SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Jangan singkirkan mereka sinar harian
By ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD & SITI ZUBAIDAH MAT ISA
Published:November 24,2011
Sejak kes pertamaHIV/Aids yang dilaporkan de negara ini pada tahun 1986 memaksa kerajaan melakukan pelbagai usaha bagi
menangani masalah ini.
Tidak cukup dengan agensi kerajaan, diwujudkan pula pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan hasrat membendung masalah
ini. Jelas menunjukkan virus maut ini amat berbahaya membuatkan kerajaan begitu serius berusaha mengekangnya.
Sempena Hari Aids Sedunia pada1 Disember ini, Sinar Harian mendapatkan pandangan orang penting dalam membantu
mengurangkan masalah ini iaitu, Presiden Majlis Aids Malaysia, Tan Sri Mohd Zaman Khan.
Beliau kini begitu aktif dalam kerja-kerja sosial dalam menyelamatkan rakyat Malaysiakhasnyadaripada terjebak dengan najis
dadah yang semakin serius selepas statistik menunjukkan jangkitan kuman HIV antara tiga hingga empat orang sehari.
Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian dengan beliau.
Apakah peranan dan inisiatif Majlis Aids Malaysia (MAM) dalam membantu orang yang hidup dengan HIV dan
memperjuangkan isu yang berkaitan dengan HIV/Aids?
MOHD ZAMAN: Majlis Aids Malaysia(MAC) ditubuhkan pada 1992 untuk berkhidmat sebagai payungorganisasi bagi
menyokong dan menyelaraskan usaha dan inisiatif mengenai isu berkaitan penularan HIV/Aids, termasuk bantuan dari segi
penjagaan, rawatan, sokongan bagi kumpulan ini.
Majlis Aids Malaysia, yang terdiri daripada Sekretariat dan Ahli-ahli Gabungan, juga giat bekerjasama dengan agensi kerajaan,
swasta, dan organisasi antarabangsa, bagi memastikan respons yang komited dan berkesan oleh badan bukan kerajaan yang
bertungkus-lumus dalam memastikan isu berkaitan HIV/Aids di Malaysiadapat diselesaikan dengan sempurna.
Sekretariat Majlis Aids Malaysiajuga menyediakan latihan, bantuan sokongan, menyediakan dana yang diperlukan dan sumber
rujukan lain untuk melaksanakan program yang efektif dan berkesan untuk menyebarkan kesedaran kepada orang awam melalui
maklumat terkini dan tepat mengenai epidemik HIV/Aids kepada semua peringkat masyarakat di Malaysia, termasuk isu stigma
dan diskriminasi yang dialami mereka.
Berapakah bilangan orang hidup dengan HIV di Malaysia dan apakah statistik terkinitercatat di negeri yang terjejas
dengan HIV?
MOHD ZAMAN: Kes pertama HIV di Malaysiatelah dilaporkan pada 1986. Sejumlah 91,362 kes-kes HIV dilaporkan
Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) sehingga akhir 2010, dan lebih 70 peratus daripada jangkitan HIV dilaporkan secara
keseluruhan berlaku dalam kalangan pengguna dadah secara suntikan. Berdasarkan kajian pada 2009, KKM menganggarkan
bahawa terdapat 170,000 pengguna dadah secara suntikan di negara ini. Satu kaji selidik dijalankan padatahun sama dalam
kalangan pengguna dadah secara suntikan di sekitar Lembah Kelang mencatatkan prevalen (kelaziman) HIV setinggi 22.1
peratus.
Sementara itu, statistik HIV mengikut negeri pada 2010 menunjukkan terdapat empat negeri yang mencatatkan kadar insiden
HIV lebih tinggi berbanding kadar insiden negara (12.9 kes bagi setiap 10,000 penduduk). Kelantan merekodkan insiden HIV
tertinggi di Malaysiapada kadar 28.8/10,000; dan ini diikuti Pahang (24.8/10,000), Kuala Lumpur (18.0/10,000) dan Johor
(15.5/10,000).
Berapakah jumlah orang hidup dengan HIV dalam kalangan wanita dan jangkitan kepada bayi yang dilahirkan?
MOHD ZAMAN: Hasil penelitian jumlah wanita dijangkiti HIV meningkat iaitu 47 peratus daripada jumlah orang hidup dengan
HIV daripada pengguna dadah suntikan. Ini satu trend yang tidak sihat, sungguhpun kita telah membekal jarum, juga kondom
kerana salah satu cara jangkitan ini adalah melalui seks tidak selamat. Mengikut rekod, jumlah wanita yang terlibat dengan dadah
suntikan adalah rendah. Saya syak rata-rata mereka mendapat jangkitan melalui hubungan seks bukan dengan suntikan walaupun
ada segelintir yang memang mendapat daripada suntikan. Pemberian kondom itu bukanlah berniat menggalakkan hubungan luar
nikah, tetapisejak akhir ini gejala seks luar nikah adalah meluas. Perbuatan membunuh nyawa yang diberikan Allah itu adalah
