SlideShare a Scribd company logo
Seni dan Kebudayaan                                                               2003-01356
SSP 6513                                                              Salsabila Tang Abdullah


Seni Catan Cina. Ditinjau dari aspek kebudayaan dan kesenian.


1.       Pendahuluan
         Masyarakat Cina merupakan kaum yang kedua terbesar di Negara ini. Peratusan
masyarakat Cina adalah sebanyak 35 peratus daripada jumlah penduduk nagara yang
seramai 19.66 juta orang. Masyarakat Cina turut menyumbangkan ke arah kemajuan
Negara sama ada dari segi ekonomi, pentadbiran ataupun sosial. Dengan erti kata lain,
masyarakat Cina telah bersama-sama menggembleng tenaga dengan kaum lain untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara makmur dan maju.
         Pada umumnya terdapat perbezaan yang ketara antara masyarakat Cina dengan
masyarakat lain khususnya masyarakat Melayu dan India. Masyarakat Cina mempunyai
amalan budaya dan falsafah hidup tersendiri yang dianggap sebagai satu fahaman yang
amat unik dan berguna dalam usaha membina masyarakat harmoni dan negara yang aman
damai.
         Salah satu pencapaian yang membantu kecemerlangan kebudayaan Cina ialah
ketinggian bidang keseniannya. Kesenian orang Cina yang terkenal termasuk bidang
tembikar, bidang sutera dan sulaman, bidang kaligrafi dan catan. Falsafah hidup orang
Cina dapat dikesan melalui kesemua bidang khususnya bidang catan Cina. Malangnya,
seni catan Cina kian makin kurang dapat sambutan dari generasi muda kerana
menganggap ia sesuatu kemahiran yang sukar dipelajari terutama dalam kemahiran
menguasai kuantiti air dalam sesebuah catan. Teknik melukis dan menulis kaligrafi pada
catan memerlukan kesabaran dan ketekunan membuat latihan berulang-ulang sehingga
mencapai penghayatan estetik yang maksimum. Secara tidak langsung, generasi muda
sekarang lebih tertarik kepada catan gaya barat dimana tidak mempunyai banyak prinsip
dan penentuan struktur seperti catan Cina dalam menjana idea untuk berkarya. Sebagai
bukti, galeri seni yang terdapat di Jalan Tan Cheng Lok, Melaka kebanyakkannya galeri
seni halus berunsur barat. Jarang sekali kita dapat menemui galeri seni Catan Cina.
Tambahan pula dalam zaman mengejar era teknologi dan sains, kerajaan telah
merancangkan pelbagai program dalam usaha membina Negara ke arah kemajuan
bertaraf antarabangsa. Salah satu program ialah menjadikan bahasa Inggeris sebagai



                                          1
Seni dan Kebudayaan                                                                       2003-01356
SSP 6513                                                                      Salsabila Tang Abdullah


bahasa kedua di sekolah, pelajar digalakkan mengguna dan mempelajari bahasa Inggeris,
lama-kelamaan bahasa Cina makin merosot maka tidak hairanlah generasi sekarang tidak
mahir dalam menulis kaligrafi Cina dan tidak dapat menghayati keindahan catan Cina
yang membawa beribu makna.
         Tujuan penyelidik mengadakan tinjauan ini antara sebabnya ialah:
         i.           Masyarakat Cina percaya ajaran Konfusius dan Taoisme merupakan ajaran
                      falsafah yang amat penting dalam kehidupan. Kedua-dua menekankan
                      keharmonian manusia dengan alam semula jadi dan penekanan terhadap
                      pembinaan perwatakan manusia. Dalam usaha membina kemajuan dan
                      keamanan Negara, falsafah ini harus disebarkan dan dilaksana oleh
                      seluruh rakyat Malaysia melalui pembelajaran seni catan Cina.
         ii.          Catan Cina mempunyai corak, bentuk dan struktur yang tersendiri dan
                      membawa simbol yang sungguh bermakna dan ia harus difahami dan
                      dipelajari dalam usaha meningkatkan nilai murni pada minda dalaman
                      individu serta memupuk jati diri seseorang.
         iii.         Memupuk generasi muda menyedari dan menghormati budaya bangsa lain
                      dalam „multisociety‟ dan akhirnya rakyat Malaysia dapat menjangkau ke
                      pengkalan „multikulturalisma‟.




2.       Konsep Kebudayaan dan Kesenian


         2.1          Kebudayaan
         Kebudayaan adalah satu konsep yang amat sering digunakan tetapi tidak mudah
dimengertikan. Ini ialah kerana takrif biasanya seperti yang digunakan oleh masyarakat
umum agak berbeza dari pengertiannya apabila digunakan sebagai konsep ilmiah yang
digunakan dalam sains sosial.
         Kebudayaan biasanya didefinisikan sebagai keseluruhan cara-cara hidup satu-satu
masyarakat dan kebudayaan adalah cetusan dari pemikiran manusia. Unsur-unsur penting
dalam kebudayaan ialah pengetahuan, gagasan, kepercayaan, adat resam, norma dan




                                                   2
Seni dan Kebudayaan                                                                   2003-01356
SSP 6513                                                                  Salsabila Tang Abdullah


nilai, undang-undang, perlakuan, bahasa, kesenian dan segala yang berkaitan dengan
peraturan hidup yang dicipta oleh manusia.
         Menurut Abdul Latiff Abu Bakar (1996:14-16) kebudayaan membawa pengertian
kemajuan hasil pemikiran dan penciptaan manusia dalam pelbagai bidang atau usaha atau
daya mencipta atau berfikir dalam pelbagai bidang kehidupan manusia.
         Secara keseluruhannya, menurut Tjetjep Rohendi Rohidi, kebudayaan adalah satu
sistem yang terdiri daripada nilai, kepercayaan, pengetahuan yang digunakan sebagai
prinsip atau panduan kepada sekelompok masyarakat tertentu dengan corak yang khas
dan unik.
         Perkataan budaya lahir dari cantuman dua perkataan iaitu Budi dan Daya. „Budi‟
bermaksud akal atau kebijaksanaan manakala „Daya‟ bermaksud tenaga, kekuatan atau
kemampuan. Maka cantuman dua perkataan ini memberi erti segala yang dihasilkan oleh
manusia melalui gembelingan di antara tenaga serta kemampuan manusia bersama akal
dan kebijaksanaannya.
         Berdasarkan beberapa pandangan tokoh, ciri pertama kebudayaan ialah setiap
kebudayaan dicipta dan didokong oleh manusia. Tanpa manusia maka tidak ada
kebudayaan. Manusia mencipta kebudayaan untuk memenuhi naluri semulajadinya dan
untuk mencapai kemajuan. Manusia juga mencipta kebudayaan dengan tujuan
berinteraksi dengan alam sekitar fizikal dan sosialnya secara lebih harmonis. Dan
manusia mencipta kebudayaan untuk dijadikan panduan dan peraturan hidup supaya
semua individu dapat disepadukan ke dalam masyarakat.
         Ciri kedua ialah dinamik. Kebudayaan biasanya tidak statik tetapi sentiasa
menjalani perubahan. Perubahan ini disebabkan oleh kemajuan manusia hasil dari
interaksi dengan alam sekitarannya yang turut berubah.
         Ciri ketiga ialah akumulatif. Kebudayaan sentiasa berada dalam keadaan
bertimbun tambah kerana perkembangan pemikiran dan peningkatan daya cipta manusia
itu sendiri.
         Ciri keempat ialah kesinambungannya di antara satu zaman dengan satu zaman
yang lain di dalam kehidupan manusia. Kebudayaan tidak putus kerana ianya diturunkan
dari satu generasi ke satu generasi lain menerusi proses pembelajaran atau sosialisasi.




                                             3
Seni dan Kebudayaan                                                                2003-01356
SSP 6513                                                               Salsabila Tang Abdullah


         Ciri akhir ialah ketidakseragaman. Di dalam negara berbilang kaum seperti
Malaysia, ada kebudayaan yang memberi identiti kepada satu-satu kumpulan etnik. Maka
kebudayaan ini dipanggil sebagai kebudayaan etnik (kebudayaan local). Ada pula aspek
kebudayaan yang dikongsi antara satu bangsa dengan bangsa lain yang dipanggil
kebudayaan pasar dan kebudayaan yang bersifat kontemporary dimana pelbagai kaum
hidup dalam satu masyarakat dan berkongsi kebudayaan bersama iaitu kebudayaan
kebangsaan atau kebudayaan nasional. Berdasarkan penerangan Prof. Tjetjep Rohendi
Rohidi, ciri ketidakseragaman dapat digambarkan seperti model-model berikut:


Kebudayaan Local             Kebudayaan Pasar          Kebudayaan Nasional




     Kebudayaan                   Kebudayaan                  Kebudayaan
     Local                        Pasar                       Nasional




         2.2          Seni dalam konteks kebudayaan
         Apa itu seni? “seni ialah tatacara hubungan manusia dengan bentuk-bentuk yang
menyenangkan. Bentuk-bentuk itu meluaskan penghayatan keindahan dan mencapai
tahap kepuasan apabila kita mampu mengapresiasi secara kesatuan antara hubungan yang
formal dengan persepsi penghayatan” (Herbert Read, 1959:16)
         Ibn Khaldun menghuraikan kesenian itu suatu kebenaran, keindahan dan kebaikan
yang mengandungi ciri-ciri estetika, etika dan logika. Ekstetika mengandungi unsur-
unsur kecantikan, baik susunannya mahupun kekesanannya secara total. Ini melibatkan
psikologi manusia yang berkaitan dengan perasaan. (Md. Nasir Ibrahim, Iberahim
Hassan, 2003:119)



                                               4
Seni dan Kebudayaan                                                                2003-01356
SSP 6513                                                               Salsabila Tang Abdullah


         Menurut Tjetjep Rohendi Rohidi (2000:10-17) hubungan antara kesenian dan
kebudayaan ialah kesenian merupakan subsistem dari kebudayaan. Fungsinya serupa
dengan kebudayaan adalah sebagai pedomen hidup sesuatu masyarakat. Ia memberi
panduan dalam pelbagai perlakuan harian yang berkaitan dengan keindahan. Selain
memberi manfaat yang besar terhadap seniman atau pencipta dalam proses artistik,
penghayat seni dalam soal mengapresiasi nilai estetik turut merujuk kesenian dalam
aktiviti mengkritik.
         Kesenian sebagai unsur kebudayaan sering dibicara oleh para pakar atau seniman
sendiri. Menurut mereka kesenian berkait rapat dengan „kebenaran‟, „kebaikan‟ dan
„keindahan‟. Kesenian yang sering dihubungkait dengan kebaikan bahkan kebenaran
kerana seni dapat dilihat sebagai lencana bagi kebenaran moral mahupun etika kebaikan.
(Y. Sumandiyo Hadi, 2000:17-18)




3.       Seni Lukis / Catan Cina

         3.1          Sejarah seni catan dalam masyarakat Cina
         Sejak Zaman Klasik Cina sehingga sekarang perkembangan kerja-kerja kesenian
Cina sering mendapat perhatian oleh bangsa asing. Semasa Zaman Neolitik China
memperlihatkan bagaimana telah munculnya tembikar-tembikar yang diperbuat daripada
tanah liat. Sejak daripada itu orang Cina mula membuat beberapa tembikar yang bermutu
tinggi dan cantik. Pada zaman Dinasti Ming kemunculan tembikar berwarna biru putih
merupakan salah satu ciptaan yang dihasilkan oleh orang yang popular. Dalam bidang
kesenian, tamadun Cina bukan sahaja dikagumi dengan keindahan tembikarnya, tetapi
mutu ketinggian dan keagungan juga dikagumi dalam bidang-bidang lain seperti catan
Cina.
         Catan Cina (Guo Hua) mengambil tempat yang agak istemewa dalam tamadun
Cina kerana ia sering mendapat naungan dari pihak istana. Golongan pemerintah dan
kelas elit semasa Dinasti Tang dan Sung merupakan penyokong utama dalam bidang ini.
Contohnya Maharaja Hui Tsung dari Dinasti Sung merupakan seorang yang mencintai
kesenian catan Cina. Beliau menaungi bidang catan dan memberi jaminan latihan kepada
artis-artis catan. Oleh sebab itu, seni catan di China telah wujud sebagai kegemaran


                                               5
Seni dan Kebudayaan                                                                 2003-01356
SSP 6513                                                                Salsabila Tang Abdullah


waktu lapang golongan atasan yang berpendidikan. Lama-kelamaan pelukis amator itu
beralih menjadi pelukis profesional yang menjual lukisan untuk keuntungan yang
lumayan. Menurut John Dewey, seni itu sejenis pengalaman dan adalah komoditi. Seni
dikatakan       barangan   ekonomi   kerana   ia   memerlukan   masa   dan   wang       bagi
mengeluarkannya. Ekonomi berkait rapat dengan kesenian kerana kedua-duanya
merupakan subsistem bagi kebudayaan.
         Corak catan Cina berbeza dengan catan Barat. Pada zaman awal interaksi antara
orang Cina dengan Barat menyaksikan bagaimana orang Barat membuat kajian terhadap
catan Cina dan sering mengkritiknya. Seorang Paderi Jesuit yang pernah sampai ke China
pada abad ke 17 iaitu Matteo Ricci menyatakan seniman Cina tidak mempunyai
pengetahuan dalam seni. Pendapat beliau dikongsi bersama oleh kebanyakan orang Barat
yang pernah sampai ke sini pada abad ke-17 hingga ke-19. Hanya segelintir orang Barat
yang mengakui dan menghargai catan Cina.
         Catan Cina sebenarnya bermula awal Zaman Neolitik, di sini penulis hanya
membincang dan memberi gambaran sedikit sebanyak tentang Dinasti Tang dan Dinasti
Sung kerana seni lukis berkembang dengan pesat sehingga mencapai tahap
kecemerlangan dalam kedua-dua Dinasti ini.


i.       Catan Dinasti Tang
         Catan Cina bermula sebelum Dinasti Tang (618 – 907) dan kebanyakan terdiri
dari lukisan garis yang menunjukkan manusia terlibat dalam berbagai aktiviti kehidupan.
Masa ini dipanggil „golden age‟ (Zaman Keemasan) dalam lukisan figura.
         Pada pertengahan Zaman Dinasti Tang, lukisan lanskap, bunga dan burung lebih
menonjol, diikuti dengan lukisan gunung, hutan, pemandangan dan taman yang
mempunyai keupayaan membawa seseorang dari alam meterial ke dalam alam yang
aman dan bebas. Ini kerana lukisan lanskap selalu di anggap sebagai lukisan yang
mengandungi ilmu pengetahuan yang tersurat dan tersilat dalam kesusasteraan.
         Bunga, rumput, pokok, batu, burung dan lain binatang walaupun „strok‟ nya
ringkas tetapi dalam bentuk yang hidup dan bertenaga. Oleh itu, lukisan lanskap, bunga
dan burung, lukisan figura merupakan tiga katogori lukisan Cina tradisional. Pelukis yang
terkenal pada Dinasti Tang ini ialah Yen Li Pen, Wo Tao Tzu, Li Chen, dan Wang Wei.



                                              6
Seni dan Kebudayaan                                                                       2003-01356
SSP 6513                                                                      Salsabila Tang Abdullah


ii.      Dinasti Lima (907-960) dan Dinasti Sung (960-1279)
         Pihak pemerintah dan golongan elit pada zaman Dinasti Tang dan Sung ( 960 –
1279 ) memberi sokongan kepada kemajuan lukisan Cina. Pada zaman ini, lukisan yang
kreatif bermatlamat politik dan pendidikan.
         Pada zaman Dinasti Sung telah membentuk akademik seni lukis yang agak
sistematik. Maharaja Hui Tsung adalah pencipta seni lukis halus dan beliau juga seorang
pelukis. Beliau mengangkat martabat pelukis akademik ke tahap yang paling tinggi pada
zamannya.
         Walau bagaimanapun akibat daripada perubahan sosial, ekonami dan kebudayaan,
menyebabkan ramai penulis-penulis berminat kepada seni lukis. Akibatnya kesusasteraan
diterapkan ke dalam lukisan. Penyajak yang terkenal, Sun Shih (1056 – 1101 A.D) atau
lebih dikenali sebagai Su Tung Po juga terkenal dalam „literati painting‟ (lukisan yang
ada sajak).
         Perkembangan seni lanskap bermula dengan pesatnya sepanjang abad ke sepuluh
hinggalah ke 13 iaitu semasa Dinasti Lima dan Dinasti Sung. Pelukis lanskap yang hebat
di Utara melukiskan gunung-ganang bercerun tajam dan dataran yang luas, manakala
rakan seperjuangan mereka di Lembah Sungai Yangtze pula memaparkan bukit-bukau
rendah berdedaunan rimbun yang diselubungi awan, saling terpisah oleh tepian pantai
yang memanca. Pelukis-pelukis lain yang terkenal seperti Chou Chee Chang, Lin Ting
Tsung, Mei Fei dan lain-lain lagi.


