SlideShare a Scribd company logo
MAKLUMBALAS BERKAITAN HUKUM MENYENTUH / MEMEGANG ANJING DAN
             KEPEKAAN UMAT ISLAM TERHADAP MAKANAN HALAL


1.   PENDAHULUAN

Tulisan ini dikemukakan untuk tatapan awam sebagai menjawab aduan awam berkaitan
tindakan seorang wanita Melayu memegang anjing dan isu kepekaan masyarakat Islam
terhadap kepentingan mengambil sumber makanan halal lagi baik.


2.   LATAR BELAKANG

     2.1.   Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor
            (JAIS) telah menerima aduan awam mengenai satu artikel dalam Akhbar
            The Star bertarikh 24 April 2010 (Sabtu) menyiarkan seorang wanita Melayu
            yang giat aktif menyertai secara sukarela satu pertubuhan menyelamatkan
            binatang terbiar seperti anjing iaitu Society, Prevention, Cruelty dan Animal
            (SPCA). Aktiviti seorang wanita Melayu Islam memegang seekor anak
            anjing telah menimbulkan isu kurang senang di kalangan pembaca akhbar
            tersebut.


     2.2.   Pengadu iaitu Nora mendakwa Akhbar The Star dianggap telah menghina
            Islam melalui aktiviti yang telah dilakukan oleh seorang wanita Melayu
            Islam. Bertitik tolak dari itu, penjelasan lanjut diketengahkan menjurus
            kepada isu orang Islam memelihara anjing, isu berpegang kepada sesuatu
            mazhab di samping kepekaan orang Islam termasuk golongan saudara baru
            terhadap pengambilan makanan halal terutamanya di hotel-hotel.
3.   PENJELASAN      BERKAITAN      HUKUM     ORANG      ISLAM    MENYENTUH       /
     MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE


     3.1 Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk
         dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan
         najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air
         bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau
         menyalahi hukum Islam.


     3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie
         adalah seperti berikut :
         a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara
             keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman,
             rumah, harta benda dan sebagainya.
         b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau
             dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam
             Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9
             menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk
             berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan
             menjaga keamanan rumah.


     3.3 Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-
         Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai
         binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah
         S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi
         S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : Barang siapa yang memelihara
         anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari
         pahalanya berkurangan satu qirot . Erti qirot hanya Allah sahaja yang
         mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
4.   PENJELASAN ISU ORANG ISLAM MENGAMBIL JALAN MUDAH TERHADAP
     SESUATU MAZHAB (BERKAITAN MENYENTUH ANJING / MEMELIHARA
     ANJING)


     4.1 Pada umumnya para ulama berpendapat bahawa orang awam diharuskan
         berpindah-pindah mazhab dengan syarat-syarat yang tidak menyimpang
         daripada al-Qur an dan al-Hadith. Ini kerana dalam kes-kes tertentu ulama -
         ulama Mazhab ini berbeza mengenai perkara yang furu' (cabang) dan
         bukan perkara asas. Bahkan Imam-Imam Mazhab juga tidak memaksa
         pengikutnya hanya berpegang kepada pegangannya sahaja.           Lazimnya
         mereka berpindah dari satu mazhab ke mazhab yang empat kerana ada
         sesuatu kesulitan (masyaqqah) dan ada juga yang berpindah mazhab
         secara berterusan atau secara sekejap sahaja (kemudian kembali semula
         ke mazhab asal) adalah diharuskan.


     4.2 Isu berpindah-pindah mazhab adalah dibenarkan dengan syarat tidak
         berlaku talfiq yang diharamkan (berlaku perkara yang tidak diiktiraf oleh
         ulama Islam). Apakah yang dimaksudkan dengan talfiq? Talfiq di sini
         bermaksud diharamkan mengumpulkan atau menghimpunkan pendapat
         ulama di dalam satu masalah. Jika dihimpunkan dua atau tiga pandangan
         ulama dalam satu masalah, para pelopor mazhab tidak membenarkan dan
         tidak diakui oleh mazhab       tersebut.   Contoh,   menghimpunkan    cara
         mengambil wuduk mengikut Mazhab Syafie, Hanbali dan Maliki dalam satu
         ketika adalah tidak dibenarkan. Contoh lain yang lebih mudah difahami.
         Bolehkah dalam satu waktu seseorang itu memakai tiga jenis pakaian
         tradisional iaitu Cina, Melayu dan pakaian Panjabi. Ketiga-tiga pelopor
         pakaian tradisional tersebut tidak mengiktiraf cara pemakaian baju
         tradisional tersebut.


