SlideShare a Scribd company logo
Pendahuluan

Bila kita sebut pendidikan maka tidak hairanlah kita akan menyebut Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dimana hala tuju pendidikan adalah disasarkan kepada
kehendak dan inspirasi falsafah tersebut. Bagi mencapai impian tersebut maka
beberapa mata pelajaran telah ditetapkan bagi memenuhi semua kehendak-
kehendak itu. Maka bagi mencapainya bahasa merupakan alat yang penting dan
cukup berguna dalam pendidikan. Maka bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara akan digunakan untuk menyampaikan segala ilmu disamping bantuan
dari bahasa kedua seperti bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa. Untuk
mendapatkan teknologi dan peradaban dari bangsa lain kita perlu belajar bahasa
bangsa tersebut , ini amat jelas akan kepentingannya

Mengapa bahasa Melayu penting untuk dipelajari di sekolah ? Bahasa rasmi
negara perlu dipelajari kerana pelbagai tujuan terutama untuk meningkatkan
semangat nasionalisme , perpaduan dan sebagai bahasa ilmu untuk mempelajari
peradaban bangsa sendiri. Bila wujudnya mata pelajaran maka akan diciptakan
Sukatan Pelajaran yang mesti diikut untuk mencapai kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Sebenarnya apakah “impian” dalam bidang pendidikan bahasa? Mungkinkah hal
itu hanya suatu lelucon atau ilusi semata-mata? Jika memang ada, apakah
impian itu? Anjakan paradigma yang paling dasar untuk memahami idealisme
atau impian dalam pendidikan bahasa semestinya berkaitan dengan aspek
falsafah pendidikan bahasa itu sendiri, terutama yang berkaitan dengan isu
epistemologi (teori ilmu) tentang konsep bahasa dan matlamat pendidikan
bahasa.

      Dua sisi utama pendidikan bahasa akan dibincangkan. Yang pertama
ialah pendidikan bahasa sebagai upaya pengembangan potensi akliah manusia.
Yang kedua ialah pendidikan bahasa sebagai wasilah penyempurnaan adab dan
sahsiah manusia serta agen pemasyarakatan (sosialisasi) yang berkaitan rapat



                                       1
pula dengan fungsi bahasa dalam dinamika, kelestarian dan kelenturan budaya
masyarakat pengguna bahasa berkenaan. Kelestarian budaya berkaitan dengan
ketahanan unsur-unsur teras budaya masyarakat, sementara dinamika budaya
memerikan perkembangan positif budaya yang dengan keperluan sezaman.
Kelenturan budaya pula bermaksud keupayaan budaya sesuatu masyarakat
menyerapkan unsur-unsur luar yang membantu dinamika budaya masyarakat
dan di sisi itu tidak pula menyirnakan kelestarian budaya teras masyarakat.

Pendidikan bahasa yang berkesan dan unggul hendaklah dipertalikan dengan
tiga perspektif budaya itu, agar bidang itu tidak menjadi bidang eksklusif dalam
disiplin ilmiah atau sekadar memenuhi kerangka kurikulum pendidikan, tetapi
berada dalam kotak yang tersendiri serta tidak merentas kotak-kotak kehidupan
yang lain. Pendidikan bahasa semestinya diorientasikan menjadi bidang yang
inklusif, dengan erti kata merentas seluruh aspek kehidupan manusiawi. Inilah
inti sari dan gagasan yang ingin saya kemukakan dalam Sejarah Pembentukan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Sejarah Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Dari sudut sejarah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan lahir daripada proses yang
agak panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia
semenjak merdeka lagi. Semua mengetahui bahawa Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang dirumuskan pada tahun 1988 dan disebut dalam Akta
Pendidikan 1996 berbunyi:


Pendidikan     di     Malaysia    adalah    satu    usaha      berterusan   ke    arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan,        berketrampilan,   berakhlak    mulia   ,   bertanggungjawab   dan



                                           2
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses
pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan
dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam
dan pembangunan negara Malaysia. Perbandingan falsafah ini dengan resolusi
atau konsensus sedunia Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Muslim
Pertama yang diadakan di Jeddah, dari 31 Mac hingga 8 April 1977 tidak jauh
berbeza. Saya berikan di sini petikan ulasan Mohd Kamal Hassan (1988) dalam
bukunya Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu.


Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan
budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara
ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat
dengan beransur-ansur. Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, Laporan
Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961 yang memungkinkan lahirnya
Dasar Pelajaran Kebangsaan ini boleh dirumuskan sebagai milestone kepada
zaman pengukuhan dan kemaskini dalam sistem pendidikan negara kita.


Dasar Pelajaran Kebangsaan ini mula diolah kembali bagi menyesuaikan negara
kita dengan perkembangan zaman. Laporan Kabinet 1979 adalah permulaan
kepada pembentukan falsafah pendidikan Kebangsaan yang lebih jelas.
Sebahagian ciri-ciri Laporan Kabinet 1979 lebih banyak menumpukan kepada
penegasan kepada pendidikan asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira),
pendidikan kerohanian dan kurikulum ala Malaysia.


Zaman pensejagatan atau globalisasi merupakan satu cabaran baru bagi sistem
pendidikan kita. Lahirnya Akta Pendidikan 1996 adalah satu sahutan kepada
cabaran berkenaan. Buat pertama kalinya, kita melihat berbagai pengukuhan



                                      3
dan penegasan dilakukan oleh pihak kerajaan termasuklah teras kepada sistem
pendidikan iaitu falsafah pendidikan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau
Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dijadikan objektif sistem pendidikan
masa kini sebagaimana maksud beberapa akta pendidikan yang lain. Buat
pertama kalinya, kita melihat bukan isu perpaduan sahaja sebagai isu utama
yang perlu diselesaikan akan tetapi isu yang lebih global seperti keperluan guna
tenaga dan keterampilan ilmu yang sesuai dalam zaman. Apatah lagi, zaman ini
dikenali sebagai permulaan gelombang maklumat dan pengetahuan.


Sistem pendidikan kebangsaan mengandungi beberapa unsur penting yang
antara lain, terdiri daripada:
• peringkat pendidikan dari yang paling bawah ke tahap yang paling tinggi;
• jumlah tempoh pengajian bagi setiap peringkat;
• kurikulum bagi setiap peringkat dan jurusan;
• sistem penilaian dan jenis sijil atau kelulusan yang dikeluarkan;
• sistem pentadbiran, kewangan, pemantauan dan pengawalan; dan
• latihan dan skim perguruan

Sekiranya dilihat dari segi sistem yang telah disedia dan dilaksanakan selama
ini, terdapat usaha yang gigih untuk memperbaikinya dari semasa ke masa.
Sekiranya ditinjau secara halus dari segi hasil dasar dan sistem pendidikan
kebangsaan, seharusnya ia mampu mengeluarkan pelajar yang berilmu,
bermoral (akhlaq), beradab dan bersopan, seorang individu yang boleh menjadi
warga negara yang cukup baik.




                                         4
Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Matlamat Dan
Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Secara umumnya, Falsafah Pedidikan Kebangsaan sememangnya mempunyai
perkaitan dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dari segi
matlamat dan objektifnya. Hal ini terjadi kerana penetapan matlamat dan objektif
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu adalah didasarkan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang hendak dicapai.

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta
Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah
rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat
membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan
pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta
akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan.
Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas
semangat kewarganegaraan . Hal ini amat selari dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga
masyarakat dan negara.


Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu
menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi
dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid
mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di
samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan


                                       5
kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran
Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid
menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan
sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan
sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga
memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan
kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu
yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan bagi
memantapkan kemahiran berbahasa murid.


Mari kita lihat matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
yang berbunyi Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah
untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi
untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan
urusan harian.
Matlamat ini jelas kepada kita mempunyai hubungkait dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang disebutka tadi


Jika diperhatikan pula objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah maka kita akan dapat menyatakan bahawa hubungkait antara kedua-
duanya amat jelas dimana semua objektifnya mengarahkan kepada melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Sebagai contoh marilah kita lihat antara objektif Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu iaitu :
    memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya
       pembelajaran berterusan;
    memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan
       penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;
    mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan
       berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses



                                        6
penulisan yang sesuai dan betul;
    menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa,
       dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca,
       dan menulis;
    menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera
       dan karya berunsur ilmu; dan
    menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat
       patriotisme , dan perasaan cinta akan negara.

