SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Zaman beralih musim bertukar, kini Malaysia berdiri gah sebaris dengan negara-negara maju
selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun. Dasawarsa ini, Malaysia telah menjejakkan
kaki ke satu ambang yang rancak sekali dan telah mengalami pelbagai anjakan paradigma.
Kerajaan mula membuka kawasan perindustrian dalam pelbagai lapangan bagi merancakkan
ekonomi negara yang pesat membangun. Situasi ini juga memungkinkan pengeluaran barang
buatan Malaysia lebih berkualiti dan setaraf dengan barangan import. Bagi menggapai visi kudsi
Wawasan 2020 seperti yang diwara-warakan oleh bekas perdana menteri yang keempat,
wajarlah sektor perindustrrian disokong sepenuhnya untuk dinaik taraf bagi memenuhi kehendak
pasaran. Oleh itu, kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia perlu diuar-uarkan dan
dipergiat bagi membuka mata rakyat tempatan agar mereka tidak menganaktirikan produk sendiri.

Kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia yang paling dominan ialah dapat
mengelakkan pengaliran mata wang negara kita ke luar negara. Mata wang Malaysia tidak akan
mengalir keluar jika rakyat Malaysia sendiri mengutamakan dan membeli barangan tempatan
dalam memenuhi keperluan harian mereka. Dana utama negara juga akan meningkat sekali gus
akan dapat membendung masalah inflasi. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengubah
tanggapan negatif yang beranggapan bahawa barangan import lebih baik daripada barangan
tempatan. Jelaslah bahawa apabila semua rakyat tempatan memilih dan membeli produk
tempatan, kita sebenarnya telah berjaya mengawal mata wang kita daripada mengalir ke luar
negara.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan
pembelian seseorang. Umum mengetahui bahawa membeli barangan import jauh lebih mahal
berbanding membeli barangan tempatan. Ramai yang memberikan persepsi biar papa asal
bergaya dan alah membeli menang memakai. Pengguna yang mementingkan jenama sanggup
berhabis wang untuk membeli barangan import berjenama dengan memandang sebelah mata
sahaja bagi barangan tempatan yang sama. Bagi mereka, harga yang mahal itu setanding
dengan kualiti sesuatu produk. Sesungguhnya, barangan tempatan lebih murah malah kualitinya
juga setanding dengan barangan import. Sebagai contoh, kereta-kereta nasional yang berkualiti
seperti Myvi, Viva kini Inspira. Tuntasnya, pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan
perbelanjaan rakyat Malaysia.

Pembelian barangan buatan Malaysia juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu berdiri
di atas kaki sendiri. Hal ini adalah kerana Malaysia telah berjaya menghasilkan enjin kenderaan
berkuasa tinggi untuk perlumbaan Formula Satu (F1). Fenomena ini jelas menggambarkan
bahawa Malaysia mampu mengeluarkan produk bertaraf dunia sejajar dengan wawasan negara.
Kalau bukan rakyat Malaysia yang menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia, siapa
lagi yang boleh kita harapkan? Tepuk dada, tanya selera. Dalam hal ini, bagi menunjukkan
semangat patriotik rakyat Malaysia haruslah menjayakan kempen Belilah Barangan Malaysia
dalam merealisasikan aspirasi negara menjelang 2020 nanti.
Berbangga dengan barangan Malaysia sebenarnya dapat membantu anak bangsa kita sendiri.
Cuba kita bayangkan jika rakyat Malaysia mengagung-agungkan produk asing? Apakah yang
akan terjadi kepada pengusaha tempatan? Sudahlah kita tidak membantu anak bangsa sendiri
malah kita mencurahkan pasir ke periuk nasi mereka. Oleh itu, insaflah anak watan yang begitu
memandang tinggi terhadap barangan import sehingga memperlekehkan barangan tempatan.
Sedarlah bahawa barangan tempatan pun sama hebatnya dengan barangan import. Jadi, belilah
barangan tempatan kerana secara implisitnya dapat membantu anak bangsa sendiri.

Sebagai intihanya, mengutamakan barangan tempatan banyak mendatangkan kepentingan
kepada rakyat tempatan. Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri dan bermaruah,
mereka hendaklah mengikis sikap ego agar negara kita tidak runtuh. Rakyat Malaysia perlulah
menyokong kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia demi kebaikan rakyat dan negara.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu, menggemblengkan usaha dalam menjayakan
kempen ini kerana Bersatu teguh, Bercerai Roboh. Tanpa komitmen dan sokongan daripada
rakyat Malaysia, sudah tentu sukar untuk mengangkat martabat produk tempatan apatah lagi
untuk menembusi pasaran antarabangsa.

More Related Content

What's hot

Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKKZhang Ewe
 
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarPemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarSiti Rafhanah
 
Langkah mengatasi vandalisme
Langkah mengatasi vandalismeLangkah mengatasi vandalisme
Langkah mengatasi vandalismeIkhwan Syazwan
 
Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1SKSP
 
Peningkatan harga barangan keperluan utama
Peningkatan harga barangan keperluan utamaPeningkatan harga barangan keperluan utama
Peningkatan harga barangan keperluan utamaLOGHA ANBARASU
 
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitarPengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitarsafeqa
 
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2Mak Winson
 
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5kavitha_mnm
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING NurZahidah22
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2umi nabila
 
Sektor perindustrian
Sektor perindustrianSektor perindustrian
Sektor perindustrianFungalo
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Thanushah Soniyasee
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahFez Na
 
What's hot (20)

Formula imbangan akaun
Formula imbangan akaunFormula imbangan akaun
Formula imbangan akaun
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
 
Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021
 
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarPemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
 
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negaraKesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
 
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan RemajaMenyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
 
Langkah mengatasi vandalisme
Langkah mengatasi vandalismeLangkah mengatasi vandalisme
Langkah mengatasi vandalisme
 
Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1
 
Peningkatan harga barangan keperluan utama
Peningkatan harga barangan keperluan utamaPeningkatan harga barangan keperluan utama
Peningkatan harga barangan keperluan utama
 
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitarPengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
 
SEKTOR PELANCONGAN
SEKTOR PELANCONGANSEKTOR PELANCONGAN
SEKTOR PELANCONGAN
 
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
 
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
 
Sektor perindustrian
Sektor perindustrianSektor perindustrian
Sektor perindustrian
 
SEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGANSEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGAN
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkah
 
Similar to Esei belilah barangan buatan malaysia

Periksaan percubaan spm 2011 negeri johor
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johorPeriksaan percubaan spm 2011 negeri johor
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johorNormarjana Ibrahim
 
Pengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam Negeri
Pengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam NegeriPengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam Negeri
Pengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam NegeriHerlambang Bagus
 
5 langkah memulai ekspor
5 langkah memulai ekspor5 langkah memulai ekspor
5 langkah memulai eksporDidi Adiana
 
1, Kewirausahaan, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Pemahaman Ke...
1, Kewirausahaan, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Pemahaman Ke...1, Kewirausahaan, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Pemahaman Ke...
1, Kewirausahaan, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Pemahaman Ke...nelda pratiwi
 
Contoh Teks Eksposisi "Kerugian Perdagangan Bebas"
Contoh Teks Eksposisi "Kerugian Perdagangan Bebas"Contoh Teks Eksposisi "Kerugian Perdagangan Bebas"
Contoh Teks Eksposisi "Kerugian Perdagangan Bebas"Hana Medina
 
134 262-1 pasar bebas-sm
134 262-1 pasar bebas-sm134 262-1 pasar bebas-sm
134 262-1 pasar bebas-smelsiadeliafitri
 
Enterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang Modern
Enterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang ModernEnterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang Modern
Enterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang Modernguest3dafe35
 
Tugas 1 Ekonomi Internasional (Kelompok 2).pptx
Tugas 1 Ekonomi Internasional (Kelompok 2).pptxTugas 1 Ekonomi Internasional (Kelompok 2).pptx
Tugas 1 Ekonomi Internasional (Kelompok 2).pptxnadyafitri6
 
1, wira usaha, novi yanti yhuhanida, hapzi ali, pengenalan kewirausahaan, uni...
1, wira usaha, novi yanti yhuhanida, hapzi ali, pengenalan kewirausahaan, uni...1, wira usaha, novi yanti yhuhanida, hapzi ali, pengenalan kewirausahaan, uni...
1, wira usaha, novi yanti yhuhanida, hapzi ali, pengenalan kewirausahaan, uni...NoviYantiYhuhanida
 
BAHASA MELAYU (SPM) LATIHAN MENGHURAIKAN ISI PERENGGAN PERTAMA
BAHASA MELAYU (SPM) LATIHAN MENGHURAIKAN ISI PERENGGAN PERTAMABAHASA MELAYU (SPM) LATIHAN MENGHURAIKAN ISI PERENGGAN PERTAMA
BAHASA MELAYU (SPM) LATIHAN MENGHURAIKAN ISI PERENGGAN PERTAMAAzya Ree
 
BISNIS INTER & DIGIMARK.docx
BISNIS INTER & DIGIMARK.docxBISNIS INTER & DIGIMARK.docx
BISNIS INTER & DIGIMARK.docxNadhiraMasya
 
Indonesia Butuh Pendalaman Pasar Modal
Indonesia Butuh Pendalaman Pasar ModalIndonesia Butuh Pendalaman Pasar Modal
Indonesia Butuh Pendalaman Pasar ModalDian Sari Pertiwi
 
Makalah ekonomi internasional
Makalah ekonomi internasionalMakalah ekonomi internasional
Makalah ekonomi internasionalprayudawibowo
 
Faktor Pertimbangan Penciptaan/Pengembangan Produk Digital Banking 4.0._ Trai...
Faktor Pertimbangan Penciptaan/Pengembangan Produk Digital Banking 4.0._ Trai...Faktor Pertimbangan Penciptaan/Pengembangan Produk Digital Banking 4.0._ Trai...
Faktor Pertimbangan Penciptaan/Pengembangan Produk Digital Banking 4.0._ Trai...Kanaidi ken
 
business plan, swot, business model, cost breakdown
business plan, swot, business model, cost breakdownbusiness plan, swot, business model, cost breakdown
business plan, swot, business model, cost breakdown0015ChintyaArivany
 
Makalah perdagangan internasional pengertian, teori, 7 manfaat dan contoh
Makalah perdagangan internasional pengertian, teori, 7 manfaat dan contohMakalah perdagangan internasional pengertian, teori, 7 manfaat dan contoh
Makalah perdagangan internasional pengertian, teori, 7 manfaat dan contohAhmad Fauzi
 
Ekonomi internasional (intan 11150013) uts
Ekonomi internasional (intan 11150013) utsEkonomi internasional (intan 11150013) uts
Ekonomi internasional (intan 11150013) utsIntan Kurniasari
 
Similar to Esei belilah barangan buatan malaysia (20)

Soalan sejarah elemen 1
Soalan sejarah elemen 1Soalan sejarah elemen 1
Soalan sejarah elemen 1
 
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johor
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johorPeriksaan percubaan spm 2011 negeri johor
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johor
 
Pengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam Negeri
Pengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam NegeriPengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam Negeri
Pengembangan Kelembagaan - Cinta Produk Dalam Negeri
 
5 langkah memulai ekspor
5 langkah memulai ekspor5 langkah memulai ekspor
5 langkah memulai ekspor
 
Apakah kita siap bersaing di dalam afta
Apakah kita siap bersaing di dalam aftaApakah kita siap bersaing di dalam afta
Apakah kita siap bersaing di dalam afta
 
1, Kewirausahaan, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Pemahaman Ke...
1, Kewirausahaan, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Pemahaman Ke...1, Kewirausahaan, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Pemahaman Ke...
1, Kewirausahaan, Nelda Ratna Pratiwi, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA, Pemahaman Ke...
 
Contoh Teks Eksposisi "Kerugian Perdagangan Bebas"
Contoh Teks Eksposisi "Kerugian Perdagangan Bebas"Contoh Teks Eksposisi "Kerugian Perdagangan Bebas"
Contoh Teks Eksposisi "Kerugian Perdagangan Bebas"
 
134 262-1 pasar bebas-sm
134 262-1 pasar bebas-sm134 262-1 pasar bebas-sm
134 262-1 pasar bebas-sm
 
Enterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang Modern
Enterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang ModernEnterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang Modern
Enterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang Modern
 
Enterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang Modern
Enterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang ModernEnterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang Modern
Enterpreneurship Menyongsong Krisis Globanisasi Dengan Msdam Yang Modern
 
Tugas 1 Ekonomi Internasional (Kelompok 2).pptx
Tugas 1 Ekonomi Internasional (Kelompok 2).pptxTugas 1 Ekonomi Internasional (Kelompok 2).pptx
Tugas 1 Ekonomi Internasional (Kelompok 2).pptx
 
1, wira usaha, novi yanti yhuhanida, hapzi ali, pengenalan kewirausahaan, uni...
1, wira usaha, novi yanti yhuhanida, hapzi ali, pengenalan kewirausahaan, uni...1, wira usaha, novi yanti yhuhanida, hapzi ali, pengenalan kewirausahaan, uni...
1, wira usaha, novi yanti yhuhanida, hapzi ali, pengenalan kewirausahaan, uni...
 
BAHASA MELAYU (SPM) LATIHAN MENGHURAIKAN ISI PERENGGAN PERTAMA
BAHASA MELAYU (SPM) LATIHAN MENGHURAIKAN ISI PERENGGAN PERTAMABAHASA MELAYU (SPM) LATIHAN MENGHURAIKAN ISI PERENGGAN PERTAMA
BAHASA MELAYU (SPM) LATIHAN MENGHURAIKAN ISI PERENGGAN PERTAMA
 
BISNIS INTER & DIGIMARK.docx
BISNIS INTER & DIGIMARK.docxBISNIS INTER & DIGIMARK.docx
BISNIS INTER & DIGIMARK.docx
 
Indonesia Butuh Pendalaman Pasar Modal
Indonesia Butuh Pendalaman Pasar ModalIndonesia Butuh Pendalaman Pasar Modal
Indonesia Butuh Pendalaman Pasar Modal
 
Makalah ekonomi internasional
Makalah ekonomi internasionalMakalah ekonomi internasional
Makalah ekonomi internasional
 
Faktor Pertimbangan Penciptaan/Pengembangan Produk Digital Banking 4.0._ Trai...
Faktor Pertimbangan Penciptaan/Pengembangan Produk Digital Banking 4.0._ Trai...Faktor Pertimbangan Penciptaan/Pengembangan Produk Digital Banking 4.0._ Trai...
Faktor Pertimbangan Penciptaan/Pengembangan Produk Digital Banking 4.0._ Trai...
 
business plan, swot, business model, cost breakdown
business plan, swot, business model, cost breakdownbusiness plan, swot, business model, cost breakdown
business plan, swot, business model, cost breakdown
 
Makalah perdagangan internasional pengertian, teori, 7 manfaat dan contoh
Makalah perdagangan internasional pengertian, teori, 7 manfaat dan contohMakalah perdagangan internasional pengertian, teori, 7 manfaat dan contoh
Makalah perdagangan internasional pengertian, teori, 7 manfaat dan contoh
 
Ekonomi internasional (intan 11150013) uts
Ekonomi internasional (intan 11150013) utsEkonomi internasional (intan 11150013) uts
Ekonomi internasional (intan 11150013) uts
 
Esei belilah barangan buatan malaysia

  • 1. BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA Zaman beralih musim bertukar, kini Malaysia berdiri gah sebaris dengan negara-negara maju selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun. Dasawarsa ini, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali dan telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan mula membuka kawasan perindustrian dalam pelbagai lapangan bagi merancakkan ekonomi negara yang pesat membangun. Situasi ini juga memungkinkan pengeluaran barang buatan Malaysia lebih berkualiti dan setaraf dengan barangan import. Bagi menggapai visi kudsi Wawasan 2020 seperti yang diwara-warakan oleh bekas perdana menteri yang keempat, wajarlah sektor perindustrrian disokong sepenuhnya untuk dinaik taraf bagi memenuhi kehendak pasaran. Oleh itu, kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia perlu diuar-uarkan dan dipergiat bagi membuka mata rakyat tempatan agar mereka tidak menganaktirikan produk sendiri. Kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia yang paling dominan ialah dapat mengelakkan pengaliran mata wang negara kita ke luar negara. Mata wang Malaysia tidak akan mengalir keluar jika rakyat Malaysia sendiri mengutamakan dan membeli barangan tempatan dalam memenuhi keperluan harian mereka. Dana utama negara juga akan meningkat sekali gus akan dapat membendung masalah inflasi. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengubah tanggapan negatif yang beranggapan bahawa barangan import lebih baik daripada barangan tempatan. Jelaslah bahawa apabila semua rakyat tempatan memilih dan membeli produk tempatan, kita sebenarnya telah berjaya mengawal mata wang kita daripada mengalir ke luar negara. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan pembelian seseorang. Umum mengetahui bahawa membeli barangan import jauh lebih mahal berbanding membeli barangan tempatan. Ramai yang memberikan persepsi biar papa asal bergaya dan alah membeli menang memakai. Pengguna yang mementingkan jenama sanggup berhabis wang untuk membeli barangan import berjenama dengan memandang sebelah mata sahaja bagi barangan tempatan yang sama. Bagi mereka, harga yang mahal itu setanding dengan kualiti sesuatu produk. Sesungguhnya, barangan tempatan lebih murah malah kualitinya juga setanding dengan barangan import. Sebagai contoh, kereta-kereta nasional yang berkualiti seperti Myvi, Viva kini Inspira. Tuntasnya, pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan perbelanjaan rakyat Malaysia. Pembelian barangan buatan Malaysia juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu berdiri di atas kaki sendiri. Hal ini adalah kerana Malaysia telah berjaya menghasilkan enjin kenderaan berkuasa tinggi untuk perlumbaan Formula Satu (F1). Fenomena ini jelas menggambarkan bahawa Malaysia mampu mengeluarkan produk bertaraf dunia sejajar dengan wawasan negara. Kalau bukan rakyat Malaysia yang menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia, siapa lagi yang boleh kita harapkan? Tepuk dada, tanya selera. Dalam hal ini, bagi menunjukkan semangat patriotik rakyat Malaysia haruslah menjayakan kempen Belilah Barangan Malaysia dalam merealisasikan aspirasi negara menjelang 2020 nanti.
  • 2. Berbangga dengan barangan Malaysia sebenarnya dapat membantu anak bangsa kita sendiri. Cuba kita bayangkan jika rakyat Malaysia mengagung-agungkan produk asing? Apakah yang akan terjadi kepada pengusaha tempatan? Sudahlah kita tidak membantu anak bangsa sendiri malah kita mencurahkan pasir ke periuk nasi mereka. Oleh itu, insaflah anak watan yang begitu memandang tinggi terhadap barangan import sehingga memperlekehkan barangan tempatan. Sedarlah bahawa barangan tempatan pun sama hebatnya dengan barangan import. Jadi, belilah barangan tempatan kerana secara implisitnya dapat membantu anak bangsa sendiri. Sebagai intihanya, mengutamakan barangan tempatan banyak mendatangkan kepentingan kepada rakyat tempatan. Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri dan bermaruah, mereka hendaklah mengikis sikap ego agar negara kita tidak runtuh. Rakyat Malaysia perlulah menyokong kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia demi kebaikan rakyat dan negara. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, menggemblengkan usaha dalam menjayakan kempen ini kerana Bersatu teguh, Bercerai Roboh. Tanpa komitmen dan sokongan daripada rakyat Malaysia, sudah tentu sukar untuk mengangkat martabat produk tempatan apatah lagi untuk menembusi pasaran antarabangsa.