SlideShare a Scribd company logo
5th
International Conference on Research in Islamic Education and Arabic Language 2018
24th
-26th
January 2018 / Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei Darussalam
KIT SaWaPu: MENINGKATKAN PENGUASAAN NOMBOR 20-99 BAGI
MATA PELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN MURID TAHUN
5 INOVATIF DI SK. KIMANIS
NURFAZHILLAH BINTI SABIT
SK KIMANIS, PAPAR
illasabit85@gmail.com
ABSTRAK
Kemahiran menyebut, membaca dan menulis nombor dalam bentuk angka dan
perkataan merupakan satu kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh murid-
murid bagi matapelajaran Bahasa Arab. Oleh itu, kajian ini saya laksanakan
bertujuan untuk meningkatkan penguasaan nombor 20-99 secara lisan dan
tulisan bagi mata pelajaran bahasa Arab. Kumpulan sasar kajian ini adalah 29
orang murid Tahun 5 Inovatif yang terdiri daripada 25 orang murid Islam dan 4
orang murid bukan Islam. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra dan
temubual. Hasil tinjauan ujian pra mendapati 29 orang murid lupa isi pelajaran
lepas iaitu menyebut dan menulis nombor 20-59. Manakala, 22 orang murid
belum menguasai nombor pelajaran semasa iaitu 60-69 secara sebutan dan
tulisan. Saya telah memperkenalkan KIT SaWaPu bagi menjimatkan masa
mengulang pelajaran lepas iaitu nombor asas sa dan puluh. Malahan dalam
masa yang singkat murid dapat menguasai nombor 20-99 secara sebutan dan
tulisan berbentuk angka dan perkataan. Keputusan Peperiksaan Pertengahan
Tahun menunjukkan bilangan murid pada gred A adalah seramai 23 orang bagi
tajuk Nombor sahaja. Selain itu, teknik pembelajaran murid telah diperkasa
dengan pembelajaran koperatif, pentaksiran rakan sebaya dan KBAT. Oleh itu,
pembelajaran menggunakan teknik ini perlu dikekalkan agar murid lebih
menguasai tajuk Nombor secara holistik dan masa yang singkat.
Kata Kunci: Nombor 20-99, KIT SaWaPU
1.0 REFLEKSI PdP YANG LALU
Saya adalah guru Bahasa Arab di SK Kimanis sejak tahun 2013. Bahasa Arab merupakan
matapelajaran elektif yang dilaksanakan di SK Kimanis. Ini disebabkan majoriti murid di SK
Kimanis adalah beragama Islam. Disamping itu, terdapat juga sebanyak 15 peratus murid
yang bukan beragama Islam. Walaupun, majoriti murid di sekolah ini beragama Islam,
namun matapelajaran Bahasa Arab merupakan matapelajaran yang agak sukar untuk
dikuasai bagi mereka. Bahkan, matapelajaran ini juga sangat mencabar bagi mereka.
Kajian ini saya fokuskan kepada murid Tahun 5 Inovatif, seramai 29 orang murid.
Sewaktu saya mengajar tajuk nombor pada bulan Mac yang lalu, saya rasa sungguh terkejut
kerana saya dapati walaupun mereka sudah di tahun 5, tahap penguasaan nombor asas sa
dan puluh sangat rendah. Apabila saya menjalan pentaksiran lisan berfokus kepada nombor
sa sahaja iaitu 1-9, sebahagian besar murid tidak lancar malahan lupa beberapa nombor.
Kemudian, untuk mengukuhkan lagi tahap pencapaian murid, saya telah menjalankan
pentaksiran lisan berfokus pada nombor asas puluh sahaja iaitu 20-90. Namun, keputusan
yang saya perolehi lebih menyedihkan iaitu hampir 90% murid tidak dapat menyebut dan
membilang nombor tersebut.
Apabila saya bertanya kepada murid tentang keadaan ini, para murid dengan jujur
menyatakan “saya sudah lupa sebab lama sudah belajar semasa di tahun 3” dan selain itu
terdapat juga murid yang memberi jawapan iaitu “saya telah lupa walaupun tahun 4 dahulu
pernah belajar nombor, saya tidak dapat hafal semua nombor”. Apabila saya bertanyakan
berkenaan ulang kaji, murid dengan mudah menjawab “saya tidak ada bahan rujukan”.
Bahkan, murid yang pandai pula menyatakan bahawa “saya ada kamus, tetapi dalam kamus
sikit sahaja berkaitan dengan nombor, malah saya tidak jumpa nombor 21-99”. Situasi ini
membuatkan saya percaya murid ini secara keseluruhannya tidak menguasai nombor
secara lisan dan tulisan serta murid juga tidak dapat mengaplikasikan nombor secara KBAT.
Saya telah menyelidiki hal ini dengan menganalisis tajuk nombor dalam sukatan
pelajaran. Saya dapati tajuk nombor cuma sebuah tajuk selitan dalam topik utama
pengajaran bahasa Arab. Namun tajuk ini menyumbang 10 markah dalam PKSR Bahasa
Arab. Bahkan tajuk nombor hanya diajarkan setiap 3 bulan sekali secara puratanya. Bahkan
tajuk ini diajarkan secara berasingan pada setiap tahun iaitu Tahun 1(1-10), Tahun 2(11-19)
Tahun 3 (20-90), Tahun 4 (20-59 dan operasi matematik tambah) dan Tahun 5 (60 -100 dan
operasi matematik tolak). Tempoh yang panjang iaitu selama 5 tahun untuk menguasai tajuk
nombor ini memberi kesan negatif kepada murid seperti lupa isi pelajaran, tidak melakukan
ulang kaji dan tidak menguasai tajuk nombor secara holistik.
Saya telah mengulang semula isi pelajaran nombor secara asas, iaitu menghafal
nombor asas sa dan puluh. Namun proses ini memakan masa dan murid kelihatan tidak
bersungguh-sungguh untuk menguasainya. Berkemungkinan kerana murid rasa nombor
dalam bahasa Arab susah dan cara pengajaran saya tidak bersesuaian dengan
kepelbagaian intelegen para murid saya.
Tajuk nombor merupakan pengetahuan paling asas dalam mempelajari sesuatu
bahasa, sama ada bahasa Melayu mahu pun Bahasa Inggeris. Oleh itu, penguasaan tajuk
nombor dalam mata pelajaran bahasa Arab adalah amat penting. Ia digunakan dalam
pertuturan seharian bagi bahasa itu sendiri. Sekiranya murid tidak menguasai nombor dalam
bahasa Arab, kelihatan pemguasaan bahasa ini amat lemah. Dalam mempelajari nombor, ia
tidak semata-mata menghafal nombor 1-100. Bahkan, terdapat juga unsur kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) padanya. Antara unsur KBAT dalam tajuk ini ialah penggunaan operasi
matematik dan juga penggunaan nombor didalam ayat.
2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KAJIAN
Walaupun saya mengesan banyak masalah pembelajaran bahasa Arab yang dihadapi oleh
murid-murid Tahun 5 Inovatif, namun kajian ini hanya memfokuskan kepada usaha
meningkatkan penguasaan nombor 20-99 dalam bahasa Arab dengan betul. Kajian ini akan
menangani masalah:
a) Murid lupa pada nombor asas sa dan puluh yang telah dipelajari pada Tahun 1 dan
Tahun 3.
b) Murid lupa pada nombor yang telah dipelajari pada 2 bulan yang lepas atau pada
tahun lepas
c) Murid menguasai nombor puluh yang dipelajari pada PdPc semasa, namun tidak
dapat menghubung kaitkan pada nombor puluh yang akan datang.
d) Murid tidak dapat mengecam nombor dan tulisan dalam masa yang sama dengan
baik.
Dengan membantu murid menguasai nombor 20-99 dalam bahasa Arab, saya yakin
murid boleh mengaplikasikan nombor secara KBAT dengan menghubungkaitkan operasi
matematik. Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan pencapaian akademik murid dalam
bahasa Arab dan menjadikan PdPc Bahasa Arab menarik dan seronok serta bersifat
pendidikan sepanjang hayat.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
OBJEKTIF UMUM
Murid dapat menguasai nombor 20-99 dari segi lisan dan tulisan dengan menggunakan Kit
SaWaPu.
OBJEKTIF KHAS
1. Murid dapat menguasai nombor asas sa dan puluh dalam bahasa Arab dengan betul
dengan menggunakan Kit SaWaPu.
2. Murid dapat menggabungkan nombor asas sa dan puluh dalam bahasa Arab bagi
menghasilkan nombor 20-99 dengan menggunakan Kit SaWaPu.
3. Murid dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan operasi
matematik dengan menggunakan Kit SaWaPu.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Sasaran : 29 Orang Murid
Tahun : 5 Inovatif
Sekolah : SK Kimanis, Papar
Tajuk : Nombor Puluh iaitu 20-99
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Jadual 1: Kaedah Mengutip Data
Langkah
Dan Tarikh
Cara Penilaian Kumpulan Sasar Tujuan
Langkah 1
15.3. 2017
Pentaksiran
Formatif
29 orang murid 5
Inovatif
Mengenalpasti sebenar tahap
pencapaian murid selepas PdPc
dijalankan
Langkah 2
16. 3.2017
Merujuk kembali
Analisis Item
Peperiksaan Jan
2016
27 orang murid 4
Inovatif / 2016
Mengenalpasti topik/tajuk yang
mempunyai penguasaan yang
rendah
Langkah 3
17.3.2017
Temubual 8 orang murid
-2 orang murid
berprestasi tinggi
-2 orang murid
berprestasi
sederhana
- 4 orang murid
berprestasi rendah
Temubual dijalankan secara rawak
serami 8 orang murid untuk
mengenalpasti masalah yang
dihadapi
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Jadual 2: Analisis Tinjauan Masalah
Langkah
Dan Traikh
Cara Penilaian Kumpulan Sasar Masalah telah dikenalpasti
Langkah 1
15. 5. 2017
Pentaksiran
Formatif
29 orang murid 5
Inovatif
Berdasarkan aktiviti Set Induksi:
1) Murid tidak lancar mengira
nombor sa
2) Murid telah lupa dan tidak
dapat menyebut nombor asas
puluh
3) Murid tidak ingat nombor 20-59
secara lisan dan tulisan.
Namun murid mengenal dalam
bentuk angka.
Berdasarkan pentaksiran formatif:
Murid tidak dapat menghafal
nombor 61-69 yang sedang
dipelajari
Langkah 2 Merujuk kembali 27 orang murid 4 Terdapat 4 kemahiran yang
15. 3.2017 Analisis Item
Peperiksaan Jan
2016
Inovatif menunjukkan peratus yang rendah:
1) Menyambung huruf
2) Qawaid
3) Nombor
4) Menyusun ayat
Langkah 3 Temubual i) 29 orang murd
ii) Pemerhati
i) 8 orang murid menyatakan
telah lama tidak belajar tajuk
nombor
ii) 7 orang murid telah lupa
nombor yang dipelajari
semasa tahun 4
iii) 8 orang murid menyatakan
tidak ada rujukan untuk
mengulang kaji bahasa arab
amnya dan tajuk ombor
khasnya
iv)6 orang murid memberitahu
mereka tidak mempunyai
kawan, adik beradik dan
ibubapa yang boleh
mengajar berkaitan bahasa
Arab
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan murid memang tidak menguasai tajuk
nombor dari segi kemahiran menyebut dan menulis nombor 20- 69 sama ada berbentuk
angka mahupun perkataan. Ini adalah disebabkan sukatan pelajaran bahasa Arab yang
memperuntukan tajuk nombor diajarkan secara berperingkat-peringkat dan tempoh PdPc ke
PdPc yang lain agak panjang (3 bulan). Ditambah lagi dengan faktor persekitaran murid
yang tidak mempunyai galakan daripada ibu bapa, adik beradik dan rakan untuk mengulang
kaji bahasa Arab amnya dan tajuk nombor khasnya. Selain itu, murid-murid juga tidak
mempunyai rujukan yang efektif dan efisien untuk membantu mereka dalam tajuk nombor.
Oleh itu, saya rasa bertangungjawab untuk mengulang kembali dan mewujudkan suatu
suasana pembelajaran nombor dalam bahasa Arab dalam kehidupan seharian mereka.
Untuk mengatasi masalah ini, Kit SaWaPu diperkenalkan untuk melaksanakan kajian ini:
a. Menyediakan Kad SaWaPu 1, Kad SaWaPu 2 Kad SaWaPu 3, Kapsul SaWaPu dan
Kad Peer Assessment (PA) sebagai memenuhi pembezaan murid dan kecerdasan
pelbagai murid.
b. Saya menyediakan 7 set Kit SaWaPu berdasarkan bilangan kumpulan di dalam
kelas.
c. Beberapa langkah mudah perlu diikuti apabila menggunakan Kit SaWaPu
Jadual 3: Langkah-langkah untuk menguasai nombor 20-99 menggunakan Kit
SaWaPu
Langkah 1 Murid menggunakan Kad SaWaPu 1 dan Kad PA untuk menguasai
nombor asas sa dan puluh.
a. Guru menilai seorang murid untuk dijadikan Guru Kecil, setiap
kumpulan akan mempunyai seorang Guru Kecil.
b. Murid lain akan menggunakan Kad SaWaPu 1 untuk mengulang isi
pelajaran asas nombor dan dibantu oleh Guru Kecil.
c. Setelah berjaya, murid akan menandakan Kad PA sebagai
pentaksiran kendiri.
d. Guru Kecil akan menilai murid lain pada Kad PA, selepas murid
tersebut telah membuat penilaian kendiri.
e. Murid yang telah berjaya akan memainkan peranan sebagai Guru
Kecil.
Langkah 2 Murid menggunakan Kad SaWaPu 2 dan Kad PA untuk menguasai
nombor 20-99
a. Guru menilai seorang murid untuk dijadikan Guru Kecil, setiap
kumpulan akan mempunyai seorang Guru Kecil.
b. Murid lain akan menggunakan Kad SaWaPu 2 untuk mengulang isi
pelajaran asas nombor dan dibantu oleh Guru Kecil.
c. Setelah berjaya, murid akan menandakan Kad PA sebagai
pentaksiran kendiri.
d. Guru Kecil akan menilai murid lain pada Kad PA, selepas murid
tersebut telah membuat penilaian kendiri.
Langkah 3 Murid menggunakan Kapsul SaWaPu, murid akan bermain membina
soalan dan menjawab soalan secara berkumpulan.
a. Seorang murid membina soalan
b. Seorang murid menjawab soalan
c. 2 orang murid menilai jawapan tersebut
Langkah 4 Murid menggunakan Kad SaWaPu 3, Kad ini untuk mendidik murid untuk
mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan operasi
matematik.
d. Instrumen dan langkah seperti tembual dan ujian pos saya akan jalankan sendiri.
5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/Penilaian
5.4.1 Pelaksanaan PdPc KIT SaWaPu
Pengajaran seperti biasa. Murid diminta membaca nombor dalam perkataan pada BBM
yang dilekat dipapan tulis. Saya dan murid bersoal jawab berkaitan nombor. Saya mula
memperkenalkan Kit SaWaPu serta menunjukkan contoh secara lisan dan tulisan.
Kemudian, saya menguji Kit SaWaPu pada murid berprestasi tinggi. Murid-murid tersebut
tanpa sedar telah berjaya menggabung nombor asas sa dan puluh membentuk nombor 20-
99.
Refleksi
Sepanjang aktiviti dijalankan murid-murid kelihatan seronok dan berlumba-lumba untuk
menghabiskan cabaran setiap kad. Murid belajar secara berkumpulan dengan rutin
pembelajaran koperatif yang jelas. Murid saling bantu membantu dan bekerjasama untuk
menguasai setiap tahap Kad. Murid tidak sabar untuk bermain Kapsul SaWaPu.
Pemerhatian
Tarikh: 20.3.2017
Tempat : 5 Inovatif
Masa: 12.40-1.40
Murid teruja untuk menyelesaikan cabaran KIT SaWaPu, bermula daripada
Kad SaWaPu 1, meningkat tahap ke Kad SaWaPu 2, meningkat tahap kepada
penggunaan Kapsul SaWaPu dan terakhir meningkat kepada Kad SaWaPu 3.
Murid lebih teruja kerana belajar secara koperatif dan membuat pentaksiran
kendiri dan rakan sebaya pada Kad PA.
5.5 Refleksi Kajian
5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid
a) Perbezaan Markah Pentaksiran Formatif
Berdasarkan pentaksiran formatif bagi penguasaan nombor sa, saya dapat
menyimpulkan bahawa tahap penguasaan murid nombor asas sa telah meningkat
seratus peratus pada ujian pos. Pada Ujian Pra terdapat 8 orang murid pada band 1,
5 orang murid pada band 2, 5 orang murid pada band 3 dan 10 orang murid pada
band 4. Manakala pada Ujian Pos 29 orang murid telah mencapai band 4.
Peningkatan sebanyak 100 peratus selepas menggunakan Kad SaWaPu 1 Merujuk
kepada Jadual 4.
Jadual 4: Analisis Pencapaian PBS Bagi Nombor Asas Sa
Band Pra Pos
4 10 29
3 5 0
2 5 0
1 9 0
Jumlah 29 29
Berdasarkan pentaksiran formatif bagi penguasaan nombor puluh, saya
dapat menyimpulkan bahawa tahap penguasaan murid nombor asas puluh telah
meningkat seratus peratus pada ujian pos. Pada Ujian Pra terdapat 18 orang murid
pada band 1, 6 orang murid pada band 2, 2 orang murid pada band 3 dan 2 orang
murid pada band 4. Manakala pada Ujian Pos, 29 orang murid telah mencapai band
4. Peningkatan sebanyak 100 peratus selepas menggunakan Kad SaWaPu 1.
Merujuk kepada Jadual 5.
Jadual 5: Analisis Pencapaian PBS Bagi Nombor Asas Puluh
Band Pra Pos
4 2 29
3 2 0
2 6 0
1 19 0
Jumlah 29 29
Berdasarkan pentaksiran formatif bagi penguasaan nombor 20-99, saya
dapat menyimpulkan bahawa tahap penguasaan murid nombor 20-99 telah
