SlideShare a Scribd company logo
Bahagian A: Geografi Alam Sekitar Fizikal
Sistem Geomorfologi
Proses Geomorfologi dan Konfigurasi Bentuk Muka Bumi
Pengenalan kepada Proses Geomorfologi
1 Geomorfologi bermaksud kajian bentuk muka bumi yang melibatkan proses
endogenik dan eksogenik. Proses endogenik berpunca daripada tenaga dalam
bumi yang membentuk bentuk muka bumi manakala proses eksogenik berpunca
daripada tenaga matahari yang mengubah bentuk muka bumi.
2 Tenaga eksogenik mempengaruhi proses-proses geomorfologi yang berlaku di
permukaan bumi seperti:
(a) luluhawa merupakan proses pemecahan batuan secara fizikal dan pereputan
(penguraian) batuan secara kimia disebabkan faktor cuaca dan faktor biotik
(b) pergerakan jisim merupakan proses pergerakan regolit atau bahan terluluhawa
menuruni cerun kerana wujudnya tarikan graviti
(c) hakisan ialah proses pengukiran permukaan bumi oleh agen-agen hakisan
seperti titisan hujan, air mengalir, ombak, angin dan glasier
(d) pengangkutan melibatkan proses pemindahan bahan (serpihan batuan, pasir,
tanah liat dan kelodak) dengan pelbagai cara oleh agen-agen pengangkutan
seperti air mengalir, ombak, angin dan glasier
(e) pemendapan merupakan proses penimbunan atau longgokan bahan yang telah
diangkut oleh air, ombak, angin dan glasier setelah mengalami kemerosotan
atau kehilangan tenaga.
Konfigurasi Bentuk Muka Bumi
Struktur dan Kandungan Lapisan Bumi
1 Struktur bumi terdiri dari tiga lapisan utama, iaitu lapisan kerak bumi, lapisan mantel dan
teras bumi.
2 Kerak bumi terdiri dari lapisan sial dan sima. Lapisan sial (mengandungi silika dan
aluminium) adalah lapisan atas kerak bumi dan membentuk benua-benua yang terdiri
daripada batuan granit. Manakala lapisan bawah, iaitu lapisan sima (mengandungi silika
dan magnesium) terdiri daripada batuan basalt yang lebih mampat.
3 Lapisan mantel dipisahkan dari kerak bumi oleh lapisan ketakselanjaran Mohorovicic.
Di bahagian zon mantel, terdapat lapisan astenosfera separa cair yang menyebabkan
litosfera seolah-olah terapung di atasnya. Arus perolakan magma dalam lapisan mantel
berupaya menggerakkan lapisan kerak bumi yang menyebabkan pergerakan tektonik
seperti kejadian gempa bumi, aktiviti gunung berapi, perebakan dasar laut, gelinciran dan
lipatan.
4 Teras bumi merupakan lapisan bumi yang paling dalam dan kaya dengan logam besi dan
nikel. Teras bumi dipisahkan daripada lapisan mantel oleh ketakselanjaran Gutenberg.
Taburan Daratan dan Lautan
1 Daratan meliputi 29% daripada permukaan bumi dan lautan pula meliputi 71%.
Hemisfera utara mempunyai kawasan daratan benua yang lebih luas, iaitu kira-kira 39%
berbanding 18% di hemisfera selatan.
2 Daratan benua terdiri daripada pentas benua dan pergunungan. Pentas benua terletak dari
pinggir benua hingga ke tubir benua. Bahagian pergunungan pula meliputi sistem gunung
lipat, gunung bongkah, gunung berapi dan banjaran.
3 Lautan terdiri daripada lembangan lautan, tubir benua, jurang lautan, dataran tinggi dasar
laut dan permatang dasar laut.
Batuan
1 Batuan merupakan himpunan mineral yang pejal. Berdasarkan asal usul dan proses
pembentukannya, batuan dapat dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu batuan igneus,
batuan enapan dan batuan metamorfosis.
(a) Batuan igneus terbentuk hasil penyejukan dan penghabluran (pemejalan) magma
sama ada dalam lapisan kerak bumi (batuan igneus rejahan) atau di permukaan
bumi (batuan igneus terobosan). Contoh batuan igneus ialah batuan granit dan
batuan basalt. Batuan igneus berbentuk hablur, tidak berlapis dan tidak
mengandungi fosil.
(b) Batuan enapan terbentuk hasil pemendapan, pemadatan serta penyimenan serpihan
batuan, tanah pasir, tanah liat, kelodak, tumbuhan dan haiwan yang mati. Batuan
enapan boleh terbentuk secara fizikal (pemadatan dan penyimenan serpihan
batuan, tanah pasir dan tanah liat), secara kimia (sejatan Iarutan garam) dan secara
organan (pemadatan dan penyimenan cangkerang, haiwan dan tumbuhan). Contoh
batuan enapan ialah batu pasir, batu syal, batu garam dan arang batu yang
mengandungi bahan fosil dan berlapis-lapis.
(c) Batuan metamorfosis terjadi apabila batuan igneus dan batuan enapan berubah sifat
fizikal dan kimianya kerana mengalami tekanan dan suhu yang tinggi. Contoh
batuan metamorfosis ialah batuan kuarzit (batu pasir) dan batuan marmar (batu
kapur). Batuan metamorfosis mempunyai struktur berbutir, jenis berjalur dan tidak
berjalur.
Perkaitan antara Jenis Batuan dengan Konfigurasi Bentuk Bumi
1 Batuan granit yang keras sukar mengalami hakisan. Batuan ini membentuk muka bumi
seperti banjaran gunung, tebing tinggi dan dataran tinggi. Contohnya seperti di
Banjaran Titiwangsa dan Gunung Kinabalu. Apabila mengalami hakisan ombak, batuan
granit akan membentuk tebing tinggi, gua laut, gerbang laut, batu tunggul dan tunggul
sisa.
2 Batuan enapan seperti batu kapur yang mempunyai banyak rekahan akan mengalami
proses luluhawa kimia secara Iarutan dan pengkarbonan. Proses ini menghasilkan bentuk
muka bumi seperti bukit batu kapur yang curam, tebing tinggi dan gua-gua batu kapur.
Contohnya pandang darat kars yang terdapat di Gua Mulu dan Gua Niah di Sarawak.
3 Batuan enapan yang lembut seperti syal membentuk tanah pamah, lembah sungai dan
Iurah sungai kerana lebih mudah mengalami hakisan.
4 Batu metamorfosis seperti gneis dan kuarzit yang mampu menahan hakisan akan
membentuk muka bumi tebing tinggi dan banjaran bukit.
Kepentingan Batuan sebagai Sumber Alam
Jenis batuan Huraian
Batuan igneus • Batuan granit dijadikan sebagai sumber bahan binaan, tembok, jalan raya dan
bangunan. Aktiviti perlombongan kuari dijalankan di kawasan bukit berbatu
granit.
• Batuan granit mengandungi sumber mineral bijih timah dan bijih besi. Bijih
timah lanar Lembah Kinta merupakan mineral yang terhakis dari batuan
granit di Banjaran Titiwangsa.
• Batuan granit yang terluluhawa membentuk sumber tanah laterit untuk
tanaman kelapa sawit dan getah di Malaysia.
• Batuan basalt yang terluluhawa membentuk tanah lava bes yang subur di
lereng gunung berapi digunakan untuk aktiviti pertanian padi sawah di Pulau
Jawa.
Batuan enapan • Batuan syal dan tanah liat yang dapat menakung air permukaan dan dapat
menyimpan air tanah membantu membekalkan sumber bekalan air
domestik.
• Arang batu digunakan sebagai sumber tenaga dan bahan api.
• Batu kapur digunakan sebagai sumber bahan mentah untuk industri
membuat simen.
• Batu pasir yang banyak mengandungi silika digunakan untuk membuat
barangan kaca dan tembikar.
• Batuan syal dan tanah liat digunakan sebagai sumber untuk industri membuat
batu-bata, saluran pembetungan, pasu, periuk tanah dan labu sayung.
• Batu garam (natrium klorida) digunakan sebagai bahan pengawet dan
penyediaan makanan. Batuan gipsum pula digunakan sebagai alat hiasan
lampu dan membuat barangan kraf tangan.
Batuan
metamorfosis
• Batuan marmar digunakan sebagai sumber bahan binaan untuk membuat
jubin lantai, dinding dan barangan hiasan kraf tangan. Manakala batu loh
digunakan untuk membuat atap genting.
• Batu kuarza yang mengandungi mineral emas dan batu permata seperti jed,
delima dan zamrud dijadikan sebagai barang kemas.
• Batuan grafit dijadikan sumber untuk membuat mata pensel dan dakwat.
Proses Endogenik
1. Proses endogenik ialah proses dalaman yang berpunca dari perut bumi yang
digerakkan oleh arus perolakan magma yang menyebabkan lapisan kerak
bumi mengalami mampatan dan tegangan. Tenaga endogenik yang
menggerakkan lapisan kerak bumi ini menyebabkan berlakunya proses
gerakan tektonik seperti proses lipatan, gelinciran, gempa bumi dan aktiviti
gunung berapi.
Proses Lipatan dan Kesannya
1 Proses lipatan berlaku apabila lapisan kerak bumi mengalami proses kedutan kerana daya
mampatan.
2 Perbezaan kekuatan daya mampatan pada lapisan kerak bumi menyebabkan
terbentuknya lipatan simetri, lipatan tak simetri, lipatan atas, lipatan rebah dan lipatan
sesar atas.
3 Struktur lipatan membentuk sistem gunung lipat yang terdiri daripada antiklin (rabung
atau puncak gunung lipat) dan sinklin (lembah). Terdapat dua jenis gunung lipat, iaitu
sistem gunung lipat tua (terbentuk lebih 250 juta tahun yang lampau) dan gunung lipat
muda (terbentuk kira-kira 35 juta tahun lalu).
Proses Gelinciran dan Kesannya
1 Gelinciran ialah proses pergerakan lapisan kerak bumi sama ada secara menegak atau
mendatar di sebelah menyebelah garis gelinciran kerana daya tegangan dan daya
mampatan.
2 Terdapat tiga jenis gelinciran utama, iaitu:
(a) Gelinciran biasa—Gelinciran ini terjadi kerana daya tegangan berlaku pada lapisan
kerak bumi. Hal ini menyebabkan satu bahagian lapisan kerak bumi jatuh atau
tergelincir ke bawah.
(b) Gelinciran songsang—Gelinciran ini terjadi kerana daya mampatan berlaku pada
lapisan kerak bumi. Hal ini menyebabkan satu bahagian lapisan kerak bumi
terangkat atau terjulang lebih tinggi berbanding lapisan kerak bumi di sebelahnya.
(c) Gelinciran rabak (gelinciran tujah)—Gelinciran ini terjadi kerana daya tegangan
dan daya himpitan menyebabkan lapisan kerak bumi bergerak secara mendatar
(melintang) di sepanjang garis gelinciran.
3 Bentuk-bentuk muka bumi kesan gelinciran termasuklah:
(a) Tubir gelinciran—Terletak di antara lapisan kerak bumi yang tergelincir ke bawah
dan ke atas terbentuk apabila berlaku gelinciran.
(b) Tubir garis gelinciran—Terbentuk apabila tubir gelinciran mengalami hakisan dan
menjadi semakin landai.
(c) Gunung bongkah—Terbentuk pada bahagian kerak bumi yang terjulang atau
tergelincir ke atas.
(d) Lurah gelinciran—Terbentuk pada bahagian kerak bumi yang tergelincir ke bawah
yang di sempadani oleh tubir gelinciran.
Proses Pembentukan Gunung Berapi dan Kesannya
1 Pembentukan gunung berapi berlaku apabila magma mengalir dan meletus keluar dari
perut bumi. Proses perolakan magma dalam lapisan mantel menyebabkan magma
mengalir dan meletus keluar melalui rekahan kerak bumi atau lohong ke permukaan bumi.
2 Pemejalan magma dalam rekahan atau lapisan kerak bumi (batuan igneus rejahan)
akan membentuk muka bumi seperti daik, sil, lakolit, lapolit, pakolit dan batolit. Manakala
aliran magma atau lava yang keluar melalui lohong dan rekahan ke permukaan bumi (igneus
terobosan) akan membentuk kon gunung berapi.
3 Terdapat pelbagai bentuk kon gunung berapi, iaitu kon lava asid, kon lava bes, kon
abu, kon komposit, kawah gunung berapi (krater), tasik kawah gunung berapi dan kaldera
(kawah yang lebih besar). Perbezaan bentuk dan saiz gunung berapi dipengaruhi oleh
beberapa faktor:
(a) Jenis lava bes yang cair serta dapat mengalir jauh membentuk kon gunung berapi
yang landai dan bersaiz besar. Manakala lava asid yang likat dan cepat membeku
membentuk kon lava asid yang curam.
(b) Skala letusan yang kuat boleh menyebabkan lohong puncak gunung berapi musnah
membentuk lekukan atau krater (kawah). Krater yang dipenuhi air hujan boleh
membentuk tasik kawah.
(c) Lohong utama dan rekahan Sisi akan membentuk kon komposit. Aliran lava yang
keluar melalui lohong utama membentuk kon utama dan aliran lava yang keluar
melalui rekahan Sisi akan membentuk kon-kon anak di lereng gunung berapi.
(d) Kekerapan letusan dan kuantiti bahan yang dikeluarkan (seperti lava dan bahan
piroklastik) yang banyak akan membentuk gunung berapi yang lebih besar dan
landai. Manakala kuantiti bahan yang sedikit akan membentuk kon yang lebih kecil
dan curam.
(e) Faktor hakisan yang berterusan pada cerun lereng gunung berapi menyebabkan
lereng gunung berapi terhakis dan terkelar. Manakala bahagian magma yang keras
dalam lohong serta tahan hakisan akan membentuk palam gunung berapi.
4 Terdapat beberapa kesan letusan gunung berapi terhadap persekitaran fizikal.Antaranya
ialah:
(a) Terdapat pelbagai bentuk dan saiz gunung berapi seperti kon gunung berapi Java
bes, kon lava asid, kon komposit, krater dan tasik kawah gunung berapi.
(b) Proses pergerakan jisim seperti kejadian tanah runtuh yang berlaku akibat gegaran
letusan gunung berapi. Manakala aliran lumpur terjadi apabila air hujan bercampur
dengan debu di lereng gunung berapi.
(c) Letusan gunung berapi disebabkan selisih plat dasar laut menyebabkan kejadian
gempa bumi dasar laut. Gegaran dasar laut akibat letusan gunung berapi
menyebabkan kejadian tsunami yang semakin meninggi apabila menghampiri
daratan.
(d) Pencemaran udara berlaku apabila letusan gunung berapi mengeluarkan abu dan
debu ke atmosfera yang boleh menyebabkan kejadian jerebu.
(e) Letusan gunung berapi yang membebaskan debu ke atmosfera dapat
mengurangkan jumlah sinaran matahari yang diterima Oleh permukaan bumi
kerana sebahagian besar sinaran matahari ditapis, diserakkan, dipantul dan
dibalikkan semula Oleh partikel debu menyebabkan keadaan cuaca hampir
gelap.
(f) Aliran lava yang panas boleh menyebabkan kebakaran hutan dan memusnahkan
ekosistem hutan yang menjadi habitat flora dan fauna.
5 Kesan letusan gunung berapi terhadap persekitaran manusia:
(a) Kematian dan kecederaan disebabkan terkena aliran lava yang panas, tertimbus
Oleh tanah runtuh dan aliran lumpur gunung berapi.
(b) Kerosakan dan kehilangan harta benda kerana kawasan petempatan terbakar Oleh
aliran lava dan tertimbus Oleh aliran lumpur.
(c) Kemusnahan infrastruktur seperti jambatan, jalan raya dan talian elektrik kerana
tertimbus Oleh debu, tanah runtuh, aliran lava dan aliran lumpur gunung berapi.
(d) Kawasan pertanian di lereng gunung berapi dan kawasan sekitarnya musnah Oleh
timbunan aliran lava, abu dan debu. Aktiviti pelancongan dan pengangkutan di
sekitar kawasan gunung berapi turut terjejas.
(e) Gangguan psikologi dan trauma berlaku kepada penduduk yang tinggal di kawasan
petempatan sekitar gunung berapi kerana kehilangan harta benda, keluarga,
kecederaan dan terpaksa berpindah ke tempat Iain.
6 Kepentingan letusan gunung berapi terhadap aktiviti manusia:
(a) Aktiviti pertanian dijalankan di kawasan lereng gunung berapi lava bes yang subur.
Teres-teres dibina di lereng gunung berapi di Pulau Jawa dan di Pulau Luzon untuk
menanam padi sawah.
(b) Aktiviti ekopelancongan dan rekreasi dijalankan di sekitar gunung berapi kerana
pemandangan fizikal yang cantik seperti tasik Danau Toba di Sumatera.
(c) Aktiviti akuakultur seperti penternakan ikan dijalankan di kawasan tasik kawah
yang dihasilkan Oleh letusan gunung berapi yang menghasilkan kaldera seperti
tasik Danau Toba
(d) Menjana sumber tenaga geoterma. Tenaga geoterma dijana melalui loji janakuasa
yang dibina di kawasan gunung berapi seperti di kawasan mata air panas. Wap atau
stim yang keluar dari kawasan mata air panas akan menggerakkan turbin untuk
menghasilkan tenaga elektrik.
(e) Sumber mineral seperti kuprum, perak, plumbum dan belerang yang dikeluarkan
semasa letusan gunung berapi dapat dilombong dan digunakan.
Teori Hanyutan Benua
1. Hanyutan benua merupakan proses pemecahan benua tunggal yang dikenali sebagai
pangea kepada Laurasia di hemisfera utara dan Gondwana di hemisfera selatan.
Kedua-dua benua ini kemudiannya berpecah lagi kepada benua-benua yang lebih kecil
seperti yang ada sekarang. Proses ini berlaku secara evolusi sejak berjuta-juta tahun
yang lampau.
2 Hanyutan benua berlaku disebabkan beberapa faktor.Antaranya seperti (a)
perbezaan ketumpatan bumi menyebabkan kepingan bumi atau plat-plat bumi
seolah-olah terapung di atas lapisan mantel yang mengandungi magma panas yang
separa cair.
a. pengaruh arus perolakan magma pada lapisan mantel yang berupaya
menggerakkan atau menyeret lapisan kerak bumi di atasnya menyebabkan
benua berpecah dan terpisah.
b. proses pergerakan plat-plat benua dan plat lautan oleh arus perolakan
magma yang dikenali sebagai teori plat tektonik.
3 Teori hanyutan benua disokong dengan beberapa bukti yang wujud, antaranya:
a. persamaan garis pinggir pantai melalui cantuman peta benua-benua.
Sebagai contoh, garis pinggir pantai barat Afrika boleh dicantum atau
sepadan dengan garis pantai timur Amerika Selatan.
(b) bukti fosil tumbuhan dan haiwan yang sama terdapat di beberapa buah benua yang
berlainan iklim. Contohnya, fosil flora Glossopteris dan fosil haiwan mesosaur
dijumpai di Afrika dan Amerika Selatan.
(c) bukti kaji iklim purba (paleo iklim) menunjukkan arang batu karboniferus yang
berasal dari kawasan tropika telah dijumpai di Amerika Syarikat. Hal ini
menunjukkan bahawa Amerika Syarikat pada masa lampau terletak di kawasan
tropika tetapi telah hanyut ke kawasan beriklim sejuk.
(d) bukti kemagnetan purba (paleo magnet) menunjukkan arah asal magnet batuan di
beberapa buah benua di dapati tidak selari dengan arah kutub magnet bumi
sekarang. Hal ini menunjukkan benua-benua dunia telah bergerak dan berubah
kedudukan.
(e) bukti geologi menunjukkan terdapat batuan enapan yang sama dari segi jenis dan
usia di Brazil (Amerika Selatan) dan di Afrika.
(f) bukti perluasan dasar laut di Lautan Atlantik. Arus perolakan magma memisahkan
plat-plat lautan menyebabkan kerak bumi dasar laut mengalami rekahan besar di
sempadan pencapahan. Aliran magma yang masuk memenuhi rekahan. di
sempadan pencapahan tersebut kemudiannya membeku dan membentuk
permatang tengah lautan. Contohnya seperti permatang tengah Lautan Atlantik.
(g) teori plat tektonik menunjukkan bahawa plat-plat benua dan plat lautan yang
terapung di atas lapisan mantel sentiasa digerakkan oleh arus perolakan
magma.
Teori Plat Tektonik
1 Teori plat tektonik adalah berasaskan konsep hanyutan benua dan perluasan dasar laut.
Menurut teori ini, kerak bumi terdiri daripada plat benua dan plat lautan yang berada di
atas lapisan mantel telah digerakkan oleh arus perolakan magma sehingga menyebabkan
plat-plat ini bertembung, berselisih dan bercapah (berpisah).
2 Terdapat tiga jenis pergerakan plat, iaitu:
(a) pertembungan plat—Pertembungan plat berlaku melalui tiga cara,
iaitu:
(i) pertembungan plat benua dengan plat benua menyebabkan hujung plat-plat
tersebut termampat dan membentuk sistem gunung lipat. Contohnya,
banjaran Himalaya yang terbentuk hasil pertembungan plat Indo-Australia
dengan plat Eurasia.
(ii) pertembungan plat benua dengan plat lautan menyebabkan plat lautan yang
lebih tumpat menjunam ke bawah dan membentuk jurang lautan. Contohnya,
Jurang Mariana terbentuk apabila plat Pasifik bertembung dengan plat
Filipina.
(iii) pertembungan plat lautan dengan plat lautan menyebabkan satu hujung plat
yang terbenam atau terjunam membentuk jurang lautan. Manakala leburan
batu (magma) yang naik ke atas kerak bumi membentuk gunung berapi dasar
laut dan rangkaian pulau gunung berapi atau arka pulau. Contohnya seperti
kepulauan Hawai dan kepulauan Jepun.
(b) selisih plat—Perselisihan plat ini berlaku secara mendatar apabila kedua-dua plat
berselisih di sepanjang garis gelinciran yang menyebabkan kejadian gempa bumi.
Plat-plat yang berselisih seperti plat Amerika dengan plat Pasifik yang
mewujudkan kawasan gelinciran atau sesar di kawasan San Andreas.
(c) pencapahan plat—Pencapahan ini berlaku apabila dua plat lautan bergerak
menjauhi sehingga membentuk rekahan di sempadan pencapahan plat. Aliran
magma dari mantel kemudiannya maşuk dan membeku di sepanjang rekahan
sempadan pencapahan plat tersebut lalü membentuk permatang tengah lautan.
Contohnya seperti permatang tengah Lautan Atlantik. Pencapahan plat benua
dengan plat benua pula membentuk lurah gelinciran dan gunung bongkah.
Contohnya seperti lurah gelinciran Afrika Timur.
Pembentukan Landskap di Kawasan Tropika Lembap
Luluhawa
Konsep Luluhawa
1 Luluhawa bermaksud proses pemecahan batuan secara fizikal dan pereputan
batuan secara kimia kerana faktor cuaca (bahangan matahari/suhu dan air) dan
faktor biotik (tumbuhan, haiwan dan organisma seni).
2 Proses luluhawa batuan menghasilkan regolit yang membantu proses-proses
geomorfologi yang lain seperti proses pergerakan jisim, hakisan, pengangkutan
dan pemendapan.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Jenis dan Kadar Proses Luluhawa
1 Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi jenis dan kadar proses luluhawa, namun
faktor iklim memainkan peranan yang sangat penting dalam proses ini.
(a) Di kawasan tropika lembap, proses luluhawa kimia sangat dominan
dan giat berlaku kerana menerima hujan yang lebat (melebihi 2 000
mm) dan suhu tinggi (27 o
c) sepanjang tahun yang menggalakkan
proses pereputan batuan.
(b) Di kawasan iklim gurun panas, proses luluhawa fizikal giat berlaku
kerana perbezaan suhu harian yang besar, iaitu mengalami suhu tinggi
(45 o
c) pada waktu siang dan suhu rendah (15 o
c) pada waktu malam
menyebabkan batuan pecah melalui proses pengembangan dan
pengecutan.
(c) Di kawasan iklim sejuk, proses luluhawa fizikal berlaku melalui proses
bajian ais (proses beku-cair) dan proses bajian fros pada rekahan
batuan.
2 Ciri-ciri batuan juga mempengaruhi keberkesanan proses luluhawa. Antara ciri-ciri
batuan tersebut seperti:
(a) rekahan batuan memudahkan resapan air yang membantu proses luluhawa kimia.
Rekahan bantuan juga mempengaruhi proses luluhawa fizikal melalui proses
kembang kecut, proses bajian ais dan tindakan akar pokok yang memecahkan
batuan.
(b) kekerasan batuan granit melambatkan kadar luluhawa fizikal berbanding batu
enapan.
(c) kandungan mineral dan warna batuan yang gelap lebih cepat pecah kerana cepat
menyerap haba matahari berbanding batuan berwarna cerah.
3 Di kawasan hutan, tumbuhan yang mati dan mereput dapat membekalkan asid organik
yang membantu proses penguraian batuan. Manakala tindakan akar pokok yang maşuk
dan membesar dalam rekahan dapat memecahkan batuan.
4 Najis dan bangkai haiwan yang reput (humus) mengandungi asid organik yang dapat
membantu proses pereputan batuan. Organisma seperti cacing, bakteria dan kulat
mempercepatkan proses pereputan bahan organan yang dapat membekalkan asid organik
serta mempercepatkan proses penguraian batuan.
5 Aktiviti perlombongan kuari menggunakan bahan letupan untuk memecahkan batuan
menyebabkan proses luluhawa fizikal. Aktiviti penyahhutanan mendedahkan lapisan
batuan kepada bahangan matahari yang membantu proses luluhawa fizikal. Aktiviti
pembakaran hutan menghasilkan haba yang tinggi menyebabkan lapisan atas batuan
terkupas dan pecah.
Jenis Luluhawa di Kawasan Tropika Lembap
Luluhawa Kimia
1 Luluhawa kimia merupakan proses penguraian atau pereputan batuan yang mengubah
komposisi kimia kerana faktor cuaca (hujan dan şuhu) dan faktor biotik (tumbuhan,
haiwan dan organisma seni).
2 Luluhawa kimia merupakan proses luluhawa yang dominan di kawasan tropika lembap
kerana menerima hujan yang lebat (melebihi 2 000 mm) dan suhu tinggi (27 o
c)
sepanjang tahun telah menggalakkan proses penguraian batuan melalui proses-proses
berikut:
(a) Penghidratan, iaitu proses penyerapan air oleh mineral batuan menyebabkan
batuan mengembang, mengalami tegasan dan seterusnya melemahkan struktur
batuan tersebut serta membentuk bahan yang baharu. Contohnya, kalsium sulfat
bertukar menjadi gipsum dan hematit bertukar menjadi limonit.
(b) Hidrolisis ialah tindak balas kimia yang berlaku di antara mineral batuan dengan
airı Proses ini melibatkan batuan mengembang, mengalami tegasan air dan terurai.
Contohnya, batuan granit yang mengandungi mineral feldspar diurai dan
menghasilkan tanah liat (kaolinit). Proses yang berterusan terhadap batuan granit
ini membentuk tanah liat yang tebai di kawasan tanah pamah atau di kaki cerun
pergunungan di Malaysia.
(c) Pengoksidaan ialah tindak balas di antara oksigen yang larut di dalam air dengan
mineral seperti ferum, kuprum dan aluminium dalam batuan dan menghasilkan
oksida mineral berkenaan. Contohnya, ferum bertukar menjadi ferum oksida
apabila berlaku proses pengoksidaan. Di Malaysia, proses ini membentuk tanah
laterit yang berwarna kemerah-merahan dan kekuning-kuningan.
(d) Pengkarbonan ialah tindak balas di antara asid karbonat lemah (terhasil daripada
pelarutan gas karbon dioksida dalam air hujan) dengan batu kapur (kalsium
karbonat) menghasilkan kalsium bikarbonat yang mudah larut dalam air. Tindakan
pengkarbonan dan larutan telah membentuk beberapa pandang darat di kawasan
batu kapur.
(e) Larutan berlaku apabila mineral dalam batuan dilarutkan oleh air. Sebagai contoh,
garam biasa adalah sebatian yang mudah larut di dalam air.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Proses Luluhawa Kimia di Kawasan Tropika
Lembap
1 Hujan lebat sepanjang tahun (melebihi 2 000 mm setahun) membekalkan lembapan atau
air untuk proses penguraian batuan melalui proses penghidratan, hidrolisis,
pengoksidaan, pengkarbonan dan larutan.
2 Suhu tinggi (purata 27 o
c) sepanjang tahun menggalakkan proses luluhawa kimia. Tindak
balas kimia meningkat dua hingga tiga kali ganda apabila suhu meningkat sebanyak 10
o
c. Oleh yang demikian, proses luluhawa kimia di kawasan tropika lembap adalah lebih
giat berbanding di kawasan yang beriklim sederhana.
3 Faktor biotik (tumbuhan, haiwan dan organisma seni) mempengaruhi proses luluhawa
dengan pelbagai cara, antaranya:
(a) akar pokok yang dapat melebarkan rekahan batuan serta meronggai tanah telah
memudahkan resapan air hujan untuk proses pereputan batuan.
(b) di kawasan hutan, tumbuhan yang mati dan reput dapat membekalkan asid humus
(asid organik) untuk menggalakkan proses luluhawa kimia.
(c) haiwan yang mati dan reput serta najis haiwan akan mengeluarkan asid organik
yang dapat meningkatkan proses luluhawa kimia.
(d) anai-anai, cacing, bakteria dan kulat yang mereputkan daun serta ranting yang
gugur dan tumbuhan yang telah mati dapat membekalkan asid organik yang
membantu proses penguraian batuan.
4 Lapisan regolit atau tanah yang mudah menyerap air hujan dan sentiasa lembap dapat
membantu proses pereputan lapisan batuan di bawahnya.
I Bentuk Muka Bumi Hasil Luluhawa Kimia
1. Pembentukan lapisan regolit yang tebal
(a) Regolit ialah batuan yang telah terurai atau mengalami proses pereputan. Di
kawasan tropika lembap, pereputan batuan melalui proses penguraian berlaku
sehingga ke lapisan yang dalam dan jauh daripada permukaan. Tebalnya lapisan
yang terluluhawa adalah disebabkan oleh suhu yang tinggi (27 0
C) dan hujan yang
lebat (melebihi 2 000 mm) sepanjang tahun.
(b) Proses penguraian batuan ke atas lapisan yang dalam dapat membentuk lapisan
regolit yang tebal (boleh mencapai 30 meter daripada permukaan). Di Malaysia,
ketebalan lapisan regolit di kawasan tanah pamah mencapai 60 meter. Hal ini
kerana proses luluhawa kimia ke lapisan yang dalam (luluhawa dalaman) adalah
sangat giat dan kadar hakisan di kawasan hutan sangat terhad.
2 Pembentukan tanah laterit dan lapisan kerak durus (duricrust)
(a) Di kawasan tropika lembap, proses pereputan atau penguraian batuan granit
membentuk tanah laterit. Tanah laterit yang terbentuk di kawasan hujan yang lebat
ini mengalami proses larut resap yang giat. Proses ini dapat melarut resap silika
dan meninggalkan oksida besi serta aluminium dalam tanah yang membentuk
tanah laterit. Tanah laterit merupakan tanah liat yang berwarna kemerah-merahan
atau kekuning-kuningan kerana banyak mengandungi unsur-unsur besi.
(b) Tanah laterit yang mengandungi oksida besi apabila terdedah kepada sinaran
matahari akan menjadi keras seperti batu yang dipanggil lapisan kerak durus.
Proses pengeringan akibat panas matahari menyebabkan lapisan tanah laterit yang
terdedah menjadi keras dan membentuk lapisan kerak durus. Lapisan ini sukar
dihakis dan di sesetengah tempat membentuk dataran tinggi yang agak rata dan
datar. Lapisan kerak durus ini juga boleh membentuk tubir di kawasan cerun.
3 Pembentukan tor dan inselberg (bornhart)
(a) Tor ialah timbunan teras batuan berbentuk batu tongkol (boulder). la merupakan
sisa tinggalan luluhawa. Pembentukan tor adalah akibat proses luluhawa kimia ke
lapisan yang dalam terhadap batuan granit, terutamanya secara urai yang berlaku
di sepanjang rekahan menghasilkan regolit. Proses pendedahan akibat hakisan dan
pemindahan batuan yang telah reput (regolit) akhirnya meninggalkan teras-teras
batuan dalam bentuk batu tongkol yang lebih tahan terhadap luluhawa dan hakisan
dikenali sebagai tor.
(b) Inselberg pula ialah bukit sisa luluhawa berbentuk kubah. la terbentuk akibat
proses luluhawa dalaman yang kemudiannya diikuti oleh hakisan secara
berperingkat-peringkat. Inselberg dikaitkan dengan proses luluhawa yang dalam
terhadap jisim batuan granit yang lebih besar. Jisim batuan granit yang berada di
bawah tanah akan mengalami pereputan terutama pada rekahan batuan di
sekelilingnya. Tindakan luluhawa dan hakisan secara berperingkat-peringkat ke
lapisan yang lebih dalam akan menyebabkan jisim batuan granit yang lebih keras
tertonjol ke permukaan yang menyerupai kubah.
4 Pandang darat kars
(a) Di kawasan batu kapur, proses luluhawa kimia secara larutan dan pengkarbonan
dapat mewujudkan bentuk bumi kars. Hujan lebat yang mengandungi asid lemah
dapat melarutkan batu kapur. Tindakan larutan dan hakisan yang berlaku di
rekahan lapisan batu kapur akan membentuk lurah (graik) manakala bahagian yang
lambat larut membentuk permatang (klint). Bentuk muka bumi yang terdiri dari
lurah dan permatang ini dikenali sebagai turap batu kapur.
(b) Terdapat juga lurah batu kapur yang membentuk lubang-lubang yang mempunyai
saluran yang dalam ke lapisan bawah akibat proses larutan dikenali sebagai lohong
batu kapur (sink hole). Saiz lohong ini menjadi lebih beşar akibat larutan dan
hakisan atau bercantum di antara satu dengan yang lain membentuk lekukan yang
lebih beşar dikenali sebagai dolin.
(c) Percantuman beberapa buah dolin akibat hakisan dan runtuhan menghasilkan satu
lurah yang lebih beşar dan dalam dinamakan lubang benam. Cantuman beberapa
buah lubang benam akibat runtuhan atau gelinciran akan membentuk polje dengan
