SlideShare a Scribd company logo
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI
2014
SEMESTER JANUARI 2014
HBAE 3103
KRAF TRADISIONAL
NAMA : SURAYA BT MOKTAR
NO. MATRIKULASI : 781201010578001
NO. KAD PENGENALAN : 781201010578
NO. TELEFON : 0196788990
E-MEL : jle8990@yahoo.com.my
PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI
2014
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka surat
1.Pengenalan 1
2. Latar belakang kraf tradisional 2
3. Asal usul sejarah kraf & Hasil seni dan utiliti 3
4. Proses penggarapan motif dalam seni ukiran 4
5. Pandangan Islam mengenai kesenian 5
6. Ciri-ciri kesenian Islam 6
7. Analisa Keunikan dan Kesepaduan kesenian Islam dan Melayu 7,8,9
8. Falsafah dan makna dalam seni 10
9. Kesimpulan 11
6. Rujukan 12
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI
2014
1.0PENGENALAN
.
1.1 DEFINISI KRAF TRADISIONAL
KRAF bererti apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau
tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau
sebahagian kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun
dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau di mana-mana bahagian.
(Akta 222-Akta Perbadanan Kemajuan kraf tangan Malaysia 1979)
TRADISIONAL menurut atau merupakan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu
generasi.
KRAF TRADISIONAL bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam
menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat
tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan lain-lain
lagi.
Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita
satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini
jelas tercermin melalui bentuk, gaya sifat, garis, gerak dan warnanya.
Barang-barang kraf ini dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu. Bahan
yang digunakan tidak terhad. Kebanyakkan barang-barang ini pada asalnya dihasilkan adalah
untuk kegunaan harian atau sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha
mencipta bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk tujuan kegunaan tetapi juga
penghasilan bahan yang indah untuk berbagai-bagai tujuan.
Seni Melayu ini adalah penjelmaan unsur-unsur dari alam semula jadi kepada satu bentuk
seni rupa. Karya ini terhasil daripada pengamatan dan pemikiran penciptaannya yang
dijelmakan melalui impian, seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan
alam.
-1-
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI
2014
Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang melayu dengan
kepercayaannya iaitu islam. Mereka menganggap alam ini sebagai suatu hiasan yang
berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementara di dunia dan kehidupan kekal di akhirat.
Dari kesedaran ini kahirlah ciptaan yang bukan sahaja sebagai fungsi tetapi memenuhi
keperluan kehidupan dunia yang amat rapat kaitannya dengan akhirat.
2.0 LATAR BELAKANG KRAF TRADISIONAL
Perbezaan dalam menggarap, mentafsir dan memberikan sesuatu kepuasaan dalam
pembuatan kesenian telah menambahkan keanekaragaman dalam hasil seni. Ciptaan-ciptaan
seni ini merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka dan digunakan sebagai kehidupan
harian.
Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menunjukkan pengaruh islam dalam penghasilannya.
Penggunaan ragam hias dan motif dalam sesuatu penghasilan kraf ini jelas menunjukkan ciri-
ciri keislaman.
Kesenian dan keaslian ragam hias yang terdapat dalam kraf tradisional tidak berubah dan
tetap kekal dari dahulu hingga kini walaupun negara telah dijajah oleh kuasa asing. Justeru
itu kraf tangan ini melambangkan jati diri rakyat Malaysia kerana kraf itu masih ada lagi
sehingga kini. Inilah warisan yang perlu dilestarikan oleh generasi masa kini.
Pemikiran kreatif mereka dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek yang
memperlihatkan aspek budaya, setetik dan fungsi. Antara peralatan objek atau produk yang
amat kaya dengan nilai dari aspek budaya, estetik dan fungsi ialah yang melibatkan
kelengkapan domestik, tempat kediaman, alat muzik, alat permainan, alat perburuan dan
kenderaan.
3.0 ASAL USUL SEJARAH KRAF
• Alat mempertahankan diri seperti keris yang memang dijadikan senjata untuk
mempertahankan diri ketika diserang musuh oleh orang-orang terdahulu.
-2-
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI
2014
• Alat perhiasan iaitu tepak sirih digunakan sebagai adat untuk menyambut tetamu. Kini
pula digunakan untuk upacara merisik, bertunang dan nikah.
• Alat muzik seperti gendang merupakan alat yang menjadi hiburan masyarakat
Malaysia pada zaman dahulu. Gendang berfungsi dalam dalam meraikan majlis
keramaian dan juga bertujuan untuk menghiburkan suasana sesuatu upacara atau
perayaan.
• Alat rekreasi pada zaman dahulu dijadikan sebagai sumber untuk bersosial iaitu untuk
menghubungkan masyarakat. Alat permainan seperti bola raga yang terdapat unsur
anyaman kerap dimainkan masyarakat ketika itu. Selain itu Wau Bulan yang terkenal
di negeri Kelantan dan Wau Burung di negeri Terengganu juga turut merupakan antara
alat permainan masyarakat zaman dahulu.
• Alat upacara keagamaan kraf tradisional juga turur diguna pakai pada zaman dahulu.
Ada acara keagamaan ada yang menggunakan patung atau boneka untuk dipuja
sebagai dijadikan sebagai menjaga keamanan setempat. Selain itu wayang kulit
dijadikan acara persembahan dalam sesebuah majlis untuk menghiburkan masyarakat.
4.0 HASIL SENI DAN UTILITI
Setiap hasil kraf mempunyai keunikannya yang tersendiri. Penghasilan kraf ini disesuaikan
dengan bahan tertentu. Penghasilan menggunakan buluh, nipah dan daun pandan
menunjukkan keunikannya. Begitu juga dengan penciptaan ragam hias dan ragam bentuk
yang mempunyai bentuk geometri. Contohnya pada anyaman tikar mengkuang dan pandan.
Penghasilan jalur-jalur dan garisan panjang merupakan identiti atau ciri dan dijadikan satu
teknik dalam penghasilan tikar. Penghasilan keris melambangkan kepahlawanan Melayu.
-3-
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI
2014
5.0 SENI UKIRAN
Seni ukiran merupakan satu prosesmenggunakan pahatuntuk menoreh , menggores, memahat
dan membuat reka bentuk pada kayu atau barang perhiasan. Seni ukiran adalah seni kraf yang
telah lama wujud dikalangan masyarakat melayu. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui
ukiran kayu, simen atau batu, logam dan sebagainya. Sejarah melayu mengatakan seni ukiran
telah wujud sejal 500 tahun dahulu. Ukiran-ukiran ini banyak terdapat di istana-istana dan
rumah kediaman.
6.0 PROSES PENGGARAPAN MOTIF DALA SENI UKIRAN
Motif yang digunakan dalan seni ukiran banyak dipengaruhi daripada unsur-unsur alam
sekitar dan cara hidup masyarakat. Pengukir banyak dipengaruhi dengan adat resam, agama,
kepercayaan, iklim dan persekitaran. Antara unsur-unsur yang digunakan dalam ukiran ialah:
a) Unsur flora
Unsur flora merupakan unsur yang sangat penting dalam seni ukiran tradisional kerana unsur
flora menunjukkan motif hiasan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Kebiasaannya
tumbuhan menjalar motif kerana sulur pautnya yang lembut dan menjalar mudah diubah suai
mengikut kreativiti pengukir.
