SlideShare a Scribd company logo
1.0 Pendahuluan
Pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan suatu tugas yang memerlukan kesabaran
yang tinggi daripada seorang yang bergelar guru. Tidak semua guru berjaya mencapai
objektif yang diinginkan setelah selesai mengajar sesuatu mata pelajaran kepada murid-
muridnya. Tidak ramai juga murid yang berjaya mengikuti dan memahami apa yang diajar
oleh guru mereka walaupun diajar berulang-ulang kali. Menyedari hakikat ini berbagai-bagai
isu telah timbul dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Dalam era modenisasi pada masa kini, masih terdapat pelajar yang buta huruf yang
tidak tahu membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Kajian Kementerian Pelajaran
baru-baru ini ialah mendapati 165,000 pelajar di negara ini masih buta huruf. Daripada
jumlah ini, 125,000 adalah murid sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah
(Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010). Keadaan ini dilihat sebagai
satu keadaan yang sangat membimbangkan.
Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, murid-murid tahap satu
yang mengalami defisit akademik telah berkurangan daripada 9.1% pada tahun 2003
kepada 7.7% pada tahun 2004. Manakala pada tahun 2005 pula, didapati 4.4% murid
sekolah rendah masih belum menguasai kemahiran membaca. Laporan ini telah
menunjukkan keadaan yang semakin baik menyebabkan Pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia mengambil tindakan sewajarnya untuk membasmikan masalah penguasaan
kemahiran membaca agar berada pada tahap sifar. ‘Defisit Akademik’ bermaksud
kegagalan menguasai kemahiran asas seperti membaca (Buku Panduan KIA2M). Pihak
Kementerian Pelajaran (KPM) berusaha menghapuskan gejala ini dengan pelbagai kaedah
dan menelan jutaan ringgit. Kegagalan dan kelambatan murid menguasai kemahiran asas di
peringkat rendah perlu dilihat dengan serius dan memerlukan kaedah-kaedah tertentu
untuk mengatasinya. Gejala tidak boleh membaca dan tidak mahir membaca boleh
memberikan kesan buruk kepada murid daripada segi akademik dan sosial. Misalnya,
ketinggalan dalam bidang akademik atau pencapaian mereka rendah dalam mata pelajaran
bahasa Melayu dan mata pelajaran-mata pelajaran yang lain akan menyebabkan mereka
kurang berminat untuk belajar malah ada yang terus tidak suka ke sekolah.
Ketinggalan menguasai kemahiran membaca mempengaruhi penguasaan dan
pencapaian dalam mata-mata pelajaran lain (Khathijah Rohani bt Mohd Yunus dan Zalizan
Mohd Jelas, 1993). Akibatnya juga, daripada segi psikologi keadaan ini menyebabkan
mereka berasa kecewa, bosan dan tidak gemar membaca (Noran Fauziah Yaakub, 1992).
Ali Abdul Ghani (Nov 1993) menulis dalam Jurnal Teknologi Pendidikan mengatakan
bahawa belajar membaca merupakan satu aktiviti mental yang kompleks. Ia juga
merupakan satu proses yang lambat dan sukar. Sesetengah murid tidak dapat menguasai
bidang pembacaan sepenuhnya dalam jangka masa yang sepatutnya seperti yang
ditetapkan dalam kurikulum ini juga kerana murid mempunyai kelainan keupayaan dan
minat. Menurut Koh (1986) pula, penguasaan bahasa yang lemah akan mengugat kemajuan
dalam subjek lain. Ini disebabkan oleh bahasa ialah alat komunikasi untuk mempelajari dan
menguasai sesuatu disiplin ilmu. Kegagalan seseorang murid dalam ujian atau peperiksaan
dapat dikaitkan dengan kegagalan murid itu untuk membaca dan memahami soalan-soalan
yang dikemukakan.
2.0 DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak-kanak yang
mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak Pintar Cerdas (gifted) yang mempunyai
kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak
yang berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaikan
kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi
mereka (Heward 2003).
Istilah lain juga telah digunakan untuk “kanak-kanak berkeperluan khas” ini seperti
kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak
cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-kanak terbantut
pertumbuhan dan perkembangan. Menurut Kail (2001), hampir 4% daripada populasi dunia
terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas.Terdapat kanak-
kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang
dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuklah muka
ibu bapa sendiri.
Terdapat juga kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau
mengalami kerencatan mental sejak lahir. Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan
khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi
1. mental ( pencapaian akademik ),
2. keupayaan deria ( melihat dan mendengar ),
3. keupayaan berkomunikasi ( menulis dan bertutur ),
4. tingkah laku ( mengawal diri ),
5. emosi ( bercampur gaul )
6. ciri-ciri fizikal ( bergerak dan menjaga diri sendiri)
2.0 PROFIL MURID
2.1 Biodata
Nama : Fakrul Idham B. Mohd. Ikebar
Umur : 9 tahun
Keturunan : Melayu
Agama : Islam
Tarikh lahir : 19/11/2006
Tempat Lahir : Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Bil. Adik Beradik : 3 orang (anak ke-2)
Nama ibu : Nur Ain binti Saibi
Umur Ibu : 28 tahun
Pekerjaan Ibu : Surirumah
Nama Bapa : Mohd Ikebar B. Mukayat
Umur bapa : 30 tahun
Pekerjaan Bapa : Pekerja kilang
2.2 Masalah Kesihatan
Fakrul Idham tidak mempunyai sebarang penyakit lain. Di dalam kalangan ahli
keluarga serta saudara-mara Fakrul Idham, tiada siapa yang mengalami masalah
kerencatan akal atau berkeperluan khas.
2.3 Tahap Masalah Yang dihadapi
Murid ini dikenal pasti mengalami masalah pembelajaran semenjak tahun pertama
persekolahan. Terdapat dua petunjuk utama masalah pembelajaran. Pertama, walaupun
murid berupaya belajar, kadar pembelajaran mereka sangat perlahan. Ini disebabkan tahap
perkembangan menyerupai kanak-kanak yang lebih muda. Contohnya, tahun dua hanya
permulaan belajar abjad, membilang dan menulis namanya sendiri. Kedua, kebanyakan
perkembangan ditunda. Mereka gagal setanding dengan mereka yang membangun dalam
intelektual dan bahasa, pencapaian akademik, kecekapan sosial dan kemahiran persediaan
vokasional.
Walaupun kadar pembelajarannya perlahan, mereka boleh memperoleh pelbagai
aktiviti di dalam kelas. Walau bagaimanapun, sebahagian pembelajaran mereka sukar
dipelajari. Contohnya kemahiran pemahaman pembacaan adalah lebih sukar berbanding
pembacaan biasa. Maksudnya, murid kurang berjaya menyelesaikan masalah matematik
berbanding pengiraan matematik. Jelaslah murid ini sukar memohon kemahiran
pembelajaran apabila berhadapan dengan situasi baru.
2.4 Pencapaian Akademik
Pencapaian akademik murid ini ialah sangat tidak memberangsangkan kerana murid ini
merupakan murid yang corot di dalam kelas. Pencapaian murid didalam kelas adalah pada
tahap rendah menyebabkan batasan pergaulan dan komunikasi dengan guru dan juga
rakan-rakan sebaya yang lain.
3.0 Responden
Responden kajian terdiri daripada 5 orang. Responden yang pertama ialah ibu kepada
murid. Responden yang kedua ialah guru kelas, juga merangkap guru bahasa Inggeris.
Resoponden yang ketiga ialah guru mata pelajaran matematik. Responden yang ke empat
ialah guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Manakala responden yang terakhir ialah guru
pemulihan khas.
4.0 Metodologi
1) Alat Pengumpulan Data Kajian Kualitatif
Terdapat tiga kaedah alat pengumpulan data, iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis
dokumen (Mohd, 2005; Nana, 2005; Fraenkel, 2007). Penggunaan ketiga-tiga kaedah ini
akan saling melengkapi antara satu dengan yang lain, ketidakjelasan daripada pengutipan
data teknik pemerhatian akan ditanya kepada responden melalui teknik temu bual dan
sebaliknya, yang kemudian disokong oleh teknik analisis dokumen. Penggunaan ketiga-
tiga kaedah tersebut merupakan bahagian daripada proses triangulasi yang dapat
menghasilkan dapatan kajian yang lebih tepat dan meyakinkan tentang konsep yang dikaji
(Mohd, 2005; Nana, 2005).
Triangulasi membolehkan data-data yang tidak dapat dikumpul dengan satu kaedah
akan digunakan kaedah yang lain, seperti terlihat pada Rajah 3.2 berikut
Rajah 3.2 Triangulasi kaedah pengumpulan data (Sumber Lexy, 2007)
Ketiga-tiga kaedah pengumpulan data kajian kualitatif iaitu pemerhatian, temu bual
dan analisis dokumen akan memantapkan kebolehpercayaan dan kesahihan internal
(Merriam, 2001), dan satu kelebihan yang ketara adalah penggunaan pelbagai teknik
pengutipan data yang memberi triangulasi atau pengukuhan data (Marohaini, 2001).
Penggunaan masing-masing kaedah dalam penyelidikan ini adalah seperti huraian
berikut.
a) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian digunakan untuk pengumpulan data tentang masalah defisit akademik
yang dihadapi oleh seorang murid tahun 3, di SK. Meru 2, Klang, Selangor. Pemerhatian
yang dilakukan memberikan peluang kepada penyelidik untuk memerhati, mendengar dan
mengalami suasana yang sebenar (Mohd, 2005; Nana, 2005). Dengan kaedah ini penyelidik
memperoleh gambaran sebenar yang menyeluruh dan mendalam tentang yang berlaku,
kepada murid semasa mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
Dalam kajian ini, penyelidik bertindak sebagai pemerhati atau peserta seperti mana
dinyatakan oleh Spradley (1980), semua pengkaji yang menggunakan pemerhatian-
peserta dalam kajian mempunyai dua tujuan,
a) melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan situasi,
b) memerhati aktiviti-aktiviti yang sedang berlaku dengan aspek-aspek berkenaan.
b) Temu Bual
Temu bual ialah alat penyelidikan bila mana subjek dan penyelidik hadir dalam proses
memperolehi dapatan kajian (Sukardi, 2004; Mohd, 2005; Nana, 2005), berkenaan dengan
fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak yang diperlukan untuk mencapai objektif