         3.2          Bahan dan Alat
         Dalam seni catan Cina bahan yang digunakan ialah:
         3.2.1        Dakwat - Dakwat telah wujud sejak zaman Neolitik lagi iaitu 3500 tahun
                      dahulu. Tembikar bercat bertarikh tersebut dijumpai sebagai bukti. “Ink
                      Cake” yang diperbuat daripada arang pokok pine diketahui mula wujud
                      pada abad ke 4 T.M. Semasa abad 10, seni pembuatan dakwat telah maju
                      tidak menggunakan bahan mentah seperti mutiara, serbuk jed yang
                      dicampur bersama. Dakwat terdiri daripada dakwat Cina, „ink stone‟ dan
                      „atick stone‟. Apabila „ink cake‟ digiling dengan air, dakwat segar yang
                      terhasil boleh menghasilkan perbagai darjah kecerahan warna kelabu yang



                                                  7
Seni dan Kebudayaan                                                                         2003-01356
SSP 6513                                                                        Salsabila Tang Abdullah


                      bergantung kepada kuantiti air yang digunakan. Dakwat tersebut adalah
                      begitu halus seolah-olah gambar foto, mutu dakwat boleh ditentukan
                      dengan melihat samaada ia merebak diatas kertas atau sutera apabila
                      direndam berulang kali. Bagi orang Cina dahulu menilai dakwat adalah
                      seperti emas. Contohnya „ink cake‟ yang bertarikh 1368 – 1644 (Dinasti
                      Ming). Sejenis dakwat lagi yang diperbuat daripada minyak biji pokok
                      Tung dan Laker. Dakwat ini lebih hitam daripada dakwat lain dan ia lebih
                      digemari oleh pelukis moden.


         3.2.2        Sutera dan kertas - Material yang digunakan dalam seni catan Cina ialah
                      sutera dan kertas sebagai penyokong. Kebolehan ulat sutera menghasilkan
                      sutera telah diketahui pada zaman Neolitik. Tekstil sutera mula ditenun
                      35000 tahun dahulu. Penggunaan sutera oleh pelukis mencapai
                      kemuncaknya ketika Dinasti Sung (960 – 1279). Tetapi, pada masa itu,
                      kertas berkualiti tinggi juga telah digunakan secara meluas. Kertas terdiri
                      daripada dua jenis iaitu Yu Ban Zhi dan Shu Xuan Zhi (rice paper). Hasil
                      seni atas kertas adalah lebih mudah disimpan lama berbanding dengan
                      sutera.


         3.2.3        Berus – Jingti, Hanbi dan Xiao Miao Bi. Berus mempunyai sejarah yang
                      lebih lama berbanding sutera. Hiasan atas tembikar Neolitik menunjukkan
                      penggunaan alat yang lembut dan flaksibel dan berkemungkinan besar
                      adalah jenis „proto – brush‟. Tulisan menggunakan pigmen merah atas
                      tulang oracle 3000 tahun dahulu telah menggunakan alat tersebut dalam
                      versi yang lebih halus. Kekuatan dan kelembutan seikat bulu haiwan yang
                      dijadikan tajam pada hujungnya dapat dilihat melalui catan atas sutera
                      daripada abad 4 B.C dan atas batu nisan dan dinding daripada abab 1–2
                      A.D. Jika digunakan oleh pelukis yang berkemahiran tinggi, berus dapat
                      menghasilkan garisan sekasar dawai ataupun sehalus benang. Antara
                      bahan mentah yang paling popular digunakan sebagai berus ialah bulu
                      kambing dan arnab. Bulu kambing adalah lebih fleksibel tetapi kurang



                                                   8
Seni dan Kebudayaan                                                                              2003-01356
SSP 6513                                                                             Salsabila Tang Abdullah


                      kuat dan agak keras. Berus diperbuat daripada kombinasi yang berbeza-
                      beza memberi pelbagai darjah keseimbangan untuk menepati citarasa
                      pelukis. Daripada hasil karya pelukis terkenal didapati berus adalah seperti
                      sambungan kepada tangan pelukis-pelukis dan amat responsif terhadap
                      jari, pengelangan tangan serta lengan.



         3.3          Gaya
         Terdapat tiga gaya dalam seni catan Cina iaitu:
         3.3.1        Pai Miao – Lukisan lakaran tanpa warna. Sama seperti lukisan pensil yang
                      dipelajari oleh pelajar, lakaran ini mementingkan kelicinan dan
                      kematangan garisan serta ton gelap yang memberi kesan „form‟
         3.3.2        Gong bi – Lebih kepada realistik, teliti dan menyelupai benda yang
                      sebenar. Gaya ini serupa teknik grafik, kekemasan dan kehalusan perlu
                      ditekankan.
         3.3.3        Xieyi – Secara spontan, berani menggunakan warna dan tidak ada garisan
                      lakaran. Gaya ini dapat mengekspresi mod seseorang pelukis pada masa
                      itu.
                                  Contoh-contoh gaya seni catan Cina




                                                                                      QuickTime™ an d a
                                                                                  TIFF ( LZW) dec omp ress or
                                                                               ar e need ed to s ee this p icture .




                             Pai Miao                    Gong bi                                                  Xieyi




                                                   9
Seni dan Kebudayaan                                                                 2003-01356
SSP 6513                                                                Salsabila Tang Abdullah


         3.4          Teknik
         Teknik asas lukisan Cina adalah semudah materialnya, tetapi kerja „penghalusan‟
menjadi kompleks. Catan Cina mementingkan kemahiran menggunakan berus.
Latihannya bermula dari pemahaman tentang cara memegang berus. Biasanya bermula
dengan menggunakan berus berbulu kambing yang keras, mala apabila menjadi mahir
dengan bulu kambing, bulu lain menjadi mudah digunakan. Penggunaan berus yang betul
akan menghasilkan berbagai „brush stroke‟ yang berlainan (lampiran 1). „Brush stroke‟
boleh dibahagi kepada 2 kategori iaitu “central Point” dan “slanting Point”. Dalam catan,
berus biasanya dipenuh dengan dakwat dan dicairkan dengan air untuk mencapai darjah
kepekatan yang dikehendaki. Pilihan jenis sutera dan kertas menunjukkan gaya dan
teknik artis. Kepelbagaian jenis kertas memberi pilihan yang lebih banyak berbanding
sutera kapada artis. Jenis kertas yang paling digemari oleh pelukis dapat menambah satu
lagi demensi pada „brush stroke‟, iaitu kedalaman. Ini terhasil apabila dakwat dan warna
meresap ke dalam permukaan kertas dan menghasilkan kelembutan. Brush stroke yang
basah dan kering dapat menghasilkan tekstil pada batang pokok dan batu yang masih
kelihatan lembab dan segar. Kesimpulanya, kemahiran mengendalikan berus dan
mencampur air ke dalam dakwat serta pengetahuan tentang sifat jenis kertas dan sutera
yang berbeza adalah 3 keperluan asas untuk teknik catan. Penggunaan berus yang betul
akan menghasilkan kesan stroke seperti titik, gosok berkedut-kedut, celup dan tarik
(lampiran 1). Penggunaan stroke berbeza-beza contohnya stroke titik sahaja dapat
menghasilkan berbagai jenis titik yang berbeza bukan dari segi jalinan mala juga
penggunaannya (lampiran 1). Pemandangan gunung berkabus yang dihasilkan melalui
titikan-titikan berus yang dicondongkan telah menjadi visi kabus dan hujan. Titik-titik
condong yang membentuk kepulan-kepulan awan di bawah puncak-puncak gunung
dikenali sebagai titik-titik Mi.


         3.5          Penggunaan warna
         Biasanya penggunaan warna-warna lembut telah menjadi „trend‟ utama dalam
seni catan Cina. Penggunaan warna memainkan peranan seperti peranan utama, sokongan
atau sampingan. Artis-artis merasakan tiada sesuatu pun yang dapat mengganggu




                                           10
Seni dan Kebudayaan                                                                    2003-01356
SSP 6513                                                                   Salsabila Tang Abdullah


kecantikan berus dan dakwat. Penambahan warna yang sesuai akan memewahkan lagi
sesebuah lukisan dan senang meyampaikan pemikiran artis.
Jenis – jenis warna yang biasa terdapat dalan catan Cina adalah seperti darjah berikut:


1. Rouge Tint                        2. Indigo                  3. Gamboge Tint
 Merah pipi                          Biru nila                  Kuning rotan


4. Carmine                           5. Cinnabar Tint           6. Burnt Sienna
Merah tua / merah gincu              Merah gelap seperti darah Coklat burung pipit.
                                     yang hampir kering.




7. Phthalocyanine                    8. Vermilion Tint          9. Black
Hijau kebiruan                       Merah tua                  Hitam




         3.6          Simbolik warna dalam penggunaan seni catan Cina
         Warna membawa banyak maksud yang simbolik, kadang-kadang maksudnya
melangkaui nilai-nilai estetika. Penggunaan sesetengah warna terus menjadi kelaziman
dan sesuatu yang mesti pada pelukis catan Cina. Contoh simbolik dalam warna:


         3.6.1        Qing (warna hijau)
         Hijau ialah warna alam semula jadi. Dalam masyarakat timur ia dikaitkan dengan
         tumbuhan yang sedang membesar membawa simbolik kesegaran dan berharapan.


         3.6.2        Hong (warna merah)
         Merah adalah warna semasa tumbuhan sedang berbunga dan hidup subur. Ia
         melambangkan kemeriahan dan kegembiraan Ia juga melambangkan wanita atau
         gadis yang cantik. Merah terang (Cinnabar atau Dan) disamakan dengan




                                                 11
Seni dan Kebudayaan                                                              2003-01356
SSP 6513                                                             Salsabila Tang Abdullah


         ketakjuban dan kehidupan yang abadi dalam budaya Cina, warna merah sebagai
         penanda unggul dan metafora yang membawa tuah.


         3.6.3        Huang (warna kuning)
         Warna dataran rata di utara China. Berkait rapat dengan asal usul kebudayaan
         Cina Han. Melambangkan tanda terima kasih dan hormat kepada tanah. Kuning
         juga dikaitkan dengan maharaja. Dalam kepercayaan agama, warna kuning juga
         dijadikan warna utama, oleh sebab itu, sami Buddha biasanya memakai jubah
         kuning.


         3.6.4        Bai (warna putih)
         Warna alam spiritual upacara kematian dan pengkebumian masyarakat Cina.
         Dalam agama Buddha warna putih melambangkan kesucian dan berkait rapat
         dengan bunga teratai.


         3.6.5        Hei (warna hitam)
         Warna hitam melambangkan sesuatu yang misteri. Hitam ialah warna yang tidak
         aktif, melambangkan ketakutan dan perbuatan yang jahat.


         Dalam masyarakat Cina, warna memainkan peranan yang penting. Ia boleh
 mempengaruhi emosi dan fikiran seseorang. Contohnya pada Hari Raya atau Hari
 Kebesaran yang lain, pemuda pemudi dilarang memakai pakaian yang berwarna hitam
 kerana ia dipercayai akan mendatangkan nasib „suae‟ (malang). Ia dianggap kurang
 sopan dan tidak menghormati orang lain sekiranya melawat rumah saudara dengan
 pakaian demikian. Manakala pemuda pemudi digalakkan memakai pakaian yang
 berwarna merah atau berwarna terang kerana warna merah melambangkan kegembiraan
 dan bahagia. Bunyi „Hong‟ juga membawa simbolik berjaya dengan cemerlang.




                                             12
Seni dan Kebudayaan                                                                 2003-01356
SSP 6513                                                                Salsabila Tang Abdullah


         3.7          Membina Struktur Catan Lanskap
         Binaan struktur lanskap merupakan topik yang penting dan harus difahami oleh
pelajar melukis dan memahirkannya.
         3.7.1        Pembahagian objek utama dan sekunder
         Dalam sebuah lukisan lanskap, pelukis haruslah memahami struktur mana yang
         dikatakan sebagai objek utama dan sekunder. Biasanya benda yang dilukis
         berdekatan dengan paras penglihatan dikatakan objek utama. (lampiran 2)
         3.7.2        Memberi dan menerima
         Pemandangan yang berada dalam sesebuah lukisan perlunya ada sifat memberi
         dan menerima untuk menghasilkan daya kesungguhan dan irama kelembutan
         dalam lukisan. (lampiran 3)
         3.7.3        Adanya sifat nyata dan kabur
         Sifat nyata dalam lukisan biasanya memberi sesuatu perasaan lebih berat, lebih
         nyata dan senang dikesan dalam lukisan. (lampiran 4)
         3.7.4        Adanya tempat kosong
         Meninggalkan tempat kosong merupakan satu teknik yang penting dalam lukisan
         cina. Kemahiran ini perlu difahami supaya pelukis dapat menghasilkan satu
         lukisan yang dikatakan „elegent‟. Peninggalan ruang kosong juga dapat
         membezakan lapisan lukisan. Dalam seni lanskap Cina, artis-artis begitu teliti
         dalam menapis alam semula jadi melalui pengamatan mereka, menjadikan jarak
         yang jauh lebih jauh dan ruangan yang kosong lebih terasa kekosongan. (lampiran
         5)
         3.7.5        Adanya padat dan jarang
         Stroke berus perlu adanya padat dan jarang supaya lukisn tidak kelihatan kaku.
         (lampiran 6)


         3.8          Cop / mohor
         Setelah siap melukis dan mewarna, langkah yang paling akhir ialah meletakkan
cop / mohor peribadi dan sajak mewakili mesej yang ingin disampaikan. Tempat meletak
cop dan sajak juga ada peraturannya. Ia perlu diambil berat dari segi keseimbangan rung
dan keharmonian keseluruhan struktur lukisan. Tandatangan dan cop kepada hasil seni



                                                 13
Seni dan Kebudayaan                                                                    2003-01356
SSP 6513                                                                   Salsabila Tang Abdullah


masing-masing.           Inskripsi yang nyata ini adalah satu deklarasi ekspresi diri       dan
personaliti artis, bukannya satu penghormatan kepada pihak berkuasa dan bukan juga
sebagai tanda dagangan (trademark) barangan untuk ditukarkan dengan beras atau arak.