lebih berdosa dan kejam. Bagaimanapun, MAM dan NGO yang lain berusaha mencari langkah pencegahan bukan sahaja
membendung penularan HIV tetapimasalah pembuangan bayi. Kadar jangkitan bayi hasil hubungan individu yang positif HIV
adalah rendah iaitu 0.05 peratus. Keadaan ini berlaku disebabkan komitmen dari segi rawatan serta ubat-ubatan yang diberikan
KKM kepadaibu mengandung di klinik atau hospitalkerajaan.
Tan Sri, mengapakah masih ada pengurangan penyaluran maklumat mengenaiHIV di masyarakat umat Islam dan
bagaimana kerjasama strategik bersama Jakim dapat mengatasi dan mengurangkan penularan HIV/Aids di kalangan
umat Islam, terutama di kawasan luar bandar?
MOHD ZAMAN: Ya, masih ada pengurangan dari segi penyaluran maklumat dan pendedahan mengenai maklumat yang tepat
mengenai HIV/Aids dalam kalangan umat Islam, terutama di pedalaman dan luar bandar disebabkan saluran informasi terkini
tidak dapat sampai segera disebabkan faktor stigma dan diskriminasi serta perasaan rendah diri yang dialami mereka. Golongan
ini selalu dipinggirkan masyarakat setempat. Oleh itu, MAM mengambil inisiatif bergerak dengan bekerjasama dengan agensi
kerajaan tempa-tan, jabatan agama tempatan, tokoh masyarakat, hinggakan sekolah dan ahli belia masyarakat diajak untuk
memupuk program kesedaran bahayanyaHIV. Kita perlu sedar mengenai bahaya stigma dan diskriminasi terhadap kumpulan ini,
adalah perlu dan penting bagi mereka yang hidup dengan HIV bagi mendapatkan bantuan penjagaan, rawatan serta sokongan
moral dan kerohanian dengan segera. Kita bekerja rapat dengan Jakim, penglibatan secara aktif agensi agama dalam memberikan
sokongan dan bantuan langsung kepada orang hidup dengan HIV sepertimembina rumah perlindungan untuk individu HIV
positif, termasuklah menyalurkan bantuan kewangan. Sepanjang itu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) antara yang paling
aktif dalam memberi bantuan kepada orang hidup dengan HIV dengan mewujudkan rumah perlindungan.
Apakah usaha atau inisiatif yang dimainkan MAM untuk memupuk kesedaran awam dan menyampaikan maklumat
terkini dan tepat mengenai HIV di kalangan masyarakat luar bandar?
MOHD ZAMAN: Kebanyakan aktiviti MAM difokuskan dalam usaha advokasi dan peningkatan kesedaran terhadap Aids di
Malaysiabagi meningkatkan komitmen daripada pemimpin politik dan kerajaan, swastadan tokoh masyarakat, terutama dengan
masyarakat di luar bandar serta memperkukuhkan usaha pencega-han penularan HIV/AIDS. Dalam masyarakat konservatif, HIV
dan khususnyaisu yang berkaitan dengan seks, penyalahgunaan dadah dan hubungan seks sejenis adalah topik yang sukar untuk
dibincangkan dan untuk ditindak susulan.
Sejak awal 1990-an, peningkatan jangkitan HIV semakin terserlah, MAM telah meningkatkan tumpuan pada penyediaan
penjagaan dan sokongan untuk mereka yang dijangkiti. Kegiatan lain yang berkaitan daripada MAM melalui organisasi, Yayasan
Aids Malaysia, yang berpusat dalam pengumpulan dana yang juga telah memberikan sumbangan bagi peningkatan kesedaran
HIV/Aids.
Bagaimanakah pandangan Tan Sri berhubung penerimaan masyarakat terhadap orang yang hidup dengan HIV,
terutama ada yang melibatkan ahli keluarga sendiri? Sekiranya mereka dibuang keluarga dan masyarakat, apakah
peranan yang dimainkan MAM untuk menangani masalah ini.
MOHD ZAMAN: MAM amat tidak menggalak dan tidak menyokong keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang hidup
dengan HIV mengabaikan tanggungjawab mereka dan mendekati orang yang mereka sayangi kerana takut berdepan dengan
situasi sebenar, iaitu terkena jangkitan HIV. Di situ bermulalah masalah isu stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup
dengan HIV, yang MAM ambil peranan dan amat prihatin dalam memperjuangkan isu berkaitan dengan HIV serta
memperjuangkan hak orang yang hidup dengan HIV/Aids. Kami MAM akan memberi sokongan dari segi moral, aspek perubatan
dan khidmat nasihat bagi membantu mereka ini terutama yang tidak berkemampuan dan terpinggir.
Apa pandangan MAM dengan langkah penguatkuasaan yang dilakukan oleh kerajaan setakat ini?
MOHD ZAMAN: Penguatkuasaan undang-undang dadah di negara ini adalah keras. Bagaimanapun kita telah menggunakan
kaedah avokasi dengan polis dan badan penguat kuasa yang lain

More Related Content

Similar to Jangan singkirkan mereka isu aids malaysia

Similar to Jangan singkirkan mereka isu aids malaysia (20)

TOR REFRESING KADER
TOR  REFRESING KADERTOR  REFRESING KADER
TOR REFRESING KADER
 
Kampanye dan mobilisasi Konseling dan Test HIV
Kampanye dan mobilisasi Konseling dan Test HIVKampanye dan mobilisasi Konseling dan Test HIV
Kampanye dan mobilisasi Konseling dan Test HIV
 
HIV dan AIDS
HIV dan AIDSHIV dan AIDS
HIV dan AIDS
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Care support
Care supportCare support
Care support
 
Ilusi penanggulangan AIDS Ala Sistem Kapitalisme
Ilusi penanggulangan AIDS Ala Sistem KapitalismeIlusi penanggulangan AIDS Ala Sistem Kapitalisme
Ilusi penanggulangan AIDS Ala Sistem Kapitalisme
 
Insani vol 5_no_1_juni_2018_david-07bc7-2142_541
Insani vol 5_no_1_juni_2018_david-07bc7-2142_541Insani vol 5_no_1_juni_2018_david-07bc7-2142_541
Insani vol 5_no_1_juni_2018_david-07bc7-2142_541
 
Hiv menurut usia
Hiv menurut usiaHiv menurut usia
Hiv menurut usia
 
Peran remaja
Peran remajaPeran remaja
Peran remaja
 
Makalah ipa ( penyakit pada kelamin )
Makalah ipa ( penyakit pada kelamin )Makalah ipa ( penyakit pada kelamin )
Makalah ipa ( penyakit pada kelamin )
 
Trend dan Issue HIV.pptx
Trend dan Issue HIV.pptxTrend dan Issue HIV.pptx
Trend dan Issue HIV.pptx
 
Stigma HIV dan AIDS
Stigma HIV dan AIDSStigma HIV dan AIDS
Stigma HIV dan AIDS
 
Makalah aids 2
Makalah aids 2Makalah aids 2
Makalah aids 2
 
Makalah aids 2
Makalah aids 2Makalah aids 2
Makalah aids 2
 
Makalah aids 2
Makalah aids 2Makalah aids 2
Makalah aids 2
 
Presentation HIV fix.pptx
Presentation HIV fix.pptxPresentation HIV fix.pptx
Presentation HIV fix.pptx
 
Pidato bahasa indonesia hiv
Pidato bahasa indonesia hivPidato bahasa indonesia hiv
Pidato bahasa indonesia hiv
 
Juknis HIV: Pedoman iIPP
Juknis HIV: Pedoman iIPPJuknis HIV: Pedoman iIPP
Juknis HIV: Pedoman iIPP
 
6. memerangi hiv
6. memerangi hiv6. memerangi hiv
6. memerangi hiv
 
Presentation hiv aids puskes
Presentation hiv aids puskesPresentation hiv aids puskes
Presentation hiv aids puskes
 

Recently uploaded

DETEKSI DINI KANKER PAYUDARA SANGAT PENTING.pdf
DETEKSI DINI KANKER PAYUDARA SANGAT PENTING.pdfDETEKSI DINI KANKER PAYUDARA SANGAT PENTING.pdf
DETEKSI DINI KANKER PAYUDARA SANGAT PENTING.pdfBekti5
 
081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod
081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod
081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Codajongshopp
 
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024Zakiah dr
 
konsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritis
konsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritiskonsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritis
konsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritisfidel377036
 
Rancangan Aksi_ Si IMAAM ( Sistem Informasi Manajemen Aset dan Alat Medis di ...
Rancangan Aksi_ Si IMAAM ( Sistem Informasi Manajemen Aset dan Alat Medis di ...Rancangan Aksi_ Si IMAAM ( Sistem Informasi Manajemen Aset dan Alat Medis di ...
Rancangan Aksi_ Si IMAAM ( Sistem Informasi Manajemen Aset dan Alat Medis di ...Arif Fahmi
 
1. ok MODEL DAN NILAI PROMOSI KESEHATAN.ppt
1. ok MODEL DAN NILAI PROMOSI KESEHATAN.ppt1. ok MODEL DAN NILAI PROMOSI KESEHATAN.ppt
1. ok MODEL DAN NILAI PROMOSI KESEHATAN.pptTrifenaFebriantisitu
 
Persiapan Substansi RPP UU Kesehatan.pptx
Persiapan Substansi RPP UU Kesehatan.pptxPersiapan Substansi RPP UU Kesehatan.pptx
Persiapan Substansi RPP UU Kesehatan.pptxunityfarmasis
 
MODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docx
MODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docxMODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docx
MODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docxsiampurnomo90
 
INFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).ppt
INFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).pptINFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).ppt
INFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).pptab368
 
ALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptx
ALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptxALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptx
ALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptxmarodotodo
 
KONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptx
KONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptxKONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptx
KONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptxmade406432
 
PB I KONSEP DASAR KESEHATAN REPRODUKSI (1).pptx
PB I KONSEP DASAR KESEHATAN REPRODUKSI (1).pptxPB I KONSEP DASAR KESEHATAN REPRODUKSI (1).pptx
PB I KONSEP DASAR KESEHATAN REPRODUKSI (1).pptxHikmaLavigne
 

Recently uploaded (12)

DETEKSI DINI KANKER PAYUDARA SANGAT PENTING.pdf
DETEKSI DINI KANKER PAYUDARA SANGAT PENTING.pdfDETEKSI DINI KANKER PAYUDARA SANGAT PENTING.pdf
DETEKSI DINI KANKER PAYUDARA SANGAT PENTING.pdf
 
081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod
081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod
081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod
 
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024
 
konsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritis
konsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritiskonsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritis
konsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritis
 
Rancangan Aksi_ Si IMAAM ( Sistem Informasi Manajemen Aset dan Alat Medis di ...
Rancangan Aksi_ Si IMAAM ( Sistem Informasi Manajemen Aset dan Alat Medis di ...Rancangan Aksi_ Si IMAAM ( Sistem Informasi Manajemen Aset dan Alat Medis di ...
Rancangan Aksi_ Si IMAAM ( Sistem Informasi Manajemen Aset dan Alat Medis di ...
 
1. ok MODEL DAN NILAI PROMOSI KESEHATAN.ppt
1. ok MODEL DAN NILAI PROMOSI KESEHATAN.ppt1. ok MODEL DAN NILAI PROMOSI KESEHATAN.ppt
1. ok MODEL DAN NILAI PROMOSI KESEHATAN.ppt
 
Persiapan Substansi RPP UU Kesehatan.pptx
Persiapan Substansi RPP UU Kesehatan.pptxPersiapan Substansi RPP UU Kesehatan.pptx
Persiapan Substansi RPP UU Kesehatan.pptx
 
MODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docx
MODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docxMODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docx
MODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docx
 
INFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).ppt
INFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).pptINFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).ppt
INFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).ppt
 
ALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptx
ALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptxALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptx
ALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptx
 
KONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptx
KONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptxKONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptx
KONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptx
 
PB I KONSEP DASAR KESEHATAN REPRODUKSI (1).pptx
PB I KONSEP DASAR KESEHATAN REPRODUKSI (1).pptxPB I KONSEP DASAR KESEHATAN REPRODUKSI (1).pptx
PB I KONSEP DASAR KESEHATAN REPRODUKSI (1).pptx
 

Jangan singkirkan mereka isu aids malaysia

  • 1. Jangan singkirkan mereka sinar harian By ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD & SITI ZUBAIDAH MAT ISA Published:November 24,2011 Sejak kes pertamaHIV/Aids yang dilaporkan de negara ini pada tahun 1986 memaksa kerajaan melakukan pelbagai usaha bagi menangani masalah ini. Tidak cukup dengan agensi kerajaan, diwujudkan pula pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan hasrat membendung masalah ini. Jelas menunjukkan virus maut ini amat berbahaya membuatkan kerajaan begitu serius berusaha mengekangnya. Sempena Hari Aids Sedunia pada1 Disember ini, Sinar Harian mendapatkan pandangan orang penting dalam membantu mengurangkan masalah ini iaitu, Presiden Majlis Aids Malaysia, Tan Sri Mohd Zaman Khan. Beliau kini begitu aktif dalam kerja-kerja sosial dalam menyelamatkan rakyat Malaysiakhasnyadaripada terjebak dengan najis dadah yang semakin serius selepas statistik menunjukkan jangkitan kuman HIV antara tiga hingga empat orang sehari. Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian dengan beliau. Apakah peranan dan inisiatif Majlis Aids Malaysia (MAM) dalam membantu orang yang hidup dengan HIV dan memperjuangkan isu yang berkaitan dengan HIV/Aids? MOHD ZAMAN: Majlis Aids Malaysia(MAC) ditubuhkan pada 1992 untuk berkhidmat sebagai payungorganisasi bagi menyokong dan menyelaraskan usaha dan inisiatif mengenai isu berkaitan penularan HIV/Aids, termasuk bantuan dari segi penjagaan, rawatan, sokongan bagi kumpulan ini. Majlis Aids Malaysia, yang terdiri daripada Sekretariat dan Ahli-ahli Gabungan, juga giat bekerjasama dengan agensi kerajaan, swasta, dan organisasi antarabangsa, bagi memastikan respons yang komited dan berkesan oleh badan bukan kerajaan yang bertungkus-lumus dalam memastikan isu berkaitan HIV/Aids di Malaysiadapat diselesaikan dengan sempurna. Sekretariat Majlis Aids Malaysiajuga menyediakan latihan, bantuan sokongan, menyediakan dana yang diperlukan dan sumber rujukan lain untuk melaksanakan program yang efektif dan berkesan untuk menyebarkan kesedaran kepada orang awam melalui maklumat terkini dan tepat mengenai epidemik HIV/Aids kepada semua peringkat masyarakat di Malaysia, termasuk isu stigma dan diskriminasi yang dialami mereka. Berapakah bilangan orang hidup dengan HIV di Malaysia dan apakah statistik terkinitercatat di negeri yang terjejas dengan HIV? MOHD ZAMAN: Kes pertama HIV di Malaysiatelah dilaporkan pada 1986. Sejumlah 91,362 kes-kes HIV dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) sehingga akhir 2010, dan lebih 70 peratus daripada jangkitan HIV dilaporkan secara keseluruhan berlaku dalam kalangan pengguna dadah secara suntikan. Berdasarkan kajian pada 2009, KKM menganggarkan bahawa terdapat 170,000 pengguna dadah secara suntikan di negara ini. Satu kaji selidik dijalankan padatahun sama dalam kalangan pengguna dadah secara suntikan di sekitar Lembah Kelang mencatatkan prevalen (kelaziman) HIV setinggi 22.1 peratus. Sementara itu, statistik HIV mengikut negeri pada 2010 menunjukkan terdapat empat negeri yang mencatatkan kadar insiden HIV lebih tinggi berbanding kadar insiden negara (12.9 kes bagi setiap 10,000 penduduk). Kelantan merekodkan insiden HIV tertinggi di Malaysiapada kadar 28.8/10,000; dan ini diikuti Pahang (24.8/10,000), Kuala Lumpur (18.0/10,000) dan Johor (15.5/10,000). Berapakah jumlah orang hidup dengan HIV dalam kalangan wanita dan jangkitan kepada bayi yang dilahirkan? MOHD ZAMAN: Hasil penelitian jumlah wanita dijangkiti HIV meningkat iaitu 47 peratus daripada jumlah orang hidup dengan HIV daripada pengguna dadah suntikan. Ini satu trend yang tidak sihat, sungguhpun kita telah membekal jarum, juga kondom kerana salah satu cara jangkitan ini adalah melalui seks tidak selamat. Mengikut rekod, jumlah wanita yang terlibat dengan dadah
