SlideShare a Scribd company logo
CTU553: Hak-hak Non-Muslim di Negara Islam Rahila Sulung
PENDAHULUAN
Perkataan non-Muslim merupakan satu istilah yang paling popular di kalangan para pendakwah
di Malaysia pada masa kini demi menjaga maruah mereka. Ini penting kerana pada anggapan
mereka, penggunaan perkataan kafir menggambarkan mereka adalah orang yang melakukan
kemungkaran di bumi ini sedangkan mereka juga menyumbangkan bakti ke arah kebaikan dan
kemajuan masyarakat, negara dan bumi ini. Sebenarnya mereka tidak memahami maksud
perkataan kafir itu sendiri yang ditujukan khusus kepada mereka yang mengingkari perintah
Allah dan menolak Islam sebagai agama mereka.
Walau bagaimanapun, perbicaraan terhadap pengertian non-Muslim iaitu orang-orang yang
bukan beragama Islam atau yang mempunyai kepercayaan atau agama selain dari agama Islam
juga meliputi beberapa istilah lain yang diterima pakai bagi mereka yang tidak menerima Islam
antaranya perkataan al-Kufr, al-Juhud dan al-Syirik. Maksud ini menggambarkan bahawa
terdapat pelbagai cara yang menggolong seseorang itu kepada non-Muslim disebabkan
keingkaran terhadap perintah Allah. Di dalam banyak penulisan, non- Muslim dimaksudkan
sebagai kafir.
Oleh sebab itu, non-Muslim atau kafir menurut syarak ialah suatu sifat bagi seseorang yang
ingkar kepada sesuatu hukum yang telah ditetapkan dan difardhukan oleh Allah S.W.T. supaya
diimani dan dipercayai, iaitu sesuatu yang dikemukakan melalui bukti dan disampaikan hakikat
kebenarannya.
Menurut Sheikh Nazih Ibrahim Ibn Abdullah melalui artikel beliau yang berjudul “The
Ordinances of the People Minorities in an Islamic State” para sarjana telah mengklasifikasikan
bahawa orang-orang non-muslim terdiri daripada dua ketegori iaitu Dar-ul-Harb atau Rumah
Perang, mereka ini merupakan non-muslim yang tidak terikat dengan kesepakatan damai atau
perjanjian yang mana harta dan darahnya tidak dilindungi oleh hokum balas dendam atau
pembalasan. Ketegori yang kedua ialah Dar-us-Salam atau rumah damai yang meliputi tiga
klasifikasi iaitu kaum Zhimmi/Dhimmi (orang-orang yang ditahan), kaum Hudna (damai) dan
kaum Musta’min (Orang-orang yang dilindungi).
CTU553: Hak-hak Non-Muslim di Negara Islam Rahila Sulung
SEJARAH NON-MUSLIM DI MEKAH DAN MADINAH
Terdapat pelbagai istilah yang digunakan di dalam Islam untuk merujuk kepada non-muslim.
Perbezaan ini wujud kerana sifat dan bentuk yang dimiliki dalam istilah tersebut dan membawa
kepada jenis non-muslim yang diiktiraf dalam Islam. Istilah-istilah tersebut adalah
seperti zimmah, mu’ahid, harbi, musta’man, ahl hudnah sertaahl amn. Kesemua istilah ini
dirangkumkan sebagai non-muslim. Non-muslim di dalam negara Islam dapat dilihat di dalam
dua aspek utama iaitu hak dan tanggungjawab.
Selepas pembukaan Kota Mekah pada 8 Hijrah, non-muslim telah dilibatkan dalam Perjanjian
Zimmah oleh Rasulullah s.a.w.. Hal ini berlaku sesudah turunnya ayat berkaitan cukai dan jizyah
pada tahun 9 Hijrah. Menurut al-Mawardi, di dalam Perjanjian Zimmah ada dua syarat yang
dituntut daripada ahl al-Zimmah memenuhinya;
Syarat pertama – ia merupakah syarat sah perjanjian, tanpa memenuhinya perjanjian akan
terbatal. Syarat kedua – merupakan syarat yang dituntut jika ia dimasukkan ke dalam perjanjian
itu, tanpa melaksanakannya mereka boleh dipersalah oleh pihak berkuasa.
Syarat pertama mengandungi enam perkara, iaitu:
1. Mereka dilarang mencela kitab Allah (al-Quran) dan dilarang berusaha memesongkan
pengajarannya. Dalam erti lain mereka perlu menghormati al-Quran.
2. Mereka dilarang mendustakan pengajaran Rasulullah saw dan memandang rendah
kepada Rasulullah saw. Dalam kata lain mereka perlu menghormati Rasulullah saw.
3. Mereka dilarang menghina agama Islam dan mencelanya. Dalam kata lain, mereka perlu
menghormati agama Islam dan segala ajarannya.
4. Mereka dilarang berzina dan berkahwin dengan perempuan Islam.
5. Mereka dilarang menghasut orang Islam supaya menukar agamanya, mengganggu harta
bendanya serta agamanya.
6. Mereka dilarang memberikan bantuan kepada musuh-musuh negara dan dilarang
memberi sanjungan kepada orang kaya mereka.
Tegas al-Mawardi, Perlanggaran kepada syarat ini boleh menyebabkan terbatalnya Perjanjian
Zimmah tersebut. Ia selari dengan pendapat mazhab Syafi’i dan mazhab lain kecuali Hanafi.
Mazhab Hanafi mengatakan bahawa Perjanjian Zimmah hanya akan terbatal dengan tiga perkara:
1. Penganutan agama Islam,
2. Lari ke negara harbi,
3. Penguasaan mereka ke atas suatu tempat untuk memerangi orang Islam
CTU553: Hak-hak Non-Muslim di Negara Islam Rahila Sulung
Ali bin Abi Talib menegaskan bahawa bila non-muslim membayar jizyah, maka yang menjadi
tujuan sebenarnya ialah agar harta mereka menjadi seperti harta kita dan darah mereka menjadi
seperti darah kita. Para fuqaha’ menentukan kaedah; “Bagi mereka hak yang sama seperti hak
kita dan atas mereka tanggungjawab yang sama seperti tanggungjawab kita."
Ibnu Hazim menulis dalam kitabnya Marabit al-Ijma’;
“Bahawa jika ada orang-orang kafir zimmi yang mengikat perjanjian dengan
kita (kerajaan Islam), kemudian datang kaum kafir harbi yang lain ke negeri
kita untuk memerangi mereka, maka wajiblah kita umat Islam keluar
menentang kaum penceroboh itu dengan senjata untuk menghalangi mereka,
walaupun kita mati kerananya. Ini adalah disebabkan status mereka sebagai
orang-orang yang ada dalam tanggungan Allah dan RasulNya. Membiarkan
sahaja mereka diperangi oleh kaum kafir harbi tersebut bererti mengabaikan
ikatan janji dan zimmah yang telah dibuat dengan mereka”.
Antara mekanisme yang membolehkan seseorang bukan Islam mendapat hak
