SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
1
1.0 PENDAHULUAN
Bagi memenuhi kehendak tugasan kerja kursus projek iaitu bertajuk Isu-Isu Moral
dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni (ELM 3043E) saya dikehendaki untuk
menganalisis dan mengupas isu moral yang saya pilih iaitu berkaitan dengan AIDS
serta melaporkan kajian tersebut secara terperinci di peringkat Malaysia. Selain
daripada itu, saya perlu membina penulisan akademik tentang sejauhmana isu AIDS
telah memberi kesan di negara dengan mengemukakan huraian dan penjelasan yang
lengkap tentang kajian yang telah dilakukan.
Tambahan lagi, saya perlu mengemukakan cadangan dan pendapat tentang
cara mengatasi isu moral ini di dalam negara. Huraian yang bernas dan kemahiran
berfikir yang tinggi harus dipamerkan dalam penulisan kali ini agar hujah yang diberi
dapat disokong dengan bukti yang kukuh dan tepat.
Selain itu, oleh sebab isu moral seperti AIDS ini sangat besar dalam
mempengaruhi keamanan dan kestabilan negara, justeru perlunya penulisan ini bagi
menyedarkan masyarakat di luar sana tentang bahaya penyebaran AIDS yang kini
perbualannya semakin hilang dari mulut masyarakat.
Kesimpulannya, semua penulisan ini adalah untuk pemberi pengetahuan asas
kepada orang ramai bagaimana isu moral ini telah memberikan kesan kepada
negara. Saya berharap agar buku ini mampu memberi pengetahuan baru kepada
orang ramai, khususnya guru pelatih tentang masalah isu-isu moral yang berlaku di
dalam negara.
2
2.0 APA ITU HIV Dan AIDS?
Suatu ketika, kewujudan virus HIV telah mengemparkan dunia terutamanya di negara
Barat dan Afrika yang mana virus ini pertama kali dijumpai. HIV bermaksud Human
Immunodeficiency Virus yang berkebolehan untuk menghakis ketahanan semula jadi
badan untuk menentang organisma asing. Hal ini menjadikan badan seseorang yang
dijangkiti virus ini terdedah kepada banyak jenis jangkitan.
AIDS pula bermaksud Acquired Immunodeficiency Syndrome. AIDS bukan
sejenis penyakit yang wujud dengan sendirinya, namun AIDS merupakan satu
peringkat dan juga merupakan peringkat terakhir bagi seseorang yang telah dijangkiti
oleh virus HIV. Dalam peringkat ini, sistem pertahanan tubuh pesakit iaitu sel darah
putih akan diserang dan dimusnahkan oleh virus HIV, yang mana sebenarnya fungsi
sel darah putih adalah untuk memusnahkan organisma asing yang masuk ke dalam
badan seseorang individu. Akibatnya segala virus, bakteria dan mikro organisme lain
akan mudah menjangkiti pesakit tersebut. Akhirnya pesakit akan mati akibat
tubuhnya tidak dapat mempertahankan diri sendiri daripada ancaman mikro
organisme. Kadang-kadang, hanya disebabkan demam biasa, individu yang dijangkit
AIDS boleh mati dengan cepat.
Rajah 1 : Virus HIV (zarah bewarna hijau)
3
Sebagai info tambahan, boleh rujuk rajah di bawah tentang bagaimana AIDS
boleh terjadi melalui beberapa peringkat seperti Asimtomatik, PGL, ARC dan
seterusnya menjadi penyakit yang digelar AIDS.
Pembawa HIV dikatakan berada pada tahap Asimtomatik yang mana ia tidak
menunjukkan apa-apa gejala atau simptom kecuali dapat dikenal pasti melalui
pemeriksaan khas HIV. Pada tahap ini perkembangan virus HIV hanya bergantung
kepada sistem keimunan individu itu sendiri. Kebanyakan pembawa virus HIV tidak
mempunyai sebarang gejala, cuma mempunyai pembengkakkan limfadenopathi
menyeluruh yang berterusan (PGL).
Apabila pesakit mula memasuki fasa PGL iaitu “Limfadenopati menyeluruh
yang berterusan”, akan berlaku kebengkakkan pada kelenjar. Seterusnya,
kebanyakkan pesakit mula sedar akan masalah kesihatan mereka pada peringkat
ARC iaitu “Kompleks berkaitan AIDS” yang mana gejala seperti demam yang teruk,
kurang berat badan yang mendadak, cirit-birit, keletihan daya fizikal dan berpeluh
pada waktu malam mula dirasai. Pada peringkat ini, sistem imunisasi badan
merudum dengan sangat dasyat dan kelihatan sangat jelas. Pesakit yang mempunyai
virus HIV yang berterusan menjadi AIDS berlaku mengikut kadar yang berlainan bagi
setiap individu.
Rajah 2 : Spektrum Jangkitan HIV / AIDS
4
3.0 SEJARAH AIDS
Asal-usul virus HIV masih lagi kabur setakat ini, kerana terdapat banyak teori yang
dikeluarkan oleh pelbagai pihak tentang sejarah virus ini wujud. Namun, kes HIV ini
mula ditemui pertama kali di Afrika dan kononnya berasal dari monyet hijau iaitu satu
kumpulan monyet dan primate yang dipelihara di Afrika telah diketahui mudah
diserang oleh epidemik penyakit kekurangan daya tahan tubuh.
Pada tahun 1985 antibodi kepada virus HIV telah didapati pada pelacur-
pelacur di Afrika Barat dan antibodi ini lebih menyerupai virus HIV yang didapati
daripada monyet-monyet hijau Afrika ini. Namun, khabar itu hanya terhenti di situ.
Apa yang menjadi tanda tanya ketika ini ialah bagaimana cara penularan virus ini.
Mungkin melalui seks, gigitan atau darah monyet-monyet tersebut.
Apa yang jelas, daripada kes-kes AIDS yang berlaku di semua negara di
dunia ini ialah melibatkan golongan masyarakat yang melakukan hubungan
homoseks, amalan seks rambang dan penagihan dadah. Kesemua perbuatan ini
adalah bertentangan dengan suruhan pada mana-mana kepercayaan dan agama di
dunia. Sejak itu lah, penyebaran virus ini merebak dengan begitu cepat ke seluruh
negara di dunia ini.
Rajah 3 : Monyet hijau Afrika
5
4.0 ISU AIDS DI MALAYSIA
Mengikut analisis yang dibuat daripada dapatan kajian yang telah dilakukan, terdapat
beberapa pencanggahan maklumat tentang bagaimana AIDS boleh tersebar ke
Malaysia, namun kes AIDS pertama di negara ini dikesan pada bulan Disember 1986
yang mana seorang rakyat Amerika yang berasal dari Malaysia telah jatuh sakit
apabila melawat Malaysia. Beliau mengalami demam paru-paru dan berada pada
peringkat akhir AIDS. Sejak virus ini dikesan di Malaysia, telah dikenalpasti yang
penghidap-penghidap AIDS adalah terdiri daripada golongan yang mengamalkan
gaya hidup yang tidak sihat seperti penagihan dadah, tabiat seks rambang dan
homoseksual.
Namun, walaupun kita tidak berada dalam golongan yang berisiko tinggi untuk
dijangkiti virus ini, kita perlu sedar bahawa ramai penghidap AIDS bukan terdiri
daripada golongan tersebut. Kita telah menjadi mangsa akibat kelewaan dan sikap
tidak mahu mengambil tahu tentang keadaan dan suasana yang berlaku di sekeliling
kita. Anggapan bahawa kita sukar untuk mendapat jangkitan AIDS itu adalah salah,
kerana sesiapa sahaja boleh dijangkiti AIDS. Contohnya apabila kita mendirikan
rumahtangga, jika kita tidak ambil tahu status kesihatan pasangan kita, boleh jadi dia
antara antara pembawa HIV positif.
Sehingga ke hari ini, dunia mahupun Malaysia masih belum menemui vaksin
yang boleh mencegah jangkitan HIV dan ubat yang boleh menyembuhkan pesakit
AIDS. Oleh yang demikian, langkah-langkah pencegahan dan kawalan kepada
jangkitan HIV adalah amat penting untuk membendung wabak ini dari terus menular.
6
4.1 Punca Utama Penularan Wabak Aids di Malaysia
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ,
punca utama berlakunya kes AIDS di negara ini adalah kerana
penyalahgunaan dadah. Punca utama adalah perkongsian jarum semasa
menyuntik dadah yang merupakan 75% dari keseluruhan jangkitan HIV yang
dilaporkan, sementara 15% dilaporkan menerusi perhubungan seks dengan
pasangan yang dijangkiti HIV.
Berikut merupakan punca penularan wabak ini:
4.1.1 Penyalahgunaan Dadah
Agen utama yang berlakunya kes ini adalah berdasarkan kepada sikap
penagih dadah yang gemar berkongsi jarum suntikan antara satu
sama lain. Selain daipada itu, ramai di antara mereka kerap
berkunjung ke rumah-rumah pelacuran bagi melepaskan gian di jiwa
akibat kesan ubat dadah dengan melakukan aktiviti berkaitan dengan
seks.
Penagihan dadah menerusi suntikan mempunyai risiko yang
tinggi untuk dijangkiti virus HIV kerana setiap kali penagih membuat
suntikan pada badan, memungkinkan sedikit darah akan tertinggal
pada jarum suntikan akan dipindahkan ke badan penagih yang lain
melalui perkongsian jarum. Oleh itu, apabila seorang penagih telah
dijangkiti HIV, kebarangkalian kelompok mereka untuk mendapat
jangkitan virus tersebut adalah amat tinggi.
7
4.1.2 Seks Bebas
Industri pelacuran juga merupakan salah satu agen utama penyebaran
virus HIV dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Kegiatan
pelacuran di negara ini bagai tidak dapat dikawal lagi oleh pihak yang
berkuasa kerana kegiatan mereka sering didalangi oleh golongan
berpengaruh dan sindiket yang mahir dalam ‘penjajaan’ manusia
tersebut.
Terdapat kaitan yang kuat antara seks bebas dengan
penagihan najis dadah. Kebiasaannya penagih akan melakukan
hubungan seks setelah mengambil suntikan dadah kerana kesan dari
najis tadi menyebabkan mereka akan berasa khayal atau mabuk.
Melakukan hubungan seks secara sedar atau tidak sedar merupakan
suatu tindakan yang akan dilakukan apabila pengambilan dadah
adalah dalam kuantiti yang lebih.
Rajah 4 : Jarum suntikan yang berkongsi
8
4.1.3 Pelancongan
Sektor pelancongan merupakan antara faktor terbesar dalam kes
wabak AIDS di Malaysia. Virus HIV telah dibawa masuk ke Malaysia
boleh pelancong asing dan kemudiannya melakukan hubungan seks
dengan orang tempatan atau pelancong tempatan tanpa
menggunakan kondom. Akibatnya, tanpa disedari, virus ini telah
disebarkan secara senyap ke dalam tubuh-tubuh mangsa.
Negeri Kelantan pernah menjadi negeri yang mencatat
penyebaran HIV yang tertinggi pada tahun 2006. Namun, Jabatan
Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Kelantan mengesahkan
kebanyakan pembawa virus HIV di negeri Kelantan, menjangkitinya di
Thailand.
Terdapat juga para pelancong yang datang ke Malaysia semata-mata
untuk merasai seks dengan orang tempatan dan orang bukan
tempatan yang disediakan di rumah-rumah pelacuran merata di
Malaysia.
Rajah 5 : Statistik kes jangkitan HIV di Kelantan tertinggi pada tahun 2006
9
4.2 Ciri-ciri Penyakit Aids
Seseorang yang dikatakan mempunyai penyakit AIDS yang positif apabila
mempunyai beberapa ciri yang dapat dilihat secara jelas oleh individu tersebut
dan orang lain.
Antara ciri-ciri yang dapat dilihat dalah seperti berikut:
a) Susut berat badan melebihi 10% tanpa apa-apa sebab muhasabah.
b) Cirit birit yang berlarutan.
c) Bengkak pada kelenjar di leher, ketiak atau pangkal peha.
Rajah 6 : Berat badan menurun mendadak
Rajah 7: Kelenjar membengkak
10
d) Penyakit herpes zoster iaitu sejenis jangkitan urat saraf.
e) Penyakit kandidiasis iaitu penyakit kulit yang disebabkan sejenis kulat
di bahagian mulut dan tekak.
Rajah 8 : Kulit yang sensitif
Rajah 9 : Kullat dalam mulut.
11
5.0 KESAN DI NEGARA
Menurut Profesor Madya Ustaz Hashim Yahya (1991), turunnya wabak AIDS adalah
merupakan bala daripada Allah S.W.T. akibat daripada perbuatan manusia yang jauh
terpesong daripada landasan kehidupan manusia yang normal. Wabak AIDS tidak
patut dipersalahkan tetapi sebaliknya kesalahan itu terletak pada perbuatan-
perbuatan manusia yang menyebabkan tertimbul dan tersebarnya AIDS. Saya juga
sedari bahawa penularan wabak ini adalah disebabkan “ketidakmoralan” manusia itu
sendiri yang berani melakukan perkara yang dilarang dalam memuaskan nafsu dan
kehendak jahat diri sendiri. Justeru, semua pihak akan merasai tempias dari
perbuatan tersebut dan manusia yang tidak berdosa yang juga turut menjadi mangsa.
Antara kesan daripada penyakit AIDS di Malaysia adalah kepada individu,
keluarga, masyarakat dan negara.
5.1 Kesan kepada individu
Pertamanya, kesan yang berlaku adalah terhadap individu yang
dijangkit penyakit AIDS. Apabila seseorang itu telah dilabelkan sebagai
penghidap penyakit AIDS, majoriti masyarakat akan berfikir bahawa
individu tersebut berbahaya dan tidak boleh bergaul dengan orang
ramai. Mentaliti masyarakat menyatakan bahawa golongan inilah
merupakan golongan yang mengamalkan kehidupan yang bermasalah
seperti penagih dadah dan pelacur tanpa menyiasat atau ambil tahu
bagaimana mereka telah dijangkiti penyakit itu. Oleh hal yang
demikian, emosi golongan ini akan terganggu dan boleh menyebabkan
mereka berasa tidak berguna dan mahu bunuh diri.
Selain itu, kesan juga terjadi kepada mangsa yang tidak
bersalah contohnya kanak-kanak yang mendapat jangkitan HIV
daripada ibu atau bapa mereka. Kesan yang paling ketara yang
mungkin akan berlaku kepada kanak-kanak ini ialah tekanan psikologi
dan psikososial yang kuat dalam diri. Mereka akan berasa sangat
sedih, malu dan tertekan apabila menyedari bahawa diri mereka telah
dijangkiti penyakit yang berbahaya dan jangka hidup mereka adalah
singkat. Disamping itu, mereka akan gemar menyendiri dan tiada
kawan kerana kawalan ketat oleh ibu bapa jiran untuk membenarkan
12
anak mereka berkawan malahan berbual dengan kanak-kanak yang
berpenyakit ini. Disebabkan keadaan emosi dan ekonomi yang
tertekan jugalah, kanak-kanak ini mudah diheret untuk menjual
perkhidmatan seks. Hal ini menyebabkan masalah menjadi semakin
berlarutan dan seperti tiada jalan penyelesaian.
5.2 Kesan kepada keluarga
Penyakit AIDS memberi kesan yang sangat besar terhadap
institusi keluarga. Hakikatnya, mengikut statistik yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia, pecahan kes HIV bagi kaum lelaki
adalah 3 kali ganda lebih besar berbanding kaum perempuan pada
tahun 2008. Kesannya, kaum lelaki yang merupakan ketua keluarga
sendiri tidak dapat membantu dalam menyediakan nafkah dan
keperluan keluarga mereka. Sebaliknya, anak-anak telah menjadi
yatim piatu, balu-balu terpaksa membesarkan anak-anak sendirian, ibu
bapa perlu menyara dan menampung hidup mereka sendiri tanpa
kiriman wang oleh anak lelaki mereka.
Akibatnya, keluarga terabai dan kehidupan menjadi tidak
bahagia dan terpaksa berhadapan dengan bebanan dan rasa malu
yang tebal di dalam diri. Akhirnya, ada keluarga yang sanggup bunuh
diri kerana tidak tahan dengan tekanan hidup.
Rajah 10 : Pecahan kes HIV mengikut jantina, 2008 di WPKL
13
5.3 Kesan kepada masyarakat
Masyarakat yang berasa takut dan jahil tentang penyakit AIDS akan
mengalami kerisauan yang dasyat terhadap penghidap atau pesakit
AIDS atau HIV atau terhadap orang-orang yang “berisiko tinggi”
mempunyai penyakit ini. Disebabkan kejahilan, golongan yang tidak
bersalah menjadi mangsa disebabkan oleh diskriminasi serta sekatan
yang tidak muhasabah. Isu sosial yang ketara berpunca daripada sikap
diskriminasi yang boleh diertikan sebagai tidak memberi layanan yang
sepatutnya kepada seseorang yang dianggap mempunyai AIDS atau
berkemungkinan menghidap AIDS. Dilihat bahawa diskriminasi ini
sering berlaku dalam sektor pekerjaan, kemudahan tempat tinggal atau
pendidikan yang mana golongan yang hanya disyaki ada AIDS akan
mengalami kesukaran untuk mendapat pekerjaan, dihalau dari rumah
dan tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Kritikalnya, ada juga doktor tidak mahu menerima pesakit yang disyaki
menghidap AIDS atas alasan mereka juga akan berisiko dijangkiti virus
ini semasa bertugas. Bagaimanapun, mengikut pengetahuan saya,
pengamal perubatan bertanggungjawab untuk memberikan
perkhidmatan kesihatan kepada sesiapa sahaja tanpa berlaku
diskriminasi dan menggunakan emosi. Justeru, pasti ada tindakan
yang sewajarnya bagi membanteras masalah pilih pesakit ini.
Ketakutan yang tidak bertempat ini telah membuatkan ramai
orang berasa kecewa dan disisihkan akibat kejahilan tentang
pengetahuan AIDS oleh masyarakat sekeliling. Masyarakat perlu
membentuk sikap kasih sayang dan elak diskriminasi terhadap
golongan yang mungkin ada AIDS dan juga mereka yang telah didapati
HIV positif kerana mereka memerlukan sokongan dan semangat
daripada masyarakat untuk terus berjuang untuk hidup, lebih-lebih lagi
kepada insan yang tidak berdosa khususnya kanak-kanak.
14
5.4 Kesan kepada negara
Mengikut kajian yang dilakukan, kos untuk membiayai seorang
pesakit AIDS di Malaysia, memerlukan perbelanjaan ubat sebanyak
$30,000.00 setahun. Ini tidak termasuk kos perbelanjaan doktor dan
jururawat serta perbelanjaan tinggal di hospital bagi seorang pesakit.
Cuba kita bayangkan, negara akan menanggung RM 1 juta bagi
seorang pesakit AIDS setahun. Sedangkan wang sebanyak itu boleh
menyelamatkan ribukan pesakit yang lain yang lebih dijamin jangka
hayat mereka berbanding pesakit AIDS yang hanya dapat bertahan
purata 5 hingga 10 tahun setelah disyaki menjadi pembawa virus HIV.
Tambahan lagi, negara akan kehilangan produktiviti. Mengikut
statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,
bilangan orang yang positif HIV tanpa gejala Asimtomatik, mengikut
umur pada tahun 1985-1992 adalah tertinggi pada umur antara 20
hingga 39 tahun. Kesannya, penyumbang produktiviti dari segi
ekonomi, keluarga, masyarakat dan negara menjadi berkurangan
secara mendadak. Bayangkan bagaimana kehidupan isteri dan anak-
anak kepada seorang suami yang disyaki pembawa HIV positif untuk
meneruskan kehidupan jika penanggung telah tiada. Maka terjadilah
perubahan pada nisbah tanggungan yang semakin meningkat kerana
produktiviti telah tergolong dalam kalangan tanggunggan seperti
kanak-kanak, orang tua, orang sakit dan orang cacat kerana penyakit
Rajah 11 : Kes HIV yang dilaporkan mengikut umur, 2008
15
AIDS yang mereka hadapi. Menurut Jit Singh (1994) dengan
kemunculan AIDS, perkiraan nisbah tanggungan menjadi lebih rumit
kerana bukan hanya lebih ramai orang tua untuk dijaga tetapi juga
semakin kurang orang muda dan aktif yang boleh memberi
perlindungan.
Kadar kematian yang lebih tinggi dalam kalangan orang-orang
berkemahiran dan profesional akan mengakibatkan penurunan
kecekapan sektor awam dan swasta kerana terpaksa mengaji
kakitangan asing yang mahal. Oleh itu, kedudukan ekonomi akan
menurun disebabkan kos yang meningkat dan pengeluaran yang
berkurangan.
Dalam laporan penyelidikan yang ditulis oleh Fatan Hamamah
(2005), cabaran besar dengan implikasi sosial dan ekonomi yang tinggi
telah ditanggung penyakit AIDS, kerana ia telah membawa implikasi
ekonomi dari segi kos langsung dan kos tidak langsung (Fatan
Hamamah & Saadiah Mohamad 2000), kepada pesakit, keluarga
pesakit dan kerajaan.
16
6.0 CADANGAN MENGATASI ISU AIDS
Prinsip pencegahan itu adalah lebih penting daripada mengubati penyakit. Kita di
Malaysia tidak boleh mengikut cara Barat dalam menghadapi masalah ini kerana di
Barat, mereka menerima hubungan seks rambang sebagai cara hidup yang
merupakan antara faktor utama dalam menyebarkan isu AIDS ini. Justeru, cara
mereka mengatasi masalah ini adalah dengan menggalakkan penggunaan kondom
sebagai alat mengurangkan penyebaran AIDS.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi
orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang
yang zalim selain kerugian.”
(al-Isra : 82)
Sebagai orang Islam, al-Quran adalah penyembuh dari segala penyakit. Berpegang
teguh kepada “manual” yang diturunkan Allah ini, hidup akan ceria bahagia. Berikut
beberapa cadangan yang telah saya kemukakan bagi mengatasi isu AIDS ini di
Malaysia yang boleh digunapakai dalam mengurang dan mencegah ia daripada terus
merebak:
Rajah 12 : Elemen dalam mengatasi isu AIDS
Cara Atasi
Isu AIDS
individu
pendidikan
undang-undang
penyelidikan
sekatan
pengasingan
17
Elemen pertama dalam mengatasi isu AIDS adalah individu. Setiap individu perlulah
mempunyai kesedaran dalam mengamalkan cara hidup yang sihat. Jangkitan
penyakit ini tidak akan berlaku jika seseorang itu menjaga “kebersihan”. Skop
kebersihan yang saya ketengahkan bukanlah hanya tertumpu pada kebersihan diri,
pakaian mahupun makanan sahaja. Namun, skop ini meliputi kebersihan hati nurani
termasuk apa yang telah dilarang oleh agama serta mendatangkan kemudaratan
kepada penganutnya adalah dikira perbuatan yang haram dan tidak bermoral. Dalam
apa jua agama yang dianuti, seks rambang adalah salah dan dikira suatu tingkah
laku yang tidak baik. Menjauhi perbuatan yang kotor seperti seks rambang,
penyalahgunaan najis dadah dan homoseksual adalah cara terbaik untuk mengelak
penularan penyakit ini daripada melular.
Selain itu, elemen pendidikan juga perlu dititikberatkan secara serious oleh
pihak kerajaan. Hal ini kerana, subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
adalah saluran utama dalam memberi pendedahan kepada pelajar tentang wabak
AIDS. Melalui pengajaran subjek Pendidikan Islam contohnya, guru dapat menanam
nilai-nilai murni yang berkaitan dengan ketakwaan kepada Tuhan kepada murid-
murid. Jelaslah bahawa dalam Islam adalah haram untuk penganutnya melakukan
hal seperti seks bebas, penyalahgunaan dadah atau homoseksual dengan sesuka
hati.
Tambahan lagi, undang-undang merupaka elemen yang tidak kurang
pentingnya dalam membasmi penyakit AIDS. Polisi kerajaan perlu dilaksanakan
dengan segera bagi menangani masalah ini. Undang-undang sedia ada perlu
diperketatkan lagi sebagai contoh hukuman kepada pelaku kegiatan seks yang kini
hanya dikenakan hukuman penjara tidak lebih satu tahun dan denda sebanyak
RM1000 sahaja. Denda seperti ini sangat ringan bagi pesalah zina kerana oleh
sebab mereka ini, seluruh kehidupan masyarakat boleh berubah dengan serta merta.
Akibat sikap pentingkan diri sendiri dan pendek akal ini juga, maka lahirlah anak-anak
yang fitrah asalnya suci dan bersih, menjadi kotor dan haram.
Dalam pada itu, saya mencadangkan agar penyelidikan untuk mencari ubat
kepada penyakit AIDS ini diteruskan melalui kemajuan sains dan teknologi moden
masa kini yang berpontensi untuk mencipta sesuatu yang baru. Setiap penyakit, ada
penawarnya. Justeru, dengan menggunakan akal yang dikurnaikan oleh Allah,
semua orang wajib untuk terus meneroka dan mencari ubat bagi penyakit ini sebagai
18
tanda syukur dengan anugerah yang diberikan. Hakikiatnya, dari Allah penyakit itu
datang, maka dari Allah juga penawarnya.
Seterusnya, sekatan perjalanan boleh mengatasi penyebaran penyakit AIDS
kerana kebarangkalian untuk mengimport AIDS ke dalam negara mempunyai
peratusan yang tinggi yang dibawa oleh warganegara asing dari luar. Sektor
pelancongan merupakan antara faktor terbesar kemasukan virus ini di Malaysia. Oleh
hal yang demikian, sekatan atau saringan yang teliti perlu dibuat oleh pihak terbabit
dalam memastikan “produk” yang masuk ke dalam negara adalah produk yang
bersih.
Soal pengasingan penghidap AIDS nampak seperti suatu kekejaman kepada mereka
lebih-lebih lagi kepada insan yang menjadi mangsa penyakit ini. Namun, saya
tekankan disini bahawa ini adalah salah satu cadangan yang saya fikir agak bernas
dalam menyelesaikan isu moral ini. Pengasingan yang dimaksudkan adalah kawalan
terhadap pegerakan pesakit AIDS ini daripada melakukan sesuatu pekerjaan sesuka
hati atau bertentangan dengan agama Islam. Hadis Rasulullah yang diriwayatkan
oleh Imam Bukhari mengarahkan kita menjauhi orang-orang berpenyakit kusta.
Menjauhkan diri adalah satu cara menjaga diri dari penyakit itu, bukannya perbuatan
yang kejam.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah menurunkan (menjadikan) penyakit dan ubatnya dan Allah
menjadikan setiap penyakit dan ubatnya.”
(Hadis Abu al-Darda’ riwayat Abu Dawud)
19
7.0 KESIMPULAN
Penyakit AIDS ini bukan hanya melibatkan isu perubatan yang perlu diselesaikan
oleh para doktor sahaja, namun ia melibatkan satu penyakit yang memberi kesan
kepada seluruh sistem sosial individu tersebut seperti kalangan keluarga, pasangan,
rakan, jiran mahupun masyarakat sekeliling. Selain individu AIDS ini perlu
menanggung keadaan kesihatan yang tidak sihat, mereka perlu juga berhadapan
dengan keadaan sosial yang mencabar emosi dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh
masyarakat sekeliling.
Terdapat beberapa mitos yang dipercayai secara kuat oleh masyarakat di
Malaysia tentang penyebaran virus HIV antaranya ialah air liur, peluh dan air mata
pesakit boleh menyebabkan infeksi HIV. Namun, di sini saya ingin menekankan
bahawa kuantiti virus HIV yang terdapat dalam cecair tersebut tidak cukup kuat untuk
menyebabkan penyebaran virus kepada orang lain. Justeru itu, mangsa HIV yang
tidak berdosa seperti kakak-kanak, harus diberikan layanan yang baik seperti mana
pada poster dibawah yang direka untuk menjaga hak-hak pesakit yang tidak
bersalah.
Kesimpulannya, sebagai seorang individu dalm masyarakat, kita seharusnya
betanggungjawab ke atas diri sendiri bagi membendung penyakit ini dari dihinggapi.
Langkah yang pertama dan utama hendaklah kembali kepada al-Quran dan Sunnah.
Kedua adalah memupuk sikap anti-maksiat. Manakala yang ketiga adalah
menjalankan hukuman yang setempal kepada pencari penyakit HIV seperti penagih
dadah atau pelacur. Ini adalah kerana, penyakit AIDS tidak wujud dengan sendirinya,
tetapi dengan tangan-tangan manusia penyakit ini wujud.

More Related Content

What's hot

Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa Kaizen Kohana
 
Masalah Sosial
Masalah SosialMasalah Sosial
Masalah SosialThomas Mon
 
Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Penyakit Berjangkit & Tidak BerjangkitPenyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Penyakit Berjangkit & Tidak BerjangkitZahiruddin Othman
 
Bab 10 - perkara yang membatalkan iman
Bab 10 - perkara yang membatalkan imanBab 10 - perkara yang membatalkan iman
Bab 10 - perkara yang membatalkan imanNur Asilah Ahmad
 
Modul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan KesejahteraanModul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan KesejahteraanWan Suhaimi Wan Setapa
 
Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajaksaieyen
 
Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)aisya97
 
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2SITI NORMAIDAH
 
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spmarisha akram
 
Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)Qing Hao Chai
 

What's hot (20)

Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa
 
Makna sastera
Makna sasteraMakna sastera
Makna sastera
 
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayuPengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
 
Masalah Sosial
Masalah SosialMasalah Sosial
Masalah Sosial
 
Kata tunggal
Kata tunggalKata tunggal
Kata tunggal
 
5.1 Mitosis tingkatan 4
5.1 Mitosis tingkatan 45.1 Mitosis tingkatan 4
5.1 Mitosis tingkatan 4
 
Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Penyakit Berjangkit & Tidak BerjangkitPenyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
 
Kata terbitan
Kata terbitanKata terbitan
Kata terbitan
 
Bab 10 - perkara yang membatalkan iman
Bab 10 - perkara yang membatalkan imanBab 10 - perkara yang membatalkan iman
Bab 10 - perkara yang membatalkan iman
 
Kata majmuk
Kata majmukKata majmuk
Kata majmuk
 
Modul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan KesejahteraanModul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
 
Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajak
 
Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)
 
Kata Sendi Nama
Kata Sendi NamaKata Sendi Nama
Kata Sendi Nama
 
Kes buli
Kes buliKes buli
Kes buli
 
8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme
 
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2
 
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
 
Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
 

Similar to HIV dan AIDS (20)

Hiv aids
Hiv aidsHiv aids
Hiv aids
 
HIV/AIDS
HIV/AIDSHIV/AIDS
HIV/AIDS
 
Hiv
HivHiv
Hiv
 
Peran remaja
Peran remajaPeran remaja
Peran remaja
 
Makalah hiv
Makalah hivMakalah hiv
Makalah hiv
 
Makalah hiv aids
Makalah hiv aidsMakalah hiv aids
Makalah hiv aids
 
Makalah hiv
Makalah hivMakalah hiv
Makalah hiv
 
Makalah hiv
Makalah hivMakalah hiv
Makalah hiv
 
Masalah hiv dan aids
Masalah hiv dan aidsMasalah hiv dan aids
Masalah hiv dan aids
 
Makalah aids 2
Makalah aids 2Makalah aids 2
Makalah aids 2
 
Makalah ipa ( penyakit pada kelamin )
Makalah ipa ( penyakit pada kelamin )Makalah ipa ( penyakit pada kelamin )
Makalah ipa ( penyakit pada kelamin )
 
Makalah hiv STIP WUNA
Makalah hiv STIP WUNA Makalah hiv STIP WUNA
Makalah hiv STIP WUNA
 
Makalah hiv
Makalah hivMakalah hiv
Makalah hiv
 
Makalah hiv aids
Makalah hiv aidsMakalah hiv aids
Makalah hiv aids
 
jumlah Kasus HIV di Indonesia
jumlah Kasus HIV di Indonesiajumlah Kasus HIV di Indonesia
jumlah Kasus HIV di Indonesia
 
Makalah lengkap tentang hiv aids
Makalah lengkap tentang hiv aidsMakalah lengkap tentang hiv aids
Makalah lengkap tentang hiv aids
 
Makalah penjaskes
Makalah penjaskesMakalah penjaskes
Makalah penjaskes
 
Makalah asuhan hiv aids
Makalah asuhan hiv aidsMakalah asuhan hiv aids
Makalah asuhan hiv aids
 
Makalah asuhan hiv aids
Makalah asuhan hiv aidsMakalah asuhan hiv aids
Makalah asuhan hiv aids
 
Penyuluhan HIV/AIDS
Penyuluhan HIV/AIDSPenyuluhan HIV/AIDS
Penyuluhan HIV/AIDS
 

Recently uploaded

BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024editwebsitesubdit
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024RahmadLalu1
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANwawan479953
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptxSusanSanti20
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaharnosuharno5
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxMOHDAZLANBINALIMoe
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 

Recently uploaded (20)

BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 

HIV dan AIDS

  • 1. 1 1.0 PENDAHULUAN Bagi memenuhi kehendak tugasan kerja kursus projek iaitu bertajuk Isu-Isu Moral dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni (ELM 3043E) saya dikehendaki untuk menganalisis dan mengupas isu moral yang saya pilih iaitu berkaitan dengan AIDS serta melaporkan kajian tersebut secara terperinci di peringkat Malaysia. Selain daripada itu, saya perlu membina penulisan akademik tentang sejauhmana isu AIDS telah memberi kesan di negara dengan mengemukakan huraian dan penjelasan yang lengkap tentang kajian yang telah dilakukan. Tambahan lagi, saya perlu mengemukakan cadangan dan pendapat tentang cara mengatasi isu moral ini di dalam negara. Huraian yang bernas dan kemahiran berfikir yang tinggi harus dipamerkan dalam penulisan kali ini agar hujah yang diberi dapat disokong dengan bukti yang kukuh dan tepat. Selain itu, oleh sebab isu moral seperti AIDS ini sangat besar dalam mempengaruhi keamanan dan kestabilan negara, justeru perlunya penulisan ini bagi menyedarkan masyarakat di luar sana tentang bahaya penyebaran AIDS yang kini perbualannya semakin hilang dari mulut masyarakat. Kesimpulannya, semua penulisan ini adalah untuk pemberi pengetahuan asas kepada orang ramai bagaimana isu moral ini telah memberikan kesan kepada negara. Saya berharap agar buku ini mampu memberi pengetahuan baru kepada orang ramai, khususnya guru pelatih tentang masalah isu-isu moral yang berlaku di dalam negara.
  • 2. 2 2.0 APA ITU HIV Dan AIDS? Suatu ketika, kewujudan virus HIV telah mengemparkan dunia terutamanya di negara Barat dan Afrika yang mana virus ini pertama kali dijumpai. HIV bermaksud Human Immunodeficiency Virus yang berkebolehan untuk menghakis ketahanan semula jadi badan untuk menentang organisma asing. Hal ini menjadikan badan seseorang yang dijangkiti virus ini terdedah kepada banyak jenis jangkitan. AIDS pula bermaksud Acquired Immunodeficiency Syndrome. AIDS bukan sejenis penyakit yang wujud dengan sendirinya, namun AIDS merupakan satu peringkat dan juga merupakan peringkat terakhir bagi seseorang yang telah dijangkiti oleh virus HIV. Dalam peringkat ini, sistem pertahanan tubuh pesakit iaitu sel darah putih akan diserang dan dimusnahkan oleh virus HIV, yang mana sebenarnya fungsi sel darah putih adalah untuk memusnahkan organisma asing yang masuk ke dalam badan seseorang individu. Akibatnya segala virus, bakteria dan mikro organisme lain akan mudah menjangkiti pesakit tersebut. Akhirnya pesakit akan mati akibat tubuhnya tidak dapat mempertahankan diri sendiri daripada ancaman mikro organisme. Kadang-kadang, hanya disebabkan demam biasa, individu yang dijangkit AIDS boleh mati dengan cepat. Rajah 1 : Virus HIV (zarah bewarna hijau)
  • 3. 3 Sebagai info tambahan, boleh rujuk rajah di bawah tentang bagaimana AIDS boleh terjadi melalui beberapa peringkat seperti Asimtomatik, PGL, ARC dan seterusnya menjadi penyakit yang digelar AIDS. Pembawa HIV dikatakan berada pada tahap Asimtomatik yang mana ia tidak menunjukkan apa-apa gejala atau simptom kecuali dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan khas HIV. Pada tahap ini perkembangan virus HIV hanya bergantung kepada sistem keimunan individu itu sendiri. Kebanyakan pembawa virus HIV tidak mempunyai sebarang gejala, cuma mempunyai pembengkakkan limfadenopathi menyeluruh yang berterusan (PGL). Apabila pesakit mula memasuki fasa PGL iaitu “Limfadenopati menyeluruh yang berterusan”, akan berlaku kebengkakkan pada kelenjar. Seterusnya, kebanyakkan pesakit mula sedar akan masalah kesihatan mereka pada peringkat ARC iaitu “Kompleks berkaitan AIDS” yang mana gejala seperti demam yang teruk, kurang berat badan yang mendadak, cirit-birit, keletihan daya fizikal dan berpeluh pada waktu malam mula dirasai. Pada peringkat ini, sistem imunisasi badan merudum dengan sangat dasyat dan kelihatan sangat jelas. Pesakit yang mempunyai virus HIV yang berterusan menjadi AIDS berlaku mengikut kadar yang berlainan bagi setiap individu. Rajah 2 : Spektrum Jangkitan HIV / AIDS
  • 4. 4 3.0 SEJARAH AIDS Asal-usul virus HIV masih lagi kabur setakat ini, kerana terdapat banyak teori yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak tentang sejarah virus ini wujud. Namun, kes HIV ini mula ditemui pertama kali di Afrika dan kononnya berasal dari monyet hijau iaitu satu kumpulan monyet dan primate yang dipelihara di Afrika telah diketahui mudah diserang oleh epidemik penyakit kekurangan daya tahan tubuh. Pada tahun 1985 antibodi kepada virus HIV telah didapati pada pelacur- pelacur di Afrika Barat dan antibodi ini lebih menyerupai virus HIV yang didapati daripada monyet-monyet hijau Afrika ini. Namun, khabar itu hanya terhenti di situ. Apa yang menjadi tanda tanya ketika ini ialah bagaimana cara penularan virus ini. Mungkin melalui seks, gigitan atau darah monyet-monyet tersebut. Apa yang jelas, daripada kes-kes AIDS yang berlaku di semua negara di dunia ini ialah melibatkan golongan masyarakat yang melakukan hubungan homoseks, amalan seks rambang dan penagihan dadah. Kesemua perbuatan ini adalah bertentangan dengan suruhan pada mana-mana kepercayaan dan agama di dunia. Sejak itu lah, penyebaran virus ini merebak dengan begitu cepat ke seluruh negara di dunia ini. Rajah 3 : Monyet hijau Afrika
  • 5. 5 4.0 ISU AIDS DI MALAYSIA Mengikut analisis yang dibuat daripada dapatan kajian yang telah dilakukan, terdapat beberapa pencanggahan maklumat tentang bagaimana AIDS boleh tersebar ke Malaysia, namun kes AIDS pertama di negara ini dikesan pada bulan Disember 1986 yang mana seorang rakyat Amerika yang berasal dari Malaysia telah jatuh sakit apabila melawat Malaysia. Beliau mengalami demam paru-paru dan berada pada peringkat akhir AIDS. Sejak virus ini dikesan di Malaysia, telah dikenalpasti yang penghidap-penghidap AIDS adalah terdiri daripada golongan yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti penagihan dadah, tabiat seks rambang dan homoseksual. Namun, walaupun kita tidak berada dalam golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti virus ini, kita perlu sedar bahawa ramai penghidap AIDS bukan terdiri daripada golongan tersebut. Kita telah menjadi mangsa akibat kelewaan dan sikap tidak mahu mengambil tahu tentang keadaan dan suasana yang berlaku di sekeliling kita. Anggapan bahawa kita sukar untuk mendapat jangkitan AIDS itu adalah salah, kerana sesiapa sahaja boleh dijangkiti AIDS. Contohnya apabila kita mendirikan rumahtangga, jika kita tidak ambil tahu status kesihatan pasangan kita, boleh jadi dia antara antara pembawa HIV positif. Sehingga ke hari ini, dunia mahupun Malaysia masih belum menemui vaksin yang boleh mencegah jangkitan HIV dan ubat yang boleh menyembuhkan pesakit AIDS. Oleh yang demikian, langkah-langkah pencegahan dan kawalan kepada jangkitan HIV adalah amat penting untuk membendung wabak ini dari terus menular.
  • 6. 6 4.1 Punca Utama Penularan Wabak Aids di Malaysia Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia , punca utama berlakunya kes AIDS di negara ini adalah kerana penyalahgunaan dadah. Punca utama adalah perkongsian jarum semasa menyuntik dadah yang merupakan 75% dari keseluruhan jangkitan HIV yang dilaporkan, sementara 15% dilaporkan menerusi perhubungan seks dengan pasangan yang dijangkiti HIV. Berikut merupakan punca penularan wabak ini: 4.1.1 Penyalahgunaan Dadah Agen utama yang berlakunya kes ini adalah berdasarkan kepada sikap penagih dadah yang gemar berkongsi jarum suntikan antara satu sama lain. Selain daipada itu, ramai di antara mereka kerap berkunjung ke rumah-rumah pelacuran bagi melepaskan gian di jiwa akibat kesan ubat dadah dengan melakukan aktiviti berkaitan dengan seks. Penagihan dadah menerusi suntikan mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti virus HIV kerana setiap kali penagih membuat suntikan pada badan, memungkinkan sedikit darah akan tertinggal pada jarum suntikan akan dipindahkan ke badan penagih yang lain melalui perkongsian jarum. Oleh itu, apabila seorang penagih telah dijangkiti HIV, kebarangkalian kelompok mereka untuk mendapat jangkitan virus tersebut adalah amat tinggi.
  • 7. 7 4.1.2 Seks Bebas Industri pelacuran juga merupakan salah satu agen utama penyebaran virus HIV dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Kegiatan pelacuran di negara ini bagai tidak dapat dikawal lagi oleh pihak yang berkuasa kerana kegiatan mereka sering didalangi oleh golongan berpengaruh dan sindiket yang mahir dalam ‘penjajaan’ manusia tersebut. Terdapat kaitan yang kuat antara seks bebas dengan penagihan najis dadah. Kebiasaannya penagih akan melakukan hubungan seks setelah mengambil suntikan dadah kerana kesan dari najis tadi menyebabkan mereka akan berasa khayal atau mabuk. Melakukan hubungan seks secara sedar atau tidak sedar merupakan suatu tindakan yang akan dilakukan apabila pengambilan dadah adalah dalam kuantiti yang lebih. Rajah 4 : Jarum suntikan yang berkongsi
  • 8. 8 4.1.3 Pelancongan Sektor pelancongan merupakan antara faktor terbesar dalam kes wabak AIDS di Malaysia. Virus HIV telah dibawa masuk ke Malaysia boleh pelancong asing dan kemudiannya melakukan hubungan seks dengan orang tempatan atau pelancong tempatan tanpa menggunakan kondom. Akibatnya, tanpa disedari, virus ini telah disebarkan secara senyap ke dalam tubuh-tubuh mangsa. Negeri Kelantan pernah menjadi negeri yang mencatat penyebaran HIV yang tertinggi pada tahun 2006. Namun, Jabatan Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Kelantan mengesahkan kebanyakan pembawa virus HIV di negeri Kelantan, menjangkitinya di Thailand. Terdapat juga para pelancong yang datang ke Malaysia semata-mata untuk merasai seks dengan orang tempatan dan orang bukan tempatan yang disediakan di rumah-rumah pelacuran merata di Malaysia. Rajah 5 : Statistik kes jangkitan HIV di Kelantan tertinggi pada tahun 2006
  • 9. 9 4.2 Ciri-ciri Penyakit Aids Seseorang yang dikatakan mempunyai penyakit AIDS yang positif apabila mempunyai beberapa ciri yang dapat dilihat secara jelas oleh individu tersebut dan orang lain. Antara ciri-ciri yang dapat dilihat dalah seperti berikut: a) Susut berat badan melebihi 10% tanpa apa-apa sebab muhasabah. b) Cirit birit yang berlarutan. c) Bengkak pada kelenjar di leher, ketiak atau pangkal peha. Rajah 6 : Berat badan menurun mendadak Rajah 7: Kelenjar membengkak
  • 10. 10 d) Penyakit herpes zoster iaitu sejenis jangkitan urat saraf. e) Penyakit kandidiasis iaitu penyakit kulit yang disebabkan sejenis kulat di bahagian mulut dan tekak. Rajah 8 : Kulit yang sensitif Rajah 9 : Kullat dalam mulut.
  • 11. 11 5.0 KESAN DI NEGARA Menurut Profesor Madya Ustaz Hashim Yahya (1991), turunnya wabak AIDS adalah merupakan bala daripada Allah S.W.T. akibat daripada perbuatan manusia yang jauh terpesong daripada landasan kehidupan manusia yang normal. Wabak AIDS tidak patut dipersalahkan tetapi sebaliknya kesalahan itu terletak pada perbuatan- perbuatan manusia yang menyebabkan tertimbul dan tersebarnya AIDS. Saya juga sedari bahawa penularan wabak ini adalah disebabkan “ketidakmoralan” manusia itu sendiri yang berani melakukan perkara yang dilarang dalam memuaskan nafsu dan kehendak jahat diri sendiri. Justeru, semua pihak akan merasai tempias dari perbuatan tersebut dan manusia yang tidak berdosa yang juga turut menjadi mangsa. Antara kesan daripada penyakit AIDS di Malaysia adalah kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. 5.1 Kesan kepada individu Pertamanya, kesan yang berlaku adalah terhadap individu yang dijangkit penyakit AIDS. Apabila seseorang itu telah dilabelkan sebagai penghidap penyakit AIDS, majoriti masyarakat akan berfikir bahawa individu tersebut berbahaya dan tidak boleh bergaul dengan orang ramai. Mentaliti masyarakat menyatakan bahawa golongan inilah merupakan golongan yang mengamalkan kehidupan yang bermasalah seperti penagih dadah dan pelacur tanpa menyiasat atau ambil tahu bagaimana mereka telah dijangkiti penyakit itu. Oleh hal yang demikian, emosi golongan ini akan terganggu dan boleh menyebabkan mereka berasa tidak berguna dan mahu bunuh diri. Selain itu, kesan juga terjadi kepada mangsa yang tidak bersalah contohnya kanak-kanak yang mendapat jangkitan HIV daripada ibu atau bapa mereka. Kesan yang paling ketara yang mungkin akan berlaku kepada kanak-kanak ini ialah tekanan psikologi dan psikososial yang kuat dalam diri. Mereka akan berasa sangat sedih, malu dan tertekan apabila menyedari bahawa diri mereka telah dijangkiti penyakit yang berbahaya dan jangka hidup mereka adalah singkat. Disamping itu, mereka akan gemar menyendiri dan tiada kawan kerana kawalan ketat oleh ibu bapa jiran untuk membenarkan
  • 12. 12 anak mereka berkawan malahan berbual dengan kanak-kanak yang berpenyakit ini. Disebabkan keadaan emosi dan ekonomi yang tertekan jugalah, kanak-kanak ini mudah diheret untuk menjual perkhidmatan seks. Hal ini menyebabkan masalah menjadi semakin berlarutan dan seperti tiada jalan penyelesaian. 5.2 Kesan kepada keluarga Penyakit AIDS memberi kesan yang sangat besar terhadap institusi keluarga. Hakikatnya, mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, pecahan kes HIV bagi kaum lelaki adalah 3 kali ganda lebih besar berbanding kaum perempuan pada tahun 2008. Kesannya, kaum lelaki yang merupakan ketua keluarga sendiri tidak dapat membantu dalam menyediakan nafkah dan keperluan keluarga mereka. Sebaliknya, anak-anak telah menjadi yatim piatu, balu-balu terpaksa membesarkan anak-anak sendirian, ibu bapa perlu menyara dan menampung hidup mereka sendiri tanpa kiriman wang oleh anak lelaki mereka. Akibatnya, keluarga terabai dan kehidupan menjadi tidak bahagia dan terpaksa berhadapan dengan bebanan dan rasa malu yang tebal di dalam diri. Akhirnya, ada keluarga yang sanggup bunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan hidup. Rajah 10 : Pecahan kes HIV mengikut jantina, 2008 di WPKL
  • 13. 13 5.3 Kesan kepada masyarakat Masyarakat yang berasa takut dan jahil tentang penyakit AIDS akan mengalami kerisauan yang dasyat terhadap penghidap atau pesakit AIDS atau HIV atau terhadap orang-orang yang “berisiko tinggi” mempunyai penyakit ini. Disebabkan kejahilan, golongan yang tidak bersalah menjadi mangsa disebabkan oleh diskriminasi serta sekatan yang tidak muhasabah. Isu sosial yang ketara berpunca daripada sikap diskriminasi yang boleh diertikan sebagai tidak memberi layanan yang sepatutnya kepada seseorang yang dianggap mempunyai AIDS atau berkemungkinan menghidap AIDS. Dilihat bahawa diskriminasi ini sering berlaku dalam sektor pekerjaan, kemudahan tempat tinggal atau pendidikan yang mana golongan yang hanya disyaki ada AIDS akan mengalami kesukaran untuk mendapat pekerjaan, dihalau dari rumah dan tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kritikalnya, ada juga doktor tidak mahu menerima pesakit yang disyaki menghidap AIDS atas alasan mereka juga akan berisiko dijangkiti virus ini semasa bertugas. Bagaimanapun, mengikut pengetahuan saya, pengamal perubatan bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada sesiapa sahaja tanpa berlaku diskriminasi dan menggunakan emosi. Justeru, pasti ada tindakan yang sewajarnya bagi membanteras masalah pilih pesakit ini. Ketakutan yang tidak bertempat ini telah membuatkan ramai orang berasa kecewa dan disisihkan akibat kejahilan tentang pengetahuan AIDS oleh masyarakat sekeliling. Masyarakat perlu membentuk sikap kasih sayang dan elak diskriminasi terhadap golongan yang mungkin ada AIDS dan juga mereka yang telah didapati HIV positif kerana mereka memerlukan sokongan dan semangat daripada masyarakat untuk terus berjuang untuk hidup, lebih-lebih lagi kepada insan yang tidak berdosa khususnya kanak-kanak.
  • 14. 14 5.4 Kesan kepada negara Mengikut kajian yang dilakukan, kos untuk membiayai seorang pesakit AIDS di Malaysia, memerlukan perbelanjaan ubat sebanyak $30,000.00 setahun. Ini tidak termasuk kos perbelanjaan doktor dan jururawat serta perbelanjaan tinggal di hospital bagi seorang pesakit. Cuba kita bayangkan, negara akan menanggung RM 1 juta bagi seorang pesakit AIDS setahun. Sedangkan wang sebanyak itu boleh menyelamatkan ribukan pesakit yang lain yang lebih dijamin jangka hayat mereka berbanding pesakit AIDS yang hanya dapat bertahan purata 5 hingga 10 tahun setelah disyaki menjadi pembawa virus HIV. Tambahan lagi, negara akan kehilangan produktiviti. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bilangan orang yang positif HIV tanpa gejala Asimtomatik, mengikut umur pada tahun 1985-1992 adalah tertinggi pada umur antara 20 hingga 39 tahun. Kesannya, penyumbang produktiviti dari segi ekonomi, keluarga, masyarakat dan negara menjadi berkurangan secara mendadak. Bayangkan bagaimana kehidupan isteri dan anak- anak kepada seorang suami yang disyaki pembawa HIV positif untuk meneruskan kehidupan jika penanggung telah tiada. Maka terjadilah perubahan pada nisbah tanggungan yang semakin meningkat kerana produktiviti telah tergolong dalam kalangan tanggunggan seperti kanak-kanak, orang tua, orang sakit dan orang cacat kerana penyakit Rajah 11 : Kes HIV yang dilaporkan mengikut umur, 2008
  • 15. 15 AIDS yang mereka hadapi. Menurut Jit Singh (1994) dengan kemunculan AIDS, perkiraan nisbah tanggungan menjadi lebih rumit kerana bukan hanya lebih ramai orang tua untuk dijaga tetapi juga semakin kurang orang muda dan aktif yang boleh memberi perlindungan. Kadar kematian yang lebih tinggi dalam kalangan orang-orang berkemahiran dan profesional akan mengakibatkan penurunan kecekapan sektor awam dan swasta kerana terpaksa mengaji kakitangan asing yang mahal. Oleh itu, kedudukan ekonomi akan menurun disebabkan kos yang meningkat dan pengeluaran yang berkurangan. Dalam laporan penyelidikan yang ditulis oleh Fatan Hamamah (2005), cabaran besar dengan implikasi sosial dan ekonomi yang tinggi telah ditanggung penyakit AIDS, kerana ia telah membawa implikasi ekonomi dari segi kos langsung dan kos tidak langsung (Fatan Hamamah & Saadiah Mohamad 2000), kepada pesakit, keluarga pesakit dan kerajaan.
  • 16. 16 6.0 CADANGAN MENGATASI ISU AIDS Prinsip pencegahan itu adalah lebih penting daripada mengubati penyakit. Kita di Malaysia tidak boleh mengikut cara Barat dalam menghadapi masalah ini kerana di Barat, mereka menerima hubungan seks rambang sebagai cara hidup yang merupakan antara faktor utama dalam menyebarkan isu AIDS ini. Justeru, cara mereka mengatasi masalah ini adalah dengan menggalakkan penggunaan kondom sebagai alat mengurangkan penyebaran AIDS. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (al-Isra : 82) Sebagai orang Islam, al-Quran adalah penyembuh dari segala penyakit. Berpegang teguh kepada “manual” yang diturunkan Allah ini, hidup akan ceria bahagia. Berikut beberapa cadangan yang telah saya kemukakan bagi mengatasi isu AIDS ini di Malaysia yang boleh digunapakai dalam mengurang dan mencegah ia daripada terus merebak: Rajah 12 : Elemen dalam mengatasi isu AIDS Cara Atasi Isu AIDS individu pendidikan undang-undang penyelidikan sekatan pengasingan
  • 17. 17 Elemen pertama dalam mengatasi isu AIDS adalah individu. Setiap individu perlulah mempunyai kesedaran dalam mengamalkan cara hidup yang sihat. Jangkitan penyakit ini tidak akan berlaku jika seseorang itu menjaga “kebersihan”. Skop kebersihan yang saya ketengahkan bukanlah hanya tertumpu pada kebersihan diri, pakaian mahupun makanan sahaja. Namun, skop ini meliputi kebersihan hati nurani termasuk apa yang telah dilarang oleh agama serta mendatangkan kemudaratan kepada penganutnya adalah dikira perbuatan yang haram dan tidak bermoral. Dalam apa jua agama yang dianuti, seks rambang adalah salah dan dikira suatu tingkah laku yang tidak baik. Menjauhi perbuatan yang kotor seperti seks rambang, penyalahgunaan najis dadah dan homoseksual adalah cara terbaik untuk mengelak penularan penyakit ini daripada melular. Selain itu, elemen pendidikan juga perlu dititikberatkan secara serious oleh pihak kerajaan. Hal ini kerana, subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral adalah saluran utama dalam memberi pendedahan kepada pelajar tentang wabak AIDS. Melalui pengajaran subjek Pendidikan Islam contohnya, guru dapat menanam nilai-nilai murni yang berkaitan dengan ketakwaan kepada Tuhan kepada murid- murid. Jelaslah bahawa dalam Islam adalah haram untuk penganutnya melakukan hal seperti seks bebas, penyalahgunaan dadah atau homoseksual dengan sesuka hati. Tambahan lagi, undang-undang merupaka elemen yang tidak kurang pentingnya dalam membasmi penyakit AIDS. Polisi kerajaan perlu dilaksanakan dengan segera bagi menangani masalah ini. Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi sebagai contoh hukuman kepada pelaku kegiatan seks yang kini hanya dikenakan hukuman penjara tidak lebih satu tahun dan denda sebanyak RM1000 sahaja. Denda seperti ini sangat ringan bagi pesalah zina kerana oleh sebab mereka ini, seluruh kehidupan masyarakat boleh berubah dengan serta merta. Akibat sikap pentingkan diri sendiri dan pendek akal ini juga, maka lahirlah anak-anak yang fitrah asalnya suci dan bersih, menjadi kotor dan haram. Dalam pada itu, saya mencadangkan agar penyelidikan untuk mencari ubat kepada penyakit AIDS ini diteruskan melalui kemajuan sains dan teknologi moden masa kini yang berpontensi untuk mencipta sesuatu yang baru. Setiap penyakit, ada penawarnya. Justeru, dengan menggunakan akal yang dikurnaikan oleh Allah, semua orang wajib untuk terus meneroka dan mencari ubat bagi penyakit ini sebagai
  • 18. 18 tanda syukur dengan anugerah yang diberikan. Hakikiatnya, dari Allah penyakit itu datang, maka dari Allah juga penawarnya. Seterusnya, sekatan perjalanan boleh mengatasi penyebaran penyakit AIDS kerana kebarangkalian untuk mengimport AIDS ke dalam negara mempunyai peratusan yang tinggi yang dibawa oleh warganegara asing dari luar. Sektor pelancongan merupakan antara faktor terbesar kemasukan virus ini di Malaysia. Oleh hal yang demikian, sekatan atau saringan yang teliti perlu dibuat oleh pihak terbabit dalam memastikan “produk” yang masuk ke dalam negara adalah produk yang bersih. Soal pengasingan penghidap AIDS nampak seperti suatu kekejaman kepada mereka lebih-lebih lagi kepada insan yang menjadi mangsa penyakit ini. Namun, saya tekankan disini bahawa ini adalah salah satu cadangan yang saya fikir agak bernas dalam menyelesaikan isu moral ini. Pengasingan yang dimaksudkan adalah kawalan terhadap pegerakan pesakit AIDS ini daripada melakukan sesuatu pekerjaan sesuka hati atau bertentangan dengan agama Islam. Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengarahkan kita menjauhi orang-orang berpenyakit kusta. Menjauhkan diri adalah satu cara menjaga diri dari penyakit itu, bukannya perbuatan yang kejam. Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah menurunkan (menjadikan) penyakit dan ubatnya dan Allah menjadikan setiap penyakit dan ubatnya.” (Hadis Abu al-Darda’ riwayat Abu Dawud)
  • 19. 19 7.0 KESIMPULAN Penyakit AIDS ini bukan hanya melibatkan isu perubatan yang perlu diselesaikan oleh para doktor sahaja, namun ia melibatkan satu penyakit yang memberi kesan kepada seluruh sistem sosial individu tersebut seperti kalangan keluarga, pasangan, rakan, jiran mahupun masyarakat sekeliling. Selain individu AIDS ini perlu menanggung keadaan kesihatan yang tidak sihat, mereka perlu juga berhadapan dengan keadaan sosial yang mencabar emosi dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh masyarakat sekeliling. Terdapat beberapa mitos yang dipercayai secara kuat oleh masyarakat di Malaysia tentang penyebaran virus HIV antaranya ialah air liur, peluh dan air mata pesakit boleh menyebabkan infeksi HIV. Namun, di sini saya ingin menekankan bahawa kuantiti virus HIV yang terdapat dalam cecair tersebut tidak cukup kuat untuk menyebabkan penyebaran virus kepada orang lain. Justeru itu, mangsa HIV yang tidak berdosa seperti kakak-kanak, harus diberikan layanan yang baik seperti mana pada poster dibawah yang direka untuk menjaga hak-hak pesakit yang tidak bersalah. Kesimpulannya, sebagai seorang individu dalm masyarakat, kita seharusnya betanggungjawab ke atas diri sendiri bagi membendung penyakit ini dari dihinggapi. Langkah yang pertama dan utama hendaklah kembali kepada al-Quran dan Sunnah. Kedua adalah memupuk sikap anti-maksiat. Manakala yang ketiga adalah menjalankan hukuman yang setempal kepada pencari penyakit HIV seperti penagih dadah atau pelacur. Ini adalah kerana, penyakit AIDS tidak wujud dengan sendirinya, tetapi dengan tangan-tangan manusia penyakit ini wujud.