Dokumen tersebut membahas tentang cabaran profesi keguruan, termasuk meningkatkan kualitas sekolah, pengurusan perubahan, dan perubahan dalam pendidikan seperti globalisasi pendidikan. Dokumen tersebut juga membahas tentang ciri-ciri pengajaran yang efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian serta hubungan antara budaya dan iklim sekolah berkualiti.
1. Bincangkan TIGA permasalahan yang dihadapi dalam sistem Pendidikan Islam. Cadangkan langkah penyelesaian yang boleh diambil bagi menangani permasalahn tersebut.
2. Terkini, banyak diperkata dan dipersoalkan tentang Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). Pada pandangan anda, bersertakan hujah-hujah yang kukuh, apakah kelemahan dan kekuatan PBS? Sejauhmanakah langkah yang diambil oleh kerajaan dapat menyelesaikan kekalutan yang timbul?.
3. Bincangkan transformasi yang berlaku ke atas kurikulum Pendidikan Islam apabila Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan. Sejauhmanakah ia dapat dilaksanakan di sekolah?
Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.Muhamad Yusup
Desain pembelajaran harus menjelaskan tujuan pembelajaran yang dicapai melalui pengetahuan, metode, strategi, dan desain media pembelajaran yang ingin dipahami siswa. Keutaman desain pendidikan pembelajaran berfokus pada perilaku atau kinerja siswa sebagai jenis keluaran yang dapat diamati dan menunjukkan bahwa siswa telah melakukan aktivitas belajar.
1. Bincangkan TIGA permasalahan yang dihadapi dalam sistem Pendidikan Islam. Cadangkan langkah penyelesaian yang boleh diambil bagi menangani permasalahn tersebut.
2. Terkini, banyak diperkata dan dipersoalkan tentang Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). Pada pandangan anda, bersertakan hujah-hujah yang kukuh, apakah kelemahan dan kekuatan PBS? Sejauhmanakah langkah yang diambil oleh kerajaan dapat menyelesaikan kekalutan yang timbul?.
3. Bincangkan transformasi yang berlaku ke atas kurikulum Pendidikan Islam apabila Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan. Sejauhmanakah ia dapat dilaksanakan di sekolah?
Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.Muhamad Yusup
Desain pembelajaran harus menjelaskan tujuan pembelajaran yang dicapai melalui pengetahuan, metode, strategi, dan desain media pembelajaran yang ingin dipahami siswa. Keutaman desain pendidikan pembelajaran berfokus pada perilaku atau kinerja siswa sebagai jenis keluaran yang dapat diamati dan menunjukkan bahwa siswa telah melakukan aktivitas belajar.
KURSUS:
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM SEMESTER 2 SESI 2021/2022
TUGASAN:
CIRI-CIRI GURU IMPIAN
NAMA PENSYARAH:
PROF. DATO' IR. DR. RIZA ATIQ BIN ORANG KAYA RAHMAT
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD ARIFIN BIN SAPUAN (A175886)
2. CABARAN PROFESION
KEGURUAN
Sekolah Berkualiti
Pengurusan perubahan
Perubahan dalam pendidikan
- Pembestarian pendidikan
- Globalisasi pendidikan
3. PENGENALAN
• Perkembangan bidang sains dan Teknologi pada masa kini
menjadikan kegiatan Pendidikan semakin mencabar dan lebih
canggih
• Cabaran didefinisikan sebagai sesuatu yang menguji kekuatan,
kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu aktiviti
• Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam era
globalisasi pada masa kini menjadikan dunia pendidikan
memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi yang
selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
4. Cabaran Profesion Keguruan
• Perkembangan bidang sains dan Teknologi pada masa kini
menjadikan kegiatan Pendidikan semakin mencabar dan lebih
canggih.
• Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan di sekolah
menjadi semakin kompleks. Tambahan pula, masalah sekolah
juga semakin bertambah apabila bilangan murid bertambah di
dalam bilik darjah.
• Situasi ini seterusnya memperlihatkan persediaan seseorang
guru berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam sistem
pendidikan yang sering berubah.
5. Sekolah Berkualiti
Reformasi pendidikan merupakan langkah yang konkrit untuk mencapai matlamat dan wawasan 2020.
Ia adalah untuk melahirkan insan yang boleh memberi sumbangan untuk mencapai matlamat 2020.
Di antara intisari Wawasan Pendidikan ini ialah:
• Perpaduan di antara pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa
• Pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti dan mengandungi sifat untuk mencuba dan memikul
risiko.
• Perkhidmatan penyayang yang mengutamakan penghargaan nilai-nilai kemurnian.
• Empowerment, iaitu berkongsi kuasa dengan anggota-anggota sekolah untuk melaksanakan program
sekolah melalui kaedah reflektif, inovatif, kreatif dan asertif.
• Budaya ilmu yang boleh melahirkan pelajar supaya mencintakan ilmu melalui budaya membaca,
budaya belajar, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya menulis dan budaya berkarya.
• Sekolah penyayang yang mengiktiraf harga diri manusia supaya pelajar mencintai guru, sekolah dan
pembelajaran mereka sehingga displin dikurangkan ke tahap zero defect dan sekolah pun menjadi
tempat sebagai ”sekolahku, rumahku”.
• Budaya cemerlang dalam budaya kerja, budaya ilmu, akhlak dan sahsiah peribadi.
6. Misi Kementerian Pendidikan Malaysia
1. Memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan
seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi, melalui
pendekatan strategik berikut:
• Penyediaan kurikulum yang relevan supaya pelajar dapat
memperolehi ilmu pengetahuan yang terkinidan memperkembang
sosial serta menguasai kemahiran yang bernilai dari segi k-ekonomi.
• Penyediaan sistem penyampaian yang berkesan supaya pelajar
memperolehi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
• Penyediaan kurikulum yang menekankan kepada sains dan Teknologi,
Pendidikan Agama, Moral supaya melahirkan lebih ramai tenaga
kerja untuk pencapaian taraf negara maju, disamping memastikan
nilai-nilai baik dapat diamalkan dikalangan pelajar dalam semua
aspek kehidupan.
• Pemupukan patriotisme melalui penerapan dalam semua mata
pelajaran serta aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat, supaya
melahirkan pelajar yang mempunyai semangat bangga sebagai
rakyat Malaysia.
7. 2. Pembangunan sumber pendidikan seperti guru dan prasarana untuk
sekolah melalui pendekatan strategik berikut:
– Penyediaan input pendidikan yang mencukupi,
lengkap dan terkini untuk semua peringkat sekolah.
– Pelaksanaan program pendidikan mengikut
perancangan dengan memastikan matlamat
pendidikan dan Rancangan Malaysia akan tercapai.
– Peningkatan keberkesanan proses pengajaran dengan
penyediaan tenaga pengajar yang berkualiti serta iklim
persekolahan yang kondusif supaya bahan pelajaran
bukan sahaja diperolehi daripada buku teks, tetapi
juga daripada Internet dan Multimedia.
8. Samb.
• Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam
bidang pendidikan, khasnya dalam bidang kurikulum,
pengajaran-pembelajaran dan penguasaan adalah supaya
mencapai matlamat untuk merealisasikan Misi Kementerian
Pendidikan.
• Khasnya meningkatkan kualiti sekolah, guru haruslah
sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesional melalui
latihan dalam perkhidmatan, pelaksanaan penyelidikan
tindakan kobolarasi, membuat refleksi kendiri, memupuk
budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-
pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan
kemahiran yang terkini untuk merancang serta
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan.
9. Pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti
• Beberapa definisi pengajaran efektif yang berbeza telah dikemukakan
oleh tokoh pendidikan dari berbagai sudut yang berlainan.
• Mengikut J.M.Cooper dalam bukunya Classroom Teaching Skill,
pengajaran yang efektif ialah hasil pembelajaran terakhir yang berjaya
dicapai mengikut objektifnya.
• Pengajaran efektif sering dikaitkan dengan guru yang berkesan. Ini
kerana keberkesanan pengajaran bergantung semata-mata kepada
kecekapan guru dalam merancang dan melaksanakan sesuatu
pelajaran.
• David Ryans berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang
mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati,
jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan
berkeyakinan.
10. Samb.
• J.M.Cooper pula berpendapat guru yang berkesan ialah
guru yang dapat:
• Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran
dan psikologi manusia
• Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan
pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif
dalam pelbagai hala.
• Memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam
matapelajaran yang diajar.
• Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang
memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti
pembelajaran mereka.
11. Samb.
Perlakuan
mengajar
Mempunyai
sifat –sifat
mengajar
yang positif
perancangan
GURU YANG Pengajaran
BERKESAN efektif
Berilmu
pengetahuan
pelaksanaan
Terlatih dalam
pelbagai bidang
pendidikan
penilaian
12. Ciri-ciri Pengajaran Efektif Dari Segi Pelaksanaan
• Aktiviti pengajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, langkah demi
langkah, iaitu daripada peringkat permulaan diikuti dengan peringkat
perkembangan konsep, penggunaan ilmu pengetahuan serta
kemahiran,dan diakhiri dengan aktiviti peneguhan dan pengukuhan.
• Di dalam peringkat permulaan, guru berjaya memotivasikan murid-murid
dan menarik perhatian mereka supaya bersedia mengikut pengajaran
guru dengan penuh minat.
• Konsep dan kemahiran baru dapat diperkembangkan daripada yang
mudah kepada yang susah daripada yang konkrit kepada abstrak.
• Isi pelajaran dapat disampaikan langkah demi langkah dengan lancar dan
sistematik serta mengikut masa yang ditentukan.
• Suasana pembelajaran adalah positif dan menggalakkansupaya murid-
murid menyertai aktiviti pembelajaran mereka secara aktif dan diberi
peluang berinteraksi di dalam kumpulan mereka untuk mengemukakan
idea dan pendapat dalam aktiviti perbincangan.
13. Samb.
• Displin arahan diri dan displin arahan kerja di kalangan murid dapat
diperlihatkan dalam segala proses pengajaran dan pembelajaran.
Mereka dapat mendisplinkan diri dan bekerja bersama-sama dengan
rakan sedarjah tanpa kawalan daripada guru.
• Guru menggunakan ABM dengan cekap untuk menyampaikan sesuatu
konsep. Murid-murid boleh menggunakan ABM untuk menjalankan
aktivti pembelajaran yang berkesan.
• Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan yang
cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid yang lambat
dibimbing dengan aktiviti pemulihan.
• Aktiviti pengukuhan dapat membantu murid membuat rumusan dan
menggunakannya untuk menyelesaikan masalah dalam situasi yang
baru.
• Aktiviti peneguhan dalam peringkat penutup adalah sesuai dan
membawa perasaan kejayaan kepada murid-murid.
14. Ciri-ciri Pengajaran Efektif Dari Segi Penilaian
• Aktiviti soal jawab sering digunakan untuk
membuat penilaian.
• Guru boleh menggunakan hasil penilaian untuk
membantu murid membetulkan kesalahan yang
berlaku dengan serta-merta.
• Hasil penilaian pula dapat membantu guru
mengesan pencapaian objektif pelajaran serta
membaiki pengajaran guru pada masa hadapan.
15. Ciri-ciri Pengajaran Efektif dari Segi Perancangan
• Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang
ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-
murid.
• Isi pelajaran dalam rancangan mengajar telah disusun daripada
mudah kepada kompleks, bermakna, relevan serta menarik.
• Rancangan mengajar meliputi penggunaan pelbagai alat bantu
mengajar.
• Pendekatan pengajaran berpusat kepada murid adalah diutamakan.
Ini bermakna rancangan mengajar menekankan aktiviti
pembelajaran murid.
• Rancangan mengajar mempunyai langkah-langkah mengajar yang
lengkap permulaan, perkembangan dan penutup yang lengkap.
• Strategi dan kaedah mengajar yang dipilih boleh meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
16. Hubungan Konsep Budaya dengan Sekolah Berkualiti
• Ahli fungsionalisme melihat fungsi sekolah sebagai proses
sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut kehendak
masyarakat mereka.
• Sehubungan ini, sekolah adalah dipandang sebagai sesuatu
institusi yang memainkan peranan dalam pengekalan
budaya masyarakat.
• Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan
latihan.
• Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk manusia
yang berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif. Latihan
pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan
psikomotor.
17. Budaya dan Iklim Sekolah Berkualiti
• Ia dikenali sebagai iklim sekolah, mengandungi empat aspek utama, iaitu
aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek
penggunaan bahasa.
• Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti:
• Kebersihan bilik darjah, tandas, kantin dan kawasan sekolah serta anggota
sekolah;
• Keselamatan anggota sekolah dilindungi dengan peraturan sekolah, alatan
dan kemudahan, keselamatan yang lengkap termasuk mengadakan
perkhidmatan keselamatan seperti pertolongan cemas dan kawalan
keselamatan lalu lintas;
• Kemudahan sekolah cukup dan lengkap serta digunakan dengan baik dan
cermat;
• Keselesaan seperti ruang untuk bergerak yang mencukupi, peredaran udara
segar yang membawa suasana tenang dan kondusif untuk pengajaran dan
pembelajaran: dan
• Keindahan sekolah dengan tumbuh-tumbuhan, bunga, pokok serta
perhiasan yang memberansangkan suasana keselesaan.
18. Samb.
• Aspek sosial merangkumi perkara-perkara seperti:
• Hormat-menghormati diantara anggota sekolah serta mematuhi peraturan
sekolah;
• Rasa tanggungjawab terhadap diri, anggota sekolah lain serta sekolahnya;
• Berkerjasama diantara anggota sekolah, bersedia untuk membantu dan
rela menjalankan tugas masing-masing tanpa rungutan.
• Perpaduan dimenifestasikan daripada integrasi pelbagai kaum dalam
aktiviti kurikulum dan kokurikulum;
• Kemesraan dimenifestasikan daripada pergaulan dan keriangan dalam
aktiviti sosial di sekolah; dan
• Keadilan dimenifestasikan dalam hukuman dan ganjaran yang mengikut
peraturan, layanan sama serta pengagihan kerja dan tugas yang adil.
19. Samb.
• Aspek perkembangan intelek merangkumi aspek budaya
ilmu seperti semangat ingin belajar, sama ada dalam bilik
darjah atau di perpustakaan sekolah.
• Aspek penggunaan bahasa meliputi penggunaannya secara
betul dan jitu didalam dan di luar bilik darjah.
20. Program Meningkatkan Prestasi
Budaya Sekolah
• Ia biasanya dirancang dan dilaksanakan oleh Jawatankuasa
Budaya Sekolah. Di antara aktiviti yang meliputi semua
aspek budaya sekolah adalah dibincangkan seperti berikut:
• Meningkatkan prestasi dalam aspek fizikal seperti:
– Menanam pokok bunga di kawasan sekolah
– Melukis mural sebagai perhiasan sekolah
– Mengadakan latihan kecermasan untuk keselamatan
– Membaiki perabot yang rosak seperti meja dan kerusi murid
– Mengadakan pertandingan kebersihan kelas dan perhiasan bilik
darjah
21. Samb.
Meningkatkan prestasi dalam aspek sosial seperti:
– Menganjurkan aktiviti sosial yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum
– Menggubal dan melaksanaaan peraturan sekolah dengan adil
– Mengagihkan kuasa dengan memberi tugas kepada pemimpin kelab, persatuan,
badan unit beruniform semasa menganjur aktiviti
Meningkatkan prestasi dalam aspek budaya ilmu seperti:
– Menyebarkan matlamat KBSR atau KBSM sama ada di dalam perhimpunan atau
dipamerkan dalam papan kenyataan
– Menganjurkan aktiviti yang boleh meningkatkan penguasaan ilmu
– Melengkapkan dengan memperbanyakkan buku ilmiah dalam perpustakaan
sekolah
– Melengkapkan alat bantu mengajar dan mengalakkan guru menggunakannya
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
– Menjalankan pencerapan dan penyeliaan untuk meninkatkan prestasi guru dalam
aktiviti pengajaran
– Mengadakan latihan dalaman untuk meningkatkan kemahiran guru dalam aktiviti
pengajaran mereka
22. Samb.
Meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa
seperti:
– Menganjurkan aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan, dan
pidato sebagai galakan penggunaan bahasa
– Mengadakan peraturan yang boleh menghalang murid
menggunakan bahasa dialek di kawasan sekolah
23. Jenis Aktiviti Budaya Sekolah
• Aktiviti budaya sekolah merangkumi aktiviti seperti:
• Menyanyi lagu kebangsaan, lagu sekolah dan lagu patriotik
seperti ”Malaysia Berjaya” dalam perhimpunan sekolah
• Membaca ikrar dalam upacara rasmi seperti Hari Sukan,
perhimpunan Pengakap dan sebagainya
• Mengibarkan bendera kebangsaan pada setiap hari
persekolahan dan perhimpunan sekolah
• Menjalankan kempen kebersihan sekolah
• Melaksanakan program Minggu Bahasa Melayu
24. Ciri-Ciri Sekolah Berkualiti:
Ciri-Ciri Iklim Persekolahan
Iklim sekolah yang baik dan buruk bergantung kepada gaya pentadbiran seseorang
Guru Besar / Pengetua. Sesungguhnya, iklim persekolahan adalah berhubung rapat
dengan displin dan peraturan sekolah yang sedia ada serta perasaan kekitaan murid-
murid dan kakitangan dalam sekolah mereka.
Iklim persekolahan yang dikatakan baik mengandungi beberapa siri utama seperti:
• Perhubungan yng saling hormat-menghormati di antara kakitangan akademik dengan
muridnya
• Kesukarelaan murid menerima aspirasi dan peraturan sekolah yang diaturkan oleh
pihak pentadbiran sekolah
• Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan
dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa sengan betul dan
sesuai
• Kewujudan iklim persekitaran yang bersih, teratur dan tenteram
• Kewujudan displin yang baik, dengan zero defect dalam semua sktiviti pendidikan, iaitu
tiada masalah pengajaran-pembelajaran, tiada konflik, tiada perlanggaran displin, tiada
masalah keceriaan sekolah dan sebagainya.
25. Samb.
• Iklim persekolahan yang dikatakan negatif atau tertutup
mengandungi beberapa ciri utama seperti berikut:
• Anggota sekolah sering menghadapi ancaman tekanan dan
konflik keperibadian, serta masalah displin sekolah
• Perasaan kekitaan dan semangat kerjasma diantara anggota
sekolah tidak dapat diperlihatkan
• Keceriaan sekolah adalah kurang memuaskan
• Keterlibatan dalam dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum
adalah sekadar minimum sahaja
• Interaksi sosial di antara anggota sekolah diperlihatkan pasif
• Kepimpinan Guru Besar / pengetua bercorak autokratik, manakala
guru bersikap acuh tak acuh dan kurang semangat mengajar
26. Organisasi Sekolah Berkualiti dan Iklim
Persekolahan
Indeks organisasi sekolah yang sihat boleh dikenalpasti seperti ciri-ciri
berikut:
• Mempunyai pusat sasaran untuk pencapaian matlamat sekolah
• Kesesuaian menyebar kebudayaan dan ilmu pengetahuan
• Berkongsi kuasa autoriti dalam pengurusan sekolah
• Keberkesanan dalam penggunaan sumber
• Mempunyai semangat perpaduan dikalangan anggota sekolah
• Anggota sekolah mempunyai kesedaran terhadap keperluan reformasi
pendidikan untuk kemajuan sekolah
• Mempunyai suatu sistem kawalan automatik yang dapat menangani
gangguan dari luar
• Mempunyai daya penyesuaian yang berupaya mengubahsuai dan menangani
konflik di antara aspirasi sekolahdengan organisasi luar
• Mempunyai organisasi yang baik serta sistem pengurusan yang rapi untuk
menangani konflik dalaman
27. PENGURUSAN PERUBAHAN
• Dalam pengurusan perubahan, pihak sekolah perlulah
menghasilkan murid yang cemerlang dalam aspek akhlak dan
akademik. Tambahnya lagi, murid-murid juga mesti
mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran kerja tempatan
dan antarabangsa.
• Kementerian Pendidikan telah melancarkan satu reformasi
pendidikan dengan mmperkenalkan KBSR pada tahun
1982/1983 diikuti dengan pelaksanaan KBSM pada tahun
1988/1989 dan pelaksanaan konsep sekolah bestari pada
tahun 2000 berlandaskan matlamat dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Wawasan 2020.