penyelidikan (Mohd, 2005). Temu bual merupakan salah satu sumber maklumat yang paling
penting dalam kajian kes. Hal ini kerana dengan temu bual, dalam beberapa situasi
penyelidik dapat meminta kepada responden untuk menyampaikan pendapatnya
tentang suatu peristiwa atau program tertentu, dan hasilnya dapat digunakan sebagai
preposisi dalam pelaksanaan penyelidikan selanjutnya.
Dalam penyelidikan ini, temu bual digunakan untuk mengumpulkan data dan
maklumat dengan pertimbangan:
i) Penyelidik memperoleh dapatan kajian tentang masalah yang dihadapi oleh murid
semasa berada di sekolah
ii) Memperoleh dapatan kajian secara terperinci berkait dengan masalah defisit akademik
murid
c) Dokumen
Dokumen pada hakikatnya adalah segala bahan tertulis mahupun filem yang sudah tersedia
pada tempat tertentu (Noeng, 2000; Nana, 2005; Sudarwan, 2005). Analisis dokumen
digunakan untuk membantu penyelidik mendapatkan data secara objektif melalui dokumen
serta tidak memerlukan kehadiran informan dan juga dapat memberikan data yang
konsisten kerana segala data diperoleh secara tersurat dan dapat digunakan untuk
memperoleh kesahan sesuatu jawapan yang diperoleh daripada analisis soal selidik
(Frankel, 2007). Penggunaan dokumen dalam penyelidikan adalah mendukung dan
menambah bukti daripada sumber-sumber lain. Ada tiga penggunaan kaedah dokumen
dalam penyelidikan,
a) membantu memeriksa data-data yang telah dikumpulkan,
b) dapat menambah rincian khas lainya guna mendukung maklumat daripada sumber-
sumber lain, jika bukti dokumen bertentangan dan bukannya mendukung, penyelidik
mempunyai alasan untuk mengkaji lebih jauh tentang kajian yang sedang dilaksanakan,
c) inferensi dapat dibuat dari dokumen-dokumen (Robert, 1996).
6.0 Data Analisis
Punca Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran Pada peringkat awal sudah disebut kanak-
kanak yang mengalami masalah pembelajaran adalah mereka yang mengalami masalah
neurologi terutama otak. Otak secara umumnya terdiri daripada dua bahagian iaitu:
Bahagian atas yang disebut cortex Bahagian bawah yang disebut medulla dan sekitarnya.
Otak atas yang terdapat pada manusia bersifat adalah dinamis dan potensinya dapat
dikembangkan seluas-luasnya. Otak bawah yang terdapat dalam spesies tinggi dan juga
spesies rendah seperti kucing, monyet dan sebagainya adalah bersifat statik.
Otak bawah memiliki fungsi-fungsi dasar seperti berikut: Medula berfungsi
mengendalikan pernafasan, pencernaan, detik jantung dan penelaan. Serebelum berfungsi
mengkoordinasi pelbagai gerakan organ jasmani dan refleks. Talamus berfungsi sebagai
penyambung maklumat yang diperoleh oleh deria melalui sub-sub bahagian otak bawah ke
otak atas atau cortex. Hipotalamus berfungsi mengatur ekspresi yang berasal daripada
dorongan-dorongan dasar seperti dorongan rasa lapar dan seksual.
Selanjutnya, memori terdiri daripada dua jenis iaitu: Memori semantik iaitu memori
khusus yang menyimpan pengertian maklumat. Memori episodik iaitu memori khusus yang
menyimpan maklumat peristiwa. Dalam memori semantik, maklumat yang diterima
ditransformasikan dan diberi kod makna, lalu disimpan. Maklumat yang disimpan tidak
dalam bentuk asal, tetapi dalam bentuk kod yang bermakna. Pelajar yang memiliki
maklumat hasil proses semantik seperti itu dapat mempertahan dan menggunakannya
dalam waktu yang lebih lama dan dalam situasi yang lebih kompleks.
Sesuai dengan namanya, memori semantik berfungsi menyimpan konsep-konsep
yang signifikan dan bertalian antara satu dengan yang lain. Apabila Adam berkata, “Saya
tahu bangau adalah burung dan memiliki sayap”. Dalam kenyataan deklaratif ini, bangau
adalah superordinat bagi burung-burung lain seperti kenari, merak dan lain-lain. Sayap
adalah ciri-ciri bagi burung-burung pada umumnya. Maklumat yang terungkap dalam burung
dan sayap, selanjutnya dapat diperlakukan oleh memori Adam bagi menjelaskan erti konsep
burung yang lain yang memiliki superordinat dan ciri-ciri serupa dengan bangau. Oleh yang
demikian, butir-butir maklumat yang tersimpan dalam memori semantik bersifat dinamis dan
dapat diolah serta diaplikasikan oleh akal Adam bagi memahami fenomena lain yang
relevan dengan butir-butir maklumat itu.
Memori episodik adalah memori yang menerima dan menyimpan peristiwa-peristiwa
yang terjadi ataupun dialami pelajar pada waktu dan tempat tertentu yang berfungsi sebagai
referensi autobiografi. Apa yang kamu makan pagi tadi, ke mana kamu pergi semalam, dan
peristiwa yang kamu alami pada hari pertama di darjah satu dan sebagainya adalah contoh-
contoh maklumat yang tersimpan dalam memori episodik.
Walaupun penyebab lupa itu pelbagai, namun yang penting yang perlu diperhatikan
adalah faktor pertama di atas yang merangkumi gangguan proaktif dan retroaktif kerana ia
sudah dibuktikan melalui penyelidikan. Di samping itu, ciri-ciri mereka adalah seperti berikut:
Lemah dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira atau 3M. Keliru dengan nombor
‘13 dan 31’, menulis ‘p sebagai q’ dan tidak dapat mengingat turutan angka ataupun huruf.
Penguasaan yang lemah dalam sesuatu kemahiran kognitif jika dibandingkan
dengan rakan sebaya. Sukar mengikut arahan. Lemah dalam keseluruhan pelajaran.
Mempunyai darjah kecerdasan antara 70 hingga 90. Selalu gagal dalam latihan dan ujian.
Memerlukan jangka masa yang lama bagi menguasai sesuatu kemahiran. Lemah dalam
perkara-perkara yang abstrak. Mengulangi sesuatu aktiviti beberapa kali tanpa berhenti.
Keliru dengan hari seperti ‘hari ini’ disebut sebagai ‘esok’ dan sebaliknya. Menunjukkan
kesukaran dengan koordinasi motor kasar ataupun halus. Lemah dalam menerima konsep
yang baru. Tidak dapat menghubungkaitkan konsep yang baru dengan yang lama. Lambat
mengingat semula. Tidak dapat menganalisis. Tidak dapat menyelesaikan masalah. Lemah
dalam mengutarakan idea. Mudah terganggu. Rendah diri. Gangguan emosi. Pemalu.
Penakut. Tidak ada motivasi. Tidak menunjukkan reaksi apabila tiba-tiba bunyi bising
kedengaran seperti tepukan tangan ataupun pintu ditutup dengan kuat ataupun mengelipkan
mata ataupun membuka matanya dengan luas bagi mencari arah bunyi itu. Tidak memerhati
bunyi-bunyian seperti bunyi motosikal dan sebagainya. Tidak menunjukkan respons apabila
namanya dipanggil. Tidak dapat membezakan bunyi-bunyi. Tidak dapat mengingati apa
yang didengar. Selalu menyebut “Saya tak peduli” ataupun “Saya tak mahu.” Tidak dapat
memahami perhubungan dan konsep berdasarkan maklumat yang didengar. Tidak dapat
membezakan bunyi-bunyian yang penting daripada beberapa bunyi-bunyian latar belakang.
Tidak dapat melihat perbezaan dan persamaan saiz, bentuk, warna dan kedudukan. Sukar
mengingati semula apa yang dilihat.
7.0 Hasil Dapatan
Hasil daripada temubual dengan responden, saya mendapati beberapa masalah yang
menyebabkan berlakunya defisit akademik terhadap murid ini. Berikut adalah masalah yang
dihadapi :
7.1 Murid kelas pemulihan juga terpaksa mengikuti kelas sukatan pelajaran lain, jadi mereka
tidak boleh memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas pemulihan. Kebanyakan guru tidak
mempedulikan tahap murid di dalam kelas masing-masing. Mereka berasa culas untuk
mengasingkan murid-murid yang lemah ini. Bagi mereka, yang penting sekali adalah untuk
menghabiskan silibus yang diwajibkan ke atas mereka tanpa mempedulikan murid-murid
yang akan ketinggalan.
7.2 Murid tidak mendapat pendidikan asas dari awal (prasekolah) sehingga menyukarkan
mereka menyesuaikan diri dengan kelompok murid pintar. Hal ini juga melibatkan peranan
ibubapa sebagai guru di rumah. Ibubapa perlu mendedahkan anak mereka dengan
pendidikan awal untuk membiasakan mereka dengan keadaan pembelajaran. Ramai murid
yang baru memasuki Tahun 1 tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran
yang baru dan ini mengakibatkan mereka berasa janggal dan tidak dapat mengikut
pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu ada juga murid lewat mendaftar masuk kelas
tahun satu (ada yang lewat hingga satu dan dua bulan) menyebabkan mereka tidak
mengikuti pendidikan asas membaca dari awal.
7.3 Masalah keluarga, murid kerap tidak hadir ke sekolah sehingga ketinggalan dalam
proses pembelajaran. Ada segelintir ibubapa yang memandang ringan terhadap kehadiran
anak-anak mereka ke sekolah. Murid tidak menyiapkan kerja sekolah, malas untuk bangun
awal untuk ke sekolah, berpura-pura sakit dan sebagainya. Ibubapa yang terlalu manjakan
anak mereka akan melayan kerenah anak mereka dan apabila murid-murid tidak
menghadirkan diri ke sekolah, mereka akan ketinggalan dalam pembelajaran dan kadang-
kadang guru tidak akan mengulang kembali pengajaran yang telah dilakukan dan ini telah
menyebabkan salah satu punca murid-murid mengalami defisit dalam akademik.
7.4 Wujud kelompok murid yang mempunyai daya pemikiran yang pantas dan lembap. Jika
tidak diasingkan, yang lembap akan terus ketinggalan. Dalam aspek kepedulian, guru perlu
peka dan prihatin terhadap kemampuan murid sendiri. Jika terdapat murid yang mempunyai
daya pemikiran yang tajam dan pantas, mereka perlu diasingkan dari murid yang lain. Guru
perlu sensitif dan mengambil berat akan masalah ini. Kadang-kadang guru berasa selesa
dengan murid yang selalu faham dan tidak pernah bertanyakan mengenai isi pembelajaran
dan langsung melupakan murid-murid yang lemah dan tidak faham akan pengajaran guru.
7.5 Murid tidak mempunyai sebarang minat untuk belajar. Masalah ini merupakan masalah
yang paling berat dan perlu dipandang serius oleh setiap guru. Jika timbul sekelumit
perasaan ini dalam diri klien mereka, maka tugas guru akan menjadi lebih mencabar dan
rumit. Guru dan ibubapa perlu bersekongkol untuk memastikan masalah ini tidak timbul
dalam sanubari kanak-kanak walaupun sekelumit.
7.6 Kaedah Pengajaran Guru salah satu punca berlakunya masalah membaca dalam
kalangan murid. Masalah dalam kaedah pengajaran guru yang dapat dirumuskan kepada
tiga punca utama, iaitu :
(i) kurang pengalaman,
(ii) penggunaan kaedah pengajaran membaca secara beramai-ramai dan individu
(iii) tidak ada kaedah yang berkesan dalam pengajaran membaca.
7.7 Faktor seterusnya yang dikenal pasti punca berlakunya masalah defisit dalam kalangan
murid ini ialah persekitaran yang tidak kondusif. Terdapat tiga faktor persekitaran yang
ditemui dalam iaitu
(i) keluarga,
(ii) sekolah
(iii) rakan
7.8 Faktor sekolah juga adalah penyumbang kepada masalah ini. Ini kerana, di kelas sahaja
bilangan murid ialah 45 orang. Ini secara tidak langsung menjejaskan tumpuan guru
terhadap murid yang lemah. Murid yang lemah semakin hari akan semakin ketinggalan.
7.9 Faktor Psikologi
Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca.
Minat yang mendalam terhadap bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami
proses pembacaannya. Terdapat dua faktor yang berkaitan dengan psikologi, iaitu :
(i) kurang minat belajar dan
(ii) kurang mengambil perhatian semasa belajar.
Faktor tidak minat membaca merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada
wujudnya masalah membaca dalam kalangan murid menyebabkan murid tidak dapat
menguasai mata pelajaran yang lain.
7.10 Faktor Individu
Faktor individu berkait rapat dengan kecerdasan dan kebolehan membaca. Murid-murid
yang mempunyai kecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang memahami dengan cepat
bahan bacaan yang dibaca berbanding murid yang lemah membaca. Dalam konteks kajian
ini, faktor individu ialah faktor yang berkaitan dengan kecerdasan murid lemah dalam
pembelajaran dan membaca. Murid-murid ini juga mempunyai ingatan yang lemah dan tidak
dapat mengingat maklumat dan apa yang telah dipelajari dalam jangka masa yang panjang.
Faktor kecerdasan murid atau individu adalah berkait rapat dengan kebolehan membaca
mereka. Kecerdasan murid yang rendah menjadikan individu berkenaan tidak boleh
mengingati apa yang dipelajari untuk jangka masa panjang dan menyebabkan murid-murid
ini membuat tanggapan yang meleset dari apa yang telah dipelajari seterusnya semakin
ketinggalan dalam pelajaran.
8.0 KESAN DAN AKIBAT
Kemahiran membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam menguasai sesuatu
ilmu pengetahuan. Seseorang yang mempunyai kemahiran membaca dengan mudah dapat
memperolehi serta meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Sehubungan itu
kemahiran asas yang diajar di sekolah, sejak zaman berzaman yang lalu, ialah menguasai
kemahiran membaca dan menulis. Para pendidik bersetuju bahawa membaca merupakan
petanda pencapaian akademik yang paling signifikan.
Namun begitu, walaupun penekanan diberikan terhadap kemahiran-kemahiran
tersebut, sehingga kini masih terdapat murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran
tersebut. Keadaan ini tidak dapat dipandang ringan kerana dalam zaman globalisasi ini,
dengan perubahan yang mendadak dari segala aspek kehidupan, pendidikan terus
berperanan bukan sahaja sekadar untuk mencelikkan mereka yang buta huruf dan buta
angka, tetapi turut berperanan untuk mencelikkan generasi muda kita yang buta IT, buta jati
diri, buta budaya, buta nilai, budi bahasa dan sopan santun. (Majalah Pendidik Bil 55/ Dis
2008)
Kegagalan murid membaca dengan baik seringkali dikaitkan dengan kegagalan
dalam peperiksaan. Kegagalan dalam peperiksaan ini banyak dipengaruhi oleh kesukaran
murid-murid untuk memahami isi kandungan pelajaran yang dipelajari disebabkan oleh
kegagalan mereka membaca dengan baik.
Murid yang menghadapi masalah membaca ini juga didapati berhadapan dengan
masalah untuk menguasai mata pelajaran lain selain Bahasa Melayu. Akibat daripada
kelemahan menguasai kemahiran membaca ini, pencapaian mereka terhadap mata
pelajaran lain seperti Matematik, Bahasa Inggeris, Sains juga terjejas.
Minat dan motivasi sangat dominan dan berperanan dalam membina tabiat suka
membaca. Di samping itu, dorongan dan pemupukan minat perlu ditanamkan oleh guru, ibu
bapa serta komuniti setempat. Minat yang tinggi terhadap membaca membolehkan individu
tersebut berjaya dalam kehidupannya. Murid yang lemah menguasai kemahiran membaca
akan menghadapi berbagai-bagai impak psikologi. Murid yang lemah dan tidak pandai
membaca akan disingkirkan oleh kawan-kawan mereka, menyebabkan murid ini terasa
terasing dan tidak dipedulikan menyebabkan mereka tidak minat belajar. Saya mendapati
murid yang lemah membaca ini selalu merasa rendah diri di kalangan kawan-kawan mereka
kerana mereka tahu yang mereka ini tidak ada kebolehan seperti kawan-kawan mereka itu.
Disebabkan mereka tidak boleh membaca menyebabkan murid ini malas untuk belajar
mungkin kerana terlalu banyak sudah mencuba akhirnya mereka merasa malaslah untuk
mencuba. Murid yang lemah membaca ini juga kurang motivasi untuk belajar berbanding
murid yang pandai membaca.
9.0 LANGKAH MENGATASI
Tanggungjawab guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya berat
kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab memberi pengalaman kepada pelajar dalam
bidang mata pelajaran yang diajar tetapi ia juga bertujuan membentuk pelajar menjadi
seorang pelajar yang cemerlang. Kalau itu tidak mencukupi banyak lagi tugas dan
tanggungjawab guru yang ditanggungnya di luar proses pengajaran. Tugas guru bukannya
mudah kerana ada banyak perkara lain yang dianggap seseorang guru harus boleh lakukan
sungguh pun guru itu tidak mendapat latihan khusus dalam bidang itu.
Tanggungjawab dalam bidang pengajaran dan pembelajaran membaca bukannya
terhad pada seseorang guru sahaja. Untuk setiap mata pelajaran disediakkan buku teks. Ini
bererti setiap guru mata pelajaran juga harus menjadi seorang guru bacaan. Kalau ditanya
kepada guru, ramai akan mengatakan bahawa buku teks digunakan sebagai rujukan atau
untuk memberi latihan kepada pelajar. Persoalannya ialah bilakah pelajar betul-betul
berpeluang untuk diberi kemahiran membaca dalam erti kata membaca dengan penuh
perhatian. Begitulah juga keadaannya di dalam kelas bahasa, membaca tidak begitu
penting, yang penting ialah menjawab soalan kefahaman, lalu kita akan bertanya
tanggungjawab siapakah untuk mengajar membaca. Latihan yang diterima oleh guru dalam
bidang membaca terlalu minima dan ada guru yang tidak pernah menerima sebarang
pendedahan tentang pengajaran membaca dan ilmu membaca terutamanya guru mata
pelajaran. Kefahaman tentang ilmu membaca terlalu penting untuk diabaikan dalam proses
pendidikan guru. Sekurang-kurangnya apabila seorang guru itu tamat pengajiannya dia
telah pun menerima pendedahan dalam bidang ilmu membaca dan pengajaran membaca.
Pihak Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan beberapa program di sekolah
antaranya program KIA2M atau Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis serta
program pemulihan bagi memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca
dan menulis sejak di peringkat awal lagi. Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan
Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran
membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah
terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan
menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari
kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Oleh itu strategi pengajaran
dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk
membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.
a. Berpusatkan Guru
Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar
berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.
b. Berpusatkan Murid
Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan
sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.
c. Berpusatkan Bahan
Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan
yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan
dijalankan.
d. Pendekatan secara kelas
Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan
meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih
sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.
e. Pendekatan secara berkumpulan
Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi
pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid. Kumpulan kecil
yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir
sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran
yang disediakan.
f. Pendekatan secara individu
Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing
untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga
boleh digunakan jika perlu.
10.0 PENUTUP
Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak
berke[perluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya
guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan
langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-
langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka
guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.
Dengan jumlah penduduk yang tidak ramai dan dilengkapi dengan kemudahan pendidikan
yang serba maju, sepatutnya masalah tidak boleh membaca ini tidak boleh berlaku atau
sekurangnya dalam jumlah yang sedikit. Terdapat banyak faktor yang telah dikenal pasti.
Oleh itu, agensi-agensi bawah Kementerian Pelajaran seperti Pusat Perkembangan
Kurikulum, Bahagian Buku Teks, Bahagian Pendidikan dan Latihan Guru, Jabatan
Pendidikan Dearah dan lain-lain perlu mengenalpasti langkah-langkah untuk mengatasi
masalah ketidakbolehan membaca dalam kalangan murid ini.
Kajian tindakan defisit akademik

More Related Content

What's hot

Assignment 1
Assignment 1Assignment 1
Assignment 1iezaku
 
kajian tindakan sains
kajian tindakan sainskajian tindakan sains
kajian tindakan sains
mamadanial
 
Ainun rahmah iberahim
Ainun rahmah iberahim  Ainun rahmah iberahim
Ainun rahmah iberahim
ainun iberahim
 
Masalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sainsMasalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sainsZalizan- Ismail
 
Faktor faktor yang mempengaruhi penggunaan strategi pembelajaran bahasa (Aais...
Faktor faktor yang mempengaruhi penggunaan strategi pembelajaran bahasa (Aais...Faktor faktor yang mempengaruhi penggunaan strategi pembelajaran bahasa (Aais...
Faktor faktor yang mempengaruhi penggunaan strategi pembelajaran bahasa (Aais...
P79167
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individu
SYAZWANI IBRAHIM
 
Sme6044 tugasan 2 timss
Sme6044 tugasan 2 timssSme6044 tugasan 2 timss
Sme6044 tugasan 2 timss
Ling Leh
 
ANALISIS ARTIKEL DISLEKSIA
ANALISIS ARTIKEL DISLEKSIAANALISIS ARTIKEL DISLEKSIA
ANALISIS ARTIKEL DISLEKSIANira Nufus
 
Math anxiety 2
Math anxiety 2Math anxiety 2
Math anxiety 2
Amie Joan Juanis
 
5 factors using LLS
5 factors using LLS5 factors using LLS
5 factors using LLS
siti nor hafizah zakaria
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanFawwaz Fathanah
 
5 Faktor mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa
5 Faktor mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa5 Faktor mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa
5 Faktor mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa
OwhPipie90
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalNur Kareena
 
Math anxiety 3
Math anxiety 3Math anxiety 3
Math anxiety 3
Amie Joan Juanis
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...Jenry Saiparudin
 
5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA
5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA
5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASANadhiah aris
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdIzudin Hasan
 

What's hot (20)

Assignment PKU
Assignment PKUAssignment PKU
Assignment PKU
 
Assignment 1
Assignment 1Assignment 1
Assignment 1
 
kajian tindakan sains
kajian tindakan sainskajian tindakan sains
kajian tindakan sains
 
Ainun rahmah iberahim
Ainun rahmah iberahim  Ainun rahmah iberahim
Ainun rahmah iberahim
 
Masalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sainsMasalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sains
 
Faktor faktor yang mempengaruhi penggunaan strategi pembelajaran bahasa (Aais...
Faktor faktor yang mempengaruhi penggunaan strategi pembelajaran bahasa (Aais...Faktor faktor yang mempengaruhi penggunaan strategi pembelajaran bahasa (Aais...
Faktor faktor yang mempengaruhi penggunaan strategi pembelajaran bahasa (Aais...
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakan
 
Isu sains sem3
Isu sains   sem3Isu sains   sem3
Isu sains sem3
 
Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individu
 
Sme6044 tugasan 2 timss
Sme6044 tugasan 2 timssSme6044 tugasan 2 timss
Sme6044 tugasan 2 timss
 
ANALISIS ARTIKEL DISLEKSIA
ANALISIS ARTIKEL DISLEKSIAANALISIS ARTIKEL DISLEKSIA
ANALISIS ARTIKEL DISLEKSIA
 
Math anxiety 2
Math anxiety 2Math anxiety 2
Math anxiety 2
 
5 factors using LLS
5 factors using LLS5 factors using LLS
5 factors using LLS
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
5 Faktor mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa
5 Faktor mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa5 Faktor mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa
5 Faktor mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnal
 
Math anxiety 3
Math anxiety 3Math anxiety 3
Math anxiety 3
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
 
5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA
5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA
5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpd
 

Similar to Kajian tindakan defisit akademik

Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
muhammad
 
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembamRidzuan Ahmad
 
kesulitan belajar.docx
kesulitan belajar.docxkesulitan belajar.docx
kesulitan belajar.docx
WayanArtha1
 
Yamin_LK 2.1 Eksplore dan Analisis Masalah PPG Daljab 2022.docx.pdf
Yamin_LK 2.1 Eksplore dan Analisis Masalah PPG Daljab 2022.docx.pdfYamin_LK 2.1 Eksplore dan Analisis Masalah PPG Daljab 2022.docx.pdf
Yamin_LK 2.1 Eksplore dan Analisis Masalah PPG Daljab 2022.docx.pdf
Yamin S. Pd
 
Psikologi
PsikologiPsikologi
Psikologi33335
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
Nur Khairani
 
Pendekatan kaedah mnemonik
Pendekatan kaedah mnemonikPendekatan kaedah mnemonik
Pendekatan kaedah mnemonik
Abdul Razak Jamaluddin
 
PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOL...
PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOL...PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOL...
PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOL...
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Zack Chepa
 
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptxIDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
UMN AL WASHLIYAH
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
AnibintiMisran
 
Assignment bmm3106
Assignment bmm3106Assignment bmm3106
Assignment bmm3106Rasimah Imah
 
Makalah psikologi dkb kel.7
Makalah psikologi dkb kel.7Makalah psikologi dkb kel.7
Makalah psikologi dkb kel.7
Aprilia Mantayani
 
EDITED HOLO.pptx
EDITED HOLO.pptxEDITED HOLO.pptx
EDITED HOLO.pptx
diyanaamalin1
 
Karya Tulis Ilmiah mengenai Pengaruh Penerapan Kurikulum 2013 terhadap Cara B...
Karya Tulis Ilmiah mengenai Pengaruh Penerapan Kurikulum 2013 terhadap Cara B...Karya Tulis Ilmiah mengenai Pengaruh Penerapan Kurikulum 2013 terhadap Cara B...
Karya Tulis Ilmiah mengenai Pengaruh Penerapan Kurikulum 2013 terhadap Cara B...
regiandira739
 
Makalah y prian budi purwanto
Makalah y prian budi purwantoMakalah y prian budi purwanto
Makalah y prian budi purwanto
Yohanes Purwanto
 
diagnosis kesulitan belajar.docx
diagnosis kesulitan belajar.docxdiagnosis kesulitan belajar.docx
diagnosis kesulitan belajar.docx
luthfiahkhairani
 
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
Rafiza Diy
 

Similar to Kajian tindakan defisit akademik (20)

Kemahiran mnembaca artikel 1
Kemahiran mnembaca artikel 1Kemahiran mnembaca artikel 1
Kemahiran mnembaca artikel 1
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 
kesulitan belajar.docx
kesulitan belajar.docxkesulitan belajar.docx
kesulitan belajar.docx
 
Yamin_LK 2.1 Eksplore dan Analisis Masalah PPG Daljab 2022.docx.pdf
Yamin_LK 2.1 Eksplore dan Analisis Masalah PPG Daljab 2022.docx.pdfYamin_LK 2.1 Eksplore dan Analisis Masalah PPG Daljab 2022.docx.pdf
Yamin_LK 2.1 Eksplore dan Analisis Masalah PPG Daljab 2022.docx.pdf
 
Psikologi
PsikologiPsikologi
Psikologi
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Pendekatan kaedah mnemonik
Pendekatan kaedah mnemonikPendekatan kaedah mnemonik
Pendekatan kaedah mnemonik
 
PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOL...
PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOL...PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOL...
PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOL...
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
 
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptxIDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
 
Assignment bmm3106
Assignment bmm3106Assignment bmm3106
Assignment bmm3106
 
Makalah psikologi dkb kel.7
Makalah psikologi dkb kel.7Makalah psikologi dkb kel.7
Makalah psikologi dkb kel.7
 
EDITED HOLO.pptx
EDITED HOLO.pptxEDITED HOLO.pptx
EDITED HOLO.pptx
 
Karya Tulis Ilmiah mengenai Pengaruh Penerapan Kurikulum 2013 terhadap Cara B...
Karya Tulis Ilmiah mengenai Pengaruh Penerapan Kurikulum 2013 terhadap Cara B...Karya Tulis Ilmiah mengenai Pengaruh Penerapan Kurikulum 2013 terhadap Cara B...
Karya Tulis Ilmiah mengenai Pengaruh Penerapan Kurikulum 2013 terhadap Cara B...
 
Makalah y prian budi purwanto
Makalah y prian budi purwantoMakalah y prian budi purwanto
Makalah y prian budi purwanto
 
diagnosis kesulitan belajar.docx
diagnosis kesulitan belajar.docxdiagnosis kesulitan belajar.docx
diagnosis kesulitan belajar.docx
 
Model Disleksia
Model DisleksiaModel Disleksia
Model Disleksia
 
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
 

Recently uploaded

Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakatPPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
jodikurniawan341
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docxKisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
irawan1978
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Rima98947
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
asyi1
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
rohman85
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
TEDYHARTO1
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
d2spdpnd9185
 
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi KomunikasiKarakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
AdePutraTunggali
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
smp4prg
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
ozijaya
 

Recently uploaded (20)

Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
 
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakatPPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
 
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docxKisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
 
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi KomunikasiKarakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
 

Kajian tindakan defisit akademik

  • 1. 1.0 Pendahuluan Pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan suatu tugas yang memerlukan kesabaran yang tinggi daripada seorang yang bergelar guru. Tidak semua guru berjaya mencapai objektif yang diinginkan setelah selesai mengajar sesuatu mata pelajaran kepada murid- muridnya. Tidak ramai juga murid yang berjaya mengikuti dan memahami apa yang diajar oleh guru mereka walaupun diajar berulang-ulang kali. Menyedari hakikat ini berbagai-bagai isu telah timbul dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam era modenisasi pada masa kini, masih terdapat pelajar yang buta huruf yang tidak tahu membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Kajian Kementerian Pelajaran baru-baru ini ialah mendapati 165,000 pelajar di negara ini masih buta huruf. Daripada jumlah ini, 125,000 adalah murid sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah (Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010). Keadaan ini dilihat sebagai satu keadaan yang sangat membimbangkan. Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, murid-murid tahap satu yang mengalami defisit akademik telah berkurangan daripada 9.1% pada tahun 2003 kepada 7.7% pada tahun 2004. Manakala pada tahun 2005 pula, didapati 4.4% murid sekolah rendah masih belum menguasai kemahiran membaca. Laporan ini telah menunjukkan keadaan yang semakin baik menyebabkan Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan sewajarnya untuk membasmikan masalah penguasaan kemahiran membaca agar berada pada tahap sifar. ‘Defisit Akademik’ bermaksud kegagalan menguasai kemahiran asas seperti membaca (Buku Panduan KIA2M). Pihak Kementerian Pelajaran (KPM) berusaha menghapuskan gejala ini dengan pelbagai kaedah dan menelan jutaan ringgit. Kegagalan dan kelambatan murid menguasai kemahiran asas di peringkat rendah perlu dilihat dengan serius dan memerlukan kaedah-kaedah tertentu untuk mengatasinya. Gejala tidak boleh membaca dan tidak mahir membaca boleh memberikan kesan buruk kepada murid daripada segi akademik dan sosial. Misalnya, ketinggalan dalam bidang akademik atau pencapaian mereka rendah dalam mata pelajaran
  • 2. bahasa Melayu dan mata pelajaran-mata pelajaran yang lain akan menyebabkan mereka kurang berminat untuk belajar malah ada yang terus tidak suka ke sekolah. Ketinggalan menguasai kemahiran membaca mempengaruhi penguasaan dan pencapaian dalam mata-mata pelajaran lain (Khathijah Rohani bt Mohd Yunus dan Zalizan Mohd Jelas, 1993). Akibatnya juga, daripada segi psikologi keadaan ini menyebabkan mereka berasa kecewa, bosan dan tidak gemar membaca (Noran Fauziah Yaakub, 1992). Ali Abdul Ghani (Nov 1993) menulis dalam Jurnal Teknologi Pendidikan mengatakan bahawa belajar membaca merupakan satu aktiviti mental yang kompleks. Ia juga merupakan satu proses yang lambat dan sukar. Sesetengah murid tidak dapat menguasai bidang pembacaan sepenuhnya dalam jangka masa yang sepatutnya seperti yang ditetapkan dalam kurikulum ini juga kerana murid mempunyai kelainan keupayaan dan minat. Menurut Koh (1986) pula, penguasaan bahasa yang lemah akan mengugat kemajuan dalam subjek lain. Ini disebabkan oleh bahasa ialah alat komunikasi untuk mempelajari dan menguasai sesuatu disiplin ilmu. Kegagalan seseorang murid dalam ujian atau peperiksaan dapat dikaitkan dengan kegagalan murid itu untuk membaca dan memahami soalan-soalan yang dikemukakan. 2.0 DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak Pintar Cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak yang berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaikan kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Heward 2003). Istilah lain juga telah digunakan untuk “kanak-kanak berkeperluan khas” ini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-kanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan. Menurut Kail (2001), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas.Terdapat kanak-
  • 3. kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuklah muka ibu bapa sendiri. Terdapat juga kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir. Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi 1. mental ( pencapaian akademik ), 2. keupayaan deria ( melihat dan mendengar ), 3. keupayaan berkomunikasi ( menulis dan bertutur ), 4. tingkah laku ( mengawal diri ), 5. emosi ( bercampur gaul ) 6. ciri-ciri fizikal ( bergerak dan menjaga diri sendiri) 2.0 PROFIL MURID 2.1 Biodata Nama : Fakrul Idham B. Mohd. Ikebar Umur : 9 tahun Keturunan : Melayu Agama : Islam Tarikh lahir : 19/11/2006 Tempat Lahir : Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang Bil. Adik Beradik : 3 orang (anak ke-2) Nama ibu : Nur Ain binti Saibi Umur Ibu : 28 tahun Pekerjaan Ibu : Surirumah Nama Bapa : Mohd Ikebar B. Mukayat Umur bapa : 30 tahun Pekerjaan Bapa : Pekerja kilang
  • 4. 2.2 Masalah Kesihatan Fakrul Idham tidak mempunyai sebarang penyakit lain. Di dalam kalangan ahli keluarga serta saudara-mara Fakrul Idham, tiada siapa yang mengalami masalah kerencatan akal atau berkeperluan khas. 2.3 Tahap Masalah Yang dihadapi Murid ini dikenal pasti mengalami masalah pembelajaran semenjak tahun pertama persekolahan. Terdapat dua petunjuk utama masalah pembelajaran. Pertama, walaupun murid berupaya belajar, kadar pembelajaran mereka sangat perlahan. Ini disebabkan tahap perkembangan menyerupai kanak-kanak yang lebih muda. Contohnya, tahun dua hanya permulaan belajar abjad, membilang dan menulis namanya sendiri. Kedua, kebanyakan perkembangan ditunda. Mereka gagal setanding dengan mereka yang membangun dalam intelektual dan bahasa, pencapaian akademik, kecekapan sosial dan kemahiran persediaan vokasional. Walaupun kadar pembelajarannya perlahan, mereka boleh memperoleh pelbagai aktiviti di dalam kelas. Walau bagaimanapun, sebahagian pembelajaran mereka sukar dipelajari. Contohnya kemahiran pemahaman pembacaan adalah lebih sukar berbanding pembacaan biasa. Maksudnya, murid kurang berjaya menyelesaikan masalah matematik berbanding pengiraan matematik. Jelaslah murid ini sukar memohon kemahiran pembelajaran apabila berhadapan dengan situasi baru. 2.4 Pencapaian Akademik Pencapaian akademik murid ini ialah sangat tidak memberangsangkan kerana murid ini merupakan murid yang corot di dalam kelas. Pencapaian murid didalam kelas adalah pada tahap rendah menyebabkan batasan pergaulan dan komunikasi dengan guru dan juga rakan-rakan sebaya yang lain.
  • 5. 3.0 Responden Responden kajian terdiri daripada 5 orang. Responden yang pertama ialah ibu kepada murid. Responden yang kedua ialah guru kelas, juga merangkap guru bahasa Inggeris. Resoponden yang ketiga ialah guru mata pelajaran matematik. Responden yang ke empat ialah guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Manakala responden yang terakhir ialah guru pemulihan khas. 4.0 Metodologi 1) Alat Pengumpulan Data Kajian Kualitatif Terdapat tiga kaedah alat pengumpulan data, iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen (Mohd, 2005; Nana, 2005; Fraenkel, 2007). Penggunaan ketiga-tiga kaedah ini akan saling melengkapi antara satu dengan yang lain, ketidakjelasan daripada pengutipan data teknik pemerhatian akan ditanya kepada responden melalui teknik temu bual dan sebaliknya, yang kemudian disokong oleh teknik analisis dokumen. Penggunaan ketiga- tiga kaedah tersebut merupakan bahagian daripada proses triangulasi yang dapat menghasilkan dapatan kajian yang lebih tepat dan meyakinkan tentang konsep yang dikaji (Mohd, 2005; Nana, 2005). Triangulasi membolehkan data-data yang tidak dapat dikumpul dengan satu kaedah akan digunakan kaedah yang lain, seperti terlihat pada Rajah 3.2 berikut Rajah 3.2 Triangulasi kaedah pengumpulan data (Sumber Lexy, 2007)
  • 6. Ketiga-tiga kaedah pengumpulan data kajian kualitatif iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen akan memantapkan kebolehpercayaan dan kesahihan internal (Merriam, 2001), dan satu kelebihan yang ketara adalah penggunaan pelbagai teknik pengutipan data yang memberi triangulasi atau pengukuhan data (Marohaini, 2001). Penggunaan masing-masing kaedah dalam penyelidikan ini adalah seperti huraian berikut. a) Pemerhatian Kaedah pemerhatian digunakan untuk pengumpulan data tentang masalah defisit akademik yang dihadapi oleh seorang murid tahun 3, di SK. Meru 2, Klang, Selangor. Pemerhatian yang dilakukan memberikan peluang kepada penyelidik untuk memerhati, mendengar dan mengalami suasana yang sebenar (Mohd, 2005; Nana, 2005). Dengan kaedah ini penyelidik memperoleh gambaran sebenar yang menyeluruh dan mendalam tentang yang berlaku, kepada murid semasa mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Dalam kajian ini, penyelidik bertindak sebagai pemerhati atau peserta seperti mana dinyatakan oleh Spradley (1980), semua pengkaji yang menggunakan pemerhatian- peserta dalam kajian mempunyai dua tujuan, a) melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan situasi, b) memerhati aktiviti-aktiviti yang sedang berlaku dengan aspek-aspek berkenaan. b) Temu Bual Temu bual ialah alat penyelidikan bila mana subjek dan penyelidik hadir dalam proses memperolehi dapatan kajian (Sukardi, 2004; Mohd, 2005; Nana, 2005), berkenaan dengan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak yang diperlukan untuk mencapai objektif penyelidikan (Mohd, 2005). Temu bual merupakan salah satu sumber maklumat yang paling penting dalam kajian kes. Hal ini kerana dengan temu bual, dalam beberapa situasi penyelidik dapat meminta kepada responden untuk menyampaikan pendapatnya tentang suatu peristiwa atau program tertentu, dan hasilnya dapat digunakan sebagai preposisi dalam pelaksanaan penyelidikan selanjutnya.
  • 7. Dalam penyelidikan ini, temu bual digunakan untuk mengumpulkan data dan maklumat dengan pertimbangan: i) Penyelidik memperoleh dapatan kajian tentang masalah yang dihadapi oleh murid semasa berada di sekolah ii) Memperoleh dapatan kajian secara terperinci berkait dengan masalah defisit akademik murid c) Dokumen Dokumen pada hakikatnya adalah segala bahan tertulis mahupun filem yang sudah tersedia pada tempat tertentu (Noeng, 2000; Nana, 2005; Sudarwan, 2005). Analisis dokumen digunakan untuk membantu penyelidik mendapatkan data secara objektif melalui dokumen serta tidak memerlukan kehadiran informan dan juga dapat memberikan data yang konsisten kerana segala data diperoleh secara tersurat dan dapat digunakan untuk memperoleh kesahan sesuatu jawapan yang diperoleh daripada analisis soal selidik (Frankel, 2007). Penggunaan dokumen dalam penyelidikan adalah mendukung dan menambah bukti daripada sumber-sumber lain. Ada tiga penggunaan kaedah dokumen dalam penyelidikan, a) membantu memeriksa data-data yang telah dikumpulkan, b) dapat menambah rincian khas lainya guna mendukung maklumat daripada sumber- sumber lain, jika bukti dokumen bertentangan dan bukannya mendukung, penyelidik mempunyai alasan untuk mengkaji lebih jauh tentang kajian yang sedang dilaksanakan, c) inferensi dapat dibuat dari dokumen-dokumen (Robert, 1996). 6.0 Data Analisis Punca Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran Pada peringkat awal sudah disebut kanak- kanak yang mengalami masalah pembelajaran adalah mereka yang mengalami masalah neurologi terutama otak. Otak secara umumnya terdiri daripada dua bahagian iaitu: Bahagian atas yang disebut cortex Bahagian bawah yang disebut medulla dan sekitarnya. Otak atas yang terdapat pada manusia bersifat adalah dinamis dan potensinya dapat
  • 8. dikembangkan seluas-luasnya. Otak bawah yang terdapat dalam spesies tinggi dan juga spesies rendah seperti kucing, monyet dan sebagainya adalah bersifat statik. Otak bawah memiliki fungsi-fungsi dasar seperti berikut: Medula berfungsi mengendalikan pernafasan, pencernaan, detik jantung dan penelaan. Serebelum berfungsi mengkoordinasi pelbagai gerakan organ jasmani dan refleks. Talamus berfungsi sebagai penyambung maklumat yang diperoleh oleh deria melalui sub-sub bahagian otak bawah ke otak atas atau cortex. Hipotalamus berfungsi mengatur ekspresi yang berasal daripada dorongan-dorongan dasar seperti dorongan rasa lapar dan seksual. Selanjutnya, memori terdiri daripada dua jenis iaitu: Memori semantik iaitu memori khusus yang menyimpan pengertian maklumat. Memori episodik iaitu memori khusus yang menyimpan maklumat peristiwa. Dalam memori semantik, maklumat yang diterima ditransformasikan dan diberi kod makna, lalu disimpan. Maklumat yang disimpan tidak dalam bentuk asal, tetapi dalam bentuk kod yang bermakna. Pelajar yang memiliki maklumat hasil proses semantik seperti itu dapat mempertahan dan menggunakannya dalam waktu yang lebih lama dan dalam situasi yang lebih kompleks. Sesuai dengan namanya, memori semantik berfungsi menyimpan konsep-konsep yang signifikan dan bertalian antara satu dengan yang lain. Apabila Adam berkata, “Saya tahu bangau adalah burung dan memiliki sayap”. Dalam kenyataan deklaratif ini, bangau adalah superordinat bagi burung-burung lain seperti kenari, merak dan lain-lain. Sayap adalah ciri-ciri bagi burung-burung pada umumnya. Maklumat yang terungkap dalam burung dan sayap, selanjutnya dapat diperlakukan oleh memori Adam bagi menjelaskan erti konsep burung yang lain yang memiliki superordinat dan ciri-ciri serupa dengan bangau. Oleh yang demikian, butir-butir maklumat yang tersimpan dalam memori semantik bersifat dinamis dan dapat diolah serta diaplikasikan oleh akal Adam bagi memahami fenomena lain yang relevan dengan butir-butir maklumat itu. Memori episodik adalah memori yang menerima dan menyimpan peristiwa-peristiwa yang terjadi ataupun dialami pelajar pada waktu dan tempat tertentu yang berfungsi sebagai referensi autobiografi. Apa yang kamu makan pagi tadi, ke mana kamu pergi semalam, dan
  • 9. peristiwa yang kamu alami pada hari pertama di darjah satu dan sebagainya adalah contoh- contoh maklumat yang tersimpan dalam memori episodik. Walaupun penyebab lupa itu pelbagai, namun yang penting yang perlu diperhatikan adalah faktor pertama di atas yang merangkumi gangguan proaktif dan retroaktif kerana ia sudah dibuktikan melalui penyelidikan. Di samping itu, ciri-ciri mereka adalah seperti berikut: Lemah dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira atau 3M. Keliru dengan nombor ‘13 dan 31’, menulis ‘p sebagai q’ dan tidak dapat mengingat turutan angka ataupun huruf. Penguasaan yang lemah dalam sesuatu kemahiran kognitif jika dibandingkan dengan rakan sebaya. Sukar mengikut arahan. Lemah dalam keseluruhan pelajaran. Mempunyai darjah kecerdasan antara 70 hingga 90. Selalu gagal dalam latihan dan ujian. Memerlukan jangka masa yang lama bagi menguasai sesuatu kemahiran. Lemah dalam perkara-perkara yang abstrak. Mengulangi sesuatu aktiviti beberapa kali tanpa berhenti. Keliru dengan hari seperti ‘hari ini’ disebut sebagai ‘esok’ dan sebaliknya. Menunjukkan kesukaran dengan koordinasi motor kasar ataupun halus. Lemah dalam menerima konsep yang baru. Tidak dapat menghubungkaitkan konsep yang baru dengan yang lama. Lambat mengingat semula. Tidak dapat menganalisis. Tidak dapat menyelesaikan masalah. Lemah dalam mengutarakan idea. Mudah terganggu. Rendah diri. Gangguan emosi. Pemalu. Penakut. Tidak ada motivasi. Tidak menunjukkan reaksi apabila tiba-tiba bunyi bising kedengaran seperti tepukan tangan ataupun pintu ditutup dengan kuat ataupun mengelipkan mata ataupun membuka matanya dengan luas bagi mencari arah bunyi itu. Tidak memerhati bunyi-bunyian seperti bunyi motosikal dan sebagainya. Tidak menunjukkan respons apabila namanya dipanggil. Tidak dapat membezakan bunyi-bunyi. Tidak dapat mengingati apa yang didengar. Selalu menyebut “Saya tak peduli” ataupun “Saya tak mahu.” Tidak dapat memahami perhubungan dan konsep berdasarkan maklumat yang didengar. Tidak dapat membezakan bunyi-bunyian yang penting daripada beberapa bunyi-bunyian latar belakang. Tidak dapat melihat perbezaan dan persamaan saiz, bentuk, warna dan kedudukan. Sukar mengingati semula apa yang dilihat.
  • 10. 7.0 Hasil Dapatan Hasil daripada temubual dengan responden, saya mendapati beberapa masalah yang menyebabkan berlakunya defisit akademik terhadap murid ini. Berikut adalah masalah yang dihadapi : 7.1 Murid kelas pemulihan juga terpaksa mengikuti kelas sukatan pelajaran lain, jadi mereka tidak boleh memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas pemulihan. Kebanyakan guru tidak mempedulikan tahap murid di dalam kelas masing-masing. Mereka berasa culas untuk mengasingkan murid-murid yang lemah ini. Bagi mereka, yang penting sekali adalah untuk menghabiskan silibus yang diwajibkan ke atas mereka tanpa mempedulikan murid-murid yang akan ketinggalan. 7.2 Murid tidak mendapat pendidikan asas dari awal (prasekolah) sehingga menyukarkan mereka menyesuaikan diri dengan kelompok murid pintar. Hal ini juga melibatkan peranan ibubapa sebagai guru di rumah. Ibubapa perlu mendedahkan anak mereka dengan pendidikan awal untuk membiasakan mereka dengan keadaan pembelajaran. Ramai murid yang baru memasuki Tahun 1 tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran yang baru dan ini mengakibatkan mereka berasa janggal dan tidak dapat mengikut pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu ada juga murid lewat mendaftar masuk kelas tahun satu (ada yang lewat hingga satu dan dua bulan) menyebabkan mereka tidak mengikuti pendidikan asas membaca dari awal. 7.3 Masalah keluarga, murid kerap tidak hadir ke sekolah sehingga ketinggalan dalam proses pembelajaran. Ada segelintir ibubapa yang memandang ringan terhadap kehadiran anak-anak mereka ke sekolah. Murid tidak menyiapkan kerja sekolah, malas untuk bangun awal untuk ke sekolah, berpura-pura sakit dan sebagainya. Ibubapa yang terlalu manjakan anak mereka akan melayan kerenah anak mereka dan apabila murid-murid tidak menghadirkan diri ke sekolah, mereka akan ketinggalan dalam pembelajaran dan kadang- kadang guru tidak akan mengulang kembali pengajaran yang telah dilakukan dan ini telah menyebabkan salah satu punca murid-murid mengalami defisit dalam akademik.
  • 11. 7.4 Wujud kelompok murid yang mempunyai daya pemikiran yang pantas dan lembap. Jika tidak diasingkan, yang lembap akan terus ketinggalan. Dalam aspek kepedulian, guru perlu peka dan prihatin terhadap kemampuan murid sendiri. Jika terdapat murid yang mempunyai daya pemikiran yang tajam dan pantas, mereka perlu diasingkan dari murid yang lain. Guru perlu sensitif dan mengambil berat akan masalah ini. Kadang-kadang guru berasa selesa dengan murid yang selalu faham dan tidak pernah bertanyakan mengenai isi pembelajaran dan langsung melupakan murid-murid yang lemah dan tidak faham akan pengajaran guru. 7.5 Murid tidak mempunyai sebarang minat untuk belajar. Masalah ini merupakan masalah yang paling berat dan perlu dipandang serius oleh setiap guru. Jika timbul sekelumit perasaan ini dalam diri klien mereka, maka tugas guru akan menjadi lebih mencabar dan rumit. Guru dan ibubapa perlu bersekongkol untuk memastikan masalah ini tidak timbul dalam sanubari kanak-kanak walaupun sekelumit. 7.6 Kaedah Pengajaran Guru salah satu punca berlakunya masalah membaca dalam kalangan murid. Masalah dalam kaedah pengajaran guru yang dapat dirumuskan kepada tiga punca utama, iaitu : (i) kurang pengalaman, (ii) penggunaan kaedah pengajaran membaca secara beramai-ramai dan individu (iii) tidak ada kaedah yang berkesan dalam pengajaran membaca. 7.7 Faktor seterusnya yang dikenal pasti punca berlakunya masalah defisit dalam kalangan murid ini ialah persekitaran yang tidak kondusif. Terdapat tiga faktor persekitaran yang ditemui dalam iaitu (i) keluarga, (ii) sekolah (iii) rakan 7.8 Faktor sekolah juga adalah penyumbang kepada masalah ini. Ini kerana, di kelas sahaja bilangan murid ialah 45 orang. Ini secara tidak langsung menjejaskan tumpuan guru terhadap murid yang lemah. Murid yang lemah semakin hari akan semakin ketinggalan. 7.9 Faktor Psikologi
  • 12. Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca. Minat yang mendalam terhadap bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami proses pembacaannya. Terdapat dua faktor yang berkaitan dengan psikologi, iaitu : (i) kurang minat belajar dan (ii) kurang mengambil perhatian semasa belajar. Faktor tidak minat membaca merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalam kalangan murid menyebabkan murid tidak dapat menguasai mata pelajaran yang lain. 7.10 Faktor Individu Faktor individu berkait rapat dengan kecerdasan dan kebolehan membaca. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang memahami dengan cepat bahan bacaan yang dibaca berbanding murid yang lemah membaca. Dalam konteks kajian ini, faktor individu ialah faktor yang berkaitan dengan kecerdasan murid lemah dalam pembelajaran dan membaca. Murid-murid ini juga mempunyai ingatan yang lemah dan tidak dapat mengingat maklumat dan apa yang telah dipelajari dalam jangka masa yang panjang. Faktor kecerdasan murid atau individu adalah berkait rapat dengan kebolehan membaca mereka. Kecerdasan murid yang rendah menjadikan individu berkenaan tidak boleh mengingati apa yang dipelajari untuk jangka masa panjang dan menyebabkan murid-murid ini membuat tanggapan yang meleset dari apa yang telah dipelajari seterusnya semakin ketinggalan dalam pelajaran. 8.0 KESAN DAN AKIBAT Kemahiran membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam menguasai sesuatu ilmu pengetahuan. Seseorang yang mempunyai kemahiran membaca dengan mudah dapat memperolehi serta meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Sehubungan itu kemahiran asas yang diajar di sekolah, sejak zaman berzaman yang lalu, ialah menguasai kemahiran membaca dan menulis. Para pendidik bersetuju bahawa membaca merupakan petanda pencapaian akademik yang paling signifikan.
  • 13. Namun begitu, walaupun penekanan diberikan terhadap kemahiran-kemahiran tersebut, sehingga kini masih terdapat murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran tersebut. Keadaan ini tidak dapat dipandang ringan kerana dalam zaman globalisasi ini, dengan perubahan yang mendadak dari segala aspek kehidupan, pendidikan terus berperanan bukan sahaja sekadar untuk mencelikkan mereka yang buta huruf dan buta angka, tetapi turut berperanan untuk mencelikkan generasi muda kita yang buta IT, buta jati diri, buta budaya, buta nilai, budi bahasa dan sopan santun. (Majalah Pendidik Bil 55/ Dis 2008) Kegagalan murid membaca dengan baik seringkali dikaitkan dengan kegagalan dalam peperiksaan. Kegagalan dalam peperiksaan ini banyak dipengaruhi oleh kesukaran murid-murid untuk memahami isi kandungan pelajaran yang dipelajari disebabkan oleh kegagalan mereka membaca dengan baik. Murid yang menghadapi masalah membaca ini juga didapati berhadapan dengan masalah untuk menguasai mata pelajaran lain selain Bahasa Melayu. Akibat daripada kelemahan menguasai kemahiran membaca ini, pencapaian mereka terhadap mata pelajaran lain seperti Matematik, Bahasa Inggeris, Sains juga terjejas. Minat dan motivasi sangat dominan dan berperanan dalam membina tabiat suka membaca. Di samping itu, dorongan dan pemupukan minat perlu ditanamkan oleh guru, ibu bapa serta komuniti setempat. Minat yang tinggi terhadap membaca membolehkan individu tersebut berjaya dalam kehidupannya. Murid yang lemah menguasai kemahiran membaca akan menghadapi berbagai-bagai impak psikologi. Murid yang lemah dan tidak pandai membaca akan disingkirkan oleh kawan-kawan mereka, menyebabkan murid ini terasa terasing dan tidak dipedulikan menyebabkan mereka tidak minat belajar. Saya mendapati murid yang lemah membaca ini selalu merasa rendah diri di kalangan kawan-kawan mereka kerana mereka tahu yang mereka ini tidak ada kebolehan seperti kawan-kawan mereka itu. Disebabkan mereka tidak boleh membaca menyebabkan murid ini malas untuk belajar mungkin kerana terlalu banyak sudah mencuba akhirnya mereka merasa malaslah untuk
  • 14. mencuba. Murid yang lemah membaca ini juga kurang motivasi untuk belajar berbanding murid yang pandai membaca. 9.0 LANGKAH MENGATASI Tanggungjawab guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya berat kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab memberi pengalaman kepada pelajar dalam bidang mata pelajaran yang diajar tetapi ia juga bertujuan membentuk pelajar menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Kalau itu tidak mencukupi banyak lagi tugas dan tanggungjawab guru yang ditanggungnya di luar proses pengajaran. Tugas guru bukannya mudah kerana ada banyak perkara lain yang dianggap seseorang guru harus boleh lakukan sungguh pun guru itu tidak mendapat latihan khusus dalam bidang itu. Tanggungjawab dalam bidang pengajaran dan pembelajaran membaca bukannya terhad pada seseorang guru sahaja. Untuk setiap mata pelajaran disediakkan buku teks. Ini bererti setiap guru mata pelajaran juga harus menjadi seorang guru bacaan. Kalau ditanya kepada guru, ramai akan mengatakan bahawa buku teks digunakan sebagai rujukan atau untuk memberi latihan kepada pelajar. Persoalannya ialah bilakah pelajar betul-betul berpeluang untuk diberi kemahiran membaca dalam erti kata membaca dengan penuh perhatian. Begitulah juga keadaannya di dalam kelas bahasa, membaca tidak begitu penting, yang penting ialah menjawab soalan kefahaman, lalu kita akan bertanya tanggungjawab siapakah untuk mengajar membaca. Latihan yang diterima oleh guru dalam bidang membaca terlalu minima dan ada guru yang tidak pernah menerima sebarang pendedahan tentang pengajaran membaca dan ilmu membaca terutamanya guru mata pelajaran. Kefahaman tentang ilmu membaca terlalu penting untuk diabaikan dalam proses pendidikan guru. Sekurang-kurangnya apabila seorang guru itu tamat pengajiannya dia telah pun menerima pendedahan dalam bidang ilmu membaca dan pengajaran membaca. Pihak Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan beberapa program di sekolah antaranya program KIA2M atau Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis serta program pemulihan bagi memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis sejak di peringkat awal lagi. Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan
  • 15. Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh. a. Berpusatkan Guru Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja. b. Berpusatkan Murid Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas. c. Berpusatkan Bahan Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan. d. Pendekatan secara kelas Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar. e. Pendekatan secara berkumpulan Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid. Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan. f. Pendekatan secara individu
  • 16. Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu. 10.0 PENUTUP Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berke[perluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah- langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut. Dengan jumlah penduduk yang tidak ramai dan dilengkapi dengan kemudahan pendidikan yang serba maju, sepatutnya masalah tidak boleh membaca ini tidak boleh berlaku atau sekurangnya dalam jumlah yang sedikit. Terdapat banyak faktor yang telah dikenal pasti. Oleh itu, agensi-agensi bawah Kementerian Pelajaran seperti Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Buku Teks, Bahagian Pendidikan dan Latihan Guru, Jabatan Pendidikan Dearah dan lain-lain perlu mengenalpasti langkah-langkah untuk mengatasi masalah ketidakbolehan membaca dalam kalangan murid ini.