       Matlamat     yang   pertama    itu       dapatlah    dikaitkan    dengan    proses
“melengkapkan”      (equipping)   pelajar       dengan     unsur-unsur    asas    bahasa,
sementara matlamat kedua berkaitan dengan proses “membolehkan” (enabling)
pelajar menerapkan kemahiran bahasanya dalam konteks komunikasi yang
sebenarnya, yang meliputi kepelbagaian konteks sosial, bidang dan keperluan.
Bahagian yang berikutnya akan menghuraikan kedua-dua matlamat itu.

Huraian Rasional, Objektif, Aktiviti Dan Tujuan Kemahiran Lisan

Peranan pendidikan bahasa sebagai wasilah pengembangan potensi akliah
manusia, khususnya anak didik, berasas pada hakikat bahawa bahasa
merupakan salah satu ciri dualistik yang bersepadu pada diri batin atau diri
kerohanian manusia. Ciri itu ialah akal dan bahasa. Kedua-duanya itu
merupakan milik diri batin atau diri kerohanian manusia yang realisasinya muncul
pada diri yang zahir. Contohnya kemampuan akal dizahirkan pada tindakan
manusia melakukan uji kaji, menyelidik, membina, mereka cipta, melakukan
inovasi, penerokaan dan sebagainya. Kemampuan atau potensi bahasa pula
terzahir dalam bentuk pernyataan fikiran, perasaan, taakulan, tafsiran, penilaian,
hujah, rasional, rumusan dan sebagainya yang sama ada disalurkan melalui
lisan (dengan menggunakan organ-organ artikulasi) atau lambang-lambang
grafem, iaitu tulisan.




                                            7
Hakikat bahasa sebagai salah satu ciri utama makhluk yang diberi nama
“manusia” telah dibincangkan sejak awal pertumbuhan dan perkembangan
tamadun manusia, terutama dalam bidang falsafah di Yunani pada abad kelima
sebelum Masihi, khususnya dengan cetusan pemikiran Plato dan Aristotle.
Hingga kini perbincangan tentang hal itu masih subur dan menarik minat
sejumlah ahli bahasa, ahli falsafah, ahli psikologi dan ahli dalam disiplin ilmu
yang lain. Baik dalam tradisi ilmu Barat mahupun Islam, hal itu mendapat
garapan yang mendalam.

      Dalam konteks pendidikan bahasa, kita tidak dapat mengabaikannya oleh
sebab kaitannya yang amat rapat dengan salah satu matlamat pendidikan
bahasa, iaitu “pengembangan potensi akliah manusia”. Dengan perkataan lain,
pendidikan bahasa bukanlah proses yang mekanis semata-mata sifatnya, iaitu
yang sekadar memberikan kemahiran bahasa tanpa hubungannya dengan
pengembangan akliah anak didik yang seterusnya menjadi anggota masyarakat.

      Istilah “akliah” yang berasal daripada bahasa Arab berkaitan rapat dengan
istilah “budi” dalam bahasa Melayu yang salah satu maknanya ialah ‘akal’, selain
makna ’kesopanan’ dan ‘pekerti’. Bahkan makna “kesopanan” dan “pekerti” itu
pun berasas pada makna akal, kerana tanpa akal tidak mungkin wujud
kesopanan dan pekerti. Oleh itu, pendidikan bahasa yang ideal ialah yang tidak
mengabaikan aspek pembinaan dan pengembangan akal atau budi, pekerti,
kesopanan dan sahsiah.

      Pada semua peringkat dan sektor proses sosialisasi, baik keluarga, rakan
sebaya, institusi pendidikan, media dan masyarakat itu sendiri, bahasa menjadi
wasilah penyerapan norma, sistem nilai, falsafah, pandangan sarwa (worldview)
dan segala aspek kebudayaan masyarakat (aspek kebudayaan yang tampak,
seperti seni bina, busana, peralatan dan juga aspek kebudayaan yang tak
tampak, seperti falsafah, pemikiran, pandangan sarwa, sistem nilai dan
sebagainya). Bahasa menjadi wasilah bagi berlangsungnya proses penyerapan




                                       8
dan pengamalan semua aspek kehidupan itu, dan pendidikan bahasa secara
langsung menjadi bidang yang membidaninya.

      Huraian linguistik yang berasaskan perspektif budaya, seperti Hipotesis
Sapir-Whorf dan yang berasaskan perspektif mentalistik seperti Plato, von
Humboldt dan Chomsky banyak memberikan rasional peri pentingnya bahasa
dilihat sebagai unsur yang mesti dipertalikan dengan akal dan budaya. Daripada
perspektif Islam pula, hakikat bahasa sebagai juzuk penting diri batin manusia
(yang menjadi paksi penguasa diri yang zahir, iaitu jasad) dihuraikan oleh ahli-
ahli falsafahnya dengan berasaskan kata nutq yang menerbitkan ungkapan
haiwan natiq atau haiwan yang berakal (rational animal).

      Haiwan natiq atau rational animal merujuk kepada hakikat diri manusia
yang ditandai oleh dua ciri utama, iaitu akal dan bahasa. Kata nutq yang menjadi
akar kata natiq merujuk kepada akal dan bahasa sebagai suatu paduan,
sehingga haiwan natiq bererti haiwan yang berakal dan berbahasa (al-Attas,
1995). Paduan antara akal dengan bahasa inilah yang menjadi asas matlamat
pertama pendidikan bahasa, iaitu untuk mengembangkan potensi akliah anak
didik sebagai persiapan mereka menjalani kehidupan yang merentas pelbagai
konteks dan bidang.

      Sebagaimana yang telah disebut pada bahagian awal tentang matlamat
pengembangan potensi akliah ini, pendidikan bahasa memungkinkan anak didik
memahami,      menakrifkan,      menafsirkan,     menganalisis,    mensintesis,
membedakan, membandingkan, merumuskan, menilai sesuatu (idea, objek,
fenomena, konsep, fakta dll), dengan menggunakan akal dan menzahirkan
semua kemampuan akliah itu melalui bahasa (baik lisan mahupun tulisan).

Huraian Rasional, Objektif, Aktiviti Dan Tujuan Kemahiran Membaca

Pendidikan bahasa bukan bidang eksklusif yang bersifat ilmiah semata-mata,
tetapi merupakan bidang yang pragmatis juga sifatnya. Maksudnya, pendidikan
bahasa bukan sekadar pemberian maklumat atau fakta bahasa (baik fonologl,


                                       9
tatabahasa, semantik, kosa kata dsb.), dan bukan juga pembinaan kemahiran
berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis) secara lisan namun
penguasaan kemahiran membaca amat penting dalam bahasa kerana tulisan
yang dapat menyampaiakan sesuatu ilmu itu perlu dibaca untuk dikaji dan
difahami oleh penuntutnya. Sejajar dengan matlamat pertama tadi yang
menekankan kemahiran lisan, maka matlamat kedua ini berkaitan dengan
penguasaan sistem bahasa dan kemahiran bahasa dalam kehidupan dari segi
kemahiran membaca. Dengan kemampuan menguasai kemahiran membaca
maka penerapan pengetahuan sistem bahasa dan penguasaan kemahiran
berbahasa dalam kehidupan yang menyeluruh itu lebih mudah dicapai,
diharapkan anak didik kemudian menjadi anggota masyarakat yang peka,
akomodatif dan membantu keutuhan dan pelestarian segala unsur budaya yang
menjadi asas jati diri atau identifikasi masyarakatnya itu.

Kehidupan yang menyeluruh meliputi kehidupan dalam pelbagai unit sosial,
bermula dengan keluarga, persahabatan, institusi kerjaya, media, pertubuhan,
negara dan di peringkat supranasional meliputi hubungan serantau dan
antarabangsa. Daripada segi bidang pula, kehidupan yang menyeluruh
mencakup segala aspek yang menjadi tunjang kebudayaan dan tamadun, seperti
ekonomi, politik, pendidikan, sains, perubatan, undang-undang, pentadbiran dan
diplomasi.

       Dalam semua perancangan, keputusan, kegiatan, interaksi dan penilaian
yang berkaitan dengan semua unit sosial dan ranah kehidupan itu, diperlukan
“kemahiran insaniah” (softskill), dengan kemahiran bahasa dan komunikasi
merupakan salah satu kemahiran insaniah yang teras. Tidak ada satu pun yang
tidak memerlukan kemahiran bahasa dan komunikasi. Keharmonian keluarga
dan persahabatan, kecekapan dalam pentadiran, keberkesanan media dan
kelancaran diplomasi antara negara, sebagai contoh, memerlukan kemahiran
bahasa dan komunikasi. Bayangkanlah bagaimana simpang-siurnya dan
simpang-perinangnya kehidupan manusia tanpa kemahiran bahasa dan
komunikasi untuk menangani segala-galanya itu. Dalam konteks inilah


                                         10
pendidikan bahasa membolehkan atau memungkinkan (enabling) anak didik
menjadi anggota masyarakat yang dapat berperanan memenuhi segala
      keperluan itu.