meningkat. Pada Ujian Pra terdapat 26 orang murid pada band 1, 2 orang murid
pada band 2, bahkan tidak ada seorang murid mencapai pada band 3 dan band 4.
Manakala selepas Ujian Pos terlihat berlaku peningkatan pada band 4 dan 3 dan
mengurangan murid pada band 1 dan 2. Pada Ujian Pos terdapat hanya seorang
murid pada band 1, 4 orang murid pada band 2. Manakala, terdapat 6 orang murid
berada pada band 3 dan 18 orang murid telah mencapai band 4. Peningkatan
sebanyak 96 peratus pada pencapaian murid selepas menggunakan Kad SaWaPu 2
dan Kad Kbat. Merujuk kepada Jadual 6.
Jadual 6: Analisis Pencapaian PBS Bagi Nombor 20-99
Band Pra Pos
4 0 18
3 0 6
2 2 4
1 27 1
Jumlah 29 29
b) Perbezaan Markah Pentaksiran Sumatif
Berdasarkan pentaksiran sumatif bagi topik nombor telah menunjukkan peningkatan
pada gred penguasaan murid. Perbandingan ini hanya melibatkan soalan berkaitan
tajuk nombor yang membawa markah 10 markah. Pada Ujian Bulan Mac terdapat 21
orang murid yang tidak menguasai tajuk nombor iaitu seorang murid pada gred D, 12
orang murid pada gred E dan 8 orang murid pada gred F. Bahkan bilang murid pada
gred A hanya seramai 2 orang, 3 orang masing-masing bagi gred B dan gred C.
Manakala pada peperiksaan pertengahan tahun, berlaku peningkatan pencapaian
murid pada semua gred. Pengurangan bilangan murid tidak menguasai seramai 16
orang, berlaku peningkatan sebanyak 76 peratus. Manakala, bilangan murid pada
gred A telah meningkat kepada 23 orang murid dan seorang murid pada gred B.
Peningkatan sebanyak 82 peratus pada pencapaian murid selepas menggunakan Kit
SaWaPu.
Jadual 7: Analisis Ujian Mac & Peperiksaan Pertengahan Tahun
Gred Ujian Mac Ujian Pertengahan Tahun
A 2 23
B 3 1
C 3 0
D 1 0
E 12 2
F 8 3
Jumlah 29 29
5.4.2 Refleksi Proses PdP Secara Keseluruhan
i) Perubahan Sikap murid
a) Rajin menyiapkan tugasan
Sebelum kajian ini dijalankan, murid yang tidak menguasai isi pelajaran amnya dan khasnya
tajuk nombor kerap tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Namun, selepas
menggunakan Kit SaWaPu murid telah berubah sikap menjadi lebih positif. Murid yang
berprestasi rendah didapati menyiapkan tugasan yang diberikan.
Secara jujurnya, setelah meneliti dengan mendalam saya menyimpulkan bahawa
murid-murid berprestasi rendah ini tidak menyiapkan tugasan tersebut bukan disebabkan
sikap malas semata-mata. Namun, sikap tersebut lahir disebabkan mereka tidak tahu cara
menjawab dan mereka tidak ada sumber rujukan untuk dirujuk dengan mudah. Disebabkan
Kit SaWaPu ini memiliki kad-kad yang mudah difahami dan mudah untuk dirujuk serta
dicipta secara berperingkat-peringkat sekaligus membuka minda dan hati murid-murid ini
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Selain itu, Kit SaWaPu ini juga memiliki ciri-ciri pembezaan murid (defferentiation).
Ciri khas ini banyak membantu murid berprestasi rendah untuk menguasai nombor dengan
mudah dan mngikut kemampuan mereka. Pembezaan dari segi murid yang langsung tidak
boleh membaca bahasa arab, boleh merujuk kepada transliterasi.
ii) Perubahan pembelajaran murid
a) Pembelajaran koperatif
Namun selepas menggunakan Kit SaWaPu, telah berlaku perubahan pada cara
pembelajaran murid. Murid sudah terdedah dengan pembelajaran koperatif. Ini kerana, Kit
SaWaPu ini seronok dipelajari bersama kawan. Ini kerana terdapat unsur interaktif dan
penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya. Kit SaWaPu mendorong murid untuk mula
belajar secara koperatif diluar masa kelas mata pelajaran bahasa Arab. Murid telah mula
mengamalkan belajar nombor pada waktu rehat. Murid belajar secara perpasangan dan
berkumpulan pada masa senggang disekolah. Malahan murid juga mudah mengulang kaji
dirumah secara sendiri menggunakan Kit SaWaPu.
b) Penilaian Kendiri dan Rakan Sebaya
Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya (peer assessment) adalah salah satu elemen penting
ketika murid menggunakan Kit SaWaPu. Murid boleh menilai diri sendiri dan boleh menilai
rakan sebaya yang lain. Murid juga boleh memilih sendiri siapakah rakan yang akan
menilainya. Kit SaWaPu telah mendidik dan melatih murid untuk belajar bila-bila masa
walaupun tanpa kehadiran guru. Ini terbukti apabila, murid mengisi sendiri kad PA dan
meminta guru untuk melengkapkan penilaiannya yang terakhir. Selain itu, murid diberi
peluang secara sama rata untuk menilai diri sendiri dan menilai rakan sebaya berdasarkan
kemampuan mereka.
iii) Amalan PdPc Guru
Saya lebih seronok mengajar dan emosi saya lebih positif ketika menjalakan sesi PdPc.
Saya lebih berkeyakinan untuk lebih kreatif dan berinovasi dalam membantu murid saya
untuk menguasai isi kandungan pelajaran. Dengan menggunakan Kit SaWaPu, saya dapat
menjalankan elemen pembelajaran koperatif, pembezaan, penyoalan efektif dan KBAT.
Selain itu, saya juga dapat mendidik murid cara melaksanakan pentaksiran kendiri dan
pentaksiran rakan sebaya. Ini sekaligus, menjadikan saya seorang guru yang mampu
menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Saya akan mengekalkan kaedah ini untuk pengajaran saya pada masa hadapan. Ini kerana,
Kit SaWaPu ini adalah kaedah paling mudah dan berkesan untuk meningkatkan
penguasaan murid untuk menguasai nombor 20-99. Sekaligus, Kit SaWaPu ini dapat
meningkatkan minat murid untuk mempelajari nombor bahasa Arab secara koperatif dan
efektif. Oleh itu, saya akan mengaplikasikan teknik ini kepada semua murid di sekolah saya.
BIBLIOGRAFI
Christina Lau Chui Jin. 2009. Keberkesanan Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif Permainan
Panggil Nomber (NHT) Dalam Proses Pembelajaran Sains Tahun Empat Di Kuching. Koleksi
Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN. Ms. 210-222.
KPM. 2015. Buku Teks Bahasa Arab Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mimi Mohaffiyza binti Mohammad, Md. Nazarudin b.Sarji & masitah binti Misman. T.th. Strategi
Pengajaran Pembelajaran Koperatif Dalam Reka Bentuk dan Penghasilan Projek
(Matapelajaran Kemahiran Hidup). Universiti Tun Hussein onn Malaysia.
Mohammad Abdillah samsuiman, Miss Asma Benjaman & Zamri Arifin. T.th. Hubungan antara Kualiti
Guru Bahasa Arab dan Kecenderungan Minat Pelajar Dalam Bahasa Arab. Jurnal
Kemanusiaan Bil. 22. Universiti Teknologi Malaysia.
Muhammad Arif bin Abdullah & Mohd. Jaafar bin Ab. Latif. 2013. Penggunaan Smart Book Dalam
Meningkatkan Kemahiran Membaca Bahasa Arab. IPG Kampus Sato’ Razali Ismail.
Nazimah ngah. 2011. Hubungan Penggunaan Strategi Pembelajaran Membaca Dengan Penguasaan
Bahasa Arab Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Projek Sarna. Universiti Utara
Malaysia.
Rosni bin Samah. T.th. Pendekatan Pengajaran Kosa Kata Bahasa Arab Di Peringkat Menengah
Rendah: Kajian Kepada Guru Bahasa Arab Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala
Lumpur. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.
Zahara Aziz & Suzela Bustam. 2011. Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif Terhadap
PencapaianGeografi Tingkatan Satu- Topik Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar. Jurnal
Pendidikan Malaysia 36 (1)(2011): 1-10
Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi & Mohd Ala-Uddin othman.2011.Teknik
Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab di SMKA Di Malaysia. GEMA online Journal of
Language Studies. Vol. 11 (2).
http://e-muamalat.gov.my/sites/default/files/kertas_ilmiah/2010/04/MLM.pdf

