SlideShare a Scribd company logo
Abstrak
Masyarakat manusia dalam era globalisasi dilihat seolah-olah berada dalam sebuah perkampungan
yang tidak bersempadan. Masing-masing boleh berhubung di antara satu sama lain dengan pantas
untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan. Oleh itu, manusia walaupun dari pelbagai warna
kulit, negara, agama dan budaya, mempunyai kewajipan sosial yang perlu disumbangkan kepada
masyarakat dunia untuk melihat bumi yang sama-sama dikongsi ini tidak berada dalam keadaan
yang tidak stabil. Ttulisan ini akan cuba menyingkap pemikiran Badiuzzaman Said Nursi terhadap
beberapa kewajipan sosial yang boleh dijadikan asas kerjasama dan kehidupan berharmoni dalam
konteks masyarakat berbilang bangsa, budaya dan agama. Juga akan turut disentuh Dialog Antara
Peradaban dan adab-adab berdialog yang boleh diaplikasikan untuk
memastikan dialog berlansung dalam keadaan tenang dan mencapai matlamat yang dicita-citakan.
Pendahuluan
Keharmonian sosial dalam konteks sesebuah negara merupakan impian setiap individu dan kerajaan
kerana tanpa keharmonian, negara tidak akan mencapai kestabilan dan keutuhan dari aspek politik,
ekonomi mahupun sosial. Cabaran yang lebih besar sekiranya sesebuah negara itu dihuni oleh
pelbagai etnik yang semestinya menganut pelbagai agama dan memiliki seribu satu adat dan
budaya yang ingin diamalkan dan diwarisi. Hakikatnya, bumi ini adalah seumpama sebuah negara
yang besar yang dihiasi dengan pelbagai bentuk keunikan budaya dan peradaban .
Atas kebijaksanaan Allah dan hikmahNya yang agung, manusia yang menghuni bumi ini, walaupun
mempunyai pelbagai perbezaan perlu berinteraksi[1] dan bekerjasama bagi memastikan kestabilan
dan keharmonian seluruh masyarakat manusia. Interaksi ataupun dialog antara manusia ini
merupakan suatu kemestian dan perlu diusahakan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai
rintangan dan kesukaran.
Berhubung dengan persoalan di atas, Nursi adalah antara tokoh yang mempunyai pandangan yang
cukup unik untuk dikongsi bersama. Gagasan idea Nursi ini dibentuk oleh keistimewaan intelektual
dan pengalaman hidup di tengah-tengah pusat interaksi peradaban dunia ketika itu, iaitu Istanbul.
Istanbul adalah garis tengah penghubung dunia Islam dan Barat. Kota ini juga adalah lambang
keunikan budaya disebabkan masyarakat berbilang kaum dan agama yang berada di bawah
naungan Empayar Islam Uthmani ketika itu.
Kepentingan Idea Nursi dalam Konteks Semasa
Saban tahun dilihat seminar-seminar yang membicarakan pemikiran tokoh ini diadakan yang
melangkaui sempadan benua sehingga meliputi dunia Islam (timur) dan Barat. Ini membuktikan
kerelevanan idea Nursi di peringkat global dan penerimaan masyarakat dunia khususnya golongan
akademik terhadap idea tersebut.
Penulis melihat ada dua faktor utama yang membawa kepada keadaan ini, iaitu;
1. Suasana Semasa: Kestabilan dunia dalam perkembangan hari ini dilihat berada pada tahap yang
membimbangkan. Percaturan politik dan ekonomi antarabangsa yang disebahagiannya
disemarakkan lagi oleh provokasi golongan tertentu seperti ”Pertembungan Peradaban” [2] (Clash
of Civilization) telah menimbulkan perasaan curiga dan sangsi antara kelompok-kelompok bangsa
di dunia ini. Bahkan dalam sesebuah negara yang mempunyai warganegara daripada pelbagai
budaya, bangsa dan agama juga dilihat menghadapi masalah hubungan antara kaum yang
kekadangnya membawa kepada permusuhan dan peperangan. Ini menggambarkan betapa kita
memerlukan satu gagasan prinsip yang boleh mengharmonikan hubungan antara kaum dan
menghidupkan semangat kekitaan sebagai warganegara dunia yang bertanggungjawab
memelihara keharmonian dan kestabilan negara dan dunia sejagat. Justeru Nursi dilihat
mempunyai gagasan pemikiran dan idea yang amat sesuai untuk diketengahkan.
2. Ketokohan Nursi: Kita perlu memahami bahawa Nursi yang menggelarkan dirinya sebagai Khadim
al-Quran adalah seorang tokoh yang meletakkan al-Quran sebagai satu-satunya
sumber ucapan, tulisan mahupun perbuatannya. Inilah asas kekuatan Nursi dan menjadikan idea
beliau cukup relevan tanpa dibatasi masa dan tempat.
Al-Quran adalah kitab kebenaran dan kebenaran inilah yang diperjuangkan beliau. Bagi beliau
perjuangan untuk membawa kebenaran mestilah melalui dialog dan bukannya dengan
kekerasan.[3] Beliau pernah menyebut, ”nantinya manusia akan menemui kebenaran disebabkan
kebebasan berfikir dan keinginan manusia untuk mencari kebenaran”.[4] Bahkan beliau juga
berpesan dengan katanya, ”masyarakat moden akan hanya dapat dipuaskan dengan hujah
(dialog)”.[5]
Kepelbagaian budaya, bangsa dan agama adalah ketentuan Allah yang penuh dengan hikmah.
Nursi melihat alam ini yang dipenuhi dengan pelbagai ciptaan dan makhluk sebagai bukti kebesaran
dan keagungan Allah. Walaupun terkadang antara ciptaan tersebut dilihat saling bertentangan
seperti kejadian malam dan siang, langit dan bumi, lelaki dan perempuan dan sebagainya. Namun
inilah kebesaran Allah yang boleh melakukan apa sahaja tanpa mampu ditahan atau disekat.
Justeru, hal ini juga mempunyai persamaan dengan perbezaan yang ada pada setiap manusia
khususnya yang menyentuh soal anutan atau kepercayaan. Perbezaan ini bukanlah alasan untuk
melakukan pencerobohan terhadap pihak lain, tetapi seharusnya diyakini bahawa ia memberi
petunjuk manusia perlu kenal-mengenali, bertolak ansur, bekerjasama kerana itulah hikmah terbesar
kepelbagaian ini seperti yang disebut di dalam al-Quran.
Nursi memahami keadaan ini kerana Rasail al-Nur adalah pantulan daripada al-Quran sebagaimana
yang beliau tegaskan.[6] Bahkan ia juga menjadi cabaran kepada umat Islam untuk bertindak
sebagai umat terbaik dalam menganjurkan perdamaian, memperkemaskan uslub dakwah terhadap
non muslim dan membuktikan gelaran umat pertengahan (ummatan wasatan).[7] Nursi amat
memahami keadaan ini sebab itulah beliau tidak melihat golongan non muslim sebagai musuh, tetapi
menganggap diri mereka seperti saudara sendiri.[8]
Nursi adalah seorang yang sanggup menghadapi apa jua risiko dan bahaya
untuk mempertahankan prinsip agamanya. Tidak hairanlah sekiranya beliau sanggup dijatuhkan
hukuman mati ketika dalam tahanan di Costormo dan sanggup dikenakan hukuman gantung kerana
memperjuangkan syariat Islam ketika di Istanbul. Oleh itu, dalam konteks perbincangan kita
berkenaan Dialog Antara Agama, kita perlu memahami bahawa ia perlu diadakan dengan menepati
kehendak dan garis panduan syariat Islam. Adalah silap sekiranya kita beranggapan bahawa dengan
kita menerima seadanya saudara-saudara kita dari golongan non Muslim bermakna kita sudah
meletakkan Islam adalah sama dengan agama-agama yang lain.[9] Sebenarnya Islam adalah
agama yang mendokong prinsip ta’ayush dan tafacul dengan agama dan bangsa yang lain selagi
tidak merosakkan Islam itu sendiri.[10] Nursi cukup memahami perkara ini. Dengan demikian beliau
menyarankan umat Islam untuk menerima kebaikan yang ada dari peradaban Barat.[11]
Matlamat Rasail al-Nur
Matlamat terbesar Rasail al-Nur ialah untuk kebahagiaan manusia[12] melalui
keamanan.[13] Namun manusia tidak mampu untuk mencari dan bertindak ke arah kebahagiaan
mereka selagi mereka sendiri tidak mengerti dan memahami tugas dan kewajipan sebenar mereka di
dunia ini. Ini dijelaskan Rasail al-Nur,
Wahai manusia, Tujuan tertinggi penciptaan alam ini ialah pengabdianmu yang sepenuhnya
terhadap ketuhanan. Sesungguhnya tujuan penciptaan manusia tercapainya matlamat pengabdian
dengan ilmu dan kesempurnaan”. Jalan menuju ke arah tersebut ialah melalui hakikat keimanan
kerana dengannya manusia akan terdorong merealisasikan kewajipan dirinya sebagai pentadbir
dunia (khalifatullah) dengan sebaik mungkin.[14]
Jelas dari kata-kata di atas, peranan memakmurkan dunia ini adalah amanah terbesar terhadap
manusia kerana hanya manusia yang layak untuk mengurus tadbir dunia ini dengan pelbagai
keistimewaan yang dianugerahkan Allah. Maka manusia menurut Nursi adalah makhluk yang
mempunyai kelebihan dari sudut akal, ruhani dan akhlak, yang melayakkannya sebagai Khalifatullah
di dunia ini.[15]
Amanah ini memerlukan komitmen dari semua pihak, lebih-lebih lagi umat Islam. Namun umat Islam
hanyalah sebuah keluarga – dari keluarga kemanusiaan sejagat – yang memerlukan sokongan dan
dokongan pihak lain dalam mewujudkan kemakmuran dan keamanan dunia ini. Ketika
membincangkan bahawa “al-Quran rahmatan li al-alamin”, Nursi menambah bahawa sebagaimana
al-Quran adalah rahmat kepada umat Islam, ia juga adalah rahmat kepada seluruh non Muslim dan
manusia sejagat”.[16]
Kewajipan Sosial
Bagi mencapai keharmonian sosial, manusia perlu menunaikan beberapa kewajipan selaras dengan
kefahaman bahawa manusia dari pelbagai budaya dan peradaban adalah sebuah keluarga
kemanusiaan sejagat yang mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing terhadap
keluarga dan rumah kediamannya (bumi). Antara kewajipan tersebut ialah;
1. Memberi “makna” terhadap kehidupan
Kehidupan manusia perlu bebas dari kecelaruan dan kesia-siaan kepada kehidupan yang
bermatlamat dan manusia yang paling baik ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada
masyarakat manusia.
Oleh itu, manusia perlu memiliki sifat dan akhlak yang boleh membantunya mencapai dan merasai
kebahagiaan, walau bagaimana keadaan dan kehidupan yang ditempuhinya. Pengertiaan ini dapat
dilihat bagaimana Nursi menilai kebaikan dan hikmah hidupnya terkurung di dalam penjara walaupun
secara zahirnya ia kelihatan kehidupan yang cukup menyeksakan.[17] Seolah-olah beliau ingin
laungkan kepada manusia dengan katanya;
Wahai mereka yang ingin memberikan makna dalam hidupnya, inilah jalannya.Jalan di mana
seorang banduan mendapat pengertian hidupnya di dalam kurungan. Barangsiapa mampu mencapai
pengertian itu dalam keadaan dan situasi genting seumpama ini, maka ia akan mampu
membebaskan hidupnya walau secara zahirnya dirinya dibelenggu dan dikurung[18]
Dalam tempuh 25 tahun beliau ditahan sama ada dalam penjara (3 tempat) atau buangan (5
tempat), beliau telah berjaya merubah tempat-tempat tersebut menjadi Madrasah Yusufiyyah dan
