ALTERNATIF PENGUASAAN FAKTA ASAS DARAB MATEMATIK TAHUN 3 ARIF
DENGAN MENGGUNAKAN KOTAK SIFIR
Oleh:
Ainun Bariah binti Jaafar
PISMP Matematik Januari 2012
Penyataan Masalah
Saya telah diberi kepercayaan untuk mengambil alih kelas Tahun 3 Arif sepanjang
tempoh praktikum selama 4 minggu dengan bimbingan guru pembimbing. Setiap kali
waktu Matematik, murid dikehendaki melengkapkan buku Fakta Asas Matematik
selama 5 minit sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 32
daripada 35 orang murid Tahun 3 Arif tidak menghafal kesemua sifir daripada sifir 1
hingga sifir 9. Kebanyakan mereka menggunakan pelbagai alternatif dalam
menghafal sifir dan kebanyakan alternatif yang digunakan menyebabkan jawapan
mereka tidak betul.
Kajian yang dibuat oleh Mohd Zain Mukmin (1984), mendapati bahawa
kelemahan pelajar di dalam matematik adalah kerana pelajar tidak dapat menguasai
fakta asas darab. Apabila fakta asas darab dikuasai, matematik akan menjadi satu
matapelajaran yang mudah.
Sekolah Kebangsaan Kelebang Besar mengalami penurunan dalam
pencapaian mata pelajaran Matematik sekolah tersebut sebanyak 7% dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2013. Kelemahan dan pencapaian
prestasi rendah subjek matematik di kalangan pelajar sekolah rendah bermula dalam
kelemahan di dalam penguasaan fakta asas matematik seperti fakta asas kira
tambah, kira tolak dan kira darab. Ini akan menimbulkan perasaan tidak berminat
mereka terhadap subjek tersebut. Persoalan timbul apabila hal ini berlaku dan
banyak faktor penyebab yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh para pendidik
di Malaysia.
Mook Soon Sang (1990), juga mendapati masalah yang dihadapi pelajar-
pelajar dalam penguasaan operasi darab iaitu tidak dapat menghafal sifir dengan
tepat. Menurut Zutaut, A.K. (2002), keupayaan menghafal sifir fakta asas darab
dapat meningkatkan keupayaan kanak-kanak menyelesaikan lebih banyak masalah
yang terlibat. Oleh itu, murid perlu berusaha lebih gigih untuk mengafal sifir. Menurut
D’Ettore, J. (2009) pula kebanyakan guru menghadapi masalah yang serius apabila
murid-murid kurang pengetahuan asas matematik. Kemahiran asas yang kukuh
merupakan langkah pertama untuk berjaya dalam matematik. D’Ettore, J. Turut
menyatakan dalam kajiannya, kekurangan pengetahuan asas menyebabkan
kesukaran yang tidak sepatutnya berlaku terhadap murid-muridnya. Masa mereka
banyak dihabiskan untuk mengira perkara kecil seperti fakta asas darab.
ANALISIS MASALAH
Berdasarkan kenyataan yang ditulis oleh Furner & Duffy (2002), sistem sekolah,
jantina, status sosio ekonomi dan latar belakang ibubapa boleh memberi kesan
terhadap kebimbangan terhadap matematik (Kesici, S. & Erdo Gan, A., 2010).
Pernyataan yang diutarakan oleh pengkaji di atas memberikan saya beberapa
persoalan yang timbul dalam pemikiran saya. Antara soalan-soalannya ialah:
 Apakah punca utama murid tidak memahami konsep pendaraban?
 Mengapa murid sukar menghafal sifir sedangkan mereka mampu untuk
mengingat nombor-nombor yang lebih panjang seperti nombor telefon rakan-
rakan, tarikh hari lahir dan nombor alamat rumah?
 Bagaimana guru ingin melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
lancar sekiranya fakta asas masih belum dikuasai oleh murid.
 Adakah persekitaran sekolah tidak membantu murid menguasai sifir dan
menarik minat murid terhadap subjek matematik?
 Bagaimanakah caranya saya dapat membantu mereka menghadapi masalah
ini supaya mereka boleh menguasai subjek matematik dengan baik?
Melalui pertemuan dengan Puan Sharlizah binti Mohd Zain yang juga merupakan
guru matematik, terdapat beberapa faktor yang menjadikan murid sukar menghafal
sifir. Antaranya ialah:
 Kekurangan guru opsyen Matematik yang mana guru yang mempunyai
opsyen major dalam Matematik hanya seorang sahaja iaitu Puan Sharlizah
binti Mohd Zain.
 Di sekitar kawasan sekolah terdapat sifir-sifir yang ditampal tetapi telah pudar
dan tidak menarik minat murid.
 Kurangnya sudut matematik yang dapat menggalakkan murid menguasai sifir
dan mempelajari matematik.
 Murid tidak menyedari kepentingan sifir dalam membantu mereka menguasai
mata pelajaran matematik.
CADANGAN
Bagi meningkatkan keupayaan murid menguasai fakta asas darab, saya
mencadangkan untuk menggantikan kaedah pengajaran fakta asas darab secara
tradisional kepada penggunaan kotak sifir dengan beberapa langkah atau intervensi
yang boleh digunakan untuk membantu murid tersebut.
Berikut ialah kaedah-kaedah tradisional yang digunakan oleh murid Tahun 3 Arif:
i. Kaedah hafalan
Pelajar diminta menghafal sifir satu hingga sembilan lima minit sebelum
pengajaran dan pembelajaran matematik bermula.
ii. Kaedah penyoalan
Guru membuat penyoalan secara rawak kepada murid untuk membaca sifir-
sifir tertentu. Murid yang tidak dapat menghafal akan didenda dan sebagainya.
iii. Kaedah menggunakan jari.
Guru menunjukkan kaedah menggunakan jari untuk sifir enam hingga
sembilan. Tetapi pelajar perlulah menguasai dahulu sifir satu hingga lima.
Kaedah ini agak berkesan untuk murid yang pintar dalam sifir satu hingga
lima.
Cadangan kotak sifir
 Guru memanfaatkan kotak sifir ketika menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran.
 Menempah banting dan menampal banting kotak sifirku sayang di sudut
Matematik sekolah.
 Menyediakan banting kotak sifir untuk di gantungkan di dalam setiap kelas.
- Sudut ini mestilah diletakkan di kawasan yang dilalui oleh hampir kesemua
murid pada setiap hari.
TEMPOH PENYELESAIAN
7 April 2014 – 11 April 2014
TINDAKAN SUSULAN
Sebagai seorang guru yang ingin melihat kejayaan anak-anak muridnya terutama
dalam mata pelajaran matematik, saya berusaha sedaya upaya untuk memupuk
minat mereka terhadap bidang ini. Menurut Ortiz (2003) fakta asas matematik
merupakan asas kepada konsep matematik yang lebih tinggi (D’Ettore, J., 2009).
Saya akan bekerjasama dengan guru pembimbing menghias sudut Matematik
di sekolah dan di tampalkan banting kotak sifirku sayang yang mempunyai pelbagai
warna yang menarik minat murid untuk sentiasa melihat menggunakan kotak sifir
tersebut. Saya juga akan mengaplikasikan sebaik mungkin penggunaan kotak sifir
berkenaan di dalam pengajaran saya dalam tajuk bahagi.
KESIMPULAN
Pendidikan di Malaysia merupakan satu pelaburan jangka panjang untuk
menyediakan tenaga mahir generasi yang akan menjawab cabaran masa akan
datang. Sebenarnya pendidikan dihubungkan dengan usaha berterusan dan melihat
kedudukan pada hari muka. Jika kita tidak bersedia untuk melengkapkan diri anak-
anak kita menghadapi masa depan mereka, maka sistem pendidikan kita akan
menemui kegagalan. Justeru itu pelbagai persediaan yang harus dibuat bagi
menyediakan mereka menghadapi masa depan untuk menyesuaikan diri dengan
keadaan yang berubah-ubah dalam sistem ekonomi baru dan dalam lapangan
industri. Ini bermakna kita perlu memberi pengajaran berkesan dalam bidang-bidang
sains, teknologi, informatik yang antara lain meliputi matematik dan komputer
(Zaibedah, 2000).
Menurut Hamdan (2000), semestinya kita semua perlu akur bahawa
penguasaan dan kecemerlangan dalam matematik adalah prasyarat bagi negara kita
mencapai kemajuan khususnya dalam dunia yang mengarah kepada orientasi
teknologi maklumat. Generasi bijak matematik akan menjadi generasi penentu dalam
arus pembangunan negara. Melalui ilmu matematik pelbagai bidang ilmu lain dapat
digarap dan diterjemahkan untuk faedah semua. Aplikasi fakta asas kira darab juga
amat penting dalam menyelesaikan masalah lain di dalam matematik seperti tajuk
pecahan, perpuluhan, ukuran jarak, matematik harian, wang, timbangan, masa dan
waktu. Lantaran itu, seharusnya semua murid di sekolah rendah perlu menguasai
matematik terutamanya fakta asas kira darab untuk mereka mengaplikasikan
kemahiran matematik dalam bidang ilmu yang lain.
RUJUKAN
D’Ettore, J. (2009). Mastering the Multiplication Facts. (Laporan). Diakses daripada
http://ehis.ebscohost.com.newdc.oum.edu.my.
Hamdan Said, et.al. (2000). Peranan Ketua Panitia Matematik Di Sekolah Menengah.
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Kesici, S. & Erdogan, A. (2010). Mathematics Anxiety According To Middle School
Students' Achievement Motivation and Social Comparison. Education -
Indianapolis Then Chula Vista 2010, 131(1), 54-63.
Mohd Zain Mokmin. (1984). Strategi Pengajaran dan Aktiviti Matematik Untuk Kanak-
Kanak Pemulihan. Jurnal Iktisas. 4. 12-14.
Zaibedah Abu Bakar (2000). Estitika Matematik Dan Persekitaran. Tesis Sarjana
Muda Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Zutaut, A.K. (2002). Using Mnemonic Strategies in Fourth Grade Multiplication.
Master of Arts Action Research Project, Johnson Bible College, 58.

JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir

  • 1.
    ALTERNATIF PENGUASAAN FAKTAASAS DARAB MATEMATIK TAHUN 3 ARIF DENGAN MENGGUNAKAN KOTAK SIFIR Oleh: Ainun Bariah binti Jaafar PISMP Matematik Januari 2012 Penyataan Masalah Saya telah diberi kepercayaan untuk mengambil alih kelas Tahun 3 Arif sepanjang tempoh praktikum selama 4 minggu dengan bimbingan guru pembimbing. Setiap kali waktu Matematik, murid dikehendaki melengkapkan buku Fakta Asas Matematik selama 5 minit sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 32 daripada 35 orang murid Tahun 3 Arif tidak menghafal kesemua sifir daripada sifir 1 hingga sifir 9. Kebanyakan mereka menggunakan pelbagai alternatif dalam menghafal sifir dan kebanyakan alternatif yang digunakan menyebabkan jawapan mereka tidak betul. Kajian yang dibuat oleh Mohd Zain Mukmin (1984), mendapati bahawa kelemahan pelajar di dalam matematik adalah kerana pelajar tidak dapat menguasai fakta asas darab. Apabila fakta asas darab dikuasai, matematik akan menjadi satu matapelajaran yang mudah. Sekolah Kebangsaan Kelebang Besar mengalami penurunan dalam pencapaian mata pelajaran Matematik sekolah tersebut sebanyak 7% dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2013. Kelemahan dan pencapaian prestasi rendah subjek matematik di kalangan pelajar sekolah rendah bermula dalam kelemahan di dalam penguasaan fakta asas matematik seperti fakta asas kira tambah, kira tolak dan kira darab. Ini akan menimbulkan perasaan tidak berminat mereka terhadap subjek tersebut. Persoalan timbul apabila hal ini berlaku dan banyak faktor penyebab yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh para pendidik di Malaysia. Mook Soon Sang (1990), juga mendapati masalah yang dihadapi pelajar- pelajar dalam penguasaan operasi darab iaitu tidak dapat menghafal sifir dengan tepat. Menurut Zutaut, A.K. (2002), keupayaan menghafal sifir fakta asas darab
  • 2.
    dapat meningkatkan keupayaankanak-kanak menyelesaikan lebih banyak masalah yang terlibat. Oleh itu, murid perlu berusaha lebih gigih untuk mengafal sifir. Menurut D’Ettore, J. (2009) pula kebanyakan guru menghadapi masalah yang serius apabila murid-murid kurang pengetahuan asas matematik. Kemahiran asas yang kukuh merupakan langkah pertama untuk berjaya dalam matematik. D’Ettore, J. Turut menyatakan dalam kajiannya, kekurangan pengetahuan asas menyebabkan kesukaran yang tidak sepatutnya berlaku terhadap murid-muridnya. Masa mereka banyak dihabiskan untuk mengira perkara kecil seperti fakta asas darab. ANALISIS MASALAH Berdasarkan kenyataan yang ditulis oleh Furner & Duffy (2002), sistem sekolah, jantina, status sosio ekonomi dan latar belakang ibubapa boleh memberi kesan terhadap kebimbangan terhadap matematik (Kesici, S. & Erdo Gan, A., 2010). Pernyataan yang diutarakan oleh pengkaji di atas memberikan saya beberapa persoalan yang timbul dalam pemikiran saya. Antara soalan-soalannya ialah:  Apakah punca utama murid tidak memahami konsep pendaraban?  Mengapa murid sukar menghafal sifir sedangkan mereka mampu untuk mengingat nombor-nombor yang lebih panjang seperti nombor telefon rakan- rakan, tarikh hari lahir dan nombor alamat rumah?  Bagaimana guru ingin melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lancar sekiranya fakta asas masih belum dikuasai oleh murid.  Adakah persekitaran sekolah tidak membantu murid menguasai sifir dan menarik minat murid terhadap subjek matematik?  Bagaimanakah caranya saya dapat membantu mereka menghadapi masalah ini supaya mereka boleh menguasai subjek matematik dengan baik?
  • 3.
    Melalui pertemuan denganPuan Sharlizah binti Mohd Zain yang juga merupakan guru matematik, terdapat beberapa faktor yang menjadikan murid sukar menghafal sifir. Antaranya ialah:  Kekurangan guru opsyen Matematik yang mana guru yang mempunyai opsyen major dalam Matematik hanya seorang sahaja iaitu Puan Sharlizah binti Mohd Zain.  Di sekitar kawasan sekolah terdapat sifir-sifir yang ditampal tetapi telah pudar dan tidak menarik minat murid.  Kurangnya sudut matematik yang dapat menggalakkan murid menguasai sifir dan mempelajari matematik.  Murid tidak menyedari kepentingan sifir dalam membantu mereka menguasai mata pelajaran matematik. CADANGAN Bagi meningkatkan keupayaan murid menguasai fakta asas darab, saya mencadangkan untuk menggantikan kaedah pengajaran fakta asas darab secara tradisional kepada penggunaan kotak sifir dengan beberapa langkah atau intervensi yang boleh digunakan untuk membantu murid tersebut. Berikut ialah kaedah-kaedah tradisional yang digunakan oleh murid Tahun 3 Arif: i. Kaedah hafalan Pelajar diminta menghafal sifir satu hingga sembilan lima minit sebelum pengajaran dan pembelajaran matematik bermula. ii. Kaedah penyoalan Guru membuat penyoalan secara rawak kepada murid untuk membaca sifir- sifir tertentu. Murid yang tidak dapat menghafal akan didenda dan sebagainya. iii. Kaedah menggunakan jari. Guru menunjukkan kaedah menggunakan jari untuk sifir enam hingga sembilan. Tetapi pelajar perlulah menguasai dahulu sifir satu hingga lima. Kaedah ini agak berkesan untuk murid yang pintar dalam sifir satu hingga lima.
  • 4.
    Cadangan kotak sifir Guru memanfaatkan kotak sifir ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.  Menempah banting dan menampal banting kotak sifirku sayang di sudut Matematik sekolah.  Menyediakan banting kotak sifir untuk di gantungkan di dalam setiap kelas. - Sudut ini mestilah diletakkan di kawasan yang dilalui oleh hampir kesemua murid pada setiap hari. TEMPOH PENYELESAIAN 7 April 2014 – 11 April 2014 TINDAKAN SUSULAN Sebagai seorang guru yang ingin melihat kejayaan anak-anak muridnya terutama dalam mata pelajaran matematik, saya berusaha sedaya upaya untuk memupuk minat mereka terhadap bidang ini. Menurut Ortiz (2003) fakta asas matematik merupakan asas kepada konsep matematik yang lebih tinggi (D’Ettore, J., 2009). Saya akan bekerjasama dengan guru pembimbing menghias sudut Matematik di sekolah dan di tampalkan banting kotak sifirku sayang yang mempunyai pelbagai warna yang menarik minat murid untuk sentiasa melihat menggunakan kotak sifir tersebut. Saya juga akan mengaplikasikan sebaik mungkin penggunaan kotak sifir berkenaan di dalam pengajaran saya dalam tajuk bahagi.
  • 5.
    KESIMPULAN Pendidikan di Malaysiamerupakan satu pelaburan jangka panjang untuk menyediakan tenaga mahir generasi yang akan menjawab cabaran masa akan datang. Sebenarnya pendidikan dihubungkan dengan usaha berterusan dan melihat kedudukan pada hari muka. Jika kita tidak bersedia untuk melengkapkan diri anak- anak kita menghadapi masa depan mereka, maka sistem pendidikan kita akan menemui kegagalan. Justeru itu pelbagai persediaan yang harus dibuat bagi menyediakan mereka menghadapi masa depan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah dalam sistem ekonomi baru dan dalam lapangan industri. Ini bermakna kita perlu memberi pengajaran berkesan dalam bidang-bidang sains, teknologi, informatik yang antara lain meliputi matematik dan komputer (Zaibedah, 2000). Menurut Hamdan (2000), semestinya kita semua perlu akur bahawa penguasaan dan kecemerlangan dalam matematik adalah prasyarat bagi negara kita mencapai kemajuan khususnya dalam dunia yang mengarah kepada orientasi teknologi maklumat. Generasi bijak matematik akan menjadi generasi penentu dalam arus pembangunan negara. Melalui ilmu matematik pelbagai bidang ilmu lain dapat digarap dan diterjemahkan untuk faedah semua. Aplikasi fakta asas kira darab juga amat penting dalam menyelesaikan masalah lain di dalam matematik seperti tajuk pecahan, perpuluhan, ukuran jarak, matematik harian, wang, timbangan, masa dan waktu. Lantaran itu, seharusnya semua murid di sekolah rendah perlu menguasai matematik terutamanya fakta asas kira darab untuk mereka mengaplikasikan kemahiran matematik dalam bidang ilmu yang lain.
  • 6.
    RUJUKAN D’Ettore, J. (2009).Mastering the Multiplication Facts. (Laporan). Diakses daripada http://ehis.ebscohost.com.newdc.oum.edu.my. Hamdan Said, et.al. (2000). Peranan Ketua Panitia Matematik Di Sekolah Menengah. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Kesici, S. & Erdogan, A. (2010). Mathematics Anxiety According To Middle School Students' Achievement Motivation and Social Comparison. Education - Indianapolis Then Chula Vista 2010, 131(1), 54-63. Mohd Zain Mokmin. (1984). Strategi Pengajaran dan Aktiviti Matematik Untuk Kanak- Kanak Pemulihan. Jurnal Iktisas. 4. 12-14. Zaibedah Abu Bakar (2000). Estitika Matematik Dan Persekitaran. Tesis Sarjana Muda Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Zutaut, A.K. (2002). Using Mnemonic Strategies in Fourth Grade Multiplication. Master of Arts Action Research Project, Johnson Bible College, 58.