Contoh unsur flora seperti sulur dan daun, motif daun keladi, motif bunga melur. Motif ini
banyak terdapat di istana dan kediaman.
b) Unsur fauna
Unsur fauna adalah adaptasi darpada haiwan yang membawa maksud kegagahan, keberanian,
kekuatan dan kepahlawanan. Pengukir menjelmakan ilham bukan bersifat penuh haiwan.
Motif fauna tidak digalakkan Islam kerana tidak boleh dijadikan barang perhiasan.
Contoh motif fauna seperti itik pulang prtang, motif kepala cicak dan motif ayam berlaga.
Motif ini diambil daripada kehidupan haiwan tersebut.
-4-
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI
2014
c) Unsur arabes
Motif arabes ini menunjukkan motif berulang dengan penerapan unsur geometri yang
melibatkan pelbagai bentuk seperti flora, fauna, geometri dan kaligrafi. Kebanyakkan motif
arabes ini digunakan pada dinding masjid. Lubang-lubang udara yang digunakan dirumah dan
bangunan kebanyakannya menggunakan motif arabes, terutama di masjid.
d) Unsur geometri
Unsur ini adalah corak yang berulang-ulang berdasarkan bentuk geometri. Bentuk geometri
yang biasa digunakan dalam seni ukiran ialah bulatan, segiempat, segitiga dan poligon. Asas
segitiga menjadi asas kepada motif pucuk rebung. Selain itu digunakan juga pada alang pintu,
pemidang dan jeriji tingkap.
7.0 PANDANGAN ISLAM MENGENAI KESENIAN
Islam diturunkan untuk memenuhi fitrah dan keperluan manusia. Jiwa manusia mempunyai 6
elemen iaitu agama, intelek, etika, estitika, sosial dan rasa diri. Dalam kehidupan seharian
manusia tidak terlepas daripada mencari dan memilih sesuatu yang indah dan baik dalam
berpakaian, menghias diri, rumah dan benda-benda lain. Ajaran islam meliputi hubungan
manusia dengan Allah (hablun minaallah) dan hubungan manusia sesama manusia (hablum
al-Nas).
Kesenian Islam adalah kesinambungan daripada kesenian pada zaman silam yang telah
berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah s.w.t kesenian
Islam memiliki khazanah sejarahnya yang unik. Kesenian iIslam terus berkembang dalam
bentuk dan falsafahnya yang berorientasikan sumber Islam yang menitikberatkan kesejajaran
dengan tuntutan tauhid dan syara'.
Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada seluruh manusia tanpa mengenal
bangsa yang bersumberkan Al Quran dan As sunanah. Islam adalah agama yang nyata dan
sesuai dengan fitrah manusia, pada semuatempat, zaman dan situasi menepati citarasa,
-5-
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI
2014
kehendak, sifat, keinginan, nafsu dan keinginan manusia terbenamnyarasa sukakan keindahan
dan keindahan itulah seni.
Sukar untuk mentakrif seni secara tepat dan juga untuk menerangkan konsep keindahan seni
itu. Al-Farabi menjelaskan seni ciptaan bebentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan
seni adalah kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.
8.0 CIRI-CIRI KESENIAN ISLAM
1. Mengandungi Unsur Keindahan
Sabda Rasulalah S.A.W bermaksud:
“Sesungguhnya Allah itu maha indah dan sukakan keindahan”
Keindahan itu bukan terletak pada objek seni tersebut, sebaliknya ia mampu menimbulkan
rasa menyenangkan atau kepuasan kepada pencipta dan penikmat objek itu.
2. Mengandungi Unsur Moral dan Akhlak
Menurut Islam seni dan moral saling berkait rapat antara satu sama lain. Allah
memerintahkan supaya manusia melakukan perkara baik dan melarang daripada melakukan
perkara mungkar.
3. Mempunyai Ciri-ciri Kepelbagaian dalam Kesatuan
Islam adalah agama universal dan dianuti oleh pelbagai bansgsa. Perbezaan bangsa dan
budaya membentuk kelainan dari sudut kesenian yang dihasilkan. Ciri-ciri kepelbagaian
dalam kesatuan ini juga dapat dilihatdalam bentuk perancangan bandar-bandar islam,
institusi-intitusi keagamaan dan bangunan pelbagi fungsi. Elemen-elemen ini mempunyai
hubungan yang tersendiri dengan tauhid.
4. Mempunyai Hubungan antara Agama, Etika dan Estetika
Islam dengan nilai-nilai etikanya menjadi asas kepada pembinaan hasil karya seni sehingga
ukuran keindahan bukan dilihat dari sudut luaran atau bentuk material. Seni dianggap sebagai
imitation (peniruan), play (permainan), emphaty (kemahiran), communication (komunikasi),
-6-
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI
2014
expression (pernyataan) dan experience (pengalaman). Seni juga tiada hubungan dengan
seniman. Oleh itu ia boleh mengikut aliran nihilisme, realisme, sosialis, hedonisme,
existentialisme, romantisisme, humanisme sekular dan lain-lain.
9.0 ANALISIS KEUNIKAN DAN KESEPADUAN KESENIAN ISLAM DAN MELAYU
9.1 Proses penggarapan idea di dalam kesenian islam merupakan perkara yang penting. Motif
merupakan salah satu medium penggarapan idea. Motif yang digunakan dalam kesenian
adalah lebih kurang sama, kemungkinan yang berbeza adalah dari segi nama. Kebanyakan
pengukir suka menggunakan motif flora dan fauna iaitu sumber alam. Contohnya motif
pokok kopi, bunga cengkih, daun sirih dan sulur kacang. Penggunaan sesuatu motif itu
mempunyai sesuatu maksud contohnya motif sulur daun yang jatuh melempai mencerminkan
ketaan dan kepatuhan kepada perintah yang satu. Motif bunga yang harum dan wangi
digambarkan sebagai kehalusan budi dan keakraban seperti corak pada bunga setaman.
Manakala motif fauna pula membawa erti kekuatan dan kepahlawanan. Contoh motif pada
burung Balam yang membawa maksud kehidupan rumahtangga atau keluarga yang harmoni.
Selain motif flora dan fauna, motif kaligrafi sering digunakan dalam ukiran. Tulisan khat di
ukir dan dibingkaikan. Motif kaligrafi ini selalunya memuji kebesaran Allah dan
mengagungkan kebesaran Allah. Banyak digantung pada dinding masjid dan sebagai
perhiasan di rumah.
Motif arabes mempunyai gabungan dalam motif kaligrafi. Motif arabes adalah corak berulang
dan motifnya tersusun dalam gabungan bentuk geometri.
Motif arabes ini mempunyai konsep matematik iaitu berdasarkan bentuk, jarak dan saiz sama.
Motif arabes ini adalah motif yang tiada kesudahannya dan sentiasa bersambung dan tiada
permulaannya. Ini dapat di kaitkan dengan ilmu ketauhidan iaitu umat Islam mestilah
sentiasa beribadat kepada Allah dan memohon ketaqwaan kepadaNya secara berterusan.
Motif kosmologi pula melibatkan persekitaran alam seperti matahari, bulan, bintang dan
awan. Pergerakan awan yang tiada kesudahan menjelmakan ilham motif awan larat yang
membawa maksud sama.
-7-
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI
2014
Menurut Halim (1986), Awan Larat sebagai satu bentuk ukiran berlangkar-lingkar, meleret-
leret dan berpiuh-piuh seperti awan berarak. Motif ini menjadi tanda dan kehalusan budi
pekerti kehidupan masyrakat Melayu yang penuh beradat dan kesopanan. Motif awan larat ini
selalu digunakan pada ukiran pintu dan dinding rumah. Motif flora banyak digunakan dalam
ukiran awan larat.
9.2 Proses Mentafsir Idea
Seni ukiran yang menggunakan motif yang pelbagai mempunya maksud yang tersendiri yang
berkaitan dengan kehidupan harian masyarakat dan nilai keagamaan.
• Seni ukiran kaligrafi yang diganung pada dinding bukan sahaja bertujuan sebagai
hiasan tetapi digunakan sebagai salah satu cara menghalau makhluk halus. Tulisan
kaligrafi yang mengandungi ayat Al Quran diletakkan di pintu dan dinding