         3.9          Perspektif
         seni catan lanskap mempunyai interaksi ruang (spatial relationship) yang
dipanggil „the three distances‟. Ini didefinisikan oleh Kuo seperti berikut : (1) Perspektif
dari kaki gunung melihat ke puncaknya atau dipanggil „high distance‟, (2) perspektif dari
depan (frontal plane) gunung melihat ke belakang (rear plane) atau „deep distance‟ dan
yang ketiga „level distance‟ iaitu perspektif dari kawasan berdekatan gunung melihat ke
arah jauh (Ketiga-tiga perspektif ini juga dirujuk sebagai tinggi (height), dalam (depth)
dan lebar (breadth)).
         „Level distance‟ seperti yang didemonstrasikan oleh Kuo Hia, bergantung kepada
satu siri dataran-dataran menurun (receding plane) yang merentangi secara horizontal dari
kanan ke kiri (dalam kes ini) atau dari kiri ke kanan (lampiran 7). Untuk ilustrasi „deep
distance‟ sila lihat Kao K‟o-ming „Streams and Hills Under Fresh Snow‟ di mana
pemerhati dibawa ke dalam isi perut hutan dalam satu gerakan yang bersudut tepat
dengan permukaan kertas (lampiran 8). Bagi contoh „high distance‟ pula sila lihat Wen
Pojen „Dwellings of the Immortals amid Streams and Mountains‟ di mana garis
penglihatan bergerak secara semulajadi dari bawah ke atas lukisan itu. Pemerhati terasa
seperti mendaki dari kaki gunung ke puncaknya. (lampiran 9)



         3.10         Simbol dalam catan cina

         Catan Cina yang bersifat simbolik paling diminati dalam masyarakat Cina.
Simbol mempunyai pengertian yang meluas. Simbol memberi sesuatu makna tanpa
terasing dengan imej yang dihasilkan. Bahasa simbol wujud apabila kedua pihak gagal
untuk berkomunikasi secara global. Biasanya simbol yang dihasilkan adalah sesuatu yang
lumrah, universal dan mudah difahami.
         Simbol berasal dari perkataan Greek „Symbolon‟ atau „tanda‟ iaitu sesuatu imej
atau lukisan yang dipilih untuk mewakili objek, idea, kualiti dan proses. Menurut Kamus



                                                14
Seni dan Kebudayaan                                                                  2003-01356
SSP 6513                                                                 Salsabila Tang Abdullah


Dewan Edisi 3 (1998), perkataan simbol membawa makna “ sesuatu yang mewakili
sesuatu yang lain, lambang dan tanda”.
         Simbol mempunyai perhubungan yang erat dengan manusia dan kebudayaannya.
Justeru itu, manusia digelar sebagai makluk bersimbol. Menurut Budiono Herusatoto
(1985: 10), simbolik ini merupakan ciri khas manusia, yang jelas berbezakannya dengan
haiwan.
         Begitu juga Ernst Cassirer berpendapat bahawa manusia sebagai haiwan yang
bersimbol. Ia menerangkan bahawa manusia tidak pernah melihat, menemui, dan
mengenali dunia secara langsung, tetapi mengenalinya secara simbol.
         Manakala Jacob Korq di dalam bukunya, An Introduction to Peotry (1959: 14)
menyatakan bahawa: A symbol usually has no physical characteristics at all to justify its
abstract meaning. Oleh itu, secara ringkas, simbol adalah suatu tanda, ciri atau lambang
yang mempunyai makna abstrak, yang cuba memberitahu sesuatu hal atau idea kepada
seseorang.
         Dalam apresiasi seni simbol sering dipaparkan untuk menyampaikan ikonnya
secara padat. Erwin Panofsky menggunakan istilah ikon bagi menyampaikan mesej
keagamaan di zaman Renaissance. Simbol juga sesuai ditakrifkan sebagai „significance
form‟ dalam sesebuah karya seni.
         Kesimpulan yang dibuat oleh Durkheim dan Whitehead (1927), Needham (1979:
3) bahawa simbolisme adalah penting kerana ia bertujuan untuk menandakan sesuatu
yang penting dari segi sosial dan mendorong manusia untuk mematuhi atau mengikuti
dan mengenali nilai-nilai yang mereka patut hidup bersamanya.


         Konfucius berkata:
         „Motif (tujuan) terletak pada jalan (dao), bukti terletak pada moral (te),
bergantung pada perikemanusiaan (ren) serta berhibur dalam enam acara seni yang
lain, iaitu adat, muzik, memanah, memandu kereta, menulis tentang sejarah dan kira-
kira.‟
         Jarang sekali corak atau simbol yang direka berfungsi hanya sebagai hiasan dalam
seni catan Cina, selalunya simbol atau corak tersebut membawa tema atau mesej yang
tersirat.



                                            15
Seni dan Kebudayaan                                                                                          2003-01356
SSP 6513                                                                                         Salsabila Tang Abdullah


Contoh-contoh simbol yang biasa dijumpai dalam seni catan Cina:


3.10.1 Motif flora
Motif                                             Catatan

                                                  i.       Shi liu (Delima)
                                                  Buah delima yang mempunyai banyak biji melambangkan
                                                  kesuburan dan kemewahan. Dalam perkataan Cina „seed‟
                                                  (biji) juga bermaksud anak lelaki, oleh itu buah delima
                                                  melambangkan harapan untuk mendapat banyak anak
                                                  lelaki. Biasanya sarung bantal yang disulam dengan motif
                 QuickTime™ an d a
             TIFF (LZW) decomp ressor
                                                  buah     delima     yang    disulam   dengan     motif       delima
           are need ed to see this p icture .



                                                  dihadiahkan kepada pasangan pengantin baru.




                                                  ii.      Mei Hua (Plum Blossom)
                                                  Pokok plum berbunga dari dahan yang kelihatan seolah-
                                                  olah mati, lima kelopak bunga mewakili kehidupan baru di
                                                  hujung musim sejuk. Plum blossom merupakan keindahan
                                                  dalam musim sejuk. Ia seolah-olah mempunyai kuasa yang
                  QuickTime™ an d a
              TIFF ( LZW) dec omp ress or
           ar e need ed to s ee this p icture .
                                                  menakjubkan kerana berbunga di atas dahan yang kelihatan
                                                  seolah-olah mati. Mesej yang hendak disampaikan ialah
                                                  manusia seharusnya tabah dan cekal dalam mengharungi
                                                  segala    lumrah      kehidupan.      Kehidupan       baru      dan
                                                  kegembiraan akan tercapai sekiranya manusia mempunyai
                                                  sifat seperti bunga plum.




                                                                 16
Seni dan Kebudayaan                                                                                2003-01356
SSP 6513                                                                               Salsabila Tang Abdullah


                   Motif                                             Catatan


                                             iii.   Song (Pokok Pine)
                                             Melambangkan ketabahan, kesabaran dan umur yang
                                             berpanjangan. Pokok pine yang tua dan berbonggol tumbuh
                                             subur di tepi tebing gunung yang tinggi melambangkan
                                             seseorang yang mempunyai cita-cita yang mulia dan

               QuickTime™ and a
                                             istimewa. Walaupun ianya ditiup angin dan ribut ( politik,
           TIFF (LZW) deco mpressor
         are neede d to se e this picture.

                                             rasuah). Pokok pine tetap kekal di situ bertahun-tahun.
                                             Oleh itu ia melambangkan kehidupan yang sejati walaupun
                                             masalah menghadapi disebabkan bencana alam atau buatan
                                             manusia sendiri.




                                             iv.    Mou Tan (Bunga peony)
                                             Digelar sebagai „Permaisuri Bunga‟ kerana kemewahan
                                             warnanya dan bauan yang wangi, bunga peony adalah
                                             simbolik kepada musim bunga, juga cinta dan keindahan
                                             sifat kewanitaan. Ia juga melambangkan maruah dan
                                             kegembiraan.




                                                            17
Seni dan Kebudayaan                                                                                        2003-01356
SSP 6513                                                                                       Salsabila Tang Abdullah


                   Motif                                                 Catatan


                                               v.     Liu (Pokok Willow)
                                               Pokok ini dikaitkan dengan kecantikan wanita kerana
                                               daunnya    yang     panjang     dan   tirus.    Kadang-kadang
                                               dikhususkan kepada „ singsong‟ (penyanyi wanita) atau
                                               pelacur. Pokok ini juga melambangkan persahabatan dan
                                               batang willow dihadiahkan kepada pengambara semasa
                                               hendak bertolak ke destinasi baru. Daunnya dipercayai
                                               mempunyai      kuasa    menyucikan        (dewi      Kuan        Yin
                                               menggunakan         setangkai     dahan        willow         untuk
                                               menyelamatkan manusia yang hidup dalam kesusahan)
                                               digunakan untuk upacara membersihkan kubur semasa
                                               perayaan Ching Ming. Kayu pokok willow dipercayai
                                               digunakan untuk berinteraksi dengan alam roh. Motif
                                               willow ini terdapat di tembikar biru putih pada abad ke 18.
                                               Reka bentuk motif ini berdasarkan kepada cerita pasangan
                                               kekasih   yang     menghadapi     banyak       rintangan      untuk
                                               berkahwain.


                                               vi.    Ju (Buluh)
                                               Sebagai rumpun yang sentiasa menghijau, buluh yang
                                               lentuk dan angun mewakili kualiti kekuatan, ketahanan,
                                               kesesuaian dan kegigihan untuk terus hidup dalam
                                               sebarang cuaca. Buluh dikaitkan dengan nasib yang baik
                 Quic kTime™ and a


                                               kerana namanya sama dengan perkataan „permintaan‟.
             TIFF ( LZW) deco mpr essor
          ar e neede d to se e this picture.




                                                             18
Seni dan Kebudayaan                                                              2003-01356
SSP 6513                                                             Salsabila Tang Abdullah


              Motif                                  Catatan

                             vii.   Lian Hua (Bunga teratai)
                             Bunga teratai menandakan kesucian. Ia mengandungi
                             semangat yang tidak dapat dicemari, membesar dengan
                             akar yang panjang dan dalam, serta kuntuman yang indah
                             di kawasan paya yang suram. Bunga teratai mempunyai
                             dua makna dalam bahasa Cina; satu ialah perkataan yang
                             sama maksudnya dengan „kedamaian dan keharmonian‟
                             dan yang kedua bermaksud‟nasib baik yang berulang‟.




3.10.2 Motif fauna
         Motif fauna dilarang dalam kesenian Islam. Larangan ini terkandung di dalam
Hadith yang mengatakan bahawa seseorang pengukir patung akan diperintahkan oleh
Allah untuk memberi nyawa kepada patung ciptaannya itu. Jika beliau tidak berdaya
berbuat demikian, beliau akan dicampakkan ke dalam api neraka. Islam melarang
penggunaan perlambangan manusia dalam hasil ciptaan seni kerana dikhuatiri manusia
akan terdorong kepada perbuatan yang syirik dan kufur. Namun tetapi motif fauna dalam
masyarakat Cina amat penting dalam membawa simbolik yang unik, biasanya ia
melambangkan status dan memberi petunjuk astronomi. Contoh-contoh motif fauna
adalah seperti berikut:




                                          19
Seni dan Kebudayaan                                                                                     2003-01356
SSP 6513                                                                                    Salsabila Tang Abdullah


                     Motif                                                     Catatan


                                                   i.       Long (Naga)
                                                   Tidak dapat dinafikan naga adalah lambang yang
                                                   selalu    digunakan     dan     amat    mustahak       dalam
                    QuickTime™ and a
                TIFF (LZW) decompressor
              are needed to see this picture.      perlambangan kebudayaan Cina. Orang Cina percaya
                                                   naga     adalah    binatang    yang    mempunyai        kuasa
                                                   transformasi dan boleh menurunkan hujan. Naga
                                                   muncul secara berpasangan berlingkar di dalam awan
                                                   atau berenang di dalam ombak. Naga bertanding untuk
                                                   mendapatkan „disc‟ (simbol matahari) Naga adalah
                                                   simbol kekuatan maharaja. Ada sembilan jenis naga
                                                   yang dikenali. Simbol sembilan jenis naga diukir di
                                                   Beijing „Forbidden City‟. Menurut mitos lama, Yu,
                                                   nenek moyang asal masyarakat Cina, wujud dalam
                                                   bentuk seekor naga kuning yang melonjak keluar
                                                   daripada tubuh ayahnya yang telah meninggal dunia.
                                                   Ia membawa lambing keberanian, kekuatan dan
                                                   perlindungan.




                                                   ii.      Ma (Kuda)
                                                   Kuda      dikait    rapat     dengan    ketenteraan       dan
                     QuickTime™ an d a
                 TIFF (LZW) decomp resso r
               are need ed to see this picture .

                                                   kebangsawanan, mewakili semua sifat-sifat yang
                                                   mewakili kekayaan, prestij dan mobiliti. Kuda putih
                                                   secara legenda dikait dengan pengangkutan agama
                                                   Buddha ke India dan melambangkan penyebaran ilmu
                                                   pengetahuan. Kuda-kuda ini sering digambarkan
                                                   dalam keadaan berlari pantas dengan kaki tidak
                                                   mencecah tanah.




                                                             20
Seni dan Kebudayaan                                                                            2003-01356
SSP 6513                                                                           Salsabila Tang Abdullah


                          Motif                                     Catatan


                                               iii.   Feng Huang (Phoenix)
                                               Burung phoenix ialah satu komposisi spiritual dan
                                               fizikal, ia sebagai simbol Maharani. Menurut cerita
                                               mitos Feng Huang adalah burung yang boleh terang
                QuickTime™ an d a
            TIFF (LZW) decomp ressor
          are need ed to see this p icture .   terus ke syurga. Ia juga melambangkan pencapaian
                                               yang tinggi. Biasanya ia dilukis bersama dengan Naga
                                               untuk melambangkan perkahwinan yang bahagia
                                               (keseimbangan yin dan yang). Bulu Feng Huang yang
                                               berwarna-warni      melambangkan          kecantikan,
                                               kemewahan dan baik hati.




                                               iv.    Tie (Rama-rama)
                                               Salalunya dikaitkan dengan roh nenek mayang dan
                                               peringatan. Oleh kerana bunyi „rama-rama‟ ini serupa
                                               dengan perkataan seseorang yang telah berumur, ia
                                               juga dianggap sebagai simbol panjang umur.




                                                       21
Seni dan Kebudayaan                                                                  2003-01356
SSP 6513                                                                 Salsabila Tang Abdullah


                 Motif                                    Catatan


                               v.      He (Burung Bangau)
                               Burung Bangau melambangkan kehidupan yang kekal
                               abadi, kecantikan dan keanggunan. Dalam cerita
                               dongeng       masyarakat    Cina,     burung   bangau        ini
                               dikatakan boleh membawa tuah dari “nan hai sian tau”
                               iaitu pulau selatan dalam syurga. Biasanya burung
                               bangau dikategori bersama dengan rusa, kura-kura dan
                               ling-zhi (sejenis cendawan) yang melambangkan
                               panjang umur. Simbol membawa dewa ke syurga
                               melambangan pegawai tinggi di dalam istana China
                               (politik).




                               vi.     Li Yu (Ikan Kap)
                                Melambangkan kekayaan. Li Yu sama bunyi dengan
                                „liyu‟ (keuntungan, berlebihan). Masyarakat Cina
                                biasanya mendoakan rezeki yang berlebihan semasa
                                menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan ia juga
                                dihadiah dalam bentuk lukisan kepada sahabat yang
                                berjaya dalam perniagaan agar mereka murah rezeki.
                                Ikan kap juga adalah simbol usia yang panjang kerana
                                dipercayai       kebal    daripada     kematian        secara
                                semulajadi.




         Masyarakat Cina mempercayai simbol-simbol tersebut dapat mempengaruhi
kehidupan mereka ke arah keamanan dan kegembiraan. Batu-batu dan gunung-ganang
yang biasa dilukis dalam sanshui (lukisan pemandangan) dikaitkan dengan keabadian,


                                            22
Seni dan Kebudayaan                                                                2003-01356
SSP 6513                                                               Salsabila Tang Abdullah


kestabilan, kesetiaan dan ketahanan. Gunung dan lautan sering digambar bersama-sama
dan apabila disatukan masing-masing melambangkan hidup yang panjang dan nasib yang
baik.




4.       Gaya dan teknik seni catan Cina berkaitan dengan kebudayaan masyarakat
         Cina
         Seng Yan Chuan dan Fan Pik Wah dalam kertas kerja mereka yang berjudul
Tamadun China: Kesenian dan Kaligrafi, Bengkel Pengajaran Tamadun Islam dan
Tamadun Asia, 16 April, 1998, Kuala Lumpur: Universiti Malaya menjelaskan tentang
seni lukis dalam tamadun China banyak dipengaruh oleh falsafah orang Cina. Falsafah
masyarakat orang Cina berkait rapat dengan ajaran Taoisme dan Confuciusnisme.
         Taoisme sebenarnya bukan merupakan ajaran agama tetapi merupakan ajaran
falsafah tentang moral dan hubungan manusia dengan alam persekitarannya. Ajaran
Taoisme diasaskan oleh Lao Tze seorang ahli falsafah kuno yang hidup pada abab ke-5
S.M. Taoisme yang menegaskan bahawa setiap perkara yang wujud di dunia ini dijadikan
dalam keadaan yang bertentangan. Dalam seni catan lanskap Cina, binaan struktur juga
dalam bentuk bertentangan. Contohnya bila ada langgit mesti adanya bumi (gunung–
ganang), pokok dilukis dalam keadaan „memberi‟ dan „menerima‟, begitu juga objek ada
yang „nyata‟ dan ada yang „kabul‟.
         Pertentangan adalah sesuatu yang positif dan ia perlu untuk mengekalkan
keseimbangan yang sedia wujud di alam ini. Pasangan yang saling bertentangan dikenali
sebagai Yin dan Yang. Yin-Yang diandaikan mempunyai asal usul Austronesia China
Selatan (Needham, 1956:275). Yang mewakili unsur positif dan Yin pula adalah lambang
yang negetif. Dalam kehidupan menusia, lelaki mewakili Yang kerana memiliki ciri-ciri
yang baik. Perempuan mewakili Yin kerana memiliki ciri-ciri negetif dan pasif seperti
lemah, dingan dan mempunyai keinginan tidak terkawal. Jadi, dalam masyarakat orang
Cina lebih mementingkan dan memandang tinggi terhadap kaum lelaki. Kaum lelaki
diberi peluang belajar dan bergembara, oleh sebab itu kebanyakan pelukis adalah terdiri
daripada kaum lelaki.




