Menurut bahasa “iman” berasal dari kata aamana yang berarti percaya.
Menurut Rasulullah SAW seperti diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Iman didefinisikan dengan akad/perjanjian dengan hati, dan ikrar/bersumpah dengan lisan (ucapan) dan dilakukan/dibuktikan dengan anggota tubuh (arkan).
iman kepada Allah menurut bahasa adalah percaya sepenuhnya kepada Allah SWT.
Iman kepada Allah berarti percaya kepada Allah. Apapun yang Allah ceritakan, Allah perintahkan dan Allah larang, kita harus mempercayainya. Dan tanda dari kepercayaan tersebut adalah kita melaksanakan segala intruksi-Nya, berupa perintah dan menjauhi larangan.
Dalam konteks keimanan kepada Allah, kepercayaan dimulai dari kepercayaan secara dogmatis. Kepercayaan ini kemudian akan melahirkan keyakinan setelah kita membuktikan konsep-konsep Allah yang tertuang dalam Al-quran.
Asmaul Husna berasal dari kata al-asma yang berarti nama-nama dan al-husna yang berarti baik. Jadi al-Asmaul Husna secara bahasa diartikan dengan nama-nama yang baik. Asmaul Husna adalah nama Allah yang terbaik. Dapat dikatakan pula sebagai asma Allah yang terindah.
Menurut bahasa “iman” berasal dari kata aamana yang berarti percaya.
Menurut Rasulullah SAW seperti diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Iman didefinisikan dengan akad/perjanjian dengan hati, dan ikrar/bersumpah dengan lisan (ucapan) dan dilakukan/dibuktikan dengan anggota tubuh (arkan).
iman kepada Allah menurut bahasa adalah percaya sepenuhnya kepada Allah SWT.
Iman kepada Allah berarti percaya kepada Allah. Apapun yang Allah ceritakan, Allah perintahkan dan Allah larang, kita harus mempercayainya. Dan tanda dari kepercayaan tersebut adalah kita melaksanakan segala intruksi-Nya, berupa perintah dan menjauhi larangan.
Dalam konteks keimanan kepada Allah, kepercayaan dimulai dari kepercayaan secara dogmatis. Kepercayaan ini kemudian akan melahirkan keyakinan setelah kita membuktikan konsep-konsep Allah yang tertuang dalam Al-quran.
Asmaul Husna berasal dari kata al-asma yang berarti nama-nama dan al-husna yang berarti baik. Jadi al-Asmaul Husna secara bahasa diartikan dengan nama-nama yang baik. Asmaul Husna adalah nama Allah yang terbaik. Dapat dikatakan pula sebagai asma Allah yang terindah.
1. Ihsan
Disusun oleh Abu Haniff
Dan adapun ihsan, penjelasan tentangnya ialah sebagaimana yang Rasulullah
sabdakan di dalam sebuah hadis 1 ketika dia menjawab soalan yang dimajukan oleh
0F
Jibril a.s. kepadanya, “Beritahukanlah kepadaku tentang ihsan”. Lalu Rasulullah
bersabda, “Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau
melihatNya. Tetapi jika tidaklah engkau melihatNya, maka sesungguhnya Dia
melihatmu”. Dan berbuat ihsan itu, maka sesungguhnya Allah memerintahkan supaya
berbuat ihsan di dalam setiap sesuatu dan terhadap setiap sesuatu, sebagaimana yang
Dia perintahkan dengan firmanNya di dalam ayat An-Nahl 16:90,
yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh yang adil dan juga ihsan”. Dan
adapun berbuat adil, ia dijelaskan dengan indahnya oleh Muhammad bin Ka’b kepada
Umar bin Abdul Aziz, sebagaimana yang diceritakan oleh Muhammad bin Ka’b di dalam
sebuah athar, di mana dia berkata, 2 “Umar bin Abdul Aziz pernah memanggil aku lalu
1F
berkata, ‘Terangkan kepadaku tentang keadilan’. Aku berkata, ‘Bagus, engkau bertanya
tentang perkara yang besar. Jadilah engkau ayah untuk anak kecil, anak untuk orang
tua, saudara untuk yang sebaya, dan untuk kaum perempuan demikian pula. Kemudian
jatuhkanlah hukuman kepada manusia sesuai dengan dosa dan ukuran tubuhnya. Dan
janganlah engkau memukul kerana marahmu dengan sekali sebatan sehingga engkau
termasuk di dalam golongan orang yang melampaui batas’ ”. Sedemikianlah Allah
menyuruh berbuat adil dengan wajar, sederhana dan seimbang. Tidak cenderung
kerana hawa nafsu, tidak terpengaruh dengan emosi kasih dan benci, tidak berubah
kerana memelihara hubungan kekeluargaan, tidak terpesong kerana kaya dan miskin,
atau kerana kuat dan lemah. Keadilan itu tetap berjalan lurus memberi sukatan dan
pertimbangan yang sama kepada semua orang. Allah berfirman di dalam ayat Al-
Maidah 5:8,
yang bermaksud, “Dan janganlah kebencian kepada suatu kaum mendorong kamu ke
dalam dosa, dengan bahawa kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah, ia adalah lebih
dekat kepada takwa. Dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha
Memaklumi dengan apa yang kamu lakukan”. Demikianlah penjelasan tentang keadilan,
tetapi ihsan, ia sesungguhnya menjangkau melebihi yang demikian itu. Ia mempunyai
pengertian yang amat luas. Ia merangkumi dua kaedah, iaitu kaedah mengerjakan
sesuatu amalan itu sebaik-baiknya, dan juga kaedah berlaku sebaik-baiknya terhadap
1
Muslim
2
Ibnu Abu Hatim
1
2. orang lain. Setiap perbuatan yang baik adalah semuanya ihsan. Ia adalah memberi
respons terhadap sesuatu perbuatan yang baik dengan perbuatan yang lebih baik, atau
memberi respons kepada kejahatan dengan pemaafan. Mengerjakan amalan-amalan
yang difardukan adalah berbuat adil, sedangkan menjangkaui melebihi yang demikian
itu untuk mengerjakan yang sunatnya dengan sebaik mungkin adalah ihsan. Di dalam
banyak ayat-ayat yang lain, Allah menggabungkan perintah untuk berbuat adil dan
ihsan, sebagaimana firmanNya di dalam ayat An-Nahl 16:126,
yang bermaksud, “Dan jika kamu menghukum, maka hukumlah dengan seumpama apa
yang kamu telah disakiti dengannya. Dan sesungguhnya jika kamu bersabar, pastinya
ia adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar”. Adapun firmanNya,
yang bermaksud, “Maka hukumlah dengan seumpama apa yang kamu telah disakiti”,
ianya adalah perintah untuk berbuat adil, dan firmanNya,
yang bermaksud, “Dan sesungguhnya jika kamu bersabar”, ianya adalah perintah untuk
berbuat ihsan. Di dalam ayat Asy-Syura 42:40, Allah berfirman,
yang bermaksud, “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan seumpamanya. Maka
barang siapa memaafkan dan mengadakan perdamaian, maka pahalanya ke atas
Allah”. Maka firmanNya,
yang bermaksud, “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan seumpamanya”,
ianya adalah perintah untuk berbuat adil, dan firmanNya,
yang bermaksud, “Maka barang siapa memaafkan dan mengadakan perdamaian”,
ianya adalah perintah untuk berbuat ihsan. Dan di dalam ayat Al-Maidah 5:45, Allah
berfirman,
yang bermaksud, “Dan luka-luka ada hukuman qisas. Maka barang siapa yang
menyedekahkan dengannya, sedemikian ianya ialah penebus dosa baginya”. Maka
firmanNya,
2
3. yang bermaksud, “Dan luka-luka ada hukuman qisas”, ianya adalah perintah untuk
berbuat adil, dan firmanNya,
yang bermaksud, “Maka barang siapa yang menyedekahkan dengannya”, ianya adalah
perintah untuk berbuat ihsan. Dan banyak lagi perintah Allah menyuruh berbuat adil
dan ihsan di dalam ayat-ayat yang lain. Demikianlah maka ihsan itu dapat membuka
pintu kepada orang-orang yang ingin bertoleransi di dalam sesetengah hak mereka
kerana mengutamakan semangat kasih sayang, dan menghapuskan perasaan dendam
kesumat dari hati mereka. Ia membuka pintu kepada orang-orang yang ingin
menunjukkan sikap yang lebih dari dasar keadilan yang ketat dan tegas untuk
mengubat hati yang luka atau untuk mendapat kelebihan. Dan demikianlah juga
sesungguhnya Allah memerintahkan supaya berbuat ihsan di dalam setiap sesuatu dan
terhadap setiap sesuatu, sebagaimana yang Rasulullah sabdakan di dalam sebuah
hadis, 3 “Sesungguhnya Allah, Dia telah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu. Lalu
2F
apabila engkau membunuh, maka berbuat ihsanlah terhadap pembunuhan itu. Dan
apabila kamu menyembelih, maka berbuat ihsanlah terhadap penyembelihan itu. Dan
hendaklah setiap dari kamu menajamkan pisaunya, lalu hendaklah menyenangkan
binatang sembelihannya”. Contoh perbuatan menyembelih yang diberikan di dalam
hadis ini, ianya merangkumi dua kaedah ihsan yang telah disebutkan, iaitu kaedah
mengerjakan sesuatu amalan itu sebaik-baiknya, dan juga kaedah berlaku sebaik-
baiknya terhadap orang lain. Lalu di dalam amalan penyembelihan itu hendaklah ada
ihsan, dan terhadap binatang sembelihan itu hendaklah berlaku ihsan. Dan adapun
perintah berlaku ihsan ini, adakalanya ia adalah wajib dan adakalanya sunat.
Contohnya, perintah berbuat ihsan kepada kedua ibu bapa adalah satu perintah wajib,
tetapi bersedekah, walaupun perintah untuk bersedekah adalah juga satu perintah
berbuat ihsan, ianya adalah satu amalan sunat. Walau bagaimanapun perlulah dihayati
bahawa ihsan ialah sesuatu yang sangat-sangat dicari. Allah memerintahkannya dan
Dia mencintai orang yang berbuat ihsan. Dengan itu seorang yang benar-benar
beriman, hendaklah ia sentiasalah berbuat ihsan di dalam sesuatu dan terhadap setiap
sesuatu tanpa mengira sama ada ianya wajib atau sunat. Lalu sekiranya ia merasakan
bahawa di dalam amalannya kekurangan ihsan, atau ia belum lagi menjangkau tahap
yang minimum, maka seharusnyalah ia tidak merasa puas. Ia seharusnya mengetahui
bahawa terdapat satu tahap yang lebih tinggi yang ia harus berusaha untuk
mencapainya, iaitu tahap ihsan. Dan daripada penjelasan Rasulullah tentang ihsan
bahawa, “Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau
melihatNya. Tetapi jika tidaklah engkau melihatNya, maka sesungguhnya Dia
melihatmu”, maka sebahagian ulama, seperti Ibnu Rajab, Ibnu Hajar dan selainnya,
mereka berpendapat bahawa hadis ini menerangkan dua tahap ihsan berlainan. Tahap
ihsan yang pertama, di mana seseorang itu menyembah Allah seolah-olah ia
melihatNya, adalah lebih tinggi tahapnya dari tahap ihsan yang kedua, di mana orang
yang menyembah itu tidak mampu mencapai tahap menyembah Allah seolah-olah ia
melihatNya, lalu ia menyembah Allah dengan kesedaran bahawa Allah melihatnya.
Seorang muhsin yang mencapai tahap menyembah Allah seolah-olah ia melihatNya,
3
Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa’i, Ibnu Majah, Ad-Darami, Ibnu Hibban, At-Tabrani, Al-Baihaqi
3
4. maka ia adalah pada kedudukan al-musyahadah, iaitu melihat atau menyaksikan. Yang
demikian itu bukanlah ia melihat atau menyaksikan Allah dengan mata kepalanya,
tetapi suatu perasaan yang kuat di dalam hati, di mana kesedaran akan kewujudan
Allah, dengan ilmuNya dan belas kasihanNya, begitu kuat sekali sehingga ia seolah-
olah melihatNya di hadapannya. Lalu pemikiran dan ingatannya menjadi begitu harmoni
dengan ibadat yang ia sedang kerjakan. Dan kalaulah ia sebenarnya dapat melihat
Allah, maka tidak dapat dibayangkan kesannya itu terhadap ibadat dan ketaatannya
kepada Allah, sebagaimana sabda Rasulullah di dalam sebuah hadis, 4
“Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat yang pergi berkeliling siang dan malam
mencari ahli zikir. Lalu apabila mereka menjumpai satu kaum yang berzikir kepada
Allah, mereka memanggil di antara satu sama lain, ‘Datanglah kepada hajat kamu’ ”.
Rasulullah menyambung sabdanya, “Maka para malaikat itu mengelilingi ahli-ahli zikir
itu dengan sayap mereka sehingga ke langit dunia. Lalu Tuhan mereka menyoal para
malaikat itu, sedang Dia lebih mengetahui dari mereka, ‘Apakah yang hamba-hambaKu
itu katakan’. Para malaikat menjawab, ‘Mereka memuliaMu, dan mereka bertakbir
kepadaMu, dan mereka memujiMu, dan mereka mengagungkan Engkau’. Lalu Allah
bertanya, ‘Apakah mereka melihat Aku’. Maka para malaikat menjawab, ‘Tidak, demi
Allah, tidaklah mereka melihatMu’. Lalu Allah menyoal, ‘Dan bagaimanakah agakya
kalau mereka melihatKu’. Para malaikat menjawab, ‘Kalau mereka melihatMu, adalah
mereka itu lebih bersungguh-sungguh beribadat kepadaMu, dan lebih hebat
mengagungkan Engkau, dan lebih banyak memuliakan engkau’ ”. Demikianlah kesan
dari perasaan seolah-olah melihat Allah di hadapannya akan membuat seseorang itu
mengerjakan ibadatnya dengan paling sempurna yang mungkin, kerana ia amat sedar
bahawa Allah mengawasi setiap apa yang ia kerjakan. Lalu ia menjadi amat malu dan
segan untuk mengerjakan sesuatu dengan tidak sempurna. Dan juga ia akan merasa
takut terhadap Allah, di samping ia merasa kagum terhadapNya. Lalu ia akan
melakukan setiap apa yang mungkin, tanpa ada cacat celanya supaya Allah reda
terhadap apa yang ia kerjakan. Dengan itu orang yang mencapai tahap ihsan yang
pertama, iaitu di mana ia menyembah Allah seolah-olah ia melihatNya, sesungguhnya
ia telah mencapai tahap di mana hatinya seolah-olah menyaksikan Tuhannya, lalu ia
dipenuhi dengan kegembiraan apabila ia bersendirian dengan Tuhannya, dan apabila ia
bermunajat kepadaNya, dan memohon kepadaNya. Semuanya ini menjadi amalan-
amalan yang tersangat indah dan menyeronokkan pada matanya. Di dalam sebuah
hadis, 5 Rasulullah pernah bersabda, “Dan dijadikan penyejuk mataku di dalam solat”.
Walau bagaimanapun, jika seseorang itu tidak dapat mencapai tahap ihsan yang
pertama, atau susah baginya untuk memperolehinya, maka ia beralih kepada tahap
yang kedua, di mana ia menyembah Allah dengan penuh kesedaran bahawa Allah
melihatnya dan mengawasinya, mengetahui setiap sesuatu yang tersembunyi di dalam
hati dan jiwanya. Seseorang yang berada pada tahap ini, maka ia adalah pada
kedudukan al-muraqabah, iaitu diperhatikan atau diawasi. Di kedudukan ini ia adalah
juga seorang muhsin yang akan merasai kenikmatan menyembah Tuhannya. Namun
begitu tahap al-muraqabah tidaklah sama dengan tahap al-musyahadah. Perasaan
diperhatikan dan diawasi mungkin pada ketika-ketikanya akan akan menjadi kendur. Ia
tidak dapat mengalami perasaan malu, takut, kagum, dan rendah diri sebagaimana
4
Bukhari
5
An-Nasa’i, Ahmad
4
5. yang dialami oleh orang yang seolah-olah melihat Tuhannya di hadapannya.
Sesungguhnya seorang muhsin yang telah mencapai tahap ihsan, sama ada tahap
yang pertama atau yang kedua, ia adalah jauh ke hadapan dari orang yang hanya
mengetahui dan percaya bahawa Allah mengetahui dan menyaksikan segala sesuatu.
Sememangnya setiap orang Islam wajib mengetahui dan percaya bahawa Allah
mengetahui dan menyaksikan segala sesuatu, tetapi selagi yang demikian itu tidak
meninggalkan kesan terhadap ibadatnya kepada Allah, bukanlah ia seorang muhsin,
walaupun ia sesungguhnya telah melaksanakan tanggungjawabnya di dalam ibadatnya
kepada Allah. Sebahagian ulama yang lain seperti Imam Nawawi, Al-Sindi, dan
Uthmani, mereka berpendapat bahawa kedua-dua sabda Rasulullah, “Ihsan itu ialah
bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya”, dan sabdanya,
“Tetapi jika tidaklah engkau melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu”, maka
kedua-duanya itu menunjukkan kepada satu konsep.
5