1. D132
SFU3013
Tugasan
Bertulis
1
SFU3013 Fizik Asas 1 Semester 2 2013/2014
TUGASAN BERTULIS 20% Arahan tugasan 5 April 2014
Tugasan ini dilakukan secara individu.
Jawapan disempurnakan dengan tulisan tangan, dan
dihantar dengan diimbas dengan baik dan dimasukkan
dalam satu fail sahaja (sama ada word atau pdf) lalu
dimuat naik melalui tapak tugasan MyGuru SAHAJA
Hantar sebelum 5 April 2014 (Minggu ke-10) Ahad 11:59
Malam.
Jawab semua 10 soalan yang dipetik dari soalan nombor 4
daripada setiap Bab 1 hingga 10 buku Fizik Asas Untuk
Sains dan Kejuruteraan.
2. D132
SFU3013
Tugasan
Bertulis
2
1. Kuantiti Fizik dan Unit
Nyatakan jarak berikut dalam unit tahun cahaya:
(i) Jejari galaksi Bima Sakti= 6 x 1019
m
(ii) Jarak bumi ke bintang Alpha= 4.3 x 1016
m
2. Kuantiti Skalar dan Vektor
Dapatkan magnitud dan sudut terhadap paksi x-positif bagi vektor-vektor berikut:
(i) A=(15i+25j) m
(ii) B=(-30i-10j) N
(iii) C=(100i-250j) N
3. Kinematik Zarah
Uji pandu kereta proton Putra menunjukkan ia boleh dipecut dari keadaan diam hingga
mencapai kelajuan 100 km j-1
dalam masa 13.1 s.
(a) Kira pecutan purata bagi kereta dalam masa tersebut dan jarak yang ditempuhnya
(b) Sekiranya pecutan diteruskan pada kadar yang sama sehingga kereta mencapai
kelajuan maksimumnya iaitu 165 km j-1
, kira sela masa tambahan yang diperlukan
dan jarak yang telah ditempuhnya dalam sela masa tersebut.
4. Dinamik zarah
Satu daya mengufuk 40 N yang malar bertindak ke atas satu jasad yang pada mulanya pegun
di atas satah ufuk yang licin. Didapati itu tersesar 125 m dalam masa 5 s.
(a) Berapakah jisim jasad itu.
(b) Jika pada akhir masa 5 s daya tidak lagi bertindak ke atas jasad, kira jarak jasad akan
tersesar dalam masa 5 s berikutnya.
5. Kerja, Tenaga, Impuls dan Momentum
Sebuah senapang berjisim 8 kg melepaskan tembakan peluru yang berjisim 0.02 kg dengan
halaju 2800 m s-1
. Dapatkan halaju tendangan senapang.
6. Statistik Zarah
Seorang pejalan kaki telah membuat perjalanannya mengikut laluan seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah di bawah. Cari paduan sesaran yang telah dilalui oleh pejalan kaki itu diukur
dari permulaan ia berjalan.
3. D132
SFU3013
Tugasan
Bertulis
3
7. Gerakan Putaran
Sesaran sudut satu jasad yang sedang berputar pada sebarang masa t didapati mengikut
persamaan θ=a+bt+ct3
, dengan a=0.2 rad, b= 4.0 rads-1
dan c = 0.05 rads-3
. Kira:
(a) Sesaran sudut jasad pada masa t =0, 1 s dan 2s
(b) Halaju sudut purata dari t =0 hingga t =2s
(c) Halaju sudut seketika pada masa t = 0, 1s, dan 2 s
(d) Pecutan sudut purata dari t =0 hingga t= 2 s
(e) Pecutan sudut seketika pada masa t=0 dan t=1 s.
8. Gerakan Harmonik Ringkas (GHR)
Satu jasad berjisim 50 kg bergetar secara GHR dengan amplitud 25 cm dan tempoh getaran
0.784 s. berapakah:
(a) Laju maksimum jasad itu
(b) Pecutan maksimum
(c) Tenaga kinetik maksimum
(d) Masa diambil untuk bergerak dari x=5 cm menuju x=15 cm.
9. Sifat-sifat Kekenyalan Jirim
Seutas dawai keluli dan seutas dawai loyang yang mempunyai panjang 4.0 m dan luas
keratan rentas 1.0mm2
yang sama, digantung pada satu titik. Jika beban berjisim 10.0 kg
digantung pada hujung kedua-dua dawai tersebut,berapakah pemanjangan yang berlaku pada
dawai-dawai itu? (Modulus Young: keluli=2.0 x1011
Pa dan loyang = 9.0x1010
Pa)
10. Statik Bendalir
Satu sfera mempunyai jejari 2.5 mm dan berjisim 0.125 g. Jika ketumpatan sfera itu ialah
2700 kg m-3
. Tentukan sfera itu padat atau tidak. Jika tidak tentukan jisim yang hilang
SOALAN TAMAT