akan tercapai. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, KBSR bukan sahaja menekankan soal penyampaian ilmu pengetahuan bahkan setiap guru dikehendaki menyelitkan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, dalam seminggu hari persekolahan akan terdapat 2 masa untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ini melambangkan KBSR amat menitikberatkan soal kesihatan para pelajar supaya pelajar tidak hanya memerah otak dalam sesi pembelajaran matapelajaran lain tetapi mereka juga boleh berekreasi dan menenangkan fikiran dengan bersenam dan bersukan. Seterusnya, unsur Falsafah Pendidikan Negara ingin melahirkan rakyat yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Sehubungan dengan itu, KBSR menekankan kemahiran berfikir dalam sistem penddidikan pada peringkat awal. Melalui ciri ini pelajar bebas meluahkan pendapat dan mencipta sesuatu yang baru. Secara tidak langsung hasil kretiviti pelajar akan terus digilap dan dihargai. Oleh itu, maka lahirlah generasi yang mampu memberi sumbangan dalam pelbagai bidang. KESIMPULAN Dalam era globalisasi yang kian mencabar dan melalui arus-arus modenisasi, konsep pembangunan modal insan amat ditekankan sebagai satu usaha menjadikan negara kita, Malaysia maju, yakni setaraf dengan negara-negara luar. Ini termasuklah demi pembangunan sejagat dalam bidang sains dan teknologi berdasarkan acuan sendiri serta selari dengan hasrat Wawasan 2020 yang pernah diwar-warkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad satu masa dahulu. Kita amat bertuah kerana tidak lama dahulu iaitu pada tahun 1988, tergubalnya sebuah garis panduan yang diberi nama Falsafah Pendidikan
  • 14.
    Kebangsaan. Ini keranaoleh sebab falsafah inilah yang membentuk sistem pendidikan Negara seterusnya melahirkan anak-anak Malaysia yang berjaya. Sesebuah falsafah yang digubal dalam sistem pendidikan sesebuah negara memainkan peranan yang amat penting. Falsafah pendidikan menjadi satu pedoman, arah tuju dan pandangan terhadap perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Di dalamnya terkandung pelbagai hasrat untuk dilaksanakan yang menjadikan sistem pendidikan sebagai modus operandinya. Maka dengan itu, sistem pendidikan adalah dibina berdasarkan falsafah pendidikan. Oleh yang demikian, dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan terkandungnya garis panduan yang menjelaskan arah tujuan sistem pendidikan negara kita. Ia menjadi panduan setiap aktiviti pendidikan. Ia tidak lepas dari menjadi cerminan pemikiran dan hasrat negara kita dalam melahirkan ciri-ciri individu yang dikehendaki oleh negara. Sistem pendidikan negara kita mengalami anjakan paradigma dengan wujudnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perubahan demi perubahan berlaku dari tahun ke tahun sebagai tujuan untuk menghasilkan peningkatan kuantiti produk-produk generasi baru yang berkualiti. Ini juga adalah kerana kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri yang bersifat menyeluruh, sejagat dan bermotivasi. Pada pendapat saya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan bersifat menyeluruh kerana melibatkan keempat-empat unsur dalam kehidupan kita. Unsur-unsur tersebut ialah rohani, jasmani, intelek dan sosial. Unsur-unsur inilah yang memantapkan kehidupan harmonis, seimbang dan cemerlang. Individu yang seimbang inilah dijamin dapat memaju ke arah kemajuan negara yang tiada taranya.
  • 15.
    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MataPelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 6 Intelek Tema : Alam Sekitar Tajuk : Pencemaran Udara Tarikh : 20.8.2014 Masa : 60 minit Bilangan murid : 30 orang Objektif pengajaran dan pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: i.Menyatakan tentang pengalaman mereka melihat berlakunya pencemaran udara ini secara lisan. ii.Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai pencemaran udara yang berlaku . iii. Menulis karangan pendek mengenai gejala pencemaran dengan menggunakan ayat majmuk yang betul. Hasil Pembelajaran: Fokus Utama : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan Menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai. Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar menggunakan bahasa yang sesuai. Fokus Sampingan : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.
  • 16.
