Kajian ini meneliti kesan modul intervensi kaunseling berdasarkan pendekatan terapi bermain Adlerian terhadap kesejahteraan kanak-kanak mangsa pengabaian. Hasil menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan dalam dimensi kesejahteraan diri kanak-kanak yang menerima intervensi, berbanding dengan kumpulan kawalan yang tidak menunjukkan perubahan ketara. Terapi bermain Adlerian terbukti berkesan dalam membantu meningkatkan kesejahteraan diri dan mengatasi kesan negatif pengabaian.