28. Wawasan 2020
• Diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri Malaysia pada
28 Febuari 1991. Sembilan cabaran utama ialah:
a) Cabaran 1 - membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta
menyanjung masa depan yang dikongsi bersama
b) Cabaran 2 - melahirkan masyarakat yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya
c) Cabaran 3 - membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat demokrasi
yang matang
d) Cabaran 4 - membentuk masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya
e) Cabaran 5 - membentuk sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal dan
toleransi
f) Cabaran 6 - membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains dan progresif serta
berdaya cipta
g) Cabaran 7 - membentuk masyarakat yang berbudi bahasa dan berbudaya
penyayang
h) Cabaran 8 - menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yand adil ekonomi
i) Cabaran 9 - membentuk masyarakat yang makmur
29. Perubahan KBSR dan KBSM
• Membaiki segala kelemahan tahun 1980an
• Reformasi pendidikan telah dilaksanakan:
a) memperkenalkan komputer
b) sistem peperiksaan juga diubah
c) sekolah bestari
30. Ciri-ciri Kurikulum Masa Depan
• Pendidikan Pra Sekolah
- guru akan ditambah
- sistem monitor juga dibuat
- kanak-kanak berumur 6-11 tahun untuk mendapatkan
pendidikan
• Pendidikan Sekolah Menengah
- tahun 2008, tempoh pendidikan sekolah menengah
dikurangkan dari 7 tahun menjadi 6 tahun
- Perubahan yang paling penting ialah membaiki kelemahan
dalam penguasaan bahasa Inggeris
31. Inovasi Kurikulum dan Reformasi
Pendidikan
• Inovasi Kurikulum atau reformasi kurikulum ialah pembaruan,
perbaikan, pengubahsuaian atau pemulihan terhadap
kurikulum yang sedia ada
• 3 faktor utama:
a) perkembangan sains dan teknologi
b) keperluan masyarakat
c) perkembangan falsafah dan teori pendidikan
• Penerapan nilai-nilai moral
• Kemahiran asas dikuasai guru
• Amalan perdagangan diserap dalam pengajaran dan
pembelajaran
• Penubuhan Sekolah Bestari - guru perlulah bersedia dengan
cabaran globalisasi pendidikan
32. Ciri-ciri Guru Dalam Alaf Baru
• Dahulu, pelajaran sekolah adalah bersifatkan kepada guru dan
buku
• Sekarang, pelajaran adalah menjurus kepada pelajar dan
komputer
• Guru - memiliki pengetahuan meluas tentang mata
pelajaran yang diajar
- tahu teknik pengajarannya
- memiliki sifat yang penyayang serta bersabar
- memiliki sifat yang penyayang serta bersabar
- kecerdasan emosi dan kekuatan fizikal serta rohani
- role model kepada masyarakat, bangsa dan negara
• Sifat-sifat - membina tahap keyakinan diri
• Beriltizam, berwawasan, berpandangan global dan
senantiasa berorientasikan maklumat.
33. Samb.
• Guru - sedar perubahan yang berlaku
• Berfikiran positif, bersikap fleksibel, ada sifat kepimpinan dan
memahirkan diri menggunakan komputer
• Guru bestari - melahirkan pakar IT dan teknokrat-teknokrat
• Aplikasikan pengetahuan yang ada di dalam bilik darjah
34. PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
Pembestarian Pendidikan
• Bestari - maksud cerdas, berpengetahuan, berpendidikan serta mempunyai
budi pekerti yang mulia
• Sekolah bestari - sekolah yang bakal melahirkan pelajar cerdas dan pintar
• Objektif - melatih pelajar guna teknologi dalam
pembelajaran
• Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005), pula “berpendapat bahawa
pembestarian pendidikan ialah untuk mewujudkan suasana pembelajaran dan
persekolahan yang lebih bermakna dan berkesan di mana guru bukan lagi
sebagai pendeta di atas pentas tetapi sebagai pendidik dan pembimbing kepada
kepada murid-murid”
• Komputer dan buku teks – alat bantu mengajar
35. • Penubuhan Sekolah Bestari - projek daripada Tujuh Flagship Applications dalam
Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Koridor, MSC)
• 4 MP utama - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
Matlamat Sekolah Bestari
• Budaya berfikir
• Pengurusan yang efektif
• Kaedah dan teknik pengajaran dpt ditonjolkan
• Belajar secara pasukan terarah kendiri
36. Prasarana IT (Teknologi Maklumat)
dalam Sekolah Bestari
• Makmal komputer
• Pusat media
• Bilik khidmat
• Studio
• Pejabat pentadbiran
• Prasarana bilik darjah
37. Ciri-ciri Sekolah Bestari
• Pelajar - belajar mengikut keperluan, kebolehan
dan gaya pembelajaran itu sendiri
• Guru - mengadaptasikan kurikulum kebangsaan
berdasarkan keperluan, kebolehan dan gaya
pembelajaran individu
• Penilaian pembelajaran – on line
38. Tanggungjawab dan Peranan Guru Bestari
• Fasilitator
• Mengurus rutin harian bilik darjah
• Merancang dan melaksana pembelajaran
melalui prasarana IT
• Kemahiran dan penggunaan alat teknologi
39. Keperibadian Guru
• Mempunyai nilai moral dan akhlak yang terpuji
Sewajarnya perlu ada kesesuaian di antara kata-
kata guru dengan perilakunya yang sebenar.
• Memahami proses perkembangan remaja masa
kini yang mudah terikut-ikut kepada unsur dan
budaya negatif tetapi sukar untuk menerima
teguran dan nasihat yang membina.
• Akhlak seorang pendidik sesuai dengan ajaran
dan pengetahuan yang diajar kepada pelajarnya.
40. Cabaran Profesion Perguruan
AKHLAK
ILMU
TEKNIK & STRATEGI MENGAJAR
STAFF DAN KAKITANGAN SEKOLAH
ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
PERLAKSANAAN
PENCAPAIAN PENGAJARAN
41. AKHLAK
• GURU berakhlak mulia.
• GURU menjaga akhlak dan maruah diri.
• GURU mementingkan maruah pendidikan negara.
• GURU berhadapan & menangani akhlak tidak sihat (negatif) murid.
• GURU pembentuk akhlak murid.
ILMU
• Guru sebagai penyalur budaya dan ilmu.
(Berdasarkan pembentukan Model Tret )
• Guru berperanan sebagai agen penyalur budaya dan ilmu selain
peranan institusi keluarga. Dalam konteks ini, guru cuba memainkan
peranan sebagai agen pewarisan budaya yang penting bagi sesuatu
masyarakat
• Proses pembelajaran ini mungkin berlaku secara spontan dan
personaliti berubah secara tidak disedari.
42. Teknik & Strategi Mengajar
• Guru sebagai penyalur kemahiran dan
ketrampilan.(Berdasarkan pembentukan
Model Humanistik)
• GURU mesti mencari alternatif terbaik dalam
teknik pengajaran .
• GURU mempraktikkan teknik & strategi
pengajaran yang berkesan dan merangsang
murid.
43. Staf & Kakitangan sekolah
• GURU mesti bersedia dengan karenah staf & kakitangan
sekolah.
Pendapat / penerimaan
Emosi
Kebolehanpercayaan & pentafsiran.
Pentadbiran
Kerjasama.
44. Alat Bantu Mengajar (ABM)
TIADA peruntukan
Keperluan ABM yang TINGGI
Pemilihan ABM yang TEPAT dan
BERSESUAIAN.
45. Perlaksanaan
• Wujud organisasi
Pelaksana.
• Perlaksanaan mengikut
TERTIB.
• Hadapi kekangan dengan
baik.
46. Pencapaian Pengajaran
• Berjaya – Guru perlu mengekalkan Prestasi
– dihargai oleh penduduk sekitar.
• Tidak berjaya – Guru WAJIB meningkatkan
prestasi.
– Penduduk sekitar hilang
kepercayaan
terhadap profesion Perguruan.
48. • Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa strategi
yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
usaha mereka memartabatkan profesion di samping menjadikan
profesion ini sebagai pilihan utama bagi bekas lulusan graduan.
Antara usaha yang telah dilakukan oleh KPM ialah:
A). Meningkatkan Tahap Profesionalime
1. Program Diploma Perguruan Khas
Diperkenal pada tahun 1996 bertujuan untuk menjamin kualiti di
peringkat menengah dengan menyediakan guru siswazah bagi
semua sekolah menengah menjelang tahun 2005.
2. Program Diploma Perguruan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggantikan Sijil
Perguruan Asas (SPA) kepada Diploma Perguruan Malaysia
(DPM) demi untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita
selaras dengan cabaran dalam dunia pendidikan hari ini.
49. 3. Program Pensiswazahan Guru
Kursus-kursus seperti Program Khas Pensisiwazahan Guru (PKPG) yang
dimulakan pada Jun 1999 telah menambahkan bilangan guru siswazah di
samping kursus-kursus yang diadakan secara usaha sama dengan
Universiti Terbuka Malaysia (Open University) untuk guru-guru bukan
siswazah serta Institut Aminuddin Baki untuk guru besar.
4. Program Berkembar IAB Dengan Pihak Universiti
• Bidang pendidikan kini sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman.
Banyak dasar yang dibuat dahulu ada yang tidak sesuai lagi pada alaf ini.
Oleh yang demikian dasar pendidikan juga berubah walaupun matlamat
utama tidak berubah iaitu berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Dengan perubahan tersebut, Kementerian Pendiidikan
Malaysia sentiasa berusaha memastikan mutu pendidikan akan terus
dikawal dan sentiasa berada pada paras yang maksimum telah
menjalankan beberapa program khas untuk memastikan ianya terus
berkembang.
• Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut
Aminuddin baki dalam bidang pengurusan dan kempimpinan pendidikan
harus dipuji. Antara latihan dan progam yang disediakan ialah program
kembar sarjana antara Institut Aminuddin Baki dengan universiti-universiti
di Britian, Amerika Syarikat dan Australia.
50. B) Ganjaran & Kenaikan Pangkat
Selain dari meningkatkan diri dengan penambahbaikkan
dalam bidang ilmu, para pendidik juga ditawarkan dengan
ganjaran-ganjaran dan kenaikan pangkat bagi mereka
yang benar-benar layak seperti:
•Pengetua Cemerlang
•Guru Cemerlang
•Jawatan Naik Pangkat
•Skim Gred Diploma
52. Tumpuan Asas Sekolah Bestari
Apakah Pembelajaran Bestari?
Jenis-Jenis Pembelajaran &
Strategi P-P Bestari
Penerapan Unsur-Unsur Bestari
Dalam P-P Sains
53.
54. Sekolah Bestari
Pekerja Berilmu
SEKOLAH BESTARI
MENYEDIAKAN TENAGA Perkembangan
PEKERJA BERILMU UTK Industri/R&D
INDUSTRI TEKNOLOGI
TINGGI
55. KUASA MINDA menjadi modal,
BUKAN wang/tanah/pekerja
MSC – PUSAT UNTUK PERKEMBANGAN
TEKNOLOGI TEMPATAN BERCORAK
TEKNOLOGI TINGGI
SEKOLAH BESTARI PERLU MENGHASILKAN
PELAJAR YG BERFIKIRAN KRITIS, CEKAP,
MEMPUNYAI KREATIVITI UNTUK MENCIPTA
PRODUK BARU UNTUK PASARAN DUNIA
56. Pembelajaran di Sekolah Bestari harus
dapat mencungkil bakat dan minat
pelajar supaya mereka boleh mencipta
produk-produk baru atau mempelopori
proses-proses kerja atau perkhidmatan
baru
… seperti Wright brothers, Henry Ford,
Oppenheimer, Akio Morita, Bill Gates,
Steven Spielberg, dan lain-lain …
57. Inkuiri penemuan, penyelesaian masalah
Kolaborasi dgn. rakan, bukan berseorangan
Mengguna pelbagai sumber IT / bukan IT
Merentasi pelbagai bidang ilmu
Dapat memberi gambaran menyeluruh
Menjana pengetahuan/pemahaman baru
58. Projek, kajian, perbincangan,
Tanpa IT kerja lapangan, temu bual,
eksperimen, dll
Aktiviti kolaborasi melalui emel
/’chat’
Akses maklumat dari internet/TV
Dengan IT CD-ROM/video/rakaman audio
Aplikasi sofwer utk laporan,
Pembentangan, dll
59. David Perkins & colleagues, Harvard University
Two guiding beliefs in their Smart School
Research (Harvard Project Zero):
• Learning is a consequence of thinking, and
good thinking is learnable by all students
• Learning should include deep understanding,
which involves the flexible, active use of
knowledge
60. SMART SCHOOL CLASSROOM
CHARACTERISTICS
AN ATMOSPHERE OF RESPECT
& RAPPORT . . . .
POSITIVE TEACHER-STUDENT
STUDENT-STUDENT SEKOLAH
BESTARI . . .
INTERACTION
61. MANAGING STUDENT BEHAVIOUR
CLEAR STANDARDS OF
CONDUCT (GROUND RULES)
UNOBSTRUSIVE MONITORING
OF STUDENT BEHAVIOUR
SENSITIVITY TO STUDENTS’
NEEDS
62. ESTABLISHING A CULTURE
FOR LEARNING
IMPORTANCE OF A BALANCE
BETWEEN PROCESS & CONTENT
STUDENT PRIDE IN WORK
(OWNERSHIP OF LEARNING)
SELF-REGULATION OF LEARNING
63. RESPECT FOR
STUDENT DIFFERENCES
PROVIDING CLASSROOM
ENVIRONMENTS WHICH CAN
CATER FOR DIFFERENT
STUDENT CHARACTERISTICS:
- STUDENT LEARNING STYLES
- MULTIPLE INTELLIGENCES
64. STUDENT LEARNING STYLES
Motivational interest or pattern that is
preferred when processing new information
or experience (Kenneth & Dunn, 1984)
Four Modalities:
Visual Verbal learners
Visual Nonverbal learners
Auditory learners
Kinesthetic/tactile learners
(Learning Styles Survey by Miller, 2000)
65. Model Gaya Pembelajaran (Dunn & Dunn, 1984)
-gaya pembelajaran seseorang pelajar
bergantung kpd. unsur-unsur yg disukainya
di bawah lima perangsang:
Perangsang Unsur
Alam Sekitar Bunyi, cahaya, suhu
Emosi Motivasi, ketabahan, tanggungjawab,
struktur
Sosiologi Sendiri, pasangan, pasukan, pelbagai cara
Fizikal Makan, minum, waktu, gerakan
Psikologi Global/analitik, otak kiri/kanan,
impulsif/reflektif
68. • Guru sebagai fasilitator
• Aktiviti p-p dirancang untuk melibatkan
pelajar secara aktif dalam proses p-p
• Pelajar diberi lebih banyak peluang utk:
- memilih tugasan & strategi pembelajaran
- menguruskan masa
- membuat penilaian kendiri
- mendapatkan sokongan rakan sebaya &
guru
69. - Berkait rapat dengan pembelajaran
berpusatkan pelajar
- Mementingkan perbezaan individu pelajar
• Pembelajaran Masteri
• Pembelajaran Kadar Kendiri
• Pembelajaran Akses Kendiri
• Pembelajaran Terarah Kendiri
70. - Proses p-p yg memberi penekanan kpd.
mewujudkan iklim bilik darjah yg
menggalakkan pelajar berfikir
MEMPROSES MAKLUMAT SECARA KOGNITIF
- berfikir dengan kritis & kreatif
- mengenalpasti isi-isi yg penting
- memilih maklumat
- menyusun maklumat
- membuat penilaian kendiri & rakan sebaya
- melakukan refleksi
71. Mengguna pelbagai jenis teknologi dalam
proses p-p:
- alat visual (OHP, kamera)
- alat audio (radio, rakaman kaset)
- alat audio visual (TV, video, slaid, filem)
- komputer (CD-Rom, internet, modul
interaktif, emel, buletin board, dll)
untuk menjadikan p-p lebih menarik dan
berkesan
72. STRATEGI DIREKTIF
Murid diarah mematuhi langkah-langkah
pembelajaran yg diberi oleh guru
STRATEGI PEMERHATIAN
Pelajar membuat pemerhatian
terhadap perlakuan orang lain atau
penerangan tentang sesuatu kemahiran
73. STRATEGI MEDIATIF
Guru tidak terus memberitahu sesuatu
Guru berperanan sebagai ‘mediator’,
menggunakan dialog dalam membimbing
pemikiran pelajar kearah memahami konsep
atau pengetahuan
STRATEGI GENERATIF
Menggalakkan pelajar supaya kreatif melalui
aktiviti sumbangsaran, inkuiri-penemuan,
soalan yg terbuka
74. STRATEGI KOPERATIF
& KOLABORATIF
Satu proses pembelajaran yg membantu
pelajar berinteraksi dlm atau antara
kumpulan kecil utk mencapai satu
matlamat khusus
STRATEGI KONTEKS LUAR
Pelajar melakukan aktiviti di luar bilik
darjah, seperti menghadiri seminar, bengkel,
Melakukan temu bual, lawatan sambil belajar,
dll yg berkaitan dengan kandungan pelajaran
75. STRATEGI METAKOGNITIF
Mementingkan pelajar berfikir tentang apa
yg difikir/melakukan refleksi, menilai diri
sendiri, & memikirkan tindakan selanjutnya
STRATEGI KAJIAN MASA DEPAN
Mendidik pelajar supaya bersedia menghadapi
cabaran & perubahan (konsep KMD)
Melibatkan pengumpulan maklumat, analisis
trenda, ramalan, imaginasi, strategi mengatasi
cabaran, proses inovasi sosial, membina senario,
dsbgnya
77. PENERAPAN UNSUR BESTARI
DALAM P-P SAINS
SEKUEN PENGAJARAN
PENDEKATAN
KONSTRUKTIVIST
(Scott, 1987)
78. FASA 1 - ORIENTASI
TUJUAN AKTIVITI P-P
Menimbulkan demonstrasi,
minat pelajar ilustrasi, soal-jawab,
terhadap perbualan, petikan
tajuk surat khabar, kuiz,
pelajaran teka-teki, dll
79. FASA 2 - PENCETUSAN IDEA
TUJUAN AKTIVITI P-P
Mengenal soal-jawab,
pasti perbincangan,
pengetahuan pembentangan
sedia ada
pelajar
80. FASA 3 - PENSTRUKTURAN SEMULA
IDEA
TUJUAN AKTIVITI P-P
Menimbulkan perbincangan,
kesedaran eksperimen, input
tentang idea guru, pemerhatian,
baru / konflik pembelajaran
kognitif kendiri, mengesan
maklumat dari CD,
81. TUJUAN AKTIVITI P-P
Menguji, buku rujukan,
mengkaji idea internet, majalah,
baru dan sumber lain
Perubahan
konseptual -
penerimaan
idea baru
82. AKTIVITI & SUMBER P-P
PELBAGAI AKTIVITI P-P:
• STESEN DINAMIK / STATIK
• PERBINCANGAN KUMPULAN
• PROJEK
• EKSPERIMEN
• KAJIAN LAPANGAN
• KUIZ SAINS
• LAWATAN
• MEMBINA LAMAN WEB
• PORTFOLIO
83. PELBAGAI SUMBER P-P:
• AUDIO/VISUAL - TV, RADIO, KASET, VIDEO,
SLAID, PITA RAKAMAN, OHP
• OBJEK 3D - MODEL, SPESIMEN
• BAHAN BERCETAK - MAJALAH,
BUKU, ENSAIKLOPEDIA, SURAT
KHABAR, CARTA, DLL
• MEDIA KOMPUTER – CD-ROM, MODUL
PEMBELAJARAN, INTERNET, EMEL
84. AKTIVITI YG MELIBATKAN PEMIKIRAN
KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS
KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF
METAKOGNISI (refleksi, catatan jurnal,
penilaian kendiri)
JANGAN DILUPAKAN . . .
KEMAHIRAN PROSES SAINS
KEMAHIRAN MANIPULATIF
85. ‘HANDS-ON & MINDS-ON’
PELAJAR BUKAN SAHAJA TERLIBAT
SECARA AKTIF DARI SEGI FIZIKAL
TETAPI
DARI SEGI MENTAL / KOGNITIF JUGA
PEMBELAJARAN YG BERMAKNA
86. FASA 4 - APLIKASI IDEA
TUJUAN AKTIVITI P-P
Mengukuhkan kuiz, lembaran
idea baru kerja, soal-jawab,
melalui penyelesaian
aplikasi dlm masalah
situasi baru /
seharian
87. FASA 5 - REFLEKSI
TUJUAN AKTIVITI P-P
Merenung menulis jurnal /
tentang idea membuat catatan
baru yg telah refleksi, berkongsi
dipelajari dengan kawan,
jawab lembaran
kerja
88. Globalisasi Pendidikan
• Bermaksud merentasi sempadan atau media -
memdapatkan maklumat melalui internet
Kepentingan Globalisasi Dalam Pendidikan
• Pelajar - mendapat maklumat dan dikumpul dan disebar
dengan pantas dan meluas
• Interaksi antara murid dan guru serta orang ramai
89. Guru dan Cabaran Dalam Globalisasi
Pendidikan
• Peka kepada persekitaran sekolah
• Kenalpasti setiap perubahan yang berlaku
• Menghadiri kursus
• Memupuk nilai budaya ilmu pelajar
• Meningkatkan hubungan interpersonal
• Merebut peluang Pendidikan
a) Pendidikan Terbuka
b) Pendidikan Jarak Jauh
90. Pekerja Ilmu
• Tugas guru adalah amat mecabar menjelang tahun 2010
• Mengintergrasikan teknologi maklumat
• Meningkatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi di kalangan murid-murid
• Melahirkan pekerja ilmu untuk pembangunan negara
91. KESIMPULAN
• Perkembangan yang begitu pesat dalam ilmu pengetahuan
hampir sampai ke tahap meledak
• Guru mestilah sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan
bidang yang semakin kompleks dan canggih ini tidak kira di
mana mereka berada
• Mengejar ilmu pengetahuan melalui Kursus Peningkatan
Keilmuan Profesionalisme Keguruan
• Menguasai kemahiran inovasi
• Jayakan program pendidikan dalam era teknologi maklumat
dan komunikasi yang kian mencabar
• Sesungguhnya, proses pendidikan seseorang tidak berhenti
dari semasa ke semasa tetapi terus beroperasi seumur
hidup