menghalang jin dari memasuki rumah. Selain itu dari konsep tauhid kaligrafi
digunakan untuk menjadikan manusia merapatkan diri kepada Allah.
• Songket dan batik juga turut dijadikan bahan perhiasan diri seperti dijadikan
tengkolok. Tengkolok merupakan perhiasan bagi lelaki dan menunjukkan herarki
pangkat seseorang. Pada masa dahulu tengkolok digunakan oleh orang
bangsawan.Namun begitu tengkolok pada masa kini digunakan untuk majlis-majlis
perkahwinan dan majlis-majlis keraian.
• Motif flora dan fauna banyak terdapat pada hulu keris. Keris sering digunakan oleh
pahlawan pada zaman dahulu yang digunakan untuk mempertahankan diri. Ukiran
yang terdapat hulu keris dan sarungnya memberi banyak makna antaranya kekuatan
pada yang empunya keris.
• Seni anyaman pada tudung saji memerlukan ketelitian dan pengiraan matematik yang
betul. Tudung saji memerlukan anyaman yang rapat-rapat agar lalat atau semmut tidak
dapat masuk kedalam makanan yang telah bertutup. Dalam Islam menjaga kebersihan
itu adalah dituntut kerana kebersihan itu sebahagian daripada iman.
-8-
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI
2014
9.3 Pengaruh dalam memberi makna
Seni ukiran memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkan ukiran yang halus dan
cantik. Ukiran yag bermotifkan sulur daun atau awan larat memerlukan kesabaran untuk
memahat dan menyilat kayu tersebut. Berkat kesabaran itulah maka akan terhasil bentuk
ukiran yanb menarik. Disamping itu dapat melatih seseorang itu bersikap sabar yang memang
dituntut oleh Islam.
Seni membuat tembikar perlukan ketelitian dan kelembutan tangan. Tembikar yang
dihasilkan mempunyai teknik pembuatannnya yang tersendiri serta dipengaruhi oleh budaya
latar belakang si pembuat. Motif yang digunakan dalam pembuatan tembikar adalah flora dan
fauna. Tembikar seperti labu sayong digunakan untuk menyimpan air. Kebijaksanaan
membolehkan si pengukir befikir untuk menjadi sesuatu hasil seni itu boleh dipelbagaikan.
Sifat kreatif juga membawa makna yang tersirat dalam menghasilan sesuatu karya, contoh
menggabungkan beberapa motif dalam sesuatu hasil seni seperti motif fauna dan arabes
dalam pembuatan wau. Perancangan yang teliti membolehkan motif disusun dengan menarik.
Ini akan menghasilkan hasil seni yang kreatif dan menarik.
10.0 FALSAFAH DAN MAKNA DALAM SENI
Sejarah telah membuktikan bahawa kesenian Islam berbeza dengan kesenian lain. Kesenian
Islam dihasilkan berlandaskan kepercayaan kitab Al-Quran dan juga A-Sunnah.
Menurut Al-Faruqi
Setiap motif 'Arabesque' dengan apa sahaja medium adalah penegasan kebenaran estetika
yang tiada tuhan melainkan Allah.
Kebanyakan karya-karya seni Islam adalah bersifat peniruan terhadap ciptaan Tuhan tetapi
dengan tujuan untuk mempelajari, memahami dan menginsafkan diri kepada pencipta.
Konsep keindahan ini adalah bertujuan agar dapat merapatkan lagi ketakwaan kepada yang
esa.
Menurut Abdullah Mohamad (Nakula), falsafah seni melayu lebih menekankan aspek asal-
usul motif ukiran kayu berlandaskan konsep ketuhanan dan alam. Beliau juga berpendapat
bahawa setiap kejadian perlu berpandukan asal-usul dan penciptanya.
-9-
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI
2014
Dalam konsep falsafah ini mampu menjadikan seseorang itu berjiwa halus dan sensitif
kepada alam sekitar.
Kebanyakkan motif flora dan fauna yang diukir menunjukkan kesyukuran kepada alam
ciptaan Allah.
Dalam tradisi lisan Melayu, kehalusan serta ketertiban falsafah seni yang bersandarkan tauhid
terselah melalui piagam estetik ukiran kayu yang berbunyi;
Tumbuhan berpunca, Punca penuh rahsia,
Tumbuhan tidak menunjukkan lawan,
Memanjat tidak memaut kawan,
Tapi melenkar penuh mesra.
(Aziz Deraman-1983)
Unsur flora dalam seni ukiran yang tersirat dalam falsafah tersebut adalah perhubungan
dalam masyarakat sangat akrab dan menghormati. Unsur motif tersebut memang menjadi
amalan kehidupan masyarakat pada zaman dahulu.
Al-Ahmadi (1997) menegaskan bahawa pandangan Melayu mengalami anjakan besar
daripada mitologikal-anamistik kepada rasional dan fisiokal. Kedatangan Islam di kepulauan
Nusantara abadke -13 telah mengubah pemikiran, falsafah orang-orangMelayu dalam aspek
kehidupan termasuk kesenian.
Kedatangan Islam mengubah cara orang Melayu melahirkan karya seni mereka. Segala apa
yang dihasilkan pasti ada maksud disebaliknya yang berlandaskan islam.
kata-kata bijak pandai (hukama'). Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda
Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya kunci
rezeki".Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana
tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan"
Kemahiran menulis khat adalah anugerah Allah. Mereka yang pandai menulis khat ini boleh
memberi pulangan rezeki kepada seseorang.
Riwayat Hadis Muslim,"Allah itu indah dan sukakan akan keindahan", merupa pengangan
kuat kepada para seniman yang menyatakan bahawa Islam boleh berganjak untuk
menghasilkan pengolahan karya seni, kerana karya-karya seni adalah melahirkan nilai indah.
sebenarnya, keindahan yang dimaksudkan lebih kepada keindahan batiniah yang terkandung
dalam jiwa manusia.
-10-
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI
2014
Manakala keindahan itu adalah manifestasi kepada salah satu sifat-sifatNya (Allah), memiliki
bermakna menghargai dan mencintai sifat-sifat Allah. Umapanya seperti dinyatakan oleh Al-
Ghazali bahawa keindahan pada seni bina Islam adalah memancarkan keharmonian jiwa
seniman itu sebagai lambang kemurnian akhlak dan ilmu terhadap Allah SWT.
11.0 KESIMPULAN
Kraft tangan melambangkan jati diri rakyat Malaysia .Kraf tangan masyarakat peribumi ini
adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan dengan alam
Melayu.Sumber proses pembutan juga mudah didapati di persekitaranya.Namun keunikan
yang terserlah ialah pemikiran kreatif mereka dalam dalam mengolah dan mengubah
barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya,estetika dan fungsi kraf tradisional
Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Kraf tradisonal amat penting dalam kehidupan seharian. Penerapan Islam dalam sesuatu
unsur seni akan menzahirkan lagi keindahan sesuatu hasil seni itu. Kraf seni tradisional ini
perlu dillestarikan agar menjadi hasil seni warisan turun temurun di negara kita. Kraf ini juga
merupakan aset negara yang amat bernilai.
-11-
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI
2014
RUJUKAN
Abdullah bin Mohamed, (Nakula)(1985),Seni Bina Islam Aplikasi di Malaysia, Warisan
Kelantan IV, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan: Kota Bharu.
Khairuddin Talib,( 2011), HBAE3103 Kraf Tradisional.Selangor
Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Zailani Yaacob & Azimah, (2011). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4&5.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd
Abdul Halim Nasir,(1996),Ukiran Kayu Melayu Tradisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Kathleen Chee,(2008),Pendidikan Seni Visual SPM, Kuala Lumpur: Pelangi Publishing
Group Sdn. Bhd
-12-
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI
2014