Madrasah Nuriyyah.[19]
Hanya manusia yang berjiwa mempunyai makna dalam hidupnya dan mampu menyumbang
kebaikan dan manfaat kepada kemanusiaan seperti tokoh-tokoh agung dunia.
2. Merawat penyakit sosial
Rasail al-Nur mensasarkan kehidupan muslim sebagai contoh dalam menghadapi dan merawat
penyakit sosial secara amali. Kesatuan adalah tunjang dalam menghadapi apa sahaja
permasalahan, apatah lagi penyakit-penyakit sosial ketika ini yang telah menyerang seluruh
masyarakat manusia walau di mana mereka berada.
Oleh itu, seluruh institusi agama perlu bersatu untuk membenteras penyakit tersebut. Sikap
mementingkan diri dan tidak mempedulikan orang lain perlu dihapuskan. Nursi menegaskan, ”Aku
hanya memikirkan untukku, orang lain biarlah dia sendiri memikirkannya”[20], ”Sekiranya aku dah
kenyang, bukan urusanku jika orang lain mati kelaparan” dan ”Kamu mesti bekerja supaya aku boleh
makan dan kamu perlu letih supaya aku dapat berehat”[21] adalah barah yang membuahkan sikap
tidak peduli dan mengabaikan tanggungjawab sosial. Akhirnya seluruh masyarakat akan menjadi
rosak.
Institusi dan golongan agama perlu mengabaikan perbezaan-perbezaan dan mencari titik-titik
persamaan[22]untuk bersatu dalam perkara-perkara tertentu seperti akhlak, pendidikan, ekonomi
dan sebagainya. Persamaan secara total dalam seluruh komuniti adalah mustahil, bahkan dalam
satu keluarga yang kecil pasti wujudnya perbezaan. Inikan pula dalam sesebuah negara. Nursi
melihat perbezaan itu adalah titik yang boleh mempertemukan manusia jika dilihat dari sudut yang
positif. Itulah yang dinamakan keistimewaan dalam kepelbagaian. Begitu juga menurutnya, kebaikan
yang tidak bersatu akan dikalahkan oleh kejahatan, walaupun kejahatan hanyalah satu juzuk yang
kecil berbanding dengan kebaikan.[23]
3. Membentuk persaudaraan sejagat
Rasail al-Nur menekankan persaudaraan sejagat yang` terbentuk atas asas semua bangsa berasal
dari keturunan Nabi Adam. Situasi semasa menuntut kerjasama dan komitmen semua pihak dalam
membina sebuah peradaban. Nursi sering mengingatkan bahawa zaman sekarang adalah zaman
jemaah[24] dan manusia seluruhnya perlu bersatu atas prinsip kemanusiaan. Gerak kerja secara
berkumpulan ini ditekankan dalam Rasail al-Nur kerana kesepaduan memberikan kekuatan dan
kekuatan inilah yang menatijahkan keputusan yang lebih baik dan berlipat kali ganda berbanding
tindakan yang dibuat secara bersendirian.[25]
Dunia tidak mungkin stabil dan harmoni sekiranya setiap bangsa di dunia ini tidak memberi
komitmen sewajarnya ke arah kestabilan sejagat. Adalah mustahil untuk mencapai keamanan
sekiranya satu pihak berusaha ke arah perdamaian dan toleransi sedangkan pihak yang lain pula
hanya menjadi pemerhati sahaja.
4. Mewujudkan keadilan sejagat
Keadilan ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Perbahasan yang panjang dan berserakan
mengenai keadilan di dalam Rasail al-Nur membuktikan bahawa Nursi mementingkan teras keadilan
dalam perjuangan dan pemikirannya. Namun dalam konteks perbincangan kita, penulis akan melihat
keadilan (menurut Nursi) dalam dua sudut utama;
i- Keadilan Menilai
Menilai sesuatu mestilah berasaskan kebenaran dan kejujuran, walaupun yang dinilai itu dilihat
sebagai musuh. Nursi telah menunjukkan contoh kepada kita bagaimana penilaian yang adil dapat
dilakukan. Contoh yang paling nyata ialah penilaian terhadap Barat. Nursi berpegang dengan prinsip
”Buang yang keruh dan ambil yang jernih”.[26] Dengan itu, beliau melihat tidak semua yang datang
dari Barat adalah buruk dan rosak, namun begitu, bukannya semua boleh diambil dan ditir u.
Kemajuan sains dan teknologi perlu diambil, bahkan bagi Nursi kita perlu mengucapkan terima kasih
kepada Barat atas sumbangan mereka yang besar ini terhadap dunia. Namun ideologi dan akhlak
yang rosak perlu dihindari dan ditolak sama sekali.
Dalam kehidupan bermasyarakat hari ini, amat perlu kita melihat dan menilai bangsa dan anutannya
yang pelbagai dengan menggunakan kaca mata Nursi. Tidak ada manusia yang sempurna. Oleh itu,
kebaikan seseorang atau sesuatu bangsa perlu diletakkan dihadapan ketika kita menilai.[27] Ini juga
memerlukan kita berbaik sangka terhadap orang lain. Meletakkan keburukan dan kelemahan orang
lain akan menjadi benteng penghalang untuk kita mengenali dan mendekatkan dengan mereka dan
juga menyukarkan kita untuk menerima kebaikan mereka. Keadaan ini secara tidak langsung
menafikan hak mereka sebagai manusia untuk diberi layanan yang adil dan saksama. Islam
mengajar kita untuk berlaku adil kepada teman mahupun musuh.
ii- Keadilan Bertindak
Keadilan bertindak adalah kesan dari keadilan menilai. Nursi mengambil pendekatan pertengahan
dalam bertindak supaya tidak berlaku ifrat dan tafrit. Namun, hanya apabila setiap tindakan dikaitkan
dengan keimanan dan balasan di akhirat akan membolehkan seseorang mempunyai kekautan dan
kemampaun untuk bertindak adil selaras dengan penilaian yang adil. Natijah sesuatu tindakan perlu
diteliti dengan mendalam. Sebagai contoh apabila beliau diajak untuk menentang pihak pemerintah.
Beliau menegaskan bahawa kesilapan memang berpunca dari pemerintah, namun tindakan
memberontak akan mengorbankan ratusan bahkan ribuan insan yang tidak berdosa. Katanya,
”Keadilan al-Quran melarang pembakaran sebuah rumah atau kapal yang di dalamnya terdapat
sepuluh penjenayah dan seorang yang tidak bersalah supaya kemudharatan tidak menimpa orang
yang tidak bersalah itu. Apatah lagi hendak dibakar rumah atau kapal yang tedapat di dalamnya
sepuluh orang yang tidak bersalah dan seorang penjenayah, disebabkan jenayah sipesalah
itu?!!!”[28]
Begitu juga dalam satu peperangan yang berlaku di antara tentera Uthmani dan Armenia. Apabila
tentera Islam berjaya menawan kawasan Armenia, kanak-kanak Armenia hendak ditangkap dan
dibunuh atas alasan tentera Armenia telah membunuh kanak-kanak Islam. Nursi menghalang
tindakan ini kerana kanak-kanak ini tidak berdosa dan mereka tidak menanggung dosa dan
kesalahan yang dilakukan oleh orang tua mereka.[29]Dengan tindakan ini, bukan sahaja kanak-
kanak Armenia yang terselamat, bahkan kanak-kanak Islam yang berada ditangan tentera Armenia
juga telah dibebaskan. Hakikatnya, berdendam tidak akan memberi kebaikan kepada mana-mana
pihak.[30]
Nursi melihat tindakan yang adil ialah apabila ia dibuat untuk kemaslahatan umum bukannya untuk
kepentingan diri ataupun kumpulan tertentu. Pentingkan diri sendiri, membalas dendam, tiada
kasccih sayang dan toleransi adalah antara unsur yang boleh menyebabkan seseorang bertindak
diluar batas keadilan dan kemanusiaan.
5. Membangunkan jiwa masyarakat
Adalah suatu kesilapan apabila manusia menyangka bahawa mereka akan memperolehi
kebahagiaan dengan hanya menguasai kemajuan fizikal (kebendaan). Manusia bukan hanya jasad
semata-mata, bahkan ia juga mempunyai jiwa dan perasaan. Kita boleh melihat pendirian Nursi yang
jelas dalam perkara ini apabila dia membuat kritikan terhadap keburukan yang wujud dalam tamadun
Barat. Nursi menegaskan;
”Lihatlah adakah bermanfaat dengan tingginya keilmuan kamu, dengan hebatnya peradaban dan
tahap kegeniusan kamu dan liciknya tipudaya kamu dibandingkan dengan runtuhnya nilai
kemanusiaan? Adakah malapetaka yang memusnahkan jiwa kemanusiaan ini mampu membawa
kebahagiaan?”
”Lihatlah adakah mungkin manusia menjadi bahagia dengan hanya memiliki kekayaan yang banyak
semata-mata, sedangkan jiwa dan perasaaannya menderita kesakitan”[31]
Apa yang seharusnya diberi penekanan kepada masyarakat dunia dewasa ini ialah persoalan yang
berkaitan dengan akhlak. Bangsa yang maju secara fizikalnya sahaja tidak akan mampu
mengarahkan kemajuan yang dimilikinya untuk kebaikan dunia sejagat. Sebaliknya, ia boleh
merosakkan dunia dan isinya. Untuk menjadi model bangsa terhadap bangsa-bangsa yang lain, kita
perlu memiliki setinggi-tnggi peradaban dari sudut spiritual dan fizikal.
Dialog Antara Agama/Peradaban
Bagaimana kita mahu berubung dengan bangsa-bangsa yang boleh diambil dari kata-kata Nursi;
Wajib ke atas kita untuk tidak melihat bangsa-bangsa asing sebagai musuh. Bahkan kemungkinan
untuk kita melihat mereka sebagai sahabat dan pembantu kerana mereka adalah wasilah untuk
kebahagiaan kita dan untuk mengangkat kalimatullah di zaman kini. Ini disebabkan mereka adalah
perantara bagi peradaban kita…[32]
Kata-kata di atas jelas menggambarkan pendirian Nursi terhadap bangsa lain. Beliau bukan hanya
menolak pandangan permusuhan terhadap umat Lain, bahkan menyeru kepada pembentukan
hubungan di atas prinsip persahabatan dan penghargaan disebabkan mereka membolehkan umat
Islam mencapai peradaban dan kemajuan sains dan teknologi dan sebagainya.
Dalam konteks dunia era globalisasi dan kecanggihan teknologi yang dimiliki manusia hari ini kita
boleh meletakkan manusia berada dalam kategori generasi bertamadun. Menurut Nursi, manusia
yang bertamadun adalah manusia yang meletakkan dialog sebagai saluran utama untuk berinteraksi
sesama manusia.
”Kemenangan terhadap golongan bertamadun nanti adalah dengan hujah (iqnac) dan bukannya
dengan paksaan”[33]
Berdasarkan ungkapan di atas, jelas ketinggian pemikiran Nursi dalam meramalkan keperluan
manusia hari ini. Kita juga bersetuju bahawa masyarakat dunia hari ini perlu meletakkan dialog
sebagai asas interaksi, bukannya dengan cara kekerasan dan paksaan. Dialog adalah ruang yang
paling sesuai untuk mencetuskan hubungan harmoni antara seluruh bangsa di dunia ini.[34] Melalui
dialog mereka boleh menyatakan pandangan mereka dan pada masa yang sama mereka boleh
mendengar dan menerima pandangan pihak lain.
Oleh itu, dalam ruang yang terbatas ini, penulis akan menggariskan beberapa etika dialog yang
dikutip dari pemikiran Nursi agar dapat diaplikasikan nanti. Antaranya ialah;
1. Kebenaran perlu disampaikan dengan kasih sayang.[35] Ini bermakna kekerasan tidak mampu
memperlihatkan kebenaran, bahkan berkemungkinan ica mencetuskan permusuhan dan
persengketaan.
2. Penerangan tentang Islam perlu dilakukan dengan sebaik mungkin atas dasar mereka tidak