More Related Content

What's hot

Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanFawwaz Fathanah
 
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
amira nurfahmida
 
Kajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaibKajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaib
dalilavuzarzad
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamMohd Aizat
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
Syrvison Goh
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
AishahSal
 
Pedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliPedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazali
FATINATUL HUSNA
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ... KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...Suhana Kamaluddin
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabMohamad Yusof
 
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1ronita67
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Noorezayu Mohd Said
 
Rancangan pengajaran harian (amali solat)
Rancangan pengajaran harian (amali solat)Rancangan pengajaran harian (amali solat)
Rancangan pengajaran harian (amali solat)abdulhalimismail
 
Pembinaan Soalan
Pembinaan SoalanPembinaan Soalan
Pembinaan Soalan
Niena Majid
 
Jenis jenis ujian objektif
Jenis jenis ujian objektifJenis jenis ujian objektif
Jenis jenis ujian objektifSohib AlQuran
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Ahmad NazRi
 
Rancangan pengajaran harian tahun 1
Rancangan pengajaran harian tahun 1Rancangan pengajaran harian tahun 1
Rancangan pengajaran harian tahun 1
maroon414
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
cikgutika
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Aiisy Afifah
 
Pp pend islam penataran
Pp pend islam  penataran Pp pend islam  penataran
Pp pend islam penataran nasuha792
 

What's hot (20)

Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
 
Kajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaibKajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaib
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Pedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliPedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazali
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ... KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
 
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
 
Rancangan pengajaran harian (amali solat)
Rancangan pengajaran harian (amali solat)Rancangan pengajaran harian (amali solat)
Rancangan pengajaran harian (amali solat)
 
Pembinaan Soalan
Pembinaan SoalanPembinaan Soalan
Pembinaan Soalan
 
Jenis jenis ujian objektif
Jenis jenis ujian objektifJenis jenis ujian objektif
Jenis jenis ujian objektif
 
Kemahiran penutup
Kemahiran penutupKemahiran penutup
Kemahiran penutup
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Rancangan pengajaran harian tahun 1
Rancangan pengajaran harian tahun 1Rancangan pengajaran harian tahun 1
Rancangan pengajaran harian tahun 1
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
 
Pp pend islam penataran
Pp pend islam  penataran Pp pend islam  penataran
Pp pend islam penataran
 

Similar to Kajian tindakan bahasa arab nombor

mOTIVASI BELAJAR BAHASA KEDUA LEARNING ARABIC
mOTIVASI BELAJAR BAHASA KEDUA LEARNING ARABICmOTIVASI BELAJAR BAHASA KEDUA LEARNING ARABIC
mOTIVASI BELAJAR BAHASA KEDUA LEARNING ARABIC
abazkusza
 
SEMINAR P&P
SEMINAR P&PSEMINAR P&P
SEMINAR P&P
abazkusza
 
Pp s eminar pdp
Pp s eminar pdpPp s eminar pdp
Pp s eminar pdp
abazkusza
 
Minit 3 panitia bi 2014
Minit 3 panitia bi 2014Minit 3 panitia bi 2014
Minit 3 panitia bi 2014
Geetaa Subramaniam
 
Kajian tind 3 rohani 2012
Kajian  tind 3 rohani  2012  Kajian  tind 3 rohani  2012
Kajian tind 3 rohani 2012 Rohani Othman
 
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Abu Bakar Sani
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
Atok Shila
 
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
magenthama
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
crvwr4zf9r
 
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagiFAIZAL1978
 
Instrumen membaca ujian pasca protim tahun 4
Instrumen membaca ujian pasca protim tahun 4Instrumen membaca ujian pasca protim tahun 4
Instrumen membaca ujian pasca protim tahun 4
amoi82
 
PSO BI.pdf
PSO BI.pdfPSO BI.pdf
PSO BI.pdf
suji567729
 
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Abu Bakar Sani
 
Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Contoh Kertas Cadangan Kajian TtindakanContoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakanContoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakanNuraishah Fatihah
 
Plan pai 2014 2016
Plan pai 2014 2016Plan pai 2014 2016
Plan pai 2014 2016Nik Mat
 
Instrumen Senarai Semak Dislexia ISD (2).pdf
Instrumen Senarai Semak Dislexia ISD (2).pdfInstrumen Senarai Semak Dislexia ISD (2).pdf
Instrumen Senarai Semak Dislexia ISD (2).pdf
NURAIHANBINTIABDRAHM
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
IPGM Kampus Kota Bharu
 
Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020
Norain Afzan
 
KT: Mengasah Mata Minda 2008
KT: Mengasah Mata Minda 2008KT: Mengasah Mata Minda 2008
KT: Mengasah Mata Minda 2008IPG
 

Similar to Kajian tindakan bahasa arab nombor (20)

mOTIVASI BELAJAR BAHASA KEDUA LEARNING ARABIC
mOTIVASI BELAJAR BAHASA KEDUA LEARNING ARABICmOTIVASI BELAJAR BAHASA KEDUA LEARNING ARABIC
mOTIVASI BELAJAR BAHASA KEDUA LEARNING ARABIC
 
SEMINAR P&P
SEMINAR P&PSEMINAR P&P
SEMINAR P&P
 
Pp s eminar pdp
Pp s eminar pdpPp s eminar pdp
Pp s eminar pdp
 
Minit 3 panitia bi 2014
Minit 3 panitia bi 2014Minit 3 panitia bi 2014
Minit 3 panitia bi 2014
 
Kajian tind 3 rohani 2012
Kajian  tind 3 rohani  2012  Kajian  tind 3 rohani  2012
Kajian tind 3 rohani 2012
 
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
 
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
 
Instrumen membaca ujian pasca protim tahun 4
Instrumen membaca ujian pasca protim tahun 4Instrumen membaca ujian pasca protim tahun 4
Instrumen membaca ujian pasca protim tahun 4
 
PSO BI.pdf
PSO BI.pdfPSO BI.pdf
PSO BI.pdf
 
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
 
Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Contoh Kertas Cadangan Kajian TtindakanContoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
 
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakanContoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakan
 
Plan pai 2014 2016
Plan pai 2014 2016Plan pai 2014 2016
Plan pai 2014 2016
 
Instrumen Senarai Semak Dislexia ISD (2).pdf
Instrumen Senarai Semak Dislexia ISD (2).pdfInstrumen Senarai Semak Dislexia ISD (2).pdf
Instrumen Senarai Semak Dislexia ISD (2).pdf
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
 
Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020
 
KT: Mengasah Mata Minda 2008
KT: Mengasah Mata Minda 2008KT: Mengasah Mata Minda 2008
KT: Mengasah Mata Minda 2008
 

Recently uploaded

SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 

Recently uploaded (6)

SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 

Kajian tindakan bahasa arab nombor

  • 1. 5th International Conference on Research in Islamic Education and Arabic Language 2018 24th -26th January 2018 / Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei Darussalam KIT SaWaPu: MENINGKATKAN PENGUASAAN NOMBOR 20-99 BAGI MATA PELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 INOVATIF DI SK. KIMANIS NURFAZHILLAH BINTI SABIT SK KIMANIS, PAPAR illasabit85@gmail.com ABSTRAK Kemahiran menyebut, membaca dan menulis nombor dalam bentuk angka dan perkataan merupakan satu kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh murid- murid bagi matapelajaran Bahasa Arab. Oleh itu, kajian ini saya laksanakan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan nombor 20-99 secara lisan dan tulisan bagi mata pelajaran bahasa Arab. Kumpulan sasar kajian ini adalah 29 orang murid Tahun 5 Inovatif yang terdiri daripada 25 orang murid Islam dan 4 orang murid bukan Islam. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra dan temubual. Hasil tinjauan ujian pra mendapati 29 orang murid lupa isi pelajaran lepas iaitu menyebut dan menulis nombor 20-59. Manakala, 22 orang murid belum menguasai nombor pelajaran semasa iaitu 60-69 secara sebutan dan tulisan. Saya telah memperkenalkan KIT SaWaPu bagi menjimatkan masa mengulang pelajaran lepas iaitu nombor asas sa dan puluh. Malahan dalam masa yang singkat murid dapat menguasai nombor 20-99 secara sebutan dan tulisan berbentuk angka dan perkataan. Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun menunjukkan bilangan murid pada gred A adalah seramai 23 orang bagi tajuk Nombor sahaja. Selain itu, teknik pembelajaran murid telah diperkasa dengan pembelajaran koperatif, pentaksiran rakan sebaya dan KBAT. Oleh itu, pembelajaran menggunakan teknik ini perlu dikekalkan agar murid lebih menguasai tajuk Nombor secara holistik dan masa yang singkat. Kata Kunci: Nombor 20-99, KIT SaWaPU 1.0 REFLEKSI PdP YANG LALU Saya adalah guru Bahasa Arab di SK Kimanis sejak tahun 2013. Bahasa Arab merupakan matapelajaran elektif yang dilaksanakan di SK Kimanis. Ini disebabkan majoriti murid di SK Kimanis adalah beragama Islam. Disamping itu, terdapat juga sebanyak 15 peratus murid yang bukan beragama Islam. Walaupun, majoriti murid di sekolah ini beragama Islam, namun matapelajaran Bahasa Arab merupakan matapelajaran yang agak sukar untuk dikuasai bagi mereka. Bahkan, matapelajaran ini juga sangat mencabar bagi mereka. Kajian ini saya fokuskan kepada murid Tahun 5 Inovatif, seramai 29 orang murid. Sewaktu saya mengajar tajuk nombor pada bulan Mac yang lalu, saya rasa sungguh terkejut kerana saya dapati walaupun mereka sudah di tahun 5, tahap penguasaan nombor asas sa dan puluh sangat rendah. Apabila saya menjalan pentaksiran lisan berfokus kepada nombor sa sahaja iaitu 1-9, sebahagian besar murid tidak lancar malahan lupa beberapa nombor. Kemudian, untuk mengukuhkan lagi tahap pencapaian murid, saya telah menjalankan pentaksiran lisan berfokus pada nombor asas puluh sahaja iaitu 20-90. Namun, keputusan yang saya perolehi lebih menyedihkan iaitu hampir 90% murid tidak dapat menyebut dan membilang nombor tersebut. Apabila saya bertanya kepada murid tentang keadaan ini, para murid dengan jujur menyatakan “saya sudah lupa sebab lama sudah belajar semasa di tahun 3” dan selain itu terdapat juga murid yang memberi jawapan iaitu “saya telah lupa walaupun tahun 4 dahulu
  • 2. pernah belajar nombor, saya tidak dapat hafal semua nombor”. Apabila saya bertanyakan berkenaan ulang kaji, murid dengan mudah menjawab “saya tidak ada bahan rujukan”. Bahkan, murid yang pandai pula menyatakan bahawa “saya ada kamus, tetapi dalam kamus sikit sahaja berkaitan dengan nombor, malah saya tidak jumpa nombor 21-99”. Situasi ini membuatkan saya percaya murid ini secara keseluruhannya tidak menguasai nombor secara lisan dan tulisan serta murid juga tidak dapat mengaplikasikan nombor secara KBAT. Saya telah menyelidiki hal ini dengan menganalisis tajuk nombor dalam sukatan pelajaran. Saya dapati tajuk nombor cuma sebuah tajuk selitan dalam topik utama pengajaran bahasa Arab. Namun tajuk ini menyumbang 10 markah dalam PKSR Bahasa Arab. Bahkan tajuk nombor hanya diajarkan setiap 3 bulan sekali secara puratanya. Bahkan tajuk ini diajarkan secara berasingan pada setiap tahun iaitu Tahun 1(1-10), Tahun 2(11-19) Tahun 3 (20-90), Tahun 4 (20-59 dan operasi matematik tambah) dan Tahun 5 (60 -100 dan operasi matematik tolak). Tempoh yang panjang iaitu selama 5 tahun untuk menguasai tajuk nombor ini memberi kesan negatif kepada murid seperti lupa isi pelajaran, tidak melakukan ulang kaji dan tidak menguasai tajuk nombor secara holistik. Saya telah mengulang semula isi pelajaran nombor secara asas, iaitu menghafal nombor asas sa dan puluh. Namun proses ini memakan masa dan murid kelihatan tidak bersungguh-sungguh untuk menguasainya. Berkemungkinan kerana murid rasa nombor dalam bahasa Arab susah dan cara pengajaran saya tidak bersesuaian dengan kepelbagaian intelegen para murid saya. Tajuk nombor merupakan pengetahuan paling asas dalam mempelajari sesuatu bahasa, sama ada bahasa Melayu mahu pun Bahasa Inggeris. Oleh itu, penguasaan tajuk nombor dalam mata pelajaran bahasa Arab adalah amat penting. Ia digunakan dalam pertuturan seharian bagi bahasa itu sendiri. Sekiranya murid tidak menguasai nombor dalam bahasa Arab, kelihatan pemguasaan bahasa ini amat lemah. Dalam mempelajari nombor, ia tidak semata-mata menghafal nombor 1-100. Bahkan, terdapat juga unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) padanya. Antara unsur KBAT dalam tajuk ini ialah penggunaan operasi matematik dan juga penggunaan nombor didalam ayat. 2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KAJIAN Walaupun saya mengesan banyak masalah pembelajaran bahasa Arab yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 5 Inovatif, namun kajian ini hanya memfokuskan kepada usaha meningkatkan penguasaan nombor 20-99 dalam bahasa Arab dengan betul. Kajian ini akan menangani masalah: a) Murid lupa pada nombor asas sa dan puluh yang telah dipelajari pada Tahun 1 dan Tahun 3. b) Murid lupa pada nombor yang telah dipelajari pada 2 bulan yang lepas atau pada tahun lepas c) Murid menguasai nombor puluh yang dipelajari pada PdPc semasa, namun tidak dapat menghubung kaitkan pada nombor puluh yang akan datang. d) Murid tidak dapat mengecam nombor dan tulisan dalam masa yang sama dengan baik. Dengan membantu murid menguasai nombor 20-99 dalam bahasa Arab, saya yakin murid boleh mengaplikasikan nombor secara KBAT dengan menghubungkaitkan operasi matematik. Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan pencapaian akademik murid dalam bahasa Arab dan menjadikan PdPc Bahasa Arab menarik dan seronok serta bersifat pendidikan sepanjang hayat. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN OBJEKTIF UMUM Murid dapat menguasai nombor 20-99 dari segi lisan dan tulisan dengan menggunakan Kit SaWaPu.
  • 3. OBJEKTIF KHAS 1. Murid dapat menguasai nombor asas sa dan puluh dalam bahasa Arab dengan betul dengan menggunakan Kit SaWaPu. 2. Murid dapat menggabungkan nombor asas sa dan puluh dalam bahasa Arab bagi menghasilkan nombor 20-99 dengan menggunakan Kit SaWaPu. 3. Murid dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan operasi matematik dengan menggunakan Kit SaWaPu. 4.0 KUMPULAN SASARAN Sasaran : 29 Orang Murid Tahun : 5 Inovatif Sekolah : SK Kimanis, Papar Tajuk : Nombor Puluh iaitu 20-99 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Jadual 1: Kaedah Mengutip Data Langkah Dan Tarikh Cara Penilaian Kumpulan Sasar Tujuan Langkah 1 15.3. 2017 Pentaksiran Formatif 29 orang murid 5 Inovatif Mengenalpasti sebenar tahap pencapaian murid selepas PdPc dijalankan Langkah 2 16. 3.2017 Merujuk kembali Analisis Item Peperiksaan Jan 2016 27 orang murid 4 Inovatif / 2016 Mengenalpasti topik/tajuk yang mempunyai penguasaan yang rendah Langkah 3 17.3.2017 Temubual 8 orang murid -2 orang murid berprestasi tinggi -2 orang murid berprestasi sederhana - 4 orang murid berprestasi rendah Temubual dijalankan secara rawak serami 8 orang murid untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Jadual 2: Analisis Tinjauan Masalah Langkah Dan Traikh Cara Penilaian Kumpulan Sasar Masalah telah dikenalpasti Langkah 1 15. 5. 2017 Pentaksiran Formatif 29 orang murid 5 Inovatif Berdasarkan aktiviti Set Induksi: 1) Murid tidak lancar mengira nombor sa 2) Murid telah lupa dan tidak dapat menyebut nombor asas puluh 3) Murid tidak ingat nombor 20-59 secara lisan dan tulisan. Namun murid mengenal dalam bentuk angka. Berdasarkan pentaksiran formatif: Murid tidak dapat menghafal nombor 61-69 yang sedang dipelajari Langkah 2 Merujuk kembali 27 orang murid 4 Terdapat 4 kemahiran yang
  • 4. 15. 3.2017 Analisis Item Peperiksaan Jan 2016 Inovatif menunjukkan peratus yang rendah: 1) Menyambung huruf 2) Qawaid 3) Nombor 4) Menyusun ayat Langkah 3 Temubual i) 29 orang murd ii) Pemerhati i) 8 orang murid menyatakan telah lama tidak belajar tajuk nombor ii) 7 orang murid telah lupa nombor yang dipelajari semasa tahun 4 iii) 8 orang murid menyatakan tidak ada rujukan untuk mengulang kaji bahasa arab amnya dan tajuk ombor khasnya iv)6 orang murid memberitahu mereka tidak mempunyai kawan, adik beradik dan ibubapa yang boleh mengajar berkaitan bahasa Arab 5.3 Tindakan Yang Dijalankan Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan murid memang tidak menguasai tajuk nombor dari segi kemahiran menyebut dan menulis nombor 20- 69 sama ada berbentuk angka mahupun perkataan. Ini adalah disebabkan sukatan pelajaran bahasa Arab yang memperuntukan tajuk nombor diajarkan secara berperingkat-peringkat dan tempoh PdPc ke PdPc yang lain agak panjang (3 bulan). Ditambah lagi dengan faktor persekitaran murid yang tidak mempunyai galakan daripada ibu bapa, adik beradik dan rakan untuk mengulang kaji bahasa Arab amnya dan tajuk nombor khasnya. Selain itu, murid-murid juga tidak mempunyai rujukan yang efektif dan efisien untuk membantu mereka dalam tajuk nombor. Oleh itu, saya rasa bertangungjawab untuk mengulang kembali dan mewujudkan suatu suasana pembelajaran nombor dalam bahasa Arab dalam kehidupan seharian mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Kit SaWaPu diperkenalkan untuk melaksanakan kajian ini: a. Menyediakan Kad SaWaPu 1, Kad SaWaPu 2 Kad SaWaPu 3, Kapsul SaWaPu dan Kad Peer Assessment (PA) sebagai memenuhi pembezaan murid dan kecerdasan pelbagai murid. b. Saya menyediakan 7 set Kit SaWaPu berdasarkan bilangan kumpulan di dalam kelas. c. Beberapa langkah mudah perlu diikuti apabila menggunakan Kit SaWaPu Jadual 3: Langkah-langkah untuk menguasai nombor 20-99 menggunakan Kit SaWaPu Langkah 1 Murid menggunakan Kad SaWaPu 1 dan Kad PA untuk menguasai nombor asas sa dan puluh. a. Guru menilai seorang murid untuk dijadikan Guru Kecil, setiap kumpulan akan mempunyai seorang Guru Kecil. b. Murid lain akan menggunakan Kad SaWaPu 1 untuk mengulang isi pelajaran asas nombor dan dibantu oleh Guru Kecil. c. Setelah berjaya, murid akan menandakan Kad PA sebagai pentaksiran kendiri. d. Guru Kecil akan menilai murid lain pada Kad PA, selepas murid tersebut telah membuat penilaian kendiri. e. Murid yang telah berjaya akan memainkan peranan sebagai Guru
  • 5. Kecil. Langkah 2 Murid menggunakan Kad SaWaPu 2 dan Kad PA untuk menguasai nombor 20-99 a. Guru menilai seorang murid untuk dijadikan Guru Kecil, setiap kumpulan akan mempunyai seorang Guru Kecil. b. Murid lain akan menggunakan Kad SaWaPu 2 untuk mengulang isi pelajaran asas nombor dan dibantu oleh Guru Kecil. c. Setelah berjaya, murid akan menandakan Kad PA sebagai pentaksiran kendiri. d. Guru Kecil akan menilai murid lain pada Kad PA, selepas murid tersebut telah membuat penilaian kendiri. Langkah 3 Murid menggunakan Kapsul SaWaPu, murid akan bermain membina soalan dan menjawab soalan secara berkumpulan. a. Seorang murid membina soalan b. Seorang murid menjawab soalan c. 2 orang murid menilai jawapan tersebut Langkah 4 Murid menggunakan Kad SaWaPu 3, Kad ini untuk mendidik murid untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan operasi matematik. d. Instrumen dan langkah seperti tembual dan ujian pos saya akan jalankan sendiri. 5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/Penilaian 5.4.1 Pelaksanaan PdPc KIT SaWaPu Pengajaran seperti biasa. Murid diminta membaca nombor dalam perkataan pada BBM yang dilekat dipapan tulis. Saya dan murid bersoal jawab berkaitan nombor. Saya mula memperkenalkan Kit SaWaPu serta menunjukkan contoh secara lisan dan tulisan. Kemudian, saya menguji Kit SaWaPu pada murid berprestasi tinggi. Murid-murid tersebut tanpa sedar telah berjaya menggabung nombor asas sa dan puluh membentuk nombor 20- 99. Refleksi Sepanjang aktiviti dijalankan murid-murid kelihatan seronok dan berlumba-lumba untuk menghabiskan cabaran setiap kad. Murid belajar secara berkumpulan dengan rutin pembelajaran koperatif yang jelas. Murid saling bantu membantu dan bekerjasama untuk menguasai setiap tahap Kad. Murid tidak sabar untuk bermain Kapsul SaWaPu. Pemerhatian Tarikh: 20.3.2017 Tempat : 5 Inovatif Masa: 12.40-1.40 Murid teruja untuk menyelesaikan cabaran KIT SaWaPu, bermula daripada Kad SaWaPu 1, meningkat tahap ke Kad SaWaPu 2, meningkat tahap kepada penggunaan Kapsul SaWaPu dan terakhir meningkat kepada Kad SaWaPu 3. Murid lebih teruja kerana belajar secara koperatif dan membuat pentaksiran kendiri dan rakan sebaya pada Kad PA.
  • 6. 5.5 Refleksi Kajian 5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid a) Perbezaan Markah Pentaksiran Formatif Berdasarkan pentaksiran formatif bagi penguasaan nombor sa, saya dapat menyimpulkan bahawa tahap penguasaan murid nombor asas sa telah meningkat seratus peratus pada ujian pos. Pada Ujian Pra terdapat 8 orang murid pada band 1, 5 orang murid pada band 2, 5 orang murid pada band 3 dan 10 orang murid pada band 4. Manakala pada Ujian Pos 29 orang murid telah mencapai band 4. Peningkatan sebanyak 100 peratus selepas menggunakan Kad SaWaPu 1 Merujuk kepada Jadual 4. Jadual 4: Analisis Pencapaian PBS Bagi Nombor Asas Sa Band Pra Pos 4 10 29 3 5 0 2 5 0 1 9 0 Jumlah 29 29 Berdasarkan pentaksiran formatif bagi penguasaan nombor puluh, saya dapat menyimpulkan bahawa tahap penguasaan murid nombor asas puluh telah meningkat seratus peratus pada ujian pos. Pada Ujian Pra terdapat 18 orang murid pada band 1, 6 orang murid pada band 2, 2 orang murid pada band 3 dan 2 orang murid pada band 4. Manakala pada Ujian Pos, 29 orang murid telah mencapai band 4. Peningkatan sebanyak 100 peratus selepas menggunakan Kad SaWaPu 1. Merujuk kepada Jadual 5. Jadual 5: Analisis Pencapaian PBS Bagi Nombor Asas Puluh Band Pra Pos 4 2 29 3 2 0 2 6 0 1 19 0 Jumlah 29 29 Berdasarkan pentaksiran formatif bagi penguasaan nombor 20-99, saya dapat menyimpulkan bahawa tahap penguasaan murid nombor 20-99 telah meningkat. Pada Ujian Pra terdapat 26 orang murid pada band 1, 2 orang murid pada band 2, bahkan tidak ada seorang murid mencapai pada band 3 dan band 4. Manakala selepas Ujian Pos terlihat berlaku peningkatan pada band 4 dan 3 dan mengurangan murid pada band 1 dan 2. Pada Ujian Pos terdapat hanya seorang murid pada band 1, 4 orang murid pada band 2. Manakala, terdapat 6 orang murid berada pada band 3 dan 18 orang murid telah mencapai band 4. Peningkatan sebanyak 96 peratus pada pencapaian murid selepas menggunakan Kad SaWaPu 2 dan Kad Kbat. Merujuk kepada Jadual 6. Jadual 6: Analisis Pencapaian PBS Bagi Nombor 20-99 Band Pra Pos 4 0 18 3 0 6 2 2 4 1 27 1 Jumlah 29 29 b) Perbezaan Markah Pentaksiran Sumatif
  • 7. Berdasarkan pentaksiran sumatif bagi topik nombor telah menunjukkan peningkatan pada gred penguasaan murid. Perbandingan ini hanya melibatkan soalan berkaitan tajuk nombor yang membawa markah 10 markah. Pada Ujian Bulan Mac terdapat 21 orang murid yang tidak menguasai tajuk nombor iaitu seorang murid pada gred D, 12 orang murid pada gred E dan 8 orang murid pada gred F. Bahkan bilang murid pada gred A hanya seramai 2 orang, 3 orang masing-masing bagi gred B dan gred C. Manakala pada peperiksaan pertengahan tahun, berlaku peningkatan pencapaian murid pada semua gred. Pengurangan bilangan murid tidak menguasai seramai 16 orang, berlaku peningkatan sebanyak 76 peratus. Manakala, bilangan murid pada gred A telah meningkat kepada 23 orang murid dan seorang murid pada gred B. Peningkatan sebanyak 82 peratus pada pencapaian murid selepas menggunakan Kit SaWaPu. Jadual 7: Analisis Ujian Mac & Peperiksaan Pertengahan Tahun Gred Ujian Mac Ujian Pertengahan Tahun A 2 23 B 3 1 C 3 0 D 1 0 E 12 2 F 8 3 Jumlah 29 29 5.4.2 Refleksi Proses PdP Secara Keseluruhan i) Perubahan Sikap murid a) Rajin menyiapkan tugasan Sebelum kajian ini dijalankan, murid yang tidak menguasai isi pelajaran amnya dan khasnya tajuk nombor kerap tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Namun, selepas menggunakan Kit SaWaPu murid telah berubah sikap menjadi lebih positif. Murid yang berprestasi rendah didapati menyiapkan tugasan yang diberikan. Secara jujurnya, setelah meneliti dengan mendalam saya menyimpulkan bahawa murid-murid berprestasi rendah ini tidak menyiapkan tugasan tersebut bukan disebabkan sikap malas semata-mata. Namun, sikap tersebut lahir disebabkan mereka tidak tahu cara menjawab dan mereka tidak ada sumber rujukan untuk dirujuk dengan mudah. Disebabkan Kit SaWaPu ini memiliki kad-kad yang mudah difahami dan mudah untuk dirujuk serta dicipta secara berperingkat-peringkat sekaligus membuka minda dan hati murid-murid ini untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu, Kit SaWaPu ini juga memiliki ciri-ciri pembezaan murid (defferentiation). Ciri khas ini banyak membantu murid berprestasi rendah untuk menguasai nombor dengan mudah dan mngikut kemampuan mereka. Pembezaan dari segi murid yang langsung tidak boleh membaca bahasa arab, boleh merujuk kepada transliterasi. ii) Perubahan pembelajaran murid a) Pembelajaran koperatif Namun selepas menggunakan Kit SaWaPu, telah berlaku perubahan pada cara pembelajaran murid. Murid sudah terdedah dengan pembelajaran koperatif. Ini kerana, Kit SaWaPu ini seronok dipelajari bersama kawan. Ini kerana terdapat unsur interaktif dan penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya. Kit SaWaPu mendorong murid untuk mula belajar secara koperatif diluar masa kelas mata pelajaran bahasa Arab. Murid telah mula mengamalkan belajar nombor pada waktu rehat. Murid belajar secara perpasangan dan berkumpulan pada masa senggang disekolah. Malahan murid juga mudah mengulang kaji dirumah secara sendiri menggunakan Kit SaWaPu. b) Penilaian Kendiri dan Rakan Sebaya
  • 8. Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya (peer assessment) adalah salah satu elemen penting ketika murid menggunakan Kit SaWaPu. Murid boleh menilai diri sendiri dan boleh menilai rakan sebaya yang lain. Murid juga boleh memilih sendiri siapakah rakan yang akan menilainya. Kit SaWaPu telah mendidik dan melatih murid untuk belajar bila-bila masa walaupun tanpa kehadiran guru. Ini terbukti apabila, murid mengisi sendiri kad PA dan meminta guru untuk melengkapkan penilaiannya yang terakhir. Selain itu, murid diberi peluang secara sama rata untuk menilai diri sendiri dan menilai rakan sebaya berdasarkan kemampuan mereka. iii) Amalan PdPc Guru Saya lebih seronok mengajar dan emosi saya lebih positif ketika menjalakan sesi PdPc. Saya lebih berkeyakinan untuk lebih kreatif dan berinovasi dalam membantu murid saya untuk menguasai isi kandungan pelajaran. Dengan menggunakan Kit SaWaPu, saya dapat menjalankan elemen pembelajaran koperatif, pembezaan, penyoalan efektif dan KBAT. Selain itu, saya juga dapat mendidik murid cara melaksanakan pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya. Ini sekaligus, menjadikan saya seorang guru yang mampu menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Saya akan mengekalkan kaedah ini untuk pengajaran saya pada masa hadapan. Ini kerana, Kit SaWaPu ini adalah kaedah paling mudah dan berkesan untuk meningkatkan penguasaan murid untuk menguasai nombor 20-99. Sekaligus, Kit SaWaPu ini dapat meningkatkan minat murid untuk mempelajari nombor bahasa Arab secara koperatif dan efektif. Oleh itu, saya akan mengaplikasikan teknik ini kepada semua murid di sekolah saya.
  • 9. BIBLIOGRAFI Christina Lau Chui Jin. 2009. Keberkesanan Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif Permainan Panggil Nomber (NHT) Dalam Proses Pembelajaran Sains Tahun Empat Di Kuching. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN. Ms. 210-222. KPM. 2015. Buku Teks Bahasa Arab Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mimi Mohaffiyza binti Mohammad, Md. Nazarudin b.Sarji & masitah binti Misman. T.th. Strategi Pengajaran Pembelajaran Koperatif Dalam Reka Bentuk dan Penghasilan Projek (Matapelajaran Kemahiran Hidup). Universiti Tun Hussein onn Malaysia. Mohammad Abdillah samsuiman, Miss Asma Benjaman & Zamri Arifin. T.th. Hubungan antara Kualiti Guru Bahasa Arab dan Kecenderungan Minat Pelajar Dalam Bahasa Arab. Jurnal Kemanusiaan Bil. 22. Universiti Teknologi Malaysia. Muhammad Arif bin Abdullah & Mohd. Jaafar bin Ab. Latif. 2013. Penggunaan Smart Book Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Bahasa Arab. IPG Kampus Sato’ Razali Ismail. Nazimah ngah. 2011. Hubungan Penggunaan Strategi Pembelajaran Membaca Dengan Penguasaan Bahasa Arab Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Projek Sarna. Universiti Utara Malaysia. Rosni bin Samah. T.th. Pendekatan Pengajaran Kosa Kata Bahasa Arab Di Peringkat Menengah Rendah: Kajian Kepada Guru Bahasa Arab Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia. Zahara Aziz & Suzela Bustam. 2011. Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif Terhadap PencapaianGeografi Tingkatan Satu- Topik Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar. Jurnal Pendidikan Malaysia 36 (1)(2011): 1-10 Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi & Mohd Ala-Uddin othman.2011.Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab di SMKA Di Malaysia. GEMA online Journal of Language Studies. Vol. 11 (2). http://e-muamalat.gov.my/sites/default/files/kertas_ilmiah/2010/04/MLM.pdf