      Dengan memahami demikian luasnya senario fungsi bahasa dilahirkan
menerusi kemahiran membaca , maka pendidikan bahasa seharusnya
diusahakan agar dapat menjangkau saujana keluasan makna dan hakikat
kehidupan    itu.   Inilah   matlamat     kedua       pendidikan    bahasa,    iaitu   untuk
memungkinkan atau membolehkan anak didik menerapkan pengetahuan bahasa
dan   kemahiran     berbahasanya        dalam        kehidupan.    Mana-mana     kurikulum
pendidikan bahasa, latihan perguruan dan keguruan, penyediaan bahan dan
penilaian   yang    tidak    bertitik   tolak    daripada    matlamat   ini,   atau    yang
mengehadkannya kepada aspek penguasaan sistem bahasa dan kemahiran
bahasa sahaja tidak mungkin mencapai impian atau idealisme pendidikan
bahasa yang sewajarnya, sebagaimana juga sebaliknya jika pendidikan bahasa
hanya menitikberatkan aspek pragmatiknya tetapi tidak memberikan perhatian
kepada aspek pembinaan akliah. Pokoknya, kesepaduan dan keseimbangan dua
matlamat yang menjadi intisari perbincangan dalam kertas kerja ini menjadi
prasyarat pendidikan bahasa yang berkesan dan berwawasan.

Huraian Rasional, Objektif, Aktiviti Dan Tujuan Kemahiran Tulisan

Masyarakat yang progresif dan terdedah pula kepada interaksi dengan
masyarakat dan budaya lain tidak dapat lari dari kemampuan menguasai
kemahiran menulis . Penguasaan kemahiran menulis amat penting dalam usaha
untuk menyampaikan idea dan pandangan kepada pihak lain dalam suasana
yang lebih selamat berbanding dengan lisan yang mungkin akan menyebabkan
pergaduhan.Tanpa kemahiran menulis seseorang pasti menemukan jalan yang
sukar untuk menyampaikan idea dan ilmu.Sekiranya seseorang ilmuan itu
meninggal tanpa tulisan ilmiah mereka mana mungkin generasi yang akan
datang dapat menguasai ilmu yang ada kepada ilmuan yang meninggal dunia itu
dan kita akan kehilangan insan itu dan juga ilmunya. Oleh itu kita amat



                                                11
memerlukan kemahiran menulis dikuasai dalam kalangan generasi yang bakal
mewarisi pemerintahan negara pada masa depan.Kita memerlukan anjakan
dalam beberapa aspek budayanya. Lebih awal dalam kertas kerja ini telah
dibincangkan tiga situasi budaya yang perlu dipertimbangkan dalam membina
keutuhan dan ketahanan sesuatu masyarakat. Yang pertama ialah kelestarian
budaya dalam aspek-aspek teras atau fundamentalnya. Yang kedua ialah
dinamik budaya dalam konteks kreativiti, inovasi dan penambahbaikan aspek-
aspek tertentu dalam budaya masyarakat, sejajar dengan perkembangan dan
keperluan masyarakat itu sendiri. Yang ketiga ialah kelenturan atau fleksibiliti
budaya, dengan erti kata kesediaan masyarakat menyerapkan

       Tidak ada pemisahan atau dikotomi antara kehidupan duniawi dengan
kehidupan ukhrawi, antara sains atau ilmu dengan wahyu, antara pembangunan
dengan nilai kemanusiaan, antara kuasa dengan amanah, antara kekayaan
dengan pengagihan nikmat kepada sesama manusia dan sebagainya.
Demikianlah, ungkapan “Biar mati anak jangan mati adat” sebenarnya merujuk
kepada adat yang bererti hukum, bukan adat yang difahami oleh umum sebagai
kebiasaan semata-mata. Dalam perbilangan Melayu disebut bahawa “Adat
bersendi hukum; hukum bersendi kitabullah”.

      Apakah peranan dan sumbangan pendidikan bahasa dalam pelestarian
aspek budaya yang teras? Antara yang jelas, proses “penyerapan nilai” dan
“penyerapan ilmu” melalui pendidikan bahasa dapat memenuhinya (Awang
Sariyan, 2004). Dalam nilai, aspek ketuhanan, hukum, akhlak, sahsiah,
hubungan baik, kejujuran, keikhlasan dan segala yang dapat meletakkan
manusia dalam keadaan “saadah” atau kebahagiaan sejati dapat diserapkan
dalam pendidikan bahasa, terutama melalui bahan ajar dan proses pengajaran
dan pemelajaran (P & P) yang dipertalikan dengan bahasa, seperti kosa kata
dan bentuk-bentuk wacana yang sarat nilai (value-laden). Demikian juga,
peranan pendidikan bahasa dalam pelestarian aspek budaya yang teras dapat
dilaksanakan melalui penyerapan ilmu, khususnya ilmu yang berkaitan dengan
agama (ketuhanan, ibadah, akhlak, sirah atau kisah nabi, hubungan ekonomi


                                      12
dan sosial atau muamalah, sistem kekeluargaan atau munakahat, aturan
keadilan dan kehakiman atau jinayat dsb.).

Barangkali salah satu contoh yang jelas bagaimana aspek budaya Melayu yang
teras perlu dilestarikan ialah sistem panggilan atau sapaan. Budaya Melayu,
selaras dengan konsep adab yang telah diserapkan melalui proses pengislaman,
amat mementingkan penghormatan dalam interaksi sosial di peringkat mana
pun. Meskipun tampak sedikit kompleks, namun sistem panggilan dalam bahasa
Melayu benar-benar mencerminkan jati diri masyarakat yang meletakkan adab
sebagai keutamaan. Kata hikmat dalam bahasa Melayu berbunyi “Yang tua
dihormati, yang muda disayangi”.

        Isu yang tidak kurang pentingnya diberi perhatian dan pertimbangan
dalam     perancangan,   pelaksanaan    dan   penilaian   pendidikan   bahasa
(sebagimana juga dalam bidang pendidikan yang lain) ialah bagaimana kita
harus menangani fenomena silang budaya dan globalisasi yang dapat dikatakan
tidak terelakkan oleh mana-mana masyarakat dan budaya di dunia. Fenomena
silang budaya dan globalisasi berkaitan rapat dengan dua lagi situasi budaya
yang telah dibincangkan sebelum ini, iaitu dinamik budaya dan kelenturan
budaya.

        Selain dinamik budaya, kelenturan budaya pun berakibat daripada
fenomena silang budaya dan globalisasi. Kelenturan budaya berbeda sedikit
daripada dinamik bahasa, dalam konteks kelenturan budaya ada kalanya
merupakan penerimaan unsur budaya luar yang tidak semestinya timbul
daripada keperluan, tetapi terjadi sebagai kesan rempuhan yang global sifatnya.
Contohnya, penangkapan ikan dan pertanian moden merupakan dinamik budaya
yang diperlukan untuk peningkatan daya keluaran atau produktiviti; sebagainya
kesannya diusahakan penggunaan teknologi moden yang berbeda daripada
teknologi tradisional sehingga, misalnya, keluaran padi dapat ditingkatkan
apabila dilaksanakan penanaman padi dua kali setahun.




                                       13
Sebaliknya kelenturan budaya terjadi sebagai kesan langsung fenomena
silang budaya dan globalisasi yang sama ada memberikan kesan positif
mahupun negatif. Sebagai contoh, program televisyen yang bersumberkan
budaya asing (yang sebahagiannya tidak serasi dengan budaya kita) bukan
unsur dinamik atau unsur yang timbul disebabkan keperluan masyarakat, tetapi
merupakan salah satu unsur dalam globalisasi. Demikian juga pelbagai bentuk
dan ragam iklan dalam media massa (media cetak dan media penyiaran) lebih
merupakan unsur dalam globalisasi menurut ekonomi pasaran bebas.

        Sebagai contoh, sms atau sistem pesanan ringkas merupakan salah satu
unsur budaya baru yang saya kategorikan dalam situasi kelenturan budaya. Ada
aspek positif dan negatif sms, bergantung pada niat pengguna dan
penggunaannya. Daripada segi bahasa, sering ditimbulkan masalah kerancuan
bahasa yang berakibat daripada slanga sms. Maka menjadi tugas pendidik
bahasa mengasuh anak didik menggunakan bahasa sms yang masih terkawal
meskipun tidak perlu bertukar menjadi bahasa surat atau bahasa ilmiah.

Secara ringkas, strategi pelaksanaan untuk memenuhi matlamat pendidikan
bahasa yang dibincangkan dalam makalah ini meliputi:

   1.    Pengubahsuaian kurikulum umum peringkat kebangsaan kepada
         kurikulum yang berasaskan sekolah (school-based curriculum)
   2.    Pemaduan matlamat kemahiran linguistik dan kemahiran komunikatif
         dalam perancangan kurikulum, penyediaan bahan ajar, proses
         pengajaran dan pemelajaran (P & P) dan penilaian.

Latihan perguruan dan keguruan (prakelayakan dan pascakelayakan/latihan
dalam perkhidmatan) tentang pendidikan

   1. bahasa yang berkesan dan berwawasan.
   2. Penetapan standard prestasi pelajar sesudah tamat pada peringkat
        tertentu (rendah, menengah rendah, menengah atas dsb).




                                      14
Sebagai senarai semak yang dapat dijadikan asas pencapaian matlamat
pendidikan bahasa yang bersifat dwifungsi itu tadi, dalam bahagian ini saya
melakarkan satu set standard prestasi dalam pendidikan bahasa, dari peringkat
sekolah rendah.

       Pada   akhir   peringkat     sekolah   rendah,   pelajar   seharusnya   telah
menguasai:

   •   Sebahagian besar aspek mekanik bahasa (terutama sistem tulisan dan
       ucapan serta sebahagian tatabahasa, dengan keutamaan kepada
       penggunaan).
   •   Sebahagian aspek dinamik bahasa (misalnya binaan wacana yang asas
       dan beberapa unsur gaya bahasa).
   •   Sistem sosial dan budaya bahasa yang asas (misalnya penggunaan kata
       ganti nama, dan sejumlah gelar serta panggilan hormat, beberapa
       genre/laras bahasa mudah, ucapan bertatasusila sehari-hari dalam
       konteks-konteks tertentu).
   •   Kemahiran bahasa (reseptif dan ekspresif fungsional yang mudah).
   •   Kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang asas (seperti mengkategorikan,
       membedakan dll.)
   •   Estetik bahasa (penghargaan dan penghayatan umum keindahan
       bahasa)

Penutup

Sebagai rumusannya dapatlah kita mengimbau pendidikan bahasa berdasarkan
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah selaras dan
mempunyai hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana
matlamat dan objektif yang hendak dicapai adalah jelas. Saya juga ingin



                                         15
mengaitkan tentang pelaksanaan pendidikan bahasa yang berlangsung dan
bertitik tolak daripada pendidikan bahasa yang bermatlamat unggul lagi luhur.
Matlamat unggul dan luhur yang telah dibincangkan ialah pendidikan bahasa
sebagai wasilah pengembangan potensi akliah anak didik dan pendidikan
bahasa sebagai wasilah untuk memenuhi hakikat kehidupan yang menyeluruh.

       Perbincangan bersifat agak filosofis, tetapi hal itu tidak dapat dielakkan
kerana dibalik setiap kegiatan hidup manusia memang ada falsafah yang
melatarinya, termasuk bidang pendidikan bahasa. Tambahan pula, pada hemat
saya, pendidikan bahasa bukan proses yang mekanis sifatnya, sebaliknya
proses yang sarat nilai, sarat impian, sarat amanah dan sarat budaya. Maka itu,
pertimbangan seharusnya diberikan kepada matlamat yang lebih hakiki daripada
sekadar memberikan pengetahuan dan kemahiran mekanis.




                                      16
Bibliografi

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib.1995. Prolegomena to the Metaphysics of
      Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of
      Islam. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and
      Civilization (ISTAC).

Awang Sariyan. 1997. “Falsafah Bahasa dan Pendidikan Bahasa: Kaji an
      Konsep dan Pelaksanaannya dalam Pendidikan Bahasa Melayu di
      Malaysia”. Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti
      Malaya.

Awang Sariyan. 2004. Teras Pendidikan Bahasa Melayu. Pahang: PTS.

Awang Sariyan. 2007. Perkembangan Falsafah Bahasa dan Pemikiran dalam
      Linguistik. Petaling Jaya: Penerbit Sasbadi.

Awang Sariyan. 2007. “Beberapa Pertimbangan Standard Prestasi dalam
      Pendidikan Bahasa Melayu”. Ceramah Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat. (1997). Pengajian
      Melayu I. Petaling Jaya: Longman.


Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]. (1985). Kamus dwibahasa bahasa Inggeris
      bahasa Melayu. Kuala Lumpur:.
Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]. (1994). Kamus dewan (edisi ketiga). Kuala
      Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Seman Salleh. (2005). Interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran
      komponen kesusasteraan Melayu (KOMSAS) dalam mata pelajaran
      bahasa Melayu. Tesis doktor falsafah yang belum diterbitkan, Universiti



                                       17
Kebangsaan Malaysia, Bangi.


Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu pendidikan pedagogi. Kuala Lumpur:
      Heinemann Asia.


Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu, Pusat
      Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia




                                      18

More Related Content

What's hot

Pendemokrasian
PendemokrasianPendemokrasian
Pendemokrasian
siti rahman
 
Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5
Adibah Azman
 
Tujuan Dasar Pendidikan Dibentuk & Cabarannya
Tujuan Dasar Pendidikan Dibentuk & CabarannyaTujuan Dasar Pendidikan Dibentuk & Cabarannya
Tujuan Dasar Pendidikan Dibentuk & CabarannyaSurianim Azmi
 
36323067 akta-pendidikan-1996
36323067 akta-pendidikan-199636323067 akta-pendidikan-1996
36323067 akta-pendidikan-1996
hasnu
 
Kurikulum sebagai wahana penterjemahan fpk
Kurikulum sebagai wahana penterjemahan fpkKurikulum sebagai wahana penterjemahan fpk
Kurikulum sebagai wahana penterjemahan fpk
University Tun Hussein Onn Malaysia
 
Sukatan4
Sukatan4Sukatan4
Sukatan4
rosharizan
 
Tugasan fpk pbs
Tugasan fpk  pbsTugasan fpk  pbs
Tugasan fpk pbs
Fa Zurin
 
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
Nelaveni Arjunan
 
Hsp bm f5
Hsp bm f5Hsp bm f5
Hsp bm f5Eli Za
 
Hsp bm f4
Hsp bm f4Hsp bm f4
Hsp bm f4Eli Za
 
Hsp bm y4all
Hsp bm y4allHsp bm y4all
Hsp bm y4all
nabihah95
 

What's hot (12)

Pendemokrasian
PendemokrasianPendemokrasian
Pendemokrasian
 
Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5
 
Tujuan Dasar Pendidikan Dibentuk & Cabarannya
Tujuan Dasar Pendidikan Dibentuk & CabarannyaTujuan Dasar Pendidikan Dibentuk & Cabarannya
Tujuan Dasar Pendidikan Dibentuk & Cabarannya
 
36323067 akta-pendidikan-1996
36323067 akta-pendidikan-199636323067 akta-pendidikan-1996
36323067 akta-pendidikan-1996
 
Kurikulum sebagai wahana penterjemahan fpk
Kurikulum sebagai wahana penterjemahan fpkKurikulum sebagai wahana penterjemahan fpk
Kurikulum sebagai wahana penterjemahan fpk
 
Sukatan4
Sukatan4Sukatan4
Sukatan4
 
Tugasan fpk pbs
Tugasan fpk  pbsTugasan fpk  pbs
Tugasan fpk pbs
 
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
 
Hsp bm f5
Hsp bm f5Hsp bm f5
Hsp bm f5
 
Hsp bm f4
Hsp bm f4Hsp bm f4
Hsp bm f4
 
Hsp bm sk_y4a
Hsp bm sk_y4aHsp bm sk_y4a
Hsp bm sk_y4a
 
Hsp bm y4all
Hsp bm y4allHsp bm y4all
Hsp bm y4all
 

Similar to Asigm bm

Sukatan Pelajaran
Sukatan Pelajaran Sukatan Pelajaran
Sukatan Pelajaran
Rashidah1996
 
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4
Nurul Afiqah
 
Hsp bm f4
Hsp bm f4Hsp bm f4
Hsp bm f4
cgfauziah
 
Hsp bm f4
Hsp bm f4Hsp bm f4
Hsp bm f4
aliah azhar
 
Huraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajaranHuraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajaran
nurul amyeza
 
HSP BM TING 4
HSP BM TING 4HSP BM TING 4
HSP BM TING 4
efa368368
 
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02
Normarini Norzan
 
Sp bm kbsm
Sp bm kbsmSp bm kbsm
Sp bm kbsm
Ida Zahida
 
huraian sukatan pelajaran bahasa melayu tahun 4
huraian sukatan pelajaran bahasa melayu tahun 4huraian sukatan pelajaran bahasa melayu tahun 4
huraian sukatan pelajaran bahasa melayu tahun 4nba95
 
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Nurul Afiqah
 
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
nurul amyeza
 
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5 Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Rashidah1996
 
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
aliah azhar
 
Hsp bm sjk_y3
Hsp bm sjk_y3Hsp bm sjk_y3
Hsp bm sjk_y3
Sol Leha
 
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap iMaster modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Thian Ngee
 

Similar to Asigm bm (20)

Fpn
FpnFpn
Fpn
 
Sukatan Pelajaran
Sukatan Pelajaran Sukatan Pelajaran
Sukatan Pelajaran
 
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4
 
Hsp bm f4
Hsp bm f4Hsp bm f4
Hsp bm f4
 
Hsp bm f4
Hsp bm f4Hsp bm f4
Hsp bm f4
 
Hsp bm f4
Hsp bm f4Hsp bm f4
Hsp bm f4
 
Huraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajaranHuraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajaran
 
Sukatan4
Sukatan4Sukatan4
Sukatan4
 
HSP BM TING 4
HSP BM TING 4HSP BM TING 4
HSP BM TING 4
 
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02
 
Sp bm kbsm
Sp bm kbsmSp bm kbsm
Sp bm kbsm
 
huraian sukatan pelajaran bahasa melayu tahun 4
huraian sukatan pelajaran bahasa melayu tahun 4huraian sukatan pelajaran bahasa melayu tahun 4
huraian sukatan pelajaran bahasa melayu tahun 4
 
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
 
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
 
Hsp bm f5
Hsp bm f5Hsp bm f5
Hsp bm f5
 
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5 Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
 
Hsp bm f5
Hsp bm f5Hsp bm f5
Hsp bm f5
 
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
 
Hsp bm sjk_y3
Hsp bm sjk_y3Hsp bm sjk_y3
Hsp bm sjk_y3
 
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap iMaster modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
 

More from ahzai09

surat kiriman tidak rasmi-latihan
surat kiriman tidak rasmi-latihansurat kiriman tidak rasmi-latihan
surat kiriman tidak rasmi-latihanahzai09
 
Kertas kerja lawatan ke c.highlands
Kertas kerja lawatan ke c.highlandsKertas kerja lawatan ke c.highlands
Kertas kerja lawatan ke c.highlandsahzai09
 
Kumpulan 3
Kumpulan 3Kumpulan 3
Kumpulan 3ahzai09
 
Refleksi kendiri
Refleksi kendiriRefleksi kendiri
Refleksi kendiriahzai09
 
Nota big
Nota bigNota big
Nota bigahzai09
 
Bina insan guru
Bina insan guruBina insan guru
Bina insan guruahzai09
 
Tugasan budaya dan pembelajaran
Tugasan budaya dan pembelajaranTugasan budaya dan pembelajaran
Tugasan budaya dan pembelajaranahzai09
 

More from ahzai09 (7)

surat kiriman tidak rasmi-latihan
surat kiriman tidak rasmi-latihansurat kiriman tidak rasmi-latihan
surat kiriman tidak rasmi-latihan
 
Kertas kerja lawatan ke c.highlands
Kertas kerja lawatan ke c.highlandsKertas kerja lawatan ke c.highlands
Kertas kerja lawatan ke c.highlands
 
Kumpulan 3
Kumpulan 3Kumpulan 3
Kumpulan 3
 
Refleksi kendiri
Refleksi kendiriRefleksi kendiri
Refleksi kendiri
 
Nota big
Nota bigNota big
Nota big
 
Bina insan guru
Bina insan guruBina insan guru
Bina insan guru
 
Tugasan budaya dan pembelajaran
Tugasan budaya dan pembelajaranTugasan budaya dan pembelajaran
Tugasan budaya dan pembelajaran
 

Recently uploaded

KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdekaKKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
irvansupriadi44
 
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKANSAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
NURULNAHARIAHBINTIAH
 
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDFJUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
budimoko2
 
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJKC 2024.pptx
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJKC 2024.pptxRPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJKC 2024.pptx
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJKC 2024.pptx
YongYongYong1
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Kanaidi ken
 
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdfTokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Mutia Rini Siregar
 
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada AnakDefenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
Yayasan Pusat Kajian dan Perlindungan Anak
 
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docxLaporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
RUBEN Mbiliyora
 
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdfJuknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
HendraSagita2
 
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptxNovel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
NirmalaJane
 
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdfRANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
junarpudin36
 
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdfPpt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
fadlurrahman260903
 
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi KomunikasiMateri Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
AdePutraTunggali
 
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptxPembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Sosdiklihparmassdm
 
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
SABDA
 
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptxPemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
ssuser4dafea
 
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdfKONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
AsyeraPerangin1
 
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptxPPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
AqlanHaritsAlfarisi
 

Recently uploaded (20)

KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdekaKKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
 
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKANSAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
 
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDFJUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
 
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
 
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJKC 2024.pptx
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJKC 2024.pptxRPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJKC 2024.pptx
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJKC 2024.pptx
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
 
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
 
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdfTokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
 
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada AnakDefenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
 
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docxLaporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
 
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdfJuknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
 
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptxNovel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
 
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdfRANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
 
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdfPpt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
 
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi KomunikasiMateri Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
 
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptxPembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
 
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
 
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptxPemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
 
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdfKONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
 
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptxPPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
 