mengenali Islam.[36] Penerangan yang jelas akan memudahkan mereka memahami Islam secara
tepat.
3. Sekiranya kita melakukan kesilapan dan melalui dialog kita diberi teguran[37], maka terimalah
teguran itu dengan ikhlas dan ucapkanlah terima kasih kepada pihak yang menegur kerana
mereka telah membantu kita untuk memperbetulkan kesilapan kita sebelum kesilapan tersebut
memusnahkan kita.[38]
4. Ketika berdialog juga, pastikan kita tidak melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan kesucian
agama kerana mungkin kesilapan dan kecuaian dari kita, menjadikan Islam dan saudara seagama
kita sebagai sasaran cemuhan.[39]
5. Dialog perlulah meletakkan kepentingan ”Kita” bukannya ”Saya” kerana kebahagiaan yang
sebenar ialah apabila majoriti yang mengecapi kebahagiaan bukannya minoriti.[40] Dengan kata
lain, kepentingan awam seperti membina kestabilan masyarakat, mengangkat kedudukan sosio-
ekonomi, memperkemaskan sistem pendidikan adalah antara topik perbincangan yang boleh
diketengahkan. Berdialog bukannya bertujuan untuk memperlihatkan siapa yang lebih hebat atau
lebih kuat.[41]
6. Dialog perlu disertai oleh mereka yang benar-benar ingin membentuk kesefahaman dan
kerjasama. Ini penting bagi memastikan dialog membawa kebaikan kepada semua. Sekiranya
tidak jangan dihabiskan masa dalam dialog yang sia-sia,[42] apatah lagi jika sekiranya dialog
menjadi tempat tercetusnya perbalahan dan ketegangan.
7. Peserta dialog perlu mempunyai prinsip untuk bersatu di atas dasar kebaikan kerana kebaikan
yang tidak bersatu akan menyebabkan kejahatan menjadi lebih kuat.[43]
8. Jangan menghukum seseorang atau sesuatu pihak dengan satu kesilapan yang dilakukan,
sedangkan kebaikan-kebaikan yang mereka lakukan disembunyikan.[44] Atas asas ini, kita perlu
mengakui bahawa tidak ada kesempurnaan bagi manusia. Hanya Allah sahaja yang sempurna.
9. Untuk menghadapi sesuatu ancaman atau bahaya, perlu disisihkan perbezaan dan perselisihan di
antara kita.[45] Nursi menyeru supaya masyarakat Islam dan Kristian bersatu dalam menghadapi
serangan Atheis.[46] Bagi menghadapi krisis moral masyarakat, setiap pendokong agama perlu
bersatu merangka langkah-langkah pencegahan dan seterusnya sama-sama bertindak dalam
batasan kemampuan yang ada pada diri masing-masing.
10. Musuh utama yang menggagalkan dialog ialah musuh dalaman (nafsu).[47] Dengan demikian,
perlulah kita melibatkan diri dalam dialog dengan sifat rendah diri dan mencari kebenaran.[48]
11. Manusia yang menjauhi agama akan menjadi buas dan ganas.[49] Oleh itu pendekatan agama
adalah saluran utama yang perlu diketengahkan dalam mencari jalan penyelesaian dalam
menghadapi sesuatu musibah dan ancaman.
12. Setiap orang mesti bercakap benar ketika berdialog[50] kerana kebenaranlah yang boleh
membawa kesefahaman dan kerjasama semua pihak.
13. Kebenaran perlu dinyatakan walaupun di mana kita berada[51] kerana berdiam dari menyatakan
kebenaran atau membiarkan pembohongan adalah menghina kebenaran itu sendiri.[52]
14. Kemaafan perlu diutamakan kerana manusia adalah lemah dan tidak sempurna. Jangan sesekali
berdendam kerana ia meruntuhkan bukannya membina.[53]
15. Jangan meletakkan matlamat dialog hanya untuk kepentingan masa kini, tetapi jadikan ia sebagai
wasilah pembentukan generasi dunia untuk masa mendatang.[54]
16. Asingkan kebaikan dan keburukan yang ada pada diri seseorang kerana kebaikan untuk diambil
dan keburukan untuk dijauhi.
17. Usaha untuk mencapai kestabilan dan kemakmuran memerlukan kesabaran dan usaha seorang
yang sabar lebih baik dari 20 orang yang tidak sabar.[55] Sekalipun usaha di dunia tidak
membuahkan hasil, namun ganjaran di akhirat pasti akan diperolehi.[56]
Penutup
Dunia ini akan menjadi lebih aman dan tenteram sekiranya Dialog Antara Peradaban/Agama dapat
diperkemaskan dan diperbanyakkan dan yang lebih penting pelaksanaan terhadap setiap resolusi itu
dapat dilakukan.
Kejayaan dalam membentuk keharmonian sosial walaupun agak sukar, tetapi bukanlah mustahil
sekiranya manusia sedar akan tanggungjawab masing-masing terhadap bumi ini. Manusia juga perlu
menerima bahawa perbezaan adalah pendorong kearah persefahaman dan toleransi.
Mohamad Zaidin Mat@Mohamad
Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani
www.MalaysiaNur.com
Bibliografi
Al-Qur’an al-Karim.
al-Sammak, Muhammad. 1999.Mawqic al-Islam fi Sirac al-Hadarat wa al-Nizam al-cAlami al-Jadid.
Beirut: Dar al-Nafa’is.
Ammar Jaydal. al-Wazifah al-Ijtimaciyyah li Maqasid Rasa’il al-Nur. Prosiding al-Mu’tamar al-
cAlami al-Sabic li Badic al-Zaman Sacid al-Nursi, Istanbul: Suzlar li al-Nashr.
Hamdi Shafiq. t.th. al-Islam wa al-Akhar. t.tp.:t.pt.
Ibrahim cAbd al-Rahman Zaydan. 2004. al-Islam wa al-Ra’sumaliyyah wa Sirac al-Hadarat. Amman:
Dar al-Furqan.
Muhammad Rushdi cUbayd. 1993. Malamih Tarbawiyah fi Rasa’il al-Nur. Dalam Prosiding Mu’tamar
al-AlamiHawl Tajdid al-Fikr al-Islami. Istanbul: Suzlar li al-Nashr.
al-Nursi, Badic al-Zaman Sacid. 1993. al-Lamcat. Terj. Ihsan Qasim al-Salihi. Kaherah: Sharikat
Suzlar li al-Nashr.
al-Nursi, Badic al-Zaman Sacid. 1995. al-Malahiq. Terj. Ihsan Qasim al-Salihi.Istanbul: Dar Suzlar li
al-Nashr.
al-Nursi, Badic al-Zaman Sacid. 1995. Sayqal al-Islam. Terj. Ihsan Qasim al-Salihi. Istanbul: Dar
Suzlar li al-Nashr.
al-Nursi, Badic al-Zaman Sacid. 1998. Sirah Dhatiyyah. Terj. Ihsan Qasim al-Salihi. Istanbul:
Matbacat Suzlar.
Salah Ed-Din A. Nefeily. 2009. It is ‘Dialogue’ not ‘Clash’ that we need; A Study of the Topic from an
Islamic Point of View. Kaherah:Dar an-Nashr Liljami’at.
[1] Yang bermaksud, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan..” (al-Hujurat : 13)
[2] al-Sammak, Muhammad, Mawqic al-Islam fiSirac al-Hadarat wa al-Nizam al-cAlami al-Jadid, Dar
al-Nafa’is, Beirut, 1999, hlm. 152-153. Juga sila lihat Ibrahim cAbd al-Rahman Zaydan, al-Islam wa
al-Ra’sumaliyyah waSirac al-Hadarat, Dar al-Furqcn,Amman, 2004, hlm. 159.
[3]al-Nursi, Badic al-Zaman Sacid, Sirah Dhatiyyah, terj. Ihsan Qasim al-Salihi, Matbacat
Suzlar,Istanbul, 1998, hlm. 95.
[4] al-Nursi, Sayqal al-Islam, hlm. 496.
[5] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 95, 98.
[6] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 367.
[7] Osman Bakar, The Qur’an on Interfaith and Inter-Civilization Dialogue, International Institute of
Islamic Thought Malaysia (IIITM),Kuala Lumpur, hlm. 19.
[8] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 351.
[9] http://en.fgulen.com/conference-papers/gulen-conference-in-washingt…
[10] http://en.fgulen.com/conference-papers/gulen-conference-in-washingt…
[11]
[12] al-Nursi, Sayqal al-Islam, terj. Ihsan Qasim al-Salihi, Dar Suzlar li al-Nashr,Istanbul, 1995, hlm.
174.
[13] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 312.
[14] al-Nursi, Sayqal al-Islam, hlm. 174.
[15] Muhammad Rushdi cUbayd, Malamih Tarbawiyah fi Rasa’il al-Nur dalam Prosiding Mu’tamar al-
cAlamiHawl Tajdid al-Fikr al-Islami, Suzlar li al-Nashr,Istanbul, 1993, hlm. 84.
[16] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 471.
[17] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 387.
[18] cAmmar Jaydal, al-Wazifah al-Ijtimaciyyah li Maqasid Rasa’il al-Nur, dalam Prosiding al-
Mu’tamar al-cAlamial-Sabic li Badic al-Zaman Sacid al-Nursi, Suzlar li al-Nashr, Istanbul, hlm. 140.
[19] Mohamad Zaidin, Kejatuhan Khilafah dan Responds Badiuzzaman Said Nursi, dalam Prosiding
Simposium Sejarah Pemikiran Politik Islam, UKM, Bangi, 2004, hlm. 67
[20] al-Nursi, Sayqal al-Islam, hlm. 536.
[21] Al-Nursi, Isharat al-I’jaz fi Mazan al-Ijaz, Dar Suzlar li al-Nashr, Kaherah, 1994, hlm. 54.
[22] al-Nursi, al-Malahiq, terj. Ihsan Qasim al-Salihi, Dar Suzlar li al-Nashr, Istanbul, 1995, hlm. 195;
Hamdi Shafiq, al-Islam wa al-Akhar, t.tp., t.th., hlm. 88.
[23] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 314.
[24] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 186, 313.
[25] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 316.
[26] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 86.
[27] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah,hlm. 88.
[28] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 447-448.
[29] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 126, 469.
[30] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 447.
[31] al-Nursi, Badic al-Zaman Sacid, al-Lamcat, terj. Ihsan Qasim al-Salihi, Sharikat Suzlar li al-
Nashr, Kaherah, 1993, hlm. 177.
[32]
[33] al-Nursi, Sayqal al-Islam, hlm. 446, 527, 525
[34] Salah Ed-Din A. Nefeily, It is ‘Dialogue’ not ‘Clash’ that we need; A Study of the Topic from an
Islamic Point of View, Dar an-Nashr Liljami’at, Kaherah, 2009, hlm. 13.
[35] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 95.
[36] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 95.
[37] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 249.
[38] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 366.
[39] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 104, 365.
[40] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 140.
[41] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 363.
[42] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 354.
[43] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 314.
[44] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 88.
[45] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 318, 368.
[46] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 312.
[47] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 375.
[48] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 368.
[49] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 380.
[50] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 287.
[51] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 244, 252.
[52] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 289.
[53] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 362, 471.
[54] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 376.
[55] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 421.
[56] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 409.