More Related Content

What's hot

Jenis corak terancang
Jenis corak terancangJenis corak terancang
Jenis corak terancang
ArifahAzlanShah2
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapmanaliasafia
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuMazliza Suleiman
 
59848873 latar-belakang-seni-catan
59848873 latar-belakang-seni-catan59848873 latar-belakang-seni-catan
59848873 latar-belakang-seni-catanAzlishakara Yahaya
 
Proses Kreativiti
Proses KreativitiProses Kreativiti
Proses Kreativiti
Syaza Yasmin
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKASEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKARafiza Diy
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambar
Siti Rohayu Rohan
 
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualStrategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
shiemah
 
21963733 apresiasi-seni
21963733 apresiasi-seni21963733 apresiasi-seni
21963733 apresiasi-seniEvelyna Usun
 
Bidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaanBidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaan
Nur Aisya
 
Aktiviti Diorama (Bahasa Seni Visua)
Aktiviti Diorama (Bahasa Seni Visua)Aktiviti Diorama (Bahasa Seni Visua)
Aktiviti Diorama (Bahasa Seni Visua)
aina_athirah
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanLinda Midy
 
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarPengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Angel Spaghcoroni
 
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah RendahKepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Erica Leenya
 
Teknik kolograf
Teknik kolografTeknik kolograf
Teknik kolograf
aina_athirah
 
Jenis jenis dan fungsi kraf traditional
Jenis jenis dan fungsi kraf traditionalJenis jenis dan fungsi kraf traditional
Jenis jenis dan fungsi kraf traditionalPika Osman
 
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Nik Mohamad Al-Fazil
 

What's hot (20)

Jenis corak terancang
Jenis corak terancangJenis corak terancang
Jenis corak terancang
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapman
 
Psv3105
Psv3105Psv3105
Psv3105
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
59848873 latar-belakang-seni-catan
59848873 latar-belakang-seni-catan59848873 latar-belakang-seni-catan
59848873 latar-belakang-seni-catan
 
Proses Kreativiti
Proses KreativitiProses Kreativiti
Proses Kreativiti
 
PSV 3107
PSV 3107PSV 3107
PSV 3107
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKASEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambar
 
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualStrategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
 
21963733 apresiasi-seni
21963733 apresiasi-seni21963733 apresiasi-seni
21963733 apresiasi-seni
 
Bidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaanBidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaan
 
Aktiviti Diorama (Bahasa Seni Visua)
Aktiviti Diorama (Bahasa Seni Visua)Aktiviti Diorama (Bahasa Seni Visua)
Aktiviti Diorama (Bahasa Seni Visua)
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
 
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarPengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
 
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah RendahKepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
 
Teknik kolograf
Teknik kolografTeknik kolograf
Teknik kolograf
 
Jenis jenis dan fungsi kraf traditional
Jenis jenis dan fungsi kraf traditionalJenis jenis dan fungsi kraf traditional
Jenis jenis dan fungsi kraf traditional
 
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
 
Seni catan-cina
Seni catan-cinaSeni catan-cina
Seni catan-cina
 

Viewers also liked

KERTAS KERJA Bengkel pensil warna
KERTAS KERJA Bengkel pensil warnaKERTAS KERJA Bengkel pensil warna
KERTAS KERJA Bengkel pensil warnaCikgu Hayati
 
8.1 sistem sokongan haiwan
8.1 sistem sokongan haiwan8.1 sistem sokongan haiwan
8.1 sistem sokongan haiwan
Ong Chee Kiong
 
Kertas kerja pameran seni visua
Kertas kerja pameran seni visuaKertas kerja pameran seni visua
Kertas kerja pameran seni visuaFerdaus Ahmad
 
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAssignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Ahmad NazRi
 
Panduan pengajaran dunia seni visual Tahun 3 KSSR
Panduan pengajaran dunia seni visual Tahun 3 KSSRPanduan pengajaran dunia seni visual Tahun 3 KSSR
Panduan pengajaran dunia seni visual Tahun 3 KSSRNorfazida Mardi
 
Kertas kerja psv 2015
Kertas kerja psv 2015Kertas kerja psv 2015
Kertas kerja psv 2015
Cikgu Hayati
 

Viewers also liked (6)

KERTAS KERJA Bengkel pensil warna
KERTAS KERJA Bengkel pensil warnaKERTAS KERJA Bengkel pensil warna
KERTAS KERJA Bengkel pensil warna
 
8.1 sistem sokongan haiwan
8.1 sistem sokongan haiwan8.1 sistem sokongan haiwan
8.1 sistem sokongan haiwan
 
Kertas kerja pameran seni visua
Kertas kerja pameran seni visuaKertas kerja pameran seni visua
Kertas kerja pameran seni visua
 
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAssignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
 
Panduan pengajaran dunia seni visual Tahun 3 KSSR
Panduan pengajaran dunia seni visual Tahun 3 KSSRPanduan pengajaran dunia seni visual Tahun 3 KSSR
Panduan pengajaran dunia seni visual Tahun 3 KSSR
 
Kertas kerja psv 2015
Kertas kerja psv 2015Kertas kerja psv 2015
Kertas kerja psv 2015
 

Similar to Hbae3103 kraf tradisional

Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Norafsah Awang Kati
 
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENIHBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
muhammad
 
Ukiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONAL
Ukiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONALUkiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONAL
Ukiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONAL
muhammad
 
Kraf Ukiran
Kraf UkiranKraf Ukiran
Kraf Ukiranlouisia
 
Seni hbae3103
Seni hbae3103 Seni hbae3103
Seni hbae3103
miza7272
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Fairuz Alwi
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
Tika Mazda
 
Kalpataru no 11 majalah arkeologi
Kalpataru no 11   majalah arkeologiKalpataru no 11   majalah arkeologi
Kalpataru no 11 majalah arkeologi
Danar Arief Soemartono
 
Evolusi bentuk dan makna dalam simbolisme seni bina dr. sabrizaa
Evolusi bentuk dan makna dalam simbolisme seni bina dr. sabrizaaEvolusi bentuk dan makna dalam simbolisme seni bina dr. sabrizaa
Evolusi bentuk dan makna dalam simbolisme seni bina dr. sabrizaaPiong Chin
 
Sejarah Tradisi Islam Nusantara
Sejarah Tradisi Islam NusantaraSejarah Tradisi Islam Nusantara
Sejarah Tradisi Islam Nusantara
Baitinnajmah
 
seni ornamen dari sulawesi
seni ornamen dari sulawesiseni ornamen dari sulawesi
seni ornamen dari sulawesi
Sekar Arum
 
Seni rupa moden kontemporer indonesia
Seni rupa moden kontemporer indonesiaSeni rupa moden kontemporer indonesia
Seni rupa moden kontemporer indonesiaArif Burhan
 
Tugas makalah (wawasan nusantara) harits
Tugas makalah (wawasan nusantara) haritsTugas makalah (wawasan nusantara) harits
Tugas makalah (wawasan nusantara) haritsRietz Wiguna
 
Syarifudin, qasidah 2013
Syarifudin, qasidah 2013Syarifudin, qasidah 2013
Syarifudin, qasidah 2013Syarifudin Amq
 
Ambon-1 Syarifudin, qasidah 2013
Ambon-1 Syarifudin, qasidah 2013Ambon-1 Syarifudin, qasidah 2013
Ambon-1 Syarifudin, qasidah 2013Syarifudin Amq
 
Penghasilan lakaran motif ukiran dimensi baharu bertemakan flora dengan mengg...
Penghasilan lakaran motif ukiran dimensi baharu bertemakan flora dengan mengg...Penghasilan lakaran motif ukiran dimensi baharu bertemakan flora dengan mengg...
Penghasilan lakaran motif ukiran dimensi baharu bertemakan flora dengan mengg...
University Education Sultan Idris
 

Similar to Hbae3103 kraf tradisional (20)

Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
 
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENIHBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
 
Ukiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONAL
Ukiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONALUkiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONAL
Ukiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONAL
 
Kraf
KrafKraf
Kraf
 
Kraf Ukiran
Kraf UkiranKraf Ukiran
Kraf Ukiran
 
Seni hbae3103
Seni hbae3103 Seni hbae3103
Seni hbae3103
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Kalpataru no 11 majalah arkeologi
Kalpataru no 11   majalah arkeologiKalpataru no 11   majalah arkeologi
Kalpataru no 11 majalah arkeologi
 
Evolusi bentuk dan makna dalam simbolisme seni bina dr. sabrizaa
Evolusi bentuk dan makna dalam simbolisme seni bina dr. sabrizaaEvolusi bentuk dan makna dalam simbolisme seni bina dr. sabrizaa
Evolusi bentuk dan makna dalam simbolisme seni bina dr. sabrizaa
 
Sejarah Tradisi Islam Nusantara
Sejarah Tradisi Islam NusantaraSejarah Tradisi Islam Nusantara
Sejarah Tradisi Islam Nusantara
 
seni ornamen dari sulawesi
seni ornamen dari sulawesiseni ornamen dari sulawesi
seni ornamen dari sulawesi
 
tamadun di asia
tamadun di asiatamadun di asia
tamadun di asia
 
Seni rupa moden kontemporer indonesia
Seni rupa moden kontemporer indonesiaSeni rupa moden kontemporer indonesia
Seni rupa moden kontemporer indonesia
 
Sarung tenun asal desa masalili
Sarung tenun asal desa masaliliSarung tenun asal desa masalili
Sarung tenun asal desa masalili
 
Sarung tenun asal desa masalili
Sarung tenun asal desa masaliliSarung tenun asal desa masalili
Sarung tenun asal desa masalili
 
Tugas makalah (wawasan nusantara) harits
Tugas makalah (wawasan nusantara) haritsTugas makalah (wawasan nusantara) harits
Tugas makalah (wawasan nusantara) harits
 
Syarifudin, qasidah 2013
Syarifudin, qasidah 2013Syarifudin, qasidah 2013
Syarifudin, qasidah 2013
 
Ambon-1 Syarifudin, qasidah 2013
Ambon-1 Syarifudin, qasidah 2013Ambon-1 Syarifudin, qasidah 2013
Ambon-1 Syarifudin, qasidah 2013
 
Penghasilan lakaran motif ukiran dimensi baharu bertemakan flora dengan mengg...
Penghasilan lakaran motif ukiran dimensi baharu bertemakan flora dengan mengg...Penghasilan lakaran motif ukiran dimensi baharu bertemakan flora dengan mengg...
Penghasilan lakaran motif ukiran dimensi baharu bertemakan flora dengan mengg...
 