                                          23
Seni dan Kebudayaan                                                                 2003-01356
SSP 6513                                                                Salsabila Tang Abdullah


         Ajaran Taoisme juga menegaskan bahawa hidup manusia bersifat sementara.
Lantaran itu kekayaan tidak menjadi matlamat hidup          penganut Tao. Ajaran Tao
mengajak penganutnya hidup secara sederhana dan tidak cuba menentang segala
ketentuan alam. Jadi, bila pelukis menghasilkan lukisan, mereka cuba mencantumkan
keharmonian di antara apa yang dilihat oleh mata dengan apa yang dibuat oleh tangan. Ia
mermelukan juga kemahiran yang agak istimewa. Untuk mendapat kemahiran diwajibkan
latihan yang bersungguh-sungguh dan teratur serta mengembara dan meneroka keindahan
alam ini. Di dalam latihan ini mesti diuji satu paradoks. Paradoks tersebut ialah, „Lebih
sedikit terlukis maka lebih banyak tersuara”. Umpamanya: Akar pelukis memikirkan
sebuah idea, tangannya pula terus melukis ideanya seringkas yang mungkin. Dengan
adanya ringkasan maka imaginasi dan permerhatian dapatlah mengagak. Agakan ini
merupakan penerokaan di dalam dunia yang putus-putus, yang tidak tersudah, yang
berlalu sehingga terjumpa suatu sudut suci zaman kebayian, ketika yang ajab dimana
masa telah dibekukan dan dunia diaturkan dengan selamat, sama seperti imej yang
terlukis itu sendiri.
         Confucius merupakan ajaran tentang moral. Ia bukan satu agama tetapi
merupakan tertib mengajar manusia bagaimana bertingkah laku, berhubung dengan
orang, hidup sebagai anggota masyarakat disebuah negara. Agama Confucius telah
diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain sehingga ia menjadi sebahagian
daripada kepercayaan norma dan peraturan yang perlu diikuti oleh orang Cina.
         Ajaran Confucius diasaskan oleh Kung Fu Tze yang lahir pada 551 sebelum
masihi. Bapanya bernama Shuh Liang Heih, ibunya bernama Chiang Tsai. Mereka
mempunyai sembilan anak perempuan dan kepingin seorang anak lelaki. Masyarakat
Cina adalah masyarakat Patrilinear, iaitu meletakkan kaum lelaki pada kedudukan yang
lebih utama dan dominan. Seperti mana yang telah dibincangkan di atas kaum lelaki
berpeluang belajar dan berilmu pengetahuan yang tinggi. Kebanyakkan pelukis pada
zaman dahulu pernah mengalami kehidupan yang berliku-liku, kecewa dan mereka
membawa diri merantau untuk mencari ketenangan. Melukis merupakan satu cara untuk
mereka meluahkan perasaan dan meyampaikan falsafah diri melalui hasil karya lukisan.
         Prinsip asas ajaran Confucius adalah tentang adat baik dan budi pekerti yang
tinggi, tatasusila, kesopanan dan adab sebagai seorang manusia. Terdapat beberapa



                                           24
Seni dan Kebudayaan                                                                2003-01356
SSP 6513                                                               Salsabila Tang Abdullah


konsep dalam ajaran Confucius antaranya ialah Konsep Lamgit-bumi, Jen, Chun Tze, Li,
dan Konsep Kesederhanaan.


         4.1 Konsep Langit-bumi
         Langit dan bumi mempunyai hubungan yang rapat. Kedua-duanya saling
bergantung untuk terus wujud. Kehidupan bumi dipengaruhi oleh kekuatan di langit, jadi
pelukis cuba menunjukkan kebaktian mereka kepada langit, iaitu dengan melukis
keindahan langit dan keagungan gunung ganang. Dengan ajaran sebegini masyarakat
Cina dipimpin oleh Kung Fu Tze supaya tidak berbalah, berkrisis dan tidak berebut
kepentingan di duniawi. Kekuatan itu bukan datangnya daripada susuatu kuasa ghaib atau
pun alam mistik, tetapi wujud di dalam diri sesorang. Melalui hasil karya lukisan, kita
dapat membaca sanubari seseorang pelukis.


         4.2 Konsep Jen atau perikemanusian
         Seseorang itu dianggap mempunyai keperimanusiaan yang tinggi apabila
melakukan kebajikan terhadap sesama manusia. Mereka yang memiliki Jen tidak
mempunyai kepentingan diri dan mereka sanggup melakukan pengorbanan untuk
memenuhi tuntunan Jen. Jen mewakili sifat-sifat yang baik dan positif di dalam kendiri
seseorang. Jen dapat membangkitkan semangat rajin bekerja, giat berusaha, dan
melakukan kerja untuk kebaikan masyarakat keseluruhan. Dengan adanya sifat Jen,
pelukis melukis alam semula jadi yang dipaparkan di kaca mata pelukis dengan seberapa
benar atau seberapa asli yang mungkin. Mereka tidak mudah putus asa dan sentiasa
berusaha untuk mencapai kejayaan. Jen adalah bersifat sejagat dan keunivesalannya
berupaya menyatupadukan manusia dalam satu lingkungan kehidupan yang serupa.


         4.3 Konsep Chun Tze atau keperibadian yang agung
         Manusia agung harus mempunyai sifat Chun Tze pada dirinya. Manusia dapat
hidup berkasih sayang, saling faham memahami, pragmatik, bersikap sederhana dan
segala tindak tanduknya tidak keterlaluan. Chun tze merangkumi sifat-sifat baik seperti
merendah diri, jadi dalam lukisan seni lanskap Cina didapati manusia atau objek ciptaan
manusia biasanya bersaiz kecil jika dibandingkan dengan keagungan alam. Mereka yang



                                            25
Seni dan Kebudayaan                                                                 2003-01356
SSP 6513                                                                Salsabila Tang Abdullah


memiliki peribadi Chun Tze tidak mudah putus asa atau kecewa serta bersedia berdepan
dengan segala cabaran yang mendatang. Kejayaan tidak mendatangkan rasa bongkak
kepada dirinya. Kegagalan tidak pula mengundang kemarahan atau kejengkilan. Chun
Tze akan melahirkan manusia yang berakhlak, dan dengan akhlak yang dimiliki manusia
dapat hidup tenang dan sentosa. Justeru itu jiwa yang tenang dapat menghasilkan lukisan
yang mempunyai kuasa ketenangan dan seterusnya melahirkan satu perasaan ketinggian
dan isipadu (volume) yang besar.


         4.4 Li atau Keserasian
         Manusia pada asasnya lemah dan memerlukan bimbingan para pendeta serta
sarjana untuk mencapai hidup yang sejahtera.seperti kata pepatah, yang baik dijadikan
teladan dan yang buruk dijadikan sempadan, jadi pelukis biasanya berilmu dan
berpengetahuan luas. Dalam lukisan mereka biasanya sajak yang ditulis menggunakan
ayat dan makna yang baik. Sajak itu biasanya memberi ajaran atau memberi didikan
moral kepada si pemerhati. Contohnya dalam „Orchids on rocks‟ boleh diterjemahkan
seperti berikut:
         Orkid asalnya adalah tumbuhan gunung;
         Marilah kita tanamkannya semula di gunung-gunung:
         Dimana-mana mereka diletakkan di dalam bekas atau pasu bunga;
         Mengapa tidak biarkan mereka diselubungi kabus dan awan.


         4.5 Kesederhanaan
         Salah satu aspek ajaran Confucius ialah jalan tengah yang dirujukkannya sebagai
kesederhanaan. Sebaik-baik jalan yang ditempuhi oleh manusia ialah jalan pertengahan.
Ini bermakna seseorang itu jangan keterlaluan dalam melakukan sesuatu. Kesederhanaan
membolehkan seseorang berada dalam ketenangan dan dapat membuat pertimbangan
yang rasional serta tidak mudah didorong oleh emosinya. Sifat ini amat penting untuk
seseorang pelukis semasa menjalankan aktiviti melukis.




                                           26
Seni dan Kebudayaan                                                                  2003-01356
SSP 6513                                                                 Salsabila Tang Abdullah


5.       Kesimpulannya
         Masyarakat Cina adalah memandang tinggi kepada bidang seni lukis. Seni ini
dianggap sebagai suatu alat yang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan mereka sehari-
hari. Lukisan pada mereka adalah satu makanan dan baja rohani. Kadang-kadang pelukis
boleh leka duduk berseorangan sambil memandang lukisan-lukisan yang digantung pada
dinding, tambahan kepada mereka yang gagal dalam kehidupan, lukisan tertentu yang
sebatin sejiwa dengannya, adalah memainkan peranan yang amat penting.
         Kerekter orang-orang Cina berlainan dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini.
Mereka melukis mengikut cara mereka tersendiri dan jarang dipengaruhi oleh bangsa
lain. Mereka mementingkan „erti‟ dan „maksud‟ lukisan dan tidak pada „rupa‟ lukisan itu.
Oleh itu, lukisan orang-orang Cina ringkas pembinaannya. Tetapi kalau sebuah lukisan
itu disediakan rangkapan pantun atau puisi oleh pelukisnya, maka senanglah peminat-
peminatnya menentukan maksud sebenar lukisan itu.
         Asas seni catan Cina tidak boleh lagi diasingkan kepada lukisan, penulisan
kaligrafi dan puisi. Kini ia adalah idea puitis yang diekspresikan melalui berus-berus dan
dakwat. Artis mempunyai pilihan: menulis puisi dan mempersembahkannya dalam
bentuk kaligrafi, atau menghasilkan lukisan tanpa perkataan tetapi mempunyai emosi
yang puitis. Semua yang dipelajari baik daripada segi stail dan tradisi, segala yang
diperhatikan dalam alam semulajadi pelukis, dan semua pengalaman hidupnya boleh
dihasilkan semula dengan berus dan ditinggalkan sebagai bukti melalui penggunaan
dakwat. Dengan demikian, hasil-hasil kerja yang terbaik akan sentiasa berada di tempat
yang tinggi bersama-sama kabus dan awan, seperti mana yang biasa dilukis oleh artis seni
catan lanskap Cina.




                                           27
Seni dan Kebudayaan                                                           2003-01356
SSP 6513                                                          Salsabila Tang Abdullah


                      CARTA GRAFIK SISTEM KEBUDAYAAN




                                   Organisasi



       Kekerabatan/                                               Bahasa
          Sosial




      Teknologi                                                         Religi
                                 Kebudayaan




                       Ekonomi                        Kesenian




                                                Seni Catan Cina




                                      28
Seni dan Kebudayaan                                                 2003-01356
SSP 6513                                                Salsabila Tang Abdullah




                       MODAL KAJIAN SENI CATAN CINA



         MATA                    ORGANISASI             BAHASA
       PENCARIAN                Maharaja memberi       Ada sajak yang
      Catan dijual untuk         sokongan penuh,       menggunakan
       menyara hidup             pelukis biasanya       bahasa tinggi
                                   mempunyai          untuk sampaikan
                                pengalaman hidup           masej
                                    yang pahit




                                  KESENIAN
                                  Catan Cina




       TEKNOLOGI                    SISTEM               RELIGI
         Dakwat yang            PENGETAHUAN                Tao
         mempunyai                Symbol yang            Confucius
        mutiara, Sutera         mempunyai makna
        berkualiti tinggi          tersendiri




                                     29
Seni dan Kebudayaan                                                               2003-01356
SSP 6513                                                              Salsabila Tang Abdullah




Rujukan


___________. 1995. Spirit-Calligraphy & Painting. China: Jundical Person.

___________. 2001. Six Centuries Of Islamic Art In China. Kuala Lumpur: Islamic Arts
      Museum Malaysia. Hal. 57 – 73

____________, 2000. Kumpulan Esei Pilihan: Pendidikan Seni dan Muzik. Perak:
      Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdul Latif abu Bakar. 1996. Melaka Bandar Raya Bersejarah Negeri Berbudaya.
      Artikel Dewan Budaya. hal.14-16

Ann Wan Seng. 1996. Kepercayaan Orang Cina. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor dan Zulkanain Abd.
      Rahman, 2000. Siri Sejarah Fajar Bakti: TITAS 2. Selangor: Farjar Bakti. hal.
      244 – 247

Boris Parnickel & Para Penulis; 1997. Kebudayaan Nusantara: Kepelbagaian Dalam
       Kesatuan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 110 – 115

Cheu Hock Tong. 2000. Confucianism In Chinese Culture. Selangor: Pelanduk
     Publications Sdn. Bhd.

Dick Hartoko. 1984. Manusia dan Seni. Yogyakarta: Kanisius. hal. 73 - 76

Editor:Mohd Johari Ab. Hamid. 2004. Pendidikan seni Visual dan Muzik. Perak:
       Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Hamidah Abdul Hamid. 1995. Pengantar Estetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
      Pustaka. hal. 50 – 82

Hanapi Dollah & Lokman Mohd. Zen; 1995. Kebudayaan Melayu Di Ambang Abad
      Baru. Kuala Lumpur: Jabatan Persuratan Melayu UKM. Hal. 217 – 221

Jasman Ahmad & Rosnah Ramli. 1997. Masyarakat Cina: Siri Kebudayaan Masyarakat
      Malaysia. Selangor: Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd. hal. 1 – 3

Joseph Chan. 1953. Chinese Brush Painting; A Pratical Guide.Singapore: Times
      Editions. hal. 20 – 26

Jyh Wee Sew. 1997. Budaya Warna. Artikel Dewan Budaya. hal. 30-32



                                          30
Seni dan Kebudayaan                                                              2003-01356
SSP 6513                                                             Salsabila Tang Abdullah


Lok Chong Hoe. 1998. Tamadun Cina: falsafa, Pandangan Hidup dan Aspek-aspek
     Kesenian. Pulau Pinang: USM.

Mary Tregear. 1997. Chinese Art. London: Thames and Hudson Ltd.

Mazlan Bin Mohamad. 1996. Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan seni. Selangor:
      Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. hal. 36-38

Md. Nasir Iberahim, Iberahim Hassan, 2003. Pendidikan Seni Untuk Maktab &
     Universiti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohamed Ali Abdul Rahman. 1991. Sejarah Seni Dunia. Selangor: Malindo Printers
     Sdn. Bhd. hal. 51 – 54

Mustafa Haji Daud. 2001. Tamadun Dunia STPM. Kuala Lumpur : Utusan Publications
      & Distributors Sdn. Bhd. hal. 16- 19, 254 – 259

Obaidellah Haji Mohamad. (1994). Lun Yu Pembicaraan Confucius. Kuala Lumpur:
      Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ong Hean Tatt. 1996. Legend Of The Chinese „ Lung‟. Kuala Lumpur: Eastern Dragon
     Press.

Ong Hean Tatt. 1999. Chinese Plant Symbolisms. Selangor: Pelanduk Publications Sdn.
     Bhd.

Rhonda and Jeffrey Cooper. 1997. Masterpieces of Chinese Art. London: Tiger Books
      International. hal. 74 – 76

Roberta Helmer, Stalberg Ruth Nesi, 1983. A Mini Encyclopeadia Of Chinese Crafts.
       Singgapore: Times Book International.

S. H. Nasr. 1989. Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus. Kuala Lumpur. : Dewan
      Bahasa dan Pustaka.

Sanento Yuliman. 2001. Dua Seni Rupa. Jarkata: Yayasan Kalam.

Sharifah Alwiah Alsagoff. 1984. Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur : Heinemann Asia.
       hal. 174 - 179

Siti Zainon Ismail. 1989. Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tjetjep Rohendi Rohidi. 2002. Kesenian Dalam Pendekatan Kebudayaan. Bandung:
       STISI Press.




                                         31
Seni dan Kebudayaan                                                        2003-01356
SSP 6513                                                       Salsabila Tang Abdullah


Valery M. Garrett. 1996. Antigues Arts & Crafts In Hong Kong. Singapore: Times
      Editions Pte. Ltd. hal. 10 -15

Wan Go Weng. 1978. Chinese Painting And Calliggrapny. New York: Dover
    Publications.