More Related Content

What's hot

Hubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnik
Hubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnikHubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnik
Hubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnik
Asraf Rahmat
 
Bab 7 islam dan hubungan etnik
Bab 7 islam  dan hubungan etnikBab 7 islam  dan hubungan etnik
Bab 7 islam dan hubungan etnikkim rae KI
 
Makalah m. zainuddin
Makalah m. zainuddinMakalah m. zainuddin
Makalah m. zainuddinFelix Juanto
 
CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam
CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islamCTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam
CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam
Muhd Iqball
 
Kerukunan umat beragama
Kerukunan umat beragamaKerukunan umat beragama
Kerukunan umat beragama
Mushoddik Indisav
 
Moderasi beragama-dan-keadilan-hakiki
Moderasi beragama-dan-keadilan-hakikiModerasi beragama-dan-keadilan-hakiki
Moderasi beragama-dan-keadilan-hakiki
AhmadNawawi34
 
(sindonews.com) Opini sosial budaya 10 oktober 2016-18 november 2016
(sindonews.com) Opini sosial budaya 10 oktober 2016-18 november 2016(sindonews.com) Opini sosial budaya 10 oktober 2016-18 november 2016
(sindonews.com) Opini sosial budaya 10 oktober 2016-18 november 2016
ekho109
 
Hubungan etnik islam & hubungan etnik
Hubungan etnik   islam & hubungan etnikHubungan etnik   islam & hubungan etnik
Hubungan etnik islam & hubungan etnikMahyuddin Khalid
 
Konsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamKonsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamIzzat Najmi
 
Bab 7 islam hadari dan hubungan etnik
Bab 7 islam hadari dan hubungan etnikBab 7 islam hadari dan hubungan etnik
Bab 7 islam hadari dan hubungan etnikNur Az
 
Kerukunan antar umat beragama
Kerukunan antar umat beragamaKerukunan antar umat beragama
Kerukunan antar umat beragama
universitas negeri makassar
 
Konsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamKonsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamAzman Ariffin
 
Ac301 tamadun islam
Ac301   tamadun islamAc301   tamadun islam
Ac301 tamadun islam
safwanpbs
 
Konsep Ketamadunan Islam
Konsep Ketamadunan IslamKonsep Ketamadunan Islam
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Yanese Ayne
 

What's hot (18)

Hubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnik
Hubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnikHubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnik
Hubungan etnik bab 8 agama_dan_hubungan_etnik
 
Bab 7 islam dan hubungan etnik
Bab 7 islam  dan hubungan etnikBab 7 islam  dan hubungan etnik
Bab 7 islam dan hubungan etnik
 
Makalah m. zainuddin
Makalah m. zainuddinMakalah m. zainuddin
Makalah m. zainuddin
 
Islam dan hubungan etnik
Islam dan hubungan etnikIslam dan hubungan etnik
Islam dan hubungan etnik
 
CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam
CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islamCTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam
CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam
 
Kerukunan umat beragama
Kerukunan umat beragamaKerukunan umat beragama
Kerukunan umat beragama
 
Konsep Tamadun islam
Konsep Tamadun islamKonsep Tamadun islam
Konsep Tamadun islam
 
Moderasi beragama-dan-keadilan-hakiki
Moderasi beragama-dan-keadilan-hakikiModerasi beragama-dan-keadilan-hakiki
Moderasi beragama-dan-keadilan-hakiki
 
Matlamat tamadun islam
Matlamat tamadun islamMatlamat tamadun islam
Matlamat tamadun islam
 
(sindonews.com) Opini sosial budaya 10 oktober 2016-18 november 2016
(sindonews.com) Opini sosial budaya 10 oktober 2016-18 november 2016(sindonews.com) Opini sosial budaya 10 oktober 2016-18 november 2016
(sindonews.com) Opini sosial budaya 10 oktober 2016-18 november 2016
 
Hubungan etnik islam & hubungan etnik
Hubungan etnik   islam & hubungan etnikHubungan etnik   islam & hubungan etnik
Hubungan etnik islam & hubungan etnik
 
Konsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamKonsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islam
 
Bab 7 islam hadari dan hubungan etnik
Bab 7 islam hadari dan hubungan etnikBab 7 islam hadari dan hubungan etnik
Bab 7 islam hadari dan hubungan etnik
 
Kerukunan antar umat beragama
Kerukunan antar umat beragamaKerukunan antar umat beragama
Kerukunan antar umat beragama
 
Konsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamKonsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islam
 
Ac301 tamadun islam
Ac301   tamadun islamAc301   tamadun islam
Ac301 tamadun islam
 
Konsep Ketamadunan Islam
Konsep Ketamadunan IslamKonsep Ketamadunan Islam
Konsep Ketamadunan Islam
 
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
 

Similar to Kepelbagaian budaya

Akhlak sosial
Akhlak sosialAkhlak sosial
Akhlak sosial
Yuliana
 
Teras dan terap pluralisme
Teras dan terap pluralismeTeras dan terap pluralisme
Teras dan terap pluralismeKamsul Khusairi
 
Syarifudin ambon, jurnalistik dakwah
Syarifudin ambon, jurnalistik dakwahSyarifudin ambon, jurnalistik dakwah
Syarifudin ambon, jurnalistik dakwahSyarifudin Amq
 
Pluralisme menuju masyarakat majmuk
Pluralisme menuju masyarakat majmukPluralisme menuju masyarakat majmuk
Pluralisme menuju masyarakat majmuk
IndraGunawan335
 
Makalah kerukunan umat_beragama
Makalah kerukunan umat_beragamaMakalah kerukunan umat_beragama
Makalah kerukunan umat_beragama
AswanPrinting
 
ADAB BERBANGSA & BERNEGARA.pptx
ADAB BERBANGSA & BERNEGARA.pptxADAB BERBANGSA & BERNEGARA.pptx
ADAB BERBANGSA & BERNEGARA.pptx
herisubagja
 
Selamatkan Umat Islam di Malaysia
Selamatkan Umat Islam di MalaysiaSelamatkan Umat Islam di Malaysia
Selamatkan Umat Islam di Malaysia
Tengku Sani Raja Ahmad Sufian
 
Membangun budaya dialog
Membangun budaya dialogMembangun budaya dialog
Membangun budaya dialogLina Abu Bakar
 
Kebudayaan islam
Kebudayaan islam Kebudayaan islam
Kebudayaan islam Raima Amari
 
Dakwah multikultural
Dakwah multikulturalDakwah multikultural
Dakwah multikultural
muhammadrosidi
 
Ukhuwah islam 1(persaudaraan muslim dan sesama manusia)
Ukhuwah islam 1(persaudaraan muslim dan sesama manusia)Ukhuwah islam 1(persaudaraan muslim dan sesama manusia)
Ukhuwah islam 1(persaudaraan muslim dan sesama manusia)
ImamBudiyanto28
 
Interfaith dialogue
Interfaith dialogueInterfaith dialogue
Interfaith dialogue
Kiki Zakiah
 
Peran umat islam_dalam_mewujudkan_masyarakat_madani
Peran umat islam_dalam_mewujudkan_masyarakat_madaniPeran umat islam_dalam_mewujudkan_masyarakat_madani
Peran umat islam_dalam_mewujudkan_masyarakat_madani
Kartika Dwi Rachmawati
 
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratUitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratsakura rena
 
Makalah agama Tasamuh dan i'tidal
Makalah agama Tasamuh dan i'tidal Makalah agama Tasamuh dan i'tidal
Makalah agama Tasamuh dan i'tidal
Alfiseptina
 

Similar to Kepelbagaian budaya (20)

Akhlak sosial
Akhlak sosialAkhlak sosial
Akhlak sosial
 
Teras dan terap pluralisme
Teras dan terap pluralismeTeras dan terap pluralisme
Teras dan terap pluralisme
 
Syarifudin ambon, jurnalistik dakwah
Syarifudin ambon, jurnalistik dakwahSyarifudin ambon, jurnalistik dakwah
Syarifudin ambon, jurnalistik dakwah
 
Pluralisme menuju masyarakat majmuk
Pluralisme menuju masyarakat majmukPluralisme menuju masyarakat majmuk
Pluralisme menuju masyarakat majmuk
 
Makalah kerukunan umat_beragama
Makalah kerukunan umat_beragamaMakalah kerukunan umat_beragama
Makalah kerukunan umat_beragama
 
ADAB BERBANGSA & BERNEGARA.pptx
ADAB BERBANGSA & BERNEGARA.pptxADAB BERBANGSA & BERNEGARA.pptx
ADAB BERBANGSA & BERNEGARA.pptx
 
Membangun Peradaban Islam
Membangun Peradaban IslamMembangun Peradaban Islam
Membangun Peradaban Islam
 
Selamatkan Umat Islam di Malaysia
Selamatkan Umat Islam di MalaysiaSelamatkan Umat Islam di Malaysia
Selamatkan Umat Islam di Malaysia
 
Makalah PAI
Makalah PAIMakalah PAI
Makalah PAI
 
Pluralisme agama
Pluralisme agamaPluralisme agama
Pluralisme agama
 
Membangun budaya dialog
Membangun budaya dialogMembangun budaya dialog
Membangun budaya dialog
 
Kebudayaan islam
Kebudayaan islam Kebudayaan islam
Kebudayaan islam
 
Dakwah multikultural
Dakwah multikulturalDakwah multikultural
Dakwah multikultural
 
Ukhuwah islam 1(persaudaraan muslim dan sesama manusia)
Ukhuwah islam 1(persaudaraan muslim dan sesama manusia)Ukhuwah islam 1(persaudaraan muslim dan sesama manusia)
Ukhuwah islam 1(persaudaraan muslim dan sesama manusia)
 
Interfaith dialogue
Interfaith dialogueInterfaith dialogue
Interfaith dialogue
 
Peran umat islam_dalam_mewujudkan_masyarakat_madani
Peran umat islam_dalam_mewujudkan_masyarakat_madaniPeran umat islam_dalam_mewujudkan_masyarakat_madani
Peran umat islam_dalam_mewujudkan_masyarakat_madani
 
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratUitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
 
Tugas pkn
Tugas pknTugas pkn
Tugas pkn
 
Makalah agama Tasamuh dan i'tidal
Makalah agama Tasamuh dan i'tidal Makalah agama Tasamuh dan i'tidal
Makalah agama Tasamuh dan i'tidal
 
Nota bab-2
Nota bab-2Nota bab-2
Nota bab-2
 

Recently uploaded

Teknik biakan dan Pewarnaan mikroorganisme
Teknik biakan dan Pewarnaan mikroorganismeTeknik biakan dan Pewarnaan mikroorganisme
Teknik biakan dan Pewarnaan mikroorganisme
Syartiwidya Syariful
 
UNIKBET Link Slot Habanero Deposit Bisa Via Bank Kaltim
UNIKBET Link Slot Habanero Deposit Bisa Via Bank KaltimUNIKBET Link Slot Habanero Deposit Bisa Via Bank Kaltim
UNIKBET Link Slot Habanero Deposit Bisa Via Bank Kaltim
csooyoung073
 
Materi Kuliah Kristalisasi - Teknologi Pangan
Materi Kuliah Kristalisasi - Teknologi PanganMateri Kuliah Kristalisasi - Teknologi Pangan
Materi Kuliah Kristalisasi - Teknologi Pangan
AtikaYahdiyaniIkhsan
 
Angka Kecukupan Gizi dan cara perhitungannya
Angka Kecukupan Gizi dan cara perhitungannyaAngka Kecukupan Gizi dan cara perhitungannya
Angka Kecukupan Gizi dan cara perhitungannya
Syartiwidya Syariful
 
Mikroorganisme pangan : bakteri dan manfaatnya di industri pangan
Mikroorganisme pangan : bakteri dan manfaatnya di industri panganMikroorganisme pangan : bakteri dan manfaatnya di industri pangan
Mikroorganisme pangan : bakteri dan manfaatnya di industri pangan
Syartiwidya Syariful
 
KRISTALISASI DAN PROSES PEMBENTUKAN KRISTAL
KRISTALISASI DAN PROSES PEMBENTUKAN KRISTALKRISTALISASI DAN PROSES PEMBENTUKAN KRISTAL
KRISTALISASI DAN PROSES PEMBENTUKAN KRISTAL
AtikaYahdiyaniIkhsan
 
Kebijakan penyediaan pangan dan gizi di Indonesia
Kebijakan penyediaan pangan dan gizi di IndonesiaKebijakan penyediaan pangan dan gizi di Indonesia
Kebijakan penyediaan pangan dan gizi di Indonesia
Syartiwidya Syariful
 

Recently uploaded (7)

Teknik biakan dan Pewarnaan mikroorganisme
Teknik biakan dan Pewarnaan mikroorganismeTeknik biakan dan Pewarnaan mikroorganisme
Teknik biakan dan Pewarnaan mikroorganisme
 
UNIKBET Link Slot Habanero Deposit Bisa Via Bank Kaltim
UNIKBET Link Slot Habanero Deposit Bisa Via Bank KaltimUNIKBET Link Slot Habanero Deposit Bisa Via Bank Kaltim
UNIKBET Link Slot Habanero Deposit Bisa Via Bank Kaltim
 
Materi Kuliah Kristalisasi - Teknologi Pangan
Materi Kuliah Kristalisasi - Teknologi PanganMateri Kuliah Kristalisasi - Teknologi Pangan
Materi Kuliah Kristalisasi - Teknologi Pangan
 
Angka Kecukupan Gizi dan cara perhitungannya
Angka Kecukupan Gizi dan cara perhitungannyaAngka Kecukupan Gizi dan cara perhitungannya
Angka Kecukupan Gizi dan cara perhitungannya
 
Mikroorganisme pangan : bakteri dan manfaatnya di industri pangan
Mikroorganisme pangan : bakteri dan manfaatnya di industri panganMikroorganisme pangan : bakteri dan manfaatnya di industri pangan
Mikroorganisme pangan : bakteri dan manfaatnya di industri pangan
 
KRISTALISASI DAN PROSES PEMBENTUKAN KRISTAL
KRISTALISASI DAN PROSES PEMBENTUKAN KRISTALKRISTALISASI DAN PROSES PEMBENTUKAN KRISTAL
KRISTALISASI DAN PROSES PEMBENTUKAN KRISTAL
 
Kebijakan penyediaan pangan dan gizi di Indonesia
Kebijakan penyediaan pangan dan gizi di IndonesiaKebijakan penyediaan pangan dan gizi di Indonesia
Kebijakan penyediaan pangan dan gizi di Indonesia
 