  • 2. suntikan adalah rendah. Saya syak rata-rata mereka mendapat jangkitan melalui hubungan seks bukan dengan suntikan walaupun ada segelintir yang memang mendapat daripada suntikan. Pemberian kondom itu bukanlah berniat menggalakkan hubungan luar nikah, tetapisejak akhir ini gejala seks luar nikah adalah meluas. Perbuatan membunuh nyawa yang diberikan Allah itu adalah lebih berdosa dan kejam. Bagaimanapun, MAM dan NGO yang lain berusaha mencari langkah pencegahan bukan sahaja membendung penularan HIV tetapimasalah pembuangan bayi. Kadar jangkitan bayi hasil hubungan individu yang positif HIV adalah rendah iaitu 0.05 peratus. Keadaan ini berlaku disebabkan komitmen dari segi rawatan serta ubat-ubatan yang diberikan KKM kepadaibu mengandung di klinik atau hospitalkerajaan. Tan Sri, mengapakah masih ada pengurangan penyaluran maklumat mengenaiHIV di masyarakat umat Islam dan bagaimana kerjasama strategik bersama Jakim dapat mengatasi dan mengurangkan penularan HIV/Aids di kalangan umat Islam, terutama di kawasan luar bandar? MOHD ZAMAN: Ya, masih ada pengurangan dari segi penyaluran maklumat dan pendedahan mengenai maklumat yang tepat mengenai HIV/Aids dalam kalangan umat Islam, terutama di pedalaman dan luar bandar disebabkan saluran informasi terkini tidak dapat sampai segera disebabkan faktor stigma dan diskriminasi serta perasaan rendah diri yang dialami mereka. Golongan ini selalu dipinggirkan masyarakat setempat. Oleh itu, MAM mengambil inisiatif bergerak dengan bekerjasama dengan agensi kerajaan tempa-tan, jabatan agama tempatan, tokoh masyarakat, hinggakan sekolah dan ahli belia masyarakat diajak untuk memupuk program kesedaran bahayanyaHIV. Kita perlu sedar mengenai bahaya stigma dan diskriminasi terhadap kumpulan ini, adalah perlu dan penting bagi mereka yang hidup dengan HIV bagi mendapatkan bantuan penjagaan, rawatan serta sokongan moral dan kerohanian dengan segera. Kita bekerja rapat dengan Jakim, penglibatan secara aktif agensi agama dalam memberikan sokongan dan bantuan langsung kepada orang hidup dengan HIV sepertimembina rumah perlindungan untuk individu HIV positif, termasuklah menyalurkan bantuan kewangan. Sepanjang itu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) antara yang paling aktif dalam memberi bantuan kepada orang hidup dengan HIV dengan mewujudkan rumah perlindungan. Apakah usaha atau inisiatif yang dimainkan MAM untuk memupuk kesedaran awam dan menyampaikan maklumat terkini dan tepat mengenai HIV di kalangan masyarakat luar bandar? MOHD ZAMAN: Kebanyakan aktiviti MAM difokuskan dalam usaha advokasi dan peningkatan kesedaran terhadap Aids di Malaysiabagi meningkatkan komitmen daripada pemimpin politik dan kerajaan, swastadan tokoh masyarakat, terutama dengan masyarakat di luar bandar serta memperkukuhkan usaha pencega-han penularan HIV/AIDS. Dalam masyarakat konservatif, HIV dan khususnyaisu yang berkaitan dengan seks, penyalahgunaan dadah dan hubungan seks sejenis adalah topik yang sukar untuk dibincangkan dan untuk ditindak susulan. Sejak awal 1990-an, peningkatan jangkitan HIV semakin terserlah, MAM telah meningkatkan tumpuan pada penyediaan penjagaan dan sokongan untuk mereka yang dijangkiti. Kegiatan lain yang berkaitan daripada MAM melalui organisasi, Yayasan Aids Malaysia, yang berpusat dalam pengumpulan dana yang juga telah memberikan sumbangan bagi peningkatan kesedaran HIV/Aids. Bagaimanakah pandangan Tan Sri berhubung penerimaan masyarakat terhadap orang yang hidup dengan HIV, terutama ada yang melibatkan ahli keluarga sendiri? Sekiranya mereka dibuang keluarga dan masyarakat, apakah peranan yang dimainkan MAM untuk menangani masalah ini. MOHD ZAMAN: MAM amat tidak menggalak dan tidak menyokong keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang hidup dengan HIV mengabaikan tanggungjawab mereka dan mendekati orang yang mereka sayangi kerana takut berdepan dengan situasi sebenar, iaitu terkena jangkitan HIV. Di situ bermulalah masalah isu stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV, yang MAM ambil peranan dan amat prihatin dalam memperjuangkan isu berkaitan dengan HIV serta memperjuangkan hak orang yang hidup dengan HIV/Aids. Kami MAM akan memberi sokongan dari segi moral, aspek perubatan dan khidmat nasihat bagi membantu mereka ini terutama yang tidak berkemampuan dan terpinggir. Apa pandangan MAM dengan langkah penguatkuasaan yang dilakukan oleh kerajaan setakat ini? MOHD ZAMAN: Penguatkuasaan undang-undang dadah di negara ini adalah keras. Bagaimanapun kita telah menggunakan kaedah avokasi dengan polis dan badan penguat kuasa yang lain