sebagai zimmi seperti yang dipetik daripada Mausu’ah Fiqhiyyah ialah; 1- Mengadakan kontrak
perjanjian, 2- Menetap dalam Dar al-Islam, 3- Perkahwinan, 4- Pembelian tanah kharajiah, 5-
Anak yang dijumpai (laqit), dan 6- Pembukaan negara baru.
Pelbagai Hak Tanggungjawab Non-Muslim dan Prinsip Berinteraksi
Berdasarkan kepada Piagam Madinah (Sahifat al-Madinah) dan Perjanjian Zimmah (‘Aqd ahl
Zimmah), beberapa cendiakawan kontemporari Islam seperti Dr. Abdul Karim Zaidan telah
merumuskan hak dan tanggungjawab non-muslim. Ianya adalah seperti berikut:
Kepelbagaian Hak
1. Perlindungan terhadap hak dilahirkan merdeka,
2. Perlindungan terhadap diri (nyawa dan anggota),
3. Perlindungan terhadap harta benda,
4. Perlindungan terhadap maruah atau kehormatan,
5. Perlindungan terhadap tempat tinggal,
6. Perlindungan ketika lemah, tua dan ketiadaan harta,
7. Kebebasan beragama,
8. Kebebasan berpindah,
9. Kebebasan berkumpul dan mengeluarkan pendapat,
10. Hak berkerja dan mencari rezeki,
11. Hak dalam pendidikan,
12. Hak dalam politik, dan
13. Hak terhadap kemudahan awam dan kehakiman.
Kepelbagaian Tanggungjawab
1. Membayar cukai jizyah, kharaj dan ‘usyur,
2. Membayar cukai pendapatan,
CTU553: Hak-hak Non-Muslim di Negara Islam Rahila Sulung
3. Mematuhi undang-undang negara,
4. Kepatuhan kepada sistem kehakiman am. Zimmi tidak boleh memegang jawatan yang
bersifat al-Qadha’ al-‘Ammah,
5. Memelihara perasaan orang-orang Islam,
6. Menghormati agama Islam, dan
7. Lain-lain tanggungjawab yang boleh ditentukan dari masa ke masa oleh pemerintah
berdasarkan kepada maslahah negara dan ummah.
Prinsip-prinsip dalam berinteraksi dengan non-muslim ialah ;
1. Ketidakpaksaan dalam memeluk Islam,
2. Kesamarataan,
3. Sikap adil,
4. Sikap Adil,
5. Sikap Bertolak Ansur,
6. Menepati Janji,
7. Rahmah dan kebaikan,
8. Polisi kemananan dan kesejahteraan, dan
9. Berdebat dengan cara yang baik.
Apabila menyentuh hak dilahirkan dalam keadaan merdeka, pada zaman kini tiada lagi manusia
yang dilahirkan dalam status hamba. Mereka selayaknya tidak boleh dijadikan buruh paksaan
sepanjang hayat atau menjadi hamba kepada tuan. Selain itu, mengenai hak nyawa pula Islam
telah meletakkan ketetapan; Pertama, tiap perkara yang berhubung dengan hidup dan nyawa
serta membawa kepada keselamatn tubuh badan dikira wajib seperti memelihara keselamatan
pekerjaan, memelihara kesihatan, merawat dan mencegah daripada penyakit atau mengawal
wabak-wabak yang menular. Kedua, tiap perkara yang boleh merosakkan tubuh badan dan
mengancam nyawa atau melemahkan adalah dilarang, seperti perkara memabukkan, dadah,
candu, heroin dan sebagainya atau memakan benda yang boleh mendatangkan wabak, penyakit
dan bahaya kepada badan.
Dalam membicarakan tanggungjawab warganegara non-muslim untuk mematuhi undang-
undang, tanggungjawab seseorang warganegara bukan sahaja meneruskan kelangsungan
kemerdekaan dan mengisinya dengan pengisian positif, tetapi yang lebih utama ialah memenuhi
tanggungjawab melaksana dan menghormati peruntukan Perlembagaan.
Sekiranya seseorang warganegara menerima Perlembagaan itu adalah undang-undang tertinggi
negara yang meletakkan garis panduan dan prinsip tertentu, maka Perlembagaan juga
menyatakan tanggungjawab ke atas semua warga untuk melaksanakannya. Warganegara atau
rakyat tidak boleh mengganggap diri mereka semata-mata hanya sebagai pengguna
Perlembagaan dan mengharap manfaat daripada pelaksanaan prinsip Perlembagaan oleh pihak
pemerintah.
Tanggungjawab warganegara selain daripada hak yang diperuntukkan, menjadi sangat sinonim
dengan prinsip ketinggian Perlembagaan. Selain melaksanakan peruntukan Perlembagaan,
CTU553: Hak-hak Non-Muslim di Negara Islam Rahila Sulung
tanggungjawab lain yang datang seiringan adalah terhadap seseorang warganegara ialah
mempertahankan serta menghormatinya sama ada ketika berada di dalam atau luar negara.
Dari sudut undang-undang negara, non-muslim wajib mematuhinya sama ada dalam bidang
muamalat atau jenayah, disamping mereka juga terikat dengan kehakiman Islam selama mereka
berada dalam negara Islam. Apabila menyentuh tanggungjawab non-muslim untuk menghormati
agama Islam, mereka dilarang melakukan sesuatu yang boleh menyinggung perasan orang Islam
seperti menghina Allah, kitab al-Quran dan Rasulullah saw, syi’ar Islam, individu muslim, atau
apa sahaja yang menyentuh kesucian agama.
Ada riwayat yang menceritakan terdapat perempuan Yahudi yang mencaci Rasulullah saw, lalu
baginda menghalalkan darah perempuan tersebut serta tidak menghukum pembunuh perempuan
Yahudi itu. Selain itu, terdapat juga riwayat seorang lelaki bernama Anas bin Zanim dari
Bani Bakr telah menghina Rasulullah, lalu baginda menghalalkan darah lelaki tersebut.
Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, beliau telah mengadakan perjanjian dengan penduduk
Ilia’;
“Diberikan kepada mereka keamanan terhadap diri, harta, gereja dan semua
agama mereka. Hendaklah tidak didiami di dalam gereja-gereja mereka dan
tidak dikurangkannya, kebaikan dan salib mereka. Mereka tidak boleh
dipaksa meninggalkan ajaran mereja dan tidak boleh menyakiti sesiapa pun
di kalangan mereka.”
Berdasarkan larangan dua orang khalifah Islam iaitu iaitu Umar bin al-Khattab dan Ali bin Abi
Talib, non-muslim juga dilarang memasukkan babi dan arak serta menjualnya secarang terang-
terangan di kawasan orang Islam. Ia dianggap tidak menghormati orang Islam serta mencabar
perasaan mereka.
Di dalam perundangan dan kehakiman, terbukti orang bukan Islam turut menerima hak dan
hukuman yang sama dengan orang Islam. Mereka diadili berdasarkan hukum Islam. Seperti