Asigm bm

  • 1. Pendahuluan Bila kita sebut pendidikan maka tidak hairanlah kita akan menyebut Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana hala tuju pendidikan adalah disasarkan kepada kehendak dan inspirasi falsafah tersebut. Bagi mencapai impian tersebut maka beberapa mata pelajaran telah ditetapkan bagi memenuhi semua kehendak- kehendak itu. Maka bagi mencapainya bahasa merupakan alat yang penting dan cukup berguna dalam pendidikan. Maka bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara akan digunakan untuk menyampaikan segala ilmu disamping bantuan dari bahasa kedua seperti bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa. Untuk mendapatkan teknologi dan peradaban dari bangsa lain kita perlu belajar bahasa bangsa tersebut , ini amat jelas akan kepentingannya Mengapa bahasa Melayu penting untuk dipelajari di sekolah ? Bahasa rasmi negara perlu dipelajari kerana pelbagai tujuan terutama untuk meningkatkan semangat nasionalisme , perpaduan dan sebagai bahasa ilmu untuk mempelajari peradaban bangsa sendiri. Bila wujudnya mata pelajaran maka akan diciptakan Sukatan Pelajaran yang mesti diikut untuk mencapai kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebenarnya apakah “impian” dalam bidang pendidikan bahasa? Mungkinkah hal itu hanya suatu lelucon atau ilusi semata-mata? Jika memang ada, apakah impian itu? Anjakan paradigma yang paling dasar untuk memahami idealisme atau impian dalam pendidikan bahasa semestinya berkaitan dengan aspek falsafah pendidikan bahasa itu sendiri, terutama yang berkaitan dengan isu epistemologi (teori ilmu) tentang konsep bahasa dan matlamat pendidikan bahasa. Dua sisi utama pendidikan bahasa akan dibincangkan. Yang pertama ialah pendidikan bahasa sebagai upaya pengembangan potensi akliah manusia. Yang kedua ialah pendidikan bahasa sebagai wasilah penyempurnaan adab dan sahsiah manusia serta agen pemasyarakatan (sosialisasi) yang berkaitan rapat 1
  • 2. pula dengan fungsi bahasa dalam dinamika, kelestarian dan kelenturan budaya masyarakat pengguna bahasa berkenaan. Kelestarian budaya berkaitan dengan ketahanan unsur-unsur teras budaya masyarakat, sementara dinamika budaya memerikan perkembangan positif budaya yang dengan keperluan sezaman. Kelenturan budaya pula bermaksud keupayaan budaya sesuatu masyarakat menyerapkan unsur-unsur luar yang membantu dinamika budaya masyarakat dan di sisi itu tidak pula menyirnakan kelestarian budaya teras masyarakat. Pendidikan bahasa yang berkesan dan unggul hendaklah dipertalikan dengan tiga perspektif budaya itu, agar bidang itu tidak menjadi bidang eksklusif dalam disiplin ilmiah atau sekadar memenuhi kerangka kurikulum pendidikan, tetapi berada dalam kotak yang tersendiri serta tidak merentas kotak-kotak kehidupan yang lain. Pendidikan bahasa semestinya diorientasikan menjadi bidang yang inklusif, dengan erti kata merentas seluruh aspek kehidupan manusiawi. Inilah inti sari dan gagasan yang ingin saya kemukakan dalam Sejarah Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Sejarah Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dari sudut sejarah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan lahir daripada proses yang agak panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka lagi. Semua mengetahui bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dirumuskan pada tahun 1988 dan disebut dalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi: Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia , bertanggungjawab dan 2
  • 3. berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara Malaysia. Perbandingan falsafah ini dengan resolusi atau konsensus sedunia Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Muslim Pertama yang diadakan di Jeddah, dari 31 Mac hingga 8 April 1977 tidak jauh berbeza. Saya berikan di sini petikan ulasan Mohd Kamal Hassan (1988) dalam bukunya Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu. Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961 yang memungkinkan lahirnya Dasar Pelajaran Kebangsaan ini boleh dirumuskan sebagai milestone kepada zaman pengukuhan dan kemaskini dalam sistem pendidikan negara kita. Dasar Pelajaran Kebangsaan ini mula diolah kembali bagi menyesuaikan negara kita dengan perkembangan zaman. Laporan Kabinet 1979 adalah permulaan kepada pembentukan falsafah pendidikan Kebangsaan yang lebih jelas. Sebahagian ciri-ciri Laporan Kabinet 1979 lebih banyak menumpukan kepada penegasan kepada pendidikan asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira), pendidikan kerohanian dan kurikulum ala Malaysia. Zaman pensejagatan atau globalisasi merupakan satu cabaran baru bagi sistem pendidikan kita. Lahirnya Akta Pendidikan 1996 adalah satu sahutan kepada cabaran berkenaan. Buat pertama kalinya, kita melihat berbagai pengukuhan 3
  • 4. dan penegasan dilakukan oleh pihak kerajaan termasuklah teras kepada sistem pendidikan iaitu falsafah pendidikan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dijadikan objektif sistem pendidikan masa kini sebagaimana maksud beberapa akta pendidikan yang lain. Buat pertama kalinya, kita melihat bukan isu perpaduan sahaja sebagai isu utama yang perlu diselesaikan akan tetapi isu yang lebih global seperti keperluan guna tenaga dan keterampilan ilmu yang sesuai dalam zaman. Apatah lagi, zaman ini dikenali sebagai permulaan gelombang maklumat dan pengetahuan. Sistem pendidikan kebangsaan mengandungi beberapa unsur penting yang antara lain, terdiri daripada: • peringkat pendidikan dari yang paling bawah ke tahap yang paling tinggi; • jumlah tempoh pengajian bagi setiap peringkat; • kurikulum bagi setiap peringkat dan jurusan; • sistem penilaian dan jenis sijil atau kelulusan yang dikeluarkan; • sistem pentadbiran, kewangan, pemantauan dan pengawalan; dan • latihan dan skim perguruan Sekiranya dilihat dari segi sistem yang telah disedia dan dilaksanakan selama ini, terdapat usaha yang gigih untuk memperbaikinya dari semasa ke masa. Sekiranya ditinjau secara halus dari segi hasil dasar dan sistem pendidikan kebangsaan, seharusnya ia mampu mengeluarkan pelajar yang berilmu, bermoral (akhlaq), beradab dan bersopan, seorang individu yang boleh menjadi warga negara yang cukup baik. 4
  • 5. Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Matlamat Dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Secara umumnya, Falsafah Pedidikan Kebangsaan sememangnya mempunyai perkaitan dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dari segi matlamat dan objektifnya. Hal ini terjadi kerana penetapan matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu adalah didasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang hendak dicapai. Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan . Hal ini amat selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan 5
  • 6. kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid. Mari kita lihat matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang berbunyi Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. Matlamat ini jelas kepada kita mempunyai hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang disebutka tadi Jika diperhatikan pula objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah maka kita akan dapat menyatakan bahawa hubungkait antara kedua- duanya amat jelas dimana semua objektifnya mengarahkan kepada melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Sebagai contoh marilah kita lihat antara objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu iaitu :  memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;  memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;  mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses 6
  • 7. penulisan yang sesuai dan betul;  menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;  menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan  menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan cinta akan negara. Matlamat yang pertama itu dapatlah dikaitkan dengan proses “melengkapkan” (equipping) pelajar dengan unsur-unsur asas bahasa, sementara matlamat kedua berkaitan dengan proses “membolehkan” (enabling) pelajar menerapkan kemahiran bahasanya dalam konteks komunikasi yang sebenarnya, yang meliputi kepelbagaian konteks sosial, bidang dan keperluan. Bahagian yang berikutnya akan menghuraikan kedua-dua matlamat itu. Huraian Rasional, Objektif, Aktiviti Dan Tujuan Kemahiran Lisan Peranan pendidikan bahasa sebagai wasilah pengembangan potensi akliah manusia, khususnya anak didik, berasas pada hakikat bahawa bahasa merupakan salah satu ciri dualistik yang bersepadu pada diri batin atau diri kerohanian manusia. Ciri itu ialah akal dan bahasa. Kedua-duanya itu merupakan milik diri batin atau diri kerohanian manusia yang realisasinya muncul pada diri yang zahir. Contohnya kemampuan akal dizahirkan pada tindakan manusia melakukan uji kaji, menyelidik, membina, mereka cipta, melakukan inovasi, penerokaan dan sebagainya. Kemampuan atau potensi bahasa pula terzahir dalam bentuk pernyataan fikiran, perasaan, taakulan, tafsiran, penilaian, hujah, rasional, rumusan dan sebagainya yang sama ada disalurkan melalui lisan (dengan menggunakan organ-organ artikulasi) atau lambang-lambang grafem, iaitu tulisan. 7
  • 8. Hakikat bahasa sebagai salah satu ciri utama makhluk yang diberi nama “manusia” telah dibincangkan sejak awal pertumbuhan dan perkembangan tamadun manusia, terutama dalam bidang falsafah di Yunani pada abad kelima sebelum Masihi, khususnya dengan cetusan pemikiran Plato dan Aristotle. Hingga kini perbincangan tentang hal itu masih subur dan menarik minat sejumlah ahli bahasa, ahli falsafah, ahli psikologi dan ahli dalam disiplin ilmu yang lain. Baik dalam tradisi ilmu Barat mahupun Islam, hal itu mendapat garapan yang mendalam. Dalam konteks pendidikan bahasa, kita tidak dapat mengabaikannya oleh sebab kaitannya yang amat rapat dengan salah satu matlamat pendidikan bahasa, iaitu “pengembangan potensi akliah manusia”. Dengan perkataan lain, pendidikan bahasa bukanlah proses yang mekanis semata-mata sifatnya, iaitu yang sekadar memberikan kemahiran bahasa tanpa hubungannya dengan pengembangan akliah anak didik yang seterusnya menjadi anggota masyarakat. Istilah “akliah” yang berasal daripada bahasa Arab berkaitan rapat dengan istilah “budi” dalam bahasa Melayu yang salah satu maknanya ialah ‘akal’, selain makna ’kesopanan’ dan ‘pekerti’. Bahkan makna “kesopanan” dan “pekerti” itu pun berasas pada makna akal, kerana tanpa akal tidak mungkin wujud kesopanan dan pekerti. Oleh itu, pendidikan bahasa yang ideal ialah yang tidak mengabaikan aspek pembinaan dan pengembangan akal atau budi, pekerti, kesopanan dan sahsiah. Pada semua peringkat dan sektor proses sosialisasi, baik keluarga, rakan sebaya, institusi pendidikan, media dan masyarakat itu sendiri, bahasa menjadi wasilah penyerapan norma, sistem nilai, falsafah, pandangan sarwa (worldview) dan segala aspek kebudayaan masyarakat (aspek kebudayaan yang tampak, seperti seni bina, busana, peralatan dan juga aspek kebudayaan yang tak tampak, seperti falsafah, pemikiran, pandangan sarwa, sistem nilai dan sebagainya). Bahasa menjadi wasilah bagi berlangsungnya proses penyerapan 8
  • 9. dan pengamalan semua aspek kehidupan itu, dan pendidikan bahasa secara langsung menjadi bidang yang membidaninya. Huraian linguistik yang berasaskan perspektif budaya, seperti Hipotesis Sapir-Whorf dan yang berasaskan perspektif mentalistik seperti Plato, von Humboldt dan Chomsky banyak memberikan rasional peri pentingnya bahasa dilihat sebagai unsur yang mesti dipertalikan dengan akal dan budaya. Daripada perspektif Islam pula, hakikat bahasa sebagai juzuk penting diri batin manusia (yang menjadi paksi penguasa diri yang zahir, iaitu jasad) dihuraikan oleh ahli- ahli falsafahnya dengan berasaskan kata nutq yang menerbitkan ungkapan haiwan natiq atau haiwan yang berakal (rational animal). Haiwan natiq atau rational animal merujuk kepada hakikat diri manusia yang ditandai oleh dua ciri utama, iaitu akal dan bahasa. Kata nutq yang menjadi akar kata natiq merujuk kepada akal dan bahasa sebagai suatu paduan, sehingga haiwan natiq bererti haiwan yang berakal dan berbahasa (al-Attas, 1995). Paduan antara akal dengan bahasa inilah yang menjadi asas matlamat pertama pendidikan bahasa, iaitu untuk mengembangkan potensi akliah anak didik sebagai persiapan mereka menjalani kehidupan yang merentas pelbagai konteks dan bidang. Sebagaimana yang telah disebut pada bahagian awal tentang matlamat pengembangan potensi akliah ini, pendidikan bahasa memungkinkan anak didik memahami, menakrifkan, menafsirkan, menganalisis, mensintesis, membedakan, membandingkan, merumuskan, menilai sesuatu (idea, objek, fenomena, konsep, fakta dll), dengan menggunakan akal dan menzahirkan semua kemampuan akliah itu melalui bahasa (baik lisan mahupun tulisan). Huraian Rasional, Objektif, Aktiviti Dan Tujuan Kemahiran Membaca Pendidikan bahasa bukan bidang eksklusif yang bersifat ilmiah semata-mata, tetapi merupakan bidang yang pragmatis juga sifatnya. Maksudnya, pendidikan bahasa bukan sekadar pemberian maklumat atau fakta bahasa (baik fonologl, 9
  • 10. tatabahasa, semantik, kosa kata dsb.), dan bukan juga pembinaan kemahiran berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis) secara lisan namun penguasaan kemahiran membaca amat penting dalam bahasa kerana tulisan yang dapat menyampaiakan sesuatu ilmu itu perlu dibaca untuk dikaji dan difahami oleh penuntutnya. Sejajar dengan matlamat pertama tadi yang menekankan kemahiran lisan, maka matlamat kedua ini berkaitan dengan penguasaan sistem bahasa dan kemahiran bahasa dalam kehidupan dari segi kemahiran membaca. Dengan kemampuan menguasai kemahiran membaca maka penerapan pengetahuan sistem bahasa dan penguasaan kemahiran berbahasa dalam kehidupan yang menyeluruh itu lebih mudah dicapai, diharapkan anak didik kemudian menjadi anggota masyarakat yang peka, akomodatif dan membantu keutuhan dan pelestarian segala unsur budaya yang menjadi asas jati diri atau identifikasi masyarakatnya itu. Kehidupan yang menyeluruh meliputi kehidupan dalam pelbagai unit sosial, bermula dengan keluarga, persahabatan, institusi kerjaya, media, pertubuhan, negara dan di peringkat supranasional meliputi hubungan serantau dan antarabangsa. Daripada segi bidang pula, kehidupan yang menyeluruh mencakup segala aspek yang menjadi tunjang kebudayaan dan tamadun, seperti ekonomi, politik, pendidikan, sains, perubatan, undang-undang, pentadbiran dan diplomasi. Dalam semua perancangan, keputusan, kegiatan, interaksi dan penilaian yang berkaitan dengan semua unit sosial dan ranah kehidupan itu, diperlukan “kemahiran insaniah” (softskill), dengan kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan salah satu kemahiran insaniah yang teras. Tidak ada satu pun yang tidak memerlukan kemahiran bahasa dan komunikasi. Keharmonian keluarga dan persahabatan, kecekapan dalam pentadiran, keberkesanan media dan kelancaran diplomasi antara negara, sebagai contoh, memerlukan kemahiran bahasa dan komunikasi. Bayangkanlah bagaimana simpang-siurnya dan simpang-perinangnya kehidupan manusia tanpa kemahiran bahasa dan komunikasi untuk menangani segala-galanya itu. Dalam konteks inilah 10
  • 11. pendidikan bahasa membolehkan atau memungkinkan (enabling) anak didik menjadi anggota masyarakat yang dapat berperanan memenuhi segala keperluan itu. Dengan memahami demikian luasnya senario fungsi bahasa dilahirkan menerusi kemahiran membaca , maka pendidikan bahasa seharusnya diusahakan agar dapat menjangkau saujana keluasan makna dan hakikat kehidupan itu. Inilah matlamat kedua pendidikan bahasa, iaitu untuk memungkinkan atau membolehkan anak didik menerapkan pengetahuan bahasa dan kemahiran berbahasanya dalam kehidupan. Mana-mana kurikulum pendidikan bahasa, latihan perguruan dan keguruan, penyediaan bahan dan penilaian yang tidak bertitik tolak daripada matlamat ini, atau yang mengehadkannya kepada aspek penguasaan sistem bahasa dan kemahiran bahasa sahaja tidak mungkin mencapai impian atau idealisme pendidikan bahasa yang sewajarnya, sebagaimana juga sebaliknya jika pendidikan bahasa hanya menitikberatkan aspek pragmatiknya tetapi tidak memberikan perhatian kepada aspek pembinaan akliah. Pokoknya, kesepaduan dan keseimbangan dua matlamat yang menjadi intisari perbincangan dalam kertas kerja ini menjadi prasyarat pendidikan bahasa yang berkesan dan berwawasan. Huraian Rasional, Objektif, Aktiviti Dan Tujuan Kemahiran Tulisan Masyarakat yang progresif dan terdedah pula kepada interaksi dengan masyarakat dan budaya lain tidak dapat lari dari kemampuan menguasai kemahiran menulis . Penguasaan kemahiran menulis amat penting dalam usaha untuk menyampaikan idea dan pandangan kepada pihak lain dalam suasana yang lebih selamat berbanding dengan lisan yang mungkin akan menyebabkan pergaduhan.Tanpa kemahiran menulis seseorang pasti menemukan jalan yang sukar untuk menyampaikan idea dan ilmu.Sekiranya seseorang ilmuan itu meninggal tanpa tulisan ilmiah mereka mana mungkin generasi yang akan datang dapat menguasai ilmu yang ada kepada ilmuan yang meninggal dunia itu dan kita akan kehilangan insan itu dan juga ilmunya. Oleh itu kita amat 11
  • 12. memerlukan kemahiran menulis dikuasai dalam kalangan generasi yang bakal mewarisi pemerintahan negara pada masa depan.Kita memerlukan anjakan dalam beberapa aspek budayanya. Lebih awal dalam kertas kerja ini telah dibincangkan tiga situasi budaya yang perlu dipertimbangkan dalam membina keutuhan dan ketahanan sesuatu masyarakat. Yang pertama ialah kelestarian budaya dalam aspek-aspek teras atau fundamentalnya. Yang kedua ialah dinamik budaya dalam konteks kreativiti, inovasi dan penambahbaikan aspek- aspek tertentu dalam budaya masyarakat, sejajar dengan perkembangan dan keperluan masyarakat itu sendiri. Yang ketiga ialah kelenturan atau fleksibiliti budaya, dengan erti kata kesediaan masyarakat menyerapkan Tidak ada pemisahan atau dikotomi antara kehidupan duniawi dengan kehidupan ukhrawi, antara sains atau ilmu dengan wahyu, antara pembangunan dengan nilai kemanusiaan, antara kuasa dengan amanah, antara kekayaan dengan pengagihan nikmat kepada sesama manusia dan sebagainya. Demikianlah, ungkapan “Biar mati anak jangan mati adat” sebenarnya merujuk kepada adat yang bererti hukum, bukan adat yang difahami oleh umum sebagai kebiasaan semata-mata. Dalam perbilangan Melayu disebut bahawa “Adat bersendi hukum; hukum bersendi kitabullah”. Apakah peranan dan sumbangan pendidikan bahasa dalam pelestarian aspek budaya yang teras? Antara yang jelas, proses “penyerapan nilai” dan “penyerapan ilmu” melalui pendidikan bahasa dapat memenuhinya (Awang Sariyan, 2004). Dalam nilai, aspek ketuhanan, hukum, akhlak, sahsiah, hubungan baik, kejujuran, keikhlasan dan segala yang dapat meletakkan manusia dalam keadaan “saadah” atau kebahagiaan sejati dapat diserapkan dalam pendidikan bahasa, terutama melalui bahan ajar dan proses pengajaran dan pemelajaran (P & P) yang dipertalikan dengan bahasa, seperti kosa kata dan bentuk-bentuk wacana yang sarat nilai (value-laden). Demikian juga, peranan pendidikan bahasa dalam pelestarian aspek budaya yang teras dapat dilaksanakan melalui penyerapan ilmu, khususnya ilmu yang berkaitan dengan agama (ketuhanan, ibadah, akhlak, sirah atau kisah nabi, hubungan ekonomi 12
  • 13. dan sosial atau muamalah, sistem kekeluargaan atau munakahat, aturan keadilan dan kehakiman atau jinayat dsb.). Barangkali salah satu contoh yang jelas bagaimana aspek budaya Melayu yang teras perlu dilestarikan ialah sistem panggilan atau sapaan. Budaya Melayu, selaras dengan konsep adab yang telah diserapkan melalui proses pengislaman, amat mementingkan penghormatan dalam interaksi sosial di peringkat mana pun. Meskipun tampak sedikit kompleks, namun sistem panggilan dalam bahasa Melayu benar-benar mencerminkan jati diri masyarakat yang meletakkan adab sebagai keutamaan. Kata hikmat dalam bahasa Melayu berbunyi “Yang tua dihormati, yang muda disayangi”. Isu yang tidak kurang pentingnya diberi perhatian dan pertimbangan dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian pendidikan bahasa (sebagimana juga dalam bidang pendidikan yang lain) ialah bagaimana kita harus menangani fenomena silang budaya dan globalisasi yang dapat dikatakan tidak terelakkan oleh mana-mana masyarakat dan budaya di dunia. Fenomena silang budaya dan globalisasi berkaitan rapat dengan dua lagi situasi budaya yang telah dibincangkan sebelum ini, iaitu dinamik budaya dan kelenturan budaya. Selain dinamik budaya, kelenturan budaya pun berakibat daripada fenomena silang budaya dan globalisasi. Kelenturan budaya berbeda sedikit daripada dinamik bahasa, dalam konteks kelenturan budaya ada kalanya merupakan penerimaan unsur budaya luar yang tidak semestinya timbul daripada keperluan, tetapi terjadi sebagai kesan rempuhan yang global sifatnya. Contohnya, penangkapan ikan dan pertanian moden merupakan dinamik budaya yang diperlukan untuk peningkatan daya keluaran atau produktiviti; sebagainya kesannya diusahakan penggunaan teknologi moden yang berbeda daripada teknologi tradisional sehingga, misalnya, keluaran padi dapat ditingkatkan apabila dilaksanakan penanaman padi dua kali setahun. 13
  • 14. Sebaliknya kelenturan budaya terjadi sebagai kesan langsung fenomena silang budaya dan globalisasi yang sama ada memberikan kesan positif mahupun negatif. Sebagai contoh, program televisyen yang bersumberkan budaya asing (yang sebahagiannya tidak serasi dengan budaya kita) bukan unsur dinamik atau unsur yang timbul disebabkan keperluan masyarakat, tetapi merupakan salah satu unsur dalam globalisasi. Demikian juga pelbagai bentuk dan ragam iklan dalam media massa (media cetak dan media penyiaran) lebih merupakan unsur dalam globalisasi menurut ekonomi pasaran bebas. Sebagai contoh, sms atau sistem pesanan ringkas merupakan salah satu unsur budaya baru yang saya kategorikan dalam situasi kelenturan budaya. Ada aspek positif dan negatif sms, bergantung pada niat pengguna dan penggunaannya. Daripada segi bahasa, sering ditimbulkan masalah kerancuan bahasa yang berakibat daripada slanga sms. Maka menjadi tugas pendidik bahasa mengasuh anak didik menggunakan bahasa sms yang masih terkawal meskipun tidak perlu bertukar menjadi bahasa surat atau bahasa ilmiah. Secara ringkas, strategi pelaksanaan untuk memenuhi matlamat pendidikan bahasa yang dibincangkan dalam makalah ini meliputi: 1. Pengubahsuaian kurikulum umum peringkat kebangsaan kepada kurikulum yang berasaskan sekolah (school-based curriculum) 2. Pemaduan matlamat kemahiran linguistik dan kemahiran komunikatif dalam perancangan kurikulum, penyediaan bahan ajar, proses pengajaran dan pemelajaran (P & P) dan penilaian. Latihan perguruan dan keguruan (prakelayakan dan pascakelayakan/latihan dalam perkhidmatan) tentang pendidikan 1. bahasa yang berkesan dan berwawasan. 2. Penetapan standard prestasi pelajar sesudah tamat pada peringkat tertentu (rendah, menengah rendah, menengah atas dsb). 14
  • 15. Sebagai senarai semak yang dapat dijadikan asas pencapaian matlamat pendidikan bahasa yang bersifat dwifungsi itu tadi, dalam bahagian ini saya melakarkan satu set standard prestasi dalam pendidikan bahasa, dari peringkat sekolah rendah. Pada akhir peringkat sekolah rendah, pelajar seharusnya telah menguasai: • Sebahagian besar aspek mekanik bahasa (terutama sistem tulisan dan ucapan serta sebahagian tatabahasa, dengan keutamaan kepada penggunaan). • Sebahagian aspek dinamik bahasa (misalnya binaan wacana yang asas dan beberapa unsur gaya bahasa). • Sistem sosial dan budaya bahasa yang asas (misalnya penggunaan kata ganti nama, dan sejumlah gelar serta panggilan hormat, beberapa genre/laras bahasa mudah, ucapan bertatasusila sehari-hari dalam konteks-konteks tertentu). • Kemahiran bahasa (reseptif dan ekspresif fungsional yang mudah). • Kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang asas (seperti mengkategorikan, membedakan dll.) • Estetik bahasa (penghargaan dan penghayatan umum keindahan bahasa) Penutup Sebagai rumusannya dapatlah kita mengimbau pendidikan bahasa berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah selaras dan mempunyai hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana matlamat dan objektif yang hendak dicapai adalah jelas. Saya juga ingin 15
  • 16. mengaitkan tentang pelaksanaan pendidikan bahasa yang berlangsung dan bertitik tolak daripada pendidikan bahasa yang bermatlamat unggul lagi luhur. Matlamat unggul dan luhur yang telah dibincangkan ialah pendidikan bahasa sebagai wasilah pengembangan potensi akliah anak didik dan pendidikan bahasa sebagai wasilah untuk memenuhi hakikat kehidupan yang menyeluruh. Perbincangan bersifat agak filosofis, tetapi hal itu tidak dapat dielakkan kerana dibalik setiap kegiatan hidup manusia memang ada falsafah yang melatarinya, termasuk bidang pendidikan bahasa. Tambahan pula, pada hemat saya, pendidikan bahasa bukan proses yang mekanis sifatnya, sebaliknya proses yang sarat nilai, sarat impian, sarat amanah dan sarat budaya. Maka itu, pertimbangan seharusnya diberikan kepada matlamat yang lebih hakiki daripada sekadar memberikan pengetahuan dan kemahiran mekanis. 16
  • 17. Bibliografi Al-Attas, Syed Muhammad Naquib.1995. Prolegomena to the Metaphysics of Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC). Awang Sariyan. 1997. “Falsafah Bahasa dan Pendidikan Bahasa: Kaji an Konsep dan Pelaksanaannya dalam Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia”. Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Awang Sariyan. 2004. Teras Pendidikan Bahasa Melayu. Pahang: PTS. Awang Sariyan. 2007. Perkembangan Falsafah Bahasa dan Pemikiran dalam Linguistik. Petaling Jaya: Penerbit Sasbadi. Awang Sariyan. 2007. “Beberapa Pertimbangan Standard Prestasi dalam Pendidikan Bahasa Melayu”. Ceramah Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat. (1997). Pengajian Melayu I. Petaling Jaya: Longman. Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]. (1985). Kamus dwibahasa bahasa Inggeris bahasa Melayu. Kuala Lumpur:. Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]. (1994). Kamus dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Seman Salleh. (2005). Interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu (KOMSAS) dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Tesis doktor falsafah yang belum diterbitkan, Universiti 17
  • 18. Kebangsaan Malaysia, Bangi. Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu pendidikan pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann Asia. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 18