MAHESWARY A/PRASALINGAM
Pengenalan
As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldn’t be
teaching because education is a constant process of change. Every single time you
“teach” something to someone, it is ingested, something is done with it, and new human
being emerges. Leo Buscaglia dalam Boon Pong Ying (2009)
Ungkapan di atas menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai
penyampai ilmu dan kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorak mereka. Guru
boleh diibaratkan sebagai lilin yang menyinarkan hidup pelajar. Namun, sebagai guru,
kita harus peka terhadap perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Guru
sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali sebagai seseorang yang menyampaikan
sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang
berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui dengan pelbagai
cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (Hamid Fahmy
Zarkasyi 1990)
Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar membina daya pemikiran
yang analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh
menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka.
Oleh yang demikian, guru itu sendiri harus menguasai kemahiran dan pengetahuan
yang terkini untuk menjalankan tugas mereka. Justeru, guru harus meningkatkan
profesionalisme diri masing-masing. Profesionalisme diri merupakan hasil daripada
suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat.
Ia suatu proses di mana guru menyemak semula, membaharui dan melanjutkan
komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran; mereka
menguasai dan memperkembangkan secara kritikal pengetahuan, kemahiran serta
kecerdasan pelbagai yang diperlukan dalam pengajaran (Day,1999).
Guru adalah penggerak dalam sistem pendidikan di negara kita. Tanpa bantuan guru
segala perancangan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
akan terbengkalai begitu saja. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Sufean Hussin
(2005 dalam Mohammed Sani 2007) guru merupakan pelaksana kurikulum dan menjadi
teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Dengan
kata lain, guru memainkan peranan utama untuk menyalurkan ilmu dan kemahiran
mereka dalam pendidikan formal yang mana guru bertanggungjawab mendidik dan
memimpin masyarakat (Mohammed Sani 2007).
Sebagaimana yang diketahui, peranan guru masa kini semakin mencabar. Maka guru
perlu sentiasa menjunjung etika perguruan dan menjadi model akhlak yang baik kepada
anak didiknya. Menurut Jamiah et al.(2007),dalam konteks pendidikan bersepadu, guru
harus mempunyai daya jihad yang mantap untuk menangani cabaran di dalam
MAHESWARY A/PRASALINGAM
organisasi sekolah khususnya. Guru yang boleh digelar sebagai muaalim yang
berkepakaran dalam bidangnya, mudarris yang gigih mengajar, mu’adib yang
mengamalkan adab dan nilai murni, murrabi yang sentiasa menyeru kepada kehidupan
bertuhan, murshid yang menampakkan daya kepimpinan yang menyeluruh dan sebagai
seorang yang sentiasa menunjukkan teladan yang baik dari segi tingkah laku dan
perbuatan (khudwah hasanah).
Dari beberapa pendapat dan definisi di tas tegasnya dapat disimpulkan bahawa guru
merupakan tonggak asas dalam menjalankan sebuah pendidikan, mereka bukan hanya
sekedar alat pendidikan akan tetapi juga sebagai pemangkin murid dalam merubah
tingkah laku serta pemberi keahlian bagi murid dalam mempersiapkan kehidupannya.
Semua kualiti ini perlu ada di kalangan pendukung utama dalam organisasi sekolah
iaitu para guru sendiri. kualiti ini amat penting untuk membantu dalam membina daya
pemikiran yang analitik, kritikal dan kreatif bagi membentuk pelajar yang boleh
menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka selaras dengan
hala tuju sistem pendidikan.
Oleh itu, untuk mencapai hasrat ini maka guru perlu kompeten dengan tugas yang telah
diamanahkan kepada mereka sepertimana kata Sufean Hussin (1996), ” Guru pada
ketika yang sama adalah pelajar. Ia perlu sentiasa belajar untuk mempertingkatkan ilmu
pengetahuan dan kemahirannya bagi menjadi pendidik yang profesional, cekap,
berkesan dan humanistik”.
2.0 Konsep P&P
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran
para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga
menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan
kebajikan dan keperluan pelajar. pembinaan potensi insan dalam semua aspek-rohani,
kognitif, afektif dan fizikal dalam bentuk yang menyeluruh dan bersepadu. Berdasarkan
Perspektif Persepadu Sejagat, matlamat asas pendidikan baik di peringkat sekolah
rendah atau di peringkat sekolah rnenengah adalah untuk memanusiakan manusia dan
pemperadabkan manusia (Nik Azis Nik Pa, 1997).
Maka, apakah yang perlu dilakukan dalam membuat perancangan tersebut? Terdapat
pelbagai faktor yang perlu diambilkira, namun pada pandangan penulis, perkara utama
dan paling asas dalam proses ini ialah perancangan itu perlu diasaskan pada konsep
pengajaran dan pembelajaran yang mantap serta seiring dengan cita-cita negara.
Pembinaan sebuah reka bentuk pengajaran pun berasaskan pada konsep
MAHESWARY A/PRASALINGAM
pembelajaran tertentu. Ini kerana konsep yang kukuh akan menjadi landasan kepada
sebarang tindakan yang diambil. Manakala konsep yang kabur akan membuahkan
tindakan yang tidak keruan.
Terdapat banyak definisi mengenai metod P&P. Gage dan Berliner (1991)
mendefinisikan pembelajaran sebagai proses yang membawa kepada perubahan
tingkah laku hasil daripada pengalaman. Ini termasuk perubahan penguasaan
maklumat, fakta, konsep, prinsip, sikap, amalan, kemahiran berfikir, kemahiran
melakukan kerja, perubahan tabiat, dan tingkah laku. Bagi Hamachek (1995)
pembelajaran adalah proses yang melibatkan perubahan tingkah laku melalui
pengalaman dan latihan. Dengan kata yang lain, pembelajaranbukan sahaja dirujuk
sebagai hasi lyang diperhatikan tetapi juga kepada sikap, perasaan, dan proses
intelektual yang jelas.
Daripada pelbagai definisi di atas menunjukkan bahawa secara umunmya,
pembelajaran adalah berhubung dengan bagaimana kita melihat dan memahami dunia,
mengenai atau bagaimana kita making meaning (membuat membuat maksud, makna,
pengertian) (Marton & Booth, 1997 dlm, Fry, Ketteridge, & Marshall, 2003). Tugas
utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pengajaran &
pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja
harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi
mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu
mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di
samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari
segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan
strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan
pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai
dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain
berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu
membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta
dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang
dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk
membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti
harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam
merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang
baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya
MAHESWARY A/PRASALINGAM
aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepanuh pengaruh
terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi,
minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan
pengajarannya.
Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986)
mengenal pasti empat unsure utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian
atau pemodelan, iaitu pemerhatian (attention), mengingati (retention), re,produksi
(reproduction), dan penangguhan (re inforcement) motivasi (motivion). Implikasi
daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai melalui
beberapa cara yang berikut: • Penyampaian harus cekap dan menarik • Demonstasi
guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat • Hasilan guru atau contoh-contoh
seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi
Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran
secara tidak lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan
pembelajaran. Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran
bermaksud seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta
mendalam. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai
kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti
menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran
mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila
pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut
menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah. Diambil daripada
"http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran

Forum 3

  • 1.
    MAHESWARY A/PRASALINGAM Pengenalan As teacherswe must believe in change, we must know it is possible, or we wouldn’t be teaching because education is a constant process of change. Every single time you “teach” something to someone, it is ingested, something is done with it, and new human being emerges. Leo Buscaglia dalam Boon Pong Ying (2009) Ungkapan di atas menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai penyampai ilmu dan kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorak mereka. Guru boleh diibaratkan sebagai lilin yang menyinarkan hidup pelajar. Namun, sebagai guru, kita harus peka terhadap perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Guru sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali sebagai seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (Hamid Fahmy Zarkasyi 1990) Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, guru itu sendiri harus menguasai kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan tugas mereka. Justeru, guru harus meningkatkan profesionalisme diri masing-masing. Profesionalisme diri merupakan hasil daripada suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Ia suatu proses di mana guru menyemak semula, membaharui dan melanjutkan komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran; mereka menguasai dan memperkembangkan secara kritikal pengetahuan, kemahiran serta kecerdasan pelbagai yang diperlukan dalam pengajaran (Day,1999). Guru adalah penggerak dalam sistem pendidikan di negara kita. Tanpa bantuan guru segala perancangan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia akan terbengkalai begitu saja. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Sufean Hussin (2005 dalam Mohammed Sani 2007) guru merupakan pelaksana kurikulum dan menjadi teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Dengan kata lain, guru memainkan peranan utama untuk menyalurkan ilmu dan kemahiran mereka dalam pendidikan formal yang mana guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat (Mohammed Sani 2007). Sebagaimana yang diketahui, peranan guru masa kini semakin mencabar. Maka guru perlu sentiasa menjunjung etika perguruan dan menjadi model akhlak yang baik kepada anak didiknya. Menurut Jamiah et al.(2007),dalam konteks pendidikan bersepadu, guru harus mempunyai daya jihad yang mantap untuk menangani cabaran di dalam
  • 2.
    MAHESWARY A/PRASALINGAM organisasi sekolahkhususnya. Guru yang boleh digelar sebagai muaalim yang berkepakaran dalam bidangnya, mudarris yang gigih mengajar, mu’adib yang mengamalkan adab dan nilai murni, murrabi yang sentiasa menyeru kepada kehidupan bertuhan, murshid yang menampakkan daya kepimpinan yang menyeluruh dan sebagai seorang yang sentiasa menunjukkan teladan yang baik dari segi tingkah laku dan perbuatan (khudwah hasanah). Dari beberapa pendapat dan definisi di tas tegasnya dapat disimpulkan bahawa guru merupakan tonggak asas dalam menjalankan sebuah pendidikan, mereka bukan hanya sekedar alat pendidikan akan tetapi juga sebagai pemangkin murid dalam merubah tingkah laku serta pemberi keahlian bagi murid dalam mempersiapkan kehidupannya. Semua kualiti ini perlu ada di kalangan pendukung utama dalam organisasi sekolah iaitu para guru sendiri. kualiti ini amat penting untuk membantu dalam membina daya pemikiran yang analitik, kritikal dan kreatif bagi membentuk pelajar yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem pendidikan. Oleh itu, untuk mencapai hasrat ini maka guru perlu kompeten dengan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka sepertimana kata Sufean Hussin (1996), ” Guru pada ketika yang sama adalah pelajar. Ia perlu sentiasa belajar untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya bagi menjadi pendidik yang profesional, cekap, berkesan dan humanistik”. 2.0 Konsep P&P Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. pembinaan potensi insan dalam semua aspek-rohani, kognitif, afektif dan fizikal dalam bentuk yang menyeluruh dan bersepadu. Berdasarkan Perspektif Persepadu Sejagat, matlamat asas pendidikan baik di peringkat sekolah rendah atau di peringkat sekolah rnenengah adalah untuk memanusiakan manusia dan pemperadabkan manusia (Nik Azis Nik Pa, 1997). Maka, apakah yang perlu dilakukan dalam membuat perancangan tersebut? Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambilkira, namun pada pandangan penulis, perkara utama dan paling asas dalam proses ini ialah perancangan itu perlu diasaskan pada konsep pengajaran dan pembelajaran yang mantap serta seiring dengan cita-cita negara. Pembinaan sebuah reka bentuk pengajaran pun berasaskan pada konsep
  • 3.
    MAHESWARY A/PRASALINGAM pembelajaran tertentu.Ini kerana konsep yang kukuh akan menjadi landasan kepada sebarang tindakan yang diambil. Manakala konsep yang kabur akan membuahkan tindakan yang tidak keruan. Terdapat banyak definisi mengenai metod P&P. Gage dan Berliner (1991) mendefinisikan pembelajaran sebagai proses yang membawa kepada perubahan tingkah laku hasil daripada pengalaman. Ini termasuk perubahan penguasaan maklumat, fakta, konsep, prinsip, sikap, amalan, kemahiran berfikir, kemahiran melakukan kerja, perubahan tabiat, dan tingkah laku. Bagi Hamachek (1995) pembelajaran adalah proses yang melibatkan perubahan tingkah laku melalui pengalaman dan latihan. Dengan kata yang lain, pembelajaranbukan sahaja dirujuk sebagai hasi lyang diperhatikan tetapi juga kepada sikap, perasaan, dan proses intelektual yang jelas. Daripada pelbagai definisi di atas menunjukkan bahawa secara umunmya, pembelajaran adalah berhubung dengan bagaimana kita melihat dan memahami dunia, mengenai atau bagaimana kita making meaning (membuat membuat maksud, makna, pengertian) (Marton & Booth, 1997 dlm, Fry, Ketteridge, & Marshall, 2003). Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pengajaran & pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya
  • 4.
    MAHESWARY A/PRASALINGAM aktiviti yangdipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepanuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986) mengenal pasti empat unsure utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan, iaitu pemerhatian (attention), mengingati (retention), re,produksi (reproduction), dan penangguhan (re inforcement) motivasi (motivion). Implikasi daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai melalui beberapa cara yang berikut: • Penyampaian harus cekap dan menarik • Demonstasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat • Hasilan guru atau contoh-contoh seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan pembelajaran. Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah. Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran