Untuk dapatkan maklumat terperinci, dapatkan buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku oleh penulis bersama Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin di pasaran.
Untuk dapatkan maklumat terperinci, dapatkan buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku oleh penulis bersama Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin di pasaran.
GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...Wan Mohamad Farhan
Tugasan untuk subjek GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran daripada Mahasiswa UKM Fakulti Pendidikan Sesi 2019/2020 (Pendidikan Khas Tahun 2).
1. 48
UNIT 4 BIDANG MEMBENTUKDAN MEMBUAT BINAAN
HASIL PEMBELAJARAN UNIT
SINOPSIS
Kursus ini meliputi pengetahuan asas dalam bidang membentuk dan membuat binaan binaan
Pendidikan Seni Visual pra sekolah. Ia menekankan kepada proses mengenal arca, stabail,
asemlaj , origami, diorama, model, boneka. Ia juga memberi keutamaan kepada proses
mengenal, menyelidik dan membuat hasil seni tersebut. Bakal guru diharapkan agar dapat
menggunakan bakat yang ada sebanyak mungkin untuk berfantasi, berkreativiti, membuat
inovasi dan mereka cipta semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Cara ini akan
dapat menjadikan murid bertambah yakin dan seronok semasa melalui fasa tersebut.
KANDUNGAN UNIT 4 :
4. Bidang Membentuk dan Membuat Binaan
4.1 Konsep membentuk dan membuat binaan
- Definisi
- Gubahan 2 dan 3 dimensi
4.2 Alat dan Bahan
- Penggunaan
- Pengubahsuaian
4.3 Aktiviti membentuk
- Teknik menguli, memicit, lipatan, gulungan, luakan, paper mache,
- Aktiviti membentuk – Origami, Mobail, Stabail, topeng, arca
4.4 Aktiviti membina
- domestik, arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, diorama, model, boneka
4.5 Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
4.6 Persembahan hasil karya
- Mentafsir – Aktiviti, idea, alat, bahan dan proses
- Apresiasi karya seni
*Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan perlulah disesuaikan dengan peringkat umur
kanak-kanak
Di akhir topik ini, pelajar dapat :
1. Memahami definisi membentuk dan membuat binaan
2. Mengenal gubahan 2 dan 3 dimensi
3. Mendedahkan teknik penggunaan alat dan bahan yang sesuai dengan aktiviti
yang dipilih
4. Dapat menghasilkan gubahan 2 dan 3 dimensi
5.
2. 49
4. Konsep dan definisi membentuk dan membuat binaan
4.1 Definisi Bidang membentuk dan membuat binaan
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan merupakan salah satu aktiviti yang
mengandungi karya yang berbentuk 3 dimensi. Berdasarkan rekaan bentuk tersebut, pelbagai
jenis kraf boleh dihasilkan. Bidang ini juga boleh mengembangkan persepsi murid terhadap
aspek seni dari segi ruang, bentuk, imbangan, struktur dan kestabilan. Ia memainkan peranan
yang amat penting dalam perkembangan kanak-kanak serta membolehkan pemikiran yang
kreatif dibina dari segi seni.
4.1.1 Definisi Gubahan 2 dimensi dan 3 dimensi
Aktiviti membentuk dan membuat binaan boleh dihasilkan dengan 2 cara iaitu gubahan 2 dan 3
dimensi.Gubahan 2 dimensi merupakan hasil karya dimana bentuknya tidak dapat disentuh
tetapi dapat dinikmati melalui deria penglihatan. Ia mempunyai permukaan yang rata tetapi
lukisan yang dihasilkan kelihatan seperti 3 dimensi kerana mempunyai tona dan isipadu.
Contoh gubahan 2 dimensi adalah lukisan objek yang dilakar dalam pelbagai sudut dan
mempunyai kesan tona cahaya. Dengan melihat lukisan tersebut, kita lebih mudah memahami
bentuk keseluruhan objek tersebut.
Gubahan 2 dimensi
Bentuk 3 dimensi merupakan objek yang bersifat konkrit, berisipadu, boleh disentuh dan dirasa
dan dilihat. Bentuk 3 dimensi boleh dilihat dari sudut pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan
bawah. Ia boleh terdiri dari objek semula jadi atau objek buatan manusia.
Gubahan 3 dimensi
3. 50
4.2 Alat dan bahan
Pengajaran seni visual perlu dijalankan dengan menyerapkan unsur-unsur seni secara
menyeluruh. Ia boleh dilakukan disetiap penjuru kawasan sekolah yang mungkin berupa ,
mural, kraf pasu dari bahan guna semula atau alat muzik ciptaan sendiri, topeng dari bahan
kertas, tong sampah dari tin kosong dan sebagainya berdasarkan kemudahan alat bahan yang
ada disekolah tersebut.
Antara bahan yang boleh digunakan bagi aktiviti membentuk dan membuat binaan yang sesuai
untuk murid pra sekolah ialah plastersin, tanah liat, tepung, paper mache,straw minuman,
bahan guna semula seperti botol minuman, kotak kosong, plastik barang dan sebagainya. Bagi
murid pra sekolah, bakal guru perlu memberi penekanan dari sudut keselamatan agar tidak
berlaku sebarang kecederaan kerana pada peringkat ini, koordinasi tangan dan mata murid
masih belum matang dan memerlukan pemerhatian guru.
4.3 Aktiviti Membentuk
Terdapat pelbagai teknik yang boleh diaplikasikan oleh guru untuk menghasilkan bentuk atau
membuat binaan iaitu teknik picitan seperti bahan tanah liat, doh tepung dan plastersin, teknik
pembungkusan, teknik lipatan iaitu penggunaan kertas atau bahan yang mudah dilentur, teknik
potongan seperti kepingan kertas, potongan tanah liat atau buah buahan menggunakan pisau
plastik, potongan botol mineral dengan bantuan guru, teknik cantuman seperti lego, kotak ,
teknik guntingan seperti potongan kertas ang telah dilipat dan teknik luakan dalam membuat
arca menggunakan plastersin atau tanah liat.
4. 51
Pelbagai teknik boleh dihasilkan seperti teknik potongan, teknik pembungkusan , teknik picitan
serta lingkaran dan teknik potongan dan cantuman.
Membuat pasu menggunakan tanah liat dan mereka cipta kapal terbang menggunakan cawan
polisterin.
Membentuk objek buah-buahan menggunakan doh tepung yang diuli sendiri oleh murid
Selain dari bahan yang telah dinyatakan diatas, beberapa pertimbangan lain perlu dan penting
untuk aktiviti membentuk dan membina seperti penggunaan bahan terbuang yang boleh
digunakan semula. Bahan daripada alam sekitar seperti buluh, buah kelapa , kulit siput juga
boleh dijadikan sebagai bahan untuk membina dan boleh dijadikan hiasan
4.4 Aktiviti Membina
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dalam bidang membentuk dan membuat binaan
5. 52
Mobail
Mobail sering dijadikan sebagai bahan perhiasan.Ia boleh bergerak sendiri, berputar, berombak,
dan biasanya terawang-awang. Pelbagai bahan boleh digunakan seperti kertas, kulit siput
Mobail rama-rama
Stabail
Bermakna statik, kukuh, mantap. Binaan yang teguh berasaskan binaan. Rekaan stabail boleh
dipelbagaikan mengikut kreativiti murid.Ia boleh digantung di dinding, tingkap atau pintu siling.
Pelbagai bahan boleh digunakan untuk menghasilkan arca stabail.
Stabail yang kukuh
6. 53
Asemblaj
Merupakan himpunan bahan-bahan yang dibina dengan kukuh dan mempunyai daya estetik
yang menimbulkan suatu makna.Ia boleh dihasilkan secara kimpalan, skru, ikatan, acuan atau
binaan.
Asemlaj pelbagai warna
Model
Merupakan aktiviti yang menghasilkan sesuatu dengan mengikut bentuk sebenar dan
nisbahnya berbeza samada dibesarkan atau dikecilkan.Contohnya seperti model rumah, model
kenderaan dan sebagainya.
Model kereta
7. 54
Boneka
Boneka adalah sejenis permainan kanaka-kanak yang boleh digerak, dilakonkan oleh pemain
samada secara sentuhan atau arahan.Contoh boneka seperti boneka sarung tangan, boneka
lidi dan sebagainya
Boneka jari
Topeng
Merupakan artifak yang dipakai di muka untuk perlindungan, persembunyian, persembahan
atau menghiburkan.Contoh topeng seperti topeng mata, topeng muka dan sebagainya
Topeng muka
8. 55
Origami
Merupakan seni lipatan kertas yang diperkenalkan di Jepun.Ia berasal dari perkataan Jepun
iaitu ORIKAMI.Ia hanya perlu dilipat dan disisip tanpa memerlukan gam. Guru boleh mengajar
pelajar membuat origami dan boleh dijadikan hiasan, mobail dan arca.
Origami kertas
Diorama
Sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek.Objek yang dihasilkanboleh
disusun, digantung, didirikan atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak.
Diorama tema orang angkasa
9. 56
Alat dan Bahan
Bil Teknik Alat dan Bahan Proses Hasil
1 Mobil Kertas warna, kertas
keras, gum, tali,
dawai, gunting
Rupa beberapa objek yang
dibentuk dibentuk dan
digantung menggunakan tali
Boleh digantung
mengikut
kesesuaian.
2 Stabail Kayu, tanah liat,
kertas warna, gum ,
gunting
Objek dibentuk dan dilekat
dengan kukuh dan teguh
Dipersembahan
mengikut
kesesuaian bahan
3 Asemlaj Daun kering, kayu,
kain perca, dawai,
kertas
Objek disusun menjadi karya
yang bertema
Dipersembahkan
dengan kreatif
mengikut citarasa
murid
4 Model Bahan guna semula
seperti botol, kotak ,
polisterin, tin
Objek dibentuk mengikut
contoh sedia ada.Contoh:
Kenderaan
Dipersembahkan
mengikut kreativiti
murid
5 Boneka Stokin, kain, kulit
telur
Boneka dibentuk mengikut
rupa yang diingini
Dpersembahkan
bersama lakonan
6 Topeng paper mache,kain,
kertas pembungkus
Topeng dibentuk mengikut
bahan yang sesuai
Dipersembahkan
dengan
memakainya
7 Origami Kertas warna Dilipat mengikut tema yang
ingin dihasilkan
Dipersembahkan
dengan kreatif
mengikut citarasa
murid
4.5 Aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi
Peranan guru sangat penting dalam membentuk sosial, sahsiah serta perkembangan kreativiti
kanak- kanak. Oleh itu peranan guru sangat penting dalam membantu kanak-kanak untuk
menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai. Penggunaan teknologi
maklumat merupakan cara yang sangat mudah untuk menyerapkanpengetahuan kepada murid
kerana iamemberi satu kelebihan kepada murid untuk melihat secara lebih visual. Dengan
hanya menggunakan persembahan power point, guru dapat menunjukkan proses penghasilan
dengan lebih jelas dan sistematik.Murid boleh menggunakan program MS Paintuntuk
menghasilkan kotak dan mencetak dalam bentuk 2 dimensi lalu dipotong untuk dijadikan kotak
yang berbentuk 3 dimenasi. Ini memberi peluang kepada murid untuk berkarya walaupun tanpa
bantuan dari guru.
10. 57
4.6 Persembahan Akhir
Contoh aktiviti Membentuk flora dan fauna menggunakan bahan plastersin
Bagi murid pra sekolah, penggunaan acuan boleh digunakan untuk membentuk objek
Alat pensel yang selamat digunakan boleh digunakan untuk mencipta jalinan pada
permukaan plastersin
Jika murid sudah mahir, mereka boleh mencipta objek menggunakan tangan tanpa
perlu acuan.
11. 58
4.6 Persembahan Akhir
Kelihatan seorang murid pra sekolah sedang membina gunung berapi dengan menggunakan
bahan tanah liat.
Kanak-kanak dan karya seni
Menurut Brown (1980) kegiatan seni dapat meningkatkan dan mengembangkan pemikiran
kritis kanak-kanak.Ia merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka
berupaya untuk bertutur dan dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi dan
meluahkan apa yang tergambar difikiran mereka Oleh itu, setelah murid menyiapkan kerja
mereka, guru perlu memberi peluang dan ruang kepada murid memberi tafsiran karya mereka
dan membuat apresiasi.
Contoh Mentafsir dan membuat apresiasi karya seni.
Mentafsir karya diatas
Karya seorang kanak-kanak pra sekolah menunjukkan satu rekaan gunung berapi yang
diperbuat daripada bahan tanah liat. Bahan tanah liat dibentuk menyerupai gunung. Terdapat
12. 59
proses teknik picitan dalam penghasilan objek. Kelihatan juga jalinan yang dihasilkan oleh
murid bagi menggambarkan permukaan gunung berapi yang tidak sekata. Batu batu kecil
disusun dibawah objek. Tiada penggunaan warna dalam karya ini.
Apresiasi karya seni
Gunung berapi yang dihasilkan oleh murid ini nampak begitu realistik kerana pemilihan bahan
tanah liat yang sesuai dipicit dan dibentuk mengikut pengalaman sedia ada dan naluri mereka.
Tanah liat dibentuk agak besar dibahagian bawah dan mengecil dibahagian atas seperti bentuk
gunung. Penggunaan bahan tajam dengan mencakar mengikut aliran ketinggian objek
menghasilkan jalinan yang tidak sekata dan telah memaparkan permukaan yang kesat. Batu-
batu kecil ditabur disekeliling objek bagi menunjukkan keadaan gunung berapi yang pernah
meletus.Tiada warna tambahan digunakan
1. Kategorikan jenis arca yang boleh menggunakan bahan buangan sebagai bahan utama.
Dengan menggunakan pengurusan grafik, senaraikan jenis-jenis origami yang sesuai
diajar kepada murid-murid pra sekolah.
2. Hasilkan satu bahan berfungsi yang diperbuat daripada bahan kertas surat khabar
TUGASAN