Hbae3103 kraf tradisional

  • 1. HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014 SEMESTER JANUARI 2014 HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL NAMA : SURAYA BT MOKTAR NO. MATRIKULASI : 781201010578001 NO. KAD PENGENALAN : 781201010578 NO. TELEFON : 0196788990 E-MEL : jle8990@yahoo.com.my PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR
  • 2. HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014 ISI KANDUNGAN Perkara Muka surat 1.Pengenalan 1 2. Latar belakang kraf tradisional 2 3. Asal usul sejarah kraf & Hasil seni dan utiliti 3 4. Proses penggarapan motif dalam seni ukiran 4 5. Pandangan Islam mengenai kesenian 5 6. Ciri-ciri kesenian Islam 6 7. Analisa Keunikan dan Kesepaduan kesenian Islam dan Melayu 7,8,9 8. Falsafah dan makna dalam seni 10 9. Kesimpulan 11 6. Rujukan 12
  • 3. HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014 1.0PENGENALAN . 1.1 DEFINISI KRAF TRADISIONAL KRAF bererti apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau di mana-mana bahagian. (Akta 222-Akta Perbadanan Kemajuan kraf tangan Malaysia 1979) TRADISIONAL menurut atau merupakan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. KRAF TRADISIONAL bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan lain-lain lagi. Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya sifat, garis, gerak dan warnanya. Barang-barang kraf ini dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu. Bahan yang digunakan tidak terhad. Kebanyakkan barang-barang ini pada asalnya dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha mencipta bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk tujuan kegunaan tetapi juga penghasilan bahan yang indah untuk berbagai-bagai tujuan. Seni Melayu ini adalah penjelmaan unsur-unsur dari alam semula jadi kepada satu bentuk seni rupa. Karya ini terhasil daripada pengamatan dan pemikiran penciptaannya yang dijelmakan melalui impian, seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam. -1-
  • 4. HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014 Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang melayu dengan kepercayaannya iaitu islam. Mereka menganggap alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementara di dunia dan kehidupan kekal di akhirat. Dari kesedaran ini kahirlah ciptaan yang bukan sahaja sebagai fungsi tetapi memenuhi keperluan kehidupan dunia yang amat rapat kaitannya dengan akhirat. 2.0 LATAR BELAKANG KRAF TRADISIONAL Perbezaan dalam menggarap, mentafsir dan memberikan sesuatu kepuasaan dalam pembuatan kesenian telah menambahkan keanekaragaman dalam hasil seni. Ciptaan-ciptaan seni ini merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka dan digunakan sebagai kehidupan harian. Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menunjukkan pengaruh islam dalam penghasilannya. Penggunaan ragam hias dan motif dalam sesuatu penghasilan kraf ini jelas menunjukkan ciri- ciri keislaman. Kesenian dan keaslian ragam hias yang terdapat dalam kraf tradisional tidak berubah dan tetap kekal dari dahulu hingga kini walaupun negara telah dijajah oleh kuasa asing. Justeru itu kraf tangan ini melambangkan jati diri rakyat Malaysia kerana kraf itu masih ada lagi sehingga kini. Inilah warisan yang perlu dilestarikan oleh generasi masa kini. Pemikiran kreatif mereka dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya, setetik dan fungsi. Antara peralatan objek atau produk yang amat kaya dengan nilai dari aspek budaya, estetik dan fungsi ialah yang melibatkan kelengkapan domestik, tempat kediaman, alat muzik, alat permainan, alat perburuan dan kenderaan. 3.0 ASAL USUL SEJARAH KRAF • Alat mempertahankan diri seperti keris yang memang dijadikan senjata untuk mempertahankan diri ketika diserang musuh oleh orang-orang terdahulu. -2-
  • 5. HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014 • Alat perhiasan iaitu tepak sirih digunakan sebagai adat untuk menyambut tetamu. Kini pula digunakan untuk upacara merisik, bertunang dan nikah. • Alat muzik seperti gendang merupakan alat yang menjadi hiburan masyarakat Malaysia pada zaman dahulu. Gendang berfungsi dalam dalam meraikan majlis keramaian dan juga bertujuan untuk menghiburkan suasana sesuatu upacara atau perayaan. • Alat rekreasi pada zaman dahulu dijadikan sebagai sumber untuk bersosial iaitu untuk menghubungkan masyarakat. Alat permainan seperti bola raga yang terdapat unsur anyaman kerap dimainkan masyarakat ketika itu. Selain itu Wau Bulan yang terkenal di negeri Kelantan dan Wau Burung di negeri Terengganu juga turut merupakan antara alat permainan masyarakat zaman dahulu. • Alat upacara keagamaan kraf tradisional juga turur diguna pakai pada zaman dahulu. Ada acara keagamaan ada yang menggunakan patung atau boneka untuk dipuja sebagai dijadikan sebagai menjaga keamanan setempat. Selain itu wayang kulit dijadikan acara persembahan dalam sesebuah majlis untuk menghiburkan masyarakat. 4.0 HASIL SENI DAN UTILITI Setiap hasil kraf mempunyai keunikannya yang tersendiri. Penghasilan kraf ini disesuaikan dengan bahan tertentu. Penghasilan menggunakan buluh, nipah dan daun pandan menunjukkan keunikannya. Begitu juga dengan penciptaan ragam hias dan ragam bentuk yang mempunyai bentuk geometri. Contohnya pada anyaman tikar mengkuang dan pandan. Penghasilan jalur-jalur dan garisan panjang merupakan identiti atau ciri dan dijadikan satu teknik dalam penghasilan tikar. Penghasilan keris melambangkan kepahlawanan Melayu. -3-
  • 6. HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014 5.0 SENI UKIRAN Seni ukiran merupakan satu prosesmenggunakan pahatuntuk menoreh , menggores, memahat dan membuat reka bentuk pada kayu atau barang perhiasan. Seni ukiran adalah seni kraf yang telah lama wujud dikalangan masyarakat melayu. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui ukiran kayu, simen atau batu, logam dan sebagainya. Sejarah melayu mengatakan seni ukiran telah wujud sejal 500 tahun dahulu. Ukiran-ukiran ini banyak terdapat di istana-istana dan rumah kediaman. 6.0 PROSES PENGGARAPAN MOTIF DALA SENI UKIRAN Motif yang digunakan dalan seni ukiran banyak dipengaruhi daripada unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup masyarakat. Pengukir banyak dipengaruhi dengan adat resam, agama, kepercayaan, iklim dan persekitaran. Antara unsur-unsur yang digunakan dalam ukiran ialah: a) Unsur flora Unsur flora merupakan unsur yang sangat penting dalam seni ukiran tradisional kerana unsur flora menunjukkan motif hiasan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Kebiasaannya tumbuhan menjalar motif kerana sulur pautnya yang lembut dan menjalar mudah diubah suai mengikut kreativiti pengukir. Contoh unsur flora seperti sulur dan daun, motif daun keladi, motif bunga melur. Motif ini banyak terdapat di istana dan kediaman. b) Unsur fauna Unsur fauna adalah adaptasi darpada haiwan yang membawa maksud kegagahan, keberanian, kekuatan dan kepahlawanan. Pengukir menjelmakan ilham bukan bersifat penuh haiwan. Motif fauna tidak digalakkan Islam kerana tidak boleh dijadikan barang perhiasan. Contoh motif fauna seperti itik pulang prtang, motif kepala cicak dan motif ayam berlaga. Motif ini diambil daripada kehidupan haiwan tersebut. -4-
  • 7. HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014 c) Unsur arabes Motif arabes ini menunjukkan motif berulang dengan penerapan unsur geometri yang melibatkan pelbagai bentuk seperti flora, fauna, geometri dan kaligrafi. Kebanyakkan motif arabes ini digunakan pada dinding masjid. Lubang-lubang udara yang digunakan dirumah dan bangunan kebanyakannya menggunakan motif arabes, terutama di masjid. d) Unsur geometri Unsur ini adalah corak yang berulang-ulang berdasarkan bentuk geometri. Bentuk geometri yang biasa digunakan dalam seni ukiran ialah bulatan, segiempat, segitiga dan poligon. Asas segitiga menjadi asas kepada motif pucuk rebung. Selain itu digunakan juga pada alang pintu, pemidang dan jeriji tingkap. 7.0 PANDANGAN ISLAM MENGENAI KESENIAN Islam diturunkan untuk memenuhi fitrah dan keperluan manusia. Jiwa manusia mempunyai 6 elemen iaitu agama, intelek, etika, estitika, sosial dan rasa diri. Dalam kehidupan seharian manusia tidak terlepas daripada mencari dan memilih sesuatu yang indah dan baik dalam berpakaian, menghias diri, rumah dan benda-benda lain. Ajaran islam meliputi hubungan manusia dengan Allah (hablun minaallah) dan hubungan manusia sesama manusia (hablum al-Nas). Kesenian Islam adalah kesinambungan daripada kesenian pada zaman silam yang telah berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah s.w.t kesenian Islam memiliki khazanah sejarahnya yang unik. Kesenian iIslam terus berkembang dalam bentuk dan falsafahnya yang berorientasikan sumber Islam yang menitikberatkan kesejajaran dengan tuntutan tauhid dan syara'. Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada seluruh manusia tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan Al Quran dan As sunanah. Islam adalah agama yang nyata dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semuatempat, zaman dan situasi menepati citarasa, -5-
  • 8. HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014 kehendak, sifat, keinginan, nafsu dan keinginan manusia terbenamnyarasa sukakan keindahan dan keindahan itulah seni. Sukar untuk mentakrif seni secara tepat dan juga untuk menerangkan konsep keindahan seni itu. Al-Farabi menjelaskan seni ciptaan bebentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni adalah kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. 8.0 CIRI-CIRI KESENIAN ISLAM 1. Mengandungi Unsur Keindahan Sabda Rasulalah S.A.W bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu maha indah dan sukakan keindahan” Keindahan itu bukan terletak pada objek seni tersebut, sebaliknya ia mampu menimbulkan rasa menyenangkan atau kepuasan kepada pencipta dan penikmat objek itu. 2. Mengandungi Unsur Moral dan Akhlak Menurut Islam seni dan moral saling berkait rapat antara satu sama lain. Allah memerintahkan supaya manusia melakukan perkara baik dan melarang daripada melakukan perkara mungkar. 3. Mempunyai Ciri-ciri Kepelbagaian dalam Kesatuan Islam adalah agama universal dan dianuti oleh pelbagai bansgsa. Perbezaan bangsa dan budaya membentuk kelainan dari sudut kesenian yang dihasilkan. Ciri-ciri kepelbagaian dalam kesatuan ini juga dapat dilihatdalam bentuk perancangan bandar-bandar islam, institusi-intitusi keagamaan dan bangunan pelbagi fungsi. Elemen-elemen ini mempunyai hubungan yang tersendiri dengan tauhid. 4. Mempunyai Hubungan antara Agama, Etika dan Estetika Islam dengan nilai-nilai etikanya menjadi asas kepada pembinaan hasil karya seni sehingga ukuran keindahan bukan dilihat dari sudut luaran atau bentuk material. Seni dianggap sebagai imitation (peniruan), play (permainan), emphaty (kemahiran), communication (komunikasi), -6-
  • 9. HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014 expression (pernyataan) dan experience (pengalaman). Seni juga tiada hubungan dengan seniman. Oleh itu ia boleh mengikut aliran nihilisme, realisme, sosialis, hedonisme, existentialisme, romantisisme, humanisme sekular dan lain-lain. 9.0 ANALISIS KEUNIKAN DAN KESEPADUAN KESENIAN ISLAM DAN MELAYU 9.1 Proses penggarapan idea di dalam kesenian islam merupakan perkara yang penting. Motif merupakan salah satu medium penggarapan idea. Motif yang digunakan dalam kesenian adalah lebih kurang sama, kemungkinan yang berbeza adalah dari segi nama. Kebanyakan pengukir suka menggunakan motif flora dan fauna iaitu sumber alam. Contohnya motif pokok kopi, bunga cengkih, daun sirih dan sulur kacang. Penggunaan sesuatu motif itu mempunyai sesuatu maksud contohnya motif sulur daun yang jatuh melempai mencerminkan ketaan dan kepatuhan kepada perintah yang satu. Motif bunga yang harum dan wangi digambarkan sebagai kehalusan budi dan keakraban seperti corak pada bunga setaman. Manakala motif fauna pula membawa erti kekuatan dan kepahlawanan. Contoh motif pada burung Balam yang membawa maksud kehidupan rumahtangga atau keluarga yang harmoni. Selain motif flora dan fauna, motif kaligrafi sering digunakan dalam ukiran. Tulisan khat di ukir dan dibingkaikan. Motif kaligrafi ini selalunya memuji kebesaran Allah dan mengagungkan kebesaran Allah. Banyak digantung pada dinding masjid dan sebagai perhiasan di rumah. Motif arabes mempunyai gabungan dalam motif kaligrafi. Motif arabes adalah corak berulang dan motifnya tersusun dalam gabungan bentuk geometri. Motif arabes ini mempunyai konsep matematik iaitu berdasarkan bentuk, jarak dan saiz sama. Motif arabes ini adalah motif yang tiada kesudahannya dan sentiasa bersambung dan tiada permulaannya. Ini dapat di kaitkan dengan ilmu ketauhidan iaitu umat Islam mestilah sentiasa beribadat kepada Allah dan memohon ketaqwaan kepadaNya secara berterusan. Motif kosmologi pula melibatkan persekitaran alam seperti matahari, bulan, bintang dan awan. Pergerakan awan yang tiada kesudahan menjelmakan ilham motif awan larat yang membawa maksud sama. -7-