Y. Sumandiyo Hadi. 2000. Seni Dalam Ritual Agama. Indonesia: Yayasan Untuk
     Indonesia.




                                      32

More Related Content

What's hot

Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapmanaliasafia
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan
Mandy Cheng 92
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanLinda Midy
 
Projek seni (presentation
Projek seni (presentation Projek seni (presentation
Projek seni (presentation Boss
 
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Nik Mohamad Al-Fazil
 
Jenis corak terancang
Jenis corak terancangJenis corak terancang
Jenis corak terancang
ArifahAzlanShah2
 
Aliran Seni Renaissance
Aliran Seni RenaissanceAliran Seni Renaissance
Aliran Seni Renaissance
Laura Lajim
 
Seni kanak kanak
Seni kanak kanakSeni kanak kanak
Seni kanak kanakAzrin Ahmed
 
Bidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaanBidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaan
Nur Aisya
 
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarPengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Angel Spaghcoroni
 
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridTopik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridHalimaton Sad'iah
 
Seni digital
Seni digitalSeni digital
Seni digital
zainiaman
 
IRAMA, RUANG DAN WARNA
IRAMA, RUANG DAN WARNAIRAMA, RUANG DAN WARNA
IRAMA, RUANG DAN WARNA
lime kasturi
 
Unsur seni barat
Unsur seni baratUnsur seni barat
Unsur seni baratNor Adilah
 
Jenis-jenis Arca
Jenis-jenis ArcaJenis-jenis Arca
Jenis-jenis Arca
Aizat Amir
 
Teknik kolograf
Teknik kolografTeknik kolograf
Teknik kolograf
aina_athirah
 
Post Impresionisme
Post ImpresionismePost Impresionisme
Post Impresionisme
Khairiezal Norizan
 
Teknik gurisan
Teknik gurisanTeknik gurisan
Teknik gurisan
Salihin Leen
 
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualKreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualSabariah Bahrum
 

What's hot (20)

Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapman
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
 
Projek seni (presentation
Projek seni (presentation Projek seni (presentation
Projek seni (presentation
 
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
 
Jenis corak terancang
Jenis corak terancangJenis corak terancang
Jenis corak terancang
 
Aliran Seni Renaissance
Aliran Seni RenaissanceAliran Seni Renaissance
Aliran Seni Renaissance
 
Seni kanak kanak
Seni kanak kanakSeni kanak kanak
Seni kanak kanak
 
Bidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaanBidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaan
 
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarPengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
 
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridTopik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
 
Impressionisme
ImpressionismeImpressionisme
Impressionisme
 
Seni digital
Seni digitalSeni digital
Seni digital
 
IRAMA, RUANG DAN WARNA
IRAMA, RUANG DAN WARNAIRAMA, RUANG DAN WARNA
IRAMA, RUANG DAN WARNA
 
Unsur seni barat
Unsur seni baratUnsur seni barat
Unsur seni barat
 
Jenis-jenis Arca
Jenis-jenis ArcaJenis-jenis Arca
Jenis-jenis Arca
 
Teknik kolograf
Teknik kolografTeknik kolograf
Teknik kolograf
 
Post Impresionisme
Post ImpresionismePost Impresionisme
Post Impresionisme
 
Teknik gurisan
Teknik gurisanTeknik gurisan
Teknik gurisan
 
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualKreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
 

Similar to Seni catan-cina

Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Mohammad Yaqin
 
Makalah sosiontropologi kebudayaan
Makalah sosiontropologi kebudayaanMakalah sosiontropologi kebudayaan
Makalah sosiontropologi kebudayaanYadhi Muqsith
 
Kartul ridhos + halaman
Kartul ridhos + halamanKartul ridhos + halaman
Kartul ridhos + halaman
Ridho Pasopati
 
Kebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islamKebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islam
NUR DIANA
 
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 editModul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 editSK Batu Sembilan
 
Makalah ibd
Makalah ibdMakalah ibd
Makalah ibd
newskiem
 
Tugas sbk kliping kebudayaan dan seni
Tugas sbk kliping kebudayaan dan seniTugas sbk kliping kebudayaan dan seni
Tugas sbk kliping kebudayaan dan senianharmasbro
 
manusia sebagai makhluk beradab dan masyarakat adab.
manusia sebagai makhluk beradab dan masyarakat adab.manusia sebagai makhluk beradab dan masyarakat adab.
manusia sebagai makhluk beradab dan masyarakat adab.
Muhammad Idris
 
Makalah wujud dan unsur kebudayaan
Makalah wujud dan unsur kebudayaanMakalah wujud dan unsur kebudayaan
Makalah wujud dan unsur kebudayaan
ade fikri
 
01 pengajian ketamadunan
01 pengajian ketamadunan01 pengajian ketamadunan
01 pengajian ketamadunanAdzmir Nasir
 
Membaca Rupa Wajah Kebudayaan
Membaca Rupa Wajah KebudayaanMembaca Rupa Wajah Kebudayaan
Membaca Rupa Wajah Kebudayaan
Sidi Rana Menggala
 
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnikBab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnikDhani Ahmad
 
Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Afiq Izzudin
 
Bab 1 kd. konsep budaya
Bab 1 kd. konsep budayaBab 1 kd. konsep budaya
Bab 1 kd. konsep budaya
Fatmalasari3
 
Orientasi baru pendidikan terhadap perubahan sosial
Orientasi baru pendidikan terhadap perubahan sosial Orientasi baru pendidikan terhadap perubahan sosial
Orientasi baru pendidikan terhadap perubahan sosial Rasmitadila Mita
 
Global Village
Global VillageGlobal Village
Global Villagedianaists
 

Similar to Seni catan-cina (20)

Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
 
Print
PrintPrint
Print
 
Makalah sosiontropologi kebudayaan
Makalah sosiontropologi kebudayaanMakalah sosiontropologi kebudayaan
Makalah sosiontropologi kebudayaan
 
Kartul ridhos + halaman
Kartul ridhos + halamanKartul ridhos + halaman
Kartul ridhos + halaman
 
Makalah kesenian
Makalah kesenianMakalah kesenian
Makalah kesenian
 
Kebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islamKebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islam
 
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 editModul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
 
Makalah ibd
Makalah ibdMakalah ibd
Makalah ibd
 
Tugas sbk kliping kebudayaan dan seni
Tugas sbk kliping kebudayaan dan seniTugas sbk kliping kebudayaan dan seni
Tugas sbk kliping kebudayaan dan seni
 
manusia sebagai makhluk beradab dan masyarakat adab.
manusia sebagai makhluk beradab dan masyarakat adab.manusia sebagai makhluk beradab dan masyarakat adab.
manusia sebagai makhluk beradab dan masyarakat adab.
 
Makalah wujud dan unsur kebudayaan
Makalah wujud dan unsur kebudayaanMakalah wujud dan unsur kebudayaan
Makalah wujud dan unsur kebudayaan
 
01 pengajian ketamadunan
01 pengajian ketamadunan01 pengajian ketamadunan
01 pengajian ketamadunan
 
Ilmu Sosial dan Budaya
Ilmu Sosial dan BudayaIlmu Sosial dan Budaya
Ilmu Sosial dan Budaya
 
Membaca Rupa Wajah Kebudayaan
Membaca Rupa Wajah KebudayaanMembaca Rupa Wajah Kebudayaan
Membaca Rupa Wajah Kebudayaan
 
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnikBab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
 
Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)
 
Papaer k pop
Papaer k popPapaer k pop
Papaer k pop
 
Bab 1 kd. konsep budaya
Bab 1 kd. konsep budayaBab 1 kd. konsep budaya
Bab 1 kd. konsep budaya
 
Orientasi baru pendidikan terhadap perubahan sosial
Orientasi baru pendidikan terhadap perubahan sosial Orientasi baru pendidikan terhadap perubahan sosial
Orientasi baru pendidikan terhadap perubahan sosial
 
Global Village
Global VillageGlobal Village
Global Village
 

Recently uploaded

untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
TEDYHARTO1
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
d2spdpnd9185
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
rohman85
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Rima98947
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
DEVI390643
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
muhammadRifai732845
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
smp4prg
 
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
Indah106914
 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
ozijaya
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
lindaagina84
 

Recently uploaded (20)

untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
 
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
 

Seni catan-cina

  • 1. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah Seni Catan Cina. Ditinjau dari aspek kebudayaan dan kesenian. 1. Pendahuluan Masyarakat Cina merupakan kaum yang kedua terbesar di Negara ini. Peratusan masyarakat Cina adalah sebanyak 35 peratus daripada jumlah penduduk nagara yang seramai 19.66 juta orang. Masyarakat Cina turut menyumbangkan ke arah kemajuan Negara sama ada dari segi ekonomi, pentadbiran ataupun sosial. Dengan erti kata lain, masyarakat Cina telah bersama-sama menggembleng tenaga dengan kaum lain untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara makmur dan maju. Pada umumnya terdapat perbezaan yang ketara antara masyarakat Cina dengan masyarakat lain khususnya masyarakat Melayu dan India. Masyarakat Cina mempunyai amalan budaya dan falsafah hidup tersendiri yang dianggap sebagai satu fahaman yang amat unik dan berguna dalam usaha membina masyarakat harmoni dan negara yang aman damai. Salah satu pencapaian yang membantu kecemerlangan kebudayaan Cina ialah ketinggian bidang keseniannya. Kesenian orang Cina yang terkenal termasuk bidang tembikar, bidang sutera dan sulaman, bidang kaligrafi dan catan. Falsafah hidup orang Cina dapat dikesan melalui kesemua bidang khususnya bidang catan Cina. Malangnya, seni catan Cina kian makin kurang dapat sambutan dari generasi muda kerana menganggap ia sesuatu kemahiran yang sukar dipelajari terutama dalam kemahiran menguasai kuantiti air dalam sesebuah catan. Teknik melukis dan menulis kaligrafi pada catan memerlukan kesabaran dan ketekunan membuat latihan berulang-ulang sehingga mencapai penghayatan estetik yang maksimum. Secara tidak langsung, generasi muda sekarang lebih tertarik kepada catan gaya barat dimana tidak mempunyai banyak prinsip dan penentuan struktur seperti catan Cina dalam menjana idea untuk berkarya. Sebagai bukti, galeri seni yang terdapat di Jalan Tan Cheng Lok, Melaka kebanyakkannya galeri seni halus berunsur barat. Jarang sekali kita dapat menemui galeri seni Catan Cina. Tambahan pula dalam zaman mengejar era teknologi dan sains, kerajaan telah merancangkan pelbagai program dalam usaha membina Negara ke arah kemajuan bertaraf antarabangsa. Salah satu program ialah menjadikan bahasa Inggeris sebagai 1
  • 2. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah bahasa kedua di sekolah, pelajar digalakkan mengguna dan mempelajari bahasa Inggeris, lama-kelamaan bahasa Cina makin merosot maka tidak hairanlah generasi sekarang tidak mahir dalam menulis kaligrafi Cina dan tidak dapat menghayati keindahan catan Cina yang membawa beribu makna. Tujuan penyelidik mengadakan tinjauan ini antara sebabnya ialah: i. Masyarakat Cina percaya ajaran Konfusius dan Taoisme merupakan ajaran falsafah yang amat penting dalam kehidupan. Kedua-dua menekankan keharmonian manusia dengan alam semula jadi dan penekanan terhadap pembinaan perwatakan manusia. Dalam usaha membina kemajuan dan keamanan Negara, falsafah ini harus disebarkan dan dilaksana oleh seluruh rakyat Malaysia melalui pembelajaran seni catan Cina. ii. Catan Cina mempunyai corak, bentuk dan struktur yang tersendiri dan membawa simbol yang sungguh bermakna dan ia harus difahami dan dipelajari dalam usaha meningkatkan nilai murni pada minda dalaman individu serta memupuk jati diri seseorang. iii. Memupuk generasi muda menyedari dan menghormati budaya bangsa lain dalam „multisociety‟ dan akhirnya rakyat Malaysia dapat menjangkau ke pengkalan „multikulturalisma‟. 2. Konsep Kebudayaan dan Kesenian 2.1 Kebudayaan Kebudayaan adalah satu konsep yang amat sering digunakan tetapi tidak mudah dimengertikan. Ini ialah kerana takrif biasanya seperti yang digunakan oleh masyarakat umum agak berbeza dari pengertiannya apabila digunakan sebagai konsep ilmiah yang digunakan dalam sains sosial. Kebudayaan biasanya didefinisikan sebagai keseluruhan cara-cara hidup satu-satu masyarakat dan kebudayaan adalah cetusan dari pemikiran manusia. Unsur-unsur penting dalam kebudayaan ialah pengetahuan, gagasan, kepercayaan, adat resam, norma dan 2
  • 3. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah nilai, undang-undang, perlakuan, bahasa, kesenian dan segala yang berkaitan dengan peraturan hidup yang dicipta oleh manusia. Menurut Abdul Latiff Abu Bakar (1996:14-16) kebudayaan membawa pengertian kemajuan hasil pemikiran dan penciptaan manusia dalam pelbagai bidang atau usaha atau daya mencipta atau berfikir dalam pelbagai bidang kehidupan manusia. Secara keseluruhannya, menurut Tjetjep Rohendi Rohidi, kebudayaan adalah satu sistem yang terdiri daripada nilai, kepercayaan, pengetahuan yang digunakan sebagai prinsip atau panduan kepada sekelompok masyarakat tertentu dengan corak yang khas dan unik. Perkataan budaya lahir dari cantuman dua perkataan iaitu Budi dan Daya. „Budi‟ bermaksud akal atau kebijaksanaan manakala „Daya‟ bermaksud tenaga, kekuatan atau kemampuan. Maka cantuman dua perkataan ini memberi erti segala yang dihasilkan oleh manusia melalui gembelingan di antara tenaga serta kemampuan manusia bersama akal dan kebijaksanaannya. Berdasarkan beberapa pandangan tokoh, ciri pertama kebudayaan ialah setiap kebudayaan dicipta dan didokong oleh manusia. Tanpa manusia maka tidak ada kebudayaan. Manusia mencipta kebudayaan untuk memenuhi naluri semulajadinya dan untuk mencapai kemajuan. Manusia juga mencipta kebudayaan dengan tujuan berinteraksi dengan alam sekitar fizikal dan sosialnya secara lebih harmonis. Dan manusia mencipta kebudayaan untuk dijadikan panduan dan peraturan hidup supaya semua individu dapat disepadukan ke dalam masyarakat. Ciri kedua ialah dinamik. Kebudayaan biasanya tidak statik tetapi sentiasa menjalani perubahan. Perubahan ini disebabkan oleh kemajuan manusia hasil dari interaksi dengan alam sekitarannya yang turut berubah. Ciri ketiga ialah akumulatif. Kebudayaan sentiasa berada dalam keadaan bertimbun tambah kerana perkembangan pemikiran dan peningkatan daya cipta manusia itu sendiri. Ciri keempat ialah kesinambungannya di antara satu zaman dengan satu zaman yang lain di dalam kehidupan manusia. Kebudayaan tidak putus kerana ianya diturunkan dari satu generasi ke satu generasi lain menerusi proses pembelajaran atau sosialisasi. 3
  • 4. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah Ciri akhir ialah ketidakseragaman. Di dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia, ada kebudayaan yang memberi identiti kepada satu-satu kumpulan etnik. Maka kebudayaan ini dipanggil sebagai kebudayaan etnik (kebudayaan local). Ada pula aspek kebudayaan yang dikongsi antara satu bangsa dengan bangsa lain yang dipanggil kebudayaan pasar dan kebudayaan yang bersifat kontemporary dimana pelbagai kaum hidup dalam satu masyarakat dan berkongsi kebudayaan bersama iaitu kebudayaan kebangsaan atau kebudayaan nasional. Berdasarkan penerangan Prof. Tjetjep Rohendi Rohidi, ciri ketidakseragaman dapat digambarkan seperti model-model berikut: Kebudayaan Local Kebudayaan Pasar Kebudayaan Nasional Kebudayaan Kebudayaan Kebudayaan Local Pasar Nasional 2.2 Seni dalam konteks kebudayaan Apa itu seni? “seni ialah tatacara hubungan manusia dengan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Bentuk-bentuk itu meluaskan penghayatan keindahan dan mencapai tahap kepuasan apabila kita mampu mengapresiasi secara kesatuan antara hubungan yang formal dengan persepsi penghayatan” (Herbert Read, 1959:16) Ibn Khaldun menghuraikan kesenian itu suatu kebenaran, keindahan dan kebaikan yang mengandungi ciri-ciri estetika, etika dan logika. Ekstetika mengandungi unsur- unsur kecantikan, baik susunannya mahupun kekesanannya secara total. Ini melibatkan psikologi manusia yang berkaitan dengan perasaan. (Md. Nasir Ibrahim, Iberahim Hassan, 2003:119) 4
  • 5. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah Menurut Tjetjep Rohendi Rohidi (2000:10-17) hubungan antara kesenian dan kebudayaan ialah kesenian merupakan subsistem dari kebudayaan. Fungsinya serupa dengan kebudayaan adalah sebagai pedomen hidup sesuatu masyarakat. Ia memberi panduan dalam pelbagai perlakuan harian yang berkaitan dengan keindahan. Selain memberi manfaat yang besar terhadap seniman atau pencipta dalam proses artistik, penghayat seni dalam soal mengapresiasi nilai estetik turut merujuk kesenian dalam aktiviti mengkritik. Kesenian sebagai unsur kebudayaan sering dibicara oleh para pakar atau seniman sendiri. Menurut mereka kesenian berkait rapat dengan „kebenaran‟, „kebaikan‟ dan „keindahan‟. Kesenian yang sering dihubungkait dengan kebaikan bahkan kebenaran kerana seni dapat dilihat sebagai lencana bagi kebenaran moral mahupun etika kebaikan. (Y. Sumandiyo Hadi, 2000:17-18) 3. Seni Lukis / Catan Cina 3.1 Sejarah seni catan dalam masyarakat Cina Sejak Zaman Klasik Cina sehingga sekarang perkembangan kerja-kerja kesenian Cina sering mendapat perhatian oleh bangsa asing. Semasa Zaman Neolitik China memperlihatkan bagaimana telah munculnya tembikar-tembikar yang diperbuat daripada tanah liat. Sejak daripada itu orang Cina mula membuat beberapa tembikar yang bermutu tinggi dan cantik. Pada zaman Dinasti Ming kemunculan tembikar berwarna biru putih merupakan salah satu ciptaan yang dihasilkan oleh orang yang popular. Dalam bidang kesenian, tamadun Cina bukan sahaja dikagumi dengan keindahan tembikarnya, tetapi mutu ketinggian dan keagungan juga dikagumi dalam bidang-bidang lain seperti catan Cina. Catan Cina (Guo Hua) mengambil tempat yang agak istemewa dalam tamadun Cina kerana ia sering mendapat naungan dari pihak istana. Golongan pemerintah dan kelas elit semasa Dinasti Tang dan Sung merupakan penyokong utama dalam bidang ini. Contohnya Maharaja Hui Tsung dari Dinasti Sung merupakan seorang yang mencintai kesenian catan Cina. Beliau menaungi bidang catan dan memberi jaminan latihan kepada artis-artis catan. Oleh sebab itu, seni catan di China telah wujud sebagai kegemaran 5
  • 6. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah waktu lapang golongan atasan yang berpendidikan. Lama-kelamaan pelukis amator itu beralih menjadi pelukis profesional yang menjual lukisan untuk keuntungan yang lumayan. Menurut John Dewey, seni itu sejenis pengalaman dan adalah komoditi. Seni dikatakan barangan ekonomi kerana ia memerlukan masa dan wang bagi mengeluarkannya. Ekonomi berkait rapat dengan kesenian kerana kedua-duanya merupakan subsistem bagi kebudayaan. Corak catan Cina berbeza dengan catan Barat. Pada zaman awal interaksi antara orang Cina dengan Barat menyaksikan bagaimana orang Barat membuat kajian terhadap catan Cina dan sering mengkritiknya. Seorang Paderi Jesuit yang pernah sampai ke China pada abad ke 17 iaitu Matteo Ricci menyatakan seniman Cina tidak mempunyai pengetahuan dalam seni. Pendapat beliau dikongsi bersama oleh kebanyakan orang Barat yang pernah sampai ke sini pada abad ke-17 hingga ke-19. Hanya segelintir orang Barat yang mengakui dan menghargai catan Cina. Catan Cina sebenarnya bermula awal Zaman Neolitik, di sini penulis hanya membincang dan memberi gambaran sedikit sebanyak tentang Dinasti Tang dan Dinasti Sung kerana seni lukis berkembang dengan pesat sehingga mencapai tahap kecemerlangan dalam kedua-dua Dinasti ini. i. Catan Dinasti Tang Catan Cina bermula sebelum Dinasti Tang (618 – 907) dan kebanyakan terdiri dari lukisan garis yang menunjukkan manusia terlibat dalam berbagai aktiviti kehidupan. Masa ini dipanggil „golden age‟ (Zaman Keemasan) dalam lukisan figura. Pada pertengahan Zaman Dinasti Tang, lukisan lanskap, bunga dan burung lebih menonjol, diikuti dengan lukisan gunung, hutan, pemandangan dan taman yang mempunyai keupayaan membawa seseorang dari alam meterial ke dalam alam yang aman dan bebas. Ini kerana lukisan lanskap selalu di anggap sebagai lukisan yang mengandungi ilmu pengetahuan yang tersurat dan tersilat dalam kesusasteraan. Bunga, rumput, pokok, batu, burung dan lain binatang walaupun „strok‟ nya ringkas tetapi dalam bentuk yang hidup dan bertenaga. Oleh itu, lukisan lanskap, bunga dan burung, lukisan figura merupakan tiga katogori lukisan Cina tradisional. Pelukis yang terkenal pada Dinasti Tang ini ialah Yen Li Pen, Wo Tao Tzu, Li Chen, dan Wang Wei. 6
  • 7. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah ii. Dinasti Lima (907-960) dan Dinasti Sung (960-1279) Pihak pemerintah dan golongan elit pada zaman Dinasti Tang dan Sung ( 960 – 1279 ) memberi sokongan kepada kemajuan lukisan Cina. Pada zaman ini, lukisan yang kreatif bermatlamat politik dan pendidikan. Pada zaman Dinasti Sung telah membentuk akademik seni lukis yang agak sistematik. Maharaja Hui Tsung adalah pencipta seni lukis halus dan beliau juga seorang pelukis. Beliau mengangkat martabat pelukis akademik ke tahap yang paling tinggi pada zamannya. Walau bagaimanapun akibat daripada perubahan sosial, ekonami dan kebudayaan, menyebabkan ramai penulis-penulis berminat kepada seni lukis. Akibatnya kesusasteraan diterapkan ke dalam lukisan. Penyajak yang terkenal, Sun Shih (1056 – 1101 A.D) atau lebih dikenali sebagai Su Tung Po juga terkenal dalam „literati painting‟ (lukisan yang ada sajak). Perkembangan seni lanskap bermula dengan pesatnya sepanjang abad ke sepuluh hinggalah ke 13 iaitu semasa Dinasti Lima dan Dinasti Sung. Pelukis lanskap yang hebat di Utara melukiskan gunung-ganang bercerun tajam dan dataran yang luas, manakala rakan seperjuangan mereka di Lembah Sungai Yangtze pula memaparkan bukit-bukau rendah berdedaunan rimbun yang diselubungi awan, saling terpisah oleh tepian pantai yang memanca. Pelukis-pelukis lain yang terkenal seperti Chou Chee Chang, Lin Ting Tsung, Mei Fei dan lain-lain lagi. 3.2 Bahan dan Alat Dalam seni catan Cina bahan yang digunakan ialah: 3.2.1 Dakwat - Dakwat telah wujud sejak zaman Neolitik lagi iaitu 3500 tahun dahulu. Tembikar bercat bertarikh tersebut dijumpai sebagai bukti. “Ink Cake” yang diperbuat daripada arang pokok pine diketahui mula wujud pada abad ke 4 T.M. Semasa abad 10, seni pembuatan dakwat telah maju tidak menggunakan bahan mentah seperti mutiara, serbuk jed yang dicampur bersama. Dakwat terdiri daripada dakwat Cina, „ink stone‟ dan „atick stone‟. Apabila „ink cake‟ digiling dengan air, dakwat segar yang terhasil boleh menghasilkan perbagai darjah kecerahan warna kelabu yang 7
  • 8. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah bergantung kepada kuantiti air yang digunakan. Dakwat tersebut adalah begitu halus seolah-olah gambar foto, mutu dakwat boleh ditentukan dengan melihat samaada ia merebak diatas kertas atau sutera apabila direndam berulang kali. Bagi orang Cina dahulu menilai dakwat adalah seperti emas. Contohnya „ink cake‟ yang bertarikh 1368 – 1644 (Dinasti Ming). Sejenis dakwat lagi yang diperbuat daripada minyak biji pokok Tung dan Laker. Dakwat ini lebih hitam daripada dakwat lain dan ia lebih digemari oleh pelukis moden. 3.2.2 Sutera dan kertas - Material yang digunakan dalam seni catan Cina ialah sutera dan kertas sebagai penyokong. Kebolehan ulat sutera menghasilkan sutera telah diketahui pada zaman Neolitik. Tekstil sutera mula ditenun 35000 tahun dahulu. Penggunaan sutera oleh pelukis mencapai kemuncaknya ketika Dinasti Sung (960 – 1279). Tetapi, pada masa itu, kertas berkualiti tinggi juga telah digunakan secara meluas. Kertas terdiri daripada dua jenis iaitu Yu Ban Zhi dan Shu Xuan Zhi (rice paper). Hasil seni atas kertas adalah lebih mudah disimpan lama berbanding dengan sutera. 3.2.3 Berus – Jingti, Hanbi dan Xiao Miao Bi. Berus mempunyai sejarah yang lebih lama berbanding sutera. Hiasan atas tembikar Neolitik menunjukkan penggunaan alat yang lembut dan flaksibel dan berkemungkinan besar adalah jenis „proto – brush‟. Tulisan menggunakan pigmen merah atas tulang oracle 3000 tahun dahulu telah menggunakan alat tersebut dalam versi yang lebih halus. Kekuatan dan kelembutan seikat bulu haiwan yang dijadikan tajam pada hujungnya dapat dilihat melalui catan atas sutera daripada abad 4 B.C dan atas batu nisan dan dinding daripada abab 1–2 A.D. Jika digunakan oleh pelukis yang berkemahiran tinggi, berus dapat menghasilkan garisan sekasar dawai ataupun sehalus benang. Antara bahan mentah yang paling popular digunakan sebagai berus ialah bulu kambing dan arnab. Bulu kambing adalah lebih fleksibel tetapi kurang 8
  • 9. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah kuat dan agak keras. Berus diperbuat daripada kombinasi yang berbeza- beza memberi pelbagai darjah keseimbangan untuk menepati citarasa pelukis. Daripada hasil karya pelukis terkenal didapati berus adalah seperti sambungan kepada tangan pelukis-pelukis dan amat responsif terhadap jari, pengelangan tangan serta lengan. 3.3 Gaya Terdapat tiga gaya dalam seni catan Cina iaitu: 3.3.1 Pai Miao – Lukisan lakaran tanpa warna. Sama seperti lukisan pensil yang dipelajari oleh pelajar, lakaran ini mementingkan kelicinan dan kematangan garisan serta ton gelap yang memberi kesan „form‟ 3.3.2 Gong bi – Lebih kepada realistik, teliti dan menyelupai benda yang sebenar. Gaya ini serupa teknik grafik, kekemasan dan kehalusan perlu ditekankan. 3.3.3 Xieyi – Secara spontan, berani menggunakan warna dan tidak ada garisan lakaran. Gaya ini dapat mengekspresi mod seseorang pelukis pada masa itu. Contoh-contoh gaya seni catan Cina QuickTime™ an d a TIFF ( LZW) dec omp ress or ar e need ed to s ee this p icture . Pai Miao Gong bi Xieyi 9
  • 10. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah 3.4 Teknik Teknik asas lukisan Cina adalah semudah materialnya, tetapi kerja „penghalusan‟ menjadi kompleks. Catan Cina mementingkan kemahiran menggunakan berus. Latihannya bermula dari pemahaman tentang cara memegang berus. Biasanya bermula dengan menggunakan berus berbulu kambing yang keras, mala apabila menjadi mahir dengan bulu kambing, bulu lain menjadi mudah digunakan. Penggunaan berus yang betul akan menghasilkan berbagai „brush stroke‟ yang berlainan (lampiran 1). „Brush stroke‟ boleh dibahagi kepada 2 kategori iaitu “central Point” dan “slanting Point”. Dalam catan, berus biasanya dipenuh dengan dakwat dan dicairkan dengan air untuk mencapai darjah kepekatan yang dikehendaki. Pilihan jenis sutera dan kertas menunjukkan gaya dan teknik artis. Kepelbagaian jenis kertas memberi pilihan yang lebih banyak berbanding sutera kapada artis. Jenis kertas yang paling digemari oleh pelukis dapat menambah satu lagi demensi pada „brush stroke‟, iaitu kedalaman. Ini terhasil apabila dakwat dan warna meresap ke dalam permukaan kertas dan menghasilkan kelembutan. Brush stroke yang basah dan kering dapat menghasilkan tekstil pada batang pokok dan batu yang masih kelihatan lembab dan segar. Kesimpulanya, kemahiran mengendalikan berus dan mencampur air ke dalam dakwat serta pengetahuan tentang sifat jenis kertas dan sutera yang berbeza adalah 3 keperluan asas untuk teknik catan. Penggunaan berus yang betul akan menghasilkan kesan stroke seperti titik, gosok berkedut-kedut, celup dan tarik (lampiran 1). Penggunaan stroke berbeza-beza contohnya stroke titik sahaja dapat menghasilkan berbagai jenis titik yang berbeza bukan dari segi jalinan mala juga penggunaannya (lampiran 1). Pemandangan gunung berkabus yang dihasilkan melalui titikan-titikan berus yang dicondongkan telah menjadi visi kabus dan hujan. Titik-titik condong yang membentuk kepulan-kepulan awan di bawah puncak-puncak gunung dikenali sebagai titik-titik Mi. 3.5 Penggunaan warna Biasanya penggunaan warna-warna lembut telah menjadi „trend‟ utama dalam seni catan Cina. Penggunaan warna memainkan peranan seperti peranan utama, sokongan atau sampingan. Artis-artis merasakan tiada sesuatu pun yang dapat mengganggu 10
  • 11. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah kecantikan berus dan dakwat. Penambahan warna yang sesuai akan memewahkan lagi sesebuah lukisan dan senang meyampaikan pemikiran artis. Jenis – jenis warna yang biasa terdapat dalan catan Cina adalah seperti darjah berikut: 1. Rouge Tint 2. Indigo 3. Gamboge Tint Merah pipi Biru nila Kuning rotan 4. Carmine 5. Cinnabar Tint 6. Burnt Sienna Merah tua / merah gincu Merah gelap seperti darah Coklat burung pipit. yang hampir kering. 7. Phthalocyanine 8. Vermilion Tint 9. Black Hijau kebiruan Merah tua Hitam 3.6 Simbolik warna dalam penggunaan seni catan Cina Warna membawa banyak maksud yang simbolik, kadang-kadang maksudnya melangkaui nilai-nilai estetika. Penggunaan sesetengah warna terus menjadi kelaziman dan sesuatu yang mesti pada pelukis catan Cina. Contoh simbolik dalam warna: 3.6.1 Qing (warna hijau) Hijau ialah warna alam semula jadi. Dalam masyarakat timur ia dikaitkan dengan tumbuhan yang sedang membesar membawa simbolik kesegaran dan berharapan. 3.6.2 Hong (warna merah) Merah adalah warna semasa tumbuhan sedang berbunga dan hidup subur. Ia melambangkan kemeriahan dan kegembiraan Ia juga melambangkan wanita atau gadis yang cantik. Merah terang (Cinnabar atau Dan) disamakan dengan 11
  • 12. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah ketakjuban dan kehidupan yang abadi dalam budaya Cina, warna merah sebagai penanda unggul dan metafora yang membawa tuah. 3.6.3 Huang (warna kuning) Warna dataran rata di utara China. Berkait rapat dengan asal usul kebudayaan Cina Han. Melambangkan tanda terima kasih dan hormat kepada tanah. Kuning juga dikaitkan dengan maharaja. Dalam kepercayaan agama, warna kuning juga dijadikan warna utama, oleh sebab itu, sami Buddha biasanya memakai jubah kuning. 3.6.4 Bai (warna putih) Warna alam spiritual upacara kematian dan pengkebumian masyarakat Cina. Dalam agama Buddha warna putih melambangkan kesucian dan berkait rapat dengan bunga teratai. 3.6.5 Hei (warna hitam) Warna hitam melambangkan sesuatu yang misteri. Hitam ialah warna yang tidak aktif, melambangkan ketakutan dan perbuatan yang jahat. Dalam masyarakat Cina, warna memainkan peranan yang penting. Ia boleh mempengaruhi emosi dan fikiran seseorang. Contohnya pada Hari Raya atau Hari Kebesaran yang lain, pemuda pemudi dilarang memakai pakaian yang berwarna hitam kerana ia dipercayai akan mendatangkan nasib „suae‟ (malang). Ia dianggap kurang sopan dan tidak menghormati orang lain sekiranya melawat rumah saudara dengan pakaian demikian. Manakala pemuda pemudi digalakkan memakai pakaian yang berwarna merah atau berwarna terang kerana warna merah melambangkan kegembiraan dan bahagia. Bunyi „Hong‟ juga membawa simbolik berjaya dengan cemerlang. 12
  • 13. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah 3.7 Membina Struktur Catan Lanskap Binaan struktur lanskap merupakan topik yang penting dan harus difahami oleh pelajar melukis dan memahirkannya. 3.7.1 Pembahagian objek utama dan sekunder Dalam sebuah lukisan lanskap, pelukis haruslah memahami struktur mana yang dikatakan sebagai objek utama dan sekunder. Biasanya benda yang dilukis berdekatan dengan paras penglihatan dikatakan objek utama. (lampiran 2) 3.7.2 Memberi dan menerima Pemandangan yang berada dalam sesebuah lukisan perlunya ada sifat memberi dan menerima untuk menghasilkan daya kesungguhan dan irama kelembutan dalam lukisan. (lampiran 3) 3.7.3 Adanya sifat nyata dan kabur Sifat nyata dalam lukisan biasanya memberi sesuatu perasaan lebih berat, lebih nyata dan senang dikesan dalam lukisan. (lampiran 4) 3.7.4 Adanya tempat kosong Meninggalkan tempat kosong merupakan satu teknik yang penting dalam lukisan cina. Kemahiran ini perlu difahami supaya pelukis dapat menghasilkan satu lukisan yang dikatakan „elegent‟. Peninggalan ruang kosong juga dapat membezakan lapisan lukisan. Dalam seni lanskap Cina, artis-artis begitu teliti dalam menapis alam semula jadi melalui pengamatan mereka, menjadikan jarak yang jauh lebih jauh dan ruangan yang kosong lebih terasa kekosongan. (lampiran 5) 3.7.5 Adanya padat dan jarang Stroke berus perlu adanya padat dan jarang supaya lukisn tidak kelihatan kaku. (lampiran 6) 3.8 Cop / mohor Setelah siap melukis dan mewarna, langkah yang paling akhir ialah meletakkan cop / mohor peribadi dan sajak mewakili mesej yang ingin disampaikan. Tempat meletak cop dan sajak juga ada peraturannya. Ia perlu diambil berat dari segi keseimbangan rung dan keharmonian keseluruhan struktur lukisan. Tandatangan dan cop kepada hasil seni 13
  • 14. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah masing-masing. Inskripsi yang nyata ini adalah satu deklarasi ekspresi diri dan personaliti artis, bukannya satu penghormatan kepada pihak berkuasa dan bukan juga sebagai tanda dagangan (trademark) barangan untuk ditukarkan dengan beras atau arak. 3.9 Perspektif seni catan lanskap mempunyai interaksi ruang (spatial relationship) yang dipanggil „the three distances‟. Ini didefinisikan oleh Kuo seperti berikut : (1) Perspektif dari kaki gunung melihat ke puncaknya atau dipanggil „high distance‟, (2) perspektif dari depan (frontal plane) gunung melihat ke belakang (rear plane) atau „deep distance‟ dan yang ketiga „level distance‟ iaitu perspektif dari kawasan berdekatan gunung melihat ke arah jauh (Ketiga-tiga perspektif ini juga dirujuk sebagai tinggi (height), dalam (depth) dan lebar (breadth)). „Level distance‟ seperti yang didemonstrasikan oleh Kuo Hia, bergantung kepada satu siri dataran-dataran menurun (receding plane) yang merentangi secara horizontal dari kanan ke kiri (dalam kes ini) atau dari kiri ke kanan (lampiran 7). Untuk ilustrasi „deep distance‟ sila lihat Kao K‟o-ming „Streams and Hills Under Fresh Snow‟ di mana pemerhati dibawa ke dalam isi perut hutan dalam satu gerakan yang bersudut tepat dengan permukaan kertas (lampiran 8). Bagi contoh „high distance‟ pula sila lihat Wen Pojen „Dwellings of the Immortals amid Streams and Mountains‟ di mana garis penglihatan bergerak secara semulajadi dari bawah ke atas lukisan itu. Pemerhati terasa seperti mendaki dari kaki gunung ke puncaknya. (lampiran 9) 3.10 Simbol dalam catan cina Catan Cina yang bersifat simbolik paling diminati dalam masyarakat Cina. Simbol mempunyai pengertian yang meluas. Simbol memberi sesuatu makna tanpa terasing dengan imej yang dihasilkan. Bahasa simbol wujud apabila kedua pihak gagal untuk berkomunikasi secara global. Biasanya simbol yang dihasilkan adalah sesuatu yang lumrah, universal dan mudah difahami. Simbol berasal dari perkataan Greek „Symbolon‟ atau „tanda‟ iaitu sesuatu imej atau lukisan yang dipilih untuk mewakili objek, idea, kualiti dan proses. Menurut Kamus 14
  • 15. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah Dewan Edisi 3 (1998), perkataan simbol membawa makna “ sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang dan tanda”. Simbol mempunyai perhubungan yang erat dengan manusia dan kebudayaannya. Justeru itu, manusia digelar sebagai makluk bersimbol. Menurut Budiono Herusatoto (1985: 10), simbolik ini merupakan ciri khas manusia, yang jelas berbezakannya dengan haiwan. Begitu juga Ernst Cassirer berpendapat bahawa manusia sebagai haiwan yang bersimbol. Ia menerangkan bahawa manusia tidak pernah melihat, menemui, dan mengenali dunia secara langsung, tetapi mengenalinya secara simbol. Manakala Jacob Korq di dalam bukunya, An Introduction to Peotry (1959: 14) menyatakan bahawa: A symbol usually has no physical characteristics at all to justify its abstract meaning. Oleh itu, secara ringkas, simbol adalah suatu tanda, ciri atau lambang yang mempunyai makna abstrak, yang cuba memberitahu sesuatu hal atau idea kepada seseorang. Dalam apresiasi seni simbol sering dipaparkan untuk menyampaikan ikonnya secara padat. Erwin Panofsky menggunakan istilah ikon bagi menyampaikan mesej keagamaan di zaman Renaissance. Simbol juga sesuai ditakrifkan sebagai „significance form‟ dalam sesebuah karya seni. Kesimpulan yang dibuat oleh Durkheim dan Whitehead (1927), Needham (1979: 3) bahawa simbolisme adalah penting kerana ia bertujuan untuk menandakan sesuatu yang penting dari segi sosial dan mendorong manusia untuk mematuhi atau mengikuti dan mengenali nilai-nilai yang mereka patut hidup bersamanya. Konfucius berkata: „Motif (tujuan) terletak pada jalan (dao), bukti terletak pada moral (te), bergantung pada perikemanusiaan (ren) serta berhibur dalam enam acara seni yang lain, iaitu adat, muzik, memanah, memandu kereta, menulis tentang sejarah dan kira- kira.‟ Jarang sekali corak atau simbol yang direka berfungsi hanya sebagai hiasan dalam seni catan Cina, selalunya simbol atau corak tersebut membawa tema atau mesej yang tersirat. 15
  • 16. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah Contoh-contoh simbol yang biasa dijumpai dalam seni catan Cina: 3.10.1 Motif flora Motif Catatan i. Shi liu (Delima) Buah delima yang mempunyai banyak biji melambangkan kesuburan dan kemewahan. Dalam perkataan Cina „seed‟ (biji) juga bermaksud anak lelaki, oleh itu buah delima melambangkan harapan untuk mendapat banyak anak lelaki. Biasanya sarung bantal yang disulam dengan motif QuickTime™ an d a TIFF (LZW) decomp ressor buah delima yang disulam dengan motif delima are need ed to see this p icture . dihadiahkan kepada pasangan pengantin baru. ii. Mei Hua (Plum Blossom) Pokok plum berbunga dari dahan yang kelihatan seolah- olah mati, lima kelopak bunga mewakili kehidupan baru di hujung musim sejuk. Plum blossom merupakan keindahan dalam musim sejuk. Ia seolah-olah mempunyai kuasa yang QuickTime™ an d a TIFF ( LZW) dec omp ress or ar e need ed to s ee this p icture . menakjubkan kerana berbunga di atas dahan yang kelihatan seolah-olah mati. Mesej yang hendak disampaikan ialah manusia seharusnya tabah dan cekal dalam mengharungi segala lumrah kehidupan. Kehidupan baru dan kegembiraan akan tercapai sekiranya manusia mempunyai sifat seperti bunga plum. 16
  • 17. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah Motif Catatan iii. Song (Pokok Pine) Melambangkan ketabahan, kesabaran dan umur yang berpanjangan. Pokok pine yang tua dan berbonggol tumbuh subur di tepi tebing gunung yang tinggi melambangkan seseorang yang mempunyai cita-cita yang mulia dan QuickTime™ and a istimewa. Walaupun ianya ditiup angin dan ribut ( politik, TIFF (LZW) deco mpressor are neede d to se e this picture. rasuah). Pokok pine tetap kekal di situ bertahun-tahun. Oleh itu ia melambangkan kehidupan yang sejati walaupun masalah menghadapi disebabkan bencana alam atau buatan manusia sendiri. iv. Mou Tan (Bunga peony) Digelar sebagai „Permaisuri Bunga‟ kerana kemewahan warnanya dan bauan yang wangi, bunga peony adalah simbolik kepada musim bunga, juga cinta dan keindahan sifat kewanitaan. Ia juga melambangkan maruah dan kegembiraan. 17
  • 18. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah Motif Catatan v. Liu (Pokok Willow) Pokok ini dikaitkan dengan kecantikan wanita kerana daunnya yang panjang dan tirus. Kadang-kadang dikhususkan kepada „ singsong‟ (penyanyi wanita) atau pelacur. Pokok ini juga melambangkan persahabatan dan batang willow dihadiahkan kepada pengambara semasa hendak bertolak ke destinasi baru. Daunnya dipercayai mempunyai kuasa menyucikan (dewi Kuan Yin menggunakan setangkai dahan willow untuk menyelamatkan manusia yang hidup dalam kesusahan) digunakan untuk upacara membersihkan kubur semasa perayaan Ching Ming. Kayu pokok willow dipercayai digunakan untuk berinteraksi dengan alam roh. Motif willow ini terdapat di tembikar biru putih pada abad ke 18. Reka bentuk motif ini berdasarkan kepada cerita pasangan kekasih yang menghadapi banyak rintangan untuk berkahwain. vi. Ju (Buluh) Sebagai rumpun yang sentiasa menghijau, buluh yang lentuk dan angun mewakili kualiti kekuatan, ketahanan, kesesuaian dan kegigihan untuk terus hidup dalam sebarang cuaca. Buluh dikaitkan dengan nasib yang baik Quic kTime™ and a kerana namanya sama dengan perkataan „permintaan‟. TIFF ( LZW) deco mpr essor ar e neede d to se e this picture. 18
  • 19. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah Motif Catatan vii. Lian Hua (Bunga teratai) Bunga teratai menandakan kesucian. Ia mengandungi semangat yang tidak dapat dicemari, membesar dengan akar yang panjang dan dalam, serta kuntuman yang indah di kawasan paya yang suram. Bunga teratai mempunyai dua makna dalam bahasa Cina; satu ialah perkataan yang sama maksudnya dengan „kedamaian dan keharmonian‟ dan yang kedua bermaksud‟nasib baik yang berulang‟. 3.10.2 Motif fauna Motif fauna dilarang dalam kesenian Islam. Larangan ini terkandung di dalam Hadith yang mengatakan bahawa seseorang pengukir patung akan diperintahkan oleh Allah untuk memberi nyawa kepada patung ciptaannya itu. Jika beliau tidak berdaya berbuat demikian, beliau akan dicampakkan ke dalam api neraka. Islam melarang penggunaan perlambangan manusia dalam hasil ciptaan seni kerana dikhuatiri manusia akan terdorong kepada perbuatan yang syirik dan kufur. Namun tetapi motif fauna dalam masyarakat Cina amat penting dalam membawa simbolik yang unik, biasanya ia melambangkan status dan memberi petunjuk astronomi. Contoh-contoh motif fauna adalah seperti berikut: 19
  • 20. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah Motif Catatan i. Long (Naga) Tidak dapat dinafikan naga adalah lambang yang selalu digunakan dan amat mustahak dalam QuickTime™ and a TIFF (LZW) decompressor are needed to see this picture. perlambangan kebudayaan Cina. Orang Cina percaya naga adalah binatang yang mempunyai kuasa transformasi dan boleh menurunkan hujan. Naga muncul secara berpasangan berlingkar di dalam awan atau berenang di dalam ombak. Naga bertanding untuk mendapatkan „disc‟ (simbol matahari) Naga adalah simbol kekuatan maharaja. Ada sembilan jenis naga yang dikenali. Simbol sembilan jenis naga diukir di Beijing „Forbidden City‟. Menurut mitos lama, Yu, nenek moyang asal masyarakat Cina, wujud dalam bentuk seekor naga kuning yang melonjak keluar daripada tubuh ayahnya yang telah meninggal dunia. Ia membawa lambing keberanian, kekuatan dan perlindungan. ii. Ma (Kuda) Kuda dikait rapat dengan ketenteraan dan QuickTime™ an d a TIFF (LZW) decomp resso r are need ed to see this picture . kebangsawanan, mewakili semua sifat-sifat yang mewakili kekayaan, prestij dan mobiliti. Kuda putih secara legenda dikait dengan pengangkutan agama Buddha ke India dan melambangkan penyebaran ilmu pengetahuan. Kuda-kuda ini sering digambarkan dalam keadaan berlari pantas dengan kaki tidak mencecah tanah. 20