    Aras 2 (i) membacapelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca. 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar. Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonasi. Ilmu : Bahasa Melayu, Alam sekitar Nilai : Kebersihan, menghayati, menghormati dan menghargai. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, membuat inferens, dan kemahiran mengkategori. Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan. Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi. Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai gejala pencemaran alam sekitar dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah. BBM : Power point, Lembaran kerja,buku latihan, kad manila dan alat tulis. Langkah/mas a ISI PELAJARAN Aktiviti CATATAN SET INDUKSI (5 MINIT) Murid ditayangkan power point yang berkaitan dengan jenis-jenis pencemaran. i) Murid diminta untuk melihat paparan power point dan menghayatinya. ii) Murid diminta untuk membezakan jenis-jenis KB : menghubungkait, Inferens BCB: menonton dengan Aktif BBM : power point
  • 17.
    Guru bersoal jawab denganmurid berkaitan dengan Pencemaran Udara pencemaran dan menyatakan pengalaman mereka sendiri. iii) Guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu. LANGKAH 1 (20 MINIT) Perbincangan kumpulan. Mencari isi penting tentang pencemaran udara. (i)Murid dikehendaki membaca petikan secara senyap. (ii)Murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonasi serta gaya yang betul. (ii)Murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut. (iii)Guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan. (iv)Murid dikehendaki memberi lima makna perkataan berdasarkan petikan yang dibaca. (v)Murid dikehendaki menjawab lima soalan pemahaman dengan ayat yang lengkap berdasarkan petikan yang diberi. KB : menghubungkaitkan, menjana idea BCB : memproses maklumat dan melaporkan maklumat. KP : verbal linguistik, Kemahiran intrapersonal dan interpersonal Nilai : kerjasama, hormat menghormati LANGKAH 2 (15 MINIT) Murid membentangkan hasil perbincangan. (i)Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. (ii)Murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan. BCB : melaporkan maklumat. KP : verbal linguistik, interpersonal
  • 18.
    (iii)Murid dikehendaki membentangkan perbezaan antarapencemaran sungai dan pencemaran udara yang terdapat di Malaysia dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka. (iv)Guru meminta kumpulan membentangkan hasil perbincangan. (v)Guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan isi pembentangan dan meminta percambahan pendapat mereka. (vi)Guru berbincang dan membuat kesimpulan hasil pembentangan murid.. LANGKAH 3 (15 MINIT) Guru memberi latihan kepada murid-murid. Aktiviti Pengayaan: Menulis nilai murni berdasarkan tajuk yang diberi. Aktiviti Pemulihan: Menyudahkan petikan yang diberikan dengan mengisi tempat kosong. i) Guru memberi latihan kepada murid iaitu menulis nilai-nilai murni mengenai pencemaran udara dari rangka karangan yang telah disediakan. ii) Guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan latihan yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong. KB : menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens. BCB : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat. KP : intrapersonal;interpersonal, visual, verbal-linguistik. Nilai : bekerjasama, menghargai, BBM : petikan pencemaran udara, kertas latihan.
  • 19.
    PENUTUP (5 MINIT) Guru membuat rumusan mengenai pengajaranyang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid tentang apa yang mereka telah pelajari. Guru juga menanyakan nilai- nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. i) Murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan- bahan yang lain bagi menambahkan pengetahuan mereka. ii) murid juga menyatakan nilai- nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut. Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Menghormati -bekerjasama
  • 20.
    Teks : PencemaranAlam Lembaran Kerja pemulihan: Dewasa ini,isu pencemaran semakin menjadi-jadi.Banyak sebab yang mendorong berlakunya pencemaran alam sekitar.Pembakaran bahan api enjin kenderaan telah menghasilkan asap yang mengandungi gas seperti karbon monoksida dan plumbum yang mencemarkan udara.Ekoran pertambahan kenderaan di jalan raya,asap yang dibebaskan merupakan bahan pencemar alam sekitar yang paling ketara. Pencemaran juga boleh berlaku akibat daripada pembuangan sisa toksik ke dalam sungai atau tasik seperti pembuangan bahan sisa dari kilang kelapa sawit.Selain toksik,penggunaan racun makhlul perosak,baja kimia, dan sebagainya dalam sektor pertanaian turut mencemarkan alam sekitar. Pencemaran hendaklah ditangani segera sebelum mengancam kehidupan manusia.Pengusaha kilang hendaklah mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab sosial.Janganlah bersikap melempar batu sembunyi tangan.Mereka seharusnya meletakkan keuntungan sebagai sasaran kedua sebaliknya kesejahteraan alam sekitar haruslah dijadikan sebagai fokus utama. Selain itu ,masyarakat perlulah mempunyai kesedaran juga.Kesedaran dapat dipupuk melalui pendidikan.Melalui pendidikan alam sekitar,sikap positif diri terhadap alam sekitar dapat dibentuk.Masyarakat akan lebih sedar tentang pentingnya mengekalkan kualiti alam sekitar. Kerajaan pula hendaklah menggubal serta mengenakan tindakan yang lebih tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan aktiviti yang mencemarkan alam sekitar, terutamanya terhadap pekilang-pekilang.Tujuannya adalah untuk menginsafkan mereka agar lebih menghargai alam sekitar. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran perlulah ditambahbaikkan dan diperbanyakkan.Tanpa teknologi moden , tidak mungkin kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di laut dapaf dilakukan dengan cekap.Dengan teknologi moden juga , sisa pepejal seperti surat khabar dan kaca dapat dikitar semula. Oleh itu , bersama-samalah kita memelihara alam sekitar.Ingatlah bahawa kemusnahan alam sekitar akan mengancam kehidupan generasi masa hadapan.
  • 21.
    Beri maksud perkataanberikut: a) Ketara : --------------------------------- b) Makhlul perosak : ---------------------------- c) Sasaran : ------------------------------- d) Menginsafkan : ----------------------------- e) Generasi : ------------------------------ Soalan Pemahaman (lisan ) 1.Kenapakah pembebasan asap kenderaan ke udara menjadi semakin ketara ? 2.Apakah akibat yang terpaksa ditanggung jika kita tidak menangani segera pencemaran ini ? 3.Mengapakah tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pihak-pihak yang menyebabkan pencemaran alam ? 4.Apakah maksud rangkai kata semakin menjadi-jadi dalam petikan tersebut ?
  • 22.
    AKTIVITI PENGAYAAN Baca petikandi bawah .Tulis lima nilai yang dapat kamu perolehi daripada petikan.Gunakan perkataan yang diberi sebagai rujukan. 1._____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ 2._____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ 3._____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ 4._____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ 5._____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ Keputusan kerajaan hendak memajukan kawasan air terjun di Kampung Setia amat menggembirakan semua pihak.Khususnya penduduk kampung itu sendiri.Cadangan untuk membina beberapa gerai menjual cenderamata, peralatan mandi-manda, dan gerai makanan timbul ekoran kampung tersebut sering dikunjungi para pelancong termasuklah pelancong dari luar negara. Dengan wujudnya gerai itu nanti,sedikit sebanyak dapat menyalur masuk mata wang asing ke negara kita.Selain itu , dengan adanya pelbagai jenis gerai tersebut, penduduk kampung juga akan memperoleh pekerjaan sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Untuk menggalakkan kedatangan para pelancong ke kawasan air terjun , jalan tanah akan diturapkan.Kemudahan surau , tandas , dan telefon awam akan duwujudkan juga.Kemudahan tersebut akan disediakan demi kemudahan dan keselesaan para pengunjung. Sebenarnya , usaha untuk memajukan air terjun Kampung Setia amat dialu-alukan kerana usaha tersebut merupakan suatu penghargaan terhadap alam sekitar .Alam sekitar dihargai dan dipelihara demi kesejahteraan kehidupan manusia.Selain itu , pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Air terjun Kampung Setia pasti akan membuka mata pelancong asing juga.Mereka pasti kagum akan negara kita kerana destinasi pelancongan alam semulajadi di Malaysia memang tiada tolok bandingnya. Pendapatan ekonomi peluang pekerjaan kemudahan infrastruktur alam sekitar dihargai negara akan terkenal
  • 23.
    AKTIVITI PEMULIHAN Lengkapkan petikanyang berikut berdasarkan jawapan yang sesuai Salah satu punca berlakunya pencemaran alam sekitar disebabkan oleh aktiviti __________ untuk tujuan pertanian.__________________ yang dilakukan itu telah menyebabkan ________________ dengan banyak sekali gus mencemarkan alam sekitar.keadaan tersebut akan_________________ seandainya aktiviti pembakaran tersebut dilakukan pada ________________________.Sebagai akibatnya ________________ akan berlaku.Lantaran itu _______________________ .Manusia akan ditimpa pelbagai penyakit seperti penyakit ________________________. ______________ segera hendaklah dilakukan agar penyakit tersebut tidak akan menjadi bertambah mudarat. Pembakaran hutan Menjadi lebih serius jerebu Musim kemarau Kesihatan manusia akan terancam Pembakaran terbuka Asap dilepaskan ke udara Mata dan batuk rawatan
  • 24.
    Subtopik 2 Jelaskan perkaitanaktiviti yang dirancang dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang cepat dan lambat namun mereka dapat menyiapkan latihan dengan bimbingan guru. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua murid tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.