lekukan yang lebih beşar dan dasar yang agak rata.
(d) Hujan lebat menyebabkan air meresap dan melarut ke lapisan bawah batu kapur
menghasilkan sungaisungai yang kekal di bawah tanah. Sungai-sungai ini biasanya
terletak di atas lapisan batuan yang tidak telap air. Aliran sungai ini dapat
membentuk terowong-terowong dan gua batu kapur. Di dalam gua batu kapur
terdapat stalaktit dan stalagmit akibat proses sejatan larutan batu kapur dari
bumbung dan lantai gua. Percantuman antara stalaktit dengan stalagmit dapat
membentuk tiang-tiang batu kapur.
Luluhawa Fizikal
Luluhawa fizikal ialah proses pemecahan atau peluluhan batuan menjadi serpihan yang lebih
kecil tanpa melibatkan perubahan komposisi kimia kerana faktor cuaca dan faktor biotik.
Proses Luluhawa Fizikal di Kawasan Tropika Lembap
Proses luluhawa fizikal tidak dominan di kawasan tropika lembap tetapi berlaku di dalam
keadaan-keadaan tertentu. Antaranya ialah:
1 Tindakan akar pokok terutama akar tunjang yang menjalar dan membesar dalam rekahan
batuan. Hal ini akan menghasilkan tekanan yang kuat dan boleh memecahkan batuan
tersebut.
2 Proses basah kering batuan sering berlaku di kawasan tropika lembap kerana iklimnya
yang panas dan lembap sepanjang tahun. Proses ini berlaku di kawasan tanah liat dan
batuan pinggir laut yang mengalami kejadian air pasang surut yang nyata. Tanah liat
dapat mengembang dengan baik apabila basah pada musim hujan tetapi akan merekah
atau pecah apabila musim kering kerana terdedah kepada sinaran matahari dalam tempoh
yang agak lama. Di kawasan tebing tinggi pinggir laut, batuan mengalami proses
pembasahan ketika air laut pasang tetapi mengalami proses pengeringan apabila terdedah
pada sinaran matahari semasa air laut surut. Proses basah kering yang berulang-ulang ini
menyebabkan batuan pinggir laut terkupas dan pecah.
3 Aktiviti manusia melalui perlombongan kuari yang menggunakan bahan letupan akan
memecahkan batuan. Proses penggondolan dan pembakaran hutan juga mendedahkan
permukaan batuan kepada sinaran haba matahari dan haba pembakaran hutan. Hal ini
menyebabkan lapisan permukaan batuan mengembang, terkupas dan pecah.
4 Tindakan haiwan seperti arnab, tikus tanah dan biawak yang menggali lubang dalam
tanah menyebabkan lapisan batuan retak dan pecah.
Luluhawa Biologi
Luluhawa biologi ialah proses pemecahan dan pereputan batuan oleh agen-agen seperti
tumbuhan, haiwan, manusia dan organisma seni.
Proses Luluhawa Biologi
1 Tindakan akar pokok terutama akar tunjang yang menjalar dan membesar dalam rekahan
batuan menyebabkan luluhawa fizikal. Proses tekanan dan bajian akar pokok
menyebabkan rekahan semakin luas dan pemecahan batuan.
2 Tumbuhan yang mati dan daun yang gugur akan mengalami proses pereputan
(penghumusan) oleh bakteria dan kulat dapat membekalkan asid organik. Asid organik
dapat menggalakkan proses pereputan batuan.
3 Haiwan seperti tikus tanah dan haiwan yang menggali lubang dalam tanah boleh menjana
luluhawa fizikal apabila lapisan batuan retak dan pecah.
4 Najis haiwan dan bangkai haiwan yang mengalami proses pereputan (penghumusan)
apabila bercampur dengan air hujan akan menghasilkan asid organik atau asid humus
yang mempercepatkan proses luluhawa kimia.
5 Aktiviti perlombongan kuari oleh manusia yang menggunakan bahan letupan
menyebabkan luluhawa fizikal atau pemecahan batuan secara besar-besaran.
Pengaruh Luluhawa terhadap Proses-proses Fizikal
1 Luluhawa menyebabkan regolit menjadi longgar yang membantu proses pergerakan
jisim di kawasan bercerun. Regolit yang longgar apabila menyerap banyak air hujan akan
menjadi berat dan licin serta tidak stabil dan mudah runtuh kerana peningkatan daya tarikan
graviti.
2 Proses hakisan tanah dan hakisan tebing sungai meningkat kerana luluhawa telah
menyebabkan regolit atau tanah yang longgar serta mudah dihakis oleh titisan hujan dan air
larian permukaan.
3 Luluhawa akan menyebabkan peningkatan jumlah bahan yang diangkut oleh air larian
melalui permukaan cerun dan peningkatan jumlah pengangkutan beban sungai seperti pasir,
tanah liat dan kelodak.
4 Peningkatan jumlah beban yang diangkut akan meningkatkan proses pemendapan
bahan di kawasan kaki cerun bukit dan di dalam alur sungai. Regolit yang telah dihakis akan
diangkut dengan banyak dan dimendapkan di kaki cerun bukit atau di kawasan hilir sungai.
Kepentingan Luluhawa kepada Aktiviti Manusia
1 Aktiviti pertanian mudah dijalankan kerana regolit atau tanah hasil luluhawa yang
longgar mudah menyerap air hujan untuk menggalakkan pertumbuhan akar pokok dan
kesuburan tanaman. Di kawasan tropika lembap, pereputan batuan granit menghasilkan
tanah laterit yang sesuai ditanam dengan kelapa sawit dan getah.
2 Aktiviti pelancongan dan rekreasi di kawasan gua batu kapur dan bentuk muka bumi sisa
luluhawa seperti inselberg dan tor. Aktiviti pelancongan dan rekreasi di kawasan batu
kapur yang mempunyai bentuk muka bumi yang menarik seperti gua batu kapur, stalaktit
dan stalagmit.
3 Industri kraf tangan dapat dijalankan kerana bahan terluluhawa seperti silika dan tanah
liat (kaolin) merupakan bahan utama dalam penghasilan tembikar.
4 Industri binaan menggunakan tanah liat untuk membuat saluran pembetungan, jubin,
atap bangunan dan batu bata.
5 Perlombongan mineral di kawasan batuan yang telah mengalami luluhawa lebih mudah
dijalankan kerana regolitnya longgar. Kaedah perlombongan yang menggunakan
pancutan air, kapal korek dan mendulang timah lanar dan emas lanar mudah dijalankan.
Pergerakan Jisim
Konsep Pergerakan Jisim
1 Pergerakan jisim merupakan proses pergerakan regolit (bahan yang telah mengalami
luluhawa) menuruni cerun kerana tarikan graviti.
2 Terdapat dua jenis/kategori pergerakan jisim, iaitu:
(a) pergerakan jisim aliran perlahan seperti kesotan tanah dan kesotan batuan.
(b) pergerakan jisim aliran cepat seperti tanah runtuh, aliran tanah, aliran lumpur dan
runtuhan batuan.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pergerakan Jisim
1. Kecerunan (gradien)—Kecuraman cerun mempengaruhi halaju pergerakan jisim dan
graviti. Contohnya, di kawasan cerun landai berlaku kesotan tanah, manakala di kawasan
cerun curam berlaku kejadian tanah runtuh.
2 Hujan—Air bertindak sebagai pelincir dan pemberat yang mempengaruhi graviti apabila
berlaku hujan lebat dalam jangka masa yang panjang.
3 Regolit—Batuan terluluhawa menghasilkan regolit yang longgar dan tidak stabil di
permukaan cerun. Proses luluhawa kimia yang giat di kawasan tropika lembap
menghasilkan struktur tanah yang longgar memudahkan berlakunya proses pergerakan
jisim.
4 Tiada litupan tumbuhan—Permukaan cerun yang terdedah kerana tiada kanopi pokok
dan tiada cengkaman akar boleh menyebabkan hakisan permukaan. Hal ini akan
melonggarkan struktur cerun dan menyebabkan cerun menjadi tidak stabil.
5 Gegaran semula jadi—Gempa bumi menyebabkan kawasan cerun menjadi tidak stabil
kerana gegaran yang kuat. Manakala letusan gunung berapi p•ula boleh menyebabkan
berlakunya tanah runtuh dan aliran lumpur.
Jenis-jenis Pergerakan Jisim di Kawasan Tropika Lembap
1 Kesotan tanah—Proses pergerakan tanah menuruni cerun landai secara perlahan-lahan
kerana tarikan graviti. Kesotan tanah berlaku kerana terdapat regolit (tanah) yang tebal
dan longgar hasil proses luluhawa kimia yang giat di kawasan tropika lembap. Regolit
yang longgar apabila menyerap air hujan akan menjadi licin serta berat (meningkatkan
graviti) dan bergerak secara amat perlahan di cerun landai. Kekurangan dan ketiadaan
tumbuhan melonggarkan struktur cerun kerana tiada cengkaman akar pokok.
2 Tanah runtuh—Pergerakan regolit di cerun curam secara tiba-tiba kerana tarikan graviti.
Tanah runtuh atau gelongsoran tanah berlaku di kawasan cerun curam. Keadaan regolit
yang longgar hasil luluhawa kimia yang giat di kawasan tropika lembap memudahkan
berlakunya kejadian tanah runtuh. Hujan lebat dalam jangka masa yang lama
menyebabkan regolit yang menyerap air menjadi licin dan berat serta tidak stabil akan
runtuh secara tiba-tiba kerana peningkatan daya graviti. Faktor ketiadaan litupan
tumbuhan menyebabkan regolit menjadi longgar dan tidak stabil kerana tiada cengkaman
akar pokok turut memudahkan berlakunya tanah runtuh. Pembinaan lebuh raya dan
petempatan di cerun bukit melibatkan kerja-kerja penyahhutanan dan pemotongan cerun
bukit telah menyebabkan cerun bukit yang gondol runtuh kerana tidak stabil.
3 Aliran tanah—Pergerakan tanah yang lembap (kandungan air yang banyak) di kawasan
cerun curam serta cepat kerana graviti. Aliran tanah biasanya terjadi setelah berlakunya
kejadian tanah runtuh di bahagian atas cerun curam. Proses luluhawa kimia yang giat
akan menyebabkan regolit menjadi longgar dan ini akan menyebabkan kejadian tanah
runtuh. Keadaan cerun curam yang gondol (tiada litupan tumbuhan), longgar dan tidak
stabil menggalakkan lagi kejadian aliran tanah.
4 Aliran lumpur—Pergerakan tanah liat dan lumpur yang tepu dengan air secara sangat
laju menuruni lurahlurah di cerun bukit yang curam kerana tarikan graviti. Faktor-faktor
yang menyebabkan aliran lumpur termasuklah terdapatnya regolit yang longgar terdiri
daripada tanah liat/lempung dengan kandungan air yang banyak kerana hujan lebat dalam
jangka masa lama di kawasan cerun bukit yang curam. Faktor kegondolan dan tarikan
graviti meningkatkan lagi halaju aliran lumpur. Aliran lumpur juga berlaku di lereng-
lereng gunung berapi. Lapisan debu di lereng gunung berapi yang menyerap banyak air
hujan akan menghasilkan aliran lumpur. Contohnya seperti aliran lumpur yang berlaku
di lereng gunung berapi Pinatubo di Filipina pada tahun 1991.
5 Runtuhan batuan—Runtuhan batuan terdiri daripada bongkah-bongkah batuan dan
serpihan batuan yang jatuh secara bebas dan tiba-tiba dari atas cenuram atau tebing tinggi
kerana tarikan graviti. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan runtuhan batuan
antaranya seperti cerun sangat curam seperti cenuram atau tebing tinggi, proses luluhawa
membekalkan bongkah-bongkah batuan atau serpihan batuan yang tidak mempunyai
sandaran yang kukuh di kawasan tebing tinggi, rekahan batuan di kawasan tebing tinggi
batu kapur, faktor gegaran dan kegondolan memudahkan batuan yang tidak stabil jatuh
secara tiba-tiba kerana tarikan graviti dan tindakan manusia memotong lereng bukit
berbatu dan perlombongan kuari.
Kesan Pergerakan Jisim terhadap Alam Sekitar Manusia
1 Kehilangan nyawa dan kecederaan disebabkan tertimbus tanah runtuh atau ditimpa batu.
2 Kemusnahan harta benda seperti rumah dan kereta kerana tertimbus akibat aliran tanah.
3 Gangguan ekonomi dan pekerjaan kerana aliran lumpur dan timbunan tanah runtuh
menjejaskan aktiviti pertanian, perindustrian, perlombongan dan pelancongan.
4 Kemusnahan infrastruktur seperti paip bekalan air, tiang elektrik dan jalan raya.
5 Aktiviti pengangkutan terganggu akibat longgokan tanah runtuh yang menghalang laluan
jalan (jalan ditutup). 6 Kesan psikologi dan trauma kerana kehilangan ahli keluarga dan
bimbang kejadian tanah runtuh berulang.
Langkah-langkah Mengatasi Pergerakan Jisim
1 Menanam tumbuhan tutup bumi kerana cengkaman akar pokok menguatkan struktur
tanah dan mengelakkan hakisan tanah
2 Membina benteng atau tembok halangan untuk menahan pergerakan bahan regolit di
lereng bukit.
3 Membuat sungkupan menggunakan lapisan plastik dapat mengelak hakisan dan serapan
air hujan.
4 Penyimenan cerun bukit dapat menutup permukaan cerun daripada menyerap air hujan
dan hakisan cerun.
5 Pembinaan teres bertingkat di cerun bukit dapat mewujudkan kestabilan cerun.
6 Membina perparitan dan saluran air di cerun-cerun untuk mengelakkan hakisan galur di
cerun bukit oleh air larian permukaan.
Lembangan Saliran
Konsep Lembangan Saliran
1 Lembangan saliran ialah kawasan tadahan atau sistem sungai yang disempadani oleh
legeh.
2 Legeh ialah garisan yang menjadi pemisah aliran air antara lembangan saliran atau sistem
sungai. Legeh terbentuk di sepanjang rabung banjaran gunung atau tanah tinggi antara
sistem-sistem sungai tersebut.
3 Sesebuah lembangan saliran atau lembah sungai terdiri daripada:
(a) permukaan atas lembah—Wujudnya proses luluhawa, pergerakan jisim, hakisan
pefmukaan, pengangkutan dan pemendapan.
(b) alur sungai—Berlaku proses hakisan sungai, pengangkutan bahan dan
pemendapan.
Proses Hakisan Permukaan
Hakisan permukaan bermaksud pengukiran permukaan bumi yang melibatkan proses peleraian
atau pencungkilan serta pemindahan butiran tanah di permukaan cerun Oleh agen-agen hakisan
tanah seperti titisan hujan, air larian permukaan dan angin.
Proses Hakisan Permukaan (Hakisan Tanih)
1 Hakisan percikan air hujan berlaku apabila titisan air hujan jatuh ke permukaan tanah
yang terdedah dan bertindak mencungkil atau meleraikan butiran tanah. Titisan air hujan
yang jatuh mempunyai tenaga kinetik yang menyebabkan butiran tanah tercungkil
sehingga membentuk lekukan-lekukan kecil di permukaan tanah. Semakin lebat hujan,
semakin banyak butiran tanah yang terhakis.
2 Hakisan kepingan berlaku apabila butiran tanah yang telah terlerai oleh titisan air hujan
akan dihakis serta diangkut oleh air larian permukaan dalam bentuk lapisan nipis atau
secara kepingan di permukaan cerun. Hal ini menyebabkan lapisan tanah di permukaan
cerun menjadi semakin nipis.
3 Hakisan galir akan menyebabkan butiran tanah dihakis dan diangkut oleh air larian
permukaan daripada bahagian atas ke bawah cerun menerusi alur-alur kecil semasa
hujan.
4 Hakisan galur akan menyebabkan butiran tanah dihakis serta diangkut oleh air larian
permukaan daripada bahagian atas ke bawah cerun menerusi alur-alur yang lebih luas.
Faktor-faktor Fizikal yang Menyebabkan Hakisan Permukaan
1 Hujan—Hujan lebat menyebabkan peningkatan jumlah serta halaju air larian permukaan
dan hakisan permukaan cerun. Saiz titisan air hujan yang kasar pula akan meningkatkan
kadar hakisan percikan.
2 Kecerunan—Kecerunan mempengaruhi kederasan atau halaju air larian permukaan.
Kawasan cerun bukit yang curam akan meningkatkan kadar halaju air larian permukaan
dan hakisan tanah. Air larian permukaan yang deras akan bertindak menghakis dan
mengangkut butiran tanah daripada bahagian atas ke bawah cerun.
3 Regolit atau tanah yang longgar hasil luluhawa kimia yang giat di kawasan tropika
lembap telah memudahkan hakisan tanah Oleh titisan hujan (hakisan percikan) dan larian
air permukaan.
4 Litupan tumbuhan—Ketiadaan litupan tumbuhan menyebabkan permukaan tanah
terdedah dan longgar kerana tiada cengkaman oleh akar pokok. Hal ini menyebabkan
hakisan percikan oleh titisan air hujan yang jatuh secara langsung ke permukaan tanah
akan menggalakkan hakisan galir dan galur oleh air larian permukaan.
Kesan-kesan Fizikal Hakisan Permukaan
1 Lapisan tanah menjadi semakin nipis dan tanah hilang kesuburan kerana lapisan tanah
atas yang banyak mengandungi humus atau nutrien telah dihakis serta diangkut oleh air
larian permukaan.
2 Pencemaran sungai berlaku apabila bahan tanah yang dihakis masuk ke dalam sungai.
Air sungai menjadi keruh kerana banyak bahan ampaian seperti tanah liat dan kelodak.
3 Proses luluhawa fizikal giat berlaku di kawasan cerun bukit. Hakisan tanah menyebabkan
lapisan batuan akan terdedah kepada pemanasan sinaran matahari. Pemanasan haba
matahari boleh menyebabkan batuan pecah atau terkupas.Pergerakan jisim seperti
kejadian tanah runtuh akan meningkat. Hakisan tanah mewujudkan galur-galur di lereng
bukit menyebabkan cerun bukit menjadi semakin curam dan tidak stabil.
4 Pengangkutan bahan atau muatan sungai semakin bertambah. Butiran tanah yang
terhakis akan masuk ke dalam sungai menyebabkan pertambahan beban ampaian seperti
tanah liat dan kelodak.
5 Berlaku pemendapan bahan atau longgokan tanah di kaki cerun bukit dan peningkatan
pemendapan dalam alur sungai. Hal ini menyebabkan alur sungai menjadi cetek.
6 Perubahan landskap atau bentuk muka bumi. Wujud permukaan cerun yang beralur-alur
kecil kesan hakisan galur oleh larian air permukaan. Bentuk cerun bukit juga berubah
apabila bahagian atas cerun bukit yang mengalami hakisan dan runtuhan menjadi
semakin curam. Manakala bahagian kaki cerun yang menerima banyak bahan
mendapan/longgokan tanah menjadi semakin landai.
Langkah-langkah Mengatasi Haldsan Permukaan
1 Membina teres-teres di cerun bukit untuk penanaman dan petempatan. Pembinaan teres
bertingkat di cerun bukit dapat mengurangkan halaju larian air permukaan.
2 Menanam tumbuhan tutup bumi seperti rumput dan pokok. Akar pokok dapat
mencengkam dan menguatkan struktur tanah di cerun.
3 Penggunaan sungkupan plastik dan ranting pokok, pelepah serta daun dapat menutup dan
melindungi npermukaan tanah daripada terdedah secara langsung kepada titisan hujan
dan larian air permukaan.
4 Menyimen atau menutup cerun bukit dengan lapisan konkrit. Lereng bukit yang telah
dipotong dan terdedah semasa pembinaan lebuh raya disimen dengan lapisan konkrit
untuk mengelak hakisan secara langsung oleh titisan hujan dan larian air permukaan.
5 Penguatkuasaan undang-undang (denda dan hukuman) dan peraturan seperti Akta
Pemuliharaan Tanah dan Akta Parit dan Bangunan.
6 Pendidikan formal dan tidak formal melalui institusi pendidikan dan media tentang
kaedah mengelakkan hakisan tanah.
7 Kempen mencegah hakisan tanah seperti menggalakkan penanaman pokok dan
penghutanan semula melalui media dan sambutan hari hutan sedunia.
Hakisan Sungai
Jenis Hakisan Sungai
1 Hakisan mendalam—Tertumpu pada bahagian dasar sungai. Hakisan mendalam
biasanya berlaku di peringkat hulu sungai yang bergunung-ganang. Sungai mengalir
dengan deras dan menghakis bahagian dasar dengan giat.
2 Hakisan melebar—Tertumpu pada bahagian tepi atau tebing sungai. Hakisan melebar
lazimnya berlaku di bahagian pertengahan sungai terutama di bahagian tebing luar likuan
sungai.
3 Hakisan ke belakang—Hakisan dasar lurah sungai ke arah hulu. Hakisan mengundur
biasa berlaku di kawasan tapak air terjun yang terhakis ke arah hulu.
Proses Hakisan Sungai
1 Tindakan hidraul, iaitu tekanan aliran air sungai terhadap alur sungai yang mempunyai
rekahan batuan. Tekanan air yang kuat menyebabkan lubang-lubang atau rekahan batuan
pada dasar sungai mengalami himpitan air yang menyebabkan rekahan batuan pecah dan
terhakis.
2 Proses geselan (lelasan) berlaku apabila sungai membawa bahan-bahan serpihan batuan
seperti batu tongkol, batu lada dan kelikir bertindak melelas dasar sungai.
3 Proses lagaan berlaku apabila bahan-bahan seperti batu tongkol, batu lada dan kelikir
berlanggar antara satu sama lain menyebabkan ia menjadi semakin kecil dan senang
dipindahkan oleh aliran sungai.
4 Proses larutan berlaku apabila aliran sungai mengalir di kawasan batu kapur atau
kawasan batuan yang mengandungi mineral yang mudah dilarutkan oleh ain
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Hakisan Sungai
1 Isi padu air mempengaruhi tenaga potensi sungai. Hujan lebat yang berlaku dalam
tempoh masa yang lama di kawasan lembangan saliran akan menambahkan isi padu air.
Pertambahan isi padu air sungai semasa banjir menyebabkan peningkatan kadar hakisan
sungai.
2 Halaju aliran sungai yang deras akan meningkatkan tenaga kinetik sungai. Hakisan
sungai giat berlaku di bahagian hulu sungai yang curam kerana aliran air yang deras.
Aliran air yang deras menambahkan hakisan sungai secara mendalam di bahagian hulu
sungai.
3 Kecerunan alur sungai yang curam akan meningkatkan tenaga kinetik atau halaju aliran
air sungai. Aliran air sungai yang deras menambah keupayaan sungai melakukan hakisan
secara hidraul dan hakisan mendalam di bahagian hulu sungai yang curarn.
4 Jenis batuan—Lurah sungai yang berbatu lembut seperti batuan syal lebih mudah dihakis
oleh aliran sungai berbanding batuan granit yang keras. Di kawasan lurah sungai berbatu
kapur pula hakisan secara larutan lebih giat berlaku.
5 Litupan tumbuhan—Hakisan sungai berlaku secara langsung pada bahagian tebing
sungai yang gondol kerana tiada halangan tumbuhan dan tiada pengaruh cengkaman akar
pokok pada tebing sungai. Kegersangan tanah juga menyebabkan tebing sungai yang
dihakis mudah runtuh dan hal ini memudahkan lagi hakisan sungai bertindak pada tebing
sungai.
6 Bahan muatan yang dibawa oleh aliran sungai menyebabkan berlakunya hakisan geselan.
Aliran sungai yang deras membawa serpihan batuan, batu tongkol, batu lada dan kelikir
bertindak melelas pada bahagian dasar dan tebing sungai.
7 Aktiviti manusia di tebing sungai boleh mempercepatkan hakisan sungai. Aktiviti
perlombongan pasir sungai dan pembalakan berhampiran tebing sungai menyebabkan
tebing sungai tidak stabil dan terdedah kepada hakisan sungai.
Bentuk Muka Bumi Hasil Hakisan Sungai
1 Gaung atau jurang ialah bentuk lurah sungai yang dalam, sempit dan bertebing curam.
Gaung terbentuk kerana hakisan mendalam yang giat di bahagian hulu sungai yang
curam. Aliran yang deras di kawasan pergunungan atau kawasan hulu sungai yang curam
menyebabkan berlaku hakisan tertumpu pada bahagian dasar sungai.
2 Air terjun terbentuk di bahagian hulu sungai kerana halangan lapisan batuan keras yang
lambat dihakis oleh aliran sungai. Tonjolan batuan granit yang keras menyebabkan aliran
sungai terjunam sebagai air terjun. Halangan lapisan batuan keras mungkin secara
mendatar, condong atau tegak.
3 Jeram pula terbentuk di bahagian hulu sungai apabila sungai mengalir di kawasan lapisan
batuan keras dan lembut secara berselang-seli. Lapisan batuan keras yang lambat dihakis
lebih menonjol berbanding lapisan batuan lembut yang mudah dihakis. Ini menyebabkan
aliran sungai melompat-lompat yang dikenali sebagai jeram.
4 Lubang periuk ialah lekukan hampir bulat akibat pusaran air di dasar sungai yang tidak
sama rata. Pusaran air di dasar sungai yang tidak sama rata akan menyebabkan batu lada,
kelikir dan pasir kasar yang diangkut oleh aliran sungai yang bertindak dengan mengorek
dan melelas dasar sungai. Hal ini dapat membentuk lekukan hampir bulat di dasar sungai
yang dikenali sebagai lubang periuk. Contohnya seperti di Telaga Tujuh, Langkawi.
Pengangkutan Bahan Sungai
1 Sungai mengangkut muatan atau bahan yang pelbagai saiz seperti batu tongkol, batu
lada, batu kelikir, tanah liat dan kelodak.
2 Terdapat tiga jenis muatan sungai, iaitu muatan dasar (bergerak atau berpijak di
sepanjang dasar sungai), muatan ampaian (bergerak dalam aliran sungai tetapi tidak jejak
dasar) dan muatan larutan (diangkut dalam bentuk cecair yang larut dalam air).
3 Proses pengangkutan beban sungai termasuklah:
(a) Golekan atau gulingan berlaku pada beban sungai yang berat, kasar dan berbentuk
bulat seperti batu tongkol dan batu lada yang bergerak di sepanjang dasar sungai
kerana tekanan aliran sungai. Manakala muatan berbentuk leper seperti serpihan
batuan diangkut secara seretan.
(b) Lompatan (loncatan) ialah muatan dasar yang agak kasar seperti kelikir dan pasir
kasar diangkut secara loncatan. Tekanan air menyebabkan kelikir dan pasir
terangkat di dalam air dan jatuh semula ke hadapan kerana tarikan graviti.
(c) Ampaian terjadi pada muatan yang halus dan ringan seperti tanah liat dan kelodak
yang diangkut di dalam aliran sungai tetapi tidak menjejak dasar. Jumlah muatan
ampaian yang banyak menyebabkan aliran sungai menjadi keruh.
(d) Larutan berlaku pada muatan yang larut di dalam air seperti mineral garam dan
larutan batu kapur yang diangkut dalam bentuk cecair. Muatan larutan adalah hasil
tindakan luluhawa kimia terhadap tebing sungai dan dasar sungai. Penggunaan baja
untuk pertanian di kawasan lembah sungai juga akan menambahkan muatan larutan
di dalam sungai.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengangkutan Beban Sungai
1 Isi padu air—Isi padu air mempengaruhi tenaga sungai dan jumlah beban yang dapat
diangkut. Isi padu air yang banyak semasa hujan lebat dalam tempoh masa yang lama
dan banjir sungai akan meningkatkan tenaga potensi dan halaju sungai. Hal ini
membolehkan banyak beban kasar dan halus dapat diangkut oleh sungai.
2 Halaju air—Halaju air mempengaruhi jumlah dan saiz beban yang diangkut. Aliran
sungai lebih deras semasa hujan lebat dan banjir membolehkan lebih banyak beban yang
kasar seperti kelikir, pasir dan kelodak dapat diangkut.
3 Kecerunan alur—Kecuraman alur menyebabkan aliran yang deras di bahagian hulu
berbanding bahagian pertengahan sungai. Hal ini membolehkan banyak beban yang
kasar seperti batu tongkol, batu lada dan kelikir diangkut di bahagian hulu sungai.
Manakala di pertengahan sungai lebih banyak pasir dan kelodak dapat diangkut.
4 Bentuk alur—Alur sungai yang lurus mempercepatkan aliran sungai dan memudahkan
lebih banyak bahan diangkut. Manakala alur sungai yang berliku memperlahankan halaju
dan mengurangkan tenaga sungai serta mengurangkan jumlah bahan yang diangkut.
5 Saiz bahan—Saiz bahan yang kasar seperti batu tongkol dan batu lada diangkut secara
golekan di dasar sungai terutama di bahagian hulu sungai. Manakala bahan yang halus
seperti tanah liat dan kelodak banyak diangkut secara ampaian di sepanjang alur sungai.
6 Jenis bahan—Jenis bahan sama ada berat atau ringan, bahan organik, bahan mudah larut
dan kelodak yang ringan mempengaruhi proses pengangkutan. Bahan yang berat seperti
batu tongkol, batu lada dan kelikir banyak diangkut sepanjang dasar sungai. Bahan yang
bersaiz kecil dan ringan banyak diangkut secara ampaian.
7 Kekerasan batuan—Sungai yang mengalir di kawasan tanah liat lebih mudah mengalami
hakisan dan lebih banyak muatan ampaian dapat diangkut. Sebaliknya pula, di kawasan
granit yang keras dan lambat dihakis menyebabkan kadar muatan adalah sedikit.
8 Litupan tumbuhan di tebing sungai—Tebing sungai yang gondol mudah dihakis dan
mengalami proses pergerakan jisim, iaitu runtuhan tebing. Proses ini akan menambahkan
bekalan bahan ke dalam sungai dan seterusnya jumlah muatan yang diangkut oleh sungai.
9 Halangan—Halangan semula jadi seperti batu-batu tongkol yang besar di dasar alur dan
pokok tumbang menyebabkan sebahagian bahan yang diangkut tersekat. Manakala
pembinaan empangan oleh manusia yang mengawal aliran sungai bukan sahaja
menghalang pengangkutan beban dasar dari hulu sungai tetapi juga mengurangkan
jumlah beban yang diangkut selepas empangan.
Pemendapan Sungai
Pemendapan sungai bermaksud proses penimbunan atau longgokan bahan yang diangkut
apabila tenaga dan halaju sungai semakin berkurangan setelah memasuki hilir sungai yang
semakin landai.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemendapan Sungai
1 Isi padu air sungai berkurang kerana tiada hujan pada musim kemarau. Hal ini
menyebabkan banyak pemendapan berlaku kerana tenaga potensi atau keupayaan sungai
untuk mengangkut beban semakin berkurangan.
2 Halaju air berkurangan menyebabkan keupayaan sungai untuk mengangkut bahan
semakin merosot menyebabkan proses pemendapan bahan berlaku di sepanjang aliran
sungai.
3 Kecerunan semakin landai di bahagian hilir sungai menyebabkan graviti dan halaju
sungai semakin perlahan. Hal ini menyebabkan bahan yang diangkut dimendapkan di
bahagian hilir sungai.
4 Bahan muatan sungai bertambah melebihi keupayaan sungai untuk mengangkut.
Pertambahan jumlah bahan pasir yang diangkut ke hilir sungai menyebabkan
pemendapan banyak berlaku di sini.
5 Jenis batuan terutamanya batu lada dan kelikir yang berat dan kasar akan dimendapkan
lebih awal di peringkat hulu sungai. Manakala pasir, tanah liat dan kelodak dimendapkan
di bahagian hilir sungai.
6 Bentuk alur yang berliku-liku di bahagian tengah dan hilir sungai menggalakkan proses
pemendapan di sebelah dalam selekoh sungai.
7 Halangan fizikal yang wujud di dasar sungai seperti batu-batu tongkol yang besar,
halangan tanah runtuh dan pokok tumbang akan menyekat bahan yang diangkut di
sepanjang dasar sungai.
8 Aktiviti manusia di lembah sungai seperti pembalakan, perlombongan dan pertanian
menyebabkan kegondolan hutan serta peningkatan hakisan permukaan dan jumlah beban
yang masuk ke dalam sungai. Hal ini akan menambahkan jumlah bekalan bahan sedimen.
Bentuk Muka Bumi Hasil Pemendapan Sungai
1 Dataran banjir dan tetambak—Terbentuk di kedua-dua belah tebing sungai kerana proses
pemendapan lanar selepas kejadian banjir yang berulang kali. Dataran banjir akan diliputi
air semasa banjir. Banjir yang melimpahi tebing membawa banyak limpahan lanar seperti
pasir, tanah liat dan kelodak. Apabila banjir mulai surut, bahan-bahan tadi akan
dimendapkan di belakang tebing sungai dan membentuk timbunan mendapan yang
memanjang selari dengan tebing sungai dipanggil tetambak semula jadi. Bahan
mendapan selebihnya akan dimendapkan di kawasan jauh dari tebing sungai lalu
membentuk dataran banjir yang lebih luas.
2 Beting sungai dan pulau pasir—Pemendapan lanar yang berterusan dikawasan
hilirsungai akan membentuk beting sungai dan pulau-pulau pasir. Beting sungai mudah
terbentuk di kawasan hilir sungai kerana bekalan mendapan pasir yang banyak, aliran
sungai yang perlahan dan sungai mengalir di kawasan landai. Pulau-pulau pasir terbentuk
kerana mendapat bekalan pasir, tanah liat dan kelodak yang diangkut oleh sungai dan
dimendapkan di bahagian hilir sungai. Pulau-pulau pasir akan menjadi stabil apabila
ditumbuhi rumput atau semak-samun. Aliran sungai kelihatan bersirat di antara pulau-
pulau pasir di hilir sungai.
3 Tasik ladam—Merupakan tasik semula jadi yang terbentuk akibat likuan sungai terpisah
daripada aliran sungai kerana proses pemendapan. Hakisan sungai berlaku secara giat di
bahagian tebing luar liku sungai sehingga kedua-dua lengkok liku tersebut bertemu dan
membentuk aliran sungai yang baharu. Manakala pemendapan bahan pula berlaku di
tebing dalam liku sungai. Pemendapan yang berterusan membentuk liku sungai yang