     4.3 Memahami Mazhab Syafie secara umum adalah suatu kewajipan bagi yang
         berpegang dengan mazhab tersebut. Adapun isu yang timbul dalam
         masyarakat Islam masa kini ialah mereka tidak mendalami serta memahami
sesuatu mazhab itu. Sehingga apabila timbul sesuatu kesulitan, mereka
    terus berpindah ke sesuatu mazhab (Hanafi) contohnya, tanpa memahami
    dengan lebih mendalam. Akibatnya mereka terperangkap dalam kekeliruan
    dan kejahilan di antara dua mazhab tersebut. Situasi ini tidak dibolehkan
    sama sekali dalam konteks bermazhab.


4.4 Berbalik kepada isu seorang wanita Melayu yang memberi pandangan
    dibolehkan mengikut Mazhab Maliki ketika menyentuh anjing walaupun
    terkena air liurnya, adalah bertentangan dengan prinsip berpindah mazhab
    seperti yang dijelaskan di atas. Di dalam Kitab Majmu Fatawa, halaman
    382 secara jelas dinyatakan bahawa tiada seseorang perlu mengikut orang-
    orang yang tertentu sama ada larangan dan cadangan, selain dari
    Rasulullah S.A.W. Seorang Islam hendaklah merujuk soalan mereka
    kepada ulama dan bukan mengikut citarasa tersendiri berdasarkan
    kecenderungan-kecenderungan tertentu yang tidak bertepatan dengan
    Syarak. Jumhur ulama Islam membenarkan seseorang itu mengambil
    keputusan atau pandangan seseorang Imam terhadap sesuatu perkara
    yang mana dia rasakan lebih baik dari segi komitmen agamanya atau lebih
    tepat dalam hal-hal yang diselisihkan itu.


4.5 Sementara itu, Syeikh Abd al-Karim al-Khudayr mengatakan bahawa
    seseorang itu tidak boleh menukar pendapatnya semata-mata kerana
    sesuatu   pandangan      itu   menyenangkannya   atau   memilih   sesuatu
    pandangan kerana rukhsahnya (keringanan) semata-mata. Sebaliknya umat
    Islam boleh memilih sesuatu pandangan berdasarkan dalilnya yang terbaik
    di kalangan yang lain atau pandangan yang lebih benar. (Lihat Majmu
    Fatawa, halaman 23).


4.6 Sebagai penegasan berdasarkan kenyataan di atas, umat Islam tidak
    dipaksa mengikut sesuatu pandangan sahaja tanpa mengetahui nas-nas
    yang memerintahkan untuk melakukan demikian. Mereka dibenarkan
    memilih pandangan (nas) yang lebih baik dari kalangan Imam (mazhab)
yang bersesuaian. Demikian juga umat Islam tidak boleh memilih sesuatu
         pandangan mazhab kerana rukhsahnya / keringanannnya semata-mata.
         Jika tidak membuat pemilihan, ikutilah Imam (pemimpin) yang lebih taqwa
         dan berilmu pengetahuan. Umat Islam dilarang memilih pandangan yang
         mudah dan sesuai dengan naluri tanpa melihat kepada nas-nasnya terlebih
         dahulu.



5.   KEPEKAAN      ORANG   ISLAM    TERMASUK      GOLONGAN       SAUDARA      BARU
     TERHADAP KEUTAMAAN MENGAMBIL / MEMILIH MAKANAN HALAL


     5.1 Adalah menjadi kewajipan umat Islam memilih makanan yang diyakini dan
         disahkan halal lagi baik termasuk premis makanan / restoran yang
         menyelenggarakannya. Islam mengambil berat aspek pemakanan bukan
         sahaja dari khasiatnya sahaja tetapi juga dari mana sumber asalnya dan
         daripada apa serta bagaimana ianya dihasilkan bertepatan dengan konsep
         halalan toyyiba (Surah al-Baqarah 2 : 168, Surah al-Maidah 5 : 88, Surah
         al-Anfal 8 ; 69 dan Surah al-Nahl 16 : 114). Ini kerana, daripada makanan
         yang dimakan akan menjadi darah daging dan memberi kesan kepada
         perlakuan atau tindakan individu. Jika umat Islam tidak prihatin dalam soal
         memilih jenis makan minum termasuk premis makanan yang disahkan
         halal, dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam kerana
         tidak menjaga status makanannya halal atau haram.


     5.2 Sebagai sebuah agensi Kerajaan, Jabatan Agama Islam mempunyai
         bidang kuasa untuk memberi penerangan dan dakwah dari semasa ke
         semasa kepada umat Islam dan mengingatkan mereka supaya sentiasa
         berhati-hati dalam urusan pengambilan sumber makanan yang halal lagi
         baik. Tidak terkecuali kepada golongan saudara baru yang dilihat perlukan
         sokongan moral yang kuat daripada seluruh umat Islam. Namun, nasihat
         dan teguran secara hikmah daripada orang ramai amat diperlukan dalam
         pelbagai aspek supaya semua orang Islam dan termasuk golongan saudara
baru memahami aspek-aspek Syariah mengikut cara yang sebenar. Oleh
           itu, perlu ditegaskan adalah menjadi satu tanggungjawab dan kewajipan
           kepada semua orang Islam untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah sama
           ada melalui tulisan, secara lisan atau melalui teladan yang baik. Kerana
           sesungguhnya kerja-kerja dakwah tidak hanya dibebankan kepada Jabatan
           Agama Islam sahaja. Sebaliknya semua orang Islam berhak melaksanakan
           usaha dakwah dengan apa cara sekalipun sehingga ajaran Islam tersebar
           ke seluruh pelusuk alam.



6.   PENUTUP


     Sebagai sebuah agensi agama yang menjaga kemaslahatan umat Islam di
     Negeri Selangor, JAIS menggesa supaya:


     6.1    Media massa dan media cetak khasnya Akhbar The Star untuk tidak
            mengulangi paparan isu-isu yang boleh menyentuh sensitiviti agama Islam
            dan   yang    berkaitan   orang   Islam   secara   semberono.      Kerana
            sesungguhnya tulisan yang boleh menimbulkan sensitiviti umat Islam tidak
            menguntungkan semua pihak. Malah jika tidak dibendung, ianya boleh
            menggugat keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.


     6.2    Para ulama yang mempunyai autoriti dalam mengemukakan pandangan
            perlu dirujuk dalam menanggapi persoalan semasa dan tidak sewenang-
            wenangnya setiap individu mengemukakan idea dan pandangan tanpa
            berlandaskan nas atau keterangan yang tepat, jelas dan berwibawa lebih-
            lebih lagi dalam hal-hal yang bersangkutan dengan taklid mazhab.


     6.3    Umat Islam diingatkan berhati-hati dalam konteks pengambilan sumber
            makanan yang halal lagi baik supaya menjamin kesihatan dan mendapat
            keberkatan dalam hidup.
Disediakan oleh :
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Jabatan Agama Islam Selangor
18 Mei 2010 / 4 Jamadilakhir 1431H

More Related Content

What's hot

Presentation ahlak kepada diri sendiri
Presentation ahlak kepada diri sendiriPresentation ahlak kepada diri sendiri
Presentation ahlak kepada diri sendiri
ariprastw
 
Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01
Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01
Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01
FarahWirdatul
 
Makalah ilmu kalam aliran ahmadiyah
Makalah ilmu kalam aliran ahmadiyahMakalah ilmu kalam aliran ahmadiyah
Makalah ilmu kalam aliran ahmadiyahjuniska efendi
 
02. khawarij
02. khawarij02. khawarij
02. khawarij
Wildan Hidayat
 
Makalah taqlid
Makalah taqlidMakalah taqlid
Makalah taqlid
FarahWirdatul
 
Manusia dan pandangan hidup
Manusia dan pandangan hidupManusia dan pandangan hidup
Manusia dan pandangan hidup
KhahlilGibran
 
Pengertian keimanan dan ketakwaan
Pengertian keimanan dan ketakwaanPengertian keimanan dan ketakwaan
Pengertian keimanan dan ketakwaan
eryeryey
 
Keimanan dan ketakwaan serta implementasi dalam kehidupan modern
Keimanan dan ketakwaan serta implementasi dalam kehidupan modernKeimanan dan ketakwaan serta implementasi dalam kehidupan modern
Keimanan dan ketakwaan serta implementasi dalam kehidupan modern
mochsaifularif
 
kajian sejarah perkembangan syiah
kajian sejarah perkembangan syiahkajian sejarah perkembangan syiah
kajian sejarah perkembangan syiah
Natasha Nabila
 
Taqlid
TaqlidTaqlid
Peranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinPeranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-Usuluddin
Qaseh Nur Husna
 
Makalah akidah akhlak
Makalah akidah akhlakMakalah akidah akhlak
Makalah akidah akhlak
Rezkydarw
 
Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3
Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3
Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3Smkbaitulhamdi Banten
 
Agama agus[1]
Agama agus[1]Agama agus[1]
Agama agus[1]
robiiatuladawiyah
 
Makalah tentang Aliran Khawarij
Makalah tentang Aliran KhawarijMakalah tentang Aliran Khawarij
Makalah tentang Aliran Khawarij
Siti Nurapipah
 
Sifat dan Karakteristik Ekstrimis Khawarij
Sifat dan Karakteristik Ekstrimis KhawarijSifat dan Karakteristik Ekstrimis Khawarij
Sifat dan Karakteristik Ekstrimis Khawarij
Mawar'99
 
Ahli sunnah waljamaah
Ahli sunnah waljamaah Ahli sunnah waljamaah
Ahli sunnah waljamaah Cahaya Hidupku
 
Iman dan Taqwa - Agama islam
Iman dan Taqwa - Agama islamIman dan Taqwa - Agama islam
Iman dan Taqwa - Agama islam
marwahhh
 
Ajaran agama yang berhubungan dengan kesehatan
Ajaran agama yang berhubungan dengan kesehatanAjaran agama yang berhubungan dengan kesehatan
Ajaran agama yang berhubungan dengan kesehatan
Warung Bidan
 

What's hot (20)

Presentation ahlak kepada diri sendiri
Presentation ahlak kepada diri sendiriPresentation ahlak kepada diri sendiri
Presentation ahlak kepada diri sendiri
 
Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01
Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01
Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01
 
Makalah ilmu kalam aliran ahmadiyah
Makalah ilmu kalam aliran ahmadiyahMakalah ilmu kalam aliran ahmadiyah
Makalah ilmu kalam aliran ahmadiyah
 
02. khawarij
02. khawarij02. khawarij
02. khawarij
 
Makalah taqlid
Makalah taqlidMakalah taqlid
Makalah taqlid
 
Manusia dan pandangan hidup
Manusia dan pandangan hidupManusia dan pandangan hidup
Manusia dan pandangan hidup
 
soal jawab isu syiah di malaysia
soal jawab isu syiah di malaysiasoal jawab isu syiah di malaysia
soal jawab isu syiah di malaysia
 
Pengertian keimanan dan ketakwaan
Pengertian keimanan dan ketakwaanPengertian keimanan dan ketakwaan
Pengertian keimanan dan ketakwaan
 
Keimanan dan ketakwaan serta implementasi dalam kehidupan modern
Keimanan dan ketakwaan serta implementasi dalam kehidupan modernKeimanan dan ketakwaan serta implementasi dalam kehidupan modern
Keimanan dan ketakwaan serta implementasi dalam kehidupan modern
 
kajian sejarah perkembangan syiah
kajian sejarah perkembangan syiahkajian sejarah perkembangan syiah
kajian sejarah perkembangan syiah
 
Taqlid
TaqlidTaqlid
Taqlid
 
Peranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinPeranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-Usuluddin
 
Makalah akidah akhlak
Makalah akidah akhlakMakalah akidah akhlak
Makalah akidah akhlak
 
Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3
Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3
Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3
 
Agama agus[1]
Agama agus[1]Agama agus[1]
Agama agus[1]
 
Makalah tentang Aliran Khawarij
Makalah tentang Aliran KhawarijMakalah tentang Aliran Khawarij
Makalah tentang Aliran Khawarij
 
Sifat dan Karakteristik Ekstrimis Khawarij
Sifat dan Karakteristik Ekstrimis KhawarijSifat dan Karakteristik Ekstrimis Khawarij
Sifat dan Karakteristik Ekstrimis Khawarij
 
Ahli sunnah waljamaah
Ahli sunnah waljamaah Ahli sunnah waljamaah
Ahli sunnah waljamaah
 
Iman dan Taqwa - Agama islam
Iman dan Taqwa - Agama islamIman dan Taqwa - Agama islam
Iman dan Taqwa - Agama islam
 
Ajaran agama yang berhubungan dengan kesehatan
Ajaran agama yang berhubungan dengan kesehatanAjaran agama yang berhubungan dengan kesehatan
Ajaran agama yang berhubungan dengan kesehatan
 

Viewers also liked

Heroes pres
Heroes presHeroes pres
Heroes pres
DanniManley
 
A new spin_of_the_first_stars
A new spin_of_the_first_starsA new spin_of_the_first_stars
A new spin_of_the_first_stars
Sérgio Sacani
 
Prospek perbankan nasional hadapi perlambatan ekonomi global
Prospek perbankan nasional hadapi perlambatan ekonomi globalProspek perbankan nasional hadapi perlambatan ekonomi global
Prospek perbankan nasional hadapi perlambatan ekonomi globalAbdul Hadi Ilman
 
Status of ICT structure, infrastructure and applications existed to manage an...
Status of ICT structure, infrastructure and applications existed to manage an...Status of ICT structure, infrastructure and applications existed to manage an...
Status of ICT structure, infrastructure and applications existed to manage an...
FAO
 
Student Nominee at ITB Academic Council
Student Nominee at ITB Academic CouncilStudent Nominee at ITB Academic Council
Student Nominee at ITB Academic Council
TU Dublin
 
Guia de info
Guia de infoGuia de info
Guia de info
Miguel Gonzalez
 
Maira
MairaMaira
Maira
mairarealp
 
Teollisen biotekniikan rooli biotaloudessa, IBC Finlandin esitys
Teollisen biotekniikan rooli biotaloudessa, IBC Finlandin esitysTeollisen biotekniikan rooli biotaloudessa, IBC Finlandin esitys
Teollisen biotekniikan rooli biotaloudessa, IBC Finlandin esitysBiotalous.fi
 
Examen selecti
Examen selectiExamen selecti
Examen selecti
everkike
 
Reunião
ReuniãoReunião
Reunião
Silvio Vivian
 
Powerpoint youtube
Powerpoint youtubePowerpoint youtube
Powerpoint youtubetjamet2013
 
Evaluation target audience
Evaluation   target audience Evaluation   target audience
Evaluation target audience
Frankie Christou
 
Making magazine cover
Making magazine coverMaking magazine cover
Making magazine cover
SamanthaHabgood
 
Doc1
Doc1Doc1
Hrvatska u napoleonovo doba
Hrvatska u napoleonovo dobaHrvatska u napoleonovo doba
Hrvatska u napoleonovo dobabatica1
 

Viewers also liked (15)

Heroes pres
Heroes presHeroes pres
Heroes pres
 
A new spin_of_the_first_stars
A new spin_of_the_first_starsA new spin_of_the_first_stars
A new spin_of_the_first_stars
 
Prospek perbankan nasional hadapi perlambatan ekonomi global
Prospek perbankan nasional hadapi perlambatan ekonomi globalProspek perbankan nasional hadapi perlambatan ekonomi global
Prospek perbankan nasional hadapi perlambatan ekonomi global
 
Status of ICT structure, infrastructure and applications existed to manage an...
Status of ICT structure, infrastructure and applications existed to manage an...Status of ICT structure, infrastructure and applications existed to manage an...
Status of ICT structure, infrastructure and applications existed to manage an...
 
Student Nominee at ITB Academic Council
Student Nominee at ITB Academic CouncilStudent Nominee at ITB Academic Council
Student Nominee at ITB Academic Council
 
Guia de info
Guia de infoGuia de info
Guia de info
 
Maira
MairaMaira
Maira
 
Teollisen biotekniikan rooli biotaloudessa, IBC Finlandin esitys
Teollisen biotekniikan rooli biotaloudessa, IBC Finlandin esitysTeollisen biotekniikan rooli biotaloudessa, IBC Finlandin esitys
Teollisen biotekniikan rooli biotaloudessa, IBC Finlandin esitys
 
Examen selecti
Examen selectiExamen selecti
Examen selecti
 
Reunião
ReuniãoReunião
Reunião
 
Powerpoint youtube
Powerpoint youtubePowerpoint youtube
Powerpoint youtube
 
Evaluation target audience
Evaluation   target audience Evaluation   target audience
Evaluation target audience
 
Making magazine cover
Making magazine coverMaking magazine cover
Making magazine cover
 
Doc1
Doc1Doc1
Doc1
 
Hrvatska u napoleonovo doba
Hrvatska u napoleonovo dobaHrvatska u napoleonovo doba
Hrvatska u napoleonovo doba
 

Similar to Hukum sentuh anjing jais

Gerakan pemikiran
Gerakan pemikiran Gerakan pemikiran
Gerakan pemikiran
Kamarudin Jaafar
 
Gerakan pemikiran moden
Gerakan pemikiran modenGerakan pemikiran moden
Gerakan pemikiran moden
Kamarudin Jaafar
 
14. Memahami Aliran -Aliran Dalam Islam.pptx
14. Memahami Aliran -Aliran Dalam Islam.pptx14. Memahami Aliran -Aliran Dalam Islam.pptx
14. Memahami Aliran -Aliran Dalam Islam.pptx
miduwidang
 
Khurafat 130420025512-phpapp02
Khurafat 130420025512-phpapp02Khurafat 130420025512-phpapp02
Khurafat 130420025512-phpapp02
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
 
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)Norafsah Awang Kati
 
Agama
AgamaAgama
ANALISIS KEBUDAYAAN ISLAM DR ABU AMEENAH BILAL PHILIPS
ANALISIS KEBUDAYAAN ISLAM DR ABU AMEENAH BILAL PHILIPSANALISIS KEBUDAYAAN ISLAM DR ABU AMEENAH BILAL PHILIPS
ANALISIS KEBUDAYAAN ISLAM DR ABU AMEENAH BILAL PHILIPS
Es Es Mamamia
 
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
Jawaban  s oal metodologi studi keislamanJawaban  s oal metodologi studi keislaman
Jawaban s oal metodologi studi keislamanHamba La'eh
 
Memilih pendapat agama
Memilih pendapat agamaMemilih pendapat agama
Memilih pendapat agama
ardisyam
 
Bahaya anti mazhab
Bahaya anti mazhabBahaya anti mazhab
Bahaya anti mazhab
Luthfi Aliffatuzzain
 
Hukum makan di restoran yang tiada halal jakim
Hukum makan di restoran yang tiada halal jakimHukum makan di restoran yang tiada halal jakim
Hukum makan di restoran yang tiada halal jakim
Ilyana UKM
 
Hukum islam
Hukum islamHukum islam
Hukum islam
Anang Dwi Purwanto
 
Meluasnya perbedaan dalam fiqh
Meluasnya perbedaan dalam fiqhMeluasnya perbedaan dalam fiqh
Meluasnya perbedaan dalam fiqh
friskacaca
 
Rukun al fahmu pt 3
Rukun al fahmu pt 3Rukun al fahmu pt 3
Rukun al fahmu pt 3
Amiruddin Ahmad
 
Fiqh Al Ikhtilaf NU Muhammadiyah
Fiqh Al Ikhtilaf NU MuhammadiyahFiqh Al Ikhtilaf NU Muhammadiyah
Fiqh Al Ikhtilaf NU Muhammadiyah
keiraalifia
 
Manajemen Islam
Manajemen IslamManajemen Islam
Manajemen Islam
Lukman Maulana
 
Fiqhul Ikhtilaf_NU_Muhammadiyah
Fiqhul Ikhtilaf_NU_MuhammadiyahFiqhul Ikhtilaf_NU_Muhammadiyah
Fiqhul Ikhtilaf_NU_Muhammadiyah
Edi Awaludin
 
KE_NU_AN_Manzilul_Ulum.doc
KE_NU_AN_Manzilul_Ulum.docKE_NU_AN_Manzilul_Ulum.doc
KE_NU_AN_Manzilul_Ulum.doc
Manzilul Ulum Kudus
 
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013MohdTajuddin
 

Similar to Hukum sentuh anjing jais (20)

Gerakan pemikiran
Gerakan pemikiran Gerakan pemikiran
Gerakan pemikiran
 
Gerakan pemikiran moden
Gerakan pemikiran modenGerakan pemikiran moden
Gerakan pemikiran moden
 
14. Memahami Aliran -Aliran Dalam Islam.pptx
14. Memahami Aliran -Aliran Dalam Islam.pptx14. Memahami Aliran -Aliran Dalam Islam.pptx
14. Memahami Aliran -Aliran Dalam Islam.pptx
 
Khurafat
KhurafatKhurafat
Khurafat
 
Khurafat 130420025512-phpapp02
Khurafat 130420025512-phpapp02Khurafat 130420025512-phpapp02
Khurafat 130420025512-phpapp02
 
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
 
Agama
AgamaAgama
Agama
 
ANALISIS KEBUDAYAAN ISLAM DR ABU AMEENAH BILAL PHILIPS
ANALISIS KEBUDAYAAN ISLAM DR ABU AMEENAH BILAL PHILIPSANALISIS KEBUDAYAAN ISLAM DR ABU AMEENAH BILAL PHILIPS
ANALISIS KEBUDAYAAN ISLAM DR ABU AMEENAH BILAL PHILIPS
 
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
Jawaban  s oal metodologi studi keislamanJawaban  s oal metodologi studi keislaman
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
 
Memilih pendapat agama
Memilih pendapat agamaMemilih pendapat agama
Memilih pendapat agama
 
Bahaya anti mazhab
Bahaya anti mazhabBahaya anti mazhab
Bahaya anti mazhab
 
Hukum makan di restoran yang tiada halal jakim
Hukum makan di restoran yang tiada halal jakimHukum makan di restoran yang tiada halal jakim
Hukum makan di restoran yang tiada halal jakim
 
Hukum islam
Hukum islamHukum islam
Hukum islam
 
Meluasnya perbedaan dalam fiqh
Meluasnya perbedaan dalam fiqhMeluasnya perbedaan dalam fiqh
Meluasnya perbedaan dalam fiqh
 
Rukun al fahmu pt 3
Rukun al fahmu pt 3Rukun al fahmu pt 3
Rukun al fahmu pt 3
 
Fiqh Al Ikhtilaf NU Muhammadiyah
Fiqh Al Ikhtilaf NU MuhammadiyahFiqh Al Ikhtilaf NU Muhammadiyah
Fiqh Al Ikhtilaf NU Muhammadiyah
 
Manajemen Islam
Manajemen IslamManajemen Islam
Manajemen Islam
 
Fiqhul Ikhtilaf_NU_Muhammadiyah
Fiqhul Ikhtilaf_NU_MuhammadiyahFiqhul Ikhtilaf_NU_Muhammadiyah
Fiqhul Ikhtilaf_NU_Muhammadiyah
 
KE_NU_AN_Manzilul_Ulum.doc
KE_NU_AN_Manzilul_Ulum.docKE_NU_AN_Manzilul_Ulum.doc
KE_NU_AN_Manzilul_Ulum.doc
 
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
 

Hukum sentuh anjing jais

  • 1. MAKLUMBALAS BERKAITAN HUKUM MENYENTUH / MEMEGANG ANJING DAN KEPEKAAN UMAT ISLAM TERHADAP MAKANAN HALAL 1. PENDAHULUAN Tulisan ini dikemukakan untuk tatapan awam sebagai menjawab aduan awam berkaitan tindakan seorang wanita Melayu memegang anjing dan isu kepekaan masyarakat Islam terhadap kepentingan mengambil sumber makanan halal lagi baik. 2. LATAR BELAKANG 2.1. Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menerima aduan awam mengenai satu artikel dalam Akhbar The Star bertarikh 24 April 2010 (Sabtu) menyiarkan seorang wanita Melayu yang giat aktif menyertai secara sukarela satu pertubuhan menyelamatkan binatang terbiar seperti anjing iaitu Society, Prevention, Cruelty dan Animal (SPCA). Aktiviti seorang wanita Melayu Islam memegang seekor anak anjing telah menimbulkan isu kurang senang di kalangan pembaca akhbar tersebut. 2.2. Pengadu iaitu Nora mendakwa Akhbar The Star dianggap telah menghina Islam melalui aktiviti yang telah dilakukan oleh seorang wanita Melayu Islam. Bertitik tolak dari itu, penjelasan lanjut diketengahkan menjurus kepada isu orang Islam memelihara anjing, isu berpegang kepada sesuatu mazhab di samping kepekaan orang Islam termasuk golongan saudara baru terhadap pengambilan makanan halal terutamanya di hotel-hotel.
  • 2. 3. PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH / MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE 3.1 Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam. 3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut : a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya. b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah. 3.3 Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al- Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot . Erti qirot hanya Allah sahaja yang mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
  • 3. 4. PENJELASAN ISU ORANG ISLAM MENGAMBIL JALAN MUDAH TERHADAP SESUATU MAZHAB (BERKAITAN MENYENTUH ANJING / MEMELIHARA ANJING) 4.1 Pada umumnya para ulama berpendapat bahawa orang awam diharuskan berpindah-pindah mazhab dengan syarat-syarat yang tidak menyimpang daripada al-Qur an dan al-Hadith. Ini kerana dalam kes-kes tertentu ulama - ulama Mazhab ini berbeza mengenai perkara yang furu' (cabang) dan bukan perkara asas. Bahkan Imam-Imam Mazhab juga tidak memaksa pengikutnya hanya berpegang kepada pegangannya sahaja. Lazimnya mereka berpindah dari satu mazhab ke mazhab yang empat kerana ada sesuatu kesulitan (masyaqqah) dan ada juga yang berpindah mazhab secara berterusan atau secara sekejap sahaja (kemudian kembali semula ke mazhab asal) adalah diharuskan. 4.2 Isu berpindah-pindah mazhab adalah dibenarkan dengan syarat tidak berlaku talfiq yang diharamkan (berlaku perkara yang tidak diiktiraf oleh ulama Islam). Apakah yang dimaksudkan dengan talfiq? Talfiq di sini bermaksud diharamkan mengumpulkan atau menghimpunkan pendapat ulama di dalam satu masalah. Jika dihimpunkan dua atau tiga pandangan ulama dalam satu masalah, para pelopor mazhab tidak membenarkan dan tidak diakui oleh mazhab tersebut. Contoh, menghimpunkan cara mengambil wuduk mengikut Mazhab Syafie, Hanbali dan Maliki dalam satu ketika adalah tidak dibenarkan. Contoh lain yang lebih mudah difahami. Bolehkah dalam satu waktu seseorang itu memakai tiga jenis pakaian tradisional iaitu Cina, Melayu dan pakaian Panjabi. Ketiga-tiga pelopor pakaian tradisional tersebut tidak mengiktiraf cara pemakaian baju tradisional tersebut. 4.3 Memahami Mazhab Syafie secara umum adalah suatu kewajipan bagi yang berpegang dengan mazhab tersebut. Adapun isu yang timbul dalam masyarakat Islam masa kini ialah mereka tidak mendalami serta memahami
  • 4. sesuatu mazhab itu. Sehingga apabila timbul sesuatu kesulitan, mereka terus berpindah ke sesuatu mazhab (Hanafi) contohnya, tanpa memahami dengan lebih mendalam. Akibatnya mereka terperangkap dalam kekeliruan dan kejahilan di antara dua mazhab tersebut. Situasi ini tidak dibolehkan sama sekali dalam konteks bermazhab. 4.4 Berbalik kepada isu seorang wanita Melayu yang memberi pandangan dibolehkan mengikut Mazhab Maliki ketika menyentuh anjing walaupun terkena air liurnya, adalah bertentangan dengan prinsip berpindah mazhab seperti yang dijelaskan di atas. Di dalam Kitab Majmu Fatawa, halaman 382 secara jelas dinyatakan bahawa tiada seseorang perlu mengikut orang- orang yang tertentu sama ada larangan dan cadangan, selain dari Rasulullah S.A.W. Seorang Islam hendaklah merujuk soalan mereka kepada ulama dan bukan mengikut citarasa tersendiri berdasarkan kecenderungan-kecenderungan tertentu yang tidak bertepatan dengan Syarak. Jumhur ulama Islam membenarkan seseorang itu mengambil keputusan atau pandangan seseorang Imam terhadap sesuatu perkara yang mana dia rasakan lebih baik dari segi komitmen agamanya atau lebih tepat dalam hal-hal yang diselisihkan itu. 4.5 Sementara itu, Syeikh Abd al-Karim al-Khudayr mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menukar pendapatnya semata-mata kerana sesuatu pandangan itu menyenangkannya atau memilih sesuatu pandangan kerana rukhsahnya (keringanan) semata-mata. Sebaliknya umat Islam boleh memilih sesuatu pandangan berdasarkan dalilnya yang terbaik di kalangan yang lain atau pandangan yang lebih benar. (Lihat Majmu Fatawa, halaman 23). 4.6 Sebagai penegasan berdasarkan kenyataan di atas, umat Islam tidak dipaksa mengikut sesuatu pandangan sahaja tanpa mengetahui nas-nas yang memerintahkan untuk melakukan demikian. Mereka dibenarkan memilih pandangan (nas) yang lebih baik dari kalangan Imam (mazhab)
  • 5. yang bersesuaian. Demikian juga umat Islam tidak boleh memilih sesuatu pandangan mazhab kerana rukhsahnya / keringanannnya semata-mata. Jika tidak membuat pemilihan, ikutilah Imam (pemimpin) yang lebih taqwa dan berilmu pengetahuan. Umat Islam dilarang memilih pandangan yang mudah dan sesuai dengan naluri tanpa melihat kepada nas-nasnya terlebih dahulu. 5. KEPEKAAN ORANG ISLAM TERMASUK GOLONGAN SAUDARA BARU TERHADAP KEUTAMAAN MENGAMBIL / MEMILIH MAKANAN HALAL 5.1 Adalah menjadi kewajipan umat Islam memilih makanan yang diyakini dan disahkan halal lagi baik termasuk premis makanan / restoran yang menyelenggarakannya. Islam mengambil berat aspek pemakanan bukan sahaja dari khasiatnya sahaja tetapi juga dari mana sumber asalnya dan daripada apa serta bagaimana ianya dihasilkan bertepatan dengan konsep halalan toyyiba (Surah al-Baqarah 2 : 168, Surah al-Maidah 5 : 88, Surah al-Anfal 8 ; 69 dan Surah al-Nahl 16 : 114). Ini kerana, daripada makanan yang dimakan akan menjadi darah daging dan memberi kesan kepada perlakuan atau tindakan individu. Jika umat Islam tidak prihatin dalam soal memilih jenis makan minum termasuk premis makanan yang disahkan halal, dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam kerana tidak menjaga status makanannya halal atau haram. 5.2 Sebagai sebuah agensi Kerajaan, Jabatan Agama Islam mempunyai bidang kuasa untuk memberi penerangan dan dakwah dari semasa ke semasa kepada umat Islam dan mengingatkan mereka supaya sentiasa berhati-hati dalam urusan pengambilan sumber makanan yang halal lagi baik. Tidak terkecuali kepada golongan saudara baru yang dilihat perlukan sokongan moral yang kuat daripada seluruh umat Islam. Namun, nasihat dan teguran secara hikmah daripada orang ramai amat diperlukan dalam pelbagai aspek supaya semua orang Islam dan termasuk golongan saudara
  • 6. baru memahami aspek-aspek Syariah mengikut cara yang sebenar. Oleh itu, perlu ditegaskan adalah menjadi satu tanggungjawab dan kewajipan kepada semua orang Islam untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah sama ada melalui tulisan, secara lisan atau melalui teladan yang baik. Kerana sesungguhnya kerja-kerja dakwah tidak hanya dibebankan kepada Jabatan Agama Islam sahaja. Sebaliknya semua orang Islam berhak melaksanakan usaha dakwah dengan apa cara sekalipun sehingga ajaran Islam tersebar ke seluruh pelusuk alam. 6. PENUTUP Sebagai sebuah agensi agama yang menjaga kemaslahatan umat Islam di Negeri Selangor, JAIS menggesa supaya: 6.1 Media massa dan media cetak khasnya Akhbar The Star untuk tidak mengulangi paparan isu-isu yang boleh menyentuh sensitiviti agama Islam dan yang berkaitan orang Islam secara semberono. Kerana sesungguhnya tulisan yang boleh menimbulkan sensitiviti umat Islam tidak menguntungkan semua pihak. Malah jika tidak dibendung, ianya boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. 6.2 Para ulama yang mempunyai autoriti dalam mengemukakan pandangan perlu dirujuk dalam menanggapi persoalan semasa dan tidak sewenang- wenangnya setiap individu mengemukakan idea dan pandangan tanpa berlandaskan nas atau keterangan yang tepat, jelas dan berwibawa lebih- lebih lagi dalam hal-hal yang bersangkutan dengan taklid mazhab. 6.3 Umat Islam diingatkan berhati-hati dalam konteks pengambilan sumber makanan yang halal lagi baik supaya menjamin kesihatan dan mendapat keberkatan dalam hidup.
  • 7. Disediakan oleh : Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor 18 Mei 2010 / 4 Jamadilakhir 1431H