bahan ini disediakan sendiri oleh pelajar sebagai bahan pembentangan di dalam kuliah. semoga bahan ini bermanfaat untuk kegunaan semua. boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dan nota ringkas
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnikHafizah Jupri
Pembentukan masyarakat yang berbilang kaum. Pihak British melaksanakan dasar pecah dan perintah dengan mengasingkan etnik mengikut komuniti masing-masing. Sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan. Pemerintah Tanah Melayu berusaha untuk menghapuskan perbezaan kaum mengikut fungsi ekonomi demi kesejahteraan dan perpaduan rakyat dan negara.
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysiarizalyana
Perbincangan mengernai Sejarah Penubuhan & Penentangan terhadap Malayan Union, Penubuhan Perlembangan Persekutuan Tanah Melayu & Malaysia dan memahami Piagam Madinah

Referat asupra "Ghidului metodologic pentru predarea fizicii în învatamântul preuniversitar", realizat în cadrul proiectului "Reforma curriculara a stiintelor exacte", derulat de Societatea Academica din România
BAB 1 T5 KSSM.pptx tajuk ini menerangkan tentang cara-cara menjawab soalan KB...
Falsafah pendidikan kebangsaan
1. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pengenalan
Sistem pendidikan format atau moden di Tanah Melayu bermula sejak zaman
penjajah Inggeris. Sekolah pertama dibina ialah Penang Free School. Walau
bagaimanapun, usaha Inggeris itu sebenarnya bukan bertujuan untuk
memajukan orang Melayu, melainkan untuk menghalalkan penjajahan. Selain
itu, ia bertujuan untuk mengelakkan tuduhan penindasan terhadap rakyat
Malaysia daripada parti-parti politik di Britain dan pertubuhan dunia. Usaha
menjadikan sistem pendidikan ke arah membentuk negara bangsa bermula
selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Penyata Razak (1956) telah
menjadi asas pengubalan Ordinan Pelajaran 1957. Ordinan ini menyarankan
satu sistem pelajaran yang memenuhi keperluan negara diwujudkan.Bahasa
Melayu (bukan bahasa Malaysia atau bahasa Inglish) telah dijadikan Bahasa
Kebangsaan dan bahasa pengantar utama di sekolah. Laporan Penyata
Razak, “... hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di
dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi
semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar yang besar ....” Laporan Penyata Rahman Talib (1960)
menyarankan agar laporan Penyata Razak dipertingkatkan. Ia menjadi asas
penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menghendaki sistem pendidikan
negara diperkemaskan agar lebih berkesan.
Cadangan Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib yang menghendaki
satu sistem pendidikan kebangsaan yang seragam untuk semua kaum
dengan menggunakan bahasa sama sebagai bahasa pengantar terbukti
2. sangat penting apabila pada 13 Mei 1969 berlaku rusuhan kaum. Kebaikan
utama peristiwa berdarah itu ialah memberi kesedaran kepada kerajaan,
khususnya pemimpin politik, agar mengutamakan kepentingan rakyat
daripada kepentingan peribadi. Sejak itu kerajaan menggubal banyak dasar
yang bertujuan merapatkan hubungan kaum dan perpaduan. Pelbagai dasar
telah diperkenalkan, termasuk Rukun Negara yang bertujuan;
- Mencapai perpaduan erat rakyat pelbagai kaum;
- Memelihara satu cara hidup demokratik;
- Mencipta satu masyarakat adil dan menikmati kemakmuran secara
bersama dan saksama;
- Menjamin satu masyarakat liberal terhadap kebudayaan; dan
- Membina satu masyarakat progresif yang menggunakan Sains dan
Teknologi moden.
3. Usaha mencapai cita-cita di atas adalah berlandaskan lima prinsip,
sebagaimana yang berikut
- Kepercayaan kepada Tuhan;
- Kesetiaan kepada raja dan negara;
- Keluhuran perlembagaan;
- Kedaulatan undang-undang; dan
- Kesopanan dan kesusilaan.