terpisah daripada aliran sungai sehingga membentuk sebuah tasik ladam.
4 Delta—Delta merupakan dataran mendap yang luas dan rata. Delta terbentuk apabila
berlaku pemendapan bahan yang diangkut secara berterusan dan meluas di muara sungai
yang menghadap laut Halaju air sungai berkurangan di kawasan hilir sungai kerana
bertembung dengan laut. Pertembungan ini akan menggalakkan berlakunya pemendapan
lanar. Pasir, tanah liat dan kelodak yang terampai di dalam sungai juga mudah mengalami
pemendapan apabila bercampur dengan air masin. Perkembangan sesebuah delta
bergantung kepada bekalan bahan yang banyak, pantai yang terlindung (tidak berombak
besar) dan kadar pemendapan di muara sungai melebihi daripada kadar pengangkutan
bahan ke laut.
Pengaruh Bentuk Muka Bumi Hakisan dan Pemendapan Sungai terhadap Aktiviti
Manusia
Bentuk Muka Bumi Hakisan
Sungai
Aktiviti Manusia
Gaung/jurang
• Ekopelancongan
• Aktiviti rekreasi
Air terjun
• Ekopelancongan
• Aktiviti rekreasi
• • Sumber tenaga hidro elektrik
Jeram
• Pelancongan
• Aktiviti rekreasi
Lubang periuk • Pelancongan
Likuan sungai
• Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
• Aktiviti rekreasi
• Akuakultur
Bentuk Muka Bumi Pemendapan
Sungai
Aktiviti Manusia
Dataran banjir • Pertanian padi sawah
• Perikanan dan akuakultur
• Membina kawasan petempatan
• Pengangkutan dan perhubungan
Tetambak • Pengangkutan (pembinaan jalan raya)
• Membina kawasan petempatan
• Industri Kecil dan Sederhana (menjemur ikan
dan menghasilkan kraf tangan)
Beting sungai • Perlombongan pasir
Pulau-pulau pasir • Ekopelancongan
• Aktiviti rekreasi
• Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Tasik ladam • Aktiviti akuakultur
• Aktiviti sosial dan rekreasi (memancing)
Delta Pertanian padi sawah
Membina kawasan petempatan
Akuakultur
Perlombongan pasir
Pengangkutan dan perhubungan
Kaitan Aktiviti Manusia dengan Bentuk Muka Bumi Pemendapan Sungai
1 Pertanian—Pertanian dijalankan di kawasan delta dan dataran banjir yang subur dengan
mendapan lanar. Kawasan ini menerima mendapan lanar yang subur setiap kali banjir
berlaku. Contohnya seperti delta Kelantan dan dataran mendap Sungai Terengganu,
Sungai Kelantan dan Sungai Pahang. Kawasan delta ditanami padi sawah dan kawasan
dataran banjir ditanami jagung, keledek, tebu, tembakau dan lain-lain.
2 Petempatan manusia—Petempatan dibina di kawasan delta, dataran banjir dan lembah
sungai seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kawasan ini membekalkan sumber
protein (ikan), bekalan air, aktiviti pertanian (padi sawah) dan pengangkutan air.
3 Ekopelancongan dan rekreasi—Pulau merupakan bentuk muka bumi fizikal (semula jadi)
yang boleh menarik pelancong untuk melakukan aktiviti rekreasi seperti berkelah,
berjoging dan lain-lain. Pembinaan rumah rehat, chalet dan kemudahan rekreasi untuk
pelancong seperti yang terdapat di pulau-pulau peranginan seperti Pulau Duyung dan
Pulau Wan Man di Terengganu. Pelancong juga dapat melihat aktiviti ekonomi penduduk
di kawasan pulau seperti membuat bot, membaiki pukat, industri kraf tangan dan lain-
lain.
4 Industri Kecil dan Sederhana—Membuat batik, mengering ikan dan membuat keropok
di kawasan delta dan pulau pasir.
5 Kegiatan akuakultur pula seperti menternak ikan dalam sangkar di tasik ladam, membuat
kolam ternak ikan di kawasan delta dan dataran banjir.
6 Penternakan seperti lembu, kambing, ayam dan itik diternak di kawasan delta dan dataran
banjir.
7 Pengangkutan seperti membina jalan raya sepanjang tetambak semula jadi dan di
kawasan delta.
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Pemendapan Sungai
1. Proses pemendapan sungai boleh menyebabkan alur sungai menjadi cetek dan
menjejaskan aktiviti manusia yang menggunakan pengangkutan air. Kejadian banjir juga
mudah berlaku (aliran sungai mudah melimpahi tebing sungai) kerana alur sungai yang
semakin cetek melambatkan aliran sungai ke laut. Masalah pemendapan sungai boleh
diatasi dengan langkah-langkah berikut:
(a) Meluruskan alur sungai yang berliku supaya aliran sungai bergerak lurus dan
melancarkan proses pengangkutan bahan ke laut.
(b) Mendalamkan dasar sungai yang cetek menggunakan jentera pengorek dan kapal
korek yang menyedut mendapan pasir. Alur sungai yang dalam dapat menampung
jumlah isi padu airyang banyak semasa hujan lebat dan dapat mengelakkan
kejadian banjir sungai secara tiba-tiba.
(c) Melebarkan sungai terutama di kawasan yang banyak mengalami pemendapan. Hal
ini dapat melancarkan aliran sungai.
(d) Membina tembok atau benteng konkrit di sepanjang tebing sungai. Hal ini dapat
mengelakkan kejadian hakisan dan runtuhan pada bahagian tebing sungai yang
boleh menyebabkan halangan pada aliran sungai serta berlakunya proses
pemendapan.
(e) Perancangan pembangunan guna tanah di kawasan lembangan saliran yang
memerlukan sistem perparitan dan kawasan takungan bahan sedimen yang dapat
menapis bahan mendapan daripada memasuki sungai.
(f) Kuatkuasakan undang-undang dengan mengenakan denda dan hukuman terhadap
individu dan syarikat yang menyebabkan pemendapan sungai. Akta Kerajaan
Tempatan 1976 telah dîkuatkuasakan bagi menghalang individu membuang
kotoran ke dalam sungai sehingga menyebabkan aliran terganggu.
(g) Kempen melalui media massa dan melakukan aktiviti gotong-royong
membersihkan sungai. Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah menjalankan
program 'Satu Negeri Satu Sungai' bagi memastikan sungai bebas daripada sampah
sarap dan bahan mendapan yang boleh menyebabkan banjir.
(h) Pendidikan alam sekitar tentang pembangunan lestari, kepentingan sungai kepada
kehidupan manusia dari segi ekonomi, nilai estetika dan penjagaan sungai sama
ada secara formal (di sekolah dan universiti) atau tidak formal (melalui ceramah
dan media).
Pinggir Pantai
Konsep Pantai
1 Zon pinggir pantai ialah jaluran pertemuan antara daratan dengan lautan yang
merangkumi kawasan yang saling mempengaruhi (daratan dan lautan) antara satu sama
lain.
2 Konsep pinggir pantai ialah kawasan pantai yang menerima pengaruh ombak. Dengan
kata lain, zon pesisir merangkumi pesisir belakang, pesisir hadapan (pantai) dan perairan
pinggir pantai.
3 Pantai ialah kawasan pemendapan atau longgokan bahan peroi seperti pasir yang terletak
di antara aras air pasang dengan aras air surut.
4 Konsep pantai seimbang ialah pantai yang mengalami kadar hakisan dan kadar
pemendapan yang seimbang atau sama.
Ombak
1 Ombak ialah bentuk permukaan air laut yang beralun yang bergerak dari laut ke darat.
Ombak terjadi kerana faktor tiupan angin dan gempa bumi dasar laut.
2 Panjang ombak ialah jarak di antara puncak ombak dengan puncak ombak yang
berdekatan. Manakala tinggi ombak ialah jarak di antara puncak ombak dengan lengkung
ombak.
3 Ombak pecah akan menghasilkan damparan ombak dan unduran ombak. Damparan
ombak ialah hempasan air laut ke pantai, manakala unduran ombak ialah bahagian air
yang mengalir semula ke laut.
Proses Haldsan Ombak
1 Tindakan hidraul—Damparan ombak akan memampatkan udara dalam rekahan batuan
dan menyebabkan tekanan pada rekahan batuan. Proses yang berulang ini akan
menyebabkan rekahan semakin besar dan pecah.
2 GeseIan—Bahan yang dibawa oleh ombak seperti serpihan batuan, batu tongkol, batu
lada dan kelikir yang bertindak melelaskan bahagian bawah tebing tinggi semasa
damparan ombak dan unduran ombak
3 Lagaan—Proses ini melibatkan pelanggaran antara bahan yang diangkut oleh ombak.
Proses lagaan menyebabkan batu tongkol, serpihan batuan dan batu lada menjadi
semakin kecil. Hal ini memudahkan proses hakisan dan pemindahan bahan berlaku.
4 Larutan—Tindakan air laut melarutkan mineral batu kapur pada tebing tinggi pinggir
laut. Tebing tinggi batu kapur, kapur dan dolomit akan dikakis secara larutan oleh air
laut.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Hakisan Pinggir Pantai
1 Kekuatan tenaga ombak—Ombak besar dan bertenaga tinggi lebih berupaya menghakis
pantai dan pinggir laut. Rempuhan ombak menyebabkan tindakan hidraul yang kuat pada
rekahan batuan pinggir laut. Ombak tsunami mempunyai tenaga yang sangat kuat untuk
menghakis dan memusnahkan pantai.
2 Ombak pemusnah—Ombak pemusnah mempunyai tenaga unduran ombak yang lebih
kuat berbanding damparan ombak. Ombak pemusnah giat menghakis pinggir pantai dan
mengangkut bahan pantai ke laut.
3 Arus seret—Arus seret berupaya menghakis dan mengangkut pasir pantai ke laut. Arus
seret berlaku apabila ombak dari laut datang secara berturutan ke pantai menyebabkan
unduran ombak terpaksa melalui bahagian bawah permukaan laut sebagai arus seret.
Arus seret berupaya mengangkut pasir pantai sehingga ke kawasan zon ombak pecah.
4 Arus pesisir—Giat menghakis dan mengangkut pasir sepanjang pantai. Hakisan pantai
oleh arus pesisir berlaku apabila ombak datang secara menyerong ke pantai. Damparan
ombak yang serong dan unduran ombak yang lurus menyebabkan bahan pasir diangkut
secara zig-zag di sepanjang pantai oleh arus pesisir.
5 Kecerunan—Kecerunan luar pantai yang curam atau kedalaman air akan menambahkan
kekuatan tenaga ombak. Pantai yang curam akan mengalami hakisan yang lebih tinggi
berbanding pantai yang landai. Kedalaman air menyebabkan tenaga ombak terus
merempuh kawasan pantai yang curam dan mengakibatkan kadar hakisan pantai yang
giat.
6 Bahan mendak—Bahan mendak dalam bentuk serpihan batuan yang bersegi dan tajam
seperti batu tongkol, batu lada dan kelikir berupaya menghakis kaki tebing tinggi pinggir
laut secara lelasan semasa damparan ombak dan unduran ombak.
7 Faktor batuan—Batuan lembut lebih mudah dihakis secara lelasan. Batuan keras seperti
granit yang banyak rekahan pula mengalami tindakan hakisan secara hidraul apabila
ombak merempuh tebing tinggi. Mampatan udara dalam rekahan semasa damparan
ombak menyebabkan rekahan semakin luas dan pecah. Manakala di kawasan batu kapur
hakisan berlaku secara larutan oleh air laut.
8 Orientasi pantai—Kedudukan pantai yang menghadap atau terdedah secara langsung
kepada ombak akan menerima ombak bertenaga tinggi. Ombak bertenaga tinggi lebih
berupaya melakukan hakisan pantai. Manakala kedudukan pantai yang terlindung oleh
pulau-pulau atau terletak di kawasan teluk hanya menerima ombak bertenaga rendah.
Bentuk Muka Bumi Hasil Hakisan Ombak
1 Tebing tinggi—Merupakan cenuram atau tebing tinggi berbatu yang menghadap laut.
Hakisan ombak secara hidraul dan lelasan berlaku di bahagian kaki cerun. Hal ini
mewujudkan kesan 'takikan' (torehan) pada bahagian kaki cerun sehingga mewujudkan
bahagian cerun yang tergantung. Hakisan ombak yang berterusan menyebabkan
bahagian cerun yang tergantung akan mengalami runtuhan (pergerakan jisim) dan
membentuk tebing tinggi yang hampir tegak.
2 Pentas hakisan ombak—Proses pengunduran tebing tinggi secara berterusan oleh hakisan
ombak akan membentuk pentas hakisan ombak atau pentas lelasan ombak. Hakisan
ombak secara lelasan bertindak di antara aras air pasang dengan aras air surut
menyebabkan pentas hakisan ombak menjadi semakin luas.
3 Gua laut, gerbang laut, batu tunggul dan tunggul sisa—Gua laut terbentuk akibat hakisan
ombak secara hidraul terhadap tebing tinggi yang banyak rekahan. Tindakan hidraul akan
meluaskan lagi rekahan dan akhirnya membentuk gua di kaki tebing tinggi. Gerbang laut
terbentuk apabila tindakan hidraul menyebabkan dua buah gua yang terletak
bertentangan di tanjung tebing tinggi. Batu tunggul dan tunggul Sisa terbentuk akibat
runtuhan bumbung gerbang laut yang mengalami luluhawa dan hakisan ombak Hakisan
ombak secara berterusan akan membentuk tunggul Sisa yang hanya kelihatan semasa air
surut
4 Tanjung dan teluk—Tanjung dan teluk terbentuk di kawasan pinggir pantai yang
mempunyai susunan batuan jenis keras dan lembut secara berselang-seli menghadap laut.
Tanjung ialah tebing tinggi berbatu keras yang menganjur ke laut kerana sukar
mengalami hakisan oleh ombak. Manakala teluk terdiri daripada batuan lembut atau pasir
yang lebih mudah dihakis oleh ombak dan melengkok ke daratan.
Cara Pengangkutan Bahan Pantai
1 Hanyutan pesisir pantai—Terdiri daripada bahan seperti kelikir, pasir dan kelodak yang
diangkut di sepanjang pantai secara zig-zag oleh arus pesisir (arus sepanjang pantai).
Bahan yang diangkut bergerak selari dengan pantai.
2 Golekan—Bahan yang berat, bersaiz kasar dan berbentuk bulat seperti batu lada dan
kelikir diangkut secara golekan atau gulingan oleh damparan ombak dan unduran ombak.
3 Seretan—Bahan yang bersaiz sederhana dan berbentuk leper seperti serpihan batuan
akan diangkut secara seretan ke atas pantai oleh damparan ombak dan menuruni pantai
oleh unduran ombak.
4 Ampaian—Bahan yang lebih ringan dan halus seperti kelodak dan lumpur diangkut
dengan mudah secara ampaian oleh ombak
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Proses Pengangkutan Bahan di Pinggir Pantai
1 Kekuatan tenaga ombak—Semakin kuat tenaga ombak semakin tinggi kadar
pengangkutan. Ombak bertenaga tinggi dan ombak besar tsunami lebih berupaya
melakukan pengangkutan bahan yang bersaiz kasar seperti batu lada dan kelikir.
Manakala ombak yang lemah hanya berupaya mengangkut bahan yang halus secara
ampaian seperti kelodak dan lumpur.
2 Arus—Arus pesisir mengangkut bahan pasir sepanjang pantai. Bahan atau hanyutan
pesisir pantai seperti kelikir dan pasir diangkut secara zig-zag di sepanjang pantai. Arus
seret pula berupaya mengangkut bahan pasir dari pantai ke laut sehingga ke kawasan zon
ombak pecah.
3 Jenis ombak—Damparan ombak mengangkut bahan dari laut ke pantai. Unduran ombak
pula mengangkut bahan menuruni pantai ke laut. Kadar pengangkutan bahan bergantung
kepada jenis ombak. Ombak pembina mempunyai tenaga damparan ombak lebih kuat
berbanding unduran ombak. Oleh itu, lebih banyak bahan diangkut ke pantai. Ombak
pemusnah pula mempunyai tenaga unduran ombak lebih kuat berbanding damparan
ombak. Oleh itu, lebih banyak bahan diangkut semula ke luar pantai atau ke laut.
4 Pasang-surut—Proses pengangkutan bahan di pinggir pantai berlaku di antara aras air
pasang dengan aras air surut. Semakin besar perbezaan aras air pasang dengan aras air
surut akan menyebabkan semakin banyak jumlah bahan yang dapat diangkut.
5 Cerun—Semakin curam cerun semakin tinggi kadar pengangkutan. Pantai yang bercerun
curam akan memudahkan bahan diangkut menuruni pantai (pengaruh graviti). Kawasan
cerun pantai yang landai mengurangkan tenaga ombak untuk mengangkut bahan.
6 Halangan—Halangan tumbuhan pantai seperti pokok bakau akan mengurangkan kadar
pengangkutan bahan. Akar pokok bakau dapat menahan dan memerangkap bahan yang
di bawa Oleh ombak. Sebaliknya, pantai yang gondol atau tiada tumbuhan akan
meningkatkan hakisan pantai dan pengangkutan bahan.
7 Orientasi pantai—Pantai yang lurus dan menghadap laut secara langsung akan
meningkatkan kadar pengangkutan bahan. Pantai yang terlindung Oleh pulau-pulau atau
pantai di kawasan teluk hanya menerima ombak bertenaga rendah. Hal ini mengurangkan
kadar pengangkutan bahan.
8 Saiz bahan—Bahan yang halus dan ringan seperti kelodak dan lumpur lebih mudah
diangkut secara ampaian. Bahan yang kasar seperti batu lada dan kelikir memerlukan
tenaga ombak dan arus yang kuat untuk digerakkan.
9 Jenis bahan dan bentuk bahan—Jenis bahan yang berat dan berbentuk bulat seperti batu
tongkol, batu lada dan kelikir akan diangkut secara golekan. Manakala bahan yang
berbentuk leper akan diangkut secara seretan oleh ombak dan arus.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Proses Pemendapan di Zon Pesisir
1 Tenaga ombak lemah—Tenaga ombak dari laut menjadi lemah apabila memasuki
kawasan air cetek atau bertembung dengan aliran sungai. Hal ini menyebabkan bahan
yang dibawa akan dimendapkan.
2 Arus pesisir—Arus pesisir yang membawa bahan sepanjang pantai akan kehilangan
tenaga apabila tiba di kawasan teluk dan muara sungai. Bahan yang diangkut akan
dimendapkan sehingga membentuk anak tanjung.
3 Jenis ombak—Ombak pembina mempunyai tenaga damparan ombak lebih kuat
berbanding unduran ombak. Hal ini menyebabkan lebih banyak bahan dimendapkan di
pantai.
4 Kecerunan pantai yang landai—Tenaga ombak menjadi lemah apabila memasuki
kawasan cerun pantai yang landai atau memasuki kawasan air cetek. Ombak mulai
kehilangan tenaga apabila mengalami geseran dengan cerun pantai yang landai dan mula
memendapkan bahan.
5 Pokok bakau—Pokok bakau mengurangkan tenaga ombak yang sampai ke pantai dan
menggalakkan pemendapan bahan. Akar pokok bakau yang berbentuk jangkang dapat
menghalang dan memerangkap pasir dan kelodak daripada dibawa oleh ombak.
6 Orientasi pantai—Pantai yang berteluk akan menerima ombak yang bertenaga rendah.
Hal ini menyebabkan proses pemendapan berlaku di pantai yang berteluk dan
terlindungw
7 Halangan semula jadi—Halangan semula jadi seperti pulau menyebabkan pemendapan
berlaku di bahagian belakang pulau yang terlindung daripada tindakan ombak dari laut.
Bahan pemendapan di bahagian belakang pulau yang bersambung dengan daratan
berdekatan boleh membentuk beting penghubung (tombolo). Pantai yang terlindung oleh
pulau-pulau juga hanya menerima ombak bertenaga rendah dan menyebabkan
pemendapan.
8 Jenis dan saiz bahan mendak—Bahan yang berat dan bersaiz kasar seperti batu tongkol
dan batu lada akan dimendapkan lebih awal apabila tenaga ombak mulai lemah. Bahan
yang kecil senang dibawa ke pantai.
9 Bahan muatan—Bahan muatan yang banyak mempengaruhi pemendapan yang tinggi.
Bahan muatan yang banyak dibawa oleh aliran sungai dari daratan dan oleh ombak dari
laut.
10 Orientasi pantai—Orientasi pantai yang terlindung oleh pulau-pulau akan mengurangkan
tenaga ombak yang sampai ke pantai. Hal ini menggalakkan proses pemendapan berlaku
di pantai yang terlindung yang menerima ombak bertenaga rendah atau lemah.
11 Angin—Angin dapat mengangkut pasir pantai yang halus, kering dan ringan. Bahan yang
diangkut akan dimendapkan di bahagian belakang pantai apabila halaju dan tenaga angin
mulai lemah. Pemendapan bahan ini akan membentuk bukit-bukit pasir.
12 Tindakan manusia—Pengekalan dan penghutanan semula pokok bakau akan
menggalakkan proses pemendapan di pinggir pantai oleh akar pokok bakau yang
memerangkap bahan. Pembinaan groin akan menghalang bahan pasir daripada diangkut
oleh arus pesisir. Hal ini menyebabkan berlakunya pemendapan pasir sehingga
membentuk pantai yang melebar.
Proses Pemendapan Ombak
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemendapan Ombak
Faktor Fizikal
1 Kekuatan dan jenis ombak—Ombak pembina mempunyai kuasa damparan ombak yang
lebih kuat berbanding unduran ombak. Oleh itu, ombak pembina banyak menimbunkan
pasir dan kelikir di pantai serta dapat membentuk pantai yang landai. Manakala ombak
pemusnah pula, mempunyai kuasa unduran ombak yang lebih kuat berbanding damparan
ombak. Ombak pemusnah yang mengangkut pasir dan kelikir ke luar pantai membentuk
pantai yang curam.
2 Bekalan bahan—Bahan sedimen yang banyak menyebabkan banyak pemendapan di
pantai dan membentuk pantai yang landai. Sebaliknya kekurangan bekalan bahan
sedimen akan menyebabkan hakisan pantai dan terbentuknya profil pantai yang curam.
3 Saiz bahan—Pantai pasir yang halus adalah lebih landai berbanding pantai kelikir yang
kasar. Ombak yang melalui pantai pasir yang landai akan cepat mengalami kehilangan
tenaga kerana bergeser dengan dasar pantai. Hal ini menggalakkan proses pemendapan
berlaku dan keadaan ini membentuk pantai pasir yang landai. Pantai kelikir yang kasar
pula adalah curam kerana banyak bahan yang dilonggokkan di bahagian atas pantai tidak
dapat diangkut semula ke laut oleh unduran ombak.
4 Kewujudan arus seretan—Arus seretan yang mengangkut pasir ke luar pantai juga
membentuk pantai yang curam. Arus seretan dapat mengangkut bahan ke luar pantai
sehingga ke zon ombak pecah.
5 Perbezaan pasang surut—Perbezaan air pasang surut yang besar menyebabkan
terhasilnya profil pantai yang lebih landai dan lebar. Manakala perbezaan pasang-surut
yang kecil menghasilkan pantai yang curam.
6 Orientasi pantai—Kedudukan pantai sama ada terlindung oleh pulau-pulau atau
menghadap lautan yang luas mempengaruhi profil pantai. Pantai yang menghadap lautan
yang luas atau terdedah kepada ombak secara langsung lebih mudah mengalami hakisan
dan membentuk profil pantai yang curam. Sebagai contoh, pantai yang terletak di pantai
timur Semenanjung Malaysia yang menghadap Laut China Selatan menerima ombak
bertenaga tinggi. Manakala pantai yang terlindung oleh pulau-pulau adalah lebih landai
kerana menerima ombak yang bertenaga rendah.
7 Faktor tumbuhan tutup bumi—Pantai yang terdapat di hutan bakau adalah lebih landai
daripada kawasan pantai yang tiada tumbuhan. Akar pokok bakau dapat mengurangkan
tenaga ombak yang sampai ke pantai dan dapat mengurangkan hakisan pantai oleh
unduran ombak. Akar pokok bakau juga dapat memerangkap pasir dan kelodak semasa
unduran ombak. Hal ini menggalakkan proses pemendapan pantai dan pembentukan
profil pantai yang landai.
Faktor Manusia
1 Pengorekan dan perlombongan pasir pantai menyebabkan pantai semakin curam dan
mudah terhakis.
2 Pembalakan atau penebangan pokok bakau menyebabkan pantai terhakis dan curam.
3 Kegiatan tebus guna melalui penambakan laut melindungi pantai daripada hakisan.
4 Pemupukan pasir pantai, iaitu penimbunan pasir pantai yang disedut dari laut akan
membentuk pantai yang lebih landai dan luas.
5 Pembinaan tembok pemecah ombak—pantai yang terlindung oleh pemecah ombak
menyebabkan pemendapan bahan.
6 Pembinaan groin dapat mengelakkan hakisan pantai oleh arus pesisir. Bahagian pantai
yang banyak menerima bahan pemendapan pasir menjadi semakin lebar.
7 Penghutanan semula pokok bakau menggalakkan semula proses pemendapan ombak
yang menyebabkan pantai menjadi semakin luas dan landai.
Faktor-faktor yang Menyebabkan Hakisan Pantai
Faktor Fizikal
1 Ombak pemusnah menyebabkan pantai mengalami hakisan. Ombak pemusnah juga
mempunyai tenaga unduran ombak yang kuat. Hal ini menyebabkan lebih banyak bahan
pantai yang dihakis serta diangkut ke laut.
2 Kekurangan bekalan bahan akan menyebabkan pantai semakin terhakis. Bekalan bahan
seperti pasir biasanya diterima dari daratan (diangkut dari hulu sungai ke pantai) dan
bahan yang dibawa oleh ombak dari laut.
3 Pantai yang terdedah kepada lautan yang luas akan menerima ombak bertenaga tinggi.
Ombak bertenaga tinggi lebih giat melakukan hakisan pantai.
4 Arus seretan terjadi apabila ombak datang secara berturutan dari laut menyebabkan
unduran ombak terpaksa melalui bahagian dasar atau bawah permukaan sebagai arus
seret. Arus seret berupaya mengangkut pasir pantai ke laut sehingga sampai ke zon
ombak pecah.
5 Kecerunan luar pantai yang curam serta kedalaman air akan menyebabkan ombak
bertenaga tinggi terus sampai ke pantai dan lebih giat menghakis pantai.
Faktor Manusia
1 Perlombongan atau pengambilan pasir pantai akan mengurangkan bekalan bahan pasir.
Hal ini akan menyebabkan pantai semakin terhakis dan curam. Kawasan luar pantai yang
curam dan berair akan meningkatkan tenaga ombak menghakis pantai.
2 Penebangan hutan bakau sepanjang pantai menyebabkan pantai terdedah secara langsung
kepada hakisan ombak dan peningkatan hakisan pantai.
3 Pembinaan tempat peranginan dan hotel berhampiran pantai menyebabkan kemusnahan
hutan bakau dan seterusnya mengakibatkan hakisan pantai.
II Langkah-langkah Mengatasi Hakisan Pantai
1 Tembok laut atau benteng laut—Tembok laut dibina di bahagian atas pantai untuk
mengatasi hakisan pantai oleh ombak terutama semasa air laut pasang. Tembok laut
dibina dari konkrit atau bongkah-bongkah batuan granit yang besar untuk menghalang
hakisan ombak. Benteng laut dibina di sesetengah pantai di Port Dickson dan Pantai
Mersing.
2 Benteng pemecah ombak—Benteng pemecah ombak dibina di dalam laut berhampiran
dengan pani Pemecah ombak dapat menghalang atau mengurangkan tenaga ombak yang
sampai ke pantai. Ombak ya melanggar pemecah ombak akan terbias dan menjadi lemah.
Pantai yang terletak di belakang pemecah omb tidak mengalami hakisan, sebaliknya
banyak menerima bahan mendapan.
3 Pembinaan groin—Groin dibina dari pantai menganjur ke laut untuk mengatasi masalah
hakisan pantai 01 arus pesisir. Pembinaan groin biasanya menggunakan konkrit atau
timbunan bongkah-bongkah batuan. Gr ini dapat menghalang bahan seperti pasir yang
diangkut oleh arus pesisir. Pemendapan pasir akan berlaku bahagian hadapan groin dan
mewujudkan pantai yang semakin melebar. Manakala bahagian belakang gr yang kurang
menerima bekalan bahan mewujudkan pantai yang sempit. Contohnya, groin yang
terdapat Pantai Sabak, Kota Bharu.
4 Pengekalan dan penanaman semula pokok bakau di sepanjang pantai. Akar pokok bakau
dapat menghalang dan memerangkap bahan pasir dan kelodak dari di angkut oleh
unduran ombak.
5 Pasir dari dasar laut atau pantai berdekatan disedut dengan menggunakan kapal korek
dan ditimbunkan di atas pantai yang mengalami hakisan. Proses ini dinamakan
pemupukan pasir pantai.
6 Penambakan laut—Kawasan pinggir pantai ditimbus hingga ke dalam laut dengan tanah
dan bongkah-bongkah batuan atau dinding konkrit.
Pengaruh Bentuk Muka Bumi Hakisan dan Pemendapan Pantai terhadap Aktiviti
Manusia
Bentuk Muka Bumi Hakisan
Ombak
Aktivltl Manusła
Tebing tinggi Aktiviti rekreasi dan pelancongan
Pentas hakisan ombak Aktiviti rekreasi dan pelancongan
Gua laut Aktiviti rekreasi, penerokaan, penyelidikan dan
pembangunan
Gerbang laut dan batu tunggul Pelancongan, penggambaran filem dan aktiviti
rekreasi
Tanjung tinggi Pembinaan rumah api untuk panduan arah kepada
nelayan
Teluk Pelancongan, aktiviti rekreasi, tempat perkelahan dan
pelabuhan perikanan
Bentuk Muka Bumi
Pemendapan Ombak Dan Arus
Aktiviti Manusia
Pantai (pantai pasir dan pantai
berlumpur)
• Pantai pasir—Pelancongan (berjemur) dan
aktiviti rekreasi (sukan pantai, berjoging, memancing,
bermain wau), perlombongan pasir dan sebagainya
• Pantai berlumpur—Perikanan dan akuakultur
Beting pasir Perlombongan pasir dan aktiviti rekreasi
(memancing)
Tombolo Jalan perhubungan, pelancongan, membina pusat
peranginan dan petempatan
Anak tanjung Perikanan (tempat menyimpan bot di belakang
anak tanjung), pelancongan dan aktiviti rekreasi
seperti memancing
Delta Aktiviti pertanian dan aktiviti pengangkutan
Permatang Petempatan dan aktiviti pengangkutan
Lagun Aktiviti pelancongan dan penternakan ikan
Kaitan Sistem Geomorfologi dengan Manusia
Pengenalan
1 Manusia menggunakan sistem fizikal untuk keperluan kehidupan seharian. Sehubungan
dengan itu, sistem geomorfologi mempunyai potensi dan kaitan dengan kehidupan
manusia dalam bidang pertanian, perlombongan, pembalakan, perikanan, petempatan,
pelancongan, pengangkutan dan perindustrian.
2 Berikut ialah kepentingan sistem geomorfologi kepada kehidupan manusia:
Sistem Geomorfologi Aktiviti manusia
Kawasan tanah tinggi
• Aktiviti pertanian dijalankan di lereng bukit yang
mengalami suhu berhawa sederhana (18 0
C) seperti di
Kundasang, Sabah dan Tanah Tinggi Cameron.
Tanaman utama yang ditanam ialah teh, sayur-sayuran,
bunga-bungaan dan buah-buahan.
• Hidupan flora dan fauna yang unik telah menarik minat
pelancong untuk melancong ke tempat-tempat tertentu
seperti Tanah Tinggi Cameron dan Gunung Kinabalu.
Bukit batu kapur seperti Gua Niah dan Gua Mulu,
Sarawak dan tebing tinggi Kilim GeoPark di Pulau
Langkawi telah menarik pelancong untuk melancong ke
tempat tersebut. Aktiviti pembalakan juga dijalankan di
kawasan tanah tinggi yang kurang daripada 1 000 m
seperti di Pahang dan Sabah.
• Aktiviti perlombongan kuari juga dijalankan di kawasan
bukit batu granit dan batu kapur untuk industri
pembinaan.
Kawasan tanah pamah
• Aktiviti pertanian di kawasan tanah pamah dan lembah
sungai ditanami dengan padi, sayur-sayuran dan buah-
buahan.
• Kawasan petempatan, perindustrian dan pengangkutan
seperti jalan raya dan landasan kereta api sesuai dibina di
kawasan tanah pamah kerana kawasannya yang rata.
Kawasan sungai
• Kawasan pertanian dapat disalirkan dengan bekalan air
sungai terutamanya kawasan tanaman padi dan
sebagainya.
• Sungai dijadikan sebagai jalan pengangkutan air seperti
bot penumpang dan sebagainya. Sungai juga berfungsi
untuk menghanyutkan kayu balak
• Aktiviti rekreasi berkaitan dengan sungai juga boleh
dilakukan seperti aktiviti berkelah, memancing ikan,
berkayak dan aktiviti sukan air yang lain.
• Penternakan ikan dalam sangkar atau akuakultur juga
dijalankan di sungai.
• Sungai juga dijadikan sumber bekalan air domestik bagi
penduduk setempat dan kawasan perindustrian.
Kawasan pantai
• Pantai berpasir putih menjadi tarikan utama pelancong
untuk melancong di kawasan pantai tersebut.
• Aktiviti rekreasi juga dilakukan di pantai seperti aktiviti
sukan air, bermain layang-layang dan memancing ikan.
• Aktiviti perlombongan pasir juga dijalankan untuk
sektor pembinaan dan perindustrian.
• Produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) turut
dijalankan di pinggir pantai seperti menjemur ikan masin
dan membuat belacan.
Kawasan gunung berapi
• Aktiviti pertanian giat dijalankan di lereng gunung
berapi kerana tanah lava bes amat sesuai dan subur untuk
pertanian. Contohnya seperti di Pulau Jawa, Indonesia.
• • Kawasan gunung berapi juga dijadikan sebagai tempat
pelancongan kerana mempunyai panorama yang menarik
seperti tasik kawah di Danau Toba, Sumatera.
3 Sistem geomorfologi juga menjadi halangan dan bencana kepada kehidupan manusia.
Kawasan tanah tinggi dan gunung telah menyukarkan pembinaan jalan perhubungan
kerana memerlukan kos dan teknologi yang tinggi. Manakala aktiviti gunung berapi dan
kejadian gempa bumi menyebabkan kemusnahan kawasan petempatan, gangguan
aktiviti ekonomi dan kematian penduduk kawasan sekitar.

More Related Content

What's hot

Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
Asmawi Abdullah
 
Modul penuh saling interaksi
Modul penuh   saling interaksiModul penuh   saling interaksi
Modul penuh saling interaksi
Asmawi Abdullah
 
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERASTRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
Asmawi Abdullah
 
Kuliah 5 - BATUAN (GEOLOGI)
Kuliah 5 - BATUAN (GEOLOGI)Kuliah 5 - BATUAN (GEOLOGI)
Kuliah 5 - BATUAN (GEOLOGI)
Asmawi Abdullah
 
FENOMENA IKLIM LUAR BIASA
FENOMENA IKLIM LUAR BIASAFENOMENA IKLIM LUAR BIASA
FENOMENA IKLIM LUAR BIASA
Asmawi Abdullah
 
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukGeografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Asmawi Abdullah
 
Kuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMI
Kuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMIKuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMI
Kuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMI
Asmawi Abdullah
 
Pemendapan sungai
Pemendapan sungaiPemendapan sungai
Pemendapan sungai
Hilmi Ahmad
 
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam SekitarBahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Asmawi Abdullah
 
Kerpasan / Hujan
Kerpasan / HujanKerpasan / Hujan
Kerpasan / Hujan
Hilmi Ahmad
 
Gelinciran
GelinciranGelinciran
Gelinciranharalhaj
 
Unsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan Haba
Unsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan HabaUnsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan Haba
Unsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan Habaharalhaj
 
Geografi STPM Penggal 1 : Geomorfologi Pinggir Pantai
Geografi STPM Penggal 1 : Geomorfologi Pinggir PantaiGeografi STPM Penggal 1 : Geomorfologi Pinggir Pantai
Geografi STPM Penggal 1 : Geomorfologi Pinggir Pantai
Pricilla Tan
 
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEMGEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEMFarhana Aisyah Norzelan
 
Ciri ciri bandar raya global
Ciri ciri bandar raya globalCiri ciri bandar raya global
Ciri ciri bandar raya global
michelle karim
 
Kuliah 10 - GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI
Kuliah 10 - GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAIKuliah 10 - GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI
Kuliah 10 - GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI
Asmawi Abdullah
 
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Asmawi Abdullah
 
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)Khairuddin Nisa
 
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusiakejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusiamieyaz
 

What's hot (20)

Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
 
Modul penuh saling interaksi
Modul penuh   saling interaksiModul penuh   saling interaksi
Modul penuh saling interaksi
 
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERASTRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
 
Kuliah 5 - BATUAN (GEOLOGI)
Kuliah 5 - BATUAN (GEOLOGI)Kuliah 5 - BATUAN (GEOLOGI)
Kuliah 5 - BATUAN (GEOLOGI)
 
FENOMENA IKLIM LUAR BIASA
FENOMENA IKLIM LUAR BIASAFENOMENA IKLIM LUAR BIASA
FENOMENA IKLIM LUAR BIASA
 
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukGeografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
 
Kuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMI
Kuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMIKuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMI
Kuliah 6 - PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMI
 
IMBANGAN AIR
IMBANGAN AIRIMBANGAN AIR
IMBANGAN AIR
 
Pemendapan sungai
Pemendapan sungaiPemendapan sungai
Pemendapan sungai
 
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam SekitarBahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
 
Kerpasan / Hujan
Kerpasan / HujanKerpasan / Hujan
Kerpasan / Hujan
 
Gelinciran
GelinciranGelinciran
Gelinciran
 
Unsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan Haba
Unsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan HabaUnsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan Haba
Unsur unsur cuaca dan iklim dan Imbangan Haba
 
Geografi STPM Penggal 1 : Geomorfologi Pinggir Pantai
Geografi STPM Penggal 1 : Geomorfologi Pinggir PantaiGeografi STPM Penggal 1 : Geomorfologi Pinggir Pantai
Geografi STPM Penggal 1 : Geomorfologi Pinggir Pantai
 
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEMGEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
 
Ciri ciri bandar raya global
Ciri ciri bandar raya globalCiri ciri bandar raya global
Ciri ciri bandar raya global
 
Kuliah 10 - GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI
Kuliah 10 - GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAIKuliah 10 - GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI
Kuliah 10 - GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI
 
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
 
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
 
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusiakejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia
 

Similar to Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi

Modul penuh geomorfologi
Modul penuh   geomorfologiModul penuh   geomorfologi
Modul penuh geomorfologi
Asmawi Abdullah
 
Makalah Bentuk Bumi
Makalah Bentuk BumiMakalah Bentuk Bumi
Makalah Bentuk Bumi
Hermawan Dwi
 
Dinamika Litosfer ( Geografi Kelas X)
Dinamika Litosfer ( Geografi Kelas X)Dinamika Litosfer ( Geografi Kelas X)
Dinamika Litosfer ( Geografi Kelas X)Verani Nurizki
 
Dinamika_Litosfer.ppt
Dinamika_Litosfer.pptDinamika_Litosfer.ppt
Dinamika_Litosfer.ppt
NdaFreundschaft
 
Dinamika_Litosfer.ppt
Dinamika_Litosfer.pptDinamika_Litosfer.ppt
Dinamika_Litosfer.ppt
ELMAWATISITUMORANG
 
Litosfer
LitosferLitosfer
Litosfer
Nita Mardiana
 
49994163 litosfer-dan-pedosfer
49994163 litosfer-dan-pedosfer49994163 litosfer-dan-pedosfer
49994163 litosfer-dan-pedosfer
Wagi Dealoved
 
Lithosfer
LithosferLithosfer
Lithosfer
SebelasDuabelas
 
1052147 634431066424712500
1052147 6344310664247125001052147 634431066424712500
1052147 634431066424712500
fidiprathama
 
Geo litosfer
Geo litosferGeo litosfer
Geo litosfer
Khairunnisa Nazhifah
 
Nota Geografi : Batuan
 Nota Geografi : Batuan Nota Geografi : Batuan
Nota Geografi : Batuannazri15
 
PERUBAHAN LITOSFER DAN DAMPAKNYA BAGI KEHIDUPAN
PERUBAHAN LITOSFER DAN DAMPAKNYA BAGI KEHIDUPANPERUBAHAN LITOSFER DAN DAMPAKNYA BAGI KEHIDUPAN
PERUBAHAN LITOSFER DAN DAMPAKNYA BAGI KEHIDUPAN
Naila N. K
 
Geologi Rekayasa
Geologi RekayasaGeologi Rekayasa
Geologi Rekayasa
Juleha Usmad
 
Lithosfer pedosfer
Lithosfer pedosferLithosfer pedosfer
Lithosfer pedosferElsens Viele
 
6.-PSD-121-TM-6-Atmosfer-Litosfer-dan-Hidrosfer.ppt
6.-PSD-121-TM-6-Atmosfer-Litosfer-dan-Hidrosfer.ppt6.-PSD-121-TM-6-Atmosfer-Litosfer-dan-Hidrosfer.ppt
6.-PSD-121-TM-6-Atmosfer-Litosfer-dan-Hidrosfer.ppt
AlvinF2
 
LAPISAN_LITOSFER.pptx
LAPISAN_LITOSFER.pptxLAPISAN_LITOSFER.pptx
LAPISAN_LITOSFER.pptx
bambang purwanto
 

Similar to Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi (20)

Modul penuh geomorfologi
Modul penuh   geomorfologiModul penuh   geomorfologi
Modul penuh geomorfologi
 
Geologi struktur
Geologi strukturGeologi struktur
Geologi struktur
 
Makalah Bentuk Bumi
Makalah Bentuk BumiMakalah Bentuk Bumi
Makalah Bentuk Bumi
 
Litosfer-Materi kelas X
Litosfer-Materi kelas XLitosfer-Materi kelas X
Litosfer-Materi kelas X
 
Dinamika Litosfer ( Geografi Kelas X)
Dinamika Litosfer ( Geografi Kelas X)Dinamika Litosfer ( Geografi Kelas X)
Dinamika Litosfer ( Geografi Kelas X)
 
Dinamika_Litosfer.ppt
Dinamika_Litosfer.pptDinamika_Litosfer.ppt
Dinamika_Litosfer.ppt
 
Dinamika_Litosfer.ppt
Dinamika_Litosfer.pptDinamika_Litosfer.ppt
Dinamika_Litosfer.ppt
 
Litosfer
LitosferLitosfer
Litosfer
 
Litsfer
LitsferLitsfer
Litsfer
 
49994163 litosfer-dan-pedosfer
49994163 litosfer-dan-pedosfer49994163 litosfer-dan-pedosfer
49994163 litosfer-dan-pedosfer
 
Lithosfer
LithosferLithosfer
Lithosfer
 
1052147 634431066424712500
1052147 6344310664247125001052147 634431066424712500
1052147 634431066424712500
 
Geo litosfer
Geo litosferGeo litosfer
Geo litosfer
 
Nota Geografi : Batuan
 Nota Geografi : Batuan Nota Geografi : Batuan
Nota Geografi : Batuan
 
Batuan(1)
Batuan(1)Batuan(1)
Batuan(1)
 
PERUBAHAN LITOSFER DAN DAMPAKNYA BAGI KEHIDUPAN
PERUBAHAN LITOSFER DAN DAMPAKNYA BAGI KEHIDUPANPERUBAHAN LITOSFER DAN DAMPAKNYA BAGI KEHIDUPAN
PERUBAHAN LITOSFER DAN DAMPAKNYA BAGI KEHIDUPAN
 
Geologi Rekayasa
Geologi RekayasaGeologi Rekayasa
Geologi Rekayasa
 
Lithosfer pedosfer
Lithosfer pedosferLithosfer pedosfer
Lithosfer pedosfer
 
6.-PSD-121-TM-6-Atmosfer-Litosfer-dan-Hidrosfer.ppt
6.-PSD-121-TM-6-Atmosfer-Litosfer-dan-Hidrosfer.ppt6.-PSD-121-TM-6-Atmosfer-Litosfer-dan-Hidrosfer.ppt
6.-PSD-121-TM-6-Atmosfer-Litosfer-dan-Hidrosfer.ppt
 
LAPISAN_LITOSFER.pptx
LAPISAN_LITOSFER.pptxLAPISAN_LITOSFER.pptx
LAPISAN_LITOSFER.pptx
 

More from Asmawi Abdullah

Trial semester 3 2019 melaka
Trial semester 3 2019   melakaTrial semester 3 2019   melaka
Trial semester 3 2019 melaka
Asmawi Abdullah
 
Skema trial semester 3 2019 melaka
Skema trial semester 3 2019   melakaSkema trial semester 3 2019   melaka
Skema trial semester 3 2019 melaka
Asmawi Abdullah
 
Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Soalan terengganu 2019 - Sem 3Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Asmawi Abdullah
 
Trial s3 kelantan 2019 skema
Trial s3 kelantan 2019   skemaTrial s3 kelantan 2019   skema
Trial s3 kelantan 2019 skema
Asmawi Abdullah
 
Soalan p3 modul 2019 kelantan
Soalan p3 modul 2019   kelantanSoalan p3 modul 2019   kelantan
Soalan p3 modul 2019 kelantan
Asmawi Abdullah
 
Skema terengganu 2019 - semster 3
Skema terengganu 2019 - semster 3Skema terengganu 2019 - semster 3
Skema terengganu 2019 - semster 3
Asmawi Abdullah
 
Soalan p1 modul 2019 kelantan
Soalan p1 modul 2019   kelantanSoalan p1 modul 2019   kelantan
Soalan p1 modul 2019 kelantan
Asmawi Abdullah
 
Trial s1 kelantan 2019 (2)
Trial s1 kelantan 2019 (2)Trial s1 kelantan 2019 (2)
Trial s1 kelantan 2019 (2)
Asmawi Abdullah
 
Soalan terengganu 2020 - semester 1
Soalan terengganu 2020 - semester 1Soalan terengganu 2020 - semester 1
Soalan terengganu 2020 - semester 1
Asmawi Abdullah
 
Skema terengganu 2020 - semester 1
Skema terengganu 2020 - semester 1Skema terengganu 2020 - semester 1
Skema terengganu 2020 - semester 1
Asmawi Abdullah
 
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Asmawi Abdullah
 
Broucher Geografi STPM
Broucher Geografi STPMBroucher Geografi STPM
Broucher Geografi STPM
Asmawi Abdullah
 
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - PahangSoalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Asmawi Abdullah
 
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Asmawi Abdullah
 
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - KedahSkema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Asmawi Abdullah
 
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- KedahSoalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Asmawi Abdullah
 
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahSoalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Asmawi Abdullah
 
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahSkema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Asmawi Abdullah
 
Skema Ujian Semester 2 STPM 2019
Skema Ujian Semester 2 STPM 2019Skema Ujian Semester 2 STPM 2019
Skema Ujian Semester 2 STPM 2019
Asmawi Abdullah
 
Sistem angin monsun
Sistem angin monsunSistem angin monsun
Sistem angin monsun
Asmawi Abdullah
 

More from Asmawi Abdullah (20)

Trial semester 3 2019 melaka
Trial semester 3 2019   melakaTrial semester 3 2019   melaka
Trial semester 3 2019 melaka
 
Skema trial semester 3 2019 melaka
Skema trial semester 3 2019   melakaSkema trial semester 3 2019   melaka
Skema trial semester 3 2019 melaka
 
Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Soalan terengganu 2019 - Sem 3Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Soalan terengganu 2019 - Sem 3
 
Trial s3 kelantan 2019 skema
Trial s3 kelantan 2019   skemaTrial s3 kelantan 2019   skema
Trial s3 kelantan 2019 skema
 
Soalan p3 modul 2019 kelantan
Soalan p3 modul 2019   kelantanSoalan p3 modul 2019   kelantan
Soalan p3 modul 2019 kelantan
 
Skema terengganu 2019 - semster 3
Skema terengganu 2019 - semster 3Skema terengganu 2019 - semster 3
Skema terengganu 2019 - semster 3
 
Soalan p1 modul 2019 kelantan
Soalan p1 modul 2019   kelantanSoalan p1 modul 2019   kelantan
Soalan p1 modul 2019 kelantan
 
Trial s1 kelantan 2019 (2)
Trial s1 kelantan 2019 (2)Trial s1 kelantan 2019 (2)
Trial s1 kelantan 2019 (2)
 
Soalan terengganu 2020 - semester 1
Soalan terengganu 2020 - semester 1Soalan terengganu 2020 - semester 1
Soalan terengganu 2020 - semester 1
 
Skema terengganu 2020 - semester 1
Skema terengganu 2020 - semester 1Skema terengganu 2020 - semester 1
Skema terengganu 2020 - semester 1
 
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
 
Broucher Geografi STPM
Broucher Geografi STPMBroucher Geografi STPM
Broucher Geografi STPM
 
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - PahangSoalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
 
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
 
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - KedahSkema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
 
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- KedahSoalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
 
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahSoalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
 
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahSkema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
 
Skema Ujian Semester 2 STPM 2019
Skema Ujian Semester 2 STPM 2019Skema Ujian Semester 2 STPM 2019
Skema Ujian Semester 2 STPM 2019
 
Sistem angin monsun
Sistem angin monsunSistem angin monsun
Sistem angin monsun
 

Recently uploaded

ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
Kurnia Fajar
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
yuniarmadyawati361
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
SABDA
 
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
RinawatiRinawati10
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
rohman85
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
lastri261
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
DEVI390643
 
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogortugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
WILDANREYkun
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
AgusRahmat39
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
asyi1
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
mattaja008
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
TarkaTarka
 

Recently uploaded (20)

ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
 
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
 
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogortugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
 

Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi

  • 1. Bahagian A: Geografi Alam Sekitar Fizikal Sistem Geomorfologi Proses Geomorfologi dan Konfigurasi Bentuk Muka Bumi Pengenalan kepada Proses Geomorfologi 1 Geomorfologi bermaksud kajian bentuk muka bumi yang melibatkan proses endogenik dan eksogenik. Proses endogenik berpunca daripada tenaga dalam bumi yang membentuk bentuk muka bumi manakala proses eksogenik berpunca daripada tenaga matahari yang mengubah bentuk muka bumi. 2 Tenaga eksogenik mempengaruhi proses-proses geomorfologi yang berlaku di permukaan bumi seperti: (a) luluhawa merupakan proses pemecahan batuan secara fizikal dan pereputan (penguraian) batuan secara kimia disebabkan faktor cuaca dan faktor biotik (b) pergerakan jisim merupakan proses pergerakan regolit atau bahan terluluhawa menuruni cerun kerana wujudnya tarikan graviti (c) hakisan ialah proses pengukiran permukaan bumi oleh agen-agen hakisan seperti titisan hujan, air mengalir, ombak, angin dan glasier (d) pengangkutan melibatkan proses pemindahan bahan (serpihan batuan, pasir, tanah liat dan kelodak) dengan pelbagai cara oleh agen-agen pengangkutan seperti air mengalir, ombak, angin dan glasier (e) pemendapan merupakan proses penimbunan atau longgokan bahan yang telah diangkut oleh air, ombak, angin dan glasier setelah mengalami kemerosotan atau kehilangan tenaga. Konfigurasi Bentuk Muka Bumi Struktur dan Kandungan Lapisan Bumi 1 Struktur bumi terdiri dari tiga lapisan utama, iaitu lapisan kerak bumi, lapisan mantel dan teras bumi.
  • 2. 2 Kerak bumi terdiri dari lapisan sial dan sima. Lapisan sial (mengandungi silika dan aluminium) adalah lapisan atas kerak bumi dan membentuk benua-benua yang terdiri daripada batuan granit. Manakala lapisan bawah, iaitu lapisan sima (mengandungi silika dan magnesium) terdiri daripada batuan basalt yang lebih mampat. 3 Lapisan mantel dipisahkan dari kerak bumi oleh lapisan ketakselanjaran Mohorovicic. Di bahagian zon mantel, terdapat lapisan astenosfera separa cair yang menyebabkan litosfera seolah-olah terapung di atasnya. Arus perolakan magma dalam lapisan mantel berupaya menggerakkan lapisan kerak bumi yang menyebabkan pergerakan tektonik seperti kejadian gempa bumi, aktiviti gunung berapi, perebakan dasar laut, gelinciran dan lipatan. 4 Teras bumi merupakan lapisan bumi yang paling dalam dan kaya dengan logam besi dan nikel. Teras bumi dipisahkan daripada lapisan mantel oleh ketakselanjaran Gutenberg. Taburan Daratan dan Lautan 1 Daratan meliputi 29% daripada permukaan bumi dan lautan pula meliputi 71%. Hemisfera utara mempunyai kawasan daratan benua yang lebih luas, iaitu kira-kira 39% berbanding 18% di hemisfera selatan. 2 Daratan benua terdiri daripada pentas benua dan pergunungan. Pentas benua terletak dari pinggir benua hingga ke tubir benua. Bahagian pergunungan pula meliputi sistem gunung lipat, gunung bongkah, gunung berapi dan banjaran. 3 Lautan terdiri daripada lembangan lautan, tubir benua, jurang lautan, dataran tinggi dasar laut dan permatang dasar laut. Batuan 1 Batuan merupakan himpunan mineral yang pejal. Berdasarkan asal usul dan proses pembentukannya, batuan dapat dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu batuan igneus, batuan enapan dan batuan metamorfosis. (a) Batuan igneus terbentuk hasil penyejukan dan penghabluran (pemejalan) magma sama ada dalam lapisan kerak bumi (batuan igneus rejahan) atau di permukaan bumi (batuan igneus terobosan). Contoh batuan igneus ialah batuan granit dan batuan basalt. Batuan igneus berbentuk hablur, tidak berlapis dan tidak mengandungi fosil. (b) Batuan enapan terbentuk hasil pemendapan, pemadatan serta penyimenan serpihan batuan, tanah pasir, tanah liat, kelodak, tumbuhan dan haiwan yang mati. Batuan enapan boleh terbentuk secara fizikal (pemadatan dan penyimenan serpihan batuan, tanah pasir dan tanah liat), secara kimia (sejatan Iarutan garam) dan secara organan (pemadatan dan penyimenan cangkerang, haiwan dan tumbuhan). Contoh batuan enapan ialah batu pasir, batu syal, batu garam dan arang batu yang mengandungi bahan fosil dan berlapis-lapis. (c) Batuan metamorfosis terjadi apabila batuan igneus dan batuan enapan berubah sifat fizikal dan kimianya kerana mengalami tekanan dan suhu yang tinggi. Contoh batuan metamorfosis ialah batuan kuarzit (batu pasir) dan batuan marmar (batu kapur). Batuan metamorfosis mempunyai struktur berbutir, jenis berjalur dan tidak berjalur.
  • 3. Perkaitan antara Jenis Batuan dengan Konfigurasi Bentuk Bumi 1 Batuan granit yang keras sukar mengalami hakisan. Batuan ini membentuk muka bumi seperti banjaran gunung, tebing tinggi dan dataran tinggi. Contohnya seperti di Banjaran Titiwangsa dan Gunung Kinabalu. Apabila mengalami hakisan ombak, batuan granit akan membentuk tebing tinggi, gua laut, gerbang laut, batu tunggul dan tunggul sisa. 2 Batuan enapan seperti batu kapur yang mempunyai banyak rekahan akan mengalami proses luluhawa kimia secara Iarutan dan pengkarbonan. Proses ini menghasilkan bentuk muka bumi seperti bukit batu kapur yang curam, tebing tinggi dan gua-gua batu kapur. Contohnya pandang darat kars yang terdapat di Gua Mulu dan Gua Niah di Sarawak. 3 Batuan enapan yang lembut seperti syal membentuk tanah pamah, lembah sungai dan Iurah sungai kerana lebih mudah mengalami hakisan. 4 Batu metamorfosis seperti gneis dan kuarzit yang mampu menahan hakisan akan membentuk muka bumi tebing tinggi dan banjaran bukit. Kepentingan Batuan sebagai Sumber Alam Jenis batuan Huraian Batuan igneus • Batuan granit dijadikan sebagai sumber bahan binaan, tembok, jalan raya dan bangunan. Aktiviti perlombongan kuari dijalankan di kawasan bukit berbatu granit. • Batuan granit mengandungi sumber mineral bijih timah dan bijih besi. Bijih timah lanar Lembah Kinta merupakan mineral yang terhakis dari batuan granit di Banjaran Titiwangsa. • Batuan granit yang terluluhawa membentuk sumber tanah laterit untuk tanaman kelapa sawit dan getah di Malaysia. • Batuan basalt yang terluluhawa membentuk tanah lava bes yang subur di lereng gunung berapi digunakan untuk aktiviti pertanian padi sawah di Pulau Jawa. Batuan enapan • Batuan syal dan tanah liat yang dapat menakung air permukaan dan dapat menyimpan air tanah membantu membekalkan sumber bekalan air domestik. • Arang batu digunakan sebagai sumber tenaga dan bahan api. • Batu kapur digunakan sebagai sumber bahan mentah untuk industri membuat simen. • Batu pasir yang banyak mengandungi silika digunakan untuk membuat barangan kaca dan tembikar. • Batuan syal dan tanah liat digunakan sebagai sumber untuk industri membuat batu-bata, saluran pembetungan, pasu, periuk tanah dan labu sayung. • Batu garam (natrium klorida) digunakan sebagai bahan pengawet dan penyediaan makanan. Batuan gipsum pula digunakan sebagai alat hiasan lampu dan membuat barangan kraf tangan. Batuan metamorfosis • Batuan marmar digunakan sebagai sumber bahan binaan untuk membuat jubin lantai, dinding dan barangan hiasan kraf tangan. Manakala batu loh digunakan untuk membuat atap genting. • Batu kuarza yang mengandungi mineral emas dan batu permata seperti jed, delima dan zamrud dijadikan sebagai barang kemas. • Batuan grafit dijadikan sumber untuk membuat mata pensel dan dakwat.
  • 4. Proses Endogenik 1. Proses endogenik ialah proses dalaman yang berpunca dari perut bumi yang digerakkan oleh arus perolakan magma yang menyebabkan lapisan kerak bumi mengalami mampatan dan tegangan. Tenaga endogenik yang menggerakkan lapisan kerak bumi ini menyebabkan berlakunya proses gerakan tektonik seperti proses lipatan, gelinciran, gempa bumi dan aktiviti gunung berapi. Proses Lipatan dan Kesannya 1 Proses lipatan berlaku apabila lapisan kerak bumi mengalami proses kedutan kerana daya mampatan. 2 Perbezaan kekuatan daya mampatan pada lapisan kerak bumi menyebabkan terbentuknya lipatan simetri, lipatan tak simetri, lipatan atas, lipatan rebah dan lipatan sesar atas. 3 Struktur lipatan membentuk sistem gunung lipat yang terdiri daripada antiklin (rabung atau puncak gunung lipat) dan sinklin (lembah). Terdapat dua jenis gunung lipat, iaitu sistem gunung lipat tua (terbentuk lebih 250 juta tahun yang lampau) dan gunung lipat muda (terbentuk kira-kira 35 juta tahun lalu).
  • 5. Proses Gelinciran dan Kesannya 1 Gelinciran ialah proses pergerakan lapisan kerak bumi sama ada secara menegak atau mendatar di sebelah menyebelah garis gelinciran kerana daya tegangan dan daya mampatan. 2 Terdapat tiga jenis gelinciran utama, iaitu: (a) Gelinciran biasa—Gelinciran ini terjadi kerana daya tegangan berlaku pada lapisan kerak bumi. Hal ini menyebabkan satu bahagian lapisan kerak bumi jatuh atau tergelincir ke bawah. (b) Gelinciran songsang—Gelinciran ini terjadi kerana daya mampatan berlaku pada lapisan kerak bumi. Hal ini menyebabkan satu bahagian lapisan kerak bumi terangkat atau terjulang lebih tinggi berbanding lapisan kerak bumi di sebelahnya. (c) Gelinciran rabak (gelinciran tujah)—Gelinciran ini terjadi kerana daya tegangan dan daya himpitan menyebabkan lapisan kerak bumi bergerak secara mendatar (melintang) di sepanjang garis gelinciran. 3 Bentuk-bentuk muka bumi kesan gelinciran termasuklah: (a) Tubir gelinciran—Terletak di antara lapisan kerak bumi yang tergelincir ke bawah dan ke atas terbentuk apabila berlaku gelinciran. (b) Tubir garis gelinciran—Terbentuk apabila tubir gelinciran mengalami hakisan dan menjadi semakin landai. (c) Gunung bongkah—Terbentuk pada bahagian kerak bumi yang terjulang atau tergelincir ke atas. (d) Lurah gelinciran—Terbentuk pada bahagian kerak bumi yang tergelincir ke bawah yang di sempadani oleh tubir gelinciran. Proses Pembentukan Gunung Berapi dan Kesannya 1 Pembentukan gunung berapi berlaku apabila magma mengalir dan meletus keluar dari perut bumi. Proses perolakan magma dalam lapisan mantel menyebabkan magma mengalir dan meletus keluar melalui rekahan kerak bumi atau lohong ke permukaan bumi. 2 Pemejalan magma dalam rekahan atau lapisan kerak bumi (batuan igneus rejahan) akan membentuk muka bumi seperti daik, sil, lakolit, lapolit, pakolit dan batolit. Manakala aliran magma atau lava yang keluar melalui lohong dan rekahan ke permukaan bumi (igneus terobosan) akan membentuk kon gunung berapi. 3 Terdapat pelbagai bentuk kon gunung berapi, iaitu kon lava asid, kon lava bes, kon abu, kon komposit, kawah gunung berapi (krater), tasik kawah gunung berapi dan kaldera (kawah yang lebih besar). Perbezaan bentuk dan saiz gunung berapi dipengaruhi oleh beberapa faktor:
  • 6. (a) Jenis lava bes yang cair serta dapat mengalir jauh membentuk kon gunung berapi yang landai dan bersaiz besar. Manakala lava asid yang likat dan cepat membeku membentuk kon lava asid yang curam. (b) Skala letusan yang kuat boleh menyebabkan lohong puncak gunung berapi musnah membentuk lekukan atau krater (kawah). Krater yang dipenuhi air hujan boleh membentuk tasik kawah. (c) Lohong utama dan rekahan Sisi akan membentuk kon komposit. Aliran lava yang keluar melalui lohong utama membentuk kon utama dan aliran lava yang keluar melalui rekahan Sisi akan membentuk kon-kon anak di lereng gunung berapi. (d) Kekerapan letusan dan kuantiti bahan yang dikeluarkan (seperti lava dan bahan piroklastik) yang banyak akan membentuk gunung berapi yang lebih besar dan landai. Manakala kuantiti bahan yang sedikit akan membentuk kon yang lebih kecil dan curam. (e) Faktor hakisan yang berterusan pada cerun lereng gunung berapi menyebabkan lereng gunung berapi terhakis dan terkelar. Manakala bahagian magma yang keras dalam lohong serta tahan hakisan akan membentuk palam gunung berapi. 4 Terdapat beberapa kesan letusan gunung berapi terhadap persekitaran fizikal.Antaranya ialah: (a) Terdapat pelbagai bentuk dan saiz gunung berapi seperti kon gunung berapi Java bes, kon lava asid, kon komposit, krater dan tasik kawah gunung berapi. (b) Proses pergerakan jisim seperti kejadian tanah runtuh yang berlaku akibat gegaran letusan gunung berapi. Manakala aliran lumpur terjadi apabila air hujan bercampur dengan debu di lereng gunung berapi. (c) Letusan gunung berapi disebabkan selisih plat dasar laut menyebabkan kejadian gempa bumi dasar laut. Gegaran dasar laut akibat letusan gunung berapi menyebabkan kejadian tsunami yang semakin meninggi apabila menghampiri daratan. (d) Pencemaran udara berlaku apabila letusan gunung berapi mengeluarkan abu dan debu ke atmosfera yang boleh menyebabkan kejadian jerebu. (e) Letusan gunung berapi yang membebaskan debu ke atmosfera dapat mengurangkan jumlah sinaran matahari yang diterima Oleh permukaan bumi kerana sebahagian besar sinaran matahari ditapis, diserakkan, dipantul dan dibalikkan semula Oleh partikel debu menyebabkan keadaan cuaca hampir gelap. (f) Aliran lava yang panas boleh menyebabkan kebakaran hutan dan memusnahkan ekosistem hutan yang menjadi habitat flora dan fauna. 5 Kesan letusan gunung berapi terhadap persekitaran manusia: (a) Kematian dan kecederaan disebabkan terkena aliran lava yang panas, tertimbus Oleh tanah runtuh dan aliran lumpur gunung berapi. (b) Kerosakan dan kehilangan harta benda kerana kawasan petempatan terbakar Oleh aliran lava dan tertimbus Oleh aliran lumpur. (c) Kemusnahan infrastruktur seperti jambatan, jalan raya dan talian elektrik kerana tertimbus Oleh debu, tanah runtuh, aliran lava dan aliran lumpur gunung berapi. (d) Kawasan pertanian di lereng gunung berapi dan kawasan sekitarnya musnah Oleh timbunan aliran lava, abu dan debu. Aktiviti pelancongan dan pengangkutan di sekitar kawasan gunung berapi turut terjejas. (e) Gangguan psikologi dan trauma berlaku kepada penduduk yang tinggal di kawasan petempatan sekitar gunung berapi kerana kehilangan harta benda, keluarga, kecederaan dan terpaksa berpindah ke tempat Iain. 6 Kepentingan letusan gunung berapi terhadap aktiviti manusia:
  • 7. (a) Aktiviti pertanian dijalankan di kawasan lereng gunung berapi lava bes yang subur. Teres-teres dibina di lereng gunung berapi di Pulau Jawa dan di Pulau Luzon untuk menanam padi sawah. (b) Aktiviti ekopelancongan dan rekreasi dijalankan di sekitar gunung berapi kerana pemandangan fizikal yang cantik seperti tasik Danau Toba di Sumatera. (c) Aktiviti akuakultur seperti penternakan ikan dijalankan di kawasan tasik kawah yang dihasilkan Oleh letusan gunung berapi yang menghasilkan kaldera seperti tasik Danau Toba (d) Menjana sumber tenaga geoterma. Tenaga geoterma dijana melalui loji janakuasa yang dibina di kawasan gunung berapi seperti di kawasan mata air panas. Wap atau stim yang keluar dari kawasan mata air panas akan menggerakkan turbin untuk menghasilkan tenaga elektrik. (e) Sumber mineral seperti kuprum, perak, plumbum dan belerang yang dikeluarkan semasa letusan gunung berapi dapat dilombong dan digunakan. Teori Hanyutan Benua 1. Hanyutan benua merupakan proses pemecahan benua tunggal yang dikenali sebagai pangea kepada Laurasia di hemisfera utara dan Gondwana di hemisfera selatan. Kedua-dua benua ini kemudiannya berpecah lagi kepada benua-benua yang lebih kecil seperti yang ada sekarang. Proses ini berlaku secara evolusi sejak berjuta-juta tahun yang lampau. 2 Hanyutan benua berlaku disebabkan beberapa faktor.Antaranya seperti (a) perbezaan ketumpatan bumi menyebabkan kepingan bumi atau plat-plat bumi seolah-olah terapung di atas lapisan mantel yang mengandungi magma panas yang separa cair. a. pengaruh arus perolakan magma pada lapisan mantel yang berupaya menggerakkan atau menyeret lapisan kerak bumi di atasnya menyebabkan benua berpecah dan terpisah. b. proses pergerakan plat-plat benua dan plat lautan oleh arus perolakan magma yang dikenali sebagai teori plat tektonik. 3 Teori hanyutan benua disokong dengan beberapa bukti yang wujud, antaranya: a. persamaan garis pinggir pantai melalui cantuman peta benua-benua. Sebagai contoh, garis pinggir pantai barat Afrika boleh dicantum atau sepadan dengan garis pantai timur Amerika Selatan.
  • 8. (b) bukti fosil tumbuhan dan haiwan yang sama terdapat di beberapa buah benua yang berlainan iklim. Contohnya, fosil flora Glossopteris dan fosil haiwan mesosaur dijumpai di Afrika dan Amerika Selatan. (c) bukti kaji iklim purba (paleo iklim) menunjukkan arang batu karboniferus yang berasal dari kawasan tropika telah dijumpai di Amerika Syarikat. Hal ini menunjukkan bahawa Amerika Syarikat pada masa lampau terletak di kawasan tropika tetapi telah hanyut ke kawasan beriklim sejuk. (d) bukti kemagnetan purba (paleo magnet) menunjukkan arah asal magnet batuan di beberapa buah benua di dapati tidak selari dengan arah kutub magnet bumi sekarang. Hal ini menunjukkan benua-benua dunia telah bergerak dan berubah kedudukan. (e) bukti geologi menunjukkan terdapat batuan enapan yang sama dari segi jenis dan usia di Brazil (Amerika Selatan) dan di Afrika. (f) bukti perluasan dasar laut di Lautan Atlantik. Arus perolakan magma memisahkan plat-plat lautan menyebabkan kerak bumi dasar laut mengalami rekahan besar di sempadan pencapahan. Aliran magma yang masuk memenuhi rekahan. di sempadan pencapahan tersebut kemudiannya membeku dan membentuk permatang tengah lautan. Contohnya seperti permatang tengah Lautan Atlantik. (g) teori plat tektonik menunjukkan bahawa plat-plat benua dan plat lautan yang terapung di atas lapisan mantel sentiasa digerakkan oleh arus perolakan magma.
  • 9. Teori Plat Tektonik 1 Teori plat tektonik adalah berasaskan konsep hanyutan benua dan perluasan dasar laut. Menurut teori ini, kerak bumi terdiri daripada plat benua dan plat lautan yang berada di atas lapisan mantel telah digerakkan oleh arus perolakan magma sehingga menyebabkan plat-plat ini bertembung, berselisih dan bercapah (berpisah). 2 Terdapat tiga jenis pergerakan plat, iaitu: (a) pertembungan plat—Pertembungan plat berlaku melalui tiga cara, iaitu: (i) pertembungan plat benua dengan plat benua menyebabkan hujung plat-plat tersebut termampat dan membentuk sistem gunung lipat. Contohnya, banjaran Himalaya yang terbentuk hasil pertembungan plat Indo-Australia dengan plat Eurasia. (ii) pertembungan plat benua dengan plat lautan menyebabkan plat lautan yang lebih tumpat menjunam ke bawah dan membentuk jurang lautan. Contohnya, Jurang Mariana terbentuk apabila plat Pasifik bertembung dengan plat Filipina. (iii) pertembungan plat lautan dengan plat lautan menyebabkan satu hujung plat yang terbenam atau terjunam membentuk jurang lautan. Manakala leburan batu (magma) yang naik ke atas kerak bumi membentuk gunung berapi dasar laut dan rangkaian pulau gunung berapi atau arka pulau. Contohnya seperti kepulauan Hawai dan kepulauan Jepun.
  • 10. (b) selisih plat—Perselisihan plat ini berlaku secara mendatar apabila kedua-dua plat berselisih di sepanjang garis gelinciran yang menyebabkan kejadian gempa bumi. Plat-plat yang berselisih seperti plat Amerika dengan plat Pasifik yang mewujudkan kawasan gelinciran atau sesar di kawasan San Andreas. (c) pencapahan plat—Pencapahan ini berlaku apabila dua plat lautan bergerak menjauhi sehingga membentuk rekahan di sempadan pencapahan plat. Aliran magma dari mantel kemudiannya maşuk dan membeku di sepanjang rekahan sempadan pencapahan plat tersebut lalü membentuk permatang tengah lautan. Contohnya seperti permatang tengah Lautan Atlantik. Pencapahan plat benua dengan plat benua pula membentuk lurah gelinciran dan gunung bongkah. Contohnya seperti lurah gelinciran Afrika Timur. Pembentukan Landskap di Kawasan Tropika Lembap Luluhawa Konsep Luluhawa 1 Luluhawa bermaksud proses pemecahan batuan secara fizikal dan pereputan batuan secara kimia kerana faktor cuaca (bahangan matahari/suhu dan air) dan faktor biotik (tumbuhan, haiwan dan organisma seni). 2 Proses luluhawa batuan menghasilkan regolit yang membantu proses-proses geomorfologi yang lain seperti proses pergerakan jisim, hakisan, pengangkutan dan pemendapan. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Jenis dan Kadar Proses Luluhawa 1 Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi jenis dan kadar proses luluhawa, namun faktor iklim memainkan peranan yang sangat penting dalam proses ini. (a) Di kawasan tropika lembap, proses luluhawa kimia sangat dominan dan giat berlaku kerana menerima hujan yang lebat (melebihi 2 000 mm) dan suhu tinggi (27 o c) sepanjang tahun yang menggalakkan proses pereputan batuan. (b) Di kawasan iklim gurun panas, proses luluhawa fizikal giat berlaku kerana perbezaan suhu harian yang besar, iaitu mengalami suhu tinggi (45 o c) pada waktu siang dan suhu rendah (15 o c) pada waktu malam
  • 11. menyebabkan batuan pecah melalui proses pengembangan dan pengecutan. (c) Di kawasan iklim sejuk, proses luluhawa fizikal berlaku melalui proses bajian ais (proses beku-cair) dan proses bajian fros pada rekahan batuan. 2 Ciri-ciri batuan juga mempengaruhi keberkesanan proses luluhawa. Antara ciri-ciri batuan tersebut seperti: (a) rekahan batuan memudahkan resapan air yang membantu proses luluhawa kimia. Rekahan bantuan juga mempengaruhi proses luluhawa fizikal melalui proses kembang kecut, proses bajian ais dan tindakan akar pokok yang memecahkan batuan. (b) kekerasan batuan granit melambatkan kadar luluhawa fizikal berbanding batu enapan. (c) kandungan mineral dan warna batuan yang gelap lebih cepat pecah kerana cepat menyerap haba matahari berbanding batuan berwarna cerah. 3 Di kawasan hutan, tumbuhan yang mati dan mereput dapat membekalkan asid organik yang membantu proses penguraian batuan. Manakala tindakan akar pokok yang maşuk dan membesar dalam rekahan dapat memecahkan batuan. 4 Najis dan bangkai haiwan yang reput (humus) mengandungi asid organik yang dapat membantu proses pereputan batuan. Organisma seperti cacing, bakteria dan kulat mempercepatkan proses pereputan bahan organan yang dapat membekalkan asid organik serta mempercepatkan proses penguraian batuan. 5 Aktiviti perlombongan kuari menggunakan bahan letupan untuk memecahkan batuan menyebabkan proses luluhawa fizikal. Aktiviti penyahhutanan mendedahkan lapisan batuan kepada bahangan matahari yang membantu proses luluhawa fizikal. Aktiviti pembakaran hutan menghasilkan haba yang tinggi menyebabkan lapisan atas batuan terkupas dan pecah. Jenis Luluhawa di Kawasan Tropika Lembap Luluhawa Kimia 1 Luluhawa kimia merupakan proses penguraian atau pereputan batuan yang mengubah komposisi kimia kerana faktor cuaca (hujan dan şuhu) dan faktor biotik (tumbuhan, haiwan dan organisma seni). 2 Luluhawa kimia merupakan proses luluhawa yang dominan di kawasan tropika lembap kerana menerima hujan yang lebat (melebihi 2 000 mm) dan suhu tinggi (27 o c) sepanjang tahun telah menggalakkan proses penguraian batuan melalui proses-proses berikut: (a) Penghidratan, iaitu proses penyerapan air oleh mineral batuan menyebabkan batuan mengembang, mengalami tegasan dan seterusnya melemahkan struktur batuan tersebut serta membentuk bahan yang baharu. Contohnya, kalsium sulfat bertukar menjadi gipsum dan hematit bertukar menjadi limonit. (b) Hidrolisis ialah tindak balas kimia yang berlaku di antara mineral batuan dengan airı Proses ini melibatkan batuan mengembang, mengalami tegasan air dan terurai. Contohnya, batuan granit yang mengandungi mineral feldspar diurai dan menghasilkan tanah liat (kaolinit). Proses yang berterusan terhadap batuan granit ini membentuk tanah liat yang tebai di kawasan tanah pamah atau di kaki cerun pergunungan di Malaysia.
  • 12. (c) Pengoksidaan ialah tindak balas di antara oksigen yang larut di dalam air dengan mineral seperti ferum, kuprum dan aluminium dalam batuan dan menghasilkan oksida mineral berkenaan. Contohnya, ferum bertukar menjadi ferum oksida apabila berlaku proses pengoksidaan. Di Malaysia, proses ini membentuk tanah laterit yang berwarna kemerah-merahan dan kekuning-kuningan. (d) Pengkarbonan ialah tindak balas di antara asid karbonat lemah (terhasil daripada pelarutan gas karbon dioksida dalam air hujan) dengan batu kapur (kalsium karbonat) menghasilkan kalsium bikarbonat yang mudah larut dalam air. Tindakan pengkarbonan dan larutan telah membentuk beberapa pandang darat di kawasan batu kapur. (e) Larutan berlaku apabila mineral dalam batuan dilarutkan oleh air. Sebagai contoh, garam biasa adalah sebatian yang mudah larut di dalam air. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Proses Luluhawa Kimia di Kawasan Tropika Lembap 1 Hujan lebat sepanjang tahun (melebihi 2 000 mm setahun) membekalkan lembapan atau air untuk proses penguraian batuan melalui proses penghidratan, hidrolisis, pengoksidaan, pengkarbonan dan larutan. 2 Suhu tinggi (purata 27 o c) sepanjang tahun menggalakkan proses luluhawa kimia. Tindak balas kimia meningkat dua hingga tiga kali ganda apabila suhu meningkat sebanyak 10 o c. Oleh yang demikian, proses luluhawa kimia di kawasan tropika lembap adalah lebih giat berbanding di kawasan yang beriklim sederhana. 3 Faktor biotik (tumbuhan, haiwan dan organisma seni) mempengaruhi proses luluhawa dengan pelbagai cara, antaranya: (a) akar pokok yang dapat melebarkan rekahan batuan serta meronggai tanah telah memudahkan resapan air hujan untuk proses pereputan batuan. (b) di kawasan hutan, tumbuhan yang mati dan reput dapat membekalkan asid humus (asid organik) untuk menggalakkan proses luluhawa kimia. (c) haiwan yang mati dan reput serta najis haiwan akan mengeluarkan asid organik yang dapat meningkatkan proses luluhawa kimia. (d) anai-anai, cacing, bakteria dan kulat yang mereputkan daun serta ranting yang gugur dan tumbuhan yang telah mati dapat membekalkan asid organik yang membantu proses penguraian batuan. 4 Lapisan regolit atau tanah yang mudah menyerap air hujan dan sentiasa lembap dapat membantu proses pereputan lapisan batuan di bawahnya. I Bentuk Muka Bumi Hasil Luluhawa Kimia 1. Pembentukan lapisan regolit yang tebal (a) Regolit ialah batuan yang telah terurai atau mengalami proses pereputan. Di kawasan tropika lembap, pereputan batuan melalui proses penguraian berlaku sehingga ke lapisan yang dalam dan jauh daripada permukaan. Tebalnya lapisan yang terluluhawa adalah disebabkan oleh suhu yang tinggi (27 0 C) dan hujan yang lebat (melebihi 2 000 mm) sepanjang tahun. (b) Proses penguraian batuan ke atas lapisan yang dalam dapat membentuk lapisan regolit yang tebal (boleh mencapai 30 meter daripada permukaan). Di Malaysia, ketebalan lapisan regolit di kawasan tanah pamah mencapai 60 meter. Hal ini kerana proses luluhawa kimia ke lapisan yang dalam (luluhawa dalaman) adalah sangat giat dan kadar hakisan di kawasan hutan sangat terhad.
  • 13. 2 Pembentukan tanah laterit dan lapisan kerak durus (duricrust) (a) Di kawasan tropika lembap, proses pereputan atau penguraian batuan granit membentuk tanah laterit. Tanah laterit yang terbentuk di kawasan hujan yang lebat ini mengalami proses larut resap yang giat. Proses ini dapat melarut resap silika dan meninggalkan oksida besi serta aluminium dalam tanah yang membentuk tanah laterit. Tanah laterit merupakan tanah liat yang berwarna kemerah-merahan atau kekuning-kuningan kerana banyak mengandungi unsur-unsur besi. (b) Tanah laterit yang mengandungi oksida besi apabila terdedah kepada sinaran matahari akan menjadi keras seperti batu yang dipanggil lapisan kerak durus. Proses pengeringan akibat panas matahari menyebabkan lapisan tanah laterit yang terdedah menjadi keras dan membentuk lapisan kerak durus. Lapisan ini sukar dihakis dan di sesetengah tempat membentuk dataran tinggi yang agak rata dan datar. Lapisan kerak durus ini juga boleh membentuk tubir di kawasan cerun. 3 Pembentukan tor dan inselberg (bornhart) (a) Tor ialah timbunan teras batuan berbentuk batu tongkol (boulder). la merupakan sisa tinggalan luluhawa. Pembentukan tor adalah akibat proses luluhawa kimia ke lapisan yang dalam terhadap batuan granit, terutamanya secara urai yang berlaku di sepanjang rekahan menghasilkan regolit. Proses pendedahan akibat hakisan dan pemindahan batuan yang telah reput (regolit) akhirnya meninggalkan teras-teras batuan dalam bentuk batu tongkol yang lebih tahan terhadap luluhawa dan hakisan dikenali sebagai tor. (b) Inselberg pula ialah bukit sisa luluhawa berbentuk kubah. la terbentuk akibat proses luluhawa dalaman yang kemudiannya diikuti oleh hakisan secara berperingkat-peringkat. Inselberg dikaitkan dengan proses luluhawa yang dalam terhadap jisim batuan granit yang lebih besar. Jisim batuan granit yang berada di bawah tanah akan mengalami pereputan terutama pada rekahan batuan di sekelilingnya. Tindakan luluhawa dan hakisan secara berperingkat-peringkat ke lapisan yang lebih dalam akan menyebabkan jisim batuan granit yang lebih keras tertonjol ke permukaan yang menyerupai kubah. 4 Pandang darat kars (a) Di kawasan batu kapur, proses luluhawa kimia secara larutan dan pengkarbonan dapat mewujudkan bentuk bumi kars. Hujan lebat yang mengandungi asid lemah dapat melarutkan batu kapur. Tindakan larutan dan hakisan yang berlaku di rekahan lapisan batu kapur akan membentuk lurah (graik) manakala bahagian yang lambat larut membentuk permatang (klint). Bentuk muka bumi yang terdiri dari lurah dan permatang ini dikenali sebagai turap batu kapur. (b) Terdapat juga lurah batu kapur yang membentuk lubang-lubang yang mempunyai saluran yang dalam ke lapisan bawah akibat proses larutan dikenali sebagai lohong batu kapur (sink hole). Saiz lohong ini menjadi lebih beşar akibat larutan dan hakisan atau bercantum di antara satu dengan yang lain membentuk lekukan yang lebih beşar dikenali sebagai dolin. (c) Percantuman beberapa buah dolin akibat hakisan dan runtuhan menghasilkan satu lurah yang lebih beşar dan dalam dinamakan lubang benam. Cantuman beberapa buah lubang benam akibat runtuhan atau gelinciran akan membentuk polje dengan lekukan yang lebih beşar dan dasar yang agak rata. (d) Hujan lebat menyebabkan air meresap dan melarut ke lapisan bawah batu kapur menghasilkan sungaisungai yang kekal di bawah tanah. Sungai-sungai ini biasanya terletak di atas lapisan batuan yang tidak telap air. Aliran sungai ini dapat membentuk terowong-terowong dan gua batu kapur. Di dalam gua batu kapur terdapat stalaktit dan stalagmit akibat proses sejatan larutan batu kapur dari