  • 21. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah Motif Catatan iii. Feng Huang (Phoenix) Burung phoenix ialah satu komposisi spiritual dan fizikal, ia sebagai simbol Maharani. Menurut cerita mitos Feng Huang adalah burung yang boleh terang QuickTime™ an d a TIFF (LZW) decomp ressor are need ed to see this p icture . terus ke syurga. Ia juga melambangkan pencapaian yang tinggi. Biasanya ia dilukis bersama dengan Naga untuk melambangkan perkahwinan yang bahagia (keseimbangan yin dan yang). Bulu Feng Huang yang berwarna-warni melambangkan kecantikan, kemewahan dan baik hati. iv. Tie (Rama-rama) Salalunya dikaitkan dengan roh nenek mayang dan peringatan. Oleh kerana bunyi „rama-rama‟ ini serupa dengan perkataan seseorang yang telah berumur, ia juga dianggap sebagai simbol panjang umur. 21
  • 22. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah Motif Catatan v. He (Burung Bangau) Burung Bangau melambangkan kehidupan yang kekal abadi, kecantikan dan keanggunan. Dalam cerita dongeng masyarakat Cina, burung bangau ini dikatakan boleh membawa tuah dari “nan hai sian tau” iaitu pulau selatan dalam syurga. Biasanya burung bangau dikategori bersama dengan rusa, kura-kura dan ling-zhi (sejenis cendawan) yang melambangkan panjang umur. Simbol membawa dewa ke syurga melambangan pegawai tinggi di dalam istana China (politik). vi. Li Yu (Ikan Kap) Melambangkan kekayaan. Li Yu sama bunyi dengan „liyu‟ (keuntungan, berlebihan). Masyarakat Cina biasanya mendoakan rezeki yang berlebihan semasa menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan ia juga dihadiah dalam bentuk lukisan kepada sahabat yang berjaya dalam perniagaan agar mereka murah rezeki. Ikan kap juga adalah simbol usia yang panjang kerana dipercayai kebal daripada kematian secara semulajadi. Masyarakat Cina mempercayai simbol-simbol tersebut dapat mempengaruhi kehidupan mereka ke arah keamanan dan kegembiraan. Batu-batu dan gunung-ganang yang biasa dilukis dalam sanshui (lukisan pemandangan) dikaitkan dengan keabadian, 22
  • 23. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah kestabilan, kesetiaan dan ketahanan. Gunung dan lautan sering digambar bersama-sama dan apabila disatukan masing-masing melambangkan hidup yang panjang dan nasib yang baik. 4. Gaya dan teknik seni catan Cina berkaitan dengan kebudayaan masyarakat Cina Seng Yan Chuan dan Fan Pik Wah dalam kertas kerja mereka yang berjudul Tamadun China: Kesenian dan Kaligrafi, Bengkel Pengajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia, 16 April, 1998, Kuala Lumpur: Universiti Malaya menjelaskan tentang seni lukis dalam tamadun China banyak dipengaruh oleh falsafah orang Cina. Falsafah masyarakat orang Cina berkait rapat dengan ajaran Taoisme dan Confuciusnisme. Taoisme sebenarnya bukan merupakan ajaran agama tetapi merupakan ajaran falsafah tentang moral dan hubungan manusia dengan alam persekitarannya. Ajaran Taoisme diasaskan oleh Lao Tze seorang ahli falsafah kuno yang hidup pada abab ke-5 S.M. Taoisme yang menegaskan bahawa setiap perkara yang wujud di dunia ini dijadikan dalam keadaan yang bertentangan. Dalam seni catan lanskap Cina, binaan struktur juga dalam bentuk bertentangan. Contohnya bila ada langgit mesti adanya bumi (gunung– ganang), pokok dilukis dalam keadaan „memberi‟ dan „menerima‟, begitu juga objek ada yang „nyata‟ dan ada yang „kabul‟. Pertentangan adalah sesuatu yang positif dan ia perlu untuk mengekalkan keseimbangan yang sedia wujud di alam ini. Pasangan yang saling bertentangan dikenali sebagai Yin dan Yang. Yin-Yang diandaikan mempunyai asal usul Austronesia China Selatan (Needham, 1956:275). Yang mewakili unsur positif dan Yin pula adalah lambang yang negetif. Dalam kehidupan menusia, lelaki mewakili Yang kerana memiliki ciri-ciri yang baik. Perempuan mewakili Yin kerana memiliki ciri-ciri negetif dan pasif seperti lemah, dingan dan mempunyai keinginan tidak terkawal. Jadi, dalam masyarakat orang Cina lebih mementingkan dan memandang tinggi terhadap kaum lelaki. Kaum lelaki diberi peluang belajar dan bergembara, oleh sebab itu kebanyakan pelukis adalah terdiri daripada kaum lelaki. 23
  • 24. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah Ajaran Taoisme juga menegaskan bahawa hidup manusia bersifat sementara. Lantaran itu kekayaan tidak menjadi matlamat hidup penganut Tao. Ajaran Tao mengajak penganutnya hidup secara sederhana dan tidak cuba menentang segala ketentuan alam. Jadi, bila pelukis menghasilkan lukisan, mereka cuba mencantumkan keharmonian di antara apa yang dilihat oleh mata dengan apa yang dibuat oleh tangan. Ia mermelukan juga kemahiran yang agak istimewa. Untuk mendapat kemahiran diwajibkan latihan yang bersungguh-sungguh dan teratur serta mengembara dan meneroka keindahan alam ini. Di dalam latihan ini mesti diuji satu paradoks. Paradoks tersebut ialah, „Lebih sedikit terlukis maka lebih banyak tersuara”. Umpamanya: Akar pelukis memikirkan sebuah idea, tangannya pula terus melukis ideanya seringkas yang mungkin. Dengan adanya ringkasan maka imaginasi dan permerhatian dapatlah mengagak. Agakan ini merupakan penerokaan di dalam dunia yang putus-putus, yang tidak tersudah, yang berlalu sehingga terjumpa suatu sudut suci zaman kebayian, ketika yang ajab dimana masa telah dibekukan dan dunia diaturkan dengan selamat, sama seperti imej yang terlukis itu sendiri. Confucius merupakan ajaran tentang moral. Ia bukan satu agama tetapi merupakan tertib mengajar manusia bagaimana bertingkah laku, berhubung dengan orang, hidup sebagai anggota masyarakat disebuah negara. Agama Confucius telah diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain sehingga ia menjadi sebahagian daripada kepercayaan norma dan peraturan yang perlu diikuti oleh orang Cina. Ajaran Confucius diasaskan oleh Kung Fu Tze yang lahir pada 551 sebelum masihi. Bapanya bernama Shuh Liang Heih, ibunya bernama Chiang Tsai. Mereka mempunyai sembilan anak perempuan dan kepingin seorang anak lelaki. Masyarakat Cina adalah masyarakat Patrilinear, iaitu meletakkan kaum lelaki pada kedudukan yang lebih utama dan dominan. Seperti mana yang telah dibincangkan di atas kaum lelaki berpeluang belajar dan berilmu pengetahuan yang tinggi. Kebanyakkan pelukis pada zaman dahulu pernah mengalami kehidupan yang berliku-liku, kecewa dan mereka membawa diri merantau untuk mencari ketenangan. Melukis merupakan satu cara untuk mereka meluahkan perasaan dan meyampaikan falsafah diri melalui hasil karya lukisan. Prinsip asas ajaran Confucius adalah tentang adat baik dan budi pekerti yang tinggi, tatasusila, kesopanan dan adab sebagai seorang manusia. Terdapat beberapa 24
  • 25. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah konsep dalam ajaran Confucius antaranya ialah Konsep Lamgit-bumi, Jen, Chun Tze, Li, dan Konsep Kesederhanaan. 4.1 Konsep Langit-bumi Langit dan bumi mempunyai hubungan yang rapat. Kedua-duanya saling bergantung untuk terus wujud. Kehidupan bumi dipengaruhi oleh kekuatan di langit, jadi pelukis cuba menunjukkan kebaktian mereka kepada langit, iaitu dengan melukis keindahan langit dan keagungan gunung ganang. Dengan ajaran sebegini masyarakat Cina dipimpin oleh Kung Fu Tze supaya tidak berbalah, berkrisis dan tidak berebut kepentingan di duniawi. Kekuatan itu bukan datangnya daripada susuatu kuasa ghaib atau pun alam mistik, tetapi wujud di dalam diri sesorang. Melalui hasil karya lukisan, kita dapat membaca sanubari seseorang pelukis. 4.2 Konsep Jen atau perikemanusian Seseorang itu dianggap mempunyai keperimanusiaan yang tinggi apabila melakukan kebajikan terhadap sesama manusia. Mereka yang memiliki Jen tidak mempunyai kepentingan diri dan mereka sanggup melakukan pengorbanan untuk memenuhi tuntunan Jen. Jen mewakili sifat-sifat yang baik dan positif di dalam kendiri seseorang. Jen dapat membangkitkan semangat rajin bekerja, giat berusaha, dan melakukan kerja untuk kebaikan masyarakat keseluruhan. Dengan adanya sifat Jen, pelukis melukis alam semula jadi yang dipaparkan di kaca mata pelukis dengan seberapa benar atau seberapa asli yang mungkin. Mereka tidak mudah putus asa dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. Jen adalah bersifat sejagat dan keunivesalannya berupaya menyatupadukan manusia dalam satu lingkungan kehidupan yang serupa. 4.3 Konsep Chun Tze atau keperibadian yang agung Manusia agung harus mempunyai sifat Chun Tze pada dirinya. Manusia dapat hidup berkasih sayang, saling faham memahami, pragmatik, bersikap sederhana dan segala tindak tanduknya tidak keterlaluan. Chun tze merangkumi sifat-sifat baik seperti merendah diri, jadi dalam lukisan seni lanskap Cina didapati manusia atau objek ciptaan manusia biasanya bersaiz kecil jika dibandingkan dengan keagungan alam. Mereka yang 25
  • 26. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah memiliki peribadi Chun Tze tidak mudah putus asa atau kecewa serta bersedia berdepan dengan segala cabaran yang mendatang. Kejayaan tidak mendatangkan rasa bongkak kepada dirinya. Kegagalan tidak pula mengundang kemarahan atau kejengkilan. Chun Tze akan melahirkan manusia yang berakhlak, dan dengan akhlak yang dimiliki manusia dapat hidup tenang dan sentosa. Justeru itu jiwa yang tenang dapat menghasilkan lukisan yang mempunyai kuasa ketenangan dan seterusnya melahirkan satu perasaan ketinggian dan isipadu (volume) yang besar. 4.4 Li atau Keserasian Manusia pada asasnya lemah dan memerlukan bimbingan para pendeta serta sarjana untuk mencapai hidup yang sejahtera.seperti kata pepatah, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan, jadi pelukis biasanya berilmu dan berpengetahuan luas. Dalam lukisan mereka biasanya sajak yang ditulis menggunakan ayat dan makna yang baik. Sajak itu biasanya memberi ajaran atau memberi didikan moral kepada si pemerhati. Contohnya dalam „Orchids on rocks‟ boleh diterjemahkan seperti berikut: Orkid asalnya adalah tumbuhan gunung; Marilah kita tanamkannya semula di gunung-gunung: Dimana-mana mereka diletakkan di dalam bekas atau pasu bunga; Mengapa tidak biarkan mereka diselubungi kabus dan awan. 4.5 Kesederhanaan Salah satu aspek ajaran Confucius ialah jalan tengah yang dirujukkannya sebagai kesederhanaan. Sebaik-baik jalan yang ditempuhi oleh manusia ialah jalan pertengahan. Ini bermakna seseorang itu jangan keterlaluan dalam melakukan sesuatu. Kesederhanaan membolehkan seseorang berada dalam ketenangan dan dapat membuat pertimbangan yang rasional serta tidak mudah didorong oleh emosinya. Sifat ini amat penting untuk seseorang pelukis semasa menjalankan aktiviti melukis. 26
  • 27. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah 5. Kesimpulannya Masyarakat Cina adalah memandang tinggi kepada bidang seni lukis. Seni ini dianggap sebagai suatu alat yang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan mereka sehari- hari. Lukisan pada mereka adalah satu makanan dan baja rohani. Kadang-kadang pelukis boleh leka duduk berseorangan sambil memandang lukisan-lukisan yang digantung pada dinding, tambahan kepada mereka yang gagal dalam kehidupan, lukisan tertentu yang sebatin sejiwa dengannya, adalah memainkan peranan yang amat penting. Kerekter orang-orang Cina berlainan dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini. Mereka melukis mengikut cara mereka tersendiri dan jarang dipengaruhi oleh bangsa lain. Mereka mementingkan „erti‟ dan „maksud‟ lukisan dan tidak pada „rupa‟ lukisan itu. Oleh itu, lukisan orang-orang Cina ringkas pembinaannya. Tetapi kalau sebuah lukisan itu disediakan rangkapan pantun atau puisi oleh pelukisnya, maka senanglah peminat- peminatnya menentukan maksud sebenar lukisan itu. Asas seni catan Cina tidak boleh lagi diasingkan kepada lukisan, penulisan kaligrafi dan puisi. Kini ia adalah idea puitis yang diekspresikan melalui berus-berus dan dakwat. Artis mempunyai pilihan: menulis puisi dan mempersembahkannya dalam bentuk kaligrafi, atau menghasilkan lukisan tanpa perkataan tetapi mempunyai emosi yang puitis. Semua yang dipelajari baik daripada segi stail dan tradisi, segala yang diperhatikan dalam alam semulajadi pelukis, dan semua pengalaman hidupnya boleh dihasilkan semula dengan berus dan ditinggalkan sebagai bukti melalui penggunaan dakwat. Dengan demikian, hasil-hasil kerja yang terbaik akan sentiasa berada di tempat yang tinggi bersama-sama kabus dan awan, seperti mana yang biasa dilukis oleh artis seni catan lanskap Cina. 27
  • 28. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah CARTA GRAFIK SISTEM KEBUDAYAAN Organisasi Kekerabatan/ Bahasa Sosial Teknologi Religi Kebudayaan Ekonomi Kesenian Seni Catan Cina 28
  • 29. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah MODAL KAJIAN SENI CATAN CINA MATA ORGANISASI BAHASA PENCARIAN Maharaja memberi Ada sajak yang Catan dijual untuk sokongan penuh, menggunakan menyara hidup pelukis biasanya bahasa tinggi mempunyai untuk sampaikan pengalaman hidup masej yang pahit KESENIAN Catan Cina TEKNOLOGI SISTEM RELIGI Dakwat yang PENGETAHUAN Tao mempunyai Symbol yang Confucius mutiara, Sutera mempunyai makna berkualiti tinggi tersendiri 29
  • 30. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah Rujukan ___________. 1995. Spirit-Calligraphy & Painting. China: Jundical Person. ___________. 2001. Six Centuries Of Islamic Art In China. Kuala Lumpur: Islamic Arts Museum Malaysia. Hal. 57 – 73 ____________, 2000. Kumpulan Esei Pilihan: Pendidikan Seni dan Muzik. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Abdul Latif abu Bakar. 1996. Melaka Bandar Raya Bersejarah Negeri Berbudaya. Artikel Dewan Budaya. hal.14-16 Ann Wan Seng. 1996. Kepercayaan Orang Cina. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor dan Zulkanain Abd. Rahman, 2000. Siri Sejarah Fajar Bakti: TITAS 2. Selangor: Farjar Bakti. hal. 244 – 247 Boris Parnickel & Para Penulis; 1997. Kebudayaan Nusantara: Kepelbagaian Dalam Kesatuan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 110 – 115 Cheu Hock Tong. 2000. Confucianism In Chinese Culture. Selangor: Pelanduk Publications Sdn. Bhd. Dick Hartoko. 1984. Manusia dan Seni. Yogyakarta: Kanisius. hal. 73 - 76 Editor:Mohd Johari Ab. Hamid. 2004. Pendidikan seni Visual dan Muzik. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hamidah Abdul Hamid. 1995. Pengantar Estetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 50 – 82 Hanapi Dollah & Lokman Mohd. Zen; 1995. Kebudayaan Melayu Di Ambang Abad Baru. Kuala Lumpur: Jabatan Persuratan Melayu UKM. Hal. 217 – 221 Jasman Ahmad & Rosnah Ramli. 1997. Masyarakat Cina: Siri Kebudayaan Masyarakat Malaysia. Selangor: Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd. hal. 1 – 3 Joseph Chan. 1953. Chinese Brush Painting; A Pratical Guide.Singapore: Times Editions. hal. 20 – 26 Jyh Wee Sew. 1997. Budaya Warna. Artikel Dewan Budaya. hal. 30-32 30
  • 31. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah Lok Chong Hoe. 1998. Tamadun Cina: falsafa, Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian. Pulau Pinang: USM. Mary Tregear. 1997. Chinese Art. London: Thames and Hudson Ltd. Mazlan Bin Mohamad. 1996. Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan seni. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. hal. 36-38 Md. Nasir Iberahim, Iberahim Hassan, 2003. Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohamed Ali Abdul Rahman. 1991. Sejarah Seni Dunia. Selangor: Malindo Printers Sdn. Bhd. hal. 51 – 54 Mustafa Haji Daud. 2001. Tamadun Dunia STPM. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hal. 16- 19, 254 – 259 Obaidellah Haji Mohamad. (1994). Lun Yu Pembicaraan Confucius. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ong Hean Tatt. 1996. Legend Of The Chinese „ Lung‟. Kuala Lumpur: Eastern Dragon Press. Ong Hean Tatt. 1999. Chinese Plant Symbolisms. Selangor: Pelanduk Publications Sdn. Bhd. Rhonda and Jeffrey Cooper. 1997. Masterpieces of Chinese Art. London: Tiger Books International. hal. 74 – 76 Roberta Helmer, Stalberg Ruth Nesi, 1983. A Mini Encyclopeadia Of Chinese Crafts. Singgapore: Times Book International. S. H. Nasr. 1989. Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus. Kuala Lumpur. : Dewan Bahasa dan Pustaka. Sanento Yuliman. 2001. Dua Seni Rupa. Jarkata: Yayasan Kalam. Sharifah Alwiah Alsagoff. 1984. Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur : Heinemann Asia. hal. 174 - 179 Siti Zainon Ismail. 1989. Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tjetjep Rohendi Rohidi. 2002. Kesenian Dalam Pendekatan Kebudayaan. Bandung: STISI Press. 31
  • 32. Seni dan Kebudayaan 2003-01356 SSP 6513 Salsabila Tang Abdullah Valery M. Garrett. 1996. Antigues Arts & Crafts In Hong Kong. Singapore: Times Editions Pte. Ltd. hal. 10 -15 Wan Go Weng. 1978. Chinese Painting And Calliggrapny. New York: Dover Publications. Y. Sumandiyo Hadi. 2000. Seni Dalam Ritual Agama. Indonesia: Yayasan Untuk Indonesia. 32