Kata adjektif merupakan kata yang menjelaskan sifat atau keadaan nama. Terdapat sembilan jenis kata adjektif yang menerangkan sifat, warna, ukuran, bentuk, waktu, jarak, cara, pancaindera, dan terdiri dari empat bentuk: tunggal, terbitan, ganda, dan majemuk. Kata adjektif juga memiliki tiga darjah perbandingan: darjah biasa, bandingan yang sama dan berbeda, serta penghabisan.
2. KATA ADJEKTIF
Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif
seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat
lagi.
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan
keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.
3. ◦Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata
itu sendiri atau terbentuk secara menerima
imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan,
atau sisipan.
4. ◦ Anda dapat mengenal kata adjektif dengan berdasarkan beberapa petunjuk
yang berikut:
◦ (a) Kata adjektif disertai dengan kata penguat seperti hebat, amat, paling
cantik, laju betul, agak yakin, sangat tajam, gemuk amat, halus sekali dan
lain-lain.
◦ (b) Kata adjektif sering kali disertai dengan imbuhan ter- yang bermaksud
paling dan se- yang bermaksud sama seperti terhebat (paling hebat),
termanis (paling manis), terkasar (paling kasar), seindah (sama indah),
seharum (sama harum), seberani (sama berani), dan lain-lain.
◦ Boleh mengalami perbandingan
◦ contoh-= Wajah Halena secantik kakaknya.
5. ◦ (c) Kata adjektif boleh disertai oleh kata penegas sama ada di hadapan atau
di belakang.
◦ Contohnya: Kek itu juga sedap. Adik memang pandai.
◦ d) Kata adjektif digunakan selepas kata nama atau sesuatu perkara.
◦ Penggunaannya selepas nama benda atau sesuatu perkara adalah seperti
berikut: tenunannya halus, ukirannya cantik, caranya menakjubkan, fikirannya
tajam.
◦ (d) Penggunaan kata adjektif dapat disertai kata nafi tidak.
◦ Contoh penggunaannya adalah seperti berikut: tidak lancar, tidak canggih
◦ (e) Kata adjektif dapat diulang dengan awalan se- dan akhiran -nya. Contoh
penggunaannya adalah seperti berikut: sedalam-dalamnya, setinggi-tingginya,
semaju-majunya, dan lain-lain.
6. JENIS-JENIS KATA ADJEKTIF
Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn.
Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood
(2004: 214) kata adjektif terbahagi kepada
sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu:
7. ◦ Kata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan:
1. KA Sifatan/Keadaan
menerangkan sifatan atau keadaan(menerangkan perangai, tabiat
atau keadaan bagi kata nama/frasa nama.
◦ contoh: baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik,
terkuat
◦ Budak baik selalu disayangi.
2. KA Warna - menerangkan sesuatu nama.
◦ contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat
◦ Baju gadis itu merah jambu.
◦
8. ◦ 3. KA Ukuran – memberi pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.
◦ contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, ternipis
◦ Istana itu besar sekali.
◦ 4.KA Bentuk – menerangkan bentuk atau atau rupa sesuatu
◦ contoh: bujur, lurus,
◦ Tayar kempis itu segera ditukarnya.
◦ 5. KA Waktu - pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan
◦ contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam
◦ Jam dinding itu lambat setengah jam.
9. ◦ 6. KA Jarak - pengertian konsep ruang antara dua benda
atau keadaan penerang KN.
◦ Rumah yang ditujui itu sungguh jauh.
◦ contoh: dekat, hampir, jauh
◦ 7.KA Cara - pengertian kelakuan atau ragam
◦ contoh: selalu, jarang, kadang kadang, kerap, lambat, deras,
laju, jelas, muram, lincah
◦ Gerak gerinya sangat perlahan.
12. DARJAH PERBANDINGAN KATA
ADJEKTIF
◦ Terdapat tiga darjah perbandingan kata adjektif iaitu:
◦ DARJAH BIASA
◦ DARJAH BANDINGAN
◦ DARJAH PENGHABISAN
13. DARJAH BIASA
◦ Tidak melibatkan perbandingan dengan apa-apa benda atau
maujud yang lain.
◦ Contoh: Bagunan itu besar.
14. DARJAH BANDINGAN
◦ BANDINGAN YANG SAMA
◦ Harith tidaklah seberani abangnya.
◦
◦ BANDINGAN YANG BERBEZA
◦ Safrina lebih besar daripada adiknya.
15. DARJAH PENGHABISAN
Merujuk kepada pernyataan perbandingan yang paling tinggi.
◦ se- + KA + Gandaan + KN
◦ Ter- + KA
◦ Paling + KA
◦ KA + Sekali
◦ Ter- + amat/sangat + KA
◦ Amat/sungguh/sangat + KA+ sekali
◦ Terlalu/ terlampau
◦ Maha
16. Title Lorem Ipsum
LOREM IPSUM DOLOR SIT
AMET, CONSECTETUER
ADIPISCING ELIT.
NUNC VIVERRA IMPERDIET
ENIM. FUSCE EST. VIVAMUS A
TELLUS.
PELLENTESQUE HABITANT
MORBI TRISTIQUE SENECTUS
ET NETUS.