dalam dua riwayat mengenai hukum qazf. Bapa kepada Umar bin Rabi’ telah dituduh zina oleh
seorang Yahudi. Kes ini dihakimi oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Maka Yahudi tersebut
telah menjatuhkan had qazf ke atas Yahudi tadi. Di dalam kes yang lain pula, seorang lelaki
muslim telah menuduh zina terhadap seorang wanita Kristian. Maka Khalifah Umar bin Abdul
Aziz telah menjatuhkan had qazfterhadap lelaki muslim itu dengan 80 kali sebatan.
Adalah menjadi tanggungjawab non-muslim memelihara perasaan orang Islam dan menjadi
rakan senegara dengan mereka yang beragama Islam. Begitu juga dengan kedaulatan negara
Islam yang memberikan pengawalan dan perlindungan kepada diri dan harta benda mereka.
Lantaran itu, mereka ditegah mencaci agama Islam, rasulNya dan kitab suciNya.
Mereka dilarang menyebarkan sebarang ideologi atau idea yang bertentangan dengan akidah
negara dan agamanya. Kedudukan sebegini adalah sejajar dengan kehendak perlembagaan
Malaysia berkaitan dengan kebebasan orang bukan Islam. Mereka dilarang menonjol-nonjol
perbuatan meminum arak dan memakan babi dan seumpamanya yang ditegah dalam Islam,
CTU553: Hak-hak Non-Muslim di Negara Islam Rahila Sulung
begitu juga mereka ditegah menjualkannya kepada orang Islam kerana perbuatan sedemikian
boleh merosakkan masyarakat Islam. Mereka juga dilarang menimbulkan sebarang isu sensitif
umat Islam, mempertikai syi’ar serta menjadi batu api dalam kelompok masyarakat Islam.
Ketika bulan Ramadhan, mereka dilarang menonjolkan perbuatan makan dan minum pada siang
hari bagi menjaga perasaan masyarakat Islam. Apa sahaja yang dipandang mungkar oleh Islam
tetapi ia adalah harus dalam agama mereka, jika mereka ingin melakukannnya, maka hendaklah
secara terkawal dan tidak terang-terangan serta dalam bentuk yang tidak mencabar perasaan
orang Islam. Sebarang bentuk gangguan terhadap agama lain juga adalah dilarang. Ia bertujuan
supaya seluruh anggota masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang damai dan bersatu-
padu.
Terdapat juga larangan yang dikenakan terhadap setiap urusan yang melibatkan riba’, khususnya
dalam urusan kewangan dan jual beli. Juga termasuk perniagaan yang berasaskan perkara yang
diharamkan dalam Islam seperti babi dan segala hasilan daripadanya, arak dan haiwan yang
diharamkan. Ia termasuk perniagaan yang dijalankan bertentangan dengan akhlak dan etika
Islam seperti mempamerkan aurat, lambang keagamaan secara umum dan eksploitasi
kemewahan dunia yang melampau.
Di dalam perkara yang melibatkan amalan non-muslim terhadap syi’ar agama mereka
pelaksanaan tanggungjawab terhadap agama mereka, mazhab Hanafi dan Syafi’i mengatakan
tidak harus secara mutlak (tidak dibenarkan) menzahirkan lambang agama seperti memakai
salib, membunyikan loceng-loceng gereja dan kuil, membakar lilin dan sebagainya di tempat
awam atau kawasan yang majoritinya didiami orang Islam. Kecuali ia dilaksanakan di kawasan
yang berasingan, tidak secara terang-terangan terhadap masyarakat Islam. Ia berdasarkan kepada
kepentingan umum (maslahah ‘ammah) kerana ditakuti berlaku fitnah dan suasana tidak
tenteram dalam masyarakat.
Dalam hal ini, Dr. Yusuf Qardhawi berpendapat:
“Apa yang dituntut daripada non-muslim ialah memelihara perasan orang Islam
dan kesucian agama mereka. Mereka dilarang menonjolkan pelbagai syi’ar
agama dan tanda salib mereka di kawasan-kawasan penempatan orang Islam dan
dilarang juga mereka membina gereja di mana-mana kawasan Islam jika sebelum
itu mereka tidak mempunyai gereja di sana. Tindakan penonjolan dipandang
sebagai mencabar perasaan orang Islam dan kemungkinan akan membawa
kepada timbulnya fitnah dan keadaan tidak tenteram. Inilah amalan yang telah
berlaku dalam sejarah orang Islam sejak zaman permulaan lagi.”
Bibliografi
Abdul Qadir Djaelani, Cetakan Pertama 2001, Membangun Masyarakat Bertamadun dan
Harmoni, Selangor: Pustaka Dini Sdn. Bhd.
CTU553: Hak-hak Non-Muslim di Negara Islam Rahila Sulung
Abdul Halim El-Muhammady, Cetakan Pertama 2005, Syariah Perkembangan dan Tuntutan
Pelaksanaannya, Selangor: Wadah Niaga Sd. Bhd.
Abdul Wahab Khallaf, Cetakan Pertama 2003, Siasah Syar’iyyah dalam Pemerintahan Islam,
Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.
Azhar Abdul Aziz dan Mohd Asmadi Yakob, Cetakan Pertama 2012, Sejarah Malaysia dalam
Konteks Hubungan Etnik, Selangor: Imtiyaz Multimedia and Publications.
Dr. Haji Mat Saad Abdul Rahman, Cetakan Kedua 2011, Kedudukan Orang Bukan Islam Dalam
Sejarah Pemerintahan Islam, Putrajaya: JAKIM.
Idris Zakaria, 2014, Falsafah Politik Islam dan Kepentingan di Malaysia, Bangi: UKM.
Nasir Muhammadiy Muhammad Jad, 2012, Prinsip-prinsip Islam dalam Berinteraksi dengan
Non-Muslim, Kuala Lumpur: Faza Publications.
Prof. Dr. Haron Din, Manusia dan Islam, Cetakan Ketiga 1988, Kuala Lumpur: Percetakan
Watan Sdn. Bhd.
Subhi Mahmasani, 2009, Kes-kes Kehakiman Berkaitan Jenayah Hudud, Qisas dan
Kekeluargaan di Zaman al-Khulafa’ al-Rashidin, terjemahan Md. Som Sujimon, Kuala Lumpur:
IIUM Press.
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran, Mushaf Malaysia Rasm Uthmani.
Kamus Dewan Edisi Keempat, cetakan 2010, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dr. Luqman Bin Hj Abdullah, Jabatan Fiqh Dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, Kertas kerja Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia,Kerangka Asas
dalam Pembinaan Hukum Fiqh Masyarakat Bukan Islam Masa Kini, 23-24 Disember 2009,
Dewan Annex, SUK, Shah Alam anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor
Dengan Kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor.