Kepelbagaian budaya

  • 1. Abstrak Masyarakat manusia dalam era globalisasi dilihat seolah-olah berada dalam sebuah perkampungan yang tidak bersempadan. Masing-masing boleh berhubung di antara satu sama lain dengan pantas untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan. Oleh itu, manusia walaupun dari pelbagai warna kulit, negara, agama dan budaya, mempunyai kewajipan sosial yang perlu disumbangkan kepada masyarakat dunia untuk melihat bumi yang sama-sama dikongsi ini tidak berada dalam keadaan yang tidak stabil. Ttulisan ini akan cuba menyingkap pemikiran Badiuzzaman Said Nursi terhadap beberapa kewajipan sosial yang boleh dijadikan asas kerjasama dan kehidupan berharmoni dalam konteks masyarakat berbilang bangsa, budaya dan agama. Juga akan turut disentuh Dialog Antara Peradaban dan adab-adab berdialog yang boleh diaplikasikan untuk memastikan dialog berlansung dalam keadaan tenang dan mencapai matlamat yang dicita-citakan. Pendahuluan Keharmonian sosial dalam konteks sesebuah negara merupakan impian setiap individu dan kerajaan kerana tanpa keharmonian, negara tidak akan mencapai kestabilan dan keutuhan dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Cabaran yang lebih besar sekiranya sesebuah negara itu dihuni oleh pelbagai etnik yang semestinya menganut pelbagai agama dan memiliki seribu satu adat dan budaya yang ingin diamalkan dan diwarisi. Hakikatnya, bumi ini adalah seumpama sebuah negara yang besar yang dihiasi dengan pelbagai bentuk keunikan budaya dan peradaban . Atas kebijaksanaan Allah dan hikmahNya yang agung, manusia yang menghuni bumi ini, walaupun mempunyai pelbagai perbezaan perlu berinteraksi[1] dan bekerjasama bagi memastikan kestabilan dan keharmonian seluruh masyarakat manusia. Interaksi ataupun dialog antara manusia ini merupakan suatu kemestian dan perlu diusahakan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan kesukaran. Berhubung dengan persoalan di atas, Nursi adalah antara tokoh yang mempunyai pandangan yang cukup unik untuk dikongsi bersama. Gagasan idea Nursi ini dibentuk oleh keistimewaan intelektual dan pengalaman hidup di tengah-tengah pusat interaksi peradaban dunia ketika itu, iaitu Istanbul. Istanbul adalah garis tengah penghubung dunia Islam dan Barat. Kota ini juga adalah lambang keunikan budaya disebabkan masyarakat berbilang kaum dan agama yang berada di bawah naungan Empayar Islam Uthmani ketika itu. Kepentingan Idea Nursi dalam Konteks Semasa Saban tahun dilihat seminar-seminar yang membicarakan pemikiran tokoh ini diadakan yang melangkaui sempadan benua sehingga meliputi dunia Islam (timur) dan Barat. Ini membuktikan
  • 2. kerelevanan idea Nursi di peringkat global dan penerimaan masyarakat dunia khususnya golongan akademik terhadap idea tersebut. Penulis melihat ada dua faktor utama yang membawa kepada keadaan ini, iaitu; 1. Suasana Semasa: Kestabilan dunia dalam perkembangan hari ini dilihat berada pada tahap yang membimbangkan. Percaturan politik dan ekonomi antarabangsa yang disebahagiannya disemarakkan lagi oleh provokasi golongan tertentu seperti ”Pertembungan Peradaban” [2] (Clash of Civilization) telah menimbulkan perasaan curiga dan sangsi antara kelompok-kelompok bangsa di dunia ini. Bahkan dalam sesebuah negara yang mempunyai warganegara daripada pelbagai budaya, bangsa dan agama juga dilihat menghadapi masalah hubungan antara kaum yang kekadangnya membawa kepada permusuhan dan peperangan. Ini menggambarkan betapa kita memerlukan satu gagasan prinsip yang boleh mengharmonikan hubungan antara kaum dan menghidupkan semangat kekitaan sebagai warganegara dunia yang bertanggungjawab memelihara keharmonian dan kestabilan negara dan dunia sejagat. Justeru Nursi dilihat mempunyai gagasan pemikiran dan idea yang amat sesuai untuk diketengahkan. 2. Ketokohan Nursi: Kita perlu memahami bahawa Nursi yang menggelarkan dirinya sebagai Khadim al-Quran adalah seorang tokoh yang meletakkan al-Quran sebagai satu-satunya sumber ucapan, tulisan mahupun perbuatannya. Inilah asas kekuatan Nursi dan menjadikan idea beliau cukup relevan tanpa dibatasi masa dan tempat. Al-Quran adalah kitab kebenaran dan kebenaran inilah yang diperjuangkan beliau. Bagi beliau perjuangan untuk membawa kebenaran mestilah melalui dialog dan bukannya dengan kekerasan.[3] Beliau pernah menyebut, ”nantinya manusia akan menemui kebenaran disebabkan kebebasan berfikir dan keinginan manusia untuk mencari kebenaran”.[4] Bahkan beliau juga berpesan dengan katanya, ”masyarakat moden akan hanya dapat dipuaskan dengan hujah (dialog)”.[5] Kepelbagaian budaya, bangsa dan agama adalah ketentuan Allah yang penuh dengan hikmah. Nursi melihat alam ini yang dipenuhi dengan pelbagai ciptaan dan makhluk sebagai bukti kebesaran dan keagungan Allah. Walaupun terkadang antara ciptaan tersebut dilihat saling bertentangan seperti kejadian malam dan siang, langit dan bumi, lelaki dan perempuan dan sebagainya. Namun inilah kebesaran Allah yang boleh melakukan apa sahaja tanpa mampu ditahan atau disekat. Justeru, hal ini juga mempunyai persamaan dengan perbezaan yang ada pada setiap manusia khususnya yang menyentuh soal anutan atau kepercayaan. Perbezaan ini bukanlah alasan untuk melakukan pencerobohan terhadap pihak lain, tetapi seharusnya diyakini bahawa ia memberi petunjuk manusia perlu kenal-mengenali, bertolak ansur, bekerjasama kerana itulah hikmah terbesar kepelbagaian ini seperti yang disebut di dalam al-Quran.
  • 3. Nursi memahami keadaan ini kerana Rasail al-Nur adalah pantulan daripada al-Quran sebagaimana yang beliau tegaskan.[6] Bahkan ia juga menjadi cabaran kepada umat Islam untuk bertindak sebagai umat terbaik dalam menganjurkan perdamaian, memperkemaskan uslub dakwah terhadap non muslim dan membuktikan gelaran umat pertengahan (ummatan wasatan).[7] Nursi amat memahami keadaan ini sebab itulah beliau tidak melihat golongan non muslim sebagai musuh, tetapi menganggap diri mereka seperti saudara sendiri.[8] Nursi adalah seorang yang sanggup menghadapi apa jua risiko dan bahaya untuk mempertahankan prinsip agamanya. Tidak hairanlah sekiranya beliau sanggup dijatuhkan hukuman mati ketika dalam tahanan di Costormo dan sanggup dikenakan hukuman gantung kerana memperjuangkan syariat Islam ketika di Istanbul. Oleh itu, dalam konteks perbincangan kita berkenaan Dialog Antara Agama, kita perlu memahami bahawa ia perlu diadakan dengan menepati kehendak dan garis panduan syariat Islam. Adalah silap sekiranya kita beranggapan bahawa dengan kita menerima seadanya saudara-saudara kita dari golongan non Muslim bermakna kita sudah meletakkan Islam adalah sama dengan agama-agama yang lain.[9] Sebenarnya Islam adalah agama yang mendokong prinsip ta’ayush dan tafacul dengan agama dan bangsa yang lain selagi tidak merosakkan Islam itu sendiri.[10] Nursi cukup memahami perkara ini. Dengan demikian beliau menyarankan umat Islam untuk menerima kebaikan yang ada dari peradaban Barat.[11] Matlamat Rasail al-Nur Matlamat terbesar Rasail al-Nur ialah untuk kebahagiaan manusia[12] melalui keamanan.[13] Namun manusia tidak mampu untuk mencari dan bertindak ke arah kebahagiaan mereka selagi mereka sendiri tidak mengerti dan memahami tugas dan kewajipan sebenar mereka di dunia ini. Ini dijelaskan Rasail al-Nur, Wahai manusia, Tujuan tertinggi penciptaan alam ini ialah pengabdianmu yang sepenuhnya terhadap ketuhanan. Sesungguhnya tujuan penciptaan manusia tercapainya matlamat pengabdian dengan ilmu dan kesempurnaan”. Jalan menuju ke arah tersebut ialah melalui hakikat keimanan kerana dengannya manusia akan terdorong merealisasikan kewajipan dirinya sebagai pentadbir dunia (khalifatullah) dengan sebaik mungkin.[14] Jelas dari kata-kata di atas, peranan memakmurkan dunia ini adalah amanah terbesar terhadap manusia kerana hanya manusia yang layak untuk mengurus tadbir dunia ini dengan pelbagai keistimewaan yang dianugerahkan Allah. Maka manusia menurut Nursi adalah makhluk yang mempunyai kelebihan dari sudut akal, ruhani dan akhlak, yang melayakkannya sebagai Khalifatullah di dunia ini.[15]
  • 4. Amanah ini memerlukan komitmen dari semua pihak, lebih-lebih lagi umat Islam. Namun umat Islam hanyalah sebuah keluarga – dari keluarga kemanusiaan sejagat – yang memerlukan sokongan dan dokongan pihak lain dalam mewujudkan kemakmuran dan keamanan dunia ini. Ketika membincangkan bahawa “al-Quran rahmatan li al-alamin”, Nursi menambah bahawa sebagaimana al-Quran adalah rahmat kepada umat Islam, ia juga adalah rahmat kepada seluruh non Muslim dan manusia sejagat”.[16] Kewajipan Sosial Bagi mencapai keharmonian sosial, manusia perlu menunaikan beberapa kewajipan selaras dengan kefahaman bahawa manusia dari pelbagai budaya dan peradaban adalah sebuah keluarga kemanusiaan sejagat yang mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing terhadap keluarga dan rumah kediamannya (bumi). Antara kewajipan tersebut ialah; 1. Memberi “makna” terhadap kehidupan Kehidupan manusia perlu bebas dari kecelaruan dan kesia-siaan kepada kehidupan yang bermatlamat dan manusia yang paling baik ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada masyarakat manusia. Oleh itu, manusia perlu memiliki sifat dan akhlak yang boleh membantunya mencapai dan merasai kebahagiaan, walau bagaimana keadaan dan kehidupan yang ditempuhinya. Pengertiaan ini dapat dilihat bagaimana Nursi menilai kebaikan dan hikmah hidupnya terkurung di dalam penjara walaupun secara zahirnya ia kelihatan kehidupan yang cukup menyeksakan.[17] Seolah-olah beliau ingin laungkan kepada manusia dengan katanya; Wahai mereka yang ingin memberikan makna dalam hidupnya, inilah jalannya.Jalan di mana seorang banduan mendapat pengertian hidupnya di dalam kurungan. Barangsiapa mampu mencapai pengertian itu dalam keadaan dan situasi genting seumpama ini, maka ia akan mampu membebaskan hidupnya walau secara zahirnya dirinya dibelenggu dan dikurung[18] Dalam tempuh 25 tahun beliau ditahan sama ada dalam penjara (3 tempat) atau buangan (5 tempat), beliau telah berjaya merubah tempat-tempat tersebut menjadi Madrasah Yusufiyyah dan Madrasah Nuriyyah.[19] Hanya manusia yang berjiwa mempunyai makna dalam hidupnya dan mampu menyumbang kebaikan dan manfaat kepada kemanusiaan seperti tokoh-tokoh agung dunia. 2. Merawat penyakit sosial