  • 10. HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014 Menurut Halim (1986), Awan Larat sebagai satu bentuk ukiran berlangkar-lingkar, meleret- leret dan berpiuh-piuh seperti awan berarak. Motif ini menjadi tanda dan kehalusan budi pekerti kehidupan masyrakat Melayu yang penuh beradat dan kesopanan. Motif awan larat ini selalu digunakan pada ukiran pintu dan dinding rumah. Motif flora banyak digunakan dalam ukiran awan larat. 9.2 Proses Mentafsir Idea Seni ukiran yang menggunakan motif yang pelbagai mempunya maksud yang tersendiri yang berkaitan dengan kehidupan harian masyarakat dan nilai keagamaan. • Seni ukiran kaligrafi yang diganung pada dinding bukan sahaja bertujuan sebagai hiasan tetapi digunakan sebagai salah satu cara menghalau makhluk halus. Tulisan kaligrafi yang mengandungi ayat Al Quran diletakkan di pintu dan dinding menghalang jin dari memasuki rumah. Selain itu dari konsep tauhid kaligrafi digunakan untuk menjadikan manusia merapatkan diri kepada Allah. • Songket dan batik juga turut dijadikan bahan perhiasan diri seperti dijadikan tengkolok. Tengkolok merupakan perhiasan bagi lelaki dan menunjukkan herarki pangkat seseorang. Pada masa dahulu tengkolok digunakan oleh orang bangsawan.Namun begitu tengkolok pada masa kini digunakan untuk majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis keraian. • Motif flora dan fauna banyak terdapat pada hulu keris. Keris sering digunakan oleh pahlawan pada zaman dahulu yang digunakan untuk mempertahankan diri. Ukiran yang terdapat hulu keris dan sarungnya memberi banyak makna antaranya kekuatan pada yang empunya keris. • Seni anyaman pada tudung saji memerlukan ketelitian dan pengiraan matematik yang betul. Tudung saji memerlukan anyaman yang rapat-rapat agar lalat atau semmut tidak dapat masuk kedalam makanan yang telah bertutup. Dalam Islam menjaga kebersihan itu adalah dituntut kerana kebersihan itu sebahagian daripada iman. -8-
  • 11. HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014 9.3 Pengaruh dalam memberi makna Seni ukiran memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkan ukiran yang halus dan cantik. Ukiran yag bermotifkan sulur daun atau awan larat memerlukan kesabaran untuk memahat dan menyilat kayu tersebut. Berkat kesabaran itulah maka akan terhasil bentuk ukiran yanb menarik. Disamping itu dapat melatih seseorang itu bersikap sabar yang memang dituntut oleh Islam. Seni membuat tembikar perlukan ketelitian dan kelembutan tangan. Tembikar yang dihasilkan mempunyai teknik pembuatannnya yang tersendiri serta dipengaruhi oleh budaya latar belakang si pembuat. Motif yang digunakan dalam pembuatan tembikar adalah flora dan fauna. Tembikar seperti labu sayong digunakan untuk menyimpan air. Kebijaksanaan membolehkan si pengukir befikir untuk menjadi sesuatu hasil seni itu boleh dipelbagaikan. Sifat kreatif juga membawa makna yang tersirat dalam menghasilan sesuatu karya, contoh menggabungkan beberapa motif dalam sesuatu hasil seni seperti motif fauna dan arabes dalam pembuatan wau. Perancangan yang teliti membolehkan motif disusun dengan menarik. Ini akan menghasilkan hasil seni yang kreatif dan menarik. 10.0 FALSAFAH DAN MAKNA DALAM SENI Sejarah telah membuktikan bahawa kesenian Islam berbeza dengan kesenian lain. Kesenian Islam dihasilkan berlandaskan kepercayaan kitab Al-Quran dan juga A-Sunnah. Menurut Al-Faruqi Setiap motif 'Arabesque' dengan apa sahaja medium adalah penegasan kebenaran estetika yang tiada tuhan melainkan Allah. Kebanyakan karya-karya seni Islam adalah bersifat peniruan terhadap ciptaan Tuhan tetapi dengan tujuan untuk mempelajari, memahami dan menginsafkan diri kepada pencipta. Konsep keindahan ini adalah bertujuan agar dapat merapatkan lagi ketakwaan kepada yang esa. Menurut Abdullah Mohamad (Nakula), falsafah seni melayu lebih menekankan aspek asal- usul motif ukiran kayu berlandaskan konsep ketuhanan dan alam. Beliau juga berpendapat bahawa setiap kejadian perlu berpandukan asal-usul dan penciptanya. -9-
  • 12. HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014 Dalam konsep falsafah ini mampu menjadikan seseorang itu berjiwa halus dan sensitif kepada alam sekitar. Kebanyakkan motif flora dan fauna yang diukir menunjukkan kesyukuran kepada alam ciptaan Allah. Dalam tradisi lisan Melayu, kehalusan serta ketertiban falsafah seni yang bersandarkan tauhid terselah melalui piagam estetik ukiran kayu yang berbunyi; Tumbuhan berpunca, Punca penuh rahsia, Tumbuhan tidak menunjukkan lawan, Memanjat tidak memaut kawan, Tapi melenkar penuh mesra. (Aziz Deraman-1983) Unsur flora dalam seni ukiran yang tersirat dalam falsafah tersebut adalah perhubungan dalam masyarakat sangat akrab dan menghormati. Unsur motif tersebut memang menjadi amalan kehidupan masyarakat pada zaman dahulu. Al-Ahmadi (1997) menegaskan bahawa pandangan Melayu mengalami anjakan besar daripada mitologikal-anamistik kepada rasional dan fisiokal. Kedatangan Islam di kepulauan Nusantara abadke -13 telah mengubah pemikiran, falsafah orang-orangMelayu dalam aspek kehidupan termasuk kesenian. Kedatangan Islam mengubah cara orang Melayu melahirkan karya seni mereka. Segala apa yang dihasilkan pasti ada maksud disebaliknya yang berlandaskan islam. kata-kata bijak pandai (hukama'). Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya kunci rezeki".Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan" Kemahiran menulis khat adalah anugerah Allah. Mereka yang pandai menulis khat ini boleh memberi pulangan rezeki kepada seseorang. Riwayat Hadis Muslim,"Allah itu indah dan sukakan akan keindahan", merupa pengangan kuat kepada para seniman yang menyatakan bahawa Islam boleh berganjak untuk menghasilkan pengolahan karya seni, kerana karya-karya seni adalah melahirkan nilai indah. sebenarnya, keindahan yang dimaksudkan lebih kepada keindahan batiniah yang terkandung dalam jiwa manusia. -10-
  • 13. HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014 Manakala keindahan itu adalah manifestasi kepada salah satu sifat-sifatNya (Allah), memiliki bermakna menghargai dan mencintai sifat-sifat Allah. Umapanya seperti dinyatakan oleh Al- Ghazali bahawa keindahan pada seni bina Islam adalah memancarkan keharmonian jiwa seniman itu sebagai lambang kemurnian akhlak dan ilmu terhadap Allah SWT. 11.0 KESIMPULAN Kraft tangan melambangkan jati diri rakyat Malaysia .Kraf tangan masyarakat peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan dengan alam Melayu.Sumber proses pembutan juga mudah didapati di persekitaranya.Namun keunikan yang terserlah ialah pemikiran kreatif mereka dalam dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya,estetika dan fungsi kraf tradisional Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi. Kraf tradisonal amat penting dalam kehidupan seharian. Penerapan Islam dalam sesuatu unsur seni akan menzahirkan lagi keindahan sesuatu hasil seni itu. Kraf seni tradisional ini perlu dillestarikan agar menjadi hasil seni warisan turun temurun di negara kita. Kraf ini juga merupakan aset negara yang amat bernilai. -11-
  • 14. HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014 RUJUKAN Abdullah bin Mohamed, (Nakula)(1985),Seni Bina Islam Aplikasi di Malaysia, Warisan Kelantan IV, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan: Kota Bharu. Khairuddin Talib,( 2011), HBAE3103 Kraf Tradisional.Selangor Meteor Doc.Sdn.Bhd. Zailani Yaacob & Azimah, (2011). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4&5. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd Abdul Halim Nasir,(1996),Ukiran Kayu Melayu Tradisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kathleen Chee,(2008),Pendidikan Seni Visual SPM, Kuala Lumpur: Pelangi Publishing Group Sdn. Bhd -12-
  • 15. HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014