More Related Content

What's hot

Kebebasan Beragama di Malaysia
Kebebasan Beragama di MalaysiaKebebasan Beragama di Malaysia
Kebebasan Beragama di Malaysia
surrenderyourthrone
 
Gadaian (Al-Rahn)
Gadaian (Al-Rahn)Gadaian (Al-Rahn)
Gadaian (Al-Rahn)
Zafirah Abdullah
 
Kaedah fiqh
Kaedah fiqhKaedah fiqh
Kaedah fiqhcikmelly
 
Prinsip Insurans
Prinsip InsuransPrinsip Insurans
Prinsip InsuransFiza Wahab
 
Penyalahgunaan internet dan multimedia
Penyalahgunaan internet dan multimediaPenyalahgunaan internet dan multimedia
Penyalahgunaan internet dan multimedia
Sherly Jewinly
 
Konsep darurat dan subversif kuasa
Konsep darurat dan subversif kuasaKonsep darurat dan subversif kuasa
Konsep darurat dan subversif kuasapeningla
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISINur Fareha
 
Rancangan Perniagaan
Rancangan PerniagaanRancangan Perniagaan
Rancangan Perniagaan
Zulkifli Hamzah
 
CONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN
CONTOH RANCANGAN PERNIAGAANCONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN
CONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN
Nor Syazwani
 
4.1 ar rahn (konsep 1)
4.1 ar rahn (konsep 1)4.1 ar rahn (konsep 1)
4.1 ar rahn (konsep 1)shahirah44
 
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di MalaysiaPakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di MalaysiaKamarzaman Md Sharif
 
keanjalan permintaan dan penawaran
keanjalan permintaan dan penawarankeanjalan permintaan dan penawaran
keanjalan permintaan dan penawaranmus31
 
Bab 1 Falsafah Perniagaan Islam
Bab 1   Falsafah Perniagaan IslamBab 1   Falsafah Perniagaan Islam
Bab 1 Falsafah Perniagaan IslamWanBK Leo
 
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
salmy1001
 
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniShariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
NaimAlmashoori
 
Kaedah Urus Niaga Barangan Ribawi
Kaedah Urus Niaga Barangan RibawiKaedah Urus Niaga Barangan Ribawi
Kaedah Urus Niaga Barangan Ribawi
Nor Azhar Aduka
 

What's hot (20)

Kebebasan Beragama di Malaysia
Kebebasan Beragama di MalaysiaKebebasan Beragama di Malaysia
Kebebasan Beragama di Malaysia
 
Gadaian (Al-Rahn)
Gadaian (Al-Rahn)Gadaian (Al-Rahn)
Gadaian (Al-Rahn)
 
Kaedah fiqh
Kaedah fiqhKaedah fiqh
Kaedah fiqh
 
Prinsip Insurans
Prinsip InsuransPrinsip Insurans
Prinsip Insurans
 
Penyalahgunaan internet dan multimedia
Penyalahgunaan internet dan multimediaPenyalahgunaan internet dan multimedia
Penyalahgunaan internet dan multimedia
 
Iddah rujuk dan ihdad.
Iddah rujuk dan ihdad.Iddah rujuk dan ihdad.
Iddah rujuk dan ihdad.
 
Konsep darurat dan subversif kuasa
Konsep darurat dan subversif kuasaKonsep darurat dan subversif kuasa
Konsep darurat dan subversif kuasa
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
 
Rancangan Perniagaan
Rancangan PerniagaanRancangan Perniagaan
Rancangan Perniagaan
 
CONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN
CONTOH RANCANGAN PERNIAGAANCONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN
CONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN
 
4.1 ar rahn (konsep 1)
4.1 ar rahn (konsep 1)4.1 ar rahn (konsep 1)
4.1 ar rahn (konsep 1)
 
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di MalaysiaPakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
 
keanjalan permintaan dan penawaran
keanjalan permintaan dan penawarankeanjalan permintaan dan penawaran
keanjalan permintaan dan penawaran
 
Present harta intelektual
Present harta intelektualPresent harta intelektual
Present harta intelektual
 
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
 
Bab 1 Falsafah Perniagaan Islam
Bab 1   Falsafah Perniagaan IslamBab 1   Falsafah Perniagaan Islam
Bab 1 Falsafah Perniagaan Islam
 
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
 
Konsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam IslamKonsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam Islam
 
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniShariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
 
Kaedah Urus Niaga Barangan Ribawi
Kaedah Urus Niaga Barangan RibawiKaedah Urus Niaga Barangan Ribawi
Kaedah Urus Niaga Barangan Ribawi
 

Viewers also liked

Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
mayanggsari
 
Dokumen standard prestasi pendidikan islam ting 1
Dokumen standard prestasi pendidikan islam ting 1Dokumen standard prestasi pendidikan islam ting 1
Dokumen standard prestasi pendidikan islam ting 1Noor Aini Samsusah
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
Guru Sejarah PraU
 
Los precios llegan a su fin
Los precios llegan a su finLos precios llegan a su fin
Los precios llegan a su fin
Gabriel Jiménez
 
kolaborasi pendidikan khas
kolaborasi pendidikan khaskolaborasi pendidikan khas
kolaborasi pendidikan khas
Wan Nomi Wan Omar
 
Питание и здоровье в европе 2015
Питание и здоровье в европе 2015Питание и здоровье в европе 2015
Питание и здоровье в европе 2015
VrachiRF
 
AKKA Technologies Singapore Services
AKKA Technologies Singapore ServicesAKKA Technologies Singapore Services
AKKA Technologies Singapore Services
Pierre-Yves LAZIES
 
13. Libro no.5: 16 estrategias operativas de la policía
13. Libro no.5: 16 estrategias operativas de la policía13. Libro no.5: 16 estrategias operativas de la policía
13. Libro no.5: 16 estrategias operativas de la policía
Grupo Educación y Empresa
 
Predictive Marketing Engine
Predictive Marketing EnginePredictive Marketing Engine
Predictive Marketing Engine
Konversation
 
Communication specialist performance appraisal
Communication specialist performance appraisalCommunication specialist performance appraisal
Communication specialist performance appraisal
jasonlugar
 
API360 - The Automated Monolith
API360 - The Automated MonolithAPI360 - The Automated Monolith
API360 - The Automated Monolith
Holger Reinhardt
 
Kid furniture
Kid furnitureKid furniture
Kid furniture
martinll3
 
10. Manual para el servicio de policia en la atención, manejo y control de m...
10. Manual para el servicio de policia en la atención, manejo y control de m...10. Manual para el servicio de policia en la atención, manejo y control de m...
10. Manual para el servicio de policia en la atención, manejo y control de m...
Grupo Educación y Empresa
 