  • 5. Rasail al-Nur mensasarkan kehidupan muslim sebagai contoh dalam menghadapi dan merawat penyakit sosial secara amali. Kesatuan adalah tunjang dalam menghadapi apa sahaja permasalahan, apatah lagi penyakit-penyakit sosial ketika ini yang telah menyerang seluruh masyarakat manusia walau di mana mereka berada. Oleh itu, seluruh institusi agama perlu bersatu untuk membenteras penyakit tersebut. Sikap mementingkan diri dan tidak mempedulikan orang lain perlu dihapuskan. Nursi menegaskan, ”Aku hanya memikirkan untukku, orang lain biarlah dia sendiri memikirkannya”[20], ”Sekiranya aku dah kenyang, bukan urusanku jika orang lain mati kelaparan” dan ”Kamu mesti bekerja supaya aku boleh makan dan kamu perlu letih supaya aku dapat berehat”[21] adalah barah yang membuahkan sikap tidak peduli dan mengabaikan tanggungjawab sosial. Akhirnya seluruh masyarakat akan menjadi rosak. Institusi dan golongan agama perlu mengabaikan perbezaan-perbezaan dan mencari titik-titik persamaan[22]untuk bersatu dalam perkara-perkara tertentu seperti akhlak, pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Persamaan secara total dalam seluruh komuniti adalah mustahil, bahkan dalam satu keluarga yang kecil pasti wujudnya perbezaan. Inikan pula dalam sesebuah negara. Nursi melihat perbezaan itu adalah titik yang boleh mempertemukan manusia jika dilihat dari sudut yang positif. Itulah yang dinamakan keistimewaan dalam kepelbagaian. Begitu juga menurutnya, kebaikan yang tidak bersatu akan dikalahkan oleh kejahatan, walaupun kejahatan hanyalah satu juzuk yang kecil berbanding dengan kebaikan.[23] 3. Membentuk persaudaraan sejagat Rasail al-Nur menekankan persaudaraan sejagat yang` terbentuk atas asas semua bangsa berasal dari keturunan Nabi Adam. Situasi semasa menuntut kerjasama dan komitmen semua pihak dalam membina sebuah peradaban. Nursi sering mengingatkan bahawa zaman sekarang adalah zaman jemaah[24] dan manusia seluruhnya perlu bersatu atas prinsip kemanusiaan. Gerak kerja secara berkumpulan ini ditekankan dalam Rasail al-Nur kerana kesepaduan memberikan kekuatan dan kekuatan inilah yang menatijahkan keputusan yang lebih baik dan berlipat kali ganda berbanding tindakan yang dibuat secara bersendirian.[25] Dunia tidak mungkin stabil dan harmoni sekiranya setiap bangsa di dunia ini tidak memberi komitmen sewajarnya ke arah kestabilan sejagat. Adalah mustahil untuk mencapai keamanan sekiranya satu pihak berusaha ke arah perdamaian dan toleransi sedangkan pihak yang lain pula hanya menjadi pemerhati sahaja. 4. Mewujudkan keadilan sejagat
  • 6. Keadilan ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Perbahasan yang panjang dan berserakan mengenai keadilan di dalam Rasail al-Nur membuktikan bahawa Nursi mementingkan teras keadilan dalam perjuangan dan pemikirannya. Namun dalam konteks perbincangan kita, penulis akan melihat keadilan (menurut Nursi) dalam dua sudut utama; i- Keadilan Menilai Menilai sesuatu mestilah berasaskan kebenaran dan kejujuran, walaupun yang dinilai itu dilihat sebagai musuh. Nursi telah menunjukkan contoh kepada kita bagaimana penilaian yang adil dapat dilakukan. Contoh yang paling nyata ialah penilaian terhadap Barat. Nursi berpegang dengan prinsip ”Buang yang keruh dan ambil yang jernih”.[26] Dengan itu, beliau melihat tidak semua yang datang dari Barat adalah buruk dan rosak, namun begitu, bukannya semua boleh diambil dan ditir u. Kemajuan sains dan teknologi perlu diambil, bahkan bagi Nursi kita perlu mengucapkan terima kasih kepada Barat atas sumbangan mereka yang besar ini terhadap dunia. Namun ideologi dan akhlak yang rosak perlu dihindari dan ditolak sama sekali. Dalam kehidupan bermasyarakat hari ini, amat perlu kita melihat dan menilai bangsa dan anutannya yang pelbagai dengan menggunakan kaca mata Nursi. Tidak ada manusia yang sempurna. Oleh itu, kebaikan seseorang atau sesuatu bangsa perlu diletakkan dihadapan ketika kita menilai.[27] Ini juga memerlukan kita berbaik sangka terhadap orang lain. Meletakkan keburukan dan kelemahan orang lain akan menjadi benteng penghalang untuk kita mengenali dan mendekatkan dengan mereka dan juga menyukarkan kita untuk menerima kebaikan mereka. Keadaan ini secara tidak langsung menafikan hak mereka sebagai manusia untuk diberi layanan yang adil dan saksama. Islam mengajar kita untuk berlaku adil kepada teman mahupun musuh. ii- Keadilan Bertindak Keadilan bertindak adalah kesan dari keadilan menilai. Nursi mengambil pendekatan pertengahan dalam bertindak supaya tidak berlaku ifrat dan tafrit. Namun, hanya apabila setiap tindakan dikaitkan dengan keimanan dan balasan di akhirat akan membolehkan seseorang mempunyai kekautan dan kemampaun untuk bertindak adil selaras dengan penilaian yang adil. Natijah sesuatu tindakan perlu diteliti dengan mendalam. Sebagai contoh apabila beliau diajak untuk menentang pihak pemerintah. Beliau menegaskan bahawa kesilapan memang berpunca dari pemerintah, namun tindakan memberontak akan mengorbankan ratusan bahkan ribuan insan yang tidak berdosa. Katanya, ”Keadilan al-Quran melarang pembakaran sebuah rumah atau kapal yang di dalamnya terdapat sepuluh penjenayah dan seorang yang tidak bersalah supaya kemudharatan tidak menimpa orang yang tidak bersalah itu. Apatah lagi hendak dibakar rumah atau kapal yang tedapat di dalamnya
  • 7. sepuluh orang yang tidak bersalah dan seorang penjenayah, disebabkan jenayah sipesalah itu?!!!”[28] Begitu juga dalam satu peperangan yang berlaku di antara tentera Uthmani dan Armenia. Apabila tentera Islam berjaya menawan kawasan Armenia, kanak-kanak Armenia hendak ditangkap dan dibunuh atas alasan tentera Armenia telah membunuh kanak-kanak Islam. Nursi menghalang tindakan ini kerana kanak-kanak ini tidak berdosa dan mereka tidak menanggung dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh orang tua mereka.[29]Dengan tindakan ini, bukan sahaja kanak- kanak Armenia yang terselamat, bahkan kanak-kanak Islam yang berada ditangan tentera Armenia juga telah dibebaskan. Hakikatnya, berdendam tidak akan memberi kebaikan kepada mana-mana pihak.[30] Nursi melihat tindakan yang adil ialah apabila ia dibuat untuk kemaslahatan umum bukannya untuk kepentingan diri ataupun kumpulan tertentu. Pentingkan diri sendiri, membalas dendam, tiada kasccih sayang dan toleransi adalah antara unsur yang boleh menyebabkan seseorang bertindak diluar batas keadilan dan kemanusiaan. 5. Membangunkan jiwa masyarakat Adalah suatu kesilapan apabila manusia menyangka bahawa mereka akan memperolehi kebahagiaan dengan hanya menguasai kemajuan fizikal (kebendaan). Manusia bukan hanya jasad semata-mata, bahkan ia juga mempunyai jiwa dan perasaan. Kita boleh melihat pendirian Nursi yang jelas dalam perkara ini apabila dia membuat kritikan terhadap keburukan yang wujud dalam tamadun Barat. Nursi menegaskan; ”Lihatlah adakah bermanfaat dengan tingginya keilmuan kamu, dengan hebatnya peradaban dan tahap kegeniusan kamu dan liciknya tipudaya kamu dibandingkan dengan runtuhnya nilai kemanusiaan? Adakah malapetaka yang memusnahkan jiwa kemanusiaan ini mampu membawa kebahagiaan?” ”Lihatlah adakah mungkin manusia menjadi bahagia dengan hanya memiliki kekayaan yang banyak semata-mata, sedangkan jiwa dan perasaaannya menderita kesakitan”[31] Apa yang seharusnya diberi penekanan kepada masyarakat dunia dewasa ini ialah persoalan yang berkaitan dengan akhlak. Bangsa yang maju secara fizikalnya sahaja tidak akan mampu mengarahkan kemajuan yang dimilikinya untuk kebaikan dunia sejagat. Sebaliknya, ia boleh merosakkan dunia dan isinya. Untuk menjadi model bangsa terhadap bangsa-bangsa yang lain, kita perlu memiliki setinggi-tnggi peradaban dari sudut spiritual dan fizikal.
  • 8. Dialog Antara Agama/Peradaban Bagaimana kita mahu berubung dengan bangsa-bangsa yang boleh diambil dari kata-kata Nursi; Wajib ke atas kita untuk tidak melihat bangsa-bangsa asing sebagai musuh. Bahkan kemungkinan untuk kita melihat mereka sebagai sahabat dan pembantu kerana mereka adalah wasilah untuk kebahagiaan kita dan untuk mengangkat kalimatullah di zaman kini. Ini disebabkan mereka adalah perantara bagi peradaban kita…[32] Kata-kata di atas jelas menggambarkan pendirian Nursi terhadap bangsa lain. Beliau bukan hanya menolak pandangan permusuhan terhadap umat Lain, bahkan menyeru kepada pembentukan hubungan di atas prinsip persahabatan dan penghargaan disebabkan mereka membolehkan umat Islam mencapai peradaban dan kemajuan sains dan teknologi dan sebagainya. Dalam konteks dunia era globalisasi dan kecanggihan teknologi yang dimiliki manusia hari ini kita boleh meletakkan manusia berada dalam kategori generasi bertamadun. Menurut Nursi, manusia yang bertamadun adalah manusia yang meletakkan dialog sebagai saluran utama untuk berinteraksi sesama manusia. ”Kemenangan terhadap golongan bertamadun nanti adalah dengan hujah (iqnac) dan bukannya dengan paksaan”[33] Berdasarkan ungkapan di atas, jelas ketinggian pemikiran Nursi dalam meramalkan keperluan manusia hari ini. Kita juga bersetuju bahawa masyarakat dunia hari ini perlu meletakkan dialog sebagai asas interaksi, bukannya dengan cara kekerasan dan paksaan. Dialog adalah ruang yang paling sesuai untuk mencetuskan hubungan harmoni antara seluruh bangsa di dunia ini.[34] Melalui dialog mereka boleh menyatakan pandangan mereka dan pada masa yang sama mereka boleh mendengar dan menerima pandangan pihak lain. Oleh itu, dalam ruang yang terbatas ini, penulis akan menggariskan beberapa etika dialog yang dikutip dari pemikiran Nursi agar dapat diaplikasikan nanti. Antaranya ialah; 1. Kebenaran perlu disampaikan dengan kasih sayang.[35] Ini bermakna kekerasan tidak mampu memperlihatkan kebenaran, bahkan berkemungkinan ica mencetuskan permusuhan dan persengketaan. 2. Penerangan tentang Islam perlu dilakukan dengan sebaik mungkin atas dasar mereka tidak mengenali Islam.[36] Penerangan yang jelas akan memudahkan mereka memahami Islam secara tepat.
