SlideShare a Scribd company logo
LAPORAN KEM UKUR 2015
KUMPULAN 6
NamaPensyarah:
Prof Wan Abdul Aziz
Puan Nor Suhada Azid
Dr Rozaimi Che Hassan
Cik Fazlina Aini Mohd Lehan
Nama No IC No KadMatrik
Muhd Nadhir Bin
Sulaiman
950116-10-6691 A13DP0787
Muhamad Hafiz Bin
Noorulashikin
940326-01-6791 A12DP1296
Andreas Wylnada Anak
Thomas
950114-13-6097 A13DP0155
Mohamad Nuur Aiman
Bin Samsudin
950401-05-5117 A13DP0568
Nuraimi Zafirah Binti
Abdul Hussin
950419-12-6470 A13DP1057
Siti Noor Qurratuaini
Binti Habir
950906-06-5484 A13DP1252
PENGENALAN
Kami daripada 2DDPL dan kami merupakan kumpulan 6 yang terdiri daripada 6
orang ahli kumpulan. Pada 30 Mac 2015 telah bermulanya kem ukur di Kuala Linggi,
Melaka sehingga 10 April 2015. Kami telah disertakan dengan jadual bagi pengisian kerja-
kerja pengukuran kami disini. Pada 30 Mac, kami telah diberikan pelan sebagai rujukan
bagi tempat pengukuran kami untuk memulakan kerja. Bermula 31 Mac dan 1 April kami
telah menyiapkan kerja ukur kadester di tempat yang diberikan. Pelan akui kami lot
bernombor 451 dan 452.
KAEDAH PENGUKURAN
(1) Kami mencari batu-batu sempadan untuk menentukan Datum yang telah dipastikan
sama ada daripada dua batu sempadan serta cerapan matahari atau tiga batu sempadan
untuk digunakan.
(2) Langkah seterusnya, kami mencari semua batu-batu sempadan.
(3) Selepas kami memastikan Datum yang dapat digunakan, kami terus memulakan
pengukuran dengan pengukuran terabas.
(4) DirikanAlat:
 Dirikan kaki tiga untuk alat di stesen yang telah dipilih untuk
memulakan cerapan.
 Dirikan kaki tiga untuk prisma di kedua stesen berikutnya untuk
stesen rujukan dan stesen cerapan.
 Cerapan akan dimulakan apabila alat yang didirikan dalam
kedudukan yang baik seperti ‘centering’ yang tepat
 Cerapan akan berterusan dengan seboleh-bolehnya menduduki batu
sempadan sebagai stesen.
 Langkah-langkah ini akan berterusan dan diulang sehingga terabas
terbentuk.
PEMPROSESAN DATA
-Semasa proses pencerapan data, kami menggunakan total station bagi mendapatkan bacaan
bearing dan jarak.
-Di lapangan kami membukukan data kedalam buku kerjaluar yang telah disediakan.
-Selepas kami memastikan tikaian bearing ditutup dengan baik, kami teruskan dengan
mengira latit dan dipat dan tikaian lurus agar pengukuran terabas kami dapat digunakan.
-Kami memasukkan data kami ke dalam autocad untuk mendapatkan hasil lukisan terabas
kami.
-Selain itu, kami juga mengira tanam pastian untuk mengetahui nilai yang beranjak dari
batu sempadan yang sebenar daripada piket yang baru ditanam dan sebagainya.
PERMASAALAHAN YANG DIHADAPI
Sepanjang perlaksanaan pengukuran kadaster, masalah pertama kami ialah proses
permulaannya iaitu mencari batu-batu sempadan. Ini kerana sebelum ini kami belum
pernah didedahkan dengan kerja-kerja praktikal dalam mencari batu-batu sempadan di
lapangan dan hanya dalam teori sahaja. Selain itu, praktikal yang kami jalankan adalah
tidak menggunakan batu-batu sempadan yang telah sedia ada semasa di kampus. Kami juga
kurang memahami prinsip ukur kadaster iaitu dengan memanjangkan garisan yang pendek.
Setelah mendapat penerangan daripada penyelia dan pensyarah yang lain, kami makin
memahami dan dapat melaksanakan tugas kami.
PENUTUP
Alhamdulillah kami dapat menjalankan pengukuran kadaster dalam dua hari yang
telah dijadualkan. Apa yang kami telah dapat dalam kem ukur ini ialah pembelajaran secara
praktikal yang sangat berkesan yang menggunakan semua teori yang kami pelajari bermula
daripada proses mendapatkan data sehinggalah memproses data serta menghasilkan pelan
kadaster.
Kami amat berterima kasih kepada penyelia-penyelia dan pensyarah serta urusetia
yang mengadakan Kem Ukur dan memberi tunjuk ajar yang sangat baik sehingga kami
benar-benar memahami skop kerja Ukur Tanah.
LAMPIRAN
UKUR
KEJURUTERAAN
PENGUKURAN TERABAS KEJURUTERAAN
Pada 2 April 2015 bersamaan dengan hari khamis, kami telah ditugaskan untuk
memulakan pengukuran terabas kejuruteraan setelah menyiapkan pengukuran kadaster pada
hari sebelumnya. Kami diberikan masa hanya 2 hari untuk menjalankan setiap satu kerja yg
diarahkan. Kami melakukan pecahan kerja dimana hanya 3 orang melakukan kerja terabas
dan 3 orang lagi melakukan kerja ukur aras bagi menjimatkan masa yang digunakan dan
memastikan kerja pengukuran ini dijalankan secara efisien dan berjalan dengan jayanya.
Seawal 8 pagi kami telah bersiap sedia untuk ke kawasan pengukuran. Dengan
kemudahan yang disediakan, kami telah dihantar ketapak ukuran menggunakan van UTM
yang dipandu oleh En. Zizan. Setibanya di sana, kami melakukan sedikit perbincangan
supaya kerja yang kami lakukan pada hari itu lebih sistematik dan terancang. Perancangan
menanam piket stesen terabas dan penggunaan batu sempadan dimulakan. Seterusnya, kami
menanam piket di kawasan yang sesuai dan memilih batu sempadan yang sesuai digunakan.
Kami terus mendirikan kaki tiga dan memulakan pengukuran terabas kejuruteraan
kemudiannya.
Terdapat 8 stesen yang telah kami dirikan dan proses pengukuran yang kami
lakukan berjalan dengan lancar. Kami bertukar-tukar melakukan kerja iaitu yang mencerap,
membantu mendirikan kaki tiga dan perekod masuk data-data pengukuran kedalam buku
kerjaluar yg telah disediakan.
Setelah selesai menerabas kawasan, kami terus melakukan pengiraan bersama-sama
dibawah pohon rambutan. Setelah mengira purata, bearing muktamad, latit dan dipat,
akhirnya kami mendapati tikaian bearing kami mempunyai selisih 01" dan tikaian lurus
pada 1 : 44 000.
PENGUKURAN TAKIMETRI
Setelah selasai melakukan terabas, kami terus melakukan pengukuran takimetri di
kawasan lapangan meliputi kawasan terabas yang telah dicerap. Proses ini merangkumi
hanya pada dua stesen kerana pada stesen lain pandangan terbatas dan tidak mempuyai
butiran yg banyak. Kami telah ditetapkan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 50
butiran.
Segala butiran yg nyata telah kami rekod kedalam total station dan secara manual di
atas buku kerjaluar. Butiran-butiran yang di rekod adalah seperti pokok, bucu bangunan
seperti bucu rumah, tiang elekrik, paip, dan sebagainya. Berikut merupakan butiran lanjut
mengenai Takimetri yang dijalankan.
1. Mula-mula sekali kami menukar interface sistem total station tersebut kerana
kami mendapati tiada sistem 'REC' (rekod) dan 'MEM'(memori) pada total
station tersebut.
2. Dengan menekan butang CONF(configure) kami memilih butang (3.key select).
3. Seterusnya menekan butang (1.define) dan kemudiannya (2.Theodolite key)
4. Menukar interface dengan menukar button mengikut page.
5. Kemudiannya bolehlah memulakan kerja menandakan butiran tekimetri
menggunakan total station
6. Dengan menekan Butang MEM (memory), boleh memilih memory code untuk
mengeset kod tekimetri, memilih memory job untukmemilih Job mana yang
ingindiset data butirankemudiannya.
7. Seterusnya, dengan menekan butang REC(record), setkan stn_p sebagai stesen
tempat pencerap bersama alat berada dan menggunakn V,H sebagai bearing
rujukan.
8. Untuk memulakan penandaan dan rekod butiran, gunakan S,V,H untuk merekod
data.
9. Edit Butiran mengenai butiran tersebut seperti menggunakan kod untuk
menandakan butiran (PKK, TG, BGN, LKG) dan sebagainya.
10. Teruskan pengukuran menggunakan kaedah yang sama bagi setiap butiran
tekimetri yang diambil.
PENGUKURAN UKUR ARAS
Pada 4 Februari 2015, kami daripada kumpulan 6 bersiap sedia untuk memulakan
kerja kejuruteraan. Kami bahagi kumpulan kami kepada 2. Satu kumpulan melakukan Ukur
Kejuruteraan Terabas manakala lagi satu iaitu terdiri daripada Nuraimi, Andreas dan Hafiz
melakukan Ukur Kejuruteraan Aras.
Pada pagi itu, setelah bersarapan, kami kumpulkan peralatan ukur dan letak di
dalam van shuttle yang akan membawa kami di kawasan permulaan. 15min kemudian
setelah semua orang bersiap sedia, van yang dikendalikan oleh En.Zizan, kami terus
bertolak.
Batu aras tersebut terletak di Balai Polis Kuala Linggi yang lebih kurang 5KM dari
kawasan site kumpulan kami. Setelah sampai, dengan tidak buang masa, kami terus set-up
alat dan memula kerja. Kami memulakan kerja dengan mengambil bacaan staf bermula
daripada batu sempadan yang diketahui nilainya. Kami mendapatkan nilai batu sempadan
tersebut daripada pensyarah.
Memulakan dengan kerja dengan membaca pandangan belakang dengan 25 langkah
dari batu aras ke alat aras dan lagi 25 langkah kepandangan hadapan. Setiap pandangan
hadapan dan belakang di semburkan cat merah bagi menanda untuk memudahkan kerja
ketika patah balik dan jika ada bahagian yang hendak di ulang semula. Kami mengulang
langkah yang sama sehingga mencapai 8 stesen untuk membuat satu loop. Selepas itu, kami
menutup loop dengan mengukur ke batu aras semula.
Namun begitu, loop kami tidak mencapai selisih yang dibenarkan iaitu 1.22 dan
selisih dibenarkan ialah 0.09 . Oleh itu kami terpaksa melakukan semua sekali lagi. Nasib
menyebelahi kami, kiraan selisih untuk kali kedua lepas dengan nilai 0.011 manakala
selisih dibenarkan ialah 0.020. Kami sambung melakukan loop kedua dengan langkah dan
cara yang sama.
Loop kedua kiraan kami closed dengan nilai 0.02 dan selisih dibenarkan juga ialah
0.02 . Kami berhenti dengan 2 loop sahaja kerana telah sampai di kawasan kami. Setelah
rehat pendek selama 10min, kami terus memulakan ukur aras untuk kawasan kami.
Dengan mengunakan batu sempadan serta piket yang sedia ada dari ukur terabas,
kami mengunakan titik tersebut untuk mengambil data aras mengenai ketinggian titik
tersebut. Terdapat 12 stesen semuanya dan kami siap mengukur dalam 45 minit. Kami
bermula dan mengakhiri kerja kami di hujung loop kedua.Setelah selesai semua kerja, kami
mengemas alat-alat ukur dan balik ketempat penginapan untuk meneruskan kerja iaitu
membuatpembukuan.
KERJA UKUR JALAN (CHAINNAGE)
5/4/2015 Kampung Nelayan Kuala Linggi - Kami bangun dan bersiap diri untuk
mendengar “briefing” oleh Tuan Rozaimi berkaitan melakukan Kerja Ukur Jalan
(Chainnage). Setelah selesai briefing dan memastikan semua anggota kumpulan memahami
langkah-langkah gerak kerja, kami menaiki van shuttle Encik Zizan dan terus ke kawasan
kerja.
Kami memulakan kerja dengan menanda jarak jalan, yang harus mendapat minima
100m di kawasan kerja tersebut. Oleh kerana kami tidak mahu menukar stesen, kami
memilih untuk mnyambung jalan dan membuat simpang. Setelah ditanda kami mulakan
kerja dengan men”set-upkan” alat total station. Pertama sekali kami set Station P, Northing
, Easting dan tinggi alat laras.
Setelah selesai langkah tersebut, kami menentukan reference object kami dan
tentukan bearingnya serta hold bearing itu mengunakan Total Station. Sementara bahagian
Total Station sedang disetkan, seterusnya ahli lain terus membuat pengukur dan menanda
titik tanda di atas jalan.
Setiap bahagian jalan akan dibahagikan kepada 10m antara satu sama lain, dan akan
ada 10 bahagian kesemuanya. Selepas itu, di setiap bahagian, kami harus mendapatkan
tengah jalan garisan sebagai ofset. Ini boleh didapati dengan mengira total lebar jalan itu
dan bahagi dengan dua. Setelah mendapat bahagian tengah jalan, kami meneruskan kerja
dengan menanda bahu jalan yang boleh dikira dengan menarik pita ukur dari tengah jalan
kehujung jalan. Akhir sekali ialah menanda ofset jalan dengan menarik pita ukur dari
tengah jalan sehingga 5 meter dari bahu jalan kiri dan kanan serta tandanya. Jikalau ada
halangan maka tidak semestinya harus mendapat jarak perbezaan 5 meter. Langkah diulang
sehingga menanda kesemua bahagian garisan jalan.
Setelah selesai penandaan setiap kawasan, barulah kami boleh mengira koordinat.
Ini didapati dengan release HOLD di bearing RO dan menarik ke tanda-tanda di garisan
jalan yang akan didirikan pole-prisma bagi mencari koordinat tanda tersebut. Secara am,
tiada permasalahan sepanjang mengambil data korrdinat setiap tanda, ini kerana jalan yang
kami pilih tiada apa-apa halangan besar seperti pokok-pokok yang menghalang bacaan
Total Station ke Prisma. Kecuali permasalahan teknikal seperti bateri habis yang
melambatkan proses gerak kerja kami kerana terpaksa set bearing RO dan Total Station
semula.
Setelah selesai pengambilan data, kami mengumpul semua barang dan bersiap sedia
untuk pulang kepenginapan untuk mengira dan melakar koordinat.
PEMPROSESAN DATA
Tekimetri:
-Kami memproses data menggunakan sofware CDS.
-Masukkan Data yang dicerap ke dalam CDS
-Kira Kontur dan terus export ke dalam autocad untuk disambungkan dengan
mengemaskini Pelan kejuruteraan.
Data Butiran yang dihasilkan didalam CDS
Data Butiran yang telah dikira konturnya didalam CDS
Ukur Jalan:
Selepas kami menjalankan ukr jalan seperti yang telah diterangkan oleh Dr Rozaimi,kami
terus memproses data menggunakan software CDS.
Masukkan nilai bagi ofset dan ketinggian
Store in Database
Buat cross section jalan
Daripada hasil ini,export terus ke autocad.
PENUTUP
Sesungguhnya, banyak yang kami pelajari dan teguhkan ilmu sepanjang
menjalankan pengukuran kerja ukur kejuruteraan. Ilmu yang kami timba di tapak ukuran
sebenar sesungguhnya sangat lain berbanding dengan apa yang kami lakukan sepanjang
kami berada di kampus sebelum ini.
Terabas umpamanya, perlulah mempunyai perancangan yang teliti ketika berada di
kawasan yang sukar tahap keterlihatan antara stesen terabasnya. Jika salah memilih stesen
atau menanam piket, tentunya sukar kerana perlu untuk dibuat pengukuran semula. Terabas
di kawasan ukuran sebenar sangat berlainan dengan kawasan di kampus yang
sememangnya lapang.
Bagi ukuran aras pula, keadaan kawasan yang berbukit bukau menyukarkan kami
untuk melakukan aras. Kami perlu untuk mengulangi 2 kali ‘loop’ kawasan terabas kami
barulah ukur aras kami diterima.
Seterusnya, ukuran tekimetri, permasalahan yang timbul Alhamdulillah tidak
sesukar dan prinsipnya adalah sama sahaja bagi seperti kawasan kampus dan mana-mana
kawasan pun. Mungkin kami boleh menginterpretasi kaedah yang sama dimana sahaja
kawasan kerja yang kami dapat. Kecewa melanda juga apabila ingin melihat hasilan
daripada kami ‘save’ data dalam total station, tetapi tidak dapat dimuat turun kerana
ketiadaan kabel. Kalau dahulu kami mungkin kurang berjaya untuk mewujudkan pelan
yang baik, dan tidak dapat kami nilai samada kami sudah memahirkan diri untuk save dan
muat turun data dari total station.
Sesungguhnya, kami secara keseluruhannya mempunyai dan merasai pengalaman
yang berbeza daripada kebiasaanya yang kami lakukan di kawasan kampus. Kami amat
menghargai pengalaman berharga ini. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah-pensyarah dan kepada dua urusetia makmal ukur atas bantuan dan tunjuk ajar
yang sering diberikan.
UKUR
HIDROGRAFI
PENGENALAN
Program Kem Ukur di Kuala Linggi, Melaka turut menjadualkan kerja Ukur
Hidrografi yang perlu kami laksanakan. Ukur Hidrografi melibatkan Pihak Jabatan Laut
dan beberapa krew yang turut serta di bawah pimpinan Tuan Haji Nazam. Tuan Haji
Nazam merupakan orang yang sangat berpengalaman dalam Ukur Hidrografi dan sebelum
beliau baru bertukar ke JUPEM beliau di Jabatan Laut. Segala pemprosessan kerja dalam
Ukur Hidrografi diterangkan dan ditunjuk ajar oleh beliau walaupun tidak secara
menyeluruh, tetapi konsep yang diketengahkan itu yang dititik beratkan oleh beliau.
Pada 6 April 2015 tepat pukul 8.00 pagi kami telah di bawa ke Jeti untuk
menjalankan Ukur Hidrografi secara praktikal dan mendapatkan penerangan serta
pengalaman di pinggir pantai. Setelah sampai, kami telah dibahagikan kerja kepada dua
iaitu membuat kerja ukur aras dan membaca tidegaug.
Apabila selesai, kami seterusnya menaiki bot yang disediakan yang akan diikuti oleh
seorang pemandu bot dan seorang krew yang akan memberi penerangan tentang ukur
hidrografi (bathymetry).
PERLAKSANAAN
Kami kumpulan 6 bersama kumpulan 5 telah disekalikan pada waktu yang sama di
awal pagi untuk menjalankan ukur hidrografi.
Setelah sampai di jeti, Kumpulan 5 mendahului kami dengan menaiki bot. Kami
Kumpulan 6 dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 3 orang membuat ukur aras dan 3
orang lagi membaca tidegauge.
Kami menjalankan ukur aras menggunakan batu aras yang telah ada di Jeti tersebut
yang sudah diketahui nilainya ke Balai Polis Kuala Linggi dan kembali semula ke jeti.
Seterusnya, kami juga membaca aras yang dipandahkan ke depan jeti.
Bagi kumpulan yang membaca tidegauge pula, kami mengambil nilai bacaan
ketinggian paras permukaan air setiap 10 minit selama sejam. Cara menjalankan bacaan
tidegauge tu adalah dengan membaling plumbob ke dalam air dan membaca pada meter
yang tertera.
Selepas kami menyiapkan kedua-dua tugasan iaitu ukur aras dan membaca
tidegauge, kami menaiki bot manakala kumpulan 5 ditugaskan umtuk membuat aras dan
tidegauge.
PENERANGAN DALAM BOT
Kalibarasi Alat
Pada mulanya kami mendapat penerangan kalibrasi yang menggunakan bar check
dan software HydroPro yang digunakan dan diletakkan untuk pemandu bot. Balingkan Bar
check tersebut sepanjang 1 meter yang telah ditanda pada tali bar check tersebut, semasa
bacaan pada bar check diambil, pada Toughbook yang menggunakan hydroPro pula
menunjukkan kedalaman air melalui sounding. Jika nilai yang dibaca dan yang tertera
tidak jauh beza, ia bermakna alat dalam keadaan baik dan kerja dapat ditruskan. Bar Check
seterusnya dibalingkan pada kedalaman 2 meter dan kedalaman pada software hyfroPro
turut dibandingkan. Proses membandingkan bacaan antara bar check dan bacaan kedalaman
pada software Hydropro diulang pada bacaan 3 meter juga, dan bar check dinaikkan
sebanyak 3,2,1 meter dan dibandingkan bacaan dengan software hydroPro tersebut.
Pengenalan Alat Ukur Hidrografi
Transduser-Mengandungi sonar head .
GPS
SIMRAD GPT
Power supply (4valve Generator)
Tough book yang dilengkapi dengan software HydroPro
Dalam pengukuran Hidrografi, ia terbahagi kepada dua kaedah iaitu Single beam dan multi
beam. Single beam menggunakan alat yang kecil dan bot yang kecil dan tujuannya adalah
untuk menjalankan pengukuran bathymetry di kawasan yang sempit dan cetek. Cetek yang
dikatakan adalah apabila air surut akan menampakkan permukaannya. Kebiasaannya alat
singlebeam ini digunakan untuk merekod permukaan dasar sungai atau kuala yang tidak
berapa dalam dan kos penggunaannya adalah tidak berapa tinggi jika dibandingkan dengan
penggunaan multibeam.
Multibeam pula digunakan pada kawasan yang luas dan mempunyai kedalaman
yang sangat tinggi. Ia akan menunjukan imej 3D dan merekod kawasan tanpa
meninggalkan secebis kawasan. Contoh penggunaan multibeam ialah multibeam telah
digunakan oleh pihak marin untuk mencari kapal terbang Malaysia yang lenyap iaitu
MH370 di lautan Hindi.
Kami juga diterangkan kenapa perlu merendam transduser ke dalam air dan
tidak hanya meletakkannya pada permukaan air sahaja. Ianya perlu adalah kerana apabila
alat sonarhead mengeluarkan gelombang bunyi, alat akan menjadi panas dan disebabkan
itu ia perlu direndam. Selain itu, ia juga adalah untuk mengelakkan bunyi percikan air
daripada bot yang boleh mengganggu bacaan yang direkod oleh alat tersebut dan
menyebabkan hasil bacaan yang salah.
Kami juga diterangkan mengapa perlunya kami mencerap dengan cara
melintang dari arah pantai khas untuk laut dan melintang arus sungai khas untuk sungai.
Ini untuk mendapat data cross-section dan supaya kami dapat melihat lengkungan
kedalaman data yang dicerap. Kedudukan kawasan kami telah ditanda dan ditentududukan
oleh GPS bagi memudahkan pencerapan hidro, dan akan mengeluarkan garisan-garisan
panduan laluan bot hanya perlu diikuti oleh pemandu bot.
Setelah selesai kesemuanya, pemandu bot membuat garisan ‘checkline’ bagi untuk
tujuan check supaya data adalah tepat. Setelah mendengar cerita-cerita dan pengalaman
daripada krew yang turut serta, kami bertolak pulang ke jeti semula untuk pemprosesan
data seterusnya.
PEMPROSESSAN DATA
Sebelum meneruskan kerja dalam pemprosessan data, 4 langkah perlu dilakukan untuk
semakkan semula agar data yang dicerap dapat digunakan. Langkah pertama, memastikan
data daripada Echo Sounder dengan menyemak ‘line by line’ untuk setiap data. Langkah
kedua ialah memastikan data pasang surut dapat digunakan dengan membandingkan data
yang baru dicerap dengan data yang terdapat dalam buku PHL yang telah disediakan oleh
JUPEM atau Jabatan Laut. Langkah ketiga, memastikan data yang diperolehi GPS tepat
dan lengkap. Langkah keempat ialah memastikan data masa cerapan dicatit dan direkodkan.
Setelah keempat-empat langkah tersebut dilakukan, data mentah hendaklah
direkodkan dan disimpan untuk dijadikan ‘back-up data’ semasa pemprosessan dijalankan.
Software yang dikenali sebagai HydroPro akan digunakan untuk membuang spike yang
terdapat dalam data. Contoh penggunaan HydroPro seperti yang tertera dalam gambar rajah
di bawah.
Setiap spike yang terhasil hendaklah dibuang untuk mendapatkan hasil data yang
memuaskan untuk persembahan data nanti. Langkah untuk membuang spike ialah :
(1) Klik pada titik spike yang hendak dibuang.
(2) ‘Hold shift’ dan tekan ‘down’ sehingga 3 kali sahaja.
(3) Tekan ‘ctrl’ dan ‘s’
Setelah selesai membuang spike, hasil akhir akan terhasil di bawah data cerapan yang
dikutip dan spike juga telah dibuang. Contoh seperti rajah di bawah.
Garis biru = Data cerapan asal
Garis bawah biru = Data cerapan selapas buang spike
Seterusnya, data akan diproses menggunakan software Terra Model dimana data akan
diplotkan dan akan mempersembahkan data yang telah dicerap.
Selepas itu, ‘export’ Terra Model ke AutoCAD untuk membuat pelan. Dengan
menggunakan AutoCAD, kretiviti untuk menghasilkan pelan yang memuaskan dan
memenuhi kehendak yang sepatutnya dapat diterapkan. Seterusnya, alat untuk ‘print out’
pelan seperti yang tertera di bawah.
Hasil terakhir boleh dilihat seperti contoh yang tertera di bawah.
PENUTUP
Bersyukurnya kami ke hadrat Ilahi kerana dapat mengutip dan menimba ilmu
melakukan kerja Ukur Hidrografi di lapangan serta dapat membuat pemprosessan data
cerapan yang dilakukan di lapangan. Bukan di lapangan sahaja, tetapi kami juga
didedahkan dengan cara penggunaan software yang dilakukan sehingga hasil terakhir iaitu
pelan hidrografi.
Bantuan dan segala tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Tuan Haji Nazam serta
krew beliau yang turut serta sangat-sangat kami hargai. Kami sangat-sangat berterima kasih
kepada pensyarah-pensyarah dan pembantu makmal ukur yang terlibat kerana turut banyak
memberi tunjuk ajar kepada kami.
Kefahaman kami terhadap kerja Ukur Hidrografi kini semakin tinggi dan minat juga
semakin meningkat. Harapan kami juga agar kefahaman yang kami perolehi ini dapat kami
aplikasikan dalam pembelajaran kelas Ukur Hidrografi pada sem depan yang akan
dikendalikan oleh Cik Suhada.
UKUR KADASTER

More Related Content

What's hot

SURVEY ALIP SETTING OUT (1).docx
SURVEY ALIP SETTING OUT (1).docxSURVEY ALIP SETTING OUT (1).docx
SURVEY ALIP SETTING OUT (1).docx
AliffHaiqal32
 
Cawangan e-CRM
Cawangan e-CRMCawangan e-CRM
Cawangan e-CRM
Mohd Asri
 
Sem 2 Site surveying report 2
Sem 2 Site surveying report 2Sem 2 Site surveying report 2
Sem 2 Site surveying report 2
Est
 
REPORT SURVEY RANGING CURVE CIVIL ENGINEERING.pdf
REPORT SURVEY RANGING CURVE CIVIL ENGINEERING.pdfREPORT SURVEY RANGING CURVE CIVIL ENGINEERING.pdf
REPORT SURVEY RANGING CURVE CIVIL ENGINEERING.pdf
MuhammadMuazzam16
 
Cg302 kadaster ukur 3
Cg302 kadaster ukur 3Cg302 kadaster ukur 3
Cg302 kadaster ukur 3
MD.IKDSZAN MD.INTAM
 
Kontrak ‘turnkey’
Kontrak ‘turnkey’Kontrak ‘turnkey’
Kontrak ‘turnkey’
muhd noor
 
Report kayu
Report kayuReport kayu
Report kayu
sppj1415
 
Road laws and acts in Malaysia -highway engineering
Road laws and acts in Malaysia -highway engineeringRoad laws and acts in Malaysia -highway engineering
Road laws and acts in Malaysia -highway engineering
Pavitrah Segaran
 
Tiodolit dan penggunaannya
Tiodolit dan penggunaannyaTiodolit dan penggunaannya
Tiodolit dan penggunaannyaNik M Farid
 
Theory & practical theodolite traverse
Theory & practical theodolite traverseTheory & practical theodolite traverse
Theory & practical theodolite traverse
Mohd Firdaus Ismail
 
Dokumen Tender
Dokumen Tender Dokumen Tender
Dokumen Tender
no suhaila
 
Carpentry labsheet polimas
Carpentry labsheet  polimasCarpentry labsheet  polimas
Carpentry labsheet polimas
YASMINE HASLAN
 
AUTOCAD
AUTOCAD AUTOCAD
REPORT SURVEY LEVELLING CIVIL ENGINEERING.pdf
REPORT SURVEY LEVELLING CIVIL ENGINEERING.pdfREPORT SURVEY LEVELLING CIVIL ENGINEERING.pdf
REPORT SURVEY LEVELLING CIVIL ENGINEERING.pdf
MuhammadMuazzam16
 
Laporan kayu
Laporan kayuLaporan kayu
Laporan kayu
sppj1415
 
DCC10032 CIVIL ENGINEERING MATERIALS JENTERA & MESIN DALAM PEMBINAAN
DCC10032	CIVIL ENGINEERING MATERIALS JENTERA & MESIN DALAM PEMBINAANDCC10032	CIVIL ENGINEERING MATERIALS JENTERA & MESIN DALAM PEMBINAAN
DCC10032 CIVIL ENGINEERING MATERIALS JENTERA & MESIN DALAM PEMBINAAN
MuhammadMuazzam16
 
Unit 1 tender 1.1
Unit 1 tender 1.1Unit 1 tender 1.1
Unit 1 tender 1.1
Mara
 

What's hot (20)

SURVEY ALIP SETTING OUT (1).docx
SURVEY ALIP SETTING OUT (1).docxSURVEY ALIP SETTING OUT (1).docx
SURVEY ALIP SETTING OUT (1).docx
 
Ukur kompas
Ukur kompasUkur kompas
Ukur kompas
 
Cawangan e-CRM
Cawangan e-CRMCawangan e-CRM
Cawangan e-CRM
 
Sem 2 Site surveying report 2
Sem 2 Site surveying report 2Sem 2 Site surveying report 2
Sem 2 Site surveying report 2
 
REPORT SURVEY RANGING CURVE CIVIL ENGINEERING.pdf
REPORT SURVEY RANGING CURVE CIVIL ENGINEERING.pdfREPORT SURVEY RANGING CURVE CIVIL ENGINEERING.pdf
REPORT SURVEY RANGING CURVE CIVIL ENGINEERING.pdf
 
Konkrit
KonkritKonkrit
Konkrit
 
Cg302 kadaster ukur 3
Cg302 kadaster ukur 3Cg302 kadaster ukur 3
Cg302 kadaster ukur 3
 
Kontrak ‘turnkey’
Kontrak ‘turnkey’Kontrak ‘turnkey’
Kontrak ‘turnkey’
 
Report kayu
Report kayuReport kayu
Report kayu
 
Road laws and acts in Malaysia -highway engineering
Road laws and acts in Malaysia -highway engineeringRoad laws and acts in Malaysia -highway engineering
Road laws and acts in Malaysia -highway engineering
 
Bab2
Bab2Bab2
Bab2
 
Tiodolit dan penggunaannya
Tiodolit dan penggunaannyaTiodolit dan penggunaannya
Tiodolit dan penggunaannya
 
Theory & practical theodolite traverse
Theory & practical theodolite traverseTheory & practical theodolite traverse
Theory & practical theodolite traverse
 
Dokumen Tender
Dokumen Tender Dokumen Tender
Dokumen Tender
 
Carpentry labsheet polimas
Carpentry labsheet  polimasCarpentry labsheet  polimas
Carpentry labsheet polimas
 
AUTOCAD
AUTOCAD AUTOCAD
AUTOCAD
 
REPORT SURVEY LEVELLING CIVIL ENGINEERING.pdf
REPORT SURVEY LEVELLING CIVIL ENGINEERING.pdfREPORT SURVEY LEVELLING CIVIL ENGINEERING.pdf
REPORT SURVEY LEVELLING CIVIL ENGINEERING.pdf
 
Laporan kayu
Laporan kayuLaporan kayu
Laporan kayu
 
DCC10032 CIVIL ENGINEERING MATERIALS JENTERA & MESIN DALAM PEMBINAAN
DCC10032	CIVIL ENGINEERING MATERIALS JENTERA & MESIN DALAM PEMBINAANDCC10032	CIVIL ENGINEERING MATERIALS JENTERA & MESIN DALAM PEMBINAAN
DCC10032 CIVIL ENGINEERING MATERIALS JENTERA & MESIN DALAM PEMBINAAN
 
Unit 1 tender 1.1
Unit 1 tender 1.1Unit 1 tender 1.1
Unit 1 tender 1.1
 

Viewers also liked

Theodolite Traversing
Theodolite TraversingTheodolite Traversing
Theodolite Traversing
GAURAV. H .TANDON
 
Pengenalan theodolit
Pengenalan theodolitPengenalan theodolit
Pengenalan theodolitRetno Pratiwi
 
Laporan praktikum ilmu ukur tanah theodolit
Laporan praktikum ilmu ukur tanah theodolitLaporan praktikum ilmu ukur tanah theodolit
Laporan praktikum ilmu ukur tanah theodolit
Rpbowo
 
Surveying by using Digital Theodolite
Surveying by using Digital TheodoliteSurveying by using Digital Theodolite
Surveying by using Digital TheodoliteEhab AL-Timimi
 
Traversing final-report
Traversing final-reportTraversing final-report
Traversing final-report
Felix Vong
 
Theodolite ppt in 7
Theodolite ppt in 7Theodolite ppt in 7
Theodolite ppt in 7Arun Kama
 
Theodolite and measurement of angles
Theodolite and measurement of anglesTheodolite and measurement of angles
Theodolite and measurement of angles
Rajendra Prasad
 
Borang pembukuan theodolit
Borang pembukuan theodolitBorang pembukuan theodolit
Borang pembukuan theodolit
noor haslinda
 
1. soal alat ukur
1. soal  alat ukur1. soal  alat ukur
1. soal alat ukur
Mulyono SPd
 
Cawangan JUD
Cawangan JUDCawangan JUD
Cawangan JUD
Mohd Asri
 
Chap 1
Chap 1Chap 1
Tugas terjemahan survey hidrografi
Tugas terjemahan survey hidrografiTugas terjemahan survey hidrografi
Tugas terjemahan survey hidrografi
Agita Herwanda
 
Bab i pengenalan_ilmu_ukur_tanah
Bab i pengenalan_ilmu_ukur_tanahBab i pengenalan_ilmu_ukur_tanah
Bab i pengenalan_ilmu_ukur_tanah
yonolino
 
PROJECTS UNDERTAKEN (DIPLOMA IN GEOMATICS SCIENCES)
PROJECTS UNDERTAKEN (DIPLOMA IN GEOMATICS SCIENCES)PROJECTS UNDERTAKEN (DIPLOMA IN GEOMATICS SCIENCES)
PROJECTS UNDERTAKEN (DIPLOMA IN GEOMATICS SCIENCES)Muhammad Faiz Mat Hasim
 
ukur kejuruteraan
ukur kejuruteraanukur kejuruteraan
ukur kejuruteraan
Wan Nurhidayati Wan Johari
 
Closed Traverse Surveying - Report
Closed Traverse Surveying - ReportClosed Traverse Surveying - Report
Closed Traverse Surveying - Report
Sarchia Khursheed
 
PENGENALAN ALAT UKUR TANAH DASAR
PENGENALAN ALAT UKUR TANAH DASARPENGENALAN ALAT UKUR TANAH DASAR
PENGENALAN ALAT UKUR TANAH DASAR
inka -chan
 

Viewers also liked (20)

Theodolite Traversing
Theodolite TraversingTheodolite Traversing
Theodolite Traversing
 
Assignment 3
Assignment 3Assignment 3
Assignment 3
 
Pengenalan theodolit
Pengenalan theodolitPengenalan theodolit
Pengenalan theodolit
 
Laporan praktikum ilmu ukur tanah theodolit
Laporan praktikum ilmu ukur tanah theodolitLaporan praktikum ilmu ukur tanah theodolit
Laporan praktikum ilmu ukur tanah theodolit
 
Surveying by using Digital Theodolite
Surveying by using Digital TheodoliteSurveying by using Digital Theodolite
Surveying by using Digital Theodolite
 
Traversing final-report
Traversing final-reportTraversing final-report
Traversing final-report
 
Theodolite ppt in 7
Theodolite ppt in 7Theodolite ppt in 7
Theodolite ppt in 7
 
Theodolite and measurement of angles
Theodolite and measurement of anglesTheodolite and measurement of angles
Theodolite and measurement of angles
 
Assignment 1
Assignment 1Assignment 1
Assignment 1
 
Borang pembukuan theodolit
Borang pembukuan theodolitBorang pembukuan theodolit
Borang pembukuan theodolit
 
Ilmu Ukur Tanah
Ilmu Ukur TanahIlmu Ukur Tanah
Ilmu Ukur Tanah
 
1. soal alat ukur
1. soal  alat ukur1. soal  alat ukur
1. soal alat ukur
 
Cawangan JUD
Cawangan JUDCawangan JUD
Cawangan JUD
 
Chap 1
Chap 1Chap 1
Chap 1
 
Tugas terjemahan survey hidrografi
Tugas terjemahan survey hidrografiTugas terjemahan survey hidrografi
Tugas terjemahan survey hidrografi
 
Bab i pengenalan_ilmu_ukur_tanah
Bab i pengenalan_ilmu_ukur_tanahBab i pengenalan_ilmu_ukur_tanah
Bab i pengenalan_ilmu_ukur_tanah
 
PROJECTS UNDERTAKEN (DIPLOMA IN GEOMATICS SCIENCES)
PROJECTS UNDERTAKEN (DIPLOMA IN GEOMATICS SCIENCES)PROJECTS UNDERTAKEN (DIPLOMA IN GEOMATICS SCIENCES)
PROJECTS UNDERTAKEN (DIPLOMA IN GEOMATICS SCIENCES)
 
ukur kejuruteraan
ukur kejuruteraanukur kejuruteraan
ukur kejuruteraan
 
Closed Traverse Surveying - Report
Closed Traverse Surveying - ReportClosed Traverse Surveying - Report
Closed Traverse Surveying - Report
 
PENGENALAN ALAT UKUR TANAH DASAR
PENGENALAN ALAT UKUR TANAH DASARPENGENALAN ALAT UKUR TANAH DASAR
PENGENALAN ALAT UKUR TANAH DASAR
 

Similar to Full report of survey camp at Linggi, Malacca

Bab 7: Pemetaan dengan Kompas
Bab 7:   Pemetaan dengan KompasBab 7:   Pemetaan dengan Kompas
Bab 7: Pemetaan dengan Kompas
Jaringan Kerja Pemetaan Partisipatif
 
PENGUKURAN KERJA (WORK MEASUREMENT)
PENGUKURAN KERJA  (WORK MEASUREMENT)PENGUKURAN KERJA  (WORK MEASUREMENT)
PENGUKURAN KERJA (WORK MEASUREMENT)
Rochmad Putra
 
Fitri
FitriFitri
PENYUSUNAN INDIKATOR MUTU AKREDITASI RUMAH SAKIT
PENYUSUNAN INDIKATOR MUTU AKREDITASI RUMAH SAKITPENYUSUNAN INDIKATOR MUTU AKREDITASI RUMAH SAKIT
PENYUSUNAN INDIKATOR MUTU AKREDITASI RUMAH SAKIT
dr. Intan Karnina Putri
 
4. PERANCANGAN SISTEM KERJA & ERGONOMI - PENENTUAN WAKTU BAKU, PENGUKURAN LAN...
4. PERANCANGAN SISTEM KERJA & ERGONOMI - PENENTUAN WAKTU BAKU, PENGUKURAN LAN...4. PERANCANGAN SISTEM KERJA & ERGONOMI - PENENTUAN WAKTU BAKU, PENGUKURAN LAN...
4. PERANCANGAN SISTEM KERJA & ERGONOMI - PENENTUAN WAKTU BAKU, PENGUKURAN LAN...
Universitas Qomaruddin, Gresik, Indonesia
 
Laporan Validasi Data
Laporan Validasi DataLaporan Validasi Data
Laporan Validasi Data
LPMP Gorontalo
 
bab-1-objek-ipa-dan-pengamatan.pptx
bab-1-objek-ipa-dan-pengamatan.pptxbab-1-objek-ipa-dan-pengamatan.pptx
bab-1-objek-ipa-dan-pengamatan.pptx
BUDIKURNIAWAN353944
 
The Kepner-Tregeo matrix
The Kepner-Tregeo matrixThe Kepner-Tregeo matrix
The Kepner-Tregeo matrix
Ronald Mayers
 
6. rkjm 2014 sampulnya
6. rkjm 2014 sampulnya6. rkjm 2014 sampulnya
6. rkjm 2014 sampulnya
redaksiminseunuddon
 

Similar to Full report of survey camp at Linggi, Malacca (10)

Bab 7: Pemetaan dengan Kompas
Bab 7:   Pemetaan dengan KompasBab 7:   Pemetaan dengan Kompas
Bab 7: Pemetaan dengan Kompas
 
PENGUKURAN KERJA (WORK MEASUREMENT)
PENGUKURAN KERJA  (WORK MEASUREMENT)PENGUKURAN KERJA  (WORK MEASUREMENT)
PENGUKURAN KERJA (WORK MEASUREMENT)
 
Fitri
FitriFitri
Fitri
 
PENYUSUNAN INDIKATOR MUTU AKREDITASI RUMAH SAKIT
PENYUSUNAN INDIKATOR MUTU AKREDITASI RUMAH SAKITPENYUSUNAN INDIKATOR MUTU AKREDITASI RUMAH SAKIT
PENYUSUNAN INDIKATOR MUTU AKREDITASI RUMAH SAKIT
 
4. PERANCANGAN SISTEM KERJA & ERGONOMI - PENENTUAN WAKTU BAKU, PENGUKURAN LAN...
4. PERANCANGAN SISTEM KERJA & ERGONOMI - PENENTUAN WAKTU BAKU, PENGUKURAN LAN...4. PERANCANGAN SISTEM KERJA & ERGONOMI - PENENTUAN WAKTU BAKU, PENGUKURAN LAN...
4. PERANCANGAN SISTEM KERJA & ERGONOMI - PENENTUAN WAKTU BAKU, PENGUKURAN LAN...
 
Laporan Validasi Data
Laporan Validasi DataLaporan Validasi Data
Laporan Validasi Data
 
Perencanaan sprinkler
Perencanaan sprinklerPerencanaan sprinkler
Perencanaan sprinkler
 
bab-1-objek-ipa-dan-pengamatan.pptx
bab-1-objek-ipa-dan-pengamatan.pptxbab-1-objek-ipa-dan-pengamatan.pptx
bab-1-objek-ipa-dan-pengamatan.pptx
 
The Kepner-Tregeo matrix
The Kepner-Tregeo matrixThe Kepner-Tregeo matrix
The Kepner-Tregeo matrix
 
6. rkjm 2014 sampulnya
6. rkjm 2014 sampulnya6. rkjm 2014 sampulnya
6. rkjm 2014 sampulnya
 

Full report of survey camp at Linggi, Malacca

  • 1. LAPORAN KEM UKUR 2015 KUMPULAN 6 NamaPensyarah: Prof Wan Abdul Aziz Puan Nor Suhada Azid Dr Rozaimi Che Hassan Cik Fazlina Aini Mohd Lehan Nama No IC No KadMatrik Muhd Nadhir Bin Sulaiman 950116-10-6691 A13DP0787 Muhamad Hafiz Bin Noorulashikin 940326-01-6791 A12DP1296 Andreas Wylnada Anak Thomas 950114-13-6097 A13DP0155 Mohamad Nuur Aiman Bin Samsudin 950401-05-5117 A13DP0568 Nuraimi Zafirah Binti Abdul Hussin 950419-12-6470 A13DP1057 Siti Noor Qurratuaini Binti Habir 950906-06-5484 A13DP1252
  • 2. PENGENALAN Kami daripada 2DDPL dan kami merupakan kumpulan 6 yang terdiri daripada 6 orang ahli kumpulan. Pada 30 Mac 2015 telah bermulanya kem ukur di Kuala Linggi, Melaka sehingga 10 April 2015. Kami telah disertakan dengan jadual bagi pengisian kerja- kerja pengukuran kami disini. Pada 30 Mac, kami telah diberikan pelan sebagai rujukan bagi tempat pengukuran kami untuk memulakan kerja. Bermula 31 Mac dan 1 April kami telah menyiapkan kerja ukur kadester di tempat yang diberikan. Pelan akui kami lot bernombor 451 dan 452.
  • 3. KAEDAH PENGUKURAN (1) Kami mencari batu-batu sempadan untuk menentukan Datum yang telah dipastikan sama ada daripada dua batu sempadan serta cerapan matahari atau tiga batu sempadan untuk digunakan. (2) Langkah seterusnya, kami mencari semua batu-batu sempadan. (3) Selepas kami memastikan Datum yang dapat digunakan, kami terus memulakan pengukuran dengan pengukuran terabas. (4) DirikanAlat:  Dirikan kaki tiga untuk alat di stesen yang telah dipilih untuk memulakan cerapan.  Dirikan kaki tiga untuk prisma di kedua stesen berikutnya untuk stesen rujukan dan stesen cerapan.  Cerapan akan dimulakan apabila alat yang didirikan dalam kedudukan yang baik seperti ‘centering’ yang tepat  Cerapan akan berterusan dengan seboleh-bolehnya menduduki batu sempadan sebagai stesen.  Langkah-langkah ini akan berterusan dan diulang sehingga terabas terbentuk.
  • 4. PEMPROSESAN DATA -Semasa proses pencerapan data, kami menggunakan total station bagi mendapatkan bacaan bearing dan jarak. -Di lapangan kami membukukan data kedalam buku kerjaluar yang telah disediakan. -Selepas kami memastikan tikaian bearing ditutup dengan baik, kami teruskan dengan mengira latit dan dipat dan tikaian lurus agar pengukuran terabas kami dapat digunakan. -Kami memasukkan data kami ke dalam autocad untuk mendapatkan hasil lukisan terabas kami. -Selain itu, kami juga mengira tanam pastian untuk mengetahui nilai yang beranjak dari batu sempadan yang sebenar daripada piket yang baru ditanam dan sebagainya.
  • 5. PERMASAALAHAN YANG DIHADAPI Sepanjang perlaksanaan pengukuran kadaster, masalah pertama kami ialah proses permulaannya iaitu mencari batu-batu sempadan. Ini kerana sebelum ini kami belum pernah didedahkan dengan kerja-kerja praktikal dalam mencari batu-batu sempadan di lapangan dan hanya dalam teori sahaja. Selain itu, praktikal yang kami jalankan adalah tidak menggunakan batu-batu sempadan yang telah sedia ada semasa di kampus. Kami juga kurang memahami prinsip ukur kadaster iaitu dengan memanjangkan garisan yang pendek. Setelah mendapat penerangan daripada penyelia dan pensyarah yang lain, kami makin memahami dan dapat melaksanakan tugas kami.
  • 6. PENUTUP Alhamdulillah kami dapat menjalankan pengukuran kadaster dalam dua hari yang telah dijadualkan. Apa yang kami telah dapat dalam kem ukur ini ialah pembelajaran secara praktikal yang sangat berkesan yang menggunakan semua teori yang kami pelajari bermula daripada proses mendapatkan data sehinggalah memproses data serta menghasilkan pelan kadaster. Kami amat berterima kasih kepada penyelia-penyelia dan pensyarah serta urusetia yang mengadakan Kem Ukur dan memberi tunjuk ajar yang sangat baik sehingga kami benar-benar memahami skop kerja Ukur Tanah.
  • 8.
  • 9.
  • 10.
  • 11.
  • 13. PENGUKURAN TERABAS KEJURUTERAAN Pada 2 April 2015 bersamaan dengan hari khamis, kami telah ditugaskan untuk memulakan pengukuran terabas kejuruteraan setelah menyiapkan pengukuran kadaster pada hari sebelumnya. Kami diberikan masa hanya 2 hari untuk menjalankan setiap satu kerja yg diarahkan. Kami melakukan pecahan kerja dimana hanya 3 orang melakukan kerja terabas dan 3 orang lagi melakukan kerja ukur aras bagi menjimatkan masa yang digunakan dan memastikan kerja pengukuran ini dijalankan secara efisien dan berjalan dengan jayanya. Seawal 8 pagi kami telah bersiap sedia untuk ke kawasan pengukuran. Dengan kemudahan yang disediakan, kami telah dihantar ketapak ukuran menggunakan van UTM yang dipandu oleh En. Zizan. Setibanya di sana, kami melakukan sedikit perbincangan supaya kerja yang kami lakukan pada hari itu lebih sistematik dan terancang. Perancangan menanam piket stesen terabas dan penggunaan batu sempadan dimulakan. Seterusnya, kami menanam piket di kawasan yang sesuai dan memilih batu sempadan yang sesuai digunakan. Kami terus mendirikan kaki tiga dan memulakan pengukuran terabas kejuruteraan kemudiannya. Terdapat 8 stesen yang telah kami dirikan dan proses pengukuran yang kami lakukan berjalan dengan lancar. Kami bertukar-tukar melakukan kerja iaitu yang mencerap, membantu mendirikan kaki tiga dan perekod masuk data-data pengukuran kedalam buku kerjaluar yg telah disediakan. Setelah selesai menerabas kawasan, kami terus melakukan pengiraan bersama-sama dibawah pohon rambutan. Setelah mengira purata, bearing muktamad, latit dan dipat, akhirnya kami mendapati tikaian bearing kami mempunyai selisih 01" dan tikaian lurus pada 1 : 44 000.
  • 14. PENGUKURAN TAKIMETRI Setelah selasai melakukan terabas, kami terus melakukan pengukuran takimetri di kawasan lapangan meliputi kawasan terabas yang telah dicerap. Proses ini merangkumi hanya pada dua stesen kerana pada stesen lain pandangan terbatas dan tidak mempuyai butiran yg banyak. Kami telah ditetapkan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 50 butiran. Segala butiran yg nyata telah kami rekod kedalam total station dan secara manual di atas buku kerjaluar. Butiran-butiran yang di rekod adalah seperti pokok, bucu bangunan seperti bucu rumah, tiang elekrik, paip, dan sebagainya. Berikut merupakan butiran lanjut mengenai Takimetri yang dijalankan. 1. Mula-mula sekali kami menukar interface sistem total station tersebut kerana kami mendapati tiada sistem 'REC' (rekod) dan 'MEM'(memori) pada total station tersebut. 2. Dengan menekan butang CONF(configure) kami memilih butang (3.key select). 3. Seterusnya menekan butang (1.define) dan kemudiannya (2.Theodolite key) 4. Menukar interface dengan menukar button mengikut page. 5. Kemudiannya bolehlah memulakan kerja menandakan butiran tekimetri menggunakan total station 6. Dengan menekan Butang MEM (memory), boleh memilih memory code untuk mengeset kod tekimetri, memilih memory job untukmemilih Job mana yang ingindiset data butirankemudiannya. 7. Seterusnya, dengan menekan butang REC(record), setkan stn_p sebagai stesen tempat pencerap bersama alat berada dan menggunakn V,H sebagai bearing rujukan.
  • 15. 8. Untuk memulakan penandaan dan rekod butiran, gunakan S,V,H untuk merekod data. 9. Edit Butiran mengenai butiran tersebut seperti menggunakan kod untuk menandakan butiran (PKK, TG, BGN, LKG) dan sebagainya. 10. Teruskan pengukuran menggunakan kaedah yang sama bagi setiap butiran tekimetri yang diambil.
  • 16. PENGUKURAN UKUR ARAS Pada 4 Februari 2015, kami daripada kumpulan 6 bersiap sedia untuk memulakan kerja kejuruteraan. Kami bahagi kumpulan kami kepada 2. Satu kumpulan melakukan Ukur Kejuruteraan Terabas manakala lagi satu iaitu terdiri daripada Nuraimi, Andreas dan Hafiz melakukan Ukur Kejuruteraan Aras. Pada pagi itu, setelah bersarapan, kami kumpulkan peralatan ukur dan letak di dalam van shuttle yang akan membawa kami di kawasan permulaan. 15min kemudian setelah semua orang bersiap sedia, van yang dikendalikan oleh En.Zizan, kami terus bertolak. Batu aras tersebut terletak di Balai Polis Kuala Linggi yang lebih kurang 5KM dari kawasan site kumpulan kami. Setelah sampai, dengan tidak buang masa, kami terus set-up alat dan memula kerja. Kami memulakan kerja dengan mengambil bacaan staf bermula daripada batu sempadan yang diketahui nilainya. Kami mendapatkan nilai batu sempadan tersebut daripada pensyarah. Memulakan dengan kerja dengan membaca pandangan belakang dengan 25 langkah dari batu aras ke alat aras dan lagi 25 langkah kepandangan hadapan. Setiap pandangan hadapan dan belakang di semburkan cat merah bagi menanda untuk memudahkan kerja ketika patah balik dan jika ada bahagian yang hendak di ulang semula. Kami mengulang langkah yang sama sehingga mencapai 8 stesen untuk membuat satu loop. Selepas itu, kami menutup loop dengan mengukur ke batu aras semula. Namun begitu, loop kami tidak mencapai selisih yang dibenarkan iaitu 1.22 dan selisih dibenarkan ialah 0.09 . Oleh itu kami terpaksa melakukan semua sekali lagi. Nasib menyebelahi kami, kiraan selisih untuk kali kedua lepas dengan nilai 0.011 manakala selisih dibenarkan ialah 0.020. Kami sambung melakukan loop kedua dengan langkah dan cara yang sama. Loop kedua kiraan kami closed dengan nilai 0.02 dan selisih dibenarkan juga ialah 0.02 . Kami berhenti dengan 2 loop sahaja kerana telah sampai di kawasan kami. Setelah rehat pendek selama 10min, kami terus memulakan ukur aras untuk kawasan kami.
  • 17. Dengan mengunakan batu sempadan serta piket yang sedia ada dari ukur terabas, kami mengunakan titik tersebut untuk mengambil data aras mengenai ketinggian titik tersebut. Terdapat 12 stesen semuanya dan kami siap mengukur dalam 45 minit. Kami bermula dan mengakhiri kerja kami di hujung loop kedua.Setelah selesai semua kerja, kami mengemas alat-alat ukur dan balik ketempat penginapan untuk meneruskan kerja iaitu membuatpembukuan.
  • 18. KERJA UKUR JALAN (CHAINNAGE) 5/4/2015 Kampung Nelayan Kuala Linggi - Kami bangun dan bersiap diri untuk mendengar “briefing” oleh Tuan Rozaimi berkaitan melakukan Kerja Ukur Jalan (Chainnage). Setelah selesai briefing dan memastikan semua anggota kumpulan memahami langkah-langkah gerak kerja, kami menaiki van shuttle Encik Zizan dan terus ke kawasan kerja. Kami memulakan kerja dengan menanda jarak jalan, yang harus mendapat minima 100m di kawasan kerja tersebut. Oleh kerana kami tidak mahu menukar stesen, kami memilih untuk mnyambung jalan dan membuat simpang. Setelah ditanda kami mulakan kerja dengan men”set-upkan” alat total station. Pertama sekali kami set Station P, Northing , Easting dan tinggi alat laras. Setelah selesai langkah tersebut, kami menentukan reference object kami dan tentukan bearingnya serta hold bearing itu mengunakan Total Station. Sementara bahagian Total Station sedang disetkan, seterusnya ahli lain terus membuat pengukur dan menanda titik tanda di atas jalan. Setiap bahagian jalan akan dibahagikan kepada 10m antara satu sama lain, dan akan ada 10 bahagian kesemuanya. Selepas itu, di setiap bahagian, kami harus mendapatkan tengah jalan garisan sebagai ofset. Ini boleh didapati dengan mengira total lebar jalan itu dan bahagi dengan dua. Setelah mendapat bahagian tengah jalan, kami meneruskan kerja dengan menanda bahu jalan yang boleh dikira dengan menarik pita ukur dari tengah jalan kehujung jalan. Akhir sekali ialah menanda ofset jalan dengan menarik pita ukur dari tengah jalan sehingga 5 meter dari bahu jalan kiri dan kanan serta tandanya. Jikalau ada halangan maka tidak semestinya harus mendapat jarak perbezaan 5 meter. Langkah diulang sehingga menanda kesemua bahagian garisan jalan. Setelah selesai penandaan setiap kawasan, barulah kami boleh mengira koordinat. Ini didapati dengan release HOLD di bearing RO dan menarik ke tanda-tanda di garisan jalan yang akan didirikan pole-prisma bagi mencari koordinat tanda tersebut. Secara am, tiada permasalahan sepanjang mengambil data korrdinat setiap tanda, ini kerana jalan yang kami pilih tiada apa-apa halangan besar seperti pokok-pokok yang menghalang bacaan Total Station ke Prisma. Kecuali permasalahan teknikal seperti bateri habis yang melambatkan proses gerak kerja kami kerana terpaksa set bearing RO dan Total Station semula. Setelah selesai pengambilan data, kami mengumpul semua barang dan bersiap sedia untuk pulang kepenginapan untuk mengira dan melakar koordinat.
  • 19. PEMPROSESAN DATA Tekimetri: -Kami memproses data menggunakan sofware CDS. -Masukkan Data yang dicerap ke dalam CDS -Kira Kontur dan terus export ke dalam autocad untuk disambungkan dengan mengemaskini Pelan kejuruteraan. Data Butiran yang dihasilkan didalam CDS
  • 20. Data Butiran yang telah dikira konturnya didalam CDS Ukur Jalan: Selepas kami menjalankan ukr jalan seperti yang telah diterangkan oleh Dr Rozaimi,kami terus memproses data menggunakan software CDS. Masukkan nilai bagi ofset dan ketinggian
  • 21. Store in Database Buat cross section jalan
  • 22.
  • 23. Daripada hasil ini,export terus ke autocad.
  • 24. PENUTUP Sesungguhnya, banyak yang kami pelajari dan teguhkan ilmu sepanjang menjalankan pengukuran kerja ukur kejuruteraan. Ilmu yang kami timba di tapak ukuran sebenar sesungguhnya sangat lain berbanding dengan apa yang kami lakukan sepanjang kami berada di kampus sebelum ini. Terabas umpamanya, perlulah mempunyai perancangan yang teliti ketika berada di kawasan yang sukar tahap keterlihatan antara stesen terabasnya. Jika salah memilih stesen atau menanam piket, tentunya sukar kerana perlu untuk dibuat pengukuran semula. Terabas di kawasan ukuran sebenar sangat berlainan dengan kawasan di kampus yang sememangnya lapang. Bagi ukuran aras pula, keadaan kawasan yang berbukit bukau menyukarkan kami untuk melakukan aras. Kami perlu untuk mengulangi 2 kali ‘loop’ kawasan terabas kami barulah ukur aras kami diterima. Seterusnya, ukuran tekimetri, permasalahan yang timbul Alhamdulillah tidak sesukar dan prinsipnya adalah sama sahaja bagi seperti kawasan kampus dan mana-mana kawasan pun. Mungkin kami boleh menginterpretasi kaedah yang sama dimana sahaja kawasan kerja yang kami dapat. Kecewa melanda juga apabila ingin melihat hasilan daripada kami ‘save’ data dalam total station, tetapi tidak dapat dimuat turun kerana ketiadaan kabel. Kalau dahulu kami mungkin kurang berjaya untuk mewujudkan pelan yang baik, dan tidak dapat kami nilai samada kami sudah memahirkan diri untuk save dan muat turun data dari total station. Sesungguhnya, kami secara keseluruhannya mempunyai dan merasai pengalaman yang berbeza daripada kebiasaanya yang kami lakukan di kawasan kampus. Kami amat menghargai pengalaman berharga ini. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah dan kepada dua urusetia makmal ukur atas bantuan dan tunjuk ajar yang sering diberikan.
  • 26. PENGENALAN Program Kem Ukur di Kuala Linggi, Melaka turut menjadualkan kerja Ukur Hidrografi yang perlu kami laksanakan. Ukur Hidrografi melibatkan Pihak Jabatan Laut dan beberapa krew yang turut serta di bawah pimpinan Tuan Haji Nazam. Tuan Haji Nazam merupakan orang yang sangat berpengalaman dalam Ukur Hidrografi dan sebelum beliau baru bertukar ke JUPEM beliau di Jabatan Laut. Segala pemprosessan kerja dalam Ukur Hidrografi diterangkan dan ditunjuk ajar oleh beliau walaupun tidak secara menyeluruh, tetapi konsep yang diketengahkan itu yang dititik beratkan oleh beliau. Pada 6 April 2015 tepat pukul 8.00 pagi kami telah di bawa ke Jeti untuk menjalankan Ukur Hidrografi secara praktikal dan mendapatkan penerangan serta pengalaman di pinggir pantai. Setelah sampai, kami telah dibahagikan kerja kepada dua iaitu membuat kerja ukur aras dan membaca tidegaug. Apabila selesai, kami seterusnya menaiki bot yang disediakan yang akan diikuti oleh seorang pemandu bot dan seorang krew yang akan memberi penerangan tentang ukur hidrografi (bathymetry).
  • 27. PERLAKSANAAN Kami kumpulan 6 bersama kumpulan 5 telah disekalikan pada waktu yang sama di awal pagi untuk menjalankan ukur hidrografi. Setelah sampai di jeti, Kumpulan 5 mendahului kami dengan menaiki bot. Kami Kumpulan 6 dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 3 orang membuat ukur aras dan 3 orang lagi membaca tidegauge. Kami menjalankan ukur aras menggunakan batu aras yang telah ada di Jeti tersebut yang sudah diketahui nilainya ke Balai Polis Kuala Linggi dan kembali semula ke jeti. Seterusnya, kami juga membaca aras yang dipandahkan ke depan jeti. Bagi kumpulan yang membaca tidegauge pula, kami mengambil nilai bacaan ketinggian paras permukaan air setiap 10 minit selama sejam. Cara menjalankan bacaan tidegauge tu adalah dengan membaling plumbob ke dalam air dan membaca pada meter yang tertera. Selepas kami menyiapkan kedua-dua tugasan iaitu ukur aras dan membaca tidegauge, kami menaiki bot manakala kumpulan 5 ditugaskan umtuk membuat aras dan tidegauge.
  • 28. PENERANGAN DALAM BOT Kalibarasi Alat Pada mulanya kami mendapat penerangan kalibrasi yang menggunakan bar check dan software HydroPro yang digunakan dan diletakkan untuk pemandu bot. Balingkan Bar check tersebut sepanjang 1 meter yang telah ditanda pada tali bar check tersebut, semasa bacaan pada bar check diambil, pada Toughbook yang menggunakan hydroPro pula menunjukkan kedalaman air melalui sounding. Jika nilai yang dibaca dan yang tertera tidak jauh beza, ia bermakna alat dalam keadaan baik dan kerja dapat ditruskan. Bar Check seterusnya dibalingkan pada kedalaman 2 meter dan kedalaman pada software hyfroPro turut dibandingkan. Proses membandingkan bacaan antara bar check dan bacaan kedalaman pada software Hydropro diulang pada bacaan 3 meter juga, dan bar check dinaikkan sebanyak 3,2,1 meter dan dibandingkan bacaan dengan software hydroPro tersebut.
  • 29. Pengenalan Alat Ukur Hidrografi Transduser-Mengandungi sonar head . GPS
  • 30. SIMRAD GPT Power supply (4valve Generator)
  • 31. Tough book yang dilengkapi dengan software HydroPro Dalam pengukuran Hidrografi, ia terbahagi kepada dua kaedah iaitu Single beam dan multi beam. Single beam menggunakan alat yang kecil dan bot yang kecil dan tujuannya adalah untuk menjalankan pengukuran bathymetry di kawasan yang sempit dan cetek. Cetek yang dikatakan adalah apabila air surut akan menampakkan permukaannya. Kebiasaannya alat singlebeam ini digunakan untuk merekod permukaan dasar sungai atau kuala yang tidak berapa dalam dan kos penggunaannya adalah tidak berapa tinggi jika dibandingkan dengan penggunaan multibeam. Multibeam pula digunakan pada kawasan yang luas dan mempunyai kedalaman yang sangat tinggi. Ia akan menunjukan imej 3D dan merekod kawasan tanpa meninggalkan secebis kawasan. Contoh penggunaan multibeam ialah multibeam telah digunakan oleh pihak marin untuk mencari kapal terbang Malaysia yang lenyap iaitu MH370 di lautan Hindi. Kami juga diterangkan kenapa perlu merendam transduser ke dalam air dan tidak hanya meletakkannya pada permukaan air sahaja. Ianya perlu adalah kerana apabila alat sonarhead mengeluarkan gelombang bunyi, alat akan menjadi panas dan disebabkan itu ia perlu direndam. Selain itu, ia juga adalah untuk mengelakkan bunyi percikan air
  • 32. daripada bot yang boleh mengganggu bacaan yang direkod oleh alat tersebut dan menyebabkan hasil bacaan yang salah. Kami juga diterangkan mengapa perlunya kami mencerap dengan cara melintang dari arah pantai khas untuk laut dan melintang arus sungai khas untuk sungai. Ini untuk mendapat data cross-section dan supaya kami dapat melihat lengkungan kedalaman data yang dicerap. Kedudukan kawasan kami telah ditanda dan ditentududukan oleh GPS bagi memudahkan pencerapan hidro, dan akan mengeluarkan garisan-garisan panduan laluan bot hanya perlu diikuti oleh pemandu bot. Setelah selesai kesemuanya, pemandu bot membuat garisan ‘checkline’ bagi untuk tujuan check supaya data adalah tepat. Setelah mendengar cerita-cerita dan pengalaman daripada krew yang turut serta, kami bertolak pulang ke jeti semula untuk pemprosesan data seterusnya.
  • 33. PEMPROSESSAN DATA Sebelum meneruskan kerja dalam pemprosessan data, 4 langkah perlu dilakukan untuk semakkan semula agar data yang dicerap dapat digunakan. Langkah pertama, memastikan data daripada Echo Sounder dengan menyemak ‘line by line’ untuk setiap data. Langkah kedua ialah memastikan data pasang surut dapat digunakan dengan membandingkan data yang baru dicerap dengan data yang terdapat dalam buku PHL yang telah disediakan oleh JUPEM atau Jabatan Laut. Langkah ketiga, memastikan data yang diperolehi GPS tepat dan lengkap. Langkah keempat ialah memastikan data masa cerapan dicatit dan direkodkan. Setelah keempat-empat langkah tersebut dilakukan, data mentah hendaklah direkodkan dan disimpan untuk dijadikan ‘back-up data’ semasa pemprosessan dijalankan. Software yang dikenali sebagai HydroPro akan digunakan untuk membuang spike yang terdapat dalam data. Contoh penggunaan HydroPro seperti yang tertera dalam gambar rajah di bawah.
  • 34. Setiap spike yang terhasil hendaklah dibuang untuk mendapatkan hasil data yang memuaskan untuk persembahan data nanti. Langkah untuk membuang spike ialah : (1) Klik pada titik spike yang hendak dibuang. (2) ‘Hold shift’ dan tekan ‘down’ sehingga 3 kali sahaja. (3) Tekan ‘ctrl’ dan ‘s’ Setelah selesai membuang spike, hasil akhir akan terhasil di bawah data cerapan yang dikutip dan spike juga telah dibuang. Contoh seperti rajah di bawah. Garis biru = Data cerapan asal Garis bawah biru = Data cerapan selapas buang spike
  • 35. Seterusnya, data akan diproses menggunakan software Terra Model dimana data akan diplotkan dan akan mempersembahkan data yang telah dicerap.
  • 36. Selepas itu, ‘export’ Terra Model ke AutoCAD untuk membuat pelan. Dengan menggunakan AutoCAD, kretiviti untuk menghasilkan pelan yang memuaskan dan memenuhi kehendak yang sepatutnya dapat diterapkan. Seterusnya, alat untuk ‘print out’ pelan seperti yang tertera di bawah. Hasil terakhir boleh dilihat seperti contoh yang tertera di bawah.
  • 37. PENUTUP Bersyukurnya kami ke hadrat Ilahi kerana dapat mengutip dan menimba ilmu melakukan kerja Ukur Hidrografi di lapangan serta dapat membuat pemprosessan data cerapan yang dilakukan di lapangan. Bukan di lapangan sahaja, tetapi kami juga didedahkan dengan cara penggunaan software yang dilakukan sehingga hasil terakhir iaitu pelan hidrografi. Bantuan dan segala tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Tuan Haji Nazam serta krew beliau yang turut serta sangat-sangat kami hargai. Kami sangat-sangat berterima kasih kepada pensyarah-pensyarah dan pembantu makmal ukur yang terlibat kerana turut banyak memberi tunjuk ajar kepada kami. Kefahaman kami terhadap kerja Ukur Hidrografi kini semakin tinggi dan minat juga semakin meningkat. Harapan kami juga agar kefahaman yang kami perolehi ini dapat kami aplikasikan dalam pembelajaran kelas Ukur Hidrografi pada sem depan yang akan dikendalikan oleh Cik Suhada.