Viewers also liked (15)

Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
 
Dokumen standard prestasi pendidikan islam ting 1
Dokumen standard prestasi pendidikan islam ting 1Dokumen standard prestasi pendidikan islam ting 1
Dokumen standard prestasi pendidikan islam ting 1
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
 
Los precios llegan a su fin
Los precios llegan a su finLos precios llegan a su fin
Los precios llegan a su fin
 
kolaborasi pendidikan khas
kolaborasi pendidikan khaskolaborasi pendidikan khas
kolaborasi pendidikan khas
 
Питание и здоровье в европе 2015
Питание и здоровье в европе 2015Питание и здоровье в европе 2015
Питание и здоровье в европе 2015
 
Banding 20
Banding 20Banding 20
Banding 20
 
AKKA Technologies Singapore Services
AKKA Technologies Singapore ServicesAKKA Technologies Singapore Services
AKKA Technologies Singapore Services
 
13. Libro no.5: 16 estrategias operativas de la policía
13. Libro no.5: 16 estrategias operativas de la policía13. Libro no.5: 16 estrategias operativas de la policía
13. Libro no.5: 16 estrategias operativas de la policía
 
Predictive Marketing Engine
Predictive Marketing EnginePredictive Marketing Engine
Predictive Marketing Engine
 
Communication specialist performance appraisal
Communication specialist performance appraisalCommunication specialist performance appraisal
Communication specialist performance appraisal
 
Newsletter FEB'16 3
Newsletter FEB'16 3Newsletter FEB'16 3
Newsletter FEB'16 3
 
API360 - The Automated Monolith
API360 - The Automated MonolithAPI360 - The Automated Monolith
API360 - The Automated Monolith
 
Kid furniture
Kid furnitureKid furniture
Kid furniture
 
10. Manual para el servicio de policia en la atención, manejo y control de m...
10. Manual para el servicio de policia en la atención, manejo y control de m...10. Manual para el servicio de policia en la atención, manejo y control de m...
10. Manual para el servicio de policia en la atención, manejo y control de m...
 

Similar to Ctu553 hak hak non-muslim

Dakwah asas hubungan non muslim
Dakwah asas hubungan non muslimDakwah asas hubungan non muslim
Dakwah asas hubungan non muslim
myfaisal
 
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for AgentsTBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
Diyana Arus
 
9 pemerintahan & politik islam
9  pemerintahan & politik islam9  pemerintahan & politik islam
9 pemerintahan & politik islamNur Az
 
Muamalah menurut islam
Muamalah menurut islamMuamalah menurut islam
Muamalah menurut islamFatin Liyana
 
Sah
SahSah
Hudud Dalam Demokrasi: Malaysia vs Nigeria
Hudud Dalam Demokrasi: Malaysia vs NigeriaHudud Dalam Demokrasi: Malaysia vs Nigeria
Hudud Dalam Demokrasi: Malaysia vs Nigeria
Syam Paris
 
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan   Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Mel Cassie
 
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docxNOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
abelgxx
 
Hudud Dalam Demokrasi: Malaysia vs Nigeria
Hudud Dalam Demokrasi: Malaysia vs NigeriaHudud Dalam Demokrasi: Malaysia vs Nigeria
Hudud Dalam Demokrasi: Malaysia vs Nigeria
Syam Paris
 
Tbe part a bahasa melayu
Tbe part a bahasa melayuTbe part a bahasa melayu
Tbe part a bahasa melayu
Fairul
 
Sejarah STPM Faktor faktor dan ciri- ciri piagam madinah serta kesannya terh...
Sejarah STPM Faktor  faktor dan ciri- ciri piagam madinah serta kesannya terh...Sejarah STPM Faktor  faktor dan ciri- ciri piagam madinah serta kesannya terh...
Sejarah STPM Faktor faktor dan ciri- ciri piagam madinah serta kesannya terh...
Khai Khairy
 
PIL assignment - Introduction to State Immunity
PIL assignment - Introduction to State ImmunityPIL assignment - Introduction to State Immunity
PIL assignment - Introduction to State Immunity
surrenderyourthrone
 
pelembangaan 16.pdf
pelembangaan 16.pdfpelembangaan 16.pdf
pelembangaan 16.pdf
hambadah
 

Similar to Ctu553 hak hak non-muslim (20)

Dakwah asas hubungan non muslim
Dakwah asas hubungan non muslimDakwah asas hubungan non muslim
Dakwah asas hubungan non muslim
 
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for AgentsTBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
 
9 pemerintahan & politik islam
9  pemerintahan & politik islam9  pemerintahan & politik islam
9 pemerintahan & politik islam
 
Muamalah menurut islam
Muamalah menurut islamMuamalah menurut islam
Muamalah menurut islam
 
Sah
SahSah
Sah
 
Hudud Dalam Demokrasi: Malaysia vs Nigeria
Hudud Dalam Demokrasi: Malaysia vs NigeriaHudud Dalam Demokrasi: Malaysia vs Nigeria
Hudud Dalam Demokrasi: Malaysia vs Nigeria
 
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan   Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
 
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docxNOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
NOTA SEJ ISLAM-TEMA 1.docx
 
Hudud Dalam Demokrasi: Malaysia vs Nigeria
Hudud Dalam Demokrasi: Malaysia vs NigeriaHudud Dalam Demokrasi: Malaysia vs Nigeria
Hudud Dalam Demokrasi: Malaysia vs Nigeria
 
Tbe part a bahasa melayu
Tbe part a bahasa melayuTbe part a bahasa melayu
Tbe part a bahasa melayu
 
Has asasi
Has asasiHas asasi
Has asasi
 
Sistem muamalah islam
Sistem muamalah islamSistem muamalah islam
Sistem muamalah islam
 
Tamadun melayu
Tamadun melayuTamadun melayu
Tamadun melayu
 
Sejarah STPM Faktor faktor dan ciri- ciri piagam madinah serta kesannya terh...
Sejarah STPM Faktor  faktor dan ciri- ciri piagam madinah serta kesannya terh...Sejarah STPM Faktor  faktor dan ciri- ciri piagam madinah serta kesannya terh...
Sejarah STPM Faktor faktor dan ciri- ciri piagam madinah serta kesannya terh...
 
Titas 3
Titas 3Titas 3
Titas 3
 
Qawaid kelima
Qawaid kelimaQawaid kelima
Qawaid kelima
 
Kaedah kelima
Kaedah kelimaKaedah kelima
Kaedah kelima
 
JIZYAH
JIZYAHJIZYAH
JIZYAH
 
PIL assignment - Introduction to State Immunity
PIL assignment - Introduction to State ImmunityPIL assignment - Introduction to State Immunity
PIL assignment - Introduction to State Immunity
 
pelembangaan 16.pdf
pelembangaan 16.pdfpelembangaan 16.pdf
pelembangaan 16.pdf
 

Recently uploaded

AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdfAINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
jannah hamid
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docxKlasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
SYARIFAHSHAIRAHBTSYE
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
SITIAMALINA17
 
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
norazuraabdtalip1
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
lieekipli
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 

Recently uploaded (8)

AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdfAINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
 
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docxKlasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
 
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 

Ctu553 hak hak non-muslim

  • 1. CTU553: Hak-hak Non-Muslim di Negara Islam Rahila Sulung PENDAHULUAN Perkataan non-Muslim merupakan satu istilah yang paling popular di kalangan para pendakwah di Malaysia pada masa kini demi menjaga maruah mereka. Ini penting kerana pada anggapan mereka, penggunaan perkataan kafir menggambarkan mereka adalah orang yang melakukan kemungkaran di bumi ini sedangkan mereka juga menyumbangkan bakti ke arah kebaikan dan kemajuan masyarakat, negara dan bumi ini. Sebenarnya mereka tidak memahami maksud perkataan kafir itu sendiri yang ditujukan khusus kepada mereka yang mengingkari perintah Allah dan menolak Islam sebagai agama mereka. Walau bagaimanapun, perbicaraan terhadap pengertian non-Muslim iaitu orang-orang yang bukan beragama Islam atau yang mempunyai kepercayaan atau agama selain dari agama Islam juga meliputi beberapa istilah lain yang diterima pakai bagi mereka yang tidak menerima Islam antaranya perkataan al-Kufr, al-Juhud dan al-Syirik. Maksud ini menggambarkan bahawa terdapat pelbagai cara yang menggolong seseorang itu kepada non-Muslim disebabkan keingkaran terhadap perintah Allah. Di dalam banyak penulisan, non- Muslim dimaksudkan sebagai kafir. Oleh sebab itu, non-Muslim atau kafir menurut syarak ialah suatu sifat bagi seseorang yang ingkar kepada sesuatu hukum yang telah ditetapkan dan difardhukan oleh Allah S.W.T. supaya diimani dan dipercayai, iaitu sesuatu yang dikemukakan melalui bukti dan disampaikan hakikat kebenarannya. Menurut Sheikh Nazih Ibrahim Ibn Abdullah melalui artikel beliau yang berjudul “The Ordinances of the People Minorities in an Islamic State” para sarjana telah mengklasifikasikan bahawa orang-orang non-muslim terdiri daripada dua ketegori iaitu Dar-ul-Harb atau Rumah Perang, mereka ini merupakan non-muslim yang tidak terikat dengan kesepakatan damai atau perjanjian yang mana harta dan darahnya tidak dilindungi oleh hokum balas dendam atau pembalasan. Ketegori yang kedua ialah Dar-us-Salam atau rumah damai yang meliputi tiga klasifikasi iaitu kaum Zhimmi/Dhimmi (orang-orang yang ditahan), kaum Hudna (damai) dan kaum Musta’min (Orang-orang yang dilindungi).
  • 2. CTU553: Hak-hak Non-Muslim di Negara Islam Rahila Sulung SEJARAH NON-MUSLIM DI MEKAH DAN MADINAH Terdapat pelbagai istilah yang digunakan di dalam Islam untuk merujuk kepada non-muslim. Perbezaan ini wujud kerana sifat dan bentuk yang dimiliki dalam istilah tersebut dan membawa kepada jenis non-muslim yang diiktiraf dalam Islam. Istilah-istilah tersebut adalah seperti zimmah, mu’ahid, harbi, musta’man, ahl hudnah sertaahl amn. Kesemua istilah ini dirangkumkan sebagai non-muslim. Non-muslim di dalam negara Islam dapat dilihat di dalam dua aspek utama iaitu hak dan tanggungjawab. Selepas pembukaan Kota Mekah pada 8 Hijrah, non-muslim telah dilibatkan dalam Perjanjian Zimmah oleh Rasulullah s.a.w.. Hal ini berlaku sesudah turunnya ayat berkaitan cukai dan jizyah pada tahun 9 Hijrah. Menurut al-Mawardi, di dalam Perjanjian Zimmah ada dua syarat yang dituntut daripada ahl al-Zimmah memenuhinya; Syarat pertama – ia merupakah syarat sah perjanjian, tanpa memenuhinya perjanjian akan terbatal. Syarat kedua – merupakan syarat yang dituntut jika ia dimasukkan ke dalam perjanjian itu, tanpa melaksanakannya mereka boleh dipersalah oleh pihak berkuasa. Syarat pertama mengandungi enam perkara, iaitu: 1. Mereka dilarang mencela kitab Allah (al-Quran) dan dilarang berusaha memesongkan pengajarannya. Dalam erti lain mereka perlu menghormati al-Quran. 2. Mereka dilarang mendustakan pengajaran Rasulullah saw dan memandang rendah kepada Rasulullah saw. Dalam kata lain mereka perlu menghormati Rasulullah saw. 3. Mereka dilarang menghina agama Islam dan mencelanya. Dalam kata lain, mereka perlu menghormati agama Islam dan segala ajarannya. 4. Mereka dilarang berzina dan berkahwin dengan perempuan Islam. 5. Mereka dilarang menghasut orang Islam supaya menukar agamanya, mengganggu harta bendanya serta agamanya. 6. Mereka dilarang memberikan bantuan kepada musuh-musuh negara dan dilarang memberi sanjungan kepada orang kaya mereka. Tegas al-Mawardi, Perlanggaran kepada syarat ini boleh menyebabkan terbatalnya Perjanjian Zimmah tersebut. Ia selari dengan pendapat mazhab Syafi’i dan mazhab lain kecuali Hanafi. Mazhab Hanafi mengatakan bahawa Perjanjian Zimmah hanya akan terbatal dengan tiga perkara: 1. Penganutan agama Islam, 2. Lari ke negara harbi, 3. Penguasaan mereka ke atas suatu tempat untuk memerangi orang Islam