  • 9. 3. Sekiranya kita melakukan kesilapan dan melalui dialog kita diberi teguran[37], maka terimalah teguran itu dengan ikhlas dan ucapkanlah terima kasih kepada pihak yang menegur kerana mereka telah membantu kita untuk memperbetulkan kesilapan kita sebelum kesilapan tersebut memusnahkan kita.[38] 4. Ketika berdialog juga, pastikan kita tidak melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan kesucian agama kerana mungkin kesilapan dan kecuaian dari kita, menjadikan Islam dan saudara seagama kita sebagai sasaran cemuhan.[39] 5. Dialog perlulah meletakkan kepentingan ”Kita” bukannya ”Saya” kerana kebahagiaan yang sebenar ialah apabila majoriti yang mengecapi kebahagiaan bukannya minoriti.[40] Dengan kata lain, kepentingan awam seperti membina kestabilan masyarakat, mengangkat kedudukan sosio- ekonomi, memperkemaskan sistem pendidikan adalah antara topik perbincangan yang boleh diketengahkan. Berdialog bukannya bertujuan untuk memperlihatkan siapa yang lebih hebat atau lebih kuat.[41] 6. Dialog perlu disertai oleh mereka yang benar-benar ingin membentuk kesefahaman dan kerjasama. Ini penting bagi memastikan dialog membawa kebaikan kepada semua. Sekiranya tidak jangan dihabiskan masa dalam dialog yang sia-sia,[42] apatah lagi jika sekiranya dialog menjadi tempat tercetusnya perbalahan dan ketegangan. 7. Peserta dialog perlu mempunyai prinsip untuk bersatu di atas dasar kebaikan kerana kebaikan yang tidak bersatu akan menyebabkan kejahatan menjadi lebih kuat.[43] 8. Jangan menghukum seseorang atau sesuatu pihak dengan satu kesilapan yang dilakukan, sedangkan kebaikan-kebaikan yang mereka lakukan disembunyikan.[44] Atas asas ini, kita perlu mengakui bahawa tidak ada kesempurnaan bagi manusia. Hanya Allah sahaja yang sempurna. 9. Untuk menghadapi sesuatu ancaman atau bahaya, perlu disisihkan perbezaan dan perselisihan di antara kita.[45] Nursi menyeru supaya masyarakat Islam dan Kristian bersatu dalam menghadapi serangan Atheis.[46] Bagi menghadapi krisis moral masyarakat, setiap pendokong agama perlu bersatu merangka langkah-langkah pencegahan dan seterusnya sama-sama bertindak dalam batasan kemampuan yang ada pada diri masing-masing. 10. Musuh utama yang menggagalkan dialog ialah musuh dalaman (nafsu).[47] Dengan demikian, perlulah kita melibatkan diri dalam dialog dengan sifat rendah diri dan mencari kebenaran.[48] 11. Manusia yang menjauhi agama akan menjadi buas dan ganas.[49] Oleh itu pendekatan agama adalah saluran utama yang perlu diketengahkan dalam mencari jalan penyelesaian dalam menghadapi sesuatu musibah dan ancaman. 12. Setiap orang mesti bercakap benar ketika berdialog[50] kerana kebenaranlah yang boleh membawa kesefahaman dan kerjasama semua pihak. 13. Kebenaran perlu dinyatakan walaupun di mana kita berada[51] kerana berdiam dari menyatakan kebenaran atau membiarkan pembohongan adalah menghina kebenaran itu sendiri.[52]
  • 10. 14. Kemaafan perlu diutamakan kerana manusia adalah lemah dan tidak sempurna. Jangan sesekali berdendam kerana ia meruntuhkan bukannya membina.[53] 15. Jangan meletakkan matlamat dialog hanya untuk kepentingan masa kini, tetapi jadikan ia sebagai wasilah pembentukan generasi dunia untuk masa mendatang.[54] 16. Asingkan kebaikan dan keburukan yang ada pada diri seseorang kerana kebaikan untuk diambil dan keburukan untuk dijauhi. 17. Usaha untuk mencapai kestabilan dan kemakmuran memerlukan kesabaran dan usaha seorang yang sabar lebih baik dari 20 orang yang tidak sabar.[55] Sekalipun usaha di dunia tidak membuahkan hasil, namun ganjaran di akhirat pasti akan diperolehi.[56] Penutup Dunia ini akan menjadi lebih aman dan tenteram sekiranya Dialog Antara Peradaban/Agama dapat diperkemaskan dan diperbanyakkan dan yang lebih penting pelaksanaan terhadap setiap resolusi itu dapat dilakukan. Kejayaan dalam membentuk keharmonian sosial walaupun agak sukar, tetapi bukanlah mustahil sekiranya manusia sedar akan tanggungjawab masing-masing terhadap bumi ini. Manusia juga perlu menerima bahawa perbezaan adalah pendorong kearah persefahaman dan toleransi. Mohamad Zaidin Mat@Mohamad Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani www.MalaysiaNur.com Bibliografi Al-Qur’an al-Karim. al-Sammak, Muhammad. 1999.Mawqic al-Islam fi Sirac al-Hadarat wa al-Nizam al-cAlami al-Jadid. Beirut: Dar al-Nafa’is. Ammar Jaydal. al-Wazifah al-Ijtimaciyyah li Maqasid Rasa’il al-Nur. Prosiding al-Mu’tamar al- cAlami al-Sabic li Badic al-Zaman Sacid al-Nursi, Istanbul: Suzlar li al-Nashr. Hamdi Shafiq. t.th. al-Islam wa al-Akhar. t.tp.:t.pt.
  • 11. Ibrahim cAbd al-Rahman Zaydan. 2004. al-Islam wa al-Ra’sumaliyyah wa Sirac al-Hadarat. Amman: Dar al-Furqan. Muhammad Rushdi cUbayd. 1993. Malamih Tarbawiyah fi Rasa’il al-Nur. Dalam Prosiding Mu’tamar al-AlamiHawl Tajdid al-Fikr al-Islami. Istanbul: Suzlar li al-Nashr. al-Nursi, Badic al-Zaman Sacid. 1993. al-Lamcat. Terj. Ihsan Qasim al-Salihi. Kaherah: Sharikat Suzlar li al-Nashr. al-Nursi, Badic al-Zaman Sacid. 1995. al-Malahiq. Terj. Ihsan Qasim al-Salihi.Istanbul: Dar Suzlar li al-Nashr. al-Nursi, Badic al-Zaman Sacid. 1995. Sayqal al-Islam. Terj. Ihsan Qasim al-Salihi. Istanbul: Dar Suzlar li al-Nashr. al-Nursi, Badic al-Zaman Sacid. 1998. Sirah Dhatiyyah. Terj. Ihsan Qasim al-Salihi. Istanbul: Matbacat Suzlar. Salah Ed-Din A. Nefeily. 2009. It is ‘Dialogue’ not ‘Clash’ that we need; A Study of the Topic from an Islamic Point of View. Kaherah:Dar an-Nashr Liljami’at. [1] Yang bermaksud, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan..” (al-Hujurat : 13) [2] al-Sammak, Muhammad, Mawqic al-Islam fiSirac al-Hadarat wa al-Nizam al-cAlami al-Jadid, Dar al-Nafa’is, Beirut, 1999, hlm. 152-153. Juga sila lihat Ibrahim cAbd al-Rahman Zaydan, al-Islam wa al-Ra’sumaliyyah waSirac al-Hadarat, Dar al-Furqcn,Amman, 2004, hlm. 159. [3]al-Nursi, Badic al-Zaman Sacid, Sirah Dhatiyyah, terj. Ihsan Qasim al-Salihi, Matbacat Suzlar,Istanbul, 1998, hlm. 95. [4] al-Nursi, Sayqal al-Islam, hlm. 496. [5] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 95, 98. [6] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 367.
  • 12. [7] Osman Bakar, The Qur’an on Interfaith and Inter-Civilization Dialogue, International Institute of Islamic Thought Malaysia (IIITM),Kuala Lumpur, hlm. 19. [8] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 351. [9] http://en.fgulen.com/conference-papers/gulen-conference-in-washingt… [10] http://en.fgulen.com/conference-papers/gulen-conference-in-washingt… [11] [12] al-Nursi, Sayqal al-Islam, terj. Ihsan Qasim al-Salihi, Dar Suzlar li al-Nashr,Istanbul, 1995, hlm. 174. [13] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 312. [14] al-Nursi, Sayqal al-Islam, hlm. 174. [15] Muhammad Rushdi cUbayd, Malamih Tarbawiyah fi Rasa’il al-Nur dalam Prosiding Mu’tamar al- cAlamiHawl Tajdid al-Fikr al-Islami, Suzlar li al-Nashr,Istanbul, 1993, hlm. 84. [16] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 471. [17] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 387. [18] cAmmar Jaydal, al-Wazifah al-Ijtimaciyyah li Maqasid Rasa’il al-Nur, dalam Prosiding al- Mu’tamar al-cAlamial-Sabic li Badic al-Zaman Sacid al-Nursi, Suzlar li al-Nashr, Istanbul, hlm. 140. [19] Mohamad Zaidin, Kejatuhan Khilafah dan Responds Badiuzzaman Said Nursi, dalam Prosiding Simposium Sejarah Pemikiran Politik Islam, UKM, Bangi, 2004, hlm. 67 [20] al-Nursi, Sayqal al-Islam, hlm. 536. [21] Al-Nursi, Isharat al-I’jaz fi Mazan al-Ijaz, Dar Suzlar li al-Nashr, Kaherah, 1994, hlm. 54. [22] al-Nursi, al-Malahiq, terj. Ihsan Qasim al-Salihi, Dar Suzlar li al-Nashr, Istanbul, 1995, hlm. 195; Hamdi Shafiq, al-Islam wa al-Akhar, t.tp., t.th., hlm. 88. [23] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 314. [24] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 186, 313.
  • 13. [25] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 316. [26] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 86. [27] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah,hlm. 88. [28] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 447-448. [29] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 126, 469. [30] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 447. [31] al-Nursi, Badic al-Zaman Sacid, al-Lamcat, terj. Ihsan Qasim al-Salihi, Sharikat Suzlar li al- Nashr, Kaherah, 1993, hlm. 177. [32] [33] al-Nursi, Sayqal al-Islam, hlm. 446, 527, 525 [34] Salah Ed-Din A. Nefeily, It is ‘Dialogue’ not ‘Clash’ that we need; A Study of the Topic from an Islamic Point of View, Dar an-Nashr Liljami’at, Kaherah, 2009, hlm. 13. [35] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 95. [36] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 95. [37] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 249. [38] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 366. [39] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 104, 365. [40] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 140. [41] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 363. [42] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 354. [43] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 314. [44] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 88. [45] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 318, 368.
  • 14. [46] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 312. [47] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 375. [48] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 368. [49] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 380. [50] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 287. [51] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 244, 252. [52] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 289. [53] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 362, 471. [54] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 376. [55] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 421. [56] al-Nursi, Sirah Dhatiyyah, hlm. 409.