  • 14. bumbung dan lantai gua. Percantuman antara stalaktit dengan stalagmit dapat membentuk tiang-tiang batu kapur. Luluhawa Fizikal Luluhawa fizikal ialah proses pemecahan atau peluluhan batuan menjadi serpihan yang lebih kecil tanpa melibatkan perubahan komposisi kimia kerana faktor cuaca dan faktor biotik. Proses Luluhawa Fizikal di Kawasan Tropika Lembap Proses luluhawa fizikal tidak dominan di kawasan tropika lembap tetapi berlaku di dalam keadaan-keadaan tertentu. Antaranya ialah: 1 Tindakan akar pokok terutama akar tunjang yang menjalar dan membesar dalam rekahan batuan. Hal ini akan menghasilkan tekanan yang kuat dan boleh memecahkan batuan tersebut. 2 Proses basah kering batuan sering berlaku di kawasan tropika lembap kerana iklimnya yang panas dan lembap sepanjang tahun. Proses ini berlaku di kawasan tanah liat dan batuan pinggir laut yang mengalami kejadian air pasang surut yang nyata. Tanah liat dapat mengembang dengan baik apabila basah pada musim hujan tetapi akan merekah atau pecah apabila musim kering kerana terdedah kepada sinaran matahari dalam tempoh yang agak lama. Di kawasan tebing tinggi pinggir laut, batuan mengalami proses pembasahan ketika air laut pasang tetapi mengalami proses pengeringan apabila terdedah pada sinaran matahari semasa air laut surut. Proses basah kering yang berulang-ulang ini menyebabkan batuan pinggir laut terkupas dan pecah. 3 Aktiviti manusia melalui perlombongan kuari yang menggunakan bahan letupan akan memecahkan batuan. Proses penggondolan dan pembakaran hutan juga mendedahkan permukaan batuan kepada sinaran haba matahari dan haba pembakaran hutan. Hal ini menyebabkan lapisan permukaan batuan mengembang, terkupas dan pecah. 4 Tindakan haiwan seperti arnab, tikus tanah dan biawak yang menggali lubang dalam tanah menyebabkan lapisan batuan retak dan pecah. Luluhawa Biologi Luluhawa biologi ialah proses pemecahan dan pereputan batuan oleh agen-agen seperti tumbuhan, haiwan, manusia dan organisma seni. Proses Luluhawa Biologi 1 Tindakan akar pokok terutama akar tunjang yang menjalar dan membesar dalam rekahan batuan menyebabkan luluhawa fizikal. Proses tekanan dan bajian akar pokok menyebabkan rekahan semakin luas dan pemecahan batuan. 2 Tumbuhan yang mati dan daun yang gugur akan mengalami proses pereputan (penghumusan) oleh bakteria dan kulat dapat membekalkan asid organik. Asid organik dapat menggalakkan proses pereputan batuan. 3 Haiwan seperti tikus tanah dan haiwan yang menggali lubang dalam tanah boleh menjana luluhawa fizikal apabila lapisan batuan retak dan pecah. 4 Najis haiwan dan bangkai haiwan yang mengalami proses pereputan (penghumusan) apabila bercampur dengan air hujan akan menghasilkan asid organik atau asid humus yang mempercepatkan proses luluhawa kimia.
  • 15. 5 Aktiviti perlombongan kuari oleh manusia yang menggunakan bahan letupan menyebabkan luluhawa fizikal atau pemecahan batuan secara besar-besaran. Pengaruh Luluhawa terhadap Proses-proses Fizikal 1 Luluhawa menyebabkan regolit menjadi longgar yang membantu proses pergerakan jisim di kawasan bercerun. Regolit yang longgar apabila menyerap banyak air hujan akan menjadi berat dan licin serta tidak stabil dan mudah runtuh kerana peningkatan daya tarikan graviti. 2 Proses hakisan tanah dan hakisan tebing sungai meningkat kerana luluhawa telah menyebabkan regolit atau tanah yang longgar serta mudah dihakis oleh titisan hujan dan air larian permukaan. 3 Luluhawa akan menyebabkan peningkatan jumlah bahan yang diangkut oleh air larian melalui permukaan cerun dan peningkatan jumlah pengangkutan beban sungai seperti pasir, tanah liat dan kelodak. 4 Peningkatan jumlah beban yang diangkut akan meningkatkan proses pemendapan bahan di kawasan kaki cerun bukit dan di dalam alur sungai. Regolit yang telah dihakis akan diangkut dengan banyak dan dimendapkan di kaki cerun bukit atau di kawasan hilir sungai. Kepentingan Luluhawa kepada Aktiviti Manusia 1 Aktiviti pertanian mudah dijalankan kerana regolit atau tanah hasil luluhawa yang longgar mudah menyerap air hujan untuk menggalakkan pertumbuhan akar pokok dan kesuburan tanaman. Di kawasan tropika lembap, pereputan batuan granit menghasilkan tanah laterit yang sesuai ditanam dengan kelapa sawit dan getah. 2 Aktiviti pelancongan dan rekreasi di kawasan gua batu kapur dan bentuk muka bumi sisa luluhawa seperti inselberg dan tor. Aktiviti pelancongan dan rekreasi di kawasan batu kapur yang mempunyai bentuk muka bumi yang menarik seperti gua batu kapur, stalaktit dan stalagmit. 3 Industri kraf tangan dapat dijalankan kerana bahan terluluhawa seperti silika dan tanah liat (kaolin) merupakan bahan utama dalam penghasilan tembikar. 4 Industri binaan menggunakan tanah liat untuk membuat saluran pembetungan, jubin, atap bangunan dan batu bata. 5 Perlombongan mineral di kawasan batuan yang telah mengalami luluhawa lebih mudah dijalankan kerana regolitnya longgar. Kaedah perlombongan yang menggunakan pancutan air, kapal korek dan mendulang timah lanar dan emas lanar mudah dijalankan. Pergerakan Jisim Konsep Pergerakan Jisim 1 Pergerakan jisim merupakan proses pergerakan regolit (bahan yang telah mengalami luluhawa) menuruni cerun kerana tarikan graviti. 2 Terdapat dua jenis/kategori pergerakan jisim, iaitu: (a) pergerakan jisim aliran perlahan seperti kesotan tanah dan kesotan batuan. (b) pergerakan jisim aliran cepat seperti tanah runtuh, aliran tanah, aliran lumpur dan runtuhan batuan.
  • 16. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pergerakan Jisim 1. Kecerunan (gradien)—Kecuraman cerun mempengaruhi halaju pergerakan jisim dan graviti. Contohnya, di kawasan cerun landai berlaku kesotan tanah, manakala di kawasan cerun curam berlaku kejadian tanah runtuh. 2 Hujan—Air bertindak sebagai pelincir dan pemberat yang mempengaruhi graviti apabila berlaku hujan lebat dalam jangka masa yang panjang. 3 Regolit—Batuan terluluhawa menghasilkan regolit yang longgar dan tidak stabil di permukaan cerun. Proses luluhawa kimia yang giat di kawasan tropika lembap menghasilkan struktur tanah yang longgar memudahkan berlakunya proses pergerakan jisim. 4 Tiada litupan tumbuhan—Permukaan cerun yang terdedah kerana tiada kanopi pokok dan tiada cengkaman akar boleh menyebabkan hakisan permukaan. Hal ini akan melonggarkan struktur cerun dan menyebabkan cerun menjadi tidak stabil. 5 Gegaran semula jadi—Gempa bumi menyebabkan kawasan cerun menjadi tidak stabil kerana gegaran yang kuat. Manakala letusan gunung berapi p•ula boleh menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan aliran lumpur. Jenis-jenis Pergerakan Jisim di Kawasan Tropika Lembap 1 Kesotan tanah—Proses pergerakan tanah menuruni cerun landai secara perlahan-lahan kerana tarikan graviti. Kesotan tanah berlaku kerana terdapat regolit (tanah) yang tebal dan longgar hasil proses luluhawa kimia yang giat di kawasan tropika lembap. Regolit yang longgar apabila menyerap air hujan akan menjadi licin serta berat (meningkatkan graviti) dan bergerak secara amat perlahan di cerun landai. Kekurangan dan ketiadaan tumbuhan melonggarkan struktur cerun kerana tiada cengkaman akar pokok. 2 Tanah runtuh—Pergerakan regolit di cerun curam secara tiba-tiba kerana tarikan graviti. Tanah runtuh atau gelongsoran tanah berlaku di kawasan cerun curam. Keadaan regolit yang longgar hasil luluhawa kimia yang giat di kawasan tropika lembap memudahkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Hujan lebat dalam jangka masa yang lama menyebabkan regolit yang menyerap air menjadi licin dan berat serta tidak stabil akan runtuh secara tiba-tiba kerana peningkatan daya graviti. Faktor ketiadaan litupan tumbuhan menyebabkan regolit menjadi longgar dan tidak stabil kerana tiada cengkaman akar pokok turut memudahkan berlakunya tanah runtuh. Pembinaan lebuh raya dan petempatan di cerun bukit melibatkan kerja-kerja penyahhutanan dan pemotongan cerun bukit telah menyebabkan cerun bukit yang gondol runtuh kerana tidak stabil.
  • 17. 3 Aliran tanah—Pergerakan tanah yang lembap (kandungan air yang banyak) di kawasan cerun curam serta cepat kerana graviti. Aliran tanah biasanya terjadi setelah berlakunya kejadian tanah runtuh di bahagian atas cerun curam. Proses luluhawa kimia yang giat akan menyebabkan regolit menjadi longgar dan ini akan menyebabkan kejadian tanah runtuh. Keadaan cerun curam yang gondol (tiada litupan tumbuhan), longgar dan tidak stabil menggalakkan lagi kejadian aliran tanah. 4 Aliran lumpur—Pergerakan tanah liat dan lumpur yang tepu dengan air secara sangat laju menuruni lurahlurah di cerun bukit yang curam kerana tarikan graviti. Faktor-faktor yang menyebabkan aliran lumpur termasuklah terdapatnya regolit yang longgar terdiri daripada tanah liat/lempung dengan kandungan air yang banyak kerana hujan lebat dalam jangka masa lama di kawasan cerun bukit yang curam. Faktor kegondolan dan tarikan graviti meningkatkan lagi halaju aliran lumpur. Aliran lumpur juga berlaku di lereng- lereng gunung berapi. Lapisan debu di lereng gunung berapi yang menyerap banyak air hujan akan menghasilkan aliran lumpur. Contohnya seperti aliran lumpur yang berlaku di lereng gunung berapi Pinatubo di Filipina pada tahun 1991. 5 Runtuhan batuan—Runtuhan batuan terdiri daripada bongkah-bongkah batuan dan serpihan batuan yang jatuh secara bebas dan tiba-tiba dari atas cenuram atau tebing tinggi kerana tarikan graviti. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan runtuhan batuan antaranya seperti cerun sangat curam seperti cenuram atau tebing tinggi, proses luluhawa membekalkan bongkah-bongkah batuan atau serpihan batuan yang tidak mempunyai sandaran yang kukuh di kawasan tebing tinggi, rekahan batuan di kawasan tebing tinggi batu kapur, faktor gegaran dan kegondolan memudahkan batuan yang tidak stabil jatuh secara tiba-tiba kerana tarikan graviti dan tindakan manusia memotong lereng bukit berbatu dan perlombongan kuari. Kesan Pergerakan Jisim terhadap Alam Sekitar Manusia 1 Kehilangan nyawa dan kecederaan disebabkan tertimbus tanah runtuh atau ditimpa batu. 2 Kemusnahan harta benda seperti rumah dan kereta kerana tertimbus akibat aliran tanah. 3 Gangguan ekonomi dan pekerjaan kerana aliran lumpur dan timbunan tanah runtuh menjejaskan aktiviti pertanian, perindustrian, perlombongan dan pelancongan. 4 Kemusnahan infrastruktur seperti paip bekalan air, tiang elektrik dan jalan raya.
  • 18. 5 Aktiviti pengangkutan terganggu akibat longgokan tanah runtuh yang menghalang laluan jalan (jalan ditutup). 6 Kesan psikologi dan trauma kerana kehilangan ahli keluarga dan bimbang kejadian tanah runtuh berulang. Langkah-langkah Mengatasi Pergerakan Jisim 1 Menanam tumbuhan tutup bumi kerana cengkaman akar pokok menguatkan struktur tanah dan mengelakkan hakisan tanah 2 Membina benteng atau tembok halangan untuk menahan pergerakan bahan regolit di lereng bukit. 3 Membuat sungkupan menggunakan lapisan plastik dapat mengelak hakisan dan serapan air hujan. 4 Penyimenan cerun bukit dapat menutup permukaan cerun daripada menyerap air hujan dan hakisan cerun. 5 Pembinaan teres bertingkat di cerun bukit dapat mewujudkan kestabilan cerun. 6 Membina perparitan dan saluran air di cerun-cerun untuk mengelakkan hakisan galur di cerun bukit oleh air larian permukaan. Lembangan Saliran Konsep Lembangan Saliran 1 Lembangan saliran ialah kawasan tadahan atau sistem sungai yang disempadani oleh legeh. 2 Legeh ialah garisan yang menjadi pemisah aliran air antara lembangan saliran atau sistem sungai. Legeh terbentuk di sepanjang rabung banjaran gunung atau tanah tinggi antara sistem-sistem sungai tersebut. 3 Sesebuah lembangan saliran atau lembah sungai terdiri daripada: (a) permukaan atas lembah—Wujudnya proses luluhawa, pergerakan jisim, hakisan pefmukaan, pengangkutan dan pemendapan. (b) alur sungai—Berlaku proses hakisan sungai, pengangkutan bahan dan pemendapan. Proses Hakisan Permukaan Hakisan permukaan bermaksud pengukiran permukaan bumi yang melibatkan proses peleraian atau pencungkilan serta pemindahan butiran tanah di permukaan cerun Oleh agen-agen hakisan tanah seperti titisan hujan, air larian permukaan dan angin.
  • 19. Proses Hakisan Permukaan (Hakisan Tanih) 1 Hakisan percikan air hujan berlaku apabila titisan air hujan jatuh ke permukaan tanah yang terdedah dan bertindak mencungkil atau meleraikan butiran tanah. Titisan air hujan yang jatuh mempunyai tenaga kinetik yang menyebabkan butiran tanah tercungkil sehingga membentuk lekukan-lekukan kecil di permukaan tanah. Semakin lebat hujan, semakin banyak butiran tanah yang terhakis. 2 Hakisan kepingan berlaku apabila butiran tanah yang telah terlerai oleh titisan air hujan akan dihakis serta diangkut oleh air larian permukaan dalam bentuk lapisan nipis atau secara kepingan di permukaan cerun. Hal ini menyebabkan lapisan tanah di permukaan cerun menjadi semakin nipis. 3 Hakisan galir akan menyebabkan butiran tanah dihakis dan diangkut oleh air larian permukaan daripada bahagian atas ke bawah cerun menerusi alur-alur kecil semasa hujan. 4 Hakisan galur akan menyebabkan butiran tanah dihakis serta diangkut oleh air larian permukaan daripada bahagian atas ke bawah cerun menerusi alur-alur yang lebih luas. Faktor-faktor Fizikal yang Menyebabkan Hakisan Permukaan 1 Hujan—Hujan lebat menyebabkan peningkatan jumlah serta halaju air larian permukaan dan hakisan permukaan cerun. Saiz titisan air hujan yang kasar pula akan meningkatkan kadar hakisan percikan. 2 Kecerunan—Kecerunan mempengaruhi kederasan atau halaju air larian permukaan. Kawasan cerun bukit yang curam akan meningkatkan kadar halaju air larian permukaan dan hakisan tanah. Air larian permukaan yang deras akan bertindak menghakis dan mengangkut butiran tanah daripada bahagian atas ke bawah cerun. 3 Regolit atau tanah yang longgar hasil luluhawa kimia yang giat di kawasan tropika lembap telah memudahkan hakisan tanah Oleh titisan hujan (hakisan percikan) dan larian air permukaan. 4 Litupan tumbuhan—Ketiadaan litupan tumbuhan menyebabkan permukaan tanah terdedah dan longgar kerana tiada cengkaman oleh akar pokok. Hal ini menyebabkan hakisan percikan oleh titisan air hujan yang jatuh secara langsung ke permukaan tanah akan menggalakkan hakisan galir dan galur oleh air larian permukaan. Kesan-kesan Fizikal Hakisan Permukaan 1 Lapisan tanah menjadi semakin nipis dan tanah hilang kesuburan kerana lapisan tanah atas yang banyak mengandungi humus atau nutrien telah dihakis serta diangkut oleh air larian permukaan. 2 Pencemaran sungai berlaku apabila bahan tanah yang dihakis masuk ke dalam sungai. Air sungai menjadi keruh kerana banyak bahan ampaian seperti tanah liat dan kelodak. 3 Proses luluhawa fizikal giat berlaku di kawasan cerun bukit. Hakisan tanah menyebabkan lapisan batuan akan terdedah kepada pemanasan sinaran matahari. Pemanasan haba matahari boleh menyebabkan batuan pecah atau terkupas.Pergerakan jisim seperti kejadian tanah runtuh akan meningkat. Hakisan tanah mewujudkan galur-galur di lereng bukit menyebabkan cerun bukit menjadi semakin curam dan tidak stabil. 4 Pengangkutan bahan atau muatan sungai semakin bertambah. Butiran tanah yang terhakis akan masuk ke dalam sungai menyebabkan pertambahan beban ampaian seperti tanah liat dan kelodak.
  • 20. 5 Berlaku pemendapan bahan atau longgokan tanah di kaki cerun bukit dan peningkatan pemendapan dalam alur sungai. Hal ini menyebabkan alur sungai menjadi cetek. 6 Perubahan landskap atau bentuk muka bumi. Wujud permukaan cerun yang beralur-alur kecil kesan hakisan galur oleh larian air permukaan. Bentuk cerun bukit juga berubah apabila bahagian atas cerun bukit yang mengalami hakisan dan runtuhan menjadi semakin curam. Manakala bahagian kaki cerun yang menerima banyak bahan mendapan/longgokan tanah menjadi semakin landai. Langkah-langkah Mengatasi Haldsan Permukaan 1 Membina teres-teres di cerun bukit untuk penanaman dan petempatan. Pembinaan teres bertingkat di cerun bukit dapat mengurangkan halaju larian air permukaan. 2 Menanam tumbuhan tutup bumi seperti rumput dan pokok. Akar pokok dapat mencengkam dan menguatkan struktur tanah di cerun. 3 Penggunaan sungkupan plastik dan ranting pokok, pelepah serta daun dapat menutup dan melindungi npermukaan tanah daripada terdedah secara langsung kepada titisan hujan dan larian air permukaan. 4 Menyimen atau menutup cerun bukit dengan lapisan konkrit. Lereng bukit yang telah dipotong dan terdedah semasa pembinaan lebuh raya disimen dengan lapisan konkrit untuk mengelak hakisan secara langsung oleh titisan hujan dan larian air permukaan. 5 Penguatkuasaan undang-undang (denda dan hukuman) dan peraturan seperti Akta Pemuliharaan Tanah dan Akta Parit dan Bangunan. 6 Pendidikan formal dan tidak formal melalui institusi pendidikan dan media tentang kaedah mengelakkan hakisan tanah. 7 Kempen mencegah hakisan tanah seperti menggalakkan penanaman pokok dan penghutanan semula melalui media dan sambutan hari hutan sedunia. Hakisan Sungai Jenis Hakisan Sungai 1 Hakisan mendalam—Tertumpu pada bahagian dasar sungai. Hakisan mendalam biasanya berlaku di peringkat hulu sungai yang bergunung-ganang. Sungai mengalir dengan deras dan menghakis bahagian dasar dengan giat. 2 Hakisan melebar—Tertumpu pada bahagian tepi atau tebing sungai. Hakisan melebar lazimnya berlaku di bahagian pertengahan sungai terutama di bahagian tebing luar likuan sungai. 3 Hakisan ke belakang—Hakisan dasar lurah sungai ke arah hulu. Hakisan mengundur biasa berlaku di kawasan tapak air terjun yang terhakis ke arah hulu.
  • 21. Proses Hakisan Sungai 1 Tindakan hidraul, iaitu tekanan aliran air sungai terhadap alur sungai yang mempunyai rekahan batuan. Tekanan air yang kuat menyebabkan lubang-lubang atau rekahan batuan pada dasar sungai mengalami himpitan air yang menyebabkan rekahan batuan pecah dan terhakis. 2 Proses geselan (lelasan) berlaku apabila sungai membawa bahan-bahan serpihan batuan seperti batu tongkol, batu lada dan kelikir bertindak melelas dasar sungai. 3 Proses lagaan berlaku apabila bahan-bahan seperti batu tongkol, batu lada dan kelikir berlanggar antara satu sama lain menyebabkan ia menjadi semakin kecil dan senang dipindahkan oleh aliran sungai. 4 Proses larutan berlaku apabila aliran sungai mengalir di kawasan batu kapur atau kawasan batuan yang mengandungi mineral yang mudah dilarutkan oleh ain Faktor-faktor yang Mempengaruhi Hakisan Sungai 1 Isi padu air mempengaruhi tenaga potensi sungai. Hujan lebat yang berlaku dalam tempoh masa yang lama di kawasan lembangan saliran akan menambahkan isi padu air. Pertambahan isi padu air sungai semasa banjir menyebabkan peningkatan kadar hakisan sungai. 2 Halaju aliran sungai yang deras akan meningkatkan tenaga kinetik sungai. Hakisan sungai giat berlaku di bahagian hulu sungai yang curam kerana aliran air yang deras.
  • 22. Aliran air yang deras menambahkan hakisan sungai secara mendalam di bahagian hulu sungai. 3 Kecerunan alur sungai yang curam akan meningkatkan tenaga kinetik atau halaju aliran air sungai. Aliran air sungai yang deras menambah keupayaan sungai melakukan hakisan secara hidraul dan hakisan mendalam di bahagian hulu sungai yang curarn. 4 Jenis batuan—Lurah sungai yang berbatu lembut seperti batuan syal lebih mudah dihakis oleh aliran sungai berbanding batuan granit yang keras. Di kawasan lurah sungai berbatu kapur pula hakisan secara larutan lebih giat berlaku. 5 Litupan tumbuhan—Hakisan sungai berlaku secara langsung pada bahagian tebing sungai yang gondol kerana tiada halangan tumbuhan dan tiada pengaruh cengkaman akar pokok pada tebing sungai. Kegersangan tanah juga menyebabkan tebing sungai yang dihakis mudah runtuh dan hal ini memudahkan lagi hakisan sungai bertindak pada tebing sungai. 6 Bahan muatan yang dibawa oleh aliran sungai menyebabkan berlakunya hakisan geselan. Aliran sungai yang deras membawa serpihan batuan, batu tongkol, batu lada dan kelikir bertindak melelas pada bahagian dasar dan tebing sungai. 7 Aktiviti manusia di tebing sungai boleh mempercepatkan hakisan sungai. Aktiviti perlombongan pasir sungai dan pembalakan berhampiran tebing sungai menyebabkan tebing sungai tidak stabil dan terdedah kepada hakisan sungai. Bentuk Muka Bumi Hasil Hakisan Sungai 1 Gaung atau jurang ialah bentuk lurah sungai yang dalam, sempit dan bertebing curam. Gaung terbentuk kerana hakisan mendalam yang giat di bahagian hulu sungai yang curam. Aliran yang deras di kawasan pergunungan atau kawasan hulu sungai yang curam menyebabkan berlaku hakisan tertumpu pada bahagian dasar sungai. 2 Air terjun terbentuk di bahagian hulu sungai kerana halangan lapisan batuan keras yang lambat dihakis oleh aliran sungai. Tonjolan batuan granit yang keras menyebabkan aliran sungai terjunam sebagai air terjun. Halangan lapisan batuan keras mungkin secara mendatar, condong atau tegak. 3 Jeram pula terbentuk di bahagian hulu sungai apabila sungai mengalir di kawasan lapisan batuan keras dan lembut secara berselang-seli. Lapisan batuan keras yang lambat dihakis lebih menonjol berbanding lapisan batuan lembut yang mudah dihakis. Ini menyebabkan aliran sungai melompat-lompat yang dikenali sebagai jeram.
  • 23. 4 Lubang periuk ialah lekukan hampir bulat akibat pusaran air di dasar sungai yang tidak sama rata. Pusaran air di dasar sungai yang tidak sama rata akan menyebabkan batu lada, kelikir dan pasir kasar yang diangkut oleh aliran sungai yang bertindak dengan mengorek dan melelas dasar sungai. Hal ini dapat membentuk lekukan hampir bulat di dasar sungai yang dikenali sebagai lubang periuk. Contohnya seperti di Telaga Tujuh, Langkawi. Pengangkutan Bahan Sungai 1 Sungai mengangkut muatan atau bahan yang pelbagai saiz seperti batu tongkol, batu lada, batu kelikir, tanah liat dan kelodak. 2 Terdapat tiga jenis muatan sungai, iaitu muatan dasar (bergerak atau berpijak di sepanjang dasar sungai), muatan ampaian (bergerak dalam aliran sungai tetapi tidak jejak dasar) dan muatan larutan (diangkut dalam bentuk cecair yang larut dalam air). 3 Proses pengangkutan beban sungai termasuklah:
  • 24. (a) Golekan atau gulingan berlaku pada beban sungai yang berat, kasar dan berbentuk bulat seperti batu tongkol dan batu lada yang bergerak di sepanjang dasar sungai kerana tekanan aliran sungai. Manakala muatan berbentuk leper seperti serpihan batuan diangkut secara seretan. (b) Lompatan (loncatan) ialah muatan dasar yang agak kasar seperti kelikir dan pasir kasar diangkut secara loncatan. Tekanan air menyebabkan kelikir dan pasir terangkat di dalam air dan jatuh semula ke hadapan kerana tarikan graviti. (c) Ampaian terjadi pada muatan yang halus dan ringan seperti tanah liat dan kelodak yang diangkut di dalam aliran sungai tetapi tidak menjejak dasar. Jumlah muatan ampaian yang banyak menyebabkan aliran sungai menjadi keruh. (d) Larutan berlaku pada muatan yang larut di dalam air seperti mineral garam dan larutan batu kapur yang diangkut dalam bentuk cecair. Muatan larutan adalah hasil tindakan luluhawa kimia terhadap tebing sungai dan dasar sungai. Penggunaan baja untuk pertanian di kawasan lembah sungai juga akan menambahkan muatan larutan di dalam sungai. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengangkutan Beban Sungai 1 Isi padu air—Isi padu air mempengaruhi tenaga sungai dan jumlah beban yang dapat diangkut. Isi padu air yang banyak semasa hujan lebat dalam tempoh masa yang lama dan banjir sungai akan meningkatkan tenaga potensi dan halaju sungai. Hal ini membolehkan banyak beban kasar dan halus dapat diangkut oleh sungai. 2 Halaju air—Halaju air mempengaruhi jumlah dan saiz beban yang diangkut. Aliran sungai lebih deras semasa hujan lebat dan banjir membolehkan lebih banyak beban yang kasar seperti kelikir, pasir dan kelodak dapat diangkut. 3 Kecerunan alur—Kecuraman alur menyebabkan aliran yang deras di bahagian hulu berbanding bahagian pertengahan sungai. Hal ini membolehkan banyak beban yang kasar seperti batu tongkol, batu lada dan kelikir diangkut di bahagian hulu sungai. Manakala di pertengahan sungai lebih banyak pasir dan kelodak dapat diangkut. 4 Bentuk alur—Alur sungai yang lurus mempercepatkan aliran sungai dan memudahkan lebih banyak bahan diangkut. Manakala alur sungai yang berliku memperlahankan halaju dan mengurangkan tenaga sungai serta mengurangkan jumlah bahan yang diangkut. 5 Saiz bahan—Saiz bahan yang kasar seperti batu tongkol dan batu lada diangkut secara golekan di dasar sungai terutama di bahagian hulu sungai. Manakala bahan yang halus seperti tanah liat dan kelodak banyak diangkut secara ampaian di sepanjang alur sungai. 6 Jenis bahan—Jenis bahan sama ada berat atau ringan, bahan organik, bahan mudah larut dan kelodak yang ringan mempengaruhi proses pengangkutan. Bahan yang berat seperti
  • 25. batu tongkol, batu lada dan kelikir banyak diangkut sepanjang dasar sungai. Bahan yang bersaiz kecil dan ringan banyak diangkut secara ampaian. 7 Kekerasan batuan—Sungai yang mengalir di kawasan tanah liat lebih mudah mengalami hakisan dan lebih banyak muatan ampaian dapat diangkut. Sebaliknya pula, di kawasan granit yang keras dan lambat dihakis menyebabkan kadar muatan adalah sedikit. 8 Litupan tumbuhan di tebing sungai—Tebing sungai yang gondol mudah dihakis dan mengalami proses pergerakan jisim, iaitu runtuhan tebing. Proses ini akan menambahkan bekalan bahan ke dalam sungai dan seterusnya jumlah muatan yang diangkut oleh sungai. 9 Halangan—Halangan semula jadi seperti batu-batu tongkol yang besar di dasar alur dan pokok tumbang menyebabkan sebahagian bahan yang diangkut tersekat. Manakala pembinaan empangan oleh manusia yang mengawal aliran sungai bukan sahaja menghalang pengangkutan beban dasar dari hulu sungai tetapi juga mengurangkan jumlah beban yang diangkut selepas empangan. Pemendapan Sungai Pemendapan sungai bermaksud proses penimbunan atau longgokan bahan yang diangkut apabila tenaga dan halaju sungai semakin berkurangan setelah memasuki hilir sungai yang semakin landai. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemendapan Sungai 1 Isi padu air sungai berkurang kerana tiada hujan pada musim kemarau. Hal ini menyebabkan banyak pemendapan berlaku kerana tenaga potensi atau keupayaan sungai untuk mengangkut beban semakin berkurangan. 2 Halaju air berkurangan menyebabkan keupayaan sungai untuk mengangkut bahan semakin merosot menyebabkan proses pemendapan bahan berlaku di sepanjang aliran sungai. 3 Kecerunan semakin landai di bahagian hilir sungai menyebabkan graviti dan halaju sungai semakin perlahan. Hal ini menyebabkan bahan yang diangkut dimendapkan di bahagian hilir sungai. 4 Bahan muatan sungai bertambah melebihi keupayaan sungai untuk mengangkut. Pertambahan jumlah bahan pasir yang diangkut ke hilir sungai menyebabkan pemendapan banyak berlaku di sini. 5 Jenis batuan terutamanya batu lada dan kelikir yang berat dan kasar akan dimendapkan lebih awal di peringkat hulu sungai. Manakala pasir, tanah liat dan kelodak dimendapkan di bahagian hilir sungai. 6 Bentuk alur yang berliku-liku di bahagian tengah dan hilir sungai menggalakkan proses pemendapan di sebelah dalam selekoh sungai. 7 Halangan fizikal yang wujud di dasar sungai seperti batu-batu tongkol yang besar, halangan tanah runtuh dan pokok tumbang akan menyekat bahan yang diangkut di sepanjang dasar sungai. 8 Aktiviti manusia di lembah sungai seperti pembalakan, perlombongan dan pertanian menyebabkan kegondolan hutan serta peningkatan hakisan permukaan dan jumlah beban yang masuk ke dalam sungai. Hal ini akan menambahkan jumlah bekalan bahan sedimen. Bentuk Muka Bumi Hasil Pemendapan Sungai 1 Dataran banjir dan tetambak—Terbentuk di kedua-dua belah tebing sungai kerana proses pemendapan lanar selepas kejadian banjir yang berulang kali. Dataran banjir akan diliputi
  • 26. air semasa banjir. Banjir yang melimpahi tebing membawa banyak limpahan lanar seperti pasir, tanah liat dan kelodak. Apabila banjir mulai surut, bahan-bahan tadi akan dimendapkan di belakang tebing sungai dan membentuk timbunan mendapan yang memanjang selari dengan tebing sungai dipanggil tetambak semula jadi. Bahan mendapan selebihnya akan dimendapkan di kawasan jauh dari tebing sungai lalu membentuk dataran banjir yang lebih luas. 2 Beting sungai dan pulau pasir—Pemendapan lanar yang berterusan dikawasan hilirsungai akan membentuk beting sungai dan pulau-pulau pasir. Beting sungai mudah terbentuk di kawasan hilir sungai kerana bekalan mendapan pasir yang banyak, aliran sungai yang perlahan dan sungai mengalir di kawasan landai. Pulau-pulau pasir terbentuk kerana mendapat bekalan pasir, tanah liat dan kelodak yang diangkut oleh sungai dan dimendapkan di bahagian hilir sungai. Pulau-pulau pasir akan menjadi stabil apabila ditumbuhi rumput atau semak-samun. Aliran sungai kelihatan bersirat di antara pulau- pulau pasir di hilir sungai. 3 Tasik ladam—Merupakan tasik semula jadi yang terbentuk akibat likuan sungai terpisah daripada aliran sungai kerana proses pemendapan. Hakisan sungai berlaku secara giat di bahagian tebing luar liku sungai sehingga kedua-dua lengkok liku tersebut bertemu dan membentuk aliran sungai yang baharu. Manakala pemendapan bahan pula berlaku di tebing dalam liku sungai. Pemendapan yang berterusan membentuk liku sungai yang terpisah daripada aliran sungai sehingga membentuk sebuah tasik ladam. 4 Delta—Delta merupakan dataran mendap yang luas dan rata. Delta terbentuk apabila berlaku pemendapan bahan yang diangkut secara berterusan dan meluas di muara sungai yang menghadap laut Halaju air sungai berkurangan di kawasan hilir sungai kerana bertembung dengan laut. Pertembungan ini akan menggalakkan berlakunya pemendapan lanar. Pasir, tanah liat dan kelodak yang terampai di dalam sungai juga mudah mengalami pemendapan apabila bercampur dengan air masin. Perkembangan sesebuah delta bergantung kepada bekalan bahan yang banyak, pantai yang terlindung (tidak berombak besar) dan kadar pemendapan di muara sungai melebihi daripada kadar pengangkutan bahan ke laut.
  • 27. Pengaruh Bentuk Muka Bumi Hakisan dan Pemendapan Sungai terhadap Aktiviti Manusia Bentuk Muka Bumi Hakisan Sungai Aktiviti Manusia Gaung/jurang • Ekopelancongan • Aktiviti rekreasi Air terjun • Ekopelancongan • Aktiviti rekreasi • • Sumber tenaga hidro elektrik Jeram • Pelancongan • Aktiviti rekreasi Lubang periuk • Pelancongan Likuan sungai • Penyelidikan dan pembangunan (R&D) • Aktiviti rekreasi • Akuakultur Bentuk Muka Bumi Pemendapan Sungai Aktiviti Manusia Dataran banjir • Pertanian padi sawah • Perikanan dan akuakultur • Membina kawasan petempatan • Pengangkutan dan perhubungan Tetambak • Pengangkutan (pembinaan jalan raya) • Membina kawasan petempatan • Industri Kecil dan Sederhana (menjemur ikan dan menghasilkan kraf tangan) Beting sungai • Perlombongan pasir Pulau-pulau pasir • Ekopelancongan • Aktiviti rekreasi • Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Tasik ladam • Aktiviti akuakultur • Aktiviti sosial dan rekreasi (memancing)
  • 28. Delta Pertanian padi sawah Membina kawasan petempatan Akuakultur Perlombongan pasir Pengangkutan dan perhubungan Kaitan Aktiviti Manusia dengan Bentuk Muka Bumi Pemendapan Sungai 1 Pertanian—Pertanian dijalankan di kawasan delta dan dataran banjir yang subur dengan mendapan lanar. Kawasan ini menerima mendapan lanar yang subur setiap kali banjir berlaku. Contohnya seperti delta Kelantan dan dataran mendap Sungai Terengganu, Sungai Kelantan dan Sungai Pahang. Kawasan delta ditanami padi sawah dan kawasan dataran banjir ditanami jagung, keledek, tebu, tembakau dan lain-lain. 2 Petempatan manusia—Petempatan dibina di kawasan delta, dataran banjir dan lembah sungai seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kawasan ini membekalkan sumber protein (ikan), bekalan air, aktiviti pertanian (padi sawah) dan pengangkutan air. 3 Ekopelancongan dan rekreasi—Pulau merupakan bentuk muka bumi fizikal (semula jadi) yang boleh menarik pelancong untuk melakukan aktiviti rekreasi seperti berkelah, berjoging dan lain-lain. Pembinaan rumah rehat, chalet dan kemudahan rekreasi untuk pelancong seperti yang terdapat di pulau-pulau peranginan seperti Pulau Duyung dan Pulau Wan Man di Terengganu. Pelancong juga dapat melihat aktiviti ekonomi penduduk di kawasan pulau seperti membuat bot, membaiki pukat, industri kraf tangan dan lain- lain. 4 Industri Kecil dan Sederhana—Membuat batik, mengering ikan dan membuat keropok di kawasan delta dan pulau pasir. 5 Kegiatan akuakultur pula seperti menternak ikan dalam sangkar di tasik ladam, membuat kolam ternak ikan di kawasan delta dan dataran banjir. 6 Penternakan seperti lembu, kambing, ayam dan itik diternak di kawasan delta dan dataran banjir. 7 Pengangkutan seperti membina jalan raya sepanjang tetambak semula jadi dan di kawasan delta. Langkah-langkah Mengatasi Masalah Pemendapan Sungai 1. Proses pemendapan sungai boleh menyebabkan alur sungai menjadi cetek dan menjejaskan aktiviti manusia yang menggunakan pengangkutan air. Kejadian banjir juga mudah berlaku (aliran sungai mudah melimpahi tebing sungai) kerana alur sungai yang semakin cetek melambatkan aliran sungai ke laut. Masalah pemendapan sungai boleh diatasi dengan langkah-langkah berikut: (a) Meluruskan alur sungai yang berliku supaya aliran sungai bergerak lurus dan melancarkan proses pengangkutan bahan ke laut. (b) Mendalamkan dasar sungai yang cetek menggunakan jentera pengorek dan kapal korek yang menyedut mendapan pasir. Alur sungai yang dalam dapat menampung jumlah isi padu airyang banyak semasa hujan lebat dan dapat mengelakkan kejadian banjir sungai secara tiba-tiba. (c) Melebarkan sungai terutama di kawasan yang banyak mengalami pemendapan. Hal ini dapat melancarkan aliran sungai. (d) Membina tembok atau benteng konkrit di sepanjang tebing sungai. Hal ini dapat mengelakkan kejadian hakisan dan runtuhan pada bahagian tebing sungai yang
  • 29. boleh menyebabkan halangan pada aliran sungai serta berlakunya proses pemendapan. (e) Perancangan pembangunan guna tanah di kawasan lembangan saliran yang memerlukan sistem perparitan dan kawasan takungan bahan sedimen yang dapat menapis bahan mendapan daripada memasuki sungai. (f) Kuatkuasakan undang-undang dengan mengenakan denda dan hukuman terhadap individu dan syarikat yang menyebabkan pemendapan sungai. Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah dîkuatkuasakan bagi menghalang individu membuang kotoran ke dalam sungai sehingga menyebabkan aliran terganggu. (g) Kempen melalui media massa dan melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan sungai. Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah menjalankan program 'Satu Negeri Satu Sungai' bagi memastikan sungai bebas daripada sampah sarap dan bahan mendapan yang boleh menyebabkan banjir. (h) Pendidikan alam sekitar tentang pembangunan lestari, kepentingan sungai kepada kehidupan manusia dari segi ekonomi, nilai estetika dan penjagaan sungai sama ada secara formal (di sekolah dan universiti) atau tidak formal (melalui ceramah dan media). Pinggir Pantai Konsep Pantai 1 Zon pinggir pantai ialah jaluran pertemuan antara daratan dengan lautan yang merangkumi kawasan yang saling mempengaruhi (daratan dan lautan) antara satu sama lain. 2 Konsep pinggir pantai ialah kawasan pantai yang menerima pengaruh ombak. Dengan kata lain, zon pesisir merangkumi pesisir belakang, pesisir hadapan (pantai) dan perairan pinggir pantai. 3 Pantai ialah kawasan pemendapan atau longgokan bahan peroi seperti pasir yang terletak di antara aras air pasang dengan aras air surut. 4 Konsep pantai seimbang ialah pantai yang mengalami kadar hakisan dan kadar pemendapan yang seimbang atau sama.
  • 30. Ombak 1 Ombak ialah bentuk permukaan air laut yang beralun yang bergerak dari laut ke darat. Ombak terjadi kerana faktor tiupan angin dan gempa bumi dasar laut. 2 Panjang ombak ialah jarak di antara puncak ombak dengan puncak ombak yang berdekatan. Manakala tinggi ombak ialah jarak di antara puncak ombak dengan lengkung ombak. 3 Ombak pecah akan menghasilkan damparan ombak dan unduran ombak. Damparan ombak ialah hempasan air laut ke pantai, manakala unduran ombak ialah bahagian air yang mengalir semula ke laut. Proses Haldsan Ombak 1 Tindakan hidraul—Damparan ombak akan memampatkan udara dalam rekahan batuan dan menyebabkan tekanan pada rekahan batuan. Proses yang berulang ini akan menyebabkan rekahan semakin besar dan pecah. 2 GeseIan—Bahan yang dibawa oleh ombak seperti serpihan batuan, batu tongkol, batu lada dan kelikir yang bertindak melelaskan bahagian bawah tebing tinggi semasa damparan ombak dan unduran ombak 3 Lagaan—Proses ini melibatkan pelanggaran antara bahan yang diangkut oleh ombak. Proses lagaan menyebabkan batu tongkol, serpihan batuan dan batu lada menjadi semakin kecil. Hal ini memudahkan proses hakisan dan pemindahan bahan berlaku. 4 Larutan—Tindakan air laut melarutkan mineral batu kapur pada tebing tinggi pinggir laut. Tebing tinggi batu kapur, kapur dan dolomit akan dikakis secara larutan oleh air laut. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Hakisan Pinggir Pantai 1 Kekuatan tenaga ombak—Ombak besar dan bertenaga tinggi lebih berupaya menghakis pantai dan pinggir laut. Rempuhan ombak menyebabkan tindakan hidraul yang kuat pada rekahan batuan pinggir laut. Ombak tsunami mempunyai tenaga yang sangat kuat untuk menghakis dan memusnahkan pantai. 2 Ombak pemusnah—Ombak pemusnah mempunyai tenaga unduran ombak yang lebih kuat berbanding damparan ombak. Ombak pemusnah giat menghakis pinggir pantai dan mengangkut bahan pantai ke laut. 3 Arus seret—Arus seret berupaya menghakis dan mengangkut pasir pantai ke laut. Arus seret berlaku apabila ombak dari laut datang secara berturutan ke pantai menyebabkan unduran ombak terpaksa melalui bahagian bawah permukaan laut sebagai arus seret. Arus seret berupaya mengangkut pasir pantai sehingga ke kawasan zon ombak pecah. 4 Arus pesisir—Giat menghakis dan mengangkut pasir sepanjang pantai. Hakisan pantai oleh arus pesisir berlaku apabila ombak datang secara menyerong ke pantai. Damparan ombak yang serong dan unduran ombak yang lurus menyebabkan bahan pasir diangkut secara zig-zag di sepanjang pantai oleh arus pesisir. 5 Kecerunan—Kecerunan luar pantai yang curam atau kedalaman air akan menambahkan kekuatan tenaga ombak. Pantai yang curam akan mengalami hakisan yang lebih tinggi berbanding pantai yang landai. Kedalaman air menyebabkan tenaga ombak terus merempuh kawasan pantai yang curam dan mengakibatkan kadar hakisan pantai yang giat.
  • 31. 6 Bahan mendak—Bahan mendak dalam bentuk serpihan batuan yang bersegi dan tajam seperti batu tongkol, batu lada dan kelikir berupaya menghakis kaki tebing tinggi pinggir laut secara lelasan semasa damparan ombak dan unduran ombak. 7 Faktor batuan—Batuan lembut lebih mudah dihakis secara lelasan. Batuan keras seperti granit yang banyak rekahan pula mengalami tindakan hakisan secara hidraul apabila ombak merempuh tebing tinggi. Mampatan udara dalam rekahan semasa damparan ombak menyebabkan rekahan semakin luas dan pecah. Manakala di kawasan batu kapur hakisan berlaku secara larutan oleh air laut. 8 Orientasi pantai—Kedudukan pantai yang menghadap atau terdedah secara langsung kepada ombak akan menerima ombak bertenaga tinggi. Ombak bertenaga tinggi lebih berupaya melakukan hakisan pantai. Manakala kedudukan pantai yang terlindung oleh pulau-pulau atau terletak di kawasan teluk hanya menerima ombak bertenaga rendah. Bentuk Muka Bumi Hasil Hakisan Ombak 1 Tebing tinggi—Merupakan cenuram atau tebing tinggi berbatu yang menghadap laut. Hakisan ombak secara hidraul dan lelasan berlaku di bahagian kaki cerun. Hal ini mewujudkan kesan 'takikan' (torehan) pada bahagian kaki cerun sehingga mewujudkan bahagian cerun yang tergantung. Hakisan ombak yang berterusan menyebabkan bahagian cerun yang tergantung akan mengalami runtuhan (pergerakan jisim) dan membentuk tebing tinggi yang hampir tegak. 2 Pentas hakisan ombak—Proses pengunduran tebing tinggi secara berterusan oleh hakisan ombak akan membentuk pentas hakisan ombak atau pentas lelasan ombak. Hakisan ombak secara lelasan bertindak di antara aras air pasang dengan aras air surut menyebabkan pentas hakisan ombak menjadi semakin luas. 3 Gua laut, gerbang laut, batu tunggul dan tunggul sisa—Gua laut terbentuk akibat hakisan ombak secara hidraul terhadap tebing tinggi yang banyak rekahan. Tindakan hidraul akan meluaskan lagi rekahan dan akhirnya membentuk gua di kaki tebing tinggi. Gerbang laut terbentuk apabila tindakan hidraul menyebabkan dua buah gua yang terletak bertentangan di tanjung tebing tinggi. Batu tunggul dan tunggul Sisa terbentuk akibat runtuhan bumbung gerbang laut yang mengalami luluhawa dan hakisan ombak Hakisan ombak secara berterusan akan membentuk tunggul Sisa yang hanya kelihatan semasa air surut
  • 32. 4 Tanjung dan teluk—Tanjung dan teluk terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan jenis keras dan lembut secara berselang-seli menghadap laut. Tanjung ialah tebing tinggi berbatu keras yang menganjur ke laut kerana sukar mengalami hakisan oleh ombak. Manakala teluk terdiri daripada batuan lembut atau pasir yang lebih mudah dihakis oleh ombak dan melengkok ke daratan. Cara Pengangkutan Bahan Pantai 1 Hanyutan pesisir pantai—Terdiri daripada bahan seperti kelikir, pasir dan kelodak yang diangkut di sepanjang pantai secara zig-zag oleh arus pesisir (arus sepanjang pantai). Bahan yang diangkut bergerak selari dengan pantai. 2 Golekan—Bahan yang berat, bersaiz kasar dan berbentuk bulat seperti batu lada dan kelikir diangkut secara golekan atau gulingan oleh damparan ombak dan unduran ombak. 3 Seretan—Bahan yang bersaiz sederhana dan berbentuk leper seperti serpihan batuan akan diangkut secara seretan ke atas pantai oleh damparan ombak dan menuruni pantai oleh unduran ombak. 4 Ampaian—Bahan yang lebih ringan dan halus seperti kelodak dan lumpur diangkut dengan mudah secara ampaian oleh ombak Faktor-faktor yang Mempengaruhi Proses Pengangkutan Bahan di Pinggir Pantai 1 Kekuatan tenaga ombak—Semakin kuat tenaga ombak semakin tinggi kadar pengangkutan. Ombak bertenaga tinggi dan ombak besar tsunami lebih berupaya melakukan pengangkutan bahan yang bersaiz kasar seperti batu lada dan kelikir.
  • 33. Manakala ombak yang lemah hanya berupaya mengangkut bahan yang halus secara ampaian seperti kelodak dan lumpur. 2 Arus—Arus pesisir mengangkut bahan pasir sepanjang pantai. Bahan atau hanyutan pesisir pantai seperti kelikir dan pasir diangkut secara zig-zag di sepanjang pantai. Arus seret pula berupaya mengangkut bahan pasir dari pantai ke laut sehingga ke kawasan zon ombak pecah. 3 Jenis ombak—Damparan ombak mengangkut bahan dari laut ke pantai. Unduran ombak pula mengangkut bahan menuruni pantai ke laut. Kadar pengangkutan bahan bergantung kepada jenis ombak. Ombak pembina mempunyai tenaga damparan ombak lebih kuat berbanding unduran ombak. Oleh itu, lebih banyak bahan diangkut ke pantai. Ombak pemusnah pula mempunyai tenaga unduran ombak lebih kuat berbanding damparan ombak. Oleh itu, lebih banyak bahan diangkut semula ke luar pantai atau ke laut. 4 Pasang-surut—Proses pengangkutan bahan di pinggir pantai berlaku di antara aras air pasang dengan aras air surut. Semakin besar perbezaan aras air pasang dengan aras air surut akan menyebabkan semakin banyak jumlah bahan yang dapat diangkut. 5 Cerun—Semakin curam cerun semakin tinggi kadar pengangkutan. Pantai yang bercerun curam akan memudahkan bahan diangkut menuruni pantai (pengaruh graviti). Kawasan cerun pantai yang landai mengurangkan tenaga ombak untuk mengangkut bahan. 6 Halangan—Halangan tumbuhan pantai seperti pokok bakau akan mengurangkan kadar pengangkutan bahan. Akar pokok bakau dapat menahan dan memerangkap bahan yang di bawa Oleh ombak. Sebaliknya, pantai yang gondol atau tiada tumbuhan akan meningkatkan hakisan pantai dan pengangkutan bahan. 7 Orientasi pantai—Pantai yang lurus dan menghadap laut secara langsung akan meningkatkan kadar pengangkutan bahan. Pantai yang terlindung Oleh pulau-pulau atau pantai di kawasan teluk hanya menerima ombak bertenaga rendah. Hal ini mengurangkan kadar pengangkutan bahan. 8 Saiz bahan—Bahan yang halus dan ringan seperti kelodak dan lumpur lebih mudah diangkut secara ampaian. Bahan yang kasar seperti batu lada dan kelikir memerlukan tenaga ombak dan arus yang kuat untuk digerakkan. 9 Jenis bahan dan bentuk bahan—Jenis bahan yang berat dan berbentuk bulat seperti batu tongkol, batu lada dan kelikir akan diangkut secara golekan. Manakala bahan yang berbentuk leper akan diangkut secara seretan oleh ombak dan arus. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Proses Pemendapan di Zon Pesisir 1 Tenaga ombak lemah—Tenaga ombak dari laut menjadi lemah apabila memasuki kawasan air cetek atau bertembung dengan aliran sungai. Hal ini menyebabkan bahan yang dibawa akan dimendapkan. 2 Arus pesisir—Arus pesisir yang membawa bahan sepanjang pantai akan kehilangan tenaga apabila tiba di kawasan teluk dan muara sungai. Bahan yang diangkut akan dimendapkan sehingga membentuk anak tanjung. 3 Jenis ombak—Ombak pembina mempunyai tenaga damparan ombak lebih kuat berbanding unduran ombak. Hal ini menyebabkan lebih banyak bahan dimendapkan di pantai. 4 Kecerunan pantai yang landai—Tenaga ombak menjadi lemah apabila memasuki kawasan cerun pantai yang landai atau memasuki kawasan air cetek. Ombak mulai kehilangan tenaga apabila mengalami geseran dengan cerun pantai yang landai dan mula memendapkan bahan.
  • 34. 5 Pokok bakau—Pokok bakau mengurangkan tenaga ombak yang sampai ke pantai dan menggalakkan pemendapan bahan. Akar pokok bakau yang berbentuk jangkang dapat menghalang dan memerangkap pasir dan kelodak daripada dibawa oleh ombak. 6 Orientasi pantai—Pantai yang berteluk akan menerima ombak yang bertenaga rendah. Hal ini menyebabkan proses pemendapan berlaku di pantai yang berteluk dan terlindungw 7 Halangan semula jadi—Halangan semula jadi seperti pulau menyebabkan pemendapan berlaku di bahagian belakang pulau yang terlindung daripada tindakan ombak dari laut. Bahan pemendapan di bahagian belakang pulau yang bersambung dengan daratan berdekatan boleh membentuk beting penghubung (tombolo). Pantai yang terlindung oleh pulau-pulau juga hanya menerima ombak bertenaga rendah dan menyebabkan pemendapan. 8 Jenis dan saiz bahan mendak—Bahan yang berat dan bersaiz kasar seperti batu tongkol dan batu lada akan dimendapkan lebih awal apabila tenaga ombak mulai lemah. Bahan yang kecil senang dibawa ke pantai. 9 Bahan muatan—Bahan muatan yang banyak mempengaruhi pemendapan yang tinggi. Bahan muatan yang banyak dibawa oleh aliran sungai dari daratan dan oleh ombak dari laut. 10 Orientasi pantai—Orientasi pantai yang terlindung oleh pulau-pulau akan mengurangkan tenaga ombak yang sampai ke pantai. Hal ini menggalakkan proses pemendapan berlaku di pantai yang terlindung yang menerima ombak bertenaga rendah atau lemah. 11 Angin—Angin dapat mengangkut pasir pantai yang halus, kering dan ringan. Bahan yang diangkut akan dimendapkan di bahagian belakang pantai apabila halaju dan tenaga angin mulai lemah. Pemendapan bahan ini akan membentuk bukit-bukit pasir. 12 Tindakan manusia—Pengekalan dan penghutanan semula pokok bakau akan menggalakkan proses pemendapan di pinggir pantai oleh akar pokok bakau yang memerangkap bahan. Pembinaan groin akan menghalang bahan pasir daripada diangkut oleh arus pesisir. Hal ini menyebabkan berlakunya pemendapan pasir sehingga membentuk pantai yang melebar. Proses Pemendapan Ombak Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemendapan Ombak Faktor Fizikal 1 Kekuatan dan jenis ombak—Ombak pembina mempunyai kuasa damparan ombak yang lebih kuat berbanding unduran ombak. Oleh itu, ombak pembina banyak menimbunkan pasir dan kelikir di pantai serta dapat membentuk pantai yang landai. Manakala ombak pemusnah pula, mempunyai kuasa unduran ombak yang lebih kuat berbanding damparan ombak. Ombak pemusnah yang mengangkut pasir dan kelikir ke luar pantai membentuk pantai yang curam. 2 Bekalan bahan—Bahan sedimen yang banyak menyebabkan banyak pemendapan di pantai dan membentuk pantai yang landai. Sebaliknya kekurangan bekalan bahan sedimen akan menyebabkan hakisan pantai dan terbentuknya profil pantai yang curam. 3 Saiz bahan—Pantai pasir yang halus adalah lebih landai berbanding pantai kelikir yang kasar. Ombak yang melalui pantai pasir yang landai akan cepat mengalami kehilangan tenaga kerana bergeser dengan dasar pantai. Hal ini menggalakkan proses pemendapan berlaku dan keadaan ini membentuk pantai pasir yang landai. Pantai kelikir yang kasar
  • 35. pula adalah curam kerana banyak bahan yang dilonggokkan di bahagian atas pantai tidak dapat diangkut semula ke laut oleh unduran ombak. 4 Kewujudan arus seretan—Arus seretan yang mengangkut pasir ke luar pantai juga membentuk pantai yang curam. Arus seretan dapat mengangkut bahan ke luar pantai sehingga ke zon ombak pecah. 5 Perbezaan pasang surut—Perbezaan air pasang surut yang besar menyebabkan terhasilnya profil pantai yang lebih landai dan lebar. Manakala perbezaan pasang-surut yang kecil menghasilkan pantai yang curam. 6 Orientasi pantai—Kedudukan pantai sama ada terlindung oleh pulau-pulau atau menghadap lautan yang luas mempengaruhi profil pantai. Pantai yang menghadap lautan yang luas atau terdedah kepada ombak secara langsung lebih mudah mengalami hakisan dan membentuk profil pantai yang curam. Sebagai contoh, pantai yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia yang menghadap Laut China Selatan menerima ombak bertenaga tinggi. Manakala pantai yang terlindung oleh pulau-pulau adalah lebih landai kerana menerima ombak yang bertenaga rendah. 7 Faktor tumbuhan tutup bumi—Pantai yang terdapat di hutan bakau adalah lebih landai daripada kawasan pantai yang tiada tumbuhan. Akar pokok bakau dapat mengurangkan tenaga ombak yang sampai ke pantai dan dapat mengurangkan hakisan pantai oleh unduran ombak. Akar pokok bakau juga dapat memerangkap pasir dan kelodak semasa unduran ombak. Hal ini menggalakkan proses pemendapan pantai dan pembentukan profil pantai yang landai. Faktor Manusia 1 Pengorekan dan perlombongan pasir pantai menyebabkan pantai semakin curam dan mudah terhakis. 2 Pembalakan atau penebangan pokok bakau menyebabkan pantai terhakis dan curam. 3 Kegiatan tebus guna melalui penambakan laut melindungi pantai daripada hakisan. 4 Pemupukan pasir pantai, iaitu penimbunan pasir pantai yang disedut dari laut akan membentuk pantai yang lebih landai dan luas. 5 Pembinaan tembok pemecah ombak—pantai yang terlindung oleh pemecah ombak menyebabkan pemendapan bahan. 6 Pembinaan groin dapat mengelakkan hakisan pantai oleh arus pesisir. Bahagian pantai yang banyak menerima bahan pemendapan pasir menjadi semakin lebar. 7 Penghutanan semula pokok bakau menggalakkan semula proses pemendapan ombak yang menyebabkan pantai menjadi semakin luas dan landai. Faktor-faktor yang Menyebabkan Hakisan Pantai Faktor Fizikal 1 Ombak pemusnah menyebabkan pantai mengalami hakisan. Ombak pemusnah juga mempunyai tenaga unduran ombak yang kuat. Hal ini menyebabkan lebih banyak bahan pantai yang dihakis serta diangkut ke laut. 2 Kekurangan bekalan bahan akan menyebabkan pantai semakin terhakis. Bekalan bahan seperti pasir biasanya diterima dari daratan (diangkut dari hulu sungai ke pantai) dan bahan yang dibawa oleh ombak dari laut. 3 Pantai yang terdedah kepada lautan yang luas akan menerima ombak bertenaga tinggi. Ombak bertenaga tinggi lebih giat melakukan hakisan pantai.
  • 36. 4 Arus seretan terjadi apabila ombak datang secara berturutan dari laut menyebabkan unduran ombak terpaksa melalui bahagian dasar atau bawah permukaan sebagai arus seret. Arus seret berupaya mengangkut pasir pantai ke laut sehingga sampai ke zon ombak pecah. 5 Kecerunan luar pantai yang curam serta kedalaman air akan menyebabkan ombak bertenaga tinggi terus sampai ke pantai dan lebih giat menghakis pantai. Faktor Manusia 1 Perlombongan atau pengambilan pasir pantai akan mengurangkan bekalan bahan pasir. Hal ini akan menyebabkan pantai semakin terhakis dan curam. Kawasan luar pantai yang curam dan berair akan meningkatkan tenaga ombak menghakis pantai. 2 Penebangan hutan bakau sepanjang pantai menyebabkan pantai terdedah secara langsung kepada hakisan ombak dan peningkatan hakisan pantai. 3 Pembinaan tempat peranginan dan hotel berhampiran pantai menyebabkan kemusnahan hutan bakau dan seterusnya mengakibatkan hakisan pantai. II Langkah-langkah Mengatasi Hakisan Pantai 1 Tembok laut atau benteng laut—Tembok laut dibina di bahagian atas pantai untuk mengatasi hakisan pantai oleh ombak terutama semasa air laut pasang. Tembok laut dibina dari konkrit atau bongkah-bongkah batuan granit yang besar untuk menghalang hakisan ombak. Benteng laut dibina di sesetengah pantai di Port Dickson dan Pantai Mersing. 2 Benteng pemecah ombak—Benteng pemecah ombak dibina di dalam laut berhampiran dengan pani Pemecah ombak dapat menghalang atau mengurangkan tenaga ombak yang sampai ke pantai. Ombak ya melanggar pemecah ombak akan terbias dan menjadi lemah. Pantai yang terletak di belakang pemecah omb tidak mengalami hakisan, sebaliknya banyak menerima bahan mendapan.
  • 37. 3 Pembinaan groin—Groin dibina dari pantai menganjur ke laut untuk mengatasi masalah hakisan pantai 01 arus pesisir. Pembinaan groin biasanya menggunakan konkrit atau timbunan bongkah-bongkah batuan. Gr ini dapat menghalang bahan seperti pasir yang diangkut oleh arus pesisir. Pemendapan pasir akan berlaku bahagian hadapan groin dan mewujudkan pantai yang semakin melebar. Manakala bahagian belakang gr yang kurang menerima bekalan bahan mewujudkan pantai yang sempit. Contohnya, groin yang terdapat Pantai Sabak, Kota Bharu. 4 Pengekalan dan penanaman semula pokok bakau di sepanjang pantai. Akar pokok bakau dapat menghalang dan memerangkap bahan pasir dan kelodak dari di angkut oleh unduran ombak. 5 Pasir dari dasar laut atau pantai berdekatan disedut dengan menggunakan kapal korek dan ditimbunkan di atas pantai yang mengalami hakisan. Proses ini dinamakan pemupukan pasir pantai. 6 Penambakan laut—Kawasan pinggir pantai ditimbus hingga ke dalam laut dengan tanah dan bongkah-bongkah batuan atau dinding konkrit. Pengaruh Bentuk Muka Bumi Hakisan dan Pemendapan Pantai terhadap Aktiviti Manusia
  • 38. Bentuk Muka Bumi Hakisan Ombak Aktivltl Manusła Tebing tinggi Aktiviti rekreasi dan pelancongan Pentas hakisan ombak Aktiviti rekreasi dan pelancongan Gua laut Aktiviti rekreasi, penerokaan, penyelidikan dan pembangunan Gerbang laut dan batu tunggul Pelancongan, penggambaran filem dan aktiviti rekreasi Tanjung tinggi Pembinaan rumah api untuk panduan arah kepada nelayan Teluk Pelancongan, aktiviti rekreasi, tempat perkelahan dan pelabuhan perikanan Bentuk Muka Bumi Pemendapan Ombak Dan Arus Aktiviti Manusia Pantai (pantai pasir dan pantai berlumpur) • Pantai pasir—Pelancongan (berjemur) dan aktiviti rekreasi (sukan pantai, berjoging, memancing, bermain wau), perlombongan pasir dan sebagainya • Pantai berlumpur—Perikanan dan akuakultur Beting pasir Perlombongan pasir dan aktiviti rekreasi (memancing) Tombolo Jalan perhubungan, pelancongan, membina pusat peranginan dan petempatan Anak tanjung Perikanan (tempat menyimpan bot di belakang anak tanjung), pelancongan dan aktiviti rekreasi seperti memancing Delta Aktiviti pertanian dan aktiviti pengangkutan Permatang Petempatan dan aktiviti pengangkutan Lagun Aktiviti pelancongan dan penternakan ikan Kaitan Sistem Geomorfologi dengan Manusia Pengenalan 1 Manusia menggunakan sistem fizikal untuk keperluan kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, sistem geomorfologi mempunyai potensi dan kaitan dengan kehidupan manusia dalam bidang pertanian, perlombongan, pembalakan, perikanan, petempatan, pelancongan, pengangkutan dan perindustrian. 2 Berikut ialah kepentingan sistem geomorfologi kepada kehidupan manusia: Sistem Geomorfologi Aktiviti manusia Kawasan tanah tinggi • Aktiviti pertanian dijalankan di lereng bukit yang mengalami suhu berhawa sederhana (18 0 C) seperti di Kundasang, Sabah dan Tanah Tinggi Cameron.
  • 39. Tanaman utama yang ditanam ialah teh, sayur-sayuran, bunga-bungaan dan buah-buahan. • Hidupan flora dan fauna yang unik telah menarik minat pelancong untuk melancong ke tempat-tempat tertentu seperti Tanah Tinggi Cameron dan Gunung Kinabalu. Bukit batu kapur seperti Gua Niah dan Gua Mulu, Sarawak dan tebing tinggi Kilim GeoPark di Pulau Langkawi telah menarik pelancong untuk melancong ke tempat tersebut. Aktiviti pembalakan juga dijalankan di kawasan tanah tinggi yang kurang daripada 1 000 m seperti di Pahang dan Sabah. • Aktiviti perlombongan kuari juga dijalankan di kawasan bukit batu granit dan batu kapur untuk industri pembinaan. Kawasan tanah pamah • Aktiviti pertanian di kawasan tanah pamah dan lembah sungai ditanami dengan padi, sayur-sayuran dan buah- buahan. • Kawasan petempatan, perindustrian dan pengangkutan seperti jalan raya dan landasan kereta api sesuai dibina di kawasan tanah pamah kerana kawasannya yang rata. Kawasan sungai • Kawasan pertanian dapat disalirkan dengan bekalan air sungai terutamanya kawasan tanaman padi dan sebagainya. • Sungai dijadikan sebagai jalan pengangkutan air seperti bot penumpang dan sebagainya. Sungai juga berfungsi untuk menghanyutkan kayu balak • Aktiviti rekreasi berkaitan dengan sungai juga boleh dilakukan seperti aktiviti berkelah, memancing ikan, berkayak dan aktiviti sukan air yang lain. • Penternakan ikan dalam sangkar atau akuakultur juga dijalankan di sungai. • Sungai juga dijadikan sumber bekalan air domestik bagi penduduk setempat dan kawasan perindustrian. Kawasan pantai • Pantai berpasir putih menjadi tarikan utama pelancong untuk melancong di kawasan pantai tersebut. • Aktiviti rekreasi juga dilakukan di pantai seperti aktiviti sukan air, bermain layang-layang dan memancing ikan. • Aktiviti perlombongan pasir juga dijalankan untuk sektor pembinaan dan perindustrian. • Produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) turut dijalankan di pinggir pantai seperti menjemur ikan masin dan membuat belacan. Kawasan gunung berapi • Aktiviti pertanian giat dijalankan di lereng gunung berapi kerana tanah lava bes amat sesuai dan subur untuk pertanian. Contohnya seperti di Pulau Jawa, Indonesia. • • Kawasan gunung berapi juga dijadikan sebagai tempat pelancongan kerana mempunyai panorama yang menarik seperti tasik kawah di Danau Toba, Sumatera.
  • 40. 3 Sistem geomorfologi juga menjadi halangan dan bencana kepada kehidupan manusia. Kawasan tanah tinggi dan gunung telah menyukarkan pembinaan jalan perhubungan kerana memerlukan kos dan teknologi yang tinggi. Manakala aktiviti gunung berapi dan kejadian gempa bumi menyebabkan kemusnahan kawasan petempatan, gangguan aktiviti ekonomi dan kematian penduduk kawasan sekitar.