  • 3. CTU553: Hak-hak Non-Muslim di Negara Islam Rahila Sulung Ali bin Abi Talib menegaskan bahawa bila non-muslim membayar jizyah, maka yang menjadi tujuan sebenarnya ialah agar harta mereka menjadi seperti harta kita dan darah mereka menjadi seperti darah kita. Para fuqaha’ menentukan kaedah; “Bagi mereka hak yang sama seperti hak kita dan atas mereka tanggungjawab yang sama seperti tanggungjawab kita." Ibnu Hazim menulis dalam kitabnya Marabit al-Ijma’; “Bahawa jika ada orang-orang kafir zimmi yang mengikat perjanjian dengan kita (kerajaan Islam), kemudian datang kaum kafir harbi yang lain ke negeri kita untuk memerangi mereka, maka wajiblah kita umat Islam keluar menentang kaum penceroboh itu dengan senjata untuk menghalangi mereka, walaupun kita mati kerananya. Ini adalah disebabkan status mereka sebagai orang-orang yang ada dalam tanggungan Allah dan RasulNya. Membiarkan sahaja mereka diperangi oleh kaum kafir harbi tersebut bererti mengabaikan ikatan janji dan zimmah yang telah dibuat dengan mereka”. Antara mekanisme yang membolehkan seseorang bukan Islam mendapat hak sebagai zimmi seperti yang dipetik daripada Mausu’ah Fiqhiyyah ialah; 1- Mengadakan kontrak perjanjian, 2- Menetap dalam Dar al-Islam, 3- Perkahwinan, 4- Pembelian tanah kharajiah, 5- Anak yang dijumpai (laqit), dan 6- Pembukaan negara baru. Pelbagai Hak Tanggungjawab Non-Muslim dan Prinsip Berinteraksi Berdasarkan kepada Piagam Madinah (Sahifat al-Madinah) dan Perjanjian Zimmah (‘Aqd ahl Zimmah), beberapa cendiakawan kontemporari Islam seperti Dr. Abdul Karim Zaidan telah merumuskan hak dan tanggungjawab non-muslim. Ianya adalah seperti berikut: Kepelbagaian Hak 1. Perlindungan terhadap hak dilahirkan merdeka, 2. Perlindungan terhadap diri (nyawa dan anggota), 3. Perlindungan terhadap harta benda, 4. Perlindungan terhadap maruah atau kehormatan, 5. Perlindungan terhadap tempat tinggal, 6. Perlindungan ketika lemah, tua dan ketiadaan harta, 7. Kebebasan beragama, 8. Kebebasan berpindah, 9. Kebebasan berkumpul dan mengeluarkan pendapat, 10. Hak berkerja dan mencari rezeki, 11. Hak dalam pendidikan, 12. Hak dalam politik, dan 13. Hak terhadap kemudahan awam dan kehakiman. Kepelbagaian Tanggungjawab 1. Membayar cukai jizyah, kharaj dan ‘usyur, 2. Membayar cukai pendapatan,
  • 4. CTU553: Hak-hak Non-Muslim di Negara Islam Rahila Sulung 3. Mematuhi undang-undang negara, 4. Kepatuhan kepada sistem kehakiman am. Zimmi tidak boleh memegang jawatan yang bersifat al-Qadha’ al-‘Ammah, 5. Memelihara perasaan orang-orang Islam, 6. Menghormati agama Islam, dan 7. Lain-lain tanggungjawab yang boleh ditentukan dari masa ke masa oleh pemerintah berdasarkan kepada maslahah negara dan ummah. Prinsip-prinsip dalam berinteraksi dengan non-muslim ialah ; 1. Ketidakpaksaan dalam memeluk Islam, 2. Kesamarataan, 3. Sikap adil, 4. Sikap Adil, 5. Sikap Bertolak Ansur, 6. Menepati Janji, 7. Rahmah dan kebaikan, 8. Polisi kemananan dan kesejahteraan, dan 9. Berdebat dengan cara yang baik. Apabila menyentuh hak dilahirkan dalam keadaan merdeka, pada zaman kini tiada lagi manusia yang dilahirkan dalam status hamba. Mereka selayaknya tidak boleh dijadikan buruh paksaan sepanjang hayat atau menjadi hamba kepada tuan. Selain itu, mengenai hak nyawa pula Islam telah meletakkan ketetapan; Pertama, tiap perkara yang berhubung dengan hidup dan nyawa serta membawa kepada keselamatn tubuh badan dikira wajib seperti memelihara keselamatan pekerjaan, memelihara kesihatan, merawat dan mencegah daripada penyakit atau mengawal wabak-wabak yang menular. Kedua, tiap perkara yang boleh merosakkan tubuh badan dan mengancam nyawa atau melemahkan adalah dilarang, seperti perkara memabukkan, dadah, candu, heroin dan sebagainya atau memakan benda yang boleh mendatangkan wabak, penyakit dan bahaya kepada badan. Dalam membicarakan tanggungjawab warganegara non-muslim untuk mematuhi undang- undang, tanggungjawab seseorang warganegara bukan sahaja meneruskan kelangsungan kemerdekaan dan mengisinya dengan pengisian positif, tetapi yang lebih utama ialah memenuhi tanggungjawab melaksana dan menghormati peruntukan Perlembagaan. Sekiranya seseorang warganegara menerima Perlembagaan itu adalah undang-undang tertinggi negara yang meletakkan garis panduan dan prinsip tertentu, maka Perlembagaan juga menyatakan tanggungjawab ke atas semua warga untuk melaksanakannya. Warganegara atau rakyat tidak boleh mengganggap diri mereka semata-mata hanya sebagai pengguna Perlembagaan dan mengharap manfaat daripada pelaksanaan prinsip Perlembagaan oleh pihak pemerintah. Tanggungjawab warganegara selain daripada hak yang diperuntukkan, menjadi sangat sinonim dengan prinsip ketinggian Perlembagaan. Selain melaksanakan peruntukan Perlembagaan,
  • 5. CTU553: Hak-hak Non-Muslim di Negara Islam Rahila Sulung tanggungjawab lain yang datang seiringan adalah terhadap seseorang warganegara ialah mempertahankan serta menghormatinya sama ada ketika berada di dalam atau luar negara. Dari sudut undang-undang negara, non-muslim wajib mematuhinya sama ada dalam bidang muamalat atau jenayah, disamping mereka juga terikat dengan kehakiman Islam selama mereka berada dalam negara Islam. Apabila menyentuh tanggungjawab non-muslim untuk menghormati agama Islam, mereka dilarang melakukan sesuatu yang boleh menyinggung perasan orang Islam seperti menghina Allah, kitab al-Quran dan Rasulullah saw, syi’ar Islam, individu muslim, atau apa sahaja yang menyentuh kesucian agama. Ada riwayat yang menceritakan terdapat perempuan Yahudi yang mencaci Rasulullah saw, lalu baginda menghalalkan darah perempuan tersebut serta tidak menghukum pembunuh perempuan Yahudi itu. Selain itu, terdapat juga riwayat seorang lelaki bernama Anas bin Zanim dari Bani Bakr telah menghina Rasulullah, lalu baginda menghalalkan darah lelaki tersebut. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, beliau telah mengadakan perjanjian dengan penduduk Ilia’; “Diberikan kepada mereka keamanan terhadap diri, harta, gereja dan semua agama mereka. Hendaklah tidak didiami di dalam gereja-gereja mereka dan tidak dikurangkannya, kebaikan dan salib mereka. Mereka tidak boleh dipaksa meninggalkan ajaran mereja dan tidak boleh menyakiti sesiapa pun di kalangan mereka.” Berdasarkan larangan dua orang khalifah Islam iaitu iaitu Umar bin al-Khattab dan Ali bin Abi Talib, non-muslim juga dilarang memasukkan babi dan arak serta menjualnya secarang terang- terangan di kawasan orang Islam. Ia dianggap tidak menghormati orang Islam serta mencabar perasaan mereka. Di dalam perundangan dan kehakiman, terbukti orang bukan Islam turut menerima hak dan hukuman yang sama dengan orang Islam. Mereka diadili berdasarkan hukum Islam. Seperti dalam dua riwayat mengenai hukum qazf. Bapa kepada Umar bin Rabi’ telah dituduh zina oleh seorang Yahudi. Kes ini dihakimi oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Maka Yahudi tersebut telah menjatuhkan had qazf ke atas Yahudi tadi. Di dalam kes yang lain pula, seorang lelaki muslim telah menuduh zina terhadap seorang wanita Kristian. Maka Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menjatuhkan had qazfterhadap lelaki muslim itu dengan 80 kali sebatan. Adalah menjadi tanggungjawab non-muslim memelihara perasaan orang Islam dan menjadi rakan senegara dengan mereka yang beragama Islam. Begitu juga dengan kedaulatan negara Islam yang memberikan pengawalan dan perlindungan kepada diri dan harta benda mereka. Lantaran itu, mereka ditegah mencaci agama Islam, rasulNya dan kitab suciNya. Mereka dilarang menyebarkan sebarang ideologi atau idea yang bertentangan dengan akidah negara dan agamanya. Kedudukan sebegini adalah sejajar dengan kehendak perlembagaan Malaysia berkaitan dengan kebebasan orang bukan Islam. Mereka dilarang menonjol-nonjol perbuatan meminum arak dan memakan babi dan seumpamanya yang ditegah dalam Islam,
  • 6. CTU553: Hak-hak Non-Muslim di Negara Islam Rahila Sulung begitu juga mereka ditegah menjualkannya kepada orang Islam kerana perbuatan sedemikian boleh merosakkan masyarakat Islam. Mereka juga dilarang menimbulkan sebarang isu sensitif umat Islam, mempertikai syi’ar serta menjadi batu api dalam kelompok masyarakat Islam. Ketika bulan Ramadhan, mereka dilarang menonjolkan perbuatan makan dan minum pada siang hari bagi menjaga perasaan masyarakat Islam. Apa sahaja yang dipandang mungkar oleh Islam tetapi ia adalah harus dalam agama mereka, jika mereka ingin melakukannnya, maka hendaklah secara terkawal dan tidak terang-terangan serta dalam bentuk yang tidak mencabar perasaan orang Islam. Sebarang bentuk gangguan terhadap agama lain juga adalah dilarang. Ia bertujuan supaya seluruh anggota masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang damai dan bersatu- padu. Terdapat juga larangan yang dikenakan terhadap setiap urusan yang melibatkan riba’, khususnya dalam urusan kewangan dan jual beli. Juga termasuk perniagaan yang berasaskan perkara yang diharamkan dalam Islam seperti babi dan segala hasilan daripadanya, arak dan haiwan yang diharamkan. Ia termasuk perniagaan yang dijalankan bertentangan dengan akhlak dan etika Islam seperti mempamerkan aurat, lambang keagamaan secara umum dan eksploitasi kemewahan dunia yang melampau. Di dalam perkara yang melibatkan amalan non-muslim terhadap syi’ar agama mereka pelaksanaan tanggungjawab terhadap agama mereka, mazhab Hanafi dan Syafi’i mengatakan tidak harus secara mutlak (tidak dibenarkan) menzahirkan lambang agama seperti memakai salib, membunyikan loceng-loceng gereja dan kuil, membakar lilin dan sebagainya di tempat awam atau kawasan yang majoritinya didiami orang Islam. Kecuali ia dilaksanakan di kawasan yang berasingan, tidak secara terang-terangan terhadap masyarakat Islam. Ia berdasarkan kepada kepentingan umum (maslahah ‘ammah) kerana ditakuti berlaku fitnah dan suasana tidak tenteram dalam masyarakat. Dalam hal ini, Dr. Yusuf Qardhawi berpendapat: “Apa yang dituntut daripada non-muslim ialah memelihara perasan orang Islam dan kesucian agama mereka. Mereka dilarang menonjolkan pelbagai syi’ar agama dan tanda salib mereka di kawasan-kawasan penempatan orang Islam dan dilarang juga mereka membina gereja di mana-mana kawasan Islam jika sebelum itu mereka tidak mempunyai gereja di sana. Tindakan penonjolan dipandang sebagai mencabar perasaan orang Islam dan kemungkinan akan membawa kepada timbulnya fitnah dan keadaan tidak tenteram. Inilah amalan yang telah berlaku dalam sejarah orang Islam sejak zaman permulaan lagi.” Bibliografi Abdul Qadir Djaelani, Cetakan Pertama 2001, Membangun Masyarakat Bertamadun dan Harmoni, Selangor: Pustaka Dini Sdn. Bhd.
  • 7. CTU553: Hak-hak Non-Muslim di Negara Islam Rahila Sulung Abdul Halim El-Muhammady, Cetakan Pertama 2005, Syariah Perkembangan dan Tuntutan Pelaksanaannya, Selangor: Wadah Niaga Sd. Bhd. Abdul Wahab Khallaf, Cetakan Pertama 2003, Siasah Syar’iyyah dalam Pemerintahan Islam, Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers. Azhar Abdul Aziz dan Mohd Asmadi Yakob, Cetakan Pertama 2012, Sejarah Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik, Selangor: Imtiyaz Multimedia and Publications. Dr. Haji Mat Saad Abdul Rahman, Cetakan Kedua 2011, Kedudukan Orang Bukan Islam Dalam Sejarah Pemerintahan Islam, Putrajaya: JAKIM. Idris Zakaria, 2014, Falsafah Politik Islam dan Kepentingan di Malaysia, Bangi: UKM. Nasir Muhammadiy Muhammad Jad, 2012, Prinsip-prinsip Islam dalam Berinteraksi dengan Non-Muslim, Kuala Lumpur: Faza Publications. Prof. Dr. Haron Din, Manusia dan Islam, Cetakan Ketiga 1988, Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd. Subhi Mahmasani, 2009, Kes-kes Kehakiman Berkaitan Jenayah Hudud, Qisas dan Kekeluargaan di Zaman al-Khulafa’ al-Rashidin, terjemahan Md. Som Sujimon, Kuala Lumpur: IIUM Press. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran, Mushaf Malaysia Rasm Uthmani. Kamus Dewan Edisi Keempat, cetakan 2010, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr. Luqman Bin Hj Abdullah, Jabatan Fiqh Dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kertas kerja Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia,Kerangka Asas dalam Pembinaan Hukum Fiqh Masyarakat Bukan Islam Masa Kini, 23-24 Disember 2009, Dewan Annex, SUK, Shah Alam anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor Dengan Kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor.