2. PENDAHULUAN
◦ Perniagaan adalah perhubungan di antara produk atau perkhidmatan
dengan bakal pelanggan atau pelanggan yang sedia ada
◦ Peniaga perlu menjaga hubungan baik dengan pelanggan kerana
pelanggan mengakibatkan transaksi perniagaan berlaku
◦ Hubungan dengan pelanggan yang baik dan kukuh tidak bermakna
pelanggan akan terus berkerjasama dengan pembekal pada jangka
masa yang panjang, tetapi peluang pelanggan untuk mengesyorkan
perkhidmatan atau produk syarikat kepada orang lain
4. 4.1 Kenali Pelanggan
dengan Lebih Rapat
• Pelanggan akan lebih membeli ke perniagaan orang yang mereka kenali
dan lebih menghargainya
• Lebih kerap bertanyakan kepada pelanggan bahawa adakah perniagaan
atau perkhidmatan yang mereka jalankan ini memuaskan hati mereka
atau ada aspek yang perlu ditambah baik.
• Mengadakan acara yang istimewa untuk menghargai para pelanggan
seperti hari bertemu pelanggan dan sebagainya
• Mewujudkan pengkalan data untuk merekodkan segala hubungan
pengguna dengan perniagaan yang dijalankan
5. 4.2 Sentiasa Berkomunikasi
dengan Pelanggan
• Peniaga perlu bijak menggunakan pelbagai platform untuk
berkomunikasi dengan para pelanggan
• Menumpukan kepada alat komunikasi dua hala seperti panggilan
telefon
• Menggalakkan pelanggan memberikan sebarang komen sama ada
yang negatif atau positif ke atas produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan
• Menerima segala cadangan atau kritikan oleh pelanggan dengan hati
yang terbuka
6. 4.3 Sentiasa Bersikap Jujur
dengan Pelanggan
• Kejujuran dan integriti adalah kunci untuk membina hubungan
jangka panjang dengan pelanggan
• Peniaga perlu sentiasa berpegang pada janji
• Jujur mengenai setiap masalah yang dihadapi berkaitan produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan
• Hal ini akan menyebabkan pelanggan menganggap mereka menjadi
keutamaan dan penting dalam perniagaan dan perkhidmatan yang
dijalankan
• Peniaga perlu sentiasa mengakui kesilapan
7. KESIMPULAN
• Kesimpulannya, hubungan yang baik dengan pelanggan
merupakan salah satu etika dalam perniagaan yang perlu
dipatuhi
• Etika sangatlah diperlukan dalam segala amalan sepanjang
perniagaan
• Jika etika yang baik ditunjukkan, maka apa pun yang dilakukan
akan memberikan kesan yang positif kepada perniagaan
• Hubungan peniaga dengan pelanggan perlu dijaga agar
perniagaan menjadi lebih harmoni serta mendatangkan
keuntungan kerana pelanggan merupakan pembawa rezeki
kepada peniaga